lmcp1552 pembangunan mapan- meningkatkan pembangunan sosial
Post on 09-Jan-2017
374 Views
Preview:
TRANSCRIPT
LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
“AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL”
MUHAMAD AZHAR BIN AHMADA150060
DEFINISI PEMBANGUNAN SOSIAL
Pembangunan Sosial merupakan proses perubahan sosial yang dirancang untuk meningkatkan
kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat.
AMALAN TERBAIK DALAM MENINGKATKAN PEMBANGUNAN SOSIAL
Dalam usaha meningkatkan pembangunan social, antara amalan yang terbaik ialah bersedekah. Hal ini kerana dengan bersedekah, bukan sahaja dapat memberi ketenangan hati pada si pemberi sedekah, malahan si penerima juga turut berasa gembira. Selain itu, secara tidak langsung, mendidik hati si pemberi sedekah untuk timbul rasa ingin berkongsi kesenangan dan sifat ingin membantu sesama manusia. Manakala timbul sifat bersyukur dalam hati si penerima dan mendoakan kesejahteraan si pemberi sedekah.
Selain itu juga, amalan bersedekah merupakan amalan yang sangat dituntut di dalam agama Islam. Hal ini kerana, ia merupakan salah satu amalan yang amat disukai oleh Allah. Maka orang yang sering bersedekah secara tidak langsung, orang tersebut dapat mendekatkan diri kepada Allah dan menimbulkan rasa cinta dan saying kepada sesama manusia.
Tambahan lagi, jika dilihat pada tokoh Islam pada zaman Rasulullah iaitu sahabat Nabi Muhammad SAW, Uthman Bin Affan merupakan seorang yang kaya raya, namun membelanjakan kesemua hartanya ke jalan Allah untuk membangunkan social iaitu umat Islam itu sendiri. Maka dengan itu, kita seharusnya mempraktikkan amalan bersedekah untuk meningkatkan pembangunan social.
ن� ن�ي ن� ح� م ح� ا م� ن� م� ن� �� ن ا� ن�� ن�ا � م�وا ن� ح� ن�ا ن� � ن� ن� م� �ح �� ن ا� ن�ى ن�ا ح� م� ن � ح� ن�! ن" م#وا ح� م$ ن&ا ن� ن� �� ن ا� ن' ن)ي ن( ن+ي م#وا ن, ح- ن�ا ن�
Maksudnya:
Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.Surah Al Baqarah> Ayat 195
ANTARA DALIL BERSEDEKAH
Kesimpulannya, bersedekah merupakan amalan yang amat penting dalam usaha membangunkan sosial. Hal ini kerana ia amat berkait rapat dengan kehidupan masyarakat di mana terdapat golongan kaya dan miskin. Maka dengan cara bersedekah dapat menguatkan sekaligus meningkatkan pembangunan sosial dalam kalangan masyarakat.
KESIMPULAN
top related