faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi pelajar … · psz 19:16 (pind.1/97) universiti teknologi...
Post on 10-Sep-2019
26 Views
Preview:
TRANSCRIPT
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR
ORANG ASLI TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI
SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG, JOHOR
MOHD SHARHAN BIN ABU BAKAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o
JUDUL: PENGHARAPAN IBU TUNGGAL TERHADAP LATIHAN
KEMAHIRAN YANG DIPELAJARI MELALUI PERSATUAN IBU
TUNGGAL DI NEGERI SELANGOR
SESI PENGAJIAN: 2010/2011
Saya MOHD SHARHAN BIN ABU ABKAR mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ���� )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: EN. MOHD RIZAL BIN SAID Nama Penyelia 278B kampong Besut. 16200 Tumpat, Kelantan. Tarikh: __________________ Tarikh: ____________________ CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
o Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
����
ii
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR O RANG ASLI TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH
DAERAH KLUANG, JOHOR
MOHD SHARHAN BIN ABU BAKAR
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Syarat Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
JANUARI 2012
iii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : …………………………….
Nama Penuh : MOHD SHARHAN BIN ABU BAKAR
Tarikh : JANUARI 2012
i
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah
memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : …………………………………..
Nama Penyelia : En. Mohd Rizal Bin Said
Tarikh : …………………………………..
iv
DEDIKASI
“DENGANA NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PEN YANG”.
Segala Pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjugan nabi Muhammad S.A.W.
Ku dedikasikan khas kepada:
Ayahanda dan Bondaku yang amat aku sayangi,
Segala doa, kasih sayang, sokongan dan perhatian dari kalian selama ini amatlah anakanda mu
ini hargai. Tiada apa yang boleh aku balas terhadap pengorbanan kalian. Hanya segulung ijazah
dan sebuah kejayaan yang aku mampu hadiahkan buat kalian sebagai tanda terima kasih yang
tidak terhingga.
Buat Adindaku,
Terima kasih diatas pengorbanan dan pertolongan kalian sepanjang kakakanda mu in bergelar mahasiswa.
Teristimewa buat Pensyarah Pembimbing,
En. Mohd Rizal Bin Said di atas tunjuk ajar yang diberikan bagi menyiapkan projek ini.
Buat Rakan-Rakan Seperjuangan,
Terima kasih di atas bantuan dan pengorbanan kalian selama mana kita kenal.
Semoga persahabatan kita akan kekal selamanya dan bersama-sama mengecapi kejayaan yang
salami ini kita idamkan.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi
Pelajar Orang Asli terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah di Daerah
Kluang, Johor. Faktor-faktor yang dikaji adalah faktor pengetahuan, faktor minat dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Sampel kajian adalah seramai
45 orang Pelajar Orang Asli yang mewakili keseluruhan populasi dalam penyelidikan ini. Set
soal selidik digunakan sebagai instrument kajian dan kebolehpercayaan soal selidik ialah α =
0.67. Dapatan data dianalisis dengan menggunakan perisian “ Statitiscal Package for social
Science (SPSS)” bagi mendapatkan kekerapan dan peratusan. Hasil dapatan kajian mendapati
bahawa Pelajar Orang Asli mempunyai pengetahuan tahap sederhana terhadap Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup. Mereka juga mempunyai minat tahap sederhana terhadap Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup. Bagi kaedah pengajaran dan pembelajaran pula, mereka bersetuju tahap
sederhana terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan keatas mereka. Pada
akhir kajian ini, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak-pihak yang
tertentu. Diharap dengan cadangan tersebut, ia dapat mengatasi masalah pembelajaran bagi
Pelajar Orang Asli terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup.
vii
ABSTRACT
This study aims to identify factors that influence student perceptions of Aboriginal Living
Skills subjects in secondary schools in the District of Kluang, Johor. The factors studied are the
knowledge factor, the factor of interest and methods of teaching and learning of Living Skills
subjects. Sample is 45 students representing the entire Aboriginal population in this research. Set
of questionnaires used as survey instrument and the reliability of the questionnaire was α = 0.67.
The findings of the data analyzed using the software "Statitiscal Package for Social Science
(SPSS)" to obtain the frequency and percentage. The findings the study found that Aboriginal
students have a moderate level of knowledge of Living Skills subjects. They also have a
moderate level of interest in Living Skills subjects. For teaching and learning methods, they
agree to a moderate level of teaching and learning methods used on them. At the end of this
study, the researchers made several recommendations to certain parties. Hopefully with the
proposal, it can solve the problem of learning for Aboriginal students on Living Skills subjects.
v
PENGHARGAAN
Alhamdulillah… syukur ke hadrat Illahi di atas limpah, rahmat serta hidayah dari-NYA
penyelidikan ini (Projek Sarjana Muda) dapat disiapkan dengan sempurna sepertimana yang
telah dirancangkan bagi memenuhi Syarat Pengijazahan Sarjana Muda.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan kepada penyelia kepada
penyelidikan saya iaitu En. Mohd Rizal bin Mohd Said di atas pertolongan dan bimbingan beliau
sepanjang menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Segala dorongan dan nasihat yang beliau
berikan amat berguna dalam menyiapkan penyelidikan ini.
Ucapan terima kasih juga dihulurkan kepada Jabatan Pelajaran Johor, Pejabat Pendidikan
Daerah Kluang, pengetua ( SMK Sultan Abdul Jalil, SMK Tengku Aris Bendahar dan SMK
Kahang) dia atas kerjasama yang diberikan sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan penyelidikan ini. Tidak lupa juga kepada Encik Dzulkifli bin Jamal iaitu pegawai di
Pejabat Pendidikan Daerah Kluang yang banyak menolong penyelidik dalam mendapatkan
bilangan responden yang ada di setiap sekolah menengah di Daerah Klung.
Seterusnya ucapan terima kasih ditujukan kepada pensyarah-pensyarah di Fakulti
Pendidikan diatas kerjasama dan nasihat yang diberikan dalam menjayakan penyelidikan ini.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuang di atas pertolongan dan
nasihat secara lansung atau tidak langsung sepanjang menjalankan penyelidikan ini. Haya Allah
S.W.T sahaja yang mampu membalas segala kebaikan kalian.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN PENYELIA i
JUDUL ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xin
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Skop Dan batasan Kajian 9
1.7 Kepentingan Kajian 9
1.7.1 Pelajar Orang Asli 10
1.7.2 Guru Kemahiran Hidup 10
ix
1.7.3 Pihak Sekolah 11
1.8 Istilah Kajian 11
1.8.1 Kemahiran Hidup 12
1.8.2 Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 12
1.8.3 Orang Asli 12
1.8.4 Pelajar Orang Asli 13
1.8.5 Pengetahuan 13
1.8.6 Minat 13
1.8.7 Faktor 14
1.8.8 Persepsi 14
1.8.9 kefahaman 14
1.8.10 Kemahiran 15
1.8.11 Pembelajaran 15
1.8.12 Guru 15
1.8.13 Pengajaran 16
1.9 Penutup 17
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.0 Pengenalan 18
2.1 Pendidikan 21
2.2 Kemahiran Hidup Bersepadu 22
2.3 Kepentingan Faktor Pengetahuan 26
2.4 Kepentingan Faktor Minat 28
2.5 Kepentingan Faktor Kaedah Pengajaran Dan
Pembelajaran 33
2.5 Penilaian Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran 37
2.6 Penutup 39
x
BAB III METODOLOGI
3.1 Pengenalan 40
3.2 Rekabentuk Kajian 41
3.3 Tempat Kajian/Lokasi kajian 43
3.4 Populasi Kajian 43
3.5 Instrumen Kajian 45
3.5.1 Bahagian A 47
3.5.2 Bahagian B 47
3.6 Skala 48
3.7 Prosedur Kajian 50
3.7.1 Carta Alir Prosedur Kajian 53
3.8 Kajian Rintis 53
3.9 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Soal Selidik 54
3.10 Analisis Data 57
3.11 Penutup 59
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 60
4.2 Analisis Data Bahagian A 61
4.2.1 Jantina 61
4.2.2 Pilihan Elektif 62
4.2.3 Pekerjaan Ibu Bapa atau Penjaga 63
4.3 Analisis Data Bahagian B 64
4.3.1 Pengetahuan Pelajar Orang Asli
Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 65
4.3.2 Minat Pelajar Orang Asli Terhadap Mata
Pelajaran Kemahiran Hidup 67
4.3.3 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 69
4.4 Penutup 71
xi
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 72
5.2 Rumusan 73
5.2.1 Bahagian A 73
5.2.2 Bahagian B 73
5.3 Perbincangan 75
5.3.1 Faktor Pengetahuan Mempengaruhi
Persepsi Pelajar Orang Asli Terhadap
Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 75
5.3.2 Faktor Minat Mempengaruhi Persepsi
Pelajar Orang Asli Terhadap
Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 77
5.3.3 Faktor Pengajaran dan Pembelajaran
Mempengaruhi Persepsi Pelajar Orang
Asli Terhadap Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup 79
5.4 Cadangan 82
5.4.1 Pihak Sekolah 82
5.4.2 Guru Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 84
5.4.3 Pelajar 85
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 85
5.6 Penutup 87
BIBILIOGRAFI 88
Lampiran
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Taburan Bilangan Hari Pelajar Orang Asli Tidak Hadir Ke Sekolah 8
3.1 Senarai nama Sekolah dan Bilangan Populasi responden 41
3.2 Bilangan Item Mengikut Persoalan Kajian 43
3.3 Skala Likert 45
3.4 Pekali Alpha Cronbach 50
3.5 Keputusan Analisa Nilai Kebolehpercayaan Kajian 51
3.6 Jadual Skala Lima Mata kepada Tiga Mata 53
3.7 Pemeringkatan peratusan bagi maklum balas responden pengetahuan,
Minat dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran 53
4.1 Taburan Kekerapan (f) dan Peratusan (%) bagi responden
mengikut jantina 56
4.2 Taburan kekerapan (f) dan peratusan (%) responden mengikut Pilihan
Elektif Mata Pelajaran Kemahiran Hidup yang diambil
57
4.3 Taburan kekerapan (f) dan Peratusan (%) Ibu Bapa atau Penjaga
Responden 58
xiii
4.4 Taburan Kekerapan dan Peratusan Pengetahuan Pelajar Orang Asli
terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup 59
4.5 Taburan Kekerapan dan Peratusan Minat Pelajar Orang Asli terhadap
Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 62
4.6 Taburan Kekerapan dan Peratusan bagi Kaedah Pengajaran
dan Pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 64
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
3.1 Kerangka Operasi Menjalankan Kajian 47
xiv
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah
KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah
KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu
P&P - Pengajaran Dan Penbelajaran
JHEOA - Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
PSM - Projek Sarjana Muda
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistic Package For The Social Science
f - Frekuensi
% - Peratus
KH - Kemahiran Hidup
MPV - Mata Pelajaran Vokasional
PTV - Pendidikan Teknik Dan Vokalsional
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Surat Pengesahan Pelajar
C Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan Maklumat
D Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan Dari Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia
E Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan Dari Jabatan pelajaran Johor
F Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan Dari Pejabat Pelajaran Daerah Kluang
G Surat Pengesahan Soal Selidik
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Orang Asli adalah masyarakat peribumi yang paling awal mendiami Tanah
Melayu. Hasil penyelidikan arkeologi yang dijalankan di beberapa buah gunung di timur
dan utara Semenanjung, menunjukkan nenek moyang Orang Asli telah mendiami
semenanjung sejak abad ke-8 SM, iaitu kira-kira 10,000 tahun yang lalu. Masyarakat
Orang Asli adalah sebahagian daripada anggota masyarakat Bumiputera di negara ini.
Justeru itu mereka mempunyai hak yang istimewa sebagaimana termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan. Secara rasminya masyarakat Orang Asli dibahagi kepada tiga
2
kumpulan yang terbesar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli (Jabatan Hal Ehwal Orang
Asli Malaysia).
Menurut Perlembagaan Malaysia, seksyen 17 Akta 134 menjelaskan perincian
hak-hak keistimewaan peruntukkan pendidikan yang diperuntukkan kepada anak-anak
Orang Asli dalam menerima pelajaran seperti kaum-kaum lain di Malaysia. Dari seksyen
ini jelas memperlihatkan bahawa Orang Asli boleh ditempatkan atau belajar di mana-
mana sekolah yang mereka mahu tanpa halangan(Undang-Undang Malaysia, Akta 134,
Seksyen 17). Mereka diberikan kebebasan dan tiada paksaan dalam belajar. Orang Asli
hendaklah mengeluarkan diri mereka dari kepompong yang menyebabkan mereka
terasing dan tertinggal jauh terutamanya dalam pendidikan.
Kehidupan yang lebih menumpukan kepada sara diri haruslah diubah melalui
pendidikan formal yang diterima oleh masyarakat Asli sama ada diterima di sekolah atau
institusi pengajian tinggi, ianya amat menekankan kepada ilmu yang luas dalam pelbagai
bidang. Apa yang diharapkan oleh kerajaan melalui Kementerian Pelajaran ialah
penerimaan pendidikan formal ini dijadikan platform terbaik memajukan kaum ini dalam
arus pemodenan Negara secara tidak langsung turut meningkatkan daya pemikiran
terhadap modenasisi dan keupayaan taraf hidup dan sahsiah diri (Kementerian Pelajaran
Malaysia).
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
3
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Ini turut dinyatakan didalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara (Pembangunan Pendidikan Tinggi Di Malaysia, 1957-2007)
Maka sistem pendidikan Negara adalah bertujuan untuk mencapai dua objektif
iaitu untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran yang perlu sebagai
persediaan menghadapi cabaran masa depan dan mengembangkan nilai-nilai setara yang
diingini untuk membentuk pelajar sebagai warganegara yang bertanggungjawab
sepenuhnya kepada negara. Kejayaan dalam menjana generasi bangsa Malaysia yang
bertamadun tinggi dan diiktiraf pada jangka waktu yang akan datang juga bergantung
kepada sejauh mana keberkesanan sistem pendidikan mencakupi kedua-dua objektif
utama yang telah digariskan tersebut.
Oleh itu, Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) merupakan Mata
Pelajaran pravokasional yang bertujuan untuk melengkapkan pelajar-pelajar dengan
kemahiran-kemahiran asas secara teori dan juga praktikal yang diperlukan untuk
mengendalikan kehidupan seharian dengan penuh sistematik. Mata Pelajaran ini
diperkenalkan pada tahun 1989. Pada tahun 1991, Mata Pelajaran ini dikenali sebagai
Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) dan dibahagikan kepada bahagian teras dan
bahagian pilihan. Bahagian teras terdiri daripada tiga komponen iaitu Kemahiran
Manipulatif, Perdagangan dan Keusahawanan dan Kekeluargaan yang wajib dipelajari
oleh semua pelajar, manakala bahagian pilihan ialah Kemahiran Manipulatif Tambahan
(KMT), Ekonomi Rumah Tangga (ERT) dan Pertanian. Semua pelajar tingkatan satu
hingga tingkatan tiga diwajibkan untuk mempelajari komponen di dalam bahagaian teras,
4
manakala salah satu daripada tiga komponen pilihan (Pusat Perkembangan Kurikulum,
2003)
Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah salah satu Mata Pelajaran
pra-vokasional yang ditawarkan untuk pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Mata
Pelajaran ini adalah salah satu Mata Pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM). Ia telah digubal dan diselaraskan sejajar dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan (Pusat Perkembangan Kurikulum
(2002).
1.2 Latarbelakang Masalah
Masyarakat Orang Asli membentuk habitat mereka sendiri yang biasanya berada
di kawasan pedalaman. Kegiatan ekonomi sara diri yang dijalankan oleh masyarakat
Orang Asli menyebabkan mereka agak tersisih dari pembangunan yang dikecapi oleh
sebahagian besar rakyat Malaysia. Perkara ini berlakunya perbezaan yang sangat besar
dari segi sistem kepimpinan, corak ekonomi, corak penempatan dan perumahan,
pandangan terhadap dunia luar, pembalasan sosial, sistem kepercayaan dan bahasa (Mohd
Fazli, 1994).
Selain itu, Penindasan budaya kemungkinan berlaku kepada pelajar-pelajar Orang
Asli. Ini kerana terdapat perbezaan antara pelajar kaya dan pelajar yang miskin. Selain
itu, terdapat banyak dari kalangan pelajar Orang Asli yang keciciran dalam pelajaran
5
mereka. Ada antara mereka yang tidak tahu membaca dan lebih malangnya lagi gagal
dalam peperiksaan yang diduduki (Basir Zahrom, 2008).
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan pada tahun 2007, menunjukkan 34.31%
atau 1,322 daripada 3,853 Pelajar Orang Asli yang tamat tahun enam gagal untuk
menyambung pelajaran ke tingkatan satu pada tahun 2006 (Muhamad Bukhari, 2007). Ia
mununjukkan suatu angka yang membimbangkan terhadap pembelajaran anak-anak
Masyarakat Orang asli demi masa depan mereka. Dengan berpelajaran, dianggap sebagai
tangga untuk meningkatkan taraf sosial seseorang. Ia memberi peluang kepada individu
itu mencapai dan meningkatkan kedudukan sosialnya. Di samping itu juga, ia dapat
mengubah status dari satu generasi kepada generasi yang lain.
Menurut Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (2010), iaitu organisasi yang menjaga
kebajikan dan kepentingan Orang Asli di Malaysia, kesedaran pendidikan dikalangan
pelajar Orang Asli masih berada di tahap rendah. Menurut Toh Kit Siang (2008) dalam
kajiannya yang bertajuk Pendidikan Orang Asli, menyatakan hampir 50 peratus pelajar
Orang Asli berhenti sekolah selepas tamat manakala sebahagian lagi sebelum peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah.
Menurut Mohd Shafie (2010), Isu keciciran pelajaran melibatkan anak-anak
Orang Asli kian membimbangkan dengan kira-kira 2,264 orang tidak menghabiskan
persekolahan mereka sehingga ke Tingkatan Lima disebabkan pelbagai faktor. daripada
jumlah itu 1,270 orang merupakan mereka yang bersekolah hanya hingga darjah enam
manakala 994 orang lagi tidak menghabiskan persekolahan sekolah menengah. Keciciran
ini adalah disebabkan mereka tidak dapat melihat nilai pelajaran boleh dikaitkan dalam
6
kehidupan seharian (Norutul Ilham, 2010). Mereka berpendapat datang ke sekolah
hanyalah untuk peperiksaan sahaja.
Menurut Baha gi an Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (1996),
Pendidikan mendapati bahawa semua pelajar yang tercicir datang daripada keluarga
keluarga berpendapatan rendah atau sederhana dan tinggal di kawasan yang
persekitarannya tidak menggalakkan untuk pembelajaran. Walaupun agak sukar
untuk menentukan punca sebenar yang menyebabkan berlakunya keciciran, kajian
mengenalpasti empat faktor yang saling berkait iaitu pelajar sendiri, keluarga,
persekitaran dan sekolah.
Sistem pendidikan sekolah atau persekitaran sekolah atau tempat belajar yang
tidak bersesuaian dengan budaya anak-anak Orang Asli . suasana persekolah lebih
mendorong anak-anak Orang Asli jadi malas ke sekolah. Persekitaran pembelajaran dan
kaedah pengajaran di sekolah-sekolah menjana faktor keciciran pelajar-pelajar Orang
Asli (Majis Suhut, 2006).
Walaupun kemudahan dalam pendidikan telah disediakan dengan begitu banyak
kepada Pelajar Orang Asli, tetapi perspektif pendidikan mereka masih jauh ketinggalan.
Menurut Shairin Harun (1999), daripada 180 orang Pelajar Orang Asli seramai 120 orang
pelajar melakukan kesalahan ponteng sekolah. Data berikut menunjukan kadar ponteng
bagi pelajar tingkatan 2 selama 106 hari persekolahan bagi 3 buah sekolah tersebut.
Taburan bilangan hari tidak hadir ke sekolah ditunjukkan dalam jadual 1.1 di bawah.
7
Jadual 1.1 : Taburan Bilangan Hari Pelajar Orang Asli Tidak Hadir Ke Sekolah
Bil. Pelajar Bil. Hari Tidak
Hadir
Bil. Pelajar Tidak
Hadir
Peratus
120 orang
1-10
11-20
21-30
Atas 30
58
36
18
8
48.3
30.0
15.0
6.7
(Sumber : Jadual Kedatangan Sekolah)
Selain itu, terdapat beberapa punca telah dikenalpasti yang menyebabkan masalah
pembelajaran oleh Pelajar Orang Asli. Antaranya adalah keadaan ekonomi yang tidak
mengizinkan, motivasi ibu bapa terhadap pelajaran, kurang kesedaran kepentingan ilmu,
kurang bijak menggunakan peluang pelajaran, tidak minat untuk belajar dan kurang
tertarik terhadap pengajaran yang dijalankan (Zuzila Dzulkifli, 1998).
Oleh hal yang demikian, permasalahan pembelajaran bagi Pelajar Orang Asli kian
membimbangkan. Jika ia dibiarkan ia mungkin akan mendatang kesan buruk Masyarakat
Orang Asli dalam persaingan era serba moden dan teknologi canggih ini.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi Pelajar Orang Asli Terhadap
Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Daerah Kluang, Johor. Ia dijalankan di Sekolah
Menengah di Daerah Kluang, Johor. Selain itu pengkaji juga ingin mengetauhi persepi
8
Pelajar Orang Asli terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup, melalui tiga pemboleh
ubah iaitu pengetahuan, minat dan kaedah pengajaran dan pembelajaran Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup.
1.4 Objektif Kajian
a) Mengenalpasti faktor pengetahuan mempengaruhi persepsi pelajar Orang Asli
terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup
b) Mengenalpasti faktor minat mempengaruhi persepsi pelajar Orang Asli terhadap
Mata Pelajaran Kemahiran Hidup
c) Mengenalpasti faktor kaedah pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi
persepsi pelajar Orang Asli terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup
1.5 Persoalan Kajian
a) Apakah pengetahuan Pelajar Orang Asli terhadap Mata Pelajaran Kemahiran
Hidup.
b) Apakah terdapatnya minat dikalangan pelajar Orang Asli terhadap Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup.
9
c) Apakah kaedah pengajaran dan pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup
bagi Pelajar Orang Asli.
top related