chan siew khim - fp.utm.my€¦ · ucapan terima kasih juga kepada guru besar sjkc chiao ching dan...
Post on 07-Sep-2019
16 Views
Preview:
TRANSCRIPT
HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA
PENGELOLAAN GURU TERHADAP KERJA RUMAH (HOMEWORK)
BAHASA CINA DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH
CHAN SIEW KHIM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA
PENGELOLAAN GURU TERHADAP KERJA RUMAH (HOMEWORK)
BAHASA CINA DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH
CHAN SIEW KHIM
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(Pengurusan Pendidikan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
OKTOBER 2008
iii
Dedikasi
Untuk ayahanda dan bonda tersayang
Terima kasih atas segala doa, jasa dan pengorbanan
Buat kekanda yang dikasihi
Segala keperihatinanmu tidak akan ku lupakan
Teman-teman seperjuangan
Terima kasih atas segala dorongan dan bantuan
Mengenali kalian semua
Adalah suatu memori yang amat indah…
iv
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan jutaan terima kasih
kepada penyelia projek, Dr. Yeo Kee Jiar atas bimbingan, dorongan dan bantuan
yang diberi sepanjang tempoh penyelidikan projek ini.
Setinggi-tinggi terima kasih saya tujukan khas kepada ayahanda dan bonda
yang sentiasa mendoakan kejayaan saya, serta kekanda yang memberi sokongan dan
galakan sepanjang saya menyiapkan projek ini.
Ucapan terima kasih juga kepada guru besar SJKC Chiao Ching dan SJKC
Pai Chee, Mersing yang sudi memberi kebenaran kepada saya untuk mengendalikan
soal selidik di sekolah.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.
v
ABSTRAK
Kerja rumah memenuhi sebahagian besar kehidupan harian pelajar-pelajar
sekolah di Malaysia. Kerja rumah telah menjadi suatu amalan biasa sebab dipercayai
kerja rumah menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar. Kajian ini bertujuan
untuk mengenal pasti hubungan antara kerja rumah dengan pencapaian Bahasa Cina
dalam kalangan pelajar sekolah rendah Jenis kebangsaan. Tiga pemboleh ubah tidak
bersandar dikaji adalah masa yang diperuntukan bagi menyiapkan kerja rumah, jenis
kerja rumah dan cara pengelolaan guru terhadap kerja rumah. Seramai 100 orang
pelajar tahun lima dari dua buah Sekolah Kebangsaan Cina di Mersing telah
dijadikan sebagai sampel kajian. Data kajian diperoleh melalui soal selidik. Semua
data diproses dengan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS). Analisis
deskriptif (frekuensi dan peratus)dan inferensi (Pearson dan Spearman Correlation
Coefficient) digunakan dalam tatacara menganalisis data. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa secara keseluruhannya tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara peruntukan masa, jenis kerja rumah persediaan dan peluasan
pengetahuan serta cara pengelolaan guru semasa pemberian kerja rumah dengan
pencapaian Bahasa Cina. Namun begitu, kajian mendapati bahawa terdapat juga
hubungan yang signifikan antara jenis kerja rumah latihan dan cara pengelolaan guru
(selepas kerja rumah disempurnakan) dengan pencapaian Bahasa Cina. Secara
umum, keberkesanan kerja rumah dengan prestasi pencapaian pelajar di sekolah
rendah adalah kecil. Kajian ini juga mencadangkan supaya jenis kerja rumah yang
diberi oleh guru hendaklah dalam bentuk latihan peneguhan dan pelajar diberi komen
serta maklum balas terhadap prestasi mereka.
vi
ABSTRACT
In Malaysia, homework has occupied much of students’ daily routine.
Homework is practised because it is believed that it contributes to the academic
achievement of students. This research focused on the correlation between
homework and achievement in Bahasa Cina among the primary students. Three
independent variables involved, namely time spent on homework, types of
homework and teacher’s administration of homework. A total of 100 year five
students from two different schools in Mersing were involved in this research. The
data was collected through questionnaire and processed using Statistical Packages
for Social Sciences (SPSS). Descriptive statistics in the form of frequency,
percentage and inference in the form of Pearson and Spearman Coefficient were used
in data analyze. As a whole, the results of this study showed no significant
correlation between time spent on homework with students’ achievement in Bahasa
Cina. However, the results also showed that there’s little significant correlation
between types of homework (practice), teachers’ administration on homework (after
homework has been completed) with the students’ achievement in Bahasa Cina. In
general, the effect of homework on achievement of primary school students appears
to be small. The finding suggests that homework should be build on practice (skills
already learned) and students should be given feedback on their performance.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
1 PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Hipotesis Kajian 5
1.7 Rasional Kajian 6
1.8 Kepentingan Kajian 6
viii
1.9 Skop Kajian 7
1.10 Batasan Kajian 7
1.11 Kerangka Teori 8
1.11.1 Teori Tingkah Laku (Behavourisme) 8
1.11.2 Teori Kognitif 9
1.12 Kerangka Konsep 9
1.13 Definisi Istilah 10
1.13.1 Kerja Rumah 10
1.13.2 Peruntukan Masa dalam Kerja Rumah 11
1.13.3 Jenis Kerja Rumah 11
1.13.4 Cara Pengelolaan Guru terhadap Kerja 12
Rumah
1.13.5 Pencapaian 13
1.13.6 Mata Pelajaran Bahasa Cina 13
1.14 Penutup 13
2 SOROTAN KAJIAN 14
2.1 Pengenalan 14
2.2 Perkembangan yang berkaitan Kerja Rumah 14
2.2.1 Kajian Lepas Luar Negara 14
2.2.1.1 Peruntukan Masa dalam Kerja 15
Rumah dengan Pencapaian
Pelajar
2.2.1.2 Jenis Kerja Rumah dengan 18
Pencapaian Pelajar
2.2.1.3 Cara Pengelolaan Guru terhadap 19
Kerja Rumah dengan Pencapaian
ix
2.2.2 Kajian Lepas dalam Negera 21
2.3 Teori yang Berkaitan dengan Kajian 23
2.3.1 Teori Tingkah Laku (Behavourisme) 23
2.3.2 Teori Kognitif 24
2.4 Penutup 25
3 METODOLOGI KAJIAN 27
3.1 Pengenalan 27
3.2 Reka Bentuk Kajian 27
3.3 Instrumen Kajian 28
3.3.1 Bahagian A 28
3.3.2 Bahagian B 29
3.4 Prosedur Pengumpulan Data 30
3.5 Pemboleh ubah Kajian 32
3.6 Populasi dan Sampel Kajian 32
3.7 Kajian Rintis 32
3.8 Penganalisisan Data 33
3.8.1 Analisis Deskriptif 33
3.8.2 Analisis Inferensi 34
3.9 Penutup 35
4 DAPATAN KAJIAN 36
4.1 Pengenalan 36
4.2 Analisis Deskriptif 36
4.2.1 Taburan Pelajar mengikut Jantina 37
4.2.2 Taburan Pelajar mengikut Pencapaian 37
x
Bahasa Cina
4.2.3 Taburan Pelajar mengikut Peruntukan 38
Masa untuk Menyiapkan Kerja
Rumah Bahasa Cina dalam Sehari
4.3 Analisis Inferensi 38
4.3.1 Hubungan antara Peruntukan Masa 39
untuk Menyiapkan Kerja Rumah
Bahasa Cina dengan Pencapaian
Bahasa Cina
4.3.2 Hubungan antara Jenis-Jenis Kerja 39
Rumah Bahasa Cina dengan
Pencapaian Bahasa Cina
4.3.2.1 Hubungan antara Kerja Rumah 40
Bahasa Cina jenis Persediaan
dengan Pencapaian Bahasa
Cina
4.3.2.2 Hubungan antara Kerja Rumah 41
Bahasa Cina jenis Latihan
dengan Pencapaian Bahasa
Cina
4.3.2.3 Hubungan antara Kerja Rumah 41
Bahasa Cina jenis Peluasan
Pengetahuan dengan Pencapaian
Bahasa Cina
4.3.3 Hubungan antara Cara Pengelolaan 42
Guru terhadap Kerja Rumah dengan
Pencapaian Bahasa Cina
xi
4.3.3.1 Hubungan antara Cara 42
Pengelolaan Guru Semasa
Pemberian Kerja Rumah
Bahasa Cina dengan
pencapaian Bahasa Cina
4.3.3.2 Hubungan antara Cara 43
Pengelolaan Guru Selepas
Kerja Rumah Bahasa Cina
disempurnakan dengan
Pencapaian Cina
4.4 Penutup 44
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN 45
CADANGAN
5.1 Pengenalan 45
5.2 Perbincangan 45
5.2.1 Hubungan antara Peruntukan Masa 46
Menyiapkan Kerja Rumah dengan
Pencapaian
5.2.2 Hubungan antara Jenis Kerja Rumah 47
dengan Pencapaian
5.2.3 Hubungan antara Cara Pengelolaan 48
Guru dengan Pencapaian
5.3 Rumusan Kajian 50
5.4 Cadangan 50
5.4.1 Pihak Guru 51
xii
5.4.2 Pihak Ibu Bapa 52
5.4.3 Pihak Sekolah 52
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 53
5.6 Penutup 53
BIBLIOGRAFI 55
LAMPIRAN : LAMPIRAN A - C 57 - 63
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan item dalam Soal Selidik 29
3.2 Klasifikasi kekuatan korelasi daripada Rowntree 34
4.1 Taburan pelajar mengikut jantina 37
4.2 Taburan pelajar mengikut pencapaian Bahasa Cina 37
4.3 Taburan pelajar mengikut peruntukan masa untuk
menyiapkan kerja rumah Bahasa Cina dalam sehari
38
4.4 Analisis korelasi Spearman hubungan antara
peruntukan masa menyempurnakan kerja rumah
Bahasa Cina dengan pencapaian Cina
39
4.5 Analisis korelasi Pearson hubungan antara kerja
rumah Bahasa Cina jenis persediaan dengan
pencapaian Bahasa Cina
40
4.6 Analisis korelasi Pearson hubungan antara kerja
rumah Bahasa Cina jenis latihan dengan
pencapaian Bahasa Cina
41
4.7 Analisis korelasi Pearson hubungan antara kerja
rumah Bahasa Cina jenis peluasan pengetahuan
dengan pencapaian Bahasa Cina
41
4.8 Analisis korelasi Pearson hubungan antara cara
pengelolaan guru semasa pemberian kerja rumah
dengan pencapaian Bahasa Cina
42
4.9 Analisis korelasi Pearson hubungan antara cara
pengelolaan guru selepas kerja rumah Bahasa Cina
disempurnakan dengan pencapaian Bahasa Cina
43
xiv
4.10 Keputusan penuh hipotesis dalam hubungan antara
kerja rumah Bahasa Cina dengan pencapaian
44
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka Konsep Kajian 9
3.1 Proses pengumpulan data projek 31
xvi
SENARAI SINGKATAN
EPRD -- Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan
KPM -- Kementerian Pelajaran Malaysia
SJKC -- Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang soal selidik 57
B Surat kelulusan dari EPRD 61
C Surat kebenaran dari Jabatan Pelajaran
Johor
63
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Laporan Kabinet mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979) telah
memperakukan beberapa syor bagi mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran
selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyusun semula masyarakat yang progresif
yang berorientasikan sains dan teknologi. Sehubungan dengan itu, pelbagai teknik
dan strategi pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan. Lebih banyak peluang
diberikan kepada murid-murid supaya kemahiran berfikir dapat diserapkan ke dalam
pengajaran dan pembelajaran. Teknik hafalan juga dikurangkan supaya pembelajaran
dan pengajaran menjadi suatu kegiatan yang menarik dan menyeronokkan.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan garis panduan umum
tentang pemberian kerja rumah kepada murid sekolah dengan memberi tumpuan
kepada tiga aspek utama iaitu perancangan, pelaksanaan dan pemantauan. Menurut
saranan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, garis panduan tentang pelaksanaan
kerja rumah itu perlu dipatuhi oleh pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
serta Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan dilaksanakan dengan serius. Di samping itu,
beliau turut memberi cadangan bahawa pemberian kerja rumah penting bagi
memperkukuh dan memperkaya pemahaman murid terhadap pelajaran tetapi ia perlu
dirancang dengan baik, menepati matlamat, menarik serta sentiasa dipantau. Kerja
rumah merupakan sejenis latihan bersifat kendiri dan perlu dilakukan dengan
berkesan mampu meningkatkan prestasi pelajar (H.Cooper, et al, 1998; Stein &
2
Carnine, 1999). Kerja rumah perlu diselaraskan dengan objektif dan aktiviti
pembelajaran.
Di Malaysia, ibu bapa turut bersetuju agar anak-anak mereka diberi kerja
rumah kerana mereka juga percaya kerja rumah membekalkan peluang untuk anak-
anak membuat latihan yang banyak dan seterusnya meningkatkan pencapaiannya.
Walau bagaimanapun, guru diminta memberi perhatian dari segi bahan dan amaun
kerja rumah supaya tidak membebankan anak-anak mereka. New Straits Times, 1992)
Menurut Lumsden (1996) pula, salah satu rahsia kejayaan adalah sentiasa ada
sesuatu yang dikerjakan. Beliau berpendapat bahawa kerja rumah adalah satu tugasan
yang menyebabkan pelajar-pelajar selalu belajar dan membuat latihan. Kerja rumah
telah terbukti membawa kejayaan kepada pelajar-pelajar yang lulus peperiksaan
mereka dengan cemerlang.
1.2. Latar Belakang Masalah
Isu kerja rumah sering diperkatakan dalam arena pendidikan terutamanya di
sekolah rendah. Isu kerja rumah telah menjadi punca utama tercetusnya pertelagahan
di kalangan guru dan ibu bapa atas hukuman yang dikenakan kepada pelajar akibat
daripada tidak menghantar kerja rumah. Guru dan ibu bapa berlainan pendapat
terhadap amalan pemberian kerja rumah dengan taraf pencapaian pelajar.
Kebanyakan guru menganggap kerja rumah sebagai satu daripada amalan
biasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan tidak dapat dipisahkan dengan
kurikulum di sekolah. Pandangan-pandangan para ibu bapa pula agak negatif tentang
penekanan kerja rumah kepada pelajar-pelajar. Mereka menganggap kerja rumah
telah ‘merompak’ masa kanak-kanak untuk berkembang dari segi jasmani kerana
pelajar-pelajar yang dibeban dengan kerja rumah tidak ada masa untuk aktiviti-
aktiviti berbentuk rekreasi.
3
Kebanyakan pelajar tidak dapat menyempurnakan kerja rumah kerana guru
tidak dapat memberi penjelasan sebelum melakukan sesuatu. Kerja rumah juga
mencetuskan tingkah laku yang tidak dingini seperti tipu helah, menyalin hasil kerja
kawan, dan sebagainya. Masalah-masalah yang tersebut timbul kerana amalan
pemberian kerja rumah itu tidak diimplementasikan secara profesional di sekolah.
Pelaksanaan secara terancang tentang kerja rumah tidak begitu diambil berat oleh
guru-guru sekolah. Pemberian kerja rumah oleh guru kepada pelajar-pelajar
dilaksanakan atas arahan pihak pentadbir sekolah atau ketua panitia dan bukan diberi
atas kefahaman dan kesedaran guru bahawa kerja rumah itu adalah satu komponen
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kebanyakan ibu bapa berpendapat bahawa kecemerlangan pendidikan
seseorang pelajar diukur dari segi pencapaian yang diperolehi dalam ujian di sekolah
atau peperiksaan awam. Maka mereka lebih berminat menghantar anak-anak ke pusat
tuisyen dan menghabiskan lebih masa untuk menghadiri kelas tuisyen sehingga tiada
masa untuk menghabiskan kerja rumah. Oleh sebab itu, kerja rumah dikendalikan
oleh anak-anak mereka dengan tidak bersungguh-sungguh.
1.3 Penyataan Masalah
Kerja rumah merupakan sebahagian daripada rutin yang perlu dialami selagi
individu digelar murid atau pelajar. Kerja rumah diberi oleh guru setiap hari dan
perlu disiapkan di luar waktu persekolahan. Biasanya ianya dilakukan di rumah.
Oleh kerana murid terdiri daripada pelbagai latar belakang, maka tidak semua murid
dapat menyiapkn kerja rumah yang diberi oleh guru. Pelbagai kekangan dialami
seperti masalah peribadi, faktor sosial, masa, jenis kerja rumah yang diberi dan
sebagainya.
Bahasa Cina merupakan bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
Bahasa Cina adalah suatu mata pelajaran yang utama dan membawa banyak sekali
kerja rumah. Ini disebabkan oleh peruntukan masa bagi mata pelajaran Bahasa Cina
4
untuk tahap satu adalah 15 waktu atau 450 minit seminggu manakala tahap dua pula
adalah antara 10 waktu atau 300 minit seminggu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1994 peruntukan Masa KBSR bagi Seminggu Dan
Jadual Pelaksanaan Mata-Mata Pelajaran KBSR). Hampir setiap hari pelajar-pelajar
akan diberi kerja rumah mata pelajaran Bahasa Cina. Masyarakat kini juga tertanya-
tanya sama ada pemberian kerja rumah oleh guru ini ‘sanggup’ membawa manfaat
kepada pencapaian anak-anak mereka.
Oleh yang demikian, pengkaji mengambil inisiatif untuk mengkaji hubungan
antara peruntukan masa, jenis dan cara pengelolaan guru terhadap kerja rumah bagi
mata pelajaran Bahasa Cina dengan pencapaian murid Tahun Lima dalam mata
pelajaran tersebut.
1.4. Objektif Kajian
Objektif umum kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara
peruntukan masa, jenis dan cara pengelolaan guru terhadap kerja rumah bagi mata
pelajaran Bahasa Cina dengan pencapaian pelajar Tahun Lima dalam Bahasa Cina di
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan di daerah Mersing, Johor. Objektif khusus kajian
adalah:
1.4.1 Mengenal pasti hubungan antara peruntukan masa dalam menyiapkan kerja
rumah Bahasa Cina dengan pencapaian pelajar.
1.4.2 Mengenal pasti hubungan antara jenis kerja rumah Bahasa Cina dengan
Pencapaian pelajar.
1.4.3 Mengenal pasti hubungan antara cara pengelolaan guru bagi kerja rumah
Bahasa Cina dengan pencapaian pelajar.
5
1.5. Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa persoalan di bawah:
1.5.1 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara peruntukan masa
menyempurnakan kerja rumah Bahasa Cina dengan pencapaian Bahasa Cina?
1.5.2 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kerja rumah jenis
persediaan Bahasa Cina dengan pencapaian Bahasa Cina?
1.5.3 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kerja rumah jenis
latihan Bahasa Cina dengan pencapaian Bahasa Cina?
1.5.4 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kerja rumah jenis
peluasan pengetahuan (extension) Bahasa Cina dengan pencapaian Bahasa
Cina?
1.5.5 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan guru
semasa pemberian kerja rumah Bahasa Cina dengan pencapaian Bahasa Cina?
1.5.6 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan guru
selepas kerja rumah Bahasa Cina disempurnakan dengan pencapaian Bahasa
Cina?
top related