judul peranan aktiviti kokurikulum dalam membentuk ... · maka jelas menunjukkan bahawa kurikulum...
Post on 14-Sep-2019
49 Views
Preview:
TRANSCRIPT
i
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya MUHAMMAD NAZIM BIN MUANAM
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
Nama Penyelia
Tarikh: 7 NOVEMBER 2007 Tarikh: 7 NOVEMBER 2007
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
υ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
υ
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM MEMBENTUK KETERAMPILAN DIRI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
(HURUF BESAR)
DR. YAHYA BIN BUNTAT NO. 82 TAMAN HARMONI,
45400 SEKINCHAN, SELANGOR DARUL EHSAN
ii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam).”
Tandatangan : ..........................................................................................
Nama Penyelia : Dr. Yahya Bin Buntat
Tarikh : 7 Novenber 2007
iii
PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM MEMBENTUK
KETERAMPILAN DIRI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA
MUHAMMAD NAZIM BIN MUANAM
Tesis ini dikemukakan sebagai
memenuhi syarat penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam).
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
November 2007
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : .........................................................
Nama Pengkaji : MUHAMMAD NAZIM BIN MUANAM
Tarikh : 7 November 2007
v
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Buat ayah dan ibuku,
Muanam Bin Hj. Sirat dan Surati Bt Misni
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan
hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua
dan buat kekanda serta adinda terima kasih atas segalanya.
Buat Pensyarah yang disanjungi,
Terutama buat Dr.Yahya Bin Buntat...
Ilmu yang kalian curahkan, akan anak didikmu ini manfaatkan ke jalan yang
diberkatinya. Semoga Allah memberkati, meredhai dan merahmati perjuangan murni
kalian dalam mendidik anak bangsa. Terima kasih untuk semuanya.
Buat Teman Seperjuangan yang dikasihi,
‘Aimi Ayuni, Hakim, Saiful, Adib, Lim, dan teman seperjuangan yang lain...
Bersama mencipta kecemerlangan,
Kenangan bersama tak mungkin hilang di luput zaman,
Semoga Allah memberkati kejayaan kita semua.
Sekian, Wassalam.
vi
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah, berkat rahmat dan keizinan-Nya yang telah memberi semangat
dan ketenangan kepada saya dalam menyiapkan projek penyelidikan ini bagi memenuhi
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan
Awam.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya kalungkan kepada
penyelia saya, Dr. Yahaya Bin Buntat yang telah banyak memberi bimbingan, tunjuk
ajar, nasihat dan motivasi yang amat berguna dalam usaha untuk menyempurnakan
kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya jadikan sebagai panduan
dan pegangan dalam meneruskan cabaran hari mendatang.
Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah yang pernah membimbing, rakan-
rakan seperjuangan dan mereka yang terlibat secara langsung dalam menyiapkan
penyelidikan ini, semoga segala jasa baik yang diberikan mendapat keberkatan di dalam
kehidupan kalian semua, InsyaAllah.
Wassalam.
Muhammad Nazim Bin Muanam
vii
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pelajar Fakulti Pendidikan terhadap
peranan kegiatan kokurikulum dalam membentuk keterampilan diri pelajar. Dalam
konteks kajian ini, hanya empat aspek yang dikaji iaitu kemahiran komunikasi, nilai-
nilai murni, kamahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan kemahiran kepimpinan.
Seramai 143 orang pelajar dari kursus 4SPI, 4SPL dan 4SPS, Fakulti Pendidikan, UTM
terlibat dalam kajian ini. Kaedah soal selidik skala likert digunakan untuk mendapatkan
maklumat. Dapatan kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For
Social Science (SPSS) versi 12. Hasil kajian mendapati bahawa paranan aktiviti
kokurikulum dalam menerapkan kamahiran komunikasi, nilai-nilai murni, kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis dan kemahiran kepimpinan adalah berada pada tahap
yang sederhana.
viii
ABSTRACT
This research is to identify the roles of co-curriculum activities in developing
students’ attitude. In the context of this research, only four aspects will be observed, they
are communication skills, moral values, critical and creative thinking skills and
leadership skills. 143 students from three respective courses, 4SPI, 4SPL and 4 SPS
from the faculty of Education, University Technology Malaysia have been chosen to be
respondents of this research. The instrument used to collect data in this research is the
likert scale questionnaire. The data collected were analyzed using the SPSS (Statistical
Packages for Social Science) system, version 12. The findings show that the roles of co-
curriculum activities in imparting communication skills, moral values, critical and
creative thinking skills and leadership skills are at a middle stage.
ix
PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM MEMBENTUK
KETERAMPILAN DIRI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA
MUHAMMAD NAZIM BIN MUANAM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
x
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN i
PERAKUAN PENSYARAH ii
STATUS PENYELIDIKAN iii
PERAKUAN PELAJAR iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
TAJUK PENYELIDIKAN ix
KANDUNGAN x
SENARAI JADUAL xvi
SENARAI RAJAH xviii
SENARAI SINGKATAN xix
xi
1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1 1.1 Latar belakang masalah 4 1.2 Penyataan masalah 8 1.3 Objektif kajian 9 1.4 Persoalan kajian 9 1.5 Kepentingan kajian 10 1.5.1 Kepentingan Kajian kepada Pengkaji 10 1.5.2 Kepentingan Kajian kepada Pelajar 11 1.5.3 Kepentingan Kajian kepada Organisasi
Yang Terlibat 11
1.6 Skop dan Batasan kajian 12 1.7 Definisi dan Istilah 12 1.7.1 Kokurikulum 13 1.7.2 Kegiatan Kokurikulum 13
1.7.3 Kepentingan 13
1.7.4 Penglibatan 14
1.7.5 Aktiviti 14 1.7.6 Kemahiran Berfikir 14
1.7.7 Kemahiran Berfikir Secara Kritis 15
1.7.8 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif 15
1.7.9 Kepimpinan 15
xii
II SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 17
2.1 Kegiatan Kokurikulum 18 2.2 Aktiviti Kokurikulum UTM 20 2.3 Peranan Aktiviti Kokurikulum 22 2.4 Pembentukan Sifat Kepimpinan 24 2.5 Ciri-ciri kemahiran kepimpinan 25 2.6 Komunikasi 27 2.7.1 Proses komunikasi 27 2.7.1.1 Komunikasi lisan 28 2.7 Nilai-nilai Murni 30 2.8 Kemahiran Berfikir 30 2.8.1 Pemikiran Kritis 31 2.8.2 Pemikiran Kreatif 31
2.9 Implikasi Kokurikulum dalam Pencapaian Akedemik 33 2.10 Implikasi Kokurikulum kepada Sahsiah Pelajar 34
III METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 36 3.1 Rekabentuk kajian 37 3.2 Tempat kajian 37 3.3 Populasi dan sampel 38
xiii
3.4 Instrumen kajian 39 3.4.1 Bahagian A 40
3.4.2 Bahagian B 41 3.5 Prosedur Kajian 42 3.6 Kajian Rintis 43 3.7 Kesahan Soal Selidik 44 3.8 Analisis Data 44 3.9 Penutup 46
IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 47
4.2 Dapatan Kajian 47
4.3 Analisis Data Bahagian A 48 4.3.1 Umur 48 4.3.2 Jantina 49 4.3.3 Taraf Perkahwinan 50 4.3.4 Keturunan 51 4.3.5 Program 52 4.4 Analisis Data Bahagian B 53 4.4.1 Kemahiran Komunikasi 54 4.4.2 Nilai-nilai Murni 58
xiv
4.4.3 Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif 62 4.4.4 Kemahiran Kepimpinan 65 4.5 Rumusan 68
V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 69
5.2 Rumusan 70
5.3 Kesimpulan 71
5.3.1 Latar Belakang Responden 71
5.3.2 Persoalan Kajian Pertama 72
5.3.2.1 Berucap 72
5.3.2.2 Komunikasi Berkesan 73
5.3.2.3 Pertanyaan 74
5.3.3 Persoalan Kajian Kedua 75 5.3.3.1 Nilai-nilai Murni 75 5.3.4 Persoalan Kajian Ketiga 76 5.3.4.1 Pemikiran Kritis 76 5.3.4.2 Pemikiran Kreatif 77 5.3.5 Persoalan Kajian Keempat 78
5.3.5.1 Kepimpinan Berkesan 78 5.3.5.2 Kepimpinan Karismatik 80
xv
5.4 Perbincangan 82
5.4.1 Bahagian A : Analisis Demografi Responden 82
5.4.2 Bahagian B : Analisis Soal Selidik 82
5.5 Cadangan 88
5.5.1 Cadangan kepada Pusat Kokurikulum 88
5.5.2 Cadangan kepada Pejabat Hal Ehwal
Pelajar 89
5.6 Cadangan Penyelidikan Di Masa Hadapan 89
5.6 Penutup 90
BIBLIOGRAFI 91
LAMPIRAN 94
LAMPIRAN A (Set Soal selidik) 95
xvi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Peruntukan minimum perlaksanaan aktiviti kokurikulum sekolah 19 2.2 Jumlah kredit yang diwajibkan mengikut kursus atau program 20 2.3 Gerak kerja kokurikulum 21 3.1 Taburan populasi dan sampel 39 3.2 Pengkelasan skala likert 41 3.3 Jadual pembolehubah 42 3.4 Klasifikasi Kekuatan Alpha 43 3.5 Klasifikasi terhadap item 45 3.6 Penentuan tahap peratusan 45 4.1 Umur 48 4.2 Jantina 49 4.3 Taraf perkahwinan 50 4.4 Keturunan 51 4.5 Program 52 4.6 Kemahiran komunikasi 54
xvii
4.7 Nilai-nilai murni 58 4.8 Pemikiran kritis dan kreatif 62 4.9 Sifat kepimpinan 65 4.10 Nilai purata pembolehubah 68
xviii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH RAJAH MUKA SURAT 4.1 Taburan kekerapan responden mengikut umur 49 4.2 Taburan kekerapan responden mengikut jantina 50 4.3 Peratusan responden mengikut taraf perkahwinan 51 4.4 Peratusan responden mengikut taraf keturunan 52 4.5 Taburan kekerapan responden mengikut program 54
xix
SENARAI SINGKATAN
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
IPT - Institut Pengajian Tinggi
IPTA - Institusi Pendidikan Tinggi Awam
IPTS - Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
SPSS - Statistical Package For Social Science
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggung
jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara (Falsafah Pendidikan
Kebangsaan). Kecemerlangan kognitif atau kecemerlangan akademik tidak menjamin
kecemerlangan pemikiran, sosial, keagamaan dan emosi seseorang. Kewajaran hakikat
ini dalam proses pembangunan kemanusiaan ditegaskan oleh pakar pendidik melalui
teori seperti “ The Theory of Multiple Intelligence ” ( Howard Gardger) dan “ Emotional
Intelligence ” ( Daniel Goleman ) ( Berita Harian, 3 Ogos 1999 ).
2
Program kokurikulum merupakan pelengkap kepada kehendak dan kepentingan
kurikulum. Aktiviti kokurikulum menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk
menambah, mengukur dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai-nilai yang
telah dipelajari di dalam kelas. Kokurikulum dan kurikulum merupakan dua komponen
yang mempunyai hubungan yang sangat rapat dan saling memberi peneguhan antara satu
sama lain dalam sistem pendidikan. Kokurikulum bukan sekadar mengisi kepentingan
perseorangan semata-mata tetapi yang nyata kecemerlangan tersebut jika digemblengkan
akan memberi sesuatu sumbangan yang bererti dalam pembinaan masyarakat seimbang
dan negara yang makmur.
Menurut Ab. Alim (1994), aktiviti, proses serta isi kandungan pengajaran dan
pembelajaran yang dilakukan di bilik darjah atau mata pelajaran akademik di sebut
kurikulum. Maka jelas menunjukkan bahawa kurikulum ialah mata pelajaran akademik
seperti Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi dan sebagainya, di mana proses pengajaran
dan pembelajaran dikategorikan sebagai pendidikan formal. Sukatan mata pelajaran ini
berhasrat untuk memenuhi keperluan-keperluan fikiran, fizikal dan sosial pelajar.
Aktiviti kokurikulum pula adalah lanjutan daripada aktiviti kurikulum seperti
persatuan sains dan matematik dan persatuan bahasa. Menurut Ab. Alim (1994), aktiviti-
aktiviti yang sebahagian besarnya dilakukan di luar bilik darjah pula di sebut
kokurikulum. Kegiatan kokurikulum pula akan menekankan aspek seperti displin diri,
bakat, peranan, kepimpinan, nilai, keberanian dan sebagainya.
Kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum asas iaitu kegiatan atau
aktiviti selain matapelajaran yang diajarkan dalam bilik darjah tetapi dianggap sebagai
sebahagian daripada kursus pendidikan sekolah misalnya, kegiatan persatuan, kegiatan
kesukanan dan sebagainya (Kamus Dewan, 2002).
Aktiviti, proses dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran kokurikulum
dilaksanakan sama ada melalui unit beruniform, persatuan, kelab, sukan dan permainan.
3
Sesetengah unit beruniform, persatuan dan kelab mempunyai kurikulum tersendiri. Ini
dikenali sebagai kurikulum kokurikulum (Ab Alim, 1994).
Proses pembelajaran dan pengajaran dalam aktiviti kokurikulum lebih banyak
dilaksanakan secara tidak langsung. Aktiviti kokurikulum lebih menekankan pekara dan
aspek yang tersembunyi seperti nilai, bakat, peranan, kepimpinan dan sosial seseorang
pelajar. Aktiviti ini dikenali sebagai kurikulum tersembunyi. Penglibatan dalam aktiviti
ini membentuk sahsiah serta disiplin yang baik, pembentukan ciri kepimpinan dan
menanamkan keyakinan diri yang kuat terutama dalam memberikan sesuatu pandangan.
Ini secara tidak langsung dapat mewujudkan kemahiran berkomunikasi yang baik.
Di Malaysia kegiatan kokurikulum telah lama dijalankan. Menurut Ab. Alim
(1995), aktiviti kokurikulum telah lama diperkenalkan dan dilaksanakan dalam sistem
pendidikan di negara ini iaitu sejak zaman penjajahan British lagi. Contohnya Pasukan
Pengakap yang pertama di sekolah pada tahun 1909 di Singapura. Aktiviti kokurikulum
terus diberi penekanan oleh pihak Kementerian Pendidikan seperti yang terkandung di
dalam surat arahan School Course of Studies Regulations 1956 dan Pindaan Tahun
1961(Akta Pendidikan 1961). Memandangkan kepentingan kokurikulum dalam proses
pembelajaran dan alat untuk memenuhi hasrat FPK maka Laporan Jawatankuasa
Kabinet (1979:91) menyatakan ;
“ Kegiatan kokurikulum yang dijalankan di luar bilik darjah adalah penting untuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan ataupun espirit de corps di antara murid-murid berbagai keturunan yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berlainan. Ia juga bertujuan melatih murid-murid supaya bersikap bertanggungjawab. Kegiatan ini juga boleh melatih mereka berdisiplin, berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai.”
4
1.1 Latar belakang masalah
Penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum adalah penting supaya apabila
tamat pengajian kelak, mereka tidak menjadi graduan yang jumud. Graduan dari Institut
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seharusnya
mempunyai keseimbangan dan kekuatan bukan sahaja dari segi keilmuan malahan dari
segi pembentukan sahsiah diri yang cemerlang, gemilang dan terbilang supaya kualiti
graduan dapat dipertonjolkan. Melalui aktiviti kokurikulum, pelajar dilatih bagaimana
untuk menguruskan aktivitinya dalam berpersatuan, kelab, kegiatan sosial, sukan
mahupun badan beruniform. Di antaranya, pelajar akan diajar kaedah berorganisasi,
bekerja secara berpasukan dan memupuk kemahiran komunikasi kerana pelajar perlu
sentiasa berhubung dengan pihak pengurusan universiti dan pihak luar (Berita Harian,
30 Ogos 2005).
Kokurikulum merupakan kaedah bersosial yang membawa ke arah pendidikan
positif, menyeluruh dan sempurna dalam pembentukan sahsiah diri sesorang. Kegiatan
kokurikulum mampu membentuk watak dan peribadi seseorang pelajar. Antara
perkembangan diri individu yang diharapkan melalui kegiatan kokurikulum ini adalah
memupuk sifat kepimpinan, membina dan membentuk sahsiah yang sihat dan seterusnya
membentuk generasi yang berdisplin seperti personaliti yang positif dan rasa
tanggungjawab. Sifat-sifat tersebut berguna dalam meningkatkan kualiti diri dan mutu
kepimpinan dalam organisasi (Fadzilawati, 2003). Apabila menyertai persatuan
beruniform seperti pengakap golongan belia dididikuntuk menguasai pelbagai ilmu
kemahiran disamping penerapan serta penghayatan nilai-nilai murni. (Abdul Aziz,
Utusan Malaysia, 2 Ogos 2004 )
Apabila kita melihat kes-kes buli di sekolah, budaya lepak di pusat hiburan,
budaya ponteng kelas dan ponteng sekolah dan pelbagai lagi masalah disiplin lain yang
timbul boleh dikatakan ianya berpunca daripada pelajar yang tidak aktif dalam kegiatan
kokurikulum. Sekiranya pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum masa dapat
5
digunakan dengan sebaik mungkin melalui aktiviti yang dijalankan. Masalah sosial akan
dapat ditangani jika anak-anak muda terbabit dalam sukan secara aktif (Juhan Jaafar,
Berita Minggu, 18 Julai 2004).
Gejala sosial yang berlaku di kalangan remaja sering dikaitkan dengan mencari
hiburan di luar. Pada pandangan mereka itu adalah cara yang dapat menyelesaikan
segala tekanan yang mereka hadapi semasa di sekolah ataupun masalah yang mereka
hadapi di rumah. Cara mereka melepaskan tekanan adalah dengan melakukan aktiviti
yang kurang berfaedah seperti menagih dadah, seks rambang, vandelisme dan
sebagainya (Ida Marina, 2002). Ini adalah amat jelas dengan perangkaan yang
menunjukkan peningkatan kadar jenayah dan terpesong dengan budaya timur di
kalangan belia semakin meningkat. Gajala ini telah dilihat dapat diatasi dengan
melibatkan diri dalam pasukan beruniform (Abdul Aziz, Berita Harian, 1 Ogos 2005).
Kegiatan kokurikulum perlu dihidupkan semula bagi mengisi masa lapang pelajar selain
mengelakkan gejala sosial berlaku di kalangan pelajar (Hishamudin, Berita Harian, 22
Ogos 2005).
Zabedah (1993), menyokong bahawa sekolah bukan sahaja berperanan sebagai
gedung ilmu, tetapi juga merupakan tempat para pelajar bersosial dengan cara
melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Malangnya hanya 25 peratus sahaja
daripada belia seluruh Malaysia terlibat dalam aktiviti badan beruniform (Abd Aziz,
Berita Harian, 1 Ogos 2005). Mengikut kajian dibeberapa sekolah agama di Pahang,
masalah disiplin berlaku berikutan pelajar tiada ruang melepaskan perasaan mereka.
Jadi, kita yakin dengan bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum dapat membantu
pelajar daripada terjebak dengan masalah disiplin (Hishamudin, Berita Harian, 22 Ogos
2005).
Tinjauan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menunjukkan kegiatan
kokurikulum sebenarnya sudah lama dijalankan di sekolah menengah (Ab Alim, 1996).
Walau bagaimanapun, maklumbalas yang diperolehi mendapati ada sekolah yang
menjalankan secara sambil lewa sahaja. Malahan masih ada lagi sebilangan kecil
6
daripada sekolah-sekolah menengah di Malaysia langsung tidak melaksanakan kegiatan
kokurikulum terutama sekolah-sekolah di pedalaman dan luar Bandar (Mohd Zain,
1998). Malalui tinjauan yang dijalankan pengkaji di Universiti Teknologi Malaysia juga
menghadapi masalah dimana pelajarnya tidak bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum.
Hanya sebahagian sahaja pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti. Ini menunjukkan
satu gambaran yang cukup nyata bahawa pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum masih rendah. Beberapa faktor menjadi punca kepada pelajar untuk tidak
melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan antaranya sikap malas dan tidak ambil
peduli. Selain daripada itu, pelajar menjadikan alasan masa sebagai faktor kekangan
dalam kurangnya penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum ini dan mereka lebih
memberi tumpuan terhadap bidang akedamik (Che Aziz dan Aminuddin, 2002).
Tekanan yang diterima daripada keluarga yang menginginkan anak mereka berjaya
dalam bidang akedamik menyebabkan timbul batasan dalam diri pelajar agar tidak
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum dan akhirnya mereka tidak dapat
menonjolkan bakat yang terpendam seperti bakat kepimpinan.
Menurut perangkaan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber
Manusia tahun 2000, laporan yang diterima daripada majikan lepasan siswazah yang
baru bekerja tidak mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, tidak mempunyai
kemahiran komunikasi dan tidak dapat melaksanakan tugas secara berkumpulan dengan
baik. Ianya telah diperkukuhkan lagi seperti mana dalam laporan (Berita Harian, 30
Ogos 2005) yang menyatakan bahawa, majikan juga sudah tentu mencari bakal pekerja
yang tahu mempengerusikan mesyuarat, menganjurkan majlis untuk syarikat dan
bekerjasama dengan pekerja daripada organisasi lain.
Kegiatan kokurikulum yang dijalankan di universiti merupakan latihan awal dari
aspek kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar. Daya kepimpinan
dapat dilatih melaui badan beruniform, seni dan budaya, pembinaan diri dan masyarakat,
program khas, sukan dan rekreasi di mana ianya mempunyai struktur kepimpinan yang
tersendiri, bermula daripada pengerusi, ketua sehinggalah kepada ahli jawatankuasa
kecil. Setiap ahli dalam persatuan akan berinteraksi secara langsung dalam setiap aktiviti
7
yang dilaksanakan oleh persatuan dan ini dapat melatih pelajar bergaul dalam
masyarakat umum (Ab. Alim, 1994).
Walaupun kegiatan kokurikulum ini mempunyai beberapa tujuan dan
kepentingan bagi membentuk diri pelajar yang seimbang, pada dasarnya kegiatan
kokurikulum ini kurang mendapat sambutan dari segi penglibatan pelajar mahupun
sokongan pihak-pihak tertentu seperti ibu bapa, guru serta masyarakat. Perkara ini
terjadi kerana kebanyakan sekolah atau insitusi pendidikan lebih mementingkan bidang
akedamik sehingga membuat pelajar mengabaikan aspek-aspek bukan akedamik (Abu
Bakar, 1991).
Walaupun aktiviti kokurikulum ini mempunyai banyak kebaikan, namun sistem
pendidikan di Malaysia yang berorentasikan kejayaan dalam peperiksaan telah
menjadikan kurikulum akedamik dipandang lebih penting daripada aktiviti kokurikulum
(Faridah, 1991).
Masyarakat amnya dan ibu bapa khususnya berpendapat penglibatan pelajar
dalam kegiatan kokurikulum akan mendatangkan kesan negatif terhadap pencapaian
akedamik. Bagi mereka masa yang diperuntukkan untuk kegiatan kokurikulum ini
adalah lebih baik digunakan untuk mengulangkaji pelajaran. Sistem pendidikan di
Malaysia yang berorentasikan peperiksaan ini telah menimbulkan tanggapan bahawa
aktiviti kokurikulum hanya membuang masa dan menghalang kepada kecemerlangan
akedamik pelajar. Masyarakat juga beranggapan pelajar yang tidak bergiat aktif dalam
aktiviti kokurikulum akan mencapai kejayaan cemerlang berbanding dengan pelajar
yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum tersebut (Ah Meng, 1990).
Jika dilihat di UTM sendiri kebanyakan persatuan tidak terlibat secara aktif ini
disebabkan kurangnya penglibatan pelajar kerana memberi tumpuan penuh kepada
bidang akedamik semata-mata. Mereka beranggapan aktiviti kokurikulum sebagai
membazir masa dan tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada mereka. Tidak
dinafikan ada sesetengah kegiatan kokurikulum begitu aktif. Namun begitu, ia hanya
8
melibatkan persatuan-persatuan tertentu sahaja. Sekiranya pelajar tidak terlibat secara
langsung dalam aktiviti kokurikulum ini akan menimbulkan masalah kepada mereka
untuk mencari pekerjaan. Ini disebabkan oleh penglibatan pelajar di dalam aktiviti
kokurikulum diambil kira sebelum mereka diterima bekerja.
Kementerian Sumber Manusia 2000, melaporkan bahawa laporan yang diterima
daripada majikan lepasan siswazah yang baru bekerja menunjukkan siswazah tersebut
tidak mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, tidak mempunyai kemahiran
komunikasi yang baik dan tidak dapat melaksanakan tugas secara berkumpulan dengan
baik. Kementerian Sumber Manusia juga menyenaraikan faktor-faktor kegagalan
lepasan siswazah dalam mendapatkan pekerjaan. Antara faktor yang disenaraikan adalah
lepasan siswazah yang memohon pekerjaan tidak melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum walaupun mempunyai keputusan akedamik yang baik.
Masalah yang dikemukakan oleh Kementerian Sumber Manusia ini berkait rapat
dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Sekiranya pelajar tersebut
terlibat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum, kemahiran memimpin, kemahiran
komunikasi dan lain-lain kemahiran akan diperoleh (Zulkifli, 2000).
1.2 Pernyataan Masalah
Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang diperlihatkan, didapati aktiviti-
aktiviti ko-kurikulum di sekolah mempunyai peranan yang penting dalam memupuk
kecemerlangan dan keterampilan diri pelajar. Walaubagaimanapun terdapat pelbagai
halangan dalam perlaksanaannya terutama dari sudut kehadiran dan penglibatan pelajar
dalam aktiviti tersebut. Oleh itu satu kajian berkaitan dengan peranan aktiviti ko-
kurikulum dalam membentuk keterampilan diri pelajar perlu dikaji. Untuk tujuan ini
9
pengkaji akan membri tumpuan kepada empat aspek utama yang meliputi aspek
komunikasi, nilai murni, kepimpinan dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
1.3 Objektif kajian
Di sini pengkaji menggariskan beberapa objektif kajian yang ingin dicapai
sepanjang penyelidikan ini iaitu:
i. Mengenal pasti kegiatan kokurikulum dapat membentuk kemahiran
komunikasi pelajar.
ii. Mengenal pasti aktiviti kokurikulum dapat membentuk nilai-nilai murni di
dalam diri pelajar.
iii. Mengenal pasti aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan ciri pemikiran kritis
dan kreatif pelajar.
iv. Mengenal pasti aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan ciri kepimpinan
pelajar.
1.4 Persoalan Kajian
Bagi mencapai objektif-objektif penyelidikan yang dinyatakan di atas, berikut
disenaraikan persoalan kajian yang cuba dijawab dalam penyelidikan ini iaitu:
i. Apakah kegiatan kokurikulum yang disertai dapat membentuk kemahiran
komunikasi pelajar?
10
ii. Apakah aktiviti kokurikulum yang disertai dapat membentuk nilai-nilai murni
di dalam diri pelajar?
iii. Apakah aktiviti kokurikulum yang disertai dapat meningkatkan ciri pemikiran
kritis dan kreatif pelajar?
iv. Apakah aktiviti kokurikulum yang disertai dapat meningkatkan ciri kepimpinan
pelajar?
1.5 Kepentingan kajian
Kajian ini mempunyai kepentingan yang tertentu di mana pengkaji
membahagikan kepada 3 bahagian iaitu kepentingan kepada pengkaji, kepentingan
kepada pelajar dan kepentingan kepada organisasi yang terlibat seperti pusat
kokurikulum UTM dan pejabat hal ehwal pelajar UTM.
1.5.1 Kepentingan Kajian kepada Pengkaji
Kajian ini memberi peluang kepada pengkaji untuk menggunakan ilmu
pengetahuan yang dipelajari di dalam bilik kuliah secara teori untuk digunakan secara
praktikal dalam penyelidikan ini bagi mendapatkan hasil kajian. Kajian ini juga dapat
menambahkan pengetahuan pengkaji tentang implikasi daripada aktiviti-aktiviti
kokurikulum kepada pembangunan modal insan seseorang individu.
Pengkaji juga dapat menggunakan segala kemahiran seperti kemahiran
mengumpul maklumat, kemahiran untuk menganalisis dan kemahiran dalam penulisan
ilmiah secara langsung dalam kajian ini.
top related