lim kai lee - fp.utm.my · v dedikasi buatmu ayah ( lim tuck yoong) dan ibu ( tan towe yap) yang...
Post on 07-Mar-2019
225 Views
Preview:
TRANSCRIPT
iii
AMALAN KESELAMATAN BURUH DI TAPAK PEMBINAAN
LIM KAI LEE
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2006
v
DEDIKASI
Buatmu ayah ( Lim Tuck Yoong) dan ibu ( Tan Towe Yap)
yang dikasihi,
Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita,
serta panduan perjuanganku dalam kehidupan…
Buatmu pembimbing ( Prof. Dr Muhammad Rashid Hj. Rajuddin)
yang dihormati dan disanjungi,
Bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan tidak akan saya lupai…
Buat teman-teman yang tersayang,
Terima kasih atas sokongan, bantuan,
kepercayaan dan keikhlasan dalam persahabatan kami,
Ini akan kukenangi selama-lamanya.
vi
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
rahmat serta taufik dan hidayah dari-Nya, saya dapat menyempurnakan Projek
Sarjana Muda (PSM) bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik) dengan jayanya.
Walau bagaimanapun kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa tunjuk ajar,
bantuan, sokongan, kerjasama, galakan dan pengorbanan beberapa pihak tertentu.
Justeru itu, saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima
kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada Prof. Dr Muhammad Rashid Hj
Rajuddin selaku penyelia yang begitu banyak membimbing dan membantu saya
dengan curahan idea dan pendapat yang bernas.
Ucapan terima kasih juga ditunjukkan kepada rakan-rakan seperjuangan serta
pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak, yang banyak memberi
sokongan dan dorongan semasa menyiapkan projek ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada pihak
pengurusan bagi Jetara Sdn Bhd dan Perkanas Sdn Bhd kerana memberi keizinan dan
kerjasama kepada saya untuk menjalankan kajian di tapak-tapak pembinaan.
vii
ABSTRAK
Tahap amalan keselamatan di kalangan buruh yang bekerja di tapak
pembinaan telah mendapat perhatian penyelidik. Dalam konteks kajian ini, tiga
aspek amalan keselamatan dikaji iaitu keselamatan diri, keselamatan peralatan/mesin
dan keselamatan persekitaran. Perbandingan tahap keselamatan juga dilakukan ke
atas tapak-tapak kajian. Seramai 91 orang buruh pembinaan lelaki dan perempuan di
2 buah tapak pembinaan sekitar negeri Kedah terlibat dalam kajian ini. Instrumen
kajian yang digunakan untuk mengukur tahap amalan keselamatan buruh di tapak
pembinaan ialah satu set soal-selidik yang mengandungi 30 item yang mengikut
Skala Likert 5 Peringkat. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ialah α = .666.
Perisian SPSS (Statistical Package For Social Sciences) versi 13.0 telah digunakan
dalam tatacara menganalisis data. Secara keseluruhan, tahap amalan keselamatan
peralatan/mesin berada pada paras tinggi. Manakala kedua-dua amalan keselamatan
diri dan amalan keselamatan persekitaran berada pada para sederhana. Diharap kajian
ini dapat menjadi satu panduan dan dapat memberi maklumat kepada para buruh dan
majikan di industri pembinaan serta Kementerian Sumber Manusia dalam usaha
meningkatkan tahap keselamatan di tapak pembinaan.
viii
ABSTRACT
The level of safety practise among the construction labours had gained the
researcher’s attention. In this research context, three safety practise aspects had been
studied, including the self-safety, machine/ tool safety, and environmental safety.
Comparison among the construction sites for the level of the safety practise had also
been done. This research involved 91 male and female construction labours who
came from 2 construction sites around negeri Kedah. A set of questionnaire which
contained 30 items following the Likert 5 Stage Scale was use as the instrument of
this research. The reliability value of this research is α = .666 and all data were
analyzed using SPSS (Statistical Package For Social Sciences) software version
13.0. Finding of this research shows that machine/ tool aspect gains a high level in
safety practice. However, the level for the self safety practise and environmental
safety practise is at the medium stage. It is hoped that this research could be used as
guidance for the construction labour and employer or even the Malaysian Ministry of
Human Resources to upgrade the safety practise level in construction sites.
ix
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
JUDUL iii
PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB 1 PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Persoalan Kajian 9
1.5 Objektif Kajian 9
1.6 Kepentingan kajian 10
1.7 Skop Kajian 11
1.8 Definisi Istilah 12
x
BAB II SOROTAN KAJIAN 15 2.0 Pengenalan 15
2.1 Analisis Statistik Kemalangan 16
2.2 Latar Belakang Perundangan Keselamatan
dan Kesihatan Di Malaysia 19
2.3 Badan-badan Terlibat 19
2.3.1 Pertubuhan Keselamatan Sosial 20
2.3.2 Pertubuhan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerja Malaysia 20
2.3.3 Institusi Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan Negara 22
2.3.4 Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 22
2.3.5 Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia 23
2.4 Struktur Perundangan 24
2.4.1 Akta Keselamatan dan Sosial Pekerja
1971 25
2.4.2 Akta Keselamatan dan Kesihatan
(OSHA) 1994 26
2.4.3 Peraturan 27
2.4.4 Kod Amalan 28
2.5 Jenis Kemalangan 29
2.5.1 Tahap Kecederaan 29
2.5.2 Jenis Kejadian Yang Mengakibatkan
Kemalangan 30
2.5.3 Agensi Kemalangan 30
2.5.4 Keadaan Kecederaan 30
2.5.5 Bahagian Badan Yang Tercedera 31
2.6 Punca-punca Kemalangan 31
2.6.1 Sikap Pekerja 32
2.6.2 Sikap Pihak Pengurusan 32
2.6.3 Keadaan Tempat Yang Membahayakan 33
xi
2.6.4 Amalan dan Kelakuan Yang Tidak
Selamat 34
2.7 Peralatan Perlindungan Peribadi 37
2.7.1 Pelindung Mata dan Muka 37
2.7.2 Alat Pernafasan 38
2.7.3 Kasut Keselamatan 39
2.7.4 Pelindung Kepala 39
2.7.5 Pelindung Tangan 40
2.8 Tugas dan Tanggungjawab 40
2.8.1 Majikan 41
2.8.2 Pengurus Projek 41
2.8.3 Jurutera Tapak 42
2.8.4 Pegawai Keselamatan 42
2.8.5 Penyelia Keselamatan 43
2.8.6 Penyelia Tapak 44
2.8.7 Pekerja 44
2.9 Langkah-langkah Pencegahan Awal 45
2.10 Polisi Keselamatan 45
2.11 Jawatankuasa Keselamatan 46
2.12 Merancang Program Keselamatan 48
2.12.1 Langkah-langkah Perancangan 48
2.12.2 Program Keselamatan Kementerian
Sumber Manusia Malaysia 51
2.13 Promosi Keselamatan 53
2.14 Papan Tanda Amaran
2.15 Audit, Pemeriksaan dan Penilaian Keselamatan 54
BAB III METODOLOGI 56
3.0 Pengenalan 56
3.1 Reka Bentuk Kajian 56
xii
3.2 Populasi dan Sampel 58
3.2.1 Populasi Kajian 58
3.2.2 Sampel Kajian 59
3.3 Instrumen Kajian 60
3.3.1 Bahagian A 60
3.3.2 Bahagian B 60
3.4 Kajian Rintis 62
3.5 Analisis Data 64
3.6 Kesahan Kandungan 65
3.7 Andaian 66
3.8 Batasan Kajian 66
3.9 Kerangka Operasi 66
BAB IV ANALISIS DATA 69
4.0 Pengenalan 69
4.1 Analisis Bahagian A 70
4.1.1 Taburan Jantina Responden
4.1.2 Taburan Status Perkahwinan Responden 71
4.1.3 Taburan Umur Responden 72
4.1.4 Taburan Taraf Pendidikan 73
4.1.5 Taburan Pengalaman Dalam Sektor
Pembinaan 74
4.1.6 Taburan Gaji Sehari Responden 75
4.1.7 Taburan Kemahiran Responden 76
4.2 Analisis Bahagian B 77
4.2.1 Amalan Keselamatan Diri 79
4.2.2 Amalan Keselamatan Mesin/ Alat 81
4.2.3 Amalan Keselamatan Persekitaran 83
4.2.4 Bandingan Tahap Amalan
Keselamatan Buruh 84
4.3 Analisis Keseluruhan 87
xiii
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN
DAN KESIMPULAN 89
5.0 Pengenalan 89
5.1 Rumusan 89
5.2 Perbincangan 90
5.2.1 Tahap Amalan Keselamatan Diri 91
5.2.2 Tahap Amalan Keselamatan
Mesin/ Alat 93
5.2.3 Tahap Amalan Keselamatan
Persekitaran 94
5.2.4 Bandingan Tahap Amalan Keselamatan
Berdasarkan Tapak Pembinaan 97
5.3 Cadangan Kajian 99
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 100
5.5 Kesimpulan 100
RUJUKAN 101
LAMPIRAN 105
xiv
SENARAI JADUAL
NO. TAJUK MUKA SURAT 1.1 Faktor akar kemalangan berlaku di industri pembinaan 3
2.1 Statistik kemalangan menurut punca-punca kemalangan 17
2.2 Statistik kemalangan mengikut agensi kemalangan 18
3.1 Bilangan Populasi kajian mengikut tapak 58
3.2 Bilangan dan peratus responden mengikut tapak kajian 59
3.3 Taburan item mengikut persoalan kajian 61
3.4 Skala Likert 5 peringkat 62
3.5 Taburan skor min tahap amalan keselamatan 62
4.1 Taburan jantina responden 71
4.2 Taburan status perkahwinan responden 71
4.3 Taburan umur responden 72
4.4 Taburan taraf pendidikan 73
4.5 Taburan pengalaman dalam sektor pembinaan 74
4.6 Taburan gaji sehari responden 75
4.7 Taburan kemahiran responden 76
4.8 Taburan responden mengikut peratusan amalan keselamatan
diri 79
4.9 Taburan responden mengikut peratusan bagi keselamatan
mesin/ alat 81
4.10 Taburan responden mengikut peratusan bagi keselamatan
persekitaran 83
4.11 Taburan responden mengikut peratusan bagi keselamatan di
Jitra Polimas dan Taman Pinang Merah 85
4.12 Taburan peratusan keseluruhan bagi amalan keselamatan
xvi
SENARAI RAJAH/RAJAH
NO. TAJUK MUKASURAT
2.1 Aduan dan kemalangan relatif mengikut kekerapan laporan 16
2.2 Jenis kecederaan mengikut tahap kecederaan 29
2.3 Gangguan lalu lintas oleh penyusunan tidak kemas 33
2.4 Pelindung mata kanta plastik dan visor 38
2.5 Alat pernafasan 38
2.6 Topi keselamatan 40
2.7 Papan tanda keselamatan 54
3.1 Penukaran skala 5 peringkat kepada skala 3 peringkat 65
3.2 Kerangka operasi kajian 67
4.1 Penukaran skala 5 peringkat kepada skala 3 peringkat 78
4.2 Perbandingan tahap amalan keselamatan buruh 85
5.1 Buruh tidak memakai PPE yang sesuai 92
5.2 Buruh merokok di tapak pembinaan 92
5.3 Papan amaran tidak disediakan
5.4 Penyusunan bahan binaan yang membahayakan 96
5.5 Bahan binaan mudah terbakar dibiarkan berselerak 96
5.6 Timbunan tanah menghalang laluan masuk utama 97
5.7 Perbandingan tahap keselamatan 98
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT
A Jadual penentuan saiz sample berdasarkan populasi
Krejcie & Morgan 105
B Soal selidik kajian 107
C Keputusan kajian rintis 112
D Surat kesahan kandungan soal selidik 115
E Surat kesahan lawatan ke tapak-tapak pembinaan 117
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Industri pembinaan (construction industry) telah terkenal sebagai suatu
bidang pekerjaan yang penuh dengan “bahaya” disebabkan kemalangan yang berlaku
dalam industri tersebut mencatatkan peratusan yang agak tinggi di seluruh dunia
(The Business Roundtable, 1983). Istilah bahaya di sini membawa maksud kepada
risiko tinggi, berbahaya dan tidak selamat. Keadaan pekerjaan atau peralatan yang
tidak selamat mungkin membawa bahaya yang mendadak kepada pekerja seperti
kejutan elektrik atau bahaya yang di bawah kesedaran seperti keracunan melalui
bahan kimia yang terdedah keluar.
Namun, mengikut Haupt (1996), industri pembinaan ini sebenarnya adalah
suatu bidang yang agak penting bagi seluruh dunia, di mana industri ini menyediakan
peluang pekerjaan yang banyak kepada para buruh. Ini adalah kerana dalam proses
pembinaan, memang banyak tenaga manusia diperlukan. Ciri yang unik ini juga
menyebabkan industri pembinaan dikatakan sebagai “labor-intensive”. Sebagai
contoh, di negara-negara Eropah, setiap tahun industri pembinaan akan menyediakan
7.5 peratus atau 110 juta peluang pekerjaan bagi rakyat di sana. Malangnya, industri
ini pada masa yang sama juga bertanggungjawab ke atas 22.5 peratus daripada
jumlah kematian disebabkan pekerjaan (occupational death), iaitu kira-kira 1500 kes
pada setiap tahun (Berger, 2000; Dias and Coble, 1999). Mengikut Khalid (1996) dan
Hanna et al. (1996), industri pembinaan telah wujud sebagai penderma utama dalam
2
kes-kes kemalangan, kematian, kecederaan dalam pekerjaan sejak banyak tahun
dahulu. Secara umumnya, kemalangan yang biasa berlaku terhadap buruh-buruh
atau pekerja di tapak pembinaan ialah
i) Kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi
ii) Kecederaan akibat sesuatu benda jatuh pada mereka
iii) Kecederaan apabila terlanggar pada halangan (obstacles)
(Gee and Saito, 1997)
Walaupun terdapat jabatan keselamatan dan kesihatan yang menjalankan
tugas di setiap negara masing-masing, namun peratusan kecederaan dan kemalangan
dalam bidang industri pembinaan tetap mencatatkan angka yang mendadak (Gee dan
Saito, 1997). Para pakar dan profesional telah menyatakan bahawa pihak berkuasa
dan akta-akta yang sedia ada masih belum cukup untuk menangani masalah dan
mencapai matlamat sifar kemalangan (zero accident) di tapak-tapak pembinaan
(Center to Protect Workers’Rights,1993;Ratay,1997). Namun, sekiranya para
pekerja dan buruh yang menjalankan tugas di tapak pembinaan mematuhi segala
peraturan yang telah ditetapkan dengan baik dan tepat serta tanpa kesamaran,
keselamatan di tapak pembinaan jelasnya akan bertambah baik. Mengikut Ratay
(1997), suatu akta atau perundangan yang baik dapat memperbaiki dan menangani
masalah keselamatan dengan kos yang minima. Di sebaliknya, suatu akta yang
lemah bukan sahaja tidak dapat membantu dalam isu ini, malah terus menambahkan
kos perbelanjaan di samping mewujudkan banyak perbalahan. Perbalahan tersebut
timbul akibat kelewatan dalam progres pembinaan, denda bagi kelewatan, kerugian,
kecederaan dan kemalangan.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa, terdapat banyak dan perundangan
telah ditetapkan buat masa sekarang. Akta dan perundangan tersebut menyenaraikan
syarat-syarat yang berat di mana majikan dalam industri pembinaan ini perlu
senantiasa mematuhi syarat yang terpapar ini. Sebenarnya syarat tersebut adalah
terlalu tradisional, kerana hanya terikat kepada perkara-perkara seperti:
3
i) Arah dan kawal
ii) Percaya dan patuh
iii) Pendekatan tentang keadaan tidak selamat atau bahaya.
(Ratay, 1997)
Syarat-syarat ini kurang mengutamakan dan tidak fokus kepada isu amalan
pekerja yang tidak selamat. Menurut Reason (1998), dengan ubahan akta dan
peraturan sahaja adalah tidak cukup untuk mewujudkan suatu persekitaran pekerja
yang selamat di tapak bina. Perkara yang lebih penting ialah pihak pengurusan bagi
setiap industri dapat memastikan buruh atau pekerja mereka mematuhi peraturan
tersebut dan menjalankan amalan kerja yang baik dan selamat semasa bekerja.
Dalam kajian yang dijalankan oleh The National Safety Council (NSC) dan
Du Pont Company pada tahun 1998, juga menyatakan bahawa faktor akar berlakunya
kejadian kemalangan adalah akibat daripada amalan pekerja yang tidak selamat
(keputusan kajian ini telah di tunjukkan dalam Jadual 1.1 di bawah.) Dengan itu,
kajian ini juga menuduh bahawa fokus terhadap keadaan kerja yang tidak selamat
oleh pihak berkenaan selama ini adalah kurang tetap. Kedua-dua kajian ini
mencadangkan bahawa untuk membaiki isu keselamatan di tapak pembinaan, amalan
pekerja perlu diubahsuaikan. Namun, suatu persoalan tetap wujud, iaitu amalan
pekerja perlu diubahsuai sama ada melalui penguatkuasaan undang-undang dan akta
atau melalui pihak pengurusan di setiap industri pembinaan.
Jadual 1.1 Faktor akar kemalangan berlaku di industri pembinaan
Faktor National Safety Council (%)
Du Pont Company (%)
Situasi kerja yang tidak selamat
10 4
Amalan bekerja yang tidak selamat
88 96
Sebab yang tidak diketahui
2 -
Jumlah (%) 100 100Sumber: Human Performance Technologies (1998)
4
Mengikut Sulzer-Azaroff (1999), Pengubahsuaian yang berdasarkan
pendekatan amalan pekerja (behavior-based) ini boleh dijalankan dan dimulakan
melalui proses pemerhatian terhadap pekerja serta menerima suap-balik (feed-back)
daripada para pekerja. Langkah-langkah ini paling disyorkan oleh para pakar dan
profesional kerana boleh mendapat maklumat yang paling asal (primary). Pada masa
yang sama, terdapat cadangan daripada Hinze (1997) menyatakan bahawa adalah lagi
baik sekiranya kedua-dua situasi bekerja dan amalan pekerja diberikan fokus, dan
lebih banyak kemalangan di tapak bina dapat dielakkan.
Di Malaysia, sebuah negara yang bertungkus-rumus dan berusaha menuju ke
arah merealisasikan wawasan 2020, pelbagai aktiviti ekonomi telah berkembang
pesat di seluruh negara. Antaranya, industri pembinaan boleh dikatakan sektor yang
membangun dengan paling pesat. Hal ini berlaku kerana industri pembinaan
memang merupakan suatu sektor dapat mengaut banyak keuntungan dan seterusnya
menyumbang kepada kemajuan ekonomi. Dalam industri pembinaan di Malaysia, ia
merangkumi banyak sektor. Antaranya termasuklah pembinaan bangunan (building
construction), empangan (dam construction), jalan raya (road construction), lebuh
raya (highway construction), jambatan (bridge construction), infrastruktur dan kerja-
kerja kejuruteraan awam. Industri pembinaan yang begitu luas ini memerlukan
banyak buruh yang menyumbang tenaga dalam sektor ini.
Walau bagaimanapun, industri pembinaan yang pesat membangun di negara
kita ini tetap menghadapi masalah seperti negara lain. Isu yang paling utama berlaku
dalam sektor ini adalah berkaitan tentang masalah keselamatan buruh. Menurut
statistik daripada Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia, pada tahun 2003, terdapat
9365 kes aduan telah dilaporkan. Hal ini mungkin disebabkan oleh sikap para
majikan dalam industri pembinaan yang tidak mengambil berat dan mengutamakan
isu keselamatan dan kesihatan buruh-buruh berbandingkan aspek lain. Aspek-aspek
yang dimaksudkan di sini ialah seperti masa, kos dan kualiti. Ketiga-tiga aspek ini
juga dikatakan sebagai kunci penentuan sama ada suatu projek pembinaan itu berjaya
atau tidak. Untuk mencapai kejayaan, kebanyakan kontraktor bertungkus-lumus
untuk menyiapkan projek itu dalam masa yang singkat, dan kos yang rendah di
samping mengawal kualitinya. Banyak projek pembinaan telah dijalankan bukan
5
sahaja pada waktu siang malah waktu malam. Persoalannya, adakah kontraktor
memikirkan tentang isu keselamatan pekerja dan buruh yang bekerja di tapak
pembinaan? Bagi sesetengah kontraktor pula, mereka sanggup menawarkan harga
yang rendah untuk mendapatkan kontrak yang baru, tetapi dalam hal-hal keselamatan
mereka bersikap kedekut dan sambil lewa.
Berkaitan dengan perkara ini, Alleyne (1997) pernah berkata bahawa
walaupun globalisasi dan pertumbuhan ekonomi pesat membangun, isu berhubungan
hak manusia (human rights) tidak boleh diabaikan. Keselamatan dan kesihatan
pekerja adalah salah satu subset daripada isu in dan perlu diberikan perhatian.
Pekerja atau buruh yang bekerja di tapak bina tidak patut dijadikan golongan yang
selalu tunduk kepala kepada majikan dan menerima hakikat nyawa dan nasib mereka
diabaikan begitu sahaja. Mengikut Walsh dan Blair (1996), akta dan perundangan
yang diubah untuk melindungi para nasib pekerja dan buruh juga perlu direka supaya
jadi lebih inovasi dan bersesuaian dengan sosioekonomi di setiap negara masing-
masing. Selain itu, ancaman dan bahaya yang dihadapi oleh para buruh dan pekerja
adalah berbeza mengikut kawasan dan negara. Menurut Kashef et al. (1996),
kawalan kualiti (qualiti control) dan jaminan kualiti (qualiti assurance) untuk
perkara keselamatan dan kesihatan juga tidak boleh dilakukan secara sambil lewa
(optional). Malah langkah kritikal perlu dilaksanakan untuk menyediakan
persekitaran bekerja yang selamat bagi para buruh dalam industri pembinaan dan
mengikis imej buruk 3D industri ini. Selama ini, industri pembinaan terkenal dengan
imej 3D iaitu kotor (dirty), susah (difficult) dan bahaya (dangerous).
1.2 Latar Belakang Masalah
Sepanjang masa ini, isu keselamatan pekerjaan adalah isu utama dalam
kebanyakan industri dan terutamanya dalam industri pembinaan. Menurut Sanusi
(2002), istilah keselamatan ini sebenarnya membawa maksud keadaan terpelihara
atau terhindar daripada bahaya ancaman dan gangguan, serta wujud sebagai situasi
yang aman sentosa dan sejahtera. Manakala definisi keselamatan industri pula ialah:
6
i) Bebas daripada bahaya atau risiko kecederaan
ii) Kawalan kerugian akibat kemalangan
iii) Sebagai proses melindungi kerugian terhadap manusia, harta dan pendapatan
(keuntungan).
Falsafah keselamatan dan kesihatan perlu diutamakan dalam semua industri
contohnya industri pembinaan, untuk mengelakkan kecederaan dan kehilangan
nyawa, menjimatkan masa dan wang serta mengekalkan semangat pekerja
Amalan keselamatan adalah penting diamalkan semasa bekerja khususnya di
kawasan yang berisiko tinggi seperti tapak pembinaan. Amalan tersebut juga dapat
mendatangkan banyak faedah bukan sahaja kepada buruh sendiri malah majikan
juga. Apabila amalan keselamatan yang baik dan cukup telah dipraktikkan di suatu
kawasan kerja, ia dapat membendung dan mencegahkan risiko berlakunya
kemalangan. Selain itu, kes-kes keracunan dan penyakit pekerjaan juga dapat
dielakkan. Dengan pengurangan kemalangan dalam industri, tentulah kerugian juga
dapat dielakkan. Kerugian yang dimaksudkan bukan pampasan majikan kepada
pekerja yang cedera sahaja. Malah apabila berlakunya sesuatu kemalangan,
kerosakan dan kemusnahan harta benda juga akan berlaku. Jadi, dengan
mempraktikkan amalan keselamatan, kita dapat menjimatkan (save) dua perkara iaitu
nyawa dengan harta.
Seterusnya apabila kemalangan yang berlaku di suatu industri menjadi kurang,
secara tidak langsung, penghasilan kerja adalah lebih tekun, efisien dan produktif. Ini
adalah kerana apabila berlakunya kemalangan, semangat para buruh dan pekerja
akan terjejas. Mereka akan rasa bimbang dan takut sama ada diri sendiri akan
menjadi mangsa yang akan datang. Buruh –buruh dan pekerja-pekerja akan selalu
bersembang sewaktu kerja tentang kemalangan yang baru berlaku itu juga. Dengan
itu, penghasilan produk atau perkhidmatan akan terjejas dari segi produktiviti dan
kualiti.
7
Pada masa yang sama, apabila berlakunya kemalangan dan buruh atau
pekerja mengalami kecederaan atau kematian, industri tersebut bukan sahaja
mengalami kerugian dari segi pendapatan sahaja, malah industri ini akan hilang
seseorang pekerja yang berkebolehan juga. Setiap orang yang buruh atau pekerja
dalam industri memainkan watak yang penting dalam menjalankan tugas harian.
Sekiranya seseorang pekerja itu telah hilang keupayaan bekerja dalam kemalangan,
maka industri perlu membuat bayaran kemalangan dan seterusnya hilang seorang
pekerja yang berbakat dalam bidang ini.
Menurut kajian-kajian lepasan, punca kemalangan selalu dikaitkan dengan
kecuaian dan sikap lali buruh terhadap kerja yang dilakukan olehnya. Di mana
pekerja tersebut mungkin baru datang dari negara asing dan masih belum mendapat
latihan yang cukup untuk bekerja dalam bidang ini. Kebanyakan golongan buruh ini
kurang kemahiran dan tidak tahu kepentingan mempraktikkan amalan keselamatan
sewaktu kerja. Justeru itu, punca ini menyumbang kepada lapan puluh peratus kes
kemalangan yang berlaku dan industri. Manakala lima belas peratus kemalangan
dikatakan berpunca daripada persekitaran bekerja yang tidak selamat dan lima
peratus kemalangan tidak diketahui puncanya.
Selain itu, kebajikan asas pekerja juga selalu diambil ringan oleh majikan.
Pekerja disediakan tempat tinggal yang tidak memuaskan contohnya rumah papan
yang dirikan berdekatan tapak pembinaan. Rumah setinggan sebegini adalah bahaya
sekiranya berlaku kejadian seperti kebakaran. Kebanyakan buruh pembinaan juga
dipaksa oleh kontraktor untuk bekerja syif dan lebihan kerja tanpa diberi gaji yang
berpatutan. Cara para kontraktor mengeksploitasikan buruh ini akan menyebabkan
mereka mengalami kelesuan lampau, lalu menyebabkan kemalangan sewaktu bekerja.
Buruh-buruh atau pekerja-pekerja juga diarahkan untuk mengendalikan mesin atau
alatan yang berisiko tinggi tanpa diberikan latihan kemahiran yang secukupnya.
Kebanyakan mereka juga tidak diajar tentang amalan keselamatan yang merangkumi
aspek-aspek keselamatan peribadi, keselamatan alat dan mesin serta keselamatan
persekitaran. Kadang-kadang apabila mereka mengalami kecederaan berpunca agen-
agen ini, mereka tetap tidak diberikan pampasan. Masalah-masalah ini merupakan
perkara utama yang akan dikaji dalam penyelidikan ini.
8
1.3 Pernyataan Masalah
Walaupun isu keselamatan dan kesihatan pekerja di tapak pembinaan
semakin dititikberatkan, namun usaha untuk mengurangkan kemalangan di tapak
pembinaan masih belum mencapai tahap yang mencukupi dan memuaskan.
Penyelidikan-penyelidikan yang dijalankan terhadap isu keselamatan ini
adalah amatlah kurang. Statistik kemalangan yang dikumpulkan oleh Pertubuhan
Keselamatan Sosial (PERKESO) masih tidak dapat menunjukkan kemalangan
sebenar yang berlaku. Ini disebabkan ramai kontraktor cuba merahsiakan kes
kemalangan serius kepada pihak berkenaan kerana takut dikenakan tindakan undang-
undang. Kemungkinan, sesetengah pekerja yang mengalami kemalangan pula
merupakan pekerja asing yang haram yang majikan takut melaporkan. Apabila
berlakunya kemalangan, mereka kurang kesedaran untuk melaporkan kes
kemalangan kepada pihak berkuasa atau menuntut pampasan. Antara sebab-sebab
berlaku kejadian begini adalah ketidaksedaran pekerja tentang hak mereka sendiri.
Golongan pekerja atau buruh ini biasanya berasal dari negara-negara asing dan tidak
berpendidikan tinggi dan sebagainya.
Selain itu, statistik kemalangan tinggi yang melibatkan kematian di tapak
pembinaan telah menunjukkan industri pembinaan merupakan salah satu sektor
kritikal yang memerlukan pemeriksaan yang lebih kerap. Walau bagaimanapun,
masalahnya sekarang ialah kekurangan pengumpulan data dan maklumat ke atas
pandangan buruh pembinaan berkaitan dengan isu ini. Ini adalah kerana pelaksanaan
kajian di tapak pembinaan merupakan suatu tugasan yang membebankan dari segi
masa dan tenaga. Malah, penyelidik-penyelidik yang ingin menjalankan kajian di
tapak pembinaan kadang-kala tidak mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan
di tapak. Namun, bolehkah masalah keselamatan buruh dapat dibendung tanpa
menjalankan kajian sebenar terhadap buruh di tapak pembinaan?
Daripada perbincangan di atas, dapat dirumuskan bahawa wujud masalah
keselamatan bagi buruh yang bekerja di tapak pembinaan. Lantaran itu, untuk
9
pembentukan suasana kerja dan persekitaran yang kondusif di tapak pembinaan, serta
memandangkan kurangnya kajian tempatan tentang masalah keselamatan buruh
pembinaan, maka kajian ini adalah perlu dilakukan. Oleh itu, penyelidik ingin
mengkaji apakah tahap amalan keselamatan buruh di tapak pembinaan?
1.4 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan-
persoalan kajian berikut:
i) Adakah buruh pembinaan mengutamakan keselamatan diri di tapak
pembinaan?
ii) Adakah buruh pembinaan mengamalkan keselamatan alatan dan mesin
apabila mereka bertugas di tapak pembinaan?
iii) Adakah buruh pembinaan menitikberatkan keselamatan persekitaran di tapak
pembinaan?
iv) Apakah bandingan tahap amalan keselamatan bagi kedua-dua tapak yang
dikaji?
1.5 Objektif Kajian
i) Mengkaji aspek keselamatan diri bagi buruh yang bekerja di tapak pembinaan.
ii) Mengkaji aspek keselamatan alatan (mesin) bagi buruh yang bekerja di tapak
pembinaan.
iii) Mengkaji aspek keselamatan persekitaran yang diamalkan oleh buruh di
tapak pembinaan.
iv) Membandingkan amalan keselamatan tapak pembinaan yang dikaji di sekitar
kawasan negeri Kedah.
top related