kajian peranan pbt pasir gudang dalam sukan dan rekreasi pada tahun 2005
Post on 10-Jun-2015
5.113 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
KAJIAN PENGLIBATANPIHAK BERKUASA TEMPATAN ( PBT ) PASIR GUDANG
DALAM SUKAN DAN REKREASI
YATIMAN BIN KAMSIDIN
PUSAT SUKANUNIVERSITI MALAYA
2005
KAJIAN PENGLIBATANPIHAK BERKUASA TEMPATAN ( PBT ) PASIR GUDANG
DALAM SUKAN DAN REKREASI
OLEH :
YATIMAN BIN KAMSIDINVES 020140
SATU KAJIAN ILMIAH YANG DIKEMUKAKAN KEPADA UNIVERSITI MALAYA
SEBAGAI MEMENUHI KEHENDAK KURSUS VMES3900 PROJEK SELIAAN KHAS ( PENGURUSAN SUKAN ) IJAZAH
SARJANA MUDA SAINS SUKAN
PUSAT SUKAN UNIVERSITI MALAYA
2005
Penyerahan Latihan IlmiahVMES3900 Projek Seliaan Khas ( Pengurusan Sukan )
Tajuk : Penglibatan Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang
Dalam Sukan Dan Rekreasi.
Saya, YATIMAN BIN KAMSIDIN No. Matrik : VES020140 telah
menyerahkan Latihan Ilmiah tersebut pada 10 FEBRUARI 2006
Di Pusat Sukan, Universiti Malaya.
Yang Benar
Nama Pelajar : YATIMAN BIN KAMSIDIN
Tandatangan : ________________________
Serahan diterima oleh :
Nama Penyelia : DR MOHD SALLEH BIN AMAN
Tandatangan : ________________________
Saksi :
Nama : SALLEH B AHMAD VES 201039
Tandatangan : ___________________
PENGHARGAAN
Saya merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
Pensyarah Penasihat dan Penyelia saya Dr. Mohd Salleh b Aman yang sentiasa
memberikan bimbingan, tunjuk ajar, dorongan serta teguran membina dari awal kajian
ilmiah ini dirancangkan sehinggalah terhasilnya penulisan ini. Kepada beliau saya
amat terhutang budi.
Saya turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Bahagian Akademik Pusat
Sukan, Universiti Malaya terutamanya kepada Pengarah Pusat Sukan,Universiti
Malaya Dr. Teoh Heng Teong begitu juga Timbalan Pengarah Bahagian Akademik
Pusat Sukan, Universiti Malaya Dr. Nadhratul Wardah Hj Salman yang telah memberi
peluang dan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ilmiah ini.
Seterusnya saya mengucapkan terima kasih sekalung budi kepada Pengarah
Majlis Sukan Negeri Johor, Cik Nurulaini Bt Bakri Penyelaras Sukan PBT & Sukan
Kelab-kelab/NFC Johor, Majlis Sukan Negeri Johor, Syed Hamid Bin Syed Osman
Pengurus Johor Circuit, Pn Rahmah Bt Mahmood Pegawai Tadbir Jabatan
Kemasyarakatan PBT Pasir Gudang, En Razak B Abu Bakar Penyelaras Sukan PBT
Pasir Gudang, Tn Hj Ismail b Md Taib Penyelaras Festival Layang-layang
Antarabangsa, En Mohd Noh Bin Ayob pengiat Kelab Rakan Muda Taekwando R & R
Worldwide, En Faizal Mohd Noh: Jurulatih 2nd Dan, Kelab Rakan Muda Taekwando R
& R Worldwide dan En Asri Bin Karim Ketua Zon JKiD Permas Jaya yang telah
banyak membantu memberikan pelbagai maklumat yang saya perlukan disepanjang
proses saya menyiapkan kajian ilmiah ini.
Penghargaan khas ini saya rakamkan kepada isteri tercinta, Nor Afiza bt Hj
Ayob yang sentiasa sabar dalam memberi dorongan serta galakan untuk menguatkan
azam saya serta anak-anak perempuan dan lelaki kesayangan saya Amira, Aqila dan
Akmal Rizal yang sentiasa menjadi sumber ilham saya di sepanjang proses kajian
ilmiah ini dijalankan.
Akhir sekali, kepada seluruh ahli keluarga saya, rakan-rakan seperjuangan,
sahabat handai seterusnya orang perseorangan yang telah membantu saya dalam
menyempurnakan kajian ilmiah ini, saya ucapkan ribuan terima kasih. Hanya Allah
yang dapat membalas segala jasa dan budi baik yang telah diberikan kepada saya ini.
kepadaNya saya berserah dan kepadaNyalah sahaja saya memohon restu dan
pertolongan.
ABSTRAK
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan organisasi kerajaan yang paling hampir
dengan masyarakat. Hubungan sektor PBT dengan sukan & rekreasi adalah saling
bergantungan. PBT membangunkan sukan melalui dasar dan pentadbiran yang
diwujudkan manakala perkembangan industri sukan dan rekreasi memantapkan
sosioekonomi masyarakatnya. Adakah isu ini sama sifatnya di setiap kawasan PBT?
Kajian ini memberi fokus kepada penglibatan Pihak Berkuasa Tempatan Pasir
Gudang (PBT Pasir Gudang) dalam sukan dan rekreasi.
Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menggabungkan beberapa
kaedah termasuk kajian perpustakaan, analisa dokumentasi, temubual personal dan
kerja-kerja pemerhatian secara berterusan bagi membantu pengkaji menggarap dan
memahami perkembangan sukan dan rekreasi sebenar di sini.
PBT Pasir Gudang memainkan peranan penting membangunkan sukan dan
rekreasi, bukan sahaja membina kemudahan malah terlibat secara langsung dalam
program sukan dan rekreasi di peringkat domestik, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa. Kebanyakan perkhidmatan dan program sukan dan rekreasinya
dijalankan secara korporat dan usahasama dengan anak-anak syarikat Johor
Corporation, pihak NGO, pihak swasta, agensi kerajaan dan kerajaan negeri.
Pengurusan korporat menjamin pelestarian sukan dan rekreasi terutamanya sukan
pelancongan.
Jelas sekali, PBT Pasir Gudang telah mengambil tanggungjawab sepenuhnya
memajukan sukan dan rekreasi. Sukan dan rekreasi diberi perhatian Istimewa kerana
ia memberi impak positif kepada daerah, negeri dan seluruh rakyat Johor.
KANDUNGAN
Muka Surat
PENGHARGAAN iABSTRAK iiiKANDUNGAN ivSENARAI JADUAL viSENARAI RAJAH vii
BAB
1. PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 11.2 Latar Belakang Kajian 21.3 Pernyataan Masalah 31.4 Objektif dan Soalan Kajian 51.5 Signifikan Kajian 61.6 Definisi-definisi istilah 7
1.6.1 Sukan 71.6.2 Rekreasi 71.6.3 Pihak Berkuasa Tempatan 8
1.7 Carta Aliran Kajian 9
2. PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) PASIR GUDANG
2.1 Pendahuluan 102.1.1 Pihak Berkuasa Tempatan Di Malaysia 102.1.2 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor 11 2.1.3 PBT Pasir Gudang 12
2.1.3.1 Sejaran Pasir gudang 122.1.3.2 Pentadbiran PBT Pasir Gudang 132.1.3.3 Pengurusan Sukan dan Rekreasi
Secara korporat 142.2 Peranan PBT Di Malaysia Dalam Sukan Dan rekreasi 152.3 Penglibatan PBT Pasir Gudang Dalam Sukan dan
Rekreasi 162.3.1 Peruntukan Program Sukan Dan Rekreasi 172.3.2 Penyediaan Kemudahan Sukan Dan rekreasi 17
2.4 Peranan PBT Dalam Sukan Dan rekreasi Satu Penilaian 18
3. PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) PASIR GUDANG
3.1 Pendahuluan 203.1.1 Perbincangan Bersama Penyelia 20 3.1.2 Proses Pengumpulan Bahan Dan maklumat 213.1.3 Proses Penyusunan Dan Analisa Bahan 223.1.4 Komputer Dan Proses Penulisan 22
4. SUKAN DAN REKREASI DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) PASIR GUDANG
4.1 Pendahuluan 244.2 Dasar Dan Polisi Korporat Sukan Dan Rekreasi PBT
Pasir Gudang 244.3 Sukan Dan Rekreasi Komuniti Di PBT Pasir Gudang 254.4 Penstrukturan Program Sukan Dan rekreasi Di PBT
Pasir Gudang 264.5 Kemudahan-kemudahan Sukan Dan rekreasi Di PBT
Pasir Gudang 30
5. KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengurusan Korporat Dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pasir Gudang 31
5.2 Kekuatan Utama Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang 32
5.3 Kelemahan Utama Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang 33
5.4 Dapatan Kajian Dan Kaitannya Dengan Soalan 34 Rumusan Dan Cadangan 36 Cadangan Kajian Lanjut 39 Kesimpulan 40
Rujukan 41
Senarai Lampiran
SENARAI JADUALMuka Surat
Jadual 2.1 :Bilangan Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia 11
Jadual 2.2: Corak penyediaan kemudahan sukan dan rekreasi di Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis dan Dewan Bandaraya 15
Jadual 2.3: Penganjuran program sukan dan rekreasi mengikut peringkat Penganjuran 16
Jadual 2.4: Perbelanjaan program sukan PBT Pasir Gudang 2002 &2003 17
Jadual 2.5: Program-program wajib saranan Kerajaan Negeri Johor 17
Jadual 2.6: Lokasi dan senarai aktiviti sukan dan rekreasi utama 18
Jadual 3.1: Jadual matrik perancangan pengumpulan bahan 21
Jadual 3.2: Jadual semakan bahan terkumpul 22
Jadual 4.1: Program sukan dan rekreasi sukan komuniti terpilih 26
Jadual 4.2: Program-program sukan dan rekreasi anjuran PBT Pasir Gudang. 27
Jadual 4.3: Program-program sukan dan rekreasi anjuran bersama Kerajaan Persekutu, Kerajaan Negeri, Melalui Majlis Sukan Negara, Kementerian Belia & Sukan, Majlis Sukan Negeri dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. 28
Jadual 4.4: Program-program sukan dan rekreasi usahasama dengan NGO & pihak swasta 29
Jadual 4.5: Kemudahan sukan dan rekreasi di kawasan PBT Pasir Gudang. 30
SENARAI RAJAHMuka Surat
Rajah 1.1: Carta aliran kajian 9
Rajah 2.1: Pihak Berkuasa Tempatan Johor 11
Rajah 2.2: Peta Wilayah PBT Pasir Gudang 12
Rajah 2.3: Pasir Gudang asal sebagai sebuah perkampungan nelayan 12
Rajah 2.4: Struktur Organisasi PBT Pasir Gudang 13
Rajah 2.5: Peranan jabatan-jabatan yang ditubuhkan dalam pengurusan sukan & rekreasi PBT Pasir Gudang. 16
Rajah 3.1: Carta aliran proses menaip kajian ilmiah 23
Rajah 4.1: Polisi Korporat PBT Pasir Gudang 25
BAB 1PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Malaysia kaya dengan sumber alam semulajadinya seperti hutan, sungai, pantai dan
gugusan kepulauan yang indah dan menarik. Keluasannya adalah 330,200km³.
Wajarlah kerajaan bertindak menjadikan Malaysia sebagai satu destinasi
pelancongan sukan dan rekreasi yang terunggul bagi masyarakat domestik dan
antarabangsa.
Di sinilah kerjasama dan komitmen daripada seluruh Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) diperlukan untuk menyediakan kemudahan dan program sukan dan
rekreasi yang sesuai. Secara langsung memenuhi saranan Dasar Sukan Negara
untuk melaksanakan slogan “Malaysia Cergas” meliputi aktiviti “Sukan Prestasi Tinggi”
dan “Sukan Massa”. Persoalannya, sudahkah semua PBT melaksanakannya?
Satu kajian meneroka dan mendapatkan maklumat penglibatan PBT dalam sukan dan rekreasi wajar diketengahkan. Secara tidak langsung dapat memberi gambaran tentang evolusi sukan dan rekreasi disesebuah kawasan PBT. Untuk memenuhi objektif pendokumentasian ini, Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBT Pasir Gudang) telah dipilih menjadi tapak kajian saya.
PBT Pasir Gudang merupakan sebuah entiti kerajaan yang berdikari. Melalui
pemilikan kuasa autonomi, membolehkannya bebas menguruskan segala prasarana
serta program sukan dan rekreasinya mengikut keupayaan dan kepakarannya.
Amalan pengurusan korporat, penswastaan dan usahasama melibatkan anak-anak
syarikat Johor Corporation, kerajaan negeri, pihak NGO dan pihak swasta
merancakkan lagi penyediaan kemudahan dan penganjuran program sukan dan
rekreasinya.
Keunikan berkenaan menyebabkan skop kajiannya diperluaskan bukan sahaja berfokuskan kepada mendokumentasikan dasar, peranan dan impak aktiviti sukan dan rekreasi di PBTPG tetapi melibatkan juga peranannya membantu negeri Johor dan Malaysia dalam pembangunan sukan dan rekreasi secara langsung atau tidak langsung. Semoga dengan penghasilan kajian ini, kita akan dapat mengetahui kepentingan peranan sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan dalam pembangunan sukan dan rekreasi untuk komuniti dan masyarakatnya.
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Kajian ini dilakukan sebagai satu usaha untuk melengkapkan kursus pengijazahan
Sarjana Muda Sains Sukan saya. Kajian dibuat melalui inisiatif sendiri dengan
mendapat kerjasama dari pihak Universiti Malaya, Pihak Berkuasa Tempatan Pasir
Gudang dan organisasi-organisasi sukan setempat yang berkaitan. Segala dapatan
dan hasil data akan dianalisa dan dinyatakan dalam bentuk jadual, rajah dan statistik
mudah (menggunakan kaedah peratusan (%). Seterusnya segala rumusan, cadangan
dan harapan kajian akan dinyatakan di bahagian akhir laporan ini.
1.3 PERNYATAAN MASALAH KAJIAN.
Sumbangan dan peranan Pihak Berkuasa Tempatan sebagai organisasi kerajaan
yang terakhir dan hampir dengan masyarakat untuk menyebarluaskan dasar Sukan
Negara sangat bermakna. Peranannya wajar dikenal pasti serta dimajukan. Liputan
isu-isu hangat terkini yang menyentuh peranan PBT seperti pengamalan pengurusan
corak lama, masalah penyediaan dan penyelenggaraan kemudahan serta penyertaan
yang dingin ke atas penganjuran program sukan dan rekreasi telah menjadi
pendorong kepada kajian ini.
Penyediaan prasarana dan program sukan dan rekreasi yang terbaik merupakan satu tugas sosial Pihak Berkuasa Tempatan yang berat untuk dilaksanakan. Satu dasar dan amalan pengurusan sukan dan rekreasi yang jelas perlu segera dibentuk. Amalan pengurusan lama yang sudah tidak relevan dengan perubahan urbanisasi wajar disemak dan dinilai semula. Saranan ini telah disuarakan oleh Dato Seri Ong Ka Ting, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan telah menegaskan agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu lebih proaktif, menukar tahap pemikiran lama dan tidak lagi berfungsi seperti tahun 80-an atau 90-an1.
Malaysia tidak memerlukan masa yang panjang untuk menjadi penganjur bertaraf dunia kerana segala kemudahannya sudah tersedia. Namun, kebanyakan prasarana masih tidak digunakan sepenuhnya dan terbiar telah mendapat perhatian segera dari Dato Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Menteri Besar Selangor. Sebagai langkah untuk mengatasi isu ini, beliau segera mengarahkan kesemua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negerinya membuka kemudahan sukan milik PBT kepada pihak awam disamping penyediaan program sukan dan rekreasi terhadap masyarakatnya bagi memastikan tiada kemudahan terbiar.
Kedua-dua isu di atas menunjukkan, ketiadaan pendokumentasian polisi dan maklumat kemudahan dan program sukan dan rekreasi yang jelas dari pihak PBT secara tersusun dan bersungguh-sungguh menjadi penghalang penyebarannya kepada masyarakat.
Manakala program-program sukan dan rekreasinya yang banyak dilaksanakan
tetapi kurang mendapat sambutan turut sama menjadi topik perbincangan. Semasa
1 Ringkasan Berita(2005, 13 Disember). PBT Perlu Proaktif. Hlm 12.
berucap di dalam Majlis Perasmian Majlis Kecergasan Malaysia Kebangsaan tahun
2004, Dato Seri Ong Ka Ting, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
menjelaskan bahawa terdapat PBT-PBT yang mengambil inisiatif sendiri telahpun
menganjurkan secara berjadual pelbagai program sukan di peringkat tempatan. Ada
diantaranya melibatkan peserta dari luar negara. Walau bagaimanapun ianya perlu
diperluaskan lagi dengan penglibatan masyarakat keseluruhannya serta diuruskan
dengan berkesan secara bersepadu.
Kenyataan ini menggambarkan bahawa di dalam proses perlaksanaan
terdapat masalah komunikasi yang kurang jelas telah mengganggu kelancaran
pengelolaan program-program yang disediakan PBT.
Kemudahan sukan dan rekreasi wajar diselenggarakan dengan baik sebagai satu usaha membantu proses pembangunannya. Walau bagaimanapun kegagalan pihak berkaitan untuk menyelenggara kemudahan sukan dan rekreasi menyebabkan kemudahan sukan yang terbiar di mukim-mukim seperti gelanggang sepak takraw, tenis, dan bola keranjang tidak dapat berfungsi dan digunakan lagi. Dato Ghani Osman menyuarakan kekesalannya isu ini di Majlis Perasmian Sirkit Pertama, Grand Prix Sepak Takraw 2005 di Pasir Gudang.
Berdasarkan beberapa isu semasa yang dibincangkan di atas, kajian ini seboleh mungkin akan cuba menumpukan dan mengenal pasti peranan PBT dahulu dan sekarang dalam memperkembangkan sukan dan ekonomi negara? Selari dengan perkembangan sukan negara yang memberi penekanan sehingga ke peringkat akar umbi, isu dan perbincangan turut memberi penekanan terhadap pembangunan sukan dan rekreasi di peringkat daerah dari segi polisi, komuniti, kemudahan dan program sebagai tumpuan utama kajian.
Begitu juga dengan perkembangan ekonomi Malaysia yang mulai bergantung kepada sektor pelancongan, sudahkah pihak PBT memainkan peranan menganjurkan sukan ke arah memenuhi matlamat di atas? Segala persoalan di atas akan diperincikan di dalam bab-bab selanjutnya.
1.4. OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objekif utama kajian ini ialah untuk mendokumentasikan dasar, peranan dan impak
aktiviti sukan dan rekreasi di PBT Pasir Gudang. Sub-sub objektif kajian ini adalah
seperti berikut:
1. Mendokumentasikan segala maklumat sukan dan rekreasi di PBT Pasir Gudang.
2. Mengenalpasti dasar, polisi dan struktur pentadbiran sukan di PBT Pasir Gudang.
3. Mengenalpasti peranan dan penglibatan PBT Pasir Gudang dalam sukan dan rekreasi.
4. Menilai impak sukan dan rekreasi terhadap masyarakat di kawasan PBT
Pasir Gudang.
Sebagai panduan menjalankan kajian, pengkaji mengemukakan 4 soalan kajian:
1. Apakah bentuk dokumentasi aktiviti sukan dan rekreasi di PBT Pasir Gudang ?
2. Apakah Dasar sukan sedia ada dan bagaimanakah pentadbiran sukan dan rekreasi di PBT Pasir Gudang distrukturkan ?
3. Apakah peranan PBT Pasir Gudang dalam sektor sukan dan rekreasi ?
4. Apakah impak aktiviti sukan dan rekreasi kepada masyarakat PBT Pasir Gudang ?
1.5 SIGNIFIKAN KAJIAN
Kajian ini merupakan satu usaha penting yang dapat melengkapkan data tentang
sukan dan rekreasi di negeri Johor khususnya tentang penglibatan PBT Pasir Gudang
dalam sukan dan rekreasi di kawasan pentadbirannya. Pendokumen-tasian dasar,
program sukan dan rekreasi sudah pasti berguna kepada pengkaji dan pembuat
dasar sukan sebagai rujukan dan panduan. Seterusnya kajian ini dapat
membandingkan maklumat penglibatan pihak PBT dalam sukan dan rekreasi.
Secara makro, kajian penglibatan Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang ini
adalah bertujuan membuat semakan dan penilaian ke atas dasar dan program yang
dirancang oleh Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang dalam pembangunan dan
perlaksanaan sukan dan rekreasi di kawasannya.
Secara mikro, kajian ini menjadi panduan dan rujukan pembuat dasar sukan
negeri, daerah dan komuniti agar sukan dan rekreasi diselaraskan.
1.6 DEFINISI-DEFINISI ISTILAH
1.6.1 SUKAN
Sukan adalah aktiviti yang dimainkan secara koperatif/kompetitif dalam bentuk
permainan. Main melibatkan pertembungan fizikal sebagai cabaran ( rasa
seronok memburu kejayaan), risiko ( merasai kegagalan/bahaya) dan peluang
(nasib/dugaan yang tidak pasti). Koperatif (kerjasama) dan kompetitif (persaingan)
adalah dua perasaan yang dirasai dalam bersukan. Manakala bentuk
pemainan merujuk sukan dibezakan mengikut reka bentuk, sruktur, format
sesuatu permainan meliputi, peraturan, strategi, tempat, kemudahan dan peralatan
permainan. Sukan. Bentuk keutamaan sukan negara terbahagi kepada “Sukan
PrestasiTinggi”, dan “Sukan Massa”.
“Sukan Prestasi Tinggi” merujuk kepada sukan pertandingan yang mempunyai
peraturan dan syarat-syarat tertentu.
“Sukan Massa” (sukan untuk semua) merujuk kepada aktiviti-aktiviti rekreasi dan
sukan yang melibatkan masyarakat ramai berlaku secara spontan. Ia mengutamakan
penyertaan ramai.
1.6.2 REKREASI
Rekreasi didefinisikan sebagai aktiviti masa lapang yang positif termasuk
riadah(aktif) dan santai(pasif). Aktiviti-aktiviti riadah (berjogging, main bola sepak,
mendaki dan berjalan pantas) atau pasif ( berkelah, berehat, dan menikmati
pemandangan ). Ia dilakukan atas pilihan sendiri samada secara individu atau
berkumpulan. Aktiviti rekreasi boleh disusun atur dalam bentuk
pertandingan atau tidak formal. Matlamat utama adalah mencapai kesejahteraan diri
dan keseronokan.
1.6.3 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) adalah sebuah organisasi kerajaan yang mentadbir
sesebuah daerah. Di kawasannya mengandungi sumber alam yang perlu diolah
dengan mampan agar memberi kehidupan selesa dan sempurna kepada
penghuninya samada dari segi politik, ekonomi, sosial dan alam sekitarnya. PBT
ditubuhkan oleh kerajaan negeri mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171 ).
Organisasi ini merupakan pihak berkuasa yang berada paling hampir dengan
masyarakat. Ia memainkan tugas memajukan sesebuah kawasan mengikut ketetapan
kerajaan negeri. Sehubungan dengan itu, PBT berperanan untuk mengatur,
mengawal dan merancang kemajuan dan penggunaan sumber tanah dalam
kawasannya terhadap kemudahan-kemudahan sukan dan rekreasi.
1.7. CARTA ALIRAN KAJIAN
Carta aliran di bawah menunjukkan bagaimana isu dan persoalan kajian ini
diperkembangkan sebagai berikut:
Rajah 1.1: Carta aliran kajian
BAB 2
Sukan & Rekreasi
di PBT seluruh negara
Sukan dan Rekreasidi PBT
Pasir Gudang
Isu dan
Polisi Komuniti Kemudahan Program Pelancongan
Nilai dan impak sukan dan rekreasiKepada masyarakat
PBT Pasir Gudang
PIHAK BERKUASA TEMPATAN(PBT)PASIR GUDANG
2.1PENDAHULUAN
Seperti yang telah dijelaskan, objektif utama kajian ini adalah untuk mendokumen-
tasikan dasar, peranan dan impak aktiviti sukan dan rekreasi di sesebuah kawasan
Pihak Berkuasa Tempatan. Bagi mencapai matlamat tersebut, penglibatan PBT Pasir
Gudang dalam sukan dan rekreasi menjadi tumpuan utama. Manakala penglibatan
PBT lain di Malaysia hanya dibincangkan secara sepintas lalu.
2.1.1 PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI MALAYSIA
Penubuhan Pihak Berkuasa Tempatan berada di bawah Akta 171, Akta Kerajaan
Tempatan 1976. Langkah memberi kuasa-kuasa tambahan di Bahagian XII, Akta 171
membolehkan PBT,
“Melakukan, mendiri, menyenggara, memperolehi dan memajukan kemudahan sukan termasuk taman awam, padang permainan, taman permainan kanak-kanak dan kawasan rekreasi ”awam”.”(Mohd Salleh Aman, 2004: 73)
Secara menyeluruh,terdapat 147 buah PBT di Malaysia terdiri daripada Majlis
Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya dan Dewan Bandaraya. Jumlah dan
bilangan PBT disetiap negeri dapat diperjelaskan melalui jadual 2.1.
Jadual 2.1 :Bilangan Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia.
2.1.2 PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI JOHORJohor dikenali sebagai “Pintu Selatan” ke Malaysia merupakan wilayah kelima
terbesar memiliki keluasan tanah 18,841km dan didiami oleh 3.09 juta orang
penduduk (2005). Rajah 2.1 menyenaraikan 16 buah Pihak Berkuasa Tempatan yang
ditubuhkan untuk melaksanakan pembangunan negeri Johor yang dibahagikan
kepada lima bahagian utama wilayah pentadbirannya iaitu:
Rajah 2.1: Pihak Berkuasa Tempatan Johor.
2.1.3 PBT PASIR GUDANG
Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang telah ditubuhkan pada 1 Julai 1977. Pada
bulan Mac 1985, PBT Pasir Gudang mulai menggunakan Akta 171, Akta Kerajaan
Tempatan 1976. Keluasan Kawasan pentadbirannya ialah 31,131 hektar. Peta di
bawah dapat menjelaskan wilayahnya.
Rajah 2.2: Peta Wilayah PBT Pasir Gudang.
2.1.3.1 SEJARAH PASIR GUDANG
Rajah 2.3: Pasir Gudang asal sebagai sebuah perkampungan nelayan.
U
Pasir Gudang diteroka oleh Long Abu yang berasal dari Riau pada tahun 1918.
Namanya diambil sempena aktiviti perlombongan yang melonggokkan pasir yang
banyak sebelum dieksport ke Singapura.
Pada awal abad ke-20, kegiatan tanaman gambir, lada hitam, nanas dan getah
menjadi sumber ekonomi utama di kawasan sekitar Pasir Gudang. Pembukaan estet
oleh pedagang British dan Singapura turut membawa kemasukan buruh Cina dan
India ke kawasan ini secara tidak langsung telah mengubah komposisi penduduk dan
kehidupan masyarakatnya.
Selepas merdeka, Kerajaan Negeri Johor telah mengambil semula tanah-tanah estet untuk dijadikan kawasan perindustrian dan perumahan seterusnya peristiwa ini menjadi latar belakang kepada pembangunan perindustrian dan penempatan di Pasir Gudang yang kini semakin maju.
2.1.3.2 PENTADBIRAN PBT PASIR GUDANG
Rajah 2.4: Struktur Organisasi PBT Pasir Gudang.
Rajah 2.4 menjelaskan bahawa struktur pentadbiran PBT Pasir Gudang diketuai oleh
seorang Ketua Eksekutif Johor Corporation merangkap Yang DiPertua PBT Pasir
Gudang. Beliau dibantu oleh 10 orang Ahli Jawatankuasa Penyelaras dan 29 Ahli
Jawatankuasa Penasihat. Sebanyak enam buah jabatan utama turut dibentuk untuk
menentukan dan melaksanakan dasar PBT Pasir Gudang dapat dilaksanakan dengan
terancang dan berkesan.
2.1.3.3 PENGURUSAN SUKAN DAN REKREASI SECARA KORPORAT
Istilah korporat sudah tidak asing lagi dalam pengurusan sukan dan rekreasi global.
Pelaksanaannya sangat relevan di dalam mana-mana sukan dan rekreasi. Terdapat
banyak kelab utama hoki, baseball dan bola sepak dunia di Britain dan USA yang
mengunakan amalan korporat berjaya tersenarai dalam pasaran saham
( Garrity,2000).
Objektif korporat bukan sahaja sebagai memaksimakan keuntungan pemegang
saham (shareholder) tetapi turut menfokuskan untuk memenuhi dan menjaga
kepentingan pemegang amanah ( stakeholder).
Corporate objective as maximizing shareholeder welth ” while conforming to the basic rules of society, both those embodied in the law and those embodied in ethical custom.” (Friedman, 1970).
“Stakeholder adalah mana-mana kumpulan atau individu yang menerima ataumemberi kesan ke atas pencapaian objektif organisasi. “Stakeholder” termasuklah pekerja, pelanggan, pemilik, kerajaan dan lain-lain pihak berkepentingan / pemegang amanah.” (Freeman, 1984).
Bertepatan dengan definisi korporatnya, pentadbiran PBT Pasir Gudang yang
dikendalikan oleh Johor Corporation telah berusaha untuk memberi pulangan
maksima kepada “shareholder” dan “stakeholder”. Penyediaan kemudahan, program
dan perkhidmatan sukan dan rekreasinya banyak menggunakan amalan korporat,
penswastaan dan usahasama dengan anak-anak syarikat Johor Corporation, agensi
kerajaan, pihak swasta dan individu yang ada kepakaran dalam sukan dan rekreasi.
2.2 PERANAN PBT DI MALAYSIA DALAM SUKAN DAN REKREASI
Pengendalian sukan dan rekreasi di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan
kebanyakannya dikelolakan oleh sebuah jabatan/unit yang ditubuhkan di bawah
Jabatan Kemasyarakatan. Peranan-peranan PBT di Malaysia telah diringkaskan dan
dapat dijelaskan dalam bentuk Jadual 2.2 dan 2.3.
Jadual 2.2: Corak penyediaan kemudahan sukan dan rekreasi di Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis dan Dewan Bandaraya.
Jadual 2.3: Penganjuran program sukan dan rekreasi mengikut peringkat penganjuran.
2.3 PENGLIBATAN PBT PASIR GUDANG DALAM SUKAN DAN REKREASI
Pengurusan kemudahan serta program sukan dan rekreasi PBT Pasir Gudang
dilakukan secara kolektif antara jabatan-jabatan yang ditubuhkannya. Rajah 2.4
menyenaraikan jabatan-jabatan yang ditubuhkan dan peranannya.
Rajah 2.5: Peranan jabatan-jabatan yang ditubuhkan dalam pengurusan sukan & rekreasiPBT Pasir Gudang.
2.3.1 Peruntukan program sukan dan rekreasi.
Prestasi kewangan PBT Pasir Gudang adalah kukuh pada setiap tahun contohnya RM
45.05 juta (tahun 2002) dan RM 55.07 juta (2003). Ini membolehkan peruntukan
untuk program sukan dan rekreasi di kawasannya disediakan. Pecahan dan
peratusan (%) peruntukannya diringkas dalam jadual 2.4.
Jadual 2.4: Perbelanjaan program sukan PBT Pasir Gudang 2002 &2003Bil Jenis Perbelanjaan Sukan dan rekreasi 2002 % 2003 %
1 Karnival sukan 124,370 7% 34,846 1.75%2 Pasir Gudang united 847,960 46% 962,276 47.92%3 Layang-Layang 861,017 47% 1,010, 705 50.33%
Jumlah 1,833,347 100% 2,007,827
2.3.2 Penyediaan kemudahan sukan dan rekreasi.
Beberapa kemudahan sukan dan rekreasi yang disediakan oleh PBT Pasir Gudang
adalah mengikut ketetapan Pengurusan Peringkat Tertinggi PBT Pasir Gudang dan
saranan Kerajaan Negeri Johor. Program pembangunan kemudahan sukan dan
rekreasi yang disarankan oleh kerajaan adalah diselaraskan. Jadual 2.5 dan 2.6
masing-masing menjelaskan kemudahan-kemudahan sukan dan rekreasi yang
dibangunkan mewakili program saranan Kerajaan Negeri Johor dan ketetapan
Pengurusan Peringkat Tertinggi PBT Pasir Gudang.
Jadual 2.5: Program-program wajib saranan Kerajaan Negeri Johor.
BilProgram Nama Kemudahan Jumlah
1 Hutan Bandar/hutan lipur
Hutan Bandar Sungai Buloh 1
2 Tapak perkhemahan /Pusat Motivasi
Hutan Bandar Sungai Buloh 1
3 Pelan Induk Pembangunan Landskap
Kota Air Kampung Pasir Putih (Mulai Jun 06)Hutan Rekreasi Paya Bakau Perigi Acheh
2
4 Program Avenue Desa. Seri Bayu Akuadesa, Savanah Hil danTiram Indah Village.
3
Jadual 2.6: Lokasi dan senarai aktiviti sukan dan rekreasi utama.Bil Kemudahan Aktiviti Sukan & Rekreasi utama1 Taman Rekreasi Taman Bandar berjogging, berkayak, bermain paddle boat, bermain
badminton, bermain bola sepak, bermain layang-layang, berkhemah dan bersantai bersama keluarga samada di tasik buatan dan tanah lapang.
2 Tasik Perdana, Taman Dahlia Berjoging, bersantai, bermain sepak takraw, badminton, bola tampar dan bola keranjang.
3 Hutan Bandar Berjoging, bersantai, memancing, berkhemah.4 Iman Sport Centre Bola jaring, bola tampar, futsal, karom, dam haji dan
catur.5 Gold Star Bowl Bowling.6 Pantai Pasir Layar Berkayak, berperahu optimis/laser dan memancing. 7 Hutan Rekreasi Paya Bakau
Perigi AchehBerkhemah, jungle trekking dan memancing.
8 Kompleks Sukan Pasir Gudang. Stadium bola sepak, Stadium Tertutup ( Gelanggang sepak takraw, bola tampar, badminton, bola jaring dan futsal)
9 Tasik Dahlia Memancing.10 Johor Circuit Aktiviti sukan dan rekreasi permotoran
2.4 PERANAN PBT DALAM SUKAN DAN REKREASI SATU PENILAIAN.
kepentingan sukan dan rekreasi seiring dengan pembangunan sektor ekonomi dan
sosial. Generasi yang sihat dan cergas membantu pembangunan sesebuah daerah,
negeri dan negara. Secara keseluruhannya, semua PBT di Malaysia telah bertindak
menyediakan kemudahan dan program sukan dan rekreasi di daerah masing-masing
selaras dengan kuasa perundangan yang terkandung dalam kuasa-kuasa tambahan
XII, Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Secara dasarnya, setiap PBT telah menyediakan kemudahan dan program
sukan dan rekreasi yang paling asas melibatkan ramai penyertaan seperti padang
bola sepak, dewanraya dan taman awam. Jumlah pendapatan tahunannya
menentukan peruntukan belanjawannya. Dari segi perbandingan Majlis
Bandaraya/perbandaran menydiakan peruntukan yang lebih besar berbanding Majlis
Daerah.
Kemudahan-kemudahan sukan dan rekreasi turut disediakan oleh Kerajaan
Pesekutuan, Kerajaan Negeri, Persatuan Sukan Negeri, pihak NGO, Pihak Swasta
dan individu yang memiliki kepakaran dalam sukan dan rekreasi. walau
bagaimanapun corak penyediaan begini biasanya lebih tertumpu di kawasan PBT
berstatus bandar utama atau ibu negeri sesebuah negeri.
Namun Majlis-Majlis Daerah memiliki kelebihan sumber alam semulajadi.
Justeru itu,banyak kawasan menarik turut berpotensi menjadi lokasi aktiviti sukan dan
rekreasi lasak berunsurkan sungai, jeram, tasik, gunung, hutan, taman negara, laut
dan pulau. Secara langsung dapat menjana pendapatan penduduk melalui kegiatan
ekonomi yang seiringan dengan aktiviti program sukan dan rekreasi.
Kebanyakan PBT turut memiliki produk sukan dan rekreasi masing-masing.
yang dianjurkan samada di peringkat domestik, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa. Antara yang terkenal ialah Festival Layang-layang Antarabangsa,
Ironman Langkawi, Liga Super TM, dan Liga Sport Excel.Bagi mengekalkan
pelestarian program sukan dan rekreasi terutamanya sukan pelancongan dan sukan
lasak antarabangsa, usaha mendapatkan sokongan dan kerjasama melibatkan
kerajaan negeri, pihak NGO, pihak swasta dan masyarakat tempatan diperlukan.
Jelaslah bahawa sukan dan rekreasi telah mendapat perhatian diseluruh PBT
di Malaysia. Hanya faktor-faktor kewangan, fahaman politik, corak pengurusan dan
lokasi disesebuah PBT menentukan kejayaannya.
BAB 3KAEDAH PENYELIDIKAN
3.1 PENDAHULUAN
Kajian yang bersifat penerokaan ini menggabungkan beberapa kaedah. Di awal
penulisan, penulis memulakan kajian secara kualitatif dengan mengadakan
perbincangan bersama penyelia mengenai gambaran keseluruhan dan hala tuju
kajian.
Untuk mendapatkan maklumat yang tepat, kaedah temubual personal
melibatkan pegawai-pegawai pengurusan sukan dan rekreasi di PBT Pasir Gudang,
Majlis Sukan Negeri Johor, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Johor Circuit
diadakan di pejabat masing-masing.
Manakala pengumpulan bahan-bahan dokumentasi sedia ada yang
memaparkan kegiatan sukan dan rekreasi di kawasan PBT Pasir Gudang diperolehi
dari Perpustakaan Pasir Gudang dan laman WEB Rasmi Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan. Pemerhatian berterusan melalui rakaman kamera turut
dilakukan. Seterusnya segala maklumat yang terkumpul, dianalisa dan
didokumentasikan dengan ringkas dalam bentuk rajah dan jadual di dalam bab-bab
selanjutnya.
3.1.1 PERBINCANGAN BERSAMA PENYELIA
Pada 23 November 2005, saya telah menemui Dr. Mohd Salleh Bin Aman, Penyelaras
Kursus VMES 3900 Seliaan Khas Pengurusan Sukan bertujuan untuk mendapatkan
kebenaran dan persetujuan membuat Seliaan khas Pengurusan Sukan sebagai syarat
pengijazahan Sarjana Muda Sains Sukan yang telah saya ikuti.
Setelah mendapat persetujuan, saya telah diminta mencari tajuk yang sesuai.
Tinjauan dan pengumpulan bahan-bahan rujukan yang sesuai untuk kajian ilmiah
dilakukan. Seterusnya tajuk kajian ilmiah yang akan saya lakukan ditetapkan dengan
tajuk “Penglibatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pasir Gudang Dalam Sukan dan
Rekreasi.”
Seterusnya disusuli dengan usaha mendapatkan kebenaran lisan dan
penghantaran surat rasmi dari Bahagian Akademik, Pusat Sukan Universiti Malaya
untuk menyatakan hasrat dan tujuan melakukan tinjauan, temubual dan
mengumpulkan dokumen sedia ada berkaitan program sukan dan rekreasi kepada
pihak-pihak yang terlibat.
3.1.2.PROSES PENGUMPULAN BAHAN DAN MAKLUMAT
Proses pengumpulan bahan dan maklumat dilakukan dan jadual matrik 3.1 di bawah
menjelaskannya.
Jadual 3.1:Jadual matrik perancangan pengumpulan bahan.
Tujuan soalan kajian
Apa Bahannya Sumber tempat/agensi
TindakanBila, siapa, bagaimana
dokumentasi - PBT Malaysia- PBT Johor- PBT Pasir Gudang
Web Rasmi:Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.Negeri Johor.PBT Pasir Gudang.
Minggu 4, 22 Disember 2005Pn Rahmah Bt
MahmoodEn Abd Razak Abu
BakarPolisi - Dasar Sukan Negara
- Polisi dan dasar sukan Negeri Johor- Polisi Sukan PBT Pasir Gudang
Majlis Sukan Negeri Johor
PBT Pasir Gudang
Minggu 4, 22 Disember 2005
Pegawai Sukan MSNPegawai di PBT Pasir
Gudang
Tujuan soalan kajian
Apa Bahannya Sumber tempat/agensi
TindakanBila, siapa, bagaimana
DokumentasiProgram
- Layang-layang Antarabangsa- Karnival Sukan PBT- Sukan PBT- Sukan Mukim- Sukan Kelab- kelab/NFC
- PBT Pasir Gudang- Majlis Sukan Negeri Johor- Jabatan Belia dan Sukan Johor- Johor Circuit
Minggu 4, 22 Disember 2005
Pegawai Sukan MSNPegawai Jabatan Belia dan Sukan
Pegawai di PBT Pasir Gudang
3.1.3 PROSES PENYUSUNAN DAN ANALISA BAHAN
Segala bahan yang dikumpul disusun dan dianalisa. Jadual matrik 3.2 digunakan
sebagai panduan semakan bahan-bahan yang telah terkumpul:
Jadual 3.2 :Jadual semakan bahan terkumpulSenarai bahan Penerbit/ agensi Kategori
(Dokumentasi, polisi,program, impak)
1. Program Sukan Kelab- Kelab2. Program Sukan Mukim3. Program Sukan PBT4. Polisi Sukan Johor5. Dasar Sukan Negara6. Pertandingan Layang- layang Antara bangsa7. Pertandingan Perahu Layar Terbuka Johor8. Sukan Permotoran
Majlis Sukan Negeri JohorMajlis Sukan Negeri JohorMajlis Sukan Negeri JohorMajlis Sukan Negeri JohorKementerian Belia dan SukanPBT Pasir Gudang
PBT Pasir Gudang
Johor Circuit
ProgramProgramProgramProgramProgramPolisiImpak/program
Impak/program
Impak/program
3.1.4 KOMPUTER DAN PROSES PENULISAN
seterusnya dilakukan proses menaip dan memasukkan segala data dan maklumat
berkaitan tentang “Penglibatan PBT Pasir Gudang Dalam Sukan dan Rekreasi” .
Carta aliran di bawah menjadi panduan di dalam proses menyiapkan kajian ini.
LulusPenjilidanBetulkan semulaKuiri
Penyerahan
Rajah 3.1: Carta aliran proses menaip kajian ilmiah.
Draf Tesis Bab1 ~ 501/01/06 ~ 12/01/06
Perjumpaan Kedua dengan pensyarah.
Membuat scanning draf 13/01/06
Perjumpaan ketiga dengan pensyarah.
Membuat scanning draf kali terakhir.
13/01/06
Baik pulih & Perbaiki semula
Lulus
Penjilidan
Hantar Hasil Kajian
BAB 4SUKAN DAN REKREASI
DI KAWASAN PIHAK BERKUASA PASIR GUDANG
4.1 PENDAHULUAN
PBT Pasir Gudang adalah sebuah kawasan perindustrian termaju di bahagian Selatan
Semenanjung Malaysia. Perkhidmatan sukan dan rekreasi yang sesuai perlu
disediakan untuk masyarakatnya. Justeru itu di dalam bab 4 ini, analisa kajian yang
dibuat adalah berpandukan kepada topik:
1. Dasar dan polisi korporat sukan dan rekreasi PBT Pasir Gudang.
2. Sukan dan rekreasi komuniti di PBT Pasir Gudang.
3. Penstrukturan program sukan dan rekreasi di PBT Pasir Gudang.
4. Kemudahan sukan dan rekreasi di PBT Pasir Gudang.
4.2 DASAR DAN POLISI KORPORAT SUKAN DAN REKREASI PBT PASIR GUDANG.
Sebenarnya masih belum terdapat dasar sukan dan rekreasi yang jelas diwujudkan di
PBT Pasir Gudang. Segala hal ehwal pengurusan sukan dan rekreasinya diurus
mengikut dasar pengurusan yang sedia ada disamping mengikut panduan Akta
Karajaan Tempatan 1976, Dasar Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri. Rajah 4.1
menjelaskan polisi pengurusan sukan dan rekreasi PBT Pasir Gudang.
Rajah 4.1: Polisi Korporat PBT Pasir Gudang.
4.3 SUKAN DAN REKREASI KOMUNITI DI PBT PASIR GUDANG.
Banyak aktiviti sukan dan rekreasi komuniti telah dianjurkan oleh persatuan sukan dan
kebajikan di sesebuah taman, kejiranan, agensi kerajaan, organisasi swasta dan
orang perseorangan walaupun tidak didokumentasikan. Tiga program sukan dan
rekreasi komuniti yang dianjurkan pada setiap tahun telah dipilih iaitu:
VISI
Menjadi Pihak Berkuasa Tempatan yang profesional, berwibawa dan berdaya maju.
MISI
Memperkasa komuniti dan menjadikan Pasir Gudang bersih, indah dan selesa didiami dengan menyediakan kemudahan awam dan perkhidmatan melalui pengurusan cemerlang, perkhidmatan gemilang.
POLISI KUALITI
PBT Pasir Gudang beriltizam melaksanakan pengurusan yang berkualiti dan profesional serta melaksanakan penambahbaikan berterusan dan memastikan keberkesanan sistem bagi mencapai objektif kualiti berdasarkan perkara-perkara berikut:
- Menguruskan alam sekitar dengan berkesan dan dinamik.
- Memastikan masyarakat mendapat manfaat melalui aktiviti dan projek pembangunan yang dijalankan.
- Menekankan pembangunan holistik berdasarkan peruntukan Akta Kerajaan Tempatan dan selaras dengan dasar-asar
kerajaan.
- Mengetengahkan masyarakat bumiputera yang berpotensi sebagai usahawan berjaya.
- Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan anggota pekerja melalui latihan yang berterusan.
- Meningkatkan kerjasama dengan masyarakat bagi memperkasa komuniti.
PIAGAM PELANGGAN.
-.Pasir Gudang Bandar Industri Dalam Taman. Komitmen kami sebagai Pihak Berkuasa Tempatan memberi perkhidmatan melalui pengurusan cemerlang, perkhidmatan gemilang.
- Menyediakan landskap yang menarik, taman-taman awam dan kemudahan rekreasi yang lengkap dan selamat.
- Permohonan penyewaan harta PBTPG dimaklumkan dalam tempoh 7 hari daripada permohonan diterima.
- Penguatkuasaan undang-undang bertujuan untuk mengawasi dan memastikan undang-undang yang diperuntukan dan
dilaksanakan akan dipatuhi bagi mencapai wawasan PBTPG.
1. Sukan dan rekreasi Program Gerak Kemas PBT Pasir Gudang.2. Program senamrobik setiap Sabtu.3. Hari Keluarga Majlis Wanita Johor (MAWAR)
Jadual 4.1 Program sukan dan rekreasi komuniti terpilih.
4.4 PENSTRUKTURAN PROGRAM SUKAN DAN REKREASI PBT PASIR GUDANG.
Struktur penganjuran program sukan dan rekreasi di PBT Pasir Gudang boleh
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
1. Penganjuran oleh PBT Pasir Gudang.
2. Penganjuran secara usahasama dengan agensi Kerajaan Negeri Johor dan
Kerajaan Persekutuan seperti Majlis Sukan Negara, Majlis Sukan Negeri Johor,
Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Kecergasan Kebangsaan(NFC).
3. Penganjuran secara usahasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan
pihak swasta.
Segala data dan maklumat penganjuran program-program sukan dan rekreasi di PBT
Pasir Gudang yang terpilih dijelaskan dengan terperinci dalam bentuk jadual 4.2, 4.3
dan 4.4.
Program/Perkara
Sukan dan rekreasi Program Gerak Kemas PBT Pasir Gudang 2005
Program Senamrobik Setiap Sabtu Hari Keluarga Majlis Wanita Johor ( MAWAR)
Butiran Jenis Sukan: Sukan & rekreasi komuniti.Tarikh : 27 & 28 Ogos 2005.Tempat : Padang Awam Nusa Damai.Anjuran : Kawasan Rukun Tetangga Taman Nusa Damai.
Jenis Sukan: Sukan kecergasan.Tarikh : Setiap hari Sabtu (800 pagi - 10.00 pagi)Tempat : Bukit Layang-layang, Pasir Gudang.Anjuran : PBT Pasir Gudang.
Jenis Sukan: Sukan dan rekreasi komuniti.Tarikh : 6 Ogos 2005.Tempat : Tapak Projek Mawar, Sungai Tiram, Johor.Anjuran : Majlis Wanita Johor (MAWAR)
Tujuan Utama - Acara kemuncak Program Gerak Kemas Pasir Gudang- Merapatkan hubungan di kalangan ahli komuniti.- Menyokong dasar kerajaan melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas. Taman Nusa Damai.
- Memberi kesedaran dan melahirkan individu yang sihat dan cergas sesuai dengan slogan “Malaysia Cergas” melalui senaman. - Memupuk semangat perpaduan melalui penyertaan seluruh lapisan masyarakat. komuniti.
- Memenuhi aktiviti tahunan dan memaklumkan kepada masyarakat tentang kewujudan MAWAR.- Merapatkan hubungan Mawar dengan masyarakat melalui aktiviti sukaneka yang disertai oleh kaum wanita.
- Acara terbuka seperti pertandingan bola sepak 7 sebelah, bola jaring, badminton, sepak takraw dan sukaneka mengikut peringkat umur.
- Acara senamrobik menggunakan muzik diadakan secara percuma untuk semua lapisan masyarakat.
- Acara sukaneka seperti bowling kampung, menganyam ketupat, lari dalam guni, pecah belon dan terompah gergasi.
Aktiviti
4.4. KEMUDAHAN-KEMUDAHAN SUKAN DAN REKREASI DI PBT PASIR GUDANG.
Kemudahan-kemudahan sukan dan rekreasi di PBT Pasir Gudang telah disediakan
oleh pihak PBT Pasir Gudang, pemaju perumahan, komuniti, pihak swasta dan
orang perseorangan yang memiliki kepakaran dalam sukan dan rekreasi. Ringkasan
maklumat kemudahan-kemudahan sukan dan rekreasinya yang terdapat di
kawasan PBT Pasir Gudang dapat dijelaskan melalui jadual 4.5.
Jadual 4.5:Kemudahan sukan dan rekreasi di kawasan PBT Pasir Gudang.
Disediakan Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang Disediakan Komuniti, Pihak Swasta & Individu
Kemudahan sukan
1. Kompleks sukan.
a. Stadium Tertutup (Stadium Perbadanan). Empat gelanggang badminton, empat gelanggang sepak takraw, dua gelanggang bola tampar, sebuah gelanggang futsal. Stadium boleh memuatkan 2500 tempat duduk kekal dan 1500 tempat duduk boleh ubah yang boleh memuatkan 8000 penonton dalam satu-satu masa. b. Sebuah Stadium bola sepak memuatkan 20,000 penonton. c. Sebuah gimnasium. d. Sembilan buah padang bola. e. Sebuah gelanggang bola jaring. f. 2 buah gelanggang tenis. g. Sebuah dewan memuatkan empat gelanggang sepak takraw dan badminton gunasama.
Kemudahan sukan
1. Kelab Kilat (sebuah padang bola sepak dan sebuah dewan serbaguna).2. Kampung Pasir putih ( 2 padang bola sepak).3. Iman Sport Centre (sebuah gelanggang futsal tertutup, sebuah gelanggang futsal terbuka, sebuah gelanggang bola tampar dan sebuah gelanggang bola jaring).4. Gold Star Bowl ( 12 lorong).5. Tanjung Puteri Golf Resort ( Tapak sukan dan rekreasi dilengkapi sebuah padang bola dan sebuah gelanggang serbaguna, gelanggang tenis, gelanggang squash, 12 lorong bowling, kolam renang lapan lorong, sebuah gimnasium, snooker dan kawasan aktivitimenunggang kuda & kereta kuda)6. Johor Circuit ( Litar lumba sejauh 3.7 km, trek Go-Kart, trek motocross dan akademik motocross). 7. En Bahrin B Daim (Menyediakan perkhidmatan sewaan 10 kayak, 10 padel boat dan dua train-boat di Tasik Taman Bandar)
Taman Permainan dan padang rekreasi1. Pusat Bandar - lapan tempat.2. Taman Mawar - empat tempat.3. Taman Cendana – dua empat.
Kemudahan Rekreasi
1. Taman Bandar Pasir Gudang ( sebuah tasik buatan dilengkapi 10 kayak, 10 padel boat dan dua train-boat, 11 stesen ujian kecergasan, 2 kawasan permainan kanak- kanak, kawasan lelapang layang-layang , tapak perkhemahan , kawasan lapang sukan rekreasi, trek trek jogging 2km dan laluan basikal. basikal.2. Tasik Perdana, Taman Bukit Dahlia ( Sebuah tasik buatan, sebuah gelanggang sepak takraw/badminton guna sama, sebuah gelanggang bola tampar, bola keranjang dan trek berjogging.3. Hutan Bandar Sungai Buluh ( laluan jogging dan sebuah tapak perkhemahan.4. Pasir Layar ( kawasan sukan air dengan perkhidmatan 10 buah perahu layar optimis, 10 buah kenu, lima buah perahu layar laser, dan sebuah jeti memancing. 5. Hutan Paya bakau Perigi Acheh ( Sebuah jeti memancing, tapak perkhemahan dan laluan “jungle trekking”.
Taman Permainan dan padang rekreasi disediakan pemaju.
1. Taman Nusa Damai - tiga lokasi.2. Taman Pasir Putih - dua lokasi.3. Taman Kota Masai - dua lokasi4. Taman Scientex - sebuah sahaja.5. Taman Cahaya Masai - dua lokasi.6. Taman Flora Height - sebuah lokasi.
Jadual 4.2: Program-program sukan dan rekreasi anjuran PBT Pasir Gudang. Nama Program Butiran Tujuan Utama Aktiviti
27
27
27
27
Festival Layang- layang
Antarabangsa ke 11 Tahun 2006.
FestivalLayang- layang Sekolah 2005.
Kejohanan Perahu Layar
Terbuka Johor 2005.
Kejohanan Karom Terbuka
2005.Karnival Sukan
PBT Pasir Gudang2005.
Golf Amal Dana Bakti
Pasir Gudang.
Jenis sukan: Sukan tradisi, sukan rekreasi dan sukan pelancongan. Tarikh : 13-19 Februari 2006 Tempat: Bukit Layang-layang, Taman Bandar Pasir gudang.Anjuran: Johor Corporation melalui PBT Pasir Gudang dan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor dengan kerjasama Persatuan Pelayang Johor, Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Johor, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Majlis Pelayang Johor.
- Mengetengahkan permainan rakyat sehingga ke peringkat antarabangsa.
- Mengukuhkan hubungan dengan masyarakat antarabangsa seluruh dunia melalui perkongsian langit dengan penciptaan pelbagai layang-layang yang kreatif dan berwarna warni.
- Pertunjukan layang –layang kreatif peserta antara bangsa dari 30 negara dan tempatan.- Pertandingan layang-layang wau kreatif peringkat sekolah kebangsaan, kebangsaan, antarabangsa, wau Rokkaku korporat dan wau tradisional.- Pertunjukan kebudayaan setiap malam penganjuran festival seperti tarian zapin dan kuda kepang.- Terbuka kepada peserta tempatan dan antarabangsa.
Jenis sukan: Sukan tradisi dan sukan rekreasi.Tarikh: Ogos 2005(2 hari)Tempat: Bukit Layang-layang, Taman Bandar Pasir Gudang.Anjuran: Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Persatuan Pelayang Johor dan Majlis Pelayang Malaysia.
Jenis sukan: Sukan rekreasi dan sukan pelancongan.Tarikh: 6 dan 7 Ogos 2005 Tempat: Pantai Pasir Layar, Tanjung Langsat, Pasir Gudang.Anjuran: Johor Corporation melalui PBT Pasir Gudang dengan kerjasama Persatuan Pelayaran Johor dan Persatuan Pelayaran Malaysia.
Jenis sukan: Sukan pertandingan.Tarikh: 19-20 Mac 2005.Tempat: Stadium (Tertutup) Perbadanan Pasir Gudang. Anjuran: PBT Pasir Gudang.Bayaran penyertaan: dikenakan mengikut kategori individu dan beregu.
Jenis sukan: Sukan pertandingan.Tarikh: Mengikut acara (sepanjang tahun)Tempat: Mengikut ketetapan PBT Pasir Gudang.Anjuran: PBT Pasir Gudang.Bayaran penyertaan: dikenakan mengikut jenis pertandingan.
Jenis sukan: Sukan rekreasi.Tarikh: 1 Julai 2005.Tempat: Tanjung Puteri Golf Resort, Pasir Gudang.Format: “stablefort” & “short gun start”.Bayaran penyertaan: RM250.00/peserta.Anjuran: PBT Pasir Gudang & Dana Bakti Pasir Gudang.
- Melahirkan para pendidik dan pelajar yang berkebolehan dan kreatif dalam membuat wau dan layang-layang.
- Mengekalkan dan memartabatkan permainan tradisional sehingga ke peringkat antarabangsa.
- Acara dipertandingkan ialah wau tradisional, wau ciptaan bebas, layang-layang rokkaku, train-kite, rekacipta kipas dan wau tradisional (ahli Pelayang Johor) serta wau ciptaan bebas (ahli Pelayang Johor). Terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah.
- Merupakan projek perintis untuk menjadikan aktiviti sukan air di Pasir Gudang sebagai sukan rekreasi yang paling diminati.
- Mempelbagaikan aktiviti sukan dan rekreasi yang terdapat di Pasir Gudang bagi mencapai taraf bandar sukan.
- Acara-acara utama ialah Optimis Kelas A, Optimis Kelas B, Laser standard dan Laser radial.- Acara sampingan ialah Rakit kreatif dan pertandingan kayak individu 10 meter lelaki dan perempuan.- Terbuka kepada pelajar sekolah dan pelayar kebangsaan.
- Mempelbagaikan program sukan dan rekreasi.
- Persediaan menjadikan Pasir Gudang sebagai bandar sukan yang menyediakan aktiviti sukan dan rekreasi untuk peserta tempatan dan luar.
- Mempelbagaikan program sukan dan rekreasi.
- Persediaan menjadikan Pasir Gudang sebagai bandar sukan yang menyediakan aktiviti sukan dan rekreasi untuk peserta tempatan dan luar.
- Membantu pembelian komputer sekolah-sekolah dalam Pasir Gudang dan mengekalkan operasi Klinik Waqaf An-Nur dan Pusat Dialisis yang menyediakan perubatan umum dengan kadar bayaran murah.
- Acara terbuka bagi kategori individu dan beregu melibatkan peserta lelaki dan wanita.- Pertandingan futsal, bola jaring, bola tampar, badminton, sepak takraw, ping pong, karom, dart, catur, dam haji, kayak, layang-layang, gusti lengan dan tarik tali terbuka kepada semua peringkat komuniti kilang, agensi kerajaan, swasta dan persatuan-persatuan sukan penduduk.
- Pertandingan golf amal.- Pukulan Emas, Pukulan Hole-in-one lubang keempat, lubang kelapan, lubang ke-11 dan lubang ke –14.
Jadual 4.3: Program-program sukan dan rekreasi anjuran bersama Kerajaan Persekutu, Kerajaan Negeri, Melalui Majlis Sukan Negara, Kementerian Belia & Sukan, Majlis Sukan Negeri dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri
Johor.
Jadual 4.3: Program-program sukan dan rekreasi anjuran bersama Kerajaan Persekutu, Kerajaan Negeri, Melalui Majlis Sukan Negara, Kementerian Belia & Sukan, Majlis Sukan Negeri dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri
Johor.
Jadual 4.3: Program-program sukan dan rekreasi anjuran bersama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Melalui Majlis Sukan Negara, Kementerian Belia & Sukan, Majlis Sukan Negeri dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri
Johor.
Nama Program
Sukan Mukim.Sukan Kelab-kelab/NFC
2005.
Sukan PBT 2005.Program Pertandingan Bola Sepak
Jawatankuasa Penyelaras (JPMM)
Parlimen Pasir Gudang.
Majlis Penutup Kembara Mahkota
Johor 2005.
Kejohanan Sepak Takraw
Kebangsaan Grand Prix Sirkit 1, 2005.
Jenis Sukan : Sukan Pertandingan & sukan rekreasi.Tarikh : Sepanjang tahun. Anjuran : Majlis Sukan Negeri & Majlis Sukan Daerah Johor Bahru.
Butiran Tujuan Utama Aktiviti
- Membudayakan sukan sebagai sebahagian daripada budaya hidup seharian.- Melahirkan masyarakat yang cergas, sihat dan aktif.- Memperkembangkan sukan sehingga ke peringkat akar umbi.
- Pertandingan bola sepak, sepak takraw, badminton (berpasukan), bola jaring, bola keranjang (tiga orang sepasukan), walkaton(lima orang sekeluarga) dan basikalthon( rekreasi penyertaan ramai) melibatkan peserta yang tidak pernah menyertai pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan.
Jenis sukan: Sukan pertandingan.Tarikh: Januari ~ Mei 2005(Peringkat Kawasan DUN) Jun ~ Julai 2005 ( Peringkat Daerah) 2 September 2005 (Peringkat Negeri)Tempat: Di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri Johor.Anjuran: Majlis Sukan Negeri Johor dan Majlis Kecergasan Kebangsaan(NFC)
- Satu usaha kerajaan untuk mendapatkan lebih ramai tunas dan bakat baru untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.- mengurangkan keterlibatan remaja dalam gejala- gejala kurang sihat serta membentuk generasi muda yang gemilang dan aktivis-aktivis sukan yang lebih cemerlang.
- Bola sepak, sepak takraw, badminton, bola jaring, futsal dan bola tampar.- Terbuka kepada pasukan dari persatuan atau kelab sukan yang ditubuhkan oleh sesebuah komuniti dari peringkat akar umbi. - Johan dan naib johan setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mewakili peringkat daerah seterusnya ke peringkat negeri.
Jenis sukan: Sukan komuniti & sukan pertandingan.Tarikh: 30 Jun - 3 Julai 2005. Tempat: Dewan Serbaguna Johor Jaya.Penganjur: Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.Peranan PBT: Sebagai penganjur dan peserta.
Jenis sukan: Sukan pertandingan.Tarikh: Sepanjang April 2005.Tempat: Padang Bola Sepak Taman Mawar, Pasir Gudang.Anjuran: Kerajaan Negeri Johor melalui Jawatankuasa Penyelaras Mukim-mukim Parlimen.
Jenis sukan: Sukan pertandingan.Tarikh: Sepanjang April 2005.Tempat: Padang Bola Sepak Taman Mawar, Pasir Gudang.Anjuran: Kerajaan Negeri Johor melalui Jawatankuasa Penyelaras Mukim-mukim Parlimen.
Jenis sukan: Sukan pertandingan.Tarikh: Sepanjang April 2005.Tempat: Padang Bola Sepak Taman Mawar, Pasir Gudang.Anjuran: Kerajaan Negeri Johor melalui Jawatankuasa Penyelaras Mukim-mukim Parlimen.
Jenis sukan: Sukan pertandingan.Tarikh: Sepanjang April 2005.Tempat: Padang Bola Sepak Taman Mawar, Pasir Gudang.Anjuran: Kerajaan Negeri Johor melalui Jawatankuasa Penyelaras Mukim-mukim Parlimen.
Jenis sukan: Sukan rekreasi dan program sosial.Jenis Tarikh: 27 Februari 2005.Tempat: Bukit Layang-layang, Pasir Gudang.Anjuran: Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Sukan Negara, Majlis Tindakan Pelacongan Johor dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Jenis sukan: Sukan rekreasi dan program sosial.Jenis Tarikh: 27 Februari 2005.Tempat: Bukit Layang-layang, Pasir Gudang.Anjuran: Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Sukan Negara, Majlis Tindakan Pelacongan Johor dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Jenis sukan: Sukan tradisi dan sukan pertandingan Tarikh: 15 - 18 April 2005. Tempat: Ruang Atrium Kompleks Pusat bandar, Pasir Gudang.Penganjur: Persatuan Sepak Takraw Malaysia dan Persekutuan Sepak Takraw Negeri Johor.
- Meningkatkan peranan secara tidak langsung Pihak-pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor di dalam pembangunan dan pengembangan sukan.- Meluaskan peluang pasaran pekerjaan kepada pegawai-pegawai dan ahli-ahli sukan Negri Johor sejajar dengan usaha untuk menjaga kebajikan mereka.
- Meningkatkan peranan secara tidak langsung Pihak-pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor di dalam pembangunan dan pengembangan sukan.- Meluaskan peluang pasaran pekerjaan kepada pegawai-pegawai dan ahli-ahli sukan Negri Johor sejajar dengan usaha untuk menjaga kebajikan mereka.
- Bola Sepak, kayak, lumba basikal, sepak takraw, tenpin bowling, badminton dan bola tampar.
- Medan memilih bakat untuk diketengahkan ke peringkat tertinggi.- Salah satu program sokongan ke atas program pengembangan sukan ke peringkat akar umbi.- Memperkukuhkan pemuafakatan komuniti. .
- Perlawanan bola sepak secara liga kumpulan.
- Meninjau dan memperbaiki masalah pembangunan di seluruh Negeri Johor disamping merapatkan hubungan muhibah diantara golongan istana dan kerajaan neegri Johor dengan rakyat tempatan.
- Mengekalkan dan mengantarabangsakan permainan tradisi.- Medan memilih bakat untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
- Sukan rekreasi dengan menaiki motorsikal secara berkumpulan.
- Acara sepak takraw kategori regu dan pasukan.
BAB 5KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 PENGURUSAN KORPORAT DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) PASIR GUDANG.
Sesuai dengan kuasa autonomi yang diberi, amalan pengurusan korporat yang
diwarisi dari Johor Corporation (J Corp) telah lama dilaksanakan PBT Pasir Gudang.
program sukan dan rekreasi yang mempunyai prospek keuntungan jangkamasa
panjang tanpa menjejaskan kepentingan “shareholder” dan “stakeholder” menjadi
pilihan utama. Ia disempurnakan melalui kaedah perbelanjaan fleksibel seiring
dengan prestasi kewangan semasa dan secara kolektif di kalangan anak-anak
Syarikat J Corp.
Ketegasan amalan bisnes kepada semua pihak, membolehkan segala
perkhidmatan dan penyertaan program sukan & rekreasi dikenakan bayaran. Selain
untuk melestarikan sukan & rekreasi, amalan ini juga memastikan pendapatan tetap
diperolehi oleh anak-anak Syarikat J Corp melalui operasi yang dibuat. Antaranya
melalui aktiviti pengurusan Kompleks Sukan Pasir Gudang, Harta Consult Sdn. Bhd,
Teraju Fokus, Harta FM dan PBT Pasir Gudang mendapat bayaran masing-masing
melalui perkhidmatan penyewaan gelanggang & padang, keselamatan, teknikal dan
penganjuran acara sukan dan rekreasi.
Pengagihan kekayaan melalui konsep penswastaan dan usahasama
melibatkan pengusaha tempatan dalam sukan & rekreasi memberi impak positif. En
Bahrin Bin Daim (pengusaha aktiviti rekreasi air ) antara pengusaha individu yang
berjaya. Jelaslah, amalan pengurusan korporat adalah praktikal dalam
mempelbagaikan kegiatan ekonomi dan keuntungan kepada masyarakatnya.
5.2 KEKUATAN UTAMA PIHAK BERKUASA TEMPATAN PASIR GUDANG.
Pelbagai program sukan dan rekreasi di PBT Pasir Gudang mempunyai prospek
sebagai produk sukan pelancongan. Prestasi kewangan PBT Pasir Gudang yang
kukuh membolehkan Festival Layang-layang Antarabangsa dan Kejohanan Perahu
Layar Terbuka Johor dianjurkan setiap tahun. Usaha ini selari dengan usaha Kerajaan
Johor untuk mempelbagaikan produk pelancongannya.
Sokongan dan komitmen yang berterusan dari Kerajaan Negeri Johor, anak-
anak syarikat Johor Corporation, agensi kerajaan, pihak NGO, pihak swasta dan
seluruh masyarakat negeri Johor dan luar negara samada sebagai peserta,
penyokong atau penaja turut memastikan pelestarian acara-acara tersebut.
Kepelbagai pengisian program dengan acara tradisional, kreatif dan
kebudayaan melibatkan penyertaan dari peringkat kanak-kanak sehingga komuniti
korporat termasuk peserta-peserta luar negara telah menjadikan acara sukan yang
diperkatakan di atas sebagai antara yang terunggul di Selatan Malaysia.
Disokong dengan aktiviti sampingan dari berbagai agensi seperti Hospital
Penawar (Kempen Derma Darah), Iman Sport Centre (pertandingan Futsal), aktiviti
rekreasi air di Pusat Rekreasi Tasik Taman Bandar, Muzium Layang-layang
(pameran), Kampung Perigi Acheh (Program Homestay) dan pelbagai aktiviti gerai
jualan di tapak karnival mampu memeriahkan dan meningkatkan kepopularitian sukan
pelancongan seterusnya mempelbagaikan lagi kegiatan ekonomi masyarakatnya.
justeru itu usaha penganjurannya wajar disokong, diketengahkan dan diselaraskan di
seluruh daerah dalam negeri Johor.
5.3 KELEMAHAN UTAMA PIHAK BERKUASA TEMPATAN PASIR GUDANG.
Dasar sukan & rekreasi PBT Pasir Gudang yang jelas masih belum diwujudkan.
Sehubungan itu, hal ehwal sukan & rekreasinya terikat dengan corak pengurusan
lama yang diwarisi dari Johor Corporation. Segala perancangan, penetapan dan
peruntukan program sukan & rekreasi di PBT Pasir Gudang bergantung dan berpusat
kepada keputusan dan citarasa pengurusan tertingginya. Walaupun corak
pengurusan begini adalah baik dari segi pengawalan dan pemantauan namun masih
terdapat kelemahan dari segi perlaksanaannya.
Kesannya, keputusan tanpa melibatkan staf peringkat pertama meyaksikan
pola pembahagian peruntukan program sukan & rekreasi domestik pada tahun 2003
menyaksikan kurang mendapat perhatian berbanding sukan yang memberi imej
korporat. Peruntukan Karnival Sukan PBT yang mewakili aktiviti sukan dan rekreasi
domestik hanya mendapat RM34,846.00(1.75%) daripada RM2,007,827.00
berbanding Pasir Gudang United RM962,276.00 (47.92%) dan Festival Layang-
layang Antarabangsa RM1,010,705.00(50.33).
Bentuk pengurusan yang terlalu birokrasi begini sudah pasti menggangu
kelancaran perlaksanaan program sukan & rekreasi. Sebagai Pegawai Penyelaras
Sukan yang dilantik di kalangan pembantu tadbir, tanpa pemilikan kuasa autoriti
adalah sukar untuknya menolak arahan dari pihak atasan. Akibat tekanan begini,
sudah pasti tanggungjawabnya tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Untuk memperbaiki masalah-masalah perlaksanaannya, adalah disarankan
agar kajian dan semakan ke atas corak pengurusan lama yang lebih proaktif dan
dinamik dilakukan demi melastarikan sukan & rekreasi di PBT Pasir Gudang.
5.4 DAPATAN KAJIAN DAN KAITANNYA DENGAN SOALAN
Berdasarkan kepada analisa ke atas dasar, polisi, dokumen-dokumen dan program-
program sukan dan rekreasi yang dikumpulkan dan dibincangkan di dalam bab-bab
yang terdahulu, dapatan daripada kajian ini telah dapat menjawab soalan-soalan yang
dikemukakan sebagai panduan disepanjang kajian. Hubungan dapatan kajian dengan
soalan kajian dinyatakan seperti berikut:
1. Apakah bentuk dokumentasi aktiviti sukan dan rekreasi di PBT Pasir
Gudang ?
Kajian ini mendapati status dokumentasi sukan dan rekreasi di PBT Pasir Gudang
masih berada di peringkat “permulaan”. Kebanyakan dokumen program sukan
dan rekreasi belum tersusun lagi. Hanya dokumen Festival Layang-layang telah
didokumentasikan dengan jelas iaitu dalam bentuk pameran, buku, rakaman
audio visual, slide yang boleh diperolehi dan tersimpan di Muzium Layang-layang
Pasir Gudang.
2. Apakah dasar sukan sedia ada dan bagaimanakah pentadbiran sukan dan rekreasi di PBT Pasir Gudang distrukturkan ? Dasar sukan dan rekreasi PBT Pasir Gudang yang jelas masih belum
diwujudkan. Polisi korporat yang diwarisi dari Johor Corporation mengikat segala
perancangan dan perlaksanaan sukan dan rekreasinya. Sebuah unit sukan yang
diketuai seorang pegawai penyelaras sukan telah dilantik di kalangan staf
dalaman berstatus pembantu pentadbir tanpa mempunyai kuasa autoriti.
Fungsinya hanya melaksanakan segala arahan dari pihak pengurusan
tertinggi. Manakala pengurusan kemudahan dan penganjuran sukan
pelancongan turut mengikut ketetapan pengurusan peringkat tertinggi di mana
segala operasi pengurusan dan pengelolaan program sukan dan
rekreasinya dilaksanakan secara korporat dan kolektif melibatkan enam jabatan
yang diwujudkan di dalam organisasi PBT Pasir Gudang dan di kalangan
anak-anak syarikat Johor Corporation. Amalan ini lebih menekan konsep
perkongsian untung.
3. Apakah peranan PBT Pasir Gudang dalam sektor sukan dan rekreasi ?
PBT Pasir Gudang telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan
sukan dan rekreasi di kawasannya samada disediakan sendiri atau melalui
usahasama dengan kerajaan negeri, anak-anak syarikat Johor Corporation, pihak
Ngo dan swasta untuk memastikan kelangsungan pembangunan sukan dan
rekreasinya. Antara kemudahan sukan & rekreasi utama terdapat di sini ialah
Kompleks Sukan Pasir Gudang dan Taman Bandar Pasir Gudang. Amalan
korporat membolehkan segala operasi pengurusan dan penyelenggaraan
terhadap semua kemudahan dan program sukan dan rekreasi dapat dilaksanakan
dengan cekap dari peringkat domestik sehinggalah peringkat antarabangsa
seperti Karom Terbuka, Kejohanan Perahu Layar dan Festival Layang-layang
Antarabangsa setiap tahun. Jelaslah sukan dan rekreasi mendapat perhatian
istimewa PBT Pasir Gudang kerana nilai ekonominya.
4. Apakah impak aktiviti sukan dan rekreasi kepada masyarakat PBT Pasir Gudang ?
Aktiviti sukan dan rekreasi memberi impak positif kepada masyarakat PBT Pasir
Gudang dari peringkat individu sehingga komuniti kilang dan korporat. Mengambil
Contoh, Festival layang-layang Antarabangsa memberi sumbangan dalam
bentuk ekonomi dan pembangunan sosial kepada semua pihak antaranya
pengusaha perkhidmatan teksi, pengusaha pelancongan, anak-anak syarikat Johor Corporation sehinggalah ke pengusaha individu selain dapat
mempelbagaikan aktiviti sukan dan rekreasi, mengenengahkan, menyuburkan
dan memartabatkan sukan dan rekreasi tradisi budaya bangsa supaya kekal
dimainkan sepanjang zaman seperti layang-layang, gasing pangkah, tarian zapin,
kuda kepang, silat, dam haji, congkak dan sukaneka.
RUMUSAN DAN CADANGAN
Setelah penelitian ke atas dapatan-dapatan kajian dilakukan ke atas penglibatan PBT
Pasir Gudang dalam sukan dan rekreasi, akhirnya dapatlah saya membuat rumusan
dan cadangan terhadap perkara-perkara berikut:
Pendokumentasian program sukan dan rekreasi.
Kajian ini mendapati status dokumentasi sukan dan rekreasi di PBT Pasir
Gudang masih berada di peringkat “permulaan”. Kebanyakan dokumen
program sukan dan rekreasi masih belum tersusun. Justeru itu banyak
maklumat kajian saya begantung kepada dapatan temubual personal di
kalangan pegawai sukan dan rekreasi yang mempunyai kuasa autoriti
dipejabatnya.
Cadangan:
Pengkalan data yang dapat memuatkan segala maklumat tentang
sukan dan rekreasi wajar dibentuk dengan segera dan sentiasa dikemaskini.
Ini adalah bertujuan untuk memudahkan para penyelidik mendapatkan
maklumat mengenai sukan di PBT Pasir Gudang. Keberkesanan setiap
program yang dilaksanakan akan menjadi panduan program-program yang
akan datang.
Sukan moden kurang mendapat sambutan.
Program sukan dan rekreasi moden di PBT Pasir Gudang kurang mendapat
sambutan jika dibanding dengan sukan dan rekreasi tradisi dan popular seperti
bola sepak. Beberapa kemudahan telah mengalami risiko ditutup. Antaranya
gelanggang squash diganti dengan permis TNB, penutupan Pusat Bowling Gold
Star Bowl dan penutupan gelanggang tenis kepada pembinaan gelanggang futsal
oleh pihak swasta. Antara faktor penyebabnya ialah tiada kajian dibuat sebelum
pembinaannya, tiadanya penganjuran programnya secara berterusan dan lokasi
yang tidak sesuai.
Cadangan:
- Tubuhkan sebuah jabatan tersendiri yang setara dengan enam jabatan
utama yang sedia ada agar kuasa autoriti yang dimiliki membolehkan sukan
dan rekreasi ditadbir dengan tersusun melalui penstrukturan staf yang baru.
- Lantik pegawai berpengalaman dalam pengurusan sukan agar segala
perancangan sukan dan rekreasinya berkesan (sebagai usaha menyokong
saranan Kerajaan Negeri Johor memperluaskan peluang pekerjaan kepada
atlet dan pengamal-pegamal sukan)
Sukan dan rekreasi air berpotensi berkembang sebagai sukan pelancongan.
Selat Tebrau menganjur disepanjang pantai kawasan pentadbiran PBT Pasir
Gudang dari Timur ke Barat. Mulai tahun 2008 dijangka sibuk dengan laluan kapal
yang berlabuh di Tanjung Langsat, MSE dan Sime Sembawang. Berbagai aktiviti
sukan dan rekreasi mulai aktif dilakukan seperti memancing di jeti dan kelong,
berkayak dan Pertandingan Perahu Layar Terbuka Johor.
Cadangan:
Segala kemudahan yang diperlukan oleh pengiat sukan air wajar disediakan
dengan segera selari dengan pembinaan Kota Air Kampung Pasir Putih(mulai Jun
2006) dan Hutan Rekreasi Paya Bakau Perigi Acheh(sedang giat dijalankan).
Sebagai langkah mempromosi kawasan rekreasi air adalah dicadangkan diadakan
pertandingan Trialthon Antarabangsa, Menyeberang Selat Tebrau, Sukanneka
Sempena Hari Kemerdekaan.
Sukan Instruktural dan Pendidikan sebagai sukan pembangunan di peringkat akar umbi.
Bagi memastikan pelestarian sukan dan rekreasi berkekalan, kemudahan dan
program perlu disediakan dan diselaraskan. Beberapa buah persatuan sukan dan
swasta memberi perhatian kepada sukan bentuk instruktural dan pendidikan.
Antaranya Persatuan Bola Sepak Johor (Program JKiD), Persatuan Pelayang
Johor (Festival Layang-Layang Sekolah), Persatuan Pelayar Johor (Program
Bakat), Majlis Sukan Zon Pasir Gudang (Program bola sepak Tunas F&N/MSSM),
Persatuan Silat Hanafi dan Kelab Rakan Muda Taekwando membuka penyertaan
dari peringkat usia 7 tahun sehinggalah 18 tahun.
Cadangan:
Sebagai satu usaha memperkemaskan pengurusan dan penganjuran programnya
adalah wajar sukan instruktural atau pendidikan yang dinyatakan di atas dikendali
oleh sebuah badan sukan dan rekreasi yang diberi nama “Kelab Sukan Bakat
Pasir Gudang” dianggotai oleh persatuan sukan yang aktif seterusnya acara
sukannya diiktiraf sebagai acara utama.
CADANGAN KAJIAN LANJUT
Di Malaysia kajian ke atas penglibatan PBT dalam sukan dan rekreasi masih baru.
Terlalu banyak input yang boleh dibincangkan tetapi pemilihannya terpaksa
diperkecilkan skop penulisan dan perbincangan di dalam mini tesis ini. justeru itu
beberapa tajuk yang boleh diketengahkan untuk dibuat kajian lanjut yang melibatkan
penglibatan PBT dalam sukan dan rekreasi ialah:
1. Sukan & rekreasi dan Pihak Berkuasa Tempatan satu evolusi.
2. Sukan & PBT Satu Dilema Tanggungjawab Sosial dan Komersil.
3. Pengurusan Korporat Dalam Sukan dan Rekreasi: Polisi cemerlang PBT Pasir Gudang.
KESIMPULAN
Sukan dan rekreasi sudah mulai mendapat tempat dihati masyarakat sebagai salah
satu cara hidup yang perlu diamalkan. Ia bukan sahaja mendatangkan faedah
kesihatan dan kecergasan malahan memberi impak positif kepada perkembangan
sosial, ekonomi dan politik di daerah dan negeri Johor.
Komitmen dan sokongan dari bebagai pihak termasuk anak-anak syarikat
Johor Corporation, Kerajaan Negeri Johor, agensi kerajaan, pihak NGO, pihak
swasta, pengiat sukan dan seluruh masyarakat PBT Pasir Gudang dan Johor
membantu menjayakan pelbagai program sukan dan rekreasi di PBT Pasir Gudang.
Kejayaan ini sudah pasti menjadikan PBT Pasir Gudang terkenal sebagai penganjur
sukan dan rekreasi yang berjaya samada di peringkat domestik, kebangsaan atau
antarabangsa.
Sesunguhnya, berkat amalan korporat, penswastaan dan usahasama yang
mendapat sokongan kuat dari pihak kerajaan dan swasta adalah merupakan faktor
utama kejayaan pembangunan sukan di PBT Pasir Gudang. Ditambah dengan
sumber pendapatan yang tinggi setiap tahun membolehkan beberapa perancangan
pembangunan dan penganjuran sukan dan rekreasinya dipertingkatkan dari semasa
ke semasa.
Apa yang pasti Polisi Sukan dan Rekreasinya yang jelas wajar diwujudkan
segera agar sektor sukan dan rekreasi mendapat tempat utama di dalam pentadbiran
seiring dengan perkembangan pesat sektor perindustrian dan perumahannya.
RUJUKAN
Airil Azhar Bin Mustapar.(2004). Peranan kerajaan Johor dalam sukan, Pusat Sukan Universiti Malaya.
Che Mat.(2001). Pengurusan rekreasi. Bab 1: Rekreasi Kontemporari (hlm. 1-18). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distribuors sdn. Bhd.
Dewan Bahasa dan Pustaka (1992). Kamus Dewan (DBP), Kuala Lumpur.
Haji Hamdan Hj Abdul Rahman.(1983).Penyegaran jasmani dan rohani menurut kacamata Islam. Dalam Rekreasi luar di Malaysia(Ed).Seminar Kebangsaan Hutan, Taman Negara dan Taman Bandaran untuk rekreasi, 26-28 September, 1983,(hlm.25-36). Serdang: Universiti Pertanian Malaysia.
Ishahak bin Mohd Saat.(1983). Kemudahan kesenggangan dan rekreasi luar di Majlis Perbandaran Petaling Jaya. Dalam Rekreasi luar di Malaysia(Ed). Seminar Kebangsaan Hutan, Taman Negara dan Taman Bandaran untuk rekreasi, 26-28 September, 1983,(hlm. 45-50). Serdang: Universiti Pertanian Malaysia.
Kementerian belia dan sukan.(1988). Dasar Sukan Negara.(Cetakan Kedua:Februari 2003).
Khairil Hazaimi Md Akir.(2004). Kolej Sultan Abdul hamid, Alor Star, Kedah: Kajian perkembangan sukan 1908 – 2003, Pusat Sukan Universiti Malaya.
Laman Web Rasmi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. (2005). Direktori Pihak Berkuasa tempatan di Malaysia. Diperolehi 13 November 2005 daripada World Wide Web: www.kpkt.gov.my/jkt/malaysia.
Laman Web Rasmi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(2005). Ucapan perasmian menteri sempena pelancaran Majlis Kecergasan Kebangsaan pada 09/12/2004. Diperolehi 13 November 2005 daripada World Wide Web: http://aplikasi.kpkt.gov.my/ucapan.
Laman Web Rasmi Majlis Daerah Pontian.(2005). Perkhidmatan Majlis daerah Pontian. Diperolehi 13 November 2005 daripada World Wide Web: http://www.johordt.gov.my/mdp/perkhidmatan.
Laman Web Rasmi Majlis bandaraya Johor Bahru(2005). Sejarah MBJB.. Diperolehi 13 November 2005 daripada World Wide Web: http://www.johordt.gov.my/mbjb/sejarah.
Mejar (B) J.K. Cheng.(1983), outdoor recreation/pursuits leadership training and development. Dalam Rekreasi luar di Malaysia(Ed). Seminar Kebangsaan Hutan, Taman Negara dan Taman Bandaran untuk rekreasi, 26-28 September, 1983,(hlm.65-74). Serdang: Universiti Pertanian Malaysia.
Marriott,K.L.(1990). Recreation Planning:A Manual for Local Government. Australia: South Australian Recreation Institute.
Mohd Salleh Aman(2002). Sukan rekreasi. Unpublished. Paper. Kuala Lumpu: Sport Cenre, Universiti Malaya.
Mohd Salleh Aman.(2002). Leisure, recreation and sport:terminology aspects.unpublished paper.Kuala Lumpur: Sport Centre, Universiti Malaya.
Mohd Salleh Aman (2004). Sukan dalam masyarakat malaysia. Kuala Lumpur: Penerbitan
Universiti Malaya.
Mohd Salleh Aman (1996) Hubungan antara penglibatan dalam sukan dan pencapaian akademik di kalangan elajar sekolah menengah Negeri Sembilan. Tesis Sarjana Pendidikan: Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.
Norhalim Haji Ibrahin.(1983). Kesenggangan dan masyarakat membangun. Dalam Rekreasi luar di Malaysia(Ed). Seminar Kebangsaan Hutan, Taman Negara dan Taman Bandaran untuk rekreasi, 26-28 September, 1983,(hlm. 19-24). Serdang: Universiti Pertanian Malaysia.
Johor. PBT Pasir Gudang(Jan-Mac, 2001).Berita Pasir Gudang. Pasir Gudang:PBT Pasir Gudang.
Johor. PBT Pasir Gudang(April-Jun, 2001).Berita Pasir Gudang. Pasir Gudang:PBT Pasir Gudang.
Johor. PBT Pasir Gudang(Julai- September, 2001).Berita Pasir Gudang. Pasir Gudang:PBT Pasir Gudang.
Johor. PBT Pasir Gudang(Okt-Dis, 2001).Berita Pasir Gudang. Pasir Gudang:PBT Pasir Gudang.
Johor. PBT Pasir Gudang(Jan-Mac, 2002).Berita Pasir Gudang. Pasir Gudang:PBT Pasir Gudang.
Johor. PBT Pasir Gudang(Januari, 2005).Berita Pasir Gudang. Pasir Gudang:PBT Pasir Gudang.
Johor. PBT Pasir Gudang(Februari, 2005).Berita Pasir Gudang. Pasir Gudang:PBT Pasir Gudang.
Johor. PBT Pasir Gudang(Mac, 2005).Berita Pasir Gudang. Pasir Gudang:PBT Pasir Gudang.
Johor. PBT Pasir Gudang(April, 2005).Berita Pasir Gudang. Pasir Gudang:PBT Pasir Gudang.
Johor. PBT Pasir Gudang(Mei, 2005).Berita Pasir Gudang. Pasir Gudang:PBT Pasir Gudang.
Johor. PBT Pasir Gudang(Jun, 2005).Berita Pasir Gudang. Pasir Gudang:PBT Pasir Gudang.
Johor. PBT Pasir Gudang(Julai, 2005).Berita Pasir Gudang. Pasir Gudang:PBT Pasir Gudang.
Johor. PBT Pasir Gudang(Ogos, 2005).Berita Pasir Gudang. Pasir Gudang:PBT Pasir Gudang.
Johor. PBT Pasir Gudang(2004). Laporan Tahunan. Pasir Gudang:PBT Pasir Gudang.
Johor. PBT Pasir Gudang(2002) PBTPG 25 tahun. Pasir Gudang: PBT Pasir Gudang. Johor. Johor Corporation(2004). Laporan Tahunan. Johor Bahru:Johor
Corporation.Johor. PBT Pasir Gudang (2004). Laporan Tahunan. Johor Bahru:PBT Pasir Gudang.Johor. PBT Pasir Gudang(2001). 25 tahun PBT Pasir Gudang. Johor Bahru:PBT
Pasir Gudang._______( April 16, 2004)-MB minta baik pulih kemudahan sukan. diperolehi 15
Disember 2005 daripada World Wide Web: http://www.gajahmas.com.
TEMUBUAL
1. Syed Hamid Bin Syed Osman: Pengurus Johor Circuit.
2. Pn Rahmah Bt Mahmood:Pegawai Tadbir Jabatan Kemasyarakatan.
3. En Razak B Abu Bakar: Penyelaras Karnival Sukan Pasir Gudang, Karom Terbuka, Perahu Layar terbuka
4. Tn Hj Ismail b Md Taib: Penyelaras Festival Layang-layang Antarabangsa.
5. Cik Nurulaini Bt Bakri: Penyelaras Sukan Kelab-kelab/NFC Johor, Majlis Sukan Negeri Johor
6. En Mohd Noh Bin Ayob: Perintis Kelab Rakan Muda Taekwando.
7. En Faizal Mohd Noh: Jurulatih 2nd Dan, Kelab Rakan Muda Taekwando.
8. En Asri Bin Karim: Ketua Zon JKiD Permas Jaya.
SENARAI LAMPIRAN
1. Polisi Sukan Negara.
2. Dokumen Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Festival Layang-Layang Antarabangsa Pasir Gudang Kali ke-11, 2006.
3. Program Sukan PBT Johor 2004.
4. Program Sukan Kelab-Kelab Negeri Johor.
5. Laporan Sukan Kelab-Kelab/NFC Johor 2005
6. Program Memperkuatkan Sukan Daerah.
7. Program Sukan Antara Jabatan & Agensi Kerajaan Johor.
8. Program Sukan & Rekreasi Tanjung Puteri Golf Resort.
9. Program JKiD.
10.Program Kelab Akademik Taekwando R.V Taekwando Martial Art Kawasan PBT Pasir Gudang
12. Borang-borang penyertaan sukan dan rekreasi di PBT Pasir Gudang
Kelab Akademik Taekwando R.V Taekwando Martial Art Kawasan PBT Pasir Gudang
Jenis Sukan : Taekwando.Status Sukan : Sukan komersil/sukan pertandingan.
Maklumat Akademik.
1. Hari Latihan : Mengikut Kawasan.
2. Tempat dan Masa Latihan
a) Kompleks Pusat Bandar, Pasir Gudang.- Setiap hari Selasa & Sabtu (pilihan) –8.00mlm-9.30mlm
b) Gelanggang Sepak Takraw, Jalan Tembikai, Kota Masai.- Setiap malam Selasa (8.00-9.30mlm.
c) Gelanggang Permainan , Taaman Scientec.- Setiap malam Jumaat (8.00-9.30mlm)
d) Gelanggang Permainan 1 Taman Cahaya Masai.- Setiap petang Sabtu (5.30ptg-7.00mlm)
e) Gelanggang Permainan jalan Ciku, Kota Masai- Setiap petang Sabtu (5.30ptg-7.00mlm)
f) Dataran Mawar, Taman Mawar, Pasir Gudang.- Sabtu (8.00mlm-9.30mlm)
g) Sekolah Tahfiz, Pasir Gudang.- Sabtu (8.00mlm-9.30mlm.
3. Tujuan penubuhan Kelab Taekwando ini ialah:
Memajukan Sukan Rakan Muda Wajadiri. Membentuk disiplin, hormat menghormati, kesopanan,
ketabahan, pengawalan diri dan semangat tidak menyerah kalah.
Berlatih untuk sumber kesihatan diri sendiri. Memajukan sukan Taekwando. Sebagai seni mempertahankan diri. Boleh dipelajari sehingga tamat tali pinggang hitam. Membekalkan pelatih berpotensi ke pertandingan peringkat
tinggi.
4 Yuran –Yuran.
Keahlian white belt hingga dapat Black Belt (Dan 1)
a) Yuran tahunan – RM 15.00 setahun.b) Yuran bulanan – RM 35.00 sebulan.
Keahlian Black Belt Dan 1 dan ke atas.
a) Yuran tahunan – RM 50.00 setahunb) Yuran bulanan – RM 25.00 sebulan.
Ujian belt (2 kali setahun)
a) Dikenakan bayaran RM 35.00 setiap ujian diambil.
5. Keistimewaan penyertaan.
a) Latihan dikendalikan jurulatih berpengalaman.b) Dilindungi polisi insuran Rakan Muda.c) Peserta bermula dari umur 6 tahun.d) Pelatih cemerlang boleh mewakili peringkat daerah, negeri,
kebangsaan dan antarabangsa.e) Pemegang Belt Hitam boleh berlatih dan menjadi penolong
jurulatih pelajar (dibayar elaun)f) Penolong jurulatih akan diberi kursus pengajaran setiap tahun.g) Sijil dikeluarkan oleh Kukkiwon, Korea Selatan.
6. Ujian Belt
a) Tujuani. Berlatih teknik-teknik sparring baru tahun 2005.ii. Cara-cara tendangan untuk mendapatkan markah
“Score Point”.iii. Mewujudkan atlet-atlet yang berpotensi dan berkualiti.
b) Syarat penting.i. Memakai pakaian seragam Taekwando.ii. Menyediakan peralatan taekwando sendiri seperti
“Chin-guard dan Arm-guard.
7. Carta Ogranisasi Kelab Akademik R.V Taekwando Martial Art.
Kelab Akademik Taekwando R.V Taekwando Martial Art Kawasan PBT Pasir Gudang
PenaungPersatuan Belia Wira Cergas, Johor Bahru, Johor
&R.R Worldwide Taekwando Academy
Presiden Master Ramesh Raju
Merangkap Pengerusi Persatuan Belia Wira Cergas, Johor Bahru, Johor
SetiausahaCik Habibah Binti Saidaly
Merangkap setiausaha Persatuan Wira Cergas,Johor Bahru, Johor
Ketua Jurulatih Kawasan PBT Pasir GudangRavindran Raju
Penolong Jurulatih
En Faizal Md NohCik Azreena Md Noor
En KrisnanEn Rajoo
En Elangovan
8. Sumbangan PBT Pasir Gudang
Memberi kebenaran dan menyediakan tempat dengan sewaan yang berpatutan seperti tempat latihan, tempat sparring, pertandingan, ujian belt dan kursus-kursus black belt, kejurulatihan, taegeuk serta kursus kepengadilan.
9. Kategori Umur Peserta
a) 6 tahun 37 orangb) 7 tahun – 12 tahun 255 orangc) 13 tahun – 17 ahun 150 orangd) Lepasan sekolah 58 orang
Jumlah 500 orang
10. Rujukan Data.
i) Edaran-edaran kelab.Ii) Interview Penolong Jurulatih Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.
1) Md Faizal Md Noh.2) Cik Azreena Md Noh.
iii) Interview dengan pelopor kemasukan sukan Taekwando ke PBT Pasir
Gudang En Mohd Noh Ayob.iv) Pemantau dan pemerhatian berterusan penulis.
11. Ulasan:
Terdapat banyak kelab dan akademik taekwando persendirian bercambah di PBT Pasir Gudang. Namun pilihan penulis ialah R.V Worldwide Martial Art bukan mahu mengangkat namanya tapi disebabkan pengurusan sukan dan rekreasinya yang tersusun menyebabkan mudah untuk penulis membuat kajian terhadap potensi dan peranannya membangunkan kesihatan, kecergasan dan disiplin pesertanya.
Sambutan menggalakkan datangnya dari pelajar-pelajar sekolah rendah. Jumlah ahli kelab seramai 500 orang peserta dari peringkat umur enam tahun sehingga belia lepasan sekolah. Daya penarik kepada peserta muda ini ialah disebabkan tarikan pakaian seragam itu sendiri, teugeuk (jurus) mudah dipelajari, penggunaan Bahasa Inggeris sepenuhnya dalam latihan dan promosi berterusan.
“Sukan ini mempunyai nilai ekonomi yang sangat menguntungkan, maka banyak kelab seperti ini ditubuhkan dengan berbagai nama di dalam dan di luar kawasan PBT Pasir Gudang. Sebelum tahun 2003 pemilik akademik akan dikenakan bayaran pendapatan 60%(persatuan) dan 40%(pemilik akademik) tetapi dengan tertubuhnya Rakan Muda bayaran bulanan dikenakan kepada persatuan hanya RM50.00 sebulan dan bakinya milik akademik. Jika dikira dengan jumlah ahli 500 peserta dan didarabkan dengan RM 35.00 memberi pendapatan sebanyak RM17,500.00 sebulan. Pendapatan sampingan ialah penjualan alat keselamatan dan pakaian (RM 50.00).” menurut kata En Mohd Noh bin Ayob, salah seorang pelopor kemasukan akademik ini di Pasir Gudang.
Dari segi sumbangan akademik ini, ramai atlet menyertai sekolah kepertandingan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah Johor dan Majlis Sukan Seklah Malaysia. Seramai 15 peserta telah mewakili negeri Johor dalam pertandingan peringkat kebangsaan. Manakala 2 peserta telah mewakili Sukan SEA 2001 (V Saravanan dan M Manoharan).
Lampiran
Senarai PBT di seluruh negara
Negeri/Jumlah PBT
Majlis Bandaraya
(MB) &
Dewan Bandaraya
(DB)
MajlisPerbandaran
(MP)
MajlisDaerah (MD) PBT
Johor (16) MB Johor Bahru
MP Batu PahatMP Johor Bahru TengahMP KluangMP MuarMP Kota Tinggi
MD KulaiMD LabisMD MersingMD PontianMD SegamatMD Simpang RengamMDTangkakMD Yong Peng
PBT Pasir Gudang
Lembaga Bandaran Johor Tenggara (KEJORA)
Pahang (11)
MP KuantanMP Temerloh
MD BeraMD BentongMD Cameron Highlands
MD JerantutMD MaranMD LipisMD PekanMD RaubMD Rompin
Melaka(3)
MBMelaka
Bersejarah
MP Alor Gajah MD Jasin
Negeri Sembilan
(8)
MP NilaiMP Port DicksonMPSeremban
MD JelebuMD JempolMD Kuala PilahMD Rembau MD Tampin
Kuala Lumpur
(1)
Dewan Bandaraya
Kuala lumpurSelangor
12MB Shah Alam MP Ampang Jaya
MP KlangMP Petaling JayaMP SelayangMP Subang Jaya
MD Hulu SelangorMD Kuala LangatMD Kuala SelangorMD Sabak BernamMD Sepang
Perak (15)
MB Ipoh MP ManjungMP Taiping
MD GerikMD Hilir PerakMD kerianMD Kinta BaratMD Kinta SelatanMD Kuala KangsarMD LenggongMD pengkalan HuluMD Perak tengahMD SelamaMD TapahMD Tanjung Malim
Perlis (1)
MP Kangar
Kedah (12) MP Kota StarMP Sungai PetaniMP KulimMP Langkawi Bandaraya Pelancongan
MD balingMD Bandar BaharuMD Kubang PasuMD Padang TerapMD PendangMD SikMD Yan
PBT
Perindustrian
Hi-Tech
Kulim
Kelantan(12)
MP Kota Bharu MD BachokMD Gua Musang MD JeliMD Kota BharuMD Kuala Krai UtaraMD Kuala Krai SelatanMD MachangMD Pasir MasMD Pasir putih
MD Tanah MerahMD Tumpat
Terengganu (7)
MP Kuala Terengganu
MP Kemaman
MD BesutMD DungunMD Hulu TerengganuMD MarangMD Setiu
Pulau Pinang(2)
MP Pulau PinangMP Seberang Prai
Sabah (22)
DB Kota Kinabalu
MP SandakanMP Tawau
MD BeaufortMD BeluranMD KeningauMD KinabatanganMD Kota BeludMD MeruduMD Kuala PenyuMD KunakMD Lahad DatuMD NabawanMD PaparMD PenampangMD RanauMD SempornaMD SipitangMD TambunanMD TenomMD TuaranLembaga Bandaran Kudat
Sarawak (25) DB Kuching Utara
MB Kuching Selatan
MP MiriMP PadawanMP Sibu
MD BauMD BetongMD Dalat & MukahMD KanowitMD KapitMD LawasMD LimbangMD Luar Bandar SibuMD Lubok AntuMD LunduMD Maradong & JulauMD MarudiMD Matu & DaroMD PenampangMD SamarahanMD SaratokMD SarikeiMD SerianMD SimunjanMD Sri Aman Peti Surat 78MD SubisLembaga Bandaran Kudat
Sumber : Laman Web Rasmi-Jabatan Kerajaan Tempatan. www.kpkt.gov.my/malay.
Majlis Perbandaran Kuantan
Mengendalikan kemudahan sukan dan rekreasi kerajaan negeri
- Wisma Belia Indera Mahkota- Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) kemudahan-kemudahan sukan yang serba
lengkap dan bertaraf antarabangsa- menganjurkan acara-acara sukan seperti Pertandingan Piala Perbandaran, Sukan
Tradisional dan Sukan Dalaman untuk kakitangan MPK.- hubungan yang baik dengan pihak-pihak yang sering menggunakan kemudahan
sukan tersebut seperti Majlis Sukan Pahang, Jabatan Belia dan Sukan serta persatuan-persatuan sukan
- objektif- Meningkatkan mutu kemudahan sukan di MPK.
b) Merapatkan hubungan orang ramai dengan pihak Majlis melalui penglibatan dalam aktiviti sukan. c) Menyelaras aktiviti sukan, menyediakan peralatan dan khidmat nasihat kepada pelanggan. d) Meningkatkan lagi kemudahan sukan yang sediaada di samping sebagai salah satu sumber hasil majlis.
memberi khidmat nasihat berhubung dengan aktiviti sukan kepada agensi kerajaan, swasta serta pihak-pihak luar yang memerlukan. Bahagian Sukan juga menjalankan kerja-kerja promosi bagi memastikan semua kemudahan-kemudahan tersebut diguna sepenuhnya oleh orang ramai. Peranan Bahagian Sukan sememangnya amat penting kerana MPK adalah satu-satunya pihak yang mempunyai kemudahan sukan yang serba lengkap serta moden di Kuantan.
Padang Bolasepak, Bolajaring Gelanggang Badminton Kubang Buaya Gelanggang Tenis Taman GeloraKOMPLEKS SUKAN PAHANG (SUKPA) Stadium Tertutup Dewan Gimnasium Padang Hoki Astroturf Gelanggang Boling Padang Lapang Sasar Menembak Gelanggang Badminton Gelanggang Bola Keranjang Gelanggang Sepak Takraw Acara Ping PongKOMPLEKS SUKAN MPK INDERA MAHKOTAGelanggang Dalam Badminton / Sepak Takraw 4 badminton 6, bola tamper 2 Asrama / Bilik Mesyuarat KOLAM RENANG WISMA BELIA INDERA MAHKOTAMBJBStadium Hoki, Jalan TebrauDewan Sri Tebrau Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Kompleks Tenis, Jalan Skudai Padang Sri Gelam, Jalan Sungai Chat
Kemudahan Yang Disediakan
Padang BolaGelanggang Bola TamparGelangang TakrawPadang SoftballAstaka Stadium TertutupTaman Rekreasi
Hutan Bandar, Jalan Tasek Utara, Johor BahruTapak Perkhemahan, Hutan Bandar, Jalan Tasek Utara, Johor BahruTaman Linear, Jalan Tun Abdul Razak, Susur 7, Johor BahruTapak Senaman,KM7, Jalan Skudai, Johor Bahru
Taman Riadah, Bukit Chagar, Johor Bahru.Taman Awam Bukit Saujana.Taman Rekreasi Awarn Lagun Puteri, Johor Bahru.Taman Permainan Kanak-Kanak 'Adventurous Park' Johor Bahru
Khidmat Sewaan di taman-taman awam
Lokasi : Tapak Perkhemahan Hutan Bandar Jalan Tasek Utara Johor BahrukemudahanChalet (8-10 crang) - RM 70.00 sehariDewan Lambak - RM 100.00 sehariTapak Khemah - RM 2.50 sehariBBQ Pit - RM 2.50 sehari
Lokasi : Hutan Bandar Jalan Tasek Utara Johor Bahru Kemudahan - Laman Tembusu Kawasan Tasek - RM 150.00
Lokasi : Taman Linear Bukit Chagar Jogging Track Johor Bahru - RM 200.00
Lokasi : Taman Rekreasi Awam Lagun Puteri Jalan Skudai, Johor Bahrukemudahan - Tempat Berkelah - RM 150.00 sehari 7.00 pagi - 7.00 petangTaman Permainan Kanak-Kanak
Senarai Kawasan Taman Permainan Kanak-Kanak
Zon Bukit Chagar, Kg. Baru & St. ViewBlock A, Rumah Pangsa Lumba KudaBlok C, Rumah Pangsa Lumba KudaRumah Bakti, Bukit ChagarJalan Kolam AirLorong 4, Jalan Nong ChikJalan Lembah, Taman TasikJalan Straits ViewZon Kebun Teh, Stulang & Sentosa
Rumah Pangsa Stulang DaratPangsapuri MBJB, Jalan Stulang DaratJalan Sultanah Rogayah, Taman lskandarJalan Kasa 10Jalan Kasa 6Jalan CokmarJalan LembingJalan NibongJalan Bentara 5, Taman lskandar Zon Abad, PelangiJalan Usaha/Jalan WiiavaJalan Harimau, Tamna Datin RokiahJalan CermatJalan Biru 3/Jalan Hijau 1Jalan Biru MudaJalan Jerau 3/Jalan jerau 7Jalan Putih 3
Jalan Raga/Bersatu
Zon Taman Johor
Persiaran Tanjung, Taman CempakaPersiaran Selasih, Taman CempakaPersiaran Teratai, Taman CempakaMedan Cempaka 1& 2, Taman CempkaLorong Cempaka 1, Taman CempakaJalan Sri Pantai, Taman JohorJalan Selat 1, Tarnan Dato' Pengawa BaratJalan Melor 1, Taman MelorJalan Melor 3, Taman MelorJalan Dahlia 24/7,Taman Dahlialok 5 & 7, Taman MelatiBlok 16 & 17, Taman KenangaBlok 7 & 8, Taman Kenanga B
Zon TampoiJalan Langsat, Kg. PasirJalan Dato'Musa, Kg. PasirJalan Siantan 3, Taman KemasJalan Sri Bahagia 1, Taman Sri BahagiaJalan Penerangan/Perangkaan, Desa RahmatJalan Subang 2 & 3, Taman KobenaJalan Titiwangsa, Tampoi indahJalan Sri Perkara, Tampoi Utama
Zon Uda dan Larkin
Jalan Puyuh, LarkinLorong 1, Jalan sentosa LarkinJalan Merak, LarkinJalan Dato'Jaafar LarkinJalan Padi Ria 1, BBUJalan Padi Ria 15, BBUJalan Padi Ria 12, BBU
Dewanraya Taman TerataiDewanraya Taman Johor JayaDewan Serbaguna SkudaiDewanraya Bandar Selesa Jaya & Taman Damai JayaDewanraya Bandar Seri Alam, Taman Puteri Wangsa & Taman Sri PulaiDewanraya Ulu ChohDewanraya MasaiDewanraya Taman Ungku Tun AminahDewanraya Plentong
Dewanraya Kangkar PulaiDewanraya Gelang PatahDewanraya Taman Sri SkudaiDewanraya Lima KedaiDewanraya Taman NoraDewanraya Taman Bukit TiramDewanraya Taman UniversitiDewanraya Taman Perling - Jalan Undan 3Dewanraya Taman Perling - Jalan Persisiran Perling
Sukan tempatan Karnival sukan antara jabatan spt Karnival Badminton 2005, anjuran Kelab Sukan PBTihak Pengurusan Dewan akan menyediakan dewan selain Dewan Serbaguna Skudai untuk berlatih seperti :- Dewan Taman Damai Jaya, Taman Perling, Taman Sri Pulai dan Taman Sri Skudai.
Temasya Sukan Bulan Kemerdekaan
MAKSAK
Sukan Pihak Berkuasa Tempatan 2005 Sukan Pihak Berkuasa Tempatan kali ke 3 telah berlangsung pada 30 Jun - 3 Julai 2005 bertempat di Dewan Serbaguna Taman Johor Jaya. Sebanyak 13 Pbt telah mengambil bahagian di dalam pertandingan ini. Pertandingan ini meliputi acara :-
• Berpasukan lelaki dan wanita.• Perseorangan Lelaki dan Wanita• Bergu Lelaki dan Wanita• Bergu Veteran Lelaki
Kawasan Rekreasi Gunung LambakTerletak di kaki Gunung Lambak, pusat rekreasi hutan ini adalahmenarik untuk di jadikan
tempat perkelahan, mandi dan mendakigunung. Gunung Lambakmempunyai ketinggian 510m.Kemudahanyang disediakan adalah termasuktempat meletak kereta, kawasan rehat, bilik
persalinan, tandas, jambatan dan chalet. Kawasan Hutan Rekreasi Gunung Belumut
Salah satu kawasan rekreasi yang popular di Kluang. Kedudukannyayang terletak di Felda Kahang Timur dan jauh dari kebisingan dankesibukan menjadikannya kawasan
yang sesuai untuk menenangkanfikiran disamping menikmati keindahan yang terdapat di situ.Sri Timur dan Penusu Air HitamKampung Sri Timor ialah sebuah kampung traditional masyarakatMelayu. Terletak kira-kira 25kilometer dari Bandar Kluang bersebelahan dengan Taman Rekreasi Padang Hijau, Ladang Teh,Gunung Belumut dan Gugusan Felda. Majoriti penduduk di siniterdiri daripada Peladang yang menguruskan tanaman seperti durian dan buah-buahan lain, tanaman orkid, proses kopi, beras dan makanan ringan. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman sepertimenunggang kuda, kanu, menaiki bot dan memancing di
sini.Aktiviti lain seperti Ternakan Haiwan Ladang, Musium Veterinari,Sukan Air, BBQ dan "Farm Stay
kemudahan sukan stadium tertutup kluang, kolam renang terbuka kluang, balai raya chamek,dewan kampong melayu, dewan serba guna kahang,dewan sri lalang, dewan jubli intan, dewan kahang, gelanggang bola keranjang,stadium luang,gelanggang tennis terbuka
DASAR DAN POLISI SUKAN
MAJLIS PERBANDARAN PETALING JAYA
http://www.mppj.gov.my
Jumlah Penduduk 480000
Program Pembangunan Sukan MPPJ adalah satu program yang telah diwujudkan sejak tahun 1990 oleh Majlis Perbandaran Petaling Jaya bagi menyahut seruan dan dasar kerajaan dalam bidang kesukanan. Dasar Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan kemajuan sukan di Negeri Selangor yang telah menetapkan supaya sukan mendapat pengiktirafan, penghormatan dan penggalakkan yang sama
sebagaimana yang diberikan kepada keperluan asasi social yang lain, pihak Majlis telah mengambil inisiatif dengan memenuhi tujuan dan matlamat ini.
Program Pembangunan Sukan MPPJ memberi tumpuan kepada pembangunan sukan di peringkat awal usia hingga remaja. Beberapa bidang sukan telah dikenal pasti menjadi sukan popular dikalangan penduduk dan keupayaan fizikal rakyat Malaysia telah di ambil kira untuk diberikan tumpuan. Faktor seperti kemudahan sukan yang ada di MPPJ juga dijadikan asas semasa memilih jenis sukan tersebut.
MATLAMAT PROGRAM
i)Melaksanakan dasar kerajaan dalam bidang sukan di Petaling Jaya ii)Menjadikan MPPJ sebagai satu pusat kegiatan sukan iii)Melahirkan bakat-bakat baru dalam bidang sukan tertentu dan menjadikan Petaling Jaya sebagai pembekal ahli sukan kepada Negeri Selangor dan Negara iv)Menyediakan satu program pembangunan yang terancang dan teratur untuk kemajuan dan kegiatan sukan di Petaling Jaya v)Memberikan dan menyediakan perkhidmatan dalam bidang sukan sebagai balasan balik kepada pembayar-pembayar cukai. vi)Melahirkan masyarakat Petaling Jaya yang aktif, sihat dan cergas.
Program Pembangunan Sukan MPPJ beroperasi dengan bantuan kewangan yang disediakan dan disalurkan kepada aktiviti-aktiviti dan kegiatan yang berkaitan. Pembiayaan melalui peruntukan yang disediakan ini meliputi operasi menyediakan program latihan, penyediaan peralatan, menyediakan jurulatih, penyertaan kejohanan-kejohanan dan elaun-elaun latihan. Seorang penyelaras di pilih di kalangan kakitangan Majlis yang mempunyai pengetahuan dalam bidang sukan yang tertentu diberikan tugas bagi mengendalikan program-program tersebut. Penyelaras yang dilantik akan melapur kepada Bahagian Pembangunan Sukan MPPJ dan seorang Ahli Majlis MPPJ akan dilantik menjadi Pengerusi Sukan untuk satu bidang sukan bagi merancang dan mengatur pelan strategic untuk pembangunan sukan tersebut.
BILJENIS
SUKANTAHUN MULA
PENYELARAS PENGERUSI
1. Squash 1990 Mary Ong YB Dato’ Lim Choon Kin
2. Tennis 1990Tg. Mohamed Tg. Harun
Tn Dr Wong Chee Yong
3.Lumba Basikal
1994 Amrun Misnoh Cik Ir Zaidah bt Idris
4. Hoki 1996 Zainal Abidin Ismail
5. Olahraga 1997Alias Abdul Rahman
6. Bola Jaring Nor Azizah MukijanYB Datin Paduka Hjh Seripah Noli bt Syed Hussin
7.Sepak Takraw
Mohd Bakri SallehEn Megat Firdaouz bin Tan Sri Megat Junid
8. Badminton Zainah Abd KarimEn Abu Hassan Asha’ari bin Alang Jaman
9. Bola Sepak Yusuf Shamsudin En. Mohd Azli b. Mohd Saad
10.Bola Keranjang
Zailani bin Ramli En David Loo Sin Khoon
PENGURUSAN
1. Program Pembangunan Sukan diletakkan di bawah pengurusan Bahagian Pembangunan Sukan dan Kemudahan Am, Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan MPPJ.
2. Satu jawatankuasa pengurusan di tubuhkan bagi mengurus dan melaksanakan program mengikut pelan rancangan yang di susun. Jawatankuasa pengurusan bertanggungjawab memastikan program mencapai matlamat dengan memastikan hal-hal berkaitan seperti pentadbiran, kewangan, promosi dan sokongan serta sambutan orang ramai terhadap program tersebut berjaya.
3. Seorang Penyelaras Program dilantik bagi melaksanakan dan mengatur aktiviti-aktiviti yang berkaitan Penyelaras di lantik dari kalangan kakitangan MPPJ yang mempunyai pengetahuan serta memahami bidang sukan tersebut.
4. Penyelaras Program adalah bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan satu pelan latihan jurulatih, mengaturkan penyertaan ke kejohanan-kejohanan untuk tujuan pendedahan, menyediakan senarai belanjawan dan tuntutan. Secara kesimpulannya penyelaras perlu memastikan program yang di atur berjalan lancar.
5. Jawatankuasa Pengurusan adalah bertanggungjawab melapur tentang hasil program kepada Majlis Perbandaran Petaling Jaya.
PELAN PROGRAM
1. Peserta-peserta program adalah terbuka. Walaubagaimanapun keutamaan adalah diberi kepada Penduduk Petaling Jaya. Pengambilan peserta atau ahli-ahli di buat melalui promosi dan hebahan. Kerjasama dari Jabatan Pendidikan Negeri, Majlis Sukan Negara, Persatuan-persatuan sukan dan badan-badan sukan yang lain juga digunakan untuk mendapatkan peserta-peserta yang boleh di serapkan ke dalam program ini.
2. Peserta-peserta yang dikenalpasti akan di ujibakat dan di nilai melaui pertandingan-pertandingan yang di sertai.
3. Umur peserta dan masa yang diperlukan bagi melatih peserta tersebut hingga mampu menjadi seorang juara, diambil kira semasa membuat pemilihan.
JURULATIH
1. Jurulatih di pilih berdasarkan pengalaman dan kelayakan2. Jurulatih perlu menyediakan pelan latihan yang sesuai untuk peserta-peserta dan menyakinkan pengurusan dengan cadangan latihan yang di cadangkannya.
KEMUDAHAN LATIHAN
1. Kemudahan sukan sediada milik MPPJ digunakan untuk tujuan latihan. Peralatan sukan akan di bekalkan mengikut keperluan2. Penyelaras bertanggungjawab memastikan latihan berjalan lancar dengan mengatur jadual yang terancang dan peralatan latihan yang mencukupi.
PENDEDAHAN
1. Pendedahan peserta kepada kejohanan-kejohanan adalah penting dan termasuk dalam kandungan pelan latihan yang di atur oleh jurulatih.
2. Jawatankuasa perlu menyediakan dan menganjurkan kejohanan yang boleh mendedahkan peserta untuk menimba pengalaman dan supaya peserta boleh dinilai daripada pencapaiannya di kejohanan tersebut.
PENGUKURAN PENCAPAIAN
1. Kejayaan program di ukur sejauh mana ianya menepati matlamat utama yang ditetapkan iaitu melahirkan bintang atau juara yang boleh menaikkan imej MPPJ.
2. Pengiktirafan seperti mengklasifikasikan pencapaian mengikut taraf kejohanan yang di sertai samada peringkat negeri atau antarabangsa boleh dijadikan tentukur. Kejohanan yang bersifat kelab/persatuan/agensi dalam negeri atau setarafnya: 1 bintang, negeri dan setarafnya : 2 bintang, Antarabangsa dan setarafnya : 3 bintang.
PENGIKTIRAFAN
1. Satu bentuk pengiktirafan disediakan kepada peserta yang berjaya mengharumkan nama MPPJ diwujudkan2. Pengiktirafan boleh berbentuk surat kepujian atau bantuan kewangan (biasiswa) atau Insentif kewangan (Top-up) mengikut taraf bintang yang diperolehi.
Pelan Perancangan Kemudahan Sukan dan Rekreasi Negeri Johor 2005
Sumber: Pembantangan Negeri Johor Belanjawaan 2005
1. Hutan Bandar disetiap Kawasan PBT.
(satu PBT satu hutan bandar ditekan sejak tahun 2002)
Hutan Bandar Sungai Buloh -PBT Pasir GudangHutan Bandar Jalan Tasek Utara -Majlis Bandaraya Johor BahruHutan Bandar Bandar Penawar - Lembaga LpJBHutan Bandar Gunung Lambak -Majlis Perbandaran Kluang.Hutan Bandar Empangan Nachap -Majlis Daerah Simpang RenganHutan Bandar Tanjung Resang -Majlis Daerah MersingHutan Bandar Mutiara Rini -Majlis Perbandaran Johor Bahru TengahHutan Bandar Jalan Bandar –Majlis Daerah Kota TinggiTaman Merdeka -Majlis Bandara Johor Bahru Dalam Perhatian dan perancanganHutan Bandar Tanjung Ketapang -Majlis Perbandaran MuarTaman Putera (IOI) -Majlis Daerah KulaiSungai Kapeh -Majlis Daerah SegamatSeri Medan Taman Botani -Majlis Daerah Yong PengBukit Mambai -Majlis Daerah LabisTanjung Labuh -Majlis Perbandaran Tanjung Labuh
Hutan Bandar Pulau Penarik -Majlis Daerah Tangkak
2. Tapak Perkhemahan diseluruh Johor
Telah ada16 tapak perkhemahan iaitu:
Tapak Perkemahan Hutan Bandar Majlis Bandaraya Johor BahruTapak perkhemahan Taman Bandar PBT Pasir GudangTapak Perkhemahan Empangan Machap Majlis Daerah Simpang RengamTapak Perkhemahan Bandar Penawar lbjbTapak Perkhemahan Kayu Ara Pasong Majlis Daerah PontianTapak Perkhemahan Bt 7Jln Segamat Majlis Daerah SegamatTapak Perkhemahan Ayer Papan Majlis daerah MersingTapak Perkhemahan Gunung Lambak Majlis Perbandaran KluangTaman Impian Emas Majlis Perbandaran Johor Bahru TengahTapak Perkhemahan Kg. Air Biru Bakri Majlis Perbandaran MuarTapak Perkhemahan Taman Putra (IOI) Majlis Daerah kulaiTapak Perkhemahan KM12 Jln Lombong Majlis Daerah Kota tinggiTapak Perkhemahan Seri Medan Majlis Daearah Yong PengTapak Perkhemahan Bukit Mambai Majlis Daerah LabisTapak Perkhemahan Tanjung labuh Majlis Perbandaran Batu PahatTapak Perkhemahan Pulau Penarik Majlis daerah tangkak
3. Taman Negara Johor
Endau –RompinHutan Simpan Gunung PantiTanjung PiaiTaman Negara Gunung Ledang
4. Pewartaan Kawasan Tanah Lembab Berkepentingan (RAMSAR)-
kawasan Sungai Sebana, Sungai Lembam dan Sungai Santi.
5. Program sukan dan rekreasi Antarabangsa Johor tahun 2005
Pelancongan Sukan dan rekreasi
Festival Layang-layang AntarabangsaKembara Mahkota JohorJohore Singapre Second Link Bridge Run,Gunung Ledang ChallengeKejohanan-kejohanan Golf
Sukan Lasak Dunia
Gunung Ledang Mountain Bike Challenge,Para-Glaiding Challenge,Endau-Rompin Eco-ChallengeDesaru International TriathlonInternational Rainforest Challenge
Progran Sukan Akar Umbi
Program Pembangunan SukanProgram Pembangunan BakatProgram Pembangunan Kepegawaian Dan Kejurulatihan SukanProgram Penyemarakan Sukan Akar UmbiProgram Sukan Imej Johor,Program Pendidikan Sukan,Program Kebajikan Sukan, Program Memperkasa Pentadbiran Sukan NegeriProgram Jejak Jaya 2006
KEMUDAHAN SUKAN & REKREASI DI TAMAN BANDAR PASIR GUDANG
Senamrobik. Berbasikal & berjoging. Beriadah bersama keluarga.
Merenggangkan otot. Lawatan ke Muzium Layang-
Layang.
KEMUDAHAN SUKAN & REKREASI DI KOMPLEKS PUSAT BANDAR PASIR GUDANG
Video game & snooker. Kebudayaan & kesenian Sukan instruktural
Kelab Johor FC Snooker Membeli belah
KEMUDAHAN SUKAN DAN REKREASI DI PASIR LAYAR
Kayak & jeti memancing Latihan Perahu layar optimis Pertandingan Perahu layar
LAIN-LAIN KEMUDAHAN SUKAN DAN REKREASI
Hutan Bandar Taman permainan kanak-kanak Stadium tertutup
Pusat sukan Taman awam Tasik Perdana Padang bola sepak
top related