hubungan stres dengan personaliti ...hubungan stres dengan personaliti, tingkahlaku devian dan daya...
Post on 09-Feb-2018
234 Views
Preview:
TRANSCRIPT
HUBUNGAN STRES DENGAN PERSONALITI, TINGKAHLAKU
DEVIAN DAN DAYA COPING DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH
MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU
PUVARASI A/P ELAMURUGAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) ”.
Tandatangan : …………………………………......
Nama Penyelia : DR.ROSLEE BIN AHMAD
Tarikh : 27 / 6 / 2013
HUBUNGAN STRES DAN PERSONALITI, TINGKAHLAKU DEVIAN
DAN TEORI KOPING DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH
MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU
PUVARASI A/P ELAMURUGAN
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MAY 2013
ii
Pengakuan
‘Saya akui bahawa tesis ini adalah kerja saya sendiri kecuali beberapa nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya’
Tandatangan :
Nama Penulis : PUVARASI A/P ELAMURUGAN
Tarikh : 27 / 6 / 2013
iii
TERISTIMEWA BUAT:
Elamurugan a/l Letchumanan
AYAHNDAKU YANG TERMULIA
DAN
Arianachi a/p Ponnan
BONDAKU YANG TERSAYANG
ABANG DAN ADIK-BERADIK AKU YANG AMAT BERHARGA
KEPADA SAYA
Karthigayan a/l Subramaniam
Thanenthiran a/l Elamurugan
Puvanesvari a/p Elamurugan
Ravi Kumar a/l Elamurugan
PENYELIAKU YANG MEMBERI BIMBINGAN DAN NASIHAT YANG
BERNILAI
Dr.Roslee Bin Ahmad
DAN TIDAK DILUPAKAN PARA PELAJAR YANG MERUPAKAN
RESPONDEN SAYA UNTUK MENYEMPURNAKAN KAJIAN INI
iv
PENGHARGAAN
Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnianya dan izinya
memberikan kekuatan dan semangat yang kental dalam menyempurnakan
keseluruhan Projek Sarjana ini dengan lengkap. Saya turut menghargai
kesyukuran dan kekentalan yang telah dianugerahkan oleh Tuhan yang Maha
Ehsa kepada saya yang telah memberikan semangat bekerja bersungguh-sungguh,
berdedikasi, berfikir secara rasional dan berfikir secara kritis dan kreatif
sepanjang melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna.
Di samping itu, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada penyelia pembimbing tesis Dr. Roslee bin Ahmad,
kerana beliau memberikan bimbingan dan nasihat yang amat bermanfaat kepada
saya sepanjang melaksanakan kajian ini. Menerusi bimbingannya saya telah
dapat memperbetulkan beberapa kesalahan yang terdapat pada kajian saya. Saya
amat menghargai bantuan beliau sepanjang melaksanakan kajian saya dengan
sempurna.
Tidak dilupakan juga ahli keluarga saya terutamanya ibu bapa, adik-
beradik dan suami saya telah memberikan bantuan dan sokongan moral yang
tinggi kepada saya bagi menyempurnakan kajian ini dengan sempurna. Saya amat
berterima kasih kepada Tuhan Yang Maha Mulia kerana menganugerahkan
orang-orang yang bermulia di sekeliling saya sebagai sokongan moral dalam apa
jua perkara yang saya lakukan dalam kehidupan saya. Akhir sekali saya
mengucapkan ribuan terima kasih kepada responden kajian saya yang turut
memberikan kerjasama dalam melengkapkan tress soal selidik kajian.
V
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti beberapa aspek penting yang berkaitan
dengan tress seperti hubungan tress dengan tress lity, tingkahlaku devian
serta daya koping di kalangan pelajar berisiko tinggi di sekolah
menengah.Seramai 342 responden kajian telah dipilih secara rawak iaitu pelajar-
pelajar dari Sekolah Menengah Tasek Utara (2), Sekolah Menengah St Joseph
dan Sekolah Menengah Sri Rahmat dipilih secara rawak bagi tujuan menjalankan
kajian. Mereka turut menjadi sampel kajian. Beberapa tress soal selidik
diedarkan kepada sampel kajian untuk tress jawapan kepada persoalan kajian.
Data daripada tress soal selidik, seterusnya dianalisa dengan menggunakan
perisian (SPSS 17.0) untuk mendapatkan data kualitatif yang lengkap. Menurut
data yang dikumpul, hubungan signifikan tress dengan tress lity, kelakuan
devian dan daya koping akan dikenalpasti. Beban kerja yang terlau banyak
menyebabkan semakin ramai pelajar menghadapi tekanan stress. Oleh itu, pelajar
haruslah bijak menguruskan masa supaya dapat menyempurnakan tugasan yang
diamanahkan tepat pada masa tanpa menghadapi tekanan stress.
Vi
ABSTRACT
The purpose of this studies are to identify different types of issues that are related
to stress such as personality, deviant behavior and coping theories among the
low achievers which is being increasing by day by nowdays. Around 342
respondents has been chosed from SMK Tasek Utara (2), SMK St. Joseph dan
SMK Sri Rahmat. The students from form 1 form 2 and form 4 was selected for
this research to evaluate the objective of this research. Some sets of questionnaire
been given to the respondents to answer the research questions. SPSS version
17.0 was been used to analyse the data. The research findings show that, the
students more frequently stress up when they have a lot of work load. Hence,
students have to be smarter in dividing their time equally, so that can complete
their work without any difficulties and stress.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN TESIS
PENGAKUAN PENSYARAH
HALAMAN JUDUL
PENGAKUAN PENULIS ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Tujuan Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Hipotesis Kajian 9-10
1.6.1 Pengujian Hipotesis Berkaitan Hubungan
Stres dan Personaliti Pelajar
1.6.2 Pengujian Hipotesis Berkaitan Hubungan
Stres dan Tingkahlaku Devian Pelajar
1.6.3 Pengujian Hipotesis Berkaitan Hubungan
Stres dan Daya Coping Pelajar
1.7 Kerangka Konsep Berkaitan Hubungan Stres Dengan 10
Personaliti, Tingkahlaku Devian dan Daya Coping
1.8 Kerangka Teoritikal 13-15
1.9 Kepentingan Kajian 16
1.10 Batasan Kajian 17
1.11 Pengertian Istilah Konsep dan Operasional Kajian 18
1.11.1 Personaliti 18
1.11.2 Tingkahlaku Devian 19
1.11.3 Teori Coping 20
1.12 Rumusan 21
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 23
2.2 Kajian Lepas Dalam Negeri
2.2.1 Hubungan Stres Dengan Personaliti 24
2.2.2 Hubungan Stres Dengan Tingkahlaku Devian 25
2.2.3 Hubungan Stres Dengan Teori Coping 27
2.3 Kajian Lepas Luar Negeri
2.3.1 Hubungan Stres Dengan Personaliti 33
2.3.2 Hubungan Stres Dengan Tingkahlaku Devian 35
2.3.3 Hubungan Stres Dengan Teori Coping 36
2.4 Rumusan 38
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 39
3.2 Reka Bentuk Kajian 40
3.3 Lokasi Kajian 42
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 42
3.5 Instrumen Kajian 43
3.5.1 Soal Selidik Kajian 44
3.5.2 Kebolehpercayaan Soal Selidik 46
3.6 Kajian Rintis 47
3.7 Prosedur Kajian 47
3.8 Penganalisaan Data 48
3.9 Rumusan 50
4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 52
4.2 Bahagian A: Analisis Deskriptif Maklumat Demografi 62
4.3 Bahagian B : Analisis Dapatan Kajian Ujian t, Min dan
Sisihan Piawai
4.3.1 Analisis Deskriptif Personaliti Pelajar
4.3.2 Analisis Deskriptif Tingkahlaku Devian Pelajar
4.3.3 Analisis Deskriptif Teori Coping Pelajar
4.4 Tahap Hubungan Stres Dengan Personaliti, Tingkahlaku 69
Devian Dan Teori Coping Pelajar
4.5 Analisis Inferensi Korelasi Pearson Hubungan Stres 70
Dengan Personaliti, Tingkahlaku Devian dan Teori Coping
Di Kalangan Pelajar
5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 71
5.2 Maklumat Latar Belakang Responden 73
5.3 Mengenalpasti Punca Dominan Stres Yang Mempengaruhi
Pencapaian Pelajar 74
5.4 Mengenalpasti Hubungan Stres Dengan Personaliti Pelajar
5.5 Mengenalpasti Hubungan Stres Dengan Tingkahlaku Devian
Pelajar 80
5.6 Mengenalpasti Hubungan Stres Dengan Daya Coping 83
Pelajar
5.7 Implikasi Kajian 86
5.8 Implikasi Kajian Dalam Bidang Bimbingan Dan 86
Kaunseling
5.9 Cadangan Kajian Literatur 88
6.0 Penutup 90
RUJUKAN
LAMPIRAN
xi
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Kerangka Konsep Stress 10
1.2 Modal Carl Jung 13
1.3 Tahap Optimal Aurousal 14
1.4 Modal Coping Stress 15
1.5 Jenis Kelakuan Devian 19
1.6 Jenis Coping 20
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada era globalisasi ini, pembangunan pesat negara yang berkait rapat dengan
kecanggihan teknologi yang mantap merupakan salah satu fakta yang tidak dapat
dinafikan oleh kita. Hal ini, turut mendatangkan gangguan stres dalam kalangan
masyarakat. Oleh itu, semakin ramai masyarakat di negara Malaysia berusaha
gigih untuk membuktikan kelebihan dirinya berbanding orang lain supaya dapat
menikmati tahap kehidupan yang lebih mewah dan berkualiti. Pembangunan ini
dapat dibuktikan berdasarkan kelayakan akedemik seseorang. Beban kerja yang
melambak bagi menyiapkan sukatan pelajaran yang ditetapkan menyebabkan
ramai pelajar pada era moden ini menghadapi masalah stres. Kenyataan ini telah
dibuktikan dan disahkan benar menerusi laporan Berita Harian pada 5 Oktober
2011, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata bahawa bahawa
kira-kira 25-35 peratus pelajar di negara ini, mengalami tekanan akibat daripada
beban pelajaran yang semakin meningkat dan bercabar sejak kebelakangan ini.
2
Stres pada umumnya dialami oleh setiap insan. Setiap manusia juga
mengalami tahap tekanan stres yang berbeza berpandukan situasi-situasi yang
berbeza. Stres juga boleh menyebabkan gangguan emosi dan mental yang dapat
menganggu kelancaran aktiviti harian seseorang. Lessard (2008), mendapati
tekanan stres bukan sahaja dialami oleh orang dewasa, malahan turut dialami
oleh kanak-kanak, remaja dan pelajar-pelajar universiti. Crain (2009)
berpendapat bahawa pelajar mengalami tekanan stres apabila mereka
mengharungi pelbagai perubahan terutamanya dari segi aspek fizikal, emosi,
sosial dan pemikiran. Alam remaja dikatakan bermula semasa seseorang pelajar
berumur 12 hingga 15 tahun, manakala peringkat akhir remaja pula bermula kira-
kira umur 16 tahun hingga 21 tahun. Setelah menamatkan pelajaran pada
peringkat sekolah rendah, maka mereka terpaksa melanjutkan pelajarannya ke
peringkat sekolah menengah di mana mereka di katakan lebih mudah mengalami
tekanan stres. Menurut Bapa Psikologi Remaja iaitu Stanley (2011) beliau
mengelaskan remaja dalam kumpulan ‘storm and stress’ iaitu masa bergelora
yang paling tinggi berbanding dengan peringkat-peringkat perkembangan lain.
Mengikut Wolmen (1973), stres adalah keadaan dinamik di mana
seseorang itu berdepan dengan peluang, kekangan serta tuntutan bergantung pada
apa yang dilakukan oleh individu yang terbabit. Dalam konteks Malaysia,
terdapat banyak punca stres seperti diri sendiri, kelompok manusia dan alam
sekeliling. Kebanyakan pelajar mengalami tekanan stres pada awal permulaan
tahun kerana mereka terpaksa menyesuaikan dirinya dengan pelbagai tugasan
yang telah di amanahkan oleh guru mereka Smeltzer . SC , (2010). Kebanyakan
pelajar yang kurang terlibat dalam proses komunikasi dengan orang lain akan
menghadapi kesukaran untuk mahir dalam kemahiran ini. Hal ini dapat
dikenalpasti apabila kebanyakan pelajar mengalami kemurungan dalam kelas dan
kurang melibatkan diri dalam proses komunikasi semasa proses pembelajaran dan
pengajaran (P&P) sedang dijalankan di kelas. Mereka kurang berkeyakinan diri,
mudah berputus-asa dan berpandangan rendah terhadap dirinya sehingga tidak
menonjolkan kelebihan dirinya di kelas terutamanya di khalayak ramai.
3
Stres adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan pelajar tidak dapat
mengecualikan diri mereka daripada mengalami tekanan stres selagi bernyawa.
Setiap pelajar mengalami tekanan stres yang berbeza. Perkara-perkara kecil yang
seringkali dianggap remeh dan kurang penting mungkin boleh menjadi punca
stres bagi segelintir pelajar Hatta Sidi, (2012). Misalnya, kehadiran seseorang
yang baru di kalangan kawan, penurunan markah berbanding kawan-kawan yang
lain, gosip di antara rakan dan sebagainya boleh mengakibatkan tekanan stres
kepada seseorang pelajar di mana pelajar yang lain pula menganggapnya sebagai
perkara yang remeh. Ini menyebabkan seseorang pelajar mengalami keresahan,
kebimbangan, kesunyian, kurang tidur, gangguan emosional dan sebagainya.
Oleh yang demikian, stres boleh menyebabkan kehidupan dan pergaulan
seharian seseorang pelajar terjejas. Stres yang berlebihan, tidak terkawal dan
berpanjangan juga akan mendatangkan kemudaratan. Kemudaratan ini mungkin
berlaku pada jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Hal ini akan
menyebabkan seseorang pelajar tidak dapat menumpukan perhatian yang
sepenuhnya terhadap pelajaran.Pelajar-pelajar juga terpaksa menghadapi pelbagai
rintangan akibat daripada tekanan stres. Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk
mengenalpasti hubungan stres dengan kelakuan devian, personaliti dan daya
ketahanan di kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia.
1.1 Latar Belakang Masalah
Menurut Harussani Zakaria, (2008:1) stres adalah situasi yang mengganggu
ataupun membina kehidupan seharian. Stres daripada sudut bahasa yang lain
pula, membawa maksud tekanan di mana tekanan ini adalah fitrah kehidupan
seseorang. Secara asasnya, konsep stres ini dapat dilihat sebagai pencetus atau
tindak balas yang membawa kepada perubahan di dalam tubuh kesan daripada
interaksi antara seseorang itu dengan alam sekeliling.Ini mengakibatkan
seseorang itu kelihatan murung, sedih, lemah semangat, mudah putus-asa, tidak
berminat terhadap pelajaran dan sebagainya.Ketidakseimbangan hubungan antara
alam sekeliling dengan individu akan menyebabkan berlakunya tekanan stres.
4
Alam sekeliling yang tidak bermaya dan tidak ceria turut menyebabkan
seseorang menghadapi tekanan stres dan seterusnya menyebabkan pelajar hilang
minat terhadap pelajaran. Pelajar juga turut berasa bahawa suasana yang tidak
harmoni ini akan menyekat mereka untuk melakukan sesuatu yang baru. Justeru,
jelaslah bahawa kebebasan alam sekitar dan ketidaksesuaian suasana belajar
menyebabkan lebih ramai pelajar menghadapi tekanan stres.
Stres Mohamed Hatta (2012), juga melibatkan perasaan subjektif di mana
pada peringkat awal ia diterima baik oleh seseorang individu, tetapi lama-
kelamaan sesuatu benda yang sama itu tidak dapat diterima oleh individu
berkenaan sehingga menjadi pencetus kepada pelbagai penyakit jiwa.Semakin
ramai pelajar kini banyak mengalami tekanan apabila mereka tidak dapat
menyesuaikan diri dengan perubahan sikap rakan-rakan mereka secara tiba-tiba.
Sifat-sifat ini mungkin telah dapat disenangi oleh mereka pada awal permulaan
sekolah, tetapi sifat-sifat yang sama rakan-rakannya mungkin tidak dapat
disenangi apabila terdedah kepada banyak beban kerja. Sifat suka
membandingkan diri dengan rakan-rakan yang lain turut menyebabkan mereka
berasa rendah diri dan berasa tidak yakin terhadap diri sendiri. Lama-kelamaan,
hal ini akan menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian yang
sepenuhnya terhadap pelajaran dan turut menghasilkan hasil kerja yang tidak
berkualiti dan mantap.
Lazarus dan Folkman (2009), pula berpendapat bahawa, stres atau
tekanan adalah disebabkan oleh keadaan emosi yang negatif dan tidak balas
fisiologi yang berlaku dalam situasi di mana individu menerima ancaman pada
tujuan dan matlamat penting yang tidak tercapai. Tahap stres yang dialami oleh
seseorang pelajar itu juga bergantung pada sejauh manakah pelajar berkenaan
menghadapi atau melihat sesuatu masalah berkenaan. Sekiranya, masalah
berkenaan dianggap seperti sesuatu yang remeh dan dapat diatasi maka mereka
dapat menghadapinya tanpa sebarang rintangan. Sebaliknya, jikalau perkara yang
dianggap berat dan dipandang serius maka, mereka terpaksa mengalami tekanan
jiwa yang akan mengakibatkan pelajar-pelajar kelihatan takut, gelisah da kecewa.
5
Mueller (1961) dalam Siti Aishah (2007), mengatakan kehidupan remaja
pada peringkat menengah memang dipenuhi dengan pelbagai cita-cita yang tinggi
dan harapan yang beraneka bagi meningkatkan kualiti kehidupan yang lebih
tinggi. Setelah tamat peringkat sekolah rendah, proses kehidupan seseorang akan
mengalami sedikit sebanyak perubahan apabila mereka menjejaki kakinya ke
peringkat sekolah menengah. Menurut Sternbeg (2010), beberapa sikap yang
baharu mula berkembang dan berbentuk semasa seseorang berada di peringkat
sekolah menengah. Antara perubahanya adalah sikap ingin tahu, mencari
kelainan, hubungan seksual, memasuki kumpulan dan kebebasan dan sebagainya.
Pelajar mula mengalami stres di sekolah disebabkan oleh cabaran yang harus
dihadapi oleh mereka seperti perubahan-perubahan fizikal, emosi dan sosial.
Perubahan fizikal, emosi dan sosial turut menyebabkan mereka untuk berfikir
lebih matang yang mungkin memberi kesan baik dan ada juga yang memberi
kesan buruk sehingga menyebabkan mereka mengalami tekanan jiwa apabila
gagal menghadapi cabaran dan rintangan.
Davidson dan Cooper (2011), mengkaji perbandingan stres di kalangan
golongan pelajar perempuan dan lelaki di United Kingdom. Dapatan kajian pula,
menunjukkan bahawa pelajar perempuan mengalami lebih stres berbanding
golongan lelaki. Golongan wanita secara semula jadinya disifatkan sebagai
lembut dan beremosi tinggi berbanding dengan golongan lelaki yang lebih tabah
dan tidak terlalu bergantung pada emosi akan menyebabkan pelajar perempuan
lebih senang mengalami masalah stres. Tambahan pula, sifat pelajar perempuan
yang sentiasa mempunyai cita-cita dan harapan yang tinggi bagi
menyempurnakan sesuatu kerja yang diberikan dengan cemerlang dan terbaik
berbanding rakan-rakan yang lain turut menyebabkan mereka mudah mengalami
tekanan jiwa berbanding sikap pelajar lelaki yang tidak terlalu mengambil berat
terhadap sesuatu perkara. Golongan wanita juga didapati mudah tersinggung
apabila hasil kerja mereka tidak dihargai oleh orang lain. Hal ini jelaslah
menunjukkan bahawa sifat semulajadi seseorang turut menyebabkan mereka
mudah mengalami tekanan.
6
Manakala di Malaysia pula menurut kajian yang telah dijalankan di
Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2007, bancian menunjukkan bahawa
seramai dua daripada sepuluh penduduk Malaysia didapati menghadapi tekanan
stres. Hal ini disebabkan oleh amalan pemakan, gaya hidup, beban pelajaran,
tanggungjawab terhadap keluarga dan sebagainya. Amalan pemakan yang tidak
terurus dan gaya yang hidup yang sosial mengakibatkan mereka mudah jatuh
sakit dan persahabatan yang baru mungkin membentuk kehidupan baru yang
negatif bagi mereka tanpa disedari. Tambahan pula, beban pelajaran dan
tanggungan keluarga turut menyebabkan mereka mengalami tekanan mental yang
seterusnya akan mengakibatkan stres. Lebih-lebih lagi, keadaan akan bertambah
rumit apabila pelajar-pelajar gagal menghadapi cabaran-cabaran seperti ini maka
mereka terpaksa menghadapi cabaran dan tekanan emosi sehingga tidak dapat
menunjukkan perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaran. Oleh itu dapatlah
dikatakan bahawa mereka menghadapi stres apabila tidak dapat menyesuaikan
diri sesuai apabila berdepan dengan gaya hidup yang baru di persekitaran yang
baru.
1.2 Pernyataan Masalah
Dalam era globalisasi ini, pendidikan merupakan salah satu keperluan yang amat
penting bagi seseorang terutamanya golongan generasi muda yang juga
merupakan tulang belakang sesebuah negara pada masa akan datang. Menurut
Buletin Psikologi (2007/2008), hal ini adalah kerana taraf pendidikan menjadi
asas pembentukan status sosial, taraf hidup, jenis pekerjaan dan pendapatan
seseorang individu.Taraf pendidikan yang lebih tinggi dan cemerlang memainkan
peranan yang penting bagi menjamin masa depan seseorang individu yang cerah.
Kelayakan akedemik yang lebih tinggi dan cemerlang turut membantu seseorang
untuk menonjolkan kelebihan dirinya yang tinggi dan berkualiti berbanding
dengan orang lain yang kurang berpelajaran. Oleh itu, pencapaian akedemik yang
cemerlang dan terbilang menjadi sasaran utama setiap warga pendidik, pelajar
dan mahasiswa.
7
Di samping itu, kebanyakan pelajar terpaksa mengalami tekanan stres
apabila berhadapan dengan pelbagai jenis cabaran. Fisher (2009), menyatakan
bahawa pelajar menghadapi tekanan apabila mereka terlalu takut dan gelisah
akan gred pencapaian mereka. Perasaan takut dan gelisah ini turut menyebabkan
mereka hilang konsentrasi ke atas perkara-perkara lain yang ingin dilakukan.
Perasaan ini juga akan menghalang mereka daripada melakukan sesuatu yang
cekap dan mantap. Akibat daripada persaan ini, mereka lebih mudah mengaku
kalah dan putus-asa. Hal ini turut menyebabkan mereka untuk mengekalkan
hubungan perseorangan tanpa bergaul atau beramah – mesra dengan orang lain.
Pelajar yang mengalami tekanan emosi seumpama ini tidak suka melibatkan diri
dalam aktiviti berkumpulan dan suka mengasingkan diri daripada orang lain.
Malahan, mereka bersifat lebih selesa apabila berada keseorangan supaya dapat
mengurangkan tekanan mereka. Oleh itu, terdapat segelintir pelajar yang suka
mengasingkan dirinya daripada rakan-rakan yang lain.
Pengkaji telah menjalankan kajiannya terhadap tekanan stres di kalangan
pelajar sekolah menengah di mana pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Tasek
Utara (2), Sekolah Menengah St Joseph dan Sekolah Menengah Sri Rahmat
secara rawak bagi tujuan menjalankan kajian. Pelajar-pelajar dari tingkatan satu,
dua dan empat dipilih secara rawak sebagai sampel kajian ini. Hal ini kerana
pelajar-pelajar didapati tidak menduduki peperiksaan awam pada tahun ini dan
lebih memudahkan mereka untuk membaca huraian soal selidik sebelum
menjawabnya. Mereka turut dapat menumpukan lebih masa dan lebih serius
terhadap kajian kerana mereka tidak terlibat dalam kelas tambahan sekolah,
tuisyen dan sebagainya. Responden seterusnya diedarkan beberapa set soal
selidik bagi mendapatkan analisa stres yang tepat dan berkesan menerusi respons
pelajar. Pengkaji turut menerangkan dan menjelaskan beberapa ketidakpastian
pelajar agar ia dapat memastikan data yang lebih tepat.
Justeru kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan stres dengan
personaliti, kelakuan devian dan daya koping seseorang pelajar sekolah
menengah.
8
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah seperti berikut:
i. Mengenal pasti demografi pelajar sekolah menengah Daerah Johor Bahru.
ii. Mengenal pasti tahap stres pelajar sekolah menengah Daerah Johor Bahru
iii. Mengenal pasti hubungan stres dengan personaliti pelajar sekolah
menengah Daerah Johor Bahru.
iv. Mengenal pasti hubungan stres dengan tingkahlaku devian pelajar sekolah
menengah Daerah Johor Bahru.
v. Mengenal pasti hubungan antara stres daya koping pelajar sekolah
Menengah Daerah Johor Bahru.
1.5 Persoalan Kajian
Berikut adalah beberapa persoalan kajian:
i. Apakah demografi pelajar sekolah menengah Daerah Johor Bahru?
ii. Apakah tahap stres pelajar sekolah menengah Daerah Johor Bahru?
iii. Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara stres dengan
personaliti pelajar?
iv. Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara stres dengan
tingkahlaku devian pelajar?
v. Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara stres dengan daya
koping pelajar?
9
1.6 Hipotesis Kajian
Untuk melihat perbezaan yang signifikan antara hubungan stres dengan stres
dengan personaliti, tingkahlaku devian dan daya koping seseorang pelajar.
1.6.1 Pengujian Hipotesis Menurut Objektif ketiga
Hipotesis 1
Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara stres dengan personaliti pelajar.
1.6.2 Pengujian Hipotesis Menurut Objektif Keempat
Hipotesis 1
Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara stres dengan tingkahlaku devian
pelajar.
1.6.3 Pengujian Hipotesis Menurut Objektif kelima
Hipotesis 1
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara stres dengan daya koping
pelajar.
10
Rajah 1.1:Kerangka Konsep Berkaitan Hubungan Stres Dengan Personaliti,
Tingkahlaku Devian dan Daya Koping Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah.
EGO
PESONA
BAYANGAN
PERKEMBANGAN PERSONALITI
STRES
PONTENG
MELAWAN GURU
VANDALISME
BERLAWAN DENGAN RAKAN
JENIS TINGKAHLAKU
DEVIAN
DAYA
KOPING
PELAJAR BERISIKO
TINGGI
DAYA KOPING EMOSI
DAYA KOPING MASALAH
KENDIRI
MENCURI
11
Merujuk kepada rajah 1.1 kerangka konsep kajian menunjukkan hubungan stres
dengan personaliti, tingkahlaku devian dan daya koping di kalangan pelajar
sekolah menengah. Kerangka konsep menunjukkan hubungan antara stres dengan
kehidupan harian seseorang pelajar. Pengkaji mengkaitkan hubungan stres
dengan ciri perkembangan personaliti, tingkahlaku devian dan teori koping di
kalangan pelajar. Pengkaji menggunakan Modal Personaliti Carl Jung dalam
mengkaji personaliti pelajar. Beliau membahagikannya kepada ego, pesona,
bayangan dan kendiri. Beliau mendefinisikan ego berpunca daripada kesedaran.
Ego merupakan gabungan fikiran, perasaan, ingatan dan persepsi seseorang.
Pesona pula didefinisikan sebagai topeng yang dipakai oleh setiap individu bagi
memenuhi kehendak masyarakat. Carl Jung mendefinisikan bayangan sebagai
perasaan yang terpendam dalam hati seseorang yang menyebabkan mereka
bertindak baik mahupun ganas pada sesuatu keadaan. Kendiri merupakan tahap
yang paling penting yang mana merangkumi keseluruhan dan kesatupaduan cirri-
ciri personaliti yang membentuk seseorang insan.
Tambahan pula, kerangka kajian juga turut menerangkan beberapa
kelakuan devian yang sering menghiasi keratan akhbar harian seperti ponteng
sekolah, melawan guru, vandalisma, mencuri dan mencederakan pelajar lain.
Walaupun, terdapat pelbagai kelakuan devian yang sering ditunjukkan oleh
pelajar, pengkaji memilih kelima-lima jenis kelakuan devian ini kerana didapati
bahawa jenis kelakuan seperti ini merupakan antara jenis kelakuan devian yang
paling kerap dilakukan oleh pelajar. Oleh itu, pengkaji akan menerangkan dengan
lebih lanjut mengenai jenis kelakuan devian yang dilakukan oleh pelajar dan
hubungannya terhadap Modal Stres Aurousal. Maka, pengkaji akan memberi
jawapan yang jelas untuk persoalan kajian yang keempat iaitu hubungan stres
dengan jenis kelakuan devian pelajar. Pengaruh stres yang mempengaruhi
tingkah laku devian turut dikaji dalam kajian ini.
12
Di samping itu, pengkaji turut mengaitkan stres dengan daya koping iaitu
daya koping berpandukan emosi dan daya koping berpandukan masalah.
Sokongan sosial daripada ahli keluarga yang disayangi, rakan sekerja atau sekelas
dan ketua merupakan sokongan yang amat kuat kepada seseorang yang
menghadapi tekanan stres. Kata-kata semangat dan dorongan yang dipenuhi
dengan motivasi turut membantu seseorang berasa lebih bebas daripada tekanan
dan bersemangat untuk melakukan sesuatu kerja dengan penuh dedikasi dan
cemerlang terutamanya pelajaran. Sebagai contohnya, ibu bapa yang berdedikasi
perlu menyokong anak-anak mereka mahupun mereka telah gagal dalam
peperiksaan.Mereka boleh mengatur cara-cara yang lain seperti menghantar
mereka ke kelas tuisyen dan sebagainya supaya dapat memberi peluang kedua
bagi mereka untuk mencuba sekali lagi. Di samping itu, pengubahan persekitaran
dan tindak balas persekitaran di sekeliling pelajar juga membantu mereka untuk
mengurangkan tekanan stres akibat daripada persekitaran yang tidak kondusif.
Oleh itu, perubahan yang ketara perlu dilakukan di sekeliling sekolah bagi
mengurangkan stres di kalangan pelajar. Pengkaji menggunakan Modal Koping
Lazarus bagi menunjukkan hubungan stres dan daya koping pelajar.
Sehubungan dengan itu, aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti
melancong bersama ahli keluarga, sentiasa meluangkan masa untuk beribadat,
melakukan sesuatu yang berfaedah seperti yang merangkumi aktiviti kegemaran
seperti menyanyi, memancing, berkebun dan sebagainya bagi mengisi masa
lapang selain daripada sentiasa meluangkan masa yang lama dalam
mengulangkaji pelajaran. Aktiviti kejiranan seperti amalan bergotong-royong,
rukun tetangga, sambutan perayaan keagamaan, sambutan kenduri dan
seebagainya akan membantu seseorang untuk bergaul bebas dengan orang lain di
persekitarannya. Hal ini, turut membantu mereka untuk mempertingkatkan
kemahiran komunikasi mereka. Pengkaji mendapati bahawa kajian ini akan
menjadi panduan uatama di sekolah menengah bagi mengatasi masalah stres
dengan lebih berkesan. Pengenalpastian jenis dan tahap sesuatu masalah
berdasarkan cirri personaliti seseorang pelajar merupakan fokus utama dalam
mengatasi masalah stres.
13
1.8 Kerangka Teoritikal Modal Motivasi Yang Berkaitan Dengan Stres
A.Model Carl Jung ( Personaliti )
Pemikiran
Kehendak Hati Sensasi
Perasaan
Rajah 1.2: Model Carl Jung (2009)
Dalam teori keperibadian Jung, keperibadian atau Psyche merangkumi
keseluruhan fikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang. Psyche dianggap
sebagai suatu sistem yang terdiri daripada banyak sub sistem, di mana masing-
masing berdiri sendiri dan saling berkaitan antara satu sama lain. Beliau
membahagikannya kepada ego, pesona, bayangan dan kendiri. Beliau
mendefinisikan ego berpunca daripada kesedaran. Ego merupakan gabungan
fikiran, perasaan, ingatan dan persepsi seseorang. Pesona pula didefinisikan
sebagai topeng yang dipakai oleh setiap individu bagi memenuhi kehendak
masyarakat. Carl Jung mendefinisikan bayangan sebagai perasaan yang
terpendam dalam hati seseorang yang menyebabkan mereka bertindak baik
mahupun ganas pada sesuatu keadaan. Kendiri merupakan tahap yang paling
penting yang mana merangkumi keseluruhan dan kesatupaduan ciri-ciri
personaliti yang membentuk seseorang insan. Dalam kajian ini, pengkaji memilih
Modal Carl Jung untuk mengenalpasti punca stres di kalangan pelajar dari aspek
ego, pesona, bayangan dan kendiri berdasarkan pengalaman mereka di sekolah.
14
B.Model Stres Aurousal (Kelakuan Devian)
Rajah 1.3 The Inverted-U Theory / Tahap Optimal Aurousal (Diamond
DM, (2007)
Model Arousal merupakan model yang banyak digunakan dalam sesebuah
aktiviti fizikal dan psikologikal. Model ini berkait rapat dengan sifat ketakutan
yang seterusnya akan melembapkan kelancaran pergerakan darah yang
menyebabkan seseoorang terlibat dalam kelakuan yang tidak bermoral.
Kelembapan otot dan saraf ini akan menyebabkan seseorang gagal mengatasi
perasaan apabila menghadapi masalah. Keregangan otot juga mengakibatkan
tekanan stres secara serta-merta. Menurut Diamond DM (2007), apabila
seseorang mengalami tahap emosi yang tinggi dan sukar mengawal dirinya
apabila menghadapi tekanan. Maka mereka lebih terdorong untuk melanggar
peraturan atau norma yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi. Tambahan pula,
model Arousal juga menerangkan beberapa akibat daripada masalah keregangan
saraf. Seseorang individu akan mengalami masalah ketidakstabilan koordinasi
badan apabila mengalami keregangan saraf. Hal ini akan menyebabkan berasa
mudah tertekan berbanding dengan orang lain. Oleh itu, jenis kelakuan devian
seseorang pelajar dapat dianalisa menerusi Model Arousal.
15
C.Model Coping Stres (Daya Ketahan / Koping)
Rajah 1.4 Modal Coping Stres (Lazarus , 1966)
Modal Koping Stres Lazarus menerangakan hubungan antara individu
dengan daya ketahanannya dalam menghadapi sesuatu masalah. Lazarus
berpendapat bahawa seseorang mengalami stres apabila daya ketahananya tidak
dapat menyokong tindak balas yang seterusnya. Hal ini seterusnya akan
menyebabkan mereka mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan
seseorang mengalami kemurungan, lemah semangat, mengasingkan diri daripada
orang lain dan sebagainya. Tahap stres seseorang harus dikenalpasti terlebih
dahulu supaya dapt mengelakkan tahap stres yang lebih tinggi. Lazarus
membahagikan tahap stres kepada dua iaitu Primary Appraisal dan Secondary
Appraisal. Primary Appraisal adalah kesan daripada sesuatu peristiwa mahupun
negatif atau positif yang mengakibatkan stres. Manakala, Secondary Appraisal
pula menerangkan daya ketahanan seseorang individu dalam mengatasi dan
berhadapan sesuatu masalah berlandaskan teori koping yang sesuai.
16
1.9 Kepentingan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan stres dengan personaliti,
tingkahlaku devian dan daya ketahanan seseorang pelajar sekolah menengah.
Pengkaji mengenalpasti beberapa punca stres seperti beban kewangan, beban
kerja, tekanan keluarga, faktor persekitaran dan faktor perhubungan. Faktor-
faktor ini memainkan peranan yang penting dalam menyebabkan stres di
kalangan pelajar. Pelajar lebih mudah berasa tertekan apabila mereka gagal
menghadapi cabaran dan rintangan akibat daripada tekanan-tekanan seumpama
ini. Tambahan pula, faktor-faktor tambahan dalam organisasi yang boleh
menyebabkan stres adalah kelakuan ketua yang tidak bertanggungjawab,
komunikasi yang kurang berkesan dan suasana bilik darjah yang tidak sesuai
turut menyebabkan seseorang pelajar menghadapi tekakan stres (Mohd Tahib
Nora, 2009).
Selain daripada itu, pengkaji juga mengenalpasti tingkahlaku devian yang
menyebabkan seseorang menghadapi stres. Menurut Mc Lean (2008), kelakuan
devian ini harus dikenalpasti terlebih dahulu supaya dapat menghalangnya
memberikan kesan buruk terhadap diri seseorang individu. Kajian ini
mengealpasti beberapa kelakuan devian stres seperti merokok, melawan guru,
ponteng kelas, penagihan dadah dan sebagainya. Kajian ini memberi gambaran
yang jelas tentang konsep kelakuan devian dari segi tanda-tanda fisiologikal,
psikologikal dan sosial. Para pelajar boleh menggunakan kajian ini sebagai
panduan bagi mengenalpasti tanda-tanda kelakuan devian mereka secara lebih
mendalam bagi membantu mengatasi masalah ini pada peringkat awal lagi.
Tambahan pula, kajian juga boleh dijadikan sebagai panduan di peringkat
sekolah, universiti mahupun jabatan pendidikan sebagai rujukan bagi mengatasi
masalah stres yang semakin meruncing di kalangan pelajar sejak kebelakangan
ini. Kajian ini menerangkan dengan jelas tentang isu-isu yang berkaitan dengan
stres supaya dapat dikenalpasti pada awal-awal lagi.
17
1.10 Batasan Kajian
Pengkaji telah menjalankan kajiannya terhadap tekanan stres di kalangan pelajar
sekolah menengah di mana pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Tasek Utara
(2), Sekolah Menengah St Joseph dan Sekolah Menengah Sri Rahmat yang
dipilih secara rawak bagi tujuan menjalankan kajian.Pelajar-pelajar dari tingkatan
dua dan empat dipilih secara rawak sebagai sampel kajian ini. Batasan kajian
hanya pada pelajar dua dan empat kerana pelajar-pelajar ini didapati tidak
menduduki peperiksaan awam pada tahun ini dan lebih memudahkan mereka
untuk membaca huraian soal selidik sebelum menjawabnya.
Selain itu, mereka turut dapat melapangkan lebih masa dan lebih serius
terhadap kajian kerana mereka tidak terlibat dalam kelas tambahan sekolah,
tuisyen dan sebagainya. Responden seterusnya diedarkan beberapa set soal
selidik bagi mendapatkan analisa stres yang tepat dan berkesan menerusi respons
pelajar. Pengkaji turut menerangkan dan menjelaskan beberapa ketidakpastian
pelajar agar ia dapat memastikan data yang lebih tepat. Kajian ini terbatas kepada
pelajar-pelajar multietnik iaitu pelajar yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina
dan India yang dipilih secara rawak oleh pengkaji untuk tujuan pengendalian
soal-selidik.
Kajian ini akan meneliti sama ada terdapat hubungan stres dengan
personaliti, kelakuan devian dan daya koping di kalangan pelajar sekolah
menengah. Oleh itu, pengkaji turut menganalisa tahap stres pelajar menurut ciri
personaliti seseorang pelajar supaya dapat mendapatkan hasil yang baik dan
berkesan. Borang soal selidik yang berkaitan dengan objektif kajian seterusnya
diedarkan kepada pelajar untuk tujuan penganalisaan data yang terperinci. Hasil
pengumpulan data yang diperoleh akan dianalisa bagi mengenalpasti sama ada
etrdapat hubungan yang signifikan antara stres dengan personaliti, kelakuan
devian dan daya coping pelajar.
18
1.11 Pengertian Istilah Konsep dan Operasional Kajian
1.11.1 Personaliti
Personaliti didefinisikan sebagai sifat-sifat fizikal, emosi dan kognitif seseorang
individu. Personaliti turut memainkan penting dalam mencerminkan diri
seseorang manusia. Setiap manusia mempunyai tujuan dan matlamat yang
berbeza dalam mengendalikan kehidupan masing-masing. Terdapat perkaitan
yang rapat antara perkara-perkara yang berlaku pada masa lampau dengan
personaliti seseorang pelajar. Menurut Carl Jung (2009), personaliti seseorang
individu dapat dibahagikan kepada empat kumpulan yang penting seperti berikut:
Tahap 1 (ego)
Gabungan fikiran, perasaan, ingatan dan persepsi seseorang.
Tahap 2 (pesona)
Topeng yang dipakai oleh setiap individu bagi memenuhi kehendak masyarakat.
Tahap 3 (bayangan)
Perasaan yang terpendam dalam hati seseorang yang menyebabkan mereka
bertindak baik mahupun ganas pada sesuatu keadaan.
Tahap 4 (kendiri)
Merangkumi keseluruhan dan kesatupaduan cirri-ciri personaliti yang
membentuk seseorang insan.
Menurut J.M.Willams and M.B.Andersen (2007), ciri-ciri personaliti
seseorang pelajar mempunyai hubungan yang rapat antara tahap stres seseorang
pelajar. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisa hubungan stres dengan
personaliti pelajar berpandukan Modal Carl Jung.
19
1.11.2 Kelakuan Devian
Kelakuan devian dimaksudkan sebagai kelakuan yang lain daripada yang lain
sera melanggari norma atau peraturan yang telah ditetapkan. Tingkah laku devian
yang semakin tidak terkawal boleh membawa kesan yang negatif peringkat
remaja (Boehnke dan Winkels, 2002). Menurut Mohd Zohir Ahmad (2007),
hubungan keluarga dan kehidupan bermasyarakat dapat menghalang remaja
untuk menghindari diri daripada terlibat dalam tingkah laku devian seperti
ponteng sekolah, melawan guru, vandalisme, mencuri, mencederakan murid lain
dan sebagainya. Tingkah laku devian ini semakin meruncing terutamanya di
kalangan pelajar sekoah menengah pada akhir-akhir ini. Berikut adalah beberapa
jenis kelakuan devian pelajar yang menunjukkan catatan yang tertinggi.
Rajah 1.1 : Jenis Kelakuan Devian dan Ciri-ciri
Jenis Kelakuan Devian Ciri-ciri
i.Ponteng sekolah Ponteng sekolah merupakan kesalahan yang
berat di mana seseorang akan melanggari
peraturan sekolah dan kegagalan menghadiri
ke kelas dengan sengaja.
ii.Melawan guru Perbuatan melawan atau tidak menghormati
guru seperti tidak mematuhi arahan guru di
sekolah.
iii.Vandalisme Amalan merosakkan harta benda awam.
iv.Mencederakan
murid lain
Perbuatan mencederakan atau menghukum
rakan-rakan lain.
20
1.11.3 Teori Koping
Menurut Keliat (1999) Teori Koping atau mekanisme koping bermaksud
alternatif-alternatif yang dapat diambil oleh seseorang individu untuk mengatasi
sesuatu masalah, menyesuaikan diri dengan persekitaran baru serta respons
terhadap situasi yang mengancam. Lazarus (1966) pula, mendefinikannya sebagai
perubahan kognitif dan perilaku dalam upaya untuk mengatasi masalah internal
atau eksternal yang dihadapi oleh seseorang individu. Menurut Stuart dan
Sundeen (1995), teori koping ini dibahagikan kepada 2 mekanisme seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 1.2:
Rajah 1.2 : Jenis Koping dan Ciri-ciri
Jenis Koping Ciri-ciri
i.Emotion Focused Coping Merupakan usaha untuk mengawal
tekanan emosi walaupun menghadapi
pelbagai situasi yang amat tertekan.
ii.Problem Focus Coping Merupakan usaha untuk mempelajari
cara-cara atau teknik-teknik yang baru
untuk mengubah suai sesuatu keadaan,
situasi dan punca sesuatu masalah.
Pengkaji memilih model ini kerana model ini amat bersesuian untuk
mengendalikan hubungan antara stres dengan berpandukan punca stres seseorang
pelajar.Pengkaji menggunakan model ini untuk menggenalpasti teori koping yang
sesuai berpandukan punca stres pelajar.
21
1.12 Rumusan
Hubungan stres dengan personaliti, tingkahlaku devian dan teori koping di
kalangan pelajar yang berisiko tinggi merupakan masalah yang kian meruncing di
kebanyakan sekolah menengah di Malaysia. Pengkaji menerangkan hubungan
signifikan di antara ketiga-tiga aspek ini dalam mengahadapi stres. Pelajar-pelajar
didapati antara golongan yang menunjukkan catatan yang tertinggi dalam
menghadapi masalah stres. Dalam kajian ini pengkaji menerangkan tiga ciri
personaliti pelajar iaitu ego, pesona, bayangan dan kendiri. Keempat-empat jenis
personaliti ini memainkan peranan masing-masing dalam situasi yang berbeza.
Oleh itu, jenis personaliti pelajar harus dikenalpasti terlebih dahulu bagi
menganalisa tahap stresnya. Hal ini memudahkan seseorang untuk mengambil
tindakan susulan yang sesuai berdasarkan tahap stres masing-masing. Tambahan
pula, stres juga memainkan peranan penting dalam mengakibatkan seseorang
untuk berkelakuan devian. Kelakuan devian yang melanggari norma-norma serta
peraturan yang telah ditetapkan turut mencatatkan kadar yang tertinggi di
kebanyakan sekolah terutamanya sekolah menengah. Beberapa jenis kelakuan
devian serta hubungannya terhadap stres turut dikaji oleh pengkaji untuk
mendapatkan gambaran yang lebih jelas terhadap isu stres di kalangan pelajar.
Sehubungan dengan itu, teori koping yang sesuai haruslah dikenalpasti bagi
mengatasi masalah ini. Teori koping ini membolehkan seseorang mengenalpasti
punca sebenar sesuatu masalah serta cara-cara mengatasinya dengan kaedah yang
sesuai.
top related