jaringan industri dan perhubungan korporat
Post on 02-Feb-2017
253 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Makmal Kejuruteraan Awam
Jaringan Industri &Perhubungan Korporat
Usaha terkini UTM adalah kolaborasi bersama rakan industriPROTON, peneraju industri pemotoran negara didalampenubuhan makmal satelit penyelidikan. Makmal 'FutureDrive Laboratory' yang beroperasi di kampus UTM Johor
Bahru akan digunakan sepenuhnya untuk membangunkansistem 'e-drive' yang banyak digunakan dalam kenderaan
hibrid dan elektrik selain difokuskan untuk R&D lanjutanbagi teknologi pemulihan dan penyimpanan tenaga.
Proton Technology Advisory Council di Lotus Group HQ, Norwich.
Jaringan Industri & Perhubungan Kor porat
Kerjasama yang dimeterai dengan pihak industri.
6442
Dalam Negara
Luar Negara
Hubungan simbiosis universiti dan industri ini amat
signifikan kerana kedua-duanya saling memerlukan.
Dalam era Model Baru Ekonomi (MBE) misalnya,
hubungan kedua-dua pihak ini semakin penting apabila
negara memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran
tinggi. Oleh yang demikian, universiti sentiasa memberi
peluang dan ruang untuk mengadakan kerjasama dalam
pelbagai bidang penyelidikan dan pembelajaran. Pada
tahun 2011 sebanyak 106 Memorandum Persefahaman
(MoU), Memorandum Perjanjian (MoA) dan lain-lain
perjanjian telah ditandatangani dengan industri dan
institusi luar seperti Seagate International (Johor) Sdn
Bhd., Malaysian Bio-Xcell Sdn Bhd dan Cameron
International Malaysia Systems Sdn Bhd. Ini merupakan
langkah pertama yang bakal mengundang penglibatan
yang lebih serius dan formal.
Usaha terkini UTM ialah kolaborasi bersama rakan
industri PROTON, peneraju industri pemotoran negara
dalam penubuhan makmal satelit penyelidikan. Makmal
'Future Drive Laboratory' yang beroperasi di kampus
UTM Johor Bahru akan digunakan sepenuhnya untuk
membangunkan sistem 'e-drive' yang banyak digunakan
dalam kenderaan hibrid dan elektrik selain difokuskan
untuk R&D lanjutan bagi teknologi pemulihan dan
penyimpanan tenaga. Manakala makmal 'Active Safety
Laboratory' beroperasi di Kampus UTM Kuala Lumpur
memberi tumpuan kepada usaha penyelidikan lanjutan
Jaringan Industri &Perhubungan Korporat
76
Jaringan Industri & Perhubungan Kor porat
terhadap aspek dinamik kenderaan khususnya menerusi
teknologi berasaskan simulasi serta penilaian objektif
dan subjektif mengenai teknologi keselamatan aktif.
Kerjasama bersama PROTON juga telah memberi peluang
kepada staf akademik memainkan peranan utama dalam
pelbagai kegiatan penyelidikan dan inovasi di Syarikat
Proton Berhad. Usaha ini secara tidak langsung telah
meletakkan UTM sebagai penyumbang kepada
pembangunan industri kereta nasional.
Selain itu, UTM telah menjalinkan kerjasama dengan
CCM Chemicals Sdn. Bhd. (CCMC), iaitu sebuah syarikat
berasaskan industri kimia dan tersenarai di Bursa
Malaysia. CCMC telah bersetuju untuk menggunakan
hasil penyelidikan yang dibangunkan oleh penyelidik
UTM dan telah dipatenkan di mana produk tersebut
akan digunakan untuk memulihkan kawasan tadahan
air yang tercemar, menyerap logam berat yang
menggunakan sebatian semula jadi daripada tumbuh-
tumbuhan, penggunaan membran penapis air dan
produk-produk penapisan air.
Kerjasama strategik dengan Malaysia Bio-Xcell Sdn Bhd,
sebuah syarikat berasaskan bioteknologi juga dilihat
sebagai salah satu usaha membantu kerajaan menerajui
ekosistem bioteknologi di negara ini melalui pelbagai
inisiatif termasuk Program Penyelidikan dan
Pembangunan yang strategik yang dikenal pasti untuk
mengembangkan perkhidmatan dan kemudahan di
Hab Ekosistem yang terletak di koridor pembangunan
selatan, iaitu Iskandar Malaysia, Johor.
Ker jasama seterusnya ia lah dalam bentuk
pengembangan program pendidikan dan latihan
profesional sama ada pada peringkat ijazah lanjutan
atau kursus pendek. Hal ini membolehkan warga industri
mengetahui perkembangan terkini dalam sesuatu
disiplin ilmu. Universiti melalui UTMSPACE telah
mengetengahkan pembudayaan pembelajaran
sepanjang hayat yang berterusan kepada masyarakat
termasuk warga industri dengan tujuan men-
transformasikan kesejahteraan sosioekonomi mereka.
Senarai program pembelajaran sepanjang hayat.
Nama Program
Bahasa Inggeris & Program Persediaan
Program Kerjasama
Program Eksekutif
Bilangan Peserta
206
5,671
588
77
78
Jaringan Industri & Perhubungan Kor porat
1. Ditchley Rountable anjuran UTM dan Centre For Islamic Studies, Oxford University2. Lawatan Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad ke pameran Proton-UTM Electric Car Flagship Project di ICSM.
3. MoU antara UTM dan CCM Bhd.4. MoU antara UTM dan Hewlett-Packard Malaysia.
1
4
3
4
79
Jaringan Industri & Perhubungan Kor porat
1. MoU antara UTM dan University of Columbia, The New York Academic of Science, Amerika Syarikat.
4. Lawatan ke Pameran Sempena Majlis Perasmian Makmal UTM-PROTON.5. MoU antara UTM dan Forest Research Institute Malaysia (FRIM).
3
4 5
2
2. Majlis menandatangi MoU antara UTM dengan BIOMALAYSIA 2011 dan IWA Development Congress.3. Majlis menandatangi MoU antara UTM dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).
1
top related