kebudayaan dan identiti nasional di era revolusi … · pusat penyelidikan langkawi, universiti...
Post on 13-Sep-2019
40 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Pusat Penyelidikan Langkawi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Kedah Darul Aman
1 & 2 Ogos 2019
KEBUDAYAAN DAN IDENTITI NASIONAL DI ERA
REVOLUSI INDUSTRI 4.0
Dr. Suryadi
Leiden University, the Netherland
SALUTASI TETAMU KENAMAAN:
YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim.
Pengasas / Pengerusi Yayasan Budi & Yayasan Warisanegara.
YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad.
Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
YBhg. Prof. Dr. Supyan Hussin.
Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, ATMA Universiti Kebangsaan Malaysia.
(Wakil Naib Canselor UKM).
YBhg. Dr. Mohd Hanafi Ibrahim.
Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan Dewan Bahasa dan Pustaka.
(Wakil Ketua Pengarah DBP).
YBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan Che Ros.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara.
YBhg. Prof. Dr. Kamaruddin M. Said.
Timbalan Presiden, Majlis Profesor Negara.
YBhg. Prof. Datuk Dr. Awang bin Sariyan.
Penyandang Kursi Za‟ba, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
(Pengucaptama SUTERA 2019)
YBhg. Dr. Mohd Faizal bin Musa.
Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu, ATMA, UKM.
(Pengucaptama SUTERA 2019)
YBhg. Dr. Sharmini Abdullah.
Dekan Pusat Bahasa Antarabangsa UniMAP.
YBhg. Prof. Dr. Norhayati Ahmad.
Pengerusi, Pusat Penyelidikan Langkawi.
Para pembentang dan peserta SUTERA 2019.
Ahli Jawatankuasa SUTERA 2019, UniMAP – ATMA, UKM – DBP.
Wakil-wakil media. Seterusnya, para hadirin yang dihormati.
1
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera bagi kita semua.
Pertama-tama, saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada urus setia Seminar
Antarabangsa Sastera, Bahasa, dan Budaya Nusantara (SUTERA) 2019, khasnya kepada
pimpinan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), ATMA UKM dan Dewan Bahasa dan
Pustaka yang telah bekerjasama dan berjaya menyelenggarakan seminar ini, atas jemputannya
kepada saya untuk menyampaikan ucap dasar di hadapan para hadirin sekalian.
Saya amat merasa amat dihargai kerana telah diberi kesempatan untuk menyampaikan ucap
dasar ini di hadapan para tetamu terhormat dan para peserta seminar ini pada petang hari ini.
Ini adalah kunjungan kedua saya ke Malaysia bagian utara, khasnya ke UniMap dan
Langkawi, setelah pada 28 Julai tahun lepas (2018) saya juga sudah diberi kesempatan untuk
berbincang-bincang di Kampus UniMap dalam program Wisdom Fair dimana saya bersama
pejuang bahasa Prof. Lim Swee Tin telah didudukkan dalam sebuah panel yang
membincangkan usaha-usaha memartabatkan bahasa Melayu dan cabaran-cabaran yang
dihadapi.
Ucap dasar saya pagi ini mengambil tajuk “KEBUDAYAAN DAN IDENTITI NASIONAL
DI ERA REVOLUSI INDUSTRI 4.0”.
Tahapan-tahapan revolusi industri
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
Dunia berubah secara cepat, dan sejarah bergerak tidak selalu dalam jalur yang linear.
Momen-momen penting dalam sejarah panjang umat manusia selalunya ditandai oleh
penemuan-penemuan baru (inventions) yang mendorong terjadinya transformasi sosial,
budaya, politik, dan ekonomi yang besar dan merubah secara signifikan kehidupan dan
perilaku manusia. Penemuan-penemuan baru itu, sejak dari kapal uap (steam ship) sampai
telefon pintar (smartphone), sejak dari mesin cetak (printing machine) sampai teknologi
rakaman dan penggandaan suara (recording technology and sound replication), telah merubah
persepsi manusia tentang jarak (distance), ruang (space), masa (time), dan realiti (reality). Hal
itu telah merubah persepsi manusia terhadap berbagai unsur kebudayaan, tidak terkecuali
kesenian.
Selama ini para ahli mengatakan bahawa manusia telah melewati setidaknya tiga fasa yang
amat menentukan perkembangan dan jalannya peradaban mereka sebagai makhluk yang
terpintar di planet bumi ini.
Fasa pertama ialah revolusi industri pertama (1760-1840) yang ditandai dengan penemuan
mesin uap (steam engine) yang memakai silinder dan piston. Penemuan ini telah merubah
secara revolusioner sistem produksi bahan-bahan kebutuhan hidup manusia (mechanical
production) dan pergerakan fizikal manusia melintasi jarak, iaitu dengan penerapan teknologi
steam engine ini pada kapal dan kereta api. Revolusi industri pertama ini telah menyebabkan
terjadinya transformasi kebudayaan dari masyarakat pertanian kepada masyarakat industri
yang telah memungkinkan dilakukannya pelipatgandaan produksi dan penyebaran hasilnya
yang menghemat masa.
2
Fasa kedua adalah terbentuknya masyarakat industri di Eropah (akhir abad ke19 sampai awal
abad ke20) yang ditandai oleh penggandaan yang makin banyak, makin cepat, dan makin
besar-besaran (massive) pelbagai macam barang keperluan manusia sama ada keperluan dasar
(primer) ataupun keperluan menengah (sekunder) melalui pembinaan aneka macam kilang
(pabrik) yang digerakkan oleh tenaga elektrik dan sistem assembly line. Era ini juga ditandai
oleh penyempurnaan pelbagai penemuan di bidang telekomunikasi yang telah memungkinkan
manusia boleh mengatasi halangan jarak untuk berhubungan satu sama lain dan penemuan-
penemuan yang merubah wajah dan wujud seni, seperti teknologi filem, radio dan piring
hitam (disc).
Fasa ketiga pula (dimulai tahun 1960an) biasa disebut “computer or digital revolution”,
kerana penciptaan semicondutors, mainframe computing (1960an), personal computing
(1970an dan 80an), dan internet (1990an).
Dari huraian di atas kita dapat melihat bahawa terjadi percepatan dalam proses transformasi
dari satu fasa ke fasa berikutnya, ibarat gelombang laut yang makin ke tepi makin cepat
geraknya. Diperlukan masa ratusan ribu tahun bagi nenek moyang manusia moden sekarang
untuk bergerak dari budaya nomaden ke budaya bercocok tanam atau pertanian yang tetap.
Lompatan ke fasa kedua hanya memerlukan masa sekitar 10.000 tahun. Lompatan ke fasa
ketiga hanya memerlukan tempoh sekitar 200 tahun sahaja. Kini, kurang dari 20 tahun, masa
yang lebih pendek lagi, kita sudah berada di gerbang baru, iaitu apa yang disebut sebagai era
Revolusi Industri 4.0 (The Fourth Industrian Revolution).
Para hadirin sekalian,
Kini, dunia sudah berada di pintu gerbang Revolusi Industri 4.0 atau Revolusi Industri
Gelombng Keempat dimana virtual culture (budaya maya) akan makin menyentuh hampir
semua aspek kehidupan manusia.
Budaya maya ialah budaya yang muncul dari penggunaan rangkaian komputer untuk
komunikasi, hiburan dan perniagaan (Horn, 1998). Ia juga menyangkut pelbagai fenomena
sosial yang berkaitan dengan Internet dan bentuk komunikasi rangkaian baru, seperti komuniti
dalam talian, permainan berbilang dan dalam talian, dan pemesejan teks (Jones, 1997). Sejak
1990an, manusia bergerak dari yang konkrit dan tangible ke abstrak dan intangible
(Rheingold 1993). Persekitaran fizikal bukan lagi menjadi faktor utama dalam kehidupan
masyarakat. Sebaliknya, penekanan kini diletakkan pada kuasa maklumat. Komputer telah
merubah cara kita bekerja hari demi hari; pergi ke kolej, ke kedai, menemukan teman,
mencari arah jalan, menerima pesan, dan banyak lagi aktiviti manusia dari hari ke hari
(Doheny-Farina, 1996). Setiap wilayah di dunia ini makin terikat satu sama lain dalam satu
jaringan (network) yang dimungkikan oleh penemuan serat optik (optical fiber) dan teknologi
wifi.
Dari berita-berita akhbar saya menyemak bahawa rakyat dan Pemerintah Malaysia sendiri,
sejak beberapa tahun lepas sudah mempersiapkan diri dan juga budget untuk menyiapkan
penduduk Malaysia memasuki Revolusi Industri 4.0 (IR. 4.0) itu. Kerajaan telah memikirkan
peluang-peluang dan cabaran-cabaran yang akan ditemui nanti, termasuk hal yang paling
mendasar, iaitu sumber daya manusia (human resources). Oleh itu, dunia akademik Malaysia
pun sudah pula memikirkan hal ini supaya para graduan mereka dapat bersaing dan boleh
3
mengambil peluang sebesar-besarnya untuk memperolehi pekerjaan dan menikmati
kesejahteraan di era Revolusi Industri 4.0 tersebut. Namun, efek-efek kebudayaan (cultural
impacts) dari Revolusi Industri 4.0 tersebut terhadap kita belumlah menjadi subjek
perbicangan di kalangan kaum intelektual kita.
Revolusi Industri 4.0
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
Revolusi Industri 4.0 atau The Fourth Industrial Revolution akan menghantar manusia ke
abad super digital. Ini adalah era dimana robot dan kecerdasan buatan akan meruubah
kehidupan dan cara bekerja manusia. Para precariat (prekariat) – pekerja yang tidak menentu
jam kerjanya, kontrak kerjanya, jaminan kerjanya dan lingkup kerjanya (Standing, 2011) –
akan memerankan pengaruh besar dalam kehidupan masyarakat. Mereka akan mempengaruhi
kebijakan material dan psikologi. Orang-orang akan bekerja dalam jaringan virtual yang
makin besar-besaran (massive), meluas (ekstensive) dan intensif (intensive). Satu kekuatan
yang tak tampak, yang dikendalikan oleh beberapa orang yang saling berhubungan dalam satu
jaringan, yang sepanjang hari hanya duduk di depan layar komputer, sambil menyuap makan
siang atau makan snacks, yang tidak diketahui dimana tempat tinggal mereka, boleh
mengetahui makin banyak hal-hal dan rahsia yang paling kecil pun dari kehidupan Anda,
bahkan sampai pada perilaku Anda terhadap keluarga dan cara-cara Anda membelanjakan
wang. Mereka boleh menerobos ruang peribadi (privacy) Anda tanpa dapat Anda ketahui dan
kenali, tanpa merasa perlu meminta izin kepada Anda. Hidup manusia setiap hari makin
tergantung kepada pelbagai kod (kombinasi nombor dan huruf): kod internet banking, kod kad
perpustakaan, kod pembayaran pajak kereta, rumah, dll., kod untuk mengaktifkan komputer
kantor, dan lain sebagainya. Semua urusan memerlukan scan sidik jari atau kornea mata.
Lebih dari sekedar kod-kod nombor dan scan, Revolusi Industri 4.0 dalam rumusan Klaus
Schwarb, penulis buku The Fourth Industrian Revolutioan (2016:10),
The fourth industrial revolution, however, is not only about smart and connected
machines and system. Its scope is much wider. Occuring simultaneously are waves
or further breakthroughs in areas ranging from gene sequencing to nanotechnolgy,
from renewables to quantum computing. It is the fusion of these technologies and
their interaction across the physical, digital and biotechnological domains that make
the fourth industrial revolution fundamentally different from previous revolutions.
Di era revolusi indutri keempat itu yang natural dan yang artificial semakin susah dibezakan
dan hubungan manusia dengan machines menjadi makin kuat dan tak terpisahkan. Robot-
robot akan memusnahkan hierarki birokrasi yang terkoyak di kalangan kelas pertengahan
(middle class). Di era ini makin banyak orang boleh melakukan pekerjaan mereka dari tempat
tidur, kafe, komuter, atau dari mana sahaja, tempat-tempat yang akan menggantikan fungsi
kantor yang bersifat fizikal dan konvensional milik institusi negara, syarikat-syarikat dan
pertubuhan-pertubuhan yang akan berkurang secara drastik. Semua itu dimungkinan oleh
jaringan wifi yang tersedia dimana-mana. Manusia akan mengalami perubahan signifikan
dalam persekitaran profesional. Ini dikeranakan oleh pengambilalihan banyak pekerjaan oleh
robot-robot pintar buatan manusia sendiri. Dokter akan menjadi jurutera perubatan, jururawat
akan menjadi pembantu jururawat yang bekerja disertai robot-robot. Guru-guru akan
digantikan oleh robot dan hologram. Di masa hadapan kita akan terus melihat kejatuhan
4
“dinosaurus-dinosaurus” hebat. Orang-orang yang sakit akan dirawat di hospital-hospital di
mana robot akan mendiagnosis mereka, menetapkan dan campur tangan dalam proses
pembedahan (surgery). Begitu juga dengan syarikat-syarikat besar: banyak unsur dan unit
kerjanya akan digantikan oleh tenaga-tenaga non manusia dan segala proses akan
dikendalikan dengan isyarat-isyarat elektronik yang terhubung dalam sebuah jaringan yang
tak tampak oleh mata telanjang.
Sebagaimana telah disebutkan di atas, manusia akan makin cenderung melakukan pelbagai
macam aktiviti yang tak lagi memerlukan kantor rasmi, tetapi dengan hasil yang maksimum
dan dengan kecepatan yang jauh melebihi yang telah mampu dicapai sebelumnya. Dunia akan
saling terhubung oleh sebuah sistem peranti elektronik yang makin nirkabel (tanpa kabel).
Masalah fizikal, biologis, ruang dan masa yang sering menjadi halangan dan rintangan bagi
manusia akan cuba terus disingkirkan. Revolusi Industri 4.0 akan menghadirkan era Ekonomi
Digital (Digital Economy) yang tentu sahaja diharapkan juga akan boleh makin menjayakan
perekonomian Malaysia.
Sudah boleh dipastikan bahawa era Revolusi Industri 4.0 didukung oleh teknologi super
komputer yang kecepatannya terus meningkat dengan fungsi yang makin mendekati fungsi
otak manusia. Mungkin tidak lama lagi teknologi super komputer akan mampu melampaui
kecepatan otak manusia yang tersusun atas sekitar 100 miliar neuron (sel otak) dan kecepatan
signal 120 meter per detik. Super komputer tersebut memerlukan 100 kali lebih sedikit
transistor, tapi mampu beroperasi 20 juta kali lebih cepat berbanding komputer biasa yang
dipakai sekarang. Teknologi kanta (lens) pula, yang semakin berkembang, telah
memungkinkan manusia boleh melihat unsur-unsur yang paling halus dan dekat dengan diri
mereka, seperti neutron, dan yang paling besar dan jauh dari diri mereka, seperti planet-planet
yang sangat jauh letaknya dari bumi. Teknologi drone, misalnya, selain dapat menjadi alat
transportasi alternatif, juga telah membolehkan manusia melihat dirinya sendiri dan benda-
benda lainnya dari sudut pandang (angle) yang lain, dan ini akan merangsang imajinasi dan
kesedaran baharu. Akibat dari revolusi komputer dan robot, dalam lapangan pekerjaan
manusia akan disaingi oleh komputer-komputer, gadget-gadget, dan robot-robot pintar
ciptaan mereka sendiri. „Makhluk-makhluk‟ pintar itu akan mengambil sekitar 60% pekerjaan
fizik tuan-tuan penciptanya.
Tak dapat dihindari bahawa Revolusi Industri 4.0 akan menghadirkan ejen-ejen
superkomputer, robot-robot pintar dengan artificial intelligence, smartphone, laptop, jam-jam
tangan, dan lain sebagainya. Semua itu akan memanjakan tubuh manusia tapi menjadi pesaing
(competitor) kuat bagi manusia sendiri. Di masa hadapan mobiliti tubuh manusia akan makin
berkurang, yang tentunya juga akan menghadirkan pelbagai penyakit khas apabila tidak
dipaksa untuk bergerak (berolah raga). Saat ini sudah tampak gejala obesiti di kalangan orang
kota kerana terlalu banyak menghabiskan masa duduk di depan computer dan gadgets dan
banyak makan tapi kurang bergerak. Dengan kata lain, dalam jangka panjang Revolusi
Industri 4.0 juga akan merubah fizikal manusia yang pada gilirannya juga akan
mempengaruhi genetis dan cara berpikir mereka. Peluang itu jelas semakin terbuka lebar oleh
kemajuan-kemajuan yang telah dan akan dicapai di bidang neuroscience dan kejuruteraan
genetik. Bersamaan dengan itu akan terjadi revolusi biologi yang mendasar. Pengobatan
sendiri, belanja online, plastic money, dan lain-lain akan semakin mewarnai kehidupan
manusia di masa hadapan akibat dari terobosan sain dan inovasi teknologi. Kerjasama dalam
jaringan (networking) adalah kata sebuah kemestian dan kunci untuk kesuksesan hampir
semua jenis pekerjaan.
5
Revolusi Industri 4.0: Kesan sosial budaya dan politik
Dari gambaran di atas kita boleh membayangkan jangkaan masa hadapan dalam era revolusi
industri tahap keempat itu. Oleh proses revolusi digital itu, ada harapan tentang kemajuan
yang terus berjalan, pertumbuhan ekonomi yang makin berciri digital, peningkatan kualiti
demokrasi, namun pada saat yang sama dikhawatirkan pula akan memunculkan totalitarian
(sama ada sosial ataupun politik), pergeseran sosial (social conflicts), pengasingan
(alienation) manusia dari sesamanya, kehilangan pekerjaan dan ketidakamanan hidup
manusia. Sejarah telah menunjukkan bahawa setiap penemuan baharu (invention) membawa
efek positis dan negatif.
Revolusi Industri 4.0 akan merubah cara kita hidup, bekerja, dan berkomunikasi. Ia
membentuk semula (reshaping) kerajaan, pendidikan, penjagaan kesihatan dan perdagangan,
pendeknya hampir setiap aspek kehidupan manusia. Pada masa akan datang, ia juga boleh
merubah perkara yang kita nilai dan cara kita menghargai pekerjaan. Ia boleh merubah
hubungan, peluang, dan identiti kita (sebagai individu, anggota puak, ataupun bangsa) kerana
ia merubah dunia fizikal, bahkan, dalam sesetengah kes, badan kita.
Efek baik
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
Teknologi baru boleh menjadi ejen yang berkuasa untuk kebaikan, selain tentunya juga dapat
menimbulkan hal-hal yang buruk bagi kehidupan manusia. Pendidikan dan akses kepada
maklumat dapat meningkatkan kehidupan berbilion orang. Melalui peranti dan kerjasama
dalam jaringan (networking) yang semakin berkuasa, perkhidmatan digital, dan peranti mudah
alih, akan mempengaruhi orang di seluruh dunia, termasuk di negara-negara yang sedang
berkembang. Sekarang sahaja, revolusi media sosial yang diwujudkan oleh Facebook,
Twitter, WhattsAp, Instagram dan lain-lain telah memberikan peluang bagi suara setiap orang
untuk berkomunikasi secara langsung di seluruh planet ini. Hari ini, lebih daripada 40% orang
di dunia menggunakan perkhidmatan media sosial untuk berkomunikasi. Di masa hadapan hal
itu tentu akan berlaku lebih massive, extensive dan intensive lagi.
Inovasi teknologi di masa hadapan dapat mewujudkan kampung sejagat yang sejati,
membawa berbilion-bilion orang ke dalam ekonomi global. Mereka boleh membawa akses
kepada produk dan perkhidmatan ke pasaran baru sepenuhnya. Mereka boleh memberi
peluang kepada orang untuk belajar tentang cara-cara baru, dan mereka dapat memberikan
orang-orang identiti baru kerana mereka melihat potensi untuk diri mereka sendiri yang tidak
tersedia sebelum ini.
Klaus Schwarb dalam bukunya yang telah dirujuk di muka mengatakan pula:
The Fourth Industrial Revolution, finally, will change not only what we do but also
who we are. It will affect our identity and all the issues associated with it: our sense
of privacy, our notions of ownership, our consumption patterns, the time we devote
to work and leisure, and how we develop our careers, cultivate our skills, meet
people, and nurture relationships.
Perkhidmatan jual-beli dan penghantarannya dalam talian – termasuk oleh drone – sudah
mendefinisikan semula kemudahan dan pengalaman runcit. Online shops akan makin
6
menjamur dan mulai mealahkan cara berdagang konvensional. Kemudahan penghantaran
boleh merubah komuniti, tempat terpencil, dan melompatkan semula ekonomi kawasan kecil
atau luar bandar.
Di alam fizikal, kemajuan dalam sains bioperubatan (biomedical sciences) boleh membawa
kepada kehidupan yang lebih sihat dan jangka hayat yang lebih panjang. Kemajuan-kemajuan
yang dicapai di bidang ini dapat mengarah pada inovasi dalam ilmu saraf (neuroscience),
seperti menghubungkan otak manusia ke komputer untuk meningkatkan kecerdasan atau
mengalami dunia yang disimulasikan. Bayangkanlah semua kekuatan robot bersepadu dengan
keterampilan yang boleh memberikan pemecahan terhadap masalah manusia.
Kemajuan dalam keselamatan automotif melalui teknologi Revolusi Industri 4.0 dapat
mengurangkan kematian akibat lalu lintas di lebuh raya, mengurangkan kos insurans, dan
pengeluaran gas karbon. Transportasi publik baru boleh membentuk semula ruang hidup
bandar yang lebih hijau, seni bina yang ramah lingkungan dan membebaskan lebih banyak
ruang sosial yang berpusat pada manusia.
Teknologi digital boleh membebaskan pekerja dari tugas automatik, membebaskan mereka
untuk menumpukan perhatian dalam menangani isu perniagaan yang lebih rumit dan memberi
mereka lebih banyak autonomi. Ia juga boleh menyediakan alat dan pandangan baru untuk
mereka bentuk penyelesaian kepada masalah-masalah yang tidak dapat diatasi sebelum ini.
Ini bermakna bahawa kesejahteraan bangsa, juga diharapkan bangsa Malaysia tentunya, boleh
ditingkatkan. Namun, bersamaan dengan itu, identiti kita sebagai bangsa Malaysia ataupun
sebagai puak Melayu dan juga puak-puak lainnya akan mengalami perubahan pula. Sebabnya
ialah kerana revolusi digital yang semakin canggih itu akan membuat dunia makin tanpa
watas; kita tidak lagi dapat menghindari semakin tercampurnya unsur-unsur pelbagai
kebudayaan dari luar dalam kebudayaan bangsa kita sendri. Ini bererti bahawa kebudayaan
nasional sebuah negara-bangsa akan berubah pula sifat dan coraknya akibat pengaruh luar
yang semakin kuat itu.
Melanjutkan apa yang telah terjadi kini, di masa hadapan, pelbagai unsur kebudayaan asing
sama ada yang tangible ataupun yang intangible akan datang kepada kita pertama-tama
melalui pencitraan visual (visual images) yang dihantar melalui komputer peribadi atau layar-
layar iklan elektronik di bandar-bandar, yang memiliki kekuatan yang lebih besar untuk
menarik perhatian orang. Segala sesuatunya yang akan dijual atau dikomersialkan
(dibisniskan), termasuk pelbagai bentuk kesenian, termasuk yang berasal dari desa-desa, akan
dikemas dengan cara sebagus dan semenarik mungkin dalam pencitran maya sehingga
membuat orang tertarik untuk berkunjung ke sebuah negara. Ini akan berakibat: kesan ke atas
sebuah negara-bangsa dan kebudayaannya di masa hadapan akan makin dibentuk oleh
pencitraan melalui media visual. Maknanya, segala sesuatunya akan sangat tergantung kepada
pencitraan, dimana teknologi visual amatlah menentukan.
Industri pelancongan (tourism) – yang sudah menjadi salah satu tumpuan ekonomi Malaysia –
akan menjadi salah satu sumber pemasukan (income) negara yang tampaknya makin dialu-
alukan, dan bidang ini akan makin terhubung dengan dunia digital dan virtual, terutamanya
untuk promosi di peringkat antarabangsa. Dengan slogan “Malaysia: Truly Asia”, Malaysia
sudah dan akan terus mempromosikan industri pelancongannya ke seluruh dunia. Visual
images dari iklan Malaysian tourism di televisyen- televisyen Eropah, misalnya,
7
menampilkan kesenian-kesenian tradisional dari berbagai puak, seperti Melayu, Iban,
Bidayuh, dll., makanan (culinair), dan juga keindahan alam Malaysia.
Peluang lain yang boleh diambil Malaysia ialah sebagai pusat aktiviti pengantarbangsaan
kesenian Islam. Dengan kecanggihan teknologi yang tersedia kini dan nanti, Malaysia boleh
mengambil inisiatif sebagai penyelenggara festival-festival seni yang bercorak Islam, sama
ada seni muzik, seni lukis, seni bina, sastera dan lain sebagainya. Dalam hal ini Malaysia
boleh mencontoh Maroko yang sudah cukup berhasil di bidang ini. Setakat ini tak kurang 10
annual arts festival diselenggaran oleh Maroko yang membuat imej negara itu menjadi baik di
peringkat internasional, seperti Fez Festival of World Sacred Music, Marrakech Popular Arts
Ferival, Marrakech Internatinal Film Festival, Marrakech Biennale, Jazzablanca, dan
Merzouga International Festival of World Music.
Kita harus mengembangkan seni tinggi dalam kemasan dunia maya itu. Saya membayangkan
di masa hadapan Kuala Lumpur, Penang, Melaka, dan kota-kota lannya di negara ini, akan
menjadi pusat perhatian dunia kerana berjaya menyelenggarakan festival-festival kesenian
Islam yang berperingkat antarabangsa, yang tentunya memerlukan teknologi digital dan
pencitraan maya (virtual) untuk mempromosikannya dan untuk menyebarkan maklumatnya ke
seluruh dunia. Ini akan boleh membanggakan bangsa Malaysia dan makin menaikkan prestij
negara ini di peringkat antarabangsa.
Akan tetapi dengan kedatangan orang-orang daripelbagai agai belahan dunia lain, persepsi
atau kesan ke atas diri sendiri juga akan berubah. JKNN (Jabatan Kesenian dan Kebudayaan
Negara) Malaysia di bidang seni budaya dan industri kreatif menyebutkan bahawa kreativiti
kesenian telah mampu mendatangkan 43 juta pelancong budaya ke Malaysia. Di masa
hadapan diperkirakan jumlah pelancong antarabangsa yang datang ke Malaysia akan terus
bertambah. Perlu diadakan penyelidikan lebih jauah: apakah kemungkinan akibat-akibat dari
pemromosian dan penghantaran pelbagai kebudayaan material bangsa kita kepada konsumen
antarabangsa itu melalui dunia maya dan apa efek dari kedatangan banyak pelancong asing ke
atas identitas kemelayuan atau kemalaysiaan masyarakat kita.
Efek buruk
Para hadirin sekalian,
Walau bagaimanapun, sementara Revolusi Industri 4.0 mempunyai kuasa untuk merubah
dunia secara positif, kita harus sedar bahawa teknologi di era ini boleh pula menghasilkan hal-
hal negatif jika kita tidak memikirkan bagaimana mereka boleh merubah kita.
Kita membina apa yang kita hargai. Ini bermakna: kita perlu mengingat nilai-nilai budaya dan
identiti kita sendiri ketika kita sedang membina teknologi baru ini. Semuanya akansangat
tergantung kepada kita. Jika kita menghargai wang berbanding waktu keluarga, kita boleh
membina teknologi yang membantu kita menghasilkan wang dengan mengorbankan masa
keluarga. Sebaliknya, teknologi ini boleh mewujudkan insentif yang menjadikannya lebih
sukar untuk merubah nilai asas tersebut. Jadi, sekali lagi, semuanya amat tergantung kepada
pemakai teknologi itu.
Lebih dari masa sekarang, di masa hadapan orang ramai akan mempunyai hubungan yang
mendalam dengan teknologi. Mereka adalah cara kita mencipta dunia kita, dan kita harus
8
membinanya dengan penuh perhatian, hati-hati dan terencana. Lebih jauh lagi, penting bagi
kita memulakannya dengan arah yang betul. Sebagaimana dikatakan oleh physicist dan
cosmologist Swedia-Amerika Max Tegmark dalam bukunya Life 3.0.
We have to win this race between the growing power of the technology, and the
growing wisdom with which we manage it. We don’t want to learn from mistakes.
Bioteknologi boleh menyebabkan kemajuan yang kontroversial seperti bayi rekaan, pemacu
gen (menukar ciri-ciri warisan spesies keseluruhan), atau implan yang diperlukan untuk
menjadi calon kompetitif untuk sekolah atau pekerjaan. Inovasi dalam robotika dan automasi
boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan, atau sekurang-kurangnya pekerjaan yang sangat
berbeza dan menghargai kemahiran yang berbeza.
Sekarang sudah mucul wacana the death of expertise (matinya kepakaran). Berkat kemajuan
teknologi dan peningkatan tahap pendidikan, kita mempunyai akses kepada lebih banyak
maklumat daripada sebelumnya. Lebih dari erah-era sebelumnya, era informasi (information
age) masa sekarang telah membantu mempercepat peningkatan egalitarianisme yang
narsisistik dan sesat yang mempunyai persefahaman yang jelas mengenai sebarang isu. Hari
ini, semua orang tahu segala-galanya: dengan hanya beselancar di laman-laman Web atau
Wikipedia, purata warganegara percaya pada kedudukan intelektual yang sama dengan doktor
dan diplomat. Semua suara, walaupun yang paling tidak masuk akal, permintaan yang diambil
dengan kesungguhan yang sama, dan sebarang tuntutan yang sebaliknya ditolak sebagai
elitisme yang tidak demokratik. Mengikut Thomas M. Nochols dalam bukunya The Death of
Expertise: The Campaign against Established Knowledge and Why It Matters (2017),
penolakan terhadap kepakaran terjadi kerana beberapa alasan, termasuk penerapn model
kepuasan pelanggan dalam pendidikan tinggi (ingatlah misalnya sistem evaluasi oleh
mahasiswa terhadap kinerja/pestasi pensyarah di akhir semester, pemilihan guru berprestij
oleh mahasiswa dan lain-lain), dan transformasi industri berita menjadi mesin hiburan yang
bekerja 24 jam.
Secara paradoks, apa yang terjadi ialah bahawa penyebaran maklumat yang semakin
demokratik, bukannya menghasilkan orang awam yang berpendidikan, sebaliknya telah
menimbulkan pasukan „tentera rakyat‟ yang mengalami kemiskinan bermaklumat dan
warganegara pemarah yang mengutuk pencapaian intelektual dan tidak mempercayai
kepakaran. Nichols mempunyai kebimbangan yang lebih mendalam lagi daripada penolakan
terhadap kepakaran dan pembelajaran yang mulai terjadi di masa sekarang. Mengikut
pendapatnya, apabila rakyat biasa percaya bahawa tiada sesiapa yang tahu lebih daripada
orang lain, institusi demokratik sendiri berada dalam bahaya kejatuhan sama ada untuk
populisme (populism) atau teknokrasi (technocracy) - atau dalam kes yang paling teruk,
gabungan antara kedua-duanya. The Death of Expertise bukan sahaja merupakan penerokaan
terhadap fenomena yang berbahaya tetapi juga amaran tentang kestabilan dan kelangsungan
demokrasi moden dalam Zaman Informasi. Kita boleh membayangkan bahawa di masa
hadapan kita mungkin akan mengalami hal yang lebih teruk lagi.
Kecerdasan tiruan, robotik, bioengineering, alat pengaturcaraan, dan teknologi lain semuanya
boleh digunakan untuk membuat dan menggunakan senjata.
Media sosial boleh memadamkan sempadan dan membawa orang ramai bersama, tetapi ia
juga boleh meningkatkan tahap dan kualiti hubungan sosial. Sebaliknya, ia memberikan suara
untuk membuli siber, membenci ucapan, dan menyebarkan cerita palsu, sebagaimana terjadi
9
dalam masyarakat kita sekarang. Oleh itu kita perlu memutuskan apa jenis peraturan media
sosial yang kita mahu buat, tetapi kita juga perlu menerima bahawa media sosial membentuk
semula apa yang kita nilai dan bagaimana kita membuat dan menggunakan peraturan tersebut.
Teknologi media yang semakin canggih akan memberi efek kepada bahasa. Salah satu
kekhawatiran kita ialah tentang kemungkinan bahasa Melayu yang makin terketepikan
(marginalized). Di masa hadapan, manusia akan makin tergantung kepada simbol-simbol
yang berserak dalam dunia maya yang datang ke layar-layar komputer dan gadget anak cucu
kita di rantau berbahasa Melayu di Asia Tenggara yang luas ini dalam bahasa kod-kod yang
tak ada hubungannya dengan bahasa ibu (mother tongue) mereka. Hari ini sahaja kita sudah
merasakan bagaimana dunia maya mempengaruhi cara berbahasa generasi muda kita. Apatah
lagi dalam dua tiga dekad hadapan: dibayangkan bahawa hidup keseharian anak cucu kita
akan sangat tergantung dan dipengaruhi simbol-simbol bahasa super computer hasil
rekabentuk asing (Barat). Bahasa Melayu belum boleh diintegrasikan ke dalam teknologi
maju; sampai setakat ini bahasa Melayu belum menunjukkan satu kemajuan yang bererti
dalam penciptaan bahasa komputer dan teknologi tinggi lainnya yang membolehkan kita
memperkuat fungsi, posisi, dan citra bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.
Nilai-nilai agama
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
Di masa hadapan nilai-nilai agama, dalam hal ini agama Islam, iaitu agama yang kita anut
sebagai orang Melayu, akan semakin mendapat cabaran, di samping tentunya ada pula hal-hal
positif yang boleh ditimbulkan oleh kemajuan teknologi super digital yang akan mewarnai
hidup manusia di era Revolusi Industri 4.0. Sekarang sahaja kita sudah melihat bagaimana
pengaruh media sosial terhadap pandangan masyarakat kita terhadap agama Islam. Salah satu
perdebatan yang muncul sekarang adalah tentang konsep riya sekaitan dengan tindakan
banyak orang Muslim mempostingkan kegiatan keagamaannya di Facebook dan Instagram,
seperti memberi sedekah kepada orang lain, sembahyang di masjid dan lain sebagainya.
Sebagian orang berpendapat bahawa tindakan seperti itu akan mengurangi pahala si pelaku
kerana mengandung riya, tapi yang lain menganggap tindakan itu bukanlah suatu kesalahan
dari segi agama. Jadi, aktiviti keagamaan di dunia maya (online religious activities) telah
menimbulkan kebimbangan (anxiety) dan risiko tentang riya (Husein & Slama, 2018).
Al-Quran elektronik mungkin akan menjadi hal yang makin biasa bagi umat Islam di masa
hadapan. Ini sejalan dengan fenomena pendigitalan manuskrip dan buku yang terus
berlangsung. Sekarang sahaja orang sudah makin terbiasa membaca al-Quran melalui
smartphones atau berdakwah melalui Facebook, WhattsAp dan Instagram, sebuah cara baharu
dalam beribadah di kalangan umat Islam milenial (Nisa, 2018a; Nisa, 2018b). Apakah
efeknya di masa hadapan? Apa beza membaca al-Quran dalam kitab konvesional (yang
dicetak di kertas) dan yang kini hadir dalam telepon-telepon bimbit Anda? Dengan kata lain,
perubahan media dan cara pembacaan al-Quran dari cara konvensional kepada virtual akan
menimbulkan akibat-akibat religius yang mungkin belum boleh kita petakan sekarang.
Maknanya, banyak aspek yang terkait dengan aktiviti keagamaan akan semakin bersifat
virtual di masa hadapan. Ini tentu akan membawa akibat-akibat yang belum sepenuhnya dapat
10
kita prediksikan sekarang. Akan tetapi sudah dapat dilihat bahawa perubahan ini telah
menggoncangkan beberapa prinsip penting dalam ajaran pokok agama Islam.
Kesetaraan dan rasa kebersamaan
Hadirin sekalian,
Kita berharap Revolusi Industri 4.0 adalah jalan untuk masa hadapan yang lebih baik untuk
semua. Kuasa teknologi semakin pesat dan memudahkan tahap inovasi yang luar biasa. Dan
seperti sudah kita ketahui, berkat kemajuan teknologi digital lebih ramai orang dan benda di
dunia menjadi terhubung satu sama lain. Tetapi itu belum tentu membuka jalan bagi
terbentuknya masyarakat global yang lebih terbuka, pelbagai, dan inklusif. Kita telah beroleh
pelajaran dari tahap-tahap revolusi industri sebelumnya yang merangkumi kesedaran bahawa
teknologi dan penjanaan kekayaannya dapat memenuhi kepentingan hanya kumpulan kecil
orang yang sangat berkuasa di atas yang keompok lain yang justeru merupakan majoriti.
Teknologi baru yang dibina di atas rangkaian digital global boleh digunakan untuk menjaga
masyarakat di bawah pengawasan yang tidak wajar sehingga membuat kita terdedah kepada
fizikal dan serangan siber (cyber attacks). Ini adalah cabaran yang boleh kita hadapi untuk
memastikan gabungan teknologi dan politik bersama-sama tidak mewujudkan jurang yang
menghalang orang.
Menurut Laporan Risiko Global Forum Ekonomi Dunia 2017, “the Fourth Industrial
Revolution has the potential to raise income levels and improve the quality of life for all
people. But today, the economic benefits of the Fourth Industrial Revolution are becoming
more concentrated among a small group. This increasing inequality can lead to political
polarization, social fragmentation, and lack of trust in institutions. To address these
challenges, leaders in the public and private sectors need to have a deeper commitment to
more inclusive development and equitable growth that lifts up all people.”
Revolusi Indusri 4.0 berpeluang meningkatkan tahap pendapatan dan meningkatkan kualiti
hidup semua orang. Tetapi hari ini, manfaat ekonominya menjadi lebih tertumpu di kalangan
sekumpulan kecil orng sahaja. Ketidaksamaan (inequality) yang semakin meningkat ini boleh
membawa kepada polarisasi politik, perpecahan sosial, dan kurangnya kepercayaan dalam
institusi. Untuk menangani cabaran-cabaran ini, para pemimpin di sektor awam dan swasta
perlu mempunyai komitmen yang lebih mendalam untuk pembangunan yang lebih inklusif
dan pertumbuhan yang saksama yang mampu mengangkat derajat semua orang.
Ramai orang di seluruh dunia belum mendapat manfaat daripada revolusi industri fasa-fasa
sebelumnya. Sekurang-kurangnya 600 juta orang hidup di ladang-ladang kecil tanpa akses
kepada sebarang mekanisasi, yang hidup mereka sebahagian besarnya sama sekali belum
disentuh oleh revolusi industri pertama. Sekitar sepertiga daripada penduduk dunia (2.4
bilion) kekurangan bekalan air bersih dan sanitasi yang baik, sekitar seperenam (1.2 bilion)
tidak mempunyai akses kepada tenaga elektrik – dua sistem yang dibangun dalam revolusi
industri fasa kedua. Sementara revolusi industry keempat yang sudah di ambang pintu telah
membuat lebih daripada 3 bilion orang kini mempunyai akses ke Internet, tapi masih
meninggalkan lebih dari 4 bilion lainnya yang masih berada di teras revolusi industri ketiga.
Apa yang hendak saya katakan ialah bahawa kita mesti berusaha untuk memastikan bahawa
peluang-peluang yang diberikan Revolusi Industri 4.0 dapat diagihkan di seluruh dunia dan di
11
seluruh komuniti kita. Khusus di Malaysia, kita mesti membantu mereka yang terlepas
daripada peningkatan kualiti hidup yang besar yang menghasilkan revolusi industri pertama,
kedua dan ketiga. Adalah tugas kita bersama untuk memperkecil atau menghapus kesenjangan
sosial ini yang masih ada dalam masyarakat kita. Memetik kata-kata Klaus Schwab lagi:
Let us together shape a future that works for all by putting people first,
empowering them and constantly reminding ourselves that all of these new
technologies are first and foremost tools made by people for people.
Kita juga berharap bahawa revolusi industri keempat yang akan kita jalani tidak akan
menggoyahkan atau meruntuhkan azas-azas dan sendi-sendi kebangsaan kita sebagai „satu
Malaysia‟. Intensiviti virtual culture yang akan menjadi lebih nyata lagi di masa hadapan
boleh meningkatkan pergeseran (frictions) di antara puak-puak yang ada dalam satu negara
heterogen dari segi budaya seperti Malaysia dan Indonesia. Jika tidak dijangkakan
(anticipated), ini dapat melemahkan perasaan kebangsaan.
Komunaliti, perubahan privasi dan amanah
Kita menghargai keupayaan untuk mengawal apa yang diketahui tentang kita yang
dimungkinan oleh teknologi digital, namun kita masih hidup di dunia dimana rahasia-rahasia
individu tak biasa dan tak boleh diketahui orang lain. Di masa akan datang, semua data
tentang diri Anda akan tersimpan dalam komputer yang dapat diakses oleh sesiapa saja yang
berurusan dengan Anda. Demikianlah umpamanya, bila Anda masuk ke kedai, jurujual akan
dengan serta-merta mempunyai nama Anda, penarafan kredit, status perkahwinan, dan
pembelian masa lampau yang dilancarkan ke skrin maya mereka yang diperkayakan.
Kemajuan teknologi juga memperluaskan skop pengawasan. Di Inggeris hari ini, dianggarkan
6 juta kamera CCTV di seluruh negara. Tiga tahun lepas di Kuala Lumpur sahaja ada 1000
lebih kamera CCTV, lebih banyak dari yang dipasang di Australia. Kemajuan dalam kuasa
pengkomputeran dan kecerdasan buatan berpotensi membolehkan agensi penguatkuasa
undang-undang mengesan suspek pengganas dengan menganalisis rangkaian sosial, rekod
kerajaan dan data lain. Tapi ia boleh juga digunakan oleh orang-orang yang bermoral buruk
untuk melakukan kejahatan.
Pada masa yang akan datang, berbilion-bilion kamera 3 dimensi yang terapung di udara boleh
memantau aktiviti manusia sampai ke tempat yang paling terpencil. Dari laporan lalu lintas ke
bencana alam, teknologi sedemikian dapat membuat kita lebih selamat. Tetapi ia juga boleh
menyaksikan kita sampai kepada urusan peribadi yang semestinya tidak boleh ditonton orang
lain.
Kepercayaan awam terhadap perniagaan, kerajaan, media, dan bahkan teknologi jatuh. Ini
adalah krisis yang membahagikan masyarakat dan mewujudkan ketidakstabilan di seluruh
dunia.
Dalam konteks bernegara, kita melihat sekarang fenomena ketidakpercayaan dan rasa curiga
yang makin meluas sama ada antarapuak ataupun antara masyarakat dengan pemerintah.
Masalah fake news dan hoax telah menimbulkan pergeseran-pergeseran dalam masyarakat
yang amat membahayakan kesatuan sosial.
12
Teknologi Revolusi Industri 4.0 sendiri bersifat netral, tetapi adakah teknologi itu digunakan
dalam cara yang boleh membina kepercayaan? Adakah penggunanya akan mempercayai
bahawa kecerdasan tiruan dan sistem robotik yang baru boleh menjadikan kehidupan mereka
lebih baik? Adakah rakyat akan mempercayai institusi dan penyedia perkhidmatan yang
mengumpulkan, menyimpan dan menyelenggarakan data mereka?
Klaus Schwab pula berkata: “The biggest global issues is the continued erotion of trust.”
Penutup
Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati,
Izinkan saya mengakhiri ucap dasar ini dengan menyampaikan kesimpulan umum.
Kita telah melihat terbitnya fajar Revolusi Industri 4.0, yang memilik perbezaan signifikan
dalam kelajuan, skala, kerumitan, dan kuasa transformasi berbanding revolusi-revolusi
industri sebelumnya. Kita juga telah melihat peluang dan cabaran yang mungkin timbul akibat
revolusi industri tahap keempat ini. Semua pihak dalam negara Malaysia mestilah saling
bekerjasama dan bersepadu menghadapinya. Usaha ini memerlukan semua pemegang
kepentingan – kerajaan, penggubal dasar, institusi negara dan sektor swasta, pengawal selia,
organisasi perniagaan, penyelenggara bisnis pelacongan, institusi akademik, dan masyarakat
sipil – untuk saling bekerjasama dalam memacu pemakaian teknologi baru itu tapi dalam
kendali yang terencana untuk membatasi risiko dan mewujudkan dunia yang selari dengan
matlamat bersama sebagai bangsa Malaysia untuk masa hadapan yang lebih baik. Kita juga
harus menggunakannya sebaik mungkin dalam membina hubungan antarabangsa. Keupayaan
kita, identiti kita, dan potensi kita, semua akan berkembang bersama dengan teknologi yang
kita ciptakan dan kita pakai.
Kita mesti mengiktiraf dan menguruskan potensi kesan negatif yang mungkin boleh
diperolehi, terutamanya dalam bidang kesamaan, pekerjaan, privasi, dan amanah. Kita harus
secara sengaja membina nilai-nilai positif ke dalam teknologi yang kita buat, berfikir tentang
bagaimana ia digunakan, dan mereka bentuk dengan aplikasi etika dalam fikiran, yang sesuai
dengan budaya kita, dan menyokong cara-cara kerjasama untuk memelihara apa yang penting
dan memberi manfaat kepada kita. Semua itu tentunya dimaksudkan agar kita tidak terlepas
atau tercabut dari kebudayaan dan identiti kita sebagai bangsa Malaysia dan orang Melayu.
Memetik kata-kata Klaus Schwab lagi:
The Fourth Industrial Revolution can compromise humanity's traditional sources
of meaning – work, community, family, and identity – or it can lift humanity into
a new collective and moral consciousness based on a sense of shared destiny. The
choice is ours.
Ya, baik buruknya, pilihannya ada pada diri dan masyaraat kita sendiri.
Namun demikian, di atas semua itu, identiti kita sebagai orang Melayu dan sebagai bangsa
Malaysia tak ditentukan oleh sesiapa selain diri kita sendiri. Jika kita mahu menjadi alien,
tidak perlu revolusi industri tahap keempat untuk merubahnya. Memetik kata-kata Mahatma
Gandhi: “Kebudayaan suatu bangsa terletak di hati dan jiwa orang-orangnya”.
Sekian, dan terima kasih.
13
Rujukan
Sumber-sumber online
We must ensure the Fourth Industrial Revolution is a force for good
The moral dilemmas of the Fourth Industrial Revolution
The Fourth Industrial Revolution
This is when robots will start beating humans at every task
What Is the Fourth Industrial Revolution
Understand-the-impact-of-the-fourth-industrial-revolution-on-society-and-individuals
7 ways the Fourth Industrial Revolution can help the planet
Technology can reinforce the global divide. Let‟s use it to bridge the gap
the-fourth-industrial-revolution-has-the-potential-to-raise-global-income-levels-and-
improve-the-quality-of-life-for-populations-around-the-world
more-cctv-cameras-in-kl-than-in-australia/
Buku/Artikel
Doheny-Farina, S. The wired neighborhood. New Haven, CT: Yale University
Press, 1996.
Horn, S. Cyberville: clicks, culture, and the creation of an online town. New York: Warner
Books, 1998.
Husein, F. & Slama, M. “Online piety and its discontent: revisiting Islamic anxieties on
Indonesian social media”. Indonesia and the Malay World 46,134 (2018): 80-93.
Jones, S., (ed.), Virtual culture: identity & communication in cybersociety. London: Sage
Publications, 1997.
Nicholds, Thomas M. The death of expertise: the campaign against established knowledge
and why it matters. New York, NY: Oxford University Press, 2017.
Nisa, Eva.F. “Creative and da’wa: the visual culture of instagram amongst female Muslim
Youth in Indonesia”. Asiascape: Digital Asia 5: (2018a): 68-99.
Nisa, Eva F. “Social media and the birth of Islamic movement: ODOJ (One Day One Juz) in
contemporary Indonesia”. Indonesia and the Malay World 46.134 (2018): 24-43.
Rheingold, H. 1993: “A slice of life in my virtual community.” In: L.M. Harasim (ed.) Global
Networks: computers and International Communication, pp.57-80. Cambridge, MA: MIT
Press.
Schwab, Klaus. The fourth industrial revolution. New York: Crown Business.
Standing, Guy. The precariat: the new fangerous class. Bloomsbury: Bloomsbury Academic,
2011.
Tegmark, Max. Life 3.0: being human in the age of artificial intelligence. New York: Alfred
A. Knopf.
top related