minit mesyuarat kajian semula pengurusan (mksp) bil. …
Post on 16-Oct-2021
47 Views
Preview:
TRANSCRIPT
MINIT MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) BIL. 2/2021 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KPM TAHUN 2021
Muka Surat 1 daripada 28
MINIT
MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) BIL. 2/2021
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2021
TARIKH : 6 MEI 2021 (KHAMIS)
MASA : 9.15 PAGI
KAEDAH : GOOGLE MEET
KEHADIRAN
1. Encik Abu Bakar bin Mohamad Rashid - Pengerusi Timbalan Rektor Pusat Peperiksaan dan Penganugerahan, IPGM
2. YBrs. Dr. Mohd Nasrudin bin Basar Timbalan Rektor Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, IPGM
3. YBrs. Dr. Yazid bin Abdul Manap Timbalan Rektor Pusat Pembangunan Latihan, IPGM
4. Tuan Haji Abdullah bin Mohd Yusof Pengarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
5. YBrs. Dr. Lambat Anak Lindong Pengarah IPG Kampus Batu Lintang
6. Tuan Haji Hashim bin Asman Pengarah IPG Kampus Darulaman
7. Puan Hajah Nor Asilah Osman Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu
8. Puan Anis Alisya binti Abdullah @ Alice Pengarah IPG Kampus Tun Abdul Razak
MINIT MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) BIL. 2/2021 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KPM TAHUN 2021
Muka Surat 2 daripada 28
9. YBrs. Dr. Najamuddin bin Bachora
Pengarah IPG Kampus Tawau
10. Tuan Haji Mohamad Zailani bin Jaya Pengarah IPG Kampus Sarawak
11. Encik Romai Noor bin Rabbu Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik
12. Tuan Haji Mohd Rasid bin Chik Pengarah IPG Kampus Kota Bharu
13. YBrs. Dr. Haji Ahamad bin Rahim Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan
14. YBrs. Dr. Hajah Rosmawati binti Hamzah Pengarah IPG Kampus Kent
15. Encik Doti bin Asing Pengarah IPG Kampus Keningau
16. Encik Mohd Aminudin bin Abu Bakar Timbalan Pengarah IPG Kampus Dato' Razali Ismail
17. YBrs. Dr. Kartini binti Abdul Mutalib Timbalan Pengarah IPGK Kampus Sultan Abdul Halim
18. Puan Haliza binti Hamzah Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam
19. Puan Azlina binti Ahmad Timbalan Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas
20. Encik Mohd. Khadri bin Fazil Rahman Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh
MINIT MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) BIL. 2/2021 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KPM TAHUN 2021
Muka Surat 3 daripada 28
21. Encik Salahuddin bin Mohamed Nor @ Nor
Timbalan Pengarah IPG Kampus Rajang
22. YBrs. Dr. Norshidah binti Abu Husin Timbalan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu
23. YBrs. Datin Dr Bushro binti Ali Timbalan Pengarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
24. Encik Mohamed Razi bin Mohd Suradi Timbalan Pengarah IPG Kampus Tun Hussein Onn
25. YBrs. Dr. Nazifah binti Shaik Ismail Ketua Penolong Pengarah Kanan Pusat Kecemerlangan Akademik, IPGM
26. YBrs. Dr. Rusminah binti Musliman Ketua Penolong Pengarah Kanan Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, IPGM
27. YBrs. Dr. Norsita binti Ali Ketua Penolong Pengarah Kanan Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, IPGM
28. Puan Bariah binti Selamat Ketua Penolong Pengarah Kanan Pusat Hal Ehwal Pelajar, IPGM
29. Encik Zulkifli bin Mat Som Ketua Penolong Pengarah Kanan Pusat Peperiksaan dan Penganugerahan, IPGM
30. Puan Nur Krismarina binti Abd. Karim Ketua Penolong Pengarah Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, IPGM
31. YBrs. Dr. Shamsul Nizam bin Kachi Mohideen Ketua Penolong Pengarah Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, IPGM
32. Encik Khazlan bin Wellun Ketua Penolong Pengarah Pejabat Pendaftar, IPGM
MINIT MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) BIL. 2/2021 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KPM TAHUN 2021
Muka Surat 4 daripada 28
33. Encik Nor Azam bin Ariffin
Ketua Jabatan IPG Kampus Pulau Pinang
34. YBrs. Dr. Abd Khalil bin Adnan Penolong Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar, IPGM
35. Encik Mohd Sallehuddin bin Abu Hassan Penolong Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar, IPGM
36. Puan Azlina binti Paijan Penolong Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar, IPGM
37. Puan Siti Nabilah binti Kasdi Penolong Pengarah Pusat Kecemerlangan Akademik, IPGM
38. Puan Noor Sarahana Zakaria Penolong Pengarah Pusat Kecemerlangan Akademik, IPGM
39. Puan Noor Azizah binti Abd Rahman Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Latihan, IPGM
40. Encik Haza Hafeez bin Borhan Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Latihan, IPGM
41. Puan Nur Diyana binti Zakariah Penolong Pengarah Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, IPGM
42. Puan Rahmah Binti Mohd Maulot Setiausaha Sekretariat JKPP IPG Kampus Raja Melewar
MINIT MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) BIL. 2/2021 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KPM TAHUN 2021
Muka Surat 5 daripada 28
URUS SETIA
43. Puan Fatimah Rohaiza binti Rusmani
Penolong Pengarah Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, IPGM
44. Encik Mohd Hazri bin Minhat Penolong Pengarah Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, IPGM
45. Cik Noor Diyana binti Salleh Penolong Pengarah Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, IPGM
TIDAK HADIR BERSEBAB
46. YBrs. Dr. Rusmini binti Ku Ahmad
Rektor IPGM
47. YBrs. Dr. Rosli bin Yacob Timbalan Rektor Kanan Pusat Kecemerlangan Akademik IPGM
48. Puan Annie Sabrina Lasumin Pendaftar Pejabat Pendaftar, IPGM
49. Puan Farah Mardhy binti Aman Pengarah Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC)
MINIT MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) BIL. 2/2021 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KPM TAHUN 2021
Muka Surat 6 daripada 28
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat.
i) Timbalan-timbalan Rektor dan Pendaftar IPGM;
ii) Pengarah-pengarah IPG dan Pengarah ELTC; dan
iii) Pegawai-pegawai IPGM yang turut hadir bersama.
1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa pihak juruaudit SIRIM-QAS telah selesai
menjalankan audit peringkat pertama ISO 21001:2018 di IPGM pada 8 dan 9 April
yang lalu. Antara hasil dapatan audit tersebut ialah IPGM dan seluruh kampus
termasuk ELTC perlu melaksanakan Audit Dalaman dan Mesyuarat Kajian Semula
Pengurusan (MKSP) berdasarkan dokumen yang baru dibangunkan selaras
dengan EOMS ISO 21001:2018.
1.3 Perkara ini perlu dilaksanakan dengan segera bagi membolehkan IPG KPM diaudit
peringkat kedua dan seterusnya layak untuk mendapat pensijilan baharu tersebut.
Audit peringkat kedua akan diadakan pada 2 hingga 4 Jun 2021 yang melibatkan
IPGM bersama tujuh (7) buah kampus. Pemilihan kampus dibuat oleh pihak SIRIM-
QAS berdasarkan rekod pengauditan MS ISO 9001: 2015 yang telah dilaksanakan
beberapa tahun kebelakangan ini.
1.4 Tujuh (7) kampus yang akan diaudit bersama-sama IPGM adalah seperti berikut:
a) IPG Kampus Raja Melewar
b) IPG Kampus Tun Hussein Onn
c) IPG Kampus Ipoh
d) IPG Kampus Darulaman
e) IPG Kampus Kota Bharu
f) IPG Kampus Keningau
g) IPG Kampus Pendidikan Teknik
1.5 Pihak IPGM akan memaklumkan perkara ini secara rasmi melalui email dan surat
berkaitan perkara tersebut. Pihak urus setia juga akan berkomunikasi dengan pihak
Sekretariat JKPP di IPG yang terlibat dari semasa ke semasa berkaitan audit
peringkat kedua pensijilan EOMS ini.
1.6 Pengerusi merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada
semua Pengarah khususnya kepada Sekretariat Jaminan Kualiti dan Pematuhan
Polisi IPG dan ELTC kerana telah berjaya melaksanakan audit dalaman dan MKSP
peringkat kampus dan ELTC dalam tempoh masa yang diberikan iaitu mulai 5 April
hingga 30 April 2021.
MINIT MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) BIL. 2/2021 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KPM TAHUN 2021
Muka Surat 7 daripada 28
1.7 Walaupun pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi seperti PKPD di
beberapa kawasan di Tawau dan berlakunya kes COVID-19 di beberapa kampus,
demi amanah dan tanggungjawab terhadap organisasi, audit dalaman dan MKSP
ini telah berjaya diselesaikan.
1.8 Pengerusi memaklumkan bahawa agenda utama mesyuarat pada hari ini akan
berfokus kepada pencapaian prestasi program dan aktiviti bagi suku pertama tahun
ini daripada setiap Pusat dan Pejabat Pendaftar IPGM. Ahli mesyuarat sekalian
dialu-alukan untuk mengemukakan sebarang isu dan cadangan peluang
penambahbaikan bagi mengatasi isu-isu yang diutarakan.
1.9 Pengerusi menyeru agar semua ahli mesyuarat mengambil peluang dalam platform
ini sebagai usaha bersama untuk menambahbaik tadbir urus organisasi IPG KPM
ke arah lebih efisen dan setanding di peringkat antarabangsa.
1.10 Ini adalah bertepatan dengan standard EOMS ISO 21001:2018 di klausa 9.3 iaitu
berkenaan kajian semula pengurusan yang menyatakan pengurusan atasan
hendaklah mengkaji semula EOMS Organisasi Pendidikan dan strategi, secara
berkala, sekurang-kurangnya sekali setahun, bagi memastikan kesesuaian; dan
mengemas kini sewajarnya bagi memastikan kesesuaian, kecukupan dan
keberkesanan yang berterusan.
1.11 Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan yang dilaksanakan di IPG KPM adalah
proses perbincangan untuk mengkaji semula pelaksanaan EOMS IPG KPM
dengan menilai sebarang perubahan proses kerja untuk peluang penambahbaikan,
kecukupan sumber manusia dan keberkesanan operasi kerja supaya sistem
perkhidmatan organisasi dapat dijalankan dengan sistematik.
1.12 Pengerusi menyeru kepada semua ahli mesyuarat untuk memastikan keputusan-
keputusan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) ini dilaksanakan dan
dipantau pelaksanaannya selaras dengan dokumen prosedur EOMS IPG KPM
yang telah dibangunkan.
1.12 Pengerusi berharap semua ahli mesyuarat untuk sama-sama bertanggungjawab
dengan memberikan komitmen yang sepenuhnya agar usaha IPG KPM untuk
memperoleh pengiktirafan pensijilan ISO 21001:2018 (EOMS) tercapai.
1.13 Di samping itu, pengiktirafan ini dapat merealisasikan hasrat Kerajaan untuk
mewujudkan agensi-agensi sektor awam yang cekap, telus dan mengutamakan
pelanggan dalam penyampaian perkhidmatan serta mengurangkan karenah
birokrasi.
MINIT MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) BIL. 2/2021 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KPM TAHUN 2021
Muka Surat 8 daripada 28
1.14 Selain daripada itu, pendekatan ISO juga dapat memberi kaedah kepada
organisasi bagi mendokumenkan secara tersusun amalan pengurusan dan cara
bekerja. Seterusnya membolehkan organisasi membuat keputusan dengan lebih
baik melalui maklumat penting.
1.15 Pengerusi menyeru semua warga IPG KPM dapat memberikan kerjasama yang
terbaik bagi menjayakan segala perkara yang dirancang demi kecemerlangan IPG
KPM.
1.16 Organisasi yang terbaik adalah organisasi yang bekerja sebagai satu pasukan,
yang sentiasa berusaha menambahbaik perkhidmatan secara berterusan untuk
manfaat semua.
Makluman
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN TAHUN 2019 Minit MKSP bertarikh 18 Januari 2021 diterima dengan pindaan. Cadangan pengesahan
minit mesyuarat oleh Encik Abdullah bin Mohd Yusof, Pengarah IPGK Tengku Ampuan
Afzan dan disokong oleh YBrs. Dr. Lambat Anak Lindong, Pengarah IPGK Batu Lintang.
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Berkaitan maklum balas PKA dan PPP IPGM dalam ruangan Hal-hal lain pada
nombor 10.1.5 mengenai cadangan supaya amalan baik di Universiti Awam dan
Universiti Swasta digunakan dimana penggunaan kedua-dua kaedah perekodan
kehadiran pelajar dikekalkan.
Tindakan: PKA dan PPP IPGM
Mesyuarat mengambil maklum terhadap cadangan tersebut dan memutuskan
perkara berikut :
Perekodan kehadiran pelajar yang sedia diamalkan ketika ini dikekalkan iaitu perlu
dibuat dalam dua kaedah secara manual dan juga digital. Ini adalah supaya bahan
bukti tersebut boleh digunakan untuk tindakan tatatertib di bawah akta 174.
Semua pensyarah diminta untuk menanda sendiri kehadiran pelajar secara manual
semasa kelas dalam talian dijalankan dengan menggunakan borang di Prosedur PT-
03. Borang ini akan digunakan sebagai dokumen bukti kekal kehadiran pelajar
di samping perlu memasukkan data tersebut ke dalam sistem kehadiran yang
disediakan oleh IPGM.
MINIT MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) BIL. 2/2021 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KPM TAHUN 2021
Muka Surat 9 daripada 28
Selain itu, para pensyarah juga digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah
perekodan sebagai tambahan bukti kehadiran pelajar semasa kelas dalam talian
dijalankan.
4.0 PEMBENTANGAN LAPORAN PUSAT KECEMERLANGAN AKADEMIK (PKA)
4.1 Mesyuarat mengambil maklum terhadap perkara berikut :
4.1.1 Laporan Analisis Instrumen Penilaian Pelaksanaan Kurikulum (IPPK)
Jun Hingga November 2020
a) Penilaian pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pensyarah oleh
pelajar bagi bidang kurikulum dan kokurikulum adalah berdasarkan
LAM-PT seperti berikut :
● LAM-PT-05-03a – Kurikulum (11 soalan)
● LAM-PT-05-03b – Kokurikulum (12 soalan)
● LAM-PT-05-03c – Penyelidikan (11 soalan)
Setiap LAM-PT tersebut mengandungi 11 dan 12 soalan dengan
menggunakan 5 skala likert.
b) Refleksi Amalan Profesional oleh pelajar terhadap pensyarah penyelia
dan guru pembimbing praktikum adalah berdasarkan LAM-PT seperti
berikut :
● LAM-PT-05-12a – Umum
● LAM-PT-05-12b – Bimbingan & Kaunseling
● LAM-PT-05-12c – Pend. Awal Kanak-kanak
Soal selidik ini mengandungi 5 bahagian dengan menggunakan 5 skala
likert.
Tahap penilaian skor min adalah mengikut ketetapan seperti yang telah
ditetapkan oleh Objektif Operasi IPGM, Manual Kualiti bilangan 3 iaitu
memastikan penilaian persepsi pelajar terhadap pelaksanaan Kurikulum,
Kokurikulum dan Amalan Profesional mencapai skor min 4.3.
MINIT MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) BIL. 2/2021 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KPM TAHUN 2021
Muka Surat 10 daripada 28
Dapatan Analisis adalah seperti berikut :
Bil Item Penilaian Semester 2/2020
1 LAM-PT-05-03a 27 Kampus
2 LAM-PT-05-03b 24 Kampus
3 LAM-PT-05-03c 2 Kampus
4 LAM-PT-05-12a 14 Kampus
5 LAM-PT-05-12b Tiada
6 LAM-PT-05-12c 4 Kampus
PENILAIAN SEMESTER 2/2020 (PROGRAM PPISMP)
Bil Penilaian Semester 2/2020 Min Sisihan Piawai
1 Penilaian Pelaksanaan Kurikulum -
Pengajaran dan pembelajaran 4.82 0.067
2 Penilaian Pelaksanaan Kurikulum -
Kokurikulum 4.55 -
PENILAIAN SEMESTER 2/2020 (PROGRAM PISMP)
Bil Penilaian Semester 2/2020 Min Sisihan Piawai
1 Penilaian Pelaksanaan Kurikulum - Pengajaran dan pembelajaran
4.86 0.09
2 Penilaian Pelaksanaan Kurikulum -Kokurikulum
4.87 0.09
3 Penilaian Pelaksanaan Kurikulum - Penyelidikan
4.92 -
4 Refleksi Amalan Profesional -Pensyarah
4.86 0.10
5 Refleksi Amalan Profesional - Guru pembimbing
4.81 0.11
6 Refleksi Amalan Profesional -Pensyarah (PAKK)
4.9 -
7 Refleksi Amalan Profesional - Guru pembimbing (PAKK)
4.73 -
MINIT MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) BIL. 2/2021 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KPM TAHUN 2021
Muka Surat 11 daripada 28
PENILAIAN SEMESTER 2/2020 (PROGRAM PDPP)
Bil Penilaian Semester 2/2020 Min Sisihan Piawai
1 Penilaian Pelaksanaan Kurikulum -
Pengajaran dan pembelajaran 4.73 0.13
2 Penilaian Pelaksanaan Kurikulum -
Kokurikulum 4.71 0.15
3 Penilaian Pelaksanaan Kurikulum -Penyelidikan
4.66 -
4 Refleksi Amalan Profesional -Pensyarah
4.84 0.09
5 Refleksi Amalan Profesional - Guru pembimbing
4.79 0.10
PENILAIAN SEMESTER 2/2020 (PROGRAM PDPM)
Bil Penilaian Semester 2/2020 Min Sisihan Piawai
1 Penilaian Pelaksanaan Kurikulum -
Pengajaran dan pembelajaran 4.85 0.13
2 Penilaian Pelaksanaan Kurikulum -
Kokurikulum 4.88 0.09
3 Penilaian Pelaksanaan Kurikulum - Penyelidikan
4.88 -
4 Refleksi Amalan Profesional - Pensyarah
4.85 0.10
5 Refleksi Amalan Profesional - Guru pembimbing
4.7 0.04
6 Refleksi Amalan Profesional -Pensyarah (PAKK)
4.86 0.13
7 Refleksi Amalan Profesional - Guru pembimbing (PAKK)
4.67 0.16
MINIT MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) BIL. 2/2021 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KPM TAHUN 2021
Muka Surat 12 daripada 28
PENILAIAN SEMESTER 2/2020 (PROGRAM PITO)
Bil Penilaian Semester 2/2020 Min Sisihan Piawai
1 Penilaian Pelaksanaan Kurikulum -
Pengajaran dan pembelajaran 4.74 0.25
Makluman
4.2 Mesyuarat memutuskan perkara-perkara berikut :
4.2.1 Mengadakan perbincangan bersama Ketua Jabatan berkaitan pencapaian pengajaran dan pembelajaran pensyarah.
Tindakan: IPG KPM
4.2.2 Mewujudkan program mentor-mentee dengan memberi penekanan tentang Entrance & Exit Survey (EES) dan Instrumen Penilaian Pelaksanaan Kurikulum (IPPK) kepada pensyarah dan pelajar.
Tindakan: IPG KPM
4.2.3 Mengadakan kursus pembugaran kemahiran insaniah kepada pensyarah, semakan dokumen bagi persediaan awal PdP, latihan pembangunan berterusan bagi mempertingkatkan mutu pengajaran dan komunikasi pensyarah sekiranya ada yang mendapat kurang min 4.3.
Tindakan: IPG KPM
5.0 PEMBENTANGAN LAPORAN PUSAT PEMBANGUNAN LATIHAN (PPL)
5.1 Mesyuarat mengambil maklum terhadap perkara berikut :
5.1.1 1) Pencapaian Minimum 5 Hari Latihan bagi warga IPG KPM sehingga 16
April 2021 adalah seperti berikut :
a) Peratus kampus yang mencapai minima 5 hari latihan adalah
17 peratus.
b) Peratus individu yang mencapai minima 5 Hari Latihan adalah
77 peratus.
MINIT MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) BIL. 2/2021 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KPM TAHUN 2021
Muka Surat 13 daripada 28
4 kampus yang mencapai 100 peratus minima 5 hari latihan adalah seperti
berikut :
1. IPGK Temenggong Ibrahim
2. IPGK Kota Bharu
3. IPGK Rajang
4. IPGK Dato Razali Ismail.
Peratus pencapaian terendah keseluruhan IPG KPM bagi minima 5 hari
latihan adalah sebanyak 51 peratus.
Peratus Kampus Yang Mencapai minima 5 Hari Latihan
2) Pencapaian Minimum 42 mata kredit bagi warga IPG KPM sehingga
16 April 2021 adalah seperti berikut :
a) Peratus kampus yang mencapai minima 42 Mata Kredit adalah
3 peratus.
b) Peratus individu yang mencapai minima 5 Mata Kredit adalah
38 peratus.
MINIT MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) BIL. 2/2021 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KPM TAHUN 2021
Muka Surat 14 daripada 28
Peratus Kampus Yang Mencapai Minima 42 Mata Kredit
IPGK Dato’ Razali Ismail merupakan kampus tunggal yang telah berjaya
mencapai 90 peratus bagi pencapaian minima 42 mata kredit. Kampus lain
masih di bawah pencapaian 75 peratus. Pencapaian terendah bagi kategori
ini yang direkodkan adalah sebanyak 2 peratus.
Makluman
5.2 Mesyuarat memutuskan perkara-perkara berikut :
5.2.1 Semua kampus dan ELTC perlu mencapai sasaran minima 5 hari latihan sebelum 1 Jun 2021.
Tindakan: IPG KPM
5.2.2 Setiap IPG KPM dikehendaki mengemaskini data latihan yang telah dilaksanakan sebelum atau pada 16 haribulan pada setiap bulan kepada pegawai PPL IPGM untuk tujuan rekod dan pemantauan.
Tindakan: IPG KPM
MINIT MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) BIL. 2/2021 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KPM TAHUN 2021
Muka Surat 15 daripada 28
6.0 PEMBENTANGAN LAPORAN PUSAT HAL EHWAL PELAJAR (PHEP)
6.1 Mesyuarat mengambil maklum terhadap perkara berikut:
6.1.1 Pengurusan Pengambilan Pelajar
Aktiviti pengurusan pengambilan pelajar telah bermula pada 8 Mac 2021
dengan penyiaran iklan penawaran program kepada umum. Jumlah
permohonan yang diterima adalah sebanyak 98,5134 calon dan daripada
jumlah tersebut hanya 91,402 calon telah membuat pengesahan dalam
e-UKCG. Semakan calon yang berjaya akan dibuat pada 16 Julai 2021 dan
pendaftaran pelajar dijadualkan pada 6 September 2021. Penempatan
pelajar adalah berdasarkan tier 1 dan 2 serta akreditasi MQA.
Pengurusan Pendaftaran Pelajar Baharu
Tiada aktiviti pendaftaran pelajar baharu dilaksanakan sepanjang tempoh 1
Januari hingga 31 Mac 2021. Pendaftaran pelajar baharu akan bermula
pada 31 Mei 2021 bagi program PDPP & PDPM dan pendaftaran pelajar
baharu bagi PPISMP ialah pada 6 September 2021.
Pengurusan Mentor-Mentee
Penilaian pelaksanaan mentor-mentee bagi 3 program di IPG telah bermula
pada Julai hingga Disember 2020. Keputusan skor min yang diperolehi ialah
PPISMP (4.66%), PISMP (4.70%) dan PDPP (4.60%). Penambahbaikan
yang telah dibuat adalah pengisian borang penilaian keberkesanan program
dilaksanakan secara dalam talian.
Pengurusan Aduan Pelanggan (Pelajar)
Pelaksanaan pengurusan aduan pelanggan (pelajar) di peringkat IPG
kampus sedang dilaksanakan berdasarkan proses yang telah ditetapkan.
Tempoh pelaksanaan tersebut bermula dari Januari hingga Jun 2021.
Laporan dan data berkaitan hanya boleh dikumpulkan oleh IPGM selepas
Jun 2021.
Makluman
MINIT MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) BIL. 2/2021 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KPM TAHUN 2021
Muka Surat 16 daripada 28
7.0 PEMBENTANGAN LAPORAN PUSAT PEPERIKSAAN DAN PENGANUGERAHAN (PPP)
7.1 Mesyuarat mengambil maklum terhadap perkara berikut:
7.1.1 Program/Aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti berikut :
Bil Aktiviti Tarikh Ulasan
1
Mesyuarat Pra-Senat Ketua-ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian Bil.1/2021 Mesyuarat JK Pelaksana Majlis Konvokesyen IPG KPM Bil.1/2021
08 - 09 Feb 2021
Penyediaan database keputusan akhir sebelum mesyuarat
2
Mesyuarat Pra-Senat Ketua-ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian Bil.1/2021 Mesyuarat JK Pelaksana Majlis Konvokesyen IPG KPM Bil.1/2021
08 - 09 Feb 2021
Senat Penyediaan Garis Panduan Konvokesyen Secara Janji Temu secara dalam talian
3
Mesyuarat Pemasangan dan Pemurnian Kertas Soalan Peperiksaan dan Skema Pemarkahan Bil.1/2021 (Dibatalkan)
15 - 18 Feb 2021
Pentaksiran Alternatif Secara Dalam Talian (Peperiksaan Mac 2021)
4
Mesyuarat Pemasangan dan Pemurnian Kertas Soalan Peperiksaan dan Skema Pemarkahan Bil.2/2021 (Dibatalkan)
15 - 19 Mac 2021
Pentaksiran Alternatif Secara Dalam Talian (Peperiksaan Mei 2021)
Status Pencapaian Piagam Pelanggan bagi IPGM dan Objektif operasi IPG
yang berkaitan dengan pentaksiran serta peperiksaan adalah seperti berikut
:
1) Memastikan keputusan peperiksaan akhir dimaklumkan dalam
tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas diperakui oleh Senat.
Status pencapaian : 100 %
2) Memastikan penganugerahan Ijazah dan Diploma kepada lulusan
dilaksanakan dalam tempoh satu (1) tahun selepas keputusan
peperiksaan diumumkan.
Status pencapaian : 50 %
MINIT MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) BIL. 2/2021 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KPM TAHUN 2021
Muka Surat 17 daripada 28
Ulasan bagi perkara (2) :
Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
Bil. 3 Tahun 2021 pada 29 Januari 2021 telah bersetuju dengan cadangan
untuk mengadakan Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Kementerian
Pendidikan Malaysia (IPG KPM) Secara Janji Temu. KKM telah meluluskan
Garis Panduan Konvokesyen IPG KPM Secara Janji Temu pada 13 April
2021. Garis Panduan Konvokesyen IPG KPM Secara Janji Temu telah
dibentangkan dalam Mesyuarat Profesional KPM Bil. 15 Tahun 2021 pada
20 April 2021.
3) Sekurang-kurangnya 99% pelajar yang menduduki peperiksaan
lulus.
Status pencapaian : 100%
Makluman
8.0 PEMBENTANGAN LAPORAN PEJABAT PENDAFTAR (PP)
8.1 Mesyuarat mengambil maklum terhadap perkara berikut:
8.1.1 2 program telah dijalankan adalah seperti berikut :
Bil Program Tarikh Takwim Tarikh Laksana
1 Mesyuarat JK Pembangunan Sumber Manusia Bil.1/2021
21 Jan 2021 20 Jan 2021
2 Mesyuarat JK Pembangunan Sumber Manusia Bil. 2/2021
20 Apr 2021 21 Apr 2021
8.1.2 Penilaian Prestasi 2021
Pelaksanaan Penilaian Pertama PBPPP bagi tahun 2021 bermula pada 12
April hingga 2 Julai 2021. Rujuk surat bertarikh 11 Januari 2021 bernombor
rujukan KPM.500-6/5/2 Jld.2 ( ).
Rujukan maklumat dan proses PBPPP boleh didapati di Modul Pengguna
melalui pautan http://eprestasi.moe.gov.my
MINIT MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) BIL. 2/2021 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KPM TAHUN 2021
Muka Surat 18 daripada 28
8.1.3 Keputusan Temuduga Pensyarah / Jurulatih Koko / Pegawai
Pengurusan Baharu Zon Timur, Utara Selatan Dan Sabah
Bil Perkara Jumlah
1 Diperaku 134
2 Dihantar ke JPN / Bahagian untuk mohon pelepasan 120
3 Diberi pelepasan oleh JPN 64
4 Calon tolak penempatan 4
5 Tarik diri setelah Arahan Penempatan (AP) dikeluarkan 1
6 Lapor diri 38
7 Tunggu Arahan Penempatan (AP) dari BPSM 21
Pihak Pendaftar sentiasa berhubung dengan JPN / Bahagian yang
berkenaan bagi mengetahui status pelepasan setiap calon yang berjaya
ditemuduga.
8.1.4 Perubahan Borang-borang Kewangan
Terdapat borang-borang Kewangan yang telah usang, oleh itu beberapa
pembaharuan telah dibuat ke atas borang-borang tersebut.
a) Borang Permohonan Perolehan
b) Borang Permohonan Tempahan Makan / Minum
c) Borang Permohonan Untuk Tugas Rasmi Di Luar Pejabat
d) Borang Permohonan Tempahan Waran Penerbangan Udara Awam
e) Borang Justifikasi Kelewatan Mengemukakan Tuntutan / Tuntutan
Melebihi Had Yang Dibenarkan
Borang Prestasi Pembekal wajib dilampirkan bersama bagi tujuan
pembayaran. Borang tersebut hanya dikumpul diperingkat PTJ Kampus
sahaja kecuali jika ada kes khas yang perlu diberi perhatian oleh pihak
IPGM.
Makluman
MINIT MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) BIL. 2/2021 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KPM TAHUN 2021
Muka Surat 19 daripada 28
8.2 Mesyuarat memutuskan perkara-perkara berikut;
8.2.1 Data prestasi pembekal perlu dibentangkan pada MKSP akan datang
kerana perkara ini terkandung dalam klausa kajian semula pengurusan
standard EOMS.
Tindakan : Pejabat Pendaftar IPGM
9.0 PEMBENTANGAN LAPORAN PUSAT PERANCANGAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI
(PPPI)
9.1 Mesyuarat mengambil maklum terhadap perkara berikut:
9.1.1 Perancangan Tahunan
Bil Aktiviti Tarikh Rujukan Surat
1 Pencalonan JK Kerja bagi Penyelarasan Perancangan Tahunan 2021
22 Januari 2021
KPM.100-8/1/1 Jld.2 (69)
2 Pelantikan JK Kerja PT-02 bagi setiap P / PP / UPsK
23 Februari 2021
KPM.100-8/1/1 Jld. 2 (73-81)
3 Pemantauan Program / Aktiviti Utama IPGM Jan-Jun 2021
22 Mac 2021
KPM.100-8/1/1 Jld. 2 (88)
Dapatan status pelaksanaan program/aktiviti IPGM sehingga 5/5/2021.
Bil Aktiviti/Program Utama IPGM Peratus
1. Laksana 25 %
2. Batal 3.75%
3. Pinda 7.50%
4. Belum Laksana 63.75%
Makluman
MINIT MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) BIL. 2/2021 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KPM TAHUN 2021
Muka Surat 20 daripada 28
9.1.2 Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
Prosedur ini (PT-10) merupakan prosedur baharu yang diperkenalkan tahun
2021. Prosedur ini merangkumi tiga aktiviti utama iaitu :
a) Pengurusan Penyelidikan
b) Pengurusan Penganjuran Pertandingan Inovasi
c) Pengurusan Penerbitan Jurnal.
Bagi Pengurusan Pertandingan Inovasi, terdapat tiga carta alir iaitu:
a) Peringkat Kampus
b) Peringkat IPG KPM
c) Permohonan Perlindungan Harta Intelek
Prosedur ini masih dalam proses penambahbaikan selepas melalui
beberapa siri semakan termasuklah sesi audit dalaman yang berlangsung
pada 22 April 2021.
Berdasarkan penemuan audit dalaman:
PT-10 telah menerima OFI-1 di mana data penyelidikan IPG di dalam PT-
10 disimpan di dalam akaun Gmail yang boleh mengundang isu
keselamatan data.
Pasukan penggerak mengambil maklum dan akan menambahbaik prosedur
berdasarkan perbincangan bersama-sama auditor. Berkaitan isu simpanan
data tersebut, tindakan yang telah diambil ialah memindahkan semua data
dan borang ke dalam akaun Delima KPM
Makluman
MINIT MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) BIL. 2/2021 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KPM TAHUN 2021
Muka Surat 21 daripada 28
9.1.3 Maklum balas Pelanggan Luaran ( Sekolah )
Bil Aktiviti Tempoh
1.
Menyemak atau mengemaskini Instrumen Soal Selidik Kepuasan Pelanggan (SSKP) ● Menambahbaik SSKP ● Mendapatkan kesahan 4 orang pakar ● Menjalankan kajian rintis ● Menjalankan ujian Alpha Cronbach untuk
kebolehpercayaan SSKP
Januari - Februari
2.
Mengemaskini Sistem Soal Selidik Kepuasan Pelanggan (i-SSKP) ● Sistem SSKP dalam talian (i-SSKP) telah berjaya
dibangunkan ● Menggunakan domain PISMP yang diletakkan di
bawah Pangkalan Data Enstek (PDE). ● Sistem diuruskan oleh En. Shamsul Saniron yang
telah dilantik sebagai Pegawai Teknikal dan Sistem i-SSKP
Mac - April
3.
Menyemak, mengemaskini maklumat dan melengkapkan data Guru Baharu dalam sistem i-SSKP ● Membuat persediaan sistem untuk pelaksanaan
kajian sebenar bermula awal Jun 2021 ● Sampel kajian adalah pentadbir bagi Guru Baharu
ambilan Jun 2015
April - Mei
Makluman
MINIT MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) BIL. 2/2021 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KPM TAHUN 2021
Muka Surat 22 daripada 28
9.1.4 Audit Dalaman
Audit Dalaman Peringkat Pertama IPG KPM telah berjaya dilaksanakan
dalaman tempoh bermula 5 April sehingga 30 April 2021.
a) Dapatan Prosedur yang menerima OFI adalah seperti berikut ;
b) Dapatan Prosedur yang menerima NC adalah seperti berikut ;
MINIT MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) BIL. 2/2021 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KPM TAHUN 2021
Muka Surat 23 daripada 28
Rumusan Dapatan NC
Bil Kategori Huraian
1 Pemantauan
a) Pemantauan di peringkat jabatan tidak dilaksanakan secara konsisten.
b) Tiada pemantauan berterusan oleh PEK
terhadap dokumen kontrak syarikat kawalan keselamatan berhubung pemeriksaan kesihatan, ujian saringan darah, kehadiran kursus Certified Security Guard (6 hari).
c) Tiada penyelarasan dalaman dan luaran
berhubung dengan perubahan senarai pekerja terkini dan maklumat mengenai umur pekerja Syarikat OMNI Mekar Sdn Bhd.
d) Tiada surat/memo arahan penyerahan semula
JSU kepada UPP setelah Bengkel Pemurnian Draf Soalan OBT.
2 Proses Kerja Proses perancangan dan pelaksanaan kurikulum dan tindakan penambahbaikan tidak dilaksanakan mengikut proses kerja
3 Dokumen Usang
Penggunaan dokumen Usang bagi RMK SCZ1064 walaupun ralat dokumen tersebut telah dimaklumkan.
4 Tugasan Pensyarah
Auditi didapati tidak menulis refleksi selepas PdPc bagi kursus seperti ( antara contoh ditemui ) : MPU3052 dan PIMK3052
Tiada rekod kehadiran pelajar
Tiada LAM PT 05-02 bagi kursus PIMK 3043
Tiada jadual waktu pelajar praktikum
Tiada rekod bimbingan pelajar praktikum yang diselia
Panduan tugasan tiada tandatangan pensyarah
Tiada rubrik untuk tugasan kerja kursus. Bukti Penemuan: Portfolio Pensyarah Semester 1 /2021
5 Kurikulum Jumlah jam interaksi tidak akur dengan MK
MINIT MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) BIL. 2/2021 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KPM TAHUN 2021
Muka Surat 24 daripada 28
6 Sumber Manusia
Kekurangan sumber manusia dan ketiadaan pegawai yang berkelayakan untuk mengisi jawatan tertentu di IPG. Penemuan di Prosedur Pengurusan Sumber Pendidikan.
7
Pengurusan Kurikulum dan Peperiksaan & Pentaksiran
a) Kurang fokus kepada pelaksanaan pengurusan kurikulum serta peperiksaan dan penilaian
b) Semakan individu tidak dilakukan c) Pemantauan yang berkesan tidak dilaksanakan d) Masalah kompetensi untuk melaksanakan
tugas
Makluman
9.1.5
Cadangan Penambahbaikan
a) Mengadakan bengkel kefahaman penggunaan prosedur teras EOMS
terutamanya berkaitan akademik dan pengurusan peperiksaan secara
berkala bagi meningkatkan kompetensi pensyarah dan pegawai
pengurusan;
b) Menjalankan sesi semakan dokumen / rekod secara berkala bagi
mengelakkan penggunaan dokumen usang atau kesilapan penggunaan
borang bagi tugasan pensyarah;
c) Pemantauan Manual EOMS secara berterusan oleh Pengurusan
Atasan / Ketua Jabatan terhadap pengurusan pentadbiran dan sumber
manusia organisasi agar tindakan penambahbaikan dapat dilakukan
dengan segera;
d) Menjadikan agenda penambahbaikan kualiti EOMS dalam semua
mesyuarat pengurusan pentadbiran profesional (M3P) dan diminitkan;
dan
e) Menganjurkan bengkel audit dalaman di kalangan pensyarah bagi
meningkatkan kecekapan dalam pengauditan.
Tindakan: IPG KPM
MINIT MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) BIL. 2/2021 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KPM TAHUN 2021
Muka Surat 25 daripada 28
9.2 Mesyuarat memutuskan perkara-perkara berikut;
9.2.1 Kerja Penyelidikan secara dalaman hanya memerlukan kelulusan Pengarah sahaja dan kerja penyelidikan luaran perlu mendapatkan kelulusan daripada EPRD terlebih dahulu. Setelah itu, lampiran kelulusan tersebut perlu disertakan bersama dengan surat pemberitahuan kerja penyelidikan kepada IPGM, untuk dikeluarkan surat rasmi kebenaran daripada Rektor bagi tujuan tersebut.
Makluman
9.2.2 Cadangan untuk mendapatkan kelulusan bagi kerja penyelidikan daripada Rektor secara dalam talian sepertimana kaedah digunakan oleh EPRD akan dibincangkan di mesyuarat pengurusan akan datang.
Tindakan : PPPI IPGM
9.2.3 Pengerusi memohon semua Pengarah dengan kerjasama ketua jabatan untuk memastikan setiap pensyarah menjalankan sekurang-kurangnya satu kajian penyelidikan pada setiap tahun sepertimana yang terkandung dalam ATP. Selain itu, aktiviti penyelidikan ini juga adalah salah satu keperluan yang ditetapkan oleh pihak MQA dalam proses permohonan akreditasi.
Tindakan : IPG
9.2.4 Data maklum balas pelanggan luaran yang diperoleh daripada pihak sekolah adalah tertumpu kepada prestasi penilaian graduan PISMP. Bagi graduan program PDPP pula ianya termasuk dalam kajian pengesanan graduan.
Makluman
9.2.5 Pengerusi meminta semua ahli mesyuarat mengambil perhatian terhadap segala penemuan NC dan OFI yang telah dibentangkan semasa audit dalaman pertama di peringkat masing-masing. Pastikan segala pembetulan dan penambahbaikan telah dibuat dengan segera terutamanya penekanan kepada aspek tugasan pensyarah.
Tindakan : IPG KPM
9.2.6 Pengerusi meminta semua Pengarah untuk sentiasa memberi peringatan kepada Ketua Jabatan semasa mesyuarat pengurusan masing-masing agar memastikan tugasan pensyarah dilaksanakan dengan baik dan bertanggungjawab. Ini adalah supaya tiada lagi isu ketidakakuran ditemui semasa pengauditan dalaman dijalankan pada masa akan datang.
Tindakan : IPG KPM
MINIT MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) BIL. 2/2021 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KPM TAHUN 2021
Muka Surat 26 daripada 28
10.0 HAL-HAL LAIN
10.1 Pembentangan Tambahan oleh Pusat Pembangunan Latihan IPGM
a) Kajian Pembudayaan Komuniti Pembelajaran Profesional Dalam Kalangan
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Di IPG KPM
Rumusan :
1. Miskonsepsi berkaitan KPP(PLC) agak ketara dalam kalangan pensyarah;
2. IPG Kampus / ELTC perlu memastikan kompetensi pensyarah berkaitan
KPP(PLC) ditingkatkan;
3. Latihan Pembangunan Staf berkaitan KPP(PLC) perlu dilaksanakan dalam
bentuk seperti webinar / wacana ilmu / taklimat dengan kadar segera;
4. Budaya pembelajaran sepanjang hayat berkaitan program-program KPM
perlu ada dalam kalangan pensyarah;
5. Pensyarah yang kompeten perlu menyebarluaskan KPP(PLC) kepada
semua guru pelatih sebelum mereka mula berkhidmat di sekolah; dan
6. Pensyarah boleh merujuk Kit PLC terbitan BPG KPM cetakan 2019.
b) Kajian Pembudayaan Komuniti Pembelajaran Profesional Dalam Kalangan
Pemimpin IPG KPM
Rumusan :
1. KPP(PLC) perlu dibudayakan sebagai suatu perkongsian ilmu yang sangat
penting dalam kalangan warga IPG Kampus / ELTC;
2. Pemantauan pelaksanaan KPP(PLC) perlu dilaksanakan dari semasa ke
semasa untuk memastikan keberkesanannya; dan
3. Latihan berterusan KPP(PLC) perlu dilaksanakan kepada seluruh warga IPG
Kampus / ELTC.
Makluman
10.2 Mesyuarat mengambil maklum / memutuskan perkara berikut :
10.2.1 Pengerusi menekankan bahawa Manual Kualiti EOMS adalah rujukan
utama kepada semua jenis penyampaian perkhidmatan pendidikan dan
pengurusan pentadbiran yang terdapat di IPG KPM. Justeru itu, semua
ahli mesyuarat adalah diminta untuk sentiasa memastikan segala
tugasan perkhidmatan yang diberikan adalah dalam lingkungan standard
EOMS yang telah ditentukan.
Makluman
MINIT MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) BIL. 2/2021 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KPM TAHUN 2021
Muka Surat 27 daripada 28
10.2.2 Pengerusi meminta PKA dan PPP untuk mengkaji cadangan penggunaan
tandatangan digital oleh IPGKBA bagi kemudahan tugasan pensyarah
agar dapat diaplikasikan dengan budaya kerja norma baharu kini.
Tindakan : PKA dan PPP IPGM
10.2.3 Semua warga IPG KPM diminta untuk sentiasa merujuk kepada portal
IPGM bagi mendapatkan prosedur EOMS yang terkini. Segala perubahan
prosedur adalah bergantung kepada pemegang dan penggerak di Pusat
/ Pejabat Pendaftar yang telah dipertanggungjawabkan. Penggerak
prosedur di kampus boleh merujuk terus kepada penggerak di peringkat
IPGM yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai
sesuatu prosedur.
Makluman
10.2.4 Segala urusan surat atau dokumen daripada Pusat/Pejabat Pendaftar
IPGM seperti Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) / Maklumat Kursus (MK)
hendaklah disalurkan terus kepada Jabatan / Unit di IPG KPM berkenaan.
Contohnya, dokumen berkaitan JSU dihantar terus daripada PPP IPGM
kepada Unit Peperiksaan dan Penilaian di IPG KPM atau dokumen MK
dihantar daripada PKA IPGM kepada Jabatan Kecemerlangan Akademik
di IPG KPM. Ini bagi mengelakkan sebarang makluman sulit atau
terperingkat diterima oleh pegawai yang tidak berkenaan. Tugas dan
fungsi Pegawai Dokumen Kualiti di IPG KPM bagi urusan berkaitan
dengan Dokumen Kualiti EOMS juga dimansuhkan.
Tindakan : IPG KPM
10.2.5 Semua IPG diminta untuk mencalonkan seorang pegawai meja bagi
menganggotai Task Force Pelaporan Kes COVID-19 peringkat IPG KPM.
Ahli Task Force tersebut bertanggungjawab menyediakan laporan di
dalam sistem yang telah dibangunkan oleh IPGM dan memastikan
laporan sentiasa dikemaskini sehingga kes disahkan negatif. Pelaporan
tersebut akan melibatkan semua kes positif COVID-19 pelajar, pensyarah
dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) di IPG.
Tindakan : IPG KPM
10.2.6 Cadangan agar pendaftaran pelajar PISMP dibuat secara dalam talian
sekiranya terdapat kes peningkatan COVID-19 akan dibincangkan dalam
Mesyuarat Pengurusan Tertinggi IPGM akan datang.
Tindakan : PHEP IPGM
MINIT MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) BIL. 2/2021 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KPM TAHUN 2021
Muka Surat 28 daripada 28
10.2.7 Audit Pematuhan (MQA-04) PPISMP dan PISMP akan diadakan pada
tahun 2022. Semua IPG diminta untuk memastikan Penyelaras Akreditasi
IPG di bawah Sekretariat Jaminan Kualiti dan Pematuhan Polisi IPG kekal
sebagai Penyelaras Akreditasi IPG bagi beberapa tahun dan juga
mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun tempoh perkhidmatan. Ini bagi
memudahkan penyelarasan maklumat dan menguruskan proses
permohonan akreditasi yang perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa.
Tindakan : IPG KPM
10.2.8 Isu berkaitan sumber manusia yang mencukupi seperti mana dalam
standard EOMS adalah berdasarkan kepada perjawatan yang diterima
daripada BPSM. Pihak Pejabat Pendaftar IPGM akan sentiasa berusaha
memastikan segala urusan tersebut dilengkapkan dari semasa ke
semasa.
Makluman
11.0 PENANGGUHAN MESYUARAT
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat dan menangguhkan
mesyuarat pada pukul 12.30 tengah hari.
Disediakan oleh :
Urus Setia
Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Tarikh: 6 Mei 2021
Disemak oleh:
t.t
Puan Nur Krismarina binti Abd. Karim
Ketua Penolong Pengarah
Jabatan Jaminan Kualiti dan
Pematuhan Polisi,
Pusat Perancangan,
Penyelidikan dan Inovasi
IPGM KPM
Disahkan oleh:
t.tt.t
Encik Abu Bakar bin Mohamad Rashid
Timbalan Rektor
Pusat Peperiksaan dan Penganugerahan,
IPGM KPM
top related