contoh kerja kursus sejarah tingkatan 3 2012
Post on 02-Dec-2015
388 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
KERJA KURSUS SEJARAH 21/2
Nama Penuh : Nur Siti Hajar Binti Morzuki.
No. Kad Pengenalan : 970422-13-5114.
Tingkatan : 3 Terbilang (2012).
Nama & Alamat Sekolah : Sekolah Menengah
Kebangsaan Matang Jaya,
Taman Matang Jaya,
Jalan Matang,
93050 Kuching, Sarawak.
Tajuk Kerja Kursus : Produk Tempatan Makanan.
Nama Guru Subjek : Puan Jennie Yeo
Tandatangan Pelajar. Tandatangan Pemeriksa.
SENARAI KANDUNGAN
Bil. Tajuk Muka Surat• Tajuk Kajian• Senarai Kandungan• Penghargaan• Objektif Kajian• Kaedah Kajian• Hasil Kajian
• Maklumat Asas Produk Tempatan.
• Latar Belakang.
• Kaedah/Cara Penghasilan.
• Perkembangan Produk.• Rumusan• Lampiran• Rujukan
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya, Nur Siti Hajar Binti Morzuki yang berada di tingkatan 3 Terbilang
dari SMK Matang Jaya, Kuching, Sarawak ingin merakamkan ribuan ucapan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam membantu dan memberi sokongan kepada saya menyiapkan kerja
kursus Sejarah ini.
Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu
Saptuyah Binti Tukimman dan Morzuki Bin Morshidi kerana telah memberi saya dorongan dan
bantuan serta mengeluarkan perbelanjaan untuk kajian ini.
Kedua, terima kasih diucapkan kepada guru matapelajaran Sejarah saya iaitu Puan Jennie
Yeo yang telah memberi saya tunjuk ajar dan bimbingan dalam merancang dan melaksanakan
kerja kursus Sejarah sehingga berakhirnya proses kajian ini.
Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan di kelas 3 Terbilang iaitu
Nurul Farahana Binti Mohammad, Nasha Bennya Anak Ramsay dan Najwa Natasha Binti Ramzi
dan para pekerja Mira Cake House kerana telah memberi bantuan dan kerjasama sepanjang kajian
ini dilaksana dan disiapkan.
OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan penghasilan kerja kursus Sejarah PMR 2012 ini ialah untuk mencari, menganalisis,
merekod, mencatat dan mengumpul maklumat atau fakta mengenai salah satu produk makanan
tempatan di negara kita iaitu kek lapis Sarawak berpotensi sebagai produk yang boleh
mendatangkan hasil yang lumayan kepada penduduk tempatan. Selain itu, saya juga dapat
mengetahui dan belajar dengan lebih mendalam proses-proses penghasilan produk makanan ini.
Disamping dapat mengkaji lebih mendalam mengenai potensi produk makanan ini sebagai tarikan
kepada para pelancong asing, produk makanan tempatan ini juga saya dapati untuk memastikan
generasi yang akan datang tidak lupa akan asal-usul makanan tempatan ini. Yang penting, kita
dapat menyemai dalam hati gererasi baru perasaan cinta serta mengiktiraf produk Malaysia yang
juga setanding dengan produk di negara lain seperti negara Barat
HASIL KAJIAN
Maklumat Asas Produk Makanan Tempatan.
Nama produk makanan yang saya pilih ialah kek lapis iaitu dari syarikat Mira Cake House.
Pengusahan Mira Cake House ini bernama Puan Maznah Sahni. Lokasi Mira Cake House yang
saya telah lawati ialah di Kiosk 15, Tebingan BGS, Kampung Gersik, 93050 yang merupakan
lokasi pertama Mira Cake House di Sarawak ini.
Latar Belakang.
Mira Cake House ini telah diusahakan oleh Puan Maznah Sahni pada tahun 2007 di Kiosk
15, Tebingan Bgs, Kampung Gersik, 95030. Perniagaan ini berdaftar dan memiliki lesen berdaftar.
Tujuan perniagaan ini diwujudkan ialah untuk memperkenalkan kek lapis kepada seluruh dunia
bahawa masyarakat Melayu Sarawak mempunyai makanan tradisi iaitu kek lapis. Kek lapis ini
mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikkannya. Kek lapis Sarawak Mira Cake House
lembut dan tidak kering dan menggunakan butter sebagai lemak. Selain itu, kek lapis mereka
mempunyai pelbagai rasa dan corak unik yang memenuhi cita rasa pelanggan. Yang paling
penting, Mira Cake House tidak menggunakan bahan pengawet.
Kaedah/Cara Penghasilan.
Setakat ini, Mira Cake House memiliki tenaga kerja sebanyak 40 orang pekerja. Bahan-
bahan yang diperlukan untuk menghasilkan produk makanan tempatan ini ialah seperti tepung,
telur, lemak iaitu butter, susu pekat gula, bahan pewarna dan bahan perisa yang dibenarkan. Bagi
senarai peralatan pula, mereka menggunakan alat pengimbang, alat pengadun kek, pengukus, alat-
alat pemotong, pengukusan kek dan tempat menyimpan sejuk beku untuk menyimpan stok-stok
kek. Para pekerja Mira Cake House membuat kek lapis ini selama 2 jam untuk mencampur aduan
dan mengukus selama 2-4 jam. Selain itu, membakar dan menapis kek lapis pula mengambil masa
40 minit dan bila kek lapis sejuk barulah siap dijual.
Perkembangan Produk.
Produk ini telah mendapat sambutan pengguna yang memberangsangkan terutamanya bila
tiba hari sesuatu perayaan. Mira Cake House mempromosikan produknya menggunakan laman
sosial seperti Facebook, brosur, menyiarkan iklan dalam akhbar dan juga menerima pesanan secara
online. Namun begitu, pelbagai cabaran perlu dihadapi seperti saingan daripada pengusaha kek
lapis yang lain. Di samping itu, Mira Cake House juga terpisah antara sungai dan darat. Oleh itu, ia
akan merumitkan sesetengah pelanggan untuk berkunjung ke kedai mereka. Pengusaha Mira Cake
House ketika ditemu ramah berharap agar perusahaan kek lapis Sarawak ini boleh berkembang
maju keperingkat yang lebih tinggi dan terkenal pada suatu masa nanti.
KAEDAH KAJIAN
Untuk mendapatkan maklumat yang sahih mengenai salah satu produk tempatan di negara kita
iaitu Kuih Lapis Sarawak, saya menggunakan kaedah temu bual dan telah menemubual salah
seorang daripada pekerja yang bekerja di Mira Cake House. Beberapa soalan telah saya ajukan
kepada beliau untuk mendapatkan maklumat mengenai kuih lapis Sarawak.
Kaedah Temu Bual :
Saya : Assalammualaikum.
Pekerja : Waalaikummusalam.
Saya : Bolehkah saya menemuramah cik
untuk kajian saya?
Pekerja : Sudah tentu. Saya akan memberi
kerjasama jika maklumat ini dapat membantu
anda.
Saya : Terima kasih cik.
Pekerja : Sama-sama.
Saya : Soalan saya yang pertama, siapakah pengusaha Mira Cake House ini?
Pekerja : Pengusahanya bernama Puan Maznah Sahni.
Saya : Bilakah perusahaan ini mula dijalankan dan dimanakah lokasi pertama Mira Cake House?
Pekerja : Perusahaan mula dijalankan pada tahun 2007 dan bertempat di Kiosk 15, Tebingan
BGS,Kampung Gersik, 93050.
Saya : Oh. Adakah perniagaan ini berdaftar dan memiliki lesen?
Pekerja : Sudah tentu.
Saya : Mengapakah kek lapis Sarawak ini dijadikan
pilihan perniagaan?
Pekerja : Kek lapis Sarawak merupakan tradisi masyarakat Melayu Sarawak dan kami ingin
memperkenalkannya dimata antarabangsa.
Saya : Begitu rupanya. Apakah keistimewaan, keunikan dan kelebihan yang dimiliki oleh produk
Mira Cake House ini?
Pekerja : Sudah tentunya banyak kelebihannya. Kek lapis kami lembut dan basah. Selain itu,
kami menggunakan butter dan kek lapis kami mempunyai pelbagai rasa dan corak unik
yang memenuhi cita rasa pelanggan. Namun begitu, kami tidak menggunakan bahan
pengawet.
Saya : Wah, menarik sungguh! Berapakah jumlah kesemua pekerja Mira Cake House?
Pekerja : Kami mempunyai 40 orang pekerja setakat ini.
Saya : Boleh saya mengetahui apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan kek
lapis ini?
Pekerja : Mengapa tidak? Sudah tentu boleh. Bahan utamanya mestilah tepung, telur, lemak iaitu
butter, susu pekat gula, bahan pewarna dan bahan perisa yang dibenarkan.
Saya : Bagaimana pula dengan sambutan pengguna terhadap produk keluaran Mira Cake House?
Pekerja : Sambutannya agak memberangsangkan.
Saya : Adakah permintaan produk ini semakin meningkat dan penghasilan produk juga semakin
meningkat kerana permintaan tersebut?
Pekerja : Alhamdullilah, ya. Semakin hari, semakin meningkat penghasilan kami kerana
permintaan produk ini semakin mendapat sambutan yang mengalakan daripada orang
ramai.
Saya : Bilakah produk ini mendapat sambutan yang tinggi?
Pekerja : Sudah pasti bila tiba hari perayaan.
Saya : Bagaimanakah cara untuk mempromosikan produk kek lapis ini?
Pekerja : Kami mempromosikan menggunakan Facebook, brosur, menyiarkan dalam akhbar dan
mengambil pesanan secara online.
Saya : Apakah cabaran yang perlu dihadapi dalam menjayakan produk ini?
Pekerja : Cabaran yang perlu dihadapi adalah seperti saingan daripada pengusaha kek lapis yang
lain. Disamping itu, kedai kami juga terpisah antara sungai dan darat. Oleh itu, ia akan
merumitkan sesetengah pelanggan untuk berkunjung ke kedai kami.
Saya : Adakah pengusaha Mira Cake House
pernah menerima sebarang teguran atau aduan
daripada pengguna?
Pekerja : Setakat ini, Alhamdullilah, belum ada
lagi.
Saya : Adakah anda berasa kemungkinan perusahaan ini berpotensi untuk berkembang ke
peringkat yang lebih tinggi?
Pekerja : Semestinya, ya. Saya berharap agar perusahaan kek lapis Sarawak ini boleh
berkembang maju ke peringkat yang lebih tinggi dan terkenal pada suatu masa nanti.
Saya : Insya-Allah. Apakah kek lapis yang paling popular keluaran Mira Cake House?
Pekerja : Kek lapis yang popular pada masa ini ialah kek lapis Awan Nano.
Saya : Soalan terakhir, pada jam berapakah perusahaan Mira Cake House beroperasi?
Pekerja : Perusahaan Mira Cake House beroperasi dari jam 9.00 pagi hinga 12.00 tengah malam
manakala di cawangan Jalan Haji Taha, kami mula beroperasi pada jam 9.00 pagi hingga
5.00 petang.
Saya : Terima kasih kerana berkongsi maklumat dan memberi kerjasama kepada saya untuk
melakukan kerja kursus ini. Moga dengan adanya maklumat ini, saya harap saya dapat
melakukan kerja kursus ini dengan sempurnanya. Selain itu, saya berharap perusahaan
Mira Cake House semakin maju ke peringkat dunia.
Pekerja : Sama-sama juga ingin saya ucapkan kerana sudi menjadikan Mira Cake House sebagai
kajian buat anda. Amin.
Saya : Saya mengundur diri dulu. Terima kasih sekali lagi. Assalammualaikum.
Pekerja : Sama-sama kembali. Waalaikummusalam.
RUMUSAN
Setelah bertungkus lumus sekian lamanya, akhirnya kajian ini dapat saya siapkan dalam
tempoh yang ditetapkan. Banyak yang dapat saya pelajari dari kajian yang telah dilaksanakan.
Melalui kajian ini, saya amat berbangga menjadi sebahagian penduduk Sarawak yang mempunyai
pelbagai kaum yang berlainan agama tinggal bersama dan hidup dalam aman damai. Peranan
produk makanan tempatan ini sangat penting bagi memastikan generasi akan datang tidak lupa
asal-usul mereka. Hal ini juga bersangkut-paut dengan mengetahui dengan lebih mendalam
mengenai sejarah kek lapis Sarawak serta dapat menanam rasa cinta dan bangga dengan identiti
negeri Bumi Kenyalang ini. Seterusnya saya juga menyedari bahawa mengekalkan potensi kek
lapis Sarawak sebagai produk yang boleh mendatangkan hasil yang lumayan kepada penduduk
tempatan merupakan tanggungjawab bersama semua pihak. Selain itu, produk makanan tempatan
ini juga berpotensi sebagai daya tarikan para pelancong asing untuk melancong ke negeri Sarawak.
Sepatutnya kita bersyukur dan memanfaatkan segala peluang yang disediakan sebaik mungkin dan
membentuk generasi yang sentiasa berusaha untuk membangunkan bangsa dan negara.
LAMPIRAN
TEMU RAMAH
Saya telah menemu ramah dengan seorang responden iaitu pekerja Mira Cake House. Responden
ini merupakan pekerja yang telah lama bekerja di Mira Cake House ini. Saya menemu ramah
Beliau untuk mengetahui serba sedikit tentang latar belakang kek lapis Sarawak dari segi tarikh
penubuhan dan pandangan tentang potensi kek lapis Sarawak sebagai produk tempatan yang boleh
mendatangkan hasil yang lumayan kepada penduduk Sarawak.
RUJUKAN
• Majalah
Variasi Kek Lapis Sarawak oleh Noraini Zakaria.
• Orang
sumber iaitu pekerja Mira Cake House.
• Laman
sesawang Mira Cake House.
• Keratan
akhbar yang berkaitan.
SENARAI SUMBER SEJARAH
Bil. Sumber Catatan• Tajuk : Majalah.
Judul : Variasi Kek Lapis.
Penerbit : Alaf 21.
Penulis : Noraini Zakaria.• Tajuk : Pemerhatian/Lawatan.
Tarikh : 20. Mac. 2012.
Lokasi : Kiosk 15, tebingan BGS, Kampung Gersik.• Tajuk : Laman Sesawang.
Alamat : http://www.google.com/search• Tajuk : Lain-lain.
• Keratan khabar yang berkaitan.
• Brosur.
“Belilah Barangan Malaysia”
Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan
mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat
kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah
setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara
kita dijamin lebih baik lagi. Dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu mengikis sikap
ego yang sememangnya pun tidak menguntungkan. Demikian juga sikap prejudis memandang
rendah barangan tempatan, ia perlu dibuang jauh dari sudut pemikiran kita dan sebaliknya
membina semangat “Malaysia Boleh” dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard
barangan sendiri. Sebut saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya. Misalnya kereta,
kita telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah
banyak yang menembusi pasaran luar negara. Barangan elektronik seperti televisyen, peti sejuk,
penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak jenama buatan Malaysia membanjiri pasaran.
top related