isi kandungan - umcced student portalstudent.umcced.edu.my/download/notes/uesm1201... ·...
Post on 30-Jan-2018
291 Views
Preview:
TRANSCRIPT
METODOLOGI PENYELIDIKAN
i
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
ISI KANDUNGAN
Halaman
RANCANGAN KERJA
Hasil Pembelajaran Kursus
Sinopsis Kandungan Kursus
Kaedah Penyampaian
Kaedah Penilaian
Rujukan
iii
iii
iii
iii
iv
BAHAGIAN 1 – KAEDAH PENYELIDIKAN 1
SEKSYEN 1: PENGENALAN KEPADA PENYELIDIKAN 2
1.1 Pendekatan Penyelidikan 2
1.2 Tujuan Penyelidikan 5
1.3 Matlamat Penyelidikan 7
1.4 Aplikasi Penyelidikan 10
1.5 Penyelidikan Kuantitatif dan Kualitatif 12
1.6 Sumber Data 13
1.7 Kredibiliti Penemuan Kajian 14
1.8 Pengenalan kepada Kaedah Membuat Rujukan 17
SEKSYEN 2: ULASAN TEORI 23
2.1 Matlamat Ulasan Teori 23
2.2 Maklumat Diperlukan dalam Ulasan Teori 24
2.3 Melapor Ulasan Teori
26
SEKSYEN 3: PEMBENTUKAN INSTRUMEN KAJIAN 28
3.1 Mengumpul Data Primer menggunakan Borang Soal Selidik 28
3.2 Mentadbir Borang Soal Selidik
41
SEKSYEN 4: KAEDAH SURVEI 44
4.1 Survei 44
4.2 Proses terlibat dalam SRM 45
4.3 Penyediaan Instrumen – BSS dan Temu Bual 46
4.4 Temu bual 47
4.5 Langkah-langkah yang Perlu Diambil 47
4.6 Jenis-jenis Kaedah Temu Bual
49
SEKSYEN 5: STRATEGI PENYELIDIKAN KUALITATIF 53
5.1 Kajian Lapangan 53
5.2 Kajian Kes 58
SEKSYEN 6: PEMILIHAN SAMPEL 61
6.1 Pemilihan Sampel 63
6.2 Kegunaan Sampel 64
6.3 Teknik Pensampelan 65
METODOLOGI PENYELIDIKAN
ii
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
SEKSYEN 7: ETIKA DALAM PENYELIDIKAN 75
7.1 Kepentingan Pertimbangan Etika 75
7.2 Kontroversi Ketidakpatuhan Etika 82
BAHAGIAN 2 - STATISTIK 84
SEKSYEN 8: PENGENALAN KEPADA STATISTIK 85
8.1 Statistik 85
8.2 Pemboleh ubah 87
8.3 Tahap Pengukuran Data
88
SEKSYEN 9: UKURAN KECENDERUNGAN BERPUSAT 94
9.1 Ukuran Kecenderungan Berpusat (CTM) 94
9.2 Ringkasan Statistik Deskriptif
103
SEKSYEN 10: PEMIAWAIAN DATA 106
10.1 Proporsi 107
10.2 Peratus 107
10.3 Perubahan dalam Peratus 108
10.4 Kadar 109
10.5 Nisbah
109
SEKSYEN 11: MENGKOMUNIKASIKAN HASIL KAJIAN 112
11.1 Keperluan Menyampaikan Maklumat dengan Berkesan 112
11.2 Istilah Digunakan 112
11.3 Jenis-jenis Penyampaian Maklumat
113
LATIHAN 117
RUJUKAN
METODOLOGI PENYELIDIKAN
iii
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
RANCANGAN KERJA
Program : Diploma Eksekutif Pengurusan
Kod Kursus : UESM 1201 / UESB 1201 / UESH 1101
Tajuk Kursus : Metodologi Penyelidikan
Jam Kredit : 4
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat:
1. Mengenal pasti kaedah membuat rujukan dan membuat ulasan berkaitan petikan yang
diambil.
2. Menggunakan pengetahuan tentang kaedah-kaedah asas dalam menjalankan penyelidikan
3. Mengenal pasti kaedah mana yang paling sesuai secara kendiri untuk situasi tertentu yang
memerlukan sesuatu kajian dibuat.
4. Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas deskriptif khusus untuk digunakan dalam
mempersembahkan mesej daripada data mentah.
SINOPSIS KANDUNGAN KURSUS
Kursus ini akan memperkenalkan kaedah-kaedah menjalankan penyelidikan yang baik serta
mengambil langkah-langkah yang jitu dalam perancangan dalam menjadikan sesebuah
penyelidikan saintifik.
KAEDAH PENYAMPAIAN
Kuliah, tutorial, perbincangan dalam kumpulan
KAEDAH PENILAIAN
Penilaian Berterusan 40%
Peperiksaan Akhir 60%
Jumlah 100%
METODOLOGI PENYELIDIKAN
iv
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
RUJUKAN
1. Babbie, E. (2001). The practice of social research 9th
ed. Belmont, CA: Wadsworth.
2. Chua Yan Piaw (2006a). Kaedah penyelidikan (buku 1), Kuala Lumpur: McGraw Hill
Education.
3. Chua Yan Piaw (2006b). Asas statistik penyelidikan (buku 2), Kuala Lumpur: McGraw
Hill Education.
4. Dane, F. (1990). Research methods. Belmont: Brooks/Coleman Publishing Company.
5. Saunders, M., Lewis, P. & Thornhill, A. (2007). Research methods for business students,
4th
ed., Harlow: Prentice Hall.
6. Sekaran, U. (2003). Research methods for business: a skills building approach. NJ: John
Wiley & Sons.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
1
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
BAHAGIAN 1
KAEDAH PENYELIDIKAN
METODOLOGI PENYELIDIKAN
2
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
SEKSYEN 1
PENGENALAN KEPADA PENYELIDIKAN
1.1 Pendekatan Penyelidikan
Terdapat dua pendekatan dalam penyelidikan: deduksi dan induksi. Melalui deduksi, satu
teori dan hipotesis dibentuk sementara satu strategi dibentuk untuk menguji hipotesis
berkenaan. Melalui pendekatan induksi, data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil daripada
analisis yang dibuat ke atas data tersebut.
1.1.1 Pendekatan Deduktif
Deduksi adalah berkait dengan menguji teori atau hipotesis. Dalam pendekatan
deduksi, data dinyatakan dalam erti kata operasional, umpamanya bilangan kematian
akibat H1N1, bilangan ketibaan pelancong, bilangan rompakan lori pengangkutan. Dalam
kes-kes yang ekstrem, kuantiti perkara-perkara yang nampak sebagai sukar untuk diukur
pun dapat dikendalikan pengoperasiannya – alat mengesan pembohongan adalah satu
contoh yang merekodkan sama ada seseorang itu berbohong atau menyatakan kebenaran
terhadap sesuatu isu.
Dalam pendekatan deduksi, kebiasaannya penyelidikan mencari kawalan untuk
menjelaskan kesan satu pemboleh ubah ke atas keputusan akhir. Contohnya, pekerja
penyelamat yang menyertai operasi penyelamat 911 dikenal pasti dengan satu bentuk
barah tertentu. Penyelidik akan mencari bukti daripada kumpulan kawalan dalam
kalangan penyelamat yang tidak pernah terlibat dalam operasi menyelamat 911 untuk
Hasil Pembelajaran
Di akhir seksyen ini, pelajar akan dapat:
1. Membezakan istilah-istilah utama dalam kaedah penyelidikan
2. Menilai pertimbangan reliabiliti dan validiti dalam menjalankan penyelidikan
3. Mengenal pasti kaedah membuat rujukan dan membuat petikan daripada sesuatu
sumber dengan betul
METODOLOGI PENYELIDIKAN
3
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
melihat sama ada faktor-faktor terkhusus telah membawa kepada barah tersebut.
Dalam deduksi, penyelidik juga mengamalkan struktur metodologi seperti mentadbir
borang soal selidik atau survei yang boleh diulangi (replicated). Umpamanya,
kebanyakan ujian psikometrik boleh ditadbir dengan mudah merentasi satu tempoh masa
dan masih mengizinkan perbandingan dibuat antara tempoh masa.
Reduksionisme adalah satu lagi ciri deduksi. Umpamanya, kejayaan pengajaran subjek
sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris adalah amnya bergantung kepada markah
peperiksaan oleh kerana ianya mudah diperoleh dan dianalisis. Keputusan lain (seperti
ciri-ciri peribadi pelajar seperti perkara kesukaan atau yang tidak disukainya dalam erti
kata kualitatif) tidak akan diambil kira.
Generalisasi adalah satu lagi matlamat dalam pendekatan deduktif. Umpamanya
kejayaan subjek matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris boleh digeneralisasikan
kepada kejayaan pengajaran subjek lain dalam Bahasa Inggeris; atau penemuan
penyalahgunaan dalam agensi kerajaan tertentu boleh digeneralisasikan ke agensi
kerajaan yang lain.
1.1.2 Penyelidikan Induksi
Pendekatan induksi dalam penyelidikan bermaksud penyelidik tidak bermula dengan satu
hipotesis untuk diuji. Sebaliknya, penyelidik dipandu oleh prinsip-prinsip untuk
mengumpul data melalui temu bual mendalam (bukan melalui borang soal selidik). Data
temu bual seterusnya dianalisis dengan mengkategorikan kumpulan-kumpulan data
mengikut tema-tema dan seterusnya daripada tema-tema tersebut menjadi teori induktif.
Silverman (2001) merumuskan penyelidikan induktif sebagai proses tiga langkah:
(1) usaha awal untuk membangunkan kategori-kategori yang terkandung dalam data
(2) memuatkan sebanyak mungkin input dalam kategori-kategori tersebut untuk
menunjukkan kerelevanannya
(3) membangunkan kategori-kategori ini menjadi rangka kerja analitikal yang lebih
umum yang menjangkaui teori tersebut (hlm. 71)
METODOLOGI PENYELIDIKAN
4
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Daripada penyelidikan induktif ini, teori grounded atau substantif dimajukan seterusnya
untuk membantu pemahaman tentang pengurusan atau perniagaan. Teori grounded
dibentuk apabila seseorang penyelidik mengambil pendekatan untuk mengabaikan
pengetahuan sedia ada dan juga kaedah yang digunakan untuk memperoleh pengetahuan
tersebut. Ini diasaskan kepada kefahaman bahawa setiap penyelidik tidak dapat
mengelakkan kesilapan (error) sebagai manusia. Hasil daripadanya, penemuan daripada
kajian-kajian oleh penyelidik sebelum ini berupaya juga mempunyai kelemahan. Ini
membawa kepada minat dalam pendekatan teori grounded yang cuba mengetepikan
pengetahuan sedia ada dan berusaha membina semula pengetahuan baru daripada unsur-
unsur asas. Penemuan baru daripada pendekatan ini akan membantu bagi membentuk
teori baru.
Belenky, Clinchy, Goldberge & Tarule (1986) memajukan teori substantif mengenai
bagaimana wanita mendapat pengetahuan (mengetahui) atau belajar. Mereka
mengklasifikasikan pengetahuan yang diperoleh oleh wanita yang dikaji ini sebagai
silenced knower, received knower, subjective knower, procedural knower, dan
constructive knower. Constructive knower adalah orang yang mempersoalkan tentang
fakta atau fakta yang diberitahu kepada mereka, dan menilai alternatif dengan aktif, atau
memberi penjelasan atau interpretasi alternatif.
Satu perbandingan tentang penyelidikan deduktif dan induktif dipersembahkan dalam
Jadual 1.1.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
5
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Jadual 1.1: Perbandingan Pendekatan Deduktif dan Induktif dalam Penyelidikan
Deduktif Induktif
Kekayaan literatur untuk membekalkan
rangka kerja teoretikal dan hipotesis:
keanjalan harga, peningkatan pulangan
ekonomi (Arthur, 1990), globalisasi
Prinsip umum adalah diamalkan tetapi
tiada teori a priori (Charmaz, Lofland &
Lofland, 1995).
Cepat dilengkapkan. Data boleh dikendalikan
dalam bentuk korelasi atau ANOVA.
Penemuan boleh sama ada bersetuju atau
bercanggah dengan teori atau rangka kerja
sedia ada.
Ia memakan masa yang lama; data muncul
secara beransur-ansur. (biasanya dirujuk
sebagai tema hasil)
Risiko rendah, kerana data boleh digunakan
untuk mendapatkan korelasi (atau tanpa
korelasi)
Risiko kesukaran dalam mendapatkan data
Kebanyakan pengurus atau badan penaja
mengetahui tentang ini
Hanya perkadaran yang kecil daripada
pengurus jelas tentang data kualitatif.
Sumber: Saunders et al. (2007).
1.2 Tujuan Penyelidikan
Mengikut Chua (2006a), penyelidikan dijalankan untuk membekalkan jawapan kepada
ketidaktentuan dalam beberapa hal atau fenomena yang telah berlaku, sedang berlaku, atau
dijangka akan berlaku di masa depan. Dalam kebanyakan kes, pengetahuan yang ada pada
seseorang tidak boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah penyelidikan. Ini kerana
pengetahuan yang telah dibentuk pada diri individu tersebut telah diuli oleh pelbagai keadaan
yang berkemungkinan bias atau subjektif.
Penyelidikan adalah kaedah untuk memastikan maklumat yang dikumpulkan adalah reliabel
dan valid yang bermaksud ia disokong oleh data kuantitatif dan/atau kualitatif. Penyelidikan
adalah proses sistematik yang melibatkan perancangan kaedah untuk menjalankan
penyelidikan, mengumpul data, dan seterusnya memerihalkan data dan melaporkan maklumat
tersebut. Proses yang terlibat ditunjukkan dalam Rajah 1.1.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
6
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Rajah 1.1: Proses Penyelidikan yang Sistematik
Sumber: Chua (2006a, p.4).
Terdapat tiga kaedah inkuiri dalam penyelidikan (dalam menyelesaikan sesuatu masalah),
iaitu positivis, interpretif dan kritikal. Ketiga kaedah inkuiri ini membentuk asas kepada
kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif. Kaedah inkuiri positivis menekankan kepada
ketepatan berpandukan kepada analisis numerikal. Contoh termasuklah penyelidikan
berbentuk eksperimental dan tinjauan. Adalah satu kebiasaan bahawa pengkaji akan berusaha
untuk mengaitkan pemboleh ubah (variables) dalam fenomena kepada pemerhatian / kiraan
yang diperhatikan.
Kaedah interpretif memerihalkan fenomena tertentu menggunakan kaedah deskripsi,
biasanya melalui kajian lapangan yang menggunakan kaedah pemerhatian atau temu bual
sebagai sumber data. Apabila pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian yang mendalam,
kepentingan diberikan kepada kualiti maklumat, walaupun pemerhatian dibuat ke atas
bilangan kes yang tidak banyak. Malah, kaedah interpretif lebih cenderung kepada
penyelidikan kualitatif.
Masalah Pengurusan
Penentuan Objektif Kajian
Rujukan Bahan Literatur
Instrumentasi
Reka Bentuk Kajian
Pengumpulan Data
Analisis Data
Melaporkan Hasil Kajian
METODOLOGI PENYELIDIKAN
7
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Kaedah inkuiri kritikal digunakan untuk memahami hubungan antara komuniti dan cara
mereka berinteraksi dalam membentuk perubahan sosial. Aplikasi penemuan baru daripada
penyelidikan jenis ini dilihat sebagai penting untuk memperkenalkan perubahan kepada
struktur sosial. Kaedah ini lebih cenderung kepada penyelidikan kuantitatif.
1.3 Matlamat Penyelidikan
Seseorang penyelidik perlu jelas tentang tujuan kajian yang ingin dibuatnya. Dalam sains
sosial, sesuatu kajian boleh memberi fokus kepada sekurang-kurangnya satu matlamat:
deskriptif, meramal, penjelasan, pencarian dan penilaian.
1.3.1 Penyelidikan Deskriptif
Kajian deskriptif bertujuan untuk menunjukkan dengan terperinci dan tepat profil
penduduk, peristiwa atau situasi (Robson, 2002, p. 59, dipetik oleh Saunders et al., 2007).
Penyelidikan deskriptif, sepertimana mengikut maksudnya, berusaha untuk memerihalkan
realiti. Contoh persoalan kajian dalam kajian deskriptif adalah” Apakah pandangan
pemuda-pemudi tentang datang lewat ke mesyuarat? Berapa seriuskah taruhan (betting)
haram?
Untuk memerihalkan dengan tepat kesengsaraan penduduk di Aceh selepas malapetaka
tsunami pada 2006, satu kajian deskriptif mungkin lebih sesuai daripada kajian
penjelasan dengan memberi maklumat lebih berguna untuk menjelaskan impak tsunami
dan kesan buruk yang dibawanya. Mengendalikan kajian penjelasan untuk menjelaskan
mengapa bangunan-bangunan musnah dalam tsunami tersebut adalah tidak berguna
kerana bangunan-bangunan yang telah didirikan sebelum ini tidak dibina untuk mengatasi
kuasa pemusnah sedemikian. Sebaliknya, bangunan-bangunan di Jepun dibina untuk
menahan kuasa seismik dan dapat menahan kesan gempa bumi. Sekiranya bangunan
musnah dalam sesebuah gempa bumi, persoalan-persoalan akan timbul dan kajian
penjelasan akan menjadi paling sesuai untuk mencari sebab-sebab mengapa bangunan
tersebut runtuh.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
8
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Dalam konteks yang sama untuk kes di Tanjung Karang, satu deskripsi yang tepat tentang
kematian-kematian seperti warna kulit, sama ada terdapat apa-apa discaj bendalir dari
badan (air liur, peluh, darah) akan menjadi berguna untuk memberi perbandingan tentang
kes-kes keracunan oleh makanan dari laut atau alat pendingin beku (dari pendingin beku
yang digunakan untuk menyimpan ikan). Pihak berkuasa akan dapat menyemak daripada
pakar-pakar dari Pusat Kawalan Penyakit di Atlanta, USA.
1.3.2 Penyelidikan Ramalan
Kajian bentuk ini berusaha untuk mencari jalan untuk meramalkan kejadian dan peristiwa
masa depan. Contoh termasuklah: Apakah impak pertumbuhan perindustrian dalam
bandar raya ini? Apakah akan berlaku sekiranya sebilangan pekerja tidak diganti?
1.3.3 Penyelidikan Penjelasan
Kajian penjelasan berusaha untuk mencari punca-punca (biasa disebut faktor-faktor)
berlakunya sesuatu fenomena. Selain menjelaskan kadar fenomena tersebut, kajian
sedemikian akan perlu juga menjelaskan mengapa fenomena tersebut berlaku. Contoh
termasuk: Mengapakah kadar jenayah meningkat pada bulan tertentu dalam setahun?
Mengapakah pekerja mengambil cuti kecemasan pada hari Isnin atau Jumaat?
Kajian penjelasan bertujuan untuk mencari hubungan sebab-penyebab antara pemboleh
ubah penyebab (disebut pemboleh ubah independen) dan pemboleh ubah yang diberi
kesan (pemboleh ubah dependen). Ia melibatkan menjalankan penyelidikan untuk
mencari perhubungan penyebab antara pemboleh ubah. Contoh-contoh berkenaan adalah
ditunjukkan dalam Jadual 1.2.
1.3.4 Penyelidikan Pencarian (Exploratory)
Kajian jenis ini berusaha untuk memberitahu tahap kefahaman pengkaji tentang masalah
yang dikaji dan berfungsi sebagai peringkat awal kepada peringkat lanjut dalam kajiannya
(penjelasan dan deskriptif). Saunders et al. (2007) menyatakan terdapat tiga kaedah
menjalankan kajian pencarian:
METODOLOGI PENYELIDIKAN
9
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
(1) pencarian literatur
(2) menemu bual ‘pakar-pakar’ bagi bidang tersebut (seperti kebocoran ammonia
yang mengakibatkan kematian nelayan di Tanjung Karang)(New Straits Times, 11
Ogos 2009)
(3) mengendalikan perbincangan kumpulan tertumpu (FGD) (Contoh: Pejabat
Kesihatan menemu bual Pengetua-pengetua sekolah untuk mencari jalan bagi
membendung merebaknya epidemik H1N1).
Jadual 1.2: Contoh Kajian Pencarian (Exploratory) dan Pemboleh ubah Peramal
Kajian Pencarian Pemboleh ubah Peramal (Pemboleh ubah
Independen)
Highland Tower tumbang Keadaan tanah, hujan, kecuaian, kejuruteraan yang
lemah
Jualan dana 1Malaysia yang
lemah
Keinginan untuk berbelanja berkurang akibat krisis
kewangan, publisiti yang lemah, dan konsepsi yang
salah tentangnya
Penurunan hasil TM dari talian
tetap
Pengguna tidak inginkan talian tetap, pengguna
beralih kepada WiFi di outlet komersial (Coffee
Bean, Starbucks, McDonalds)
Peningkatan dalam bilangan
kenderaan yang menggunakan
LPG di stesen-stesen petrol milik
Petronas
Peningkatan dalam harga petrol, kapasiti (keluasan)
kenderaan seperti SUV, MPV, banyak stesen lain
menyediakan perkhidmatan tersebut
Kurangnya bilangan cuti sakit di
organisasi
Takut dibuang kerja, kurangnya komplasensi di
kalangan staf.
1.3.5 Penyelidikan Penilaian
Kajian penilaian biasanya dijalankan untuk menilai sama ada sesetengah sasaran tertentu
telah dicapai atau sesuatu kesudahan yang disasarkan daripada sesuatu program tercapai.
Contoh: Apakah akibat kenaikan gaji yang diberi kepada semua pekerja baru-baru ini?
METODOLOGI PENYELIDIKAN
10
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Apakah kesan peraturan baru ke atas tahap keselamatan dan kesihatan di dalam
organisasi?
1.4 Aplikasi Penyelidikan
Matlamat kajian membawa kita kepada soalan seterusnya: Bagaimana kita dapat
mengaplikasikan kajian? Amnya, hasil kajian digunakan sama ada untuk meningkatkan
pemahaman kita tentang fenomena yang dikaji atau mencari jalan-jalan untuk menyelesaikan
suatu masalah. Dengan itu, hasil kajian dapat dikategorikan sebagai kajian asas atau kajian
gunaan. Semua penyelidikan dalam bidang perniagaan dan pengurusan boleh diletak dalam
garis kesinambungan (continuum) mengikut tujuan dan konteks seperti ditunjukkan dalam
Rajah 1.2.
Rajah 1.2: Penyelidikan Asas dan Gunaan
Tujuan
Mengembangkan pengetahuan
Menghasilkan prinsip sejagat
Penemuan adalah signifikan dan
bernilai kepada masyarakat (sbg cth.
kawalan ke atas mata wang dan
halangan terhadap penukaran mata
wang)
Memperbaiki masalah khusus dalam
pengurusan perniagaan.
Contoh:
1. Kawasan terkawal dalam bandar:
kenakan levi untuk mengurangkan
kesesakan semasa waktu kemuncak)
2. Viabiliti memanjangkan laluan LRT
daripada Kelana Jaya ke Subang
Jaya/USJ/Kota Kemuning.
Menghasilkan penyelesaian
Ilmu baru diperoleh bagi menangani
isu/masalah ini
Kebolegunaan praktikal kepada
pengurusan organisasi
Penyelidikan Asas Penyelidikan Gunaan
METODOLOGI PENYELIDIKAN
11
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Konteks
Universiti
Topik ditentukan oleh penyelidik
Biasanya memakan masa yang panjang
(menghasilkan PhD atau ijazah Sarjana)
Universiti atau organisasi
Objektif topik ditentukan oleh sumber
penaja. (Contoh: Tony Fernandez telah
memulakan feasibiliti untuk melaksanakan
terminal LCC dekat Nilai)
Jangka masa pendek dan keputusan dibuat
cepat.
Sumber: Saunders et al. (2007).
1.4.1 Penyelidikan Asas
Penyelidikan asas bertujuan untuk mengembangkan ilmu pengetahuan dan kerap kali
melibatkan penemuan yang bersifat prinsip-prinsip sejagat. Oleh itu, undang-undang
ekonomi atau prinsip-prinsip seperti keanjalan harga dan meningkatkan pulangan
ekonomi adalah hasil daripada penyelidikan asas. Penemuan daripada penyelidikan asas
membawa nilai signifikan kepada masyarakat umum. Penyelidikan asas biasanya
dijalankan di universiti dan institusi penyelidikan tinggi yang lain dan tajuk penyelidikan
tersebut biasanya ditentukan oleh penyelidik, dan dibiayai oleh kerajaan dan universiti
melalui geran penyelidikan. Penyelidikan asas juga berkesudahan dengan
penganugerahan ijazah pasca siswazah (seperti PhD dan ijazah sarjana).
1.4.2 Penyelidikan Gunaan
Penyelidikan gunaan dijalankan bagi menyelesaikan masalah khusus dalam perniagaan
atau pengurusan termasuk meningkatkan prestasi sesuatu perniagaan. Oleh yang demikian
kerajaan mungkin ingin meneliti bagaimana mengurangkan kesesakan lalu lintas di pusat
bandar raya melalui penyelidikan sama ada dengan mengenakan tol mengikut kawasan
(area pricing), levi, meningkatkan aliran trafik atau pengangkutan awam. Ia biasanya
berkesudahan dengan satu-satu penyelesaian kepada masalah khusus yang berupaya atau
tidak berupaya diguna pakai dalam situasi tertentu atau tempat lain. Penyelidikan gunaan
mempunyai kerelevanan daripada segi praktikal. Ia biasanya dijalankan dalam organisasi
atau universiti. Objektif topik biasanya ditentukan oleh penaja atau badan yang
METODOLOGI PENYELIDIKAN
12
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
meluluskan geran. Masalah kesesakan mungkin ditentukan oleh Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur dan skopnya ditakrifkan terlebih dahulu.
Penyelidikan gunaan dijalankan dalam jangka waktu yang pendek untuk membolehkan
keputusan dibuat cepat dalam melaksanakan cadangan atau memulakan kajian lanjutan.
1.5 Penyelidikan Kuantitatif dan Kualitatif
Dalam topik kaedah penyelidikan, seseorang pelajar mesti mengetahui perbezaan antara
kaedah kuantitatif dan kualitatif kerana ia akan mempengaruhi pemilihan kaedah untuk
memperoleh data yang diperlukan dalam kajiannya.
1.5.1 Penyelidikan Kuantitatif
Penyelidikan kuantitatif membawa kita kepada nombor, pengiraan dan pengukuran.
Penyelidikan kuantitatif adalah feasible apabila ilmu tentang subjek tersebut diketahui
dengan baik untuk membantu dalam membangunkan instrumen khusus tentang konstruk
yang ingin diukur. Penyelidikan kuantitatif biasanya berkait dengan data daripada
eksperimen dan data dianalisis, dan sesetengah masanya ujian statistik turut diambil. Ini
hanya dapat dibuat sekiranya pemboleh ubah yang dikaji dioperasionalisasikan sebelum
data dikumpulkan. Oleh itu, ini menimbulkan isu reliabiliti dan validiti. Contoh
metodologi yang menggunakan kuantitatif adalah: kaedah eksperimental, quasi-
eksperimental, temu bual berstruktur, pemerhatian berstruktur dan eksplorasi.
1.5.2 Penyelidikan Kualitatif
Apabila tahap pengetahuan tentang sesuatu perkara adalah rendah atau samar-samar,
kebanyakan penyelidik akan memilih kaedah kualitatif yang merujuk kepada
pemerolehan data dalam bentuk perkataan, deskripsi, gambar atau
pemerihalan/penceritaan (narrations). Terdapat situasi di mana penyelidikan kualitatif
adalah lebih baik daripada penyelidikan kuantitatif. Contohnya, adalah lebih baik
menggunakan kaedah kualitatif dalam isu pelajar ponteng sekolah, kurangnya tumpuan
pelajar terhadap pelajaran dan lain-lain di mana pemahaman yang mendalam berupaya
METODOLOGI PENYELIDIKAN
13
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
diperoleh melalui kaedah ini daripada menggunakan kaedah kuantitatif walaupun ia boleh
juga digunakan bagi mengkaji isu-isu ini. Contoh lain yang memerlukan penyelidikan
kualitatif adalah isu yang melibatkan emosi, motivasi dan empati. Contoh kaedah
kualitatif adalah: pemerhatian, pemerhatian peserta, temu bual tidak berstruktur, kajian
kes, dan kajian penelaahan dokumen (seperti di arkib).
1.6 Sumber Data
Semua pengkaji yang ingin menjalankan sebarang penyelidikan mesti sedar bahawa mereka
memerlukan data untuk menyokong hujah-hujah dalam kajian mereka. Untuk itu, adalah
penting penyelidik mengenal pasti sumber-sumber maklumat untuk kajiannya. Usaha
menjalankan kajian tanpa data adalah sia-sia sahaja dan tidak berasas sama sekali. Begitu
juga, mengetahui data ada di lokasi tertentu tetapi pengkaji tidak dapat mengaksesnya
(biasanya keizinan untuk menggunakan data diperlukan daripada pihak berwajib) akan juga
menjadi tidak berbaloi dalam menjalankan kajian. Oleh itu, pengkaji mestilah boleh menilai
situasi dalam tangan sebelum memulakan kajiannya. Biar kita meneliti sumber-sumber data.
Pada dasarnya, data boleh diperoleh daripada sumber primer dan/atau sumber sekunder.
Perhatikan bahawa ‘dan/atau’ digunakan di sini kerana kebanyakan kajian cuba
menggunakan kedua-dua sumber data dalam kajian mereka. Hanya segelintir menggunakan
sama ada sumber primer atau sumber sekunder.
1.6.1 Data Primer
Data primer (bukannya “primier”) adalah maklumat yang diperoleh terus daripada sumber
data dibentuk, oleh pengkaji atau wakilnya. Ini termasuk mendapatkan maklumat
mengenali persepsi dan sikap kumpulan tertentu, memerhati perangai dan tabiat orang,
mengumpulkan data melalui temu bual (daripada kumpulan atau individu). Ini bermakna
pengkaji memperoleh maklumat “pertama” daripada sumber di mana peristiwa berkenaan
berlangsung.
Sumber maklumat tersebut adalah:
temu bual (dengan soalan berstruktur, atau tidak berstruktur),
METODOLOGI PENYELIDIKAN
14
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
pemerhatian,
borang soal selidik,
perbincangan kumpulan tertumpu.
1.6.2 Data Sekunder
Bertentangan dengan data daripada sumber primer, data sekunder merujuk kepada
maklumat yang diperoleh daripada sumber sedia ada, seperti rekod organisasi, maklumat
daripada laporan tahunan, minit-minit mesyuarat, laporan yang telah diterbitkan dan juga
yang tidak diterbitkan (Contoh: laporan prestasi yang disediakan oleh ketua-ketua jabatan
untuk kegunaan dalaman), tesis, data statistik online, laman web. Kata kunci utama di sini
adalah “data sedia ada”.
Sebagai contoh, hampir semua organisasi mengendalikan exit surveys terhadap pekerja
yang ingin berhenti kerja dari organisasi tersebut. Maklum balas yang diterima itu
biasanya disimpan dalam fail di Jabatan Sumber Manusia. Seseorang pengkaji yang ingin
menggunakan maklumat ini harus mendapatkan izin daripada Pegawai Sumber Manusia
untuk melihat dan mengkaji maklumat dalam fail tersebut. Data tersebut sudah tersedia
ada – maka “Data Sekunder”.
1.7 Kredibiliti Penemuan Kajian
Anda perlu memastikan keputusan kajian anda adalah sah (valid), boleh dipercayai (reliable)
dan berupaya digeneralisasi. Validiti menyukat pemboleh ubah yang ingin dikaji dengan
betul dan reliabiliti menyukat konsep yang ingin dikaji dengan betul. Ia adalah berkait dengan
isu sama ada penemuan-penemuan adalah sebenarnya sepertimana yang diperhatikan atau
sedia ada.
1.7.1 Validiti
Dalam peristiwa (kajian kes) keracunan gas di Tanjung Karang, penemuan awal dalam
media adalah disebabkan sistem penyejukan yang tidak berfungsi yang telah dibaiki oleh
pemilik, dan terdapat bau ammonia di tempat kejadian. Kajian lanjut menunjukkan
METODOLOGI PENYELIDIKAN
15
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
bahawa ammonia bukanlah sebab kematian (validiti tidak dipastikan). Validiti (melalui
autopsi, dan ujian toksik) diperlukan untuk menentukan sebab utama bagi kematian
tersebut. Adalah juga dikenal pasti bahawa ikan yang reput telah mengeluarkan gas
tersebut sehingga menyebabkan kematian para nelayan.
Cabaran ke atas validiti adalah:
Kredibiliti sejarah: menjalankan survei ke atas kepuasan terhadap pesawat
selepas pesawat Airbus terbang daripada Brazil dan meletup sudah pasti tidak
akan memberi gambaran yang tepat mengenai kepuasan terhadap pesawat
sedemikian pada waktu-waktu biasa.
Ujian: Kajian kualiti perkhidmatan (ServQual) tanpa disedari yang “dibocorkan”
kepada pekerja restoran (responden kajian) akan menjadi bias kerana pekerja
restoran akan mengubah sikap mereka dalam memberi perkhidmatan mereka.
Mortaliti: pemberhentian secara sukarela (VSS) diamalkan sejurus selepas satu
kajian longitudinal dimulakan di organisasi yang dikaji.
Kesamaran tentang arah penyebab (causal direction) – gas ammonia ‘menguasai’
nelayan, dan seterusnya melumpuhkan mereka. Gas ammonia yang keluar
daripada ikan yang reput telah meracuni nelayan.
Menilai Validiti
Dalam menilai validiti borang soal selidik, validiti dalaman merujuk kepada content
validity, criterion-related validity dan construct validity.
− content validity atau face validity ditakrifkan sebagai persetujuan bahawa satu soalan,
skala atau ukuran nampak logikal untuk mewakili apa yang ingin dikaji.
− criterion-related validity atau predictive validity – keupayaan satu statistik untuk
meramal dengan tepat.
− validiti konstruk – tahap di mana soalan ukuran anda sebenarnya mengukur
kewujudan konstruk yang ingin anda ukur. Konstruk seperti skala sikap, aptitud dan
ujian personaliti dan konstruk validiti boleh difikirkan sebagai menjawab soalan:
“Sejauh manakah anda akan dapat membuat generalisasi daripada soalan ukuran anda
kepada konstruk berkaitan?”
METODOLOGI PENYELIDIKAN
16
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
1.7.2 Reliabiliti
Reliabiliti merujuk kepada tahap konsistensi di mana peristiwa-peristiwa yang berbeza
dikaitkan kepada pemerhati yang berbeza atau oleh pemerhati yang sama pada masa yang
berbeza (Silverman, 2005, p. 227). Soalan-soalan panduan seperti di bawah akan
membantu pengkaji membuat semakan sendiri untuk memastikan reliabiliti dalam
kajiannya:
(1) Adakah ukuran-ukuran tersebut memberi keputusan yang sama setiap kali?
Contohnya: adakah ukuran langkah-langkah yang diambil untuk menangani
spekulasi mata wang dalam krisis kewangan efektif sepertimana bagi Krisis
Kewangan Asia 1997?
(2) Adakah pemerhatian yang sama diperhatikan juga oleh pemerhati lain?
(3) Adakah terdapat ketelusan dalam menentukan bagaimana idea terbentuk daripada
data mentah? (Saunders, 2007, hlm. 149).
Sumber: www.highered.mcgraw-hill.com/sites/dl/.../fraenkel4_ppt_ch08.ppt, dicapai pada
28.08.09
Menguji reliabiliti
Dalam nota sebelum ini, reliabiliti merujuk kepada tahap di mana teknik pengumpulan
maklumat memberikan penemuan, pemerhatian dan kesimpulan yang konsisten boleh
dicapai melalui pelbagai penyelidik. Reliabiliti dalam borang soal selidik (BSS) pula
boleh ditentukan melalui kaedah test-retest, konsistensi dalaman, dan alternative form.
− test re-test: BSS yang sama diberikan kepada responden di bawah keadaan yang sama
METODOLOGI PENYELIDIKAN
17
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
dan keputusan kajian adalah saling berkait (correlated). Ianya adalah sukar untuk
mentadbir kajian yang sama dua kali.
− konsistensi dalaman melibatkan menghubung kait soalan dalam BSS dengan soalan
lain untuk menguji tabiat atau pendapat yang sama. Contohnya, bantahan terhadap
‘merokok’ sekunder boleh disamakan dengan menyokong larangan merokok dalam
BSS sebagai “Wajarkah merokok dilarang di restoran dan bar?” Ukuran konsistensi
dalaman yang popular digunakan ialah Cronbach's Alpha.
− alternative form: soalan-soalan yang sama ditulis semula menggunakan perkataan
berbeza mungkin dapat digunakan untuk menguji ketetapan jawapan dari responden
kepada BSS tersebut. Soalan-soalan sebegini dipanggil checked questions.
1.8 Pengenalan kepada Kaedah Membuat Rujukan
Tujuan seksyen ini adalah untuk memperkenalkan anda kepada teknik-teknik merujuk
sumber maklumat dalam kajian. Untuk tujuan penyeragaman, anda perlu mengikuti panduan
yang diberi oleh:
Publication Manual of the American Psychological Association (2010). (edisi ke enam) (atau
versi terkini). Washington, D.C.: American Psychological Association (APA).
UJIAN KENDIRI
1. Apakah matlamat penyelidikan?
2. Bezakan antara penyelidikan kualitatif dan kuantitatif.
3. Namakan sumber-sumber data primer dan sekunder.
4. Apakah perbezaan antara validiti dan reliabiliti dalam penyelidikan?
METODOLOGI PENYELIDIKAN
18
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Format Spesimen untuk Merujuk kepada Pelbagai Jenis Bahan Rujukan
DALAM RUJUKAN (Perhatikan langkau satu baris digunakan)
Buku oleh Seorang Pengarang
Leshin, C.B. (1997). Management on the World Wide Web. Engelwood Cliffs, NJ:
Prentice-Hall.
Buku oleh Lebih daripada Seorang Pengarang
Cornett, M., Wiley, B.J., & Sankar, S. (1998). The pleasures of nurturing. London:
McMunster Publishing.
Banyak Buku oleh Seorang Pengarang dalam tahun yang sama
Roy, A. (1998a). Chaos Theory. New York: McMilan Publishing Enterprises.
______ (1998b). Classic Chaos. San Francisco, CA: Jossy Bamar.
Buku yang disunting
Pennathur, A., Leong, F.T., & Schuster, K. (Eds.).(1998). Style and substances of
thinking. New York: Publisher Paradise.
Bab dalam Buku yang disunting
Riley, T., & Brecht, M.L. (1998).The success of the monitoring process. dalam R.
Williams (ed.), Mentoring and career success. New York: Wilson Press.
Ulasan Buku
Nichols, P. (1998). A new look at Home Services [Review of the book Providing Home
Services to the Elderly by Girch, S.]. Family Review Bulletin, 45, 12-13.
Artikel dalam Jurnal
Jeanquart, S. & Peluchette, J. (1997). Diversity in the workforce and management
models. Journal of Social Work Studies, 43(3), 72-85.
Prosiding Persidangan yang diterbitkan
Yeshwant, M. (1998). Revised thinking on Indian Philosophy and Religion. dalam S.
Pennarthur (ed.). Proceedings of the Ninth International Conference on Religion,
(pp.100-107). Madras, India.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
19
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Disertasi Kedoktoran (PhD)
Kiren, R.S. Medical advances and quality of life. Disertasi kedoktoran yang tidak
diterbitkan, Omaha State University, 1997.
Kertas kerja Dibentangkan dalam Persidangan
Bajaj, L.S. (1996). Practical tips for efficient work management. Kertaskerja dibentang
dalam Annual Meet of Entrepreneurs, San Jose, CA.
Manuskrip yang tidak diterbitkan
Pringle, P.S. (1991). Training and Development in the ‘90s. Manuskrip yang tidak
diterbitkan, Southern Illinois University, Diamondale, II.
Artikel dalam Surat khabar
The new GM pact. (1998, 28 July). Concord Tribune, hlm.1.
KAEDAH MERUJUK DAN MENYERTAKAN PETIKAN DALAM BAHAGIAN
ULASAN TEORI (DAN BAHAGIAN LAIN)
Buat rujukan kepada sumber yang dirujuk dengan menggunakan kaedah nama pengarang
– tahun; menggunakan nama keluarga pengarang dan tahun penerbitan. Contoh:
Todd (1998) telah menunjukkan bahawa …
Dalam kajian terbaru tentang keluarga dengan dwi-pekerjaan (Hunt, 1998;
Osborn, 1998) telah dinyatakan …
Dalam 1997, Kyle membandingkan keluarga dengan dwi-pekerjaan dan mendapati
bahawa …
Perhatikan juga:
Dalam perenggan yang sama, anda tidak perlu menyertakan lagi tahun setelah tahun
tersebut telah dirujuk asalkan ia merujuk kepada sumber yang sama. Contoh:
Gutek (1985) telah menerbitkan penemuan kajiannya dalam buku berjudul Sex
and the Workplace. Sehubungan dengan itu, Gutek menyatakan bahawa …
METODOLOGI PENYELIDIKAN
20
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Apabila suatu kerja dikarang oleh enam atau lebih individu six or more, sebut hanya
nama keluarga pengarang pertama diikuti dengan “et al.” dan tahun penerbitan bagi
semua sebutan rujukan. Cantumkan semua nama dalam turutan diikuti dengan tahun
sekiranya bilangan pengarang adalah kurang daripada lima. Jika dalam kurungan, jadual,
dan dalam senarai rujukan, gunakan “&”. Contoh.
Sekaran, Martin, Trafton, dan Osborn (1980) mendapati…
Sepertimana ditunjukkan oleh Tucker dan Snell (1989) …
Sepertimana ditunjukkan (Tucker & Snell, 1989) sesuatu itu …
Apabila sesuatu kerja itu tidak mempunyai pengarang, sebut dalam teks dua atau tiga
perkataan pertama sahaja. Gunakan simbol pembuka kata dan penutup kata bagi tajuk
artikel tersebut. Contoh bagi surat khabar:
Sambil meneliti tentang kesatuan sekerja (“With GM pact,” 1990).
Apabila kerja seseorang dinyatakan sebagai “Anonymous”, sebut dalam teks perkataan
Anonymous diikuti oleh koma dan tarikh, contoh: Anonymous, (1979). Dalam senarai
rujukan, sebut sebagai Anonymous, diikuti dengan butir-butir penerbitan.
Apabila seseorang pengarang yang sama mempunyai beberapa kerja yang diterbitkan
dalam tahun yang sama, sebutnya dalam turutan terlama kepada terbaru, dan yang dalam
percetakan disebut terakhir sekali. Contoh:
Penyelidikan tentang keadaan mental bagi ahli-ahli dalam keluarga dwi-pekerjaan
(Sekaran, 1985a, 1985b, 1985c, 1999, dalam cetakan) mendapati bahawa …
Apabila lebih satu pengarang perlu dirujuk dalam teks, ini perlu disusun mengikut turutan
abjad nama pengarang, dan setiap sumber perlu diasingkan oleh semicolon seperti
berikut:
Dalam literatur mengenali corak kerja (Aldag & Breif, 1976; Alderfer, 1972;
Beatty, 1982; Jeanquart, 1998)…
METODOLOGI PENYELIDIKAN
21
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Komunikasi peribadi melalui surat, memo, perbualan melalui telefon, dan sebagainya,
perlu disebut dalam teks sahaja dan tidak disenaraikan dalam RUJUKAN kerana ia tidak
merupakan data yang boleh diperoleh semula (not retrievable data). Dalam teks, berikan
singkatan nama bersama tarikh seperti berikut:
Peters (komunikasi peribadi, Jun 15, 1998) merasakan …
Petikan dalam Teks
Petikan mestilah sama seperti dalam sumber asal, dengan susun kata, noktah, koma, ejaan
dan italik (jika ada) perlu dikekalkan sama walaupun ada kesilapan. Petikan daripada
sumber tertentu perlu juga menyatakan sumber dan nombor halaman dari mana petikan
tersebut diperoleh.
Gunakan tanda pembuka dan penutup kata berganda untuk menandakan petikan dalam
teks anda. Jika anda perlu memetik petikan dalam sumber yang dirujuk, gunakan tanda
pembuka dan penutup kata tunggal. Jika anda ingin menekankan perkataan tertentu,
masukkan perkataan dalam kurungan dan italik. Gunakan tiga noktah (…) untuk
menandakan anda telah mengabaikan sebahagian petikan daripada sumber asal. Lihat
contoh seterusnya.
Jika petikan melebihi 40 perkataan, setkannya dalam baris baru sebagai perenggan baru
yang diindenkan kedua-dua belah. Taip seluruh petikan dalam langkau satu baris pada
margin baru, seperti di bawah.
Dalam membezakan individu yang memperoleh dua pendapatan dan keluarga dwi-kerja,
Sekaran (1986) menyatakan:
“Various terms are used to refer to dual earner families: dual-worker
families, two-paycheck families, dual income families, two-job families, and
so on, Spouses in dual-earner families may hold jobs, or one of the partners
may hold a job while the other pursues a career…”
METODOLOGI PENYELIDIKAN
22
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Perbezaan antara individu dengan dua pendapatan dan keluarga dwi-kerja menjadi kabur
apabila pasangan yang memegang jawatan sedang bersedia secara akademik dan teknikal
untuk menaiki dalam tangga kerjaya di organisasi (hlm.4).
METODOLOGI PENYELIDIKAN
23
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
SEKSYEN 2
ULASAN TEORI
2.1 Matlamat Ulasan Teori
Ulasan teori, ulasan literatur, sorotan karya semuanya bermaksud sama. Mengikut Chua
(2006a, hlm. 35), ulasan teori ditakrifkan sebagai “membuat rujukan secara kritikal dan
sistematik ke atas dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat, idea, data dan kaedah
memperoleh maklumat, yang berkaitan dengan tajuk kajian ...”. Ulasan teori berusaha untuk
menyertakan maklumat mengenali apa yang telah diketahui tentang topik kajian di serata
dunia. Oleh itu, ulasan teori (LR) tidak perlu memberi fokus kepada sama ada kajian
sedemikian pernah dibuat dalam organisasi yang akan dikaji dan ini adalah mustahil kajian
sedemikian pernah dibuat dalam organisasi tersebut sebelum ini. Maka, penyelidik mestilah
membuat ulasan secara umum dan jangan dikaitkan dengan mana-mana organisasi yang
dikaji, negeri atau sesuatu negara.
Dalam sesuatu ulasan teori, maklumat seperti teori, reka bentuk kajian, instrumen digunakan,
prosedur kajian, kaedah mengumpul data dan penemuan diberi perhatikan (Chua, 2006a).
Dengan menyediakan sebuah LR, seorang penyelidik berusaha untuk meletakkan kajiannya
dalam perspektif saintifik. Tambahan pula, pengkaji mencuba untuk mencari apa yang telah
diketahui dalam bidang yang berkaitan dengan topik tersebut.
LR juga membantu pengkaji daripada mengulangi kajian lain yang biasa berlaku apabila
pengkaji tidak memberi perhatian dalam mencari ulasan literatur yang lebih meluas. Pada
masa yang sama, mengulangi kajian yang lain boleh diizinkan Sekiranya kajian dibuat untuk
memperbaiki kelemahan kajian sebelum ini dengan harapan kajian baru akan memberikan
Hasil Pembelajaran
Di akhir seksyen ini, pelajar akan dapat:
1. Mengkaji kaedah membuat ulasan teori dan penemuan daripada kajian lepas
METODOLOGI PENYELIDIKAN
24
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
keputusan yang lebih baik. Sekiranya semua kajian sebelum ini menunjukkan keputusan yang
sama, maka tidak ada sebab lagi untuk mengulangi kajian tersebut sekali lagi kerana kita
dapat jangkakan keputusannya masih akan sama melalui kajian baru. Mengulangi kajian
lepas sekadar untuk menjalankan kajian adalah membazir dan tidak bermakna.
2.2 Maklumat Diperlukan dalam Ulasan Teori
2.2.1 Teori
Dalam mana-mana bidang pengurusan, adalah penting penyelidik berusaha untuk
mengaitkan topik kajiannya kepada teori-teori sedia ada. Teori berupaya memberi analisis
konsep tentang perhubungan antara pemboleh ubah bersandar dan tidak bersandar
(dependen and independent variables) yang terlibat. Berpandukan kepada teori yang
diulas, seseorang pengkaji akan disedarkan tentang semua pemboleh ubah yang perlu dia
pertimbangkan untuk digunakan dalam kajiannya.
2.2.2 Reka bentuk Kajian
Dengan merujuk kepada kajian-kajian lepas, penyelidik didedahkan kepada pelbagai
kaedah dan prosedur yang digunakan oleh pengkaji lepas dan dengan itu beliau terpandu
tentang kejayaan, kelemahan atau kegagalan kajian-kajian lepas. Kerap kali pengkaji
lepas akan juga menyatakan masalah yang telah mereka hadapi dalam kajian masing-
masing dan bagi setiap satunya mereka biasanya turut menyatakan kaedah mengatasi
untuk tatapan pengkaji masa depan. Ini bermanfaat kepada pengkaji pada masa ini
khasnya dengan mengambil panduan untuk mengelakkan kelemahan tersebut daripada
awal lagi dalam kajiannya.
Namun begitu, penyelidik tidak perlu mengulangi sama (replicate exactly) reka bentuk
kajian sebelum ini asalkan metod yang digunakan dapat memastikan validiti dan
reliabiliti dalam data yang akan dikumpulkan.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
25
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
2.2.3 Kaedah Digunakan dalam Kajian
Melalui LR, penyelidik akan berupaya mencari dan menilai kaedah yang digunakan oleh
pengkaji terdahulu dalam kajian mereka. Dengan cara ini, pengkaji berupaya merancang
strategi yang sesuai untuk mengumpulkan data menggunakan kaedah yang terbaik bagi
kajiannya. Ini termasuk dalam mengumpulkan data, menguruskan data, dan membuat
interpretasi terbaik daripada data tersebut.
LR juga membantu penyelidik mengenal pasti dan membentuk satu set objektif yang
tepat, mengoperasi konsep teoretikal, berpegang kepada validiti dan reliabiliti data
daripada instrumen yang digunakan untuk mengumpul data, pengukuran konsep, menilai
reka bentuk kajian yang sesuai, memilih analisis yang betul dan menerangkan rasional
bagi menjalankan kajian (Chua, 2006a).
Matlamat lain bagi LR adalah:
Mengelakkan daripada “membina semula roda” (“reinventing the wheel”).
Mengenal pasti tahap persetujuan antara pengkaji lepas dengan topik yang ingin
dikendalikan.
Menentukan sama ada terdapat perbezaan dalam keputusan antara pelbagai kajian
lepas.
Membantu dalam pembentukan “pernyataan masalah”.
Mengenal pasti pemboleh ubah dan faktor-faktor yang mempengaruhi isu yang
ingin dikaji.
Mengenal pasti bidang-bidang kajian yang harus dikaji untuk membentuk
kefahaman dan pengetahuan tentang masalah yang ingin dikaji.
Menilai bagaimana kajian-kajian sebelum ini telah menghubung kait toeir
berkenaan dengan reka bentuk kajian masing-masing.
Mengenal pasti bagaimana pengkaji sebelum ini mengukur pemboleh ubah
mereka, yang membenarkan penyelidik membentuk instrumen untuk kajiannya,
dan membentuk skala yang tepat untuk mengukurnya.
Mencari cadangan-cadangan daripada kajian lepas. Ini berupaya mempengaruhi
perancangan reka bentuk bagi kajian baru.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
26
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Maklumat lanjut mengenai sumber-sumber bagi LR diberikan dalam Rajah 2.1. Anda
akan perhatikan bahawa LR boleh didatangkan daripada pelbagai sumber daripada hanya
bergantung kepada bahan perpustakaan dan laporan sahaja.
Rajah 2.1: Sumber-sumber Ulasan
Sumber: Chua (2006a, hlm. 38).
2.3 Melapor Ulasan Teori
Proses dokumentasi kajian-kajian yang relevan dengan merujuk dan menyebut nama
pengarang dan tahun penerbitan disebut ulasan teori (Sekaran, 2003). Ia melibatkan
pembentangan maklumat yang jelas dan logikal tentang mengenal pasti dan menyerlahkan
pemboleh ubah serta mendokumentasi penemuan-penemuan terpenting daripada kajian lepas
(Sekaran, 2003). Sekaran (2003, hlm. 67) juga menyatakan bahawa ini akan menjadi asas
kepada pembentukan rangka kerja teoretikal bagi kajian yang dirancang (the foundation on
which the theoretical framework for the current investigation can be built). Penulisan LR
perlu juga mengait kepada pernyataan masalah dengan baik.
Bahan LR diperoleh
daripada:
Media elektronik
Media bukan elektronik:
buku, surat khabar, jurnal,
buletin dan lain-lain
Bahan LR boleh
diperoleh dari:
Abstrak
Bibliografi
Katalog
Ensiklopedia
Indeks
Jurnal
LR dijalankan oleh:
Organisasi
Individu
Kerajaan
Pelajar
Kumpulan profesional
LR dikomunikasikan
melalui:
Persidangan, seminar,
prosiding seminar
Laporan, buletin, surat
khabar
Buku akademik, buku teks
Tesis dan disertasi
Kuliah
Antologi
LR dihasilkan daripada:
Kajian dengan data
empirikal
Penilaian kritikal
Penulisan sistematik dan
logikal
Maklumat utama dalam
Bahan LR:
Teori
Reka bentuk Kajian
Kaedah mengumpul data
dan analisis data
Literatur
METODOLOGI PENYELIDIKAN
27
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Rujuk halaman 42 dalam Chua (2006a). Jadual 3.2 menunjukkan kaedah-kaedah mudah
dalam mengumpulkan maklumat berkaitan pemboleh ubah yang mempengaruhi atau tidak
mempengaruhi pemboleh ubah bersandar dalam kajian yang dirancang. Jadual juga
menunjukkan rujukan dibuat kepada lima kajian lepas (Dunn, 2002; Kim, 2001; Torrina,
2001; Hofmann, 2000; dan Betty, 1999). Kaedah menyediakan rangka nota seperti ini disebut
meta-literature. Latihan sedemikian boleh membentuk teori sekiranya dibuat dengan rapi dan
merujuk kepada lebih banyak kajian.
Dengan menganalisis jadual tersebut, seseorang pengkaji boleh mula melapor bahawa
pemikiran kritis (pemboleh ubah bersandar) dipengaruhi oleh pemboleh ubah bukan
bersandar seperti gender (Dunn, 2002, Kim, 2001, Torrina, 2001; Hofmann, 2000), kumpulan
etnik (Dunn, 2002; Hofmann, 2000), taraf pendidikan (Kim, 2001; Torrina, 2001), stail
belajar (Dunn, 2002; Kim, 2001; Betty, 1999), pengkhususan pelajaran (Dunn, 2002; Torrina,
2001), kemahiran bahasa (Torrina, 2001), kemahiran melukis (Kim, 2001), kebudayaan
(Dunn, 2002; Hofmann, 2000) dan gaya menulis (Torrina, 2001). Sudah pasti lebih banyak
kajian dirujuk, lebih banyak yang boleh dilaporkan. Ini menunjukkan lebih banyak bahan
dalam senarai rujukan akan menandakan kualiti pengetahuan dan kualiti penulisan LR.
Tambahan pula, perbincangan boleh diadakan secara mendalam dengan meneliti sama ada
terdapat perkaitan (association) antara penemuan di atas dengan jenis responden (pelajar
kolej/universiti, sekolah menengah, sekolah rendah). Anda mungkin juga melihat sekiranya
terdapat perbezaan akibat reka bentuk kajian yang berbeza. Oleh itu, ia bergantung kepada
sedalam mana analisis ingin dibuat oleh pengkaji dalam penulisan LR. Namun begitu, usaha
untuk menyediakan meta-literature digeruni oleh sesetengah pelajar tetapi beliau akan
mendapati penulisan LR paling menyeronokkan apabila meta-literature telah dikumpulkan
dengan jayanya.
UJIAN KENDIRI
1. Apakah tujuan ulasan teori?
METODOLOGI PENYELIDIKAN
28
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
SEKSYEN 3
PEMBENTUKAN INSTRUMEN KAJIAN
Bahagian ini membincangkan tentang pembentukan borang soal selidik yang digunakan
dalam survei, yang dijalankan selepas sampel probabiliti dijalankan.
3.1 Mengumpul Data Primer Menggunakan Borang Soal Selidik
Anda telah mempelajari sumber data primer dan sekunder dalam Seksyen 1. Seksyen ini
membincangkan salah satu teknik mengumpul data primer menggunakan borang soal selidik
(BSS) iaitu bila perlu menggunakan BSS, dan jenis-jenis BSS.
Rajah 3.1: Jenis-jenis Borang Soal Selidik
Sumber: Saunders et al. (2007, hlm. 356).
Hasil Pembelajaran
Di akhir seksyen ini, pelajar akan dapat:
1. Menilai kegunaan borang soal selidik untuk pengumpulan data
2. Mengambil langkah-langkah bagi membentuk suatu borang soal selidik untuk
mengumpul maklumat bagi sesuatu kajian spesifik
Borang soal selidik (BSS)
Ditadbir sendiri Ditadbir oleh Penemu bual
BSS melalui
Internet
BSS melalui
Pos BSS
Serah & Kutip
BSS telefon Temu bual
berstruktur
METODOLOGI PENYELIDIKAN
29
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
3.1.1 Menentukan Data yang Perlu Dikumpulkan
(a) Sepertimana Keperluan Reka bentuk Kajian
Tidak seperti temu bual mendalam dalam kajian kes atau pemerhatian dalam
etnografi, soalan yang ditanya dalam BSS perlu ditakrifkan dengan tepat sebelum data
dikumpulkan. Adalah tidak mungkin bahawa anda akan mengsampel semua
responden untuk mengutip maklumat selanjutnya. BSS biasanya ditadbir sekali gus
atau melalui satu siri masa untuk membuat perbandingan (contoh: “indeks
ketidaksopanan” merentasi beberapa bandar Raya) dan keputusan dibandingkan
dengan kajian sebelum ini. Oleh itu, sebagai seorang penyelidik, anda perlu:
1. meneliti ulasan teori dengan cermat sama ada untuk menerima pakai atau
menyesuaikan BSS atau membangunkan BSS anda sendiri, dan
2. bincangkan idea anda dengan rakan-rakan, pemilik projek (contohnya:
organisasi anda) dan penyelia anda di universiti.
Tambahan pula, sekiranya kajian anda berkait dengan organisasi, maka adalah wajar
anda memahami organisasi yang dikaji – jenis industri, budaya organisasi, saiz, sama
ada satu sahaja tapak kilang atau pelbagai lokasi berbeza sebelum mereka bentuk BSS
anda.
Jika penyelidikan adalah jenis penjelasan (explanatory), adalah penting anda
mengenal pasti pemboleh ubah dependen dan independen. Perincian ini mesti dibuat
sebelum mereka bentuk BSS.
(b) Jenis Pemboleh ubah (PBU)
− PBU pendapat merekod bagaimana responden merasa tentang sesuatu atau apa
mereka berfikir atau percaya sama ada ia benar atau salah. Contoh adalah
hukuman keras ke atas pengedar dadah, merotan kerana melanggar prinsip agama,
dan hak perlindungan daripada merokok sekunder.
− PBU tabiat merekod apa yang dibuat oleh responden. Contoh adalah 'Adakah
anda akan berhenti untuk mengangkut mangsa kemalangan jalan raya ke
METODOLOGI PENYELIDIKAN
30
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
hospital?’ atau membeli barangan secara pukal untuk mendapat diskaun yang
besar dalam harga.
− PBU atribut merekod responden seperti sedia ada – tahap pendidikan universiti,
adaptif atau inovatif, kualiti kepimpinan dll. Ia digunakan untuk menentukan
bagaimana pendapat dan tabiat berbeza antara responden serta juga menyemak
bahawa data yang dikumpulkan adalah mewakili populasi am.
(c) Memastikan Hanya PBU Penting Sahaja Dikumpulkan
Adalah penting seorang pengkaji meneliti ‘PBU yang diperlukan’ dan mengenal pasti
soalan atau pernyataan yang diperlukan untuk mewakili PBU ini (lihat Rajah 3.5).
Jadual 3.1: Jadual Keperluan Data
Objektif kajian: Untuk mengenal pasti sikap pelanggan terhadap larangan merokok di dalam
restoran dan bar
METODOLOGI PENYELIDIKAN
31
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Jenis penyelidikan: Amnya deskriptif, walaupun ingin membezakan antara bar dan restoran
dan antara kumpulan pelanggan yang berbeza.
Soalan yang
disiasat
PBU diperlukan Maklumat mengenai ukuran
data
Semak
soalan
ukuran
disertakan
dalam BSS
Adakah pelanggan
merasakan mereka
perlu dibenarkan
merokok di
restoran/bar
sebagai hak
mereka?
(pendapat)
Pendapat pelanggan
tentang merokok di
restoran dan bar
sebagai satu hak
Merasa.......
perlu diizinkan,
tidak patut diizinkan,
tiada sebarang pandangan yang
kuat
(Nota: anda akan perlukan
soalan berasingan untuk
restoran dan bar)
Adakah pelanggan
merasakan restoran
dan bar perlu
menyediakan bilik
merokok khas?
(pendapat)
Pendapat pelanggan
mengenai
penyediaan bilik
merokok khas untuk
perokok
Merasa....
amat kuat bahawa ia perlu,
kuat bahawa ia perlu,
agak kuat ia perlu,
tiada sebarang pendapat,
agak kuat ia tidak patut,
amat kuat bahawa ia tidak
patut (Nota: anda akan
perlukan soalan berbeza untuk
restoran dan bar)
Adakah pendapat
pelanggan berbeza
mengikut situasi
(pendapat)
(pendapat pekerja
dinyatakan di atas)
(diberikan di atas)
Umur? (atribut) - umur pekerja kepada selang 5-tahun (paling
muda 15, paling tua 65).
Sama ada perokok
(tabiat)
- perokok Perokok,
Perokok tetapi tidak merokok
METODOLOGI PENYELIDIKAN
32
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
di rumah sendiri
Merokok di rumah
Sejauh manakah
maklum balas
daripada
pelanggan
mewakili
populasi? (atribut)
Umur pelanggan
Jantina
Pekerjaan (mestilah
berupaya
dibandingkan
dengan klasifikasi
Statistik
Sosioekonomi
Nasional (Rose dan
Pevalin, 2003)
(dinyatakan di atas)
lelaki, perempuan
pekerjaan pengurusan dan
profesional tertinggi.
Pekerjaan pengurusan dan
profesional rendah.
Profesional pertengahan
Majikan kecil dan pekerja
sendiri.
Pekerjaan penyeliaan dan
teknikal.
Pekerjaan separa-rutin.
Pekerjaan rutin.
Tidak pernah bekerja atau
menganggur lama.
Sumber: Saunders et al., 2007.
(d) Mereka bentuk BSS
Ini dibincangkan dalam Seksyen 3.1.2 di bawah.
3.1.2 Mereka bentuk Soalan
Kaedah yang dapat digunakan adalah:
− mengambil dan guna pakai soalan daripada BSS lain
− mengubahsuai soalan daripada BSS lain.
− membangunkan soalan sendiri.
Mengguna pakai (keseluruhan, tanpa sebarang modifikasi) atau mengubah suai (dengan
modifikasi) mungkin perlu jika pengkaji ingin membandingkan dengan penemuan
sebelum ini, dan dalam kes itu, tahap reliabiliti telah ditentukan sebelum ini. Anda perlu
METODOLOGI PENYELIDIKAN
33
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
memberi kredit kepada kerja yang tidak memerlukan izin kepada bahan “hakcipta
terpelihara” atau perlu mendapat izin terdahulu sebelum mengguna pakai atau
mengubahsuai BSS tersebut. Sesetengah BSS yang terkenal adalah untuk kualiti
perkhidmatan (SERVQUAL), Myers-Brigg Type Indicators (MBTI), self-director
learning (SDL) dan Kirton Adaption-Innovation (KAI) (Kirton, 2003) dalam sains
sosial dan sains pengurusan.
Seseorang penyelidik boleh juga mereka bentuk soalan/pernyataan sendiri untuk
BSSnya. Soalan/pernyataan dalam BSS tersebut mestilah berupaya mencapai objektif
kajiannya. Untuk tujuan ini, penyelidik perlu mengenal pasti PBU yang perlu dikaji.
Semua PBU berkenaan dikenal pasti daripada perbincangan tentang Ulasan Teori (rujuk
Seksyen 2) sekiranya ia telah diteliti dengan meluas. Namun begitu, mereka bentuk BSS
sendiri tidak diiktiraf sebagai langkah terbaik kerana pengkaji tidak boleh yakin bahawa
dia sedang mengukur apa yang sepatutnya dengan betul, dan bahawa BSS yang dibentuk
menepati konsep yang dikaji. Oleh itu, pelajar harus mengelakkan daripada mereka
bentuk BSS sendiri. Kaedah ini boleh diterima hanya sekiranya tidak terdapat mana-mana
kajian yang mempunyai BSS yang boleh digunakan dalam kajian ini.
Sesebuah BSS perlu menyertakan soalan terbuka dan soalan tertutup. Soalan terbuka
mengizinkan responden memberi jawapan sendiri dan biasanya dikendalikan untuk temu
bual berstruktur dan separa-struktur; sementara soalan tertutup mengizinkan responden
memilih daripada senarai jawapan yang ada.
(a) Jenis-jenis Soalan Tertutup
Amnya terdapat enam jenis soalan tertutup:
senarai, di mana responden diminta pilih daripada satu senarai jawapan yang
ada seperti agama (Buddha, Muslim, Kristian, Taoisme.....)
kategori, jenis soalan ini meminta responden memilih daripada kategori atau
atribut seperti bilangan kali responden pergi ke gim atau hypermarket
(kategori: Tidak pernah, sekali seminggu, 2 kali seminggu, 3-5 kali seminggu,
6 kali atau lebih seminggu)
ranking, responden diminta membuat rank ke atas senarai perkara mengikut
objektif yang ditetapkan. Contohnya, di dalam memilih kereta baru, rank
METODOLOGI PENYELIDIKAN
34
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
faktor-faktor mengikut 1 bagi sangat penting, 2 untuk rank kedua terpenting
dan seterusnya (Saunders et al., 2007). Pengkaji perlu meletakkan limit
perkara kepada tujuh untuk BSS dan empat untuk temu bual.
Faktor Kepentingan
Pecutan [ ]
Saiz but [ ]
Depresiasi (susut nilai) [ ]
Ciri-ciri keselamatan [ ]
Ekonomi bahan mentah [ ]
Harga [ ]
Keseronokan memandu [ ]
Lain-lain (nyatakan): ______________________ [ ]
Nota: Soalan ranking tidak akan dijawab oleh responden dengan baik sekiranya
BSS diedarkan sahaja kepada mereka dan dikumpulkan semula tanpa membuat
semakan terhadap jawapan mereka)
Soalan Rating biasa digunakan untuk mengumpulkan data pendapat. Ia tidak
harus dikelirukan dengan skala yang mana adalah set soalan atau perkara yang
menjadi penunjuk kepada konstruk atau konsep (seperti MBTI, KAI).
Umpamanya anda mungkin menanya responden untuk memberi jawapan
berpandukan skala Likert (1, 2, 3, 4, 5) pendapat responden tentang hukuman
keras ke atas pesalah (contoh: merotan di khalayak awam) yang melakukan
dosa dari segi prinsip agama.
Kuantiti atau soalan kod sendiri memerlukan angka (umur peserta, bilangan
tahun di universiti, bilangan tahun bekerja di peringkat pengurusan) sebagai
respons.
Grid atau soalan matrik memerlukan respons kepada perkara yang
disenaraikan di bawah. Contohnya, anda mungkin menanya responden untuk
menjawab tahap pencapaian pendidikan oleh setiap ahli isi rumah.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
35
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Ahli Sek. Rendah Sek. Menengah Tertiari
Bapa [ ] [ ] [ ]
Ibu [ ] [ ] [ ]
Anak 1 [ ] [ ] [ ]
Anak 2 [ ] [ ] [ ]
Anak 3 [ ] [ ] [ ]
…..... [ ] [ ] [ ]
…..... [ ] [ ] [ ]
Panduan Menanya Soalan
Terdapat beberapa panduan mengikut Babbie (2001) berkaitan kaedah menggunakan
perkataan dalam membentuk soalan dalam BSS. Ini adalah:
Jadi setiap item jelas – Perkara dalam BSS perlulah jelas dan tidak samar-
samar. Takrifkan dengan jelas ungkapan “minggu” yang boleh
diinterpretasikan sebagai Sabtu hingga Jumaat di sesetengah negeri di
Malaysia dan Ahad hingga Sabtu di negeri yang lain.
Elakkan soalan serampang dua bahagian – Sesetengah soalan sebenarnya
mengandungi dua soalan di dalamnya. Ini akan menimbulkan dilema kepada
responden untuk memilih jawapannya. Mereka mungkin bersetuju untuk
bahagian pertama dan tidak bersetuju dengan bahagian kedua atau sebaliknya.
Ianya tidak akan menjadi masalah sekiranya jawapan kepada kedua-dua
bahagian adalah setuju atau tidak bersetuju. Contohnya, dalam menjalankan
penyelidikan tentang kekurangan gula, responden mungkin ditanya “Perlukah
kerajaan menetapkan harga siling bagi gula dan membanteras komplot sorok”.
Responden mungkin bersetuju dengan menetapkan harga siling tetapi mungkin
berpendapat lain tentang “komplot sorok” walaupun kedua-dua bahagian
dicorak untuk meneliti keberkesanan usaha membanteras spekulasi ke atas
harga gula. Panduan: Pecahkan soalan/pernyataan tersebut kepada dua perkara
berbeza.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
36
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Responden mesti berkebolehan untuk menjawab – Responden mungkin
tidak memiliki pengalaman atau pengetahuan untuk menjawab soalan.
Contohnya, pemuda-pemudi mungkin tidak dapat menjawab soalan yang
menanya perbelanjaan mereka ke atas pakaian mereka sekiranya ia sentiasa
dibeli oleh ibu bapa mereka.
Responden mesti sudi menjawab – Pekerja supermarket mungkin tidak
memberi jawapan ikhlas apabila ditanya sama ada mereka telah mencuri
barangan daripada syarikat, dalam survei untuk menentukan kecurian di
supermarket. Sama sepertinya, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Hasutan
mungkin menghindari responden untuk menjawab kerana khuatir dikenakan
tindakan kemudian.
Soalan yang ditanya perlulah relevan – Dalam menyoal sampel pemuda-
pemudi yang dipilih dari kalangan mereka yang menghadiri kem Khidmat
Negara (NS), penyelidik harus menanya soalan yang berkaitan dengan
pengalaman mereka di kem Khidmat Negara dan bukannya menanya soalan-
soalan yang berkaitan dengan khidmat negara yang diamalkan oleh negara-
negara lain seperti Singapura dan Switzerland oleh kerana ini mungkin tiada
kaitan dengan pengalaman belia di kem Khidmat Negara.
Soalan pendek paling baik kerana bidang tumpuan bagi responden
mungkin pendek dan beliau tidak akan perlu meluangkan lebih banyak masa
untuk cuba memahami soalan panjang yang sukar dibaca atau difahami.
Akhirnya beliau akan cuba menjawab secara spontan tanpa ikhlas.
Elakkan istilah negatif – Perkataan negatif yang timbul dalam BSS mungkin
disalah tafsir. Responden mungkin ditanya pendapat mereka tentang Jambatan
Serong (Crooked Bridge) untuk menggantikan jejambat sedia ada yang
menghubungkan Johor Bahru dan Singapura. Pernyataan “Malaysia tidak
harus membina jejambat serong” mungkin menyebabkan jawapan yang kurang
tepat apabila sesetengah responden tidak mengesan “tidak” menyebabkan
mesej sebaliknya diberi kepada pengkaji. Babbie (2001) memberi contoh bagi
pernyataan yang negatif seperti dalam “Amerika Syarikat tidak harus
mengiktiraf Cuba” dan “Kumpulan orang berikut harus dihalang daripada
mengajar di sekolah awam” (daripada senarai yang turut mengandungi
komunis, ahli kumpulan Ku Klux Klan).
METODOLOGI PENYELIDIKAN
37
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Elakkan perkara dan istilah yang bias – Sains pengurusan mengandungi
banyak istilah yang kurang tepat dalam menerangkan maksud dengan jelas.
Tafsiran kita tentang konstruk sosial bergantung kepada titik rujukan kita (iaitu
perspektif). Oleh itu, maklum balas yang diberi oleh seseorang responden
bergantung kepada pemahaman mereka tentang istilah yang digunakan. Bias
merujuk kepada mana-mana bahagian soalan yang memandu responden untuk
menjawab dalam pola tertentu. Oleh itu, Babbie (2001, hlm. 244)
membandingkan 62.8% daripada responden yang berpendapat terlalu sedikit
wang telah dibelanjakan untuk “membantu orang miskin” manakala hanya
23.1% merasakan terlalu sedikit dibelanjakan ke atas “kebajikan”. Satu senarai
perkara sedemikian yang cuba mendapatkan tahap sokongan yang berbeza
adalah seperti di bawah:
Banyak sokongan Kurang sokongan
‘bantuan kepada orang miskin' 'Kebajikan’
'membanteras kadar peningkatan
jenayah'
'Penguatkuasaan undang-undang’
'Menangani penyalahgunaan dadah’ 'Rehabilitasi dadah’
'Mengatasi masalah bandar raya besar' 'Bantuan kepada bandar raya besar'
'Meningkatkan taraf hidup orang kulit
hitam’
'Bantuan kepada orang kulit hitam’
'Mengawal keselamatan sosial' 'Keselamatan sosial’
Terma-terma yang mencemar dan nama samaran turut jatuh ke dalam kategori
ini (contoh, Mat Salleh, Mat Rempit).
Bias lain yang perlu dipertimbangkan juga adalah harapan sosial (social
desirability). Istilah ini merujuk kepada kecenderungan kita untuk
mencerminkan kita sebagai lebih disenangi daripada tabiat sebenar, khasnya
dalam temubual bersemuka. Kita mungkin tidak mahu dilihat sebagai
chauvinist atau lebih bersifat homoseksual maka memberi jawapan salah
kepada soalan yang diberi tentang sikap kita terhadap hubungan dan orientasi
seksual lelaki-perempuan.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
38
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
(b) Soalan Terbuka
Soalan-soalan terbuka adalah soalan yang memberikan sedikit ruang untuk responden
mengisi jawapannya tanpa diberi sebarang pilihan jawapan. Jawapan yang diberi
adalah mengikut gaya pemikiran responden sendiri. Ia biasanya disertakan di
penghujung sesebuah BSS kuantitatif untuk mengizinkan penelitian isu yang dikaji
daripada segi kualitatif. Ia juga paling penting dalam kajian yang melibatkan temu
bual mendalam, dan berbentuk soalan berstruktur. Prinsip dan panduan yang
digunakan ke atas soalan tertutup perlu juga diaplikasikan dalam bentuk ini.
3.1.3 Mereka bentuk Borang Soal Selidik
(a) Turutan dan Aliran Soalan
Soalan-soalan perlulah logikal kepada responden dan penemubual daripada keperluan
untuk penyelidik dalam keperluan jadual datanya. Untuk membantu dalam aliran
survei, ia mungkin perlu untuk menyertakan soalan penapis. Soalan penapis adalah
soalan yang membantu responden mengenal pasti soalan-soalan yang perlu dijawab
dan soalan mana tidak perlu dijawabnya.
56 Adakah anda berkahwin? Ya
Jika ‘tidak’, sila ke soalan 61 Tidak
57 Berapa lamakah anda telah berkahwin?
tahun bulan
(contohnya, untuk 6 bulan sahaja, tulis:)
tahun bulan
Sekiranya anda ingin memperkenalkan tajuk baru, ianya lebih baik disebut sebagai:
“Saya akan menanya anda tentang ….”
Anda perlu juga mempertimbangkan penggunaan warna berbanding dengan tulisan
hitam sahaja dalam mencetak BSS dan anda tidak harus menjarakkan dengan besar
soalan-soalan atau memadatkan soalan-soalan untuk menjimatkan kos percetakan.
Panjang BSS adalah juga penting. BSS yang terlalu panjang (sebagai contohnya sejam
0 0 0 6
METODOLOGI PENYELIDIKAN
39
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
untuk menjawab) mungkin akan dibuang sahaja oleh responden manakala BSS yang
pendek sangat akan dianggap kurang penting. Amnya BSS bersaiz A4 empat hingga
lapan halaman dianggap sesuai untuk ditadbir dalam organisasi.
Untuk membantu memudahkan membaca anda mungkin ingin menulis soalan dalam
baris dan mengharapkan jawapan dalam lajur (column), dengan arahan diberi di atas
setiap halaman sama seperti dalam survei kendalian sendiri. Lihat contoh berikut:
Untuk setiap penyataan di bawah, tandakan petak yang paling baik menerangkan
pengalaman anda
Setiap
bulan
Setiap 3
bulan
Setiap 6
bulan
Jarang Tidak
pernah
23 Saya menerima risalah syarikat ....
24 Saya menerima penerbitan lain daripada
syarikat....
Sumber: Saunders et al. (2007, hlm. 382).
3.1.4 Menerangkan Tujuan Borang Soal selidik
(a) Surat
Satu surat pengenalan perlu disertakan bersama di muka depan BSS untuk meningkatkan
kadar maklum balas. Selain itu, ia mungkin juga diperlukan bagi memperkenalkan kajian
tersebut di dalam surat tersebut. Struktur surat berkenaan boleh berupa seperti di bawah:
METODOLOGI PENYELIDIKAN
40
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Memasang papan tanda yang jelas sepanjang lebuh
raya
Pandangan anda tentang penambahbaikan dalam
papan tanda
Pusat Pendidikan Berterusan
Universiti Malaya
31 Ogos 2012
Tuan/Puan/Cik,
Borang soal selidik ini adalah sebahagian daripada projek penyelidikan untuk memahami
keberkesanan papan tanda sepanjang lebuh raya. Pandangan anda adalah amat penting dan
membantu dalam mengenal pasti isu-isu berkaitan penanda arah jalan yang lemah dan
bagaimana ia boleh diperbaiki.
Borang soal selidik ini akan mengambil masa sepuluh minit untuk dilengkapkan. Sila jawab
soalan dalam ruang yang disediakan. Anda boleh memberi maklumat lanjut sekiranya anda
ingin berbuat demikian. Jawapan anda akan dirahsiakan. Jangan menulis nama atau alamat
anda di mana-mana bahagian dalam borang soal selidik ini.
Keputusan kajian ini akan digunakan untuk kertas kajian saya dalam program Diploma
Pengurusan di Universiti Malaya.
Saya berharap anda akan mendapati borang soal selidik ini seronok diisi. Sila pulangkan
borang yang telah lengkap diisi dalam sampul bersetem dan beralamat sendiri yang terlampir
kepada Ali bin Ahmad. Sila hubungi saya di talian 012-1234567 sekiranya memerlukan
sebarang maklumat lanjut.
Terima kasih atas kerjasama dan bantuan anda.
Ali bin Ahmad
No. Matrik:
METODOLOGI PENYELIDIKAN
41
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
3.1.5 Ujian Rintis dan Validiti
Sebelum menghantar BSS, anda harus menjalankan ujian rintis (pilot test) terdahulu.
Ujian rintis paling baik dikendalikan oleh pengkaji sendiri. Tujuan ujian pilot ialah untuk:
(a) mengenal pasti soalan-soalan yang mana responden menghadapi kesukaran untuk
menjawab. Ini termasuk soalan-soalan yang tidak dijawab oleh responden
(b) menghalusi lagi soalan-soalan yang ditanya dalam BSS
(c) mendapat tahu penemuan awal, iaitu mengenal pasti sama ada penemuan awal ini
bercanggah daripada penemuan daripada pengkaji-pengkaji lepas. Sekiranya
bercanggah dengan banyak, pengkaji perlu menyemak semua instrumen yang
digunakan untuk meneliti sama ada pernyataan atau soalan yang ditanya itu
mengandungi sebarang ralat.
Anda perlu menunjukkan BSS anda kepada penyelia anda atau pakar yang lain (seperti
pengkaji pemasaran) untuk menyemak kandungan (content validity) dan membuat
modifikasi atau tambahan yang perlu. Anda perlu seterusnya menunjukkan BSS anda
kepada orang yang memiliki ciri-ciri kumpulan sasaran kajian anda.
Responden ujian rintis boleh diminta untuk memberi pandangan mengenai kesesuaian
soalan, perkataan (termasuk kesamaran, dua soalan dalam satu, kesukaran dan ungkapan-
ungkapan yang jarang digunakan), dan juga masa yang diambil oleh responden untuk
menjawab.
3.2 Mentadbir Borang Soal Selidik
Peringkat akhir dalam kajian yang melibatkan BSS dipanggil mentadbir BSS. Terdapat
beberapa kaedah untuk mentadbir BSS – soal selidik melalui media Internet/intranet, BSS
pos, mengedar dan mengumpul BSS, serta BSS melalui telefon.
3.2.1 Melalui Internet dan Intranet
BSS melalui media Internet-intranet boleh ditadbir melalui dua cara: iaitu melalui e-mel
METODOLOGI PENYELIDIKAN
42
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
atau melalui laman web. Satu contoh BSS melalui media Internet ialah anugerah FIFA
Player of the Century yang diberi kepada Maradona. Namun begitu, kelemahan yang
dikaitkan dengan BSS melalui Internet ialah bahawa respons boleh ditipu dan
keputusannya dapat dipersoalkan (The Great FIFA Swindle, 2000).
Salah satu masalah BSS melalui internet ialah bahawa banyak organisasi menghalang mel
masuk yang mencurigakan sebagai junk, menyebabkan perlunya langkah-langkah susulan
untuk memastikan emel sampai kepada peserta yang disasarkan.
BSS melalui Intranet ialah keadaan di mana BSS ditadbir melalui intranet dalam
organisasi korporat atau universiti. Contoh BSS melalui Intranet ialah survei sikap
pekerja terhadap kod pakaian atau pilihan makanan di kantin yang dibiayai oleh
organisasi. Satu contoh yang baik bagi menunjukkan bagaimana survei melalui Intranet
berfungsi ialah Moodle – satu perisian terbuka yang memberi kaedah membentuk dan
mentadbir BSS (Survey module, 2009).
3.2.2 Melalui Pos
Satu surat pengenalan perlu disertakan pada BSS apabila BSS dihantar kepada peserta
dalam survei melalui pos, termasuk dengan menyertakan satu sampul bersetem dan
beralamat penyelidik untuk memudahkan kerja responden. Surat-surat susulan perlu
dihantar untuk meningkatkan kadar pulangan jawapan yang lebih tinggi. Namun begitu,
adalah penting diketahui bahawa kadar pulangan biasa bagi BSS melalui pos adalah di
sekitar 15 peratus sahaja. Oleh itu, sekiranya seseorang perlu menyasarkan satu bilangan
pulangan BSS tertentu, maka beliau perlu mengambil kira kadar pulangan tersebut. Untuk
tujuan itu, dia perlu mengepos kepada lebih banyak peserta.
3.2.3 Melalui Telefon
Di mana yang mungkin, hubungi responden melalui telefon untuk memaklumkan tentang
BSS yang bakal diterima oleh responden. Setiap responden dihubungi dan butir-butir
perhubungan seperti tarikh, masa setiap panggilan perlu dicatatkan, dan tinggalkan voice
mail atas telefon bimbit untuk mencadangkan tarikh dan masa panggilan seterusnya oleh
METODOLOGI PENYELIDIKAN
43
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
penyelidik. Untuk panggilan yang tidak berjaya, ulangi sekurang-kurangnya tiga kali lagi
pada waktu-waktu dan hari yang berbeza, kerana responden mungkin sibuk pada waktu
atau hari tertentu.
UJIAN KENDIRI
1. Nyatakan langkah-langkah yang akan anda ambil untuk memastikan anda
membangunkan satu set soalan yang reliabel dalam BSS anda.
2. Terdapat beberapa peraturan mengenali “penggunaan perkataan” (wording) dalam
BSS. Apakah ia?
3. Apakah kegunaan ujian rintis?
METODOLOGI PENYELIDIKAN
44
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
SEKSYEN 4
KAEDAH SURVEI
4.1 Survei
Mengikut Chua (2006a), kajian tinjauan (survey research) adalah satu contoh kaedah
penyelidikan bukan eksperimen yang paling popular digunakan dalam pelbagai bidang,
khususnya dalam sains sosial. Maka adalah tidak menghairankan jika diperhatikan ianya
digunakan oleh media, majalah dan televisyen untuk memperoleh maklum balas yang cepat
daripada orang awam tentang sesuatu isu. Chua (2006a) seterusnya menyatakan perkara-
perkara berikut sebagai mempengaruhi populariti kaedah kajian tinjauan (survey research
methods, SRM):
a) Penggunaan yang meluas – ia boleh digunakan untuk memerihalkan pelbagai jenis
soalan seperti isu dan masalah daripada pelbagai perspektif yang menghuraikan sikap,
tabiat, pandangan, kepercayaan, perasaan, dan lain-lain.
b) Mesra pengguna – ia ditadbir melalui pengedaran sesuatu BSS atau mengendali temu
bual, atau kedua-duanya.
c) Merupakan kaedah mengumpul data dengan cepat – kaedah ini membentuk data
primer yang boleh dikumpulkan daripada ramai responden dan membolehkan analisis
dibuat cepat, kedua-duanya dalam waktu yang singkat.
d) Saiz sampel yang besar – untuk kajian yang memerlukan sampel yang besar, SRM
adalah kaedah yang lebih baik. Ia juga adalah cepat untuk mengumpulkan maklumat
daripada sampel yang besar, tidak seperti kajian eksperimen yang akan menelan kos
tinggi untuk sampel sebesar itu.
e) Maklumat langsung – data boleh diperoleh terus daripada responden dalam tempoh
yang singkat.
Hasil Pembelajaran
Di akhir seksyen ini, pelajar akan dapat:
1. Menilai kaedah survei sebagai salah satu daripada kaedah penyelidikan yang
popular dalam sains sosial
METODOLOGI PENYELIDIKAN
45
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
f) Keupayaan untuk keputusan digeneralisasi – sekiranya sampel dipilih dengan betul,
keputusan yang diperoleh boleh dipanjangkan untuk mewakili populasi yang lebih
besar.
Rujuk “Jadual 7.1” dalam Chua (2006a) untuk melihat contoh survei politik yang berusaha
untuk meramalkan Presiden yang mungkin bagi Amerika Syarikat daripada satu senarai
calon.
Kaedah biasa dalam SRM adalah sama ada mengedarkan BSS (dan seterusnya mengumpul
kembali kemudian) dan temu bual. Temu bual biasanya mengambil masa yang panjang
ditadbir kerana seseorang pengkaji perlu mendapatkan temu janji dengan responden dan
setiap responden akan mengambil masa pengkaji dan ini akan perlu diulangi untuk sebilangan
responden yang akan ditemu bual. Pada masa ini, BSS boleh dimuatkan secara online supaya
ia boleh disasar kepada kumpulan-kumpulan tertentu untuk menjawabnya secara manual
selepas dia menerima data. BSS online juga mempunyai kelemahannya: calon responden
mungkin mengambil pendirian untuk tidak menjawab BSS; dan ia tidak ada ‘sentuh peribadi’
(dengan perkataan lain, adalah lebih baik jika pengkaji berada di hadapan responden supaya
lebih interaktif). Juga, seperti mana kaedah BSS lain, ia tidak boleh meminta jawapan yang
terperinci daripada responden kerana mereka akan kehilangan tumpuan selepas beberapa
ketika dan ini akan memberi kesan negatif kepada reliabiliti data yang diperoleh.
4.2 Proses Terlibat dalam SRM
Responden perlu dipilih menggunakan kaedah pensampelan rawak untuk memastikan
keputusan yang diperoleh dapat digeneralisasi kepada populasi yang lebih luas. Namun
begitu, adalah penting latar belakang sampel responden dilaporkan kerana pembaca ingin
tahu ciri-ciri responden yang turut serta dalam kajian tersebut. Contohnya, pemilihan
responden daripada latar yang lemah berkemungkinan mempengaruhi keputusan kajian
tentang kesan kenaikan harga minyak ke atas gaya hidup mereka berbanding dengan sampel
yang diambil daripada pelbagai latar responden. Maklumat latar sepertinya boleh diperoleh
dalam kebanyakan BSS, meliputi latar demografi seperti gender, kumpulan etnik, umur,
tahap pendidikan, taraf perkahwinan, pekerjaan, pendapatan keluarga dan lain-lain. Jadual 4.1
menunjukkan proses-proses yang terlibat dalam SRM.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
46
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Jadual 4.1: Proses dalam Kajian Tinjauan SRM
Proses Langkah
Menyatakan tujuan kajian Menyenaraikan tujuan kajian dan seterusnya membina
soalan kajian yang berkaitan dengan tujuan kajian.
Mengenal pasti sumber
yang diperlukan
Sumber-sumber untuk pembinaan instrumen,
pengumpulan data dan analisis data dikenal pasti.
Sumber kewangan juga perlu dikenal pasti jika kajian
melibatkan perbelanjaan yang besar.
Mengenal pasti populasi
sasaran
Mengenal pasti ciri-ciri populasi dan seterusnya
merancang proses kajian tinjauan yang seterusnya.
Menentukan saiz sampel Menentukan bilangan subjek sampel kajian dan
seterusnya memilih sampel daripada populasi kajian
Menentukan kaedah kajian
tinjauan
Memilih kaedah kajian tinjauan yang sesuai dengan
kemampuan diri sebelum menyediakan instrumen kajian.
Kaedah kajian tinjauan termasuk penggunaan soal
selidik (menggunakan kertas-pensil atau melalui media
elektronik) dan temu bual (melalui telefon, bersemuka,
berkumpulan dan sebagainya). Kaedah yang dipilih juga
bergantung kepada jenis dan bilangan subjek kajian. Jika
saiz sampel kajian besar, pengendalian soal selidik
adalah lebih sesuai daripada menggunakan temu bual.
Menyediakan instrumen
kajian Instrumen kajian dibina berdasarkan soalan kajian
Menganalisis data kajian Data kajian yang dipungut dianalisis dengan
menggunakan ujian statistik yang sesuai
Generalisasikan hasil
kajian
Membuat generalisasi keputusan kajian ke atas populasi
kajian
Sumber: Petikan daripada Chua (2006a, hlm. 111).
4.3 Penyediaan Instrumen – BSS dan Temu bual
Instrumen yang akan digunakan dalam kajian mesti mempunyai ciri-ciri berikut (Chua,
2006a):
METODOLOGI PENYELIDIKAN
47
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
a) sesuai dengan latar responden
b) format adalah sistematik
c) arahan yang jelas
d) satu surat pengenalan mungkin disertakan untuk menyokong niat kajian
e) kajian rintis perlu dikendalikan sekiranya kajian dijalankan atas satu sampel.
Lihat juga “Jadual 7.2” (Chua, 2006a, hlm. 112-113).
4.4 Temu bual
Dalam sesetengah kes, temu bual dikendalikan dengan bantuan sebuah BSS untuk
mendapatkan maklum balas yang lebih reliabel daripada responden dan ia juga berupaya
membantu responden menjawab soalan yang susah dengan bantuan pengkaji. Temu bual
seperti ini dipanggil temu bual berstruktur. Sebaliknya, terdapat temu bual yang dikendalikan
tanpa ada senarai soalan yang khusus. Temu bual sedemikian juga mengizinkan soalan-soalan
susulan ditanya mengikut perbincangan yang berlangsung dan bergantung kepada jawapan
yang diberi oleh responden. Bentuk temu bual ini dipanggil temu bual tidak berstruktur.
Namun begitu, terdapat instrumen yang menggabung kedua-dua kaedah ini, dipanggil kaedah
temu bual separa berstruktur.
Kebaikan kaedah temu bual adalah bahawa maklumat daripada responden boleh disiasat
lanjut melalui soalan-soalan tambahan yang sesuai untuk memastikan responden memahami
isu tersebut dengan mendalam.
Jadual 4.2 menunjukkan perbezaan antara ketiga bentuk kaedah temu bual.
4.5 Langkah-langkah yang Perlu Diambil
Yang berikut merupakan langkah-langkah yang mungkin wajar diambil untuk menjalankan
kajian tinjauan menggunakan BSS atau temu bual:
(1) Mulakan dengan pendirian bahawa bilangan soalan mesti diminimumkan untuk
kebaikan kedua-dua pihak.
(2) Ulasan teori memberi panduan tentang pemboleh ubah yang perlu dimasukkan
dalam metod yang digunakan.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
48
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
(3) Mulakan dengan soalan utama dan soalan-soalan kecil di bawah soalan utama.
(4) Jangan bercanggah dengan pertimbangan etika dalam mana-mana kaedah yang
dipilih, khasnya sesuatu yang berupaya menjadikan responden kurang senang
menjawab soalan yang sensitif.
(5) Cuba motivasikan responden untuk menjawab dengan ikhlas dan tepat.
(6) Soalan-soalan tidak harus bercanggah antara satu sama lain dan elakkan soalan yang
akan mengelirukan responden.
(7) Gunakan tahap bahasa yang sesuai kepada kumpulan sasaran (ini lebih sesuai dalam
kaedah temu bual)
(8) Gunakan kaedah komunikasi yang positif khususnya semasa temu bual
(9) Elakkan soalan serampang dua mata
(10) Dapatkan persetujuan untuk merekod perbualan. Sebaliknya anda perlu mencatat
nota perbualan tetapi ini berupaya mengalihkan tumpuan penemu ramah dalam
perbualan tersebut.
(11) Pastikan sesi temu bual dijadikan sesingkat yang boleh.
Jadual 4.2: Ciri-ciri Kaedah Temu Bual
Jenis Temu Bual Ciri-ciri
1. Berstruktur Adalah terancang rapi di mana soalan disusun
secara teratur
Peranan pengkaji adalah penting untuk
meningkatkan minat untuk menjawab soalan dalam
sesi temu bual
Bilangan soalan mesti dihadkan tetapi mencukupi
untuk mencapai objektif kajian
Semua responden diberi soalan yang sama untuk
dijawab
Setiap soalan membawa maksud yang sama kepada
semua responden
2. Tidak Berstruktur Tidak seperti temu bual berstruktur, temu bual tidak
berstruktur berfungsi bertentangan.
Responden diberi soalan-soalan spontan
METODOLOGI PENYELIDIKAN
49
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
berpandukan kepada maklum balas yang diberi
olehnya
Pengkaji mungkin tidak dapat meramalkan soalan
yang akan ditanya kepada responden.
Setiap responden mungkin memahami soalan (jika
soalan sama dikemukakan) secara berbeza.
Penemu bual mempunyai peluang untuk
menerangkan maksud soalan yang ditanya kepada
responden dengan lebih lanjut. Begitu juga,
responden berupaya menanya soalan jika dia tidak
memahami soalan yang ditanya.
3. Separa Berstruktur Dalam format ini, sesetengah soalan dibentuk secara
berstruktur sementara yang lain adalah tidak
berstruktur.
Pengkaji mempunyai peluang untuk menanya
soalan-soalan lain.
Ini akan berupaya menilai keupayaan responden
daripada pelbagai kategori untuk menjawab soalan.
Ini boleh dibantu oleh pengkaji melalui usahanya
membantu responden menggunakan perkataan-
perkataan atau istilah secara tidak formal.
Senarai soalan adalah fleksibel untuk dinyatakan
dalam sebarang turutan.
4.6 Jenis-jenis Kaedah Temu Bual
Kaedah temu bual boleh berupa temu bual bersemuka (face-to-face) dan bukan bersemuka.
Sebahagian besar perbincangan di atas telah memberi fokus kepada kaedah bersemuka.
Kaedah bukan bersemuka termasuklah temu bual melalui telefon dan temu bual
menggunakan bantuan komputer (computer assisted interview). Kedua-dua kaedah
mempunyai kebaikan dan kelemahan seperti mana tersenarai dalam Jadual 4.3. Temu bual
dengan bantuan komputer pula terdiri daripada temu bual berkomputer melalui telefon
(computer assisted telephone interviews, CATI) dan temu bual langsung dengan bantuan
METODOLOGI PENYELIDIKAN
50
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
komputer (computer assisted personal interview, CAPI). Ini berupaya menggunakan
kebaikan teknologi maklumat moden di mana soalan disampaikan ke skrin komputer
responden menggunakan perisian spesifik. Sistem ini akan membolehkan responden
membetulkan jawapan-jawapan yang luar daripada skop. Sistem ini juga mengelakkan
pengkaji daripada menanya soalan-soalan lain dan soalan perlu dikemukakan dalam susunan
yang telah ditetapkan.
Jadual 4.3: Ciri-ciri Kaedah Temu Bual Bukan Bersemuka
Kaedah Bukan
Bersemuka
Kekuatan Kelemahan
Kaedah temu bual
melalui telefon
Kadar respons adalah
tinggi
Pengumpulan data yang
cepat
Soalan yang samar-samar
boleh dijelaskan oleh
penemu bual
Responden tenang semasa
menjawab
Ia boleh dijalankan
merentasi kawasan
geografi (jarak bukanlah
satu penghalang)
Berupaya membuat
responden rasa
bagus/dihargai kerana
diminta memberi temu
janji untuk ditemu bual
Nombor telefon
individu berkenaan
diperlukan
Memerlukan penemu
bual memujuk
responden untuk turut
serta
Soalan mestilah
pendek dan mudah
difahami
Komunikasi tidak
bersemuka
Responden mungkin
tidak ingin
menyambung
perbualan dengan
meletak gagang
telefon.
Tidak boleh temu bual
ramai kerana ia adalah
mahal dan memakan
masa yang lama
METODOLOGI PENYELIDIKAN
51
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Temu bual dengan
bantuan komputer
Ia boleh dijalankan
merentasi kawasan
geografi (jarak bukanlah
satu penghalang)
Responden boleh
menggunakan komputer
sendiri untuk menjawab
soalan
Maklum balas boleh
didengari semula dengan
sistem digital
Pengumpulan data yang
cepat dan terus dimuat
naik automatik untuk
analisis
Kurang mahal daripada
turun ke tapak kajian – kos
pengangkutan dan
penginapan boleh
dielakkan
Lebih ekonomik sekiranya
bilangan temu bual yang
besar adakan (kos perisian
tinggi – takkan beli
perisian mahal untuk temu
bual hanya beberapa
responden)
Memerlukan
pelaburan yang besar
untuk membeli
perisian
Perisian perlu
disampaikan
(transmitted) kepada
komputer responden
METODOLOGI PENYELIDIKAN
52
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
UJIAN KENDIRI
1. Jelaskan mengapa kaedah survei tinjauan popular digunakan dalam sains sosial.
2. Perihalkan langkah-langkah yang perlu diambil sebelum seseorang menjalankan sesi
temu bual bersemuka.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
53
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
SEKSYEN 5
STRATEGI PENYELIDIKAN KUALITATIF
Antara strategi utama dalam penyelidikan kualitatif adalah kajian lapangan dan kajian kes.
5.1 Kajian Lapangan
Kajian lapangan (field research) biasa digunakan dalam bidang sains sosial, khasnya dalam
teknik-teknik yang memerlukan pemerhatian terhadap fenomena semula jadi. Kajian
lapangan adalah berbeza daripada SRM kerana kajian lapangan melibatkan pemerhatian
dibuat semasa sesuatu peristiwa sedang berlangsung. Di bawah teknik ini, pengkaji
memerhati dan mengambil nota semasa peristiwa tersebut sedang berlangsung. Mengikut
Chua (2006a), kaedah pemerhatian membenarkan pengkaji mengumpul maklumat tentang:
a) Persekitaran fizikal – tabiat dan ciri-ciri yang membentuk tabiat manusia, seperti
jantina, kumpulan etnik, status sosioekonomi dan lain-lain
b) Persekitaran interaktif – interaksi yang berlangsung secara verbal, bukan verbal,
formal, bukan formal, dan aspek-aspek terancang dan bukan terancang
c) Persekitaran di mana suatu program dilaksanakan – berkait dengan sumber,
organisasi, kaedah, kurikulum dan peserta sesuatu program
5.1.1 Jenis-jenis Kajian Lapangan
Terdapat dua jenis kajian lapangan, iaitu pemerhatian sistematik dan pemerhatian
penyertaan. Pemerhatian sistematik adalah kaedah di mana kejadian-kejadian semula jadi
diperhatikan, dicatat, dikodkan kepada unit-unit yang bermakna dan diperihalkan oleh
pengkaji yang bukan peserta dalam kejadian tersebut (Chua, 2006a). Pemerhatian
Hasil Pembelajaran
Di akhir seksyen ini, pelajar akan dapat:
1. Mengkaji kaedah-kaedah dalam penyelidikan lapangan serta kajian kes sebagai
strategi penyelidikan kualitatif utama.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
54
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
penyertaan adalah keadaan di mana pengkaji menyertai secara langsung dalam peristiwa
yang sedang dikaji untuk membenarkan pengkaji memahami dan merasakan sendiri
situasi tersebut sepertimana yang dialami oleh peserta-peserta yang dikaji.
a) Pemerhatian Sistematik
Lanjutan daripada perkataan “sistematik”, pengkaji merancang langkah-langkah yang
perlu diambil sebelum “turun” ke tapak kajian. Langkah-langkah ini termasuk:
i) Menentukan peristiwa yang perlu diperhatikan
Ini akan dibimbing oleh minat pengkaji atau objektif kajian. Di bawah ini,
kebanyakan kejadian boleh dikategorikan kepada (Chua, 2006a, hlm. 142):
Peristiwa bukan verbal
Melibatkan pemerhatian terhadap pergerakan badan (body language) –
untuk membantu pengkaji mengumpul maklumat tentang tabiat manusia
dan perkaitannya dengan kepuasan, perasaan, sikap, tahap motivasi dll.
Peristiwa ruang
Ini adalah berkait dengan interaksi antara manusia dengan objek, yang
berusaha untuk mengkaji perbezaan dan perhubungan antara manusia dan
interaksi antara mereka.
Peristiwa ekstra-linguistik
Ini meliputi perkara yang berkait dengan kadar, nada, kekuatan dan tabiat
lain ke atas percakapan, yang membekalkan maklumat tentang komunikasi
verbal manusia.
Peristiwa linguistik
Melibatkan kandungan mesej verbal dan bahan-bahan bertulis yang
mengizinkan pengkaji merisik tentang pemikiran dan cara-cara
komunikasi manusia.
ii) Menentukan teknik pensampelan bagi Pemerhatian Sistematik
Sepertimana dapat dilihat dalam Rajah 5.1, pensampelan lapangan boleh
dibentuk berasaskan unsur masa khusus atau memilih sampel peristiwa yang
METODOLOGI PENYELIDIKAN
55
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
ingin diperhatikan. Rajah yang berikut menerangkan tentang pensampelan
berasaskan unsur masa:
Rajah 5.1: Skema Pensampelan dalam Kaedah Pemerhatian Sistematik
Sumber: Chua (2006a, hlm. 143).
Pensampelan Masa Berterusan
Kaedah ini memerhati sesuatu peristiwa sepanjang satu tempoh tertentu.
Semua peristiwa yang berlaku dalam tempoh ini dicatat dan diperhatikan
sama ada wujud sebarang trend tertentu. Tempoh masa ini boleh jadi
beberapa jam dalam satu hari, beberapa hari, minggu atau bulan.
Pemerhatian tahunan biasanya jarang kerana terlalu lama. Contoh
termasuklah trend aktiviti manusia di tempat kerja, umpamanya dalam
menghadiri mesyuarat, menjalankan tugas sendiri, memanggil dan
menerima panggilan telefon setiap hari selama dua minggu. Contoh lain
termasuk memerhati kehilangan masa pekerja akibat aktiviti yang tidak
produktif di tempat kerja (tip: seseorang boleh menggunakan kaedah ini
untuk memerhati berapa banyak masa kerugian akibat datang lewat ke
kerja, masa untuk berbual dengan pekerja lain, masa dibelanjakan berbual
melalui telefon dan penggunaan jaringan sosial (social networks), serta
Pemerhatian Sistematik
Observation
Sampel Kajian
Pensampelan Peristiwa Pensampelan Masa
Pensampelan
Masa Berterusan
Pensampelan
Tanda Masa
Pensampelan
Selang Masa
METODOLOGI PENYELIDIKAN
56
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
bentuk-bentuk absenteeisme lain. Ini dapat dijumlahkan di penghujung
kajian sebagai trend dan mengira jumlah masa dihilangkan setiap pekerja.
Pensampelan Tanda Masa
Dalam statistik ‘masa’ diambil sebagai diskrit. Dengan itu, pemerhatian
dibuat pada titik-titik masa yang berbeza. Contoh: memerhatikan tindak-
tanduk yang diambil oleh setiap pekerja sebelum menghadiri mesyuarat
dalaman.
Pensampelan Selang Masa
Melalui kaedah ini, seseorang pengkaji memerhatikan peristiwa atau
bilangan peristiwa pada masa-masa tertentu. Contohnya, seseorang
mungkin ingin memerhatikan bilangan pelanggan yang menunggu di
depan kaunter tepat selang setiap 30 minit atau setiap jam. Misalnya,
pemerhatian dibuat tentang bilangan pelanggan menunggu perkhidmatan
sama ada pada 9.30 am, 10.30 am, 11.30 am, dan seterusnya; atau 9.30 am,
10.00 am, 10.30 am, 11.00 am dan seterusnya. Dengan berbuat demikian,
pengkaji berupaya meneliti trend and dapat memberi cadangan untuk
mengurangkan masa menunggu bagi pelanggan.
b) Pemerhatian Penyertaan
Sepertimana disebut sebelum ini, pengkaji menyertai sebagai salah seorang individu
yang terlibat dalam suasana sosial berkait dengan peristiwa yang dikaji untuk
memahami dan mengalami sendiri aktiviti dan langkah-langkah yang membangkitkan
peristiwa tersebut. Namun begitu, sama ada individu lain yang terlibat dalam situasi
tersebut menyedari bahawa mereka sedang dikaji, diperhatikan dan bahawa pengkaji
turut berada bersama mereka adalah satu isu yang lain. Walaupun begitu, anda akan
mempelajari dalam topik etika penyelidikan bahawa terdapat keadaan di mana
individu yang diperhatikan berupaya menukar perwatakannya apabila diketahui dia
sedang diperhatikan sehingga menggugat kesahihan maklumat yang dikumpulkan.
Dalam situasi sedemikian, terdapat empat kombinasi berbeza yang melibatkan
peranan penyelidik sebagai pemerhati yang turut serta dan sama ada penyertaannya
diketahui oleh individu lain dalam persekitaran yang dikaji. Ini adalah:
METODOLOGI PENYELIDIKAN
57
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
i) Pengkaji adalah pemerhati sahaja, tetapi diketahui oleh semua tentang
peranannya sebagai pemerhati
ii) Pengkaji adalah pemerhati sahaja, tetapi tidak diketahui oleh semua tentang
peranannya sebagai pemerhati
iii) Pengkaji adalah pemerhati dan peserta, tetapi diketahui oleh semua tentang
peranannya sebagai pemerhati
iv) Pengkaji adalah pemerhati dan peserta, tetapi tidak diketahui oleh semua
tentang peranannya sebagai pemerhati
Apabila penyertaannya tidak dimaklumkan kepada individu lain yang sedang
diperhati, ini berupaya bercanggah dengan pertimbangan etika. Walau pun begitu,
tidak ada gunanya memberitahu semua yang lalu-lalang dalam peristiwa tersebut dan
biasanya mereka tidak ingin mengetahui bahawa mereka sedang diperhatikan. Maka,
penyelidik perlu memutuskan sendiri opsyen yang ada padanya.
5.1.2 Reliabiliti Kaedah Pemerhatian
Reliabiliti (kebolehpercayaan data) boleh diperkukuhkan melalui triangulasi, seperti
berikut (Chua, 2006a):
a) Nota pemerhatian dibuat oleh lebih dari seorang pemerhati
b) Pemerhatian dibuat di sebilangan tempat dan lokasi
c) Pemerhatian dibuat pada masa berbeza.
“Triangulasi” bermaksud Penggunaan lebih daripada satu kaedah atau pendekatan untuk
mengesahkan dan memperkuatkan validiti penemuan dalam kajian. Istilah lain yang biasa
digunakan untuk “triangulasi” ialah semak-silang (cross-examination). Jika kaedah-
kaedah berbeza memberi jawapan berbeza kepada konsep yang dikaji, maka terdapat
masalah kredibiliti dalam salah satu kaedah yang telah digunakan. Jika kaedah-kaedah
tersebut memberi jawapan yang sama, ia menyokong kepada kredibiliti kepada penemuan
kajian.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
58
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
5.2 Kajian Kes
Istilah yang lain bagi Kajian Kes ialah Kajian Kes Khusus (Case-Specific Studies). Terdapat
banyak keadaan di mana usaha untuk mengkaji tabiat manusia menjadi terlalu rumit kerana
individu adalah berbeza dan tersendiri, cara mereka berfikir dan juga cara mereka membawa
diri. Oleh itu, ada masanya kajian kes dikendalikan dalam usaha untuk memahami kelakuan
seseorang individu atau sekumpulan individu. Ini biasa disebut kajian mendalam (in-depth
studies). Kajian kes boleh dijalankan ke atas individu, kumpulan atau komuniti menggunakan
pelbagai instrumen pengumpulan data seperti meneliti dokumen, data sejarah, temu bual
mendalam serta pemerhatian penyertaan (Chua, 2006a). Etnografi adalah satu kaedah di
mana sedemikian yang memerhati individu atau kumpulan individu.
Dalam satu kajian, suri rumah tangga daripada pelbagai komuniti telah diperhatikan untuk
meneliti bagaimana mereka menyumbang kepada ekonomi keluarga walaupun mereka tidak
bekerja. Mereka diperhatikan sebagai sampel daripada komuniti berbeza (estet, kampung
nelayan, petani, dll.) dan pemerhatian termasuklah sama ada mereka membela ayam, itik,
atau bercucuk tanam di halaman rumah, menjaga anak-anak dan lain-lain. Ini boleh
diperkukuhkan dengan kaedah temu bual untuk memahami aktiviti mereka selama seminggu
oleh kerana ada aktiviti-aktiviti spesifik pada hari tertentu sahaja.
5.2.1 Bilangan Kes yang Perlu Dikaji
Ini adalah soalan yang sentiasa timbul dalam kaedah kajian kes. Tambahan pula, terdapat
persoalan lain seperti saiz kajian kes yang perlu dibuat. Ini bergantung sepenuhnya
kepada objektif kajian yang berkaitan. Namun begitu, kes-kes yang perlu dikaji perlu
dipilih dengan teliti dan boleh dijustifikasi.
5.2.2 Kategori Kajian Kes
Mengikut Chua (2006a), terdapat tiga kategori kajian kes iaitu intrinsik, instrumental dan
kajian kes kolektif. Kategori kajian kes yang digunakan dalam kajian bergantung kepada
objektif kajian.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
59
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
a) Kajian Kes Intrinsik
Kategori ini merujuk kepada topik-topik khusus dan unik yang menarik perhatian
umum (seperti trauma pesakit alami sebelum dan selepas pembedahan di hospital;
atau selepas suatu kejadian ragut). Di bawah keadaan ini, matlamat pengkaji adalah
untuk memahami dan menyelami perasaan dan reaksi pesakit atau mangsa kejadian.
Dalam kes sedemikian, tidak ada sebab untuk mengedarkan BSS untuk mengumpul
maklumat yang diperlukan, kerana kaedah ini adalah tidak sesuai untuk pengumpulan
data sedemikian.
b) Kajian Kes Instrumental
Di bawah kategori ini, matlamat kajian ini adalah untuk menguji teori atau
mengaitkan sesuatu isu kepada suatu teori. Pengumpulan data akan menentukan sama
ada teori berkenaan dalam menerangkan maklumat yang dikumpulkan.
c) Kajian Kes Kolektif
Kajian kes kolektif melibatkan sebilangan set instrumen kajian kes yang biasa
dikendalikan pada skala besar dan mendalam. Ini biasa dijalankan untuk menguji teori
atau untuk membina dan membuat generalisasi ke atas populasi yang dikaji. Satu
contoh adalah untuk menjalankan kajian kes ke atas kumpulan pelajar universiti
berdasarkan tabiat mereka seperti mereka yang memencil diri, terlalu aktif dan
proaktif. Setiap kumpulan boleh melibatkan sebilangan kajian kes dan keputusan
boleh digeneralisasi untuk mewakili jenis-jenis pelajar, dan akhirnya satu kesimpulan
am boleh dibuat apabila penemuan berkaitan setiap kumpulan pelajar dibandingkan
dan digabungkan untuk membentuk rumusan umum tentang populasi pelajar di
universiti.
5.2.3 Fungsi Kajian Kes
Fungsi kajian kes boleh jadi untuk mencari apa yang belum diketahui, untuk
menerangkan peristiwa tertentu atau memerihalkan finomena berkaitan. Ini dapat
METODOLOGI PENYELIDIKAN
60
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
dikaitkan kembali kepada matlamat penyelidikan (rujuk Seksyen 1.3). Jenis-jenis kajian
kes adalah (Chua, 2006a):
a) Kajian Kes Jenis Eksploratori
Kebanyakan masanya, bentuk ini digunakan sebagai ujian rintis to menentukan
sama ada kajian yang lebih besar adalah feasible dikendalikan dan mencari isu-isu
awal yang perlu diatasi sebelum kajian sebenar boleh dijalankan.
b) Kajian Kes Jenis Penjelasan
Ini dijalankan untuk menerangkan mengapa sesetengah peristiwa berlangsung dan
bagaimana ia boleh diterangkan oleh teori-teori tertentu.
c) Kajian Kes Jenis Diskriptif
Dalam kajian kes jenis ini, teori membentuk tunjang kepada kajian dan dengan itu
dipandu oleh teori. Maka, penyelidik akan perlu menentukan analisis yang perlu
dipertimbangkan.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
61
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
SEKSYEN 6
PEMILIHAN SAMPEL
Masalah yang berkait dengan akses dapat diringkaskan seperti berikut:
– akses fizikal atau untuk masuk
– meneruskan akses
– akses kognitif
Banyak organisasi menerima permohonan daripada penyelidik, pelajar dan pihak-pihak
berkuasa untuk data. Membenarkan akses kepada data tersebut berupaya menjadi tekanan
kepada sumber manusia organisasi (masa untuk temu bual, mengisi borang soal selidik).
Temu bual susulan (meneruskan akses) mungkin menjadi masalah apabila kakitangan yang
ditemu bual sebelum ini telah berhenti bekerja atau telah berpindah ke tempat lain.
Walaupun akses fizikal mungkin diluluskan, tetapi ia mungkin dihadkan ke jabatan-jabatan
atau peringkat pengurusan tertentu sahaja (contohnya, pengurus-pengurus sering tidak dapat
dicapai kerana mereka bertugas di luar). Maksud akses yang luas ini biasanya disebut sebagai
akses kognitif.
Contohnya, Ng (2008) telah mendapat akses kepada satu organisasi untuk menjalankan
penyelidikan ke atas latihan sebagai langkah intervensi bagi meningkatkan kemahiran
pengurusan khusus dalam kalangan kakitangannya. Jabatan Sumber Manusia telah mengatur
hari Sabtu sebagai hari untuk latihan. Malangnya, hanya segelintir daripada kakitangan yang
diwajibkan hadir dapat menyertai latihan kerana terikat dengan komitmen kerja mereka, dan
ada juga yang bertugas di luar negara. Beliau terpaksa mengubahsuai persoalan kajian yang
Hasil Pembelajaran
Di akhir seksyen ini, pelajar akan dapat:
1. Mengkaji kaedah-kaedah pensampelan
2. Menentukan teknik pensampelan yang terbaik untuk penyelidikan spesifik
METODOLOGI PENYELIDIKAN
62
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
telah dirangkanya di peringkat awal untuk mengambil kira kepincangan tersebut dalam
menyiapkan penyelidikannya.
Kebenaran akses untuk penyelidik yang juga adalah pengamal (practitioner) adalah agak
mudah tetapi ia mungkin sukar bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan apabila pihak
organisasi sangsi terhadap motif penyelidik-pengamal tersebut.
Strategi untuk mendapat akses adalah:
– Menyediakan masa yang mencukupi untuk anda; banyak panggilan telefon mungkin
diperlukan untuk mengenal pasti individu yang berkaitan untuk memberi akses atau
maklumat (borang soal selidik atau temu bual); banyak lagi masa diperlukan untuk
memerhati di tapak pengeluaran (production site).
Menggunakan kenalan dan mengenal pasti kenalan baru; kadang-kadang sekiranya anda
menjalankan latihan di organisasi tertentu, ia mungkin lebih mudah untuk mencapai akses
melalui kenalan sedia ada. Dalam pensampelan snowball atau bertujuan, kenalan anda
akan dapat memberi nama-nama lain untuk anda meneruskan pengumpulan data anda.
Menyediakan tujuan yang jelas dan jenis akses yang diperlukan; satu surat pengenalan
yang menyatakan dengan jelas tujuan penyelidikan, bagaimana orang yang dihubungi
dapat membantu, dan apa yang diperlukan (temu bual, pemerhatian di tapak pengeluaran,
data arkib).
Mengatasi keresahan organisasi termasuk kekangan sumber, kerahsiaan (data pasaran,
kos pengeluaran), dan sensitiviti (contoh: kadar pemulangan barangan yang tinggi di
paras kedai)
Potensi kebaikan kepada organisasi; sama ada penemuan kajian bernilai kepada
organisasi dan sama ada laporan lengkap akan diserahkan kepada organisasi di mana satu
surat yang menyatakan format terperinci laporan yang boleh disediakan kepada organisasi
tersebut.
Menggunakan bahasa yang sesuai seperti 'belajar daripada pengalaman anda’ daripada
‘menyelidik’, 'berbual’ menggantikan ‘temu bual’, dan 'memperincikan penulisan’
berbanding dengan penerbitan (Buchanan et al., 1988, hlm. 57).
Menyelaras jawapan dengan memasukkan satu proforma untuk penerima-penerima
permohonan anda.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
63
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Membangunkan akses secara gradual; akses permulaan mungkin untuk survei borang
selidik dan akses seterusnya dipohon kemudian untuk temu bual dengan peserta tertentu.
6.1 Pemilihan Sampel
Terdapat perbezaan yang nyata antara banci dan sampel. Banci adalah pengumpulan dan
analisis data yang berkait dengan keseluruhan populasi seperti banci perumahan dan
penduduk yang dilaksanakan setiap 10 tahun oleh kerajaan Malaysia. Ia memberi gambaran
terperinci tentang seluruh populasi tersebut dan mengizinkan kerajaan untuk membuat
perancangan tentang kesihatan, kebajikan, kemudahan awam dan pendidikan. Banci adalah
mahal dikendalikan dan oleh yang demikian sampel biasa digunakan dalam penyelidikan
sains sosial, perniagaan dan pengurusan.
Satu sampel adalah subset bagi suatu populasi. Pensampelan membenarkan data
dikumpulkan dan dianalisis dan keputusan yang diperoleh secara statistik inferens dapat
dianggap sebagai mewakili ciri-ciri suatu populasi. Ini dapat diperhatikan dalam Rajah 6.1.
Namun begitu, anda perlu berwaspada apabila menggunakan perkataan “populasi” sebelum
anda menggunakan teknik pensampelan. Populasi (biasanya digunakan untuk mempamerkan
penduduk sesebuah Negara atau wilayah) digunakan dalam skop yang lebih luas untuk
mengira semua elemen atau kes, sebagai contohnya, rangkaian pusat makanan segera di
Malaysia atau sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK), dan syarikat-syarikat yang
mengamalkan sistem pengurusan kualiti ISO9000.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
64
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Rajah 6.1: Sampel dan Populasi
6.2 Kegunaan Sampel
Sebab-sebab terperinci untuk memilih penyelidikan yang menggunakan teknik pensampelan
berbanding dengan banci adalah:
– Ia adalah tidak praktikal kepada pengkaji untuk menjalankan survei ke atas
seluruh populasi.
– Ia tidak mungkin, dari segi kewangan, untuk membuat survei ke atas seluruh
populasi; contohnya, penyebaran H1N1 di SJKC dan SJKT kerana jururawat,
jangka suhu, topeng muka (mask) dan stetoskop serta van perubatan melibatkan
kos.
Sampel
Populasi
Kes atau
elemen
METODOLOGI PENYELIDIKAN
65
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
– Ia memakan masa yang lama untuk perjalanan jauh bagi tujuan survei, dan dalam
konteks ini pandangan kasar (kajian merentas) mungkin menjadi tidak sah.
Semua data perlu dikumpulkan tetapi keputusan daripada satu sampel adalah memadai untuk
analisis yang cepat – contohnya: satu kajian kekurangan gula di kampung-kampung daripada
data yang dikumpulkan oleh pejabat daerah akan membantu kerajaan untuk merancang
mobilisasi gula ke wilayah tertentu atau mengenakan kuota.
6.3 Teknik Pensampelan
Teknik pensampelan boleh dibahagikan secara amnya kepada pensampelan kebarangkalian
dan pensampelan bukan kebarangkalian. Dalam pensampelan probabiliti, setiap elemen
atau kes mempunyai peluang yang saksama untuk terpilih manakala dalam kes pensampelan
bukan probabiliti, probabiliti setiap kes untuk terpilih tidak diketahui. Rajah 6.2
memerihalkan perkara ini.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
66
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Rajah 6.2: Teknik-teknik Pensampelan
Sumber: Saunders (2007, hlm. 207).
6.3.1 Pensampelan Probabiliti
Pensampelan probabiliti atau pensampelan perwakilan amnya dikaitkan dengan
strategi penyelidikan berasaskan survei. Langkah-langkah yang terlibat dalam
pensampelan probabiliti adalah (Saunders et al., 2007):
a) Kenal pasti rangka pensampelan (sampling frame) yang sesuai
b) Tentukan saiz sampel yang sesuai
c) Pilih teknik pensampelan yang paling sesuai
d) Pastikan bahawa sampel adalah mewakili populasi.
Pensampelan
Probabiliti Bukan-probabiliti
Rawak mudah
Sistematik
Rawak berstrata
Kluster
Kuota Snowball Convenience
Purposif Pilihan
sendiri
Ekstrim
Heterogeneous
Homogeneous Kes tipikal
Kes kritikal
METODOLOGI PENYELIDIKAN
67
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
a) Mengenal pasti Rangka Pensampelan yang Sesuai
Pensampelan probabiliti bermula dengan mengenal pasti rangka pensampelan. Rangka
pensampelan ialah senarai lengkap semua elemen di dalam populasi daripada mana
sampel anda akan diperoleh. Satu rangka pensampelan boleh jadi semudah senarai
lengkap semua murid-murid di sebuah sekolah tempatan, atau senarai institusi kewangan
yang mematuhi sistem syariah di dalam negara, atau semua anggota penyelamat dalam
operasi penyelamat 9-11 yang berdaftar dengan pihak berkaitan dalam kerajaan Amerika
Syarikat. Apabila satu rangka pensampelan yang sesuai tidak dapat diperoleh, adalah
wajar diteliti jika ada cara lain seperti direktori telefon bagi operator talian tetap atau
senarai pemilik kad kredit Visa atau Mastercard. Adalah tidak menghairankan jika
diketahui syarikat pengeluar kad kredit anda mungkin telah membekalkan senarai pemilik
kad kredit kepada satu syarikat swasta yang ingin mengkaji tabiat berbelanja atau lebihan
pendapatan dalam kalangan pemilik kad kredit tersebut.
Penemuan daripada sampel perwakilan boleh digunakan untuk membuat generalisasi ke
atas keseluruhan populasi dari mana sampel tersebut telah dipilih. Tabiat berbelanja bagi
satu sampel pemilik kad kredit boleh digeneralisasi kepada semua pemegang kad kredit,
dan bukannya kepada kelompok tertentu sahaja.
b) Menentukan Saiz Sampel yang Sesuai
Saiz sampel bergantung kepada tiga parameter:
– Tahap keyakinan yang anda ingin tetapkan bagi data anda – iaitu, tahap kepastian
bahawa ciri-ciri data yang dikumpulkan akan mewakili sifat-sifat populasi umum.
Tahap keyakinan biasanya ditetapkan kepada 95% yang bermaksud bahawa
sekiranya sampel diambil 100 kali, sekurang-kurangnya 95 kali daripada sampel
tersebut akan memiliki ciri-ciri populasi tersebut.
– Margin ralat yang boleh dibenarkan – iaitu, tahap ketepatan yang diperlukan oleh
anda untuk membuat apa-apa anggaran. Margin ralat biasanya ditetapkan pada 5%
yang bermaksud bahawa 5% daripada sampel dijangka mempunyai ralat. Jadual 6.1
memberi saiz sampel bagi setiap saiz populasi pada tahap keyakinan 95%.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
68
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Perhubungan antara tahap keyakinan (had keyakinan), margin ralat dan saiz
sampel dapat dilihat dalam Rajah 6.3.
– Jenis-jenis analisis yang anda akan buat – khususnya bilangan kategori dalam mana
anda bercadang untuk membahagi-bahagikan data, kerana kebanyakan teknik statistik
mempunyai tahap threshold minimum bagi kes-kes data bagi setiap sel (contoh: ujian
Chi square, ).
Jadual 6.1: Saiz Sampel
Populasi Saiz Sampel pada margin
ralat 5%
Saiz Sampel pada margin ralat 3%
50 44 48
100 79 91
150 108 132
200 132 168
250 151 203
300 168 234
400 196 291
500 217 340
750 254 440
1000 278 516
2000 352 696
5000 357 879
10000 370 964
100000 383 1056
Sumber: Saunders (2007, hlm. 212).
METODOLOGI PENYELIDIKAN
69
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Rajah 6.3: Tahap Keyakinan, Margin Ralat dan Saiz Sampel
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/File:Marginoferror95.PNG, diakses pada 29 Ogos
2009.
Bagaimanapun, analisis statistik bagi data bergantung kepada data supaya tertabur secara
normal. Teorem limit tengah (central limit theorem) menyatakan bahawa dengan
bertambahnya saiz sampel, taburan berkenaan akan menghampiri taburan normal. Untuk
kebanyakan tujuan praktik, taburan normal akan dicapai jika saiz sampel melebihi 30
orang. Jadi, jika saiz sampel adalah kurang daripada 30 orang (contohnya: bilangan
pengurus organisasi) anda perlu melibatkan seberapa banyak elemen yang terdapat dalam
populasi.
c) Menentukan Kaedah Pensampelan yang Sesuai
Kaedah pensampelan dapat terbahagi kepada dua jenis iaitu pensampelan probabiliti dan
bukan probabiliti. Dalam pensampelan probabiliti, ahli-ahli dalam kumpulan dari mana
teknik pensampelan akan dilaksanakan akan mempunyai peluang yang sama untuk
terpilih sebagai responden. Sebaliknya, ahli-ahli dalam kumpulan tidak akan mempunyai
METODOLOGI PENYELIDIKAN
70
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
peluang yang sama untuk terpilih dalam pensampelan bukan probabiliti kerana seseorang
yang mengendalikan pensampelan tersebut menggunakan suatu bentuk pengaruh atau
bias dalam pemilihan sampel.
6.3.2 Pensampelan Probabiliti
Pensampelan probabiliti boleh dibahagikan kepada:
a) Pensampelan rawak mudah
b) Pensampelan rawak sistematik
c) Pensampelan rawak berstrata
d) Pensampelan kluster
e) Pensampelan pelbagai peringkat.
a) Pensampelan rawak Mudah
Dalam pensampelan rawak mudah apabila rangka pensampelan dikenal pasti
(contohnya: melalui daftar nama pelajar di SMJK) setiap pelajar diberi satu nombor
bermula daripada 1 tanpa sebarang lompatan pada nombor. Satu jadual rawak
digunakan untuk memilih elemen-elemen untuk sampel tersebut. Temu bual atau
borang soal selidik ditadbir mengikut elemen (pelajar) bagi kajian tersebut.
Satu contoh lain bagi pensampelan rawak mudah adalah di mana nama pelajar ditulis
atas secebis kertas yang kemudiannya digulung dan dimasukkan dalam kotak
mengandungi cebis kertas bagi pelajar-pelajar lain. Sebilangan cebis kertas
sedemikian dipilih secara rawak (seperti dalam cabutan bertuah) untuk menjadi
responden kajian tersebut.
b) Pensampelan rawak sistematik
Dalam pensampelan sistematik, elemen yang ke-k dalam senarai lengkap (sampling
frame) dipilih untuk terlibat dalam sampel. Pensampelan sistematik tidak memerlukan
penggunaan jadual nombor rawak dan dengan itu adalah kurang menyukarkan
daripada pensampelan rawak mudah. Selang pensampelan ditakrifkan sebagai:
METODOLOGI PENYELIDIKAN
71
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Selang pensampelan = saiz penduduk/saiz sampel, atau songsangan nisbah
pensampelan
Nisbah pensampelan = saiz sampel/saiz populasi.
Sekiranya populasi pelajar di sebuah sekolah SMJK ialah 2,980 murid, dan daripada
Jadual 6.1 di atas 357 ialah saiz sampel yang diharapkan di bawah paras 95%
keyakinan, nisbah berkenaan adalah = 357/2980 = 0.1198 atau 0.125 kepada nisbah
pensampelan terdekat atau setiap elemen ke-8. Pelajar yang terpilih akan berkait
dengan daftar senarai (pilihan rawak) bermula dengan 4 dan diikuti dengan 12, 20,
28....
c) Pensampelan rawak berstrata
Pensampelan Berstrata bertujuan untuk menghindari ralat dalam pensampelan hasil
daripada populasi yang heterogeneous. Daripada memilih satu sampel daripada
keseluruhan populasi, penyelidik akan memastikan bilangan elemen yang munasabah
dipilih daripada setiap subset homogeneous dalam populasi tersebut. Contohnya,
sekiranya penyelidik ingin mengkaji pengambilan gula oleh populasi pelajar di sebuah
universiti, dia akan menentukan dahulu subset berdasarkan fakulti, tahun pengajian di
universiti, dan penginapan (sama ada menginap di kolej kediaman atau tinggal di
luar). Melalui cara ini, keputusan pengambilan gula tidak dikesani oleh ralat
pensampelan yang timbul daripada pemilihan satu subset secara tidak saksama.
Misalnya, pelajar yang tinggal di luar kampus mempunyai kekerapan yang lebih
untuk menonton perlawanan bola sepak dan dengan itu menggunakan lebih gula
dalam minumannya.
Pensampelan berstrata digunakan sebagai lanjutan daripada pensampelan rawak
mudah atau pensampelan sistematik. Ini bermaksud, setelah strata ditetapkan, satu
pensampelan mudah atau sistematik digunapakai untuk mendapatkan elemen sampel.
d) Pensampelan Kluster
Pensampelan kluster hampir serupa dengan pensampelan berstrata di mana pengkaji
membahagikan populasi kepada beberapa kumpulan yang terasing sebelum
pensampelan dibuat. Kumpulan yang terbentuk adalah kluster dan jumlah semua
METODOLOGI PENYELIDIKAN
72
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
kluster ini akan membentuk rangka pensampelan. Satu pensampelan rawak atau
sistematik bagi kluster dilaksanakan untuk memilih setiap ahli dalam kluster yang
terpilih.
Pensampelan kluster yang lebih kompleks ialah apabila teknik pensampelan ini
diulangi di dalam setiap kluster yang terpilih untuk memberikan kumpulan-kumpulan
kecil.
6.3.3 Pensampelan Bukan Probabiliti
Teknik pensampelan bukan probabiliti terdiri daripada:
a) Convenience
b) Purposif
c) Snowball
d) Kuota
e) Pilihan sendiri
a) Pensampelan Convenience
Sepertimana maksudnya, pensampelan convenience bergantung kepada jenis
responden. Seorang penyelidik mungkin berdiri di depan gedung beli belah yang
besar menunggu pelanggan keluar dari gedung tersebut untuk mengkaji niat
pembelian dalam kalangan pembeli perkhidmatan broadband Internet. Dengan cara
yang sama, pensyarah universiti biasanya mengendalikan survei ke atas pelajar dalam
kelas yang mereka mengajar untuk pelbagai jenis perkara. Kaedah ini bermaksud
kaedah paling mudah untuk mendapat data daripada kelompok tertentu tidak kira
sama ada responden yang terpilih dapat mewakili populasi berkenaan atau tidak.
b) Purposif atau Pensampelan Judgmental
Pensampelan ini ialah pemilihan sampel berdasarkan tujuan kajian dan pengetahuan
yang dimiliki oleh populasi tersebut. Di dalam mengkaji tabiat scavengers di tapak
pelupusan sampah, adalah paling baik sekali untuk pergi ke tapak tersebut untuk
menemu bual mereka.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
73
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
c) Pensampelan Snowball
Dalam pensampelan ini, penyelidik menyasarkan ahli-ahli populasi (seperti populasi
pelumba haram, Mat Rempit) yang boleh dia cari, seterusnya mendapatkan nama
penama lain daripada mereka yang telah ditemu bual seolah-olah salji bergolek
akhirnya akan menjadi lebih besar. Pensampelan snowball paling sesuai apabila
dikaitkan dengan isu sensitif (pekerja seks) atau aktiviti-aktiviti haram (menemu bual
lanun Somalia, kasino haram atau perjudian bola sepak). Dalam pensampelan ini,
adalah sukar untuk meramalkan siapa akan menjadi responden dalam kajian tersebut
kerana ia akan bergantung kepada bekalan nama yang diberi oleh responden sedia
ada.
d) Pensampelan Kuota
Pensampelan Kuota adalah bukan rawak sama sekali dan tekniknya lebih kurang
serupa dengan pensampelan berstrata. Langkah yang terlibat adalah (Saunders et al.,
2007):
i) Bahagikan populasi kepada kumpulan-kumpulan spesifik berdasarkan
parameter tertentu seperti saiz sekolah (<500 pelajar, 501-1000, >1000
pelajar), lokasi sekolah (bandar, separa bandar), jenis sekolah (SMJK, SMK,
swasta)
ii) Kira kuota bagi setiap kumpulan berdasarkan data yang ada.
iii) Berikan setiap penemubual satu tugasan, iaitu menyatakan bilangan kes seperti
dalam kuota mereka mesti temu bual untuk mewakili kumpulan tersebut.
iv) Gabungkan data yang dikumpulkan oleh penemubual (atau pembanci) untuk
memberi sampel yang lebih besar.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
74
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
UJIAN KENDIRI
ABC Bank percaya bahawa kejayaan organisasi bergantung kepada pencapaian kepuasan
pelanggan penambahbaikan berterusan, bank tersebut sentiasa memantau prestasinya dan
mencari jalan meningkatkan prestasi melalui penanda aras (benchmarking) menggunakan
ukuran prestasi masa lepas dan prestasi pesaingnya. Bank mempunyai lebih 3,000,000
pemegang akaun daripada pelbagai latar belakang dan umur. Satu sampel perlu
dicadangkan kepada pengurusan bank untuk memantau tahap kepuasan mereka. Anda
diminta mencadangkan kaedah berkaitan kepada pihak pengurusan. Nyatakan kaedah yang
digunakan, saiz sampel, dan instrumen yang akan digunakan.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
75
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
SEKSYEN 7
ETIKA DALAM PENYELIDIKAN
7.1 Kepentingan Pertimbangan Etika
Selain daripada memberi tumpuan kepada metodologi dalam penyelidikan, pertimbangan
etika adalah juga satu aspek yang terpenting yang menarik perhatian para cendekiawan dalam
sebarang seminar penyelidikan. Sementara isu etika dapat diatasi dengan mudah dalam sains
tulen, ianya tidak begitu dalam sains sosial. Kaedah terbaik untuk mempelajari etika ialah
melalui penelaahan terhadap kontroversi yang pernah timbul khasnya daripada kaedah
sesuatu kajian telah dijalankan.
Mengikut Sullivan (2001, hlm.58), terdapat lima ekspresi nilai sejagat yang dilafazkan di
Amerika Syarikat yang pasti dipersetujui ramai:
(1) the sanctity and worth of each human being should be respected
(2) people have a right to privacy
(3) people have a right to self-determination
(4) fairness and equity in social relations should be maintained
(5) one should not do anything to intentionally harm another person.
Sullivan (2001, hlm.58) memetik Reese & Fremouw (1984) yang mentakrif etika sebagai
“the study of what is proper and improper behaviour, of moral duty and obligation”.
Saunders et al. (2001, hlm. 178) pula mentakrif etika sebagai “relating to questions about
how we formulate and clarify our research topic, design our research and gain access,
collect data, process and store our data, analyse data and write up our research findings in a
Hasil Pembelajaran
Di akhir seksyen ini, pelajar akan dapat:
1. Mengenal pasti pertimbangan etika dalam menjalankan penyelidikan.
2. Menentukan langkah-langkah yang perlu diambil dalam mereka bentuk kajian
yang tidak bercanggah dengan nilai-nilai etika am.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
76
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
moral and responsible way”. Oleh itu, dua definisi di atas dan lima ekspresi nilai Sullivan
(2001) di atas adalah memadai digunakan oleh para penyelidik untuk mengelakkan sebarang
pelanggaran (misconducts) dalam proses mereka menjalankan penyelidikan dan mematuhi
satu set peraturan yang diterima pakai oleh penyelidik-penyelidik lain.
Pada masa yang sama, menjalankan penyelidikan sosial kadangkalanya menimbulkan konflik
antara keperluan untuk mencari ilmu dan obligasi diri untuk bersikap adil (Dane, 1990). Oleh
kerana penyelidikan sosial memfokus kepada manusia dan tingkah laku mereka, maka adalah
penting mereka ditangani dengan adil daripada setiap sudut penyelidikan. Ini biasanya
dipandu oleh garis panduan atau terma-terma yang diterima pakai yang biasanya disebut
sebagai etika. Keperluan untuk mematuhi etika kadangkalanya menimbulkan halangan
kepada cara suatu penyelidikan ingin dijalankan dalam cara yang paling mudah. Ini dapat
diatasi melalui keseimbangan etika yang berusaha untuk mengizinkan pengkaji memberi
justifikasi dalam konflik dalam kajian mereka dan dalam menanganinya. Mengikut Dane
(1990, hlm. 38), pematuhan kepada keseimbangan etika akan memerlukan penyelidik untuk
menyeimbangkan obligasi mereka untuk meningkatkan kebebasan intelektual dan
menyumbang kepada ilmu pengetahuan melalui tindakan yang adil kepada setiap individu
yang telah menyumbang maklumat dan kepada mereka yang akan menerima ilmu tersebut
(“balance their obligations to promote intellectual freedom and contribute to knowledge with
fair treatment of the very people to whom these obligations are owed and to whom the
knowledge is to be distributed”).
Pada minggu ini anda akan didedahkan dengan beberapa situasi yang dialami oleh beberapa
pengkaji lepas yang didapati telah melakukan kesalahan mengikut garis panduan etika tetapi
menuntut bahawa mereka tidak mempunyai pilihan lain untuk memperoleh data berkenaan
tanpa sebarang bias dan ikhlas.
Terdapat beberapa set kriteria etika yang perlu dipatuhi dan disedari oleh setiap penyelidik,
seperti tersenarai berikut:
a) Penyertaan sukarela
b) Penentuan sendiri
c) Kecederaan fizikal dan psikologikal
d) Identiti pengkaji
METODOLOGI PENYELIDIKAN
77
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
e) Kerahsiaan maklumat peribadi
f) Ketanpanamaan
g) Perjanjian sulit
h) Pembelotan
i) Penipuan
j) Hak cipta
7.1.1 Penyertaan Sukarela
Pengkaji perlu sedar bahawa subjek (atau responden) mempunyai keupayaan untuk
menyertai penyelidikan tersebut secara sukarela. Responden dengan itu perlu mempunyai
maklumat berkaitan dengan penyelidikan yang akan melibatkan dirinya. Sebarang niat
untuk mengelakkan daripada memberitahu apa-apa maklumat berkaitan, dan juga
memaksa responden untuk menyertai penyelidikan adalah tindak-tanduk yang dinyatakan
sebagai tidak beretika.
Paksaan mungkin timbul dalam bentuk pemberian insentif kepada responden untuk
menyertai kajian tersebut dengan “sukarela”. Ini adalah juga tidak beretika atas pelbagai
sebab seperti berikut:
a) responden diperdaya oleh perolehan kewangan, barangan atau niat lain untuk
mendapatkan penyertaan responden
b) responden tersebut akan mengharapkan habuan sepertinya daripada pengkaji lain
yang menemuinya di masa lain. Kegagalan untuk memberi habuan oleh pengkaji
kedua ini mungkin akan menghampakan responden dan mempengaruhi responden
supaya tidak menyertai kajiannya. Tabiat ini bukannya disebabkan oleh ketiadaan
maklumat dalaman dan isi kandungan kajian tersebut tetapi sebaliknya disebabkan
oleh pengalaman menerima “habuan” daripada penyelidik sebelum ini.
c) Penyertaan responden sedemikian mungkin memberi maklumat yang kurang ikhlas.
Mengikut Dane (1990, hlm.39), pemaksaan termasuk juga “using threats or force, as well
as offering more incentive that what would reasonably be considered fair compensation”
untuk masa mereka. Namun begitu, pemberian insentif yang kecil boleh dibenarkan
asalkan ianya tidak tinggi sehingga pemberian yang tinggi menyebabkan responden
METODOLOGI PENYELIDIKAN
78
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
mengubah pendiriannya kepada jawapannya dalam kajian atau menyebabkan masalah
kepada pengkaji lain seterusnya. Contohnya, adalah sesuai sekiranya suatu barangan
bernilai kira-kira RM5-RM10 setiap responden diberi sebagai sagu hati daripada pengkaji
atas masa dan sumbangan responden. Sagu hati yang pernah digunakan oleh pengkaji
lepas boleh berupa pen yang bertanda tajuk kajian, payung kecil, vanity kit dan lain-lain.
Bagaimana pun, pemberian barangan seperti ini boleh memberi kesan negatif kepada
pengkaji seterusnya yang mungkin tidak mempunyai geran atau dana untuk menaja sagu
hati tersebut dalam kajiannya.
Dalam sesetengah kajian, pengkaji perlu mendapatkan Persetujuan Menjadi Responden
(Informed Consent) daripada responden dengan cara responden menandatangani borang,
sepertimana yang terdapat dalam halaman 25 Chua (2006a). Kontroversi: rujuk kajian
Laud Humphreys (1975).
7.1.2 Penentuan Sendiri
Pengkaji perlu juga sedar bahawa pematuhan kepada ekspresi nilai, responden
mempunyai hak untuk menilai semua maklumat berkaitan kajian tersebut sebelum
memutuskan sama ada ingin terlibat dalam kajian atau sebaliknya. Ini juga berkait dengan
penyertaan sukarela yang dibincangkan dalam 7.1.1 di atas. Namun begitu, proses
penentuan diri tidak semestinya terhad kepada peringkat awal/pengenalan kajian tersebut
tetapi responden berhak untuk meminta maklumat lanjut sepanjang perjalanan kajian
tersebut. Ini mungkin berlaku apabila responden meragukan tentang isi kandungan kajian
yang mana beliau merasakan tidak selari dengan maklumat yang diterangkan kepadanya
oleh pengkaji. Responden mempunyai hak untuk tarik diri daripada menyertai survei atau
temu bual sekiranya dia tidak berpuas hati atau rimas untuk meneruskan penyertaan
dirinya dalam kajian.
Namun begitu, terdapat keadaan di mana penyelidik tidak boleh memberitahu maklumat
dengan terlalu banyak kerana maklumat yang mendalam mungkin akan menjadikan
responden tidak senang hati untuk terlibat, atau pun maklumat tersebut akan
menyebabkan responden mengubah atau “melakonkan” tabiat lain supaya dia dapat
menutup tabiat negatifnya, menyebabkan jawapan yang dirakamkan oleh pengkaji
METODOLOGI PENYELIDIKAN
79
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
menjadi tidak tepat. Kontroversi: rujuk kajian Laud Humphreys (1975) dan Stanley
Milgram (1963).
7.1.3 Kecederaan Fizikal dan Psikologikal
Adalah menjadi tanggungjawab pengkaji untuk memastikan responden kekal seperti sedia
kala selepas penyertaan dalam kajian. Sebarang penyelidikan yang menyebabkan
gangguan fizikal atau psikologikal kepada responden atau subjek sudah pasti tidak
dibenarkan. Pengkaji mesti memastikan gaya hidup responden atau tabiat tertentu kekal
tidak berubah selepas kajian. Penyelidikan yang dibuat tidak boleh mengubah gaya hidup
atau tabiat responden. Sekiranya sasaran ini dapat dicapai, maka pengkaji telah mematuhi
pertimbangan etika dalam kategori ini. Dalam erti kata lain, responden tidak boleh
didedahkan kepada gangguan fizikal (seperti kecederaan, dan kematian) atau gangguan
psikologikal (seperti bersifat “tidak normal” selepas kajian, muntah, atau jatuh sakit,
menyebabkan stres mental, jatuhnya maruah diri, kegagalan, kebimbangan, dan rasa
malu). Kontroversi: rujuk kajian Laud Humphreys (1975) dan Stanley Milgram (1963).
7.1.4 Identiti Pengkaji
Tidak ada sebab mengapa identiti pengkaji tidak boleh didedahkan kepada responden.
Identiti tersebut perlu didedahkan secara terbuka kepada (bakal) responden sebelum
mendapatkan persetujuan menjadi responden daripada responden. Kegagalan untuk
membekalkan maklumat ini boleh menyebabkan bakal responden memutuskan untuk
tidak terlibat dalam kajian, khasnya atas sebab kesangsian terhadap pengkaji.
7.1.5 Kerahsiaan Maklumat Peribadi
Lanjutan daripada ekspresi nilai, maklumat yang diberi oleh responden berupaya
mencermin pendirian peribadinya. Menyatakan identiti peribadi responden dalam hal
sedemikian akan menyebabkan responden kurang senang, contohnya di tempat kerja
apabila penyelia telah dapat tahu tentang pendirian peribadi responden (yang merupakan
subordinat di bawahnya). Maklumat yang diberikan olehnya mungkin atau mungkin tidak
bercanggah dengan nilai-nilai dalam organisasi menyebabkan dia dihukum atas pendirian
METODOLOGI PENYELIDIKAN
80
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
tersebut. Oleh itu, pengkaji wajib mematuhi peraturan ini. Namun begitu, sekiranya
pengkaji ingin menyatakan identiti responden, dia perlu mendapatkan persetujuan secara
bertulis untuk membenarkan maklumat tentang dirinya dilaporkan.
7.1.6 Anonimiti
Anonimiti berfungsi selari dengan perkara yang dibincangkan dalam 7.1.5. Contohnya,
adalah paling baik bahawa pengkaji tidak meminta nama responden dinyatakan dalam
borang soal selidik. Responden mempunyai hak untuk tidak menyertakan namanya dalam
mana-mana kajian. Dengan cara ini, pengkaji tidak akan berupaya mengenal pasti
individu sebenar yang telah menjawab instrumen kajian tersebut. Begitu juga, responden
mempunyai hak untuk membantah rakaman suara atau video tentang perbualannya
dengan pengkaji, atau gambar foto diambil.
Ini mungkin menyebabkan masalah serius kepada pengkaji kerana pengkaji yang ingin
menjalankan kajian pengesanan jangka panjang (longitudinal tracer study) akan perlu
menghubungi semula responden pada masa yang lain. Ini dapat diatasi dengan
menyatakan niat sebenar pengkaji merakam perbualan dan memberi opsyen kepada
responden untuk memberi maklumat peribadi seperti nama, alamat pos dan alamat e-mel,
dan nombor telefon. Memperoleh maklumat peribadi adalah dibenarkan selagi ianya
dibekalkan secara sukarela oleh responden.
7.1.7 Perjanjian Sulit
Pengkaji mesti melafazkan sama ada secara verbal atau bertulis kepada responden,
bahawa semua maklumat individu daripada responden akan disimpan secara rahsia dan
akan menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan ini dilaksanakan. Lafaz ini boleh
dibuat melalui surat yang memperkenalkan kajian kepada responden, sepertimana yang
biasa dilihat dalam BSS. Nachmias dan Nachmias (2000) menyenaraikan yang berikut
untuk menjadikan identiti responden dijadikan sulit:
a) Memadamkan nama responden
b) Melaporkan tahun lahir daripada tarikh lahir, atau meminta jawatan khusus
METODOLOGI PENYELIDIKAN
81
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
c) Agregat data – melaporkan maklumat secara keseluruhan daripada semua responden,
bukannya daripada data responden individu
d) Melaporkan hanya perbezaan antara individu tentang maklum balas mereka.
7.1.8 Pembelotan
Adalah tidak beretika sekiranya pengkaji mendedahkan maklumat yang dianggap “sulit”
seperti mana dinyatakan kepada pengkaji semasa dalam interaksi responden dengan
pengkaji. Tindakan ini mungkin menyebabkan reaksi negatif atau kesan negatif kepada
responden. Chua (2006a) memberi contoh mendedahkan identiti responden yang didapati
mengidap HIV kepada media sehingga menyebabkan orang ramai mengelak diri daripada
responden.
7.1.9 Penipuan
Terdapat keadaan di mana maklumat mengenai penyelidikan tidak dapat didedahkan
dengan penuh kepada responden. Ini hanya boleh dijustifikasikan melalui keseimbangan
etika. Terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan untuk mengelakkan penipuan:
a) Tentukan sama ada penipuan akan memberi kesan negatif kepada responden.
b) Tingkatkan kesedaran pengkaji tentang keperluan mengelakkan penipuan. Pengkaji
perlu memastikan keadaan mental dan fizikal responden kekal seperti sedia kala
selepas penyertaan responden dalam kajian.
c) Cari kaedah alternatif lain.
7.1.10 Hak Cipta
Hak cipta intelektual suatu instrumen yang digunakan untuk mengumpul data bagi
sesuatu kajian perlu adalah hak milik pengkaji berkenaan daripada mana instrumen
tersebut telah diperoleh, melainkan pengkaji tersebut menggunakan sumber lain dalam
kajiannya. Dalam kes sedemikian, adalah penting bahawa pengkaji sekarang (anda)
mendapatkan izin bertulis untuk kebenaran menggunakan instrumen pengkaji sebelum
ini. Di Malaysia, Akta Hak Cipta 1987 menyatakan bahawa sebarang kerja original
METODOLOGI PENYELIDIKAN
82
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
adalah dilindungi oleh Akta ini. Kegagalan untuk mematuhi peraturan ini mungkin
menyebabkan anda diheret ke mahkamah.
7.2 Kontroversi Ketidakpatuhan Etika
Dua kajian yang sering dipetik oleh ahli sains sosial adalah yang berkait dengan Laud
Humphreys (1975) dan Stanley Milgram (1963). Kajian Laud Humphreys (1975) bertajuk
The Tearoom Trade menunjukkan bagaimana dia menjalankan pengumpulan data tentang
homoseksual di tandas awam dalam kalangan orang ramai yang juga memiliki kehidupan
berkeluarga yang biasa. Humphreys telah tertarik dengan fenomena ini apabila beliau sebagai
pastor didampingi di gereja oleh individu berkenaan yang “confess” kepadanya untuk
mendapat pandangan dan keampunan. Sambil dia menjalankan kajian ini, sepertimana
dilaporkannya, dia tidak dapat mencapai peraturan penyertaan sukarela (voluntary
participation) dan penyertaan menyertai penyelidikan (informed consent) daripada responden
dalam kajiannya dan dia juga menyamar kemudian di peringkat seterusnya apabila melawat
rumah individu berkenaan sebagai pegawai kesihatan untuk mendapatkan maklumat latar
tentang mereka. Baca dengan mendalam lagi tentang kajian ini untuk memahami isu ini dan
kontroversi berkaitan yang telah timbul.
Uji kaji Milgram (1963) tentang kepatuhan telah mewujudkan perbincangan serius dalam
bidang penyelidikan sosial apabila dia “menipu” responden dengan menyatakan bahawa
penyelidikan tersebut adalah tentang tahap mana guru akan mendenda murid-muridnya, di
mana peranan guru dimainkan oleh responden. Kajian sebenar pula adalah untuk mensimulasi
tindakan dalam era Hitler – Perang Dunia II, untuk meneliti tahap penerimaan askar-askarnya
terhadap arahan yang berkemungkinan mempengaruhi psikologi diri, iaitu diarahkan
menembak orang awam yang diminta berbaris (parade) untuk ditembak sebagai prisoners of
war – sesetengah mereka berkemungkinan adalah ahli keluarga atau sanak saudara mereka.
Sepertimana kajian Humphreys, baca lebih mendalam tentang kajian Milgram untuk
memahami isu etika berkaitan dengan lebih mendalam dan kontroversi yang terlibat.
Mengikut Saunders et al. (2007, hlm. 181), terdapat sebilangan isu etika utama merentasi fasa
dan tempoh projek penyelidikan. Ini merujuk kepada:
a) privacy of possible and actual participants;
METODOLOGI PENYELIDIKAN
83
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
b) voluntary nature of participation and the right to withdraw partially or completely
from the process;
c) consent and possible deception of participants;
d) maintenance of the confidentiality of data provided by individuals or identifiable
participants and their anonymity;
e) reactions of participants to the way in which you seek to collect data, including
embarrassment, stress, discomfort, pain and harm;
f) effects on participants of the way in which you use, analyse and report your data, in
particular the avoidance of embarrassment, stress, discomfort, pain and harm;
g) behaviour and objectivity of you as researcher.
UJIAN KENDIRI
1. Tanpa melihat pendekatan agama, adakah pengguguran dapat dilihat sebagai salah
walaupun diketahui bayi dalam kandungan akan lahir dengan kecacatan yang serius?
Apakah situasi dalam hal ini yang akan menjadikan jawapan anda bertukar menjadi
“pengguguran adalah sah”?
2. Bagaimanakah anda akan menjalankan kajian untuk mengkaji soalan (1) di atas?
METODOLOGI PENYELIDIKAN
84
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
BAHAGIAN 2
STATISTIK
METODOLOGI PENYELIDIKAN
85
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
SEKSYEN 8
PENGENALAN KEPADA STATISTIK
8.1 Statistik
Seksyen ini bermula dengan menekankan bahawa seseorang penyelidik yang ingin
menjalankan penyelidikan mesti berupaya memahami maksud sesetengah statistik asas.
Statistik ialah sains mengumpul, menganalisis, menginterpretasi, dan mempersembahkan
data. Statistik boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama – statistik deskriptif dan
statistik inferensi. Statistik deskriptif merujuk kepada data yang berkaitan dengan kumpulan,
badan atau populasi tertentu tetapi tidak membuat kesimpulan menjangkaui kumpulan, badan
atau populasi yang dikaji. Statistik inferensi pula merujuk kepada satu sampel yang diambil
daripada populasi dan keputusan diintepretasikan kepada populasi tersebut.
Chua (2006b) menyediakan maklumat yang membezakan antara statistik deskriptif dan
statistik inferensi, seperti ditunjukkan dalam Jadual 8.1
8.1.1 Parameter
Pengukuran cici-ciri sesuatu populasi (seperti saiz populasi, pendapatan, taburan gender)
disebut sebagai parameter. Contohnya, sekiranya pengkaji ingin mengkaji pendapatan
populasi, dia akan mengkaji dahulu tentang taburan pendapatan dan seterusnya
mendapatkan purata pendapatan untuk mewakili pendapatan populasi. Dalam keadaan
tersebut, pendapatan adalah parameter bagi populasi tersebut. Oleh itu, purata pendapatan
akan memerihalkan ukuran pendapatan bagi populasi.
Hasil Pembelajaran
Di akhir seksyen ini, pelajar akan dapat:
1. Mentakrif maksud statistik, dan kata kunci lain yang berkaitan.
2. Bezakan antara pemboleh ubah mengikut jenis dan skala pengukuran
METODOLOGI PENYELIDIKAN
86
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
8.1.2 Populasi
Ini mewakili semua unit atau jumlah bilangan individu di dalam kumpulan pertubuhan
atau orang.
8.1.3 Sampel
Ini pula mewakili pemilihan unit atau individu tertentu menggunakan kaedah tertentu
untuk mewakili populasi yang disebut dalam 8.1.2 di atas. Sekiranya pengkaji ingin
mendapatkan satu sampel dan berusaha untuk mengukur purata pendapatan bagi sampel,
purata (atau min) akan berfungsi sebagai satu statistik, yang merupakan ukuran deskriptif
bagi sampel tersebut.
Jadual 8.1: Perbezaan antara Statistik Deskriptif dan Inferensi
Jenis
Statistik
Fungsi Metod Statistik
Statistik
Deskriptif
Memerihalkan ciri-ciri suatu
pemboleh ubah
Digunakan untuk membuat
kesimpulan tentang data
berangka
Tidak membuat generalisasi
daripada sampel untuk
mewakili sesuatu populasi
Kekerapan
Min
Mod
Median
Sela kelas
Sisihan piawai
Variasi
Proporsi
Peratusan
Perubahan dan Peratus
Kadar
Nisbah
Taburan Normal
Skor-Z
Statistik
Inferensi
Memerihalkan perhubungan
antara pemboleh ubah
Menghuraikan ciri-ciri
Ujian-t
Analysis of Variance (ANOVA)
Ujian Chi-square (2)
METODOLOGI PENYELIDIKAN
87
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
sampel yang dipilih
daripada suatu populasi
Membuat generalisasi
tentang populasi
berpandukan ciri-ciri sampel
Pekali korelasi Pearson
8.2 Pemboleh ubah
Mengikut Sekaran (2003, hlm.87), satu pemboleh ubah (biasa disebut sebagai variabel) boleh
ditakrifkan sebagai “anything that can take on differing or varying values. The values can
differ at various times for the same object or person, or at the same time for different objects
or persons”. Contoh-contoh termasuk gender sebagai pemboleh ubah, dengan nilai-nilai
(values) bersamaan lelaki dan perempuan; pendapatan sendiri sebagai pemboleh ubah,
dengan nilai berubah bersamaan RM1407 pada Mac dan RM1550 pada April; tahap motivasi
pekerja sebagai pemboleh ubah, dengan nilai bersamaan tinggi, sederhana dan rendah sebagai
nilai-nilainya.
8.2.1 Jenis-jenis Pemboleh ubah
Terdapat empat jenis pemboleh ubah, iaitu pemboleh ubah bersandar (dependent
variable), tidak bersandar (independent variable), moderating dan intervening. Hanya dua
pemboleh ubah pertama ini dibincangkan di sini. Pemboleh ubah bersandar merupakan
perkara yang menjadi fokus sebarang kajian. Adalah biasa bagi seseorang pengkaji untuk
memahami punca-punca yang menyebabkan perbezaan dalam pemboleh ubah bersandar.
Pemboleh ubah yang menyebabkan perubahan kepada pemboleh ubah bersandar
dipanggil pemboleh ubah tidak bersandar. Contohnya, satu petunjuk ekonomi tentang
keluarga ialah jumlah pendapatan isi rumah dan pemboleh ubah ini dapat meramalkan
ciri-ciri lain seperti jenis rumah, bilangan kenderaan, peralatan dalam rumah, bilangan
anak, kualiti makanan dan lain-lain. Oleh itu, jumlah pendapatan isi rumah adalah
pemboleh ubah bersandar. Namun begitu, pemboleh ubah ini dibentuk oleh pemboleh
ubah lain seperti pekerjaan (atau aktiviti ekonomi) bagi bapa dan ibu serta ahli lain dalam
keluarga (yang mana dikesani oleh tahap pencapaian pendidikan mereka), bilangan ahli
bekerja dalam keluarga, dan lain-lain. Oleh itu, pekerjaan dan bilangan ahli dalam
METODOLOGI PENYELIDIKAN
88
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
keluarga yang bekerja adalah contoh pemboleh ubah tidak bersandar yang mempengaruhi
kesudahan dalam jumlah pendapatan isi rumah yang merupakan pemboleh ubah
bersandar (bermaksud pendapatan keluarga disumbangkan oleh pekerjaan dan bilangan
ahli yang bekerja). Satu pemboleh ubah tidak bersandar berupaya mempengaruhi
pemboleh ubah bersandar secara positif atau negatif. Pemboleh ubah tidak bersandar cuba
menjelaskan variasi dalam nilai-nilai pada pemboleh ubah bersandar.
8.3 Tahap Pengukuran Data
Untuk memahami statistik, adalah penting terlebih dahulu seseorang itu memahami tahap
pengukuran data, biasa disebut sebagai skala pengukuran. Pemboleh ubah boleh memiliki
nilai-nilai sama ada diskrit atau berkesinambungan (continuous).
Pemboleh ubah yang memiliki nilai-nilai yang “terputus-putus”, katakan dengan nilai separti
1,2,3,4,5,6 dan seterusnya disebut pemboleh ubah diskrit kerana nilai-nilai di antara nombor-
nombor bulat ini tidak diambil kira langsung. Pemboleh ubah berkesinambungan memberi
pertimbangan kepada sebarang nilai di antara nombor-nombor bulat (seperti dalam pemboleh
ubah diskrit) dan dengan demikian adalah bentuk pengukuran yang lebih tepat. Contoh
pemboleh ubah kesinambungan adalah nilai pendapatan sebenar (RM798.95, RM4,019.25,
RM4,000.00) dan suhu (36.9°C, 37.1°C, 38.7°C).
Rajah 8.1 di bawah adalah ringkasan semua jenis tahap data yang dapat diaplikasikan kepada
sains statistik dan matematik.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
89
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Rajah 8.1: Klasifikasi Data
8.3.1 Data Nominal
Data nominal adalah peringkat pengukuran data yang paling rendah. Ia digunakan hanya
untuk mengelas atau mengkategori. Contoh tahap nominal adalah seseorang menulis
dengan tangan kiri atau tangan kanan, lelaki atau perempuan, on atau off, berjaya atau
gagal. Jika data tersebut dikategorikan kepada dua peringkat sahaja, maka ia disebut
dichotomous. Data nominal yang mempunyai lebih daripada dua kategori adalah seperti
keadaan jasad (wap, cecair atau pepejal), klasifikasi profesional (peguam, pendidik,
pekerja pembinaan, doktor) dan cuaca (panas, sederhana panas, sederhana, sejuk, amat
sejuk) (Black, 2001). Walaupun sesetengah data nominal boleh dikaitkan dengan suatu
nombor, nombor tersebut tidak membawa nilai yang dikaitkan dengan nombor tersebut
(nombor keselamatan sosial, poskod). Nombor-nombor berkenaan hanya diambil sebagai
kod. Ianya salah jika pengiraan dikendalikan ke atas data nominal.
8.3.2 Data Ordinal
Data ordinal adalah data peringkat lebih tinggi daripada data nominal. Ia boleh
digunakan untuk menyusun atau membuat ranking perkara-perkara, objek atau individu
yang dikaji (Jadual 8.2).
Data
Data Kualitatif/
Data Bukan
Metrik
Data
Kuantitatif /
Data Metrik
Data Interval Data Nisbah Data Ordinal
Data Nominal
METODOLOGI PENYELIDIKAN
90
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Jadual 8.2: Data Ordinal
Perkara Skala Likert
Objek Skala kekerasan mineral MOH (1-10
dengan intan merupakan objek paling keras
pada skala 10)
Kekuatan angin (taufan, ribut, ribut
tropika)
Individu Senarai orang terkaya dunia oleh Forbes
Skala Likert dalam borang soal selidik dianggap sebagai ordinal oleh ramai penyelidik. Satu
contoh lagi ialah ranking syarikat-syarikat di USA (Fortune 500) atau ranking syarikat yang
disenaraikan dalam Bursa Malaysia mengikut pembentukan modal pasaran. Data nominal
atau ordinal adalah biasanya diperoleh daripada pengukuran tanpa jitu seperti soalan
demografi, atau soalan-soalan perasaan (sederhana panas, panas, sejuk) dan perlu
diperlakukan sedemikian. Untuk tujuan itu, data nominal dan ordinal biasanya dirujuk
sebagai data bukan metrik atau data kualitatif.
8.3.3 Data Interval
Data interval ialah data peringkat lebih tinggi daripada data ordinal. Data jenis ini
mempunyai ciri-ciri data ordinal tetapi sebagai tambahan, selang (interval) antara
nombor-nombor yang berturut mempunyai maksud dan data adalah sentiasa numerical.
Contoh adalah skala suhu Fahrenheit atau Celsius. Data interval biasanya adalah
pemboleh ubah diskrit.
Tambahan pula, dengan data interval, titik sifar adalah satu konvensi sahaja tetapi tidak
mempunyai maksud. Pada masa yang sama, sifar pada data interval juga tidak bermaksud
ketiadaan sesuatu fenomena. Oleh itu, pada skala Celsius, 0ºC merujuk kepada titik
beku air dan titik didih air diambil pula sebagai 100ºC.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
91
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
8.3.4 Data Nisbah
Data nisbah ialah pengukuran data peringkat tertinggi. Sifar pada peringkat data nisbah
mempunyai maksud dan mewakili ketiadaan perkara yang diukur. Oleh itu, pada skala
Kelvin, 0 Kelvin bermaksud ianya merujuk kepada sifar mutlak. Nilai sifar tidak boleh
diambil secara sambil-sambil kerana ia mewakili satu titik yang tetap. Definisi ini
mengizinkan ahli statistik untuk mewujudkan nisbah menggunakan data.
Pembacaan tambahan:
Kelvin (K) adalah skala suhu yang direka supaya kosong darjah K ditakrifkan sebagai sifar
mutlak (pada sifar mutlak, suatu suhu hipotetikal, semua pergerakan molekul akan
berhenti – semua suhu yang benar adalah lebih daripada suhu sifar mutlak) dan saiz satu
unit K adalah sama dengan saiz satu unit bagi satu darjah Celsius.
Air membeku pada 273.16K; air mendidik pada 373.16K. [ K = C + 273.16°, F = (9/5)C +
32°].
Skala suhu ini ditemui oleh Lord Kelvin (William Thomson, 1824-1907).
Kelvin Celsius Fahrenheit
Water boils 373.16K 100°C2 12°F
Water freezes 273.16K 0°C 32°F
Absolute zero 0K -273.16°C -459.7°F
Sumber: http://www.enchantedlearning.com/chemistry/glossary/Kelvin.shtml, dicapai
pada 26 Ogos 2012.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
92
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Ringkasan mengenai tiga daripada empat tahap data adalah seperti dalam Jadual 8.3.
Jadual 8.3: Contoh Tahap-tahap Pengukuran Data
Tahap pengukuran Contoh Catatan
Nominal Lelaki, perempuan Tiada perbezaan nilai khusus. Tiada
hierarki antara nilai-nilai.
Ordinal Mendidih, panas, suam,
sejuk, sangat, membeku
Data yang disusun (ranked data).
Tiada maksud khusus; data mewakili
sensasi
Interval Skala Celsius atau
Fahrenheit
Pengukuran khusus, selang
mempunyai maksud. Tiada sifar
mutlak.
Ratio Skala suhu Kelvin Pengukuran khusus, ada nilai mutlak
sifar.
Dalam penyelidikan perniagaan dan pengurusan data nominal dan ordinal adalah ditafsirkan
sebagai statistik bukan parametrik manakala data interval (atau selang) pula ditafsirkan
sebagai statistik parametrik. Tahap nominal, ordinal dan interval adalah ukuran pemboleh
ubah diskrit manakala ukuran nisbah adalah pemboleh ubah berkesinambungan.
Sebanyak mana yang boleh, sesebuah penyelidik perlu menyasarkan untuk menggunakan
pemboleh ubah nisbah daripada tahap pengukuran yang lain. Namun begitu, ini bukan selalu
dilakukan kerana sesetengah maklumat yang diminta sebagai pemboleh ubah skala nisbah
mungkin menyebabkan hanya segelintir yang menjawab atas sebab maklumat ditanya adalah
sensitif kepada responden. Contohnya, adalah lebih mudah ditanya tentang jumlah
pendapatan sebulan mengikut kategori (data ordinal), contohnya dengan nilai-nilai: <
RM1000, RM1000-1999, RM2000-2999, RM 3000 dan ke atas, yang menjadikannya tidak
sensitif lagi kepada responden yang akan memilih untuk menandakan sahaja jawapan
daripada menyatakan nilai sebenar pendapatannya. Masalah yang sama mungkin wujud
apabila pengkaji ingin menanya tentang umur.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
93
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
UJIAN KENDIRI
1. Apakah ia pemboleh ubah, nilai-nilai bagi pemboleh ubah, dan parameter?
2. Bagaimanakah anda dapat membezakan antara tahap-tahap pengukuran data?
3. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan pemboleh ubah bersandar dan tidak
bersandar. Berikan contoh-contoh.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
94
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
SEKSYEN 9
UKURAN KECENDERUNGAN BERPUSAT
9.1 Ukuran Kecenderungan Berpusat (CTM)
CTM islah salah satu daripada tiga ciri sesebuah pemboleh ubah. Dua yang lain adalah
ukuran serakan (dispersion), dan memiawaikan data. Pengukuran dalam kecenderungan
berpusat berguna dalam menyampaikan maklumat tentang bahagian tengah sesuatu data. Ini
adalah melalui min, median, mod, persentil, dan kuartil.
Tiga bentuk yang paling popular digunakan untuk CTM adalah min, median, dan mod. Anda
mungkin dapat memahami maksud CTM apabila anda mengkaji min, median dan mod suatu
pemboleh ubah dan mendapati ketiga-tiga aspek ini berkerumun di sekitar pusat taburan
tersebut. Untuk berbuat demikian, CTM dibincangkan seperti dalam bahagian-bahagian
berikut.
9.1.1 Min
Min aritmetik (atau purata) sebagaimana dimaksudkan oleh namanya, adalah jumlah
semua data numerical yang dibahagikan oleh bilangan pemerhatian. Min dikesani oleh
nilai-nilai ekstrim kerana semua data mempunyai pemberat/wajaran yang sama. Formula
untuk mengira min diberi oleh:
Hasil Pembelajaran
Di akhir seksyen ini, pelajar akan dapat:
1. Memperoleh kemahiran mengaplikasikan statistik asas khasnya dalam
mempersembahkan maklumat daripada data mentah dengan memfokus kepada
ukuran kecenderungan berpusat.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
95
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
di mana adalah nilai purata, adalah jumlah setiap perkara yang diperhatikan,
dan adalah bilangan pemerhatian.
Cerapan terhadap skor bagi mata pelajaran matematik dalam peperiksaan akhir
dipersembahkan dalam Jadual 9.1. Cari nilai min bagi setiap kelas dan juga min
keseluruhan bagi kesemua kelas.
Jadual 9.1: Skor Peperiksaan Akhir dalam Matematik
Kelas 3A Kelas 3B Kelas 3C
54 94 62
62 58 65
86 75 57
74 98 50
65 29 67
82 97 60
84 95 63
76 56 67
80 87 66
66 46 60
67 43 62
72 70 61
56 48 55
Sumber: Chua (2006b).
Untuk Kelas 3A, = (54 + 62 + 86 + 74+ 65 + 82 + 84 + 76 + 80 + 66 + 67 + 72 +
56)/13
= 924 / 13
= 71.08
METODOLOGI PENYELIDIKAN
96
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Begitu juga, min skor peperiksaan bagi mata pelajaran matematik bagi Kelas 3B dan
Kelas 3C adalah = 68.92, = 61.15
9.1.2 Median
Median ialah kedudukan tengah-tengah dalam turutan tersusun sesuatu taburan dan ia
tidak dikesani oleh nilai-nilai ekstrim. Oleh yang demikian, masalah kewujudan angka-
angka ekstrim dalam taburan dapat diatasi dengan mudah menggunakan median
berbanding dengan menggunakan min dalam situasi tersebut.
Median boleh digunakan bagi skala ordinal, interval dan nisbah. Median boleh diperoleh
sama ada dengan menyusun semula dalm turutan menaik atau menurun. Dengan cara ini,
median diperoleh dengan menentukan cerapan yang berada di kedudukan tengah-tengah
dalm turutan tersebut.
Contoh 9.1:
Cari nilai median untuk taburan berikut (yang sudah disusun dalam turutan menaik).
12 17 21 24 26 35 35 37 40
Sumber: Chua (2006b).
Sepertimana dalam contoh di atas di mana bilangan cerapan adalah nombor ganjil,
median adalah kedudukan tengah-tengah, iaitu 26.
Contoh 9.2:
Namun begitu, apabila bilangan cerapan adalah nombor genap, maka nilai median adalah
purata dua cerapan di tengah-tengah. Dalam contoh di bawah, nilai median ialah (26 +
35) / 2 = 30.5.
12 17 21 24 26 35 35 37 40 68
Sumber: Chua (2006b).
METODOLOGI PENYELIDIKAN
97
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
9.1.3 Mod
Mod ialah kekerapan sesuatu cerapan yang berulang paling banyak sekali dalam taburan
data. Mod biasa digunakan untuk memerihalkan data skala nominal dan ordinal. Data
ditunjukkan dalam Jadual 9.2 menunjukkan bahawa mod kekal sama, nilai min berubah
apabila sekurang-kurangnya satu cerapan dipinda (lihat baris No. 9). Begitu juga,
sekiranya cerapan pada baris pertama ditukar daripada 90 kepada 95, maka Kes 2 akan
mempunyai dua mod, iaitu 95 dan 118.
Jadual 9.2: Keputusan Ujian IQ untuk Dua Kumpulan Pelajar
Cerapan Skor IQ
Kes 1 Kes 2
1 90 90
2 95 95
3 98 98
4 100 100
5 110 110
6 115 115
7 118 118
8 118 118
9 120 320
Min 107.11 129.33
Median 110 110
Mod 118 118
9.1.4 Persentil
Persentil membahagikan set data kepada 100 kumpulan. Dengan itu, terdapat 99
persentil.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
98
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
9.1.5 Kuartil
Kuartil pula membahagikan data kepada empat kumpulan. Maka akan ada tiga kuartil:
Q1 – kuartil paling rendah; Q2 – kuartil tengah; dan Q3 adalah kuartil teratas.
Persentil dan kuartil adalah sama daripada segi konsep tetapi berbeza dalam cara nilai
ianya dikira. Percentil banyak digunakan dalam ujian psikometrik seperti Graduate
Management Aptitude Test (GMAT), dan Scholastic Aptitude Test (SAT).
Katakan siri data berikut menunjukkan bilangan pertanyaan melalui telefon setiap jam
bagi hari 8-jam kerja (telah disusun semula mengikut urutan menaik (Black, 2001, hlm.
43).
106 109 114 116 121 122 125 129
Nilai-nilai bagi Q1, Q2 dan Q3 dapat dilihat dalam Jadual 9.3.
Jadual 9.3: Kuartil
Kuartil Nilai
Q1 111.5
Q2 118.5
Q3 123.5
Satu plot kotak menunjukkan nilai kuartil seperti dalam Rajah 9.3.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
99
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Rajah 9.1: Plot Kotak Bilangan Pertanyaan setiap Jam
9.1.6 Ukuran Lain
Tambahan kepada CTM, ukuran dispersi (variability) memberi maklumat tentang
bagaimana nilai-nilai data tersebut tertabur. Pengukuran sedemikian termasuk julat, min
sisihan mutlak, variasi, sisihan piawai, julat antara kuartil, dan pekali variasi (coefficient
of variation) bagi data yang tidak terkumpul (ungrouped).
Peraturan epirikal dan Teorem Chebyshev adalah mengenai proporsi nilai yang berada
dalam sebilangan sisihan piawai daripada nilai min. Peraturan empirikal dapat diaplikasi
hanya apabila data tertabur secara normal (berbentuk loceng) atau boleh dianggarkan
sebagai hampir bertaburan normal. Min bagi sampel yang diperoleh daripada populasi
yang besar (tidak kira rupa bentuk taburan) adalah tertabur secara normal.
Jadual 9.4: Piawaian Taburan
Sigma (atau bilangan
sisihan piawai)
Peratus nilai terkandung dalam
julat
1 68.27
2 95.45
3 99.73
110
115
120
125
Inquiries per hour in a 8-hour workday
num
ber o
f pho
ne in
quiri
es
METODOLOGI PENYELIDIKAN
100
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Taburan skor-Z mewakili bilangan sisihan piawai bagi suatu nilai daripada min data yang
bertaburan normal.
9.1.7 Mengukur Serakan
Tambahan kepada CTM, pengkaji boleh juga menggunakan ukuran serakan yang lain
untuk memerihalkan ciri-ciri taburan data. Ukuran ini termasuk julat, sisihan piawai dan
variasi.
a) Julat
Julat adalah perbezaan numerical antara cerapan terendah dan yang tertinggi. Kita
akan menggunakan contoh yang diberi oleh Chua (2006b, hlm. 9) untuk menerangkan
ini. Anda akan perhatikan dalam Jadual 9.5 bahawa julat bagi skor adalah berbeza
walaupun min skor adalah sama bagi ketiga-tiga pelajar. Julat yang kecil, dalam kes
ini, menunjukkan bahawa skor bagi Pelajar 3 adalah lebih stabil dan konsisten dalam
semua mata pelajaran sementara Pelajar 2 adalah paling lemah antara mereka.
Jadual 9.5: Julat – Keputusan Peperiksaan
Mata pelajaran Pelajar 1 Pelajar 2 Pelajar3
Kemahiran Hidup 54 64 70
Bahasa Malaysia 62 25 71
Bahasa Inggeris 86 88 74
Sains 74 72 74
Matematik 65 95 72
Sejarah 82 65 78
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 84 98 68
Jumlah 507 507 507
Min skor 72.42 72.42 72.42
Skor minimum 54 25 68
Skor maksimum 86 98 78
Julat 32 73 10
METODOLOGI PENYELIDIKAN
101
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
b) Sisihan Piawai
Sisihan piawai adalah petunjuk yang menunjukkan “jarak” sesuatu cerapan daripada
nilai min bagi taburan tersebut. Formula yang digunakan untuk mengira sisihan
piawai adalah seperti berikut:
Sisihan piawai,
Di mana adalah skor yang diperhatikan, adalah nilai min bagi taburan dan
adalah bilangan cerapan.
Jadual 9.6 menunjukkan bahawa, sepertimana keputusan bagi “julat”, Pelajar 3
mempunyai sisihan piawai yang terkecil sementara Pelajar 2 mempunyai sisihan
piawai yang terbesar. Ini bermaksud taburan skor bagi Pelajar 3 adalah lebih rapat
kepada nilai min sementara bagi Pelajar 2 ia nampak kurang sekata dan berada lebih
jauh daripada nilai min.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
102
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Jadual 9.6: Sisihan Piawai Skor Peperiksaan bagi Tiga Pelajar
Pelajar 1
X
X -
Pelajar
2 X
X -
Pelajar
3
X -
54 -
18.42
339.30 64 -8.42 70.89 70 -
2.42
5.86
62 -
10.42
108.58 25 -
47.42
2248.66 71 -
1.42
2.02
86 13.58 184.41 88 15.58 242.74 74 1.58 2.50
74 1.58 2.50 72 -0.42 0.18 74 1.58 2.50
65 -7.42 55.06 95 22.58 509.86 72 -
0.42
0.18
82 9.58 91.78 65 -7.42 55.06 78 5.58 31.14
84 11.58 134.10 98 25.58 654.34 68 -
4.42
19.54
72.42 72.42 72.42 915.73 5966.34 63.71 152.62 994.39 10.62
Sisihan
piawai =
12.35 31.53 3.26
c) Varians
Varians hanya persegi sisihan piawai. Formula ialah:
Oleh itu, bagi contoh di atas seperti dalam Jadual 9.6, varians disediakan dalam baris
terakhir kedua, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9.7 di bawah. Analisis
berkaitan menunjukkan sama seperti sisihan piawai. Varians bagi Pelajar 3 adalah
yang terkecil manakala untuk Pelajar 2 adalah yang terbesar. Ini menunjukkan
METODOLOGI PENYELIDIKAN
103
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
bahawa skor daripada Pelajar 3 adalah hampir antara satu sama lain dan sebaliknya
bagi Pelajar 2.
Jadual 9.7: Varians Skor Peperiksaan bagi Tiga Pelajar
Pelajar 1 Pelajar 2 Pelajar 3
Varians = 152.62 994.39 10.62
9.2 Ringkasan Statistik Deskriptif
Chua (2006b, hlm. 11) membekalkan ringkasan statistik yang dapat digunakan untuk
memerihalkan sesebuah pemboleh ubah seperti ditunjukkan dalam Jadual 9.8. Jadual ini
berfungsi sebagai panduan kepada pelajar untuk menggunakan statistik yang betul kepada
pemboleh ubah tertentu yang tertakluk kepada skala pengukuran yang berkaitan.
Jadual 9.8: Hubungan antara Skala Pengukuran, CTM dan Ukuran Serakan
Tahap Pengukuran Central Tendency Measure Measure of Dispersion
Skala Nominal Mod
Skala Ordinal Mod
Median
Julat
Skala Interval
Skala Nisbah
Mod
Median
Min
Julat
Sisihan piawai
Variasi
Jadual 9.9 memaparkan senarai formula yang biasa digunakan dalam CTM.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
104
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Jadual 9.9: Formula bagi Statistik Min & Sisihan Piawai
Parameter Formula untuk populasi
(tidak terkumpul)
Parameter Formula untuk
sampel (tidak
terkumpul)
Min populasi Min sampel
Variasi populasi
atau
Variasi sampel
atau
Pekali variasi (CV) Pekali variasi
Skor-Z Skor-Z
METODOLOGI PENYELIDIKAN
105
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
UJIAN KENDIRI
1. Satu sampel 12 firma perakaunan kecil mempunyai bilangan pegawai setiap firma
seperti berikut:
7 10 9 14 11 8 5 12 8 3 13 6
Bagi taburan ini, tentukan:
a) min.
b) median.
c) mod
d) sisihan piawai
e) variasi
METODOLOGI PENYELIDIKAN
106
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
SEKSYEN 10
PEMIAWAIAN DATA
Data mentah yang dikumpulkan daripada sampel yang sedang dikaji boleh dipiawaikan untuk
membolehkan satu perbandingan dibuat, khususnya antara kumpulan. Ini benar khususnya
apabila seseorang itu membandingkan satu kumpulan dengan yang lain atau kedua-dua
kumpulan mengandungi bilangan ahli yang berbeza. Umpamanya, jumlah skor bagi pelajar
dalam satu mata pelajaran adalah hanya satu pengukuran tetapi adalah paling baik sekiranya
ia dibandingkan terhadap skor maksimum dalam mata pelajaran tersebut. Dalam hal tersebut,
mendapat markah 88 tidak bermaksud 88% sekiranya markah maksimum bagi mata pelajaran
tersebut ialah 120. Di China, sesetengah institusi pengajian menawarkan gred bagi suatu mata
pelajaran dengan merujuk kepada 20. Oleh itu, kita perlu menukarnya kepada 100 untuk
menjadikan angka tersebut piawai kepada pemahaman umum. Dalam kes tersebut 14 / 20
adalah bersamaan dengan 70 / 100 atau 70%. Untuk menukarnya kepada suatu yang setimpal
dengan PNGK (CGPA) pada skala 4, kita hanya perlu mendarab angka 70% dengan 4 untuk
menghasilkan 2.8.
Berikut adalah beberapa kaedah untuk memiawaikan data:
a) Proporsi
b) Peratus
c) Perubahan dalam peratus
d) Kadar
e) Nisbah
Hasil Pembelajaran
Di akhir seksyen ini, pelajar akan dapat:
1. Mempunyai kemahiran mengaplikasikan statistik asas dalam mempersembahkan
maklumat daripada data mentah dengan memfokus kepada pemiawaian data.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
107
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
10.1 Proporsi
Dalam satu sampel tertentu, proporsi adalah pengiraan yang mudah, iaitu diambil sebagai
ukuran sumbangan unit tersebut kepada jumlah keseluruhan. Ini boleh dilaksanakan dengan
membahagikan bilangan cerapan unit tersebut kepada jumlah semua cerapan.
Contoh: Dalam satu kajian terkini di Universiti Malaya di mana pasukan kajian telah dapat
menghubungi 2,061 pelajar di seluruh negara untuk mengenal pasti aktiviti mereka selepas
Tingkatan Lima, dan keputusan taburan tersebut mengikut kumpulan etnik diberikan dalam
Jadual 10.1.
Proporsi ditunjukkan dalam kolum ketiga pada Jadual 10.1. Proporsi akan muncul sebagai
perpuluhan, sepertimana ditunjukkan. Jumlah tempat perpuluhan perlu ditentukan oleh
pengkaji dan juga sebagai norma dalam bidang masing-masing.
Table 10.1: Proporsi Responden mengikut Kumpulan Etnik
Kumpulan Etnik Bilangan Proporsi
Melayu 1386 0.6725
Cina 277 0.1344
India 37 0.0180
Sabah 254 0.1232
Sarawak 65 0.0315
Lain-lain 42 0.0204
Total 2061 1.0000
10.2 Peratus
Menukarkan data mentah kepada peratus adalah sama dengan membandingkan semua data
dengan 100.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
108
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Berdasarkan Jadual 10.2, seseorang dapat memerhatikan bahawa proporsi ditukarkan kepada
peratus dengan mendarab 100.
Jadual 10.2: Proporsi Responden mengikut Kumpulan Etnik
Kumpulan Etnik Bilangan Proporsi Peratus
Melayu 1386 0.6725 67.25
Cina 277 0.1344 13.44
India 37 0.0180 1.80
Sabah 254 0.1232 12.32
Sarawak 65 0.0315 3.15
Lain-lain 42 0.0204 2.04
Jumlah 2061 1.0000 100.00
10.3 Perubahan dalam Peratus
Perubahan dalam peratus biasanya dikira untuk membandingkan satu bentuk prestasi sesuatu
isu merentasi dua atau lebih tempoh tertentu. Jadual 10.3 menunjukkan bahawa, sambil
jumlah jenayah kekerasan telah menurun, penurunan dapat dilihat, khasnya dalam kes-kes
rogol dan rompakan tetapi yang lain pula telah bertambah apabila seseorang menggunakan
‘% perubahan’. Jadual ini adalah analisis oleh pihak polis bahawa jumlah jenayah telah
menurun dalam tempoh dua tahun yang lalu.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
109
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Jadual 10.3: Perubahan dalam Peratus dengan Membandingkan Jenayah Kekerasan,
2009-2011
Jenayah kekerasan 2009 % 2011 % Perubahan
dalam %
Bunuh 2 0.27 5 0.98 + 0.71
Mencabul kehormatan 24 3.21 21 4.10 + 0.89
Menyebabkan
kecederaan
81 10.84 79 15.43 + 4.59
Rogol 153 20.48 91 17.77 - 2.71
Rompak 271 36.28 138 26.95 - 9.33
Lain-lain 216 28.92 178 34.76 + 5.84
Jumlah 747 512
10.4 Kadar
Kadar biasanya digunakan sebagai petunjuk untuk satu-satu kumpulan tertentu atau kerajaan
tentang aspek tertentu. Pada 2012, Kementerian Kesihatan telah menyatakan kekesalannya
bahawa kadar bilangan kematian bayi ialah 6 setiap 1000 dan bahawa angka ini tidak berubah
dalam tiga tahun lepas, pada hal negara seperti Turki telah memintas Malaysia untuk
mencatat satu kadar yang lebih rendah daripada Malaysia. Dalam kes ini, kematian bayi ialah
kadar kematian bayi semasa kelahiran untuk setiap 1000 kelahiran.
Jumlah item dalam subpopulasiJumlah item dalam populasi 1000
Namun begitu, sama ada ia sepatutnya dibandingkan dengan 1000, 10000 atau 100000
semuanya ditetapkan sebagai piawaian antarabangsa. Oleh itu, seseorang pengkaji perlulah
sedar tentang angka piawai ini supaya ia memberi perbandingan yang bermakna boleh dibuat.
10.5 Nisbah
Nisbah biasanya adalah indeks yang digunakan untuk membandingkan satu item dengan yang
lain. Umpamanya, dalam banci penduduk, kerajaan membandingkan bilangan lelaki dalam
METODOLOGI PENYELIDIKAN
110
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
populasi terhadap 100 perempuan. Ukuran ini disebut sebagai ‘nisbah jantina. Ia merupakan
satu data sosial yang penting untuk membantu kerajaan membuat keputusan tentang tindakan
dan perancangan bandar yang perlu disediakan kepada mereka. Contohnya, pada 2012,
nisbah berkaitan ialah 106 lelaki kepada 100 perempuan. Ini bermaksud bahawa negara akan
mempunayi lebih ramai lelaki yang tidak berkahwin sekiranya setiap perempuan dalam
populasi berkahwin. Namun demikian, sesetengah perempuan (dan lelaki) yang tidak
berkahwin dapat mengatasi masalah ini. Ini biasanya ditimbulkan sebagai isu semasa oleh
media dan kerajaan. Nisbah berkenaan dapat ditulis sebagai:
106 : 100
METODOLOGI PENYELIDIKAN
111
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
UJIAN KENDIRI
1. Dalam Jadual 10.2, anggarkan nisbah antara bilangan responden Melayu kepada 100
responden bukan Melayu.
2. Dalam jadual di bawah, isikan semua ruang kosong - jumlah bilangan orang, proporsi dan
peratus.
Wilayah Bilangan Orang Proporsi Peratus
Utara 2,500
Tengah 3,500
Selatan 3,000
Timur 2,750
Jumlah
3. Berpandukan kepada maklumat dalam jadual di bawah, isikan maklumat dalam ruang
telah ditinggalkan kosong.
Jenayah kekerasan 2010 % 2011 % Perubahan
dalam %
Bunuh 4 5
Mencabul kehormatan 20 21
Menyebabkan
kecederaan
92 79
Rogol 140 91
Rompak 200 138
Lain-lain 195 178
Jumlah
METODOLOGI PENYELIDIKAN
112
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
SEKSYEN 11
MENGKOMUNIKASIKAN HASIL KAJIAN
11.1 Keperluan Menyampaikan Maklumat dengan Berkesan
Adalah biasa kedengaran bahawa satu kajian yang baik mesti juga mempunyai satu lagi
komponen kepadanya, iaitu mengkomunikasikan keputusan kajian dengan cara yang paling
berkesan supaya penerima maklumat tersebut akan dapat memahami keputusan tersebut
dengan baik. Menyampaikan maklumat, sekiranya tidak dijalankan dengan baik, akan hanya
menjadikan usaha penyelidikan tersebut tidak berhasil kerana penerima mungkin tidak
memahami maklumat yang dibekalkan kepada mereka. Ramai orang cenderung untuk
menulis dengan banyak untuk menghuraikan maklumat yang ingin mereka sampaikan. Ini
biasanya adalah merugikan. Oleh itu, adalah penting maklumat disampaikan dalam kaedah
yang paling berkesan – biasanya melalui jadual dan grafik (kerap dirujuk sebagai rajah, yang
meliputi carta, peta, graf, gambar foto, dan lain-lain bentuk grafik). Apa yang diperlukan
ialah penghuraian yang sedikit (tidak bermaksud tidak menghuraikan apa-apa langsung)
tetapi penghuraian tersebut disokong oleh Jadual dan Rajah.
11.2 Istilah Digunakan
Anda perlu menggunakan hanya “Jadual” dan “Rajah” untuk mempersembahkan maklumat.
Tidak ada istilah lain yang perlu digunakan supaya konsisten dengan keperluan modul
KERTAS KAJIAN nanti. Pastikan bahawa tajuk Jadual dan Rajah diletak di atas untuk
membolehkan sumber maklumat tersebut dinyatakan di bawah (sekiranya maklumat tersebut
bukan milik anda).
Hasil Pembelajaran
Di akhir seksyen ini, pelajar akan dapat:
1. Mempersembahkan maklumat dalam bentuk yang sistematik dan sesuai.
2. Menginterpretasikan maklumat dengan baik.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
113
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
11.3 Jenis-jenis Penyampaian Maklumat
Ini adalah dalam bentuk jadual dan rajah sepertimana dibincangkan di bawah. Dalam Rajah,
terdapat pelbagai jenis, dan hanya beberapa yang paling popular dipersembahkan di bawah.
11.3.1 Jadual
Biar kita lihat kembali tiga jadual yang terdapat dalam Seksyen 10. Informasi di sini telah
dipersembahkan dengan baik kerana pembaca akan mendapati mesej yang ingin
disampaikan mudah difahami. Dalam jadual, anda akan perhatikan bahawa maklumat
boleh dipersembahkan dalam nilai mutlak (kekerapan), dan peratus atau proporsi. Seperti
mana dibincangkan dalam Seksyen 10, peratusan dalam jadual menyampaikan maklumat
dengan lebih baik kerana ia dibandingkan dengan 100 – satu angka yang piawai daripada
melihat kepada kekerapan. Kekerapan akan bergantung kepada saiz sampel dalam kajian.
Tiada apa pun yang piawai dalam menggunakan “kekerapan”.
Jangan lupa bahawa perbincangan mengenai mesej daripada jadual mesti diadakan
sebelum memaparkan jadual. Tambahan pula, satu rujukan perlu dibuat kepada jadual
dengan menyatakan nombor jadual tersebut (contoh: Jadual 10.1, Jadual 10.2 dan Jadual
10.3) dalam perbincangan tersebut. Elakkan daripada menyatakan “jadual di atas” atau
“jadual di bawah”. Ini adalah peraturan am.
11.3.2 Rajah
Sepertimana dibincangkan sebelum ini, kita akan meneliti grafik dalam bentuk graf, carta
bar, dan carta pai. Ini dibincangkan dalam topik berikut.
(a) Satu Graf Garis
Satu graf garis biasanya digunakan untuk mempersembahkan satu trend peristiwa
tertentu.
Berikut adalah contoh analisis yang boleh diperolehi daripada rajah di bawah.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
114
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
“Data dalam Rajah 11.1 menunjukkan jumlah jualan semakin meningkat sejak 2000
sehingga 2012 kecuali pada 2002 dan 2010 apabila terdapat penurunan. Namun begitu,
dapat disimpulkan bahawa jumlah jualan telah berganda dalam tempoh 12 tahun daripada
RM2.1 juta pada 2000 kepada RM4.2 juta menjelang 2012.
Sumber: Rekod Jabatan Kewangan.
(b) Carta Bar
Sebuah carta bar cenderung untuk menunjukkan variasi dalam sesuatu item. Contohnya,
ia cenderung untuk menunjukkan perwakilan grafik tentang saiz setiap item. Bar yang
terpanjang menunjukkan sumbangan terbesar.
Biar kita anggap bahawa data berikut tentang trend perbelanjaan bagi tahun 2012
diperoleh dari Jabatan Kewangan. Data boleh dipersembahkan sama ada dalam bentuk
jadual (Jadual 11.1) atau Rajah 11.2. Perhatikan bahawa “atau” dinyatakan dalam ayat
tersebut. Alasan: anda tidak memerlukan dua bentuk grafik yang berbeza untuk
menyampaikan maklumat yang sama. Malah, Rajah 11.2 nampak memaparkan maklumat
yang lebih banyak daripadanya di Jadual 11.1, dan perhatikan bahawa Rajah 11.2
meletakkan maklumat dalam sebutan peratus (rujuk kembali Seksyen 10 – Memiawaikan
Data).
2.1
1.7
2.6
2.9
3.4
3.3
4.2
0
0.5
1
1.5
2
2.5
3
3.5
4
4.5
2000 2002 2004 2006 2008 2010 2012
Rajah 11.1: Prestasi Jualan, 2000-2012 (RM juta)
METODOLOGI PENYELIDIKAN
115
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Juga pastikan anda tidak memuatkan kedua-dua jadual dan rajah bersama kerana kedua-
duanya memaparkan maklumat yang sama. Anda perlu membuat keputusan tentang mana
satu perlu digunakan bagi setiap satu maklumat.
Jadual 11.1: Kategori Perbelanjaan, 2012 (RM juta)
Kategori perbelanjaan RM (mil) Peratus
Emolumen 1.8 23.7
Perjalanan 1.3 17.1
Bekalan 2.4 31.6
Perkhidmatan Iktisas 0.8 10.5
Latihan 0.4 5.3
Utiliti 0.7 9.2
Lain-lain 0.2 2.6
Jumlah 7.5 100.0
Sumber: Rekod Jabatan Kewangan.
Sumber: rekod Jabatan Kewangan.
0.1
1.8
0.4
1.3
2.4
0.8
0 0.5 1 1.5 2 2.5 3
Lain-lain
Emolumen
Latihan
Perjalanan
Bekalan
Perkhidmatan Iktisas
RM juta
Ka
teg
ori
Pe
rbe
lan
jaa
n
Rajah 11.2: Kategori Perbelanjaan, 2012 (RM juta)
METODOLOGI PENYELIDIKAN
116
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
(c) Carta Pai
Carta pai paling baik untuk mempersembahkan maklumat dalam sebutan peratus. Rajah
11.3 mempersembahkan maklumat mengenai jenis-jenis perbelanjaan dan ini
dipersembahkan dalam carta, dan perhatikan bahawa tidak perlu ada legenda sekiranya
maklumat sudah dilabelkan di dalam carta.
Terdapat banyak bentuk grafik lain untuk mempersembahkan maklumat. Gunakan ia
mengikut kesesuaian tetapi ia mesti diaplikasikan kepada kumpulan sasaran yang betul (to the
right audience).
Sekali lagi, jangan bentangkan kedua-dua jadual dan rajah bersama bagi mempersembahkan
maklumat yang sama. Ini dapat diinterpretasikan sebagai satu usaha hanya sekadar untuk
menambah bilangan halaman dalam laporan anda. Tambahan pula, pembaca akan mentafsir
anda sebagai tidak profesional.
Lain-lain
1%
Emolumen
27%
Latihan
6%
Perjalanan
19%
Bekalan
35%
Perkhidmatan
Iktisas
12%
Rajah 11.3: Kategori Perbelanjaan, 2012 (RM
juta)
METODOLOGI PENYELIDIKAN
117
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
LATIHAN
1. Satu set data mengandungi tujuh nilai berikut
6 2 4 9 1 3 5
Cari:
a) min.
b) median.
c) sisihan piawai
d) variasi.
e) Julat interkuartil.
2. Gunakan kalkulator anda untuk menentukan variasi sampel dan sisihan piawai sampel
untuk data berikut:
57 88 68 43 93 63 51 37 77 83
66 60 38 52 28 34 52 60 57 29
92 37 38 17 67
3. Gunakan kalkulator anda untuk menentukan variasi populasi dan sisihan piawai populasi
untuk data berikut:
44 18 39 40 59 46 59 37 15 73
23 19 90 58 35 82 14 38 27 24
71 25 39 84 70
4. Senarai berikut dibekalkan oleh Marketing Intelligence Service, Ltd., tentang firma yang
mempunyai bilangan terbanyak dalam produk terbaru dalam satu tahun yang lepas.
Avon Products, Inc 768
L'Oreal 429
Unilever US, Inc. 323
Revlon, Inc. 306
Garden Botanika 286
Philips Morris, Inc. 262
Proctor & Gamble 215
METODOLOGI PENYELIDIKAN
118
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Nestle 172
Paradiso Ltd. 162
Tsumura International Inc. 148
Grand Metropolitan 145
Cari:
a) min.
b) median.
c) sisihan piawai
d) variasi.
e) Julat interkuartil.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
119
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
RUJUKAN
Babbie, E. (2001). The Practice of Social Research 9th
ed. Belmont, CA: Wadsworth.
Belenky, M.F. Clinchy, B.M., Goldberge. M.R. & Tarule, J.M. (1986).Women's ways of
knowing (2nd
ed.), New York: Basic Books.
Black, K. (2001), Business Statistics: Contemporary Decision Making, Ohio: South Western
College Publishing.
Buchanan, D. Boddy, D. & McAlman, J. (1988). ‘Getting in, getting on, getting out and
getting back' in A. Bryman (ed.) Doing Research in Organisations. London:
Routledge, pp. 53-67.
Charmaz, K. (2006). Constructing Grounded Theory: A Practical Guide through Qualitative
Analysis (Introducing Qualitative Methods series), Sage Publications Ltd.
Chua Yan Piaw (2006a). Kaedah Penyelidikan (Buku 1), Kuala Lumpur: McGraw Hill
Education.
Chua Yan Piaw (2006b). Asas Statistik Penyelidikan (Buku 2), Kuala Lumpur: McGraw Hill
Education.
Creswell (2002). Qualitative, Quantitative, and Mixed Approaches (2nd
ed.) Thousand Oaks,
CA: Sage.
Dane, F. (1990). Research Methods. Belmont: Brooks/Coleman Publishing Company.
Hammersley, M. (1992). What's wrong with ethnography? Methodological exploration.
London: Routledge.
Humphreys, L. (ed.) (1975). Tearoom Trade: Impersonal sex in public places. Chicago:
Aldine.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
120
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Kirton, M. J. (2003). Adaption Innovation in the context of diversity and change, New York,
NY: Routledge.
Margin of error (http://en.wikipedia.org/wiki/File:Marginoferror95.PNG), accessed on 29th
August 2009.
Milgram, S. (1963). Behavioral study of obedience. Journal of Abnormal and Social
Psychology. vol. 67: 371-378.
Ng, C.S (2008). A Case Study of Transformative Learning Experience amongst Middle
Managers, unpublished doctoral dissertation, Graduate School of Management,
Universiti Putra Malaysia, Malaysia.
Philip E.M., & Pugh, D. S. (2005). How to get a PhD (4th
ed.). Maidenhead: Open University
Press.
Robson, C. (2002)., Real World Research, 2nd
ed., Oxford: Blackwell.
Saunders, M., Lewis, P. & Thornhill, A. (2007). Research Methods for Business Students, 4th
ed., Harlow: Prentice Hall.
Sekaran, U. (2003). Research methods for Business: A Skills Building Approach. NJ: Jon
Wiley & Sons.
Silverman, (2001).Interpreting qualitative research. 2nd
ed. London: Sage Publications.
Sullivan, T.J. (2001). Methods of Social Research.Orlando: Harcourt College Publishers.
Survey module (http://docs.moodle.org/en/Survey_module)
The Great FIFA Swindle
http://sportsillustrated.cnn.com/inside_game/gabriele_marcotti/news/2000/12/12/mar
cotti_insider/, dicapai pada 1 September 2009.
top related