kerja kursus sastera (asimen)
Post on 02-Jul-2015
2.834 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SOALAN TUGASAN
Anda telah dipilih oleh pihak sekolah anda untuk membentangkan kertas kerja dalam
Seminar Kesusasteraan Melayu anjuran Jabatan Pelajaran Daerah di tempat anda.
Sediakan kertas kerja tersebut dengan selengkapnya yang mengandungi bahan-bahan
berikut:
(a) Pengenalan kesusasteraan, sejarah dan perkembangan kesusasteraan Melayu
tradisional dan moden, termasuk bentuk-bentuk serta aliran-aliran dalam
penulisan sastera.
Pengenalan
1.1 Definisi
(i) Umum tentang kesusasteraan Melayu
Kesusasteraan berasal daripada kata akar “susastera”
(Sanskrit)
Su - indah, baik, lebih berfaedah
Sastera - huruf atau buku
Ke-susastera-an - kumpulan buku-buku yang indah bahasa dan
baik isinya.
Kesuasasteraan : Ciptaan seni yang dinyatakan dengan bahasa
yang indah dan mengandungi isi yang baik yang baik lagi
berfaedah.
Kesusasteraan Melayu : hasil ciptaan yang ditulis melalui
perantaraan Bahasa Melayu dan lahir sebagai hasil daripada
keistimewaan sifat masyarakat Melayu. Kandungannya
haruslah mencerminkan persoalan tentang masyarakat bangsa
Melayu sama ada pada zaman silam mahupun pada
zamanmodenhari ini.
Kesusasteraan Melayu Tradisional (SMT) :
Konsep SMT pada orang Melayu zaman dahulu sangat
bercampur aduk dan tidak terbatas kepada hasil seni semata-
mata. Oleh itu semua hasil penulisan sebelum abad ke-19
dianggap sebagai hasil sastera yang termasuk di dalamnya
karya sejarah seperti Sejarah Melayu, karya-karya
ketatanegaraan seperti Tajus Salatin, Bustan as-Salatin,
Sastera Kitab/Agama dan juga undang-undang Melayu lama.
Kesusasteraan Melayu mengandungi 4 unsur utama :
a. Unsur Intelek : Karya sastera haruslah menimbulkan satu-
satu fikiran tertentu yang bernilai dan menarik. Sastera ditulis
dengan tujuan tertentu seperti soal-soal masyarakat, moral,
ekonomi, politik dan sebagainya. Karya sastera sebagai bahan
untuk pembaca mendapat panduan dan pengetahuan.
b. Unsur Emosi : Membezakan karya sastera dengan bukan
sastera. Berkait dengan perasaan manusia iaitu perasaan
pengarang dan pembaca seperti perasaan sedih, gembira dan
sebagainya.
c. Unsur Imaginasi : Ketajaman daya penglihatan dan gaya
pengamatan (daya khayalan) pengarang terhadap sesuatu
benda atau peristiwa yang dilukisnya melalui perantaraan
bahasa.
d. Unsur teknik : Soal bagaimana pengarang menyusun
peristiwa dalam cerita, memilih kata-kata, menyusun adegan
dan sebagainya.
Kesimpulan tentang Kesusasteraan Melayu :
1. Ciptaan seni yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai alat
penyampaian
2. Satu cabang kegiatan seni masyarakat Melayuyang terawal
dan terpenting
3. Kesusasteraan lahir bersama kelahiran masyarakat sebagai
alat untuk menyatakan perasaan, keazaman, keinginan,
pengalaman dan pengalaman masyarakat.
4. Kesusasteraan Melayu adalah kesusasteraan yang berfungsi
iaitu mengajar dan menghibur
5. Tercipta dalam sepanjang masa, mengalami proses
perkembangan dan perubahan, dibahagikan Sastera Melayu
Tradisional dan sastera Melayu Moden
http://kalimahbestari.blogspot.com/
Kesusasteraan Melayu Tradisional dapat dikelompokkan kepada dua
kelompok utama iaitu:
1. Prosa Melayu Tradisional
2. Puisi Melayu Tradisional
Prosa Melayu Tradisional
Prosa boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk karangan yang
panjang. Prosa tidak terbatas kepada cerita (naratif) sahaja tetapi
termasuk juga karya-karya yang bukan cerita (bukan naratif/non-
naratif). Oleh itu, karya-karya kesusasteraan Melayu yang panjang
sama ada lisan atau tulisan
dikelompokkan sebagai prosa. Syarat utama ia boleh dikatakan
sebagai kesusasteraan Melayu ialah penggunaan bahasa Melayu
sebagai alat penyampaian dalam karya-karya tersebut merangkumi
seluruh nusantara.
Prosa Melayu tradisional berbentuk lisan dikenali juga sebagai
sastera rakyat. Prosa tradisional dalam kesusasteraan Melayu boleh
dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
1. Naratif
2. Bukan naratif
Prosa tradisional berbentuk naratif itu boleh dibahagikan pula
kepada dua pecahan lagi iaitu naratif lisan dan naratif tulisan.
Naratif lisan pula boleh dipecahkan lagi kepada tiga genre yang
utama iaitu:
1. Mitos
2. Legenda
3. Cerita rakyat
* Cerita rakyat terangkum di dalamnya beberapa jenis cerita lagi
seperti cerita binatang, cerita jenaka, cerita Lipur Lara dan cerita
teladan.
Sementara itu naratif tulisan terbahagi kepada lima genre iaitu:
1. Sastera sejarah
2. Sastera hikayat
3. Sastera sastera panji
4. Sastera kepahlawanan / epik
5. Sastera agama
Prosa tradisional bukan naratif terdiri daripada empat genre iaitu :
1. Sastera undang-undang
2. Sastera kitab
3. Sastera ketatanegaraan
4. Kepustakaan ilmu tradisional
*Nota : penjelasan setiap genre prosa tradisional akan dibuat dalam
tajuk penghayatan prosa tradisional.
Puisi Melayu Tradisional
Puisi merupakan kata pinjaman dari bahasa Indonesia yang
digunakan secara meluas di Malaysia. Puisi adalah satu bentuk
karangan berangkap yang terikat dengan peraturan sesuatu jenis
puisi itu. Bahasa puisi adalah terhad dan padat tetapi makna yang
cuba disampaikan adalah mendalam. Puisi mengungkapkan sesuatu
yang abstrak kepada yang nyata.
Puisi Melayu tradisional juga boleh dibahagikan kepada dua
pecahan iaitu:
1. Naratif
2. Bukan naratif
Puisi Melayu tradisional yang berbentuk naratif terdiri daripada
genre Syair sahaja.
Manakala yang bukan naratif ialah :
1. Pantun
2. Gurindam
3. Endoi
4. Rejang
5. Dikir/Zikir
6. Rubai
7. Nazam
8. Masnawi
9. Ghazal
10. Berzanji
11. Qit'ah
12. Seloka
13. Teromba
14. Talibun
15. Peribahasa berangkap
16. Mantera
*Nota : pengertian setiap genre akan diberikan apabila mengkaji
genre tersebut.
Dicatat oleh Ilham Rasa di 22:26
Ciri Kesusasteraan
Kesusasteraan Melayu Tradisional mempunyai ciri-ciri tersendiri
yang terdiri daripada lima aspek yang diperturunkan di bawah ini:
Lisan
Ciri utama kesusasteraan Melayu tradisional adalah Lisan. Lisan
dalam bahasa Arab maknanya lidah atau kata-kata. Oleh itu
dapatlah dikatakan bahawa kesusasteraan Melayu tradisional itu
disampaikan secara lisan ataupun mediumnya adalah kata-kata
ataupun pertuturan. Pada zaman tradisional pastilah wujud
manusia-manusia yang berbakat besar dalam bidang kesusasteraan,
yang mampu menghasilkan karya-karya prosa ataupun puisi.
Pastilah juga dalam zaman tradisional yang bermula dengan
animisme itu, tidak ada buku, pen, kertas dan sebagainya yang
digunakan oleh sasterawan moden hari ini untuk menzahirkan karya
mereka. Maka hanya cara tradisional sahajalah yang digunakan oleh
'sasterawan-sasterawan' zaman itu iaitu mengungkapkan karya
mereka dengan cara percakapan atau penceritaan. Para sasterawan
zaman tradisional, oleh kerana tidak mempunyai alat tulis
menurunkan pula karya-karya mereka kepada anak cucu, saudara
dan sahabat handai secara lisan agar ciptaan mereka itu tidak
hilang begitu sahaja.
Tulisan
Apabila masyarakat Melayu mula menerima pengaruh Islam, mereka
telah menerima juga bersama-sama sistem tulisan. Maka berlakulah
satu perubahan besar dalam penghasilan karya kesusasteraan iaitu
peralihan daripada lisan kepada tulisan. Satu perkara yang harus
difahami dengan mendalam ialah kebolehan menulis lebih berpihak
kepada golongan bangsawan yang berdekatan dengan pihak istana.
Sedangkan golongan rakyat biasa masih kekal dengan kaedah lisan.
Dengan itu lahirlah karya-karya kesusasteraan yang berpusatkan
istana. Karya-karya kesusasteraan ini ditulis menggunakan tulisan
jawi dan penciptaannya lebih kepada untuk memenuhi kehendak
golongan istana.
Kreatif
Pada dasarnya karya kesusasteraan kreatif itu bermaksud karya-
karya prosa dan puisi naratif dan non naratif. Oleh itu novel, cerpen,
sajak, drama, prosa tradisional dan puisi tradisional merupakan
kesusasteraan kreatif.
Bukan kreatif
Karya kesusasteraan bukan kreatif adalah karya-karya seperti esei,
rencana dan sebagainya
Estetik
Estetik merujuk kepada keindahan hasil-hasil kesusasteraan yang
dicipta oleh seseorang penulis.
Dicatat oleh Ilham Rasa di 22:24
Fungsi Kesusasteraan
Karya-karya kesusasteraan dihasilkan oleh pengarangnya bertujuan
untuk dinikmati dan dihayati oleh khalayak. Khalayak adalah
masyarakat yang menggunakan hasil-hasil kesusasteraan tersebut
yang berhubungan langsung dengan pengarang. Bagi seseorang
pengarang, amat perlu baginya untuk mengetahui jenis karya yang
diperlukan oleh khalayak kerana pengetahuan pengarang akan
menentukan apa yang dihasilkannya itu diterima atau tidak oleh
khalayak. Dengan kata lain, pengetahuan pengarang itu
merangkumi tujuan-tujuan khalayak menikmati dan menghayati
karyanya dan sejauhmanakah karya itu memberikan fungsi yang
tertentu kepada khalayak.
Sarjana kesusasteraan menyimpulkan bahawa sekurang-
kurangnyakesusasteraan mempunyai dua fungsi yang jelas:
1. Pendidikan/Pengajaran/Didaktik
2. Kepuasan estetik.
Kesusasteraan Berfungsi Sebagai Alat Pendidikan
Memang tidak dapat dinafikan bahawa karya-karya kesusasteraan
sebenarnya sarat dengan unsur pendidikan/pengajaran/didaktik.
Pengarang-pengarang yang menghasilkan sesuatu karya sastera
merupakan sekumpulan manusia yang telah menimba banyak
pengalaman. Pengalaman-pengalaman para pengarang ini
diterjemahkan melalui kisah-kisah yang ditulis oleh mereka yang
terangkum didalamnya pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi,
politik, sosiologi dan agama. Pengalaman mereka ini dijadikan prosa
atau puisi dan diadun dengan unsur-unsur pengajaran,moral atau
ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya. Apabila khalayak menikmati
karya-karya mereka secara tidak langsung unsur pengajaran atau
ilmu pengetahuan itu diserap oeh pembaca dan boleh membentuk
personaliti pembaca ke arah kebaikan.
Kesusasteraan Berfungsi Memberi Kepuasan Estetik.
Apakah itu kepuasan estetik? Sebelum pergi lebih jauh, ada baiknya
dicari dahulu maksud dan asal kata estetik. Dalam bahas Melayu
estetik juga disebut estetika. Ia diambil dari
kata Inggeris "aesthetic". Orang Inggeris juga sebenarnya
meminjam perkataan tersebut daripada budaya
Greekaisthanesthai yang boleh diertikan sebagai to preceive.
Bernard Bosanquet menyatakan bahawa estetik adalah falsafah
keindahan yang sudah bermula sejak zaman Greek, yang dimulai
oleh Socrates.
Di dalam ensiklopedia internet Wikipedia mengatakan estetik
merupakan kajian deria atau nilai deria - emosi, ataupun timbangan
sentimen dan cita rasa. Estetik merupakan subdisiplin aksiologi,
sesuatu cabang falsafah dan sering dikaitkan dengan falsafah seni.
Hashim Awang mendefinisikan estetik dalam Glosari Mini
Kesusasteraansebagai "Kajian atau sains tentang keindahan dalam
sastera atau seni lainnya.
Dengan maksud ringkas di atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa
kepuasan estetik adalah satu bentuk perasaan indah yang muncul
sama ada dalam diri penulis ataupun pembaca. Penulis cerita akan
merasa tenteram dan damai apabila mampu menghasilkan sesuatu
cerita yang dapat menyentuh perasaannya dan juga pembaca dari
segi isi ceritanya mahupun aspek-aspek lain penulisannya. Bagi
pembaca pula, dengan membaca karya yang mempamerkan
keindahan akan merasa satu kepuasan yang tidak dapat
digambarkan dalam dirinya.
Dicatat oleh Ilham Rasa di 22:10
Jumaat, 2008 September 26
Kesusasteraan Melayu Tradisional
Pengertian Kesusasteraan Melayu Tradisional
Kesusasteraan Melayu tradisional merupakan satu bidang kajian
yang sangat luas dan sentiasa berkembang dan melahirkan
penemuan-penemuan baru yang pelbagai sifatnya. Menurut
Profesor Ismail Hussein;
kesusasteraan Melayu tradisional adalah semua gejala
kesusasteraan yang berbentuk lisan atau bertulis tetapi tidak
bercetak.
Berdasarkan pernyataan di atas, amat jelas kepada kita bahawa
kesusasteraan Melayu tradisional merupakan satu wacana yang luas
dan terdiri daripada berbagai-bagai bentuk dan sifat. Pengkaji
kesusasteraan Melayu membahagikan kesusasteraa Melayu
tradisional kepada dua golongan yang utama iaitu:
1. Kesusasteraan Lisan
2. Kesusasteraan Tulisan
Kesusasteraan lisan (tradisi lisan) lahir di kalangan masyarakat
Melayu yang lazimnya terdiri daripada kaum tani dan nelayan.
Mereka ini tinggal di kawasan yang jauh di pedalaman, desa-desa
dan pinggir pantai. Pada waktu tersebut sistem tulisan belum lagi
muncul dan masyarakat lazimnya buta huruf. Walaupun tidak
menguasai sistem tulisan, daya kreativiti mereka dalam bidang
kesusasteraan tidak pula mati begitu sahaja. Sebaliknya ia
dikembangkan melalui pertuturan atau penceritaan secara lisan.
Atas sebab itulah hasil-hasil keusasteraan yang dicipta oleh
kelompok ini disebut sebagai kesusasteraan lisan kerana
penyampaian cerita secara lisan. Kesusasteraan lisan dikenali juga
sebagai kesusasteraan rakyat.
Kesusasteraan tulisan (tradisi tulisan) muncul apabila orang Melayu
mula menerima pengaruh luar. Pengaruh luar yang awal menyerap
ke dalam kebudayaan Melayu adalah pengaruh India. Melalui
kemasukan pengaruh India, orang Melayu diperkenalkan dengan
sistem tulisan. Walau bagaimanapun, sistem tulisan ini tidak meluas
dan akhirnya pupus.
Kedatangan agama Islam ke alam Melayu membuka satu lembaran
baru dalam kamus kesusasteraan Melayu. Agama Islam muncul
bersama-sama dengan sistem tulisan yang lengkap bersumberkan
al-Quran sebagai kitab suci orang Islam. Sistem tulisan Arab-Islam
ini kemudiannya disesuaikan dengan sebutan dalam bahasa Melayu.
Orang Melayu kini mempunyai sistem tulisan yang dinamakan
tulisan Jawi. Tradisi tulisan lebih condong kepada istana menjadikan
istana sebagai pusat penyebaran ilmu pada masa itu. Di istanalah
lahirnya tokoh-tokoh sasterawan Melayu tradisional yang
menghasilkan karya sama ada yang asli ataupun salinan semula
kerana pada masa itu mesin cetak belum wujud.
Semua hasil karya ini sama ada lisan atau bertulis merupakan satu
dokumen penting yang merakamkan segala perihal kehidupan
masyarakat Melayu tradisional. Ia adalah himpunan daya kreativiti
masyarakat Melayu tradisional yang menyerlahkan daya fikir, akal
budi, sentuhan jiwa, cita rasa, jati diri dan kebijaksanaan
masyarakat Melayu (Mutiara Sastera Melayu Tradisional 2003:xiv).
Sebagai kesimpulannya, sebagaimana yang dinyatakan oleh Harun
Mat Piah kesusasteraan Melayu tradisional merujuk kepada karya
yang mempunyai ciri-ciri seperti :
1. Bersifat kolektif dan dianggap sebagai milik bersama masyarakat
2. Hasil karya bersifat feudal
3. Karya yang terbatas pencipta dan khalayak
4. Dihasilkan sebelum 1800.
5. Bersifat fungsional
6. Pelbagai genre
7. Perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional tidak dibatasi
oleh zaman, tarikh dan waktu.
8. Gaya bahasa berbeza daripada gaya bahasa kini
9. Hasil karya mempunyai nilai tersendiri kepada masyarakat yang
mewarisinya.
10. Bentuk dan cirinya menjadi tradisi yang mantap
11. Persoalan yang dibawa oleh karya tersebut mempunyai struktur
formal yang terikat.
12. Hasil karya yang bersifat statis kerana tidak memperlihatkan
keragaman tema dalam sesuatu genre
(seperti dalam MPM Mutiara Sastera Melayu Tradisional, 2003:xvi-
xix)
Dicatat oleh Ilham Rasa di 10:54
Kesusasteraan Tradisional
Kesusasteraan Tradisional merupakan himpunan karya-karya
kesusasteraan dalam semua bentuk yang terhasil sejak manusia
wujud tetapi tidak melepasi zaman selepas wujudnya mesin cetak.
Kesusasteraan Tradisional muncul di kalangan masyarakat awal
yang masih lagi primitif dan mengamalkan kepercayaan animisme.
Ada pendapat yang mengatakan kemunculan tamadun awal manusia
diiringi juga dengan kemunculan budaya kesusasteraan ke dalam
tamadun tersebut. Contohnya dengan munculnya Tamadun
Mesopotamia serentak dengan itu juga lahirlah karya-karya
kesusasteraan hasil daripada kemunculan tamadun Mesopotamia
seperti Epik Gilgamesh. Oleh itu dari segi sejarah, ternyata
kesusasteraan telah muncul dan mewarnai kehidupan manusia sejak
sekian lama. Perjalanan masa yang begitu lama dan lampau itulah
yang menyebabkan apa sahaja hasil kesusasteraan yang ada pada
masa dahulu disebut tradisional. Selepas munculnya mesin cetak
lebih kurang dalam tahun 1800, karya kesusasteraan pun bertukar
wajah daripada tradisional kepada moden.
Secara umumnya karya-karya kesusasteraan tradisional boleh
dibahagikan kepada dua bentuk iaitu lisan dan tulisan. Lisan bererti
yang dituturkan dan tulisan maksudnya yang ditulis atau
dibukukan. Kesusasteraan lisan lebih mewakili golongan bawahan
seperti petani dan nelayan. Ia juga dikenali sebagai kesusasteraan
rakyat. Manakala sastera tulisan pula adalah ciptaan golongan
pemerintah selepas kemunculan sistem tulisan dalam sesebuah
masyarakat itu.
*Nota: Tajuk ini adalah sebagai rangsangan dan pengetahuan sedia
ada sahaja dan akan disentuh dengan lebih mendalam dalam tajuk
Kesusasteraan Melayu Tradisional.
Dicatat oleh Ilham Rasa di 10:47
Rabu, 2008 September 17
Definisi Kesusasteraan
Tajuk ini tidak terdapat dalam sukatan pelajaran KM1 STPM. Walau
bagaimanapun penulis menganggap ia mempunyai kaitan langsung
dengan kajian seterusnya tentang Kesusasteraan Melayu
Tradisional. Ali Ahmad : 1994 menyatakan Soal mencari definisi
kesusasteraan merupakan salah satu perkara asas bagi ilmu
kesusasteraan. Jika tidak pun ia bolehlah digunakan sebagai bacaan
tambahan untuk pelajar-pelajar Kesusasteraan Melayu STPM.
APA ITU KESUSASTERAAN?
Persoalan ini bukanlah satu perkara mudah untuk dibicarakan tanpa
bersandarkan kepada mana-mana tulisan sarjana. Ramai sarjana
telah memberikan pendapat yang tidak kurang pentingnya kepada
pengkaji dan pelajar kesusasteraan. Jika kita berpegang kepada
kenyataan yang dikeluarkan oleh Ali Ahmad "satu perkara asas bagi
ilmu kesusasteraan" tentulah apapun yang ingin dikaji, dinilai dan
dianalisis dalam bidang kesusasteraan memerlukan pemahaman
yang mendalam terhadap maksud kesusasteraan itu dahulu. Faham
makna kesusasteraan bererti menguasai asas kepada pengkajian
kesusasteraan.
Hashim Awang (1987) mengatakan kesusasteraan itu adalah "Ciptan
seni yang disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu
disebut sastera lisan dan yang ditulis disebut sastera tulisan. Di
samping itu, sastera pula memiliki keindahan dalam aspek-aspek isi
atau daya pengucapannya.
Ali Ahmad (1994) menyusur lebih jauh ke dalam makna
kesusasteraan dengan mengupas asal-usul kata sastera.
Menurutnya "sastera berasal daripada bahasa Sanskrita castra,
yang disebut syastra, yang bererti kitab suci. Susastera memberi
erti seni sastera atau seni bahasa, dan secara umumnya
dimaksudkan persuratan. Tambahan ke di awal dan an di akhir kata
susastera menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu kesenian
persuratan yang bersifat halus dan indah.
Seterusnya Hashim Awang et. al menghuraikan lagi maksud kata
kesusasteraan dan menemui puncanya adalah daripada kata
susastera. Kata susastera itu dipecahkan kepada dua bahagian iaitu
su dan sastera.
Su dikatakan membawa maksud indah, baik, lebih berfaedah.
Sastera pula membawa maksud huruf atau buku.
Ke-susastera-an membawa maksud kumpulan buku-buku yang indah
bahasanya dan baik isinya.
Bagi Muhammad Hj Salleh (1995) kesusasteraan merujuk pada
karya-karya lisan serta juga tulisan yang membawa unsur-unsur
cereka dan disampaikan melalui bahasa dan berbagai-bagai
perkataan.
Sebelum itu, pada zaman sebelum merdeka, seorang pendita
Bahasa Melayu yang dikenali sebagai Za'ba mendefinisikan
kesusasteraan itu sebagai persuratan atau karangan.
Pengertian seperti ini tentulah tidak mencakupi makna sebenar
kesusasteraan yang ada pada masa kini. Ali Ahmad (1994)
mengatakan Secara kasarnya sahaja definisi sedemikian dapat
diterima, tetapi pemerhatian yang lebih tepat masih diperlukan.
Ali Ahmad (1994) telah membuka ruang yang luas dan segar dalam
mencari maksud kesusasteraan melalui tulisannya Definisi
Kesusasteraan di dalam buku Pengantar Pengajian
Kesusasteraan (DBP). Perkara utama yang dikaitkan dengan
kesusasteraan ialah kehalusan atau estetika dan bahasa.
Sesungguhnya kesusasteraan itu adalah kehalusan penciptanya dan
keinginan pembacanya mencari kehalusan itu. Kesusasteraan juga
adalah keindahan bahasa yang muncul dari proses penciptaannya.
Menurut Ali Ahmad keindahan penggunaan bahasalah yang menjadi
asas bagi wujudnya hasil kesusasteraan.
Nota : Untuk lebih lanjut sila baca (Ali Ahmad : Pengantar Pengajian
Kesusasteraan, DBP. Kuala Lumpur, 1994)
Dicatat oleh Ilham Rasa di 08:37
Jumaat, 2008 September 12
Mengenali Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu 922/1
UMUM TENTANG KM 1
Kesusasteraan Melayu 922/1 dikenali juga sebagai Kesusasteraan
Melayu Tradisional atau Kesusasteraan Kertas 1. Para pelajar perlu
mengetahui, membaca dan memahami SUKATAN PELAJARAN
Kesusasteraan Melayu 922 yang boleh dimuat turun dari laman web
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Secara umum Kesusasteraan
Melayu peringkat STPM dibahagikan kepada dua kertas. Kertas 1
adalah Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Kertas 2 adalah
Kesusasteraan Melayu Moden. Para pelajar boleh mengetahui
dengan lebih lanjut tentang kertas dua melalui beberapa blog dan
web yang sedia ada di internet. Seperti yang telah dijelaskan
sebelum ini blog ini hanya akan memfokuskan kepada Kertas 1.
Berdasarkan kertas soalan Kesusasteraan Melayu 1 (oleh MPM)
soalan peperiksaan STPM kesusasteraan Melayu kertas 1 terdiri
daripada 4 bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D. Pembahagian
kertas 1 ditunjukkan melalui keterangan di bawah:
BAHAGIAN A : SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL
BAHAGIAN B : KARYA AGUNG (SULALATUS SALATIN SEJARAH
MELAYU)
BAHAGIAN C : PROSA MELAYU TRADISIONAL
BAHAGIAN D : PUISI MELAYU TRADISIONAL
ASPEK-ASPEK KAJIAN
Pelajar akan mengkaji aspek-aspek yang dinyatakan seperti berikut:
1. Pengenalan
2. Jenis Kesusasteraan Melayu Tradisional
3. Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional
4. Karya Agung
5. Prosa Melayu Tradisional
6. Puisi Melayu Tradisional
Pengenalan tentang Kesusasteraan Melayu Tradisional dari aspek
definisi iaitu definisi umum tentang kesusasteraan tradisional dan
definisi khusus tentang kesusasteraan Melayu tradisional. Pelajar
juga akan mengkaji tentang fungsi yang meliputi kefungsian dari
segi pendidikan,/pengajaran/didaktik dan juga dari segi kepuasan
estetik.
Jenis Kesusasteraan Melayu Tradisional membawa pelajar
menerokai dua cabang kesusasteraan Melayu tradisional iaitu prosa
tradisional dan puisi tradisional. Prosa tradisional dipecahkan
kepada naratif dan bukan naratif. Naratif pula dipecahkan lagi
kepada naratif lisan dan naratif tulisan. Naratif lisan terdiri
daripada metos, legenda dan cerita rakyat. Manakala naratif tulisan
terdiri daripada Sastera sejarah, Sastera hikayat, Sastera panji dan
Sastera kepahlawanan/epik. Prosa tradisional bukan naratif pula
terdiri daripada Sastera undang-undang, Sastera agama Sastera
kitab, Sastera ketatanegaraan. Puisi Tradisional juga boleh
dipecahkan kepada puisi yang berbentuk naratif dan bukan naratif.
Puisi tradisional yang digolongkan berbentuk naratif ialah syair,
manakala yang bukan naratif ialah Pantun, Gurindam, Endoi, Rejang
Dikir/Zikir, Ruba’I, Nazam, Masnawi, Ghazal, Barzanji, Qit’ah,
Seloka, Teromba, Talibun, Peribahasa berangkap dan Mantera.
Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional menyorot tentang tahap,
tokoh dan persoalan dan latar masyarakat.
Dalam penelitian terhadap tahap, pelajar akan didedahkan dengan
kemunculan dan perkembangan sastera lisan (tumpuan kepada
cerita rakyat, mitos, dan legenda) dan sastera tulisan secara khusus
(sukatan pelajaran kesusasteraan Melayu, MPM 2004 m.s. 3) dengan
menggunakan pendekatan dari segi zaman iaitu zaman pra-Islam
dan zaman Islam.
Kajian terhadap tokoh dibuat dengan memberi penekanan kepada
latar, sumbangan, dan kepentingan tokoh-tokoh sastera Melayu
tradisional seperti Tun Seri Lanang, Hamzah Fansuri, Bukhari al-
Jauhari, Nuruddin al-Raniri. Sheikh Daud al-Fatani, Raja Ali Haji,
Syed Muhammad bin Zainal Abidin dan Sheikh Ahmad bin
Muhammad Zain al-Fatani.
Manakala persoalan dan latar masyarakat pula adalah kajian ke atas
gambaran kepercayaan dan cara hidup dalam karya. Aspek-aspek
yang dikaji dalam bahagian ini ialah Keagungan raja dan Negara,
Kepahlawanan, Kesetiaan rakyat, Panduan untuk raja, pembesar,
dan rakyat, Keagamaan dan kepercayaan, Pendidikan/moral dan
Gambaran masyarakat.
Karya Agung dan Prosa Melayu Tradisional membawa kepada kajian
terhadap pengenalan umum definisi, fungsi, ciri/sifat sastera, dan
kedudukan. Di samping itu kajian juga melibatkan penghayatan
intrinsik dan ekstrinsik sesuatu karya yang dikaji.
Akhir sekali kajian KM1 peringkat STPM melibatkan aspek Puisi
Melayu Tradisional. Kajian melibatkan pengenalan secara umum
tentang definisi, fungsi, cirri/sifat sastera dan kedudukan. Kajian
juga menelusuri aspek penghayatan intrinsik dan ekstrinsik.
TEKS KAJIAN
1. SULALATUS SALATIN
Sulalatus Salatin Sejarah Melayu yang digunapakai pada peringkat
STPM adalah hasil usaha A. Samad Ahmad dan diterbitkan oleh DBP.
Pelajar dapat membeli buku ini dengan harga yang lebih murah
kerana pihak DBP ada mengeluarkan edisi khas untuk pelajar
dengan harga RM 11.00. Di bawah ini adalah kulit muka hadapan
Sulalatus Salatin seperti yang diterbitkan oleh DBP.
Pelajar jangan terkeliru dengan teks Sejarah Melayu versi lain yang
tidak ada kena mengena dengan sukatan pelajaran KM1. Antara
teks Sejarah Melayu yang tidak berkaitan dengan sukatan pelajaran
KM 1 ialah:
Contoh dua buah buku Sejarah Melayu yang
tidak berkaitan dengan sukatan pelajaran KM 1 STPM.
2. MUTIARA SASTERA MELAYU TRADISIONAL
Diselenggarakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dan diterbitkan
oleh DBP.
3. SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL
Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu 922 STPM menyatakan
“Tidak ada teks kajian untuk tajuk-tajuk tentang Sejarah
Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Moden serta Kritikan
Sastera. Calon hendaklah merujuk kepada buku-buku yang
dinyatakan dalam Senarai Rujukan (sekadar cadangan) mengikut
kehendak sukatan pelajaran bagi bahagian ini.”
Senarai Rujukan
Berikut adalah buku-buku yang boleh digunakan sebagai rujukan
untuk bahagian ini:
Pengenalan Kesusasteraan dan Kritikan Sastera:
Ahmad Kamal Abdullah, Mohd Thani Ahmad, Safian Hussain,
Suhaimi Hj Muhammad (penyelenggara), 1988.
Glosari Istilah Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Ali Ahmad, 1997. Pengantar Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Hashim Awang, 1988. Kritikan Kesusasteraan - Teori Dan Penulisan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
_________, Othman Puteh, Ramli Isin, Sahlan Mohd Saman
(penyelenggara), 1985.Mendekati Kesusasteraan
Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Noriah Taslim, 1993. Teori Dan Kritikan Sastera Melayu Tradisional.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sahlan Mohd Saman, 1986. Sastera Bandingan Konsep Teori Dan
Amalan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional:
Ismail Mat (penyunting), ] 1993. Ulama Silam Dalam Kenangan.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jamilah Hj Ahmad dan Zalila Sharif, 1993. Kesusasteraan Melayu
Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad A. Bakar (penyelenggara), 1991. Ulama Terengganu
Suatu Sorotan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn Bhd.
Teuku Iskandar, 1995. Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang
Abad. Shah Alam: Malindo Printers Sdn Bhd.
Dicatat oleh Ilham Rasa di 09:41
Realiti boleh didefinasikan secara longgar sebagai sesuatu
yang benar dan bukan khayalan atau rekaan. Dalam bidang
penulisan sastera, aliran yang mengemukakan gambaran
masyarakat berdasar kejadian yang sebenar dikenali sebagai
realisme.
Aliran realisme ini telah mula tumbuh dalam abad 19 di
Eropah sebagai suatu penolakan terhadap aliran romantisme
yang berlalu berisi angan-angan kosong dan perasaan cinta-
kasih yang berlebih-lebihan.
Dalam kesusasteraan Melayu, konsep realisme mula
bertapak dalam tahun 50-an dengan diasaskan oleh ASAS '50
(Angkatan Sasterawan '50). Sasterawan-sasterawan ASAS '50
'terpaksa' memilih aliran realisme ketika itu untuk
melaksanakan cita-cita mereka memperjuangkan keadilah,
kemakmuran dan kemajuan masyarakatnya yang dalam
belenggu penjajahan itu.
Menurut konsep realisme ASAS '50, karya sastera harus
mendorong masyarakat/pembaca ke arah mengubah dan
memperbaiki nasib manusia. Kerana itulah mereka
melaungkan slogan 'Seni Untuk Masyarakat'.
Sehingga ke hari ini, realisme telah menjadi begitu ampuh
dalam penulisan sastera Melayu sehingga seolah-olah itulah
satu-satunya aliran sastera yang dikenali oleh sasterawan-
sasterawan kita.
Bahkan penulis-penulis baru/muda kita yang baru terjun ke
dalam bidang sastera juga seolah-olah terperangkap dalam
'round-about' ini, tanpa arah dan tujuan nan pasti. Kalau ini
berterusan sudah barang tentu mengongkong dayacipta dan
imaginasi sasterawan Melayu kita dalam suatu 'viscious circle'.
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa aliran realisme
telah berjaya membawa pemodenan ke dalam kesusasteraan
Melayu serta melepaskannya daripada belenggu aliran
romantisme. Tetapi sejauh manakah aliran realisme ini masih
relevan dengan tuntutan masa kini?
Aliran dalam sastera boleh diibaratkan sebagai teknologi
penulisan. Dengan perubahan masa, nilai-nilai dan tuntutan,
teknologi penulisan juga perlu mengalami perubahan. Sesuatu
aliran sastera yang dianggap unggul pada sesuatu masa tidak
semestinya terus unggul dan sesuai pada masa lain pula.
Penekanan yang terlalu lebih kepada aspek realiti dewasa ini
telah menjadikan karya-karya beraliran realisme kontemporari
menjadi kaku, lemah dan hambar. Ini disebabkan oleh
kecenderungan ke arah sesuatu yang disebut sebagai
'stereotyped writing on assigned topic' ditambah pula dengan
'creation after set models' (meminjam istilah yang
dikemukakan oleh sasterawan dari negara China, Liu Zaifu).
Suatu hakikat yang perlu dijelaskan, sasterawan sebagai
manusia tidak terkecuali daripada menghadapi persoalan
realiti. Realiti adalah sebahagian daripada hakikat
kehidupan.Tetapi kalau kita menganggap sastera itu sebagai
salah satu cabang kesenian, ia haruslah juga mendukung nilai
seni.
Nilai-nilai didaktik dan realiti haruslah berdiri di bawah nilai-
nilai seni itu dan tercetus secara spontan dan bukan dipaksa-
paksa. Jika tidak manakah letaknya kejujuran dalam bersastera
kalau karya sastera itu berdiri bawah 'telunjuk' propaganda.
Sebagai sasterawan, sekaligus seniman, apakah cukup hanya
dengan bahan-bahan realiti semata untuk dipersembahkan
dalam kerja-kerja seninya. Apakah dengan persembahan-
persembahan yang berdasarkan realiti tanpa nilai-nilai yang
mencakup intelektualisme, kerohanian dan kreativiti, dapat
mendewasakan pemikiran masyarakat/pembaca?
Apakah cukup memadai menggambarkan tuntutan realiti
sosial dalam pengertian yang kecil dan sempit, melalui
pencernaan yang 'simple' dan tidak 'ingenious'?
Dalam konteks ini, di manakah hubungannya dengan laungan
'mendorong masyarakat/pembaca ke arah mengubah dan
memperbaiki nasib manusia', sekiranya karya-karya sastera itu
sendiri tidak begitu kuat dan 'berkesan' dalam melahirkan
suatu 'stimulus' yang sewajarnya dalam jiwa
masyarakat/pembaca?
Unsur-unsur mengajar, mengajak (secara paksa-paksaan)
dan mengarah (secara laung-laungan) dalam karya-karya yang
beraliran realisme sudah tidak ada tempat lagi dalam sastera
moden.
Kaedah begini sudah tidak meyakinkan lagi kepada
masyarakat/pembaca moden yang tertentunya lebih tinggi
daya intuisinya. Aliran realisme yang begitu berjaya mendekati
masyarakat/pembaca di masa-masa yang lalu telah tiba kini
diberi penilaian semula.
Masyarakat/pembaca moden tentunya tidak gemar
dikhutbah-khutbahkan melalui karya sastera yang bersifat
didaktik itu. Mereka lebih senang 'dijemput' berfikir,
berkreatif, merasa dan merumus sendiri sesuatu permasalahan
yang dihidangkan dalam sesebuah karya sastera yang lebih
'sophistikated' alirannya seperti surealisme, futurisme,
simbolisme atau bahkan absurdisme misalnya.
Apapun tanggapan anda, sasterawan kita tidak boleh
berpuas hati dengan cuma berpegang kepada aliran realisme
sahaja. Kita perlu mengkaji dan meneroka aliran dan bentuk-
bentuk lain dalam proses meningkatkan taraf kesusasteraan
Melayu di samping memenuhi tuntutan sosial - mendewasakan
pemikiran masyarakat/pembaca.
Karya-karya sasterawan Barat yang cenderung kepada aliran
yang bukan-realisme, seperti yang pernah dihasilkan oleh Jean
Paul Sartre, Albert Camus, Samuel Beckett dan Lobert Lowell
misalannya, perlu diberi semacam pendekatan dan bukanlah
penolakan secara 'total'.
Bukan disarankan agar sasterawan kita harus meniru kerja-
kerja seni mereka yang disebut ini, tetapi bukan juga suatu
kesalahan mempelajari daripada orang lain untuk penyesuaian
atau sebagai pengasasan dalam mewujudkan identiti sendiri.
Seperkara lagi, saya juga tidak sekali-kali menyarankan agar
sasterawan kita membuang terus nilai-nilai yang telah sedia
ada atau berhenti terus daripada menulis tentang hal realiti.
Tetapi, aspek kesenian atau estetika dalam penulisan sastera
perlu diberi perhatian yang sama berat dengan aspek
'tanggungjawab terhadap masyarakat' (social responsibility).
Kedua-dua aspek ini perlu berseimbangan dalam suatu
'equilibrium' yang unik. Inilah realiti sastera yang perlu
dimengertikan. Tugas ini bukanlah semudah seperti menyebut
atau menyarankan. Kita akan berhadapan dengan dua soalan
yang utama - Apakah corak dan aliran sastera yang perlu kita
wujudkan? Bagaimanakah mengimbangi aspek kesenian
(estetika) dan aspek tuntutan sosial (social responsibility)
dalam bentuk atau aliran yang telah kita pilih itu?
Apabila hakikat ini telah kita mengertikan, barulah kita
sedari betapa payahnya tugas sasterawan sebagai ahli seni
dan ahli sosial. Kita juga tidak akan semudah-mudahnya
melemparkan sangkaan buruk kepada penulis-penulis
baru/muda yang cuba menyimpang daripada aliran realisme.
Sesungguhnya usaha-usaha mereka ini tidak wajar dianggap
tidak memberi manfaat dan tidak bertanggungjawab terhadap
masyarakat/pembaca, semata-mata kerana nilai dan bentuk
realisme telah lama dan kuat menapak dalam tradisi penulisan
sastera Melayu. Siapakah sasterwan, baik veteran mahupun
yang baru/muda, yang tidak tahu tanggungjawab atau sengaja
ingin menodai kesusasteraan bangsanya?
Walau bagaimana sukar, asing dan anehnya sesuatu karya
yang bukan-realisme, karya itu tetap lahir daripada lingkungan
masyarakat dan untuk masyarakatlah jua ditujukan. Fikirlah
sejenak dengan lebih mendalam.
Soalnya, kalau benar kita menganggap bahawa para
sasterawan dan seniman itu adalah peneroka dan pembentuk
tamadun masyarakatnya, kita haruslah menanam kepercayaan
dan penggalakan yang sewajarnya kepada mereka dalam
melaksanakan kerja-kerja seninya.
Bagi sasterawan pula, mereka perlu lebih menginsafi akan
tugas dan tanggungjawab mereka sebagai ahli sosial dan ahli
seni. Mereka haruslah dapat mengungkap makna di sebalik
gambaran realiti dan bukan sekadar merakam terus
permasalahan realiti. Penglibatan diri dengan permasalahan
sosial, nasional dan introspektif diri adalah amat penting
dalam penciptaan karya-karya yang bermutu tinggi.
Adalah diharapkan dengan sikap dan pendekatan yang lebih
dewasa serta pragmatik ini akan dapat meningkatkan lagi
taraf kesusasteraan Melayu (khususnya di Singapura) di mata
dunia.
Kita sentiasa menanti karya-karya sastera hasil sasterawan
Singapura yang lebih daripada karya-karya realisme, seperti
yang pernah sesekali dikemukakan oleh Sapiee Ahmad Razaly
dan Nor Azuan (dalam karya puisi), Nadiputra dan Lut Ali
(dalam manuskrip drama-teater) dan Jamal Ismail (dalam
cerpen dan novelnya).
Karya-karya seperti cerpen 'Di Sebalik Fatamorgana' - Jamal
Ismail, novel 'Songsang' - Jamal Ismail dan skrip drama 'Terlalu
Ramai Orang Di Sini' - Sapiee Ahmad Razaly, bolehlah dijadikan
sebagai model ke arah penciptaan karya-karya yang beraliran
bukan-realisme.
(b) Kritikan sastera berdasarkan teori-teori kesusasteraan, unsur-unsur intrinsik
dalam karya sastera, selain kefahaman, pemahaman serta penghayatan sesuatu teks
sastera sekolah menengah.
Ramai dalam kalangan pelajar dan peminat sastera yang keliru
dengan makna teori sastera dan teori kritikan sastera. Secara
mudah teori sastera dapat difahami sebagai gagasan idea
tentang sesuatu fenomena kesusasteraan. Teori kritikan
sastera pula bermaknsud teori sastera yang digunakan dalam
amalan kritikan.
Terdapat teori sastera yang tidak digunakan dalam kritikan.
Teori sastera ini wujud seadanya sebagai landasan ataua
gagasan untuk memahami fenomena kesusasteraan.
Contohnya teori Peniruan Plato atau apa juga teori sastera
yang tidak digunakan atau tidak pernah digunakan dalam
kritikan sastera. Teori sastera ini kekal dengan sifat teorinya
dan tidak dapat digunakan atau tidak digunakan dalam amalan
kritikan untuk mengesahkannya.
Teori sastera yang digunakan dalam amalan kritikan
dinamakan sedbagai teori kritikan sastera, kerana teori ini
bukan sahaja menerangkan prinsip-prinsipnya tentang sesuatu
fenomena kesusasteraan, tetapi juga digunakan atau
diaplikasikan dalam kerja mengkritik teks. Kebanyakan teori
sastera adalah juga teori kritikan, kerana kebanyakan teori
sastera memang digunakan dalam amalan kritikan.
DALAM artikel yang berjudul "Menelusuri Jagat Kritikan Sastera Melayu: Bahagian
Pertama" (Dewan Sastera, Ogos 1998: 87-89) telah disenaraikan lapan fungsi kritikan
sastera. Kesemua fungsi itu, sesungguhnya ada kaitannya dengan proses penciptaan
sesebuah karya sastera dan apresiasi atau penghayatan terhadap karya sastera itu sendiri.
Apabila menyebut tentang proses berkarya bermakna kita merujuk kepada insan atau
individu yang menghasilkan karya sastera dalam apa genre pun, yang dikenali sebagai
pengarang atau penyair atau dramatis. Insan pengarang itu menghasilkan karya sastera
dengan motif tertentu, umpamanya untuk menghantar mesej atau kritikannya terhadap
masyarakat dengan memanipulasikan bahasa secara kreatif, tentunya dengan ketrampilan
yang menyerlahkan jatidirinya dan membina komposisi ceritanya, dengan teknik
penceritaan yang dikuasainya atau disenanginya.
Sementara penghayatan karya pula, cenderung merujuk kepada khalayak pembaca yang
membaca dan menikmati sesebuah cipta sastera. Apakala berhadapan dengan karya
sastera yang multi-genre, yang ditulis oleh pelbagai pengarang, tentu sahaja pembaca
akan berhadapan dengan multi-masalah kerana wujudnya perbezaan atau jurang dalam
kehidupan dari berbagai-bagai aspek seperti usia, pengalaman, pendidikan, kecerdasan,
latar tempat dan seumpamanya. Perbezaan atau jurang ini menyebabkan wujudnya kesan
positif-negatif, menimbulkan sikap menolak-menerima sesuatu karya dengan amat
mudah, tanpa sebarang hujah yang rasional dan jelas dikuasai oleh emosi.
Atau, mungkin pembaca itu dapat atau berupaya mengemukakan sikapnya terhadap
karya yang dibaca dengan memberikan petikan contoh. Akan tetapi itu bukanlah kaedah
yang jitu dan tepat untuk menyatakan mengapa seseorang pembaca itu pro dan kon;
menerima atau menolak sesuatu karya. Ia seharusnya lebih daripada itu. Bukan itu cuma,
sebenarnya. Pada tahap inilah perlunya kehadiran pengkritik sebagai penghubung antara
teks atau karya pada suatu pihak; dan pembaca pada suatu pihak yang lain.
Sebagai pengkritik, seseorang itu mempunyai tanggungjawab yang besar, berat dan
ditangannya terletak status karya sastera itu, terutama tentang buruk baik atau bermutu
tidaknya karya itu. Menurut Andre Hardjana, (1981: 25) pengkritik harus memiliki sikap
terbuka dan tepu kewajaran; harus berupaya secara rasional memberikan akibat-akibat
yang dialami sesudah menghayati karya sastera itu. Justeru, dia perlu berfikir secara
kritis, merenung dengan tajam, menimbang dengan adil dan bijaksana terhadap karya dan
terhadap diri peribadinya juga. Dengan cara itu, barulah dia benar-benar telah
menghayati dan memahami karya sastera secara adil, saksama dan matang.
Dari huraian ini, dapat ditelusuri tugas setiap individu pengarang, pembaca dan
pengkritik. Bagaimanapun, tugas pengkritik yang paling afdal ialah mentafsir, menilai
di samping membaca karya secara kritis. Jadi, pengkritik harus mempunyai persiapan
diri yang relatif banyak dan besar saiznya berbanding pembaca biasa.
Dibandingkan dengan pengarang pula, maka pengkritik sewajarnya mengetahui
berbagai-bagai teknik penulisan yang berhubungan dengan aspek-aspek penciptaan, di
samping memahami konsep, definisi, dan aliran dalam jagat kesusasteraan itu sendiri.
Lebih daripada itu, pengkritik seharusnya tidak menafikan hubungan pengarang dengan
karyanya dan wajar mengetahui proses penciptaan itu terlaksana.
Segalanya ini merupakan wahana yang amat berguna bagi pengkritik itu memahami
segala sesuatu yang berkaitan dengan karya. Dengan kata-kata lain, pengkritik
seharusnya tekun, serius dan komited dengan lapangannya. Jadi, membaca haruslah
menjadi kewajipan baginya, terutama yang berkaitan dengan teori sastera, teori praktis
dan teori teknikal tentang penulisan.
Hal ini ditekankan bagi memungkinkan lahirnya pengkritik yang adil, saksama dan
dihormati. Sekaligus cuba menghindarkan dirinya daripada dipengaruhi emosi, tidak
subjektif, prejudis, dan berprasangka. Apatah lagi, sekarang ini banyak transformasi
yang terlaksana dalam jagat kesusasteraan bangsa kita. Umpamanya, dengan pengarang-
pengarangnya yang semakin terdidik, banyak kemajuan yang berlaku dalam bidang
politik, ekonomi, multimedia dan teknologi; di samping bentuk dan aliran karya, yang
konvensional dan baru -- eksperimental sifatnya. Kesemuanya menuntut ketajaman mata
fikir pengkritik, kepekaan dan kesaksamaan juga.
Berikut ini dibincangkan tentang fungsi kritikan sastera itu.
Pertama dan utama kritikan sastera ialah menentukan teks sastera yang baik bermutu
dengan teks sastera yang tidak baik dan tidak bermutu. Untuk berlaku adil, saksama
terhadap karya dan pengarangnya, pengkritik harus bersikap kritis bagi membuktikan dia
telah membaca teks sastera itu berulang kali, memahami makna tersirat dan tersurat yang
terkandung dalam teks dan berupaya menikmatinya.
Justeru itu, pengkritik harus berupaya memberikan hujah-hujahnya dengan contoh-
contoh konkrit bagi membuktikan sesebuah teks karya sastera berjaya mencapai mutu
tinggi dari multi aspek atau unsur atau aliran. Sekiranya keterbalikan yang berlaku, maka
wajar pula ditunjukkan kelemahan, kekurangan, kerendahan pencapaian mutu seninya
lalu dikelompokkan sebagai karya sastera yang gagal.
Pada tahap inilah pengkritik itu dituntut kepakaran dan ketrampilan serta melaksanakan
penghayatan, memahami, menilai dan akhirnya menentukan baik buruk atau bermutu
tidaknya sesebuah hasil karya itu. Di sinilah relevannya hujah Andre. Hadrjana (1981:
24) menegaskan betapa kritikan sastera itu berfungsi memelihara dan menyelamatkan
pengalaman manusiawi serta menjalinkan menjadi hubungan suatu proses perkembangan
susunan atau struktur yang signifikan.
Kedua, kritikan sastera sesungguhnya menghulur bantuan besar dan menyediakan
prasarana atau jambatan kepada pembaca menikmati karya sastera dengan menerangkan
tentang teks sastera dan pengarangnya dengan jelas. Dalam berkarya, lazimnya
pengarang mempunyai motif tertentu mengapa sesebuah karya itu diciptanya. Tidak
mustahil ada sesuatu yang ingin dihantarnya atau dikritik atau dikongsi bersama.
Semasa perlaksanaan menghantar itu, mungkin pengarang memiliki kaedahnya yang
tersendiri atau jati dirinya. Di sinilah pengarang akan memilih diksi yang tertentu,
simbol tertentu yang harus diasosiasikan atau ditafsirkan sesuai dengan isu yang
ditampilkan dalam karya. Terkadang-kadang, atas sebab-sebab tertentu, pengarang
mengjungkirbalikkan sesuatu isu bagi melontarkan kritikannya. Malah, tidak mustahil
pula pengarang menghasilkan karya dalam bentuk satira, dan parodi bagi mencapai
sesuatu matlamat.
Pengkritik yang sensitif dan tajam mata fikirnya tentu sahaja berupaya menyuluh atau
memberi sinar kepada karya-karya yang sedemikian untuk memungkinkan pembacanya
masuk menikmati atau melihat sesuatu, yang kelihatan kelam suram. Pengkritik juga
sewajarnya membantu pembaca menghuraikan segala makna atau citra yang tersembunyi
dalam simbol-simbol dan mengasosiasikan kemungkinan-kemungkinan antara teks dan
konteks.
Keupayaan dan kekritisan pengkritik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya
ini, bermakna dia telah memberikan sumbangan dan mengembangkan pengetahuan baru
kepada khalayak pembacanya. Maka secara tidak langsung dia telah melakukan fungsi
yang ketiga.
Keempat, tulisan-tulisan kritikan sastera bukan sahaja berfungsi kepada pengarang dan
pembaca seperti yang dibicarakan di atas, malah; ikut berfungsi kepada individu
pengkritik. Kritikan sastera sedemikian, titik tolak atau premisnya terlaksana apabila
seseorang pengkritik mengkritik sesebuah karya, kemudiannya; tampil seorang pengkritik
lain membalas atau menilai kritikan yang pernah dilaksanakannya. Dari hasil tulisan itu
maka wujudlah istilah kritikan atas kritikan. Ini dilakukan bagi mencari dan menemukan
sesuatu yang lebih adil dan saksama, diharapkan tidak mencetuskan prasangka, berfungsi
memperbaiki salah faham dan menyelesaikan masalah dengan lebih bijaksana serta
meyakinkan.
Mengapakah isu kritikan atas kritikan ini timbul? Kita seharusnya melihat dari jurus
positif demi kebaikan dan kehidupan kesusasteraan itu sendiri. Wujud dua faktor utama
maka terjadinya kritikan sedemikian. Pertama, dapat ditelusuri pada diri peribadi
pengkritik itu sendiri, dan ini bermakna pengkritik itu melakukan kesilapan,
ketidakupayaan memahami atau menguasai teori dan atau gagal mentafsiri karya itu
dengan wajar dan saksama. Kedua, pengarang beranggapan pengkritik tidak berlaku adil
atau gagal menghayati muatan tersirat dalam karya lalu menghuraikan hujah-hujahnya.
Dari aspek ini, pengkritik yang bersikap terbuka, tidak egoistik akan memperoleh sesuatu
yang baik dan ini pasti sahaja merupakan aset yang amat berharga dalam kehidupan
kritikan praktikal yang membantu pengarang dan pengkritik juga.,
Kelima, kritikan sastera merupakan suatu aktiviti yang mendorong ke arah terbinanya
teori kritikan dan teori sastera baru. Dalam kelangsungan hayat kesusasteraan, teori
sastera dan teori kritikan itu amat penting dimiliki atau wujud dalam sesuatu tamaddun
bangsa. Apatah lagi mengingatkan bangsa kita mempunyai nilai-nilai yang tersendiri
sesuai dengan budaya setempat dan saling bertentangan pula dengan norma-norma atau
nilai kehidupan Barat, termasuk kepercayaan beragama.
Dari perbincangan tentang pengkritik dan fungsi kritikan ini, dapat dirumuskan dua
landasan yang penting yang berhubungan dengan jagat kritikan sastera. Pertama, kritikan
sastera yang baik, bertanggungjawab, adil saksama dan dilaksanakan tanpa sebarang
prejudis dan rasional, ternyata banyak membantu pengarang dalam proses penciptaan
pada masa hadapan. Pengarang bukan sahaja mengetahui kelemahan dan kekuatannya
dalam berkarya, malah membantu mengkaji semula kerelevanan karyanya dalam usaha
memakmur dan membahagiakan minat atau citarasa pembacanya.
Kedua, kritikan sastera yang baik dan bermutu sewajarnya membantu memberikan sinar
kefahaman, kenikmatan kepada pembacanya. Pembaca harus memperoleh sesuatu yang
bermanfaat hasil daripada pembacaannya. Justeru itu, kritikan sastera wajar dan
berupaya mendekatkan pembaca kepada karya, menimbulkan rasa hormat dan sanjungan
terhadap teks dan sekaligus idea bernas daripada pengarangnya. Hanya dengan cara ini,
akan mengangkat atau meletakkan insan ke suatu tahap yang dihormati.
http://members.tripod.com/~nita_73/
fungsi_kritikan_sastera.html
4. Kritikan Pendekatan PENDEKATAN bermakna suatu proses atau cara mendekati sesuatu. Ia merupakan usaha yang dirangka dalam aktiviti pengkajian ataupun kaedah untuk mencapai pengertian tentang masalah penelitian. Dalam bidang kritikan kesusasteraan, pertimbangan dan penilaian yang dilaksanakan pengkritik lazimnya menggunakan sesuatu aspek atau landas tinjauan yang tertentu. Landas atau dasar tinjauan itu mungkin merupakan ilmu atau teori tertentu pula.
Terdapat pelbagai pendekatan kritikan kesusasteraan yang berkembang di tanah air kita. Antara pendekatan itu adalah:
* Pendekatan intrinsik yang merupakan pendekatan terhadap karya sastera dengan menerapkan teori dan kaedah sastera yang penelitiannya berpremiskan karya sastera itu sendiri, terutamanya menelusuri unsur-unsur dalaman yang
membina karya itu seperti plot, watak dan perwatakan, latar, sudut pandangan, dan gaya bahasa.
* Pendekatan ekstrinsik, iaitu pendekatan karya sastera dengan memanfaatkan ilmu bantu bukan sastera seperti sejarah, agama, psikologi, politik, dan sosiologi.
Pendekatan intrinsik dan ekstrinsik ini sering dikaitkan dengan pendekatan struktur atau pendekatan formalistik yang menilai aspek formal yang terungkap dalam sesebuah teks karya, termasuklah aspek tema. Pendekatan ini membicarakan bentuk dan isu secara dominan. Oleh itu, ia sering membincangkan bagaimana muatan cerita atau isi dihantar dalam satu bentuk yang indah (berestetika) dan berkesan.
* Pendekatan moral, yang merupakan penelitian terhadap nilai-nilai moral dan agama. Justeru itu, kajian ini terfokus kepada perilaku watak yang ditampilkan pengarang.
* Pendekatan psikologi yang dikenali juga sebagai pendekatan kemanusiaan. Pendekatan psikologi memperkatakan empat aspek yang saling berkaitan dan melibatkan pengarang, watak dan pengguna (pembaca). Empat aspek yang difokuskan dalam pendekatan psikologi ialah: i. Pengalaman kehidupan peribadi pengarang dan gejolak jiwa yang ada perkaitan dengan sejarah hayat pengarang. ii. Proses penulisan teks karya itu yang melalui pelbagai proses, bermula daripada mencari idea atau persediaan, pengeraman; iluminasi dan verifikasi. Proses penciptaan itu, tidak sahaja berkaitan dengan proses dalaman malah proses luaran. Justeru, tentulah banyak konflik, tekanan, hambatan dan fenomena yang timbul dalam proses penulisan itu. iii. Perilaku zahir batin watak dalam karya. Bermakna kritikan psikologi akan menelusuri perwatakan protagonis dan antagonis dalam menghadapi pelbagai persoalan, konflik, dan cabaran serta bagaimana mereka memantaunya. iv. Impak karya sastera itu terhadap pembaca. Ia tentu sahaja diasosiasikan dengan emosi atau psikologi dan rasional hasil daripada tanggapan serta pengalaman pengguna.
*Pendekatan sosiologi yang cenderung memberi tumpuan perbincangan kepada tiga jurus yang berkaitan dengan individu pengarang, konteks atau masyarakat di persekitaran hidup pengarang.
* Pendekatan arkitaip ataupun tipa induk. Memanfaatkan pendekatan ini bermakna pengkritik membincangkan kepercayaan atau pegangan hidup umum sesebuah masyarakat atau etnik. Ia bagaikan suatu liet motif yang sering dikaitkan dengan adat istiadat, kepercayaan, mitos yang berulang-ulang yang terdapat dalam teks sastera.
Wujudnya pelbagai pendekatan ini memungkinkan teks sastera dalam apa-apa genre sekali pun dikaji daripada beberapa aspek dengan lebih bervariasi, lebih wajar dan memudahkan difahami pengguna. Untuk memungkinkan pemahaman yang lebih berkesan, disarankan pembaca meneliti tulisan kritikan pelbagai pendekatan ini dengan
membaca buku Novel-novel Malaysia dalam Kritikan (DBP: 1982) selenggaraan Hamzah Hamdani. Sementara itu, bagi memperdalamkan pemahaman secara praktis, maka senarai bibliografi dalam siri artikel ini amat membantu.
5. Kritikan Penganalisisan Penganalisisan bermakna menyelidik sesuatu karya untuk mengetahui keadaan yang sebenarnya, termasuklah menentukan kedudukan, prestasi atau pencapaian. Dalam konteks ini, apabila seseorang pengkaji atau pengkritik melakukan penelitian terhadap sesuatu genre sastera, maka bererti peneliti itu sedang melaksanakan kerja penghuraian atau penganalisisan. Ketika menganalisis pengkritik melihat sesuatu aspek secara rinci dan atau mendalam tentang bahasa figuratif, permulaan dan pengakhiran sesebuah cereka, motif, citra, watak, pemikiran, perlambangan, nilai, sudut pandangan, aliran dan ideologi yang menyerlah dalam karya sastera. Pendekatan ini juga boleh dilaksanakan dengan melihat teknik penulisan sesebuah teks daripada genre tertentu ataupun meninjau kepengarangan seseorang pengarang mapan/generasi baru dan meneliti kecenderungan karya konvensional serta karya eksperimental. Kerja penganalisisan itu memanfaatkan pendekatan ilmiah dengan menggunakan ilmu atau teori tertentu bagi mencapai matlamat analisis itu. Kritikan penganalisisan menuntut pengkritik menguasai bidangnya, menguasai teori yang ingin diaplikasikan, dan memiliki ilmu bantu yang relevan mantap agar analisis yang dilakukannya benar-benar menepati dan mencapai matlamat atau konsep pendekatan yang dipilih.
6. Kritikan Penilaian Penilaian bermakna melakukan pemberian nilai tertentu kepada sesuatu teks sastera yang menyangkut tentang mutu. Antara tugas penting yang harus dilaksanakan pengkritik yang menerapkan kritikan penilaian adalah menentukan sesuatu teks karya sastera itu bermutu atau tidak, mempunyai kekuatan atau keistimewaan atau sebaliknya. Pengkritik harus bijaksana, adil dan saksama serta memberikan hujah yang relevan dan konkrit sebelum memberikan justifikasinya. Justeru itu, pengkritik dituntut mengetahui dan memahami banyak aspek tentang pengarang yang menghasilkan karya, subjek yang dibincangkan, persekitaran, ras dan waktu yang dipaparkan. Pengkritik tidak boleh bersikap bias, emosional dan memihak. Sebaik-baiknya, apatah lagi bagi membuktikan kewibawaannya, pengkritik harus jujur dengan menunjukkan kekuatan karya @ pengarang dan sekiranya ada kekurangan, maka wajarlah dikemukakan saranan. Di tanah air kita, beberapa orang pengkritik yang melaksanakan tugasnya dengan baik dan penuh hemah ialah Mohd. Yusof Hassan, Yahaya Ismail, Hashim Awang, Ramli Isin, dan Shahnon Ahmad. Sementara Mana Sikana, Kassim Ahmad, Mohd. Affandi Hassan agak lantang, berani akan tetapi tetap berada rel ilmu yang diyakini.
Sinopsis ( kasut kelopak jantung)
Cikgu Harun menerima sebuah bungkusan lagi ketika balik dari surau pada malam itu. Hadiah
seperti itu sering diterimanya setiap kali menjelang 16 Mei. Hadiah itu telah membuatkan Cikgu
Harun mengimbas kembali kenangan silamnya sebagai pendidik di kawasan pedalaman tiga
dekad yang lalu. Ketika Cikgu Harun di dalam kelas darjah tiga, beliau pernah menanyakan
Ahmad, mantan muridnya sama ada beliau sudah membeli kasut atau belum. Pertanyaan yang
sama juga diulangi saban minggu kerana Ahmad tidak mampu untuk membeli sepasang kasut.
Cikgu Harun terus mendesak Ahmad sehingga menimbulkan kemarahan kepada Cikgu Harun.
Pada suatu hari, ketika aktiviti senaman dijalankan Ahmad didenda memakai kasut yang
diperbuat daripada kelopak jantung pisang kerana Ahmad tidak berpakaian lengkap seperti
murid-murid lain. Peristiwa itu telah menyebabkan Ahmad berasa malu dan terus ponteng
sekolah hampir seminggu lamanya.
Cikgu Harun terpaksa ke rumah Ahmad untuk mengetahui sebab Ahmad tidak datang ke
sekolah. Setelah menunggu beberapa ketika Ahmad pulang dari kebun dan masih memakai kasut
kelopak jantung yang diberikan oleh Cikgu Harun. Kepatuhan muridnya ini dan
ketidakmampuannya untuk membeli sepasang kasut menyebabkan Cikgu Harun tidak dapat
menahan kesedihannya. Lantas, beliau terus ke pekan untuk membelikan pakaian sekolah dan
kasut untuk Ahmad. Sebenarnya, segala memori indah yang dipaparkan antara Cikgu Harun dan
Ahmad sudah pun berlalu tiga dekad lamanya. Kini, Cikgu Harun sudah pun bersara dan setiap
tahun sempena Hari Guru, beliau akan dihadiahi Ahmad dengan sepasang kasut baharu dan
berjenama. Hal ini demikian sebagai mengenang jasa Cikgu Harun kerana Ahmad kini sudah
berjawatan pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar. Peristiwa
memakai kasut kelopak jantung telah menyedarkan Ahmad betapa pentingnya kasut kepada
manusia.
TEMAPenghargaan seorang murid terhadap jasa guru yang ikhlas membantunya sewaktu murid itu miskin dengan menekankannya kepentingan memakai kasut.
PERSOALAN1. Ketegasan guru di sekolah demi mendisiplinkan pelajar.Buktiya, Cikgu Harun yang tegas menyebabkan Ahmad takut untuk merenung wajahnya tepat-tapat. Selain itu, Ahmad dimarahi Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut dan tidak membawa pakaian sukan.2. Keprihatinan guru terhadap masalah murid.
Buktinya, Cikgu Harun yang prihatin akan kemiskinan keluarga Ahmad telah membelikannya sepasang kasut dan sepasang uniform sekolah.3. Keikhlasan murid membalas jasa guru.Buktinya, walaupun Ahmad sudah besar dan berjawatan tinggi, namun dia tetapi mengingati jasa Cikgu Harun dengan menghadiahinya sepasang kasut pada setiap Hari Guru.4. Kepentingan memakai kasut di sekolah.Buktinya, Cikgu Harun tegas memastikan pelajar memakai kasut supaya muridnya tidak mengalami kecederaan kaki.5. Penghargaan murid terhadap jasa guru.Buktinya, setiap Hari Guru, Cikgu Harun akan menerima hadiah berupa kasut berjenama mahal daripada anak muridnya yang mengingati jasa gurunya itu walaupun sudah 30 tahun berlalu.
WATAK DAN PERWATAKANCIKGU HARUNCikgu Harun sudah bersara daripada pekerjaan guru. Beliau pernah mengajar di kawasan pedalaman 30 tahun yang lalu. Dia yang prihatin akan kebajikan murid telah menghadiahkan sepasang pakaian sekolah dan sepasang kasut kepada Ahmad. Beliau yang pernah bertegas dengan anak muridnya itu mendapat balasan baik daripada anak muridnya yang menghadiahinya sepasang kasut berjenama mahal pada setiap sambutan Hari Guru.AHMADAhmad merupakan seorang murid miskin yang tinggal di hujung kampung, kawasan pedalaman. Dia terpaksa mengambil upah memetik cili hanya untuk mengumpulkan wang demi membeli kasut sekolah lantaran ibunya yang tua dan uzur. Ahmad tidak pernah ponteng sekolah malah sentiasa mengikut arahan gurunya, Cikgu Harun. Walaupun Cikgu Harun mengarahkannya memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang, dia tetap menurut perintah tersebut. Ahmad akhirnya menjadi seorang yang berjawatan tinggi di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar masih mengingati jasa gurunya dengan menghadiahi Cikgu Harun sepasang kasut pada Hari Guru.
IBU AHMADIbu Ahmad seorang wanita separuh umur yang sudah uzur. Dia tinggal bersama anaknya, Ahmad di sebuah pondok usang di hujung kampung. Walaupun miskin harta, ibu Ahmad amat menghormati tetamu kerana menjemput Cikgu Harun masuk ke rumah sementara menunggu Ahmad pulang ke rumah. Ibu Ahmad tidak bekerja lagi kerana sudah uzur. Oleh sebab itu, Ahmad terpaksa mengambil upah memetik cili demi menampung perbelanjaan keluarga di samping membeli kasut sekolah.
PLOTPERMULAAN1. Pada 16 Mei, Hari Guru, Cikgu Harun menerima sebungkus hadiah yang tidak dipos.2. Cikgu Harus tahu benar pengirim hadiah itu dan bertanya kepada diri sendiri sama akan hadiah itu dihantar dengan ikhlas atau sindir atau kedua-duanya.
PERKEMBANGAN
1. Cikgu Harun mengingati peristiwa yang telah berlaku 30 tahun yang lalu apabila menerima bungkusan hadiah daripada salah seorang anak muridnya.2. Cikgu Harun masih ingat bahawa dia pernah menegur Ahmad kerana tidak memakai kasut dan tidak membawa pakakian sukan ke sekolah.3. Cikgu Harun telah mendenda Ahmad memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang.4. Ahmad berasa malu dan sedih. Dia terasa seperti disindir oleh Cikgu Harun dan banyak murid yang mengetawakannya.
PERUMITAN1. Ahmad tidak hadir ke sekolah selama seminggu.2. Kawan Ahmad menyampaikan khabar bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah.3. Cikgu Harun tersentuh dan berasa menyesal atas tindakannya mendenda Ahmad.4. Cikgu Harun mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ahmad dan mendapati ibunya sudah uzur dan Ahmad bekerja sebagai pemetik cili untuk menampung kehidupan keluarga.
PUNCAK1. Ahmad memberitahu punca sebenar dia tidak ke sekolah, yakni tidak mampu membeli kasut sekolah sebagaimana yang diarahkan oleh Cikgu Harun.2. Cikgu Harun membuat keputusan untuk membelikannya sepasang kasut sekolah baharu dan sepasang pakaian sekolah baharu serta mengarahkan Ahmad supaya kembali ke sekolah.3. Ahmad hanya mampu mengucapkan terima kasih atas bantuan Cikgu Harun.PELERAIAN1. Cikgu Harun sudah bersara tetapi jasanya tetap dikenang oleh Ahmad.2. Ahmad menghadiahi Cikgu Harun sepasang kasut berjenama pada setiap Hari Guru.3. Cikgu Harun sedar bahawa hadiah itu diberikan oleh Ahmad dengan hati yang ikhlas sebagaimana ditulis dalam surat yang disertai bersama bungkusan kasut itu. Amad sudah berjaya menjawat jawatan tinggi.
TEKNIK PLOT1. Dialog – pertuturan antara watak yang dapat menghidupkan cerita.Bukti: “Ahmad, mana kasut?” tanya Cikgu Harun dengan suara yang keras.
2. Monolog – watak bercakap sendiri tanpa didengar atau disedari oleh sesiapa.Bukti: “Jauh juga rumah Ahmad,” bisik hati kecil Cikgu Harun.
3. Monolog dalaman – kata-kata seseorang watak di dalam hati yang tidak diketahui oleh sesiapa.Bukti: Mana ada guru yang mahu muridnya gagal dalam pelajaran. Mana ada guru yang mahu murid-murid berhenti sekolah. Jika tidak ada murid, dari mana datangnya kerjaya seorang guru. Murid dan guru itu saling melengkapi. Kini, seorang murid hendak berhenti sekolah. Jika itu terjadi, negara akan kehilangan seorang warga yang berpendidikan. Cikgu Harun mula disapa penyesalan yang bukan sedikit ketika itu.
4. Kejutan – peristiwa yang tidak disangka-sangka oleh pembaca.Bukti: Ahmad terkejut dengan kehadiran Cikgu Harun di rumahnya dan Cikgu Harun terkejut
melihat Ahmad masih memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang yang didenda oleh Cikgu Harun.
5. Saspens – peristiwa yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pembacaBukti: Besok, tempat duduk Ahmad kosong. Cikgu Harun sedar bahawa Ahmad tidak datang. Selama ini, Ahmad tidak pernah ponteng sekolah. Dia rajin ke sekolah walaupun terpaksa berjalan tanpa kasut.Hari berikutnya juga Ahmad tidak datang. Hari selepasnya pun begitu. Kini, seminggu sudah Ahmad tidak hadir. Cikgu Harun berasa ada sesuatu yang tidak kena. Dia cuba mendapatkan maklumat daripada murid-murid yang lain.
6. Pemerian – gambaran suasana atau keadaan oleh penulis.Bukti: Sebaik sahaja sampai si sebuah rumah, tidak ada penghuni dilihat oleh Cikgu Harun dalam rumah yang layak disebut pondok itu. Cikgu Harun memandang sekeliling. Suasana sepi sekali. Dia pasti itulah rumah Ahmad seperti yang diberitahu oleh anak-anak muridnya yang lain.
7. Imbas kembali – teknik watak mengingati peristiwa yang sudah berlaku.Bukti: Cikgu Harun mengingati peristiwa yang sudah berlaku lebih 30 tahun, kejadian beliau mendenda anak muridnya memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang
LATAR TEMPAT1. Rumah Cikgu Harun di bandarBukti: Cikgu Harun menerima bungkusan kasut baharu di rumahnya.
2. Kawasan pedalamanBukti: Cikgu Harun pernah bekerja sebagai guru di kawasan pedalaman lebih tiga puluh tahun yang lalu.
3. Bilik darjahBukti: Cikgu Harun pernah menegur Ahmad kerana tidak berkasut ke sekolah. Selain itu, Cikgu Harun juga bertanya kepada pelajar-pelajarnya tentang sebab Ahmad tidak hadir ke sekolah.4. Padang sekolahBukti: Di kawasan padang, murid-murid melakukan aktiviti sukan dan bersenam kecuali Ahmad. Di situlah juga Ahmad didenda memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang.
5. Rumah AhmadBukti: Cikgu Harun pergi ke rumah Ahmad untuk menjenguknya dan mengenal pasti sebab dia tidak hadir ke sekolah.
6. Kebun sayurBukti: Ahmad bekerja sebagai pemetik cili di kebun sayur untuk menampung perbelanjaan keluarga.
7. PekanBukti: Cikgu Harun pergi ke pekan untuk membeli sepasang kasut sekolah baharu dan sepasang
uniform sekolah baharu kepada Ahmad supaya dia dapat ke sekolah semula.
LATAR MASA1. Zaman modenBukti: Cikgu Harun sudah bersara dan tinggal di bandar pada zaman moden ini. Selain itu, Ahmad sudah menjadi pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka.
2. 30 tahun yang laluBukti: Cikgu Harun masih ingat bahawa dia pernah menegur Ahmad kerana tidak memakai kasut dan tidak membawa pakakian sukan ke sekolah. Cikgu Harun telah mendenda Ahmad memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang. Ahmad berasa malu dan sedih. Dia terasa seperti disindir oleh Cikgu Harun dan banyak murid yang mengetawakannya.
3. Tempoh semingguBukti: Selepas didenda oleh Cikgu Harun, Ahmad tidak hadir ke sekolah selama seminggu dan kawannya memberitahu Cikgu Harun bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah.
4. Waktu pagi tiga minggu selepas sekolah dibukaBukti: Ahmad dimarahi oleh Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut sekolah dan tidak membawa pakaian sukan untuk aktiviti pendidikan jasmani di padang.
5. Suatu petang selepas seminggu Ahmad tidak hadir ke sekolah.Bukti: Cikgu harun pergi ke rumah Ahmad untuk mengetahui sebab dia mahu berhenti sekolah.
6. 16 MeiBukti: Cikgu Harun mendapat hadiah berjenama mahal daripada muridnya setiap sambutan Hari Guru.
7. Selepas sekolah tamat / tengah hariBukti: Ahmad yang malu selepas didenda memakai kasut kelopak jantung telah lari ke rumah.
LATAR MASYARAKAT1. Masyarakat guruBukti: Cikgu Harun yang sudah bersara mengingati peritiwa yang berlaku lebih 30 tahun yang lalu.
2. Masyarakat pelajarBukti: Ahmad merupakan pelajar sekolah yang belajar dalam tahun tiga di kawasan pedalaman. Dia pernah dimarahi oleh Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut ke sekolah dan tidak membawa pakaian sukan.3. Masyarakat miskinBukti: Ahmad dan ibunya tinggal di sebuah pondok kecil kerana hidup dalam kesederhaan. Lagipun, Ahmad terpaksa mengambil upah memetik cili dalam usia yang muda.
4. Masyarakat yang mengenang jasa guruBukti: Ahmad seorang murid yang amat mengenang jasa Cikgu Harun. Setiap kali sambutan
Hari Guru, dia akan menghantar bungkusan berisi kasut berjenama mahal untuk dihadiahkan kepada Cikgu Harun. Hal ini membuktikan bahawa dia amat menghargai jasa gurunya walaupun sudah berjaya dalam kehidupan.
5. Masyarakat yang tabah menghadapi kemiskinanBukti: keluarga Ahmad tabah menghadapi kemiskinan hidup. Dia dan ibunya tinggal di sebuah pondok di hujung kampung.
GAYA BAHASA1. Paradoks – gabungan antara unsur positif dan negatif dalam satu ayat.Bukti: Atau sindiran dan keikhlasan yang telah bergumpal menjadi satu.
2. Penggunaan ayat yang ringkas dan pendek.Bukti: Soalan itu bukan yang pertama.Waktu rehat Ahmad tidak keluar.Dia tidak bercakap banyak.Dia telah pun menduga.
3. Simile – unsur perbandingan secara langsung oleh penulis.Bukti: -Suara anak kecil itu tidak mahu keluar bagai ada sesuatu yang tersengkang pada batang tenggoraknya.-Ahmad pun datang terkebil-kebil, tertunduk-tunduk seperti ayam kalah menyabung.-Ahmad memandang kosong ke wajah Cikgu Harun seperti mahu meminta sesuatu.-Selepas sebelah, sebelah lagi dipasangkan seperti memakai kasut sekolah.-Kadang-kadang dilihatnya Ahmad seperti lurus bendul.-Ahmad berjalan macam lembu sakit kaki.-Terasa ketika itu kasutnya macam kaki gajah yang untut dan tidak cantik. Seperti kaki ayam yang mencakar najis. Terasa kakinya seperti kaki monyet, kaki itik, dan kaki tiang rumahnya yang usang. Malah Ahmad terasa dirinya seperti tidak berkaki langsung.
4. Peribahasa – ungkapan menarik yang digunakan oleh pengarangBuktinya: berkaki ayam, budak hingusan, lurus bendul, angkat muka, berkecil hati, dan separuh umur.
5. Personifikasi – penggunaan unsur kemanusiaan dalam unsur bukan manusia.Bukti: Rasa bersalah mula mengerang perasaannya.
6. Sinkof – penggunaan singkatan kataBuktinya: tak, dah, nak, ni
7. Repitasi – pengulangan kata.Bukti: Mana ada guru yang mahu muridnya gagal dalam pelajaran. Mana ada guru yang mahu murid-murid berhenti sekolah.
8. Gaya bahasa dialogBukti: “Ahmad, mana kasut?” tanya Cikgu Harun dengan suara yang keras.
NILAI MURNI DAN PENGAJARAN1. Nilai murni à Menghormati orang yang lebih tuaPengajaran : Kita mestilah menghormati orang yang lebih tua dan yang lebih berpengalaman daripada kita.Bukti: Ahmad amat menghormati Cikgu Harun dan tidak pernah mengingkari arahannya.
2. Nilai murni -KeinsafanPengajaran : Kita mestilah sedar akan kesilapan yang kita lakukan supaya tidak mengulanginya.Bukti: Cikgu Harun sedar bahawa dendanya agak keterlaluan dan dia tersentuh dengan keputusan Ahmad yang mahu berhenti sekolah kerana tidak mampu membeli kasut sekolah.
3. Nilai muri -KeikhlasanPengajaran : Kita mestilah ikhlas semasa memberikan hadiah kepada seseorang.Bukti: Cikgu Harun tahu bahawa anak muridnya, Ahmad ikhlas memberikannya hadiah berupa sepasang kasut berjenama demi menghargai jasa gurunya.
4. Nilai muri -KetabahanPengajaran :Kita mestilah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan diri.Bukti: Ahmad dan ibunya tabah menghadapi kemiskinan dan dia sanggup mengambil keputusan untuk berhenti sekolah demi bekerja memetik cili untuk menampung perbelanjaan keluarga.
5. Nilai muri -KesabaranPengajaran : Kita mestilah sabar menghadapi segala masalah dalam kehidupan.Bukti: Cikgu Harun sabar menghadapi masalah anak muridnya, Ahmad yang tidak membawa kasut dan pakaian sukan.
6. Nilai muri -KegigihanPengajaran : Kita mestilah gigih belajar supaya menjadi manusia yang berjaya.Bukti: Ahmad gigih belajar tidak pernah ponteng sekolah walaupun miskin sehingga berjaya menjadi seorang pengurus besar syarikat kasut berjenama.
7. Nilai muri -BertanggungjawabPengajaran :Kita mestilah memikul tugasan yang diberikan dengan penuh bertanggungjawab.Bukti: Cikgu Harun seorang guru yang bertanggungjawab kerana dia memastikan semua anak muridnya memakai pakaian sekolah yang sesuai untuk menjalankan aktiviti bersenam di padang.
8. Nilai muri -KesungguhanPengajaran : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh demi mengubah kehidupan keluarga yang miskin.Bukti: Ahmad belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya menjawat jawatan tinggi dalam sebuah syarikat kasut berjenama.
9. Nilai muri -Baik hatiPengajaran : Kita mestilah menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukannya mengikut kemampuan kita demi mengurangkan beban mereka.Bukti: Cikgu Harun membelikan Ahmad sepasang kasut sekolah dan sepasang uniform sekolah.
(c) Persembahan pembentangan kertas kerja dalam bentuk ‘Power Point’ yang
meliputi keseluruhan kandungan utama kertas kerja.
[Jumlah: 30 markah]
top related