group proposal kpr
Post on 27-Jun-2015
1.405 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1.0 Tajuk Kajian
Model Pembelajaran Kooperatif atau ‘Cooperative Learning’ Dalam Meningkatkan Penglibatan
Pelajar Di Dalam Kelas Bahasa Inggeris Pelajar Tingkatan Empat
2.0 Nama dan Ahli Jawatankuasa Pengkaji
Kertas kerja ini dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyelidikan yang terdiri daripada:
1. Awanis Binti Rohizad
2. Nusrah Binti Yasin
3. Rosidayu Binti Abdullah
3.0 Rasional Kajian
Rasional utama kajian ini dijalankan kerana matapelajaran Bahasa Inggeris merupakan
matapelajaran yang paling penting pada masa sekarang. Bahasa Inggeris merupakan bahasa
antarabangsa dan merupakan medium perantara hubungan antara negara luar. Penekanan
menguasai Bahasa Inggeris perlulah bermula dari alam persekolahan lagi dan terus
dikembangkan sehingga tamat belajar. Pembelajaran di universiti lebih menekankan penggunaan
Bahasa Inggeris di dalam sesi kuliah. Penguasaan pelajar menggunakan Bahasa Inggeris amat
digalakkan kerana ia merupakan satu kelebihan bagi memohon pekerjaan kelak. Pengambilan
pekerja pada masa sekarang lebih menekankan pekerja yang boleh menguasai pelbagai bahasa
selaras dengan keperluan perhubungan global.
Secara rasionalnya kajian ini dijalankan adalah kerana segelintir pelajar kelas 4SC Sekolah
Menengah Taman Jelutung tidak menunjukkan kemajuan di dalam ujian bulanan yang diadakan
dan sering mengelak untuk melakukan kerja rumah yang diberi oleh guru. Pencapaian markah
ujian Bahasa Inggeris mereka juga lemah. Dengan adanya kajian ini rasionalnya dapat membantu
pihak sekolah membendung masalah ini agar semua pihak terlibat sedar tentang kepentingan
peningkatan pencapaian di dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.
KPR4063 Kajian Tindakan Dalam PendidikanProposal Kajian
1
4.0 Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini dibuat adalah berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam
kelas Bahasa Inggerisnya yang lalu. Kajian ini dilaksanakan kerana kesedaran pada diri guru
Bahasa Inggeris Tingkatan 4SC Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jelutung, Kulim selepas
sesi temu bual kami mengenai masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi olehnya di
dalam kelas. Hasil daripada temu bual bersama kami, guru Bahasa Inggeris ini menyedari
bahawa dirinya harus keluar daripada pemikiran yang negatif dan berikhtiar mencari jalan
penyelesaian terhadap masalah dan rintangan yang dihadapinya semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas 4SC. Kajian ini difokuskan kepada meningkatkan kemahiran murid-
murid yang terlibat dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Berikut merupakan tujuan kajian ini
dibuat :-
2.1 Memperkembangkan minat murid untuk mendengar, memahami dan menyebut
perkataan dengan betul semasa menjalankan aktiviti di dalam kelas.
2.2 Meningkatkan kemahiran komunikasi sesama ahli kimpulan koperatif dengan
guru dengan memperbetulkan cara sebutan pelajar-pelajar semasa menjalankan
aktiviti di dalam kelas.
2.3 Menarik minat pelajar-pelajar dengan Bahasa Inggeris agar masalah pasif di
dalam kelas dapat diatasi.
Kajian yang akan dijalankan ini memfokuskan kepada pembelajaran secara koperatif atau
‘Cooperative Learning’ di dalam kelas. Kaedah ini digunakan adalah untuk mempelbagaikan lagi
kaedah mengajar yang digunakan oleh guru di dalam kelas tersebut. Pembelajaran koperatif
merupakan model pembelajaran yang mengutamakan pembelajaran secara berkumpulan dan
merupakan pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar dan
bertanggungjawab keatas setiap ahli kumpulannya. Setiap ahli kumpulan mempunyai tahap
kemampuan yang berbeza-beza (tahap tinggi, sedang dan rendah). Oleh itu pembelajaran
koperatif ini sesuai digunakan kerana ianya akan meningkatkan penglibatan semua pelajar dan
membantu komunikasi sosial dalam Bahasa Inggeris antara pelajar. Jika sebelum ini pelajar agak
pasif di dalam kelas, tetapi melalui kaedah ini akan membantu mengatasi masalah tersebut.
KPR4063 Kajian Tindakan Dalam PendidikanProposal Kajian
2
5.0 Latarbelakang Masalah
Kelas Tingkatan 4SC merupakan kelas pertama di Sekolah Menegah Kebangsaan Taman
Jelutung. Pencapaian pelajar dalam matapelajaran Bahasa Inggeris adalah memuaskan. Hal
demikian kerana terdapat segelintir pelajar yang tahap pencapaiannya dalam Bahasa Inggeris
adalah lemah. Di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jelutung, markah lulus bagi semua
matapelajaran adalah 40 markah keatas. Walaupun semua pelajar Tingkatan 4SC mencapai
markah lulus namun demikian guru Bahasa Inggeris kelas tersebut ingin pelajar-pelajarnya
mencapai tahap sekurang-kurangnya mendapat C iaitu 50 – 60 markah bagi pelajar yang lemah.
Guru tersebut mendapati bahawa murid yang lemah ini kurang berminat pada mata pelajaran
Bahasa Inggeris. Apabila diajukan soalan, mereka sering menjawab tidak faham malah
menjawab sambil lewa. Didapati juga mereka tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan.
Mereka akan meniru kawan serta tidak cuba menyiapkan kerja yang diberikan. Melalui temubual
dengan guru tersebut, beliau menggunakan kaedah pembelajaran kooperatif untuk mengatasi
masalah tersebut. Menurut guru tersebut, pada mulanya beliau merasa ragu-ragu untuk mencuba
akan kaedah tersebut. Namun selepas beberapa sesi pembelajaran, pelajar tersebut masih lagi
tidak menunjukkan peningkatan akhirnya beliau membuat keputusan untuk menggunakan
kaedah ini bagi meningkatkan pembelajaran murid-muridnya.
6.0 Pernyataan Masalah
Berikut adalah beberapa masalah yang telah dikenal pasti di dalam Kelas 4SC tentang perkara
ini. Masalahnya ialah :-
6.1 Pelajar yang masuk ke tingkatan 4SC adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang
dikategorikan sebagai pelajar-pelajar pandai di Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman Jelutung. Namun demikian, tidak semua pelajar mendapat cemerlang
dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Ada pelajar yang masih tidak boleh
membaca dengan betul ayat-ayat Bahasa Inggeris. Akibatnya mereka malu dan
tidak mahu bercakap dalam bahasa Inggeris.
KPR4063 Kajian Tindakan Dalam PendidikanProposal Kajian
3
6.2 Selain daripada itu, pelajar-pelajar ini juga dilihat sering mengelak untuk
melakukan aktiviti di dalam kelas. Kebiasaannya pelajar-pelajar yang lemah ini
akan menjadi pelajar pasif di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Semasa sesi aktiviti seperti sesi soal jawab atau ‘brainstorming’
bersama guru, pelajar-pelajar ini tidak akan mengambil bahagian atau
menyumbangkan idea-idea tetapi lebih kepada berdiam diri dan menjadi
pemerhati semasa aktiviti di dalam kelas.
6.3 Guru yang mengajar juga mendapati sukar untuk mengikuti silibus disebabkan
masalah ini. Mereka menghadapi dilema sama ada mengikuti silibus atau
mementingkan pelajar-pelajar yang lemah ini.
Persoalannya, mungkinkan ini disebabkan oleh masalah semasa di Tingkatan 1, 2 dan 3 ataupun
P&P yang dilaksanakan sekarang tidak menarik minat pelajar untuk melibatkan diri didalam
kelas. Oleh itu, mungkin diperlukan satu program lain yang lebih sesuai agar pelajaran Bahasa
Inggeris lebih seronok untuk dipelajari. Oleh itu, guru Bahasa Inggeris perlu merancang sesuatu
program bagi mengalakkan pelajar berminat akan matapelajaran ini sekaligus meningkatkan
prestasi pencapaian mereka di dalam subjek Bahasa Inggeris.
7.0 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dibahagikan kepada objektif am dan objektif khusus.
7.1 Objektif Am
Meningkatkan kebolehan pelajar-pelajar Tingkatan 4SC dalam penguasaan Bahasa
Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jelutung melalui kaedah
pembelajaran koperatif.
KPR4063 Kajian Tindakan Dalam PendidikanProposal Kajian
4
7.2 Objektig Khusus
Objektif khusus kajian ini adalah agar :-
7.2.1 Menarik minat pelajar di dalam kelas untuk matapelajaran Bahasa Ingeris,
7.2.2 Meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam penguasaan Bahasa Inggeris.
7.2.3 Meningkatkan kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris murid-murid di
dalam kelas
8.0 Soalan Penyelidikan
Daripada pernyataan masalah yang dihadapi oleh guru Bahasa Inggeris Tingkatan 4SC Sekolah
Menengah Taman Jelutung, beberapa soalan penyelidikan telah dibina iaitu :-
8.1 Adakah kaedah ‘Cooperative Learning’ dapat meningkatkan minat pelajar dalam
matapelajaran Bahasa Inggeris?
8.2 Adakah keadah ‘Cooperative Learning’ dapat meningkatkan kemahiran
komunikasi pelajar dalam Bahasa Inggeris.
8.3 Adakah kaedah ‘Cooperative Learning’ di dalam kelas dapat membantu guru
untuk mengikuti silibus matapelajaran Bahasa Inggeris.
9.0 Tinjauan Literatur
Pada hari ini guru bahasa mula menyedari akan kepentingan dalam meningkatkan pencapaian
pelajar-pelajar. Pelbagai cara dilakukan oleh guru seperti memberi tunjuk ajar cara atau strategi
belajar yang betul, mengadakan kelas tambahan, membincangkan soalan-soalan peperiksaan
lepas dan lain-lain lagi. Guru-guru seharusnya menyedari bahawa pemilihan strategi belajar yang
berkesan terletak di tangan pelajar sendiri. Guru-guru yang mempelajari strategi pengajaran
dapat membantu pelajar-pelajarnya menguasai pelbagai ilmu bahasa dengan cepat dan berkesan
KPR4063 Kajian Tindakan Dalam PendidikanProposal Kajian
5
(Oxford&Crookall 1989). Pendapat ini diakui oelh Graham (1997) dalam Lessard-Clouston
(1997) dimana hasil kajian mereka dalam bahasa Perancis. Kajian oleh Erhman (1988) dan
Oxford (1989) menunjukkan dengan jelas bahawa strategi pembelajaran mempunyai pengaruh
yang amat besar terhadap strategi pembelajaran yang dipilih oelh pelajar. Dengan kata lain, gaya
dan strategi pembelajaran saling mempengaruhi.
10.0 Metodologi Kajian
Dalam kajian ini pengkaji merancang untuk menggunakan Model Somekh (1989) untuk
menjalan kajian dengan lebih terperinci lagi.
Langkah 1 - Mengenalpasti Masalah / Fokus Yang Diminati
Langkah 2 - Mengumpul data
Langkah 3 - Menganalis data/ Membentuk hipotesis
Langkah 4 - Merancang Pelan Tindakan
Langkah 5 - Mengumpul Data Dan Mengesahkan Perubahan
Langkah 6 - Menganalisis dan menilai
11.0 Sasaran Kajian.
Kumpulan sasaran yang akan terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada kumpulan pengkaji,
seorang guru Bahasa Inggeris iaitu Teacher Amanina Bt Rohizad dan sebuah kelas 4SC yang
terdiri daripada 28 orang pelajar.
KPR4063 Kajian Tindakan Dalam PendidikanProposal Kajian
6
12.0 Instrumen kajian
Dalam kajian akan digunakan 3 kaedah pengumpulan data iaitu:
a) Analisis rekod markah bulanan pelajar – Menganalisis markah bulanan pelajar dan
menentukan kumpulan kecil pelajar tersebut. Ahli kumpulan terdiri daripada 3 orang
yang memperolehi markah tinggi, sedang dan rendah.
b) Pemerhatian – dilakukan oleh guru Bahasa Inggeris tersebut terhadap tingkah laku
pembelajaran pelajar-pelajar di dalam kelas semasa pengajaran dilaksanakan. Tujuannya
untuk mengenalpasti sikap belajar mereka, bagaimana mereka memberi tindak balas
terhadap pengajaran guru sama ada melalui latihan perbincangan, tugasan kumpulan dan
menjawab soalan objektif.
c) Temubual guru Bahasa Inggeris – Guru akan membuat refleksi mengenai keberkesanan
kaedah tersebut samada berjaya meningkatkan penglibatan pelajar ataupun tidak.
Rekod markah bulanan pelajar
Gred Ujian 1 Ujian 2
A - 6
B 14 18
C 9 -
D 5 4
E - -
KPR4063 Kajian Tindakan Dalam PendidikanProposal Kajian
7
A B C D E0
2
4
6
8
10
12
14
16
18
20
0
14
9
56
18
0
4
Graf Pencapaian Pelajar
Ujian 1
Ujian 2
Gred Markah
Bila
ngan
Pel
ajar
Rajah menunjukkan markah yang diperolehi oleh pelajar Tingkatan 4SC bagi ujian bulanan.
13.0 Merancang Pelan Tindakan
Guru tersebut mengaplikasikan kaedah pembelajaran koperatif didalam kelas beliau. Pelajar di
dalam kelas tersebut di bahagikan ke dalam beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada 3
orang pelajar untuk satu kumpulan. Guru tersebut menghadkan jumlah pelajar setiap kumpulan
supaya setiap pelajar dapat melibatkan diri secara optimum didalam kelas. Guru tersebut
menggunakan markah ujian 1 untuk membentuk kumpulan pelajar. Caranya adalah dengan
mengkategorikan pelajar cemerlang, sederhana dan lemah. Pelajar cemerlang adalah yang
memperolehi markah yang tinggi manakala pelajar sederhana adalah kumpulan pelajar yang
memperolehi markah pertengahan manakala pelajar lemah adalah pelajar yang memperolehi
markah yang rendah. Guru tersebut meletakan setiap kumpulan terdiri daripada pelajar
cemerlang, pelajar sederhana dan pelajar lemah.
KPR4063 Kajian Tindakan Dalam PendidikanProposal Kajian
8
Kumpulan belajar ini akan berada bersama ketika waktu kelas bahasa inggeris. Ketua bagi setiap
kumpulan adalah pelajar cemerlang. Setiap tugasan yang diberikan akan dibentangkan dan
pelajar yang akan membentangkan tugasan tersebut adalah pelajar yang lemah. Pelajar yang
sederhana pula ditugaskan untuk membuat catitan tugasan tersebut. Melalui kaedah ini, semua
pelajar terlibat secara langsung dalam pembelajaran tersebut.
Menurut guru tersebut, pada mulanya agak sukar untuk pelajar ini melibatkan diri terutama
sekali pelajar yang lemah kerana selalunya pelajar ini tidak akan melibatkan diri dan menjadi
pasif di dalam kelas. Setelah kumpulan koperatif ini diwujudkan pelajar tersebut terpaksa
mematuhi arahan yang ditetapkan oleh guru, secara tidak langsung pelajar tersebut perlu
bekerjasama dengan ahli kumpulannya untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Setelah dua
minggu melakukan pembelajaran koperatif ini, pelajar mula menunjukkan perkembangan positif.
Pelajar yang awalnya malu dan tidak ada keyakinan untuk bercakap dan melibatkan diri telah
mula menunjukkan minat di dalam kelas. Pelajar cemerlang juga bertindak sebagai pembimbing
kepada rakan yang lemah.
14.0 Kepentingan Kajian
Kajian ini dilakukan kerana kepentingan-kepentingan berikut :-
14.1 Dapatan daripada kajian ini akan menjelaskan tentang keberkesanan kaedah
‘cooperative learning’ dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kajian ini
akan dapat membantu guru-guru Bahasa Inggeris dalam merancang strategi
pengajaran Bahasa Inggeris dengan lebih baik dan berkesan disamping dapat
mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran Bahasa Inggeris.
14.2 Dapatan daripada kajian ini dapat dikongsi bersama guru-guru dan pihak tertentu
seperti kementerian pendidikan yang terlibat dengan penyusunan kurikulum
Bahasa Inggeris untuk sekolah menengah agar dapat memberikan kepelbagaian
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang akan memudahkan pencapaian objektif.
KPR4063 Kajian Tindakan Dalam PendidikanProposal Kajian
9
14.3 Kajian ini dapat menjadi bahan rujukan atau panduan dan memberi maklumat
kepada guru-guru yang mengajar Bahasa Inggeris di sekolah menengah untuk
meningkatkan prestasi pencapaian pelajar-pelajar.
15.0 Jangka Masa Kajian
Bil Perkara Tarikh Pelaksanaan
1 Mesyuarat Jawatankuasa 10 Aug 2011
2 Merangka kertas cadangan 12 Aug 2011
3 Mesyuarat perancangan 20 Aug 2011
4 Penbinaan ujian pos 30 Aug 2011
5 Perancangan pemerhatian 7 Sept 2011
6 Pelaksanaan ujian pos 21 Sept 2011
7 Refleksi dan Penilaian 29 Sept 2011
8 Penulisan laporan kajian 15 0ct 2011
9 Pembentangan proposal kajian 17 Oct 2011
16.0 Anggaran Belanjawan
Perkara Kos
Percetakan 20.00
Perjalanan 110.00
Mesyuarat 50.00
JUMLAH 170.00
KPR4063 Kajian Tindakan Dalam PendidikanProposal Kajian
10
17.0 Rujukan
Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999) Penyelidikan Pendidikan. Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia.
Alias Puteh. (2010). Kajian Tindakan di Sekolah: Satu Pengenalan. Penerbitan Pure Honey Enterprise. Malaysia
KPR4063 Kajian Tindakan Dalam PendidikanProposal Kajian
11
LAMPIRAN
KPR4063 Kajian Tindakan Dalam PendidikanProposal Kajian
12
KPR4063 Kajian Tindakan Dalam PendidikanProposal Kajian
13
KUMPULAN
1
NUR WAHIDA BINTI ABDUL JALIL 74
NUR AIMAN BIN NUR ANUAR 60
NURUL AINA SYAZWANI BINTI ROSLI 58
MUHAMMAD SHAMRIEN BIN TALIB 48
KUMPULAN
2
MOHAMAD ILHAM HIDAYAT BIN ABDUL HALIM 71
NUR SYAHIRAH BINTI MOHD RODZI 58
MUHAMMAD AZFAR BIN AZHAR 48
KUMPULAN
3
MUHAMMAD DANIAL AMNI BIN BAZLAN 71
FARAH AIDA BINTI MOHD ROSE ASMI 56
NOORHANIM BINTI ALI 47
KUMPULAN
4
MOHD LUQMAN NUL HAKIM BIN MOHD HASHIM 71
NOOR AMALINA BINTI NOR AZAM 56
NUR SYIFAA BINTI MOHAMAD RIZUAN 52
KUMPULAN
5
NURUL FADZLIANA BINTI MOHAMAD FAUZE 67
SYED MUHAMMAD AL MAHDALI BIN SYED ALI 55
NOR SYAHIRA BINTI JAK JAILANI 40
KUMPULAN
6
SITI NUR ATHIRAH BINTI MOHAMAD 64
NURUL NAJWA BINTI IZAM 62
MUHAMMAD A'QIL BIN MOHAMMAD KHALIL 54
KUMPULAN
7
AYUNI AMALINA BINTI ABU BAKAR 64
MUHD ADLI BIN MOHD FATHIL 61
NUR NAZIHAH BINTI ABDUL RAFAR 53
KUMPULAN
8
NORELIA HAFIZAH BINTI ZULKEFLI 62
AMIR FIRDAUS BIN MOHD SAIFUL BAHRUN 61
DARWIS BIN MOHAMMAD HATTA 52
KUMPULAN
9
NOR ATIKAH BINTI SHAHIME 62
AFIZA NATASYA BINTI ABDUL RAHMAN 60
MUHD AQMAL BIN ABDUL MANAF 46
LAMPIRAN
SOALAN KAJI SELIDIK ‘COOPERATIVE GROUP’
Sila beri tindak balas yang jujur anda untuk setiap pernyataan, 1 rendah dan 5 yang
tinggi.
KPR4063 Kajian Tindakan Dalam PendidikanProposal Kajian
14
1Saya suka belajar dalam kumpulan semasa kelas Bahasa Inggeris
1 2 3 4 5
2Saya merasa yakin untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris selepas berbincang dengan rakan dalam kumpulan
1 2 3 4 5
3Saya memahami isi pelajaran apabila belajar dalam kumpulan.
1 2 3 4 5
4Saya berasa sangat selesa bertanya soalan yang tidak difahami semasa dalam kumpulan.
1 2 3 4 5
5 1 2 3 4 56 1 2 3 4 5
KPR4063 Kajian Tindakan Dalam PendidikanProposal Kajian
15
top related