mahasiswa budiman, mahasiswa idamanestaff.unisel.edu.my/staff_portal/images1/buku budiman e...
Post on 22-Feb-2020
32 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Mahasiswa Budiman
Mahasiswa Budiman,
Mahasiswa Idaman
Hasri Harun
Hamdan Mohd Salleh
Amidi Abdul Manan
Izwan Suhadak Ishak
Mahasiswa Budiman
MAHASISWA IDAMAN. MELAHIRKAN MANUSIA IDAMAN Penyunting : Hasri Harun Pengurus Penerbitan : Norazly Nordin Pereka Grafik : Norazly Nordin © Hak Cipta Terpelihara Persatuan Alumni Universiti Selangor (Alumni Unisel) Tidak dibenarkan menerbitkan semula mana-mana bahagian penulisan dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk sama ada elektronik atau fotokopi atau lain-lain tanpa keizinan bertulis terlebih dahulu daripada Persatuan Alumni Universiti Selangor. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hasri Harun MAHASISWA BUDIMAN : MELAHIR MANUSIA IDAMAN / Hasri Harun, Hamdan Mohd Salleh, Amidi Abdul Manan, Izwan Suhadak Ishak. ISBN 978-967-17677-2-6 1. Student affairs administrators--Malaysia--Selangor. 2. Education, Higher--Malaysia--Selangor. 3. Student ethics--Malaysia. 4. Universities and colleges--Malaysia--Selangor. 5. Government publications--Malaysia. I. Hamdan Mohd. Salleh. II. Amidi Abdul Manan. III. Izwan Suhadak Ishak. IV. Judul. 378.1909595115 Cetakan Pertama : Februari 2020 Terbitan : Persatuan Alumni Universiti Selangor (Alumni Unisel) (PPM-001-10-03112018) Unit Alumni, Bahagian Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti Universiti Selangor Kampus Bestari Jaya, Jalan Timur Tambahan 45600 Bestari Jaya, Selangor Darul Ehsan Dicetak oleh : Flex Copy, No 4 Jln Kristal K7/K Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor.
Mahasiswa Budiman
Kandungan
Visi dan Misi HEP
Latarbelakang PPJK
Jabatan & Unit Dalam HEP
Puisi Budiman
Prakata Ketua Penyunting
Mahasiswa Budiman, Mahasiswa Idaman
Memberdaya Mahasiswa Budiman
Konsep Dasar Mahasiswa Budiman UNISEL
Dasar Lengkap Pelajar BUDIMAN UNISEL
Mahasiswa Budiman
VISI
Menjadi jabatan yang efisen dan efektif yang mendidik para profesional dan ilmuan
yang mempunyai moral dan etika terpuji.
MISI
Beriltizam menyediakan persekitaraan pembangunan pelajar yang kondusif dan
menjadi penghubung antara pelajar dengan komuniti untuk menjana profesional
dan ilmuan yang kompeten, telus dan beretika.
OBJEKTIF KUALITI
Beriltizam memberikan perkhidmatan berkualiti seiring dengan objektif kualiti
pusat/unit di HEP UNISEL bagi memenuhi kehendak pelanggan dan pemegang
taruh UNISEL
OBJEKTIF 1 Memperkasa Dinamika organisasi PPJK sedia ada dengan
menggalakkan profesionaliseme dalam memastikan ia terus
efisien dan mampu memenuhi hasrat dan memberi khidmat
seperti yang diharapkan oleh semua pemegangtaruh
OBJEKTIF 2 Membangunkan persekitaran komuniti pelajar yang kondusif,
holistik dan inklusif
OBJEKTIF 3 Memperkasa jaringan antara PPJK dan semua fakulti / jabatan
dalaman UNISEL menerusi jaringan MPP, cakna HEP dan
kerjasama pintar
OBJEKTIF 4 Meneruskan kecemerlangan dan menjadikan kesukarelawan
sebagai paksi kepada kecemerlangan pelajar yang menjangkau
ruang lingkup kuliah
OBJEKTIF 5 Menjadikan PPJK dan siswa UNISEL sebagai duta produk yang
menggambarkan kecemerlangan menerusi model BUDIMAN
yang #MengakarMasyarakat yang memberdayakan mereka sebagai
manusia holistik
Mahasiswa Budiman
Latarbelakang
Bahagian (H.E.P) dahulunya dikenali sebagai Bahagian Kemasukan & HEP
(ketika itu dikenali sebagai K.H.E.P), mula beroperasi sejak pengambilan pelajar
pertama UNISEL pada Mei 2001 di Kampus UNISEL, Seksyen 7, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Sejarah Penubuhan:-
• Bahagian HEP dipisahkan secara rasminya pada 1 Julai 2002 daripada
Bahagian Kemasukan (kini telah dipisahkan ke beberapa Jabatan/Unit
iaitu [(1) Unit Rekod dan Konvokesyen; (2) Pejabat Kemasukan dan
Pemasaran; dan (3) Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA)]. Pada
ketika itu, Bahagian HEP diketuai oleh seorang Timbalan Naib
Canselor (Akademik & HEP).
• Pada 1 Oktober 2003, jawatan Timbalan Naib Canselor (HEP)
diwujudkan dan Pengarah HEP dilantik sebagai Timbalan Naib
Canselor (HEP). Pada Julai 2005, dengan terbinanya kampus baru di
Kampus Bestari Jaya (dahulunya Berjuntai Bestari), Bahagian HEP turut
beroperasi di Kampus Bestari Jaya dan jumlah staf Bahagian HEP
bertambah mengikut pertambahan jumlah pelajar UNISEL ketika itu
iaitu mencecah 6,000 pelajar di kedua-dua kampus.
• Pada tahun 2005 hingga 2007, Bahagian HEP kembali diletakkan di bawah
tanggungjawab Timbalan Naib Canselor (Akademik & HEP)
• Pada Jun 2007, Bahagian HEP diletakkan pula di bawah Naib Canselor.
• Dari Disember 2008 sehingga Disember 2013, Bahagian HEP diletakkan
kembali semula di bawah Timbalan Naib Canselor (HEP).
Mahasiswa Budiman
• Sepanjang ketiadaan Timbalan Naib Canselor (HEP) bermula Januari 2014,
Bahagian HEP diletakkan di bawah Naib Canselor, Y.Bhg. Prof. Dr. Hj. Anuar
Bin Hj. Ahmad.
• Bermulanya bulan Mac 2015, sewaktu Almarhum Prof. Dr. Shaharuddin Bin
Badaruddin telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (HEP) UNISEL,
Bahagian HEP kembali diletakkan semula dibawah kendalian Timbalan Naib
Canselor (HEP). Bahagian HEP telah dijenamakan semula oleh Prof. Dr.
Shaharuddin Badaruddin TNC (HEP) sebagai nama baru iaitu Bahagian
Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (PPJK).
• Kesinambungan ini diteruskan oleh pengganti Almarhum Prof Dr
Shaharuddin, Prof Madya Dr Hamdan Mohd Salleh yang memulakan tugas
sebagai TNC (PPJK) pada 2 Januari 2019. Pada tahun yang sama PPJK
menjadikan MAHASISWA BUDIMAN sebagai satu hasrat dan jenama serta
mewujudkan Unit Inklusif OKU bagi menjadikan HEP Unisel lebih inklusif
dan holistik.
Jabatan & Unit dalam PPJK
1. Pusat Jaringan Komuniti dan Kegiatan Pelajar
2. Pusat Sukan dan Budaya
3. Kolej Kediaman Bestari Jaya (KKBJ)
4. Asrama Unisel Shah Alam (AUSA)
5. Unit Pentadbiran
6. Unit Budiman & Inklusif OKU
7. Unit Bantuan Kewangan, Dermasiswa dan Skim Kesihatan Pelajar Unisel
(SKPU)
8. Unit Alumni dan Keusahawanan
9. Unit Kaunseling, Disiplin dan Latihan
10. Unit Penginapan Luar Kampus
Mahasiswa Budiman
Puisi Budiman
Kau anak kampong dilahirkan disini
Melangkah dengan seribu impian
Menoleh masa lalu untuk masa depan
Menggali ilmu demi masa depan
Bukan untuk dirimua
Tapi untuk umatmu
Kau bangun dengan harapan
Membina cita-cita
Merangka kejayaan yang masih pudar
Meniti titian cita-cita
Dengan satu azam bersama
Disini digengam kejayaan
Untuk capai demi umat dan warga
Berbudi pada Tuhan empunya dunia
Berbudi pada insan yang pinjam ilmunya
Kau insan sebagai khalifah
Bangun dan terus bangun
Disini kau bina diri
Disana kau raih citra
Bangun diri berbudi
Memimpin manusia kejalanNya
Atas Dunia tuju akhiratnya
Maka kau hadir dengan nilai budi
Untuk masa depan yang gemilang
Mahasiswa Budiman
Prakata Ketua Penyunting
Syukur Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana dapat menulis sedikit tentang
elemen mahasiswa budiman. Saya terfikir untuk menulis ini kerana rasa terpanggil
kerana pihak HEP unisel telah melancarkan gagasan yang menarik dan harus
disebarluaskan dan dihayati oleh pelajar. Pada saya nilai budiman ini adalah satu
perkara yang sangat penting dalam melahirkan generasi berkualiti masa depan.
Universiti adalah ladang ilmu. Amat malang sekali jika ladang ini tidak melahirkan
generasi yang mampu untuk menjadi model terbaik dalam masyarakat. Saya masih
ingat ketika mana masih berstatus mahasiswa pada era 90an, dimana guru saya
sering mengingatkan tentang peri pentingnya mahasiswa berilmu, beramal dan
menjadi contoh kepada masyarakat. Gunakan masa dan kesempatan berada
diladang ini untuk meraih sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman yang tidak akan
dijumpai diluar sana. Hakikat yang harus disedari bahawa bila kesempatan ini tidak
digunakan sebaiknya maka zaman akan meninggalkan kita dan kita tidak akan dapat
mencapainya dengan baik.
Saya ucapan tahniah kepada HEP/PPJK khususnya dibawa Prof Madya Dr
Hamdan Salleh Dato’Mohd Salleh selaku Timbalan Naib Canselor HEP yang telah
memulakan kempen dan gagasan Mahasiswa Budiman ini agar ianya akan terus
menjadi kekuatan mahasiswa di UNISEL khususnya. Menjadi harapan semua saya
percaya graduan yang lahir daripada kampus ini akan menjadi contoh kepada
masyarakat. Mari guna kesempatan mengenali apakah ciri-ciri budiman yang harus
ada dalam diri untuk terus maju kehadapan. Semoga ada manfaatnya.
Hasri bin Harun
Februari 2020
Mahasiswa Budiman
Mahasiswa Budiman, Mahasiswa Idaman
Mahasiswa Budiman adalah satu tema dan gagasan yang cukup murni dan bercita-
cita tinggi. Anak muda yang hendak dilahirkan dibawah universiti ini seharusnya
mempunyai budi dan jatidiri yang kuat untuk mendepani masa hadapan yang
mencabar. Generasi yang berbudi adalah mereka yang sedar diri dan mampu
menghadapi cabaran dan sedia membangun sahsiah secara holistik semasa dizaman
belajar. Sudah tentu mahasiswa berbudi ini adalah satu tema penting. Mahasiswa
berbudi adalah mereka yang mempunyai kualiti yang hebat, mampu menjana
kekuatan dan pembangunan serta berkeupayaan menjadi contoh kepada generasi
mereka. Dalam zaman belajar di universiti adalah kesempatan yang cukup besar
untuk membangun diri. Disinilah mereka merubah pemikiran, membentuk kualiti
sahsiah diri, menggabungjalinkan ilmu naqli dan aqli segalanya. Kualiti budi juga
terkait dengan nilai keinsanan yang tinggi. Sahsiah yang tinggi bakal melahirkan
insan yang berilmu dan berhikmah.
Justeru ambil peluang dan kesempatan ketika berada di universiti dengan
meningkatkan kualiti pembelajaran, membuka minda mencari sedalam mungkin
maklumat serta berusaha mendekati guru dan pensyarah yang berpengelaman bagi
memahami segala ilmu secara formal atau tidak formal. Moga panduan ini akan
dapat memulakan langkah untuk lebih cemerlang.
Mahasiswa Budiman: Mahasiswa Idaman
Proses pembentukan diri dalam era kemahasiswaan adalah sangat penting untuk
memastikan zaman tersebut benar-benar mendatangkan hasil yang baik untuk masa
hadapan. Zaman pembelajaran yang diikuti oleh mahasiswa adalah kesempatan
yang cukup berharga dalam menggembeling diri untuk membentuk citra
pembangunan mental, akal, jiwa dan cara pandang. Jika dilepaskan tanpa sebarang
kesempatan menimbal ilmu dan kematangan maka zaman tersebut akan pergi
begitu sahaja tanpa membawa apa-apa maka mahasiswa yang lahir adalah mereka
Mahasiswa Budiman
yang buta dan tanpa hala tuju. Oleh sebab itu zaman kemahasiswaan inilah yang
seharusnya diambil peluang bagi membangunkan minda dan jatidiri, mengolah
budaya dan cara berfikir serta menggali sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman
yang nantinya akan memberi panduan dalam tugas semasa berada di dalam
masyarakat.
Banyak sekali syarat dan bentuk latihan yang wajar diambil berat oleh mahasiswa
supaya era keremajaan dan kedewasaan ini akan memberi cukup kenikmatan untuk
dibawa dizaman belia dan dewasa. Universiti yang dianggap sebagai menara gading
sudah tentu memberi satu tanda tempat dimana mahasiswa semestinya berpencak
silatnya, menggunakan kesempatan ini membangun diri dan kualiti bagi mencapai
namanya menara. Apalah ertinya berada dimenara jika kualiti diri, semangat yang
ditanam sekadar memenuhkan perut dan cita-cita kosong dan sekadar memenuhi
tuntutan nafsu semata-mata. Bukan kah zaman inilah yang diseharusnya ditanam
idealisme, pembentukan minda, peperangan idea serta keupayaan membangkitkan
semangat anak muda.
Akal Budi teras Mahasiswa Budiman
Berdasarkan kajian-kajian sarjana Islam, ‘akal’ merujuk kepada kemampuan berfikir
yang melengkapkan manusia dengan pengetahuan (ilmu); berfikir terhadap segala
idea dan perilaku yang diperlukan dalam perhubungan dengan persekitaran serta
membolehkan akal melakukan perbezaan antara baik dan buruk untuk
dimanfaatkan dalam kehidupan mereka. Sementara perkataan ‘budi’ bertolak
daripada maksud keikhlasan yang lahir daripada hati akibat rasa luluh dan rasa
simpati yang terkandung di dalam hati. Sifat daripada rasa kemanusiaan tinggi ini
melahirkan budi daripada akal dan kebijaksanaan yang ditanggapi sebagai perbuatan
jasa atau berjasa. Menurut Mohd Yusof Othman (1999) menjelaskan bahawa deria
dalaman manusia terdiri daripada akal budi, iaitu daya ingatan berimaginasi,
Mahasiswa Budiman
imaginasi kehaiwanan, imaginasi keinsanan, anggapan, memori dan mengingat
semula.
Daripada pandangan di atas, jelaslah membuktikan agen intelek merupakan agen
yang tertinggi dalam perkembangan intelek manusia. Agen intelek boleh
memberikan makna tentang sesuatu yang dapat dirasai oleh jiwa sensitif dengan
memberi makna dan ilmu kepada manusia. Melalui akal dan budi seseorang itu
dapat menilai kebenaran dan kebatilan seperti dalam firman Allah S.W.T. dalam
surah al-Zumar ayat 9, “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang
yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima
pelajaran”.
Inilah antara bentuk kualiti budiman yang hendak dilahirkan. Keupayaan
menggunakan daya intelek dengan baik demi membentuk jatidiri yang cemerlang.
Mengapa tidak diasah akal dan jiwa serta budi bagi melahirkan insan yang berkualiti
dalam masyarakat?
Mahasiswa Budiman : Apa itu Budiman
Istilah budiman adalah asal daripada budi. Budi bermaksud sesetengah bermaksud
akal, kebijaksanaan, juga bermaksud pekerti perangai, akhlak, tingkah laku,
kelakuan, watak. Menurut Mustafa Haji Daud (1995:1)merumuskan definisi budi
yangdikemukakan oleh Yunus Maris, Kamus Dewan dan Kamus UmumBahasa
Indonesia sebagai lambang pekerti yang baik atau akhlak yangterpuji. Bagi
masyarakat Melayu amnya, perkataan budi itu membawa pelbagai maksud
antaranya jasa dan sumbangan yang diberikan
kepada individu yang lain. Budi atau sumbangan itu baik dari segi tenaga atau
material,mestilah diberi dengan ikhlas jika ingin diberkati Allah SWT.
Mahasiswa Budiman
Menurut Hadijah Rahmat (2008) “Budi mempunyai rumpunnya atau gugusan yang
bersiratan iaitu akalbudi, budi bicara, budi bahasa, budi pekerti. Gugusan budi
atau rumpun budi (budi complex) dapat dibahagikan kepada dua yang bersiratan antara satu
sama lain, ibarat kulit dengan isi, luar-dalam, lahir-batin, jasmani-rohani, Kulit, luar, lahir,
jasmani merupakan struktur luaran (surface structure) atau permukaan, fizikal, material, fiil,
meliputi persoalan budi-pekerti dan budibahasa. Isi, dalam, batin, rohani merupakan struktur
dalaman (deep structure) meliputi akal-budi, hati-budi dan budi bicara”
Manakala menurut Norazit Selat &Zainal Abidin Borhan (1996) ”Penerapan nilai
budiman bertujuan untuk melahirkan manusia Melayu yang halus, berhati mulia, berakal,
bijaksana, beradat, beradab, tahu membalas budi, cukup ajar dan sebagainya. Budi dan
budiman ialah teras humanisme, morality dan etika Melayu, yang berpaksikan ketuhanan
(ketauhidan) yang mampu meletakkan manusia ke darjat, harkat dan martabat tertinggi.
Manusia Melayu yang memiliki nilai dan berorientasikan budi disebut sebagai manusia
budiman yang melambangkan a total personality, a perfect gentleman. Dari konsep manusia
budiman inilah lahir masyarakat budiman. Konsep budi dan budiman inilah teras kemanusiaan
Melayu yang bukan self-centred, man-centred, tetapi juga berpaksikan ketuhanan (God-
centred).”
Ciri dan Faktor untuk membina Mahasiswa Budiman
B – Berilmu
U – Unik
D- Dinamik
I – Ikhlas
M –Matang
A – Aktif
N – Nasihat
Mahasiswa Budiman
1) Mahasiswa Berilmu
Asas utama kualiti Mahasiswa Budiman adalah menjadikan Ilmu sebagai kekuatan
meneruskan kegiatan seharian. Dalam konteks kehidupan kemahasiswaan, setiap
mahasiswa seharusnya mempunyai kesedaran tinggi dalam meningkatkan tahap
keilmuan dan menjadikan ilmu sebagai benteng kehidupan seharian. Cara bercakap,
cara bertindak dan setiap perlakuan hendaklah berpaksikan ilmu. Tanpa ilmu yang
benar apalah ertinya nilai kemahasiswaan itu pada diri masing-masing. Kualiti
kemahasiswaan di dalam insitusi pengajian tinggi adalah sejauhmana setiap
perlakuan dinilai dari segi ketinggian ilmunya. Adalah janggal jika mahasiswa
bertindak sama sebagaimana golongan remaja dan belia diluar kampus. Justeru
kebudiman itu hendaklah dipupuk dengan baik agar tiada sebarang ruang yang
menonjolkan keburukan sebagai seorang insan berpendidikan
2) Mahasiswa Unik
Menurut Kamus Dewan Bahasa unik bermaksud tidak sama dengan yang lain. Ia
juga membawa maksud tersendiri, luar biasa dan istimewa. Justeru, apakah bentuk
mahasiswa yang ingin dilahirkan jika kata unik ini hendak dilaksanakan. Sudah
tentu sebagai sebuah medan ilmu yang tinggi dan mempunyai sejarah yang
tersendiri, dunia kemahasiswaan itu seharusnya mempunyai keistimewaan yang
tersendiri dan mampu dirasai oleh masyarakat. Semua mengetahui bahawa
mahasiswa adalah golongna terpelajar. Mereka golongan terpilih untuk mengangkat
diri dan kualiti. Maka penjanaan diri dan kualiti itu seharusnya unik dan istimewa.
Dimana keistimewaan yang ada berbanding mereka diular universiti jika bukan akal
dan budinya. Keunikan akal dan budi inilah yang seharusnya diletak pada tahap
yang tinggi. Setiap tindakan mahasiswa seharusnya berkualiti dan mampu menjadi
model ikutan bukan cercaan dan cacian masyarakat kerana golongan terpelajar
seharusnya bijaksana.
Mahasiswa Budiman
3) Mahasiswa Dinamik
Dinamik bermaksud bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat
penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan. Mahasiswa yang
dinamik semestinya ada kekuatan bukan kelemahan dan ketidakupayaan dalam
mengemudi kepemimpinan. Kepemimpinan bukan sahaja mengepalai organisasi
semata-mata tetapi pemimpin dari segi idea, masa, kekuatan dan bantuan serta
gandingan yang berterusan. Generasi Budiman yang hendak dilahirkan ini
seharusnya menjadikan diri mereka sentiasa di dalam kawah kemajuan dan
pembaharuan. Dunia kemahasiswaan adalah medan mencipta kecemerlangan dan
seterusnya menggapai dengan semangat yang tinggi untuk mempelopori kejayaan.
Tiada istilah gagal dan lemah untuk ditatapi jika mendepani cabaran. Inilah
mahasiswa Budiman yang menjadi idaman
4) Mahasiswa Integriti
Sifat amanah dan bertanggungjawab adalah asas kepada kualiti insan utama.
Akauntabiliti serta kepercayaan adalah nilai tinggi yang tiada boleh didapati dimana-
mana melainkan dicipta melalui pendidikan. Orang yang beramanah dan
berintegriti adalah mereka yang telah mencapai tahap jihad yang tinggi.
Ketidakamanahan dalam setiap kerja terutama dalam kawah ilmu ini bukan sahaja
mendatangkan keburukan tetapi fitnah kepada institusi ilmu. Mahasiswa Budiman
adalah mereka yang pantas dan sedar isu integrity ini. Tiada suatu yang boleh
dipermain-main dalam aspek integrity. Jangan dibiarkan nilai integrity tercalar
walaupun sekecil zarah sekalipun. Inilah kualiti mahasiswa budiman.
5) Mahasiswa Aktif
Antara formula kejayaan dunia kemahasiswaan adalah keupayaan dalam
menggerakan agenda kecemerlangan. Mahasiswa yang Berjaya selain daripada
kekuatan pembelajaran adalah mereka yang aktif dalam berkarya. Keupayaan
menggerakkan program dengan baik serta menggalakkan mahasiswa dalam
Mahasiswa Budiman
menjalankan program menjadi asas kepada pembinaan pengalaman walaupun
masih dialam kemahasiswaan. Aktif dalam dunia mahasiswa adalah suatu elemen
penting dalam menjayakan kegiatan apabila menamatkan pengajian nanti. Yang
hendak dilahirkan bukan sahaja ilmuwan kerusi (armchair scholar) tetapi aktivis
yang berilmu dan sedar akan masa depan masyarakat dan negatra. Jangan sampai
ilmuwan yang dilahirkan semata sebagai penggali ilmu dan akhir terjunam dalam
lubang ilmu sendiri tanpa dapat dirasai oleh masyarakat.
6) Mahasiswa Nasihat
Dunia kemahasiswaan ini bukan sahaja dunia sebaran ilmu dan menggali
kecemerlangan tanpa saling nasihat menasihati. Elemen nasihat ini adalah teras
penting dalam membentuk mahasiswa yang saling membantu, taawun dan
menggerakkan elemen dakwah islamiah. Pembentukan mahasiwa budiman ini
adalah bercirikan masyarakat. Tiada ertinya lahir mahasiswa yang kaku dan tidak
mempunyai jatidiri dan bisu dengan segala keburukan. Mahasiswa budiman juga
adalah mereka yang saling menggerakan elemen amar makruf dan mencegah
mungkar. Nilai kebaikan itu dijadikan asas membangun masyarkat dan berkerja
dengan penuh tekad mengelak sebarang keburukan terbangun. Inilah kualiti
mahasiswa yang hendak dilahirkan. Cita yang terbina adalah terbina berasaskan
nilai ingat mengingati , membangun semangat kerjasama membentuk kualiti
mahasiswa terdidik.
Cabaran Mahasiswa Budiman Masa Hadapan
Salahsatu daripada kekuatan Mahasiswa Budiman adalah memiliki Minda yang
terkehadapan. Minda kehadapan bermaksud keupayaan menggunakan segala
kekuatan dan kelebihan dalam menggabungjalingkan ilmu dan amal dalam
mencapai kecemerlangan. Kekuatan gabungan akal, jiwa dan jasad yang kuat
melahirkan mahasiswa yang gemilang. Howard Gardner Professor dari Harvard
Graduate School of Education telah menggariskan 5 minda yang diperlukan pada
Mahasiswa Budiman
masa akan datang. Keperluan memiliki keupayaan minda yang sihat dan berkualiti
penting dalam membentuk budi dan jatidiri yang kuat dapat mendepan cabaran
akan datang. Antara bentuk minda yang dapat mencapai kekuatan dapat dinilai
seperti di bawah;
1. Minda berdisiplin (Disciplined mind)
2. Minda menggabungjalinkan (Synthesizing mind)
3. Minda mencipta (Creating mind)
4. Minda menghormati (Respectful mind)
5. Minda beretika (Ethical mind)
MINDA BERDISIPLIN (Kepakaran/kesarjanaan)
Minda mestilah di disiplinkan dalam tiga lapisan makna atau cara. Seseorang insan
itu mestilah mampu berfikir mengikut disiplin ilmiah/bidang kesarjanaan seperti
sejarah, matematik, sains dan kesenian. Ia seharusnya mempunyai
sekurangkurangnya satu jenis kepakaran dan mempunyai tabiat/kebiasaan lakuan
untuk mengaplikasikan ilmunya secara berterusan sehinggalah pembelajaran
berlaku sepanjang hayatnya.
MINDA MENGGABUNGJALINKAN (Menguasai/memanfaat maklumat)
Menurut Nobel laureate Murray Gell-Mann, dalam abad 21, minda yang paling
penting ialah minda menggabungjalinkan (the Synthesizing Mind). Para individu
terdedah pada jumlah informasi yang amat besar/banyak. Oleh itu kita perlu bijak
membuat keputusan untuk menentukan mana yang penting dan bagaimana cara
yang terbaik untuk mengatur atau mengurus maklumat untuk diri dan
menggunakanya untuk berkomunikasi dengan yang lain sehingga semuanya
menjadi sebati (automated) dalam diri.
Mahasiswa Budiman
MINDA MENCIPTA (CREATING MIND)-Ciptaan luar biasa Barisan
minda yang paling terkedepan ialah minda yang mencipta idea baru berfikir di luar
kotak kebiasaan. Cara pemikiran sedemikian menjangkau disiplin ilmu yang
tertentu dan perlu mempunyai kebolehan menggabungjalin tetapi tidak
dibataskan/hambat oleh sesuatu yang pernah difikirkan dan dilakukan sebelum ini.
MINDA MENGHORMATI (RESPECTFUL MIND)
Hormati kelainan Minda Menghormati ini menjangkau tahap toleransi. Seseorang
yang mempunyai minda menghormati ini mengalu-alukan kepelbagaian
manusia/insan, memburu untuk memahami dan bekerja dengan orang lain, dan
memupuk suasana yang terbuka serta saling menerima (reciprocity).
MINDA BERETIKA (The ETHICAL MIND) warga dunia/Pembina
kemanusian sejagat
Minda beretika dibina atas landasan rasa hormat tetapi ia mempunyai sikap yang
lebih abstrak atau tinggi. Individu yang beretika mentafsir peranan dirinya sebagai
pekerja dan warga negara. Mereka melaksanakan tugas dengan baik…kerjanya
cemerlang, beretika dan bermakna pada dirinya. Mereka menganggap diri mereka
sebagai warga masyarakat, rantau dan dunia dan bertindak secara membina, bukan
dengan cara yang mementingkan diri (non egocentric ways).
MEDAN MINDA (Cognitive, Social, Affective)
Jenis minda ketiga yang awal adalah dalam medan kognitif. Dua minda yang
terakhir (Menghormati dan beretika) pula berkaitan dengan dunia individu lain,
oleh itu ia bersifat social dan emosi (affective).
Mahasiswa Budiman
PERTENTANGAN MINDA (TENSION BETWEEN MINDS)
Tidak mudah untuk membina setiap jenis minda tersebut. Terdapat pertentangan
(tension) antara minda-minda ini. Misalnya rasa menghormati yang melampau akan
menghambat daya kreativiti. Oleh itu untuk membolehkan minda-minda ini
berfungsi bersama, adalah suatu cabaran untuk menggabungjalinkannya.
Penutup
Disinilah kita harus bermula demi untuk mencapai pembinaan generasi budiman
yang diidamkan. Unisel sebagai sebuah IPT yang dibangunkan atas hasrat tinggi
melahirkan mahasiswa berjaya dan berkemahiran telah meletakkan nilai dan
keinsanan sebagai teras utama kejayaan yang hendak dicapai. Mana mungkin
kejayaan dimedan menara gading dapat diangkat tanpa kualiti kemahasiswaannya.
Mahasiswa yang terbina atas dasar ilmu digabungjalinkan dengna nilai akal budi
yang matang akan melahirkan para sarjana dan ilmuwan yang berkualiti dalam
masyarakat. Mari kita sama-sama hayati semangat dan gagasan ini supaya kita tidak
ketinggalan. Mahasiswa budiman adalah Mahasiswa Idaman.
Mahasiswa Budiman
MEMBERDAYA MAHASISWA BUDIMAN
Prof Madya Dr Hamdan Mohd. Salleh
TNC/NP (PPJK)
“Disini keilmuan jadi budaya Kepakaran sendi kerjaya
Ilmu dihayati sepanjang usia Amal Jariah Tunjang Jasa”
4 baris di atas merupakan rangkap pertama lirik lagu rasmi UNISEL. Ia bukan
sekadar lirik yang enak iramanya . Ia juga bukan sekadar untuk secara berkala.
Tentunya bukan untuk menjadi siulan harian anak muda. Lirik ini besar natijahnya.
Lagu keramat ini merupakan satu azam, tekad dan hasrat universiti ini untuk
melahirkan graduan holisitik dan inklusif yang benar-benar mampu memberi impak
kepada semua pemegangtaruh. Ringkasnya keinginan menyediakan graduan yang
hidup, terbaik dan pasti berjaya.
Universiti Selangor sejak dua dekad penubuhannya sentiasa komited dalam
melahirkan graduan yang berkualiti yang dapat menyumbang kepada tenaga kerja
profesional khususnya di dalam Negeri Selangor dan negara secara amnya. Sejak
Januari 2016, UNISEL telah melalui proses transformasi yang menyeluruh
menerusi pendekatan holistik yang diterajui oleh Presiden dan Naib Canselor
UNISEL Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman,. Proses yang
diperjelaskan menerusi tagline UNISEL, Peneraju Transformasi dan kemudiannya
Memacu Kecemerlangan memberi penekanan secara keseluruhan dalam
membangun UNISEL menjadi universiti terbaik buat semua.
UNISEL mengukuhkan lagi usaha transformasi terutama dengan penekanan
kepada agenda pembangunan keinsanan dan pendidikan karakter dalam kalangan
pelajar apabila melancarkan Dasar “Memberdaya Mahasiswa Budiman” pada tahun
2019. . Pemberdayaan berpaksi kemanusian ini bukan sahaja ditujukan kepada
Mahasiswa Budiman
kecemerlangan akademik sahaja, malah tentunya tertumpu ke arah membentuk
pelajar UNISEL yang holisitik dan inklusif. Fasa 2019-2021 menjadi fasa
seterusnya dalam transformasi UNISEL dalam melengkapi tahapan sesuai
pembangunan peradaban kemanusiaan seterusnya menjadi ikon Pendidikan
Selangor dan turut menepati agenda kerajaan negeri Selangor.
Jika disorot lanjut, tahun 2020 ini merupakan permulaan era cukup menarik dan
tentunya amat mencabar dalam membincangkan berkaitan pendidikan universiti.
Ini disebabkan oleh dua faktor yang saling berkait. Pertama, ambilan pelajar dasar
bermula tahun 2018 merupakan detik bermulanya generasi pertama anak-anak yang
lahir dalam abad ke-21 melangkah ke peringkat pengajian tunggi. Kedua, tahun
berkenaan juga merupakan antara kemuncak bermulanya revolusi industri 4.0 iaitu
industri yang berpaksikan teknologi realiti maya dan digital yang holisitik. Dalam
dunia menuju ke arah globalisasi total, tentunya cabaran amat besar dalam
pendidikan untuk mengimbangkan generasi yang dikenali dengan Generasi
Platinum dengan gelombang kemajuan industri Industri 4.0 ini.
Cabaran pendidikan ini sangat sangat jelas ditulis oleh Za’ba seawal tahun 1917
menerusi pandangan beliau :
“...melayakkan si murid itu bagi peperangan kehidupan dan bagi menjadi manusia
{menjadi orang) dan anak negeru yang layak dan jaya di dalam dunia serta mulia
kehidupannya di akhirat.” (Za’ba, Lembaga Melayu, 1917)
Dalam dunia menuju ke arah globalisasi total, tentunya cabaran amat besar dalam
menghadapi gelombang kemajuan industri yang dikenali sebagai Industri 4.0. Dasar
ini tidak tertumpu kepada persedian akademik semata-mata dalam menghadapi
cabaran berkenaan. Fokus ucaptama ini adalah untuk membincangkan secara asas
dan ringkas mengenai pengimbangan Akal dan Hati dalam usaha menyediakan
pelajar yang benar-benar holisitik.
Mahasiswa Budiman
Tatkala menulis artikel ini, saya secara tidak sengaja terbuka sebuah buku penulisan
Mohammad Qayyum A. Badaruddin (2014). Ahmad Ammar, Satu Kematian Yang
Hidup yang saya beli pada tahun 2014 namun belum berkesempatan untuk
mentelaah dengan mendalam. Buku tentang Allahyarham Ahmad Ammar. Dalam
halaman 18, tertera satu catatan yang ditulis oleh Allahyarham pada 4 Mei 2006.
Catatan oleh seorang anak muda berusia 13 tahun waktu itu. Allahyarham
menyenaraikan 10 cita-cita beliau dengan hanya 1 dibiarkan tanpa dipotong.
Askar
Saintis
Doktor Haiwan
Engineer (sic)
Arkitek
Pengkaji
Ustaz
Juruterbang
Pemain bolasepak
Usahawan
Jika dilihat dari 10 cita-cita beliau, hampir semua asas akademiknya disediakan di
peringkat universiti. Program seperti Asasi Komunikasi, Bahasa Arab, Pengajian
Islam, Sains, Bahasa Inggeris, Pengurusan dan Teknologi Maklumat pasti
menyediakan ruang untuk pelajar memperoleh semua bidang yang ditulis dan
kemudiannya dipotong oleh Allahyarham Ahmad Ammar. Yang biasa terlepas
pandang adalah yang tidak dipotong oleh beliau.
Dalam pada itu, bandingkan cita-cita Allahyarham dengan penulisan ringkas Dawn
Dugan. menjelang Industri 4.0, Dugan menerusi laman sesawang Salary
menyenaraikan beberapa kerjaya yang mendapat perhatian tinggi dari pemain
industri global. Antara kerjaya yang tersenarai adalah Teknologi Maklumat,
Mahasiswa Budiman
Kewangan, Analisis Data, Penjagaan Kesihatan, Tenaga Alternatif, Perundangan
Antarabangsa, Pemasaran dan Multimedia. Dunia dalam era Industri 4.0 satu era
yang memberi penekanan kepada globalisasi mega berpaksi nformasi teknologi atau
digital teknologi, nano teknologi dan bioteknologi. Perubahan dari industri 3.0 ini
tentunya sangat dahsyat dan mencabar.
Kepedulian Sosial Yang Tinggi
Cabaran inilah perlu diterjemah kepada para pelajar UNISEL. Cabaran yang sangat
sangat unik. Mereka perlu mengubah pola pemikiran dari pelajar menengah
menjadi mahasiswa tulen dan kemudiannya manusia sejagat. Mereka perlu menjadi
“maha” atas kesiswaan mereka. Tentunya mereka mempunya tanggungjawab jauh
lebih besar dari remaja lain. Mereke perlu berbeza dari yang lain. Mereke
berpeluang untuk memajukan diri bukan sahaja untuk diri sendiri, malah untuk
agama dan negara. Pesan Bapak Doktor Anies Baswedan, mantan Menteri
Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia yang kini Gebenor Jakarta sangat relevan :
“Mahasiswa jangan keluar dari universiti hanya dengan selembar kertas bertuliskan
transkrip tau bertuliskan Ijazah. Masa depan tidak mungkin boleh dibangun hanya
dengan selembar kertas itu. Anda perlu menjadi manusia baru, lebih dari sekadar
peneliti, lebih dari sekadar pengajar. Harus menjadi PEMIMPIN. Anak-anak muda
yang kata-katanya, langkahnya mampu membuat perubahan”.
Keunikan mereka perlu dibentuk untuk membentuk Malaysia akan datang. Cabaran
utama tentunya melahirkan pelajar Asasi yang holistik, inklusif dan bersedia untuk
terus dibentuk di peringkat lebih tinggi. Keperluan ini semakin mendesak tatkala
dunia menuju Industri 4.0. Selain fokus keperluan akademik yang memenuhi
keperluan Industri 4.0, cabaran paling besar adalah bagaimana membentuk manusia
dan pemimpin dari kalangan pelajar Asasi dalam waktu ketika yang penuh
mencabar. Maka disinilah kepentingan membentuk karekter dan membina insan.
Mahasiswa Budiman
Cabaran utama tentunya dalam mewujudkan pelajar Asasi yang terlatih dalam dua
trek, akademik dan kepimpinan. Semua universiti telah lama menumpukan trek
akademik. Sememangnya universiti ditubuhkan untuk melahirkan pelajar cemerlang
dari segi akademik. Namun, bagaimana untuk menjadikan pelajar cemerlang di luar
ruang kuliah. Sekali lagi, nama Allahyarham Ahmad Ammar pasti boleh dirujuk.
Dalam cita-cita akademik beliau, matlamat utama ingin menjadi penyelidik.
Akhirnya beliau cemerlang dalam kedua-dua bidang walaupun cukup awal dijemput
Ilahi. Ini cabaran besar pusat Asasi, melahirkan pelajar yang mampu mengakar
masyarakat selain cemerlang dalam akademik.
Penawaran Subjek yang merentas program akademik
Kemunculan bidang akademik yang semakin kompetitif membawa kepada cabaran
mencari “common subjects” untuk disesuaikan kepada semua program Tahun
Asas. Usaha ini akan membolehkan para pelajar pelbagai bidang mampu
membicarakan subjek-subjek berkenaan dengan cukup mahir. Subjek-subjek ini
adalah seumpama subjek teras yang diambil di peringkat sarjana muda. Ianya perlu
dipilih berdasarkan keperluan dan matlamat untuk apa subjek berkenaan
ditawarkan. Subjek berpaksi kemanusian ini pasti akan memberi impak besar untuk
pelajar peringkat Tahun Asas jika ditawarkan secara konsisten.
Dasar penawaran subjek merentas program akademik ini adalah amalan biasa di
negara-negara maju. Australia umpamanya memperkenalkan subjek “Discovering
Democracy” seawal peringkat sekolah rendah. Kanada, England, Singapura dan
Wales mewujudkan subjek kewarganegaraan. Negara-negara lain seperti Itali,
Jepun, New Zealand, Sweden dan Amerika Syarikat mewujudkan subjek pengajian
sosial kepada sejak peringkat menengah. Konsep yang dilaksanakan di Jerman lebih
menarik. Jerman menggunakan konspe yang ditermakan sebagai “Sachunterricht”
(Kuldip Kaur, 2013). Konsep ini berpaksikan subjek kemanusiaan yang
merangkumi ekonomi, pengajian sosial, sejarah, geografi, sains dan teknologi.
Mahasiswa Budiman
Penerusan dasar Jerman dalam mewujudkan pendidikan holistik boleh dilihat
menerusi konsep “Fachschulen”. Konsep ini menggabungkan bidang akademik
dan keperluan industri terutama di dalam bidang teknikal.
Pengajian Tinggi di Malaysia perlu memberi fokus kepada penawaran subjek-subjek
teras yang mampu memberi ruang untuk pelajar berkembang. Subjek seperti
pemikiran kritis, skil komunikasi, hak asasi, pengajian keperluan khas, pengurusan
projek, pengucapan awal umpamanya adalah penting bagi mengukuhkan lagi skil
dan corak pemikiran mereka. Ini juga selaras dengan dasar kerajaan negeri Selangor
yang inginkan graduan yang bersedia untuk menempuh alam bekerjaya.
Usaha Membentuk Karekter dan Bina Insan di peringkat Universiti
Jika disorot isu kualiti universiti dari sudut holisitik, tentunya isu memanusiakan
graduan menjadi antara paksi utama. Era moden telah membincangkan isu ini
seawal 90 tahun yang lalu. Peranan universiti secara praktis boleh digambarkan
menerusi pandangan Siddiq Fadhil (2016) yang secara tegas menyatakan universiti
tidak cukup berperanan hanya melahirkan graduan yang cemerlang akademik. Jika
itu berlaku, universiti sebenarnya adalah setaraf dengan apa yang ditermakan
“monkey training centre”. Yakni, universiti jangan hanya mampu melahirkan
pelajar yang mahir dalam bidang kepakaran akademiknya sahaja.
Za’aba sejak 1920-an mengkritik apa yang ditermakan sebagai “miskin perangai”
sebagai salah satu punca sukarnya memajukan pendidikan orang Melayu (Ermy
Azziaty Rozali & Mohammad Redzuan Othman). Dalam era yang hampir sama,
ulama Patani, Haji Sulong turut memperjuangkan isu kepentingan pendidikan
holisitik yang sama tatkala cuba membawa obor pendidikan berpaksi Islah dan
Tajdid di Selatan Thai (Hamdan Mohd Salleh, 2010).
Mahasiswa Budiman
Berkaitan pendidikan, Za’ba (1927) dengan jelas menulis :
“Pelajaran otak atau kepandaian sekolah atau kolej sahaja, istimewa pula jika yang
demikian itu terlalu rendah dan tiada melebihi daripada kepandaian membaca,
menulis, berkira-kira dan membuat kerja-kerja kerani dan mengenal akan
kesedapan karangan-karangan yang rendah dan kecil. Pelajaran yang dikatakan
cukup itu hendaklah termasuk di dalamnya pelajaran-pelajaran berniaga, berjual-
beli, pertukaran, membuat barang-barang, bercucuk tanam dan berbagai-bagai
perusahaan dan pekerjaan mengeluarkan hasil. Dalam pada itu hendaklah pula
dimaksudkan tiap-tiap seorang termesti belajar dan mengetahui kesemuanya itu.”
Sedekad selepas Za’ba, tokoh motivator Barat Napoleon Hill turut membawa isu
yang sama. Hill (1937) dalam buku Think and Grow Rich meringkaskan dua kritiria
utama manusia yang cemerlang. Dua ciri berkenaan adalah manusia yang sentiasa
sibuk namun punya matlamat yang jelas dalam kerjaya dan manusia yang sanggup
melabur masa senggang dan wang untuk terus menuntut ilmu. Ternyata pandangan
Za’ba, Haji Sulong dan Hill masih relevan hingga ke hari ini. Pembinaan karekter,
jati diri dan sikap yang mampu mengakar masyarakat akan melengkapkan
kecemerlangan akademik mahasiswa. Ketiga-tiga pandangan sarjana ini boleh
dirumus menerusi pandangan Syed Muhammad Naquib al-Attas (1977) yang
menyatakan bahawa tujuan menuntut ilmu dalam Islam adalah untuk menerapkan
adab dan keadilan dalam diri insan.
Paling mencabar adalah bagaimana untuk membina generasi manusia yang hebat
berteraskan nilai-nilai ketuhanan. Al-Qur’an menjelaskan dengan cukup
menyeluruh ciri-ciri mulia generasi ulul al-bab iaitu golongan yang memiliki sesuatu
kefahaman yang mendalam. Ini amat jelas dalam Al-Qur’an terutama menerusi
Sura Ali’Imran (190-194), al-Ra’d (19-22), Mukminin (1-10), al-Furqan (63-74) dan
al-Zumar (18). Istilah Ulul al-bab ini tertera 16 kali dalam al-Qur’an. Selain itu, ia
juga memberi penekanan kepada keteladanan unggul yang terhebat iaitu peribadi
Rasulullah sendiri.
Mahasiswa Budiman
Ahmad Azam pada tahun 2014 telah merangkumkan formula untuk melahirkan
generasi di atas dengan cukup ringkas namun sangat tepat. Tujuh ringkasan
berkenaan adalah seperti butiran berikut:
(i) Meletakkan wawasan Ummatik
(ii) Memberikan nama yang sesuai dengan wawasan
(iii) Mendidik ketinggian adab
(iv) Menghayati al-Qur’an
(v) Memelihara solat dan menunai tahajjud
(vi) Menguasai ilmu yang diperlukan pada zaman itu
(vii) Menguasai bahasa-bahasa asing
Komuniti Intelektual Yang Cakna Masyarakat
Pelajar perlu didedahkan dengan kerja sosial di luar ruang kuliah. Menerusi cara ini,
akan lahir mahasiswa bukan sahaja cakna komuniti, malah merentas perbezaan
kaum. Cakna komuniti inilah akan melahirkan pemimpin yang punya hati.
Pengalaman bersama masyarakat di bandar dan di luar bandar ini pasti akan
tersemat di dalam diri mahasiswa. Bukan itu sahaja, usaha mengakar masyarakat ini
adalah usaha untuk menyiapkan pemimpin masa depan. Ini kerana, mereka bukan
kelayakan akademik sahaja malah punya kefahaman tentang apa yang berlaku di
sekeliling mereka. Mereka bukan sahaja melaksanakan aktiviti masyarakat, mereka
juga menjadi inspirasi kepada anak-anak dalam komuniti yang mereka santuni.
Pemimpin Budiman ini akan melihat dari perspektif besar seperti kata-kata Saidina
Ali:
“Akhukum fil Insaniah” (Mereka yang bukan Islam, adalah saudaramu dalam
kemanusiaan”
Dalam memperkatakan Industri 4.0 dan tahun 2018, pelbagai isu perlu diberi
penekanan terutama kepada pembuat dasar, pemain industri, pekerja dan sektor
pendidikan. Sangat diakui, potensi industri ini menjelang 2018 dan mendatang
Mahasiswa Budiman
cukup banyak dan Revolusi Industri 4.0 ini tentunya akan mengubah bentuk
perniagaan juga perkhidmatan serta hala tuju pendidikan Namun, antara cabaran
utama adalah bagaimana sektor yang berkait ini menangani industri 4.0 yang turut
bersamanya adalah elemen ketidakpastian dan ini membawa kepada cabaran utama
untuk Malaysia dan tentunya untuk Selangor sebagai negeri termaju, di negara ini.
semua pihak perlu belajar daripada kesilapan yang berlaku ketika era Revolusi
Industri 1.0 hingga Revolusi Industri 3.0. Walaupun tiga era sebelum ini memberi
kesan dan faedah kepada peradaban, pembentukan manusiawi dan sosioekonomi
dunia, namun ia turut membawa kepada kemusnahan ekologi serta alam sekitar
dunia.
Tatkala hampir semua diskusi lebih menjurus kepada bagaimana hebatnya industri
ini, tumpuan di peringkat pengajian asasi sepatutnya tidak tertumpu kepada
persedian akademik semata-mata dalam menghadapi cabaran berkenaan. Fokus
yang perlu diberi penekanan penting adalah bagaimana persediaan dan
menyediakan elemen manusia dengan pengimbangan Akal dan Hati dalam usaha
menyediakan pelajar universiti yang benar-benar holisitik dalam berhadapan
cabaran industri ini.
Usaha Inklusif dengan Fokus kepada Pelajar Berkeupayaan Berlainan
Kisah seorang pemuda Amerika Syarikat bernama Rick Hoyt yang mengalami Palsi
Cerebral kerap menjadi rujukan para motivator. Video beliau di Youtube sentiasa
menjadi tontonan umum termasuk di sekolah-sekolah di Malaysia. Penulis buku
“One Letter at A Time” (2012) ini adalah satu contoh manifestasi kejayaan hak
OKU dalam sejarah pendidikan tinggi di Amerika Syarikat. Sebelum Hoyt, OKU
berjaya di Barat adalah nama-nama besar dunia modem seperti Alexander Graham
Bell, Helen Keller, Albert Einstein, Thomas Edison dan Henry Ford. Stephen
Hawking, Mark Zukerberg dan Richard Branson adalah tokoh dari kalangan OKU
era kontemporari. Mengapa mereka berjaya walaupun OKU? Kerana peluang
Mahasiswa Budiman
pendidikan dibuka seluas-luasnya kepada mereka. Dalam kes Rick Hoyt, beliau
seorang pemuda yang alami kelumpuhan otak, tidak mampu bertutur dan bergerak
namun menjadi manusia “non-verbal” pertama yang memperoleh ijazah sarjana
muda. Malaysia juga menyaksikan Ng Chee Kyun sebagai OKU kelumpuhan otak
pertama memperoleh ijazah Doktor Falsafah pada tahun 2007.
Data WHO 2012 menganggarkan jumlah OKU di dunia adalah sekitar 15% dari
jumlah penduduk keseluruhan. Jika penduduk Malaysia sekitar 30 juta, maka OKU
adalah sekitar 4.5 juta. Paling menarik, sebahagian besar adalah dalam kategori
“hidden disabilities” seperti masalah pembelajaran, autistik, dyslexia dan asperger.
Mereka ini terutama dyslexia dan asperger mampu menyambung pelajaran di
peringkat tinggi namun perlu fasilitasi khusus. Ini disokong oleh data terkini yang
menyatakan bahawa 16% pelajar yang mengalami masalah pembelajaran
menyambung pengajian ke universiti. Jumlah ini tentunya besar kerana daftar OKU
JKM 2012 menunjukkan sejumlah 109,610 adalah di bawah kategori Masalah
Pembelajaran.
UNISEL menerusi dasar inklusifnya telah mengambilkira pelajar-pelajar
berkeperluan khas ini. Orang Kelainan Upaya (OKU) atau lebih sesuai ditermakan
dengan Berkeupayaan Berlainan ini kerap sukar mendapat akses pendidikan yang
sempurna. Pendidikan yang inklusif sebenarnya satu hak yang kerap dilupakan.
Kesediaan melaksana dasar menerima pelajar sebegini pasti menambah barkah
dalam usaha mendidik mahasiswa. Cabaran ini perlu dibincang seluasnya andai
pengajian peringkat asasi benar-benar ingin bersedia di dalam era Industri 4.0.
Kata Akhir
Sehubungan dengan itu, Dasar Mahasiswa “BUDIMAN” ini perlu difahami dan
diangkat sebagai agenda utama UNISEL agar hasrat Pembangunan Pelajar dan
Jaringan Komuniti sebagai antara pemegangtaruh dalam merealisasikan aspirasi
Mahasiswa Budiman
keinsanan mahasiswa UNISEL menerusi tema “Memberdaya Mahasiswa
Budiman”. Budiman ini juga satu hasrat UNISEL melahirkan pemimpin masa
depan yang holistik dan punya nilai kemanusiaan tinggi. Memetik Peribahasa Tamil:
“Ontre Kulam Oruvane Thevan” (Satu Jiwa Kerana Kemanusiaan)
Meminjam pula kata-kata Kung Fu Tze yang cukup merangkumi hasrat ini:
“si hai zhi nie jie xiong di” (Empat Lautan terbentang luas, semua manusia
bersaudara” Kung fu tze dalam Lun Yu Nuku ke-4 Buku Yuen Yuen.
Mahasiswa Budiman
Konsep Dasar Mahasiswa BUDIMAN UNISEL
Dasar ini telah diluluskan oleh JK Pengurusan Eksekutif kali ke-180 , Bil. 17/2019
pada 11 Jun 2019 dan dibawa untuk makluman Senat kali ke-172, Bil 07/2019
bertarikh 24 Jun 2019.
Dasar Pembangunan Pelajar merujuk kepada Siddiq Fadzil (2012), makna orang
budiman sebagai sebuah konsep yang kuat dan padat dengan nilai-nilai
keunggulan watak; berilmu dan berakhlak, beragama dan bersusila, bijaksana dan
prihatin. Oleh itu, mahasiswa yang ingin dibentuk adalah watak yang utuh dan
seimbang.
Dasar Pembangunan Pelajar akan dilaksanakan dengan merujuk kepada kerangka
tiga teras utama seperti berikut:
a. BUDI
b. MENGAKAR MASYARAKAT
c. TAHAN UJI
BUDI
Dasar Pembangunan Pelajar akan dihayati melalui penerapan konsep budiman yang
kuat, padat dengan nilai-nilai keunggulan watak serta utuh dan seimbang serta
berpaksi kepada makna budi dan budaya seperti berikut:
Budi Bicara – Pemikiran yang bijaksana, santun, bernas dan berwibawa dengan
keilmuan, beragama, dan prihatin. Mendahulukan hikmah dalam membuat
pertimbangan dan keputusan berdasarkan keilmuan yang benar.
Budi Bahasa – Berbahasa hormat, ramah dan santun dalam berkomunikasi
dengan masyarakat dan berkesan menyampaikan mesej dalam pelbagai medium
dengan keadaan yang teratur dan beradab.
Mahasiswa Budiman
Budi Pekerti – Adab, sikap, tingkah laku, akhlak yang bersusila bagi mengukuhkan
jatidiri sebagai agen yang menyuburkan nilai keinsanan melalui gerak kerja
kemasyarakatan.
Budi Daya – Ketahanan diri yang menjadi paksi membezakan antara mahasiswa
biasa dengan mahasiswa yang benar-benar hidup, terbaik dan Berjaya.
MENGAKAR MASYARAKAT - KEPEDULIAN SOSIAL
Teras ini adalah berdasarkan Dasar Sosial Negara, pembangunan sosial yang
berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai
kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup
masyarakat Malaysia yang maju dan mantap. Setiap anggota masyarakat berpeluang
untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran
sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu-padu, berdaya tahan, demokratik,
bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama. Agenda UNISEL
CAKNA telah dikenali dan dirasai oleh komuniti. Oleh itu penjenamaannya perlu
diluaskan melalui ENAM bentuk kegiatan. Bagi mencapai agenda ini, berikut
adalah keutamaan yang perlu diberikan:
A. Sukarelawan UNISEL – Menggalakkan penglibatan pelajar di dalam kegiatan
kesukarelawanan di peringkat kampus, negeri, negara dan antarabangsa. Latihan
dan pendedahan diberikan kepada pelajar melalui kerjasama dengan badan bukan
kerajaan (NGO) bagi mengenal pasti permasalahan komuniti dan menawarkan
penyelesaian yang inovatif.
B. Khidmat Masyarakat – Menggalakkan pelajar yang mengambil kursus
Matapelajaran Universiti (MPU) agar terlibat dengan kegiatan libatsama komuniti
(community engagement) secara sinergi dengan pihak berkepentingan khususnya di
dalam negeri Selangor.
C. Bakti Siswa – Program yang bersifat jangka pendek bagi mendekati komuniti
desa dan bandar dengan melaksanakan kegiatan yang pelbagai bagi memberi impak
positif kepada komuniti sasaran.
Mahasiswa Budiman
D. Cakna OKU – Penggalakkan kegiatan yang berpaksi tentang keprihatinan
berkaitan isu dan permasalahan golongan orang berkeperluan khas.
E. Usahawan Sosial – Penggalakkan program di kalangan pelajar untuk terlibat
dengan bidang keusahawan berpaksikan penyelesaian inovasi sosial.
F. Kerja Komuniti – Kegiatan yang bersifat berkala dan/atau jangka panjang
bermula dengan latihan dan bimbingan kepada pelajar dan staf bagi melahirkan
aktivis sosial. Pemilihan sasaran adalah selektif berdasarkan keperluan setempat dan
kepakaran universiti.
G. Modul Keibubapaan – Pelajar akan diberikan asas ilmu keibubapaan dan
kekeluargaan bagi mempersiapkan minda bagi menghadapi cabaran hidup
berkeluarga, menyeimbangkan komitmen kerja di pejabat dan tanggungjawab
terhadap perkembangan anak-anak dan hubungan dengan pasangan.
TIGA (3) TERAS TAHAN UJI
Fokus teras ini akan membezakan graduan BUDIMAN UNISEL dengan graduan
yang lain. Teras tahun uji ini terdiri dari 3 aspek penting iaitu iaitu mahasiswa
UNISEL perlu percaya apabila mereka HIDUP, mereke perlu percaya mereka
adalah yang TERBAIK dan tentunya mereka yang terbaik PASTI BERJAYA.
Teras ini juga sangat bertepatan dengan mafhum Surah Ali-Imran ayat 110 :
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi
(faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik
dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula
beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).”
Dalam melaksanakan teras ini juga, modul akan dibentuk dengan turut
menggabungkan penulisan Napoleon Hill (1925) menerusi buku “The Law of
Success”. Teras ini juga sangat bertepatan dengan Amanat Tahun Baru 2019 oleh
Ybhg. Dato’ Naib Canselor UNISEL yang antara lain menekankan mewujudkan
Budaya UNISEL yang boleh dibanggkan oleh warganya.
Mahasiswa Budiman
Modul yang dibentuk bagi melahirkan mahasiswa tahan uji ini dinamakan Latihan
“VISI BUDIMAN UNISEL” yang akan merangkumi 25 modul lengkap.
Penyertaan dalam VISI boleh dijadikan kayu ukur untuk menguji ketahanan
seseorang mahasiswa dalam mengharungi liku-liku dalan mencapai kejayaan.
Banyak organisasi dunia mewajibkan kakitangan mereka melalui seminar seperti
VISI bagi menilai kemampuan dan daya tahan mereka sebelum diberi
tanggungjawab yang lebih besar.
INISIATIF
Dalam usaha memberdaya mahasiswa Budiman ini, TUJUH BELAS INISIATIF
UTAMA telah dilaksanakan secara berperingkat sejak Januari 2019. Antara inisiatif
yang telah dilaksanakan adalah seperti butiran berikut:
(i) Dasar Pembangunan Mahasiswa Budiman UNISEL
(ii) Dasar Baru penambahbaikkan Anti-Meniru
(iii) Penubuhan Sekretariat Anak Negeri UNISEL (SAN UNISEL)
(iv) Penjenamaan Semula Minggu Tekad Siswa Budiman (MTSB)
(v) Dasar Inklusif Cakna OKU HEP UNISEL
(vi) Penubuhan Sakretariat Komuniti India UNISEL
(vii) Penubuhan Sakretariat Anak Borneo UNISEL
(viii) Pemberdayaan Siswi – SHES
(ix) Pelaksanaan Modul VISI Tahan Uji
(x) Pindaan Tatacara Pemilihan Kepimpinan Pelajar
(xi) Parlimen BUDIMAN
(xii) Pelan Khusus Transformasi Kolej Kediaman
(xiii) Kerjasama Strategik bersama Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan
Perpaduan
(xiv) Memperkasa WATANIAH dan PERTAHANAN AWAM
(xv) Mewujudkan Organisasi Pelajar bertaraf Perdana
Mahasiswa Budiman
(xvi) Pelan Khusus Transformasi Dasar Sukan dan Budaya
(xvii) Pelaksanaan Tasmi’ Fardhu Ain dan bacaan al-Qur’an pelajar baru
JENAMA BUDIMAN
Mahasiswa Budiman UNISEL merupakan usaha UNISEL menjenamakan
graduannya. Usaha pembangunan pelajar holistik ini adalah tanggungjawab
bersepadu untuk melahirkan pelajar yang budiman yang dipersiapkan untuk
bersedia menjadi pemimpin masa hadapan yang sedia menyumbang dalam
pembangunan negara melalui penglibatan dalam industri dan penglibatan dalam
komuniti Justeru, dasar ini hendaknya menjadi rujukan dan disesuaikan pendekatan
paling efektif dan efisien bagi pelaksanaannya.
Perubahan yang perlu dilaksanakan memerlukan kepedulian yang sosial. Ia juga
perlukan penekanan yang seimbang di dalam ruang dan di luar ruang kuliah.
Keunikan pelajar-pelajar ini perlu dibentuk bagi melahirkan Malaysia yang lebih
gemilang. Cabaran utama tentunya melahirkan pelajar peringkat Asasi yang holistik,
inklusif dan bersedia untuk terus dibentuk di peringkat lebih tinggi. Keperluan ini
semakin mendesak tatkala dunia menuju Industri 4.0. Selain fokus keperluan
akademik yang memenuhi keperluan Industri 4.0, cabaran paling besar adalah
bagaimana membentuk manusia dan pemimpin dari kalangan pelajar Asasi dalam
waktu ketika yang penuh mencabar. Maka disinilah kepentingan membentuk
karekter dan membina insan. Cabaran utama tentunya dalam mewujudkan pelajar
yang terlatih dalam dua trek, akademik dan kepimpinan. Semua universiti telah
lama menumpukan trek akademik. Sememangnya universiti ditubuhkan untuk
melahirkan pelajar cemerlang dari segi akademik. Namun, bagaimana untuk
menjadikan pelajar cemerlang di luar ruang kuliah. Pendidikan yang baik perlu
holisitik dan punya sistemnya (Ghazali Basri, 2017).
Kepedulian sosial dan kesukarelaan ini dibincang dengan baik oleh Mohammad
Adam Adman (2017) dalam salah satu bab dalam buku Manifesto Sekolah Masa
Mahasiswa Budiman
Hadapan. Ini tentunya sangat berkait dengan penulisan Hasri Harun, “Pendidikan
Dakwah: Falsafah dan Ekosistem Persekolahan” dalam buku yang sama. Falsafah
holistik berpaksi Islam/moralistik ini perlu berkisanbungan dari peringkat sekolah
hinggalah ke peringkat universiti.
Harry L. Lewis (2006) dengan jelas mengkritik kegagalan Universiti Harvard dalam
melahirkan graduan yang holistik. Mantan dekan dan profesor Harvard ini telah
menyalahkan kurikulum universiti ulung dunia ini yang dilihat gagal melahirkan
graduan yang mampu memikul tanggungjawab dalam masyarakat. Ungkapan
“Excellence Without Souls” yang diutarakan oleh Lewis ini membawa mesej
bahawa sesuatu perlu dilakukan terutama dalam mengangkat peranan universiti
dalam menjana manusiawi.
Jika disorot isu kualiti universiti dari sudut holisitik, tentunya isu memanusiakan
graduan menjadi antara paksi utama. Era moden telah membincangkan isu ini
seawal 90 tahun yang lalu. Peranan universiti secara praktis boleh digambarkan
menerusi pandangan Siddiq Fadhil (2016) yang secara tegas menyatakan universiti
tidak cukup berperanan hanya melahirkan graduan yang cemerlang akademik. Jika
itu berlaku, universiti sebenarnya adalah setaraf dengan apa yang ditermakan oleh
beliau sebagai “monkey training centre”. Yakni, universiti jangan hanya mampu
melahirkan pelajar yang mahir dalam bidang kepakaran akademiknya sahaja dan
tidak mampu menjadi pemimpin di dalam masyarakat.
Pendita Zaaba sejak 1920-an mengkritik apa yang ditermakan sebagai “miskin
perangai” sebagai salah satu punca sukarnya memajukan pendidikan orang Melayu
(Ermy Azziaty Rozali & Mohammad Redzuan Othman, 2010). Berkaitan
pendidikan, Za’ba (1927) dengan jelas menulis :
“Pelajaran otak atau kepandaian sekolah atau kolej sahaja, istimewa pula jika yang
demikian itu terlalu rendah dan tiada melebihi daripada kepandaian membaca,
Mahasiswa Budiman
menulis, berkira-kira dan membuat kerja-kerja kerani dan mengenal akan
kesedapan karangan-karangan yang rendah dan kecil. Pelajaran yang dikatakan
cukup itu hendaklah termasuk di dalamnya pelajaran-pelajaran berniaga, berjual-
beli, pertukaran, membuat barang-barang, bercucuk tanam dan berbagai-bagai
perusahaan dan pekerjaan mengeluarkan hasil. Dalam pada itu hendaklah pula
dimaksudkan tiap-tiap seorang termesti belajar dan mengetahui kesemuanya itu.”
Sedekad selepas Za’ba, tokoh Barat Napoleon Hill turut membawa isu yang sama.
Hill (1937) dalam buku Think and Grow Rich meringkaskan dua kritiria utama
manusia yang cemerlang. Dua ciri berkenaan adalah manusia yang sentiasa sibuk
namun punya matlamat yang jelas dalam kerjaya dan manusia yang sanggup
melabur masa senggang dan wang untuk terus menuntut ilmu. Ternyata pandangan
Za’ba, Haji Sulong dan Hill masih relevan hingga ke hari ini. Pembinaan karekter,
jati diri dan sikap yang mampu mengakar masyarakat akan melengkapkan
kecemerlangan akademik mahasiswa. Ketiga-tiga pandangan sarjana ini boleh
dirumus menerusi pandangan Syed Muhammad Naquib al-Attas (1977) yang
menyatakan bahawa tujuan menuntut ilmu dalam Islam adalah untuk menerapkan
adab dan keadilan dalam diri insan.
UNISEL sedang berusaha membina kerangka fikiran manusia yang akan menjadi
pemimpin. Usaha untuk melahirkan pemimpin yang luar biasa yang punya jati diri
dan skil analisis yang holistik. Kita juga sedang membentuk bukan sahaja warga
Malaysia, malah untuk menjadi warga dunia untuk berdekad akan datang. Makanya,
dasar untuk melahirkan MAHASISWA BUDIMAN yang benar-benar percaya
bawa mereka HIDUP, TERBAIK dan PASTI BERJAYA.”
Mahasiswa Budiman
DASAR LENGKAP PELAJAR “BUDIMAN” PEMBANGUNAN PELAJAR & JARINGAN KOMUNITIUNIVERSITI
SELANGOR (UNISEL BUDIMAN 2019)
1. PENDAHULUAN
1.1 Universiti Selangor sejak 2 dekad penubuhannya sentiasa komited dalam
melahirkan graduan yang berkualiti yang dapat menyumbang kepada tenaga kerja
profesional khususnya di dalam Negeri Selangor dan negara secara amnya.
1.2 Sejak Januari 2016, UNISEL telah melalui proses transformasi yang
menyeluruh menerusi pendekatan holistik yang diterajui oleh YBhg Prof. Dato’ Dr.
Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL. Proses yang
diperjelaskan menerusi tagline UNISEL, Peneraju Transformasi memberi
penekanan secara keseluruhan dalam membangun UNISEL.
1.3 Tahun 2019, UNISEL mengukuhkan lagi usaha transformasi terutama
dengan penekanan kepada agenda pembangunan keinsanan dan pendidikan
karakter. Pemberdayaan berpaksi kemanusian ini bukan sahaja ditujukan kepada
staf, malah tentunya tertumpu ke arah membentuk pelajar UNISEL yang holisitik
dan inklusif. Fasa ini menjadi fasa seterusnya dalam transformasi UNISEL dalam
melengkapi tahapan sesuai pembangunan peradaban kemanusiaan seterusnya
menjadi ikon Pendidikan Selangor dan turut menepati Agenda Smart Selangor yang
digerakkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
1.4 Sehubungan dengan itu, Dasar Pembangunan Pelajar “BUDIMAN” ini
perlu difahami dan diangkat sebagai agenda utama UNISEL agar hasrat
Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti sebagai antara pemegangtaruh dalam
merealisasikan aspirasi keinsanan mahasiswa UNISEL menerusi tema “Ke Arah
Memberdaya Mahasiswa Budiman”.
Mahasiswa Budiman
2. PENYATAAN POLISI
2.1 RASIONAL
UNISEL berhasrat memperkukuhan agenda pembangunan pelajar dan jaringan
komuniti melalui kegiatan ko-kurikulum seperti pengajaran, pembelajaran dan
keilmuan yang dapat membina karakter pelajar yang berteraskan konsep budiman.
Menyedari hasrat ini pelaksanaan Dasar Pembangunan Pelajar akan dirangka bagi
memenuhi perkara berikut:
a. Mengukuhkan agenda pembangunan pelajar dan jaringan komuniti dengan
penghayatan nilai patriotisme dan jati diri merujuk kepada asas Rukun
Negara.
b. Menerapkan makna Falsafah Pendidikan Kebangsaan di dalam pembinaan
karakter pelajar agar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual
dan sosial.
c. Melengkapkan agenda universiti dalam kerangka strategi pembangunan
pelajar dan jaringan komuniti agar terus kompeten.
d. Mendepani cabaran menyempurnakan misi asasi pembinaan generasi
pencinta ilmu dan pembangunan komuniti berbudaya ilmu.
e. Memberi tumpuan kepada pelaksanaan bersepadu agar pemetaan objektif,
nilai teras, konsep budiman, aspirasi pelajar, penilaian ko-kurikulum, hak,
tanggungjawab, kepunyaan dan juga urustadbir pembangunan pelajar selaras
dengan aspirasi universiti, negeri Selangor dan negara.
2.2 OBJEKTIF
a. Melahirkan pelajar budiman yang memaknai faham ilmu, budaya dan
menghayatinya nilai budi bicara, budi bahasa dan budi pekerti serta dalam
masa yang sama tahan uji menerusi bimbingan dan elemen mendisiplin yang
bersistematik.
b. Mempersiapkan pelajar dengan karakter berkepimpinan yang unggul dan
menjadi idaman pasaran pekerjaan di dalam dan luar negara bahkan.
Mahasiswa Budiman
c. Menjana kebebasan akademik terpimpin dan budaya keilmuan dalam
kalangan pelajar melalui pendemokrasian kampus.
d. Membantu peningkatan kesedaran pelajar akan kepentingan budaya
kesukarelawanan dan inklusif terhadap persekitaran.
e. Menghasilkan penilaian penglibatan pelajar menerusi penjanaan transkrip
ko-kurikulum.
3. TAFSIRAN
3.1 Dasar ertinya pernyataan yang menjadi asas rujukan dan panduan.
3.2 Universiti merujuk kepada Universiti Selangor (UNISEL).
3.3 Pelajar ertinya seorang pelajar berdaftar yang mengikuti pengajian secara
sepenuh masa diperingkat asasi, diploma dan sarjana muda di UNISEL.
3.4 Kampus ertinya kampus UNISEL termasuk Kampus Utama Bestari Jaya
dan Kampus Cawangan Shah Alam meliputi kolej kediaman, pusat
tanggungjawab dan bangunan universiti.
3.5 Pengajaran bermaksud proses penyebaran pengetahuan yang disebarkan
oleh universiti.
3.6 Pembelajaran bermaksud proses mendapatkan pengetahuan tertentu yang
dicerapi oleh pelajar.
3.7 Staf ertinya mana-mana pekerja/kakitangan UNISEL.
4. CABARAN SEMASA PELAJAR
4.1 Dunia sedang bergerak pantas dan menghadapi gelombang Revolusi Industri
4.0 yang penuh dengan cabaran kepada komuniti dunia. Malah Jepun
telahpun memulakan diskusi berkaitan Revolusi Industri 5.0. Canaran
terbesar revolusi industri adalah hilangnya nilai kemanusiaan dan keinsanan.
Industri 1.0, 2.0, 3.0 dan kini 4.0 telah meminggirkan secara sedar atau pun
tidak kemanusian dalam setiap elemen pembangunannya.
Mahasiswa Budiman
4.2 Sudah pasti perubahan dunia yang cukup pantas ini memberikan kesan
secara langsung kepada mahasiswa di universiti. Mahasiswa yang merupakan
bakal graduan dan akan terjun ke dunia pekerjaan harus memahami realiti
dan bukan sahaja mempersiapkan kecerdasan intelektual (IQ) bahkan
kekuatan kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan kerohanian (SQ) menjadi
aspek utama.
4.3 Apabila meninjau karakter pelajar semasa, rata-rata masih memberi
penekanan kepada kecemerlangan dalam ruang kuliah. Mitos kecemerlangan
akademik adalah semata di atas kertas bergelar ijazah perlu dubah. Graduan
yang lahir mesti cemerlang di dalam ruang kuliah da di luar ruang kuliah.
Nilai mata yang tinggi perlu disulam dengan penglibatan komuniti yang
mengakar dalam masyarakat.
4.4 Cabaran lain tentunya sahsiah dan akhlak. Cabaran terbesar sesebuah
universiti juga adalah embendung kesalahan akademik seperti budaya plagiat
dalam menghasilkan tugasan serti meniru di dalam peperiksaan akhir.
Terdapat segelintir pelajar juga yang punya isu dalam mematuhi peraturan
khusus sebagai manusia. Ada juga yang punya masalah komunikasi.
Mahasiswa yang sukar tiada interaksi sosial sesama rakan di kolej kediaman
dek kerana asyik dengan permainan video. Sikap tidak peduli ini memberi
impak besar kerana jati diri yang dibentuk jika negatif pasti memberi kesan
buruk dalam keadaan Malaysia ingin mewujudkan masyarakat yang holistik
dan inklusif.
4.5 Terdapat juga mahasiswa sangat aktif menyertai program sebagai peserta,
namun tidak berani tawar diri sebagai ahli jawatankuasa pelaksana program
malah tidak sedia memimpin organisasi pelajar. Ada segelintir pelajar amat
aktif berersatuan namun malang sekali mengabaikan kecemerlangan dan
amanah akademik. Ramai juga mahasiswa menyertai program bukan
disebabkan untuk menambah ilmu tetapi kerana diwajibkan oleh pensyarah.
Terdapat pelajar yang memiliki sikap angkuh-sombong kerana merasa cukup
Mahasiswa Budiman
dengan kecemerlangan akademik sahaja tanpa ada rasa tanggungjawab
kepada komuniti di dalam dan luar kampus.
4.6 Bukan itu sahaja pelajar juga kurang penghayatan amalan kerohanian,
terjebak dengan gejala sosial dan budaya hedonisme, tiada karakter daya
tahan jika diuji dengan tekanan di kampus, kurang jati diri dan budaya
patriotisme diterapkan, tidak berani bersuara dan berbeda pandangan, daya
fikir yang kurang tajam dalam memahami isu semasa, terperangkap dalam
mitos mahasiswa sibuk, kurang interaksi dan integrasi program antara kaum
dan etnik. Jika dirumuskan permasalahan ini berlaku disebabkan budaya fikir
dan pembentukan hati yang tidak dibangunkan.
4.7 Kita mungkin lahirkan pelajar cemerlang akademik tetapi belum menjanjikan
karakter pelajar itu bercirikan budiman. Sekiranya proses intervensi awal dan
pelatihan bagi menangani permasalahan ini tidak dilakukan maka hasrat
untuk mencapai visi dan misi UNISEL pasti sukar untuk dicapai.
5. KERANGKA
Dasar Pembangunan Pelajar akan dilaksanakan dengan merujuk kepada kerangka
seperti berikut:
a. Enam (6) Nilai Teras Universiti
b. Tiga (3) Konsep Budiman
c. Enam (6) Aspirasi Pelajar
d. Tiga (3) Pembangunan Utama
e. Tiga (3) Teras Tahan Uji
5.1 ENAM (6) NILAI TERAS UNIVERSITI
Dasar Pembangunan Pelajar akan dilaksanakan dengan menerapkan
nilai teras universiti seperti berikut:
Mahasiswa Budiman
5.1.1 Integriti - Untuk komited kepada piawaian kejujuran, kebenaran dan
keadilan yang tertinggi, serta saling menghormati dan kepercayaan
untuk satu sama lain.
5.1.2 Inovasi - Bertekad untuk mengejar ilmu dan idea dengan terus
beradaptasi dan berusaha untuk membangunkan penyelesaian inovatif.
5.1.3 Akauntabiliti - Bertekad untuk menjadi penanggung jawab dan
bertanggungjawab terhadap sumber manusia, kewangan, fizikal dan
intelektual.
5.1.4 Kualiti dan Kecemerlangan - Bertekad untuk peningkatan kualiti dan
kecemerlangan berterusan dalam semua usaha kami.
5.1.5 Kebolehcapaian - Bertekad untuk menyediakan peluang pendidikan
maksimum untuk semua.
5.1.6 Kejelikatan - Untuk komited kepada semangat kerjasama dan kerja
berpasukan.
5.2 TIGA (3) KONSEP BUDIMAN
Dasar Pembangunan Pelajar akan dihayati melalui penerapan konsep
budiman yang kuat, padat dengan nilai-nilai keunggulan watak serta utuh
dan seimbang serta berpaksi kepada makna budi dan budaya seperti berikut:
5.2.1 Budi Bicara – Pemikiran yang bijaksana, santun, bernas dan berwibawa
dengan keilmuan, beragama, dan prihatin. Mendahulukan hikmah dalam
membuat pertimbangan dan keputusan berdasarkan keilmuan yang
benar.
5.2.2 Budi Bahasa – Berbahasa hormat, ramah dan santun dalam berkomunikasi
dengan masyarakat dan berkesan menyampaikan mesej dalam
pelbagai medium dengan keadaan yang teratur dan beradab.
5.2.3 Budi Pekerti – Adab, sikap, tingkah laku, akhlak yang bersusila bagi
mengukuhkan jatidiri sebagai agen yang menyuburkan nilai keinsanan
melalui gerak kerja kemasyarakatan.
Mahasiswa Budiman
5.2.4 Budi Daya – Tahan Uji dalam menghadapi semua cabaran mendatang.
Dasar Pembangunan Pelajar akan memegang falsafah pantun budi bagi pembinaan
pelajar yang cinta pada negara dan Bangsa Malaysia seperti berikut:
Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa;
Tegak bangsa kerana budi,
Runtuh budi hilanglah bangsa.
Dasar Pembangunan Pelajar merujuk kepada Siddiq Fadzil (2012), makna orang
budiman sebagai sebuah konsep yang kuat dan padat dengan nilai-nilai
keunggulan watak; berilmu dan berakhlak, beragama dan bersusila, bijaksana dan
prihatin. Oleh itu, mahasiswa yang ingin dibentuk adalah watak yang utuh dan
seimbang.
5.3 ENAM (6) ASPIRASI PELAJAR
Dasar Pembangunan Pelajar BUDIMAN juga akan menerapkan aspirasi pelajar
yang diadaptasi daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia seperti berikut:
5.3.1 Etika & Kerohanian - Beretika dan berakhlak, mempunyai kekuatan
kerohanian, penyayang dan cakna; menghayati pembangunan mampan dan
gaya hidup sihat.
5.3.2 Kemahiran Memimpin – Komunikator yang berkesan, cerdas emosi dan
mampu berinteraksi merentas budaya; bertanggungjawab, berdaya saing,
berdaya tahan, sabar, yakin serta menerapkan budaya kesukarelawanan.
5.3.3 Indentiti Nasional - Mempunyai jatidiri kebangsaan, memahami aspirasi
negara dan menghayati nilai perpaduan.
5.3.4 Kemahiran Bahasa – Menguasai penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris,
serta teruja untuk mempelajari satu bahasa global tambahan.
Mahasiswa Budiman
5.3.5 Kemahiran Berfikir – Bersedia meraikan pendapat yang pelbagai, berfikir
secara kritis dan inovatif, serta berkemahiran menyelesai masalah serta
berciri keusahawanan.
5.3.6 Pengetahuan - Menguasai bidang pilihan, mampu memanfaat, menghubung
dan mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dengan memberikan
impak kepada komuniti sasaran, serta mampu menghargai kesenian,
kebudayaan, serta inovasi.
5.4 TIGA (3) PEMBANGUNAN UTAMA
Dasar Pembangunan Pelajar akan menumpukan pembangunan utama
yang perlu diberikan perhatian berdasarkan keperluan masa hadapan
berikut:
5.4.1 PEMBANGUNAN PERSONAL – Inisiatif ini perlu bermula dengan
membentuk visi yang jelas, pelan pelaksanaan yang terancang, proses
peningkatan yang berterusan, merekodkan proses peningkatan dengan
melihat perubahan yang berlaku dalam bentuk amalan refleksi dan menilai
dan membaiki pelan pembangunan personal dari masa ke semasa. Dalam
pembangunan personal ia melibatkan pembangunan dua (2)
kemahiran utama iaitu kemahiran Insaniah dan Kemahiran Teknikal yang
perlu dikuasai bagi membentuk peribadi, budaya kerja dan kualiti bagi
menghadapi cabaran kebolehpasaran pada masa hadapan seperti berikut:
A. KEMAHIRAN INSANIAH (SOFT SKILLS) – Kemahiran ini
menumpukan kepada kecerdasan emosi (Emotional Quotient; EQ) yang
perlu dibina sehingga menjadi kebiasaan dan sikap, sabar dan asertif
(assertive), menyesuaikan diri untuk bekerja dengan pelbagai persekitaran
walaupun suatu yang sukar untuk diterapkan dan mencabar untuk lakukan
perubahan. Kemahiran ini boleh diperoleh melalui pendedahan dan
penglibatan kegiatan bagi merasai pengalaman sebenar. Terdapat tujuh (7)
elemen utama yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di
Mahasiswa Budiman
dalam Skala Kemahiran Insaniah Malaysia (My3S) bagi diimplimentasi di
IPT iaitu:
i. Kemahiran Komunikasi – Kebolehan sampaikan idea dengan berkesan
secara lisan dan tulisan. Menguasai kemahiran mendengar yang aktif dan
memberi maklum balas. Keupayaan membuat pembentangan dengan penuh
keyakinan.
ii. Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah – Kebolehan kenal
pasti dan analisi masalah dalam situasi kompleks dan kabur. Kebolehan
kembangkan dan baiki kemahiran berfikir seperti menjelaskan dan menilai
perbincangan. Kebolehan mencari idea dan penyelesaian alternatif.
iii. Kemahiran Kerja Berpasukan – Kebolehan membina hubungan yang baik,
berinteraksi dan bekerja secara efektif bersama orang lain untuk mencapai
objektif bersama. Kebolehan memahami dan ambil peranan bersilih ganti
antara ketua dan ahli kumpulan. Kebolehah kenal dan hormati sikap,
kelakuan dan kepercayaan orang lain.
iv. Pembelajran Berterusan Dan Pengurusan Maklumat – Kebolehan mencari
dan menguruskan maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber.
Kebolehan menerima idea baharu dan berkeupayaan untuk pembelajaran
autonomi.
v. Kemahiran Keusahawanan – Kebolehan untuk mengenal pasti peluang
perniagaan, merangka perancangan perniagaan dan boleh meneroka dan
merebuat peluang yang ada.
vi. Moral Dan Etika Profesional – Kebolehan memahami kesan ekonomi, alam
sekitar dan sosiobudaya dalam amalan profesional. Kebolehan menganalisis
dan membuat keputusan dalam penyelesaian masalah berkaitan etika.
vii. Kemahiran Kepimpinan – Menguasai teori asas kepimpinan dan kebolehan
memimpin projek. Kebolehan menyelia anggota pasukan dengan
mendorong dan memberi inspirasi.
Mahasiswa Budiman
B. KEMAHIRAN TEKNIKAL (HARD SKILLS) – Kemahiran ini menumpukan
kepada kecerdasan intelektual (Intellectual Quotient: IQ) yang boleh diajar dan
boleh dinilai menjadi tuntutan bagi menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0.
Kemahiran ini boleh dipelajari melalui kursus dan latihan. Berikut adalah senarai
kemahiran yang utama:
i. Kemahiran Komputer – Menguasai asas aplikasi komputer seperti word
processing, spreadsheets, pentadbiran web, media sosial dan penguasaan
bahasa pengaturcaraan sebagai bahasa ke empat.
ii. Pengurusan Data – Mempunyai kemampuan mengurus, menganalisis data
raya (big data) dan menjana laporan bagi membuat keputusan serta
mengemaskini data berterusan agar lebih kompetitif dan memahami
kelakuan pelanggan dengan lebih baik.
iii. Kemahiran Kewangan – Menguasai kemahiran asas perakaunan, belanjawan,
perancangan kewangan, pengurusan aliran tunai bagi penjimatan sumber dan
kreatif menjana kewangan.
5.4.2 PEMBANGUNAN AKADEMIK – Inisiatif yang dijalankan bagi
membolehkan pelajar ini menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di
kampus dan membimbing pelajar menjana kecemerlangan akademik,
menguasai bidang akademik secara sistematik dan bersepadu, aktif dengan
kegiatan pembelajaran, penilaian mata nilai, pengurusan pembelajaran secara
berkesan, terdedah dengan asas penulisan ilmiah serta berjaya di dalam
bidang kerjaya yang diceburi. Berikut adalah senarai kemahiran yang utama:
i. Pelan Pengajian – Merancang pengambilan kursus bagi setiap semester dan
menetapkan sasaran mata nilai sepanjang pengajian. Pelajar didedahkan
dengan peraturan akademik dan sistem semester.
ii. Kemahiran Belajar – Menguasai asas teknik konsentrasi, mengingat,
mendengar dan mengambil nota. Teknik membaca secara berkesan dan
Mahasiswa Budiman
menjawab soalan juga penting bagi setiap pelajar. Setiap pelajar yang unik
akan mengenal kategori gaya pembelajaran.
iii. Penjadualan Tugasan – Memahami dan mampu membuat tugasan secara
kualiti keberkesanan (Effectiveness) dan kecekapan (Efficiency) dengan
merancang senarai keutamaan dan mengurus masa bagi memperoleh kualiti
kerja yang terbaik dan produktif.
iv. Pembelajaran Mandiri (Independent Learning) – Kemahiran melalui kaedah
ini menjadi keutamaan kerana bersifat inisiatif yang diusahakan oleh pelajar
secara efektif, bebas dan bertanggungjawab. Bahkan menjadi trend belajar
melalui pembelajaran digital.
5.4.3 PEMBANGUNAN SOSIAL – Berdasarkan Dasar Sosial Negara,
pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan
keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan
nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan
mantap. Setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan
potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat
berdasarkan ciri-ciri bersatu-padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral,
bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama. Agenda UNISEL
CAKNA telah dikenali dan dirasai oleh komuniti. Oleh itu penjenamaannya
perlu diluaskan melalui beberapa bentuk kegiatan. Bagi mencapai agenda ini,
berikut adalah keutamaan yang perlu diberikan:
A. Sukarelawan UNISEL – Menggalakkan penglibatan pelajar di dalam kegiatan
kesukarelawanan di peringkat kampus, negeri, negara dan antarabangsa.
Latihan dan pendedahan diberikan kepada pelajar melalui kerjasama dengan
badan bukan kerajaan (NGO) bagi mengenal pasti permasalahan komuniti
dan menawarkan penyelesaian yang inovatif.
B. Khidmat Masyarakat – Menggalakkan pelajar yang mengambil kursus
Matapelajaran Universiti (MPU) agar terlibat dengan kegiatan libatsama
Mahasiswa Budiman
komuniti (community engagement) secara sinergi dengan pihak
berkepentingan khususnya di dalam negeri Selangor.
C. Bakti Siswa – Program yang bersifat jangka pendek bagi mendekati komuniti
desa dan bandar dengan melaksanakan kegiatan yang pelbagai bagi memberi
impak positif kepada komuniti sasaran.
D. Cakna OKU – Penggalakkan kegiatan yang berpaksi tentang keprihatinan
berkaitan isu dan permasalahan golongan orang berkeperluan khas. Ia selaras
dengan Dasar Inklusif OKU UNISEL yang telah berkuatkuasa sejak 2019.
E. Usahawan Sosial – Penggalakkan program di kalangan pelajar untuk terlibat
dengan bidang keusahawan berpaksikan penyelesaian inovasi sosial.
F. Kerja Komuniti – Kegiatan yang bersifat berkala dan/atau jangka panjang
bermula dengan latihan dan bimbingan kepada pelajar dan staf bagi
melahirkan aktivis sosial. Pemilihan sasaran adalah selektif berdasarkan
keperluan setempat dan kepakaran universiti.
G. Modul Keibubapaan – Pelajar akan diberikan asas ilmu keibubapaan dan
kekeluargaan bagi mempersiapkan minda bagi menghadapi cabaran hidup
berkeluarga, menyeimbangkan komitmen kerja di pejabat dan
tanggungjawab terhadap perkembangan anak-anak dan hubungan dengan
pasangan.
5.5 TIGA (3) TERAS BUDI DAYA
5.5.1 Fokus teras ini akan membezakan graduan BUDIMAN UNISEL dengan
graduan yang lain. Teras tahun uji ini terdiri dari 3 aspek penting iaitu iaitu
mahasiswa UNISEL perlu percaya apabila mereka HIDUP, mereke perlu
percaya mereka adalah yang TERBAIK dan tentunya mereka yang terbaik
PASTI BERJAYA.
5.5.2 Teras ini juga sangat bertepatan dengan mafhum Surah Ali-Imran ayat 110 :
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan
bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara
Mahasiswa Budiman
yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji),
serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).”
5.5.3 Dalam melaksanakan teras ini juga, modul akan dibentuk dengan turut
menggabungkan penulisn Napoleon Hill (1925) menerusi buku “The Law of
Success”. Teras ini juga sangat bertepatan dengan Amanat Tahun Baru 2019
oleh Ybhg. Dato’ Naib Canselor UNISEL yang antara lain menekankan
mewujudkan Budaya UNISEL yang boleh dibanggkan oleh warganya.
5.5.4 Modul yang dibentuk bagi melahirkan mahasiswa tahan uji ini dinamakan
Latihan “VISI BUDIMAN UNISEL” yang akan merangkumi 25 modul
lengkap. Penyertaan dalam VISI boleh dijadikan kayu ukur untuk menguji
ketahanan seseorang mahasiswa dalam mengharungi liku-liku dalan
mencapai kejayaan. Banyak organisasi dunia mewajibkan kakitangan mereka
melalui seminar seperti VISI bagi menilai kemampuan dan daya tahan
mereka sebelum diberi tanggungjawab yang lebih besar.
5.5.5 Modul khusus “VISI BUDIMAN UNISEL”yang terdiri dari 18 modul
adalah seperti ringkasan berikut:
MODUL OBJEKTIF
Why People -
95% & 5% of People
Why People -
95% & 5% of People
Psychological Game Positive Mental Attitude
Goal Setting 7 Steps Of Goal Setting -
Method vs Goal = 100%
Setting Tone The Spirit & Commitment
Human Relation Public Relation Perspective, Networking
PHILOSOPHY OF
SUCCESS
100% Commitment To Achieve Success –
Breakthru Our Failure
Story Of Barracuda Perseverance = Never Give Up
Trusting Game The Magic Of TRUST
Mahasiswa Budiman
Grooming & Appearance Entrepreneur Image & Personality – First
Impression
Inner Potential The Power Of Human Brain –
Subconscious Mind
The Love of A Father Self Commitment
HOMEWORK
Poem & Gift
You Must Not Stop
Homework - Mother
LOVE AGAPE LOVE & Witches Love
Price & Reward To Be Rewarded, What Price Do We
Need To Pay
Success Exercise I’m Alive, I’m The Best, I Will Definitely
Make It!
American Football Game Dedication Towards Success –Overcome
Our Fear (Greatest Enemy)
Life Script Flashback The Past & Present
MOTHER Appreciation & Realization
6. PENILAIAN KARAKTER BUDIMAN
6.1 Usaha melahirkan pelajar yang budiman adalah komitmen utama universiti
bagi mempersiapkan graduan yang akan menjadi buruan majikan dan
manfaat komuniti. Oleh itu, satu pendekatan yang sistematik untuk
merekodkan penglibatan pelajar dalam kegiatan yang dapat membentuk
karakter pelajar yang unggul adalah penting. Maka, Sistem Penilaian
Pembinaan Karakter Pelajar Budiman (myBUDIMAN) perlu diperkenalkan
bagi menjana mata penilaian dan transkrip ko-kurikulum pelajar yang terlibat
aktif di dalam kegiatan.
6.2 Setiap karakter pelajar adalah unik dengan latar belakang, potensi dan bakat
yang berbeza. Justeru, myBUDIMAN dapat membantu pelajar
mengembangkan potensi karakter secara seimbang dan fokus kepada
Mahasiswa Budiman
kecenderungan walaupun berbeda dengan bidang pengajian di kampus.
myBUDIMAN akan menetapkan syarat minimum mata penilaian yang perlu
dipenuhi oleh pelajar sebelum tamat pengajian. Mata penilaian ini akan
berbeza bagi peringkat pengajian asasi, diploma dan sarjana muda.
6.3 Dengan adanya myBUDIMAN, ia boleh menjadi rujukan utama dikalangan
pelajar dan pembimbing (penasihat organisasi pelajar, penasihat akademik
dan pentadbiran) di sepanjang pelajar berada di dalam kampus. Malah
myBUDIMAN menjadi salah satu rujukan bagi pemilihan calon penerima
anugerah ketika Majlis Konvokesyen. Transkrip ko-kurikulum ini akan
memberi nilai tambah kepada graduan UNISEL bagi bersaing dengan
graduan lain untuk mendapatkan perhatian majikan dan manfaat komuniti
selepas tamat pengajian.
6.4 Sistem Penilaian myBUDIMAN merupakan sistem merit yang direkodkan
berdasarkan penglibatan pelajar dalam ko-kurikulum selain akademik. Pelajar
perlu mengutip mata myBUDIMAN untuk melayakkan mereka bergraduan.
Terdapat 6 kategori yang ada seperti berikut :
a. Keilmuan & Intelektual
b. Kerohanian & Peradaban
c. Kesukarelawanan & Komuniti
d. Komunikasi & Keusahawanan
e. Sukan & Rekreasi
f. Seni & Kebudayaan
6.5 Penglibatan jam (contact hour) perlu ditetapkan minimum agar pelajar dapat
mencapai satu tahap yang boleh diperakui dan diiktiraf oleh pihak universiti
dan pihak ketiga. Hanya program yang telah disahkan sahaja boleh
dimasukkan di dalam mata nilai myBUDIMAN sama ada penglibatan di
dalam kampus atau luar.
Mahasiswa Budiman
7 RUMUSAN
Usaha pembangunan pelajar adalah tanggungjawab bersepadu untuk melahirkan
pelajar yang budiman bagi mempersiapkan graduan sebagai pemimpin masa
hadapan yang sedia menyumbang dalam pembangunan negara melalui penglibatan
dalam industri dan penglibatan dalam komuniti Justeru, dasar ini hendaknya
menjadi rujukan dan disesuaikan pendekatan paling efektif dan efisien bagi
pelaksanaannya.
“Kita sedang berusaha membina kerangka fikiran manusia yang akan menjadi
pemimpin. Usaha untuk melahirkan pemimpin yang luar biasa yang punya jati diri
dan skil analisis yang holistik. Kita juga sedang membentuk bukan sahaja warga
Malaysia, malah untuk menjadi warga dunia untuk berdekad akan datang. Makanya,
dasar untuk melahirkan MAHASISWA BUDIMAN yang benar-benar percaya
bawa mereka HIDUP, TERBAIK dan PASTI BERJAYA.”
Mahasiswa Budiman
RUJUKAN:
Dokumen Rasmi Al-Quran Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta, 1996. Akta Universiti dan Kolej Universiti (pindaan), 2018. Dasar Belia Malaysia, 2015, KBS. Dasar Sosial Negara, 2003. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1988. Laporan Pengesanan Graduan 2017 dan 2018, KPM. Laporan Perancangan Strategik HEP UNISEL, 2019 Laporan Perancangan Strategik UNISEL 2019 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Pelan Tindakan Keusahawanan Institut Pendidikan Tinggi 2016-2020. Rubrik PNGK Bersepadu iCGPA : Panduan Pentaksiran Hasil Pembelajaran, 2016, KPT. Penerbitan Arti Kumar(2007), Personal, Academic and Career Development in Higher Education: SOARing to Success, Routledge Taylor & Francis Group. Experiential Learning and Service Learning : Towards Improving Soft Skills of UKM Students. Hashim Hj. Musa (2012), Hati Budi Melayu : Kajian Keperibadian Sosial Melayu Ke Arah Penjanaan Melayu Gemilang, Journal of Language Studies. Hassan Bin Hushin, Pembinanan Modul Program Pembangunan Akademik Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Hill, N (1925). The Law of Success. USA: Tribeca Books. Mohammad Redzuan Othman, Amanat Tahun Baharu 2019 – Melakar Kejayaan, UNISEL, 2019. Siddiq Fadzil (2012), Islam dan Melayu : Martabat Umat dan Daulat Rakyat, Akademi Kajian Ketamadunan. Wan Mohd Nor Wan Daud (2001), Pembangunan Di Malaysia : Kearah Satu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna, , Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC).
top related