edu 3063 reen n bea
Post on 22-Dec-2015
57 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA
PENGENALAN
• Malaysia mempunyai >200 kumpulan etnik.
• Murid di sekolah harus didedahkan kepada kepelbagaian sosio budaya dalam masyarakat.
• Dapat belajar dalam suasana yang kondusif walaupun berhadapan dengan murid dari kaum yang berlainan.
ADAT RESAM
Adat : Merupakan amalan yang piawai, iaitu adat dan
kelaziman yang diharapkan daripada anggota masyarakat.
Adat resam: Adalah sesuatu cara yg telah ditentukan utk
melakukan sesuatu yg telah diakui oleh masyarakat.
Sesuatu perkara yang diwarisi sejak turun-temurun oleh masyarakat Melayu, India dan Cina di negara ini.
ADAT RESAM MELAYU
Melenggang Perut: Dijalankan ke atas seorang wanita yang telah
genap 7 bulan hamil. Meletakkan kedudukan bayi di dalam perut pada
tempat yg sepatutnya.
Bercukur Jambul: Dilakukan pada bayi yg baru dilahirkan. Biasanya dijalankan setelah ibu tamat tempoh
berpantang. Bayi akan diberikan nama.
ADAT RESAM MELAYUBersunat: Merupakan persediaan menempuh alam remaja
dan dewasa. Dilakukan pada individu lelaki&perempuan yg
telah cukup umur dan syarat yang sepatutnya.
Meminang dan Bertunang: Bertujuan untuk mengenali pasangan dengan
lebih mendalam sebelum akad nikah.
ADAT RESAM MELAYU
Kematian: Mengadakan kenduri arwah untuk disedekahkan
kepada arwah. Selama 3 / 7 hari berturut-turut, atau pada malam
ke 40.
ADAT RESAM CINA
Kelahiran: Ibu mertua menjaga wanita mengandung.
Mementingkan anak lelaki kerana dapat melanjutkan keturunan melalui pewarisan nama nenek moyang.
Nama Patah kata Pertama: Nama Keluarga Patah kata Kedua : Nama Segenerasi Patah kata Ketiga : Nama sendiri
ADAT RESAM CINA
Kenduri selepas Perkahwinan: Memberikan Kuih ‘Angku’ dan telur yang diwarnai
merah kepada saudara-mara.
Mencukur Rambut: Sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang
baru ke dalam masyarakat.
ADAT RESAM INDIA
Sewaktu mengandung:
Adat Valaikaappu Bertujuan utk memberi nama kepada bayi. Dilakukan ketika kandungan sulung wanita
hamil menjangkau usia7 – 9 bulan. Gelang tangan baru yg dikenali sbg
Suulkaappu dipakai.(Suulkaappu: Perlindungan kepada kandungan ibu)
ADAT RESAM INDIA
Semasa Bersalin:
Membisikkan Nama Tuhan – Gayatti Mantiram ke telinga bayi
Menyapu madu pada lidah bayi untuk tujuan kecantikan.
JANTINA
Faktor jantina turut mempengaruhi pembentukan iklim di kelas.
Lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan dari segi fikiran, perasaan dan perlakuan.
Campuran jantina - memberi peluang murid bergaul dgn lebih tertib, bertanggungjawab, menghormati perbezaan jantina dan meluaskan ruang persefahaman dan toleransi.
Sehubungan itu, guru harus pandai merancang aktiviti yg bersesuaian dengan jantina.
TOPIK 3 : IMPLIKASI
KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA
GURUSemua guru yang mengajar di dalam kelasharus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap profesional
Mengajar tanpa membezakan bangsa murid yang berkenaan
Guru mengajar dengan tidak mengelompokkan murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja
Setiap murid dari kaum yang berlainan dan jantina yang berbeza ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk mereka berinteraksi terbuka luas.
Kelas sosial murid harus juga diberi perhatian
Guru digalakkan mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid
Murid yang datang dari kelas sosial yang rendah tidak harus dikesampingkan
Kelas sosial atasan juga harus dilayan dengan baik dan sama rata.
Kebijaksanaan guru mengendalikan kelas sosial murid akan mewujudkan pergaulan bebas dan tidak berkelompok
Murid dari pelbagai golongan dapat bergaul dan beruinteraksi sesama mereka
Tanpa ada sekatan budaya
Guru harus berusaha menolong murid memahami dan membentuk nilai sikap, tingkahlaku yang sesuai
Guru perlulah berusaha membantu murid dalam memilih kerjaya yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka
Bantu murid bentuk konsep kendiri positif
Beri tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik
Datang awal ke bilik darjah dan amalan menepati masa
Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran
Guru harus tidak menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid
Isu-isu sensitif dan berkaitan dengan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan
Guru perlu merancang aktiviti p&p yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai, dan agama mereka
Aspek bahasa- harus diberi pertimbangan oleh guru
Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum pastilah menyebabkan berlakunya dialek bahasa yang sedikit sebanyak akan memberikan impak kepada pembelajaran
Jurang yang berlaku akibat daripada penggunaan bahasa dialek harus dielakkan
Penggunaan bahasa standard akan memberi peluang yang sama kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktivti pembelajaran
MURIDSenaraikan perkara yang perlu dipatuhi murid ketika p&p
Murid harus bersosial terutama ketika melakukan aktiviti dalam P&P
Kepercayaan murid lain tidak harus dipertikaikan
Aktiviti perlu berupaya menyemai semangat saling mempercayai ke dalam jiwa murid
Penggunaan bahasa standard harus diamalkan oleh murid
Unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan
Penggunaan laras bahasa yang tepat mesti diamalkan
Murid digalakkan berinteraksi dan berbincang dengan berlainan jantina
Dalam masa yang sama mereka perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam berinteraksi ini
Kemahiran komunikasi memainkan peranan pembentukan budaya penyayang
Murid mudah menerima motivasi yang disampaikan secara berkhemah
Murid mudah terpengaruh dengan tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang profesional
Murid suka budaya belajar yang ceria, menyeronokkan
Murid harus diterapkan supaya membiasakan diri datang ke bilik darjah tepat pada masanya.
SEKIAN TERIMA KASIH
top related