contoh pantun
Post on 11-Jul-2015
295 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Contoh-Contoh Pantun Untuk Majlis Perasmian
Burung tempua hinggap merata Sayang Merbah di pohon cemara Assalamualaikum mulanya kata Awal BismilLah pembuka bicara. Negeri Sarawak aman sentosa, Pendidikan Gemilang Misi Utama, Dengan tiada melengahkan masa Kita mulakan atucara pertama,
Budak-budak bermain galah Bermain galah di tepian gelanggang Ada yang menang ada yang kalah Itulah dia adat pertandingan.Kalau pergi ke Kg Keramat Janganlah lupa membeli tongkat Bersama Kita memohob rahmat Moga majlis mendapat berkat. Pergi ke laut menangkap ikan Membawa pulang si ikan tenggirii Kehadiran semua amat dialukan Moga Majlis bertambah seri. Tenung benang menjadi sari Di atas papan batang jerami Kepada tuan sembah diberi Mohon rasmikan majlis kami Wahai pelajar jauhilah dadah Janganlah cuba walau sekali Majlis penutupan selesailah sudah Jumpa lagi di lain kali. (Ini beberapa contoh pantun yang aku reka....untuk sesapa yang selalu jadi emcee macam ni ...
Contoh Pantun Perasmian,Penutupan dan Sebagainya 2
Sayang kumbang mencari makan terbang seiring di tepi kali selamat datang kami ucapkan moga diiringi restu ilahi
bukan rumput sebarang rumput rumput penghias cantik pandangan bukan jemput sebarang jemput jemput juri berikan penerangan
Siti Wan kembang perintah Kelantan Nama termasyur zaman dahulu kala Saat yang dinanti telahpun datang Pertandingan nasyid akan bermula
Jangan kita bersikap malas Buangkan juga sikap berangan Kami memberi tidak minta dibalas Hanya untuk kenang-kenangan.
Nasi lemak buah bidara sayang selasih hamba lurutkan Andai ada tersilap bicara Ampun dan maaf kami pohonkan Apa yang kurang dicaci jangan Ilmu yang baik jadikan panduan Selepas ini jangan serik untuk datang Kami sentiasa menanti kunjungan.
keputusan pemenang sudah ditangan Menunggu masa untuk diumumkan
Yang Berusaha Tuan Pengetua diberi penghormatan Sampaikan anugerah mohon dilaksanakan.
Sukatlah puluh menggunakan gantang Untuk diberikan kepada panglima Tuan dijemput sudahlah datang Berbesar hati kami menerima
`
Buah selasih dicucuk lidi Di dalam dulang hidangan pagi Terima kasih daun keladi Bila diundang datanglah lagi
Hinggap kedidi di bunga tanjung Meniti-niti ke hujung dahan
Tuan berbudi amat disanjung Semoga menjadi kenangan zaman
Berkejar-kejaran ombak di laut Menyentuh pantai berpasir bersih Budi tuan disebut-sebut kerja selesai dan terima kasih.
-Anak Pantai-
You might also like:
Contoh Pantun Perasmian,Penutupan dan Sebagainya Contoh Pantun Terima Kasih. Contoh Pantun Budi Contoh Pantun PujianLinkWithinDicatat oleh Anak Pantai di 2:06 AM Label: Contoh Pantun
Reaksi:
1 ulasan:Tanpa Nama berkata... tq cikgu dapatlah saya gunakan sebagai contoh...terima kasih daun keladi 17 Februari 2011 2:10 AM
Catat UlasanCatatan Terbaru Catatan Lama
Contoh Pantun Terima Kasih.
Anak raja makan sirih sekian terima kasih
Bawah batang ada keli Batang rebah menumpu tanah Cadangan dibentang jelas sekali
Terima kasih,syabas dan tahniah.
Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budi tuan jadi kenangan.
Pohon sirih pohon selasih Tumbuh merimbun di hujung laman Kalungan budi junjungan kasih menjadi kenangan sepanjang zaman
Berkejar-kejaran ombak dilaut Menyentuh pantai berpasirbersih Budi tuan disebut-sebut Kerja selesai dan terima kasih.
Bersarang lebah dipohon palas burung kelicap di pohon selasih Pengetahuan bertambah penerangan jelas Majlis mengucapkan terima kasih.
Pohon selasih di dalam kolam Anak haruan berenang-renang Terima kasih kami ucapkan Budi tuan menjadi kenangan
Terbang selisih siburung kedidi Terbang berduyun di waktu pagi Terima kasih daun keladi di lain tahun berjumpa lagi
Buah selasih buah kelubi di dalam dulang hidangan pagi Terima kasih daun keladi Bila diundang datanglah lagi. -Anak Pantai-
Contoh Pantun Pujian
Pantun Pujian Buah jambu disangka kandis Kandis ada di dalam cawan gula madu disangka manis manis lagi senyuman puan
Buat bangsal di Pulau Daik Menahan taut sambil mengilau Kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau
Bunga manggar di atas pentas tuan nampak segar di atas pentas
Dari Melaka ke Kuala Lumpur Singgah sebentar di Salak Tinggi Puan sungguh menjadi penghibur Setelah letih modul digubal teliti
Singgah sebentar di salak tinggi Menghilang dahaga menghilang penat puan ibarat ibu mithali Boleh meniup menyuntik semangat
Anak tebuan berlima-lima
Hinggap di dahan bunga kemboja Nasihat tuan sungguh bermakna Boleh meniup menyuntik semangat
Terbang tebuan beringat-ingat Agar lengan tidak berkesan Ucapan tuan sungguh menyengat Menjadi dorongan sempurna tugasan.
Berarak awan di air pasang Berhuja-huja nelayan bergegas Ucapan tuan sungguh merangsang Meringan kerja menyiap tugas
Harimau bersinSang Kancil lari Bergerak buaya melompat tupai Kami yakin tuan bestari Buat kerja hingga selesai.
Rama- rama di pohon meranti Tempat mainan unggas dan mawas Sekian lama kami menanti Ucapan tuan tuntas dan bernas
Ikan gelama si ikan Sengat Berenang-renang di dalam tebat Tuan laksana mutiara hikmat
Pemberi dorongan peniup semangat
Bunga seroja si bunga anggerik Penghias taman di tepi kolam Tuan bekerja tak pernah serik Menyinsing lengan siang dan malam
Anak haruan dijaring pukat Anak tempua di atas jerami Walau tuan berjadual ketat Mampu jua bersama kami
You might also like:
top related