kerja kursus sejarah sem1 ppismp
Post on 05-Apr-2018
317 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/31/2019 Kerja Kursus Sejarah sem1 PPISMP
1/23
1.0 PENGERTIAN SEJARAH
Manusia dan peristiwa adalah dua perkara yang amat berkait rapat antara satu
sama lain. Oleh itu, sejarah tidak dapat dipisahkan darai rentetan kehidupan
manusia masa lampau hinggalah kini. Ia merupakan satu interaksi berterusan yang
tiada penghujungnya.
Sejarah juga menegaskan kesepaduan unsur pengetahuan, peningkatan daya
intelek, pemupukan nilai-nilai murni dan perkembangan kemahiran belajar. Selain
itu, Sejarah juga membentuk pemupukan kemahiran berfikir dan kemahiran
pemikiran sejarah dalam setiap kalangan warganegara disamping menerapkan nilai-
nilai murni dan semangat patriotik dalam usaha mencapai aspirasi membentuk
negara,bangsa yang berkualiti.
Patriotisme adalah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Perasaan ini perlu
wujud di hati setiap individu rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Sehubungan itu,
semangat patriotik dapat membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu dan
harmoni. Justeru, berdasarkan pengetahuan dan pemahaman aspek-aspek sejarah
negara, setiap warganegara perlu dibimbing untuk menganalisis dan menilai fakta-
fakta sejarah secara rasional. Natijah daripada pemahaman dan penghayatansejarah negara, seluruh rakyat dapat membina kekuatan semangat cinta akan
negara.
Terdapat pelbagai pandangan mengenai pengertian sejarah. Ilmu sejarah telah
dibincangkan sejak zaman Yunani. Secara umumnya ilmu sejarah dapat dihuraikan
seperti berikut:
SEJARAH
Perkara lepas yang benar-benar berlaku
terutamanya peristiwa dalam kalanganmanusia. Ia dianggap absolute dan
objektif.
Rekod mengenai perkara yang benar
berlaku. Ia berbentuk relatif dan
subjektif. Sejarah merupakan
pandangan menurut penulis dari apayang berlaku. Terhasil dalam bentuk
rekod bertulis.
-
7/31/2019 Kerja Kursus Sejarah sem1 PPISMP
2/23
Kemajuan Teknologi video dan audio pada abad ke-20 mempengaruhi perubahan
sumber. Terdapat 3 bentuk rekod:
sejarah tidak berulang walaupun sesetengah golongan berpendapat bahawa
sejarah itu berulang. Ini kerana sejarah itu memiliki fakta yang lengkap dengan masa
dan tarikh sesuatu peristiwa itu terjadi. Walaupun proses kitaran yang silih berganti
itu wujud (kelahiran, perkembangan atau kejayaan dan keruntuhan) namun agak
sukar bagi kita untuk melihat sesuatu fakta yang sama muncul pada zaman akan
datang di mana tarikh, objek dan tempatnya adalah sama. Oleh itu, sekali lagi saya
tekankan di sini bahawa sejarah hanya berulang dari segi falsafah atau fenomena
penyampaian yangtertua dan dilakukandalam bentuk lisan.
bermula pada4000SM - 500SM
penyampaian dalambentuk susunankronologi atau
urutan peristiwa.
BentukNaratif
berkembang sekitar500SM.
merupakan sejarahinstrutif atau belajardaripada sesuatuperistiwa.
sangatberpengaruhsehinggamunculnya Leopardvon Ranke, bapasejarah moden.
Bentuk
Didaktik
jadi amalan pentingdari tahun 800hinggalah hari ini.
matlamatnya
mewujudkanpersoalan 'kenapa'dalam peristiwasejarah dengancara menkajikomplesiti sebabdan akibat sesuatuperistiwa ituberlaku.
Bentuk
Genetik
-
7/31/2019 Kerja Kursus Sejarah sem1 PPISMP
3/23
yang mampu memberikan pengajaran, tunjuk ajar serta pengetahuan kepada
masyarakat tetapi tidak berulang secara khusus pada zaman, waktu, tempat,
pemimpin ataupun orang yang sama.
PANDANGAN PARA ILMUAN
Ilmuan islam memberikan sumbangan dalam memperkembangkan ilmu sejarah.
Mereka bersetuju mengatakan sejarah sebagai satu disiplin ilmu. Sejarah dianggap
sebagai suatu ilmu pengetahuan yang cuba melihat masa lampau melalui kaca mata
masa kini. Ilmu sejarah turut mendapat tempat dalam kalangan ahli-ahli sejarah
tempatan sejak negara belum merdeka. Ia diperkenalkan oleh sejarawan Eropah
dan diperturunkan kepada penduduk tempatan.
Masyarakat Barat memberikan perhatian serius terhadap kejadian yang berlaku
dalam kalangan manusia. Mereka mengambil bahagian penting dalam setiap
perdebatan ilmu sejarah dari segi pengertian, kepentingan dan kegunaan sejarah itu.
Terdapat kesinambungan pengertian sejarah yang dibuat oleh sejarawan Barat
dengan sejarawan tempatan.
E.H Carr sejarawan terkenal abad ke-20 mengatakan, sejarah adalah satuproses interaksi berterusan di antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya,
satu dialog yang tidak berkesudahan di antara masa kini dengan masa
lampau(1984,27)
Sejarawan tempatan seperti Shaharom Hussein mengatakan daripada
pelajaran Tawarikh juga kita dapat menyingkap semula lembaran sejarah
darihal kebangkitan, kemajuan, kejatuhan, dan kemuduran sesuatu
bangsa.(1950)
Zainal Abidin A.Wahid pula menyatakan sejarah membolehkan kita
memeriksa,mengambil pengertian dan menimbangkan satu-satu perkara itu
dengan lebih saksama dan sempurna.sejarah juga boleh menjadi petunjuk
dan pemandu kita. (2000)
-
7/31/2019 Kerja Kursus Sejarah sem1 PPISMP
4/23
Mengikut pandangan "Bapa Sejarah" Herodotus, Sejarah ialah satu kajian
untuk menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh,
masyarakat dan peradaban.
Mengikut definisi yang diberikan oleh Aristotle, bahawa Sejarah merupakan
satu sistem yang mengira kejadian semulajadi dan tersusun dalam bentuk
kronologi. Pada masa yang sama, menurut beliau juga Sejarah adalah
peristiwa-
peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-buktiyang kukuh.
Menurut R.G.Collingwood, sejarah ialah sejenis bentuk penyelidikanatau
suatu penyiasatan tentang perkara-perkara yang telah dilakukan oleh
manusia pada masa lampau.
Drs.Sidi Gazalba cuba menggambarkan sejarah sebagai masa lampau
manusia dan persekitarannya yang disusun secara ilmiah dan lengkap
meliputi urutan fakta masa tersebut dengan tafsiran dan penjelasan yangmemberi pengertian dan kefahaman tentang apa yang berlaku.
V. Bryce- Sejarah adalah catatan dari apa yang telah dipikirkan, dikatakan,
dan diperbuat oleh manusia.
W.H. Walsh- Sejarah itu menitikberatkan pada pencatatan yang berarti dan
penting saja bagi manusia. Catatan itu meliputi tindakan-tindakan dan
pengalaman-pengalaman manusia di masa lampau pada hal-hal yang penting
sehingga merupakan cerita yang berarti.
Patrick Gardiner- Sejarah adalah ilmu yang mempelajari apa yang telah
diperbuat oleh manusia.
Roeslan Abdulgani- Ilmu sejarah adalah salah satu cabang ilmu pengetahuan
yang meneliti dan menyelidiki secara sistematis keseluruhan perkembangan
masyarakat serta kemanusiaan di masa lampau beserta kejadian-kejadian
dengan maksud untuk kemudian menilai secara kritis seluruh hasil
-
7/31/2019 Kerja Kursus Sejarah sem1 PPISMP
5/23
penelitiannya tersebut, untuk selanjutnya dijadikan perbendaharaan pedoman
bagi penilaian dan penentuan keadaan sekarang serta arah proses masa
depan.
Moh. Yamin - Sejarah adalah suatu ilmu pengetahuan yang disusun atas hasil
penyelidikan beberapa peristiwa yang dapat dibuktikan dengan bahan
kenyataan.
KEPENTINGAN ILMU SEJARAH
Sebagai alat mendidik manusia menjadi lebih baik, menjaga kepentingan negara. Iajuga merupakan pedoman manusia supaya belajar daripada kejayaan dan
kelemahan masyarakat masa lalu. Ia juga penting supaya manusia bangga dengan
sejarah dahulu dan dapat menanamkan semangat patriotik dan cita akan tanah air. 3
kepentingan sejarah:
Kebenaran adalah perkara penting yang diajar dalam ilmu sejarah. Mengkaji sejarah
sesuatu peristiwa dapat mendidik manusia kepada keperluan mencari kebenaran. Dalam
sejarah, perkara paling utama ialah sesuatu peristiwa itu mestilah benar dan tiada unsur
pemalsuan. Setiap peristiwa itu harus dibuktikan kebenarannya untuk bertujuan mengelak
daripada sejarah itu digunakan untuk memenuhi kepentingan seseorang individu atau
kumpulan.
Keperluan mengetahui kebenaran
Digunakan sejak zaman Yunani (abad ke-6SM) . untuk mendidik masyarakat pada masa itu
supaya memiliki semangat patriotik. Ini kerana kerajaan Yunani perlu mempertahankan
negaranya daripada ancaman musuh luar.
Kepentingan sejarah dalam bidang pendidikan
-
7/31/2019 Kerja Kursus Sejarah sem1 PPISMP
6/23
bidangilmu
sejarah
politik
kebudayaan
diplomatik
pentadbiran
geologi
arkeologi
ekonomi
linguistik
intelektual
sosial
Peristiwa lalu digunakan untuk mengingatkan manusia supaya tidak mengulangi kesilapan
yang pernah dilakukan sebelumnya dan belajar daripada sejarah. Digunakan membimbing
manusia ke arah kebaikan dan mengelak unsur-unsur keburukan. Contoh:- ancaman
Komunis 1948-1960, menjadi ingatan kepada masyarakat mengenai keburukan yang
mengugut kestabilan negara.
Pengalaman lalu untuk kegunaan kini
-
7/31/2019 Kerja Kursus Sejarah sem1 PPISMP
7/23
PENTING DAN BERMAKNA
SEBAB DAN AKIBAT
SEBAB DAN AKIBAT
kesimpulan
CIRI-CIRI
SEJARAH
PENTING DAN
BERMAKNA
SEBAB DAN AKIBAT
TEPAT DAN BENAR
Sesuatu meninggalkan
kesan.Bermakna dan yang penting
diingati.
Apa,di mana, mengapa dan bagaimana
sesuatu peristiwa berlaku.terbukti
kesahihan
Tidak boleh direka atau ditokok tambah.
Bertanggungjawab terhadap sumber dan
kesahihan.
-
7/31/2019 Kerja Kursus Sejarah sem1 PPISMP
8/23
Generasi masa kini dapat merangka wawasan masa depan dengan lebih yakin
dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara dan memajukan negara dalam
semua bidang.
Maksud sumber-sumber sejarah
Adalah jelas bahawa semua maklumat kita berhubung dengan peristiwa-peristiwa
dan keadaan-keadaan silam berasal daripada bukti-bukti yang pelbagai jenis. Bukti-
bukti ini dipanggil sumber. Kadangkala ada sejumlah sumber yang baik dan boleh
dipercayai untuk satu-satu peristiwa, misalnya sebagai contoh, peristiwa
pemenggalan leher Raja Charles I di England pada tahun 1649, atau kisah
pergerakan tentera Napoleon ke Russia. Kadangkala ada hanya satu sumber
tunggal, yang tidak dapat dipercayai, misalnya sebagai contoh, dalam kes
pengebumian Raja Alaric di dasar sebuah sungai. Bagi banyak hal yang penting,
yang hebat, yang kita mahu ketahui mengenainya, malangnya tidak ada sumber-
sumber bertulis sama sekali, dan kita hanya boleh meramal saja tentang perkara-
perkara itu. Contohnya, kita tidak tahu apa yang orang Jerman lakukan sebelum
Julius Caesar membuat hubungan dengan mereka dan menemui kecelaruan untuk
memberikan satu keterangan ringkas mengenai mereka. Kita boleh mempelajari
sedikit sahaja mengenai bishop-bishop Rom (atau paus-paus) sebelum zaman
Maharaja Constantine kerana sedikit sekali rujukan tentang mereka yang datang
kepada kita.
Sumber sumber sejarah terdiri daripada:
Rekod-rekod bertulis Tradisi lisan
Tinggalan perkampungan prasejarah
Inskripsi pada batu-batu
Sebarang testimoni
Tinggalan manusia
-
7/31/2019 Kerja Kursus Sejarah sem1 PPISMP
9/23
Sumber adalah bahan yang tersimpan dalam arkib,perpustakaan,
muzium,pejabat-pejabat menyimpan rekod dan istana.
Kebanyakan ahli sejarah bergantung pada sumber sejarah yang berbentu:
Sumber dibahagikan kepada 3:-
DEFINISI SUMBER PRIMER
Punca pertama untuk memahami sesuatu peristiwa yang telah lepas.
Bahan yang belum dicetak, mentah bahan dalam bentuk fosil, artifak dan
lisan.
Arthur Marwick menyatakan sumber primer sebagai bahan yang wujud dalam
keadaan asas, tidak sempurna dan sumber yang belum diprosese oleh
pengkaji.
sumber sejarah
numismatik
arkeologi
epigrafi
Sumber sejarah
SUMBER PRIMER
SUMBER TERTIAR
SUMBER SEKUNDER
-
7/31/2019 Kerja Kursus Sejarah sem1 PPISMP
10/23
Sumber primer juga dikenali sebagai:
Penggunaan sumber primer oleh ahli sejarah dapat menjelaskan tentang
kebenaran sejarah dari sudut keabsahan, validity, ketepatan fakta sejarah.
Kaedah penulisan dan kaedah sejarah yang betul akan dapat mengelakkan
kesilapan dan kesalahan dalam fakta-fakta sejarah.
sumber
awalan
sumber
pertama
sumber
utama
sumber
sezaman
contoh
sumber
primer
fail rasmi
jabatan
suratperibadi
diari
manuskripyang
belumdicetak
batu
bersurat
peta
artifak,jumpaanarkeologi
-
7/31/2019 Kerja Kursus Sejarah sem1 PPISMP
11/23
CIRI-CIRI SUMBER PRIMER
-
7/31/2019 Kerja Kursus Sejarah sem1 PPISMP
12/23
Kesimpulan
Sumber primer pada zaman dulu sukar dikenal pasti, manuskrip dan dokumen
sejarah didapati tidak tersusun dengan baik. Ia dikumpulkan dalam bilik gelap sera
berhabuk. Apabila ahli sejarah gagal menggunakan sumber primer, mereka akanmenggunakan sumber kedua yang banyak telah berubah daripada bentuk asal
sumber.
kandunganya masih baru dan dihasilkan oleh idea-idea kreatif
tidak diterjemahkan ke bahasa yang lain dan kekaltulisan asal .
sumber awal yang belum ditafsir
teks yang sebenar, tidak diubahsuai dan ditokoktambah
sumber maklumat pertama yang diperolehi
bahan mentah- yang belum diproses ataupunmeengalami perubahan secara fizikal
sukar diperolehi kerana terhad,sulit,terhapus,milikperibadi atau orang perseorangan.
-
7/31/2019 Kerja Kursus Sejarah sem1 PPISMP
13/23
SUMBER SEKUNDER atau KEDUA
secara asasnya sumber sekunder merupakan tafsiran, kesimpulan yang dibuat olehseseorang pengkaji sejarah dengan berdasarkan sumber utama yang berkaitan. Ia
merupakan sumber-sumber sejarah yang telah diproses, di tafsir, dan dinilai oleh ahli
sejarah daripada bentuk primer kepada bentuk sekunder.
Louis Gottschalk mengatakan sumber sekunder ialah sumber yang berbentuk catatan
yang diperolehi daripada sesiapa sahaja yang bukan saksi iaitu hadir semasa kejadian
itu berlaku.
Menurut M. Yusof Ibrahim, sumber sekunder ialah kajian-kajian ataupun penulisan-
penulisan yang telah dilaksanakan oleh seseorang mahupun suatu kumpulan tentang
peristiwa, tokoh dan sebagainya.
CONTOH-CONTOH SUMBER KEDUA
CIRI-CIRI SUMBER SEKUNDER
buku
jurnal
tesisi
majalah,surat
khabar,risalah
artikel
-
7/31/2019 Kerja Kursus Sejarah sem1 PPISMP
14/23
Kesimpulan
Sumber sejarah merujuk kepada bahan yang dikaji melalui pembacaan bertulis,
yakin bahan yang ditulis oleh sejarawan atau pengkaji sejarah. Walaupun dianggap
bahawa karya sejarah yang dirujuk berasaskan sumber kedua itu adalah benar,
namun bukanlah semua karya tersebut yang ditulis adalah seratus peratus benar.
Masih wujud tokoh tambah dan sifat bias yang dilakukan oleh segelintir sejarawan
yang kurang profesional. Maka dengan itu, pemahaman masyarakat hanya terhad
terhadap sesuatu sumber yang agak kurang jelas kebenarannya yang dirujuk.
SUMBER TERTIER
sumber yang diterjemahkn ke dalambahasa lain
sumber bahan mentah
yang telah diproses
berfungsi sebagai bahan
rujukan, mengalami
perubahan dari bahan
mentah kepada bentukpenulisan- misalnya
kepada jurnal
sifat yang ketara ialah
boleh dibeli, tidak terhad,
tidak sulit, diterbitkan
semula, bukan milikperibadi.
-
7/31/2019 Kerja Kursus Sejarah sem1 PPISMP
15/23
Dalam penyelidikan, terdapat juga sumber ketiga. Sumber ketiga ini kurang
ditekankan oleh pengkaji kerana tidak menyedari akan kepentingannya. Sumber
ketiga merupakan pilihan, penyulingan, rumusan atau senarai komplikasi kepada
sumber pertama, kedua atau kedua-duanya sekali.
contoh
sumberketiga
indeks,abstrak,
manual, fakta-
fakta buku
senaraibacaan
buku panduan
katalogperpustakaan
bibliografi
-
7/31/2019 Kerja Kursus Sejarah sem1 PPISMP
16/23
5.0 SUMBER LISAN
Kaedah lisan merupakan cara memperoleh maklumt responden melalui:-
Sumber lisan merupakan sumber yang wujud melalui percakapan atau pertuturandari mulut ke mulut oleh seseorang yang terlibat atau menyaksikan sesuatu
peristiwa yang telah berlaku. Ia hanya tersimpan di dalam ingatan penyaksi dan
ianya tidaklah ditulis atau dirakamkan. Namun begitu, sumber lisan boleh menjadi
sumber bertulis apabila ia dirakam setelah mengalarni proses temu bual,
perbincangan, dan temu duga dengan orang sumber. Pada kebiasaannya, sumber
ini turut menjadi rujukan bagi ahli sejarawan dalam bidang sejarah lisan.
sumber-sumber
lain
smbertulisan
arkeologisumber
lisan
ucapan perbualan
penceritaanpengisahan
-
7/31/2019 Kerja Kursus Sejarah sem1 PPISMP
17/23
Sumber lisan boleh juga dikategorikan sebagai sumber utama dan sumber kedua.
Lazimnya, sumber utamanya didapati daripada penyaksi-penyaksi atau orang-orang
yang terlibat dalam sesuatu peristiwa sejarah itu. Mereka ini boleh memberikan
maklumat asal tentang peristiwa yang mereka saksikan atau yang mereka turut
terlibat. Jika mereka ini memuatkan maklumat-maklumat ke dalam pita rakaman
ataupun apa-apa perakam suara, maka itu juga boleh dianggap sebagai sumber
utama. Tetapi, jika mereka menulisnya, maka ia akan menjadi sumber utama yang
bertulis dan bukan lisan lagi. Bagi sumber lisan dalam kategori kedua pula, ia adalah
maklumat daripada mereka yang tidak menyaksikan atau terlibat dalam sesuatu
peristiwa yang diterangkan.
Kepentingan sumber lisan sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi. Tambahan
pula dalam situasi di mana kurangnya sumber utama dan kedua dalam satu-satu
peristiwa sejarah. Contoh yang jelas ialah semasa pendudukan Jepun di Tanah
Melayu selama 3 setengah tahun iaitu dari 15 Februari 1942 hinggalah 12
September 1945. Kebanyakan daripada generasi muda pada masa kini mendapat
tahu tentang peristiwa yang menggambarkan keganasan dan kekejaman
pendudukan Jepun di Tanah Melayu melalui cerita-cerita orang tua yang masih
hidup dan telah menempuh zaman tersebut. Hal ini turut dijelaskan oleh K.Ratnam:
Layanan yang berbeza diberi kepada penduduk tempatan oleh pihak Jepun. Semua
kaum iaitu orang Melayu, Gina dim India mengalami penyeksaan, penderitaan,
kebuluran, ketakutan dan pengangguran. Kaum Gina menderita akibat kezaliman
dan penyeksaan askar-askar Jepun. Akibatnya, ramai orang Cina telah melarikan
diri ke pinggir-pinggir hutan untuk mengelakkan penyeksaan, kebuluran, dan
kezaliman Jepun. Di sini mereka menternak ayam itik. Ini mewujudkan masyarakat
setinggan di Tanah Melayu Kaum Melayu dan India diberi layanan baik tetapi ramai
di antara mereka juga dihantar ke Siam untuk membina Jalan Kereta Api Maut.
Akibatnya ramai orang Melayu, India dan Cina telah terkorban dalam pembinaan
jalan kereta api tersebut akibat seksaan dim jangkitan penyakit tropika.
-
7/31/2019 Kerja Kursus Sejarah sem1 PPISMP
18/23
6.0 SUMBER TULISAN
Sumber tertulis adalah sumber sejarah yang diperoleh melalui peninggalan-
peninggalan tertulis, catatan peristiwa yang terjadi di masa lampau, misalnya
prasasti, dokumen, naskhah, piagam, babad, surat khabar, tambo (catatan tahunan
dari Cina), dan rakaman. Sumber tertulis dibahagikan menjadi dua, iaitu sumber
primer (dokumen) dan sumber sekunder (buku perpustakaan).Biasanya sumber
tertulis dapat memberikan informasi aspek-aspek yang akan kita teliti, misalnya
aspek sosial, ekonomi, budaya, politik, dan lain-lain. Dilihat dari segi bentuknya,
sumber tertulis dapat berbentuk tulisan yang tercetak dan tulisan yang masih ditulis
tangan atau manuskrip. Ada beberapa contoh sumber tertulis yang dapat dijadikan
sumber penelitian sejarah, iaitu sebagai berikut.
Buku Sejarah Nasional Indonesia merupakan upaya untuk
menulis sejarah Indonesia yang indonesiasentris
(Sumber : Nugroho Notosusanto, dkk, 19 )
a. Laporan-laporan
Laporan-laporan dapat berupa laporan yang dibuat oleh lembaga pemerintah atau
lembaga non pemerintah. Pembuatan laporan biasanya dilakukan per tahun. Jadi,
kita bisa menggunakan laporan tahunan. Pada lembaga-lembaga pemerintah,
biasanya suka dibuat laporan tahunan. Sedangkan laporan non pemerintah misalnya
http://4.bp.blogspot.com/-c62_WBNC9qk/TnxSP1LfbzI/AAAAAAAAAKU/kDsopRWHTBo/s1600/sumber+sejarah.bmphttp://4.bp.blogspot.com/-c62_WBNC9qk/TnxSP1LfbzI/AAAAAAAAAKU/kDsopRWHTBo/s1600/sumber+sejarah.bmp -
7/31/2019 Kerja Kursus Sejarah sem1 PPISMP
19/23
laporan perusahaan. Dengan adanya laporan tahunan perusahaan kita akan
mengetahui bagaimana perkembangan perusahaan dalam periode tertentu.
b. Notulen rapat
Notulen rapat adalah catatan-catatan yang berisi tentang hal-hal yang menjadi
materi penting dalam pembicaraan rapat. Catatan dibuat biasanya oleh salah
seorang yang ditunjuk atau ditugaskan untuk menjadi pencatat atau sekretaris.
Notulen rapat memberikan informasi yang berharga dalam penelitian sejarah,
apalagi bila notulen rapat yang kita temukan itu masih dalam bentuk tulisan tangan
si petugas penulis. Apabila kita menemukan bentuk notulen rapat yang demikian,
maka itu termasuk sumber primer. Dalam notulen rapat, biasanya terdapat materi
penting yang menjadi bahasan rapat.
c. Surat-surat
Surat-surat dapat menjadi sumber sejarah baik surat-surat peribadi maupun surat-
surat resmi yang dibuat oleh pemerintah. Dalam surat kita bisa melihat tanggal,
ditujukan kepada siapa, dari siapa (pembuat), dan isi dari surat itu. Isi surat ini akan
memberikan suatu informasi penting apa yang terjadi pada saat itu. Surat biasanya
dapat berupa tulisan yang singkat, dapat pula surat yang panjang dan ada
lampirannya. Baik surat yang pendek maupun surat yang panjang merupakan
sesuatu yang berharga dalam penelitian sejarah. Apabila kita menemukan surat
yang ada lampirannya, maka kita kemungkinan akan menemukan banyak data atau
informasi yang kita betulkan dalam penelitian.
d. Surat khabar
Dalam surat khabar biasanya banyak berita yang memuat tentang hal- hal yang
terjadi di masyarakat. Berita-berita tersebut merupakan sumber yang berharga bagi
peneliti sejarah. Peneliti sejarah dapat menyeleksi bagian mana dari berita itu yang
dapat dijadikan sumber bagi penelitiannya. Sumber tertulis ini yang banyak
merekam atau mencatat kejadian- kejadian sehari-hari yang terjadi di masyarakat.
-
7/31/2019 Kerja Kursus Sejarah sem1 PPISMP
20/23
Berita yang dimuat dalam surat khabar sangat beragam, ada berita ekonomi, politik,
sosial dan budaya. Bagi peneliti sejarah, berita-berita tersebut dapat dijadikan
sebagai sumber bahan penelitianya. Sumber yang digunakan tergantung pada tema
penelitian yang diselidiknya. Berita dari yang disajikan oleh surat kabar yang satu
dengan yang lainnya, kemungkinan akan menunjukkan suatu analisis yang
beragam. Pembedahan ini disebabkan oleh kepentingan dari masing-masing
penerbit surat khabar. Setiap surat khabar memiliki kepentingan atau misi untuk
membentuk opini atau pendapat masyarakat. Surat khabar yang diterbitkan oleh
pemerintah dan nonpemerintah tentu akan
memiliki perbedahan dalam menilai suatu peristiwa.
e. Catatan peribadi
Catatan peribadi adalah catatan yang dibuat oleh seorang individu yang menceritakan
pengalamannya yang ia pandang penting untuk dicatat. Biasanya ada orang-orang tertentu
yang memiliki kebiasaan untuk menulis pengalamannya. Bahkan yang ia catat bukan sekadar
apa yang terjadi pada dirinya, tetapi mungkin mencatat pengalaman orang lain yang ia lihat.
Catatan peribadi ini dapat memberikan informasi yang mungkin saja tidak terdapat pada
laporan-laporan resmi, misalnya laporan resmi pemerintah. Ada pula dari catatan-catatan
pribadi ini yang kemudian disusun oleh si pemilik catatan tersebut menjadi sebuah
autobiografi.
-
7/31/2019 Kerja Kursus Sejarah sem1 PPISMP
21/23
6.0 SUMBER ARKEOLOGI
Kaedah mendapatkan maklumat berdasarkan saintifik dipanggil sumber
arkeologi.
Memperoleh maklumat melalui proses gali.
Ahli arkeologi mempunyai tugasan untuk mengesan, menjelajah dan mencari
petunjuk tinggalan artifak sejarah zaman lampau.
Melalui tinggalan ini seseorang mengetahui usia, kegiatan masyarakat dan
perkembangan semasa yang berlaku ketika itu.
Contoh artifak:- piramid, mumia raja-raja mesir.
6.1 KESIMPULAN
Jelas bahawa semua maklumat mengenai kisah lampau perlu disertakan dengan
bukti. bukti-bukti yang dikemukakan ini dikenali sebagai sumber sejarah.
Kebanyakan pengkaji sejarah lebih berminat menggunakan sumber kedua kerana ia
mudah diperoleh dan sudah ditulis oleh orang lain. Sebaiknya ahli sejarah
menggunakan sumber primer dalam sesuatu kajian dan penulisan sejarah kerana ia
memberi peluang kepada mereka untuk membuat tafsiran asal mengenai sesuatu
peristiwa sejarah.
contohartifak
logam
tembikar
binaan batu
fosil
kulit siput
peralatandaripada
logam
-
7/31/2019 Kerja Kursus Sejarah sem1 PPISMP
22/23
7.0 KEPENTINGAN SUMBER SEJARAH
sebagai punca pertama untuk memahami peristiwa lepas.
dapat menjelaskan kebenaran sejarah dari sudut validity
sebagai kajian awal (literature review)
sebagai panduan untuk mencari sumber-sumber yang lain
penting untuk menampal tompok-tompok sejarah yang mungkin tiada dalam
bentuk tulisan.
membantu memberi gambaran yang lengkap mengenai sesuatu peristiwa
yang berlaku.
untuk memberi penjelasan mengenai tinggalan lama, monumen, artifak.
dapat menanamkan semangat ingin tahu (curiosity) yang kuat untuk
mengetahui asal usul sesuatu tamadun.
dapat memberikan kepuasan kendiri kepada pengkaji sejarah.
dapat mengasah kemahiran yang tersedia ada di samping menambah lagi
kemahiran, dan pengetahuan mengenai penggunaan teknologi canggih.
Dapat menarik minat pembaca dan menjadikan sesuatu penulisan sejarah
menarik dengan adanya gambar-gambar sekali gus dapat memberikan
pemahaman yang jelas.
memudahkan pengkaji bertukar maklumat dengan ahli sejarah yang lain di
samping mempercepatkan pencarian maklumat.
-
7/31/2019 Kerja Kursus Sejarah sem1 PPISMP
23/23
top related