edu 3105 teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran fileedu 3105 teknologi dalam pengajaran dan...
Post on 07-Apr-2018
255 Views
Preview:
TRANSCRIPT
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
1
BAB 7: ASAS FOTOGRAFI
7.1 Sejarah Perkembangan Fotografi
Sejarah menunjukkan kewujudan fotografi sejak abad ke-19 di mana foto pertama
dibuat pada tahun 1826 selama 8 jam. Istilah fotografi diambil dari perkataan
photography yang berasal daripada perkataan greek yang membawa maksud
cahaya (phos) dan menulis (graphien) Louis Jacques Mande Daquerre merupakan
orang yang mula-mula sekali memperkenalkan fotografi dan ia juga dikenali sebagai
bapa fotografi dunia (1837). Kamera Obcura merupakan kamera yang pertama kali
yang dipakai untuk menggambar kemudian memotret. Kamera Kodak (Eastmant
Kodak) pertama kali ditemukan oleh Snapshooter 1888 di Amerika. Konstribusi
fotografi ke dunia filem pertama kali dipelopori oleh Edward Muybridge. Flash atau
lampu kilat pertama kali ditemukan oleh Harold E.Edgerton pada tahun 1938.
Memotret benda-benda mati disebut dengan still life. Penemuan filem negatif oleh
John Hendri Fox Talbot yang telah dibuat selama 40 detik di bawah terik matahari.
Asas Fotografi
Pada asasnya kamera sama saja, sama ada dari jenis yang murah mahupun yang
mahal. Secara kasarnya kamera adalah sebuah kotak yang mempunyai lubang untuk
mengawal cahaya pada satu bahagian dan mempunyai ruang untuk meletakkan filem
dibahagian yang lainnya. Lubang ini membolehkan cahaya masuk ke dalam kotak dan
menyinari filem yang telah sedia dimasukkan untuk membentuk imej.
Semakin kompleks binaan/struktur sesebuah kamera, semakin lengkap mekanismanya.
Kelengkapan serta kecekapan mekanisma ini akan turut memberi kesan terhadap hasil
fotograf yang dihasilkan.
Untuk menghasilkan kerja yang sempurna, sesebuah kamera mestilah mempunyai :
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
2
i. Satu alat memandang yang membolehkan pengguna mengarahkan kamera
itu kepada sasarannya. Bahagian ini dinamakan tingkap penilik pandang.
ii. Lubang yang dipanggil aperture untuk membolehkan cahaya masuk ke dalam
kamera.
iii. Lensa untuk menerima cahaya dan memancarkan imej ke atas filem.
iv. Alat penutup dan pembuka lensa yang boleh diubahsuai dinamakan shutter.
v. Satu punat yang dinamakan pelepas shutter, yang apabila ditekan, akan
dibuka sekejap, cukup untuk membolehkan cahaya masuk bagi membuat
imej ke atas filem.
vi. Filem dengan permukaannya yang sensitif mengadap lensa.
vii. Alat untuk menggulung filem.
viii. Mekanisma fokus untuk mengubah lensa ke belakang dan ke depan supaya
ia dapat memancar imej dengan terang.
7.2 Bahagian-Bahagian Kamera
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
3
Binaan sebuah kamera terdiri daripada beberapa komponen utama.
Rajah 1: Bahagian-bahagian Asas Kamera
Sumber (Buku): Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
7.2.1 Kanta (Lensa)
Kanta digunakan untuk membentuk imej yang jelas di atas permukaan filem di dalam
kamera. Ciri utama sesebuah kamera ialah jarak fokusnya. Kanta yang berlainan jarak
fokus digunakan untuk membentuk imej yang berlainan saiz di atas filem. Jarak fokus
kanta disukat dalam unit mm. Jarak fokus normal akan membentuk satu saiz imej biasa
pada mana-mana jenis kamera yang digunakan. Jarak fokus normal adalah berbeza
mengikut saiz filem masing-masing:
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
4
Saiz filem Jarak fokus normal
110 25 mm
126/127 45 mm
35 50 mm
120 75 mm
Jenis-jenis kanta
i. Lensa Bidang Luas ( Wide Angle Lens)
Ukurannya 6 mm – 45 mm. Digunakan untuk pengambaran pemandangan atau
tempat-tempat keluasannya terhad bagi jurukamera. Pemandangan jauh yang
luas.
ii. Lensa biasa ( Standard/ Normal Lens)
Ukurannya 43 mm – 50 mm. Paling banyak digunakan. Sudut pandangan
disesuaikan dengan pandangan biasa mata.
iii. Lensa Foto Jauh ( Telefoto)
85 mm – 120 mm Untuk gambar potret.
135 mm – 200 mm Sesuai untuk sukan
300 mm – 600 mm pergerakan, alam semulajadi, penghidupan liar
iv. Lensa Zoom
Lensa zoom ialah kanta yang mengandungi gabungan beberapa jenis kanta
pada satu unit sama ada gabungan sudut luas ke normal ataupuan normal ke
sudut jauh. Kanta zoom berguna pada subjek-subjek yang berubah dengan
cepat dan jurugambar tidak ada masa untuk menukarkan kepada kanta-kanta
yang berlainan pada kameranya.
28 mm - 50 mm sudut luas ke normal
50 mm – 100 mm normal ke sederhana
70 mm – 200 mm normal ke jauh
135 mm – 300 mm sederhana ke jauh
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
5
Rajah 2 : Lensa Zoom
Sumber : Canon Marketing Malaysia
7.2.2 Pengatup / shutter
Penngatup atau shutter adalah sebuah tingkap yang menutup permukaan filem
daripada terkena cahaya. Tingkap pengatup akan hanya dibuka untuk jangka masa
dedahan tertentu yang sesuai untuk mendapatkan gambarfoto yang baik.
Indeks kelajuan pengatup ditunjukkan dengan nagka-angka B, 1, 2, 4, 6, 15, 30, 60,
125, 250, 500, 1000 dan 2000 yang memberi maksud setiap tanda 1 menunjukkan
kecepatan 1/1 saat kelajuan pengatup untuk membenarkan cahaya daripada apertur
masuk ke adalam filem. Lebih besar indeks kelajuan maka lebih singkat masa dedahan
dibenarkan dan lebih kecil indeks kelajuan pengatup maka lebih lama dedahan
dibenarkan.
Rajah 3 : Pelepas shutter/Kelajuan pelapas
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
6
7.2.3 Apertur ( Dedahan Cahaya)
Apertur ialah gegelang yang boleh membesar dan mengecil, berfungsi untuk mengawal
kemasukan cahaya yang akan menuju ke filem. Skil di gelang apertur ini berukuran /
ditanda dengan f atau f/stops. Skil pada gegelang akan ditanda dengan 2.8/3.8, 4, 5.6,
8, 11, 16, 22. Skil bergantung kepada lensa yang digunakan. Nombor yang kecil saiz
bukaannya besar, sementara nombor yang besar (f22) zaiz bukaannya kecil.
F2.8/3.8 f4 f5.6 f8 f11 f16 f22
Rajah 4 : Aperture (Dedahan Cahaya)
Rajah 5 : Skala Apertur
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
7
7.2.4 Fokus
Fokus adalah satu proses untuk mengubah jarak kanta dari permukaan filem supaya
satu imej subjek yang jelas akan terbentuk di atas permukaan filem. Proses ini
dilakukan dengan cara memutar pelaras fokus kanta ke kiri atau ke kanan, sambil
jurugambar melihat subjek pada pemidang tilik. Jenis imej bertindan akan menunjukan
dua imej sekiranya kanta berada di luar fokus. Imej akan menjadi satu apabila
fokusnya tepat.
Rajah 6 : Skala Fokus
7.3 Jenis-jenis Kamera
Ada beberapa jenis kamera yang terdapat di pasaran. Antaranya ialah kamera piring
(disk), kamera segera (instant), kamera katrij (cartridge), kamera pembalikan (reflects)
dan kamera format besar (large format view).
7.3.1 Kamera fokus tetap
Kamera jenis ini tidak mempunyai mekanisma fokus. Yang ada hanya sebuah penilik
pandangan yang kedudukannya jauh sedikit dari lensa. Kebanyakan kamera jenis ini
mempunyai aperture tetap dan tak boleh diubahsuai. Tetapi ada juga kamera jenis ini
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
8
yang mempunyai aperture pelaras yang mudah yang ditandakan dengan lambang-
lambang seperti berikut:
Rajah 7 : Kamera Fokus tetap
7.3.2 Kamera pencari jarak padu
Kamera ini mempunyai mekanisma fokus pada lensa dan bentuknya hampir sama
dengan kemara fokus tetap. Mekanisma fokus membolehkan jurufoto mengubahsuai
lensa untuk mendapkan imej yang jelas dan tajam.
Untuk mengambil gambar dalam cahaya matahari terang dan bayang- bayang yang nyata.
Untuk mengambil gambar dalam cahaya terang bermega dengan bayang-bayang samar
Untuk mengambil gambar dalam cahaya mendung dengan sedikit bayang-bayang
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
9
7.3.3 Kamera satu lensa refleks (SLR)
Kamera SLR tidak mempunyai tingkap penilik pandang disebelah depannya. Ia hanya
mempunyai tingkap menenang di sebelah belakang. Imej yang dilihat pada tingkap
penilik pandangan masuk melalui lensa yang memancarkan imej ke filem. Ia
dilengkapkan dengan sistem lensa yang boleh ditukar ganti. Lensa boleh ditukar walau
pun kamera sudah diisi filem, tanpa merosakkan filem. Ia juga boleh menggunakan
lensa telefoto, lensa sudut luas ( wide angle lens), lensa mikro ( micro lens), dan alat
tambahan lain.
Rajah 8 (i),(ii) : Kamera Satu Lensa Refleks
Sumber : Sharifah Alwiah Alsagoff (1992)
7.3.4 Kamera format sederhana
Kamera jenis ini menggunakan filem saiz 120 atau 220 yang mempunyai ukuran bidang
60 mm x 60 mm. Bentuk kamera adalah besar dan berat. Ia boleh terdapat dalam jenis
SLR dan TLR ( Twin Lens Reflex). Jenis TLR mempunyai dua kanta serupa yang
dipasang di atas satu sama lain. Kanta teratas digunakan sebagai pemidang tilik dan
kanta dibawahnya bertugas sebagai kanta objektif.
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
10
Rajah 9 : Kamera Format Sederhana
Sumber : Razali Nor (1996 )
Rajah 10 : Kamera Format Sederhana
Sumber : Razali Nor (1996)
7.3.5 Kamera format besar
Kamera format besar ialah kamera yang menggunakan filem yang lebih besar daripada
120/220. Oleh kerana bentuk kameranya besar, maka kamera jenis ini selalunya
digunakan oleh jurugambar profesional dalam studio untuk mendapatkan kualiti
gambarfoto yang maksimum.
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
11
Rajah 11 : Kamera Format Besar
7.3.6 Kamera segera
Kamera jenis ini boleh menghasilkan foto dan slaid dalam jangka masa yang singkat,
iaitu antara satu hingga dua minit sahaja. Permukaan filem khas untuk kamera ini
disaluti oleh satu bentuk bahan kimia yang dapat memproseskan imej menjadi positif
dengan capat.
Rajah 12 : Kamera Segera ( Polaroid)
Sumber : Sharifah Alwiah Alsagoff (1992)
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
12
7.4 Jenis-jenis Filem
Filem adalah kepingan plastik khas yang mempunyai satu permukaan bahan kimia
peka cahaya. Bahan kimia tersebut akan membentuk imej apabila cahaya dibiarkan
jatuh ke atasnya. Kepekaan filem disukat berdasarkan beberapa skala seperti ASA (
American Standard Association), JIS ( Japan Industrial Standards), DIN ( Deutche
Industrie Norme) dan ISO ( International Standards organisations).
Rajah 13 : Jenis Filem
7.2.5.1 Jenis-jenis Filem
Filem hitam-putih Negatif hitam putih membuat gambar hitam
putih
Filem Warna Negatif warna untuk membuat gambar foto
berwarna warni atau hitam putih
Filem Slaid Juga dipanggil filem Positif. Untuk
mendapatkan slaid berwarna dan boleh
dicetak.
7.2.5.2 Kepekaan Filem
Filem sangat peka kepada cahaya. Kadar kepekaan filem yang berlainan ukuran
adalah tidak sama. Semakin nombornya tinggi kepekaannya semakin tinggi dan
sebaliknya sekiranya nombor kecil kepekaannya semakin rendah.
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
13
Jika mengambil gambar dalam cahaya matahari terang/terik, filem yang
mempunyai kadar kepekaan yang rendah atau sederhana adalah sesuai. Filem
ASA 100, 125 atau kurang adalah sesuai. Jika mengambil gambar dibilik gelap,
cahaya lampu biasa ( lilin, pelita, lampu warna atau mengambil gambar dengan
cahaya imbasan bagi pementasan, filem dengan kepekaan tinggi perlu
digunakan. Misalnya Filem ASA 400 hingga 1000
1000 500 250 125 64 32 16 8 4 ASA
ISO
31 28 25 22 19 16 13 10 7 DIN
Kelajuan Tinggi Kelajuan rendah
Rajah 14 : Kepekaan Filem
7.2.6 Meter dedahan
Cara yang tepat untuk menentukan pendedahan ialah dengan menggunakan jangka
cahaya. Jangka cahaya ialah alat yang kecil yang terdiri dari sel fotoelektrik, skala
cahaya dan skala pelaras kamera.
Rajah 15 : Meter Dedahan
Sumber : Sharifah Alwiah Alsagoff
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
14
7.5 Teknik Penggambaran
Terdapat pelbagai jenis teknik pengambaran seni foto. Berikut adalah contoh-contoh
teknik fotografi:
Rajah 16.1 : Teknik Jarak Dekat (Close-up)
Rajah 16.2 : Fokus Jarak Sederhana
Rajah 16.3 : Fokus Jarak Jauh
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
15
Rajah 16.4 : Teknik Aksi
Rajah 16.5 : Teknik Makro
Rajah 16.6 : Teknik Potret
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
16
Rajah 16.7 : Teknik Perspektif
Rajah 16.8 : Teknik Pembekuan
Rajah 16.9 : Teknik Lanskap
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
17
Rajah 16.10 : Teknik Simetri
Rajah 16.11 : Teknik Silhouttes
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
18
7.6 Komposisi
Ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dalam seni fotografi, antaranya
komposisi. Berikut adalah berkaitan dengan komposisi:
Menegaskan lagi impak komunikasi visual yang hendak disampaikan
Menentukan subjek matter yang hendak ditonjolkan dan kaitannya dengan
latar
Menentukan mud dan mesej yang hendak disampaikan
Komposisi imej digital/ foto boleh dibaiki atau diubah dengan teknik
cropping dalam perisian aplikasi grafik- photo retouching atau pengimbas
Ada banyak teknik komposisi, tetapi apa yang perlu diberi perhatian adalah
pengamalan ‘Aturan Sepertiga’ atau ‘The Rule Of Thirds’ dalam fotografi.
Apakah ‘Rule Of Thirds’? Menurut Bryan F. Paterson; “The rule states that an
image should be imagined as divided into nine equal parts by two equally-spaced
horizontal lines and two equally-spaced vertical lines, and that important
compositional elements should be placed along these lines or their intersections”.
(Artikel : Fotografi N8 / 808 Pureview: Teknik Komposisi Aturan Sepertiga, 11 Okt.
2012)
‘Aturan sepertiga’ adalah sebuah teknik komposisi yang membahagikan kawasan
foto menjadi tiga bahagian, baik secara vertikal maupun horizontal. Lihat ilustrasi
seperti dalam rajah berikut:
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
19
Rajah 17 : Pembahagian kawasan ‘Aturan Sepertiga’
7.7 Fotografi Digital
Pengenalan mengenai Kamera Digital
Tidak menggunakan filem, tetapi menyimpan gambar /imej secara elektronik;
melalui mikrocip yang sensitive pada cahaya yang dikenali sebagai CCD
(Charged Coupled Device)
Membolehkan gambar diambil dan review terus pada kamera
Memindahkan imej ke komputer, crop mengikut ukuran yang dikehendaki,
menyesuaikan warna dan terang gelap imej; mencetak imej yang dikehendaki
mengikut ukuran yang diperlukan
Gambar/imej digital boleh di e-mail, hantar ke web site, atau boleh tunjukkan
gambar kepada rakan melalui organizer tangan
Cepat dan fleksibel (versatile)
Boleh didapati dalam mega piksel 2 hingga 6 mega piksel; lebih besar piksel
lebih besar gambar boleh dicetak
Setiap gambar disimpan sebesar setem
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
20
Boleh merakam gambar sebanyak mana yang mungkin mengikut keupayaan
CCD dan kad penyimpan memori.
Penyimpan Memori/ Imej
Menggunakan stail memori seperti komputer; kamera bukan digital
menggunakan filem
Lebih banyak memori, lebih banyak imej yang boleh disimpan
imej boleh disimpan dalam 3 bentuk memori imej iaitu:
Kad memori yang boleh di tukar ganti
o dimasukkan ke dalam kamera untuk menyimpan imej. Kad memori
dimasukkan ke dalam komputer dengan bantuan ‘adapter’, atau kabel
untuk memindahkan maklumat (imej) dari kamera ke komputer. Kad
memori boleh didapati dalam bentuk:
i. Kad ‘SmartMedia’ - kapasiti memori 8 MB,16 Mb, 32 MB,
64MB,128 MB
ii. Kad ’CompactFlash’ - kapasiti memori lebih tinggi, dari 175
MB – 1040 MB; harganya lebih mahal
iii. Kad PCMCIA - untuk kamera yang tertentu sahaja`
Menggunakan kamera digital yang menggunakan cakera liut untuk
menyimpan imej, terus boleh digunakan pada komputer; jumlah imej yang
disimpan adalah terhad
Jenis –jenis kad memori : CompactFlash, PCMCIA, dan SmartMedia
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
21
Resolusi Imej Kamera Digital
Diukur dalam unit piksel
Piksel menentukan kualiti imej yang dicetak
Lebih tinggi piksel, lagi kurang imej yang disimpan
Kamera Digital Resolusi Rendah
o 320 x240 piksel
Kamera Digital Resolusi Sederhana
o dari 640 x 480 piksels (VGA - Kamera Video Graphic Array) hingga 800 x
600 piksel (SGVA- Kamera Super VGA ) dan 1024 x 768 piksel (XGA-
Extended GA camera)
Kamera Digital Resolusi Tinggi
o dikategorikan sebagai megapiksel
o mencapai tahap jutaan piksel
o sesuai untuk menghasilkan imej untuk produksi penerbitan kerana
berupaya menghasilkan warna yang terang dan jelas.
Kamera Digital. diperolehi dalam pilihan megapiksel yang berikut:
Mega piksel
Ukuran cetakan imej
Sub-m.p (VGA)
Pada paparan komputer ,web site, e-mail
1 m.p 3 in X 5 in
2 m.p
5 in X 7 in
3 m.p
8in X 10 in
6 m.p 13 in X 19 in
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
22
RUMUSAN
Pembelajaran fotografi adalah penting dikalangan guru khasnya kerana kita dapat
mendokumentasikan hasil sejarah ataupun aktiviti harian kita supaya dapat
dimanafaatkan kemudian hari. Sejauhmana jenis kamera digunakan adalah tidak
penting tetapi yang paling penting ialah mutu dan mekanisma gambar yang jelas.
Modul ini akan membantu anda mempelajari secara asas pengenalan dan teknik
fotografi.
BIBLIOGRAFI
Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D., & Smaldino, S.E. (1996). Instructional media
and technologies for learning. Edisi ke 5. New Jersey: Prentice-Hall.
Poh Swee Hiang, Mokhtar Affandi Amran & Tajuddin Hassan (1996). Pengurusan
sumber pengajaran pembelajaran 2. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Razali Nor (1995). Teknologi pendidikan: media unjuran dan media elektronik. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Safian bin Abd. Rashid (2002). Pengurusan sumber: komponen teknologi pendidikan.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1987). Teknologi pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2008). Modul Pembelajaran Grafik Berkomputer
(MPV) Teknik Pemerolehan Grafik: Kementerian Pelajaran Malaysia.
http://www.symbianku.my/fotografi-n8-808-pureview-teknik-komposisi-aturan-sepertiga/
top related