mukasurat 02 hebahan & makluman waktu solat...ramadhan masjid upm 1434h dengan penuh takzimya...
Post on 09-Feb-2021
16 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
Mukasurat 02 Minbar Putra/01/2013
Sebarang cadangan & komentar
sila e mailkan kepada kami di:
suarapiu@yahoo.com atau, hubungi kami di:
PUSAT ISLAM UNIVERSITI,
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN. TEL: 03-89468582
FAKS: 03-89483742
HEBAHAN & MAKLUMAN
1. Imam / Khatib yang bertugas Juma’at minggu ini 31 Mei 2013 / 21 Rejab 1434H : Ustaz Mohd Hafiz bin Ghazali
2. Sesi Bacaan al-Quran & terjemahan sebelum Solat Fardhu Juma’at, Ayat 26 - 33 Surah al-Ghafir yang akan disampaikan oleh Ustaz Ahmad Asrul Effendy bin Abu Bakar (Al-Quran) & (Terjemahan) 3. Pusat Islam Universiti akan mengadakan ”Seminar Solat Berkualiti Menjana Produktiviti” bertempat Auditorium Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan, UPM pada 12hb Jun 2013. (Rabu). Masa 8.30 pagi – 4.30 petang. Penyertaan terbuka kepada warga UPM dan masyarakat setempat. Penceramah Prof. Madya Dr. Hasnan bin Kasan (Universiti Kebangsaan Malaysia)
4. Pusat Islam Universiti dengan kerjasama Jawatankuasa Kariah Serdang dan jemaah Masjid UPM akan melaksanakan majlis berbuka puasa dan aktiviti sepanjang Ramadhan tahun 1434H. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Aktiviti Ramadhan Masjid UPM 1434H dengan penuh takzimya memohon sumbangan dana daripada Y. Bhg. Tan Sri/ Dato’/Datin/Prof. / Dr. / Tuan/ Puan untuk menjayakan program aktiviti sepanjang bulan Ramadhan bagi tahun ini. Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui (CIMB Bank), (Nombor Akaun 12150008695053: Akaun Aktiviti Ramadhan Masjid UPM) atau mengembalikan borang yang dilampirkan ke Pejabat Am Pusat Islam Universiti,UPM. Di atas perhatian dan jasabaik Y. Bhg. Tan Sri/ Dato’ / Datin / Prof. / Dr. / Tuan/ Puan kami ucapkan jutaan terima kasih.
MUTIARA AL-QURAN
“Sesiapa yang mencari agama selain daripada Islam, maka tidak diterima
daripadanya dan dia di akhirat
termasuk orang - orang yang rugi.”
(AL -I'MRAN - AYAT 85)
SUBUH SYURUK
05:39 07:02
ZUHUR ASAR
13:14 16:38
MAGHRIB ISYAK
19:22 20:37
WAKTU SOLAT
Daerah Petaling dan
kawasan yang sewaktu
dengannya
JADUAL KULIAH MINGGUAN MASJID
MEI /JUN2013
31 JUMAAT Fiqh Lengkap: Ust. Hj. Ismail bin Hj Omar
1 SABTU Kuliah Subuh Sirah Nabawiyyah : Dr. Abd. Rahman bin
Mahmod Kuliah Maghrib. Al-Quran Dan Tajwid : Ust
Wan Hilmi bin Wan Abdullah
2 AHAD Kuliah Subuh Tasawwuf : Ust. Hj Hashim bin Mahmud
Kuliah Maghrib. Mustika Hadith: Dato’ Dr. Hj Mohd
Mokhtar bin Hj Shafii
3 ISNIN Kitab La Tahzan: Ust. Shamsul Hakim bin Abd Samad
4 SELASA Tafsir Ibn Kathir: Ust. Muhammad Arif bin Musa
5 RABU Tazkiratul Maut: Ust. Wan Muhammad bin Wan Sulong
6 KHAMIS Bacaan Surah Yasin
mailto:suarapiu@yahoo.com
-
31 Mei 2013 / 21 Rejab 1434H http://www.pic.upm.edu.my
ميمبر ڤوترا Mimbar Putra
RISALAH JUMAAT MINGGUAN MASJID UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Mimbar Putra/05/2013
SEDUTAN KHUTBAH
Antara nikmat yang dikurniakan oleh Allah ialah nikmat Islam dan nikmat iman adalah yang paling utama. Dengan nikmat itu, nikmat-nikmat yang lain menjadi bernilai dan berharga di sisi Allah SWT. Maka sewajarnya kita menzahirkan rasa syukur kepada-Nya. Firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim ayat 7: “Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu, dan demi sesungguhnya! Jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabku amatlah pedih”.
Marilah kita bersyukur atas segala nikmat yang telah kita nikmati semasa di dunia ini kerana sekiranya kita hendak menghitung nikmat Allah, nescaya kita tidak akan mampu untuk menghitungnya. Ini jelas menunjukkanbahawa Allah SWT tidak pernah berkira-kira dengan nikmat dan kurniaan-Nya kepada kita. Daripada Asma R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sumbangkanlah, janganlah engkau berkira-kira sangat agar Allah tidak berkira-kira pemberian-Nya kepadamu, dan janganlah engkau melonggok-longgokkan hartamu tanpa menyumbangkannya agar Allah tidak bakhil kepadamu”.
Oleh itu, sebagai seorang Islam yang berusaha mendapatkan keredhaan daripada Allah SWT pastinya sanggup mengorbankan apa juaharta yang dimiliki dan dicintai ke jalan Allah SWT. Dalam erti kata lain,amalan menginfaqkan harta akan meletakkan seseorang pada darjat yang muliakerana pengorbanan merupakan kebaktian yang besar sebagai seorang hamba kepada penciptanya. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari di dalamkitab Sahihnya, seorang sahabat nabi SAW, AbuTalhah RA, sejurus mendengar ayat ini, beliau pun berkata kepada Rasulullah s.a.w:
“Sesungguhnya harta yang paling aku sayang ialah hartaku di Bairuha dan sesungguhnya hartaku di Bairuha itulah yang kuwakafkan ke jalan Allah SWT”.Kemudian nabi s.a.w pun memuji tindakkannya dan terus baginda menggalakkan Abu Talhah supaya mewaqafkan hartanya itu. Kita sedar bahawa sikap manusia secara umumnya tidak terlepas dari kongkongan nafsu terutamanya untuk mengejar
kekayaan di dunia.Ini merupakan fitrah manusia yang sememangnya suka kepada harta dunia serta sanggup bekerja siang dan malam untuk mengumpul harta tersebut. Tetapi alangkah baiknya jika ia mewaqafkan harta itu dengan ikhlas kerana Allah SWT semata-mata, maka itu adalah yang lebih baik baginya. Justeru itu, Perbadanan Wakaf Selangor telah menggerakkan pelbagai usaha meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman serta kepentingan berwakaf kepada masyarakat umum. Antara kaedah yang disediakan oleh Perbadanan Wakaf Selangor adalah seperti berikut;
Pertama : Berwakaf dengan wang tunai ataupun cek ; minimum RM 10.00 dan tanpa ada had maksimum.
Kedua : Berwakaf dengan potongan gaji; hanya serendah RM 5.00 sahaja. Ketiga : Berwakaf dengan cara auto debit; potongan melalui akaun bank. Keempat : Berwakaf dengan menggunakan emas. Marilah kita sama-sama berlumba-lumba membuat kebaikan dengan mewakafkan harta dengan kemampuan yang ada dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan memperbanyakkan amal soleh. Salah satunya dengan melaksanakan ibadah wakaf untuk menambah tabungan akhirat kita sebelum kita kembali kepada Allah SWT.
WAKAF SIMPANAN AKHIRAT (Petikan Khutbah JAIS)
top related