bilik seni visual
Post on 11-Aug-2015
599 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
0
Isi Kandungan
Bil Perkara Halaman
1. Penghargaan
1
2. Pelan Tindakan
2
3. SoalanTugasan
3 - 5
4. Objektif P & P, konsep 5P, Peranan guru, penghasilan
6 -17
5. Tugasan 2
Rancangan Pengajaran Tahun 3 (Tahap I)
Ulasan
Ilustrasi semasa P&P dijalankan
Rancangan Pengajaran Tahun 6 (Tahap II)
Ulasan
Ilustrasi semasa P&P dijalankan
18 -32
33 - 45
6. Tugasan 3
Laporan Panitia PSV sekolah merekabentuk dan
menyediakan bahan sumber P&P, penyimpanan &
stok alat dan bahan PSV.
Ilustrasi
46 - 63
7. Tugasan 4
Pelan lantai bilik PSV yang kondusif
64 – 67
8. Refleksi
68 – 69
9. Lampiran
70 - 72
10. Bibliografi
73
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
1
PENGHARGAAN
Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin bersyukur kepada
Tuhan kerana dapat menyiapkan tugasan seni ini pada masa yang telah ditetapkan.
Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah Pendidikan
Seni Visual bagi subjek PSV 3104 iaitu Cik Zalia binti Abdullah yang telah memberi masa dan
bimbingan yang diharapkan.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak
membantu dan memberi komen yang membina dalam menyiapkan tugasan ini. Terutamanya
kepada Puan Asnida Che Rahim, Puan Rodziah Arif, Puan Kamsiah, Encik Aliasan Jikri dan
Encik Bakau Chabu. Tanpa nasihat dan tunjuk ajar mereka sudah tentu saya tidak dapat
menyiapkan tugasan ini.
Tugasan ini mengkehendaki saya menjalankan pemantauan terhadap aktiviti pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual bagi dua orang guru serta membuat ulasan
berpandukan beberapa perkara yang telah ditetapkan. Perkara ini kelihatan mudah namun
memerlukan masa yang sesuai dan perbincangan dengan rakan sejawat agar aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Kesediaan murid, peralatan dan bahan yang
mencukupi dan kesediaan guru perlu diambil kira dalam menjalankan pemantauan P&P PSV
tersebut. Kerjasama daripada dua orang guru tersebut iaitu cikgu Junaidah bt. Ramli dan Cikgu
Azizul bin Othman amat membanggakan kerana mereka telah memberikan P&P yang terbaik
kepada murid-murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Walaupun mata pelajaran PSV
ini merupakan subjek elektif namun ia mempunyai teori perkembangannya yang tersendiri dan
perlu dititikberatkan untuk perkembangan semua murid yang mempunyai pelbagai kecerdasan.
Banyak perkara yang saya pelajari semasa menjalankan kajian terhadap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual dan pengurusan bilik seni di sekolah Anjung
Teduh ini. Saya juga telah berkongsi beberapa keping gambar bilik seni serta projek yang
dijalankan di sekolah saya kepada rakan-rakan yang memerlukannya.
Sekian…
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
2
PELAN TINDAKAN
Bil Perkara Tarikh
1. Soalan tugasan diperolehi daripada Pensyarah Cik Zalia
bt. Abdullah
Mac 2010
2. Perbincangan bersama rakan sekuliah
(En. Aliasan, En. Bakau, En. Juniaf, Pn. Rodziah, Pn.
Kamsiah, Pn. Asnida dan Pn. Raisah.
Sepanjang tempoh
perlaksanaan (Mac- April)
3. Membuat perbincangan dengan dua orang guru
Pendidikan Seni Visual
5hb April 2010
4. Menjalankan pemantauan P&P
8hb &13hb April 2010
5. Membuat ulasan
14hb – 20hb April
6. Mengambil gambar dan membuat perbincangan bersama
Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual
Sepanjang menjalankan
pemantauan
7. Membuat laporan
20hb – 23hb April 2010
8. Membuat pelan lantai bilik seni yang kondusif
26-28hb April 2010
9. Penghantaran Kerja kursus.
30 April 2010
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
3
SOALAN TUGASAN
JADUAL PENENTUAN TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK
JABATAN : SENI VISUAL MATA PELAJARAN : PSV 3104 - KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)
PSV AMBILAN NOVEMBER 2008 PERINGKAT : 2
TARIKH HANTAR : 16 APRIL 2010 TARIKH MULA : 1 MAC 2010 Hasil Pembelajaran: 1) Menerangkan perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual (PSV), sukatan pelajaran dan
huraian sukatan pelajaran (HSP) PSV KBSR. 2) Mengkaji dan mengesan pelaksanaan kurikulum PSV KBSR. 3) Mengkaji pengurusan Panitia PSV di sekolah Objektif Tugasan Kerja Kursus Projek: 1) Mendapatkan maklumat, mencerakin maklumat, menyediakan bahan/maklumat pembentangan
dan membentangkan maklumat 2) Mengenalpasti dan menghuraikan: i) objektif P&P PSV dengan aktiviti ii) penggunaan konsep 5P dalam P&P PSV iii) peranan guru semasa P&P PSV berlansung iv) penghasilan dan penggunaan ABM dan BBM dalam P&P PSV v) pengurusan aktiviti PSV vi) penggunaan alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran vii) merekabentuk dan menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran PSV viii) penyimpanan & stok alat dan bahan PSV. 3) Menghasilkan satu pelan lantai bilik PSV yang konduksif untuk sekolah
TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
4
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) PSV AMBILAN NOVEMBER 2008 PSV3104 – KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL, KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH Tugasan kerja kursus ini bertujuan memberi pendedahan, gambaran dan pengalaman langsung kepada para pelajar tentang matlamat, konsep 5P dan objektif kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah. Ia juga dirancangan agar pelajar dapat melakukan kajian tentang pengurusan dan pelaksanaan kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah masing-masing. Berdasarkan gabungan pengalaman tersebut, pelajar akan dapat mempertingkatkan kefahaman dan kemampuan dalam mengurus dan melaksanakan aktiviti seni sama ada di dalam mahu pun di luar bilik darjah. STEM/SIMULASI/RANSANGAN Kurikulum Pendidikan Seni Visual telah mengalami banyak perubahan sejak ia diperkenalkan. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) Pendidikan Seni Visual di sekolah memerlukan guru meneliti sukatan pelajaran dan huraiannya. Seterusnya merancang P&P yang memerlukan penggunaan pelbagai bahan dan alat, strategi dan kaedah. Hasil seni yang dihasilkan oleh murid perlu dihargai dengan beberapa cara. Selain daripada perancangan dan pelaksanaan P&P yang berkesan, faktor fizikal seperti bilik seni yang konduksif merupakan menyumbang ke arah kejayaan kuriikulum PSV sekolah rendah. PENERANGAN TUGASAN TUGASAN 1 ( Kumpulan) Berdasarkan tajuk yang telah diberi, sediakan satu persembahan elektronik yang menarik menggunakan MS PowerPoint. Kemudian buat pembentangan persembahan tersebut di dalam kelas mengikut giliran kumpulan masing-masing. TUGASAN 2 (Individu) Dalam pelaksanaan P&P PSV, guru memainkan pelbagai peranan. Buat satu kajian kes tentang pelaksanan P&P PSV di sekolah anda. Kajian ini memerlukan/melibatkan: 1) 1 orang guru yang mengajar subjek PSV Tahap 1 dan 1 orang lagi di Tahap 2 2) Pilih satu aktiviti yang dilaksanakan dalam satu sesi P&P oleh guru tersebut (kedua-duanya aktiviti yang berbeza). 3) Buat ulasan tentang P&P tersebut (ulasan termasuk kesesuaian dan kaitan antara objektif P&P dengan aktiviti, penggunaan konsep 5P, peranan guru semasa P&P berlansung, penghasilan dan penggunaan ABM dan BBM, pengurusan aktiviti, penggunaan alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran dan rumusan) TUGASAN 3 (Individu)
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
5
Hasilkan satu laporan tentang cara Panitia PSV sekolah anda merekabentuk dan menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran PSV, penyimpanan & stok alat dan bahan PSV. TUGASAN 4 (Individu) Hasilkan satu cadangan pelan lantai bilik PSV yang konduksif untuk sekolah anda. Sila gunakan petunjuk yang bersesuaian. Boleh dihasilkan sama ada menggunakan perisian komputer mahupun lukisan tangan. ARAHAN TUGASAN
1) Bahagaian kulit luar tugasan projek hendaklah dilengkapi dengan maklumat berikut:
No. Pelajar :_________________________________________
No. Mykad :_________________________________________
Kumpulan/Unit :_________________________________________
Kod & Mata pelajaran :____________________________________
Nama Pensyarah Pembimbing:______________________________
Tarikh Serahan :_________________________________________ 2) Tugasan 1 hendaklah dihantar dalam bentuk softcopy/cd. 3) Tugasan 2, 3 dan 3 perlu dicetak menggunakan kertas A4, fonts New Times Roman (saiz 12 dan dilangkau 1.15) . Kemudian dijilidkan menjadi satu buku. 4) Tugasan 2 – jenis-jenis aktiviti yang dimaksudkan adalah aktiviti individu/kumpulan/kelas samada dalam/luar bilik darjah. 5) Format laporan adalah mengikut kreativiti masing-masing. Disediakan oleh: Disahkan oleh: (ZALIA ABDULLAH) (AHMAD MOHD YASSIN) Pensyarah Akademik, Ketua Jabatan, JPSV, IPG K.Keningau, JPSV, IPG K.Keningau, Sabah. Sabah.
OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
6
Objektif pembelajaran bagi sesuatu tajuk merupakan kenyataan yang guru harapkan dan
dapat ditunjukkan pelajar pada tingkahlakunya.
Kegunaan Objektif
Kegunaan objektif pelajaran yang ditulis dalam bentuk objektif tingkahlaku atau objektif
perlakuan adalah banyak. Antaranya :
a. Menitikberatkan tingkahlaku dan pencapaian murid dan tidak tidak berpusatkan guru.
Oleh itu guru perlu lebih peka pada keperluan dan kebolehan murid.
b. Memberikan arah tuju kepada guru di samping dapat membantu manilai kemajuan
perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran.
c. Sebagai panduan kepada guru untuk merancang dan memilih bahan pengajaran yang
sesuai dan relevan.
d. Membantu guru dalam merancang, memilih dan menentukan strategi pembelajaran.
e. Memberi gambaran yang jelas kepada murid, guru, pihak pentadbir dan penyelia apa
yang murid capai di akhir sesuatu pelajaran.
f. Memberi bayangan kepada murid tentang bentuk penilaian yang akan diberi.
g. Membantu murid untuk membuat penilaian kemajuan kendiri.
h. Membantu guru dalam menyusun atur aktiviti susulan.
Penulisan Objektif
Objektif perlakuan yang ditulis perlu mempunyai 3 kompenan iaitu ;
a. Perlakuan
Menyatakan, apakah yang murid akan buat atau lakukan bila mereka menunjukkan
perlakuan objek. Adalah penting bagi guru menyatakan jenis perlakuan yang diterima
sebagai bukti murid tersebut menguasai sesuatu objektif. Sebagai contoh perkataan yang
digunakan untuk membuat objektif tingkahlaku ialah seperti memilih, merekabentuk,
mengenal pasti, menyenaraikan, menyusun dan lain-lain.
b. Syarat
Keadaan di mana perlakuan itu akan dilakukan, ia boleh terdiri daripada peralatan,
bekalan atau bahan yang diberikan kepada pelajar untuk melakukan sesuatu perlakuan.
Sebagai contoh “ dengan membaca petikan yang diberi ”
c. Kriteria
Menerangkan paras penguasaan atau kecekapan yang mesti dicapai dalam melakukan
perlakuan objektif yang dapat memberikan gambaran bagaimana cara untuk menilai
perlakuan murid. Contohnya ” dapat memotong kayu dalam masa 10 minit ” “dengan 90
% jawapan betul ” , “dengan tepat ” .
Contoh objektif perlakuan
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
7
Di akhir pelajaran, murid dapat menyenaraikan 5 daripada 6 ciri usahawan dengan tepat
berdasarkan petikan yang diberikan.
Domain Objektif
a. Kognitif
Domain yang mengandungi perlakuan yang menentukan pengetahuan mengenai konsep,
prinsip atau ketetapan am. Contoh, selepas pengajaran murid dapat menyenaraikan 10 jenis
tanaman hiasan yang terdapat di kawasan sekolah dengan 90 % betul.
b. Afektif
Domain yang melibatkan sikap, perasaan atau kepercayaan. Dalam domain ini perlakuan
agak sukar diukur. Contoh, selepas demotrasi, murid akan menunjukkan kesedaran
keselamatan dalam makmal dan melaporkan kepada guru jika ada keadaan yang berbahaya.
c. Psikomotor
Domain yang beraitan dengan kemahiran. Contoh, selepas tunjuk cara oleh guru murid dapat
melakukan pengiraan dengan betul.
Rumusan Penulisan Objektif
a. Objektif perlakuan mestilah ditulis untuk pelajar.
b. Objektif perlu ditulis dengan ringkas, padat, jelas dan eksplisit.
c. Objek mestilah sesuai dengan peringkat dan kebolehan murid.
d. Objektif perlu ditulis dengan menggunakan perkataan perbuatan yang boleh dilakukan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perkataan-perkataan perlakuan itu tidak
mempunyai banyak makna dan boleh dinilai atau diukur
e. Tidak hanya mengkhususkan pada domain kognitif sahaja tetapi juga domain afektif dan
psikomotor.
KONSEP 5P
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
8
Konsep ini merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di
peringkat sekolah rendah. Konsep 5Pjuga merupakan satu saranan supaya bidang kemahiran atau
bahan pengajaran danpembelajaran disampaikan secara bersepadu dan tidak secara
berasingan.Konsep 5P menekankan penggabungjalinan , penyerapan, penilaian, pengayaan, dan
pemulihan.
PENGGABUNGJALINAN
Penggabungjalinan ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan
supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai urutan
yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek
kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini, sesi
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.
Tujuan strategi penggabungjalinan seperti yang berikut:
a. Kemahiran dapat dikuasai secara serentak.
b. Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan.
c. Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi.
d. Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai pelajar.
Prinsip-prinsip penggabungjalinan
5P
PENGGABUNGJALINAN
PENILAIAN PENYERAPAN
PEMULIHAN PENGAYAAN
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
9
Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai.
Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungjalinkan.
Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik.
Berdasarkan kebolehan dan pencapaian pelajar.
Bentuk-bentuk penggabungjalinan
Ada 3 bentuk penggabungjalinan :
1. Penggabungjalinan kemahiran
2. Penggabungjalinan bahan
3. Penggabungjalinan aktiviti
PENYERAPAN
Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur
pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran
yang diajar. Dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual unsur ilmu, nilai, dan kemahiran bernilai
tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, dan kajian masa depan boleh diserapkan.
Dalam program KBSR, penyerapan boleh dilihat dalam dua aspek utama iaitu aspek
pembelajaran dan aspek komunikasi.
Tujuan Penyerapan.
Aspek ini boleh membantu murid untuk :
Menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan dan peraturan melalui
aktiviti yang dijalankan;
Membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan;
Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati;
Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu;
Membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif, dan positif; dan
Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati.
Membantu murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan perbendaharaan kata,
pemilihan laras bahasa, tatabahasa, kegunaan intonasi, dan perlakuan bukan bahasa yang
lain mengikut konteks;
Memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk
perkembangan diri.
Menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima olehrakan
sebaya dan masyarakat.
Unsur Penyerapan dalam pengajaran Pendidikan seni Visual
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
10
Terdapat 5 unsur penyerapan iaitu :
i. Ilmu Pengetahuan.
Bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain seperti Agama Islam,
Pendidikan Moral, Bahasa Melayu, Matematik, Kajian Tempatan, Muzik, Sains, dan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam satu
mata pelajaran untuk mata pelajaran lain.
Pelbagai karya sastera seperti pantun, syair, dan sajak.
Pengetahuan am seperti hal ehwal semasa dan hal ehwal dalam negeri.
Hal ehwal budaya, warisan, dan kemasyarakatan.
ii. Nilai murni.
Nilai murni boleh diterapkan dengan berbagai-bagai cara sepanjang pengajaran dan
secara terancang dalam aktiviti pembelajaran. Strategi utama untuk pembinaan nilai murni ialah
melalui aktiviti secara individu, berkumpulan, atau kelas. Kadangkala nilai murni tidak
dinyatakan secara terus, tetapi boleh disampaikan secara terancang dalam satu waktu pengajaran
dan pembelajaran. Pemupukan nilai murni ini boleh dilakukan melalui aktiviti yang melibatkan
murid secara aktif seperti gerak kerja kumpulan dan kerja projek. Penyerapan nilai dalam
pengajaran dapat melahirkan insan yang baik , berakhlak mulia , berhemah tinggi, berperibadi
mulia dan prihatin serta memahami antara satu dengan lain.
iv. Kewarganegaraan
Penyerapan unsur patriotisme dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual mengutamakan
pemupukan semangat cinta dan taat setia akan negara Malaysia. Aktiviti ini bertujuan untuk
melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan
negara.
v. Peraturan sosio-budaya.
Peraturan sosio-budaya dalam Pendidikan Seni Visual meliputi pemerhatian secara aktif,
interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah dan
menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
vi. Kemahiran Bernilaian Tambah.
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
11
Penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran seni bagi membolehkan pelajar
dapat mengaplikasikan kemahiran itu dapat dunia sebenar pelajar. Antara kemahiran bernilai
tambah ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran
belajar cara belajar, kajian masa depan dan kecerdasan pelbagai.
PENGAYAAN
Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk
memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya
kreativiti, dan semangat kepemimpinan. Pengayaan disediakan untuk semua murid sama ada
kumpulan cerdas, sederhana, atau lemah. Aktiviti pengayaan berlainan daripada aktiviti
pembelajaran kemahiran asas. Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka berjaya
menguasai kemahiran asas tertentu. Murid menggunakan kemahiran yang telah dikuasai untuk
menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan akan meluaskan pengalaman dan
pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam bidang tertentu.
Aktiviti Pengayaan
Sebagai guru, anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktiviti
pengayaan. Antaranya adalah seperti yang berikut:
a. Menggunakan daya usaha sendiri;
b. Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri;
c. Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental;
d. Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah
e. Melibatkan pembacaan luas; dan
f. Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial.
Program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti, termasuklah:
Pembelajaran akses kendiri;
Kerja projek;
Bacaan tambahan;
Permainan dan rekreasi; dan
Pembelajaran berbantukan komputer.
PEMULIHAN
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
12
Dalam konteks ini pemulihan dihubungkan dengan kanak-kanak yang menghadapi
kesulitan pembelajaran. Pengajaran pemulihan merupakan langkah khas yang guru lakukan
untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menghargai
keindahan alam ciptaan Tuhan, melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis,
kreatif dan meyeronokkan, menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera.
mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya, mengembangkan kemahiran
asas dalam pelbagai kegiatan seni visual, membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur,
cermat dan selamat, memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri, dan
bertanggungjawab, mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air, menggunakan
kemudahan teknologi dalam kegiatan, penghasilan seni visual, melibatkan diri dalam kegiatan
seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah
Murid-murid dalam kategori pemulihan perlu didedahkan dengan aktiviti ini mengikut
kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran supaya jurang perbezaan antara mereka
dengan murid lain dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali.
Objektif program pemulihan
Antara objektif strategi pemulihan ini adalah untuk membolehkan murid:
a. Menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti yang sesuai dengan mereka;
b. Mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan
perkembangan mental individu;
c. Mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru;
d. Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke taraf yang lebih maju;
e. Mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial samaada di
dalam atau di luar bilik darjah;
f. Membina, memperoleh, dan mengembangkan sikap percayakan diri sendiri dan berdikari;
g. Dapat meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa yang bersesuaian
dengan keperluan masing-masing.
PENILAIAN
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
13
Penilaian dalam Pendidikan Seni Visual bukan hanya melibatkan pengujian dan
pengukuran tetapi penilaian secara keseluruhan. Penilaian secara keseluruhan membolehkan
murid mengabungkan kefahaman mereka kepada aspek kognitif, psikomotor dan afektif. Secara
tidak langsung, ia menitikberatkan fokus kepada perbuatan murid yang mencungkil kemahiran
berfikir serta melahirkan murid yang mampu membuat keputusan. Keberkesanan program mata
pelajaran ini dapat diukur melalui Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan di
peringkat sekolah. Penilaian Pendidikan Seni Visual KBSR mempunyai empat unsur iaitu
penilaian berasaskan sekolah, penilaian yang fleksibel, penilaian yang mempunyai
akauntabiliti dan penilaian yang adil.
Penilaian berasaskan sekolah perlu dirancang dan dikendalikan secara berterusan dari
segi pembinaan alat penilaian dan pentadbirannya. Penilaian yang fleksibel menitikberatkan
penilaian yang mengambil kira keperluan sekolah serta ciri mur id itu sendiri dari segi gaya
pembelajaran dan kecerdasan murid. Penilaian boleh dilakukan secara individu atau
berkumpulan. Guru bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan penilaian yang
mempunyai akauntabiliti seperti perancangan, penentuan instrumen serta pelaksanaannya.
Selain daripada itu, guru juga harus merekod pencapaian murid, menganalisa markah
tersebut serta membuat laporan untuk membuat tindakan susulan yang berkaitan. Penilaian
dalam Pendidikan Seni Visual bersifat adil kerana cara, bentuk dan kandungannya harus
mengikut keadaan dan ciri murid. Mur id dinilai dari segi apa yang mereka tahu, cara mereka
berfikir dan kemampuan psikomotor mereka. Terdapat tiga kaedah penilaian dalam Pendidikan
Seni Visual secara khususnya, iaitu pemerhatian, lisan dan interaksi, dan penulisan. Kaedah
pemerhatian melibatkan pemerhatian proses dan pemerhatian hasil kerja.
Pemerhatian yang dilakukan oleh guru semasa murid membuat kerja adalah dikenali
sebagai pemerhatian proses berguna kerana guru dapat menilai penguasan kemahiran amali dan
perkembangan bakat murid. Selain daripada itu, guru juga dapat menilai penguasan kemahiran
sosial, amalan murid serta memerhati penglahiran emosi dan perasaan. Tahap kreativiti murid
juga dapat di kesan melaluipemerhatian. Pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang
diperlihatkan pada hasil kerja dilakukan dengan melihat kriteria-kriter ia tertentu pada hasil kerja
bagi tujuan penilaian. Antara kriteria yang dipilih untuk penilaian ialah gubahan, interpretasi,
kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan. Ini dikenali sebagai pemerhatian hasil kerja.
Kaedah lisan dan interaksi menolong guru menilai penguasan mur id terhadap aspek seni melalui
aktiviti yang dijalankan seperti soal jaw ab, kuiz, perbincangan, sumbangsaran, puisi, temubual,
bercerita, lakonan dan nyanyian. Kaedah penilaian secara penulisan pula berbentuk ujian pensil
dan kertas. Penilaian ini boleh ditadbirkan secara formal dan tidak formal dengan instrumen yang
berbentuk objektif dan subjektif. Tugasan dan portfolio yang diberikan selepas pengajaran satu
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
14
atau sebilangan tajuk/tema Pendidikan Seni Visual adalah satu kaedah penilaian secara
penulisan.
PERANAN GURU SEMASA P&P BERLANSUNG
1. PENGURUS
Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Mengawal kelas/studio Pendidikan Seni Visual.
Bertanggungjawab ke atas bahan dan peralatan pengajaran dan pembelajaran
Menjalankan aktiviti di luar.
Menguruskan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran.
Membuat penilaian dan memberi markah kepada tugasn murid.
2. PEMBIMBING
Membimbing murid dengan penuh perhatian
Mengadakan aktiviti pemulihan bagi membantu murid yang belum menguasai kemahiran.
Melaksanakan aktiviti pengukuhan dan pengayaan untuk meningkatkan kualiti
pembelajaran murid.
3. PEMUDAHCARA
Melaksanakan pengajaran berteraskan ansur maju.
Mengelola aktiviti pembelajaran berpandukan tahap kebolehan murid.
Memudahkan pemahaman konsep dengan mengaitkan dengan situasi sebenar kehidupan
murid.
4. MOTIVATOR
Menjalankan aktiviti bina semangat dan membentuk keyakinan diri murid.
Meransang dan menggalakkan murid
Membawa perubahan.
Memberi dorongan dan bimbingan.
Menyelesaikan maslah sosio dan emosi murid.
5. INISIATOR
Meransang pemikiran murid yang bercapah.
Mengemukakan soalan yang menjana pemikiran kreatif dan kritis.
Menyokong aktiviti penyelesaian masalah.
Menyarankan kolaboratif dan koperatif melalui kerja kumpulan.
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
15
Tugas dan tanggungjawab anda sebagai pengurus
Tugas pengurusan terbahagi kepada dua tahap berikut:
Mengurus proses pengajaran dan pembelajaran bagi lebih kurang 45 orang murid
termasuk menggariskan matlamat pembelajaran, merancang strategi yang sesuai bagi
mengurus pembelajaran dan tingkahlaku mereka, mentaksir serta menilai hasil
pembelajaran;
Mengurus persekitaran pembelajaran bagi memastikan berlakunya pembelajaran dalam
kalangan murid. Dengan kata lain, anda bertanggungjawab untuk mewujudkan satu
persekitaran bilik darjah yang positif dan selesa melalui persekitaran fizikal (perabut,
ruang dinding dan lantai), iklim psiko-sosial dan hubungan interpersonal (interaksi
antara guru-murid, dan murid-murid), Choong 2009.
Menurut Mc Ewan (2001), terdapat 10 ciri-ciri guru yang efektif. Ciri-ciri ini
boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan besar: peribadi, berunsurkan
pengajaran, dan intelektual.
Peribadi. Termasuk ciri-ciri seperti dedikasi terhadap pengajaran; dan prihatin terhadap
kebajikan murid, ibu bapa, rakan sejawat;
Berunsurkan pengajaran. Merangkumi cirri-ciri berikut: keupayaan mengurus bilik
darjah, tingkahlaku dan masa;bersemangat untuk mengajar; kebolehan memotivasi
murid; dan cekap mengajar;
Intelektual. Meliputi cirri-ciri seperti gemar membaca, mentelaah, meneroka sesuatu;
serasi dengan norma masyarakat, budaya dan subbudaya; dan mempunyai kesihatan
mental yang tinggi (Choong, 2009).
Manakala Goh (2005) menggunakan akronim 3P bagi mewakili ciri-ciri guru
yang berkesan, iaitu: Positif, Proaktif dan Bersifat Pencegahan.
Positif. Guru yang mempunyai sikap yang positif percaya murid-murid akan belajar. Oleh
demikian, guru tersebut akan berusaha dengan sedaya upaya untuk membantu mereka
belajar. Sikap sedemikian menyeai keyakinan dalam diri murid bahawa mereka boleh
berjaya. Selain itu, guru yang bersikap positif biasanya menunjukkan minat terhadap
murid-murid dalam semua aspek, sama ada di dalam ataupun di luar bilik darjah;
Proaktif. Bagi membolehkan sesi pengajaran berjalan dengan lancar, guru tidak boleh
hanya masuk ke dalam bilik darjah lalu mula mengajar apa yang dirancang. Sebaliknya,
guru perlu memberi pertimbangan kepada isu seperti; “Adakah murid-murid saya
pembelajar yang pintar, sederhana, lemah, ataupun campuran ketiga-tiga jenis tersebut?”
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
16
“Adakah wujud perbezaan dari segi jantina?” Berpandukan maklumat yang diperoleh,
anda akan fikirkan cara yang paling sesuai untuk menyusun tempat duduk murid-murid,
iaitu sama ada mengikut kumpulan yang mempunyai tahap kebolehan yang sama,
mengikut jantina yang sama, dan sebagainya. Merujuk contoh tadi, boleh disimpulkan
bahawa guru yang bersifat proaktif akan menyediakan satu pelan tindakan secara mental
sebelum masuk ke dalam bilik darjah;
Pencegahan. Bermaksud guru akan berusaha untuk mencegah agar tidak timbul
tingkahlaku bermasalah dalam bilik darjah. Mencegah lebih baik daripada merawat.
Untuk tujuan itu, mungkin anda akan tentukan peraturan-peraturan bilik darjah bersama
murid-murid serta sediakan garis panduan tertentu. Jika pada kali pertama anda masuk ke
dalam bilik darjah sudah ada satu set peraturan, ini menunjukkan anda seorang guru yang
proaktif dan bersifat mencegah (Choong, 2009). Tiga aspek ciri-ciri guru efektif menurut
Choong (2009) ialah (i) kualiti peribadi, (ii) kompetensi pengajaran dan pembelajaran,
dan (iii) penghayatan dan amalan nilai.
Kualiti Peribadi. Ciri-ciri guru yang efektif boleh dilihat dari segi kualiti peribadi.
Sumber bahan yang berlainan mengandungi perkataan yang berbeza berhubung dengan
kualiti peribadi guru. Antaranya termasuk: berkemahiran komunikasi, terurus, berilmu,
mudah didampingi, ceria, bersemangat, bersifat kecindan, berupaya menyesuaikan diri,
bersikap positif, bermotivasi, peka, mempunyai kesedaran, jelas, fasih, bersistematik,
berempati, tegas, adil, luwes, dan melayan murid-murid sebagai individu. Berani
menghadapi cabaran, menegakkan prinsip dan keadilan sosial; ketabahan hati untuk terus
berusaha sehingga mencapai kejayaan; kepercayaan bahawa anda boleh membawa
perubahan kepada kehidupan murid; rasa rendah diri; sifat keterbukaan terhadap maklum
balas; komitmen untuk mengilhamkan murid ke arah pencapaian yang cemerlang; dan
keazaman untuk mengatasi masalah pembelajaran dalam kalangan murid.
Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran. Biasakah anda dengar bahawa guru masa kini
bukan lagi seorang bijaksana atas pentas tetapi pembimbing di sisi murid? Ya, sejak
kebelakangan ini guru diminta menyahut seruan orang awam agar “mengajar demi
pembelajaran yang berkualiti”. Untuk tujuan itu, guru perlu menyemak semula gaya dan
strategi pengajaran yang digunakan sehingga bertujuan memaksimumkan kebolehan
murid-murid menimba ilmu baru. Selaras dengan peranan guru hari ini iaitu Fasilitator
berbanding penyampai maklumat. Seperti mana yang dijelaskan di atas perubahan kepada
persekitaran pembelajaran baru-baru ini mengubah matlamat pengajaran menjadi
pemindahan ilmu kepada situasi kehidupan seharian. Untuk itu, guru disyorkan agar
menggunakan penyoalan berbentuk Socratik di mana murid-murid belajar membina ilmu
tersendiri; Perekabentuk kebolehan murid-murid. Dengan berpandukan pengalaman lalu,
guru berupaya merancang peluang dan pengalamanpendidikan yang wajar bagi memupuk
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
17
aras pemikiran yang tinggi, pemindahan pembelajaran, kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif, pemikiran reflektif, dan sebagainya.
Penghayatan Dan Amalan Nilai. Memang tidak dapat dinafikan bahawa nilai merupakan
asas kepada pembentukan sikap, persepsi, motivasi dan personaliti seseorang
(INTAN,1993). Dalam konteks guru-guru di negara ini, nilai-nilai murni merupakan
tenaga asas yang menggerakkan guru melaksanakan tugasan dengan cemerlang. Dengan
kata lain, penghayatan nilai-nilai murni dapat membimbing mereka membentuk akhlak
yang mulia untuk meningkatkan keupayaan dan kualiti pengurusan murid. Di samping
itu, juga boleh menentukan pelaksanaan dasar dan program sekolah berjalan dengan
sempurna. Atas hakikat ini, penerapan nilai-nilai yang murni bukan sahaja diberi
penekanan dalam urusan peribadi guru malahan juga dalam tugas-tugas professional
mereka. Bagi memudahkan penghayatan, amalan dan penerapan nilai-nilai tersebut maka
kini terdapat panduan yang telah disediakan sebagai rujukan penting. Antaranya termasuk
termasuk Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam dan pengiringnya, Tonggak Dua
Belas.
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
18
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh : 8 hb April 2010
Hari : Khamis
Waktu : 2 waktu
Masa : 1 jam (7.50 – 8.50 pagi)
Matapelajaran : Pendidikan Seni Visual
Tahun : 3 Pintar
Bilangan pelajar : 25 orang
Bidang : Membentuk dan membuat binaan
Tajuk : Model ( bekas hadiah )
Objektik pembelajaran : Diakhir pembelajaran murid akan dapat :
i) Kognitif :
- memahami unsur seni serta teknik yang digunakan dalam
membentuk dan membuat binaan.
ii) Psikomotor :
- Menghasilkan binaan dan menghias dengan menggunakan
pelbagai alat, bahan dan teknik secara kreatif.
iii) Afektif :
- Murid akan berasa seronok dan berpuas hati apabila dapat
menghasilkan model yang diarahkan dan membuat
pernyataan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan
rakan.
Pengetahuan sedia ada : Murid sering melihat model ( bekas hadiah ) samada di
televisyen, majalah atau pun secara „real‟di pusat
membeli belah.
Penggabungjalinan : ♣ Mengenal elemen-elemen dalam kraftangan.
♣ Menggunakan elemen-elemen dalam prinsip rekaan
♣ Menggunakan elemen-elemen dalam teknik lipatan dan
Hiasan.
KBKK : Menjana idea, membuat gambaran mental, kritis
RPH
1
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
19
Nilai : 1. Menghargai warisan seni
2. Berkerjasama dalam menghasilkan model.
3. Mereka cipta.
4. Ketekunan dan teliti
5. Kekemasan dan kebersihan
Alat/bahan/sumber : kertas berwarna dan putih berbentuk segi empat sama,
riben, gunting, gam , salotape, gambar-gambar hiasan.
Kad manila.
PROSEDUR PENGAJARAN
Langkah/
masa Isi kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Alat,
BBM/catatan Aktiviti Guru Aktiviti Murid
Set
induksi
(5 minit)
▪ Mempamerkan hasil
kerja guru ( model bekas
hadiah)
Guru
mempamerkan hasil
model buatan guru.
Guru bersoal jawab
dengan murid
tentang model yang
dipamerkan.
Guru mengaitkan
jawapan pelajar
dengan isi
pelajaran.
Murid memberi
respon terhadap
model yang
dipamerkankan
Murid menjawab
soalan guru
▪ Model 3-D yang
digunakan.
Langkah 1
(10 minit)
Meneroka teknik asas
dan unsur seni dalam
penghasilan model.
Meneroka bahan
yang akan digunakan
dalam penghasilan
model.
Guru menerangkan
beberapa unsur seni
seperti bentuk,
ruang imbangan dan
kestabilan dalam
penghasilan model
serta teknik yang
akan digunakan.
Murid mendengar
penerangan guru.
Murid memberi
respon terhadap
penerangan guru.
▪ Alatan yang di
gunakan.
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
20
Guru
mempamerkan
bahan/alatan yang
akan digunakan
untuk membentuk
model nanti.
Langkah 2
(10 minit)
Demonstrasi/Tunjuk
cara menghasilkan
model dengan
menggunakan teknik
membentuk dan
membuat binaan
dengan
mengabungkan teknik
lipatan dan guntingan
Guru memberitahu,
murid boleh merujuk
carta langkah-langkah
bekas hadiah di
hadapan kelas
sekiranya masih
kurang faham.
Guru menayangkan
video demonstrasi
menghasilkan
model melalui
LCD.
Tayangan video di
ulang sebanyak dua
kali.
Murid memerhati
dengan penuh
perhatian.
Rakaman
Video.
LCD
Carta.
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
21
Langkah/
masa Isi kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Alat,
BBM/catatan Aktiviti Guru Aktiviti Murid
Langkah 3
(30 minit)
Murid menggunakan
bahan dan teknik di
dalam menghasilkan
bekas hadiah.
Guru mengarahkan
murid untuk
membentuk bekas
hadiah dengan penuh
teliti.
Guru membimbing
murid untuk
menghias bekas
hadiah mengikut
kreativiti masing-
masing.
Guru membimbing
murid dari masa ke
semasa
Murid
mengaplikasikan
konsep dan teknik
asas dalam
menghasilkan
bekas hadiah.
Murid menghias
bekas hadiah
mengikut kreativiti
masing-masing.
Bahan yang
digunakan
oleh murid.
Penutup
(5 minit)
Penilaian
Apresiasi
Rumusan
Guru meminta murid
menunjukan hasil
bekas hadiah yang
mereka telah
siapkan.
Guru memilih 6
contoh terbaik
sebagai motivasi dan
rangsangan kepada
pelajar untuk aktif
dalam proses
pengajaran pada
masa akan datang.
Guru membuat
Murid
mempamerkan
hasil corak di
hadapan kelas
Murid membuat
apresiasi terhadap
hasil kerja
Hasil bekas
terbaik.
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
22
rumusan berkenaan
aktiviti yang atelah
dijalankan.
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
23
ULASAN (RPH 1)
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan oleh guru tersebut dijalankan
dengan lancar dan teratur. Guru PSV tersebut adalah guru bukan opsyen PSV namun berminat
untuk mengajar Pendidikan Seni Visual tahun 3. Sepanjang P&P tersebut dijalankan, murid-
murid menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Aktiviti yang dijalankan
oleh guru tersebut adalah aktiviti membuat dan menghias bekas hadiah. Pilihan guru seni
tersebut adalah tepat dan dapat menarik perhatian semua murid. Pada kebiasaannya murid-murid
hanya melihat bekas hadiah yang telah tersedia di kedai-kedai hadiah. Aktiviti yang dijalankan
membuatkan murid-murid berminat untuk mencuba membuat bekas hadiah mereka sendiri. Guru
telah berjaya menarik perhatian murid-murid untuk mengikuti aktiviti P&P pada hari tersebut
dan kawalan kelas dalam keadaan yang baik. Rancangang pengajaran dan pembelajaran tersebut
telah disediakan berpandukan modul ASSURE.
Berdasarkan aspek kesesuaian dan kaitan objektif dengan aktiviti, guru tersebut telah
menyenaraikan tiga objektif yang merangkumi tiga aspek yang ingin dicapai iaitu kognitif :
murid dapat memahami konsep asas serta teknik yang di gunakan dalam membentuk dan
membuat binaan, psikomotor : Menghasilkan binaan dan menghias dengan menggunakan
pelbagai alat, bahan dan teknik secara kreatif dan afektif : murid akan berasa seronok dan
berpuas hati apabila dapat menghasilkan model yang diarahkan dan membuat pernyataan secara
lisan tentang hasil kerja sendiri dan rakan. Ketiga-tiga objektif P&P ini berjaya dilaksanakan
oleh guru dan murid. Objektif yang pertama yang berfokuskan kepada aspek kognitif dapat
dilaksanakan semasa set induksi sehingga Langkah 1 dalam rancangan pengajaran kerana di
dalam set induksi guru telah memperkenalkan bekas kotak yang disediakan oleh guru tersebut
dan murid-murid menunjukkan minat untuk mengetahui bagaimana untuk membuat bekas hadiah
tersebut. Guru juga telah menjalankan sesi soal jawab tentang teknik dan unsur seni yang
digunakan untuk membuat bekas hadiah tersebut. Dalam langkah 1, murid-murid memberikan
tumpuan terhadap penerangan guru mengenai teknik yang digunakan dan unsur seni yang perlu
difahami oleh murid sebelum membuat bekas hadiah tersebut. Murid-murid berjaya membentuk
bekas hadiah mereka masing-masing kerana telah memahami tentang unsur-unsur seni seperti
ruang, imbangan, bentuk dan kestabilan bekas. Teknik lipatan dan guntingan dapat diaplikasi
oleh murid-murid semasa membuat bekas hadiah mereka masing-masing. Objektif yang ketiga
berkaitan dengan apresiasi seni dapat dijalankan oleh guru dan murid-murid mengambil
bahagian dalam pembentangan, namun mereka masih malu untuk memberi komen atau pendapat
yang membina terhadap hasil kerja kawan mereka. Hampir 98% daripada murid-murid tersebut
dapat menyiapkan aktiviti tersebut. Secara keseluruhannya, objektif pengajaran dan
pembelajaran dapat dicapai oleh guru dan bersesuaian dengan aktiviti seni yang dijalankan pada
hari tersebut iaitu membuat bekas hadiah.
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
24
Konsep 5P penting di dalam menrancang aktiviti P&P, guru tersebut telah menggunakan
konsep penggabungjalinan seperti mengenal elemen-elemen dalam kraftangan, menggunakan
elemen-elemen dalam prinsip rekaan dan menggunakan elemen-elemen dalam teknik lipatan dan
hiasan. Tiga elemen yang digabung agar murid-murid dapat menghasilkan bekas hadiah dengan
lebih kemas, teratur dan hiasan bekas yang kreatif berdasarkan hiasan pada kraftangan
tradisional mahupun moden. Dalam menjalankan aktiviti juga murid-murid perlu memahami
prinsip rekaan agar bekas hadiah yang dibuat oleh murid dalam keadaan seimbang dan
mempunyai ukuran yang tepat. Selain itu mereka jug perlu mengetahui cara mengukur, melipat
dan menggunting kertas dengan betul. 3 elemen ini dapat diterapkan oleh guru semasa
menjalankan penerangan dalam Langkah 2 dan Langkah 3. Guru juga menyediakan carta
prosedur membuat bekas hadiah agar murid-murid yang kurang faham terutamanya murid-murid
lemah dapat merujuk kepada carta dan melakukan aktiviti tersebut. Ini adalah cara guru
membantu murid-murid lemah dalam aktiviti yang dijalankan di samping membimbing mereka
di dari meja ke meja. Bagi aktivti. Konsep 5P iaitu penyerapan juga telah digunakan oleh guru
tersebut dengan menyerapkan mata pelajaran matematik dalam pengajarannya iaitu semasa guru
menerangkan ukuran untuk melipat kertas tersebut dan semasa murid-murid mengaplikasikan
aktiviti tersebut. Pada peringkat awal akitiviti murid-murid akan mengukur kertas tersebut
mengikut ukuran yang telah ditetapkan dan sekiranya ukuran tersebut tidak dipraktikkan dengan
betul, bekas hadiah yang dihasilkan tidak seimbang dan murid akan menghadapi kesukaran
untuk menyatukan bahagian-bahagian tersebut. Aktiviti pengayaan diberikan kepada murid-
murid yang lebih berpotensi untuk menghias bekas hadiah dengan kreatif dan guru mengarahkan
mereka menghias bekas hadiah tersebut dengan pelbagai jenis corak. Sejajar dengan konsep 5P
guru telah membuat penilaian dari awal aktiviti P&P dijalankan dan memberikan markah kepada
mereka mengiut kualit hasil kerja mereka serta memberikan kata-kata pujian dan semangat
terhadap hasil kerja yang terbaik. Guru akan meletakkan hasil kerja yang terbaik di ruang PSV di
dalam bilik darjah.Dengan cara ini murid-murid lain akan mengikut jejak kawan mereka untuk
melakukan hasil kerja yang lebih baik
Semasa guru menjalankan aktiviti P&P Pendidikan Seni Visual tersebut, beliau telah
memberikan peranan yang sewajarnya kepada murid-murid. Guru tersebut telah membimbing
murid-murid semasa mereka menjalankan aktiviti melipat dan menghias bekas hadiah. Guru
berkenaan juga telah menguruskan segala peralatan dan bahan yang diperlukan dengan memberi
pesanan kepada murid-murid agar membawa peralatan dan bahan yang sepatutnya. Guru juga
telah menyediakan peralatan dan bahan sendiri bagi membantu murid-murid yang tidak
berkemampuan mendapatkan peralatan dan bahan tersebut. Penilaian yang dibuat memotivasikan
murid-murid untuk melakukan aktiviti dengan lebih berkeyakinan. Guru telah memudahkan car
penyampaian pengajarannya dengan membuat carta prosedur kerja agar semua murid dapat
melihat semula cara-cara menghasilkan bekas hadiah. Dengan kaedah ini guru tidak akan
mengalami masalah untuk menerangkan prosedur aktiviti tersebut berulang kali dan akan dapat
memberi tumpuan kepada murid-murid yang lemah dan pasif. Sebagai seorang guru, beliau juga
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
25
telah memberikan doroangan kepada murid-murid dengan kata-kata hikmat serta nilai-nilai
moral yang dapat meyakinkan mereka untuk melakukan aktiviti dengan lebih bersemangat.
Adakalanya murid-murid akan mengeluh sekiranya tidak dapat melaksanakan aktiviti tersebut
namun guru telah membantu mereka melakukan perkara tersebut secara berperingkat sambil
memberikan kata-kata peransang dan akhirnya mereka berjaya membuat bekas hadiah tersebut
dengan usaha sendiri. Guru tersebut telah meransang minda murid-murid untuk menghasilkan
bekas hadiah yang kreatif dengan hiasan yang cantik kerana murid-murid akan dapat
mengaplikasikannya aktiviti tersebut dalam kehidupan harian mereka. Walaupun aktiviti seni ini
dijalankan secara individu namun jelas dilihat murid-murid bekerjasama di antara satu sama lain
dengan memberi tunjuk ajar dan berkongsi pendapat tentang cara menhias bekas tersebut.
Guru PSV telah membuat demonstrasi di hadapan kelas dengan menggunakan ABM dan
BBM yang telah disediakan. Guru telah menunjukkan beberapa bekas hadiah dalam pelbagai
saiz dengan hiasan yang berbeza-beza. Carta prosedur membuat bekas hadiah membantu guru
dalam pengajarannya.selain itu guru menayangkan video berkenaan demonstrasi menghasilkan
model bekas hadiah dengan menggunakan LCD sebanyak 2 kali tayangan. Murid-murid telah
memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap tayangan video berkenaan.
Peralatan dan bahan yang digunakan semasa aktiviti seni ini dijalankan adalah dari
bahan-bahan yang terpakai seperti riben, majalah bergambar dan bahan-bahan yang boleh
dijadikan hiasan. Murid-murid telah membawa bahan dan peralatan tersebut untuk aktiviti seni
pada hari itu. P&P Pendidikan Seni Visual dapat dijalankan dengan lancar dan teratur sekiranya
peralatan dan bahan mencukupi.
Pada akhir aktiviti P&P guru telah meminta beberapa orang murid untuk menunjukkan
hasil kerja mereka di hadapan kelas dan menyatakan perasaan mereka semasa menjalankan
aktiviti tersebut serta menerangkan bahan yang digunakan untuk menghias bekas hadiah tersebut.
Murid-murid yang lain memberi komen terhadap hasil kerja kawan mereka disusuli dengan kata-
kata pujian daripada guru PSV. Selepas itu, guru telah memberikan rumusan berkenaan aktiviti
seni yang mereka lakukan dan kegunaan bekas hadiah tersebut dalam kehidupan harian mereka.
Guru juga ada menerapkan nilai-nilai murni dana memberikan kata penghargaan kepada mereka
semasa menjalankan aktiviti kerana telah mengamalkan sikap bekerjasama, kekemasan,
kebersihan dan sifat sabar dalam diri mereka masing-masing. Guru telah memberikan pesanan
kepada murid-murid tentang peralatan dan bahan yang perlu dibawa pada sesi pembelajaran
seterusnya.
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
26
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
27
Bahan dan Alat yang
digunakan.
Carta tentang cara-cara
membuat bekas hadiah
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
28
Penerangan dan tunjuk ajar
guru kepada murid-murid
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
29
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
30
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
31
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
32
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
33
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh : 13 hb April 2010
Hari : Selasa
Waktu : 2 waktu
Masa : 1 jam (7.50 – 8.50 pagi)
Matapelajaran : Pendidikan Seni Visual
Tahun : 6 Cerdik
Bilangan pelajar : 30 orang
Bidang : Menggambar
Teknik : Kolaj (guntingan dan tampalan)
Tajuk : Pasu Bunga (Hiasan dinding)
Objektik pembelajaran : Diakhir pembelajaran murid akan dapat :
i) Kognitif :
- memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang
dipelajari.
ii) Psikomotor :
- menghasilkan lukisan kolaj sebuah pasu bunga untuk
hiasan dinding.
iii) Afektif :
- membuat pernyataan secara lisan tentang kerja sendiri dan
rakan secara kritis dan merekod pengalaman
pembelajaran dalam portfolio.
- menghargai sumbangan pelukis tempatan dan unsur-unsur
budaya tanah air melalui kegiatan seni visual.
- mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama,
berkeyakinan diri, ketekunan, kekemasan, kebersihan dan
mengutamakan keselamatan.
Pengetahuan sedia ada : Murid sering melihat pasu bunga samada di televisyen, majalah
atau pun secara „real‟di rumah dan di pusat membeli belah.
Penggabungjalinan : ♣ Mengenal elemen-elemen dalam kraftangan penghasilan
sebuah pasu tradisional dan moden.
RPH
2
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
34
♣ Menggunakan elemen-elemen dalam prinsip rekaan
♣ Menggunakan elemen-elemen dalam teknik kolaj.
KBKK : Menjana idea, membuat gambaran mental, kritis
Nilai : 1. Menghargai warisan seni
2. Berkerjasama dalam menghasilkan hasil kerja.
3. keselamatan menggunakan peralatan.
4. Ketekunan dan teliti
5. Kekemasan dan kebersihan
Alat/bahan/sumber : Gunting, gam, kertas lukisan, majalah, suratkhabar,
calendar, kain.
Rujukan : 1.Huraian Sukatan Pelajaran Seni Visual Tahun 6
2.Buku Pendidikan Seni Tahun 6
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
35
PROSEDUR PENGAJARAN
Langkah/
masa Isi kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Alat,
BBM/catatan Aktiviti Guru Aktiviti Murid
Set induksi
(5 minit)
▪ Mempamerkan sebuah
karya lukisan dengan
teknik kolaj.
Guru mempamerkan
lukisan kolaj.
Guru bersoal jawab
dengan murid
tentang karya yang
dipamerkan.
Guru mengaitkan
jawapan pelajar
dengan isi pelajaran.
Murid memberi
respon terhadap
karya yang
dipamerkankan
Murid menjawab
soalan guru
▪ Karya lukisan
kolaj yang
digunakan.
Langkah 1
(10 minit)
Penerangan tentang
teknik kolaj dan
tokoh tempatan
yang menghasilkan
lukisan kolaj
Meneroka teknik
asas dan unsur seni
dalam penghasilan
lukisan kolaj.
Meneroka bahan
yang akan
digunakan dalam
penghasilan lukisan
kolaj
Guru menerangkan
beberapa unsur seni
seperti bentuk,
ruang imbangan dan
kestabilan dalam
penghasilan kolaj.
Guru mempamerkan
bahan/alatan yang
akan digunakan
untuk menghasilkan
lukisan kolaj nanti.
Murid mendengar
penerangan guru.
Murid memberi
respon terhadap
penerangan guru.
▪ Alatan yang di
gunakan.
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
36
Amir Zainodin
Tokoh lukisan kolaj
Malaysia
Langkah 2
(10 minit)
Demonstrasi/Tunjuk
cara menghasilkan
lukisan dengan
menggunakan
teknik kolaj
(guntingan dan
tampalan bertindih).
Pembahagian
kumpulan.
Guru menunjuk cara
menghasilkan
lukisan kolaj.
Guru mengarahkan
murid-murid untuk
membentuk
kumpulan masing-
masing.
Murid memerhati
dengan penuh
perhatian.
Murid-murid
berada dalam
kumpulan mereka.
Langkah 3
(30 minit)
Murid menggunakan
bahan dan teknik di
dalam menghasilkan
lukisan kolaj
Guru mengarahkan
murid untuk
menghasilkan
lukisan kolaj dalam
kumpulan dengan
penuh teliti.
Guru membimbing
setiap kumpukan
Murid
mengaplikasikan
konsep dan teknik
asas dalam
menghasilkan
lukisan kolaj
(Pasu bunga)
Murid
Bahan yang
digunakan
oleh murid.
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
37
dalam meghasilkan
lukisan kolaj
berbentuk sebuah
pasu bunga
mengikut kreativiti
masing-masing.
Guru membimbing
murid dari masa ke
semasa
menjalankan
aktiviti dengan
kreativiti masing-
masing.
Penutup
(5 minit)
Penilaian
Apresiasi
Rumusan
Guru meminta setiap
kumpulan membuat
pembentangan
ringkas tentang hasil
kerja mereka yang
telah siapkan.
Guru memilih
beberapa contoh
terbaik sebagai
motivasi dan
rangsangan kepada
pelajar untuk aktif
dalam proses
pengajaran pada
masa akan datang.
Guru membuat
rumusan berkenaan
aktiviti yang atelah
dijalankan.
Murid
mempamerkan
hasil luksian kolaj
di hadapan kelas
Murid membuat
apresiasi terhadap
hasil kerja
Hasil lukisan
kolaj „pasu
bunga‟
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
38
BAHAN DAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
39
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
40
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
41
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
42
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
43
HASIL KARYA TOKOH TEMPATAN
AMIR ZAINODIN
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
44
ULASAN (RPH 2)
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru Pendidikan Seni Visual
ini telah terlaksana dengan lancar dan baik walaupun guru yang mengajar mata pelajaran ini
bukan daripada pengajian Pendidikan Seni Visual namun dengan daya usaha dan minat terhadap
seni Encik Azizul Othman telah menjalankan aktiviti seni dengan jayanya. Guru tersebut telah
menyediakan objektif pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan Huraian Sukatan
PelajaranTahun 6.
Pada peringkat awal aktiviti P&P, guru tersebut telah memberikan set induksi yang dapat
memberikan pemahaman secara langsung tentang aktiviti yang akan dijalankan oleh murid-
murid. Sesi soal jawab semasa set induksi telah mendapat respon yang baik daripada murid-
murid dan mereka telah dapat menjawab soalan-soalan guru dengan penuh berkeyakinan.
Aktiviti yang dijalankan oleh semua murid juga menarik perhatian mereka dan telah
menghasilkan beberapa hasil kerja yang memberansangkan dengan menggunakan kreativiti
masing-masing. Aktiviti menghasilkan lukisan kolaj tersebut telah dijalankan dalam kumpulan
memandangkan aktiviti ini tidak mudah untuk disiapkan secara individu. Guru seni ini
menjelaskan bahawa dengan menjalankan aktiviti berkumpulan seperti ini ia akan dapat melihat
kerjasama yang baik dan pergaulan yang erat di antara semua murid daripada semua tahap
kecerdasan mereka. Ternyata bahawa pendapat guru seni berkenaan adalah tepat kerana
berdasarkan pemerhatian saya sepanjang aktiviti seni ini dijalankan tidak ada seorang pun murid-
murid yang berkelakuan pasif. Pengajaran dan pembelajaran seni ini dijalankan pada waktu
petang memandangkan masa pembelajaran mereka pada sebelah pagi adalah padat kerana
menjalani ujian Excel yang pertama. Berdasarkan objektif P&P , guru ada menerapkan nilai-nilai
murni di dalam pengajaran dan ini terbukti dengan kualiti kerja mereka yang kelihatan kemas
dan bersih. Nilai murni seperti nilai bekerjasama juga dapat ditonjolkan semasa aktiviti
berkumpulan dijalankan. Ini terbukti dengan kualiti hasil kerja yang dapat diselesailkan dengan
segera.
Guru tersebut telah menggabungjalinkan pengetahuan sedia ada murid tentang pasu
bunga yang diperbuat di kilang dalam pelbagai bentuk dan hiasan yang berbeza-beza. Maklumat
yang diperolehi daripada murid-murid dikukuhkan lagi dalam sesi perbincangan mengenai
sejarah pembuatan pasu bunga secara ringkas. Guru juga telah menyerapkan segala unsur-unsur
seni yang pernah dipelajari oleh murid sebelum ini iaitu tentang unsur warna, imbangan dan
rekabentuk. Unsur-unsur serta prinsip seni amat penting untukditerapkan di dalam diri murid-
murid agar pembelajaran Pendidikan Seni Visual mereka berkembang dengan baik. Aktiviti yang
dijalankan iaitu membuat kolaj pasu bunga merupakan aktiviti yang seimbang kerana semua
murid-murid mampu melaksanakan aktiviti tersebut. Namun tidak semua murid mahir
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
45
menggunting kertas dengan baik, tetapi mereka boleh mengoyakkan kertas dan menampalkannya
secara bertindih. Aktiviti pengayaan yang dilaksanakan oleh guru seni semasa aktiviti P&P ialah
dengan mengarahkan murid-murid yang mampu menghasilkan hasil kerja yang kreatif untuk
menyusun dan menampal kertas dengan menggunakan unsur warna. Murid-murid ini akan
memilih warna yang menarik dan menyusun dengan kemas. Manakala bagi murid-murid yang
lemah mereka melaksanakan aktiviti tersebut sehingga siap dan bebas menggunakan pelbagai
jenis warna dan bahan lain namun kekemasan dan kebersihan hasil kerja perlu dititiberatkan.
Penilaian yang dijalankan oleh guru tersebut adalah berdasarkan kerjasama murid-murid di
dalam kumpulan masing-masing. Dalam aktiviti ini semua murid di dalam kumpulan berasa
seronok untuk melakukan aktiviti menggunting dan menampal. Ternyata bahawa aktiviti kolaj
dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari Pendidikan Seni Visual dengan lebih aktif di
masa hadapan. Apresiasi seni yang dijalankan juga memberikan kesan yang mendalam kepada
semua murid, ini kerana murid-murid dapat menyatakan perasaan mereka semasa menjalankan
kerja dan memberikan maklumat yang baik tentang pemilihan bahan dan warna bagi hasil kerja
mereka. Masa yang diperuntukkan mencukupi untuk menjalankan aktiviti tersebut.
Guru PSV juga telah menunjukkan peranan sebagai seorang pengurus yang dapat
merancang satu aktiviti PSV dengan baik dan menarik serta menjadi seorang
fasilitator/pembimbing, di mana sepanjang P&P guru telah membimbing semua kumpulan yang
menjalankan aktiviti dan memberikan nasihat serta teguran terhadap hasil kerja murid sehingga
murid-murid siap menyiapkan hasil kerja yang berkualiti. Beliau juga telah menegur beberapa
orang murid yang pada peringkat awalnya suka mengganggu murid lain. Guru telah memanggil
murid-murid bermasalah tersebut dan membentuk satu kumpulan baru dan mengarahkan mereka
melaksanakan tugasan yang sama. Dengan cara tersebut murid-murid yang bermasalah (suka
membuat bising) dapat dikawal dan mereka akan sedar dengan kesilapan mereka. Secara
keseluruhannya aktiviti seni yang dirancang oleh guru PSV berjaya dilaksanakan dengan lancar.
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
46
Laporan Bilik Seni SK. Anjung Teduh Lahad Datu
Bangunan SK. Anjung Teduh(Sahabat 02) telah dibina pada November 2001 dan mula
beroperasi pada bulan Jun 2003. Terdapat 23 buah bilik darjah, 2 buah makmal komputer, 2 buah
makmal sains, Pusat sumber, bilik Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, 2 buah bilik persalinan,
bilik Kemahiran Hidup, Stor SPBT, bilik Muzik, bilik mesyuarat, bilik bimbingan dan
kaunseling, bilik pemulihan khas, bilik setiausaha peperiksaan, Pra-sekolah, sekolah pendidikan
khas, klinik kesihatan, bilik pentadbiran, bilik guru dan bilik senilukis.
Bilik senilukis telah diselenggara oleh Encik Hisabdin Abdul Rahim untuk tempoh tujuh
tahun bermula dari tahun 2003- 2009 dan telah diambil oleh Encik Arisal Laupe pada Mac 2010.
Bilik Seni pada tahun sebelumnya adalah dalam keadaan daif dan mengalami kekurangan bahan
bantu mengajar disebabkan kengkangan peruntukkan kewangan. Namun sejak sekolah ini
mendapat bantuan kewangan PCG, bilik seni telah mula dikemaskini dengan lebih teratur.
Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual telah membuat beberapa perancangan bagi
memantapkan lagi pengurusan bilik seni dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi guru-
guru seni. Ketua Panitia telah memyediakan beberapa fail bagi memudahkan pengurusan stok ,
perkara yang berkaitan dengan aktiviti P&P dan surat menyurat serta pekeliling-pekeliling
daripada kementerian. Semua fail pengurusan telah disusun secara rapi dan teratur di dalam rak
yang telah disediakan di dalam sebuah pejabat kecil di dalam bilik seni. Bilik senilukis sekolah
ini mempunyai 2 buah bilik kecil dan berfungsi sebagai pejabat Ketua Panitia dan stor
penyimpanan bahan setya peralatan seni. Panitia Pendidikan Seni Visual sekolah ini mengalami
kengkangan bahan dan alat untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti OHP(Projektor),
LCD dan pelbagai alat elektronik yang lain. Ini adalah kerana peruntukkan kewangan yang
diberikan oleh kementerian banyak digunakan untuk pembelian peralatan bahan bantu mengajar
yang lain seperti poster, gambarajah, peralatan cetakan, kertas lukisan, warna cat air, warna
pensil, krayon dan beberapa peralatan lain. Adakalanya masalah peruntukkan kewangan yang
lewat dimasukkan ke dalam akaun sekolah menjadikan segala program dan perancangan
terbantut. Walaupun demikian terdapat sebilangan guru-guru PSV yang kreatif telah meminjam
LCD daripada Unit Etems untuk aktiviti P&P Pendidikan Seni Visual, namun ia hanyalah
bersifat sementara. Sejak kebelakangan ini bilik PSV telah berubah rupa daripada suasana yang
agak suram kepada suasana ceria hasil usaha Ketua Panitia PSV yang baru. Di antara usaha-
usaha beliau adalah:
1. Bahan bantu yang dihasilkan oleh murid telah dipamerkan di papan pameran dan menjadi
koleksi bilik Seni.
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
47
2. Penyediaan meja pameran. Bahan bantu mengajar dan bahan bantu belajar telah
dipamerkan di atas meja tersebut agar murid-murid yang masuk ke dalam bilik seni
mengenali bahan serta alat yang digunakan semasa aktiviti P&P dijalankan.
3. Meja dan kerusi telah disusun dalam bentuk kumpulan agar murid-murid dapat
menjalankan aktiviti P&P dengan selesa dan mesra.
4. Papan maklumat : Ketua Panitia PSV telah menampal beberapa bahan bantu belajar yang
berbentuk carta dan poster di papan maklumat agar murid-murid dapat membaca dan
memahami aktiviti-aktiviti seni yang akan mereka jalankan nanti.
5. Memastikan kebersihan bilik seni sentiasa dijaga seperti kebersihan singki selepas aktiviti
mewarna menggunakan cat air, dan membuat peraturan semasa berada di dalam bilik seni
agar guru dan murid-murid yang menjalankan aktiviti di bilik seni sentiasa menjaga
kebersihan.
6. Membuat jadual penggunaan bilik seni. Jadual tersebut telah diedarkan kepada semua
guru seni sebagai rujukan mereka. Sekiranya berlaku pertindihan jadual waktu maka guru
PSV akan berbincang dengan guru matapelajaran lain untuk mengubah atau berganti
waktu pembelajaran tersebut. Namun ia bukanlah suatu kemestian untuk berada di bilik
seni semasa P&P Pendidikan Seni Visual dijalankan, cuma ia adalah sebagai satu cara
untuk mendedahkan kepada murid-murid tentang P&P di bilik seni. Suasana yang
berlainan dengan bilik darjah dapat menarik minat murid untuk belajar.
7. Membuat program keceriaan PSV iaitu dengan membuat satu pertandingan keceriaan
PSV dengan mengarahkan semua guru kelas bersama guru PSV mempamerkan hasil
karya seni murid di ruang PSV di dalam kelas. Program ini adalah satu usaha untuk
memartabatkan mata pelajaran PSV di kalangan guru dan murid.
8. Program menceriakan sekolah dengan membuat mural di dinding sekolah dengan
bantuan murid-murid tahun enam selepas UPSR. Ia merupakan satu cara murid-murid
dapat menyumbangkan tenaga dan usaha mereka. Guru –guru tahun enam juga telah
memainkan peranan yang baik dan kerjasama mereka amatlah membanggakan.
9. Papan nilai-nilai murni diletakkan di luar bilik seni dengan menggantungkan papan
tersebut di bahagaian atas agar murid-murid yang ingin masuk ke bilik seni akan dapat
membaca nilai-nilai murni tersebut sebelum menjalankan aktiviti P&P seni.
10. Guru seni yang mempunyai kemahiran melukis dan mewarna bertanggungjawab
membuat „banner‟ mahupun „backdrop‟ bagi sesuatu majlis. KP. PSV berperanan sebagai
pengerak bagi sesuatu tugasan.
Penyimpanan Stok, alat dan bahan PSV.
1) Ketua Panitia telah mengemaskini stok dengan sebuah buku stok bagi mengetahui bahan
dan peralatan yang telah ditempah dan dimasukkan di dalam stor serta stok yang telah
diagihkan kepada guru-guru PSV. (Sila Lihat Lampiran)
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
48
2) Semua bahan dan peralatan telah disusun di dalam stor dengan membahagikannya kepada
dua bahagian iaitu: Bahagian A bagi semua jenis peralatan dan Bahagian B bagi bahan
PSV.
3) Bahan serta peralatan yang dikeluarkan akan direkodkan di dalam buku stok dan semua
guru PSV akan mendapat sejumlah peralatan dan bahan bagi aktiviti P&P di dalam kelas.
Semua peralatan PSV yang boleh diguna pakai seperti berus, warna dan peralatan lain
akna dikembalikan ke bilik seni pada akhir tahun.
4) Warna cat air, pensil warna, krayon, cat pelaka dan kertas lukisan di simpan di dalam rak
di pejabat Ketua Panitia PSV di bilik seni.
5) Ketua Panitia telah melabel bahan dan peralatan di dalam stor mahupun di pejabar agar
mudah untuk dilihat dan diambil oleh guru-guru seni.
6) Buku stok akan sentiasa dikemaskini bagi memudahkan Ketua Panitia membuat
tempahan baru daripada pekedai.
7) Ketua Panitia memastikan stok di dalam keadaan yang sempurna dan elok sebelum
digunakan oleh murid-murid. Jadual bertugas mengemaskini stok dibuat oleh Ketua
Panitia untuk semua guru PSV.
Walaupun demikian bilik Seni di SK. Anjung Teduh ini juga mengalami beberapa
kekurangan khususnya dari kemudahan di dalam bilik Seni iaitu bekalan air di singki tidak
ada dan hanya 2 buah singki sahaja yang boleh digunakan setakat ini. Selain itu paip air di
bilik seni juga tidak elok dan sering mengalami kebocoran. Dari aspek peruntukkan
kewangan pula, adakalanya peruntukkan PCG bgi bilik seni agak lewat dan perkara ini
menyukarkan Ketua Panitia untuk memesan bahan dan peralatan yang baru untuk digunakan
bagi aktiviti pembelajaran dan pengajaran PSV. Namun beberapa langkah telah diambil
sekiranya masalah ini berlaku antaranya ialah dengan meminta bantuan dari seorang tukang
paip bagi membaiki paid dan singki di bilik seni sekiranya rosak. Bagi P&P pula semua guru
PSV dinasihatkan merancang aktiviti P&P dengan menggunakan bahan dan peralatan
semulajadi sekiranya pesanan warna dan kertas lukisan berkurangan.
Secara keseluruhannya bilik PSV di SK. Anjung Teduh dalam keadaan baik dan sedang
dalam pembaikan dan pengurusan fail.
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
49
ILUSTRASI BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL
SK. ANJUNG TEDUH, LAHAD DATU
Di Bahagian luar bilik PSV
(Mural di lukis di dinding luar
bilik PSV)
Di Bahagian luar bilik PSV
Nilai-nilai murni di gantung di
sepanjang koridor bilik Seni.
Papan Kenyataan di letak
sebagai papan informasi.
Pasu-pasu bunga menceriakan
kawasan luar bilik PSV.
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
50
Di Bahagian luar bilik PSV
(Mural dilukis di tangga naik ke
bilik PSV)
Di Bahagian dalam bilik PSV
Papan Kenyataan digunakan
sebagai tempat meletakkan
maklumat.
Papan putih dan papan tulis
digunakan untuk P&P.
Mural dilukis untuk
menceriakan bahagian dalam
bilik PSV
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
51
Di Bahagian dalam bilik PSV
(Ketua Panitia PSV :
En. Arisal Laupe)
Di Bahagian dalam bilik PSV
(Meja dan bangku murid di dalam
bilik PSV untuk aktiviti P&P
dan aktiviti seni)
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
52
Di Bahagian dalam bilik PSV
Pintu masuk ke bilik PSV
Tingkap yang terdapat di
bahagian tepi bilik PSV adalah
bagi tujuan pengcahayaan dan
pengudaraan yang baik di
dalam bilik PSV.
Sinki
Almari untuk penyimpanan
alat dan bahan untuk P&P.
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
53
Di Bahagian dalam bilik PSV
(Singki untuk mencuci alat yang
digunakan)
Di Bahagian dalam bilik PSV
(loker untuk menyimpan peralatan dan
bahan)
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
54
Di Bahagian dalam bilik PSV
(Ruang pameran hasil karya murid
yang terpilih)
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
55
Di Bahagian dalam bilik PSV
(Ruang pameran peralatan dan bahan
yang digunakan untuk aktiviti seni)
Di Bahagian dalam bilik PSV
(Hasil kerja murid daripada pelbagai
aktiviti seni)
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
56
Di Bahagian dalam bilik PSV
(Hasil kerja murid daripada pelbagai
aktiviti seni)
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
57
Di Bahagian dalam pejabat Ketua
Panitia bilik PSV
(Bahan dan alat di susun rapi di dalam
rak kayu)
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
58
Di Bahagian dalam stor bilik PSV
(BBM carta aktiviti seni di susun di
dalam rak)
Di Bahagian dalam pejabat Ketua Panitia bilik PSV
(Beberapa fail disusun dengan rapi di belakang meja Ketua Panitia)
(Carta organisasi Panitia PSV)
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
59
Di Bahagian dalam stor bilik PSV
(Bahan dan alat lain di susun rapi di
dalam rak kayu di stor PSV)
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
60
Program Panitia PSV
(Pertandingan Keceriaan PSV di
dalam kelas)
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
61
Keceriaan sekolah
Mural adalah ilham
Encik Mohd. Azrie Aminullah
(Pengiat seni di SK. Anjung Teduh)
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
62
Keceriaan sekolah
Mural di dinding luar kelas adalah
hasil kerja tangan En. Arisal Laupe
Keceriaan sekolah
Mural di dinding luar kelas adalah
hasil kerja tangan semua guru lelaki.
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
63
Keceriaan sekolah
Mural di dinding kantin adalah ilham
Encik Hisabdin Abd. Rahim
(Bekas Ketua Panitia PSV).
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
64
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
65
Ruang Belajar
Ruang Kerja Seni
Stor Bilik PSV
Pejabat Ketua
PanitiaBilik PSV
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
66
PETUNJUK PELAN LANTAI BILIK SENI
Papan tulis
Papan Kenyataan LCD dan Speaker
Meja TV dan Pemain VDC & DVD
Layar Skrin Putih
Meja guru
Kerusi Tumbuhan Hijau
Tong Sampah Singki
Tingkap
Pintu
Masuk
Meja Pameran Hasil Karya Murid
Meja Kerja
Rak Kayu
Almari Tertutup
Sofa Meja dan Kerusi Guru
Permaidani
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
67
PENERANGAN TENTANG PELAN LANTAI BILIK PSV YANG KONDUSIF
Pelan lantai yang telah dihasilkan adalah berdasarkan kepada pemerhatian saya terhadap
tiga tempat iaitu Bilik Seni SK. Anjung Teduh Lahad Datu, Galeri Seni IPG Kampus Keningau
dan IPG Kampus Gaya Kota Kinabalu. Ketiga-tiga galesi seni tersebut mempunyai
keistimewaannya yang tersendiri. Namun Galeri Seni di IPG adalah lebih menarik kerana
penghasilan hasil karya mereka adalah lebih berkualiti dan kreatif.
Saya telah menghasilkan sebuah lukisan pelan lantai dan pada pendapat saya ia adalah
pelan lantai bilik PSV yang kondusif. Di dalam pelan lantai yang saya sediakan, ia mempunyai
keunikannya yang tersendiri kerana saya meletakkan beberapa buah pasu tumbuhan hijau tanpa
bunga sebagai salah satu alat pengudaraan yang selesa di samping dapat menceriakan bilik
tersebut. Penggunaan ICT adalah penting untuk menarik minat pelajar tentang Pendidikan Seni
Visual. Televisyen digunakan untuk penerangan tentang sesuatu kegiatan seni yang
menggunakan VCD/DVD. Manakala terapat LDC dan speaker serta papan layar untuk
memudahkan guru seni menggunakan laptop semasa pengajaran PSV.
Kawasan dibahagikan kepada tiga peringkat dan di bilik ini juga ia mempunyai 2 buah
pintu masuk. Pintu masuk utama terletak di kawasan belajar dan perbincangan manakala pintu
kedua terletak di kawasan menjalankan hasil kerja dan pejabat Ketua Panitia PSV. Saya
membahagikan kawasan kepada dua kerana ruang belajar boleh juga digunakan untuk
menjalankan hasil kerja murid. Ini bermakna bilik seni boleh menampung dua buah kelas pada
masa yang sama. Pejabat Ketua Panitia perlu diwujudkan kerana ia adalah tempat penyimpanan
maklumat. Stor PSV adalah tempat penyimpanan segala bahan dan peralatan PSV dan perlu
diselenggara selalu agar stok baru dapat dipesan dengan segera.
Ruang dan papan pameran perlu disediakan sebagai tempat untuk pameran hasil kerja
murid yang terbaik agar murid-murid lain dapat bersaing dengan sihat untuk menghasilkan hasil
kerja yang lebih baik. Saguhati akan diberikan kepada hasil kerja yang terbaik. Ini merupakan
langkah untuk menarik perhatian murid-murid lain. Kebersihan merupakan aspek penting dalam
mengajar murid-murid tentang nilai kebersihan di dalam diri mereka serta persekitaran. Oleh itu
tong sampah/ bakul sampah adalah penting dan perlu bagi menjaga kebersihan di dalam bilik
PSV.
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
68
REFLEKSI
Nama : Felix Joseph Liwasa
No. K/P : 780919-12-5651
No Matriks : 2261
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Syukur kepada Tuhan kerana saya dapat menyiapkan tugasan yang telah diberikan.
Tugasan yang saya perlu kaji adalah berkenaan Rancangan Pengajaran Harian PSV bagi tahap 1
dan tahap 2, pengurusan bilik PSV dan cadangan pelan lantai bilik PSV. Pada peringkat awalnya
saya berasa tertekan kerana dengan tugasan PSV ini ditambah pula dengan aktiviti-aktiviti
sekolah serta aktiviti-aktiviti daripada organisasi-organisasi luar menjadikan masa sesaat begitu
penting buat diri saya. Tempoh sebulan untuk menyiapkan tugasan ini adalah suatu tempoh yang
cukup lama namun dengan situasi yang saya hadapi tempoh tersebut menjadi amat singkat dan
membuatkan kerja saya menjadi kelam kabut. Namun saya akui ia adalah berpunca daripada
komitmen saya yang terlalu banyak. Jadual waktu perlaksanaan kerja-kerja harian saya amat
perlu untuk disediakan agar semua perkara yang ingin dicapai mahupun disiapkan terlaksana
dengan lancar.
Tugasan ini dapat membimbing saya untuk menjadi seorang guru yang lebih berkaliber di
masa hadapan. Ini kerana dengan menjalankan pemantauan dan kajian, banyak perkara yang
dapat saya ketahui dan pelajari secara menyeluruh terutamanya semasa meneliti RPH PSV teman
saya yang mana semasa saya cuba mengkaji kaitan penulisan objektif dengan HSP ia perlu
sejajar dengan apa yang dikehendaki oleh HSP agar pembelajaran murid-murid akan menjadi
lebih bermakna. Adakalanya kita perlu lebih terperinci dalam menulis objektif pelajaran kerana
beberapa aspek penting perlu diambil kira seperti kebolehan murid, pengetahuan sedia ada
murid, psikomotor murid dan sebagainya. Kebolehan serta pengetahuan sedia ada murid di tahap
satu dengan tahap dua jauh berbeza dari aspek penguasaan sesuatu kemahiran. Oleh yang
demikian saya sebagai guru PSV hendaklah tahu latar belakang semua murid sebelum mengajar
subjek Pendidikan Seni Visual. Semua aspek ini merangkumi perkembangan murid sejajar
dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu ingin melahirkan pelajar yang cemerlang dari aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Semasa membuat laporan berkenaan bilik seni SK. Anjung Teduh, saya dapati bahawa
pengurusan bilik tersebut baru sahaja dimulakan oleh Ketua Panitia PSV yang baru iaitu Cikgu
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
69
Arisal Laupe dengan lebih teratur. Ini kerana selama tujuh tahun yang lalu, pengurusan Unit
Pendidikan Seni Visual termasuklah bilik PSV oleh Ketua Panitia PSV yang terdahulu kurang
teratur kerana masalah kesihatan yang dihadapinya. Namun semenjak Encik Arisal Laupe
mengambil alih Unit PSV sekolah ini, terdapat beberapa perubahan yang dilakukan di dalam
bilik seni namun masih banyak perkara yang perlu ditingkatkan agar pengurusan bilik PSV
menjadi lebih ceria dan mempunyai pengurusan yang mantap. Sebagai salah seorang guru PSV
di tahap satu saya secara langsung terbabit dengan segala program yang dijalankan oleh unit
PSV. Sekiranya saya diberi peluang memegang bilik PSV di sekolah ini saya telah mempunyai
perancangan tentang pelan kedudukan kerusi meja seperti yang telah saya ilhamkan di dalam
pelan lantai bilik PSV seperti mana yang telah diminta oleh soalan tugasan PSV ini. Pada
pendapat saya merancang pelan lantai bilik PSV adalah mudah namun tugas perlaksanaannya
kadang kala mengalami kepincangan kerana beberapa aspek seperti kengkangan masa, kewangan
dan bantuan tenaga dari ahli PSV.
Pada kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
rakan seperjuangan di dalam kelas PSV seperti Encik Bakau Chabu, En. Aliasan Jikri, Puan
Rodziah, Puan Kamsiah, Puan Asnida dan Cik Raisah, guru-guru PSV di Sekolah Kebangsaan
Anjung Teduh, Lahad Datu terutamanya Encik Arisal Laupe, Encik Azizul Othman dan Puan
Junaidah Ramli serta pensyarah pembimbing Cik Zalia binti Abdullah kerana banyak membantu
dan membimbing saya dalam menghasilkan tugasan ini. Walaupun banyak perkara yang perlu
saya dahulukan dan masalah yang dihadapi namun saya cuba untuk atasinya satu persatu
sehingga saya dapat menyelesaikan assignment ini. Kepada Cik Zalia Abdullah, saya memohon
maaf sekiranya tugasan ini agak terlewat daripada tarikh penghantarannya.
Pengalaman yang terbaik dapat saya perolehi daripada menjalankan tugasan ini.
Sekian, Terima kasih.
……………………………
(FELIX JOSEPH LIWASA)
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
70
JADUAL PENGGUNAAN BILIK SENI
UNIT PENDIDIKAN SENI VISUAL
SK. ANJUNG TEDUH
2010
HARI NAMA GURU PSV KELAS MASA
Isnin
MASTIKA 2A 6.50 - 7.50 pg
FELIX 1A 7.50 - 8.50 pg
PAUL 4A 8.50 - 9.50 pg
JUNAIDAH 3B 10.10 - 11.10 pg
Selasa
AIDAH 3C 6.50 - 7.50 pg
AZIZUL 6B 7.50 - 8.50 pg
RAHAYU 5B 8.50 - 9.50 pg
Rabu
AZMAN 5A 6.50 - 7.50 pg
FELIX 1B 10.10 - 11.10 pg
AZIZUL 6C 11.10 - 12.10 tgh
Khamis
JUNAIDAH 3A 7.50 - 8.50 pg
SATIYAH 6A 8.50 - 9.50 pg
SITI OMIDANG 4B 11.10 - 12.10 tgh
Jumaat
AZMAN 5C 7.50 - 8.50 pg
PAUL 4C 7.50 - 8.50 pg
MASTIKA 2B 10.10 - 11.10 pg
Disediakan oleh,
Arisal Laupe
KP. Unit Pendidikan Seni Visual
SK. Anjung Teduh
Perhatian:
* Sebarang permasalahan sila berhubung dengan KP PSV (019-8403031)
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
71
BUKU STOK (Barang Pembelian)
BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL
Bil Perkara Tarikh
diterima Kuantiti Harga
1. Kertas Lukisan
1hb Februari
2010
(Isnin)
10 rim RM
500.00
2.
PELAKA (cat mural)
- kuning
- merah
- biru
6 botol
saiz besar
RM
150.00
3.
Marker pen (permanent)
- merah
- biru
- hitam
3 kotak RM
180.00
4.
Marker pen (Whiteboard)
- hitam
- biru
2 kotak RM
120.00
5. Buku rujukan guru
Tahun 1 - 6
12hb Mac
2010
(Jumaat)
6 set RM
113.40
Catatan :
Diterima oleh Encik Azizul Othman pada 1hb Februari 2010 pada jam 8.00 pagi
Bagi pihak Ketua Panitia PSV.
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
72
Unit Pendidikan Seni Visual
SK. Anjung Teduh
BORANG KELUAR MASUK BAHAN DAN PERALATAN PSV
Bil Nama Guru Perkara Kuantiti Tarikh
dikeluarkan
Tarikh
dikembalikan T/tangan
1. Mastika Matahir Berus cat air 10 set 23/2/ 2010
2. Felix Joseph Kertas lukisan 1 rim 19/4/2010 -
3. Azizul BBM (kolaj) 1 set 30/3/2010 29/4/2010
Disediakan oleh,
Ketua Panitia PSV
2010
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR PSV
3104
73
BIBLIOGRAFI
1. Bahagian Pendidikan Guru, Sektor Pembangunan Professionlisme Keguruan,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Modul PSV 3104, Pengajian dan Pengurusan
Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR, Cetakan November 2009.
2. Mok Soon Sang , Teks Komprehensif PTK Pengajaran dan Pembelajaran, Penerbit
Multimedia Sdn. Bhd. 2009, Selangor Darul Ehsan.
3. Mok Soon Sang , Teks Komprehensif PTK Bahagian II : Khusus/Fungsional Pengajaran
dan Pembelajaran, Penerbit Multimedia Sdn. Bhd. 2009, Selangor Darul Ehsan.
4. http://www.goggle.com
5. http://www.yahoo.com
6. Kamus dewan edisi keempat, cetakan 2009
top related