eksperimen 1 tenaga dalam kimia
Post on 30-Dec-2014
212 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Eksperimen 1
Tujuan : Untuk menentukan haba peneutralan
(i) asid hidroklorik dan natrium hidroksida
(ii) asid sulfurik dan natrium hidroksida
(iii) asid nitrik dan kalium hidroksida
Teori :
Termokimia merupakan kajian tentang perubahan haba dalam tindak
balas kimia. Bahan kimia mempunyai ikatan-ikatan di antara atom-atom
atau molekul-molekul, dan ini memerlukan tenaga untuk bercantum dan
berpecah antara satu sama lain. Perubahan haba akan wujud apabila
suhu bahan kimia berubah hasil daripada tindak balas. Salah satu tindak
balas dalam termokimia adalah haba peneutralan.
Haba peneutralan merupakan perubahan haba yang berlaku apabila 1
mol ion H+ daripada asid meneutralkan 1 mol ion OH- daripada alkali bagi
menghasilkan air pada keadaan piawai.
Apabila asid dan alkali bertindak balas, ia akan membentuk air dan
garam. Sebagai contoh, HCl (aq) + NaOH (aq) à NaCl (aq) + H20 (l).
Hasil tindak balas atau proses ini adalah dikenali sebagai tindak balas
peneutralan. Tenaga haba yang dibebaskan adalah dipanggil sebagai
peneutralan. Sewaktu peneutralan, air akan dihasilkan. Ini kerana ion
hidrogen, H+ daripada asid akan bergabung dengan ion hidroksida, OH-
daripada alkali untuk membentuk H20. Ion-ion lain adalah tidak terganggu.
Tenaga haba yang dihasilkan adalah apabila 1 mol ion OH- bergabung
dengan 1 mol ion H+ untuk menghasilkan 1 mol air, H20. Semua haba
peneutralan adalah sentiasa bersamaan dengan - 57.0 kJmol-1. Ianya
terhasil apabila 1 mol ion OH- bergabung dengan 1 mol ion H+ untuk
menghasilkan 1 mol air.
Semua tindak balas haba peneutralan merupakan tindak balas
eksotermik. Jumlah haba yang dibebaskan semasa tindak balas
peneutralan bergantung kepada :
(i) Kepekatan asid dan alkali
(ii) Kuantiti asid dan alkali yang digunakan
(iii) Kebesan asid
Bahan :
EC1 ialah 1.0 mol dm-3 asid hidroklorik, EC2 ialah 1.0 mol dm-3 larutan
asid sulfurik, EC3 ialah 1.0 mol dm-3 natrium hidroksida akueus, EC4 ialah
1.0 mol dm-3 asid nitric dan EC5 ialah 1.0 mol dm-3 kalium hidroksida
akueus
Radas :
pipet 25 cm3, termometer 0oC –110oC (± 0.2oC), silinder penyukat 100
cm3, cawan plastik dan botol basuhan berisi dengan air suling
Prosedur :
1. Dengan menggunakan pipet, masukkan 25.0 cm3 EC1 ke dalam
cawan plastik. Rekod suhu EC1 sebagai suhu awal campuran R dalam
jadual di bawah.
2. Dengan menggunakan silinder penyukat, tambah 60 cm3 larutan EC3
ke dalam cawan plastik yang mengandungi EC1.
3. Kacau campuran R dengan teliti menggunakan termometer dan
merekodkan suhu tertinggi dicapai dalam jadual di bawah.
4. Tuangkan R campuran daripada cawan plastik. Kemudian bersih dan
bilas cawan dengan air suling.
5. Ulangi prosedur di atas menggunakan (i) 25.0 cm3 EC2 menggantikan
EC1 untuk mendapatkan campuran S, dan (ii) 25.0 cm3 EC4 dan 60
cm3 EC5 menggantikan EC1 dan EC3 masing-masing untuk
mendapatkan campuran T.
Soalan-soalan :
1. Tulis satu persamaan ion bagi tindak balas yang berlaku dalam
campuran R, S dan T. (2 m)
2. Bandingkan nilai haba peneutralan yang diperolehi bagi
(i) Campuran R dan S;
(ii) Campuran R dan T;
(iii) Campuran S dan T.
Terangkan mengapa terdapat perbezaan atau persamaan antara
kedua-dua nilai yang anda bandingkan. (6 m)
3. Haba peneutralan antara asid kuat dan bes kuat ialah – 57.3 kJ mol -1.
Cadangkan dua cara untuk meningkatkan prosedur yang diberikan
supaya nilai hampir kepada – 57.3 kJ mol-1 boleh diperolehi. (4 m)
4. Adakah haba peneutralan antara asid kuat dan asid lemah melebihi
atau kurang daripada – 57.3 kJ mol-1? Terangkan. (3 m)
Rujukan :
Buku
Ahmad Kamal Ariffin Abdul Jamil, Siti Asiah Ahmad Junan, Seng Chye Eng, Lim Boon
Tik, Lau Kah Pew. (2008). Chemistry for Matriculation 2 Revised Third Edition.
Kuala Lumpur: Oriental Academic Publication.
Chow Kok Yew. (2007). Quick Revision SPM Chemistry. Selangor: Penerbitan Pelangi
Sdn. Bhd.
Eng Nguan Hong, Lim Eng Wah, Lim Yeah Ching. (2003). Fokus Ungu Masteri SPM
Kimia. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Hamilaton, Hanim, Mohd Nazlan. (2001). Kimia asas Sains dan Kejuruteraan. Johor
Bahru: Muapakat Jaya Percetakan Sdn. Bhd.
Jess Tan. (2007). Integrated Curriculum for Secondary Schools Complete Text & Guide
SPM Chemistry. Selangor: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.
Norbani Abdullah. (2009). College Matriculation Chemistry. Selangor: SAP Publication
Sdn. Bhd.
Ooi Theng Theng, Yoong Yook Yam, C.Y. Looi. (1997). Sukses Lengkap Terkini SPM
Kimia Tingkatan 4 & 5. Selangor: Pustaka Delta Pelajaran Sdn. Bhd.
Tan Yin Toon. (1999). Kimia Fizik Edisi Kedua. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Tan Yin Toon. (2000). Kuasai Peperiksaan Kimia STPM Edisi Kedua. Selangor:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Tan Yin Toon, Loh Wai Leng, Tan On Tin. (2003). Siri Revisi Lengkap Fajar Bakti
Sukses Kimia SPM. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Theodore L.Brown, Bruce E. Bursten, Julia R. Burdge. (2003). Chemistry the Cenral
Science. USA: Pearson Education Inc.
Laman Sesawang
Wikipedia. (8 Mac 2013). Termokimia. Retrieved on Januari 2013 from
http://ms.wikipedia.org/
Rozinawati. (Unknown). Tenaga dalam Kimia. Retrieved on Januari 2013 from
http://rozinawati.tripod.com/
Zainida. (8 Julai 2011). Haba Peneutralan. Retrieved on Januari 2013 from
http://cikguzainida.blogspot.com/
LAMPIRAN
EC 1 telah dimasukkan dengan menggunakan pipet ke dalam
cawan.
60 cm3 larutan EC 3 telah dimasukkan ke dalam cawan
yang mengandungi EC 1 dengan menggunakan silinder
penyukat.
EC 1 (kiri) dan EC 2 (kanan) yang telah
dimasukkan dengan menggunakan pipet ke
dalam cawan telah direkodkan suhu awal
campuran.
Larutan yang dicampur telah dikacau dengan menggunakan thermometer dan suhu tertinggi
larutan telah direkodkan.
Campuran R, Campuran S dan Campuran T
top related