laporan kursus dalaman kssr 2011
Post on 30-Nov-2015
176 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
SK BAGAN JERMAL12300 BUTTERWORTH
PULAU PINANG______________________________________________________________________________
LAPORAN KURSUS DALAMAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) PENDIDIKAN KHAS TAHUN 2-2011
1. TARIKH : 22 OKTOBER 2011 & 26 OKTOBER 2011
2. MASA : 8.00 PAGI – 2.00 PETANG
3. TEMPAT : KELAS PENDIDIKAN KHAS, SK BAGAN JERMAL
4. BIL HADIR : 12 ORANG GURU PENDIDIKAN KHAS
5. NAMA PENCERAMAH : EN HAILMI BIN ABD HALIM
6. GURU YANG HADIR KURSUS : GURU PENDIDIKAN KHAS SK BAGAN JERMAL
BIL NAMA GURU TAHUN/JAWATAN K/P T/TANGAN1. PN SUHAIDA BT ZAKARIA PKPK 731014-11-5124
2. PN NORULAINI BT MOHAMED YUNUS
GURU PENOLONG 800306-08-6122
3. PN ZALINA BT MD SAHINI GURU PENOLONG 810626-03-5710
4. EN HAILMI BIN ABD HALIM GURU PENOLONG 791226-02-5037
5. PN JAMILAH BT SHOIB GURU PENOLONG 640103-02-5696
6. PN NOR ZAMZIRA BT AHMAD
GURU PENOLONG 811113-07-5658
7. PN SITI SALMAH BT IBRAHIM
GURU PENOLONG 820430-04-5406
8. PN NADIA AFIFI BT DAUD GURU PENOLONG 840404-07-5618
9. EN ZUHAIR BIN WAHAB GURU PENOLONG 700609-07-5027
10. PN KAVITHA A/P SHUNMUGANATHAN
GURU PENOLONG 770315-07-6108
11. PN SALWA NURUL ’AIN BT WALED
GURU PENOLONG 830723-01-5082
12. PN SURIATI BT SAKORTALI @ SHAUQAT ALI
GURU PENOLONG 830524-08-5344
7. BAHAN : CD, STANDARD KANDUNGAN KURIKULUM KSSR, STANDARD PRESTASI, SENARAI LAMAN WEB BERKAITAN, CONTOH SENARAI SEMAK, CONTOH RPI, PBS, SURAT PEKELILING, NO TEL JU BERKAITAN, CATATAN KURSUS.
8. JADUAL KURSUS
(22 OKTOBER 2011 – SABTU)
BIL SLOT MASA PENGISIAN1. Bengkel 1 SLOT 1
8.00 PG – 9.30 PG
-Taklimat Kursus KSSR 2- Kreativiti- Keusahawanan- Teknologi Maklumat Komunikasi- Pengurusan Tingkah Laku- Pengurusan Diri
2. Minum Pagi 9.30 PG – 10.00 PG3. Bengkel 2 SLOT 2
10.00 PG – 11.30 PG
- Kemahiran Manipulatif- Pendidikan Seni Visual- Muzik- Pendidikan Jasmani- Bahasa Malaysia- Matematik
4. Bengkel 3 SLOT 3
11.30 PG – 1.00 PTG
- Pendidikan Islam- Moral- Bahasa Inggeris- Format RPH- RPI
5. Sesi Soal Jawab 1.00 PTG – 2.00 PTG - Guru Setiap Matapelajaran KSSR
(26 OKTOBER 2011 – RABU)
BIL SLOT MASA PENGISIAN1. PBS SLOT 4
1.00 PTG – 2.30 PTG
- Pengenalan PBS- Pelaksanaan PBS- Pengisian Borang Penilaian PBS- Standard Kandungan Prestasi- Standard Kurikulum
2. Sesi Soal Jawab 2.30 PTG – 3.00 PTG - Guru Mata Pelajaran KSSR 2011/2012
9. SLOT 1 : (22 OKT 2011)
MASA : 8.00 PAGI – 9.30 PAGI
PENGISIAN : Guru-guru diterangkan dengan tujuan kursus diadakan dan kandungan keseluruhan
kursus. Guru-guru juga dijelaskan dengan pelaksanaan KSSR di sekolah rendah terutama murid-
murid Pendidikan Khas bagi tahun 2011 dan tahun seterusnya. Guru diminta mencatat nombor
telefon yang berkaitan bagi rujukan dan pertanyaan yang lebih lanjut di masa akan datang. Setiap
guru mengenalpasti matapelajaran yang diajar dan kaitan dengan KSSR yang akan diterangkan.
Bagi Slot 1 guru-guru dideahkan dengan pengisian yang merangkumi kreativiti, keusahawanan,
TMK, Pengurusan Tingkah laku dan Pengurusan Diri dan merujuk kepada standard kandungan
yang dibekalkan.
SLOT 2 : (22 OKT 2011)
MASA : 10.00 PAGI – 11.30 PAGI
PENGISIAN : Bagi slot 2 guru-guru didedahkan terus dengan standard kandungan kurikulum
mengikut matapelajaran seterusnya kaedah mengajar dengan lebih terperinci mengikut topik dan
kandungan yang ditetapkan serta perbezaan dengan format KBSR yang telah dilaksanakan
sebelum ini. Bagi guru matapelajaran yang terlibat catatan penting dan senarai semak ditunjukkan
untuk menilai murid di mana sebagai persediaan mengisi PBS yang akan diterangkan kelak.
Antara matalepajaran yang diterangkan pada slot kedua ini ialah Kemahiran Manipulatif,
Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani, Bahasa Malaysia dan
Matematik. Guru juga ditunjukkan beberapa alat dan bahan bantu mengajar yang dibekalkan
untuk digunakan semasa mengajar murid menggunakan CD dan slaid powepoint yang dibekalkan.
SLOT 3 : (22 OKT 2011)
MASA : 11.30 PAGI – 1.00 PETANG
PENGISIAN : Slot ketiga merupakan kesinambungan daripada slot kedua dan beberapa
maklumat penting seperti kaedah menulis RPH dan format RPI terkini yang dibekalkan. Guru-guru
juga menyemak standard kandungan kurikulum yang merangkumi matapelajaran Pendidikan
Islam, Moral dan Bahasa Inggeris. Seterusnya guru-guru menyemak dengan lebih teliti kaedah
menulis RPH mengikut format yang betul dan lengkap mengikut format KSSR. Bagi penulisan RPI
juga guru-guru diminta mengenalpasti murid-murid mengikut tahap ’High Function’ dan ’Low
Function’ bagi mengenalpasti matapelajaran yang terlibat untuk menilai murid.
SLOT 4 (26 OKT 2011)
MASA : 1.00 PETANG – 3.00 PETANG
PENGISIAN : Slot ini diadakan khusus untuk menerangkan kepada guru secara lebih terperinci
kaedah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merupakan elemen penting dalam
pelaksanaan KSSR. Guru juga diberikan Standard Prestasi bagi mengetahui apakah yang
dimaksudkan dengan Band (B), Deskriptor (D) dan Evidens (E). Guru juga diminta menyemak
Standard kandungan Kurikulum bagi mengetahui hubungkait semasa melakukan penilaian kepada
murid. Bagi matapelajarn Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris guru diterangkan dengan
maksud Deskriptor Lisan (DL), Deskriptor Bacaan (DB) dan Deskriptor Tulisan (DT) yang terdapat
dalam Standard Prestasi yang ditunjukkan. Guru juga diberikan borang penilaian yang disiapkan
semasa kursus dijalankan untuk menilai murid sebagai bahan bukti PBS dijalankan mengikut
pelaksanaan KSSR tahun 2011. Sesi soal jawab juga diadakan bagi guru yang mempunyai
kemusykilan dan perkongsian pendapat antara guru yang mempunyai maklumat dan pernah
menghadiri kursus berkaitan KSSR 1 dan sebagainya.
10. ISU DAN DAPATAN
1. KSSR merupakan sukatan yang lebih mudah, ringkas dan padat untuk menilai dan mengajar
murid-murid Pendidikan Khas.
2. Pelaksanaan PBS bagi murid Pendidikan Khas merupakan satu kaedah baru yang masih
kurang jelas terutama bagi murid yang mempunyai masalah pembelajaran di tahap ’kronik’.
3. KSSR menekankan elemen kemahiran dan pengalamian yang berbeza dengan KBSR yang
menfokuskan kepada aspek P&P secara formal.
11. CADANGAN MENGATASI
1. Sebarang maklumat dan isu terkini perlu disebarkan segera bagi mengelakkan salah tafsiran
dan kekeliruan seperti dalam kursus KSSR kali pertama tahun 2010.
2. Pelaksanaan KSSR mestilah mempunyai satu kata putus dan muktamad oleh pegawai atasan
sebelum disampaikan kepada guru-guru di sekolah.
3. Setiap sekolah yang mempunyai program pendidikan khas disarankan mempunyai JU angkat
untuk memudahkan guru membuat rujukan dan pertanyaan jika terdapat kemusykilan dan
keraguan.
ULASAN GURU BESAR :
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
TANDATANGAN PELAPOR DISAHKAN OLEH,
_____________________ ___________________________
(HAILMI BIN ABD HALIM) ( )
COP SEKOLAH :
top related