mist is files_ 24_alter terahsia bangsa melayu 12
Post on 30-May-2018
240 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
1/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
MistisFiles
metafizik,area 51,kosmologi,new world order,matrix,jesuit,ufo,eksperimen philadelphia,freemason,extra
terrestrial,mindcontrol,nikola tesla,2012,illuminati,unified field,zionis,albert einstein,face of mars,knight templar,
john von neuman,piramid,kiamat,dajal,val valerian,imam mahadi,alien,malachi,nostradamus,spear of destiny,
kalendar maya,albielek,cydonia,666,mesin masa,teori relativiti,yahudi,atlantis,vatican assasin,majestic 12,big bang...
Wednesday, February 17, 2010
Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
Tiada lagi Gua Rahsia.Peti-peti pun sudah hilang entah ke mana.Siapa
yang tahu jalan ke Gua Rahsia?Kita sudah kehilangan petunjuk.
Dengar sini.Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah mengumpulkan
semua petunjuk yang ada.Setiap petunjuk akan membuka cerita yang
berbeza.Dan setiap cerita,kita boleh cantumkan misteri yang ada;kita
boleh hubungkan antara satu sama lain.Di dalam siri ATBM version 1.0 ada
dijelaskan tentang petunjuk seorang lelaki 'Phoenicia' yang dihormati di
tempatnya,datang ke dunia sebelah sini,dan diberitakan menyunting
seorang gadis misteri.Kita juga telah maklum misteri tulisan orang Kanaan
ini (Phoenicia) yang punya persamaan dengan tulisan Rencong iaitu tulisan
purba orang Melayu yang sempat direkodkan.Dalam ATBM version 2.0 kita
(1 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
http://mistisfiles.blogspot.com/http://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.htmlhttp://1.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S3y-NjTgijI/AAAAAAAAB-w/tcOwU5rbYS4/s1600-h/bungamalasmall.jpghttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.htmlhttp://mistisfiles.blogspot.com/ -
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
2/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
tahu bahawa ciri-ciri gadis misteri ini yang punya hubungan dengan
wangian dan bunga-bungaan.Dan mengapa sumber Judeo-Sumeria
menggelarnya sebagai 'Keturah' (wangian,kemenyan wangi,haruman).Kita
juga belajar tentang 'lubbanjawi',kemenyan wangi yang hanya boleh
didapati di Nusantara.Kita juga tahu tentang legenda emas di Nusantara,
sehingga raja-raja Judah dan kerajaan Vedic yang hilang berbisik-bisik
tentangnya.Dalam ATBM version 3.0 kita belajar tentang sifat bangsa
misteri yang berdagang dan belayar.Kita juga sedar tentang misteri
kerajaan-kerajaan yang hilang di Indochina,telah menjadi legenda dan
mitos oleh kaum-kaum yang terkemudian mencorakkan Indochina.Kita
juga menjelajah sehingga beribu-ribu tahun ke belakang,ketika para
Firaun memerintah Mesir Purba dan misteri perkataan Mesir Purba yang
'tertinggal' di dalam kosakata bahasa Melayu.Kita juga tahu bahawa Punt
ialah kepulauan yang kaya dengan emas dan kemenyan wangi.Kita juga
kenal siapa itu Horus,Maat Heru atau Mata Hari di dalam The Egyptian
Book of The Dead.
Dalam artikel terakhir ini,kita akan belajar tentang rahsia Firaun dan Raja
Perehu,kaitan di antara mereka.Siapakah Raja Perehu ini?Apakah
hubungannya dengan Firaun Mesir?Kita juga akan belajar tentang siapakah
Brahma dan Puteri Mayang Mengurai.Kita akan menghayati legenda cinta
antara dua benua;orang Cham menyebutkan dalam legenda mereka,
Kaundinya dan Soma.Orang Khmer menuliskan nama dua kekasih ini
sebagai Preah Thaong dan Neang Neak sementara rekod China
mencatatkan legenda ini sebagai Brahmin dan Ye Ye,'Mayang Mengurai'
yang disebut-sebut dalam hikayat-hikayat Melayu dahulukala.Dan
pembukaan rahsia tentang 'darah naga'.
Beribu-ribu tahun dahulu...menurut cerita para maulana dan fakih
Nusantara,ketika Nabi Ibrahim a.s meletakkan Siti Hajar dan anaknya Nabi
Ismail a.s di kawasan tandus di bumi Mekah,baginda tidak pulang ke Tanah
Kanaan tetapi telah bergerak sehingga ke Timur Jauh untuk berdakwah.
Nabi Ibrahim telah singgah ke kawasan yang dinamakan Champa-Kemboja
dan melamar seorang gadis misteri di sana.Gadis misteri ini tidak
diketahui namanya namun orang-orang di Sumeria mahupun kota-kota Ur
dan Kish memanggilnya sebagai 'wangi-wangian' atau 'kemenyan wangi'
atau dalam bahasa Ibrani Kuno sebagai 'Keturah'.
(2 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
-
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
3/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
Siapakah sebenarnya Ibrahim dan Keturah?
"The Tabernacle of Melatiand Mala"
"...She opened her mouth to swallow The Love of the Lovers, but could not close her
lips,because her lips was full of poison;the Poison of Soma...Venom of the Kings...
There were Hills in the distance; nearby much happiness there was
where the Poison was change by a Holy Man to the Lotus of Wisdom
at the peak of her heart;were the Flowers of Amityas gift for her Lover,The
Patriarch..."
(page 275,Venom of The Kings,chapter 37:The Tabernacle of Melati & Mala
(3 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
http://3.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S3y-EswmL4I/AAAAAAAAB-o/KD_0Egy1Jq8/s1600-h/img148069.jpg -
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
4/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
-Lodgekeeper's Diary)
Sejarah itu adalah kisah kita yang lalu.Tidak kira sama ada sejarahitu adalah sejarah manis mahupun yang pahit,ia adalah jawapan kepada
kewujudan kita hari ini.Jika kita tidak wujud hari ini sekalipun,orang lain
akan dapat membaca sejarah kita yang dicatatkan mereka,dan mendapat
jawapan mengapa kita pupus hari ini.
Kewujudan kita kerana sejarah yang panjang sebagai asbab yang
menceritakan kepada kita bagaimana orang-orang sebelum kita dapat
menyelamatkan diri (survive) dari kepupusan akibat perang atau
penjajahan.Walaupun kita mempunyai 'penyakit keturunan' atau mungkin
boleh dipanggil 'saka' iaitu HASAD DENGKI SESAMA SENDIRI,namun
semangat untuk berjuang bagi meneruskan warisan Kemelayuan tetap
membakar nafas perjuangan para pendekar dan pejuang bangsa.Kita
sudah membaca bagaimana bangsa-bangsa hebat di benua Amerika seperti
Aztek,Inca dan Maya yang mempunyai piramid-piramid dan peradaban
tinggi akhirnya musnah begitu sahaja akibat sikap SUKA MENYANJUNG
BANGSA LUAR DAN SIFAT MERENDAH DIRI (INFERIORITY COMPLEX) YANG
KETERLALUAN menyebabkan mereka ditipu oleh conquistador Sepanyol,
yang sebelum itu berasa amat kagum dengan peradaban dan kota mereka.
Kita juga belajar bagaimana peradaban Assyria dan Babilon yang pupus
kerana sikap suka berperang dan kejam menyebabkan bangsa-bangsa lain
yang merasa tertindas menyimpan dendam untuk bertindakbalas.
Peradaban di Sumeria didirikan di atas darah peperangan antara negara
kota,sementara peradaban Benua Amerika didirikan di atas darah para
korban di atas altar pemujaan.Peradaban China pula didirikan di atas
perebutan antara etnik-etnik China yang saban waktu merebutkan
kekuasaan dan menubuhkan dinasti maharaja (ini antara sebab kaum-
kaum yang kalah dan lemah seperti Tai dan Dai-Viet terpaksa berundur ke
selatan).Peradaban Eropah pula didirikan di atas sifat ingin tahu dan
kagum dengan peradaban Arab-Islam,dan inilah pembukaan cerita kepada
Rennaisance di Eropah.
Namun peradaban Kemelayuan didirikan di atas PERDAGANGAN MARITIM
(4 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
-
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
5/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
dan PENGEMBARAAN.Unikkan?
Para pelaut Melayu mengembara di seluruh Nusantara dan Pasifik;'The
World's End' yang begitu menggerunkan dan menjadi mitos kepada para
pelaut Eropah sebelum abad ke-14 (sebab itu dalam filem Pirates of The
Caribbean 3, Kapten Jack Sparrow kononnya di'kunci' di dalam dunia ghaib
di 'hujung dunia' dan kru The Black Pearl terpaksa mengembara sehingga
ke Singapura untuk menjejak kapten mereka).Apabila berhenti pada satu-
satu pulau,mereka menubuhkan penempatan dan kerajaan.Mereka tidak
pula membunuh puak-puak aborigine yang tinggal di pulau-pulau itu,malah
ada yang berasimilasi (berkahwin atau bergaul) dengan mereka.Sebab itu
yang membunuh dan menindas para aborigine ini adalah penjajah Eropah
yang datang selepas itu.FIKIRKAN BAGAIMANA ORANG ASLI,JAKUN,
DAYAK dan seumpamanya masih mengekalkan tradisi dan cara hidup
mereka beribu tahun sehingga ke hari ini.Jika orang Melayu adalah bangsa
penjajah yang kejam,sudah tentu kaum-kaum aborigine ini sudah lama
pupus.Jika kaum aborigine Amerika yang gagah perkasa seperti Aztek yang
biasa berperang dan bermain dengan kepala manusia dan bau darah boleh
hancur tewas di tangan penjajah Sepanyol,apatah lagi Orang Asli di
Nusantara yang lemah ini,yang hanya tinggal di ran atau pondok-pondok
buruk di dalam hutan berbanding 'Orang Asli' Amerika yang tinggal di
dalam bangunan-bangunan batu agam yang besar-besar.Tetapi
KEWUJUDAN MEREKA hari ini ADALAH BUKTI BETAPA PERADABAN
MELAYU ITU BERDIRI DI ATAS PERDAGANGAN MARITIM DAN SIFAT SUKA
MENGEMBARA.Tidak lebih tidak kurang.
Bangsa Melayu (The House of Jawi) terdiri daripada pelbagai sukukaum
dan etnik.Kata 'Melayu' itu sendiri mengandung makna yang mendalam.Ia
adalah nama lain bagi Bani Jawi yang 'homeland' nya di Nusantara (Asia
Tenggara dan Pasifik Barat).Hari ini ada sesetengah orang yang keliru
dengan istilah 'Melayu' ini,terutamanya di Indonesia.Ini terjadi kerana
hanya Inggeris sahaja yang mengenal bangsa Nusantara ini sebagai Melayu,
manakala orang Belanda masih kabur dengan penduduk di tanah
jajahannya.Hasilnya ada orang yang menganggap 'Melayu' itu sukukaum
sahaja dan merujuk kepada sukukaum Melayu ini kepada orang Melayu di
Malaysia.Jadi apabila ada kaum-kaum yang seiras dengan ciri-ciri Melayu
(5 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
-
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
6/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
Malaysia,maka dikatakan ia adalah sukukaum Melayu di antara kaum-kaum
di Indonesia.Ini juga membawa erti bahawa Malaysia adalah 'homeland'
sukukaum Melayu ini.Ini adalah salah sama sekali kerana jika mahu 'fight'
di dalam kronologi sejarah sekalipun bersandarkan kepada Teori Sukukaum
Melayu' maka seluruh Indonesia itu adalah hak Malaysia (jika mereka
mengatakan Melayu itu Malaysia,Malaysia itu Melayu) kerana Empayar
Melayu Srivijaya pernah menakluk seluruh Nusantara.Pusat pemerintahan
empayar ini terdapat di Kelantan,Kedah Tua,Sumatera (Palembang,Jambi)
dan Jawa.Ini adalah empayar bangsa Nusantara yang universal.Orang-
orang Jawa,Sunda,Mendailing,Minang dan seumpamanya bila bercampur
dengan 'Melayu' ini akan menjadi Melayu walaupun mereka masih
berbahasa loghat masing-masing.Anak-anak mereka akan memanggil diri
mereka sebagai ORANG MELAYU dan seterusnya menyebutkan keturunan
mereka,misalnya,"Saya orang Melayu berketurunan Banjar,saya orang
Melayu keturunan Pakistan dan Jawa,saya orang Melayu keturunan Bugis"...
dan seterusnya.Uniknya,tiada siapa pun yang memaksa mereka menjadi
'Melayu'.Ini bukan kes Raja Thai mahu 'menThaikan' orang Melayu,Cina dan
India,ini bukan dasar penghapusan etnik atau seumpamanya...tetapi INI
ADALAH LUMRAH SEMULAJADI BANI JAWI.Mereka menjadi Melayu kerana
memang mereka adalah Melayu.
Ada juga pihak yang 'terlebih pandai' mengatakan Melayu itu adalah nama
bahasa bukan bangsa.Bagaimana orang Nusantara boleh terlampau bijak
boleh mencipta satu bahasa yang mempunyai nama lain dari nama bangsa
yang menuturkannya.Nama Melayu bukan hanya ditemukan pada istilah
'BAHASA MELAYU' tetapi dijumpai pada perkara-perkara yang lain.Nama
MELAYU itu dijadikan nama sungai,nama kerajaan dan wilayah,malah
seluruh nusantara ini dinamakan Malayadvipa di dalam antara karya
sastera paling agung dan dihormati di India iaitu Ramayana!Malayadvipa
bermaksud 'PULAU-PULAU MELAYU'.Bahasa Melayu bukan seperti bahasa
Sanskrit yang merupakan bahasa saduran dari bahasa Avestan dan buktinya
kini bahasa itu semakin mengalami kepupusan.Bahasa Sanskrit dibawa
oleh puak Aryan ke Benua India sekaligus dengan ajaran-ajaran Veda.Jadi
Sanskrit adalah bahasa bagi ajaran Veda sebagaimana Arab adalah bahasa
bagi mengungkapkan ajaran Islam.Namun Sanskrit bukan bahasa asal
(6 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
-
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
7/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
Benua India.Ia adalah bahasa puak Aryan dari Asia Tengah.Ini berlainan
pula dengan bahasa Melayu.BAHASA MELAYU ADALAH INDUK BAGI SEMUA
LOGHAT ETNIK-ETNIK NUSANTARA.Sebab itu Bahasa Melayu dijadikan
antara isi dalam Sumpah Pemuda ketika pembinaan negara Indonesia.
Bayangkan seluruh pemimpin di Indonesia tidak kira Jawa,Sunda,Aceh dan
lain-lain bersetuju menjadikan BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA
PERSATUAN SELURUH INDONESIA!Bukan bahasa Jawa,bukan bahasa
Sunda,bukan bahasa Aceh apatah lagi bahasa Siam Ayutthaya.
Rumpun Melayu di Indonesia boleh berkokok dengan 'bangsa Indonesia'
mereka yang merupakan khayalan Belanda yang menyangka rumpun
Melayu di pulau-pulau Indonesia adalah bangsa Keindiaan (prefix Indo-
adalah bermaksud India atau ciri-cirinya) namun anehnya apabila
mengharap sesuap nasi di Malaysia dan seterusnya pasrah menetap di
Malaysia,lama-kelamaan mereka ini mula mengaku Melayu,dan anak-anak
mereka yang sudah mendapat kad pengenalan biru dan bersekolah di sini
menganggap diri mereka adalah Melayu BUKAN BANGSA KHAYALAN
BERNAMA INDO-NESIA.
Selagi lagi,tiada siapa yang menekan mereka supaya mengaku Melayu.
Kerajaan Malaysia tidak memaksa rumpun Nusantara dari Indonesia ini
menjadi Melayu di Malaysia.Mereka tidak diseksa,diperangi,dipenjara atau
didiskriminasi untuk menjadikan mereka sebagai Melayu.Nama mereka
yang asalnya keJawaan atau keSundaan atau keMinangan tidak pula
dipaksa untuk diMelayukan.TETAPI MEREKA MENJADI MELAYU SECARA
MISTIK DAN TANPA DISEDARI DI BUMI SEMENANJUNG EMAS INI!
Apabila anak-anak mereka membesar di kalangan orang Melayu di sini tiba-
tiba menjadi lebih Melayu dari dirinya dan mendapati budaya dan bahasa
orang Melayu di sini punya persamaan yang erat dengan budaya mereka,
saudara-saudara kita dari Indonesia ini seolah-olah tersedar dari mimpi
yang sekian lama direka oleh penjajah Belanda dan ketika itu barulah
mereka sedar bahawa 'Indonesia' hanyalah sekadar nama negara sahaja
namun merekalah bangsa Melayu Nusantara yang berpijak di Timur Jauh!
Dan inilah yang membezakan antara bumiputra dengan kaum-kaum bukan
bumiputra seperti Cina dan India.Ini kerana etnik-etnik Melayu ini walau di
(7 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
-
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
8/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
mana sahaja APABILA BERPIJAK DI 'TANDUK SEMENANJUNG EMAS' akan
kembali kepada asal-usul mereka sebagai MELAYU.Aneh bukan?
Mereka akan mengamalkan adat Melayu,berbahasa Melayu (disamping
loghat kaum masing-masing) dan beragama Islam.Ini berbeza dengan kaum
Cina dan India yang masih berdegil dengan budaya masing-masing malah
apabila diberi peluang memerintah mahu pula menghapuskan warisan
Melayu secara gelojoh (seperti DAP).Pemimpin mereka berkokok
bertanyakan mengapa setelah lebih 50 tahun merdeka,mereka masih tidak
mendapat status bumiputra.Bagaimanakah orang-orang Melayu mahu
memberi status bumiputra kepada mereka PADAHAL SIKAP DAN
MENTALITI MEREKA SEPERTI PENJAJAH YANG MAHU MENJARAH BUMI
DAN WARISAN ORANG-ORANG BUMIPUTRA?Contohilah kaum Baba dan
Nyonya yang pandai berasimilasi dengan budaya orang-orang Melayu tanpa
meninggalkan 'kecinaan' mereka.Ini tidak,masih berdegil mahu membawa
budaya Komunis ala Chin Peng dan Mao Ze Dong walau sudah lama
menghirup udara Malaysia.Setiap hari dihabiskan untuk berfikir apakah
lagi isu sensitif yang boleh dibangkitkan bagi menyakitkan hati orang-
orang Melayu.
Pemimpin mereka berkokok sehingga habis suara,mengapa orang-orang
seperti Khir Toyo (keturunan Jawa),Najib (perdana menteri Malaysia,
berketurunan Bugis) dan seumpamanya boleh diiktiraf sebagai bumiputra
padahal ada keturunan mereka yang baru sahaja berhijrah ke Tanah
Melayu.INI ADALAH SOALAN BODOH BERSIFAT RASIS-KOMUNIS YANG
KURANG BERPELAJARAN.Orang Melayu adalah salah satu komposisi
Bumiputra termasuk Orang Asli dan Bumiputra Sabah dan Sarawak.Orang
Melayu terdiri daripada pelbagai etnik dengan berbagai-bagai pula loghat
daerah,yang ini jika dikaji dalam aspek linguistik adalah dalam kelompok
Malayo-Polynesia.Ini berbeza dengan orang-orang Cina yang terkelompok
dalam kelompok Sino-Tibetan.Sebelum era penjajahan,penduduk
Nusantara bebas ke sana ke mari sama ada di tanah semenanjung
mahupun pulau-pulau Melayu (Indonesia).Orang Kedah membuat
penempatan di Sumatera,orang Jawa membuka kampung di Selangor.
Orang Bugis membina hidup baru di Johor,orang Patani dan Champa
berhijrah ke Aceh dan Borneo...ini adalah lumrah dalam Alam Melayu
(8 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
-
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
9/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
Nusantara.Nusantara adalah 'negara' mereka.Tanah tumpah darah mereka.
Siapa sahaja diantara etnik-etnik Melayu ini yang naik memerintah sama
ada Tunku Abdul Rahman (keturunan Melayu Siam),Tun Abdul Razak
(keturunan Melayu Bugis),Tun Hussein Onn (keturunan Johor-Turki),Tun
Mahathir Mohamad (keturunan Melayu-India Muslim) dan kini Dato Seri
Najib Tun Abdul Razak (keturunan Melayu Bugis),mereka tetap
menghormati budaya tradisi kaum-kaum Bumiputra dan kepercayaan
mereka.
Ini berlainan dengan pemerintah Chaivinis-Rasis-Komunis yang dengan
gelojoh mahu menghapuskan budaya dan agama kaum bumiputra khasnya
ORANG MELAYU-ISLAM.Tulisan Jawi mahu dipadam,azan diperlekeh,
perarakan Maulidur Rasul dibatalkan,gerai-gerai orang Melayu diruntuhkan
dan lagi...lagi dan lagi.Dan ini akan berterusan jika kita masih bermurah
hati memberikan semua hak kita kepada bangsa komunis (bukan semua
orang Cina tetapi orang Cina yang menganut faham Rasis-Komunis) maka
tunggulah saat kepupusan kita kerana KEBODOHAN KITA MEWARISI TABIAT
PAK KADUK MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI.Perhatikan gelagat orang-
orang Melayu yang terkinja-kinja bersorak seperti monyet dan beruk
ketika berdemonstrasi atau ketika pilihanraya.Habis sesuatu isu atau
pilihanraya,yang untung adalah bangsa asing.
(9 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
http://1.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S3zCwTqpDuI/AAAAAAAAB-4/kpIp4HxS6bo/s1600-h/najib-tun-razak.jpg -
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
10/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
Tiada di antara etnik-etnik Melayu ini yang berusaha mengaku merekalah
etnik terhebat dan menjadi akar kepada bangsa Melayu.Tiada pula etnik
Boyan mengaku merekalah asal-usul Melayu dan sebenarnya orang
Nusantara adalah "rumpun Boyanlah".Atau orang Mendailing mengatakan
raja-raja Melayu sebenarnya beradatkan raja-raja Mendailing atau raja
Batak.Etnik Jawa yang pernah membina kerajaan yang hebat itu juga
tidak pula berusaha 'menjawakan' seluruh Nusantara.Tambahan pula,tiada
di antara mereka yang mendakwa Inggerislah yang me'Melayu'kan orang
Nusantara atau Malaysia.Rumpun Nusantara di sebelah Indonesia hanya
menganggap Malaysia adalah agenda British namun bukan mengatakan
Melayu itu agenda British,kerana sejarahwan mereka tahu betapa
bersejarah dan agungnya nama 'Mala-yu' itu.Ini kerana kerajaan yang
dirujuk sebagai 'Melayu' atau menggunakan nama Melayu seperti Empayar
Srivijaya,Kerajaan Malayu dan Kerajaan Dharmasraya adalah SEBAHAGIAN
DARI SEJARAH INDONESIA!
Ini berlainan pula dengan sesetengah orang yang mendakwa 'rumpun'
dialah yang merupakan asal-usul orang Melayu malah mengatakan bahawa
nama 'Melayu' itu adalah ciptaan Inggeris!Ini amat melucukan kerana nama
'Melayu' ini benar-benar ada dalam rekod China dan India purbakala (ini
belum lagi rekod Eropah,Arab dan tamadun-tamadun lain),manakala nama
'Siam' itu hanya wujud dalam kitab-kitab kuning bertulisan Jawi dan
berbahasa Melayu.Dalam hal ini sudah tentu bukan sahaja sejarahwan
Malaysia malah Indonesia juga berlepas tangan dari cerita sejarah ditahap
(10 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
http://2.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S3zC11CEG0I/AAAAAAAAB_A/ceiL7BRDBQU/s1600-h/02HusseinOnn_a2.png -
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
11/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
komik Naruto yang cuba diketengahkan oleh pihak-pihak yang berkenaan.
Malahan sejarahwan Thai yang pening dengan cerita fantasi
Ramkhamhaeng juga menepuk dahi setelah mendengar komik manga dari
'bangsa Harimau' yang lebih kurang sama dengan utopia Sukhothai dan
batu bersurat Ramkhamhaeng.
Begitu senang orang dijadikan bangsa lain hanya dengan mendengar cerita-
ceriti yang diselitkan beberapa fakta sejarah yang diubahsuai.Jika bukan
tema 'Siam' pun,jika ada pihak yang mendakwa dahulu semenanjung ini
milik kerajaan Planet Zargus misalnya,siap ada kitab bernama 'Undang-
undang Zargus' (UUZ) dan mendakwa dahulu penduduk Nusantara adalah
rumpun Zargus,sudah tentu ada orang Melayu yang merasakan dirinya
adalah dari rumpun Zargus akibat cetek dalam ilmu sejarah bangsanya.Ini
adalah orang yang tiada jatidiri dan identiti.Cepat goyang apabila ditunjal.
Belum berpencak sudah mengalah.Ini bukan keturunan pendekar atau
bangsa Harimau.Dia mungkin berasal dari The Planet of The Apes.Oleh itu
penting untuk memiliki 'intuisi' Kemelayuan sendiri jika tidak mahu ditukar
kepada bangsa lain secara mendadak,tidak kira bertukar menjadi Siam,
Thai,Filipino,Cina,India atau menjadi 'Mat Salleh' (kerap terjadi di
kalangan Elit Melayu dan ahli korporat Melayu).Atau sekurang-kurangnya
anda boleh "Bertukar!" menjadi Gaban.
Oleh itu teramatlah penting bagi kita untuk mempelajari warisan bangsa
kita,meneliti prasasti-prasasti,manuskrip dan tinggalan nenek moyang kita
dan memahami bahawa Melayu itu tiada sempadan negara.Alam Melayu
adalah katakuncinya bagi kita untuk mengelakkan secara tidak sedar
bertukar menjadi pencacai kepada sejarah orang lain atau kepada sejarah
fantasi orang lain.
Legenda Kaundinya dan Soma
(11 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
-
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
12/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
Di dalam ATBM VIII "The Land of The Gods" telah diselitkan sejarah
kewujudan sebuah kerajaan purba Funan.Funan adalah sebuah kerajaan
yang wujud di Indochina dan pengaruhnya mencapai seluruh Kemboja,
sebahagian Vietnam di kanan dan Thailand di kiri dan sehingga negeri-
negeri Melayu utara semenanjung.Tidak diketahui sejak bilakah kerajaan
Funan ini sudah wujud tetapi ia dikesan dalam rekod China seawal 1
Masehi lagi!Funan juga dikesan menjalankan perdagangan dengan negara-
negara luar sejauh Empayar Rom berdasarkan bukti-bukti arkeologi.'Fu-
nan' (Fou-Nan) adalah sebutan dalam lidah orang China di masa itu.Orang
Khmer menyebutkan sebagai Nakhor Phnom dan Dai-Viet menyebutnya
sebagai Phu Nam.Funan atau Phnom ini bermaksud 'gunung' dalam bahasa
Melayu Standard di mana ia adalah perubahan beribu tahun dari kata
asalnya 'gnom'(Melayu Kuno).'Funan' ini juga adalah saduran dari kata
'penan' yang bermaksud 'puak gunung' (perhatikan kaum Penan yang
dikategorikan sebagai Dayak darat manakala Iban sebagai Dayak laut).
Keselarian kata yang membawa maksud 'gunung' ini antara orang Khmer
dan Melayu ini adalah kerana pada zaman dahulu orang-orang Melayu,Mon
dan Khmer mempunyai hubungan erat di Indochina.'Gunung' adalah salah
satu katakunci tabut rahsia Melayu.Perhatikan bagaimana pengasas
Kerajaan Khmer mempunyai hubungan terahsia dengan keluarga dinasti
Sailendra di Tanah Jawa.Saudara?Anak angkat?Sepupu?Gabenor?Pegawai?
Kita tidak tahu setepatnya.'Sailendra' adalah bermaksud 'raja gunung'.
Pengkaji Khmer dan sesetengah pengkaji Barat menolak teori yang
(12 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
http://4.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S3zEjqDjuRI/AAAAAAAAB_I/wvVDox_5Uu8/s1600-h/Puteri+Gunung+Ledang.jpg -
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
13/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
mengatakan keluarga raja Funan melarikan diri ke Tanah Jawa dan
mendirikan dinasti Sailendra di sana.Namun fikirkan ini,raja-raja Khmer
dan orang Khmer sendiri bermati-matian mengaku bahawa mereka adalah
pewaris Funan padahal mengapa Jayavarman II diberitakan 'baru pulang
dari Jawa'?Aha...prasasti dari kuil purba Khmer itu tidak dapat disorok
kerana ia adalah satu-satunya catatan tentang Jayavarman II yang
dijumpai setakat ini.
Jadi siapakah sebenarnya orang Funan ini?Adakah orang Mon-Khmer atau
Malayo-Polynesian?
Orang Khmer mengaku Funan adalah 'hak' mutlak mereka padahal tiada
pun prasasti Khmer yang menyebutkan tentang Funan ini.Ukiran di Angkor
Wat dan Bayon hanya mencatatkan kewujudan kerajaan Champa,satu
rumpun dengan Malayo-Polynesian.Jadi kita perlukan sumber luar dahulu,
terutamanya sumber China yang mula-mula menyedarkan kita tentang
kewujudan Funan ini.
Rekod China yang direkodkan seawal abad ketiga Masehi mencatatkan satu
legenda tentang 'orang suci' yang datang ke Kemboja dan mengahwini
puteri tempatan.Seorang pegawai China bernama Rang Tai telah tiba ke
Funan pada abad ke-10 Masehi dan mempelajari kisah tentang Brahmin
yang mengahwini seorang puteri bernama Ye Ye (ada versi lain menjadi
Liu-Ye).Kata 'Ye Ye' ini diterjemah secara harafiah kepada bahasa Inggeris
menjadi 'Daun Kelapa' padahal sebenarnya ia bermaksud 'bahagian serat
kelapa/tumbuhan yang panjang' atau dalam istilah hikayat Melayunya
'MAYANG MENGURAI'.Jadi dari sini kita tahu nama gelaran puteri ini iaitu
Puteri Mayang Mengurai,merujuk kepada kecantikan rambutnya yang
panjang bak mayang mengurai.
(13 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
-
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
14/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
Dalam legenda yang dicatat oleh pegawai dari China itu ialah bagaimana
Puteri Ye Ye cuba menyerang perahu atau kapal yang dinaiki oleh Brahmin
itu tetapi kemudiannya Brahmin itu dapat menewaskan puteri tersebut
lalu kehandalan Brahmin itu (dinyatakan Brahmin itu menggunakan
kesaktiannya) telah menawan hati Puteri Ye Ye.Mereka pun berkahwin dan
dikatakan warisan dari keturunan mereka melahirkan raja-raja Funan.
Mula-mula kita mesti faham petunjuk dalam legenda ini.Terdapat dua
watak utama dalam legenda ini yang dikongsi oleh orang Cham dan Mon-
Khmer.
Pertamanya watak 'orang suci' atau Brahmin yang datang dari negeri luar.
Kemudian watak Ye Ye/Liu Ye iaitu puteri tempatan yang menjadi raja
atau pemimpin negeri.
Jika kita faham plot legenda ini betul-betul,kita akan dapat melihat kod-
kod rahsia di hampir semua legenda Melayu Purba;juga menggunakan plot
cerita yang sama!
Mula-mula kita lihat rekod dari orang Cham (Champa).Di dalam inskripsi
batu bersurat yang bertarikh 657 Masehi (abad ke-5) yang dijumpai di
tapak bersejarah My Son di Vietnam ada mencatatkan legenda Brahmin
dan Ye Ye ini di mana mereka dikenali sebagai Kaundinya dan Soma.
Sebenarnya dalam inskripsi itu tidak menyatakan nama sebenar puteri ini
tetapi setepatnya menghuraikan sebagai 'anak perempuan kepada Soma' di
mana Soma itu adalah seorang 'Raja Naga'.
Bagaimana dengan dari sebelah Khmer?Mereka mempunyai legenda yang
(14 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
http://4.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S3zEobiUfHI/AAAAAAAAB_Q/dhQj19ouO_A/s1600-h/332652674_af1b932170.jpg -
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
15/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
sama namun lebih kuat sebagai cerita rakyat yang popular di kalangan
masyarakat mereka.Orang suci itu dikenali sebagai Preah Thaong dan Ye
Ye sebagai Neang Neak dalam versi Khmer.Oleh kerana orang Khmer telah
mendominasi Kemboja pada hari ini dan berkuasa menuliskan sejarah
mereka dengan lebih meluas maka para pengkaji moden lebih cenderung
menyangka Funan adalah kerajaan orang Khmer.Tetapi hakikat
sebenarnya bukan sahaja para pengkaji Khmer,malah cendekiawan Barat
juga pada hari ini masih berdebat tentang siapakah orang Funan ini.Ini
kerana kekurangan bukti dan prasasti menyebabkan identiti orang Funan
ini masih samar-samar.Sebahagian cendekiawan Barat seperti D.G.E Hall
cenderung mendakwa orang Funan adalah dari keturunan Melayu
sebagaimana orang Cham.Tetapi ada juga pengkaji seperti Micheal Vickery
yang mengatakan Funan adalah Khmer.
*Lihat kostum
orang Mon ini yang bercampur-aduk dan perhatikan gadis sebelah kiri
sekali memakai kain songket seperti lagak seorang srikandi Melayu.
Mari kita lihat siapakah yang lebih mempunyai 'autoriti' dengan warisan
Funan berdasarkan apa yang mereka ada tentang kisah Funan ini.Orang
Khmer mempunyai cerita rakyat sahaja,namun orang Cham punya prasasti
bertulis tentang legenda ini!Kini dikatakan dijumpai inskripsi Khmer yang
mengandungi cerita orang suci dan puteri ini,namun isi inskripsi itu hanya
menyambung motif yang ada dalam prasasti Cham;di mana di dalam
inskripsi Khmer itu menyatakan bahawa bahawa pemerintah-pemerintah
mereka adalah berasal dari Sri Kaundinya dan anak perempuan Soma.
Mengapa inskripsi itu hanya menurut motif cerita dalam rekod orang Cham?
KERANA REKOD KHMER ITU BERUSIA ABAD KE 10 MASEHI MANAKALA
(15 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
http://4.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S3zF6KPd_GI/AAAAAAAAB_o/UFFgQTpx27M/s1600-h/mon-chiangmai-0211.jpg -
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
16/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
REKOD CHAM SEAWAL ABAD KE 5 MASEHI.Terima kasih kepada orang
Cham kerana bijak dan rajin menuliskan rekod-rekod.Sebab itu antara
usaha untuk memadamkan sejarah sesuatu bangsa ialah RAMPAS,
MUSNAHKAN ATAU SOROKKAN REKOD-REKOD INI!
*Kompleks My
Son di Vietnam
Nasib baik prasasti Cham dijumpai di Vietnam,jika pengkaji Khmer
menjumpainya di Kemboja silap haribulan batu bersurat itu mungkin
dipecahkan.Dan dengan ini mereka lebih selesa mendakwa Funan benar-
benar orang Khmer.
Legenda ini menjadi cerita rakyat (folklore) dalam masyarakat Khmer
sementara oleh kerana orang Cham tidak bernegara pada hari ini apabila
sebahagian mereka menjadi rakyat Kemboja dan selebihnya menjadi
rakyat Vietnam maka legenda ini semakin dilupakan.Sementara orang
Khmer semakin bercerita ke sana sini tentang legenda cinta Kaundinya dan
puteri Soma,orang Cham semakin tidak mengendahkan cerita PENTING ini.
Namun bangkai gajah tidak dapat ditutup kerana para pengkaji Vietnam
telah menjumpai prasasti tentang Kaundinya dan Soma di My Son yang
merupakan tapak purbakala orang Cham di Vietnam.Mengapa orang Cham
punya cerita ini lebih awal dari versi orang Khmer?
INI KERANA KERAJAAN CHAMPA SEMPAT SEZAMAN DENGAN ERA FUNAN.
Kerajaan Champa ketika itu sangat maju,hasil hubungannya dengan Funan
dan orang Champa lah yang mewarisi segala ilmu pengetahuan Funan.
Lihat suasana peperangan di antara Cham dan Khmer yang diukir oleh
pengukir Khmer sendiri di Bayon.
(16 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
http://3.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S3zGBFT4YaI/AAAAAAAAB_4/NVL5OswHCQ0/s1600-h/My+Son+in+Quang+Nam+4.jpg -
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
17/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
*Relief di Bayon
menunjukkan askar Cham (memakai helmet dan membawa perisai) sedang
bertempur dengan askar Khmer
Perhatikan kostum askar Cham berbanding askar Khmer.Askar Cham punya
jaket perang dan helmet (topi besi?) serta perisai panjang.Askar Khmer
hanya memakai kain selempang yang diikat-ikat ke tubuh mereka yang
tidak berbaju dan seolah-olah memakai cawat sahaja.LIHAT,ORANG LUAR
MENAFSIRKAN ORANG MELAYU AMAT MAJU DAN BERPELAJARAN namun
hari ini ada orang Melayu memikirkan bangsanya dahulu adalah bangsa
hutan dan gua.Mengapa orang luar menilai Melayu dalam sejarah mereka
dengan begitu hebat dan maju?Dan mengapa orang Melayu Malaysia
menilai bangsanya begitu rendah dan menyedihkan?Sehingga ada anak-
anak Melayu yang terkekeh ketawa melihat gambaran Orang Melayu Patani
yang memiliki pistol,meriam dan istinggar oleh pembuat filem Thailand
(rujuk filem Queen of Langkasuka).Perhatikan sekali lagi ukiran ini.Ini
bukan diukir oleh orang Cham atau orang Kedah TAPI ORANG KHMER
SENDIRI DI ZAMAN KERAJAAN ANGKOR ERA JAYAVARMAN VII DI AWAL ABAD
KE 13 MASEHI!!
Orang Cham ketika itu masih berbisa kerajaan mereka.
Sebab itu mereka berjaya menakluk Angkor Wat,menyebabkan raja Khmer
lari membina Angkor Thom di tempat lain.Kenapa orang Cham ini beriya-
riya hendak menakluk Angkor Wat?Sebab ia ibukota Khmer?Kenapa Angkor
Wat masih terpelihara sehingga ke hari ini?Mengapa kota-kota lain
(17 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
http://3.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S3zH_wZpyaI/AAAAAAAACAA/3ovzlu-xvwM/s1600-h/the_sack_of_angkor_.jpg -
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
18/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
dimusnahkan oleh pihak yang menang berperang di mana-mana sahaja
tetapi ANEHNYA ORANG CHAM INI MENINGGALKAN SAHAJA ANGKOR
WAT DALAM KEADAAN ELOK SELEPAS MENAKLUKNYA?
Kerana di Angkor Wat terdapat warisan Kemelayuan Funan atau RELIK
yang diambil oleh orang Cham,sebagai mengingati saudara mereka yang
hilang!Memusnahkan Angkor Wat bermakna SAMA SAHAJA DENGAN
MEMUSNAHKAN WARISAN FUNAN DAN RAHSIA KEMELAYUAN.
Sekali lagi,terima kasih orang Cham...anda adalah contoh warisan Melayu
yang bijak...kalaulah Dai-Viet tidak menjadi barbarian menjarah kerajaan
anda,hari ini andalah model Kemelayuan yang agung.
*Pakaian orang Mon.Orang
Mon mempunyai hubungan dengan orang Khmer berdasarkan kelompok
bahasa mereka.Perhatikan bagaimana orang Tai yang datang kemudian
mencedok budaya orang Mon dan Khmer serta satu lagi budaya,iaitu
'Srivichai'
Funan kemudiannya ditakluk oleh Chenla,satu kerajaan di utara Kemboja
yang asalnya ialah negara naungan Funan.Penaklukan Chenla ini bukanlah
serangan ketenteraan namun lebih cenderung kepada teknikal sosial dan
politik,di mana raja Chenla telah berkahwin dengan puteri Funan dan
sekaligus seluruh Funan di bawah pemerintahan Chenla.Ketika itu Funan
sudah lemah kerana keruntuhan rangkaian perdagangan antara Empayar
Rom,India dan China.
(18 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
http://2.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S3zFzMKHXLI/AAAAAAAAB_Y/ko0r4h7bdMs/s1600-h/gl-people6.gif -
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
19/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
Menariknya Chenla ini memang tidak dinafikan oleh para pengkaji ADALAH
KERAJAAN ORANG KHMER.
Chenla memang tidak diragukan adalah warisan Khmer tetapi bukan Funan,
kerana warisan Funan ini telah dikaji oleh ramai cendekiawan dan mereka
menyimpulkan bahawa budaya Funan adalah 'campuran kombinasi gaya
Dvaravati dan Malayu' di mana Dvaravati adalah kerajaan purba orang Mon
dan Malayu adalah kerajaan purba orang Melayu Nusantara yang dikesan
ciri-cirinya muncul di sekitar utara semenanjung dan Sumatera.
Jadi jika orang Khmer mengatakan raja-raja mereka adalah warisan Funan;
INI MUNGKIN BENAR.KERANA DARAH CHENLA TELAH BERCAMPUR
DENGAN DARAH FUNAN menghasilkan warisan pemerintahan rakyat
Kemboja pada hari ini.
Namun untuk mengatakan bahawa Funan sahaja adalah benar-benar dari
orang Khmer,INI ADALAH FAKTA YANG SALAH.Funan adalah dari keturunan
MALAYO-POLYNESIAN.Hanya orang Cham tahu cerita sebenar tentang
saudara mereka ini.Mereka pernah berkerajaan bersama-sama dan ketika
Funan menjadi empayar,Champa tetap selesa menduduki pantai-pantai
Vietnam tanpa ditakluk oleh Funan.Legenda Funan ada dalam manuskrip
Cham dan diletakkan di tapak yang dipandang suci oleh orang Cham Kuno
iaitu di My Son di Vietnam pada hari ini,di mana My Son adalah kompleks
kuil,istana dan monumen suci orang Cham Kuno (sebelum kedatangan
Islam).Bayangkan jika terdapat hikayat Melayu yang mengagungkan Shih
Huang Ti membina Tembok Besar China dan karya itu setaraf dengan
Hikayat Hang Tuah dan Sulatus Salatin?Bukankah ini sesuatu yang janggal?
Jadi apa motif batu bersurat yang mencatatkan legenda Brahmin dan
puteri Mayang Mengurai di tempat suci (sacred or holy place) Champa?ADA
RAHSIA DI SINI.
Ketika Funan berkuasa,orang Khmer baru berhijrah ke Indochina dan
menubuhkan kerajaan Chenla.Chenla adalah kerajaan pertama orang
Khmer.Chenla adalah Khmer,Khmer adalah Chenla.Menariknya,para
pengkaji bersepakat menyimpulkan bahawa kerajaan Chenla ini telah
menyerap budaya dan kostum Funan ini ke dalam budaya orang Khmer.
Jadi tidak hairanlah jika orang Khmer bermati-matian mempertahankan
(19 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
-
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
20/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
bahawa Funan adalah dalam kelompok Khmer kerana jika dikatakan
bahawa Funan itu adalah sekelompok dengan Cham atau Malayo-
Polynesian atau ringkasnya warisan Kemelayuan,maka ini sudah tentu
kurang selesa dan perlu dielakkan dalam penulisan sejarah orang Khmer.
Sejarah Chenla menyerap seluruh peradaban Funan adalah fakta sejarah
yang tidak boleh dipertikaikan.Namun bagaimana Chenla boleh dipastikan
sungguh-sungguh bercirikan Khmer manakala Funan sehingga ke hari ini
masih diperdebatkan identitinya?Padahal Chenla pernah dinaungi oleh
Funan?Tiadakah prasasti Chenla yang menyatakan Funan adalah benar-
benar kerajaan orang Khmer,seperti dirinya?Ya,memang tiada.TIADA
PRASASTI CHENLA YANG BERKONGSI SUKA-DUKA FUNAN.
YANG ADA ADALAH PRASASTI CHAM,YANG MELETAKKAN LEGENDA
FUNAN SEBAGAI SESUATU YANG AMAT DIHORMATI,SESUATU YANG AMAT
DIKENANG.
Orang Suci Dan Tempat Menyimpan Rahsia
Siapakah orang suci itu?Dalam teks tertua yang menceritakan legenda
orang suci yang berkahwin dengan puteri tempatan ini,menyatakan nama
orang suci ini adalah BRAHMA.Ini adalah nama dalam bahasa Sanskrit.
Variasi nama ini menjadi 'Brahmin' iaitu telah diterjemahkan sebagai
golongan pendeta Vedic.Brahma adalah tatabahasa Sanskrit yang
diadaptasi dari struktur bahasa Aryan Purba.Kata 'Brahma' berasal dari
kata 'ABRAHM' di mana dalam struktur Sanskrit huruf 'a' dihadapan telah
dipindahkan ke hujung perkataan.Jadi kata asalnya kemungkinan besar
adalah 'Abrahama' namun loghat Sanskrit menyebutkan kata ini dengan
menghilangkan 'a' dipangkal kata dan lama kelamaan meringkaskan kata
'Brahama' ini menjadi 'Brahma'.
(Ingat,Sanskrit adalah sekelompok dalam kelompok bahasa Indo-European
sekelas dengan bahasa Inggeris,jadi Abraham,Abrahama dan Brahma
adalah struktur yang saling berkait.Ini berlainan dengan bahasa Semitik
seperti Aramaik,Ibrani dan Arab,contohnya Arab menyebutnya sebagai
'Ibrahim',perhatikan sebutan pada pangkal kata 'i' berbeza dengan 'a' yang
(20 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
-
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
21/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
dilafazkan dalam bahasa Inggeris yang satu 'keturunan' dengan bahasa
Aryan dan Sanskrit)
Dan ini telah disahkan oleh pakar bahasa Sanskrit dan pandit-pandit Hindu.
Anda nampak rahsia ini?
Sampai di sini,jika kita telah ada 'visi' sebagai DARAH KEMELAYUAN,kita
akan mengenal siapakah moyang kita ini,walaupun cuba menyorok dalam
pelbagai legenda dan nama.Hanya mereka yang punya 'darah naga' sahaja
akan menyelinap intuisi yang menyentap.
Hanya yang benar-benar mengalir 'darah naga' di dalam pembuluh
darahnya sahaja akan dapat menghidu misteri susurgalurnya yang sebenar.
Yang tidak mempunyainya walaupun mengaku bangsa Naga,bangsa Ular,
bangsa Harimau,bangsa Singa mahupun bangsa Monyet dan Beruk...akan
terkeliru dan menjadi pencacai kepada sejarah orang lain yang sama ada
yang fantasi atau realiti.Tidak sampai seminit seluruh nama bangsa dan
jatidirinya menjadi sakibaki dan sisa kekotoran sejarah orang lain yang
bukan pun dari rumpunnya.
Namun orang Melayu dengan warisan KeMelayuannya yang agung tidak
perlu mengaku sama sekali sama ada mereka dari bangsa haiwan-haiwan
di atas.Mereka adalah dari bangsa Manusia yang punya jatidiri dan identiti
sendiri.Bukan dari Xian,bukan dari Yunnan...bukan dan bukan.Berfikirlah
10 kali sebelum mengaku anda berasal dari Yunnan kerana sejarah anda
tidaklah sefantasi itu jika anda benar-benar berdarah Melayu.Tai,Viet,
Burma dan Mon-Khmer telah dibuktikan secara linguistik dipengaruhi
budaya dan gaya Sino-Tibetan seperti Kantonis dan Mandarin,TETAPI
BUKAN BAHASA MELAYU YANG MISTERI INI.Sebab itu pakar bahasa
mengelaskan bahasa Melayu menjadi satu kelas dunia yang tersendiri.
Bahasa Melayu adalah salah satu kelas bahasa utama dunia iaitu istilah
saintifiknya sebagai MALAYO-POLYNESIAN.Kini ia disebut sebagai
Austronesian kerana pengkaji mendapati bahasa asli Taiwan iaitu dipanggil
bahasa Formosan rupa-rupanya termasuk dalam laras bahasa Melayu!
Adakah orang Melayu Nusantara ini telah belayar hingga ke Taiwan?SUDAH
PASTI YA!DAN BUKAN ITU SAHAJA MALAH MEREKA PERNAH SAMPAI KE
(21 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
-
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
22/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
JEPUN!!
Satu puak Asli Jepun yang ditemui di sebuah kawasan tasik telah dikaji
oleh para penyelidik Jepun dan Barat dan mereka mendapati terdapat
beberapa perkataan mereka yang sama dengan bahasa Melayu seperti
'mata' dan 'batu'.Dan ingat sebelum migrasi bangsa Yamato (bangsa asas
Nippon atau Jepun moden pada hari ini) ke pulau-pulau Jepun,para
penyelidik sudah dapat 'menghidu' gaya budaya bangsa asal kepulauan
Jepun yang menyerupai kaum-kaum Malayo-Polynesian.
Satu daripada puak asli Jepun yang dikenali ialah puak Ainu.Puak Ainu ini
amat misteri kewujudannya.Sebelum ini ramai pengkaji menyangka
mereka adalah dari keturunan Eropah,namun kajian genetik mendapati
mereka mempunyai kaitan dengan puak-puak Eskimo dan Alaska.Dan jika
mengkaji tentang orang Eskimo,hanya dua bangsa di dunia ini diketahui
mempunyai 'penyakit' genetik LATAH,iaitu Melayu dan Eskimo!
Dari Afrika (Madagaskar) hingga ke Tanah Kanaan dan Babilon,ke India,Sri
Lanka hingga ke Taiwan dan mencapai Jepun.Dari sini ke pulau-pulau
Pasifik sejauh Hawaii dan mencapai pantai Amerika (?).Sebab itu anak
kapal Magellan terpaksa 'memaksa' Hitam a.k.a Enrique menjadi kapten
mereka supaya membawa mereka pulang ke Sepanyol.Jika Hitam tidak
bersetuju,sudah pasti anak-anak kapal Sepanyol yang masih tersadai ini
turut dibunuh oleh Humabon dan Lapu-Lapu;puak-puak Malayo-Polynesian
Filipina yang tengah mabuk darah ketika itu yang sebelum itu telah
membunuh Magellan.Hitam telah memandu kapal-kapal Magellan pulang
ke Eropah merentasi Lautan Pasifik dan Benua Amerika.Begitu indahnya
masa silam orang Melayu.Begitu gigih mereka pada ketika itu.Jauh
perjalanan luas pemandangan.Moyang kita rupanya minat mengembara
dan belayar.Ombak laut dan lambaian pohon nyiur bagaikan kanvas bisu
yang melukiskan pahit manis sejarah kehidupan mereka.
'Darah naga' hanyalah istilah raja-raja sahaja.Darah ULAR BESAR atau
NAGA ini tercantum dalam peribahasa lama Melayu,"Tidakkan hilang bisa
ular yang menyusur akar".
Orang yang benar-benar Melayu tidak akan hilang bisa Kemelayuannya
walaupun merentasi waktu beribu tahun.Mereka tidak akan tiba-tiba
(22 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
-
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
23/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
berubah menjadi Siam,Cina atau kaum lain secara tiba-tiba,kecuali
menjadi seperti 'Tipah Tertipu' yang diperdaya oleh orang lain yang ada
agenda sendiri.Mereka yang tidak punya kesedaran identiti ini akan hilang
bisa Melayunya bersalin kulit menjadi Siam-Islam,Siam Perut Hijau,Cina
Yunnan,Cina Xian atau apa sahaja termasuk menjadi 'Mat Salleh'.
Berbalik kepada kisah orang suci tadi,kita tahu sebahagian rahsia dia.Kita
tahu kisah cintanya.Tidak perlu malu dan segan dengan anak cucu.Anak
cucu akan korek rahsia moyang habis-habisan!
Mari kita siasat.Dalam hikayat raja-raja Melayu dalam Sulatus Salatin,ada
diceritakan tentang keturunan raja-raja Melayu yang berasal dari Sang
Sapurba,satu watak agung dalam sejarah Melayu yang berasal dari kisah
tiga orang putera luar yang bertemu dengan dua orang gadis petani iaitu
Wan Empuk dan Wan Malini.Dua putera raja itu akhirnya berkahwin
dengan Wan Empuk dan Wan Malini manakala yang bongsu yang bernama
Nila Utama yang bergelar Sang Sapurba (versi A.Samad Ahmad mengatakan
Nila Pahlawan bergelar Sang Sapurba) berkahwin dengan Wan Sendari iaitu
anak kepada Demang Lebar Daun,penguasa tempatan.Kita tinggalkan
pihak di sebelah Demang Lebar Daun,Wan Empuk-Wan Malini dan Wan
Sendari (perhatikan pangkal nama Wan ini telah digunakan di Sumatera,
kaji kaitannya dengan keturunan Wan di Perak dan Kelantan hari ini).Ini
adalah keturunan Nusantara asli.Yang ingin kita sentuh ialah 'raja-raja'
luar itu.
Jika kita hayati keturunan Sang Sapurba ini,mungkin kita akan amat-amat
keliru dengan campuran keturunan yang pelbagai seperti yang didakwa
oleh Krisyna Pendita,Nila Pahlawan dan Nila Utama itu.Perhatikan petikan
dari Sulalatus Salatin dalam Cetera Kedua:
"Adapun nama kami dan bangsa kami bukannya daripada bangsa jin dan
peri.Bahwa kami ini bangsa manusia;asal kami daripada anak cucu Raja
Iskandar Zulkarnain,nisab kami daripada Raja Nursyirwan Adil,raja
masyrik dan maghrib,dan pancar kami daripada Raja Sulaiman
alahissalam..."
Jika kita selidiki,Zulkarnain adalah gelaran kepada kepada Raja Cyrus The
Great dan ada yang merujuk kepada Alexander The Great.Dalam Sulatus
(23 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
-
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
24/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
Salatin diceritakan Raja Iskandar telah menakluk Raja Kinda Hindi.Dalam
sejarah penaklukan Alexander The Great,kita tahu bahawa raja itu pernah
menyerang utara India.Namun Cyrus The Great juga pernah menawan
wilayah India seperti Gandhara (di Pakistan kini).Raja Nursyirwan Adil
kemungkinan raja-raja Parsi.Salah seorang anak raja Suran dirajakan di
Amdan Nagara dan ini merupakan nama Melayu kepada Hamadan di Iran
kini.
Raja Suran adalah keturunan Raja Iskandar Zulkarnain.Raja Suran ini
seringkali disamakan dengan Raja Chola yang menyerang pelabuhan-
pelabuhan Srivijaya.Raja Zulkarnain ini pula dikatakan berbangsa Rum dari
negeri Makaduniah (Makaduniya adalah Macedon di Greek sekarang).
Terdapat kepincangan maklumat dari segi kronologi sejarah dan genetik di
sini.Dan ini membuka tembelang sebenar para penyelenggara teks-teks
Sulalatus Salatin yang terdiri dari para orientalis Inggeris.
Jadi adakah Raja Chola ini berketurunan dari Alexander The Great?Ini
adalah amat menghairankan dan setengah melucukan kerana kita tahu
Raja Rajendra Chola adalah dari dinasti pemerintah selatan India.Chola
adalah dari puak Dravidian.Pengaruh Hellenestik atau Seleucid dari
Empayar Alexander ini tidak sampai sejauh selatan India.Pengaruhnya
cuma negeri-negeri utara India,Afghanistan dan Iran.Selepas itu ada pula
nama Raja Sulaiman alahissalam.Ini sudah tentu Nabi Sulaiman a.s yang
juga Raja Israel Raya (961-922 Sebelum Masehi) yang mewarisi penyatuan
Israel dan Judah oleh bapanya Daud a.s.Sulaiman a.s adalah anak kepada
Daud a.s dan Bathsheba.Mereka adalah keturunan Bani Israel.
Jadi bagaimana ini?Nampaknya Sang Sapurba ini punya darah campuran
Hindi,Greek,Parsi dan Yahudi (bani Israel)!Benarkah begitu?Kita perlu
meneliti semua petunjuk ini satu persatu.Jangan pula jadi sesetengah
pihak yang mendakwa Zulkarnain itu berbangsa Siam dari Xian di China
pula.Siam adalah etnik baru wujud sebagaimana Tai ketika migrasi mereka
ke Indochina.Terma 'Siam' ini dipopularkan oleh kerajaan Ayutthaya.
Sebelum kewujudan Ayutthaya,tiada etnik Siam ini.Siam adalah Ayutthaya,
Ayutthaya adalah Siam.Siam adalah istilah sosio-politik kepada Ayutthaya
dan negeri-negeri naungannya.Siam juga lebih kepada nama dinasti
(24 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
-
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
25/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
Ayutthaya,sebab itu dinasti yang merampas Ayutthaya membuang nama
Siam ini dan menggantikan kepada Thai sebagai contoh 'Thailand'.Jangan
terperangkap dengan dalih bahawa sejarah kita kononnya khayalan dan
terpaksa menerima sejarah orang lain yang juga rupanya sengaja direka-
reka malah bertahap superkhayalan.KITA KENA BERHENTI SEJENAK DAN
KAJI DAHULU.FIKIR DAHULU.Jangan gelojoh terburu-buru menjadi
pencacai sejarah orang lain.
Sulalatus Salatin telah disunting oleh orientalis seperti Shallabear,Winsted,
Dulaurier dan Maxwell.Tidak dinafikan mereka telah 'menambahbaik' kitab
purba orang Melayu ini.Antara penambahbaikan mereka ialah kata
'Makaduniah'.Ini terjadi ketika proses suntingan, mereka menyangka Raja
Zulkarnain yang menyerang India itu mungkin Alexander The Great dari
Macedon.Jadi dinyatakan Raja Iskandar Zulkarnain dari Makaduniah.
Walhal Cyrus The Great pernah menyerang sehingga ke Gandhara dan dari
sini mereka menyebarkan budaya,bahasa dan tulisan Aryan seperti Brahmi
dan kesusasteraan Sanskrit ke Benua India (Sulalatus Salatin menyebutnya
sebagai Benua Keling).Ada istilah 'Rum' dalam kitab ini.Sebenarnya orang
Melayu dahulukala menyebutkan sama ada budaya keParsian,Hellenistik
(Greek) atau budaya Empayar Rom sebagai 'RUM' sahaja.Jadi kita boleh
buang 'Greek' dari senarai keturunan campuran Sang Sapurba.Tinggal Parsi,
Hindi dan Yahudi.Parsi dan Hindi adalah petunjuk kepada budaya Vedic.
Ingat,dalam ATBM II,kita telah belajar tentang kaitan nama Mala-Yu
dengan budaya Avestan-Vedic.Suffix -Yu adalah tambahan bagi
kesusasteraan Avestan-Assyria kepada cara berfikir atau jenis budaya.
Bangsa Media (Ingat kisah Nabi Syuaib dan kaum Madyan?),salah satu
bangsa asas bangsa Iran telah digelar sebagai 'Mada-Yu' dalam
kesusasteraan Avestan-Assyria dari kata asal 'Mada'.Perkataan 'Mala' itu
sendiri ada dalam kosakata bahasa Ibrani (Ancient Hebrew)!Dalam
Ibrani,'Mala' bermaksud 'memenuhi','menyelesaikan' atau 'mengabulkan'.
Bukan itu sahaja,terdapat Mala lelaki (Male of Mala) dan Mala perempuan
(female of Mala).Jantina perempuan bagi Mala dinamakan Malayah
(Meleah) dalam Ibrani Kuno!
Mari kita susun kembali semua 'puzzle' ini!
Tiga bangsa campuran Sang Sapurba,yang datang ke Nusantara dan
(25 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
-
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
26/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
mengahwini Wan Sendari,anak Demang Lebar Daun.
1-Hindi
2-Parsi
3-Bani Israel
Hindi dan Parsi adalah katakunci kepada budaya Vedic di mana terdapat
ajaran Veda dan Avesta.Bahasa Sanskrit (bahasa suci ajaran Veda) adalah
saduran dari bahasa Avesta dan Agatha (ajaran Zoroester Aryan).Ajaran
Veda ini mengandungi tinggalan agama Ibrahim (Ingat,agama berhala
Hindu amat jauh dan berbeza dari makna-makna tersirat dalam ajaran
Veda yang suci dari tangan-tangan penyembah berhala).Brahma adalah
Ibrahim dan Saras (juga digelar Saraswati di mana 'wati' adalah suffix)
adalah Siti Sarah!Ini dijelaskan oleh sarjana Sanskrit iaitu Vidyarthy
(seorang maulana muslim yang pakar dalam kitab Veda) dan beliau pernah
berdebat dengan golongan elit Brahmin Hindu yang bergelar Pandit dari
aliran Brahma Samaj tentang rahsia kitab-kitab Veda ini.Akhirnya para
Pandit ini meminta maulana ini meneruskan penggalian rahsia Veda yang
mereka sendiri tidak tahu selama ini!!
Jadi ini membawa kita kepada bayang-bayang Ibrahim a.s!
Jadi apa kaitan dengan Bani Israel?
Nabi Ibrahim a.s digelar Bapa Kepada Segala Bangsa.Nabi Ibrahim
menurunkan tiga bangsa;Bani Israel (The House of Israel),Bani Ismail (The
House of Ishmael) dan bangsa misteri ini,Bani Jawi (The House of Jawi).
Inilah pembayang kepada bangsa-bangsa dalam perlambangan Sang
Sapurba!
Dalam hikayat Melayu ini kita dapati Sang Sapurba telah mengahwini
puteri tempatan,Wan Sendari.Raja Suran pula mengahwini Dara Segangga,
seorang kerabat diraja Gangga Negara (kerajaan ini dikesan terdapat di
sekitar Dinding dan Beruas dan melangkaui pengaruhnya sejauh Bidor di
Perak) dan Onang Kiu,seorang puteri kerajaan purba orang Mon (Gelanggi
adalah nama Melayu bagi Klang Kio,sebuah kota orang Mon.Ada pendapat
(26 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
-
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
27/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
mengatakan ia terdapat di Johor.Namun ada bukti mengatakan ia terletak
di Pahang).Tinggalan saki-baki orang Mon ini adalah puak-puak Orang Asli
seperti Senoi dan Jahai.Ingat,ini bukan kerajaan Siam Ayutthaya atau Tai
Ramkhamhaeng.Ini adalah kerajaan purba orang Mon.Orang Mon dan
Melayu hidup secara harmoni pada zaman purba,jauh sebelum kewujudan
kaum Tai versi Ramkhamhaeng dan Siam versi Ayutthaya.Perhatikan
kostum orang Mon yang mirip Melayu.Mereka ibarat 'Baba dan Nyonya'
pada zaman purbakala.Mereka pandai menyerap budaya Malayo-
Polynesian.
*Kanak-kanak Mon dengan pakaian tradisi mereka
Terlanjur bercakap tentang puak-puak Orang Asli di Malaysia,kita kena
faham terdapat dua kategori dalam masyarakat Orang Asli berdasarkan
bahasa mereka.Pertamanya kategori Aborogine Malay,di mana bahasa
mereka lebih dekat dengan bahasa-bahasa Malayo-Polynesian.Contohnya
Jakun,Temuan,Orang Kanaq,Orang Kuala dan Seletar.Kedua,kategori
Aslian,di mana bahasa mereka lebih dekat dengan laras bahasa Mon-
Khmer.Puak-puak Orang Asli dalam kelompok ini ialah seperti Temiar,
Senoi,Jahai,Mah Meri,Semang dan Jahut.Jadi FIKIRKAN,BAGAIMANA
BAHASA ORANG SENOI DAN TEMIAR INI MEMPUNYAI PERSAMAAN DENGAN
KELOMPOK BAHASA MON-KHMER?
(27 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
http://4.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S3zF9SRogyI/AAAAAAAAB_w/2XRinvgmZME/s1600-h/MonYoungBoys001.jpg -
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
28/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
Jawapannya,mereka pernah datang sejauh tanah semenanjung ini.Bukan
sekadar di Indochina sahaja (kini majoriti orang Mon terdapat di Burma
dan ada yang menetap di luar negara).Namun nasib baik orang Jakun dan
Temuan berbahasa Malayo-Polynesian,nanti jika semua Orang Asli Malaysia
berbahasa Mon-Khmer,sudah tentu para Rasis-Komunis-Chauvinis akan
mengatakan orang Melayu benar-benar pendatang dan merampas Malaysia
dari tangan orang Mon.Jadi tugas Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang amat
penting ialah menjaga orang Jakun,Temuan,Seletar dan seumpamanya
sebagai bukti terdapatnya aborigine Melayu yang punya hubungan
linguistik dan budaya dengan Melayu-Melayu lain yang lebih terbuka
sifatnya seperti Kedah,Johor,Jawa,Minang,Bugis dan sebagainya.Jadi
mereka tidak boleh 'menghalau' orang Melayu begitu sahaja dan
mendakwa bumiputra sebenar ialah Orang Asli.Orang Jakun ini nak
campak mana?Sebab itu dakwaan mereka ini bersifat rasis dan tidak
berpelajaran.
Orang Han dan Monggol boleh menghalau orang Tai dan Dai-Viet dari
wilayah-wilayah mereka sehingga berebutkan tanah-tanah yang asalnya
milik kaum-kaum Malayo-Polynesian.Tetapi mereka tidak boleh menghalau
orang Melayu begitu sahaja dari bumi tanah tumpah darah ini pada hari ini.
Ideologi komunis mereka tidak boleh terpakai di sini.Jika golongan
komunis ini masih berkokok,baik buang mereka semua ini ke Thailand dan
merasa di'Thai'kan oleh Raja Thai yang memang menyimpan dendam
dengan orang Han yang menghalau kaum mereka dahulu dari wilayah Xian,
tempat asal etnik Tai.
(28 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
http://4.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S3y9K5UiY6I/AAAAAAAAB-Y/E0zlVwIwLuw/s1600-h/Orang%2BAsli%2Bin%2BMalaysia.jpg -
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
29/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
Kini ada kelompok yang mendakwa diri mereka sebagai Siam Ayutthaya
ingin pula menghalau orang Melayu ke daerah Xian dan Yunnan.Orang yang
masih berdegil membanggakan keturunan dan menghina orang Melayu
yang baik hati memberikan tempat tinggal kepada mereka ini patut
dicampak ke halaman istana Raja Thai.Silap haribulan Raja Thai (yang
tengah berusaha menjaga sejarah fantasi mereka dari terbongkar) ini akan
mengarahkan agar mereka ini dipijak-pijak oleh gajah diraja.Ketika ini
barulah terkocoh-kocoh mahu bersyukur kepada Ilahi dan terbayangkan
saudara-saudara Melayu mereka yang asyik mengalah dengan telatah
mereka dan setia mendengar luahan hati mereka diburu Raja Thai pada
waktu silam.
Lihat rahsia ini.
Sang Sapurba dan Raja Suran dikatakan datang dari luar dan ada kaitan
dengan budaya Vedic.Kedua-dua mereka menjalinkan perkahwinan dengan
puteri-puteri Nusantara.
Semak kembali kisah Kaundinya dan Soma!
Kedua-duanya,orang Malayo-Polynesian dan Mon-Khmer punya legenda
orang suci dari luar yang mengahwini puteri tempatan.
Dan hikayat-hikayat Melayu menyebutkan kisah yang sama!Bentuk yang
sama!'Pattern' yang sama!
APA MAKSUD SEMUA INI??
Biar kami beritahu rahsia ini.Semua kaum-kaum terawal di Nusantara
punya legenda atau kisah rakyat tentang perkahwinan orang luar dan
puteri tempatan,dan anehnya kesemua mereka punya plot cerita yang
sama seterusnya;mengaku hasil dari perkahwinan ini melahirkan
keturunan raja-raja mereka!!!
Jadi apakah sebenarnya yang ingin diberitahu oleh legenda ini??
SEBENARNYA MEREKA SEDANG BERCERITA TENTANG PERKAHWINAN
IBRAHIM a.s DAN SITI KETURAH DALAM PELBAGAI VERSI CERITA RAKYAT!!
Jadi bukti seterusnya ada tersimpan di tangan Bani Israel,dirakam dan
(29 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
-
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
30/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
dikenang-kenang di dalam kitab-kitab purba mereka!
"Abraham took another wife, whose name was Keturah.She bore him
Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak and Shuah.Jokshan was the
father of Sheba and Dedan; the descendants of Dedan were the
Asshurites, the Letushites and the Leummites.The sons of Midian were
Ephah, Epher, Hanoch, Abida and Eldaah. All these were descendants of
Keturah."
(Genesis 25:1-4)
"Abraham left everything he owned to Isaac.But while he was still living,
he gave gifts to the sons of his wife and sent them away from his son
Isaac to the land of the east"
(Genesis 25:5-6)
Pembukaan Kepada Rahsia 'Darah Naga'
Cerita tentang 'Darah Naga' memakan ruang yang besar jika dihuraikan
satu-persatu.Ini kerana ia berhubungkait dengan pelbagai mitos yang
dikongsi oleh Tamadun China,Firaun Mesir dan Kabbalah Yahudi.
Sebagaimana legenda Ibrahim (Brahmin) dan Keturah (Puteri Mayang
Mengurai/Puteri wangi-wangian) yang dikongsi oleh budaya Mon-Khmer
dan Cham,kisah 'Darah Naga' ini terdapat dalam kesusasteraan Mesir Purba,
mitos masyarakat China dan kultus-kultus mistik Kabbalah!
(30 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
http://2.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S3y99aN6DdI/AAAAAAAAB-g/nngwnoSgPN0/s1600-h/images.jpeg -
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
31/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
Dan rahsia 'Darah Naga' ini tidak boleh dibuka sewenang-wenangnya.IA
ADALAH RAHSIA DALAM RAHSIA.
Shriners bertahap 33rd degree pun tidak mengetahui asal-usul 'Darah Naga'
ini.
Sebelum rahsia dibuka,kami ingin beritahu buat kesekian kalinya,BAHAWA
MELAYU ITU BUKAN YAHUDI ATAU DARI BANI ISRAEL.Tetapi jika ada
golongan Bani Israel yang datang ke sini,mereka telah terserap menjadi
Melayu sepertimana orang India (keturunan Pakistan,Benggali,Urdu,Hindi,
Tamil dll) yang berkahwin dengan orang Melayu cenderung menjadi
Melayu di Nusantara ini (menjadi satu lagi cabang Melayu iaitu golongan
Mamak atau Mamu dan Mami).Melayu (Jawi) dan Yahudi (Israel) adalah
dari berlainan keturunan tetapi ada hubungan jauh.Dan ada dua 'jenis
Melayu'.Satu adalah Melayu hasil perkahwinan Abrahama (Ibrahim a.s) dan
Keturah (Orang Yahudi menggelarkan beliau sebagai Wangi-wangian,
Khmer menggelarnya sebagai puteri naga,tradisi Melayu Cham
menggelarnya MAYANG MENGURAI),dan satu lagi adalah Melayu Kuno
Nusantara,yang dahulunya bergelar 'Darah Naga'.Ia adalah dari keturunan
sebelah ibu Melayu Moden,Siti Keturah (Melati/Damar Wangi/Ye Ye/
Mayang Mengurai).
Tradisi Yahudi Kuno menyebutnya sebagai Leviathan ( LVThN),Ular
Besar yang berenang di Laut Merah (Giant Serpent).Ia adalah raksasa laut
atau digelar sebagai Draken.Kod Warna untuk menggambarkan legenda ini
adalah hitam dan merah.Ini adalah warna di atas Aziluth dalam mistik
Kabbalah Tree of Life "Pohon Kehidupan".Ia adalah Sacred of Binah.
Bermula dari warisan The Giant Serpent ini muncullah pelbagai
kepercayaan karut Kabbalah,sehingga sampai penyembahan kepada
Pentagram dan Sabbatical Goat;Baphomet.
Terdapat satu ritual yang dinamakan Rite of Vampire.Semuanya berkaitan
Dragon Blood sebagai 'The Royal Blood of Kings'.Namun tradisi Kabbalah
Yahudi membuatkannya menjadi ramuan kepada mistik sesat yang
menyeramkan.
Menariknya Kabbalah Yahudi menggunakan mantera-mantera dalam
(31 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
-
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
32/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
bahasa Mesir Kuno untuk menjalankan ritual paling gelap dan terahsia
mereka.Contohnya,mantera untuk membangkitkan 'MIND'S EYE' dalam
tubuh menggunakan mantera:
"Ti Ah Maat!"
Mantera ini dizikirkan (chanting) sehingga kuasa itu bangkit menyelubungi
diri.Ketika para rahib Kabbalah sedang bertafakur di hadapan berhala Ular
Besar mereka,mari kita perhatikan rahsia dalam mantera ini.
'Ti Ah Maat' di mana 'Maat' bermaksud 'Mata' (ingat petunjuk dalam The
Egyptian Book of The Dead).Mantera ini adalah untuk membangkitkan
'penglihatan minda'.Ini dinamakan nama sfera:Kether.Terdapat nama sfera
lain yang aneh,iaitu Daath.Daath adalah bererti 'royal edict' iaitu 'gelar
diraja' dalam bahasa Ibrani Kuno (ingat Darth Vader?Setiap gelaran Darth
dalam filem Starwars merujuk kepada gelaran elit golongan Darkside
Force,Darth di dalam filem ini diambil dari kata Daath/Dath dalam bahasa
Ibrani/Hebrew).Perhatikan persamaan kata 'Datu/Dato' dalam budaya
Melayu dengan 'Daath (disebut 'Dat') dalam budaya Ibrani Kuno.Perhatikan
kata 'Maat' (disebut 'Mat') dalam bahasa Mesir Purba dengan 'Mata' dalam
bahasa Melayu.Dalam tatabahasa Ibrani huruf 'u' dihujung 'Datu' hilang dan
mereka menyebutkan sebagai 'Dat' sahaja.Mesir Purba pula menghilangkan
huruf 'a' dihujung kata 'Mata' dan menjadi 'Maat' (sebutan 'Mat').Cuba anda
sebut 'MatHeru' berulangkali.Rasakan persamaannya dengan kata
'Matahari' (Heru adalah nama asal dalam bahasa Mesir Purba manakala
orang Barat menyebutnya sebagai Horus).
Maat Heru=Mata Heru=Mata Horus=Mata Hari.
Mengapa Kabbalah Yahudi menyebutkan mantera agama sihir mereka di
dalam bahasa Mesir Purba??INI KERANA BAHASA MESIR PURBA ADALAH
BAHASA SUCI AGAMA SIHIR KABBALAH!
(32 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
-
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
33/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
Dan bahasa suci ini dipengaruhi 'BAHASA NENEK MOYANG DI THE LAND
OF GODS,PUNT!
Tanah Punt digelar sebagai 'Sun God Land'.Ini kerana kedudukannya yang
menerima cahaya matahari sepanjang tahun.Ini adalah ciri-ciri iklim
Khatulistiwa!Dalam bahasa Mesir Purba ia disebut sebagai 'Ta netjer'.Heru
(tradisi Greek menyebutnya sebagai Horus) adalah seorang raja di 'Sun
God Land' ini.Tradisi Mu (nama lama Nusantara mengikut mistik Barat)
menghormati raja ini yang memerintah dengan saksama seperti cahaya
mentari,memberikan cahaya kesejahteraan kepada rakyat.Dari sini
muncul simbolisme 'Mata Heru' atau 'Matahari';kesan raja ini yang masih
tertinggal ada bahasa Mu/Punt yang masih bertahan sehingga ke hari ini!
(Ingat,kebiasaan kaum pagan menganggap raja-raja yang berkarisma
sebagai dewa/tuhan dan ini bertentangan dengan fikiran sihat yang
dianjurkan oleh Islam)
Punt pada mulanya dianggap terletak di Afrika tetapi penemuan bentuk
badak sumbu di relief pada kuil di Luxor yang mempunyai hanya satu
sumbu adalah menunjukkan ciri-ciri badak Asia,bukan badak Afrika!Ketika
ekspedisi Hatshepsut pada kurun 15 Sebelum Masehi,dicatatkan pada
relief pada tembok kuil bahawa Nehesi telah mengetuai ekspedisi ke Punt
mewakili Ratu Hatshepsut.Ketika itu Punt diperintah oleh Raja Perehu
(King Parahu) dan Permaisuri Hati (Queen Ati).
(33 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
http://4.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S3zLJgDrBjI/AAAAAAAACAg/odD4BybPhd4/s1600-h/ancient_egyptian_religion_2.jpg -
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
34/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
Rahsia Gelaran Pharaoh (Firaun) dan Kunci Sulit Amun-
Ra di Kamar Raja-Raja
Para penyelidik telah mengkaji sejak bilakah gelaran 'Pharaoh' digunakan.
Perkataan 'Pharaoh' sebenarnya berasal dari sebutan Mesir Purba 'Prao'
atau 'Prau'.Kemudian dicedok oleh Greek Purba (Yunani) dan Latin
menjadi 'Pharao'.Kemudian orang Inggeris menuliskannya sebagai 'Pharaoh'
sehingga ke hari ini.Pada awalnya,maksud 'Prau' ini bukanlah menunjukkan
gelaran diraja tetapi tempat atau istana raja.
SOALANNYA SEKARANG,APAKAH SEBENARNYA 'PRAU' INI??
Nanti dulu,kita lihat dahulu sejak bilakah perkataan 'Prau/Prao' ini dipakai
dalam budaya Mesir Purba.
Catatan terawal di mana kata 'Prao' ini digunakan ialah merujuk kepada
pemerintah di dalam surat kepada Amenhotep IV (Akhenaten) ketika
pertengahan era Dinasti ke-18 (1550-1292 Sebelum Masehi) di mana
disebutkan dengan kata-kata:
"Prao,seluruh kehidupan,kekayaan dan hidup sihat!"
Gelaran 'Prao' ini digunakan selepas era Ratu Hatshepsut iaitu pemerintah
sebelum Amenhotep IV ini!Dinasti ke-19 dan seterusnya menjadikan
gelaran 'Prao' ini digunakan secara rasmi yang membawa maksud 'Tuanku'.
Dari sini kita dapat menghidu,dari mana orang Mesir ini mencedok kata
(34 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
http://3.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S3zK48Ft7NI/AAAAAAAACAY/LnbR-QMi5nc/s1600-h/AnkhRelief.jpg -
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
35/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
'Prao' ini.
PEMBUKAAN RAHSIANYA IALAH,KATA 'PRAO' INI BERASAL DARI NAMA
RAJA PUNT,RAJA PEREHU.
Perahu,juga disebut sebagai 'prau' atau 'prao' dalam literasi Sumeria-Mesir-
Barat adalah nama sejenis pengangkutan laut orang Melayu.Nama lain bagi
perahu adalah sampan.Raja Punt bergelar Raja Perahu menunjukkan
penguasaannya ke atas laut dan perdagangan maritim,profesion utama
orang Melayu pada zaman purba.Ingat,bilakah ekspedisi Mesir Purba
bertemu Raja 'Prao' ini di Punt?
Iaitu KETIKA ERA RATU HATSHEPSUT!!
Patutlah inskripsi terawal yang mencatatkan gelaran 'Pharaoh' ini hanya
dikesan selepas era Hatshepsut.Sebab ketika era Hatshepsutlah Raja Kuno
Melayu 'King Parahu' memerintah seluruh Nusantara!
Raja Prao dan Permaisuri Ati.Misteri yang tidak tertanggungkan.Sebab itu
para Firaun menyebutkan tanah ini sebagai 'Tanah Nenek Moyang'.
INILAH HUBUNGAN TERAHSIA RAJA PEREHU DENGAN PARA FIRAUN.
Gelarannya dipakai oleh kerabat diraja Firaun.Tanyalah Tutankhamun dan
Nefertiti,siapakah sebenarnya 'Prao' ini?
Mari kita siasat lagi siapakah Raja Prao/Perehu ini.
Di dalam era Dinasti ke-12,perhubungan dengan Punt direkodkan di dalam
'Kisah Pelaut Kapal Karam' yang terkenal dalam kesusasteraan Mesir Purba.
Kisah ini menyebutkan:
"...Seorang pelaut telah tiba di satu kawasan kepulauan di mana kapalnya
telah karam.Dia cuba berenang untuk mendekati pantai.Sampai di pantai,
pelaut itu pun berjalan-jalan di sekitar pulau itu.Tiba-tiba seekor Ular
Besar telah menghampirinya.Pelaut itu berasa amat takut.Alangkah
terkejutnya pelaut itu apabila Ular Besar tadi berkata-kata dengannya:
Akulah Raja Punt.
Aku memerintah pulau-pulau.Aku berkuasa ke atas pulau-pulau ini.
Pelaut itu dilayan dengan baik oleh Raja Ular Besar itu.Dia diberi
(35 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
-
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
36/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
makanan,minuman dan layanan mesra..."
Cerita ini mengandungi separuh mitos,dan separuh kebenaran.Mungkin
penulisnya mahu menggunakan teknik perlambangan kepada imej Raja
Punt itu.Kemungkinan raja itu memakai topi yang bermotifkan kepala ular
atau kostum yang bercorakkan kulit ular.Namun kata Ular Besar (Giant
Serpent) itu mengandungi rahsia terdalam orang Melayu.Dan rahsia ini
tidak boleh dibuka sewenang-wenangnya SECARA LANGSUNG di dalam blog
percuma seperti ini.Ia adalah ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU.
Ini akan membuka rahsia 'Darah Naga' (The Dragon Court of Royal
Bloodline).JIka anda masih setia dengan kami,kami akan cuba bukakan
sedikit demi sedikit.Selagi potoh NAGA masih tersimpan di dalam
simpanan Kesultanan Perak,selagi itu rahsia ini masih ada.Di dalam
hikayat Naga Kepala Tujuh,cerita rakyat negeri Perak,disebutkan mahkota
anak raja yang dicuri oleh Naga ini dan ini kononnya menjadi sebab Sultan
Perak hari ini tiada bermahkota.Tanyalah peristiwa Beting Beras Basah,
dan kaji mengapa setiap pertabalan Sultan Perak,mereka mesti
membasahkan kaki di Beting Beras Basah ini.
Jadi siapakah warisan Raja Naga ini?Ingat lagi Soma atau Puteri Mayang
Mengurai yang jatuh cinta dengan ORANG SUCI?Soma adalah keturunan
Raja Naga dalam cerita rakyat Khmer.Dalam versi Khmer ini,Brahmin
(Preah Thaong) telah sampai ke satu pulau dan menjumpai 'RUMAH PARA
NAGA' seterusnya bertemu dengan Neang Neak (Ye Ye atau Mayang
Mengurai),anak perempuan kepada Raja Naga (seolah-olah sama dengan
kisah pelaut yang bertemu dengan Ular Besar dalam sastera Mesir Purba
tadi).Mereka pun berkahwin atas restu Raja Naga,ayah kepada Neang
Neak.Raja Naga itu kemudiannya menyedut air di sekitar pulau itu dan
menamakan ia sebagai Kampuchea Thipdei atau Raja Kemboja.
Jika mengikutkan hikayat dari mulut orang Mon-Khmer ini,Raja Prao/
Perehu itu kemungkinan besar dari keturunan raja Soma (Naga).
Di dalam hikayat Pahang atau hikayat Tasik Chini,ada kisah dua ekor naga,
SERI GUMUM DAN SERI KEMBOJA!Dan kononnya di dasar Tasik Chini
terdapat puing-puing kota purba Khmer (tepatnya ialah kota orang Mon).
Jika dikatakan kota Gelanggi itu di dasar tasik ini,IA MUNGKIN BENAR.
(36 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
-
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
37/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
Dan tanyalah kepada Nehesi,wakil angkatan laut Hatshepsut,tentang
potoh yang dipakai oleh Raja Prao itu.Jika potoh itu adalah POTOH NAGA
sama seperti yang diwarisi oleh Kesultanan Perak,maka tidak hairanlah
motif ular dipakai pada mahkota para Firaun.Renunglah topeng emas
Tutankhamun yang penuh misteri itu.Perhatikan ukiran ULAR yang
melingkar atas mahkota.Jika gelaran Raja Punt diambil oleh para Firaun
ini,maka tidak hairanlah kostum dan motif Raja Punt ini,pasti dicontohi
oleh mereka.Sebab itu mereka menggelar Punt sebagai,THE LAND OF
GODS...Tanah Para Dewa.
Holy Land.
Dan ini Tuan-tuan dan Puan-puan...adalah bukti bahawa rahsia kita masih
tersimpan di merata dunia.Mencari jejak sejarah kita memerlukan kita
belayar mengelilingi dunia;sepertimana moyang kita dahulu.Sejarah kita
direbutkan orang lain,terpecah-pecah,bercaing-caing diambil oleh
pelbagai kaum.Kaum yang tidak punya sejarah,terpaksa mencedok sejarah
kita dan mengaku ia warisan mereka.Sejarah,budaya dan warisan kita di
Indochina dipecah-pecah,direbut dan dikoyak-koyakkan secebis demi
secebis kemudian diambil cebis-cebis itu setiap kaum yang dahagakan
warisan sejarah agung kita.Srivijaya itu adalah Melayu,Melayu itu adalah
Srivijaya maka tanyalah para leluhur bangsa Thai siapakah dia Srivichai itu?
Tanya pada nenek moyang Thai apakah dia dinasti Teratai Srivichai itu?
Lambang Garuda itu warisan siapa?Perhatikan siapa yang terlampau megah
menggunakan lambang Garuda ini,yang kini dikongsi oleh Indonesia dan
(37 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
http://3.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S3zKy9JZ_FI/AAAAAAAACAQ/qW8KWbc513k/s1600-h/tutankhamunMask.gif -
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
38/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
Thailand.Mengapa orang Khmer mengenal Srivijaya sebagai 'Malayu' sahaja?
Kaji tarian Srivichai dan sejarahnya...wahai anak-anak Melayu...kaji...kaji
dan kaji sebelum kamu semua menjadi pencacai sejarah orang lain.
Sebelum kamu menjadi lembu dicucuk hidung kepada budaya Barat yang
juga mencedok budaya Semitik.Sebelum kamu terpaksa menyapu lumpur
kekotoran sejarah yang dipaksakan ke muka-muka kamu.
Dan ini Tuan-tuan dan Puan-puan...adalah seroja pelangi dan aurora
lazuardi yang disapu oleh mendung pembohongan dan buta sejarah oleh
kita sendiri.Sampai bila kita mahu merendah diri tak bertempat dan
mengiyakan pembohongan orang lain terhadap permata dan emas sejarah
agung kita.Cukup-cukuplah Inggeris menipu kita,mengapa kita sanggup
menjilat pula pembohongan warisan kemelayuan oleh pihak-pihak yang
juga berharap merampas warisan kita (rujuk Teori Memelayukan Siam oleh
Siam Ayutthaya).Sudahlah Raja Thai berusaha mencipta pelbagai fantasi
mahu menThaikan semua warisan Melayu kita,inikan pula 'satu rumpun
mereka' yang lain mahu menSiamkan sisa-sisa sejarah yang ditinggalkan
pada kita.Mengapa mereka kurang selesa dengan nama 'Melayu'?Sebab
mereka tahu,SEBENARNYA MEREKALAH PENCACAI SEJARAH DAN
WARIsAN AGUNG KITA,jadi apa yang perlu dibuat ialah menukarkan
semua sisa-sisa sejarah yang ada menjadi warisan Siam yang sebenarnya
hanyalah dongeng di zaman moden.Tiada lagi warisan Melayu selepas itu...
tiada lagi ayahanda Ibrahim dan bonda Mayang Mengurai.Yang ada selepas
itu adalah Siam Ayutthaya Traikolanat Watpapat Sikulipat Siapa Cepat Dia
Dapat!Akhirnya yang kecewa adalah kita sendiri yang tergadai semua
sejarah agung dan warisan zaman-berzaman.Ingat!Tiada bukti pun orang
Siam pernah membina kota purba di sini.Gelanggi bukan kota Siam
Ayutthaya atau Thai.
(38 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
-
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
39/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
Sungguh!Cubalah wahai pakar psikik dan channeling Malaysia 'tengok-
tengok'kan kota purba ini jika semua ahli sejarah dan pakar arkeologi
Malaysia sudah mengalah sebelum berjuang...sesungguhnya kota ini
adalah kota bersama orang Melayu Kuno dan orang Mon.Tanyalah orang
Temiar dan Jahai,bagaimana mereka boleh sesat ke hutan-hutan Malaysia.
Bahasa mereka adalah bahasa MON PURBA!!Wahai anak-anak Melayu...
kaji...kaji dan kaji sebelum kamu termuntah berkahak-kahak kerana mual
dengan daki kekotoran sejarah fantasi orang lain.Orang Mon dan Melayu
Gelanggi inilah Siam Asli yang sebenar...tiada orang Siam Anai-anai yang
berbahasa Siam Kedah atau Tai Ramkhamhaeng yang tertinggal di hutan-
hutan Malaysia MENJADI ABORIGINE SEBAGAI BUKTI KEWUJUDAN
MEREKA TERHADAP HAK KOTA GELANGGI YANG DIREBUT SETENGAH
MATI OLEH TAI RAMKHAMHAENG ADULYADEH DAN SIAM AYUTTHAYA
ANAI-ANAI.Tiada...memang tiada.
YANG ADA ADALAH ABORIGINE MALAY SEPERTI JAKUN DAN TEMUAN
SERTA ASLIAN MON PURBA SEPERTI MAH MERI DAN JAHUT.
(39 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
http://3.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S3zF2x4d47I/AAAAAAAAB_g/izFSJllS7f0/s1600-h/kota+gelanggi.jpg -
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
40/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
Jika dikatakan istilah 'Siam' itu hak orang Mon,YA INI MUNGKIN BENAR
kerana merekalah etnik selatan China yang terawal berhubung dengan
kaum-kaum Malayo-Polynesian.Ketika Tai Ramkhamhaeng terpisat-pisat
'membina' kerajaan gerila di utara Indochina...orang Mon telah ada
pagoda-pagoda emas dan negara-negarakota mewah.Ketika Siam celup
versi Ayutthaya baru membuka negeri di Sungai Chao Phraya,sejarah
manis orang Mon ini telah menjadi muzium sejarah sebagaimana sejarah
orang Melayu Funan dan Cham yang 'established' menjadi legenda yang
dikenang-kenang oleh orang Khmer sama ada diukir di kuil-kuil atau istana
mereka.
Tuan-tuan dan Puan-puan!
Sejarah itu amat penting jika tidak,mengapa bangsa-bangsa lain bermati-
matian menulis,mengedit malah sanggup mencuri sejarah warisan orang
lain untuk membangkitkan estim diri (self-esteem)?Raja-raja mereka tidak
sampai hati membiarkan anak cucu mereka berasa rendah diri di
kemudian hari di hadapan bangsa-bangsa lain maka INILAH CARANYA
UNTUK MEMBANGKITKAN 'PRIDE' DAN 'NATIONALISM' pada semangat
anak bangsa mereka pada masa hadapan.Hasilnya orang luar pun
menghormati mereka kerana punya warisan sejarah (padahal dicedok dari
warisan kuno kita),dan ini membuatkan mereka lebih memiliki 'self-
confident'.Tetapi sesetengah anak Melayu lain cara berfikir mereka,
mereka menganggap semua ini sia-sia dan hanya menyuburkan rasa
angkuh dan meninggi diri jadi cukuplah aku MENJADI PENCACAI KEPADA
(40 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
http://2.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S3y80s6JjII/AAAAAAAAB-Q/P5NpqDtfnjE/s1600-h/orang+asli+2.jpg -
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
41/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
SEJARAH FANTASI YANG KHAS DICIPTAKAN UNTUK AKU SUPAYA AKU
DAPAT MENJILAT AIR LUDAH DAN KAHAK PERASAAN RENDAH DIRI YANG
TIADA BERTEMPAT,MENJADI PENGEMIS BUDAYA DAN WARISAN BANGSA
LAIN.Jadi buta,pekak,tuli dan bisu.
Lihat dengan mata hati Tuan-tuan dan Puan-puan...!Betapa orang Khmer
mengukirkan kostum orang Melayu yang memakai jaket dan helmet perang
siap berperisai,betapa segaknya pahlawan Melayu Cham!Orang Khmer juga
mengukir tentera-tentera Cham menaiki kapal-kapal perang dengan ukiran
aneh di muncung kapal yang sama dengan ukiran di muncung perahu-
perahu Kelantan dan Terengganu....Mesir Purba mengukirkan Raja Perehu
yang tegap dan kacak siap berkeris (malangnya mereka tidak mengukirkan
gelang potoh dilengan Perehu padahal tulisan hiroglif menyatakan Nehesi
melihat Raja Melayu Purba itu memakai gelang potoh)...rekod-rekod China
Purba merakamkan kehebatan orang Melayu Nusantara yang digelar
mereka sebagai Kunlun belayar dan mengembara,menguasai laut dan
angin.Rishi-rishi Hindu mengarang syair memuji-muji Malayadvipa
(Kepulauan Melayu) sebagai bumi emas yang menakjubkan dan tempat
tinggal dewa-dewi;sama seperti gelaran para Firaun terhadap Nusantara.
Tetapi mengapa ada anak Melayu hari ini yang tergamak sanggup menelan
air longkang dan najis sejarah ciptaan penjajah dan sisa-sisa warisan yang
dicuri oleh pelbagai kaum mendatang termasuk Siam Ayutthaya yang
berasal dari etnik Cina Xian di China.Siam Ayutthaya sememangnya dari
Xian (ini diakui sendiri oleh salah seorang keturunan mereka,jadi salahkan
dia...jangan salahkan Srikandi ek) dan Tai itu dari Shan dan Yunnan,
(41 of 45) [02-Mar-10 5:21:37 PM]ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xii.html
http://2.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S3zIoCz38ZI/AAAAAAAACAI/Nc7lDfqukIc/s1600-h/the_sack_of_angkor_.jpg -
8/14/2019 Mist is Files_ 24_Alter Terahsia Bangsa Melayu 12
42/45
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
TETAPI BUKAN ANAK CUCU MAYANG MENGURAI INI!Bukan...bukan...dan
bukan...!
Sekejap mengaku Melayu,sekejap mengaku Siam,sekejap mengaku Cina
Xian,sekejap mengaku Cina dinasti Tang,sekejap bangsa Harimau,sekejap
puak Naga...akhirnya mengaku Melayu keturunan Siam.Tanah Melayu pula
sekejap dikatakan kepunyaan Maharaja Siam,sekejap kepunyaan Raja
India Monggol,sekejap milik Ayutthaya...sekejap ini sekejap itu sekejap
begini sekejap begitu seperti sesumpah...inilah contoh orang yang tidak
punya sejarah cuba untuk merompak sejarah orang lain.Mengapa begitu
payah menetapkan nama keturunan sendiri?Kenapa tersasul-sasul dan
merapu meraban sebegitu teruk?Tanah Melayu milik Monggol India?
BUKAN...BUKAN...BUKAN...DAN BUKAN....!!
Bagaimana kaum dan bangsa lain apabila ingin membicarakan WARISAN
MELAYU DARI SEGI FAKTA SEJARAH,mereka mengukir dan melukiskannya
dengan indah,agung dan mengasyikkan pada tembok-tembok kuil,istana
serta manuskrip dan prasasti.Namun mengapa penjajah bila ingin
membicarakan tentang Melayu yang dijajah dan dijarah hasil buminya
MENULISKAN BAHAWA INI ADALAH BANGSA PEMALAS DAN MUNDUR?Fikirkan
perbezaan ini.Orang Tai,Mon,Dai-Viet dan Khmer berkali-kali meyakinkan
kita bahawa kita punya peradaban agung dahulu tetapi mengapa kita amat
percaya dengan mulut penjajah yang mengangkut 1001 prasasti dan
manuskrip sejarah kita ke Eropah?Mereka rampas semua kecerdikan kita
masa silam dan kata:
"Ya..
top related