hiasan botol buangan jadi itek angsa.docx
Post on 02-Feb-2016
253 Views
Preview:
TRANSCRIPT
HIASAN BOTOL BUANGAN JADI ITEK ANGSA
Pernahkah terlintas difikiran anda untuk membuat bekas pelbagai guna dari botol sabun cecair yang dibuang untuk dijadikan hiasan bekas alat tulis atau boleh dibuat pasu bunga atau pelbagai guna lagi.
Kalau sudah mahir membuat botol besar ini kita boleh cuba dengan botol kecil pula.Jika anda kreatif gunakan kreatif anda untuk buat benda lain yang memberi menafaat.
Bagaimana cara membuatnya.
1. Dapatkan satu botol sabun cecair yang besar untuk dijadikan tempat simpan barang.
2. Lakarkan garisan untuk memotong Kepala dan Munchung. Potong bahagian kepala dan munchung dengan mengikut garisan. Guna pisau slide yang tajam. Cucuk sedikit demi sedikit supaya tidak salah potong hingga kepala bercerai dari botol.
3. Lakarkan garisan untuk Ekor tegak, Kepak, Leher dan Ekor Kecil belakang. seperti gambar-gambar bersebelah
4. Potong semuanya dengan pisau slide yang tajam dan gunting heavy duty.
5. Selepas dipotong hasilnya adalah seperti gambar sebelah. Kesemua bahagian diguna dan tiada yang dibuang.
6. Ini adalah model yang telah dipotong kemas ikut bentuk ekor dan kepak mengikut citarasa kita.
7. Kepala itek di lekatkan dengan menggunakan gam yang kuat.
8. Kepak dan ekor belakang dilekatkan dengan menggunakan paku payong atau kalau nak kuat lagi guna skrew kecil, washer dan nat.
9. Itek Angsa telah siap dan telah bersedia untuk menerima tugas.
10. Itek Angsa yang setia menjadi sahabat setia kini menanggong beban pen dan pensil serta banyak lagi peralatan stationary. Guna Bekas Transparent untuk dalam perut itek supaya boleh nampak isi pen dan pensel cara tegak.
- Selamat mencuba...
top related