apa itu seni ?

Post on 14-Jun-2015

3.617 Views

Category:

Education

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

BAHASA SENI VISUAL

Unsur – Unsur Seni Prinsip Rekaan

• 1. Harmoni

• 2. Imbangan

• 3. Penegasan

• 4. Kontra

• 5. Kepelbagaian

• 6. Kesatuan

• 7. Irama & pergerakan

ASAS SENI REKA

• 1. Garisan

• 2. Rupa

• 3. Bentuk

• 4. Jalinan

• 5. Ruang

• 6. Warna

A. GARISAN

Garisan adalah kesan titik yang bergerak,dihasilkan dengan

menggunakan sesuatu alat atau media bermula dengan satu titik

permulaan ( starting point ) merentasi sesuatu kawasan.

Pelbagai sifat garisan

Fungsi Garisan

Menghasilkan bentuk

Menunjukkan pergerakan Mencipta jalinanMenghasilkan ton

menimbulkan rupa dan bentuk

2. RUPA

Rupa adalah satu kawasan yang berbeza dari ruang

sekelilingnya.Rupa juga adalah hasil pertemuan

penghujung sesuatu garisan dengan permulaannya

atau kawasan yang berbeza melalui nilai warna dan jalinan.

Rupa adalah satu kawasan yang berbeza dari ruang

sekelilingnya.Rupa juga adalah hasil pertemuan

penghujung sesuatu garisan dengan permulaannya

atau kawasan yang berbeza melalui nilai warna dan jalinan.

Rupa organik

Rupa geometrik

Rupa melalui nilai warnaJenis-jenis RUPA

Rupa negatif

Rupa Positif

Rupa dapat dilihat secara positif atau negatif

Olahan RUPA dalam aktiviti mencorak

Dalam aktiviti mencorak,RUPA dijadikan motif atau pola corak dan biasanya diolah dari rupa organik atau geometrik atau gabungan kedua-duanya.

Rupa motif disusun berulang-ulang dengan menggunakan struktur garisan grid linear.

Olahan rupa motif

Corak yang digubah tanpa struktur garisan grid

Olahan RUPA menghasilkan mukataip

-Rupa boleh diolah menjadi bentuk huruf yang dikenali sebagai rupa huruf atau mukataip

-Mukataip merupakan salah satu elemen rekaan dalam rekabentuk grafik seperti poster,iklan,logo dan pembungkusan.

-Mukataip yang paling asas boleh dihasilkan menggunakan garisan grid 3 unit X 5 unit bagi semua huruf kecuali I,M,Q dan W.

Aktiviti RUPA

3. BENTUK

Bentuk mempunyai struktur jisim dan isipadu.Ini bermakna ia mempunyai lebih

dari satu permukaan datar.

Bentuk terbahagi kepada dua,iaitu;

BENTUK KONKRIT dan BENTUK ILUSI

Bentuk Konkrit – bentuk sebenar yang bersifat tiga dimensi.

Ia dapat dilihat,dirasa dan disentuh daripada pelbagai sudut.

BENTUK ILUSI

Bentuk Ilusi – Setiap imej pada permukaan dua dimensi berbentuk ilusi.

Ianya dapat ditimbulkan menggunakan

unsur,prinsip serta struktur rekaan yang

akan menampakkan seolah-olah

gambaran atau objek yang dilukis seperti

keadaan sebenar.

BENTUK ILUSI

Bentuk konkrit

JALINAN

Jalinan ialah sifat permukaan sesuatu objek yang boleh dikesan secara penglihatan (tampak) atau

sentuhan.

Jalinan terdapat di permukaan objek alam ciptaan Tuhan dan objek buatan manusia.

Jenis-jenis jalinan;

1. Jalinan Tampak 2. Jalinan Sentuh

Jalinan Tampak

Jalinan Tampak adalah kesan yang hanya dapat

dilihat, tapi tidak dapat dirasai secara sentuhan.

Jalinan ini boleh dilihat secara ilusi pada alam benda dan juga pada karya

seni.

Contoh; permukaan kulit tembikai, corak pada rama-rama, corak pada fabrik dan catan.

Jalinan Sentuh

Jalinan ini merupakan kesan di atas permukaan yang dapat dirasai melalui

deria sentuhan.

Contoh;permukaan tayar kereta,tapak kasut,kulit buah durian,kulit kayu dan jalanraya

Sifat-sifat JALINAN

a) Kasar - Kulit kayu

c) Tajam - Kulit durian d) Halus - Kapas sutera

b) Lembut - Permaidani

Fungsi JALINAN

Keselamatan dan penyamaran – Kulit buaya,pakaian seragam tentera

Cengkaman – Tayar kereta,tapak kasut

...

.Hiasan – Corak pada tekstil,kertas pembalut hadiah

Menampakkan pelbagai jenis ruang – Dalam catan,pelukis menggunakan pelbagai jalinan dengan pelbagai cara untuk

menimbulkan ilusi ruang .

Kolaj

Resis

Tiupan warnaPualaman

Teknik-teknik menghasilkan JALINAN

Renyukan LukisanRenjisan GosokanCatan

Stensilan Capan Gurisan

Cetakan

Anyaman

Membatik

Aktiviti JALINAN

RUANG

Ruang adalah jarak antara objek yang wujud di dalam

alam nyata dan juga dalam karya seni visual

Objek yang berada di hadapan lebih jelas dan

besar jika dibandingkan dengan objek yang sama

saiz yang berada di bahagian belakang.

Ruang Fizikal

Jenis-jenis RUANG

Ruang yang terdapat

di persekitaran

Ruang Ilusi

Ruang yang terdapat

dalam karya seni visual

seperti catan, lukisan

dan rekaan grafik

Terdapat 3 jenis ruang dalam ruang Ilusi ;

Ruang Dalam

ii. Ruang Cetek

iii. Ruang Rata

6. WARNA

Warna ialah tindakbalas cahaya ke atas sesuatu permukaan.

Sesuatu objek lebih dikenalpasti melalui warna yang ada padanya.

a. Warna Asas / warna utama/ warna primerWarna-warna ini adalah asli dan tidak boleh dihasilkan melalui campuran

warna lain

b. Warna Sekunder

Warna sekunder di hasilkan

melalui campuran dua warna asas

c. Warna Tertiar

Warna tertiar ialah hasil campuran satu warna asas dengan satu warna sekunder .

Warna tertiar dapat menimbulkan kesan yang lembut dan dapat mengurangkan kehebatan warna asas dan warna sekunder.

RODA WARNA

Suhu Warna

Warna panas

Warna Sejuk

Perspektif warna

Warna dapat menimbulkan ilusi ruang, jarak dan perspektif.

Objek yang dekat lebih jelas dan gelap warnanya.

Objek yang jauh lebih lembut dan pudar warnnya

Kesan perspektif akan lebih jelas kelihatan jika gubahan dibuat dalam warna harmoni atau sewarna

PRINSIP REKAAN

PENEGASAN

HARMONI

IMBANGAN

KEPELBAGAIAN

KESATUAN

IRAMA DAN PERGERAKAN

KONTRA

PENEGASAN

HARMONI

IMBANGAN

HARMONI

Harmoni adalah tindak balas tampak di dalam alam dan karya seni yang menyepadukan unsur-unsur seperti

warna,garisan jalinan,ruang bentuk dan lain-lain.

Faktor kesepaduan ini menimbulkan kesan seperti keselesaan, kesesuaian, keseragaman, ketenangan dan

kesatuan

Harmoni warna, ruang dan bentuk

Harmoni warna Harmoni warna dan bentuk

Harmoni bentuk Harmoni warna dan ruang Harmoni warna dan bentuk

IMBANGAN

Imbangan bermaksud suatu keadaan yang seimbang serta sepadan.

Dalam hasilan 3D ,imbangan diolah berasaskan kepada berat ringan secara fizikal.

Dalam karya 2D, imbangan diolah berasaskan pertimbangan secara visual

Imbangan terbahagi kepada dua;-

Imbangan simetri wujud apabila bahagian disebelah kiri dan

kanan sama.Komposisi gambar yang simetri akan kelihatan lebih

kukuh dan stabil

1. IMBANGAN SIMETRI

2. IMBANGAN TIDAK SIMETRI ( ASIMETRI )

Imbangan tidak simetri wujud apabila bahagian disebelah kiri dan kanan sesuatu hasilan seni itu tidak mempunyai kesamaan nilai atau kelihatan tidak serupa

PENEGASAN

Penegasan bermaksud suatu penumpuan ( fokus ) unsur seni atau imej yang kelihatan lebih ketara jika

dibandingkan dengan yang lain .

Penegasan yang digunakan dalam hasil seni bertujuan untuk memberi tumpuan dan menarik

perhatian.

PENEGASAN WARNA

Penegasan

bentuk

KONTRA

Kontra berlaku apabila unsur digunakan secara bertentangan antara satu sama lain untuk

memberi kesan dan impak dalam karya seni

Kontra juga dikaitkan

dengan penegasan,

lebih tinggi kadar

kontra akan lebih

jelas penegasan.

KONTRA

Kesatuan dalam sesuatu hasil seni memperlihatkan

keberkesanan unsur seni dan prinsip rekaan dan teknik

yang digabungkan dan

disepadukan untuk

mewujudkan kesan

tampak yang sempurna

KESATUAN

KEPELBAGAIAN

Kepelbagaian adalah prinsip rekaan dalam penggunaan pelbagai unsur seni, idea dan persembahan bertujuan untuk mengelakkan

kesan hambar dalam karya seni.

KEPELBAGAIAN

IRAMA DAN PERGERAKAN

IRAMA RAWAK – Motif yang diulangi tanpa susunan , seperti ruang yang tidak sama akan menimbulkan irama.

IRAMA BIASA – mempunyai motif yang serupa dan ruang yang

sama di antara mereka

IRAMA ALTERNATING ( BERSELANG-SELI )- dapat diwujudkan dengan mengubah posisi motif.

Irama ALIRAN – garisan yang beralun diulang akan

mewujudkan irama aliran.Gunung-ganang dan ombak lautan

menimbulkan irama aliran

Irama Progresif –Terdapat perubahan Motif setiap kali motif diulangi

SEKIAN

TERIMA KASIH

‘SESUNGGUHNYA SENI ITU INDAH’

top related