faktor-faktor yang berkaitan dengan motivasi orang dewasa untuk melanjutkan pelajaran
Post on 04-Feb-2016
46 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
FAKTOR-FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN MOTIVASI ORANG DEWASA UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN
P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS
Illllllllgllll Illlpllq 100026906
Oleh
LEDIMAH ANAK MITEM
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian
(Pembangunan Sumber Manusia)
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2004
Projek bertajuk "Faktor-Faktor Yang Berkaitan Dengan Motivasi Orang Dewasa Untuk Melanjutkan Pelajaran" telah disediakan oleh Ledimah anak Mitem dan telah diserahkan kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian Pembangunan Sumber Manusia.
Diterima untuk diperiksa oleh:
Professor Dr. Peter Songan
Tarikh:
$"Lt"04.
PENGHARGAAN
Syukur kepada tuhan kerana dengan berkatnya Projek Tahun Akhir ini dapat disiapkan dengan jayanya. Jutaan terima kasih dan penghargaan ini saya tujukan khas kepada Profesor Dr. Peter Songan selaku penyelia projek ini kerana telah banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan sepanjang tempoh menyiapkan projek ini.
Rakaman penghargaan ini ditujukan kepada pihak Universiti Teknologi Mara, Kampus Samarahan, terutama kepada Pn. Hawa Hj. Nahar kerana memberi kebenaran dan kerjasama yang baik kepada dalam menjalankan soal selidik di organisasi tersebut.
Ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada keluarga yang tidak jemu memberi sokongan sepanjang projek ini dijalankan. Terima kasih ini juga diucapkan rakan-rakan seperjuangan kerana telah banyak membantu saya menyiapkan projek ini terutama dari segi bahan rujukan.
Akhir sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menjayakan projek ini.
111
JADUAL KANDUNGAN
Penghargaan Jadual Kandungan Senarai Rajah Senarai Jadual Abstrak Abstract
iii iv
vi vii ix
x
BAB SATU: PENGENALAN 1.0 Pengenalan I 1.1 Latarbelakang kajian 2 1.2 Kenyataan masalah 3 1.3 Objektif kajian 5
1.3.1 Objektif umum 5 1.3.2 Objektif khusus 5
1.4 Kerangka kenseptual kajian 6 1.5 Hipotesis 7 1.6 Kepentingan kajian 8
1.6.1 Sumbangan kepada pengkaji 8 1.6.2 Sumbangan kepada institusi pengajian tinggi 8
1.7 Definisi istilah 8 1.8 Limitasi kajian 12
BAB DUA: KAJIAN SEMULA PENULISAN 2.0 Pengenalan 13 2.1 Konsep motivasi dalam pembelajaran dewasa 13
2.1.1 Jenis jenis motivasi 14 2.1.2 Kepentingan motivasi 15
2.2 Teori-teori yang berkaitan dengan motivasi 16 2.2.1 Teori Keperluan Maslow 16 2.2.2 Teori Motivasi Kognitif 18
2.3 Kajian lepas berkenaan pembolehubah bebas 20 2.4 Kesimpulan 24
BAB TIGA: METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan 25 3.1 Rekabentuk kajian 25 3.2 Populasi dan sampel 25 3.3 Instrumen kajian 27
3.3.1 Pengukuran tahap motivasi 27 3.3.2 Kebolehpercayaan instrument kajian 29
3.4 Pengumpulan data 30 3.4.1 Data primer 30
3.5 Analisis data 31 3.5.1 Statistik diskriptif 31
iv
3.5.2 Statistik inferensi 31 3.6 Kesimpulan 32
BAB EMPAT: DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 4.0 Pengenalan 33 4.1 Ciri-ciri demografi 33
4.1.1 Jantina 33 4.1.2 Umur 34 4.1.3 Status Perkahwinan 35
4.2 Keadaan motivasi pelajar dewasa 36 4.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi 37 4.4 Kesimpulan 49
BAB LIMA: RUMUSAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan 51 5.1 Rumusan kajian 51
5.1.1 Rumusan berdasarkan objektif kajian 53 5.2 Kesimpulan 55 5.3 Cadangan 58
5.3.1 Cadangan untuk organisasi 58 5.3.2 Cadangan untuk pengkaji akan datang 59
5.4 Penutup 60
BIBLIOGRAFI 61
LAMPIRAN 63
V
SENARAI RAJAH
Rajah 1 Rangka kerja konseptual 7
Rajah 2 Perkaitan motivasi dengan keperluan, rangsangan dan tingkahlaku manusia
16
Rajah 3 Hierarki keperluan manusia 17
vi
SENARAI JADUAL
Jadual 1 Persepsi berkenaan motives untuk belajar
Jadual 2 Julat skor tahap motivasi
Jadual 3 Hasil analisis ujian rintis mengikut Cronbach Alpha
Jadual 4 Taburan responden mengikut jantina
Jadual 5 Taburan responden mengikut kategori umur
Jadual 6 Taburan responden mengikut status perkahwinan
22
30
31
34
35
36
Jadual 7 Taburan tahap motivasi pelajar dewasa untuk melanjutkan pelajaran 37
Jadual 8 Keputusan ujian-t bagi motivasi pelajar untuk melanjutkan pelajaran 39 dari segi jantina
Jadual 9 Keputusan Ujian Varian Sehala bagi moricasi pelajar untuk melanjutkan 41 pelajaran mengikut kategori umur
Jadual 10 Taburan ujian analisis Varian Sehala bagi motivasi untuk melanjutkan 42 pelajaran dari segi status perkahwinan pelajar
Jadual 11 Hasil ujian post hoc ANOVA Tukey HSD terhadap status perkahwinan 42 responden yang paling signifikan
Jadual 12 Perhubungan di antara minat terhadap pembelajaran dengan motivasi 44 untuk melanjutkan pelajaran
Jadual 13 Perhubungan di antara keupayaan diri untuk dengan motivasi untuk 46 melanjutkan pelajaran
vii
Jadual 14 Perhubungan di antara pencapian matlamat dengan motivasi untuk 47 melanjutkan pelajaran
Jadual 15 Perhubungan di antara pembangunan diri dengan motivasi untuk melanjutkan pelajaran
Jadual 16 Perhubungan di antara ganjaran dengan motivasi untuk melanjutkan pelajaran
48
49
Jadual 17 Perhubungan di antara kaedah pembelajarab dengan motivasi untuk 50 melanjutkan pelajaran
Jadual 18 Ringkasan hasil analisis hipotesis nol 52
viii
ABSTRAK
FAKTOR-FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN MOTIVASI ORANG DEWASA UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN
Ledimah Mitem
Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap motivasi pelajar dewasa untuk melanjutkan pelajaran dan faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar. Objektif kajian secara specifik pula adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi orang dewasa untuk melanjutkan pelajaran. Kajian ini menggunakan metodologi survei, dengan sampel kajian terdiri daripada 60 orang pelajar dewasa yang melanjutkan pelajaran. Terdapat enam faktor yang dikaji, iaitu, minat untuk belajar, keupayaan diri untuk belajar, pencapaian matlamat, pembangunan diri, ganjaran dan kaedah pembelajaran. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen untuk menggumpul data. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistic inferensi, yang mana ia melibatkan penggunaan ujian-t, ANOVA dan kolerasi Pearson. Hasil daripada analisis data, didapati bahawa pelajar dewasa mempunyai tahap motivasi yang tinggi dalam melanjutkan pelajaran. Selain itu, basil analisis kolerasi mendapati empat faktor yang mempengaruhi motivasi orang dewasa melanjutkan pelajaran, iaitu, minat untuk belajar, keupayaan diri untuk belajar, pencapaian matlamat dan kaedah pembelajaran. Dapat disimpulkan bahawa motivasi orang dewasa untuk melanjutkan pelajaran boleh dipengaruhi oleh motivasi dalaman (intrinsik) dan motivasi luaran (ekstrinsik) atau gabungan kedua-dua motivasi ini. Kajian ini telah membuktikan bahawa faktor-faktor dalaman individu (internal forces) lebih mempengaruhi motivasi orang dewasa untuk melanjutkan pelajaran. Pelajar yang mempunyai motivasi intrinsik mempunyai peluang besar untuk berjaya dalam pelajaran. Oleh yang demikian, institusi pengajian tinggi harus menitikberatkan faktor-faktor tersebut dalam menggalakkan orang dewasa untuk melanjutkan pelajaran.
ix
ABSTRACT
FACTORS THAT RELATED TO ADULT LEARNER TO FURTHER STUDY
Ledimah Mitem
This study was aim to determine the level of motivation for adult leaner to further their study and the factors related to their motivation. The specific objective was to identify the factors that motivate adult to further study. The study was conducted through a survey methodology in which the sample includes 60 adult students who further their studies. Six factors that were studied were self-interest, affordability to study, goal achievement, self-development, rewards and learning approach. This study used questionnaire as an instrumentation to collect data. Descriptive statistic and inferential statistic were used to analyze the data, which include t- test, ANOVA and Pearson correlation. Based on data analyzed, almost all adult learners have high motivation to further their studies. Besides that, test on independent variables showed that there were four factors that were significant in influencing motivation of adult learner to further their studies. These four factors were self-interest, affordability to study, goal achievement and learning approach. As a conclusion, adult learner motivation to
. further study was influenced by either intrinsic or extrinsic motivation, or, both. Adult who have intrinsic motivation are more likely to be successful in their study because this motivations driven by individual internal forces. Based on this finding, higher education should put strong emphasis on these four factors in order to increase participation of adult learner to further study.
X
BAB 1
PENGENALAN
1.0 PENGENALAN
Dunia sekarang sedang berhadapan dengan era ledakan maklumat dan globalisasi
yang tiada penghujungnya. Seiring dengan pengaruh modenisasi, isu-isu seperti perubahan
peranan wanita, penstrukturan semula organisasi, penamatan perkhidmatan pekerja,
pengurangan pekerja, ledakan maklumat dan keperluan kemahiran yang sering meningkat
mempunyai pengaruh yang kuat dalam menentukan pembelajaran orang dewasa pada abad
ke-21 (Tennant, 1990; Merriam & Caffarella, 1991; Darkenwald & Merriam, 1982;
Cross, 1981). Aslanian dan Brickell (1980) dalam teori yang diutarakannya menyatakan
bahawa perubahan dalam corak kerja seperti peningkatan tanggungjawab dan perubahan
teknologi merupakan lumrah dalam perubahan hidup seharian. Perubahan yang sering
berlaku menyebabkan pendidikan yang diperolehi semasa di bangku sekolah tidak dapat
menjamin orang dewasa untuk berhadapan dengan perubahan semasa dan bersaing dengan
pelajar-pelajar muda (pedagogy) yang sentiasa didedahkan dengan perubahan sedemikian.
Knowles (1980) dalam MacDonald, Gabriel & Cousins (2000) membangunkan konsep
"andragogy" sebagai "the art and sciene of helping adults to learn ". Motivasi orang dewasa
untuk belajar datang dari dalam diri individu (internal forces) kerana golongan ini dianggap
sudah matang. Oleh itu, konsep kendiri mereka akan berubah daripada konsep bergantung
kepada pendapat orang lain kepada konsep berdikari (self-directed). Motivasi pelajar dewasa
untuk terlibat dalam proses pembelajaran sering kali dikaitkan dengan keinginan dan
pencapaian matlamat. Motivasi sebegini penting kerana ia akan mempengaruhi tingkahlaku
dan perbuatan seseorang individu. Keadaan motivasi yang ada pada individu juga
turut mempengaruhi kejayaan dan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Menurut
Cherrington dan Wixom (1983) dalam Martin (1997) menyatakan individu melakukan
sesuatu tindakan disebabkan mereka didorong oleh beberapa perkara yang mampu menarik
minat mereka.
Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa orang dewasa yang memikul pelbagai
tanggungjawab sosial seringkali menghadapi pelbagai halangan dan cabaran apabila terlibat
dalam proses pembelajaran dewasa. Walaubagaimana pun, terdapat beberapa faktor yang
memotivasikan orang dewasa ini untuk melanjutkan pelajaran walaupun terdapat banyak
halangan dan masalah yang mereka hadapi.
1.1 LATARBELAKANG KAJIAN
Pembelajaran dewasa sering dikaitkan dengan konsep berdikari (self-directed), iaitu,
pelajar bertanggungjawab ke atas setiap keputusan dan tindakan yang dilakukan dalam hidup
mereka (Knowles, 1980). Pada tahun 1973, Malcolm Knowles telah menerbitkan satu buku
bertaj uk "The Adult Learner: A Neglected Species" yang mana beliau telah membentuk satu
teori pembelajaran orang dewasa. Menurut Knowles, pembelajaran dewasa lebih berbentuk
proses dan pengaplikasian pengetahuan. Selain itu, Houle (1966) dalam NIECE (1999)
mengkategorikan pelajar dewasa kepada tiga jenis pendekatan pembelajaran yang terdiri
daripada orientasi pencapaian matlamat, orientasi pembelajaran dan pembelajaran
berorientasikan aktiviti atau latihan.
Kebanyakan daripada pelajar ini memikul tanggungjawab sosial, iaitu, sebagai
pekerja di organisasi, memikul tanggungjawab dalam keluarga dan sebagai pelajar dalam
masa yang masa. Tidak dapat dinafikan bahawa pelajar dewasa mempunyai motivasi yang
tinggi untuk membangunkan diri tetapi kadangkala motivasi ini sering di halang oleh
2
pelbagai halangan dan cabaran terutamanya dalam pengurusan masa, kedudukan kewangan,
penguasaan teknologi seperti penggunaan komputer dan internet, persaingan dengan generasi
muda serta cara pemikiran dan corak pembuatan keputusan mereka. Selain itu, faktor jantina
dan usia mempengaruhi penerimaan mereka terhadap pembelajaran. Golongan yang berusia
mempunyai tahap penerimaan yang agak lambat berbanding dengan golongan yang masih
muda atau mereka dalam golongan pertengahan. Keadaan ini menyebabkan golongan ini
kurang motivasi untuk melanjutkan pelajaran. Kenyataan ini disokong oleh Roger (1983)
yang menerangkan bahawa motivasi orang dewasa untuk belajar mula menurun ketika
berumur 47 tahun hingga 56 tahun dan akan menurun ketika berusia 57 tahun hingga 66
tahun.
Pelajar-pelajar yang mengikuti kursus Master di Universiti Teknologi MARA (UiTM)
terdiri daripada orang dewasa yang kebanyakannya telah bekerja dan mempunyai kerjaya
yang kukuh. Bekerja sambil belajar merupakan satu tanggungjawab yang besar kepada
pelajar dewasa.
Pendekatan pembelajaran mereka mungkin berbeza daripada pelajar sepenuh masa
(pedagogy) di Institusi Pengajian Tinggi Awam mahupun swasta. Faktor-faktor yang
mendorong dan memotivasikan mereka yang terlibat dalam pembelajaran ini juga mungkin
berbeza daripada pedagogy memandangkan kesanggupan mereka untuk memikul
tanggungjawab yang berat di samping tanggungjawab lain pada satu masa.
1.2 KENYATAAN MASALAH
Keperluan untuk berhadapan dengan persekitaran yang sering berubah menyebabkan
konsep pembelajaran seumur hidup (life-long learning) semakin diterima oleh masyarakat
kini terutama golongan pekerja. Perubahan hidup yang selalu berlaku dengan pantas seperti
3
kehilangan kerja, kesempitan hidup dan lain-lain menyebabkan konsep pendidikan dewasa
semakin diterima oleh masyarakat Malaysia dan masyarakat kini sentiasa berfikiran positif
terhadap pelajaran berikutan dengan minat dalam fasa pembangunan orang dewasa.
Walaupun 90% daripada orang dewasa menyatakan bahawa pendidikan telah banyak
membantu individu untuk berhadapan dengan perubahan yang sering berlaku (Sargant et al.
1997), tidak kurang juga orang dewasa yang tidak terlibat dalam pembelajaran berpendapat
bahawa pembelajaran seumur hidup bukanlah suatu aktiviti yang mampu menarik minat
kebanyakan orang. Kalau pun orang dewasa menerima konsep tersebut, halangan dan cabaran
yang bakal dihadapi terlalu besar. Walaubagaimana pun, menurut Knowles (1980), orang
dewasa adalah golongan yang mampu berdikari (self-directed) dan motivasi atau keinginan
mereka untuk melanjutkan pelajaran tidak dapat dipaksa atau disuruh oleh sesiapa pun.
Peningkatan jumlah orang dewasa yang melanjutkan pelajaran menunjukkan bahawa
konsep pembelajaran dewasa semakin diterima oleh masyarakat. Pelbagai cara dan alternatif
diambil untuk memenuhi hasrat mereka untuk melanjutkan dan mempertingkatkan tahap
pelajaran mereka. Salah satu langkah yang biasa diambil oleh orang dewasa untuk
mempertingkatkan tahap pelajaran ialah bekerja sambil belajar dengan mengikuti Pendidikan
Jarak Jauh atau mengambil kursus separuh masa di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi.
Pengurusan masa merupakan satu cabaran yang besar kepada pelajar terutama untuk
membahagikan masa di antara kerjaya, pembelajaran dan juga keluarga mereka. Lanjutan
daripada penyataan di atas, kajian ini bertujuan menjawab soalan-solalan berikut;
1. Apakah keadaan motivasi orang dewasa untuk melanjutkan pelajaran.
2. Apakah faktor-faktor yang berkaitan dengan motivasi orang dewasa untuk melanjutkan
pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
4
Permasalahan ini penting dikaji kerana kebanyakan daripada mereka sudah
mempunyai kerjaya masing-masing, memperolehi pendapatan setiap bulan dan sanggup pula
memikul tanggungjawab yang lebih berat.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini terdiri daripada dua bahagian, iaitu objektif umum dan objektif
khusus.
1.3.1 Objektif Umum
Objektif umum kajian ini dijalankan ialah untuk menentukan tahap motivasi pelajar
dewasa untuk melanjutkan pelajaran dan faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi mereka.
1.3.2 Objektif Khusus
Secara khususnya, objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1. Menerangkan ciri-ciri demografi terpilih responden.
2. Menentukan keadaan motivasi responden untuk melanjutkan pelajaran mereka.
3. Menentukan sama ada terdapat perbezaan di antara responden yang terdiri daripada
pelbagai ciri demografi terpilih, seperti jantina, umur dan status perkahwinan dari segi
motivasi mereka untuk melanjutkan pelajaran.
4. Mengenalpasti sama ada wujud hubungan yang signifikan antara minat terhadap
pembelajaran dengan motivasi pelajar dewasa untuk melanjutkan pelajaran.
5. Mengenalpasti sama ada wujud hubungan yang signifikan antara keupayaan diri untuk
belajar dengan motivasi pelajar dewasa untuk melanjutkan pelajaran.
5
6. Mengenalpasti sama ada wujud hubungan yang signifikan antara pencapaian
matlamat dengan motivasi pelajar dewasa untuk melanjutkan pelajaran.
7. Mengenalpasti sama ada wujud hubungan yang signifikan antara pembangunan diri
dengan motivasi pelajar dewasa untuk melanjutkan pelajaran.
8. Mengenalpasti sama ada wujud hubungan yang signifikan antara ganjaran dengan
motivasi pelajar dewasa untuk melanjutkan pelajaran.
9. Mengenalpasti sama ada wujud hubungan yang signifikan antara kaedah
pembelajaran dengan motivasi pelajar dewasa untuk melanjutkan pelajaran.
1.4 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
PEMBOLEHUBAH BEBAS
(iucIRI DEMOGRAFI Janti na "
" Umur
" Status perkahwinan
" Tahap pendidikan
1
FAKTOR-FAKTOR MOTIVASI
" Minat
" Keupayaan diri untuk belajar
" Pencapaian matlamat
" Pembangunan diri
" Ganj aran
" Kaedah pembelajaran
>
PEMBOLEHUBAH BERSANDAR
/MOTTIVASI
ORANG DEWASA
UNTUK
MELANJUTKAN
PELAJARAN
Rajah 1: Rangka Kerja Konseptual (Sumber: darf Wlodkowski, 1985 & Martin, 1997)
6
1.5 HIPOTESIS
1.5.1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar dewasa pelbagai ciri
demografi terpilih dari segi motivasi mereka untuk melanjutkan pelajaran
Hol Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan pelajar wanita
dari segi motivasi untuk melanjutkan pelajaran.
H02 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar dewasa pelbagai kategori
umur dari segi motivasi untuk melanjutkan pelajaran.
H03 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar yang sudah berkahwin dan
yang belum berkahwin dari segi motivasi mereka untuk melanjutkan pelajaran.
1.5.2 Tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara faktor-faktor yang berkaitan
dengan motivasi orang dewasa untuk melanjutkan pelajaran.
H04 Tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara minat terhadap pembelajaran
dengan motivasi orang dewasa untuk melanjutkan pelajaran.
H05 Tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara keupayaan diri untuk belajar
dengan motivasi orang dewasa untuk melanjutkan pelajaran.
H06 Tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara pencapaian matlamat dengan
motivasi orang dewasa untuk melanjutkan pelajaran.
Ho7 Tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara pembangunan diri dengan
motivasi orang dewasa untuk melanjutkan pelajaran.
Hpg Tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara ganjaran dengan motivasi orang
dewasa untuk melanjutkan pelajaran.
Hog Tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara kaedah pembelajaran dengan
motivasi orang dewasa untuk melanjutkan pelajaran.
7
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
1.6.1 Sumbangan Kepada Pengkaji
Kajian ini bertujuan untuk memberi gambaran tentang faktor-faktor yang
memotivasikan orang dewasa untuk melibatkan diri dalam pembelajaran dewasa. Kenyataan
ini penting dikaji kerana kebanyakan daripada golongan ini terdiri daripada mereka yang
sudah bekerja dan memikul banyak tanggungjawab yang besar.
1.6.2 Sumbangan Kepada Institusi Pengajian Tinggi
Diharapkan hasil daripada kajian ini dapat menyumbang pengetahuan baru kepada
institusi-institusi pengajian tinggi khususnya untuk golongan dewasa supaya dapat
memahami tujuan dan keperluan orang dewasa untuk menlanjutkan pelajaran mereka. Hal ini
penting untuk diketahui bagi membolehkan institusi berkenaan menyediakan program dan
pendekatan pembelajaran yang berteraskan atau berorientasikan keperluan orang dewasa
kerana pendekatan pembelajaran orang dewasa amat berbeza berbanding dengan orang muda
(pedagogy).
1.7 DEFINISI ISTILAH
Motivasi
Motivasi boleh didefinisikan sebagai usaha, kegigihan dan ketekunan yang terdapat
pada orang dewasa untuk melanjutkan pelajaran. Motivasi dari perspektif psikologi,
mengukur dan memerhati apa jua tingkahlaku dan tindakan yang dilakukan oleh pelajar
dewasa. Oleh yang demikian, wujud perkaitan antara motivasi dengan tingkahlaku manusia.
8
Motivasi pelajar dewasa dapat dinilai melalui kesungguhan (intensity) dalam melanjutkan
pelajaran dengan mengambil kira sejauh mana usaha yang telah dilakukan oleh pelajar
dewasa untuk melanjutkan pelajaran. Selain itu, motivasi orang dewasa dapat dinilai dari segi
ketabahan (persistence) dalam melanjutkan pelajaran iaitu tempoh masa pelajar dewasa dapat
atau mampu bertahan untuk mengikuti pembelajaran. Disamping itu, reaksi emosi yang
terlibat seperti reaksi pelajar dewasa sebelum, semasa atau selepas mereka melanjutkan
pelajaran juga dititikberatkan dalam penentuan motivasi orang dewasa untuk melanjutkan
pelajaran.
Pembelajaran Dewasa
Pembelajaran dewasa merupakan satu proses di mana orang dewasa tersebut
mempunyai tanggungjawab dan peranan sosial seperti pekerja, suami atau isteri atau ibu bapa
dan tergolong dalam umur pertengahan. Namun begitu, golongan ini masih melibatkan diri
dalam aktiviti pembelajaran secara sistematik dan terancang yang bertujuan untuk membawa
perubahan dalam pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai.
Ciri-Ciri Demografi
Ciri-ciri demografi dalam kajian ini merujuk kepada ciri-ciri peribadi responden
seperti jantina, umur dan status perkahwinan.
Minat Terhadap Pembelajaran
Minat boleh didefinisikan sebagai kesungguhan dan keinginan individu untuk
melakukan sesuatu aktiviti. Oleh itu, minat terhadap pembelajaran boleh didefinisikan
sebagai kesungguhan dan keinginan orang dewasa untuk terlibat dalam pembelajaran
9
disebabkan wujudnya perasaan ingin tahu. Minat yang ada pada pelajar dewasa boleh
dipengaruhi oleh persekitaran luar atau ia lahir dari dalam diri pelajar tersebut.
Keupayaan Did Untuk Belajar
Keupayaan boleh didefinisikan sebagai kemampuan individu untuk melakukan
sesuatu perkara (Oxford Dictionary of Current English). Pelajar dewasa yang mempunyai
keupayaan akan melakukan yang terbaik berbanding dengan pelajar yang tidak mempunyai
keupayaan. Secara umumnya, keupayaan ini mampu mempengaruhi pembelajaran dan
prestasi orang dewasa untuk melanjutkan pelajaran. Keupayaan diri untuk belajar pula
merujuk kepada kemampuan pelajar dewasa untuk mengikuti aktiviti pembelajaran.
Keupayaan ini termasuklah keyakinan diri, kedudukan ekonomi, sokongan daripada pelbagai
pihak dan ketabahan diri untuk menghadapi cabaran dan halangan yang mungkin berlaku.
Keupayaan diri ini mampu mempengaruhi motivasi orang dewasa untuk melanjutkan
pelajaran mereka.
Pencapaian Matlamat
Matlamat merujuk kepada impian dan harapan yang ingin dicapai oleh pelajar
dewasa. Matlamat mempunyai pengaruh yang kuat dalam menentukan tingkahlaku dan
prinsip yang dipegang oleh pelajar dewasa. Pencapaian matlamat bagi pelajar dewasa akan
mendorong mereka untuk mengambil tindakan yang dianggap dapat memenuhi matlamat
yang telah ditetapkan.
10
Pembangunan Diri
Pembangunan diri merujuk kepada usaha pelajar dewasa untuk memperkembangkan
dan mempertingkatkan potensi diri mereka dalam sesuatu bidang. Pembangunan diri
bertujuan untuk meningkatkan dan memperkayakan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan
diri dalam tugas atau dalam bidang lain selain daripada bidang tugas harian.
Ganjaran
Ganjaran merujuk kepada pulangan atau insentif yang diberikan kepada individu
akibat daripada sesuatu tindakan yang dilakukan. Ganjaran juga dikenali sebagai proses
pertukaran antara usaha orang dewasa dengan insentif yang akan diterima akibat daripada
keterlibatan dalam pembelajaran atau pendidikan. Ganjaran digunakan untuk mengawal
tingkahlaku pelajar. Menurut Cherrington dan Wixom (1983) ganjaran mampu
memotivasikan dan mendorong orang dewasa untuk melanjutkan pelajaran. Ganjaran dalam
konteks kajian terbahagi kepada dua bentuk iaitu ganjaran kewangan seperti kenaikan gaji
dan ganjaran bukan kewangan seperti pengiktirafan, penghormatan, pujian, kenaikan
pangkat, pertukaran persekitaran kerja dan sebagainya.
Kaedah Pembelajaran
Kaedah pembelajaran merupakan proses dan pendekatan pembelajaran yang
diamalkan atau dipraktikkan oleh institusi pengajian dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Kaedah pembelajaran yang diamalkan akan mempengaruhi keberkesanan
penyampaian maklumat kepada pelajar dewasa.
11
1.8 LIMITASI KAJIAN
Dalam kajian ini, pembolehubah yang dikaji tidak merangkumi semua faktor yang
mungkin mendorong orang dewasa untuk melanjutkan pelajaran secara formal di mana-mana
institusi pengajian tinggi. Pembolehubah tersebut termasuklah perubahan hidup, pengaruh
sosial seperti rakan dan keluarga dan galakan majikan.
Selain itu, kajian ini cuma menggunakan kaedah soal selidik sahaja. Ini adalah
disebabkan masalah masa yang tidak mencukupi. Seperti yang sedia maklum, kaedah soal
selidik mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing. Diantara kelemahannya ialah
berkemungkinan responden tidak jujur dan bersungguh-sungguh ketika menjawab borang
soal selidik.
12
BAB 2
KAJIAN SEMULA PENULISAN
2.0 PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan lebih lanjut berkenaan dengan konsep motivasi, teori-
teori yang berkaitan dan kajian-kajian lepas mengenai faktor-faktor yang berkaitan dengan
motivasi orang dewasa untuk melanjutkan pelajaran mereka. Dalam bab ini, kita berpeluang
untuk mengetahui pandangan pengkaji lepas berkenaan dengan persoalan yang dikaji.
2.1 KONSEP MOTIVASI DALAM PEMBELAJARAN DEWASA
Motivasi boleh didefinisikan sebagai usaha, kegigihan dan ketekunan yang diambil
kira oleh individu untuk mencapai matlamat. Menurut Weiner (1992), motivasi merupakan
satu bidang yang mengkaji penentu kepada tingkahlaku dan tanggapan manusia, iaitu ia
menekankan persoalan `mengapa' sesuatu tindakan wujud. Motivasi terdiri daripada tiga
komponen utama iaitu kesungguhan, arahan dan ketekunan dalam melakukan sesuatu
tindakan dan aktiviti.
Motivasi yang ada pada seseorang individu tidak dapat dilihat secara langsung kerana
motivasi ini lahir dari dalaman individu. Motivasi yang ada pada individu juga mungkin
berbeza daripada individu lain kerana ia bergantung kepada personaliti dan pegangan
individu tersebut. Walaubagaimana pun, proses motivasi sering dikaitkan dengan pencapaian
matlamat.
Motivasi pelajar dewasa sering dikaitkan dengan keinginan dan matlamat mereka untuk
terlibat dalam proses pembelajaran. Orang dewasa dipengaruhi oleh motivasi dalaman sama
ada untuk belajar atau melakukan sesuatu. Motivasi orang dewasa untuk belajar
dipengaruhi oleh motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Kenyataan ini merupakan
pengukuhan kepada kajian yang telah dijalankan oleh Deci dan Ryan (1985), dan Knowles
(1980) dalam Martin (1997). Walaupun pelajar mempunyai motivasi yang sama dalam
penglibatan mereka, tetapi sumber motivasi mereka mungkin berbeza.
2.1.1 Jenis-Jenis Motivasi
Terdapat dua jenis motivasi iaitu motivasi intrinsik (Intrinsically motivation) dan
motivasi ekstrinsik (Extrinsically motivation).
Motivasi intrinsik wujud hasil daripada keinginan dan keperluan diri individu
tersebut. Menurut Deci dan Ryan (1985) dalam Martin (1997), motivasi intrinsik tidak
memerlukan pengaruh luaran atau ganjaran untuk mendorong individu untuk melakukan
sesuatu perkara. Pelajar yang mempunyai motivasi intrinsik akan belajar dengan bersungguh-
sungguh kerana penglibatan mereka menyeronokkan dan mendatangkan kepuasan diri.
Motivasi untuk belajar disifatkan sebagai satu proses jangka panjang, kualiti dalam
penglibatan pembelajaran dan komitmen kepada proses pembelajaran. Motivasi intrinsik ini
boleh dikaitkan dengan pembolehubah bebas yang ingin dikaji seperti minat, keupayaan diri
untuk belajar, pencapaian matlamat dan pembangunan diri.
Motivasi ekstrinsik merujuk kepada motivasi yang bergantung kepada faktor luaran
yang mampu mengawal tingkahlaku manusia. Aspek kewangan merupakan faktor ekstrinsik
yang mampu mempengaruhi motivasi pelajar. Motivasi ekstrinsik juga berlaku apabila
seseorang itu diarah atau dikehendaki untuk melakukan sesuatu perkara. Motivasi ekstrinsik
im dapat dikaitkan dengan faktor ganjaran dan kaedah pembelajaran yang ingin dikaji.
14
top related