kenegaraan malaysia kontrak sosial
Post on 24-Apr-2017
310 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Nama Pensyarah : Encik Azmi AwangNama Ahli Kumpulan : Pe Sook Chin 173161 Kwong Li Wen 172835 Wan Sakinah bt Wan Hassan 175321Nazaratul Shazwani bt Shahrolzaman 176156Nur Deana Syafiqah Abdullah 175352Kalaiarasan A/L Subramaniam 176140
KENEGARAAN MALAYSIASKP 2101 KONTRAK SOSIAL
Kontrak Sosial DEFINISI
satu perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih
dokumen yang mengandungi syarat-syarat perjanjian serta cabang undang-undang yang berkaitan dengan
sesuatu kontrak
satu perjanjian atau permuafakatan antara kaum yang dibentuk dan dicapai sebelum merdeka di
kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA
dan MIC
KAMUS DEWAN
BAHASA
KEADILAN
Ekonomi
Kebudayaan
Politik
KONTRAK SOSIAL DI MALAYSIA
Menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau sesesuatu kaum
Memastikan kepentingan majoriti dan minoriti tanpa menjejaskan hak dan kepentingan kaum masing-masing.
Memastikan persetujuan yang dicapai akan kekal dan dapat diwarisi dari satu generasi ke satu generasi kerana persetujuan ini merupakan sesuatu yang berpanjangan.
Memastikan setiap pihak akan mematuhi dan menyampaikan kepada generasi seterusnya agar berkekalan di masa akan datang.
TUJUAN :
ISU KONTRAK SOSIAL•K.S. telah dibentangkan kepada
masyarakat sebagai satu persetujuan antara elit pada masa tertentu, dalam keadaan tertentu.
•generasi baru menganggapnya sebagai tidak lagi relevan
•generasi bukan Melayu sekarang menganggapnya sebagai sesuatu yang sudah berlalu - dikaitkan dengan kewarganegaraan
KANDUNGAN DALAM KONTRAK SOSIAL
•KEDUDUKAN RAJA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
•HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU
•KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI
•BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN
DASAR-DASAR KERAJAAN YANG MENYOKONG KONTRAK SOSIAL KE ARAH MENINGKATKAN PERPADUAN
•Rukun Negara •Dasar Ekonomi Baru (DEB) •Dasar Kebudayaan Kebangsaan •Dasar Pendidikan Negara
RUKUN NEGARA• Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia
yang telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13
• Rukun Negara telah diperkenalkan setelah berlakunya peristiwa hitam iaitu peristiwa 13 MEI 1969.
• Rukun Negara terbentuk bertitik tolak kesedaran terhadap isu keselamatan, kestabilan negara, perpaduan dalam sebuah kehidupan yang lebih harmoni, ketaatan dan kecintaan.
• Prinsip rukun negara ada lima iaitu :*Kepercayaan kepada tuhan*Kesetiaan kepada Raja dan negara *Keluhuran Perlembagaan *Kedaulatan undang-undang *Kesopanan dan kesusilaan
• Perlaksanaan rukun negara adalah bertujuan melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, bermaruah, bersifat terbuka, setia, bersatu padu, berwawasan dan beretika dengan wawasan negara.
DASAR EKONOMI BARU (DEB)• DEB dilancarkan pada tahun 1971 seiring dengan
pelancaran Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975).• Dasar Ekonomi Baru ini diwujudkan setelah negara
kita mencapai kemerdekaan, setelah berada di bawah penjajahan yang mengamalkan dasar pecah dan perintah.
• Bertujuan untuk memupuk perpaduan negara dengan membasmi kemiskinan dan membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di Malaysia antara kumpulan etnik dan antara wilayah.
• Dua matlamat pembangunan penting yang terkandung dalam DEB ialah :
* Mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan memperbanyak
peluang- peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
* Menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki keadaan ekonomi yang tidak seimbang, supaya dapat mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.• Pencapaian DEB ialah:
▫Mengurangkan pengangguran▫Meningkatkan Pendapatan▫Mengurangkan kemiskinan
Matlamat•Mencapai perpaduan
• Menjamin keutuhan identity kebangsaan
• Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
•mengembangkan pertunjukan kebudayaan peringkat negeri dan nasional, menyokong pergerakan kebudayaan, memupuk kesedaran kebangsaan dan memenuhi keperluan sosiobudaya negara.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
3 Prinsip Utama :
a) Kebudayaan yang berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal negara Malaysia (Melayu)
b) Unsur-unsur kebudayaan lain yang bersesuaian dan wajar atau memajukan kebudayaan hendaklah diterima dan disebatikan dalam kebudayaan kebangsaan
c) Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan budaya kebangsaan
Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan :-
(a) Pendidikan Prasekolah Program pendidikan (murid yang berumur dari 4-6 tahun)
(b) Pendidikan Rendah Kursus pengajian ( peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh 6 tahun )
(c) Pendidikan Menengah
(d) Pendidikan Lepas Menengah.
Dasar Pendidikan
Negara Perubahan
Dasar kerajaan terhadap sistem pendidikan kebangsaan tidak mengganggu sistem pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan bahasa ibunda (sek. Cina dan tamil)
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama asas perpaduan rakyat Malaysia
Penyeragaman kurikulum semua pelajar mendapat pendidikan yang seimbang dan sama rata.
Pendemokrasian dari segi mutu melalui pengagihan peruntukan secara adil
Beri perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik / di kawasan luar bandar atau pedalaman
KESIMPULAN• Setiap golongan etnik di Malaysia mempunyai
jati diri yang tertentu dan diamalkan mengikut kaum masing-masing.
• Satu keunikan yang tersendiri• Keharmonian akan mantap jika setiap kaum
saling hormat-menghormati.• Kontrak sosial yang terbentuk daripada
perjanjian pemimpin-pemimpin terdahulu perlu dirujuk bagi memastikan perpaduan sentiasa terbina.
• Kontrak sosial penting dalam merencanakan sebuah negara yang aman harmonis serta pembentukan negara bangsa Malaysia.
SEKIAN, TERIMA KASIH
top related