isu pendatang tanpa izin peranan media terhadap
Post on 09-Jul-2016
87 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
ISU PENDATANG TANPA IZIN : PERANAN MEDIA TERHADAP KESEDARAN, PENGETAHUAN DAN SIKAP DI KALANGAN
MASYARAKAT DI MALAYSIA
INSTITUT PENGURUSAN PENYELIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 40450 SHAH ALAM, SELANGOR
MALAYSIA
OLEH:
PROF. DR. HJ. BUKHORY HJ. ISMAIL HJ ISMAIL SUALMAN
JUN 2007
COPYRIGHT @ UiTM
Tarikh Surat Kami
05 April 2006 600-IRDC/SSP.5/3/1706
40450 Shah Alam, Malaysia Website : h t tp/ /: www.uitm.edu.my/brc
Prof. Dr. Bukhory Hj. Ismail Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA (UiTM) 40450 Shah Alam Selangor
Yg. bhg. Prof.,
PERMOHONAN MENGGUNAKAN SEBAHAGIAN GERAN PENYELIDIKAN BAGI PENGUMPULAN MAKLUMAT PROJEK DI INDONESIA KOD PROJEK : 120000050065 "ISU PENDATANG TANPA IZIN : PERANAN MEDIA TERHADAP KESEDARAN, PENGETAHUAN DAN SIKAP DI KALANGAN MASYARAKAT DI MALAYSIA DAN INDONESIA"
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan yg. bhg. Prof, dan penyelidik Encik Ismail Bin Sualman untuk menjalankan kerja-kerja pengumpulan maklumat di Jakarta dan Bandung, Indonesia pada 09 hingga 12 April 2006 adalah diluluskan dengan beberapa syarat seperti berikut:
• • Pembiayaan yang diluluskan adalah berdasarkan baki peruntukan yang ada iaitu sebanyak RM 740.00 sahaja.
Bagi memastikan perjalanan ini berjalan lancar, diharap yg. bhg. Prof., dapat mengambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut:
1. Perjalanan
a) Urusan perjalanan perlu dikendalikan sendiri oleh pihak yg. bhg. Prof., (termasuk visa).
b) Yg. bhg. Prof., dinasihatkan mendapatkan insurans perjalanan (pembiayaan sendiri) dan juga insurans perubatan (pembiayaan sendiri) untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang memerlukan perlindungan ini.
c) Yg. bhg. Prof., dinasihatkan menjaga nama baik universiti dan negara serta mematuhi segala peraturan imigresen di negara yang akan dimasuki.
PENYELIDIKAN, P E M B A N G U N A N D A N PENGKOMERSILAN L A N D AS A N KEWIBAWAAN D A N KECEMERLANGAN
No. Telefon : Penolong Naib Canselor (Penyelidikan) Ketua Penyelidikan (Sains Sosial dan Pengurusan) Ketua Penyelidikan (Sains Sosial dan Teknologi) Ketua INFOREC Ketua Perundingan (Kewangan)
03-55442094/5 03-55442097 03-55442091 03-55442750 03-55442090
Ketua Harta Intelek Penolong Pendaftar Pegawai Eksekutif
Ketua Perundingan Ketua Pengkomersilan
03-55442100 03-55442750 03-55442753 03-55442092 03-55442098
Fax Unit Kewangan Zon 17 Penolong Akauntan
Pejabat Am 03-55442093 03-55442101 03-55442096 03-55443440 03-55442099
MS ISO 9001 REG NO. AR2BS7
COPYRIGHT @ UiTM
2. Kelulusan Naib Canselor untuk Ke Luar Negara
Mengikut keperluan Surat Pekeliling Am Bil. Tahun 1984, setiap kakitangan universiti yang ingin ke luar negara perlu mendapatkan kelulusan Naib Canselor UiTM. Sehubungan dengan itu, yg. bhg. Prof., perlu mendapat kelulusan untuk ke luar negara dari Y.Bhg. Dato' Naib Canselor sebelum membuat persiapan akhir dengan menyempurnakan borang yang boleh diperolehi dari IRDC atau di Fakulti dan menghantarnya ke Canseleri bersama dengan salinan surat kelulusan IRDC ini.
3. Kelulusan Dekan Fakulti
Yg. bhg. Prof., dipohon untuk memaklumkan tarikh kepulangan yg. bhg. Prof., kepada pihak Fakulti agar ia tidak mengganggu jadual kuliah atau apa-apa program Fakulti.
Yg. bhg. Prof., perlu mengemukakan salinan kertas kerja/laporan bagi pembentangan tersebut yang telah diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, UiTM bagi rekod kami. Sekiranya yg. bhg. Prof., memerlukan maklumat lanjut mengenai pembayaran atau ingin mengambil pendahuluan perjalanan, sila berhubung dengan pihak IRDC atau Unit Kewangan Zon 17.
Sekian, semoga proses pengumpulan maklumat dapat dijalankan dengan lancar dan baik.
Yang be lar,
DR. AZNhZATN AHMED •^Penolong Naib Canselor (Penyelidikan)
s.k. 1) Y.Bhg. Dato' Seri Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
2) Prof. Madya Dr. Rodzyah Hj. Mohd. Yunus Ketua Penyelidikan (Sains Sosial & Pengurusan) Institut Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersilan UiTM, Shah Alam
3) Encik Ismail Bin Sualman Ahli Projek Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media
/nez
COPYRIGHT @ UiTM
SURAT PENYERAHAN LAPORAN
Tarikh 2007 No. Fail Projek : 120000050065
Penolong Naib Canselor (Penyelidikan) Institut Pengurusan Penyelidikan Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam
YBhg. Prof.,
L A P O R A N A K H I R P R O J E K P E R U N D I N G A N P E N Y E L I D I K A N :
Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini disertakan 1 (satu) naskah Laporan Akhir Penyelidikan bertajuk ISU P E N D A T A N G T A N P A IZIN : P E R A N A N M E D I A T E R H A D A P K E S E D A R A N , P E N G E T A H U A N D A N SIKAP DI K A L A N G A N M A S Y A R A K A T DI M A L A Y S I A
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
PROF. DR. HJ. BUKHORY HJ. ISMAIL
Ketua Projek Penyelidikan
iv
COPYRIGHT @ UiTM
DAFTAR AHLI PENYELIDIK
KUMPULAN PENYELIDIK
PROF. DR. HJ. BUKHORY HJ. ISMAIL
KETUA PROJEK
Tandatangan
HJ ISMAIL SUALMAN
Ahli
Tandatangan
COPYRIGHT @ UiTM
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kerana meluluskan dana dalam menjalankan kajian ini terutamanya kepada :
Dekan Fakulit Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA SHAH ALAM, Selangor.
Rakan-rakan media dari Industri akhbar di Indonesia dan Malaysia.
Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi membolehkan penyelidikan ini disiapkan dengan sempurna.
Sesungguhnya sumbangan anda semua telah menambahkan khazanah ilmu dan pengajian dasar dan komunikasi demi pembangunan Negara tercinta.
Terima kasih
Okt. 07
vi
COPYRIGHT @ UiTM
ISI KANDUNGAN
BAB KANDUNGAN HALAMAN
Muka Surat Tajuk i
Surat Tawaran Penyelidikan ii
Surat Penyerahan Laporan iv
Daftar Ahli Penyelidik v
Penghargaan vi
Isi Kandungan vii
Daftar Illustrasi viii
Abstrak ix
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1 1.2 Isu Pendatang Asing 5 1.3 Pernyataan Masalah 13 1.4 Objektif Kajian 17 1.5 Skop Proj ek / B atasan Kerj a 18 1.6 Objektif Kajian Analisa Isi Kandungan 18 1.7 Rasional Kajian 19
2 TINJAUAN SUSASTERA
2.1 Kajian Bahan Bertulis 20 2.2 Pendatang Tanpa Izin (PATI) 31 2.3 Operasi Membenteras Pendatang Tanpa Izin 33 2.4. Jumlah Perangkaan Tangkapan Mengikut Negeri dan 35 Akta Kesalahan
vii
COPYRIGHT @ UiTM
3 KERANGKA TEORI 39
3.1 Pengenalan 39 3.2 Pendekatan penggunaan dan Pemuasan Media 39 3.3 Teori Penentuan Agenda 43 3.4 Model Penentuan Agenda 45
4 METODOLOGI
4.1 Pengenalan 50 4.2 Rekabentuk Kajian 50 4.3 Lokasi Kajian 50 4.4 Persampelan 51 4.5 Takrifan Kendalian 51 4.6 Analisa Data 51 4.7 Instrumen Kajian 53 4.8 Takrifan Konsep Analisa Isi Kandungan 54 4.9 Klasifikasi Kategori 55 4.10 Kaedah Kajian 56 4.11 Pemilihan Sampel Analisa Isi Kandungan 58
5 HASIL KAJIAN SURVEI
5.1 Dapatan Kajian 60 5.2 Media Komunikasi Mengenai Isu PATI 60
5.3 Tumpuan kepada maklumat PATI 61 5.4 Pengetahuan tentang isu PATI 62 5.5 Sikap Terhadap Isu PATI 63
6 HASIL KAJIAN ANALISA ISI KANDUNGAN 65
6.1 Pengenalan 65 6.2 Hasil Analisa Kandungan 65
6.2.1 Tarikh Penerbitan Artikel 65 6.2.2 Petikan Akhbar 66 6.2.3 Jenis Berita 67 6.2.4 Ruangan di Akhbar 69 6.2.5 Tujuan Penulisan 69 6.2.6 Kategori Berita 69 6.2.7 Isu Yang Menjadi Fokus Di Dalam Akhbar 70
viii
COPYRIGHT @ UiTM
6.2.8 Sumber Berita 71 6.2.9 Personaliti Yang Terbabit Dalam PATI 72 6.2.10 Kecenderungan Berita 73 6.2.11 Perkaitan Antara Media dan Kecenderungan Berita 74
7 R U M U S A N D A N C A D A N G A N 76
7.1 Perbincangan 76 7.2 Kesimpulan 78 7.3 Cadangan 80
7.3.1 Penulisan yang obj ektiviti 81 7.3.2 Punca-punca Kemasukan PATI 82 7.3.3 Kesan Kemasukan PATI 83 7.3.4 Cara Penyelesaian Membenteras PATI 86
R U J U K A N 87
ix
COPYRIGHT @ UiTM
ABSTRAK
Terdapat dua objektif dalam kajian ini. Pertama kajian ini melihat kesan terhadap pengetahuan, sikap dan tindakan terhadap isu PATI di kalangan masyarakat Malaysia. Kedua objektif kajian berkaitan dengan analisa isi kandungan terhadap akhbar Malaysia dan Indonesia terpilih. Skop kajian ini adalah tertumpu kepada pemaparan maklumat mengenai PATI yang disiarkan di media - televisyen dan radio dan akhbar. Kajian dijalankan pada bulan September hingga Disember, 200<? Tujuan utama kajian menganalisis laporan akhbar yang dikeluarkan oleh media cetak. seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, The Star dan New Straits Times di Malaysia dan akhbar Kompas, Pikiran Rakyat, Media Indonesia, The Jakarta Post dan Suara Merdeka berkaitan isu pendatang asing di Malaysia. Kajian ini juga menunjukkan bahawa secara keseluruhannya tumpuan responden terhadap maklumat berkaitan dengan hubungan diplomatik, penghantaran pulang PATI ke Indonesia, dan maklumat kemasukan pendatang asing ke Malaysia. Manakala isu yang kurang diberi perhatian adalah berkaitan dengan jenayah berat yang dilakukan oleh PATI Indonesia. Kajian ini mendapati majoriti responden mengetahui mengenai masalah sosial yang dilakukan pendatang Indonesia di Malaysia dan isu dokumen diri PATI. Kajian ini mendapati rakyat Malaysia tidak mengetahui mengenai isu Pembantu Rumah Indonesia, dan tidak mengetahui mengenai isu penghantaran pulang PATI ke Indoensia, tidak mengetahui mengenai isu penguatkuasaan undang-undang berkaitan PATI. Majoriti responden bersetuju bahawa penghantaran pulang PATI Indonesia berjaya mengawal kemasukan Imigeran ke Negara ini, dan menganggap prosedur kemasukan pekerja asing ke Malaysia patut diperketatkan. Mereka juga menganggap Malaysia tidak perlu terlalu bergantung kepada pekerja Indonesia sahaja untuk pembangunan Negara dan menyokong usaha Kerajaan Malaysia mengemaskinikan kemasukan Pendatang ke Malaysia. Hasil kajian ini juga mendapati isu pendatang asing sering dimuatkan dalam bahagian nasional, namun demikian kita tidak harus melupakan kepentingan lidah pengarang dan forum pembaca. Melalui kajin juga, dapatlah dijelaskan bahawa, kebanyakkan media gemar mensensasikan isu-isu berbangkit terutamanya yang berkaitan dengan masalah sosial dan penguatkuasaan di mana ia secara tidak langsung akan membuatkan masyarakat mulai takut dan lebih berjaga-jaga untuk memastikan mereka tidak menjadi mangsa seperti yang dilaporkan akhbar. Secara keseluruhannya juga, kajian ini mendapati akhbar dari kedua-dua akhbar kedua-dua Negara memaparkan isu PATI secara seimbang dan positif. Oleh itu akhbar dilihat sebagai agen pembangunan dan bertanggungjawab dalam memaparkan sesuatu isu secara sihat, adil dan saksama.
x
COPYRIGHT @ UiTM
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Kajian berkaitan migrasi yang berkembang pesat beberapa tahun ini, timbul hasil
daripada rasa ingin tahu secara perlahan terhadap peranan sebenar media oleh para
pengkaji migrasi. Penelitian terhadap teks utama yang diterbitkan beberapa tahun
lepas mendedahkan bahawa secara praktikalnya tidak ada perhatian diberikan
terhadap isu-isu media malah kebanyakkan mereka tidak mempunyai 'media' di
dalam indek, tajuk dalam bab mahupun tajuk kecil. Migrasi berkecenderungan untuk
menjadi matlamat sebagai peristiwa atau proses jarak masa yang cukup besar untuk
diterangkan dalam ekonomi, demograpik atau maksud sosiologi dan berkaitan pula
dengan isu pekerjaan, pembangunan, taburan semula penduduk, pembentukan kelas,
dan penciptaan oleh komuniti etnik.
Media memainkan peranan penting dalam masyarakat demokratik. Menurut
andaian ini, ketiadaan maklumat mengenai dunia akan menyebabkan warganegara
tidak dapat memenuhi tanggungjawabnya dan demokrasi akan hancur. Oleh itu media
dianggap sebagai tulang belakang demokrasi dan menjadi pengikut yang
mencantumkan sistem tersebut. Kecenderungan untuk memberikan kewartawanan
tugas utama dalam masyarakat telah disokong oleh para penyokong dan pengkritik.
Rungutan tentang media massa cenderung untuk mengfokuskan pelaksanaan dan
bukan atas andaian bahawa mereka memainkan peranan penting dalam jentera
demokratik. Jika demokrasi bergantung pada warganegara yang aktif dan mempunya
maklumat, media dianggap sebagai jentera untuk memastikan keadaan ini.
1 COPYRIGHT @ UiTM
Harold Lasswell (1948), seorang saintis politik mencadangkan sebuah model
analisis fungsi media yang boleh membimbing pemikiran mengenai perkara tersebut.
Media, menurut beliau, menyediakan pengawasan keadaan sekeliling, kolerasi
komponen masyarakat berhubung dengan keadaan sekeliling, dan pancaran warisan
sosial.
Menurut beliau lagi, media harus mengawal masyarakat, membentuk
masyarakat, membantu masyarakat memahami dunia di sekeliling mereka dan'
bertindak sebagai penggerak sosialisasi. Media dijangka melahirkan rasa muhibbah
dan pola pemikiran bagi menyediakan model kehidupan. Kemungkinan media akan
memenuhi fungsi yang diberikan banyak bergantung kepada kandungan mesej yang
bercetak dan rancangan penyiaran yang disiarkan. Sekiranya wartawan tidak berjaya
mengesan alam sekeliling dengan berkesan, pengguna berita akan merasakan
kesannya.
Tanggapan masyarakat bahawa akhbar berkuasa dan mempunyai pengaruh
yang besar terhadap individu dan institusi masyarakat sememangnya telah lama
bertunjang di hati kita. Karya-karya penulisan popular juga sering memuatkan tulisan
yang memaparkan kuasa yang ada pada akhbar. Pepatah berbunyi : 'kuasa sebatang
pena lebih tajam daripada sebiiah pedang' juga memberi gambaran yang sama. Ia
diperkukuh lagi dengan kenyataan umum mengenai kekuatan dan kekuasaan akhbar.
Napoleon misalnya pernah berkata, "tiga buah akhbar yang tidak bekerjasama dengan
pemerintah adalah lebih berbahaya daripada tikaman 1000 benet."
Walter Lippmann (1922) dalam buku Public Opinion telah memberi perhatian
terhadap peranan penting komunikasi massa dalam membentuk tanggapan masyarakat
tentang dunia. Dalam usaha ini, Lippmann memperkenalkan idea stereotaip yang
dianggap sebagai "gambaran di dalam fikiran kita'. Melalui pemerhatian, Lippmann
mendapati masyarakat telah berkembang dengan begitu pesat dan sukar bagi
seseorang individu itu menghadapi perkembangan ini secara bersendirian. Akhbar
boleh membantunya meghadapi perkembangan itu walaupun tidak menyeluruh.
2
COPYRIGHT @ UiTM
Lippmann tidak pernah mencurigai kepentingan peranan akhbar dan
menekankan bahawa ia belum lagi dianggap sebagai bidang yang serius oleh para
sarjana. Walaubagaimanapun, beliau menyedari wujudnya sekatan akhbar dan cara ia
berinteraksi dengan masyarakat apabila beliau menulis;
Akhbar bukanlah pengganti mutlak bagi institusi masyarakat. Ia diibaratkan lampu suluh yang menyinari kegelapan malam, membawa satu talian episod ke episod yang lain untuk ditatap. Manusia tidak mampu memikul segala beban di dunia dengan sorotan lampu suluh ini sahaja. Mereka tidak boleh mengawal masyarakat s.ekadar melalui episod, kejadian dan pertelagahan. Akhbar hanya boleh memenuhi tanggungjawab dengan bantuan cahaya ini dan memberitahu mereka cara membuat keputusan penting. Masalahnya di sini bukan hanya terletak pada akhbar malah terhadap cara penyelesaiannya juga. (Lippman: 1922)
Dalam beberapa tulisan para sarjana, konsep media berkuasa tergugat dengan
kajian terhadap pengundi dan sikap mereka di Eric County, Ohio, pada tahun 1940. Di
samping mampu mempengaruhi pengundi dan membantu perubahan, akhbar juga
berupaya memperkukuh pengaruh. Para sarjana mula meragui pengaruh media
sebagai agen perubahan komunikasi. Kajian demi kajian dijalankan untuk
memperkatakan mengenai kajian dan keputusan tahun 1940 ini.
Pada waktu yang sama, ahli sains sosial cuba menghadkan kesan media massa
sementara para pengkritik budaya popular membuat tanggapan yang berbeza. Para
sarjana budaya popular dari dunia kritikan kesusasteraan melihat media massa
mempunyai pengaruh yang besar terhadap seseorang serta masyarakat. Mereka
menganggap akhbar sebagai alat yang boleh menjejas dan menggugat budaya.
Wesley C.Clarke secara jelas menyokong tanggapan bahawa media amat
berkuasa. Clarke berpendapat bahawa media telah diberi kepercayaan penuh kerana ia
telah berjaya mencorakkan perubahan sosial di Amerika. Harold D.Lasswell, seorang
ahli sains politik pula menggambarkan pendapat Lippmann dalam eseinya yang
berjudul 'gambaran manipulasi'. Lasswell melihat gambaran pemikiran manusia yang
boleh diubah oleh manipulasi propaganda. Beliau berpendapat manusia tidak
3
COPYRIGHT @ UiTM
mempunyai kuasa menghalang dalam pentafsirannya.
Satu lagi pandangan yang agak menyeluruh bentuknya tentang pengaruh dan
kesan komunikasi dari kaca mata budaya yang dibuat oleh pengkaji James Carey.
(1975), seorang sarjana popular menggunakan saluran media untuk memancarkan
mesej kepada masyarakat yang tidak mampu dan sering dilanda ketakutan. Carey
memberi sudut pandangan komunikasi yang berbeza daripada pendekatan kebudayaan
satu upacara keagamaan sebagaimana yang dijelaskannya.
Dalam definisi yang lazim, komunikasi dikaitkan dengan sifat perkongsian,
penyertaan, penyatuan dan kekitaan di samping memiiki satu kepercayaan. Definisi
ini menggunakan pendekatan lama dan berdasarkan persamaan istilah, perhubungan
kemasyarakatan dan komunikasi. Pandangan komunikasi yang agak lama ini
ditujukan terhadap perkembangan mesej dalam sesuatu ruang, sementara corak
perlaksanaanya dibuat oleh masyarakat dalam sesuatu waktu. Ia bukanlah suatu
tindakan untuk memberi maklumat tetapi melibatkan penyertaan dan kepercayaan
yang dihayati bersama.
Analisis yang dibuat oleh Stephenson(1967) menunjukkan bagaimana sarjana
dewasa ini mengubahsuai penafsiran negatif serta menakutkan apa yang dibuat oleh
pakar budaya popular. Apabila konsep media minimum ini diperkukuh dalam kajian
sains sosial pada tahun 1940, 1959 dan 1960, penekanan para pengkaji hanyalah
terhadap perubahan sikap sahaja. Tetapi bukti bahawa mesej media mempunyai kesan
yang kuat mengubah sikap warganegara terutama yang berkait dengan politik tidaklah
begitu meyakinkan.
Seorang pengkaji pendapat umum berbangsa Jerman, Elisabeth Noelle-
Neumann membentangkan satu kes dengan teliti serta meyakinkan tentang konsep
media masa itu berkuasa. Beliau menjelaskan para pengkaji telah memberikan terlalu
sedikit perhatian terhadap tiga faktor utama media. Mesej media berada di mana-mana
dan sukar untuk kita melepaskan diri daripadanya. Lebih jauh dari itu terdapat banyak
mesej yang dikumpulkan.
4
COPYRIGHT @ UiTM
Kajian tabiat pengundi oleh John P. Robinson mempunyai satu bahagian yang
menarik tentang pentafsiran kesan media. Bermula dengan pilihanraya presiden tahun
1968, Robinson mengumpulkan data dan telah membuktikan sokongan lidah
pengarang akhbar yang kuat mempengaruhi tabiat pengundi. Daripada lima
pilihanraya yang ditelitinya setelah mengambil kira faktor lain, pilihan pengundi
adalah berhubung kait dengan sokongan akhbar yang mereka baca. Robinson dengan
berhati-hati bahawa bukti asas yang diperoleh menunjukkan akhbar memberi kesan
terhadap tingkah laku manusia.
Cohen (1963) dengan penuh bersemangat telah menyatakan dalam
kebanyakkan keadaan, media tidak berupaya mempengaruhi orang ramai bagaimana
untuk berfikir tetapi yang mengajaibkan ialah media berjaya mempengaruhi
pembacanya untuk menentukan apa yang perlu difikirkan. Justeru media telah
dilabelkan sebagai agen perubahan masyarakat yang baru yang ternyata pengaruhnya
melebihi suara-suara yang lain.
Di samping itu, media turut memainkan peranan penting dalam mengimbangi
keberkesanan dasar kerajaan. Pemaparan isu-isu dan berita-berita yang tepat, benar
dan bertanggungjawab amat penting dalam proses ini. Di sini media berperanan
sebagai check and balance dalam menentukan dasar-dasar negara.
1.2 Isu Pendatang Asing
Kebimbangan orang ramai terhadap pendatang asing bukanlah perkara baru. Ia terbit
ekoran tanggapan negatif penduduk negara ini yang sering mengaitkan kelompok ini
dengan pelbagai masalah sosial. Namun kebimbangan itu bukan tidak ada asasnya. Di
kampung-kampung kehadiran mereka pada awalnya dulu khususnya pendatang
Indonesia dilihat menyumbang kepada kejadian kehilangan harta benda dan pecah
rumah. Manakala pendatang Bangladesh pula menggusarkan ibu bapa dan para suami
5
COPYRIGHT @ UiTM
yang takut anak gadis dan isteri mereka terjebak dengan pesona cinta pendatang ini.
Kehadiran golongan yang pernah dilabelkan sebagai pendatang haram dan kini
pendatang tanpa izin (PATI) tidak hanya untuk mencari rezeki di negara 'lombong
emas' ini tetapi juga turut membiakkan pelbagai masalah sosial, jenayah dan juga
kesihatan.
Sebenarnya masalah pendatang asing adalah masalah sejagat dan berlaku di
kebanyakan negara yang sedang pesat membangun malah juga di negara-negara maju
seperti Amerika Syarikat dan Australia. Di Amerika Syarikat misalnya sedang
menangani kemelut pendatang tanpa izin yang berjumlah 12 juta orang tanpa
dokumen yang sah. Dilaporkan kongres telah meluluskan undang-undang yang
menggariskan tiga langkah penting untuk menangani masalah PATI iaitu:
Penghantaran balik PATI ke negara asal, pembinaan pagar secara besar-besaran
sepanjang sempadan Amerika dan Mexico bagi menyekat kemasukan dan juga
hukuman jenayah yang lebih berat ke atas majikan yang menggaji mereka.
Malangnya undang-undang ini telah mendapat bantahan yang cukup hebat
daripada mereka yang memperjuangkan hak golongan PATI ini. Tunjuk perasaan
yang melibatkan ribuan puak yang menyokong PATI pada 1 Mei lalu yang mereka
namakan sebagai 'Satu hari tanpa PATI' turut disertai oleh pemilik-pemilik syarikat
yang sebahagian besarnya menggunakan tenaga buruh PATI. Pemilik syarikat besar
ini mendakwa bahawa peranan PATI perlu diiktiraf kerana sumbangan mereka dalam
pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat.
Menurut pakar-pakar ekonominya, ekonomi Amerika Syarikat bakal lumpuh
sekiranya undang-undang ini dikuatkuasakan kerana majoriti tenaga kerja yang
bertumpu di sektor pertanian dan pembinaan terdiri daripada golongan PATI. Kajian
terbaru yang dilakukan oleh Persekutuan Biro Perladangan Amerika mendapati
tindakan terhadap PATI akan mengakibatkan kerugian dalam pengeluaran pertanian
negara itu dari AS$5 sehingga AS$9 bilion dalam tempoh tiga tahun dan mungkin
mencecah ASS 12 bilion dalam tempoh empat tahun berikutnya.
Senario yang sama juga berlaku di negara ini kerana sejumlah 2.4 juta seperti
yang dilaporkan itu termasuk PATI kini sedang bertumpu di sektor yang paling
6
COPYRIGHT @ UiTM
penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara iaitu perladangan dan
pembinaan dan juga perkilangan. Bayangkanlah kesan yang bakal ditanggung oleh
ekonomi negara sekiranya tenaga buruh asing ini direntap secara tiba-tiba daripada
ketiga-tiga sektor ini?
Walaupun kita mengakui bahawa peningkatan luar biasa kadar jenayah sejak
akhir-akhir ini ada kaitannya dengan kebanjiran pendatang asing namun
menyelesaikannya bukanlah semudah yang kita fikirkan. Seperti yang biasa
diutarakan selama ini kemelut yang membabitkan pendatang asing ini berpunca
daripada sikap orang kita juga. Tidak ramai kalangan kita yang sanggup melakukan
seperti yang dilakukan oleh buruh asing ini.
Di sektor perladangan misalnya, amat sedikit daripada orang kita yang rela
bermandi peluh di bawah panas terik matahari berbanding dengan buruh asing dari
Indonesia dan sebagainya. Malah di sektor pembinaan, pemaju yang ditemui
mengeluh kerana sukarnya mendapatkan khidmat buruh tempatan berbanding dengan
buruh asing.
Sebenarnya kerajaan tidak mempunyai banyak pilihan dalam menghambat
masalah jenayah oleh pendatang asing ini. Menghantar pulang PATI ke negara asal
mungkin boleh mengurangkan sedikit beban jenayah tetapi langkah ini bukanlah baik
untuk pertumbuhan ekonomi negara. Kecuali rakyat negara ini yang masih
menganggur bersedia mengisi tempat tenaga buruh ini, tidak perlulah kita bermimpi
di siang hari untuk tidak memerlukan khidmat buruh asing lagi. Lagipun, menggaji
buruh asing ini lebih murah berbanding dengan buruh tempatan.
Kadangkala sikap majikan yang ingin untung besar juga turut menyumbang
kepada masalah PATI ini seperti perbuatan menggaji 1,700 pekerja asing yang telah
tamat permit kerjanya oleh syarikat pengeluar sarung tangan getah yang tersenarai di
Papan Utama Bursa Malaysia iaitu Top Glove Corporation Bhd. Besar kemungkinan
terdapat banyak lagi majikan yang terlibat dalam kegiatan seperti ini tetapi terlepas
daripada dihidu oleh pihak berkuasa.
7 COPYRIGHT @ UiTM
Dalam menangani masalah jenayah oleh PATI ini, langkah yang perlu diambil
sewajarnya tidak akan merugikan mana-mana pihak. Kita perlu mengakui bahawa
khidmat buruh asing amat diperlukan dalam menjanakan ekonomi negara. Apa yang
perlu dilakukan sekarang ialah menyekat kemasukan pendatang asing baru dan dalam
masa yang sama memastikan pendatang sedia ada memiliki status pendatang yang
sah.
Dalam mengemaskinikan maklumat ini, kerjasama pihak majikan amat
diperlukan supaya tampil ke hadapan membantu kerajaan demi kebaikan bersama.
Pihak berkuasa sepatutnya mempunyai sistem pangkalan data yang lengkap tentang
pendatang asing di negara ini. Agensi-agensi penguat kuasa perlu bekerja keras untuk
menyekat kemasukan pendatang asing ini daripada segenap pintu masuk bagi
memastikan tidak ada yang terbolos masuk ke negara ini secara haram.
Sekiranya kadar jenayah yang semakin meningkat ini dikatakan ada kaitan
dengan kebanjiran pendatang asing yang sudah tidak terkawal, selain daripada
menyumbat mereka ke dalam tahanan, suatu kaedah yang lebih menguntungkan
dalam j angka panjang perlu dilakukan sekarang.
Kajian yang dibuat di Australia yang dibanjiri oleh pendatang dari Asia
mendapati bahawa tidak wujud kaitan peningkatan kadar jenayah dengan golongan
ini. Ini berlawanan dengan dakwaan sebelum ini bahawa kejadian jenayah di negara
itu ada hubungannya dengan pendatang Asia. Kajian sebaliknya mendapati sikap
penduduk tempatan yang memandang serong, kebencian dan ketakutan {xenophobia)
terhadap pendatang Asia yang menyumbang kepada kejadian jenayah.
Ekoran daripada sikap penduduk tempatan yang enggan menerima mereka
dalam masyarakat, pendatang asing ini merasa tersisih, kecewa lantas melampiaskan
kemarahan mereka dengan melakukan perbuatan jenayah terhadap penduduk
tempatan. Justeru di Australia kejadian jenayah pendatang asing yang melibatkan
orang awam lebih tinggi berbanding jenayah terhadap harta.
Implikasi kajian ini terhadap fenomena jenayah dan pendatang asing di negara
ini ialah kurangkan persepsi negatif serta xenophobia terhadap mereka dan
8
COPYRIGHT @ UiTM
mengambil langkah yang lebih bijak untuk menerima mereka dalam masyarakat.
Masalah akulturasi dan asimilasi sebenarnya yang menjadi punca kepada perlakuan
jenayah pendatang asing ini. Lebih dari itu, kajian perlu dilakukan untuk mencari
jawapan kepada kemelut jenayah dan pendatang asing ini.
Kemasukan tenaga kerja asing terutamanya warga Indonesia di Malaysia
adalah merupakan jumlah yang paling banyak berbanding dengan negara-negara lain
seperti Filipina, Thailand dan Brunei Darusalam. Keadaan ini berlaku kerana
Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun manakala Indonesia
merupakan negara yang masih berada ditahap kemiskinan dan belum mengalami apa-
apa kemajuan dalam semua sektor.
Tambahan pula pada tahun 1995 negara telah mengalami krisis kekurangan
tenaga kerja tempatan, kesannya kerajaan Malaysia terpaksa mengambil dan
membuka ruang kepada tenaga kerja asing untuk berkhidmat secara sementara dan
berperingkat. Ramai rakyat yang hidup dalam kemiskinan dan menghadapi pelbagai
tekanan hidup yang lain. Oleh itu, mereka berhijrah ke negara jiran iaitu Malaysia
memandangkan Malaysia tentunya memerlukan tenaga kerja yang ramai dan
Indonesia berpeluang menghantar tenaga kerja disamping mengurangkan tahap
pengangguran rakyatnya.
Tenaga kerja Indonesia amat diperlukan di dalam beberapa sektor seperti
perkebunan, penternakan, perladangan, perkhidmatan pembinaan, perindustrian dan
pembantu rumah. Kemasukan mereka adalah secara rasmi dan haram. Namun, jumlah
tenaga kerja Indonesia secara haram adalah dijangka lebih ramai berbanding secara
rasmi kerana bilangan mereka tidak dapat dipastikan.
Sehingga kini masih banyak di antara mereka yang memasuki Malaysia
dengan cara haram walaupun pelbagai usaha membenteras dijalankan oleh pihak
Jabatan Imigresen Malaysia. Bagi mereka yang didapati gagal untuk memiliki
dokumen sah dianggap pedatang tanpa izin (secara haram) dan akan dikenakan
hukuman oleh pihak pemerintahan di Malaysia. Semenjak akhir Januari 2002, operasi
9
COPYRIGHT @ UiTM
pencarian, pengejaran, penahanan dan penangkapan terhadap pekerja serta pendatang
haram telah dijalankan secara besar-besaran oleh pihak Polis Di Raja Malaysia.
Kemasukan mereka mendatangkan pelbagai kebaikan dan juga keburukan.
Dari segi keburukan, timbul pelbagai masalah sosial seperti pergaduhan, rompakan,
seksual dan mengatasi peluang pekerjaan untuk warganegara Malaysia dalam sektor
tertentu. Dewasa ini kita lihat begitu banyak masalah sosial yang semakin berleluasa
di kalangan rakyat tempatan dengan tenaga kerja Indonesia ini. Kes pembakaran
bendera yang pernah berlaku juga boleh dikatakan satu anasir buruk di Malaysia.
Manakala kebaikan pula meningkatkan taraf ekonomi negara. 50.8%
perekonomian Malaysia bergantung pada tenaga kerja asing terutamanya Indonesia.
Misalnya berkenaan upah dalam sektor perladangan kelapa sawit yang tenaga asing
terima adalah lebih rendah berbanding upah untuk tenaga kerja tempatan. Jika tenaga
kerja tempatan mengambil upah sebanyak RM 500-RM 600 per tan, tenaga kerja
Indonesia hanya menerima hanya RM 300-RM 400 per tan. Jelas menunjukkan
bahawa penjimatan lebih banyak jika mengambil tenaga kerja asing dari Indonesia.
Pada bulan Mei 2003, jumlah tenaga kerja Indonesia yang bekerja di Malaysia
meningkat berbanding pada tahun 2000 iaitu sebanyak 590,698 orang berbanding
541,000 orang. Daripada jumlah tersebut 73 % bekerja di sektor formal dan 27 % di
sektor tidak formal seperti pembantu rumah. Segala tanggungjawab dan kebajikan
mereka harus dilaksanakan oleh majikan.
Tenaga kerja Indonesia yang bekerja di sektor formal lebih besar berbanding
di sektor tidak formal. Sebahagian besar (29 %) tenaga kerja sektor formal bekerja di
kebun / ladang, 19 % di industri / kilang, 18 % di bidang pembinaan dan 7% di bidang
perkhidmatan. Malaysia akan mengenakan hukuman kepada para majikan yang tidak
menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna termasuk bayaran gaji.
Begitu juga dalam isu kebanjiran pendatang asing di Malaysia, media
memainkan peranan yang cukup penting dalam memberikan maklumat dan
10 COPYRIGHT @ UiTM
mempengaruhi pemikiran rakyat sambil mengambil kira kepentingan dan dasar-dasar
yang ditetapkan oleh kerajaan. Dengan kebanjiran lebih 2.4 juta pendatang asing di
Malaysia dengan separuh daripadanya adalah pendatang asing tanpa izin adalah amat
sesuai kajian berkaitan media dan pendatang asing: kajian isi kandungan laporan
akhbar ini dijalankan. Ia adalah untuk mengenal pasti sejauh mana kesan media
terhadap pendatang asing ataupun pendatang asing itu sendiri yang memberikan kesan
terhadap media. Dengan matlamat untuk mengetahui sejauh mana media mampu
mempengaruhi pemikiran masyarakat melalui penulisannya, maka kajian sebegini
dijalankan.
Imigran atau disebut kedatangan pendatang asing ke sesebuah negara seolah-
olah menjadi suatu fenomena pada dunia hari ini dan tidak dinafikan betapa fenomena
ini membawa pelbagai kesan sama ada bersifat positif mahupun negatif. Masalah
pendatang sebenarnya bukanlah satu isu baru malah ia telah berakar umbi sejak
manusia wujud di muka bumi lagi.
Adalah suatu yang semulajadi apabila sesuatu kejadian atau perbuatan itu
membawa dua pendekatan yang berbeza iaitu positif atau tidak, malahan hasilnya juga
tidak seimbang seperti kesan positifnya lebih banyak ataupun sebaliknya. Di
Malaysia, tidak dinafikan terdapat pelbagai perspektif terhadap kesan fenomena ini,
malahan di sini, kedatangan pendatang asing sama ada yang secara halal atau tidak,
banyak disogokkan dengan masalah yang dibawa bersama, mungkin dari negara asal
mereka sendiri seperti kejadian-kejadian kecurian, pembunuhan, samun dan
bermacam-macam jenis jenayah lagi.
Malah kita mungkin pernah terlihat sendiri mahupun terdengar di media-
media elektronik, bagaimana para pendatang ini membuat penempatan di kawasan
perumahan yang belum siap sepenuhnya. Mereka juga tidak segan-silu menternak
haiwan ternakan, juga mengembangkan zuriat di kawasan tersebut. Di kawasan
penempatan ini, kita pasti mendengar banyak masalah lain yang timbul di
persekitarannya seperti berlakunya pembunuhan, pergaduhan dan yang lebih teruja
ialah perebutan wanita-wanita di kalangan golongan lelaki pendatang asing yang
11
COPYRIGHT @ UiTM
menghuni kawasan tersebut. Pastinya kita tidak boleh menolak andaian bahawa
pernah mendengar kes wanita berkongsi lelaki ataupun wujudnya lubuk pelacuran di
situ. Fenomena ini sudah tentunya melanggar batas kemanusiaan, apatah lagi jika
dibandingkan dengan batas-batas agama Islam.
Tidak ketinggalan pula untuk memperkatakan tentang kedatangan pendatang
asing ke negara ini selain pembawaan masalah yang disebut di atas, fenomena ini
akan menyebabkan pengaliran masuk secara haram masalah penyakit yang
mengancam pendatang ini seperti penyakit TB, untut, cacar, autisme yang muda
menular apabila tiada suntikan vaksin yang diberikan pada golongan ini semasa
mereka kecil di negara mereka seperti yang diamalkan oleh Malaysia sejak dahulu
lagi. Permasalahan-permasalahan ini sebenarnya adalah gambaran yang sering
diberikan media tentang bagaimana fenomena kehadiran pendatang asing ke
Malaysia telah menenggelamkan kepentingan yang telah dilakukan oleh mereka
dalam menjayakan pembangunan dan kemajuan sesebuah negara tersebut.
Pengalaman negara-negara maju seperti Jerman dan Denmark - disebabkan
mereka tidak dapat membendung dengan berkesan fenomena ini, menjadikan ini
masalah pendatang sebagai isu politik dan diplomatik yang besar, dan kesannya
merebak di beberapa negara Barat lain termasuk Perancis.
Statistik menunjukkan jenayah di kalangan pendatang asing amat tinggi.
Jenayah di kalangan warga asing berbanding jenayah dalam negara, walaupun
peratusannya kecil tetapi lebih 55 peratus jenayah yang dilakukan ialah jenayah berat
seperti membunuh. Unjuran kajian kerajaan mendapati kalau kita tidak membendung
masalah ini, pada 2010 nanti peratusan pekerja asing ini akan menjangkau 30 peratus
daripada tenaga kerja dalam negara.
Kajian ini akan membincangkan tentang beberapa perkara termasuk isu PATI
yang semakin menjadi hangat kebelakangan ini. Juga mengkaji punca, peratusan dan
cara penyelesaian membendung permasalahan akibat kemasukan mereka ke Malaysia.
1 2
COPYRIGHT @ UiTM
Namun demikian, isu ini diharap dapat di kawal oleh pihak berkenaan dan tidak akan
menganggu gugat keadaan dan kesejahteraan masyarakat tempatan.
1.3 Pernyataan Masalah
Russell King dan Nancy Wood (2001) berpendapat kajian berkaitan media dan
migrasi adalah merupakan satu kajian yang cukup memerlukan disiplin yang tinggi.
Walaupun terdapat perkaitan yang cukup rapat diantara bidang ini, kajian ini masih
belum diterokai sepenuhnya. Hubungkait di antara kedua-dua bidang ini bukanlah
hanya sekadar menjadi subjek dalam kajian akademik, tetapi ia pasti meninggalkan
kesan terhadap penduduk sesebuah Negara.
Apabila migrasi dijadikan sebagai model kelakuan atau proses membuat
keputusan dengan berpandukan sumber yang boleh dipercayai berkenaan kemudahan
yang ada di setiap tempat yang ingin dihijrahi. Persoalannya bagaimana pendatang
berpotensi mendapat maklumat atau tertarik dengan tempat yang ingin dihijrahi?
Bagaimana orang ramai membentuk lapangan maklumat berkenaan kawasan dan
tempat yang kemudianya menjadi lapangan migrasinya? (White dan Woods 1980:30-
4). Sudah pasti sumber maklumat ini banyak dan pelbagai sama ada dari mulut ke
mulut, surat dan lain-lain komunikasi seperti daripada kawan-kawan dan saudara
mara yang sudah berhijrah, data daripada agensi pekerjaan dan badan-badan lain.
Tetapi walaubagaimanapun mesti juga terdapat sumber maklumat dan bayangan yang
diperolehi oleh pendatang tetapi jarang sekali dikaji oleh pengkaji migrasi. Maka kita
tidak tahu apakah sebenar tugas suratkhabar, televisyen atau filem dalam membentuk
tanggapan pendatang terhadap tempat yang termasuk dalam lapangan migrasi.
Dari satu sudut lain hubungan media dan pendatang, pengkaji dalam kajian
media sudah mula beransur-ansur menganggap migrasi sebagai satu fenomena yang
nyata, adalah adil untuk menyatakan bahawa kajian berkaitan media dan filem adalah
tidak sehebat atau semenarik pengalaman yang dimiliki oleh pendatang. Seperti yang
dinyatakan, jika ilmuan migrasi baru mengetahui tentang peranan media di dalam
13
COPYRIGHT @ UiTM
tindakan pendatang ataupun proses membuat keputusan, ilmuan media pula sudah
lama risau berikutan soalan berkaitan dengan kesan media. Beberapa penyumbang
telah cuba meneroka bahagian yang agak sukar ini, malah terdapat satu kajian
dilakukan untuk mempersoalkan bagaimana laporan mengenai isu pendatang dapat
memberi kesan terhadap perubahan undi.
Media sememangnya ia amat sinonim dengan propaganda dan sering
memainkan peranan dalam mempengaruhi minda masyarakat. Dalam isu pendatang
asing juga media dilihat sering mengembar gemburkan isu ini hingga hampir
menjejaskan hubungan dua hala diantara negara. Media dan pendatang sebenarnya
saling berkait rapat antara satu sama lain. Jika tiada media mana mungkin pendatang
akan mengetahui tentang negara yang bakal dihijrahi manakala jika ketiadaan
pendatang, media pula mungkin tidak akan mendapat isu-isu yang menarik untuk
digembar gemburkan.
Media Malaysia dikhabarkan sering menulis berita berkaitan gejala negatif
yang sering dilakukan oleh pendatang asing dan menwawarkannya sebagai sesuatu
yang amat serius seolah-olah semua aktiviti jenayah hanya dilakukan oleh pendatang.
Setuju atau tidak, ekonomi Malaysia sebenarnya banyak bergantung kepada
pendatang haram, beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan Malaysia giat
menghimpun dan menghantar pulang lebih sejuta pendatang asing yang bekerja secara
haram dalam sektor perladangan, pembinaan dan sektor lain yang menggunakan
tenaga buruh untuk dihantar pulang.
Terdapat lebih 500,000 ribu pendatang asing tanpa izin telah dihantar pulang
dalam ops Sikap yang berakhir Mac tahun 2005 dan kebanyakkan daripada mereka
adalah pendatang haram dari Indonesia. Pada tahun 2002 lebih kurang 500,000 warga
Indonesia telah dihantar pulang untuk mengelakkan dari sebatan rotan dan hukuman
penjara yang berat. Malah apa yang terjadi seterusnya merupakan kempen-kempen
berkenaan pendatang haram ini. Tindakan Malaysia ini bagaimanapun telah
memburukkan hubungan dengan jiran-jirannya, menarik perhatian masyarakat
antarabangsa, menyebarkan xenofobia di kalangan masyarakat dan sekarang,
14
COPYRIGHT @ UiTM
top related