modul penyuburan diri insan guru full
Post on 12-Jun-2015
8.809 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
TAJUK 1 ( KETRAMPILAN DIRI )
Latihan 1.1
1
Sosiosejarah
Amalan dan sub-budaya keluarga : Amal cara hidup sederhana Setiap keputusan mengambilkira banyak
aspek Setiap masalah akan diselesaikan dengan
cara perbincangan
Asal asul keturanan : Melayu
Lokasi tempat tinggal : Perkampungan Pinggir bandar
Bahasa dan amalan komunikasi : Bahasa Ibunda/Melayu Komunikasi dua hala Perbincangan
Pekerjaan dan pendapatan : Berniaga/Guru Perniagaan
Agama dan adat resam : Islam Hormat-menghormati Bertatasusila (selagi tidak bercanggah
hukum agama)
Sistem peraturan dan hukuman : Kuasa mutlak dari orang tua.Anak-anak
akan patuh Kesalahan kedua baru menerima hukuman
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 1.1.2
Apakah yang anda faham tentang kepercayaan? Berikan definisi anda dalam tidak
lebih dari 50 patah perkataan.
Kepercayaan atau apa yang kita percayai tentang sesuatu akan menentukan sikap kita
tentangnya, membentuk perasaan kita, mempengaruhi tindakan kita, membantu kita
melakukan sesuatu dengan sempurna atau tidak, berjaya atau gagal. “Kepercayaan”
tidak perlu menjadi seperti apa yang kita anggap tentangnya, yang perlu hanyalah kita
mempercayainya. Apa yang sebenarnya realiti, adalah berdasarkan pada apa yang kita
percayai, sama ada ia benar atau tidak.
Sebagai contoh pentingnya kepercayaan; bayangkan kita mempercayai sesuatu
tentang diri anda, sesuatu yang bertindak bertentangan dengan diri kita tetapi tidak
benar. Oleh kerana apa sahaja yang kita percayai tentang diri kita akhirnya akan
mempengaruhi apa yang kita lakukan. Apa yang menyebabkan kita percaya ? Adakah
kepercayaan kita muncul secara tiba-tiba ? Adakah kita sendiri yang menciptanya ? Dari
manakah kita mendapatnya ? Kepercayaan kita bukan satu kebetulan semulajadi.
Sebenarnya kepercayaan kita wujud disebabkan kita telah diprogramkan untuk
mempercayai. Lazimnya dari mula kita dilahirkan telah membentuk dengan kukuh dan
hampir tertanam kekal kebanyakan apa yang kita percayai tentang diri kita dan kita
percaya tentang apa yang berada dan berlaku di sekeliling kita. Apa yang kita percayai
telah diprogramkan, sama ada pemprograman tersebut betul atau salah, benar atau
palsu. Semuanya bermula dengan pemprograman kita. Pemprograman kitalah yang
menegakkan kepercayaan kita dan bermulalah rantaian tindak balas. Apa yang kita
terima dari dunia luar atau dimasukkan ke dalam diri kita, telah memulakan satu rantaian
2
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
tindak balas sebab dan akibat semulajadi yang tidak akan gagal membawa kita kepada
kejayaan atau kegagalan pengurusan diri, sumber dan masa depan kita. Logiknya apa
yang kita percayai menentukan sikap kita, mempengaruhi perasaan kita, mengarah
tingkah laku kita dan menentukan kejayaan dan kegagalan kita;
i) Pemprograman membentuk kepercayaan
ii) Kepercayaan membentuk sikap
iii) Sikap membentuk perasaan
iv) Perasaan membentuk tindak tanduk atau tingkah laku yang membentuk hasil
Begitulah cara otak kita berfungsi. Jika kita ingin menguruskan diri kita dengan cara
yang lebih baik dan mengubah hasil kita, kita boleh melakukannya pada bila-bila masa
yang kita mahu. Mulakan dengan langkah yang pertama, ubah pemprograman kita.
Secara globalnya, kepercayaan adalah satu keyakinan dan amalan kita terhadap
sesuatu perkara yang diikuti berdasarkan pengetahuan, pemerhatian dan pengalaman
serta tidak bercanggah dengan hukum-hakam agama yang dianuti. Saya melihat aspek
kepercayaan ini lebih fokus kepada keagamaan. Keagamaan banyak mempengaruhi
kepercayaan saya terhadap sesuatu perkara dalam kehidupan. Contohnya dalam
mendidik anak-anak supaya tidak melakukan perkara yang boleh mendatangkan
kemudaratan.
3
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 1.1.3
Cuba anda fikirkan bagaimana proses sosialisasi di sekolah anda dan peranan
media massa mempengaruhi diri anda.
Proses sosialisasi adalah satu proses interaksi antara manusia. Ia juga
merupakan proses bergaul dan bermesra antara satu sama lain. Ia terbahagi kepada
dua iaitu verbal dan nonverbal. Di sekolah proses ini berlaku sepanjang masa dalam
semua aktiviti contohnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran, mesyuarat,
taklimat dan sebagainya. Kerja berkumpulan akan menggalakkan lagi proses ini di
kalangan murid. Hubungan yang baik akan memudahkan lagi proses ini berlaku dalam
suasana harmornis, dipenuhi dengan kesabaran, kesopanan dan saling hormati-
menghormati antara satu sama lain. Sosialisasi mendatangkan pengaruh ke atas
sahsiah.
Media Massa adalah satu alat penyebaran maklumat yang berbentuk elektronik dan
media cetak. Contohnya televisyen, radio, surat khabar, majalah dan banyak lagi.
Peranan Media Massa amat penting dalam mempengaruhi proses sosialisasi di sekolah.
Media massa merupakan sumber ilmu saya. Di antara peranan media massa yang
mempengaruhi diri saya ialah:
Sebagai agen penambah ilmu pengetahuan
Sebagai agen pengaruh pemikiran
Sebagai agen memberi dan menyalurkan maklumat atau informasi yang
terkini
Sebagai agen mengubah persepsi saya dalam sesuatu perkara melalui
pemerhatian dan pengalaman.
4
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Peranan media massa banyak mempengaruhi diri saya terutama dalam komunikasi,
sikap (keterbukaan) cara berfikir dan penampilan. Media massa juga mempengaruhi
cara pergaulan dan minat saya. Secara ringkasnya peranan media massa banyak
mempengaruhi saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti :
Dalam kemahiran mengajar
Dalam kemahiran berkomunikasi secara lisan bukan lisan
Dalam kemahiran menjalinkan sesama manusia
Dalam kemahiran menggunakan computer sebagai media
Dalam kemahiran membuat kajian pendidikan
Dalam kemahiran menyediakan bahan P&P
Dalam kemahiran kemudahcaraan
Dalam kemahiran menangani masalah dan cabaran
Dalam kemahiran berusaha ke arah pembangunan kendiri
Apa yang perolehi dari pengetahuan membuatkan saya dapat menerima dan
mengakui kelemahan diri sendiri dan seterusnya belajar daripada kesilapan dan
memperbaikinya. Segala ilmu pengetahuan yang saya perolehi melalui media massa
akan aplikasikan dalam kehidupan sebagai guru. Media massa dapat membantu saya
melancarkan dan menyempurnakan lagi tugas seharian.
5
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 1.1.4
Di antara faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan sikap ialah :
Faktor rakan sebaya – pergaulan dengan rakan sebaya amat kuat
mempengaruhi pembentukan sikap seseorang individu. Pengaruh ini amat besar
kesannya terutama kepada para remaja. Jika baik sikap rakan sebaya yang
digaulinya maka positiflah sikapnya dan sebaliknya.
Faktor pendidikan – faktor ini lebih memfokuskan pendidikan awal yang
diterima oleh seseorang. Jika pendidikan yang sempurna berterusan diberikan
oleh keluarga, maka pembentukan sikap juga terbina kesan daripada pendidikan
tersebut.
Factor persekitaran – faktor ini amat luas skopnya termasuklah
keluarga,kebudayaan, pengaruh sekolah, media massa, pengalaman dan
masyarakat. Walaubagaimanapun, persekitaran yang baik dan hamornis boleh
mempengaruhi sikap yang positif dan sebaliknya.
Faktor Pengalaman - Pengalaman hidup dan kerja seseorang juga dapat
mempengaruhi sikapnya, sama ada ke arah yang lebih positif atau negatif.
Seseorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perguruan
tentunya lebih memahami dan mudah beradaptasi dengan mana-mana sekolah
di mana dia ditugaskan berbanding dengan guru yang masih lagi ‘mentah’ di
dalam bidang ini.
6
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 1.1.5
Bagaimana personaliti anda terbentuk, lakukan refleksi dan kaitkan dengan
peranan latar belakang sosiosejarah anda.
Personaliti merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara
keseluruhan. Ianya mencakupi aspek perangai, kecerdasan, sikap, minat, kepercayaan,
aspirasi dan nilai-nilai. Personaliti saya terbentuk daripada banyak aspek dalam
kehidupan iaitu :
Melalui agama yang dianuti iaitu Islam
Melalui pendidikan yang diterima
Melalui pengalaman hidup
Melalui jalinan hubungan dan komunikasi antara masyarakat.
Kebudayaan yang diamalkan
Rakan sebaya yang terdekat
Media massa yang menjadi sumber ilmu, pemerhatian dan penilaian.
Personaliti saya terbina hasil daripada ajaran agama yang dianuti iaitu Islam kerana
Islam ada segala-gala yang diperlukan yang lebih menjurus kepada kebaikan dan
kesederhanaan dalam kehidupan. Di samping itu, latar belakang sosiosejarah saya juga
membantu penampilan diri seperti keturunan, lokasi tempat tinggal, pekerjaan dan
budaya yang diamalkan dalam sistem kekeluargaan. Sosiosejarah keluarga saya
pencorak utama dalam membentuk personality saya.
7
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 1.2.1
Apakah kaitan guru dengan etiket social ?
Guru dengan etiket sosial tidak dapat dipisahkan. Etiket sosial merupakan
perilaku, budi bahasa, kebijaksanaan, imej, gerak-geri yang elok yang meyakinkan
mengikut kesesuaian semasa berinteraksi sesuatu majlis rasmi dan pergaulan
sehariannya. Guru adalah agen pembangunan dan pembaharuan dalam masyarakat.
Etiket sosial adalah untuk :
Kemahiran guru dalam etiket sosial merapatkan hubungan guru dengan pelbagai
lapisan mesyarakat dan seterusnya memudahkan lagi tugas seorang guru dalam meraih
jalinan kerjasama dengan pihak-pihak tertentu. Oleh itu, untuk mempertingkatkan
pengetahuan berkenaan prinsip-prinsip asas teori dan amalan dalam Tatacara Majlis
Sosial Etika dan Pengurusan Diri perlu dipraktikkan kerana ianya :
Dapat meningkatkan kemahiran dalam mengamalkan etika sosial dan
personaliti seorang guru.
Memberi lebih berkeyakinan dan bersikap positif terhadap gaya personaliti
seorang guru.
Dapat menerapkan nilai-nilai unggul di kalangan Penjawat Awam selaras
dengan keperluan Sektor Awam, Negara di alaf baru.
Seorang guru, kita mestilah melengkapi diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan
dan kemahiran kerana guru akan menjadi idola kepada anak-anak muridnya serta
mesyarakat.
8
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Perlukah guru mengamalkan etiket sosial ?
Oleh kerana guru menjadi idola dalam masyarakat, maka guru perlu menguasai
etiket sosial. Guru yang mengamalkan etiket sosial merupakan platform untuk dirinya
dalam menyesuaikan diri dalam apajua keadaan yang dihadapinya. Guru merupakan
orang yang banyak berhadapan dengan situasi bersosial sama ada secara formal atau
tidak formal.
Guru adalah orang yang selalu mendapat perhatian walau di mana dia berada.
Segala tindak tanduknya sentiasa diperhatikan oleh masyarakat sekeliling. Adalah
menjadi satu kewajiban bagi guru-guru mengamalkan etiket sosial untuk melengkapi
profession perguruan.
9
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Soalan Tutorial
Siapa saya ?.
Saya adalah anak kelahiran Bumi Kenyalang (Sarawak) yang dilahirkan pada 3 Mei
1973 iaitu pada pagi jumaat kira-kira dalam jam 10.00 pagi. Ibu saya bernama Jinah
Binti Bujang dan Bapa saya pula bernama Ebni Bin Hj. Bujang. Ibu bekerja sebagai
tukang jahit segala jenis baju dan bapa saya pula adalah seorang guru agama dan
kemudian menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Selepas itu, beliau diberi
kepercayaan dan tanggungjawab oleh penduduk kampung saya sebagai Wakil
Penghulu.
Sejak kecil saya diasuh dengan didikan agama yang kuat oleh keluarga. Inilah
yang menjadi pegangan hidup ‘ Islam is the way of life, the true is only in Islam ’.
Selepas bapa pergi menyahut panggilan Illahi, saya dibesarkan oleh kakak sulung
sehingga kini. Saya berjaya menamatkan pengajian sehingga ke Universiti iaitu
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada tanggal 4 Ogos 2001.
Selepas itu, saya berusaha mencari pekerjaan tetapi tidak berjaya mendapat
pekerjaan yang tetan dan menjamin masa depan. Berkat usaha dan kesabaran saya
akhirnya berjaya menjadi guru. Inilah cita-cita yang saya idamkan sejak dibangku
sekolah. Kini saya mempunyai satu tanggungjawab yang cukup berat untuk
dilaksanakan tetapi tidak mustahil untuk disempurnakan. Saya ingin melihat bangsa
saya berjaya mencipta nama yang baik bukan sahaja di peringkat negara tetapi juga di
peringkat antarabangsa.
10
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Saya ingin melahirkan generasi yang boleh menjunjung aspirasi negara.
Falsafah Pendidikan Guru menjadi garis panduan saya untuk merealisasikan aspirasi
negara dengan bertunjangkan kepercayaan kepada Tuhan dan berkhidmat kepada
masyarakat sejagat.
Dalam mengharungi dunia tanpa sempadan ini, saya perlu sentiasa bersedia dari
segi mentel dan fizikal untuk mengharungi apa jua cabaran terutama dalam dunia
pendidikan.. Saya adalah seorang guru yang menjadi pemangkin kepada kesejahteraan
mensyarakat dan menjadi pembangunan negara . Dengan ilmu dan kemahiran yag ada
pada saya, saya akan berusaha untuk merealisasikan Wawasan negara iaitu Wawasan
2020 yang menjadi inspirasi setiap masyarakat dalam yang inginkan pembangunan
yang seimbang. Saya juga adalah seorang guru yang akan berusaha untuk melahirkan
bangsa Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang..insya-Allah.
Membandingbezakan penampilan diri informal dengan penampilan diri
professional
Penampilan diri informal Penampilan diri profesional
Boleh bepakaian biasa
seperti T-Shirt
Gaya dan cara yang
dipamerkan tidak perlu formal dan
bersahaja.
Berpakaian kemas dan
bersopan.
Gaya dan cara yang
meyakinkan ketika berinteraksi dengan
masyarakat.
11
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Boleh menggunakan
bahasa pasar atau bahasa ibunda
masing-masing.
Menggunakan bahasa
formal ( BM dan BI ) dalam komunikasi.
TAJUK 2 ( KECEKAPAN PERSONAL )
TAJUK 3 ( PEMBINAAN INSAN GURU YANG SEIMBANG)
Latihan 3.1.1
Apakah tugas seorang guru?
Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan
keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan
keluhuran peribadi. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim,
muaddib, alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran
pada diri sendiri malah juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan
hubungannya dengan Allah.Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan
nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa
dan agama.
Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa
golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh
bangunnya sesebuah bangsa dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan guru
sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan
12
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam
bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran,
budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif.
Guru adalah pencorak utama dalam warna kehidupan seseorang manusia. Jika
putih warnanya maka baiklah masa depan dan sebaliknya. Tugas seorang guru
bukanlah semudah yang difikirkan oleh sesetengah orang. Tugas seorang guru amat
besar dan berat dilaksanakan. Bak kata pepatah ‘ berat mata memandang berat lagi
bahu yang memikul.’ Secara ringkasnya tugas dan tanggungjawab seorang guru dapat
dihuraikan seperti berikut:
Sebagai pendidik dan pembimbing
Sebagai pengajar
Sebagai pengamal ilmu
Sebagai pendisplin
Sebagai kaunselor
Sebagai ahli kaedah penilai
Sebagai agen sosialisasi
Sebagai agen perubahan
Di sini akan dihuraikan secara terperinci mengenai tugas dan yanggungjawab
seorang insan bergelar guru.. Guru yang mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru
yang mengamalkan etika keguruan yang standard. Kod etika berkenaan memperincikan
secara khusus sifat dan ciri tertentu yang menjadi garis panduan guru-guru yang baik
personaliti mereka.
13
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Etika perguruan belum dibuat secara khusus oleh kumpulan yang dianggotai
oleh berbagai kalangan yang profesional. Namun sebagai percubaan awal hal ini boleh
diusahakan secara perseorangan dan kemudiannya dapat ditokok tambah oleh khalayak
pendidik serta dihayati oleh mereka sebagai suatu etika profesion keguruan . Antara
yang boleh dirumuskan ialah:
Tugas dan Tanggungjawab Terhadap Allah
1. Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan/keimanan kepada
Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya.
2. Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi
amalan harian.
3. Guru Muslim mustahak menghayati rasa khusyuk, takut dan harap kepada Allah.
4. Guru Muslim hendaklah prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar agama Islam
dan berusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam.
5. Guru Muslim mesti melaksanakan kewajiban agama, menghindari laranganNya dan
menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya.
6. Guru Muslim hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa kepadaNya
dengan membaca ayat-ayat Allah dan merendahkan diri ke hadratNya.
Tugas dan Tanggungjawab Terhadap Diri
1. Guru muslim hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada dari aspek
fizikal, emosional, mental mahupun moral.
2. Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat tinggal.
3. Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta ditingkatkan
14
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
dari segenap aspek.
4. Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan sebanyak
mungkin kepada Allah, masyarakat dan negara.
5. Melibatkan diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan kualiti
profesion sebagai seorang guru.
Tugas dan Tanggungjawab Terhadap Ilmu
1. Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan mendalam.
2. Beriltizam dengan amanah ilmiah.
3. Prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari.
4. Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu yang
berkaitan.
5. Dari semasa ke semasa guru Muslim hendaklah menelusuri sudut atau dimensi
spirituality Islam dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan.
6. Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan
keamanan umat manusia sejagat.
Tugas dan Tanggungjawab terhadap Profesion
1. Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh
mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang kepercayaan
orang ramai terhadap profesion perguruan.
2. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya
maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
15
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
3. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya
dengan jujur.
4. Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya. Kepentingan para
pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan
masyarakat, persatuan atau persendirian.
5. Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar tidak kira
bangsa, agama atau kepercayaan.
6. Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah
laku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat.
7. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap pelajarnya.
8. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar
tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal
keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.
9. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar dan
memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya
cipta dan rohani.
10. Dia harus menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat sulit
mengenai diri para pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak
berkenaan.
11. Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para pelajarnya begitu rupa yang boleh
membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
12. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,
masyarakat awam atau negara.
13. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya
mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama.
14. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan
16
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.
15. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap
pelajar.
16. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untuk
pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti
sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.
17. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran
persendirian.
18. Dia tidaklah harus memaksa kepercayaan keagamaan, politik persendirian terhadap
para pelajarnya.
19. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para pelajar
atau ahli- ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya.
20. Dia tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.
21. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan
cara-cara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan).
22. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-membesarkan
namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.
Tanggungjawab Terhadap Pelajar
1. Guru muslim hendaklah lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dari
hal-hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap seorang tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,
emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
3. Menampilkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat
memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam mata-
17
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang bayaran.
5. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan
menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran
mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat
1. Guru muslim hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan
atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar
atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai
guru.
3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan
bersungguh-sungguh dan mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam
profesion perguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara
1. Mengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang boleh bertentangan dengan
Rukunegara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia, bertanggungjawab
dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya
perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segala
18
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil
bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan tahap kehidupan morality,
kebudayaan dan kecendikiawanan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan
menjalani kehidupan harian dengan baik.
Tugas dan Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa
1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumahtangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan
rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada
sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang
boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
19
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Mengapakah guru dikatakan sebagai arkitek pembinaan Negara Bangsa?
Hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, menyebabkan
pembangunan negara bergerak dengan rancak. Bidang pendidikan sentiasa
berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat
percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia
telah banyak membawa banyak cabaran kepada kita. Kita tidak dapat menyangkal
betapa cepatnya IT merubah dunia pembelajaran umpamanya muncul pembelajaran
melalui ‘online’. Para guru pada hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan responsive
terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak
bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam
teknologi info-komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemankin
kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti.Sebagai pemangkin,
guru menggunakan teknologi info-komunikasi bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di
dunia semata-mata tetapi juga untuk meraih kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan
20
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu
tersebut.
Keupayaan kita untuk membentuk satu wawasan yang jelas tentang pendidikan
nilai dan moral banyak bergantung pada kebolehan kita untuk befungsi sebagai agen
yang adaptif, iaitu guru yang mempunyai daya kebolehubahsuaian diri yang tinggi.
Bagaimanapun, untuk menjadi agen adaptif dalam konteks bilik darjah, guru perlu
mempunyai pengetahuan yang meluas dan mendalam tentang nilai, pedagogi, dan
psikologi pembelajaran. Dengan perkataan lain, sebarang usaha untuk membuat
reformasi terhadap pendidikan nilai di sekolah akan membabitkan satu usaha adaptif
daripada apa yang kita boleh laksanakan kepada apa yang kita perlu laksanakan.
Konsep perlu laksanakan mengimplikasikan bahawa pengetahuan para guru tentang
nilai dan pengajaran nilai ada1ah bersifat futuristik. Tanpa pengetahuan seperti itu,
proses adaptasi akan menjadi amat terbatas atau mungkin tidak dapat dilaksanakan.
Ringkasnya, adaptasi tidak akan menjadi satu realiti sekiranya kita tidak mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentang nilai dan pendidikan nilai.
Guru sebenarnya adalah agen perancang kepada pembangunan manusia dan
pemangkin kepada kecemerlangan bangsa dalam semua bidang. Tanpa guru tidak
mungkin kita dapat mencapai tahap yang kita nikmati kehidupan sekarang ini. Tugas
sebagai seorang guru banyak cabarannya. Setiap guru perlu mempunyai daya
ketahanan mentel dan fizikal. Guru dikatakan sebagai arkitek pembinaan Negara
Bangsa kerana melihat kepada tanggungjawabnya terhadap Masyarakat dan Negara
iaitu :
21
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
1. Mengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang boleh bertentangan
dengan Rukunegara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan
menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil
bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan tahap kehidupan morality,
kebudayaan dan kecendikiawanan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan
menjalani kehidupan harian dengan baik.
Guru bertanggungjawab dalam melahirkan bangsa yang cemerlang, gemilang
dan terbilang pada masa yang akan datang. Oleh itu guru dikatakan sebagai arkitek
pembangunan Negara Bangsa kerana guru mempunyai pelbagai ilmu, kepakaran dan
22
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
kemahiran yang akan disalurkan kepada jutaan manusia di institusi pendidikan dari
peringkat rendah ke peringkat yang tertinggi.
Apakah yang anda faham dengan insan guru yang seimbang?
Guru yang mempunyai budi pekerti yang mulia dan mempunyai ilmu yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Keseimbangan dan kesepaduan
dalan aspek keilmuan, kerohanian, kemahiran disertai rasa tanggungjawab terhadap
agama, bangsa dan negara akan membawa bangsa dan negara ke mercu
kecemerlangan dan kejayaan. Guru yang seimbang perlu mempunyai sifat-sifat seperti
berikut:
1.Berkelakuan baik (penyayang dan penyabar)
2. Tidak berat sebelah
3. Berkeupayaan menghuraikan pelajaran dengan jelas
23
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
4. Berdisiplin
5. Menguasai mata pelajaran dengan baik
6. Adil dalam pemarkahan
7. Sifat kelakar
8. Suka menolong pelajar di luar kelas
9. Memahami masalah pelajar
10. Mampu menarik perhatian pelajar
11. Amanah dan menunaikan janji
12. Berupaya membuat penghukuman yang betul
13. Mempunyai sahsiah yang dihormati
15. Mempunyai arahan yang jelas dan spesifik
16. Boleh membezakan ‘intan dari kaca’
18. Mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi
20. Tidak menyalahgunakan peraturan membenarkan murid dirotan
21. Luas pengetahuan am
22. Tidak lari atau terkeluar dari tajuk bila mengajar
24. Mengenal titik kekuatan murid
25. Pandai memberi nasihat
26. Simpati terhadap kelemahan murid
27. Pandai memilih kata-kata
28. Memberi ruang para pelajar menelaah dan mengulangkaji
29. Mengambil kira suasana murid di rumah
30. Boleh membuat ujian secara berkala
31. Mengamalkan kaedah pengajaran yang berkesan
32. Mengambil kira pengudaraan bilik darjah
24
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
33. Suka memberikan kerjasama
34. Bersemangat riadah atau kesukanan
Falsafah Pendidikan Negara menegaskan tentang keperluan setiap pelajar untuk
menerima pendidikan yang bersepadu, dimana potensi pelajar yang membabitkan
semua aspek kehidupannya seperti aspek fizikal, kognitif, emosi, sosial, dan rohani
dikembangkan ke tahap yang optimum. Jadi, fungsi pendidikan formal pada peringkat
rendah dan menengah adalah bukan sahaja perlu bertumpu kepada perkembangan
kognitif (aspek akademik), tetapi yang lebih utama ialah ianya perlu bertumpu kepada
aspek pertumbuhan, perkembangan, dan pembangunan keseluruhan diri (misalnya,
gabungan jasmani dan rohani) setiap pelajar. Insan guru seimbang adalah guru yang
mengamalkan dan mengaplikasikan Falsafah Pendidikan Negara.
Mampukah anda menjadi guru yang diharapkan oleh Negara?
Di Malaysia, pendidikan dilihat sebagai satu proses yang mempunyai pengaruh
yang kuat terhadap nilai dan gaya hidup seseorang warganegara, dan ianya dianggap
sebagai satu mekanisme yang penting bagi pembangunan individu, masyarakat, dan
negara. Pendidikan, khususnya pendidikan nilai yang selaras dengan ajaran agama
(misalnya, pendidikan nilai yang berdasarkan keimanan dan kepercayaan kepada
Tuhan) telah wujud begitu lama sebelum pendidikan formal bermula di negara ini, dan
ianya terus mempunyai tempat yang istimewa sehingga hari ini walaupun kebelakangan
ini, kedudukan itu dicabar dengan hebat oleh amalan hidup yang bebas lepas. Namun
inilah cabaran yang harus dihadapi oleh setiap guru di Malaysia.
25
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Saya menceburi profesion perguruan kerana cita-cita sejak dari bangku sekolah.
Untuk merealisasikan aspirasi negara bukanlah satu tugas yang mudah tapi tidak
mustahil dilaksanakan jika kita berusaha bersungguh-sungguh dan berpadu tenaga. Bak
kata pepatah ‘hendak seribu daya tak nak seribu dalih’. Berjuang sehingga terhenti
nafaz.
Matlamat Negara adalah satu tangungjawab yang wajib dilaksanakan. Saya
percaya bahawa dengan ilmu pengetahuan, pengalaman yang ada serta kerjasama
daripada semua pihak, saya mampu menjadi guru yang diharapkan oleh Negara. Masa
depan Negara terletak di tangan guru. Untuk menjadi guru yang diidamkan oleh Negara,
Falsafah Pendidikan Guru adalah menjadi rujukan dan matlamat saya untuk memenuhi
aspirasi Negara iaitu:
“Guru yang berperketi mulia, berpandangan progresif dan saintifik,bersedia menjunjung
aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin
perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif dan berdisplin”
Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah
berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia,
yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha
menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang
percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.
26
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 3.2.1
‘ungkapan insan guru seimbang’
Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib, alim atau
ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri
malah juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan
Allah.Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti
saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama.
Insan membawa makna seseorang manusia yang mempunyai darjat dan kemuliaan
yang tinggi sisi Allah dan disanjung tinggi oleh masyarakat. Guru membawa maksud
orang yang bertanggungjawab mendidik bangsanya ke arah kesempurnaan pendidikan
rohani dan jasmani.
27
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Istilah seimbang membawa merujuk penekanan yang sama diberi kepada
pembangunan mental, rohani, emosi dan jasmani secara bersepadu. Guru insan
seimbang merupakan seorang individu yang bertanggungjawab, berpengetahuan,
berketrampilan, berakhlak tinggi, kepercayaan kepada Tuhan, berjiwa tenteram,
berbadan sihat dan cergas serta sedia bekerjasama dan tolong-menolong di antara
saru sama lain.
Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa
golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh
bangunnya sesebuah bangsa dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan guru
sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan
dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam
bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran,
budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif.
Dia juga berusaha untuk memajukan bangsa dan negara serta mempunyai
ketahanan diri untuk menangani pelbagai jenis cabaran hidup. Guru tersebut juga mesti
amanah dan sanggup berkorban untuk pembangunan, kesejahteraan dan kejayaan
bangsa dan Negara.
28
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 3.2.2
Sebagai tugasan, cuba anda senaraikan ciri-ciri guru progresif dan saintifik.
Guru yang progresif dan saintifik adalah guru yang diidamkan oleh semua pihak
bagi mengisi keperluan pendidikan Negara. Guru yang futuristic akan sentiasa menokok
tambah ilmunya dengan membaca dan menghadiri seminar atau bengkel. Dengan itu,
guru tersebut sentiasa menyedari perkembangan baru dalam dunia pendidikan dan
dapat memanikan peranan sebagai innovator.
Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar
atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam
29
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang,
pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.Sebagai pentadbir ataupun
pengurus, guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu
tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan.Perubahan-
perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Di antara guru-guru yang progresif dan
saintifik secara ringkasnya adalah seperti berikut:
sentiasa bergerak dan maju ke depan
berpandangan jauh dan berpengetahuan luas dalam pendidikan
sentiasa menggunakan teknologi dan memperkayakannya dalam
pendidikan
menjadi penyumbang kepada ketamadunan teknologi
sentiasa menjunjung aspirasi Negara
peka terhadap perubahan persekitaran dan peredaran zaman
Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut
tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi
dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa banyak cabaran kepada
kita. Kita tidak dapat menyangkal betapa cepatnya IT merubah dunia pembelajaran
umpamanya muncul pembelajaran melalui ‘online’. Para guru pada hari ini telah
bersikap produktif, proaktif dan responsive terhadap perkembangan kecanggihan
teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa
yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi info-komunikasi yang dikuasai guru
dapat digunakan sebagai pemankin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang
dan berkualiti.Sebagai pemangkin, guru menggunakan teknologi info-komunikasi bukan
30
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
hanya untuk menyampaikan ilmu di dunia semata-mata tetapi juga untuk meraih
kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui
keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut.
Hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, menyebabkan
pembangunan negara bergerak dengan rancak. Pelbagai usaha dijalankan oleh
kerajaan untuk membangunkan teknologi maklumat seperti koridor raya multimedia
[ multimedia super corridor (MSC)] yang menjadi pusat telekomunikasi dan penyiaran
serantau dan antarabangsa. Hal yang sama juga berlaku dalam kurikulum pendidikan di
negara ini, komputer telah dijadikan sebagai satu kurikulum di sekolah.
Dalam Wawasan 2020 telah dinyatakan bahawa menjelang 2020 negara akan
melahirkan satu masyarakat yang bertunjangkan sains dan teknologi sebagai asas
utama dalam kehidupan selari dengan keperluan dunia masa kini. Cabaran tersebut
adalah cabaran Wawasan 2020 yang ke enam iaitu:
“Membentuk sebuah masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif
dan sentiasa ke hadapan, yang bukan sahaja menjadi pengguna kepada teknologi tetapi
juga penyumbang utama kepada tamadun, sains dan teknologi pada masa hadapan ”
Latihan 3.3.1
Bincangkan lima prinsip etika kerja.
1. Niat yang betul – mempunyai nawaitu yang ikhlas amanah, jujur dan
bertanggungjawab agama dan tugas yang dilaksanakan.
31
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
2. Perlakuan yang baik – mempunyai budi pekerti yang luhur dan peribadi yang
mulia dalam diri dan mampu menyalurkan dalam masyarakatnya.
3. Penggerak ke arah kebaikan – sentiasa berusaha memajukan diri dan
melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan menjadi pemangkin
kepada pembangunan dan kesejahteraan bangsa kearah kejayaan untuk dunia dan
kebahagiaan di akhirat.
4. Mengotakan yang dikota – tidak pernah bersikap hipokrit, apa yang telah
diikrarkan dan diamanahkan merupakan satu kewajipan yang harus dilaksanakan
dengan sempurna dan jayanya.
5. Berdisplin dan beradap – sentiasa berdisplin dan peraturan menjadi garis
panduan dalam menjalankan proses pendidikan. Mempunyai daya ketahanan dan
kawalan diri yang baik dan mempunyai jalinan perhubungan yang baik dalam
masyarakat.
Latihan 3.7.1
Jika guru mengamalkan semua nilai utama, obkejtif Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk melahirkan sistem pendidikan bertaraf dunia dapat dijadikan
kenyataan. Bincangkan.
Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami satu anjakan paradigma baru
dalam usaha melahirkan sistem pendidikan bertaraf dunia dapat direalisasikan dengan
jayanya. Untuk mencapai hasrat murni ini, pengemblengan tenaga daripada semua
pihak amat diperlukan. Dalam masa yang sama, semua guru mestilah mengamalkan
32
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
nilai-nilai utama dalam etika kerja yang telah ditetapkan. Jika nilai ini yang menjadi
pegangan guru-guru, tidak mustahil hasrat murni kerajaan Malaysia akan menjadi
kenyataan.
“Pendidikan bertaraf dunia” sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara
meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan
seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan
ilmu. Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi
dan impak yang serius terhadap profesion perguruan yang secara langsung terlibat di
dalam sistem penyampaian ilmu.
Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi
mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia yang berbudaya
fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjanakan idea ke arah
pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara.
Dalam hal ini profesion perguruan di alaf baru ini haruslah mampu menguasai
dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu
bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Kebestarian sesuatu pengajaran itu
bergantung kepada sejauhmanakah seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek
pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan
seorang pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan
jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada
agama dan kepercayaan pada Tuhan sepertimana yang terdapat dalam falsafah
pendidikan negara.
33
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Kementerian Pendidikan telah menetapkan matlamat untuk menjadikan Malaysia
sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan bagi memenuhi wawasan menjadikan
pendidikan di Malaysia bertaraf dunia (JPS: 2001). Data semasa telah menunjukkan
peningkatan jumlah pelajar antarabangsa mendapatkan pendidikan tinggi di Malaysia.
Pada tahun 2002, bilangan pelajar antarabangsa di IPTS Malaysia mencapai 22,827
orang, iaitu peningkatan sebanyak 69.4% berbanding dengan tahun 2001 seramai
13,475 orang (JPS: 2003).
Tahun 2000 bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir
tetapi bersama-sama menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk
tindakan. Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dengan adanya
penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses,
disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan
sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia
menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar
yang lebih menyeronokkan.
Anjakan Paradigam
Sehubungan dengan hasrat ini konsep sekolah bestari telah diperkenalkan dan
guru-guru pula haruslah memberi satu respons yang positif ke arah
mengimplementasikannya. Dalam situasi ini guru-guru harus membuat sedikit anjakan
paradigma terhadap pemikiran serta tanggapan yang akan melibatkan penyusunan
strategi pengajaran begitu juga dalam amalan di bilik darjah:
“Kita perlu berkisar dan berganjak daripada norma
dan kebiasaan dalam melaksanakan tugas-tugas
34
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
kita yang lazim, rutin dan “reasonable” kepada yang
lain: yang inovatif dan imaginatif; yang bersifat
non-linear, dan lateral yang menggunakan budaya
“reflective rationality” dan yang “unreasonable”
(Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin)
Dari petikan di atas membawa implikasi bahawa guru tidak seharusnya berpuas
hati dengan apa yang mereka perolehi sekarang. Guru harus meneroka dengan lebih
giat lagi serta sanggup menerima segala cabaran dalam arena mencari dan menyampai
ilmu.Guru seharunya lebih bersifat responsif, proaktif serta dapat membuat penyesuaian
terhadap apa sahaja perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan akhibat daripada
perkembangan teknologi dan perledakan maklumat.
Perkembangan Teknologi Dalam Pendidikan
Pembelajaran berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan (Dick &
Reiser, 1989). Keseronokan belajar adalah sesuatu yang diharapkan oleh semua
golongan guru terhadap pelajar-pelajarnya. Keseronokan membawa implikasi pelajar
tertarik dan berminat hendak belajar, manakala guru pula mempunyai strategi yang
boleh mendorong pelajar-pelajarnya memberi tumpuan serta mengambil bahagian yang
menyeluruh dalam proses pengajaran pembelajaran. Situasi ini dapat diwujudkan
sekiranya guru dapat menyampaikan pengajaranya dengan bantuan bahan atau media.
35
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Perkembangan teknologi telah dapat mempelbagaikan perkakasan dan perisian dalam
sistem penyampaian.
Bermula dengan interaksi secara lisan, manusia mula berkomunikasi dengan
mencatat di atas bahan yang bermula dengan daun hinggalah berlakunya
perkembangan teknologi kertas dan percetakan. Seterusnya teknologi fotografi telah
berkembang yang menyebabkan terdapatnya gambar-gambar yang dapat digunakan
sebagai satu rujukan disusuli pula dengan media elektronik seperti radio, TV, filem,
video, VCD, DVD dan perkembangan terakhir dengan ada teknologi maklumat seperti
telesidang dan komputer terutamanya dalam bidang multimedia. Walaupun
perkembangan seumpama ini banyak memberi sumbangan terhadap dunia hiburan
tetapi tidak dapat disangkal dalam pendidikan perkembangan ini dapat memberi kesan
yang positif dalam proses pembelajaran.
Sebagai seorang guru perkembangan yang begitu mencabar ini harus dianggap
sebagai satu peluang ke arah mempelbagaikan strategi dan mempermantapkan sistem
penyampaian ke arah yang lebih berkesan, dinamik, menyeronokan dan menghiburkan.
Sekolah Bestari
Pengenalan kepada Sekolah Bestari adalah merupakan satu senario dalam
pendidikan alaf baru di Malaysia bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial
dan budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi
pendidikan dapat menggabung serta memberi penekanan terhadap:
Pembelajaran berbudaya fikir
Pemusatan kepada pelajar
36
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Penggunaan pelbagai media secara bijak
Strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
Pengurusan persekolahan yang efektif
Usaha ini adalah ke arah mewujudkan suasana pembelajaran dan persekolahan yang lebih bermakna dan berkesan di mana guru-guru bukan lagi pendeta di atas pentas (sage by the stage) tetapi sebagai pembimbing di sisi (guide by the side) untuk menyampaikan pengajaran secara lebih berkesan .
“…… delivers education in a dramatically better
way to significantly enhance the achievement
of the goals of the National Philosophy of Education,
utilizing technology as the enabler,
and supported by appropriate people, skills, policies and
processes. It uses information to select and
implement effective tools and practices accompanied
by necessary organizational support and
continous professional development”
(Smart School task Force, May 1997)
Keberkesanan pendidikan ini dapat dilihat melalui peranan guru dan pelajar
dalam proses pembelajaran melalui kurikulum yang lebih mantap dan bersepadu.
Pengajaran guru yang bersifat ‘pembimbingan di sisi” harus mempunyai ciri-ciri seperti
berikut:
Berfokuskan pelbagai domain untuk membolehkan pelajar berkembang secara
menyeluruh dan seimbang.
37
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Mengintegrasikan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan penggunaan bahasa
yang tepat merentasi kurikulum
Pencapaian pembelajaran (intended learning outcomes) dinyatakan secara
eksplisit bagi membolehkan pelajar memperolehi akses kepada pembelajaran
berkualiti dan pembelajaran berlaku secara “self-paced” merentasi tahun dan
tingkatan
Mengintegrasikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap sejajar dengan era
maklumat.
Dalam hal ini guru haruslah berusaha untuk menggunakan pelbagai pendekatan
seperti:
Pendekatan berfokuskan pelajar
Pendekatan berfokuskan pembelajaran
Pendekatan berpusatkan pemikiran
Pendekatan berorientasikan proses
Ke arah mengoptimumkan potensi pelajar dalam proses mencari ilmu yang lebih
bersifat :
Pembelajaran terarah kendiri (self-directed)
Bergerak pada kemampuan kendiri (self-paced)
Pemerolehan resos secara akses kendiri (self-accessed)
38
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Dalam hal ini amalan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah seharusnyalah tidak lagi tertumpu hanya dengan membekal maklumat dan
memberi jawapan berdasarkan soalan serta menggunakan bahan yang terhad sahaja.
Apa yang harus dilakukan ialah membekal tugasan yang lebih mencabar terhadap
aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam sesutau pakej pembelajaran yang memerlukan
analisis dan penyiasatan secara kolaboratif dan koperatif dalam menyelesaikannya,
mengemukan soalan-soalan yang berkehendak lebih banyak berfikir dan menjanakan
minda serta menggunakan banyak bahan dari sumber-sumber yang mudah didapati
hasil dari perkembangan teknologi ke arah memenuhi dan mencapai hasilan
pembelajaran.
Nilai-Nilai Utama Dalam Etika Kerja
39
Penyayang
Ikhlas
Dedikasi Bersyukur
Bijaksana
Benar
Amanah
Nilai-Nilai Utama
Etika Kerja
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Rumusan
Secara tuntasnya, hasrat negara untuk mencapai Pendidikan Bertaraf Dunia akan
terlaksana jika semua guru di Malaysia mengamalkan sepenuhnya nilai-nilai utama
dalam etika kerja. Pendidikan di alaf baru juga hasil daripada perledakan dan
perkembangan teknologi maklumat mempunyai cabaran yang harus ditangani dengan
bijak. Guru di bilik darjah harus memahami fenomena perubahan ini dan berusaha
menggabungkan pelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti ke arah melahirkan satu corak
penyampaian yang berkesan dan bermakna.
Latihan 3.8.1
40
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Guru boleh dikategorikan sebagai golongan profesional kerana sikapnya yang
berdedikasi tinggi, sentiasa peka dengan perubahan dan keperluan persekitanan,
sentiasa bersikap positif dan terbuka, berkeupayaan memenuhi aspirasi falsafah
pendidikan negara. Tugas seorang guru memerlukan banyak kepakaran dan kemahiran
serta mempunyai peribadi dan sahsiah yang unggul dalam dirinya. Hasil pendidikan
yang dibentuk mestilah mempunyai kualiti. Di samping itu, tugas guru menuntut banyak
kesabaran dan kesungguhan dalam melaksanakan tugas tanggungjawab yang jitu dan
tinggi.
Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa
golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh
bangunnya sesebuah bangsa dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan guru
sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan
dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam
bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran,
budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif.
‘Konsep guru yang profesional’ adalah guru yang mempunyai ilmu pengetahuan Dan
kepakaran serta kemahiran yang pelbagai menjadi tuntutan utama dalam diri seseorang
guru bagi melaksanakan satu proses pendidikan secara berterusan. Bagi menjalankan
tugas dengan cekap, guru hendaklah berupaya pelajaran yang menarik, bermakna serta
menyeronokkan murid-murid.
Dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru
mestilah memperolehi beberapa kemahiran keguruan seperti:
Kemahiran belajar
Kemahiran berfikir
41
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Kemahiran merancang
Kemahiran menyediakan bahan pengaaran pembelajaran
Kemahiran mengajar
Kemahiran mengurus
Kemahiran menilai
Kemahiran membuat kajian
Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran mengendalikan aktiviti luar
Kemahiran menjalinkan hubungan sesama manusia
Kemahiran menangani cabaran atau masalah dan sentiasa berusaha ke arah
perbangunan kendiri
Latihan kendiri
42
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Seseorang yang profesional mestilah memiliki ciri-ciri profesional seperti berikut:
Dalam dunia yang sedang mengalami ledakan pengetahuan dan perkembangan
sains dan teknologi yang pesat, guru hendaklah sentiasa berusaha untuk menambah
ilmu pengetahuan dan kemahiran. Zaman ini banyak menuntut para guru agar dapat
menampungi keperluan dalam bidang pendidikan. Guru yang bersikap professional
akan menjamin kesejahteraan dan dapat melahirkan bangsa yang cemerlang, gemilang
dan terbilang pada masa yang akan datang. Guru-guru yang profesional hendaklah
mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
Mempunyai kuasa pakar dalam perbagai kemahiran.
Mempunyai kebolehan untuk memperoleh ilmu pengetahuan secara cekap dan
berkesan.
Mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan dan membuat keputusan dengan
bijak.
Mempunyai kebolehan untuk menyampaikan pelajaran atau maklumat dengan
cepat dan tepat serta berkesan.
Mempunyai komitmen dan kesungguhan yang kuat untuk mendidik anak bangsa.
Mempunyai kemahiran untuk membuat sebarang penilaian dengan tepat dan
benar.
Mempunyai kemahiran berkomunikasi berkesan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Mempunyai kemahiran untuk mengguna teknologi dan menjadi penyumbang
kepada kemajuan dan pengkayaan sains dan teknologi.
Mempunyai keberanian untuk menghadapi cabaran dan mampu membuat
perubahan ke
Ke arah yang positif.
43
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Sebagai seorang guru yang profesional, guru tersebut mestilah mempunyai
tanggungjawab dan komitmen yang tinggi terhadap bidang profesion perguruan. Di
antara tanggungjawabnya termasuklah seperti yang dinyatakan di bawah ini.
1. Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh
mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang
kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
2. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada
jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
3. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya
dengan jujur.
4. Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya. Kepentingan
para pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan
masyarakat, persatuan atau persendirian.
5. Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar tidak
kira bangsa, agama atau kepercayaan.
6. Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk
tingkah laku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh
masyarakat.
44
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
7. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap pelajarnya.
8. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua
pelajar tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik,
tempat asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.
9. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar dan
memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani,
intelek, daya cipta dan rohani.
10. Dia harus menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat sulit
mengenai diri para pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang
tidak berkenaan.
11. Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para pelajarnya begitu rupa yang
boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
12. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan
pelajar, masyarakat awam atau negara.
13. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya
mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama.
45
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
14. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.
15. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik
terhadap pelajar.
16. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untuk
pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah
atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.
17. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau
pengajaran persendirian.
18. Dia tidaklah harus memaksa kepercayaan keagamaan, politik persendirian
terhadap para pelajarnya.
19. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para
pelajar atau ahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya.
20. Dia tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.
21. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah
menggunakan cara-cara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan).
46
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
22. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-membesarkan
namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.
Latihan 3.8.2
Komunikasi berkesan merupakan satu ciri penting dalam profesion keguruan.
Huraikan maksud nya dalam satu muka surat.
Komunikasi merupakan proses penyampaian maklumat atau masej sama ada
secara lisan atau bertulis. Jika maklumat yang dihantar oleh penyampai dapat difahami
maksudnya oleh penerima, maka komunikasi berkesan telahpun berlaku. Sebagai
seorang guru, adalah jelas bahawa kemahiran berkomunikasi amatlah mustahak.
Komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan
untuk menjalankan sesuatu kerja amali.
Ketika guru menulis di papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan murid-murid,
maka komunikasi bertulis telah berlaku. Dalam keadaan atau situasi sedemikian
komunikasi berkesan amat penting dalam profesion perguruan. Guru yang gagal
memperoleh komunikasi berkesan sama ada secara lisan atau bertulis, tidak akan
berupaya menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Komunikasi
juga merupakan suatu interaksi sosial yang dilakukan melalui mesej. Menurut Highet
pula, komunikasi adalah pemancaran idea dari satu pemiliran kepada pemikiran yang
lain. Oleh itu seseorang guru perlu menggunakan panduan ini sebagai sumber
memperolehi komunikasi berkesan iaitu:
Guna bahasa yang mudah difahami.
Kekalkan fikiran terbuka dan menerima idea-idea yang sesuai daripada murid.
47
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Wujudkan displin murid-murid dalam kelas. Kebisingan boleh menghalang
komunikasi berkesan.
Emosi guru hendaklah stabil, jika guru mengajar dalam keadaan marah
komunikasi berkesan akan terhalang.
Kikis prasangka terhadap murid-murid. Anggaplah mereka sebagai individu yang
berkebolehan kerana prasangkan tersebut boleh menghalang komunikasi.
Guru hendaklah mempercayai murid-murid. Kekurangan kepercayaan boleh
menghalang komunikasi.
Guru hendaklah mengelak amalan kutuk mengutuk murid kerana boleh
menjejaskan komunikasi.
Pastikan percakapan dan tingkah laku adalah sejajar. Jika guru hendak
menyampaik maklunat dengan serius guru tersebut mestilah tegas.
Pengajaran melibatkan komunikasi. Guru berkomunikasi kerana hendak
menyampaikan konsep, prinsip dan formula kepada murid-murid. Guru berkomunikasi
adalah untuk memudahkan murid-muridnya memperolehi ilmu pengetahuan,
membentuk sikap yang positif dan mendapatan kemahiran. Oleh itu, komunikasi yang
berkesan amat penting demi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
yang lebih efektif.. Justeru itu, guru hendaklah mempelajari dan sentiasa berlatih agar
dapat berkomunikasi dengan sempurna.
Komunikasi yang berkesan akan menghasilkan kejelasan, kefahaan, komitmen
dan kreativiti. Supaya kejelasan dan kefahaman diperoleh, saluran komunikasi yang
menega mestilah dibuka. Orang bawahan berhak ntuk mengetahui sesuatu yang
dikehendaki oleh penyelia daripada mereka. Mereka mesti diberi maklumat yang
48
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
berkaitan dengan segera, dengan ringkas lagi padat dan secara lansung. Bukan sahaja
komunikasi ke atas daripada orang bawahan kepada penyelia mesti juga diadakan.
Komunikasi ini boleh digalakkan oleh guru kalau dia bersungguh – sungguh
meminta maklum balas; dengan meminta, mengakui dan menghargai idea yang
dikemukakan; dengan bersikap fleksibel dalam megambil kira perbaikan yang
dicadangkan murid. Langkah ini akan menghasilkan komitmen dan kreativiti pada pihak
orang bawahan; dan pengurusan masa tidak mungkin menjadi masalah sekiranya ada
orang yang komited lagi kreatif.
49
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 3.8.3
Huraikan ciri-ciri personaliti yang perlu ada pada seseorang guru?
Personaliti adalah sebenarnya merujuk kepada psikologi seseorang individu secara
keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecergasan, sentiment, sikap, minat,
kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai. Menurut Kagan, J, dan Segal, J. (1988)
menakrifkan personality sebagai corak keseluruhan seseorang individu yang
merangkumi cara dia berfikir, berasa, tingkah laku dan cara berhubung dengan alam
sekitarnya.
Guru adalah idola kepada masyarakat. Oleh itu guru-guru hendaklah
mempunyai personaliti yang baik dan unggul untuk dipamerkan dan seterusnya diikuti
oleh masyarakat. Di antara ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang guru dapat huraikan
seperti berikut:
Mempunyai ilmu untuk keperluan semasa di dunia dan ilmu tuntutan untuk
akhirat.
Berbudi pekerti dan berakhlak mulia.
Mempunyai pelbagai kemahiran dalam bidang pendidikan.
Mempunyai semangat juang yang tinggi untuk membangunkan anak bangsa.
Sentiasa bergerak maju ke hadapan.
Bijak membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Mempunyai kemahiran untuk menjalinkan hubungan mesra dengan masyarakat.
Sentiasa peka terhadap perubahan semasa dan persekitaran.
Sabar dan tabah menghadapi cabaran yang dialami.
50
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Soalan Tutorial
Latihan 1
Huraikan intepretasi anda mengenai Modal konseptual Pendidikan Guru,
Bahagian Pendidikan Guru.
Pendidikan adalah salah satu institusi yang sangat penting untuk kemajuan
masyarakat dan pembangunan insan yang menganggotainya. Melalui pendidikan, kita
boleh mewariskan serta mengembangkan nilai dan ilmu serta memajukan teknologi dan
peradaban dari generasi ke generasi. Begitu juga, melalui pendidikan kita boleh
menambah kemahiran serta kebolehan insan, memperbaiki kedudukan sosio-
ekonominya, dan mempertajam fikiran yang kritikal serta kritis, dan mempertingkatkan
nilai akhlak. Pendidikan adalah merupakan satu kekuatan nasional yang boleh
menjamin masa depan rakyat dan juga kecemerlangan negara.
Model konseptual Pendidikan guru telah menjadi sumber rujukan utama dalam
perancangan program pendidikan guru. Ia bermatlamat untuk membentuk dan
melahirkan guru yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pendidikan negara. Model
tersebut berasaskan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru.
Model tersebut menggambarkan hasrat untuk melahirkan dan membentuk insan
guru seimbang dan harmonis dari segi perkembangan intelek, rohani, emosi dan
jasmani berpaksikan kepercayaan kepada tuhan. Istilah seimbang membawa merujuk
penekanan yang sama diberi kepada pembangunan mental, rohani, emosi dan jasmani
51
ROHANI PENGETAHUAN NILAI
INTELEK EMOSI
KEMAHIRAN
JASMANI
KEMASYARAKATAN
KETUHANAN
KENDIRI
Model Konseptual Pendidikan Guru
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
secara bersepadu. Guru insan seimbang merupakan seorang individu yang
bertanggungjawab, berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak tinggi, kepercayaan
kepada Tuhan, berjiwa tenteram, berbadan sihat dan cergas serta sedia bekerjasama
dan tolong-menolong di antara saru sama lain.
Pendidikan bertujuan untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang makmur dan
sejahtera hasil daripada hubungan harmonis antara manusia dengan Tuhan, manusia
dengan manusia dan manusia dengan alam. Oleh itu, pendidikan hendaklah dapat
membina kesedaran tentang ketuhanan dan kesediaan untuk mematuhi-NYA. Sejajar
dengan falsafah yang berpaksikan ketuhanan. Pendidikan juga berhasrat untuk
melahirkan masyarakat yang berilmu, berakhlak, bertanggungjawab serta boleh
menikmati kenahagiaan hidup dan sedia berbakti serta berkorban untuk agama, bangsa
dan negara.
52
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Ketuhanan : menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu
sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama.
Kemasyarakatan : menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan sebagai
ejen perubahan
Kendiri : menekankan pembinaan daya ketahanan, patriotisme, pemupukan
budaya ilmu, pembentukan sahsiah dan berpekerti mulia
Model tersebut juga menggambarkan hasrat untuk melahirkan dan membentuk
insan guru yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan berakhlak mulia,
mempunyai tanggungjawab dan sumbangan kepada masyarakat. Dalam masa yang
sama, ia berhasrat melahirkan guru yang mempunyai nilai-nilai murni dalam diri.
Bahagian Pendidikan Guru juga ingin melahirkan guru yang mempunyai pelbagai
kemahiran untuk disumbangkan kepada anak bangsanya dan juga kepada
masyarakatnya.
Selaras dengan FPN dan FPG, model ini menekankan matlamat
mengembangkan potensi individu guru secara seimbang dan bersepadu dari segi
rohani, emosi, intelek dan jasmani. Hasrat ini dapat dicapai melalui pelaksanaan
kurikulum pendidikan guru yang menyatupadukan aspek pengetahuan, kemahiran
ikhtisas dan amalan keguruan. yang dihuraikan seperti berikut:
Pengetahuan : merangkumi pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata
pelajaran pengkhususan. Pengetahuan mencakupi tentang KBSR
dan KBSM dan pengetahuan ikhtisas keguruan.
53
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Kemahiran: merangkumi ikhtisas yang menjurus kepada kemahiran
berkomunikasi, belajar, berfikir, teknologi maklumat dan pedagogi.
Nilai : merujuk kepada penerapan, penghayatan dan amalan nilai-nilai
murni keguruan yang menampilkan sahsiah dan perlakuan sebagai
guru yang penyayang , bserpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik,
inovatif, kreatif, berketrampilan dan berwibawa serta patuh kepada
profesion.
Latihan 2
Hasilkan satu peta minda tentang ciri-ciri guru professional
54
Jujur dan amanah
Sabar dan tabah
Bijaksana dan
berimanBerbudi pekerti
dan berakhlakmulia
Bertanggung-jawab
Berkomitmen tinggi dalam
tugas
Pakar dalam bidang
pendidikan
BerilmuPengetahuan
luas
Ciri-ciri Guru
Profesional
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
TAJUK 4 ( PENGURUSAN PERUBAHAN )
Latihan 4.1.1
Adakah anda mempunyai idea-idea lain untuk ditambah kepada senarai di atas?.
Cuba senarai tiga lagi.
i) membuat penilaian terhadap sebelum dan selepas perubahan berlaku
ii) perubahan berlaku secara evolusi ( beransur-ansur )
iii) kesan yang berlaku selepas membuat perubahan, jika kesan itu tidak
mendatangkan kebaikan kepada kehidupan, lakukan perubahan lain yang dirasakan
perlu.
Latihan 4.4.1
Fikir dan catatkan pengalaman anda ( teacher stories) tentang kes-kes bantahan
yang berlaku terhadap usaha peruahan atau inovasi di sekolah anda.
Kenapa seseorang individu enggan berubah?
Perubahan tersebut boleh mengganggu gugat kepentingan diri, status
dan akauntabiliti dan kredibilitinya seseorang jika menerima perubahan tersebut,
Perubahan tersebut mungkin menambahakan beban kerja mereka.
Sudah biasa dan selesa dengan keadaan yang sedia ada.
Sukar menerima sebarang perubahan kerana mungkin perubahan
tersebut tidak mendatangkan kebaikan kepadanya.
Mengapa pihak tertentu di sekolah anda menentang perubahan?
55
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Pihak tersebut tidak berfikiran terbuka .
Pihak tersebut tidak berani menerima cabaran sebab takut perubahan
tersebut tidak membawa prestij kepada sekolah.
Pihak tersebut risau sebab perubahan yang akan dibuat pastinya
melibatkan banyak pihak tertentu dan membebankan mereka.
Mungkin penerangan terhadap perubahan tidak jelas lantas mereka
tidak begitu memahaminya dan menganggap perubahan itu tidak perlu dibuat di
sekolah tersebut.
Apakah yang anda sedari daripada bantahan mereka?
Sebelum membuat sebarang perubahan, perlu merancangnya
dengan teliti.
Setiap perubahan mesti mendapat sokongan dan kerjasama daripada
semua pihak.
Perubahan perlu mengambil kira banyak aspek agar tidak timbul rasa
ketidakpuasan di kalangan masyarakat sekelilingnya.
56
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 4.4.2
(a) Perubahan yang saya telah alami atau telah berlaku pada diri saya sejak
lima tahun lepas.
Perubahan dari segi tanggungjawab iaitu bertambahnya rasa
tanggungjawab terhadap usaha untuk meningkatkan tahap pembangunan dan
kemajuan masyarakat.
Perubahan dalam pentadbiran atau pengurusan kehidupan. Jika lima
tahun yang lepas, saya kurang mempunyai pengalaman tetapi sekarang
pengalaman saya bertambah dengan penghijrahan hidup. Berhijrah kea rah yang
lebih positif.
Perubahan dari segi pengurusan kewangan. Perbelanjaan kini lebih
terancang kerana banyak yang perlu dibiayai sendiri.
Perubahan kerjaya dari daripada kerjaya sementara kepada kerjaya tetap
dan terjamin.
(b) Tandakan ( ) dalam petak yang tersenarai di bawah
Kenal pasti perkara yang saya dapat ubah.
Kepal pasti pilihan-pilihan saya untuk berubah.
57
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Saya mewujudkan satu sistem sekongan apabila saya hendak
berubah.
Saya menilai sikap kendiri.
Saya bersikap luwes
Sebelum berubah saya melihat perspektif tentang perkara yang
perlu diubah
Berusaha mencapai keseimbangan supaya tidak mengganggu
pihak lain apabila saya berubah.
Mendapat pengalaman yang boleh diaplikasikan dalam
kehidupan dalam membuat sebarang perubahan.
Bersedia melakukan penghijrahan yang difikirkan perlu untuk
berubah.
Kenal pasti tanggungjawab yang memerlukan perhatian yang
lebih dalam membuat perubahan diri.
58
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 4.4.3 tajuk 4 lam.1
59
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
60
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
61
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
62
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 4.4.4
Jadual 4.2 : Ciri-ciri Peribadi Yang Perlu Untuk Menangani Konflik dalam Perubahan
Keluwesan : kebolehan untuk membenarkan cara baru dalam membuat sesuatu
Kesesuaian : kebolehan untuk mengubah dan menghasilkan sesuatu mengikut
yang perlu
Kreatif : kebolehan untuk memikirkan idea baru dan bergerak seterusnya
Bekerjasama : kemampuan untuk bekerjasama dalam menyelesaikan masalah
dan menyokong idea orang lain
Peningkatan berterusan:sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki pencapaian
Menyelesaikan masalah : sentiasa berusaha menyelesaikan masalah sendiri
Orientasi untuk belajar : menyediakan iklim yang menggalakkan pembelajaran
daripada pencapaian / kejayaan orang lain
Keselamatan : anda perlu rasa selamat sebelum mencuba sesuatu yang baru
Spesifik : bermula secara kecil dan spesifik
Umur : semakin berumur, anda semakin kurang sanggup melakukan perubahan
Masa : membolehkan anda menghentikan adab yang lama
Sikap : sekiranya anda percaya bahawa anda tidak sanggup berubah, hal ini
menjadi ‘self-fulfilling prophecy’
63
/
/
/
/
/
/
/
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
LATIHAN 4.5.1
Lengkapkan pengurusan grafik pada Tajuk 4 Lampiran 2 untuk menonjolkan
jurang perbezaan antara persekitaran P&P konvensional dengan mutakhir, serta
kesamaannya.
Aktiviti: Bandingkan dan bezakan pengurusan grafik di Lampiran 2 untuk menonjolkan
jurang perbezaan antara persekitaran P & P konvensional dengan yang mutakhir.
64
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Dari segiPersekitaran yang mutakhir Persekitaran yang konvensional
-pengajaran berpusatkan murid-mempelbagaikan alat Bantu mengajar
-mengajar murid hanya dengan ilmu pengetahuan yang ada-berpusatkan guru
PERANAN GURU
-di samping mendapatmaklumat dari guru murid harus mencari maklumat tambahan
-mengharapkan ilmu dari guru-tidak digalakkan berinteraksi dengan guru/sesame murid
PERANAN PELAJAR
-guru hanya mengajar tanpa memikirkan kaedah/ strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
PEDAGOGI
PERANAN IBUBAPA
-mengambil berat kemajuan anak-anak-bekerjasama membantu guru-menyediakan persekitaran pembelajaran yang selesa
-menyerahkan sepenuhnya tugas mendidik pada guru
STRATEGI P&P
-melibatkan murid dalam p&p supaya aktif-menyediakan bahan p&p yang menarik-menyediakan pemulihan bagi murid yang lemah
-pembelajaran berpusatkan guru-penglibatan murid tidak digalakkan-susun atur bilik darjah mengambil kira keadaan pelajar
65
-guru akan menitikberatkan teknik/ kaedah pengajaran yang paling sesuai untuk murid-muridnya
JURANG PERBEZAAN PERSEKITARAN P & P KONVENSIONAL DENGAN YANG MUKTAHIR
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
66
PERSAMAAN DARI SEGI:Usaha padu bagi melahirkan satu bangsa yang berilmu
pengetahuan tinggi, berketrampilan dan berdisplin
Anjakan paradigma perlu dari segi:
Perubahan perlu dari perspektif kamahiran dan kebolehan guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 4.6.1
Terdapat 7 strategi kesemuanya, iaitu :
1. People willfeel awkward or uncomfortable as they struggle to eliminate the old
responses and learn the new. You can discover this theme with your own
experience.
2. People initially focus on what they will be losing and as a change leader you
have to acknowledge the loss of the old way and try something that seem
irrational or tentative response to change.
3. People wants to feel that his or her situation is unique and special even if
everyone else is going through the same change, and as a change leader, it is
important to be proactive and gentle in showing that your situation is understood.
4. People who undergo too much change, in some cases may become physically
sick. So as a change leader, please do the changes with good timing.
5. People are at different levels of readiness for change. Understanding that, not all
of the changes have supporters. It’s expected those people who are more ready
can influence others who are less ready.
6. People will be concerned that they don’t have enough resources to do some
changes, so as a change leader, it’s practical to offer some support where
possible.
7. People sometimes like you as a change leader to take the pressure off so they
can revert to their old behavior, so the change leader must always remind
people that there is a new course, and that the new course will remind.
67
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 4.6.2
Mengisikan Grid Pengurusan Perubahan
Lengkapkan grid pada Tajuk 4 Lampiran 4 untuk mengenal pasti keperluan-
keperluan bagi merealisasikan perubahan.
Bil.
Isu-isu yang diambil
kira untuk
merealisasikan
perubahan dalam
organisasi
Contoh/Cadangan
pengisian
Keperluan-keperluan dalam
organisasi anda
1. Apakah kekuatan dan
kelemahan organisasi?
Untuk menetapkan
kerangka bersama bagi
mereka semula struktur
pendidikan di sekolah
Latihan dan perubahan dari
segi pentadbiran dan strategi
pengurusan
2. Apakah wawasan
organisasi saya?
Untuk mencapai
wawasan bersama
melalui proses
perubahan
Bekalkan sumber tenaga
kerja dengan kemahiran
dalam pelbagai aspek untuk
mencapai wawasan
3. Apakah keutamaan
organisasi saya?
Untuk menetapkan
keutamaan dan
membuat pilihan
Kecemerlangan akademik
dan kepuasan kakitangan
4. Siapakah yang
membuat keputusan?
Bergantung kepada
jenis keputusan
Pihak atasan/pentadbir
melalui perbincangan
5. Apakah perubahan
yang perlu?
Perubahan P&P,
pentadbiran, dasar, dll.
Perubahan P&P, pentadbiran,
dasar, persekitaran, budaya
dan lain-lain.
68
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
6. Mengapa perlu? Memenuhi keperluan,
menyelesaikan
masalah dll.
Memenuhi keperluan,
menyelesaikan masalah, dan
lain-lain.
7. Siapakah yang
memulakan
perubahan?
Pengetua/Ketua
Panitia/Guru Besar dll.
Semua pihak atas arahan
pihak atasan.
8. Siapakah yang akan
terlibat?
Munubuh
jawatankuasa
pengurusan, ahli-ahli
(pentadbir, guru,
ibibapa, staf lain, dll)
Menubuh jawatankuasa
pengurusan, ahli-ahli
(pentadbir, guru, ibubapa, staf
lain, dan lain-lain)
9. Apakah kemahiran dan
sumber organisasi
saya?
Untuk menentukan
jenis latihan yang perlu
Memperbanyakkan
kakitangan untuk mengikuti
latihan
10. Apakah latihan yang
perlu?
Meningkatkan
kemahiran berkaitan
dengan keperluan
perubahan
Meningkatkan kecekapan dan
pengetahuan serta kemahiran
berkaitan dengan keperluan
perubahan
11. Bagaimana mendapat
sokongan luar?
Komuniti, ibu bapa,
syarikat dll.
Melibatkan semua pihak
dalam program / aktiviti yang
dijalankan.
12. Menyediakan pelan
induk
Menetapkan struktur,
proses, jangka masa,
garis panduan
(gunakan ruang lain
sekiranya perlu )
Menetapkan struktur, proses,
jangka masa, garis panduan
(gunakan ruang lain sekiranya
perlu)
69
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Soalan Tutorial
Latihan 1
Buat penulisan jurnal reflektif berdasarkan satu program terbaru di sekolah buat
penilaian mengenainya.
Salah satu program terbaru yang dilaksanakan di sekolah saya ialah ‘ perkhemahan unit
beruniform, yang telah dijalankan selama 1 hari 1 malam di kawasan sekolah. Program
ini, telah melibatkan hampir 30 orang pelajar dan melibatkan semua guru, yakni seramai
9 orang. Antara unit beruniform yang terlibat ialah pengakap dan Persatuan Bulan Sabit
Merah. Objektif program ini adalah untuk :
penutupan program 2004
menilai semangat kerjasama sebagai sebuah satu pasukan
mengeratkan hubungan antara pelajar dengan pelajar, dan pelajar dengan guru
menberikan pengalaman hidup berdikari kepada para pelajar
Semasa perkhemahan dijalankan, pelbagai aktiviti menarik telah direalisasikan dan para
pelajar tidak lupa diberikan penerangan faedah-faedah yang mereka perolehi daripada
satu-satu aktiviti. Antara aktiviti yang dimaksudkan ialah :
sukaneka
mencari harta karun
latihan ikatan
unggun api
penutup – penyerahan lencana
70
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Matlamat program ini telah dapat dicapai dengan jayanya kerana para pelajar dapat
menimba pengalaman seusia muda mereka lagi, dan dapat menerapkan nilai-nilai
kerjasama sebagai sebuah satu pasukan sehingga semua aktiviti dapat dilaksanakan
dengan licin. Namun, ada juga kelemahan yang dapat dilihat, seperti kelengkapan
khemah yang tidak mencukupi dan kemudahan asas yang kurang seperti tempat mandi
dan tandas yang terpaksa digunakan secara bergilir-gilir dan menyebabkan
pembahagian masa terganggu.
Setiap program sepatutnya perlu dirancang dengan teliti dan penganjur (guru) harus
memastikan kemudahan dan peralatan yang diperlukan adalah mencukupi untuk lebih
melicinkan lagi pelaksanaan program dan di akhir program, satu sesi ‘post- mortem’
perlu diadakan.
71
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 2
Dengan merujuk Tajuk 4 Lampiran 2, banding bezakan persekitaran bilik darjah
tradisional dengan yang mutahir. Cadangkan persekitaran P&P kondusif
mengikut perspektif murid.
Bilik Darjah Tradisional
1. Dalam bilik darjah tradisional, kerusi dan meja disusun mengikut barisan demi
barisan, pelajar duduk sebelah menyebelah, ini dianggap sesuai kerana
pendekatan pengajaran adalah berpusat guru. Terdapat juga meja dan kerusi
guru tempat urusan.
2. Persekitaran bilik darjah juga tidak menggalakkan interaksi antara guru dan
murid atau murid dengan murid, bolehlah dikatakan bilik darjah tersebut telah
mewujudkan suasana sosial dan emosi yang tidak sihat dan kebanyakan pelajar
akan menjadi pasif
3. Dinding bilik darjah, jarang dihiasi dengan hasil kerja pelajar atau bahan P&P
4. Tempat duduk pelajar – murid bertubuh kecil, bercermin mata dan nakal di
hadapan, manakala pelajar besar di belakang dan yang kurang pendengaran di
tengah
Bilik Darjah Mutakhir
Kerusi dan meja disusun mengikut kumpulan – menggalakkan interaksi antara pelajar
dengan pelajar dan pelajar dengan guru, dan dapat mewujudkan suasana sosial dan
emosi yang sihat
72
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
1. Ruang pembelajaran diwujudkan untuk menjadikan tugas P&P lebih berkesan –
contohnya dilengkapi dengan bahan pembelajaran
2. Menitik beratkan pengaliran haba dan udara untuk guru dan pelajar yang baik
dan sistematik – kekurangan udara akan meyebabkan bilik darjah panas dan
boleh menyebabkan pelajar mengantuk, cahaya juga disempurnakan untuk
menggelakkan penglihatan pelajar terjejas.
Berdasarkan maklumat di atas dan pengamatan saya sebagai seorang guru, berikut
saya cadangkan beberapa perkara untuk mewujudkan persekitaran P&P yang
konduktif dan sesungguhnya amat berteraskan keselesaan pelajar :
1. Saiz bilik darjah
perlu diperbesarkan kerana dewasa ini program pendidikan lebih
menekankan proses P&P yang aktif
2. Suasana dalam bilik darjah
suasana hendaklah damai dan dihias dengan lebih menarik agar
menggalakkan proses pembelajaran. Ruang untuk pameran perlu
disediakan untuk mempamerkan hasil kerja para pelajar
3. Peralatan
Dalam bilik darjah juga harus dilengkapi dengan peralatan seperti
kerusi dan meja pelajar dan guru, papan kenyataan, rak-rak buku, bahan
P&P, almari buku dan ABM.
4. Keadaan pengaliran udara dan haba
73
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Seluruh bilik darjah juga mesti mempunyai tingkap dan pintu yang
mencukupi untuk pengaliran udara yang baik
Latihan 3
Berdasarkan hasil refleksi Tajuk 4 Lampiran 4, sediakan kertas cadangan untuk
menstrukturkan semula sistem organisasi sekolah anda agar lebih kondusif
kepada perubahan.
Berpandukan hasil refleksi Tajuk 4 Lampiran 4, saya merasakan bahawa terdapat
beberapa perkara yang perlu ditambah dan dikemaskinikan dalam sistem organisasi
sekolah saya. Maka dengan itu saya telah menyediakan satu kertas cadangan untuk
menstruktur semula sistem organisasi sekolah saya.
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu dikekalkan,
namun untuk kemajuan yang lebih baik, perubahan tetap perlu diteruskan. Sebagai
permulaan, dasar pentadbiran perlu diubah, begitu juga dengan proses P&P yang agak
mendatar dan perubahan ini perlu dimulakan oleh pihak atasan dengan bantuan satu
jawatankuasa khas yang ditubuhkan dengan melibatkan pentadbir, guru, staf sokongan
dan ibu bapa.
Satu wawasan yang nyata dan telus perlu disediakan supaya segala kekurangan
dapat diatasi dengan segera, seiring dengan kehendak semasa.Latihan demi latihan,
perlu diberikan kepada semua guru, supaya dapat mewujudkan kredibiliti yang lebih
mantap, seiring dengan itu, pentadbir juga perlu berubah ke arah yang lebih positif tanpa
hanya mementingkan pencapaian peribadi.
74
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Keutamaan juga harus difokuskan kepada pencapaian akademik, tanpa
melupakan keseimbangan dalam bidang ko-kurikulum, seiring dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kepentingan guru-guru juga tidak harus
diabaikan begitu sahaja kerana guru merupakan tulang belakang sesebuah sekolah.
Keputusan yang dilaksanakan juga perlu melalui proses perbincangan terlebih dahulu
dengan melihat kesan positif dan negatif terhadap semua aspek kehidupan.
Sementara itu, semua pihak perlu dilibatkan dengan semua aktiviti yang cuba
dilaksanakan untuk memudahkan pengagihan tugas dan pembiayaan sesuatu projek.
Namun, yang paling penting ialah menyediakan pelan induk dengan menetapkan
struktur proses, jangka masa, dan garis panduan yang jelas, teratur dan telus, sesuai
untuk semua lapisan warga sekolah.
75
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
TAJUK 5 ( PENGURUSAN TEKANAN )
Latihan 5.1.1
76
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
77
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
78
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 5.1.2
Ringkasan tentang beban kerja yang menyebabkan tekanan.
Beban kerja yang banyak boleh menyebabkan seeorang mengalami tekanan.
Walaubagaimanapun kecergasan emosi yang terkawal mampu meringankan tekanan.
Emotional intellegence atau disingkat EQ adalah kemampuan untuk untuk
mengendalikan hal-hal negatif seperti kemarahan dan keragu-raguan atau rasa kurang
percaya diri dan juga kemampuan untuk memusatkan perhatian pada hal-hal positif
seperti rasa percaya diri dan keharmonisan dengan orang-orang disekeliling. Dalam
buku "Working With Emotional Intelligence", Goleman menekankan perlunya emotional
intelligence dalam dunia kerja, suatu bidang yag seringkali dianggap lebih banyak
menggunakan "cara berpikir analitis" daripada melibatkan perasaan atau emosi.
Menurutnya setiap orang dalam organisasi dituntut untuk memiliki EQ yang tinggi. Selain
itu
Jadual perbandingan beban kerja kuantitatif dan kualitatif.
Beban Kerja Kuantitatif Beban Kerja Kualitatif
Beban kerja yang terlalu banyak
yang perlu dilaksanakan dengan penuh
tanggungjawab dalam jangka masa
yang terhad.
Beban kerja terlalu sukar atau rumit
yang memerlukan komitmen dan
kesungguhan yang tinggi dalam
melaksanakan tugas.
79
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Contohnya, apabila seseoang
diberikan sesuatu laporan dan
penilaiannya untuk disiapkan dalam
waktu yang disingkat, dia akan
mengalami tekanan kerja kerana
bertungkus lumus mengejar masa..
Akibatnya kualiti kerja akan
menurun dan menyebabkan banyak
kerugian bagi banyak pihak.
Contohnya, seorang pakar
perubatan yang cuba mencari ubat
untuk menyembuhkan penyakit AIDS.
Ini bukannya tugas yang mudah
kerana ia memerlukan pemikiran dan
pengkajian yang kompleks.
Akibatnya, dia mengalami
kebuntuan fikiran dalam
menyelesaikan tugas tersebut.
80
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 5.1.3
Dengan menggunakan pengurusan grafik kesan sebab-akibat, tunjukkan
hubungkait tekanan kerjaya, rakan sejawatan dan keluarga terhadap diri individu
sehingga menyebabkan dirinya tertekan.
Punca tekanan Sebab tekanan Akibat tekanan Cara menanganinya
Tekanan kerjaya
Selalu menghadapi
peraturan yang
berubah-ubah, tidak
mampu
melaksanakan tugas
yang mencabar dan
kurang kemudahan
yang diperlukan
Kerja selalu
tergendala, runsing
dan emosi
terganggu
sehingga
adakalanya ingin
memberontak
Membentuk disiplin diri
yang tinggi dan
berfikiran terbuka, cuba
mengatasi tekanan
dengan tenang dan
memanfaatkan apa
yang tersedia
Rakan sejawatan
Tidak memberikan
kerjasama
sepenuhnya dan
tidak dapat dibawa
berbincang
Lebih suka
menyelesaikan
tugas secara
berseorangan dan
adakalanya amat
memerlukan
bantuan
Cuba mencari rakan
yang lebih memahami
dan berpuas hati
dengan hasil tangan
sendiri walaupun
dengan kerjasama
rakan-rakan sejawatan
kerja tersebut akan lebih
memuaskan
KeluargaKehendak keluarga
yang tidak secocok
dengan kehendak
Tidak mempunyai
tempat untuk
meluahkan
Terus cuba memahami
kehendak keluarga dan
menerangkan tentang
81
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
sendiri masalah atau
bersembang
dengan mesra
kehendak diri sendiri
supaya diterima
Latihan 5.3.1
Andaikan anda menghadapi cabaran tugas yang membuatkan diri anda
mengalami tekanan. Analisis situasi tersebut. Apakah puncanya, apakah
kesannya terhadap prestasi kerja,hubungan sesame rakan sejawatan dan prestasi
diri. Cadangkan tindakan alternative yang boleh anda ambil untuk mengurangkan
tekanan dan kesan akibat tekanan.
(a) Punca tekanan terhadap prestasi kerja
Beban kerja yang terlalu banyak yang mesti diasapkan dalam jangka masa yang
singkat.
Tugas yang diberikan tidak selari dengan kemahiran dan kebolehan yang ada
dalam diri.
Tidak mempunyai pengalaman dalam tugas yang diberikan.
(b) Punca tekanan terhadap hubungan sesame rakan sejawatan
Hubungan dengan rakan sejawatan tidak baik akibat tidak sama pendapat,
kedudukan dan kebolehan yang menimbulkan konflik sesama mereka.
Tidak mendapat sokongan atau kerjasama yang jitu dalam menyelesaikan
sesuatu tugas.
Pilih kasih di kalangan rakan sejawatan menimbulkan rasa ketidakpuasan.
82
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
(c) Punca tekanan terhadap prestasi diri
Masalah peribadi atau masalah keluarga yang boleh mempengaruhi komitmen
diri dalam mlaksanakan tugas.
Sikap dan cara berkerja yang tidak berubah selari dengan perubahan dan
pertambahan tugas.
Tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik.
Tidak menerima penghargaan daripada majikan, timbil rasa kecewa terhadap
suasana kerja.
(a) Kesan tekanan terhadap prestasi kerja
Kerja tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Ini
menimbulkan banyak masalah kepercayaan pihak tertentu terhadap kebolehan
kita.
Penghasilan kerja yang tidak berkualiti.
Menyebabkan kerugian yang besar dalam organisasi.
(b) Kesan terhadap hubungan sesama rakan sejawatan
Kerja tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna seperti yang diharapkan.
Konflik yang berpanjangan menimbulkan suasana kerja yang tidak
menyenangkan.
Hubungan sentiasa renggang dan wujud persaingan yang tidak sihat dalam
melaksanakan tugas.
Wujudnya komunikasi yang tidak jelas.
83
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
(c) Kesan terhadap prestasi diri
Suntikan motivasi kurang dalam diri.
Tidak ada kemajuan diri dalam kerja yang dihasilkan.
Tidak dapat mengawal diri atau menyelesaikan masalah diri akibat kesan
daripada tekanan yang dialami.
Cadangan tindakan alternative untuk mengurangkan tekanan kerja.
1) Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda
- Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri anda
- Bersikap positif semasa melakukan pekerjaan anda
- Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda
- Merasa seronok bekerja
2) Rancang Kerja Anda
- Kendali masa anda dengan bijak
- Beri keutamaan pada kerja yang penting
- Jangan bertangguh
- Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah
- Mengagihkan kerja dengan baik
3) Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah
- Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik
- Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah
menanganinya
- Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian
- Ambil tindakan secara wajar
84
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
4) Mempunyai Sikap Yang Betul Terhadap Perubahan Dalam Kerja
- Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan
yang berlaku
- Rancang perubahan secara teratur
5) Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja
- Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive)
- Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas
- Hormati pandangan rakan sekerja anda
6) Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja
- Wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja
- Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekerja di
dalam menangani sebarang masalah
- Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar
- Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah
7) Amalkan cara Hidup Sihat
- Luangkan masa untuk beribadah
- Dapatkan tidur yang mencukupi
- Bersenam selalu
- Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan
- Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah
- Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama
85
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Soalan Tutorial
Latihan 1
Apakah punca tekanan?. Sediakan jawapan anda dalam bentuk grafik. Berikan
cadangan alternative untuk menyelesaikan masalah tekanan dalam grafik anda.
Tekanan
Setiap daripada kita mempunyai tekanan kerja. Suasana tempat kerja yang selesa dan
selamat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. Suasana
tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental.Tekanan
kerja yang sedikit adalah perlu untuk meningkatkan daya produktiviti. Jika tekanan di
tempat kerja berlebihan, ia boleh memberi kesan negatif. Masalah peribadi dan keluarga
akan merumitkan lagi kesihatan mental pekerja.
86
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Punca Tekanan
Tekanan KerjayaTekanan Rakan
Sejawatan Tekanan Keluarga
SEBAB TEKANAN-Selalu menghadapi peraturan yang berubah-ubah, tidak mampu melaksanakan tugas yang mencabar
dan kurang kemudahan yang diperlukanSEBAB TEKANAN
-Tidak memberikan kerjasama sepenuhnya dan tidak dapat dibawa berbincang
SEBAB TEKANAN-Kehendak keluarga yang tidak secocok dengan kehendak sendiri
ALTERNATIFMembentuk disiplin diri
yang tinggi dan berfikiran terbuka, cuba
mengatasi tekanan dengan tenang dan memanfaatkan apa
yang tersedia
ALTERNATIFCuba mencari rakan yang
lebih memahami dan berpuas hati dengan hasil tugas walaupun dengan kerjasama rakan-rakan
sejawatan kerja tersebut akan lebih memuaskan
ALTERNATIFTerus cuba memahami kehendak keluarga dan menerangkan tentang kehendak diri sendiri
supaya diterima
87
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 2
Bincang secara kumpulan hubungkait antara tekanan kerjaya, rakan sejawatan
dan keluarga ke atas individu.
Tekanan kerjaya yang merangkumi bebanan kerja yang berlebihan, aktiviti yang
tidak mengenal batas masa dan kurangnya kemudahan yang diperlukan, amat
mengganggu kehidupan peribadi individu, memandangkan individu juga mempunyai
komitmen terhadap tugasan dan keluarga yang tersayang.
Individu tidak dapat membahagikan masa dengan baik, walaupun telah
diusahakan sedaya upaya. Di samping itu, individu merasa terlalu letih, bukan sahaja
dari segi fizikal tetapi juga mental. Fizikal yang tidak mendapat rehat yang secukupnya,
kerana terpaksa bergelumang dengan tugasan kerja, maktab dan keperluan keluarga
yang berterusan hampir sepanjang hari, tegasnya dari mula mata celik sehingga lewat
malam fizikal tidak berehat melakukan pelbagai aktiviti yang tidak boleh tidak, mesti
disiapkan setiap hari yang dilalui.
Rakan sejawatan juga tidak banyak membantu, malahan dalam banyak hal,
kurang memberi kerjasama ketika diperlukan. Adakalanya, rakan sejawatan seolah-olah
sengaja memberikan tugasan yang mempunyai ‘date line’ yang terlalu hampir, walaupun
menyedari bahawa individu mempunyai banyak komitmen lain, khasnya untuk
mempersiapkan diri berhadapan dengan para pelajar yang berbagai karenah. Ada di
antara rakan sekerja yang lebih senior cuba membuli individu sebagai seorang guru
baru dengan memberikan beban kerja yang lebih banyak berbanding dengan dirinya,
88
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
walaupun kerja tersebut sepatutnya dilakukan bersama-sama, misalnya ketika
melakukan aktiviti luar bilik darjah.
Tekanan Kerja-kerja rumah masih lagi dibiarkan untuk disiapkan oleh individu.
Karenah keluarga juga, seperti sengaja dibiarkan ketika individu sedang cuba
menyiapkan tugasan sekolah atau tugasan maktab. Ini menjadikan individu tertekan
juga ketika berada di rumah, walaupun selalu merasakan bahawa rumahlah tempat
yang paling selesa untuk melepaskan tekanan kerja yang tidak pandai berkurang di
tempat kerja.
Di sini dapatlah disimpulkan bahawa tekanan kerjaya, rakan sejawatan dan
keluarga, sesungguhnya memang mempengaruhi kehidupan individu, bukan sahaja dari
segi fizikal malahan mental juga turut terganggu. Namun, semua tekanan tersebut
bolehlah dikatakan masih berada diperingkat sederhana dan masih boleh diatasi,
tekanan tersebut sebenarnya mematangkan individu dalam menangani kehidupan
sebagai seorang suri rumah yang berkerjaya, selagi tekanan tersebut masih berada
dalam kawalannya, selagi itu individu masih boleh berkembang sebagai seorang guru
yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa yang akan datang.
89
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
BIBILIOGRAFI
1. Ahmad Mohd. Salleh (1997). Pendidikan Islam Falsafah, Pedagogi dan
Metodologi. Shah Alam. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
2. Awang Had Salleh, 1980. “ Keguruan dan perguruan di Malaysia: keperihalan
kini dan arah yang dituju”. KONPEN V, Johor Bharu 6-8 Disember.
3. Bahagian Pendidikan Guru (1998). Ilmu Pendidikan (ikhtisas) DPM. Kuala
Lumpur. Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia.
4. Dewan Bahasa Dan Pustaka (1992). Dewan Bahasa Edisi Baru. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.
5. Ee Ah Meng (1994). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur. Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
6. Ee Ah Meng (1996). Pendidikan Di Malaysia 1 Falsafah Pendidikan, Guru
dan Sekolah.Shah Alam. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
7. Ee Ah Meng (1998). Pendidikan Di Malaysia 11 (Semester v).Shah Alam.
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
90
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
8. Ee Ah Meng, 1994. Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum. Kuala
Lumpur : Fajar Bakti.
9. Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman
10. Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
Matlamat dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.Pusat
Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
91
top related