jawapan soalan sains sosial
Post on 07-Jul-2016
69 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Sejak dari dulu lagi, khususnya masyarakat Melayu, gotong-royong diamalkan sebagai
sebahagian daripada cara hidup atau adat resam mereka. Kini, selepas kemerdekaan atau lebih
tepat lagi, selepas pengwujudan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1973, gotong-royong
telah dimartabatkan sebagai salah satu nilai sosioekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan
bangsa Malaysia.
Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia
moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia masyarakat berbilang kaum. Maka, harus ada satu
aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak dapat dinafikan
bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif. Melalui semangat bantu-
membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang, mahupun rumah ibadat,
akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Gotong-royong merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-
nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah malahan di pejabat. Rasa kekitaan, rasa
prihatin, dan penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan
untuk negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini. Ini berdasarkan kesan positif gotong-
royong yang sebenarnya membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti
penagihan dadah dan kecurian, lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan
menyeluruh ahli masyarakat.
Menurut Sakjoyo dan Pujiwati Sakjoyo ( dalam Selvi S. Padeo , 2012 : 88 ) mengemukakan
gotong royong merupakan adat istiadat tolong menolong antara warga dalam berbagai macam
lapangan aktiviti sosial , baik berdasarkan hubungan tetangga kekerabatan yang berdasarkan
berkesan yang sifatnya praktikal dan ada pula aktiviti kerja sama yang lain .
Menurut Koenjaraningrat ( dalam Selvi S. Padeo , 2012 : 87 ) mengemukakan gotong royong
merupakan suatu konsep yang erat sangkut paut dengankehidupan masyarakat sebagai petani
pada masyarakat agraris . gotong royong merupakan suatu sistem pengarahan tenaga tambahan
dari luar keluarga untuk mengisi kekurangan dalam rangka aktiviti pengeluaran bercucuk tanam .
Dari beberapa penjelasan para ahli di atas penulis mengambil suatu kesimpulan bahawa yang
dimaksudkan dengan gotong royong adalah merupakan adat istiadat tolong menolong dan bentuk
kerja sama antara warga dalam berbagai macam lapangan aktiviti sosial yang terdapat dalam
kehidupan masyarakat
Bak kata pepatah Melayu; “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Demikian juga tentang
kerja gotong-royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya
dan juga belanjanya akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan bersama-sama. Itulah
prinsip gotong-royong. Pihak kerajaan telah menetapkan bahawa setiap penempatan warganegara
di Malaysia mempunyai satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
(JKK). Fungsinya untuk menjana kegiatan gotong-royong setempat, khususnya untuk
kepentingan umum. Isu ini jika ditelusuri secara mendalam, banyak wang, masa, dan tenaga
telah dijimatkan kerana ahli masyarakat akan bekerjasama mencapai sesuatu perkara. Contohnya,
jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah, mereka akan bekerjasama
membersihkannya dan tidak perlu membuang masa dan wang mengupah orang lain embersihkan
atau terpaksa menanggung belanja perubatan kerana sakit akibat kesan jangka panjang daripada
gundukan sampah yang tidak sempurna diuruskan itu. Tidak kiralah sama ada menyumbangkan
derma atau tenaga untuk gotong-royong, kesan gotong-royong kepada masyarakat seluruhnya
cukup bermakna baik untuk pembangunan material masyarakat mahupun pembangunan insan.
Namun, semangat gotong-royong dikatakan kian luntur selaras dengan perubahan waktu.
Salah satu sebabnya dikaitkan dengan masyarakat kini yang lebih bersifat materialistik. Pada
zaman nenek moyang kita, sesuatu kerja dapat dilakukan secara bersama dan bermuafakat
dengan tidak terbabit perhitungan upah atau kewangan. Tetapi pada zaman moden kini, setiap
sesuatu perkerjaan, usaha dan kegiatan dikaitkan dengan konsep upah.
Masyarakat moden sentiasa mengejar kemajuan. Kemajuan pula dikaitkan dengan kebendaan.
Umumnya aspek kerjasama dan semangat gotong-royong tidak mendapat perhatian daripada
anggota-anggota masyarakat. Untuk mengikis gejala yang kurang sihat ini, kempen kebersihan
merupakan salah satu langkah yang boleh mengembalikan semangat gotong-royong. Jika projek
gotong-royong membersihkan kewasan sekitar anda diadakan masalah kebersihan dapat
ditangani dalam hanya beberapa jam sahaja, di samping membersihkan kawasan sekitar,
penduduk-penduduk dapat mengeratkan perhubungan dengan kempen yang bermakna ini.
Kempen ini juga boleh membuktikan bahawa perhubungan dan kerjasama di kalangan penduduk
kental dan mantap. dengan penjalanan projek kempen kebersihan, mestilah semangat gotong-
royong dapat dihidupkan semula di kalangan masyarakat kini.
Di samping itu, pelancaran projek Rukun Tetangga juga merupakan salah satu langkah yang
boleh dijalankan bagi membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan
kediaman mereka. Rukun Tetangga memainkan peranan penting dalam sesebuah komuniti bukan
saja sebagai saluran mengeratkan perpaduan antara penduduk berbilang kaum serta agama malah
ejen perubahan dan kemajuan masyarakat. Skim Rukun Tetangga juga boleh diperluaskan lagi
dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian
hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan. Sektor Rukun Tetangga
turut berperanan dalam usaha memupuk persefahaman dan perpaduan kaum terutama di
kalangan remaja yang banyak dilaksanakan menerusi program Jiran Muda di bawah kelolaan
Jabatan Perpaduan Negara Daerah. Kejadian jenayah waktu malam dapat dikurangkan menerusi
rondaan yang dijalankan oleh sektor Rukun Tetangga di beberapa kawasan perumahan terutama
di kawasan bandar. Projek Rukun Tetangga ini juga membolehkan penduduk-penduduk
menganjuran aktiviti-aktiviti di dalam komuniti mereka. Aktiviti ini bertujuan untuk
membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah
bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin
dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya. Dengan projek yang
bermakna ini, tentulah amalan gotong-royong ini dapat dipupuk dan diperturunkan.
Selain daripada itu, konsep Jiran Sepakat Membawa Berkat pula membolehkan rakyat-rakyat
mengetahui pentingnya masyarakat mengamalkan semangat kejiranan, khususnya di kawasan
perumahan. Semangat kejiranan semakin terhakis terutama pada golongan yang lebih menjurus
urusan keduniaan. Masyarakat hari ini asyik bekerja siang dan malam, maka ketiadaan masa
hendak berjiran, malah kebanyakan lebihmementingkan isu menambah pendapatan. Keutamaan
hari ini sudah berubah berbanding masa dahulu. Kepentingan berjiran tidak ada kerana kita tidak
nampak kesan baik didepan mata sebaliknya, masyarakat lebih suka pada apa yang mereka
nampak. Jadi, pelancaran konsep Jiran Sepakat Membawa Berkat adalah untuk menyedarkan kita
bahawa Semangat kejiranan itu perlu dipupuk semua lapisan masyarakat tanpamengira sama ada
mereka tinggal di rumah teres, rumah pangsa, setinggan,bandar atau di desa. Dengan
menyebarkan konsep Jiran Sepakat Membawa Berkat, memanglah semangat kejiranan dapat
diperkenalkan kepada rakyat-rakyat kita, secara tidak langsung, semangat gotong-royong juga
dapat dipupuk.
Untuk meningkatkan semangat semangat gotong-royong, langkah-langkah lain seperti Pertingkat
kempen semangat gotong-royong menerusi media juga merupakan langkah yang berkesan.
Media merupakan satu saluran yang sangat penting dalam memberikan maklumat kepada
masyarakat. Ia juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam memberi maklumat parti dan juga
kerajaan kepada masyarakat. Menerusi saluran media, semangat gotong-royong boleh
disampaikan kepada kita secara terus. Selain memperkenalkan konsep-konsep yang boleh
meningkatkan semangat gotong-royong, penyediaan kemudahan untuk penduduk beriadah atau
berehat di luar rumah seperti taman permainan, dewan atau surau penting untuk mengeratkan
hubungan-hubungan antara penduduk-penduduk. Dengan mempunyai komunikasi yang baik di
antara penduduk, semangat gotong-royong senang dipupuk juga.
Dengan langkah-langkah yang dicadangkan di atas, semoga semangat gotong-royong ini dapat
dihidupkan semula di kalangan masyarakat kini.
2. Konsep gotong-royong yang diamalkan dalam mana-mana kaum di Malaysia dan
bincangkan bagaimana amalan-amalan tersebut telah mempengaruhi kehidupan
masyarakat di Malaysia
Bergotong-royong
Salah satu nilai budaya masyarakat orang Melayu ialah melakukan sesuatu perkerjaan dengan
bergotong-royong kehidupan secara berkumpalan. Gotong-royong diamalkan dalam aktiviti
seperti kenduri-kendara, menanam dan menuai padi, membersihkan rumah ibadat dan tanah
perkuburan. Masyarakat Melayu kini, masih lagi giat bergotong-royong dalam melaksanakan apa
sahaja untuk kepentingan masyarakat sekeliling. Antara sifat masyarakat Melayu ialah dalam
membersihkan masjid, surau dan sebagainya. Dalam membersihkan masjid, amalan ini dilakukan
sejak awal kedatangan Islam di Alam Melayu. Sifat ini menggambarkan budaya Melayu sentiasa
bersatu padu dalam apa jua cabaran dan halangan.
Pertanian padi dalam masyarakat Melayu tradisional dibuat secara gotong-royong. Ia bermula
dari proses membuka hutan sehinggalah mendapatkan hasil. Teknologi direka cipta sendiri
seperti membuat baji untuk menebang pokok serta membelah kayu. Memasang pelita dan
unggun api digunakan untuk meluruskan tali air dan batas sawah atau bendang. Membuat lesung
bagi mengisar padi dan sebagainya. Banyak lagi contoh-contoh teknologi masyarakat Melayu
tradisional yang telah direka cipta dan digunakan seperti panduan arah angin, persenjataan dan
alat pertukangan, alat memasak dan tenunan hatta kepada pembinaan kapal layar untuk
perdagangan.
Konsep gotong royong ini amat penting kerana masyarakat tidak mampu melaksanakan
sebarang kerja secara bersendirian. Mengambil contoh bagi membuka sebuah kawasan sawah
padi misalnya pengusahaan sawah padi dikendalikan oleh seluruh penduduk kampung kerana
melibatkan kerja menebas dan menebang pokok, membakar atau memerun, menggali parit dan
tali air, membuat batas atau ban bagi takungan air mahupun untuk tujuan sempadan antara tuan
punya, ataupun bagi membina pagar dari ancaman babi hutan atau menghalang ternakan
memakan pokok padi. Melalui konsep kerjasama, bukan sahaja saling membantu, malahan dapat
menyelaraskan kerja. Tali air dan parit tidak boleh dibuat bersendirian kerana melibatkan luas
dan kedalaman yang berbeza dari sebelah hulu ke hilir. Begitu juga dengan batas atau ban yang
hendak dibina harus mengambil kira kedudukannya agar tidak memasuki ke bahagian orang lain.
Menuai padi juga mesti bersama-sama supaya dapat mengelakkan dari terkeluar dari musim
panas. Ini kerana padi yang telah dituai harus dijemurkan pada panas matahari supaya mudah
semasa memprosesnya menjadi beras. Jika musim hujan tiba, sedangkan kerja mengambil buah
padi belum selesai, maka kerugian besarlah petani tersebut dari segi hasilnya. Oleh yang
demikian, istilah “muafakat membawa berkat” telah jadi pengikat perhubungan dalam
masyarakat Melayu tradisional.
Rewang merupakan perkataan yang sinonim dalam masyarakat melayu jawa sejak dahulu
lagi.Amalan rewang merupakan amalan yang telah diwarisi turun temurun dalam kalangan
masyarakat melayu jawa.Amalan rewang adalah bersamaan dengan maksud amalan gotong-
royong dan seumpama dengannya. Pada satu-satu majlis kenduri perkahwinan dan seumpamanya
amalan rewang dapat dilihat dalam sesebuah kampung mahupun penempatan yang didiami
masyarakat melayu jawa terutamanya di johor. Adat inilah yang dipanggil dengan istilah rewang
menjadikan ianya satu budaya dan adat yang unik dalam masyarakat Jawa. Penglibatan dalam
aktiviti rewang seolah-olah menjadi satu yang wajib dan menjadi satu kesalahan yang besar jika
ada mana-mana anggota keluarga yang tidak dapat menghadirkan diri dengan alasan yang
konkrit.
Tatacara adab bergaul dengan masyarakat ada disebut dan dibincangkan di dalam kitab Sairu As-
Salikin karangan Syeikh Abdul Samad Palembagi. Beliau membahaskan adab yang bagaimana
untuk kita dibolehkan bergaul dengan masyarakat atau tidak. Pertamanya, tidak dibolehkan
sekiranya aktiviti tersebut bercampur dengan perkara-perkara maksiat dan boleh merosakkan
akhlak, iman & amal. Keduanya dibolehkan atas dasar ta’awun iaitu bertolong-tolongan dalam
perkara kebaikan.
Maka saya melihat sebenarnya budaya rewang ini merupakan satu medan amal yang besar
kerana aktiviti bergotong royong memang menjadi satu amalan masyarakat Melayu umumnya
dan budaya rewang ini juga dapat dijadikan satu medan dakwah diperingkat keluarga dan sanak
saudara. Maka itulah misi amal, ziarah dan ukhwah menjadi keutamaan kami sebelum
mendahulukan nilai adat dan budaya setempat.
Maka, aktiviti selama dua hari tersebut telah dipenuhi dengan aktiviti yang meriah kerana
masing-masing akan mencari apa sahaja kerja yang boleh dilakukan. Kalau dahulu, anak-anak
muda akan berebut-rebut untuk menjadi “penanggah” yang bermaksud pelayan, tetapi fungsi
tersebut kian lama kian terhakis kerana sistem kenduri sekarang lebih kepada sistem layan diri.
Selain itu juga, minat belia-belia dan anak muda untuk menghadiri rewang juga kian merosot.
Mungkin sebab itulah saya menyarankan agar misi amal ini di terapkan agar mereka dapat
melihat semua kerja-kerja ini dengan nilai-nilai pahala amal yang soleh.
Antara lain yang menjadi tarikan anak muda ialah hiburan. Makanya, mana-mana majlis yang
tiada hiburan maka kuranglah anak-anak muda yang hadir. Antara hiburan yang saya maksudkan
ialah seperti kumpulan kugiran, kuda kepang, joget lambak dan sebagainya. Maka disinilah saya
melihat peranan dakwah yang sesuai agar hiburan-hiburan yang melalaikan ini dapat diubah
konsepnya kepada hiburan yang lebih Islamik.
Bermain-main dengan keletah adik-adik sepupu dan anak-anak buah juga menjadikan misi
ukhwah amat bererti buat saya. Kami sesama sepupu berborak-borak panjang bercerita dari hal
kerjaya, rumahtangga, politik dan lain-lain lagi. Bagi saya ukhwah inilah sebagai satu jambatan
jangka panjang untuk misi dakwah yang lebih jauh pada masa-masa mendatang.
3.Sekiranya konsep gotong-royong ini telah terhapus dan apakah kesan-kesan kepada
hubungan antara kaum di Malaysia
Sayangnya, kini terdapat satu hakikat yang terpaksa ditelan, iaitu tradisi kesukarelaan kelihatan
menjadi semakin pudar.Banyak faktor yang mengakibatkan ini berlaku. Kebanyakan pengamat
dan aktivis sosial menyatakan bahawa sebahagian besarnya ialah akibat budaya masyarakat kini
yang semakin mementingkan kebendaan dan peribadi. Pendapat ini ada kebenarannya.
Bagaimanapun, perlu juga dilihat beberapa faktor yang lebih teliti, yang sebahagiannya terdapat
dalam corak, cara dan citra, sama ada dalaman atau luaran, dunia kesukarelaan itu sendiri.
Antaranya ialah terdapat sukarelawan/wati, terutamanya yang komited untuk berkhidmat
sepenuh masa dalam sesuatu jangka masa tertentu, yang walaupun mempunyai niat yang mulia,
tetapi kurang ilmu dan kemahiran yang sesuai untuk melaksanakan sesuatu perkhidmatan yang
ingin atau telah diceburinya. Pada waktu yang sama, jika mereka berkhidmat melalui sesebuah
organisasi kesukarelaan, organisasi itu pula tidak mempunyai kemampuan untuk memberikan
latihan dan pendedahan yang secukupnya. Ini menyebabkan sukarelawan itu sendiri menjadi lesu
dan perkhidmatannya yang separuh masak itu kurang meyakinkan masyarakat akan
keperluannya.
Sebahagian daripada organisasi kesukarelaan tidak mempunyai sistem pengurusan, sokongan
dana dan strategi pemasaran yang kukuh, manakala sesetengah organisasi kesukarelaan yang
besar jumlah anggotanya terpaksa menjalankan terlalu banyak aktiviti sehingga kehilangan
fokus. Kedua-dua perkara ini mengurangkan keberkesanannya.
Sementara itu, terdapat sebahagian organisasi kesukarelaan dipimpin oleh orang atasan
seperti golongan istana, pemimpin politik atau korporat, sehingga menjadi elitis sifatnya. Ada
kalanya terdapat muka-muka yang sama yang memimpin beberapa buah organisasi, di samping
adanya pemimpin yang telah memegang sesuatu jawatan untuk satu tempoh masa yang amat
lama, sehingga kelihatan seperti wujudnya kepentingan peribadi atau menjadikan organisasi
kesukarelaan sebagai batu loncatan.
Bagi sesetengah ibu bapa dan pelajar, masa yang digunakan untuk kerja-kerja kesukarelaan
dianggap mencuri masa yang sepatutnya digunakan untuk belajar atau mengulang kaji demi
meraih keputusan peperiksaan yang paling cemerlang. Manakala bagi sesetengah pekerja muda,
dan mereka yang berpendapatan rendah, setiap masa yang terluang digunakan pula untuk
melakukan kerja lebih masa untuk menambah pendapatan.
Di samping itu, budaya wang telah begitu sekali mencengkam sehingga sukar sekali untuk
menggerakkan sesuatu secara benar-benar sukarela. Kini, sebahagian daripada kerja yang
dahulunya dijalankan secara sukarela oleh masyarakat atau organisasi, telah mula diswastakan.
Budaya ini turut meresap ke kubu tradisi kesukarelaan seperti kenduri-kendara di mana katering
mula menggantikan amalan memasak secara gotong-royong.
Sebahagian masyarakat pula telah menjadi begitu manja dengan kerajaan sehingga merasakan
apa-apa sahaja kekurangan yang wujud itu akhirnya akan diselesaikan kerajaan. Oleh itu, jika
ada inisiatif sukarela yang digerakkan untuk mengatasi kekurangan itu, mereka mengambil sikap
tidak apa sahaja.Bagaimanapun, gambaran yang sebenarnya tidaklah sepudar itu. Hakikatnya
ialah setiap kali aktiviti kesukarelaan dianjurkan, dengan syarat ia dilaksanakan secara sistematik
- dan tidak berbau politik - masih ramai yang tampil menabur bakti. Setulus kudus.
Di samping itu, terdapat ramai golongan profesional yang sedia menjadi sukarelawan.
Masalahnya ialah kurangnya prasarana yang dapat menguruskan kesediaan mereka ini secara
sistematik.Pada waktu yang sama, walaupun benar bahawa terdapat sebahagian corak, cara dan
citra kesukarelaan bentuk tradisional telah berkubur,
Perpaduan kaum dan integrasi nasional amat penting bagi negara Malaysia yang mempunyai
pelbagai kaum. Sejajar dengan rukun Negara yang mendukung cita-cita hendak mencapai
perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya, memelihara cara hidup
demokratik, mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati secara adil dan saksama, menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak dan membina satu masyarakat progresif
yang a
Terdapat pelbagai masalah yang akan timbul sekiranya berlaku ketidakwujudan perpaduan
kaum dan integrasi nasional di Malaysia. Jika hal ini berlaku, negara menjadi kacau-bilau dan
huru-hara. Justeru menjadikan keselamatan dan keamanan negara akan terancam. Rakyat
merupakan kelompok yang penting dalam menjamin keselamatan dan keamanan negara. Namun,
berikutan masyarakat yang telah berpecah belah, Kadar jenayah di dalam Negara akan
meningkat hal ini berikutan, perbalahan dan pergaduhan antara kaum akan terjadi. Masyarakat
saling benci membenci dan tiada rasa kasih-sayang, tanggungjawab dan kerjasama di dalam satu
komuniti. Tunjuk perasaan, perhimpunan dan aktiviti yang tidak sihat akan berterusan dan
berleluasa. Berikutan itu, nyawa setiap rakyat dalam keadaan tidak selamat dan terancam.
Masalah mencuri, meculik dan lain-lain akan meningkat kerana tiada sikap untuk saling
bekerjasama.kan menggunakan sains dan teknologi moden.
Sehubungan itu, sikap prasangka antara kaum akan sentiasa wujud dalam masyarakat. Sifat
saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat. Masyarakat akan sentiasa curiga dan
menaruh perasaan yang kurang baik tehadap individu yang mempunyai akhlak yang buruk.
Perasaan ini payah untuk dihapuskan walaupun individu berkenaan cuba untuk melupakan dan
membuang tabiat buruknya. Keharmonian dalam masyarakat tidak akan wujud sekiranya sikap
prasangka dan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri,
membelengu diri individu. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum.
Negara sukar untuk dibentuk menjadi negara yang mencapai perpaduan. Maka, wujudnya jurang
yang semakin besar antara kaum dan pergaduhan dalam masyarakat pasti akan terus berlaku.
Ramai yang akan hilang pertimbangan terhadap setiap keputusan dan semangat perpaduan dalam
masyarakat akan semakin menghilang. Gejala sosial pula akan meningkat. Contohnya akibat
daripada minuman yang memabukkan akan mendatangkan kesan yang buruk seperti pergaduhan,
kes kecurian, merosakkan harta benda awam dan perbuatan membunuh.
Sehubungan itu, pembangunan negara akan terbantut berikutan masalah perpaduan yang berlaku
dan negara yang tidak lagi teratur, sedikit sebanyak akan menganggu pembangunan negara.
Berikutan kekurangan modal dalam negara dan ekonomi yang tidak menentu. Berikutan daripada
masalah perpecahan kaum, masalah ekonomi dan ketidakpuasan hati oleh kaum kaum tertentu,
negara akan ishtihar darurat. Maka, segala urusan pembangunan yang dirancang akan tergendala.
Selain itu, Wawasan 2020 tidak akan tercapai berikutan masalah ekonomi dan sosial yang
semakin membelenggu negara. Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir
Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia
menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang
dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga dalam bidang
politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial. Kesemua ini juga
melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial
dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan. Bayangkanlah bagaimana untuk kita
sama-sama untuk mencapai wawasan 2020 sedangkan negara dalam keadaan huru-hara dan
matlamat-matlamat di dalamnya tidak dapat dilaksanakan.
top related