bab 6 penyaman udara unit pisah
Post on 05-Aug-2015
3.589 Views
Preview:
TRANSCRIPT
BAB 6
PENYAMAN UDARA UNIT PISAH
(SPLIT UNIT)
6.1 DEFINISI
Penyaman udara jenis ini menggunakan sistem yang sama. Unit ini terbahagi
kepada dua iaitu unit dalam dan unit luar. Unit dalam adalah bahagian yang
mendinginkan ruang. Manakla unit luar pula dilekapkan pada dinding bahagian luar.
Pemasangan Unit Penyaman Udara jenis pisah lekapan dinding adalah lebih
senang dibandingkan dengan pemasangan Unit Penyaman Udara Lekap Siling.
Bagi Unit Lekapan Dinding ini kebiasaanya adalah dalam lingkungan kuasa kuda
yang lebih kecil (dimana antara 1-2.5 H.P) dan bagi kuasa kuda yang besar
biasanya ialah dipasangkan dengan Unit Lekapan Siling.
80
6.2 PENYAMAN UDARA (SERVICE)
6.2.1 Pengenalan
Kerja servis ini perlu dilakukan setiap bulan bagi menjamin keupayaan
sistem serta menjaga unit daripada cepat rosak. Semasa melakukan kerja servis ini,
seorang juruteknik akan memastikan sesebuah sistem atau unit, berfungsi atau
beroperasi dalam keadaan normal atau baik serta menjaga unit tersebut daripada
berlaku kerosakan. Juruteknik juga perlu menukar alat yang rosak dengan segera
setiap kali kerja servis dilakukan. Secara amnya kerja menservis ini terbahagi
kepada 2 jenis iaitu :
1. “Normal Service”
2. “Overhaul Service”
6.2.2 ‘Normal Service’
Biasanya “Normal Service” ini dilakukan setiap bulan sekali, iaitu kerja servis ini
dilakukan dalam masa yang singkat. Kerja ini juga lebih senang dilakukan jika
dibandingkan dengan kerja “Overhaul Service”, dimana kerja servis ini cuma untuk
mengekalkan unit atau sistem agar beroperasi dalam keadaan baik. Kerja yang
perlu dilakukan ialah seperti mencuci penapis, membersihkan kipas empar, meniup
penyejat dan pemeluwap dengan menggunakan “Blower” untuk membersihkanya
serta melakukan pemeriksaan pada unit seperti tekanan gas bahan pendingin unit
tersebut, tali sawat motor, bearing motor dan lain-lain untuk membolehkan unit
beroperasi dengan sempurna.
6.2.3. ‘Overhaul Service’
“Overhaul Service” ini akan dilakukan jika unit tersebut benar-benar tersumbat pada
penyejat dan pemeluwap, dimana ia bergantung kepada sebuah unit tersebut.
Secara amnya, sesebuah unit perlu dilakukan “Overhaul Service” apabila
keupayaan sesebuah sistem tersebut menurun atau tidak sejuk, wap kondensasi
keluar dari Unit Dalam akibat daripada gelungan penyejat terlalu kotor dan berais.
81
6.2.4 Perbezaan ‘Normal Service’ dan ‘Overhaul Service’.
‘Normal Service’ ‘Overhaul Service’
Kerja dilakukan setiap bulan atau
2 bulan sekali.
Kerja dilakukan secara kasar iaitu
mencuci penapis, pemeriksaan unit
tanpa membaiki, mengelap panel
hadapan unit hadapan,
membersihkan penyejat dan
pemeluwap dengan “blower” dan
lain-lain.
Kerja dilakukan bergantung
kepada unit tersebut .
Kerja dilakukan secara
mendalam pada sesebuah unit
seperti mencuci penyejat atau
pemeluwap dengan bahan
kimia, membaiki seperti
menambah gas bahan pendingin,
menukar bering dan lain- lain.
6.2.5. Unit-unit yang perlu dilakukan servis bagi setiap bulan.
Unit penyaman udara jenis tingkap (window Unit)
Unit penyaman udara jenis pisah (Split Unit )
Unit penyaman udara jenis kemas siap (Peckage Unit)
6.2.6. ‘Normal service’
Menservis Unit Penyaman Udara Jenis Pisah (Split Unit)
Kerja menservis penyaman udara jenis split adalah lebih kurang sama dengan
menservis unit penyaman udara jenis tingkap,iaitu seperti mencuci penapis dan lain-
lain. Ini kerana komponen ini hampir sama cara menservisnya.
82
Alat-alat yang digunakan :
i. Pemutar skru jenis Philip
ii. Blower
iii. Kain
iv. Pen penguji
v. Lampu bateri
6.2.7. Langkah melakukan kerja menservis
i. Hentikan sistem
ii. Cabutkan penapis dan cucikan
iii. Gunakan blower untuk meniup sirip kipas empar dan gelungan penyejat.
iv. Gunakan blower,tiupkan juga gelungan pemeluwap.
v. Dengan menggunakan kain bersih, lapkan penal unit.
vi. Pasangkan balik penapis dan jalankan system.
vii. Pastikan sistem beroperasi dalam keadaan normal dan tiada berlaku
sebarang kebisingan pada system.
6.2.8. ‘Overhaul service’ penyaman udara jenis pisah
Tujuan ‘Overhaul Service’ dilakukan ialah untuk membuang segala
kekotoran dan habuk tersangkut dicelah sesirip.sirip-sirip penyejat dan pemeluwap
yang tersumbat disebabkan habuk, kesan penyejukan akan menjadi tidak begitu
sempurna dan pengeluar angin juga turut dikurangkan.
Masalah yang biasa timbul ialah bilik menjadi tidak begitu sejuk dan
permukaan gegelung membeku menjadi ais. Disebabkan Unit Penyaman Udara
Jenis Pisah ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Unit Dalam dan Unit Luar, maka
kerja membuat “Overhaul Service” juga berbeza dengan Unit Penyaman Udara
Jenis Tingkap. Dimana kerja membuat servis adalah lebih susah jikalau berbanding
dengan Unit Penyaman Udara Jenis Tingkap. Kerja menservis Unit Dalam dan Unit
Luar tidak dilakukan sekali, dimana kerja menservis akan bergantung kepada
kekotoran yang terdapat pada unit tersebut.
83
Alat-alat yang digunakan:
i. Spanar Boleh Laras
ii. Tolok Pancarongga
iii. Pemutar Skru Jenis Philip
iv. Air Pam
v. Pam Angin Atau Blower
vi. Gas R-22
vii. Insulation
viii. Bahan kimia (Chemical Coil Cleaner)
ix. Berus
x. Paip Air Jenis Getah
6.2.9 langkah melakukan kerja menservis.
i. Lakukan Pump Down
ii. Cabutkan Unit Luar Dan Unit Dalam
iii. Cucikan Unit Dalam Dan Unit Luar
iv. Pemasangan Balik Unit Dalam Dan Unit Luar
v. Lakukan Proses Pelegaan (Purge Proces)
vi. Uji kebocoran Gas Bahan Pendingin
vii.Jalankan Sistem
viii. Isikan Gas Bahan Pendingin (R-22)
6.2.10 ‘Pump Down’
Tujuan pump dilakukan ialah untuk menyimpan gas bahan pendingin pada
unit luar atau disimpankan dalam pemeluwap. Tujuan ini adalah untuk menjimatkan
gas bahan pendingin supaya tidak terbuang begitu sahaja setiap kali unit dicabut.
Langkah ini perlu dilakukan secara berpasangan, ia juga perlu dilakukan oleh
pekerja yang berpengalaman untuk mengelakkan pemeluwap daripada terbocor
akibat tekanan yang kuat dari pemampat.
84
Alat-alat yang digunakan:
i. Tolok Pancarongga
ii. Allen key
iii. Spanar Boleh Laras
Langkah-langkah kerja “pump down”
i. Cabutkan penutup pada Injap Tiga Hala.
ii. Pasangkan Tolok Pancarongga pada Saluran Sedutan dan Saluran
Singkiran.
iii. Dengan menggunakan Allen key, kuncikan separuh lubang kedua-dua
saluran tersebut mengikut pusingan jam.
iv. Kuncikan Saluran Singkiran, (Tujuanya ialah untuk mengelakkan gas bahan
pendingin daripada masuk ke penyejat)
v. Berpandukan pada Tolok Pancarongga, apabila jarum pada tekanan rendah
turun ke angka 0, dengan serta kuncikan Saluran Sedutan. ( Tujuanya ialah
untuk membahagikan gas bahan pendingin disedut masuk ke Pemeluwap
dan Pemampat untuk disimpan )
vi. Pada masa yang sama, serta merta hentikan system dengan meminta
bantuan daripada kawan seorang lagi. (Tujuan ini adalah untuk
mengelakkan pemampat daripa terus memampat dan akhirnya boleh
menyebabkan tiub pemeluwap meletup akibat daripada tekanan yang kuat.
Gambarajah 6.2.8 : Peralatan yang Gambarajah 6.2.9 : Kerja membersih Digunakan bagi penyejat dengan kerja servis ‘chemical’.
85
6.3 UNIT DALAM DAN UNIT LUAR
Unit Dalam dan Unit Luar perlu dicabutkan untuk dicucikan dan pemeluwap masing-
masing. Langkah ini perlu dilakukan selepas melakukan proses “Pump Down” untuk
menjimatkan gas bahan pendingin.
Alat-Alat Tangan Dan Bahan Yang Digunakan:
i. Spanar Boleh Laras
ii. Pisau
iii. Pita Kertas
iv. Pita Hitam
6.3.1 Langkah-langkah kerja unit dalam
i. Lakukan proses Pump Down
ii. Tanggalkan penal hadapan Unit Dalam dengan menggunakan Pemutar
Skru Jenis Philip.
iii. Cabutkan pendawaian yang masuk ke unit dan balutkanya dengan pita
hitam.
iv. Potong getah insulation yang membalutkan kedua-dua saluran tiub pada
bahagian nat.
v. Gunakan dua batang Spanar Boleh Laras,bukankan nat pada kedua-dua
saluran tiub pada bahagian nat.
vi. Balutkan kedua-dua saluran tersebut dengan menggunakan Pita Kertas
untuk mengelakkan kekotoran dan air daripada masuk ke dalam tiub.
vii. Tegakkan balik kedua-dua saluran tiub dan tanggalkan Unit Dalm
daripada Plat Pemasangan, dengan perlahan-lahan tarikkan saluran tiub
tersebut keluar dari lubang.
viii. Balutkan juga lubang pada kedua-dua saluran tersebut dengan pita kertas
bagi mengelakkan kekotoran dan air daripada masuk semasa mencuci.
6.3.2 Langkah–langkah kerja unit luar:
86
i. Lakukan proses Pump Down dan hentikan system.
ii. Cabutkan kedua-dua nat saluran tersebut dengan Spanar Boleh Laras.
iii. Balutkan keempat-empat saluran dengan pita kertas, tujuanya ialah untuk
mengelakkan kekotoran dan air daripada masuk ke dalam tiub.
iv. Cabutkan pendawaian pada unit tersebut dan balutkan dengan pita hitam.
v. Cabutkan juga nat yang mengikatkan keempat-empat kaki unit dengan
Spanar Boleh Laras atau spanar terbuka (13-14).
vi. Turunkan unit tersebut dari braket.
6.3.3 Mencuci unit dalam dan unit luar.
Mencuci Unit Dalam
Unit Dalam perlu dicucikan dengan air serta bahan kimia (chemical) untuk
menanggalkan kekotoran yang terlekat pada sirip-sirip gelungan penyejat.
Alat-alat tangan dan bahan-bahan yang perlu digunakan:
i. Pemutar Skru Jenis Philip
ii. Pam Air (Water Pump)
iii. Paip Air Getah
iv. Blower (Pam Angin)
v. Berus
vi. Bahan kimia (Chemical Coil Cleaner)
87
Kerja-kerja yang dilakukan:
i. Cabutkan Penal Hadapan Unit Luar dan cucikan.
ii. Cabutkan bahagian elektronik dan letakkan pada tempat yang kering.
iii. Cabutkan sirip kipas empar dan motor kipas. Cucikan sirip kipas tersebut.
iv. Cabutkan penutup-penutup unit lain dan cucikan.
v. Keluarkan gelungan sirip penyejat dan siramkan air ke sirip tersebut.
vi. Campurkan bahan kimia (Chemical Coil Cleaner) dengan air.
vii. Semburkan bahan kimia (Chemical Coil Cleaner) ke permukaan sirip dan ke
bahagian dalam gelungan.
viii. Biarkan gelungan tersebut selama beberapa minit sehingga buih-buih putih
atau kekotoran keluar ke permukaan sirip.
ix. Pasangkan Water Pump (air Pam) dan hidupkan pam tersebut.
x. Semburkan air yang berpecutan kuat ini dan gunakan berus untuk
memberus permukaan sirip gelungan penyejat sehingga gelungan penyejat
tersebut dianggap bersih.
xi. Bersihkan tapak unit dan lapkan supaya kering.
xii. Keringkan semua penutup dan komponen, samada dengan menggunakan
kain untuk mengelapnya atau dengan menggunakn blower atau pam angin
meniupnya.
xiii. Pasangkan balik semua bahagian unit tersebut seperti sirip kipas empar,
motor kipas, sirip gelungan penyejat, papan komponen-komponen
elektronik dan penutup-penutupnya.
Mencuci Unit Luar
Cara-cara mencuci Unit Luar adalah sama dengan cara mencuci Unit Dalam.
Dimana tujuan mencucinya ialah untuk menanggalkan kekotoran yang terlekat pada
sirip-sirip gelungan penyejat.
88
Alat-alat tangan dan bahan-bahan yang digunakan:
i.Pemutar Skru Jenis Philip
ii. Pam Air (water Pump)
iii. Paip Air Getah
iv. Blower (Pam angin)
v. Berus
vi. Bahan Kimia (Chemical)
Kerja-kerja yang dilakukan:
i. Cabutkan penutup-penutup unit tersebut dan bersihkannya.
ii. Cabutkan motor kipas dan motor kipas.
iii. Tutupkan papan eletronik dengan beg plastik yang besar. (Tujuanya ialah
untuk mengelakkan ia terkena air apabila dicuci nanti).
iv. Siramkan air ke gegelung penyejat.
v. Campurkan bahan kimia (Chemical) dengan air.
vi. Semburkan bahan kimia tersebut ke seluruh gelungan penyejat dan tunggu
beberapa minit atau sehingga permukaan gelungan penyejat berbuih atau
semua kekotoran keluar ke permukaan gelungan penyejat.
vii. Pasangkan Pam Air
viii. Semburkan air yang berpancutan kuat ini ke gelungan penyejat
untuk mengeluarkan kekotoran dalam yang melekat pada sirip serta
menanggalkan bahan kimia tersebut. Beruskan juga permukaan gelungan
penyejat dengan berus untuk menanggalkan kekotoran.
ix. Bersihkan juga penutup-penutup unit dan lapkannya bagi kering.
x. Buangkan beg plastik yang membalut papan elektronik dan tiupkan
sehingga kering (jika didapati ada air memasuki )dengan Blower.
xi. Pasangkan balik motor kipas dan sebagainya.
* PERINGATAN! :
a) Pastikan bahan kimia yang disemburkan ke gelungan penyejat adalah
dicampur dengan air yang secukupnya.
89
b) Bersihkan gelung penyejat sebersih mungkin serta pastikan bahan kimia
juga ditanggalkan daripada gelungan penyejat.
c) Siramkan atau semburkan air ke gelungan penyejat apabila melihat
keluaran asap dari gelungan penyejat apabila bahan kimia di semburkan.
Ini adalah menunjukkan terlalu pekat bahan kimia yang dicampurkan
tadi.
6.3.4 Pemasangan balik Unit Luar dan Unit Dalam
Pemasangan Balik Unit Dalam.
Pemasangan balik Unit Dalam adalah lebih sukar jika dibandingkan dengan pemasangan balik Unit Luar.
Alat-alat yang digunakan:
i. Pemutar Skru Jenis Philip
ii. Spanar boleh laras 8” dan 10”.
iii. Getah insulation
iv. Pita kertas.
Langkah-Langkah Memasang Balik Unit Dalam:
i. Cabutkan penal hadapan unit tersebut. Luruskan kedua-dua saluran tiub.
ii. Angkat naik unit tersebut dan masukkan ke saluran tiub tersebut ke lubang
dan gantungkan ke atas plat pemasangan. Pastikan unit digantung dengan
betul atas plat pemasangan tersebut.
iii. Pasangkan balik panel hadapan unit.
iv. Bengkokkan balik tiub saluran mengikut bentuk asal.pastikan tiub tidak
menjadi kemek setelah bengkok dibuat.
v. Sambungan balik saluran singkiran dan saluran sedutan dengan spanar.
vi. Gantikan insulation yang baru,jika insulation yang lama itu tidak rosak atau
koyak.
vii. Balutkan sambungan insulation dengan pita kertas.
viii. Sambungan balik pendawaian pada Unit Dalam.
90
Pemasangan Balik Unit Luar
Alat-alat yang digunakan
i.Pemutar Skru Jenis Philip
ii. Spanar Boleh Laras
Langkah-Langkah Memasang Balik Unit Luar:
i. Letakkan balik unit luar ke atas braket dan ikatkan keempat-empat kaki unit
dengan nat.
ii. Sambungkan balik saluran sedutan dengan spanar boleh laras dan jangan
sambungkan saluran singkiran dimana tujuanya ialah untuk melakukan
Proses Pelegaan nanti.
iii. Sambungkan juga pendawaian kedalam unit tersebut.
*PERINGATAN :
Jangan kuncikan nat saluran tiub tersebut terlalu kuat. Ini adalah kerana untuk
mengelakkan pengembangan pada tiub itu pecah dan menyebabkan kebocoran
gas bahan pendingin.
6.3.5 Lakukan Proses Pelegaan ( Purge Proces)
Semasa unit dicabut, udara dan habuk pada sekeliling akan masuk ke dalam tiub,
maka untuk mengeluarkan habuk-habuk dan udara tersebut, proses pelegaan
perlu dilakukan. Dimana tujuan proses ini dilakukan ialah untuk membersihkan
kekotoran dan udara yang ada dalam tiub.
91
Alat-alat tangan dan bahan-bahan yang digunakan:
i. Tolok Pancarongga
ii. Spanar Boleh Laras
iii. Gas Bahan Pendingin (R-22)
Langkah-Langkah yang perlu dilakukan ialah:
i. Cabutkan penutup tiga hala dengan spanar
ii. Pasangkan Tolok Pancarongga pada unit.
iii. Pasangkan saluran servis di tolok ke tong gas bahan pendingin (R-22) dan
bukakan injap pada tong gas bahan pendigin.
iv. Bukakan injap pada bahagian tekanan tinggi (saluran singkiran), gas bahan
pendingin akan masuk kedalam saluran tiub melalui saluran singkiran dan
keluar ke saluran sedutan. Dengan menggunakan ibu jari, tekankan dengan
kuat untuk menahan gas bahan pendingin daripada keluar dan lepaskanya,
untuk mengeluarkan kekotoran dan udara yang ada didalam tiub. Lakukan
langkah ini berulang kali.
v. Biarkan gas bahan pendingin keluar dari saluran tiub sedutan, sambungkan
saluran tiub tersebut keunit. Selepas menyambungkan balik saluran tiub
tersebut, tutupkan injap pada tolok.
Gambarajah 6.3.4 : memasang semula unit dalam
92
6.4. LANGKAH-LANGKAH PEMASANGAN PENYAMAN UDARA UNIT PISAH
Peralatan yang digunakan:
1. Pemandu Spanar
2. Alat-Alat Flaring
3. Tolok pancarongga
4. Spanar
5. Paip P.V.C
6. Gergaji Besi
7. Mesin Gerudi Tangan Dinding (drill hammer)
8. Tukul Besi
9. Keseimbangan Air (Water Level)
10. Pahat Besi
11. Pen Penguji
12. Skru Drive Jenis Philip
13. Tolok pancarongga
14. Kunci allen
Bahan-bahan yang digunakan:
1. Tiub Kuprum
2. pipe Insulation
3. Bolt Pengembang
4. Skru
5. Besi Segi
6. Sabun
6.4.1 Pemasangan Unit Dalam
a. Memasang plat pemasangan (Plat Panel)
b. Menggerudi satu lubang pada dinding.
c. Memasang Unit Dalam diatas Plat Pemasangan
93
1. Memasang Plat Pemasangan
Plat ini dipasang pada dinding untuk memegang unit dalam pada suseatu ruang.
Langkah-langkah pemasangan adalah seperti berikut:
a) Pastikan terlebih dahulu kawasan yang hendak didinginkan dan kawasan
yang sesuai untuk meletakkan unit dalam.
b) Tanggalkan plat unit dalam pada bahagian belakang unit luar.
c) Lekapkan plat ke dinding.
d) Kemudian, gunakan penimbang air (water level) untuk mendapat
keseimbangan yang sesuai dan tandakan menggunakan pen marker pada
lubang yang telah disediakan pada plat.
e) Tanggalkan plat dari dinding.
f) Gunakan ‘drill hammer’ untuk membuat lubang.
(Pastikan saiz yang digunakanadalah sesuai).
g) Masukkan ‘wallplug’.
h) Letakkan plat pada dinding dan kunci plat tersebut menggunakan skru
yang sesuai. (Pastikan skru yang diikat kuat agar unit dalam tidak terjatuh).
2. Membuat Satu Lubang Pada Dinding Ditepi Plat Pemasangan
Lubang ini dibuat bagi menghubungkan unit dalm dengan unit bahagian luar. Pada
lubang ini tiub kuprum, wayar, dan paip buangan air akan disalurkan ke luar. Berikut
adalah langkah-langkah untuk menebuk lubang:
a) Pastikan lubang yang hendak ditebuk setelah plat dipasang.
b) Gerudikan lubang tersebut disebelah kanan atau kiri plat. Pastikan lubang
ditebuk dengan berhati-hati agar mata gerudi tidak patah.
c) Pastikan lubang yang ditebukagak besar supaya penyambungan dapat
dikeluarkan dengan mudah.
d) Setelah selesai proses menebuk bersihkan tempat kerja tersebut.
94
3. Pemasangan Unit Dalam Ke Plat Pemasangan (Braket)
a) Bongkahkan panel hadapan Unit Dalam. Tujuan membongkahkan
panel hadapan ialah untuk mengelakkan panel hadapan daripada
rosak akibat terlanggar dinding serta untuk menyenangkan pemasangan
wayar ke Unit Luar.
b) Tanggalkan tiub kuprum dan hos pengaliran dari badan Unit Dalam.
c) Luruskan tiub kuprum tersebut dan balutkan hos pengaliran dengan
tiub kuprum dengan tape hitam.
d) Pastikan bahawa hos pengaliran adalah dibawah tiub kuprum dan
semakin condong atau pad paras yang sama ke luar.
e) Kawat penyambungan dari Unit Dalam ke Unit Luar juga perlu diikat
bersama dengan tiub kuprum dan tiub dan tiub kuprum dan tiub
penyaliran untuk mengeluarkan ke bahagian luar. Tujuannya ketiga-tiga
bahan perlu di ikat bersama-sama ialah untuk memudahkan kerja
untuk mengeluarkan semua sekali ke bahagian luar serta untuk
mencantikkan lagi susunan paip tersebut
f) Selepas siap pembalutan dilakukan, masukkan tiub kuprum, hos
pengaliran dan kawat penyambungan yang dibalut ke dalm lubang
yang dibuat tadi.
g) Selepas unit hampir ke dinding, sangkutkan unit tersebut ke bahagian
atas Plat Pemasangan. Pastikan kedua-dua penyangkuk yang terdapat
pada Unit Dalam disangkut pada Plat Pemasangan.
h) Cara memastikan samada unit disangkut baik atau tidak , ialah
dengan menggerakkan unit tersebut ke kiri atau ke kanan, jika unit
tidak boleh bergerak, ini menunjukkan unit telah disangkut dengan baik.
6.4.2 Pemasangan Unit Luar
1. Membuat Braket
2. Memasang Braket pada Dinding
3. Memasang Unit Luar pada dinding
95
Sebelum pemasangan unit luar dilakukan, terdapat beberapa faktor yang perlu
diikuti agar pemasangan dapat dilakukan:
a) Pastikan terlebih dahulu tempat untuk meletakkan unit luar.
b) Pastikan kawasan yang ingin diletakkan mempunyai peredaran udara
agar proses penyejukkan pemeluwap lebih baik.
c) Pastikan kawasan tersebut mudah untuk dilakukan proses servis.
d) Kedudukan unit luar dan unit dalam perlulah hampir agar dapat
menjimatkan kos dan unit lebih cepat sejuk.
1. Memasang Braket Pada Dinding
a) Pastikan dinding yang dipilih tersebut cukup kukuh untuk
menggantungkan unit tersebut.
b) Letakkan braket pada dinding dan tandakan lubang yang hendak
digerudi pada dinding.
c) Selepas tanda-tanda dibuat, gerudikan lubang tersebut dengan
menggunakan mesin gerudi elektrik (drill hammer).
d) Masukkan ‘wallplug’ ke dalam lubang dan ketuk dengan penukul besi,
kemudian ketatkan netnya menggunakan spanar.
e) Dengan menggunakan langkah yang sama, pasangkan braket yang
sebelah.
2. Pemasangan Unit Luar
Oleh kerana unit luar berat, pastikan nat diikat dengan ketat agr unit tidak
jatuh dan membahayakan pengguna. Unit ini juga memerlukan dua orang pekerja
untuk mengangkat unit ke tapak braket. Kemudian unit luar juga perlu diikat pada
tapak braket agar unit tidak jatuh disebabkan unit luar memgandungi kompressor,
ianya amat berat dan bergegar ketika unit beroperasi.
96
6.4.3. Penyambungan tiub kuprum antara unit dalam dan
unit luar.
Setelah selesai pemasangat unit luar dan unit dalam, barulah penyambungan tiub
dapat dilakukan. Tersebut adalah langkah bagi menyambung kedua-dua unit:
1. Penyediaan tiub kuprum
2. Penyambungan tiub kuprum.
3. Ukuran antara Unit Dalam dan Unit Luar.
4. Cara-cara memotong, membuat pengembangan pada hujung tiub, membuat
swaging pembersihan gerigis dalam tiub dan membengkok tiub
dengan menggunakan pembengkok jenis tuil.
1. Penyediaan Tiub Kuprum
Tiub Kuprum perlu disediakan apabila kerja penyambungan tiub kuprum
hendak dijalankan. Disediakan saiz diameter tiub kuprum pada Saluran Nyah cas
adalah tidak sama dengan saiz diameter pada saluran Sedutan maka selepas
penyediaan tiub kuprum disediakan dan pastikan juga tidak tersilap pasang apabila
hendak disambungkan, dimana bagi saluran Nyahcas, saiz diameter Saluran
sedutan.Selain daripada ketidak sama saiz diameter pada kedua-dua saluran,
ketidak samaan Kuasa kuda pada sistem juga akan menyebabkan ketidak samaan
saiz diameter tiub kuprum.
Contohnya seperti jadual dibawah:
MODEL/KUASA
KUDA
SALUIRAN SEDUTAN
(SUCTION VALVE)
SALURAN SINGKIRAN
(LIQUID VALVE)
51MSA009
(1 KUASA KUDA) 3/8” ¼”
97
51MSA012
(11/2 KUASA KUDA) ½” ¼”
51MSA024
(21/2 KUASA KUDA) 5/8” ¼”
51SNA024
(21/2 KUASA KUDA) 5/8” ¼”
Jadual 6.4.1
2. Penyambungan Tiub Kuprum
a) Panjang ukuran diantara Unit Dalam dan Unit Luar.
b) Cara-cara memotong, membuat pengembangan pada hujung tiub,
membuat swaging, pembersihan gerigis dalam tiub dan membengkok
tiub dengan menggunakan pembengkok jenis tuil.
c) Penyambungan tiub kuprum ke Unit Dalam
d) Penyambungan tiub kuprum ke Unit Luar.
Panjang Ukuran Diantara Unit Dalam dan Unit Luar disebabkan pemaipan
yang dibuat adalah mengikut laluan yang paling pendek dari Unit Dalam ke Unit
Luar. Walaubagaimanapun kadang-kadang ia perlu melalui tempat yang bengkok
maka tiub kuprum juga perlu dibengkokkan mengikut dinding tersebut. Dengan ini,
kita perlu pandai megukur dan pastikan ukuran yang dibuat adalah betul apabila
pembengkokkan tiub dilakukan.Jarak panjang dari Unit Dalam ke Unit Luar perlu
diambil perhatian dimana jarak pemanjangan tiub kuprum dari Unit dalam ke Unit
Luar tidak boleh terlalu panjang kerana ini akan menyebabkan berlakunya masalah
pada sistem jika terdapat pemaipan yang terlalu panjang . selain daripada itu ,
pastikan juga jarak ketinggian antara Unit Dalam dengan Unit Luar juga tidak terlalu
tinggi.
98
Masalah-masalah yang akan berlaku pada sistem jika terdapat tiub kuprum yang
terlalu panjang serta tinggi adalah seperti di bawah:-
1. Gas bahan pendingin lambat dihantar balik ke pemampat.
2. Ketidakmampuan pemampat memampatkan gas bahan pendingin ke
tempat yang jauh serta tinggi.
3. Memerlukan gas bahan pendingin yang banyak.
3. Pemotongan Tiub Kuprum Yang Terlalu Panjang
Pemotongan tiub kuprum perlu dibuat dengan mengunakan Pemotong Tiub Kuprum
(Copper Cutter), ini adalah kerana menggunakan pemotong tiub ini , gerigis adalah
kurang jika dibandingkan dengan menggunakan gergaji besi. Walaubagaimanapun,
kegunaan pemotong tiub ini juga boleh menyebabkan tiub daripada menjadi kemek
jika cara-cara menggunakan pemotong tiub adalah salah. Untuk mengelakkan tiub
kuprum daripada kemek, langkah-langkah dibawah ini perlu diambil perhatian.
Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan tiub menjadi kemek :
1. Bukakan gelungan tiub dan lingkarannya dan luruskan.
2. Ukur panjang yang diperlukan dengan pembaris keluli dan tandakan .
3. Pastikan panjang tiub kuprum yang dipotong tersebut adalah panjang
sedikit daripada ukuran sebenar yang didapati kerana untuk
mengelakkan daripada berlakunya ketidak cukup panjang tiub kuprum
yang dipotong.
4. Semasa proses pemotongan, letakkan tiub kuprum ditengah-tengah roda
alat pemotong dan ketatkan serta pusing perlahan-lahan pemotong tiub
serta mengetarkan pemutarnya sedikit demi sedikit untuk mengelakkan
daripada menjadi kemek sehingga tiub tersebut dipotong.
4. Membersihkan Gerigis Tiub Kuprum Yang Telah Dipotong (Melulas)
Semasa melulas tiub, pastikan tidak terlalu berlebihan kerana ini akan menipiskan
ketebalan sebenar tiub kuprum tersebut. Hujung tiub kuprum perlu dilulaskan untuk
99
membuangkan sebarang serpihan yang terhasil didalam atau luar tiub semasa
proses memotong tiub dilakukan. Melulas boleh dilakukan dengan menggunakan
penulas yang sedia ada pada alat pemotong atau dengan menggunakan Penulas
tangan, penulas tangan ini boleh digunakan untuk menulas bahagian dalam dan
luar yang bergaris pusat diantara 5-38 mm. Cara-cara melakukan kerja melulas
ialah halakan muncung atau hujung tiub tersebut ke bawah dan lakukan kerja
melulas dengan menggunakan Penulas Tangan.
* PERINGATAN
1. Hujung tiub perlu dihalakan ke bawah setiap kali melakukan kerja
melulas, tujuanya ialah untuk mengelakkan daripada serpihan besi atau
kotoran daripada masuk semula ke dalam tiub tersebut.
2. Penulasan perlu dilakukan kerana untuk mengelakkan daripada
berlakunya kebocoran gas.
6.5 MENGUJI KEBOCORAN GAS BAHAN PENDINGIN.
Kebocoran gas bahan pendingin ini biasanya dilakukan pada nat-nat saluran
tiub tersebut . pengujian ini perlu dilakukan kerana kita tidak tahu sama ada
sambungan yang yang kita sambung itu bocor atau tidak,walaupun bahagian ini
kurang berlaku kebocoran. Bahan yang digunakan untuk menguji kebocoran adalah
larutan buih sabun. Dimana cara menguji kebocoran ini ialah dengan meletakkan
larutan buih sabun pada sambungan nat tersebut dan perhatikan dengan teliti
keadaan buih sabun tersebut, jika terdapat kebocoran, buih sabun tersebut akan
membesar atau mengembang dan jika tiada kebocoran, buih sabun tidak akan
berubah dan semakin hilang.
Alat-alat tangan dan bahan-bahan yang perlu digunakan:
i. Tolok Pancarongga
ii. Kunci allen.
100
6.6 MENUKAR PEMAMPAT PENYAMAN UDARA UNIT PISAH.
Pemempat disebut sebagai jantung bagi sesebuah sistem penyaman udara kerana
emampat mengepam bahan pendingin ke seluruh sistem seperti jantung
mengepam darah ke seluruh darah.Tanpa pemampat sistem tidak akan berfungsi
normal dan tiada penyejukan berlaku.Tanpa pemampat sistem tidak akan berfungsi
normal dan tiada penyejukan asas.Fungsi pemampat adalah :
1. Untuk memampatkan gas bahan pendingin untuk dihantar keseluruh
sistem.
2. Untuk menyelenggara perbezaan tekanan rendah dan tekanan tinggi.
3. Gabungan kedua-dua di atas :
Terdapat 2 perkara akan berlaku dalam proses di atas iaitu :
1. Suhu dan tekanan di pemeluwap akan naik,membolehkan proses
penyingkiran berlaku.Haba ini diserap oleh air atau udara sekeliling yang
bertindak sebagai bahan media pendinginan.
2. Suhu dan tekanan dipemeluwap akan menjadi rendah dan ini
membolehkan bahan pendingin mendidih dan menyerap haba dalam
sistem atau sekelilingnya.
6.6.1 Cara-cara Menukar Pemampat
1. Sediakan peralatan seperti set kimpalan gas,playar,pemutar skru,tolok
pancarongga,bahan dingin dan spana boleh laras.
2. Bukakan penutup sistem dan tanggalkan.
3. Jika dalam sistem mengandungi gas,sambungkan hos tekanan rendah
tolok pancarongga pada saluran kembali pada sistem.
4. Buangkan hos daripada sistem dengan membuka injap tekanan rendah.
5. Setelah gas habis dibuang,tutup injap tekanan rendah dan tanggalakan
hos tersebut dari sistem.
101
6. Nyalakan set kimpalan gas panaskan saluran kembali dan saluran tekanan
tinggi pada pemampat dan bakar sehingga permukaan tiub tersebut merah
dan rod pengisi cair,kemudian cabutkan perlahan-lahan tiub tersebut
dengan menggunakan playar.
7. Setelah kedua-dua saluran paip tersebut ditanggalkan,tutup set kimpalan
gas.
8. Longgarkan skru pada kaki pemampat dan tanggalkan skru tersebut.
9. Setelah itu tanggalkan pemampat daripada sistem.
10. Masukkan kembali pemampat yang baru ke dalam sistem.
11. Ikatkan kaki pemampat dengan skru sehingga ketat.
12. Masukkan kembali saluran tiub kuprum yang dicabutkan tadi mengikut saiz
tiub pada pemampat.
13. Nyalakan set kimpalan gas dan kimpal bahagian sambungan tiub tadi
dengan menggunakan rod silifos.
14. Setelah tiub tadi dikimpal rapi,pasangkan hos tekanan rendah tolok
pancarongga pada saluran kembali sistem.Hos servis disambungkan pada
bahan dingin.
15. Lakukan pengungsian dan masukkan gas ke dalam sistem dan lakukan
pemeriksaan kebocoran pada tempat yang dikimpal tadi dengan buih.
16. Setelah selesai sambungkan pendawaian pada terminal pemampat
dengan mengikut pada common,starting dan running.
17. Tanggalkan hos servis dan sambungkannya kepada pam vakum dan
hoskan tekanan tinggi tolok sambungkan kepada saluran tekanan
tinggi.Vakum sistem selama setengah jam.
18. Setelah selesai menvakum sistem,tanggalkan hos servis tolok dan
sambungkan kepada silinder gas bahan pendingin dantutup injap hos
tekanan tinggi.
19. Masukkan gas ke dalam sistem sehingga penuh.
20. Kepikan meter amprobe pada wajar hidup dan on sistem.
21. Masukan gas ke dalam sistem berpandukan bacaan meter
amprobe.Setelah gas diisi dengan secukupnya,biarkan hos pancarongga
dan meter amprobe daripada sistem.
22. Jika ada masalah,tanggalkan hos tolok pancarongga dan meter amprobe
daripada sistem.
23. Tutup kembali penutup luaran sistem.
102
6.6.2. Pemeriksaan dan menampal bocor pada penyejat dan pemeluwap.
Pengenalan
Lingkaran penyejat dan pemeluwap dibuat daripada bahan kuprum dan siripnya dan
siripnya dibuat daripada alumunium lembut maka dengan sebab itu permukaan
penyejat dan pemeluwap mudah bocor dan patah jika tidak dikendalikan dengan
betul.Penyejat berfungsi sebagai medium penyerapan haba dan pemeluwap pula
sebagai medium penyingkiran haba.
Cara-cara Pemeriksaan
1. Sediakan kelengkapan seperti takung air,tolok pancarongga,gas bahan
dingin dan buih asbun.
2. Tanggalkan permukaan komponen tersebut dari sistem.
3. Sambungkan hos tekanan rendah pada saluran kembali pada komponen
tersebut,hos servis disambungkan pada silinder gas bahan dingin dan
saluran tekanan tinggi pada komponen tersebut dengan nat mati(stop
cock).
4. Masukkan gas ke dalam komponen tersebut,periksa setiap permukaan
lingkaran dengan menggunakan buih sabun.Jika dengan buih sabun masih
tidak mencukupi maka cara yang lain perlu dilakukan.
5. Sediakan takung dan isikan air secukupnya untuk menggelamkan
permukaan komponen tersebut.
6. Setelah itu rendamkan permukaan komponen tersebut dan periksa di
mana terdapatnya kebocoran.
7. JIka terdapat kebocoran pada saluran tiub tersebut maka kimpal bahagian
yang bocor dengan menggunakan rod silifos.
8. Jika tiada kebocoran lain angkat komponen tersebut daripada takungan air
dan blowerkan hingga kering.
9. Tinggalkan hos servis daripada silinder gas bahan dingin.Buka injap
tekanan rendah pada tolok dan lepas gas keluar.
10. Buka hos tekanan rendah yang disambungkan tadi serta nat mati yang
diketatkan tadi.
11. Pasangkan kembali komponen tersebut ke dalam sistem.
12. Kemaskan tempat kerja.
103
6.6.3. Menguji Pemampat.
Pengenalan
Menguji pemampat adalah untuk mengetahui bahawa pemampat berkenanan
masih berada dalam keadaan baik.Setiap pemampat yang baru harus diuji terlebih
dahulu supaya ianya tidak mendatangkan masalah kelak.Bagi pemampat yang baru
dibiaki dan perlu dipasang terus kepada sistem,ianya perlu diuji terlebih dahulu
apabila berada dalam rangka sistem dengan menggunakan pendawaian kembali
tanpa menyambung pemaipannya terlebih dahulu.Bagi pemampat yang baru atau
dibiaki dan untuk disimpan dalan stok,ia harus diuji terlebih dahulu supaya berada
dalam keadaan baik.Pemampat tergolong dalam pelbagai jenis kuasa
kuda(HP).Pada kebiasaannya,pemampat yang perlu diuji terlebih dahulu secara
terus mempunyai kuasa kuda diantara 1 hingga 10 Hp dan ianya adalah golongan
pemampat jenis kedap udara.
Cara-cara menguji pemampat.
1. Sambungkan pendawaian pada pemampat seperti biasa.
2. Setelah pendawaian dicantumkan,kepikan atau lekatkan meter amprobe
pada wayar hidup yang dicantumkan pada terminal common pemampat
dengan larasan 60 ampere.
3. Hidupkan sistem.
4. Periksa bacaan pada meter amprobe yang dipasang.Kebiasaanya bacaan
arus pada meter amprobe adalah berlainan iaitu mengikut kadaran kuasa
kuda sesuatu jenis pemampat.
5. Setelah itu,gunakan jari untuk menutup saluran pemaipan pada pemampat
iaitu pada paip tekanan tinggi dan rendah.Kebiasaan saluran paip tekanan
tinggi adalah bersaiz kecil dan paip tekanan rendah bersaiz besar.
6. Apabila lubang kedua-dua pemaipan telah ditutup,kita dapat membuat
kesimpulan bahawa paip tekanan tinggi akan menhembus udara keluar
dan paip tekanan rendah akan menyedut udara.
7. Setelah itu,matikan sistem dan tanggalkan meter amprobe dan semua
wayar yang dilekat tadi.
104
8. Buatkan satu penyambungan pemaipan pada saluran tekanan rendah dan
kimpalkan.
9. Pada saluran tekanan tinggi pula,sambungkan dengan tiub kuprum yang
telah dibuat swaging untuk meletakkan meter tolok pancarogga,pastikan
penyambungan tiub kuprum dikimpal silifos.
10. Ketatkan meter tolok pancarongga pada swaging yang dibuat.
11. Sambungkan hos tolok pada meter tersebut dan buat satu lagi puncanya
dilekatkan pada vakum.
12. Kemudian vakum sistem selama 15 minit ke 30 minit.
13. Setelah selesai menvakum sistem,tanggalkan hos pada pam vakum dan
sambungkan pula kepada injap silinder gas R-22.
14. Buka injap pada silinder gas dan lakukan pengunsian.
15. Masukkan gas dengan kadaran 20 psi.
16. Selepas itu,kepitkan bahagian tiub kuprum dan potong paip tersebut di
atas pada tempat dikepitkan tadi dan kimpalkan.
Gambarajah 6.5.3 Menguji pemampat. Gambarajah 6.5.2 : Pemampat yang
sudah ditukar.
105
top related