document1 › ... › p_2004_5750_aa4a065b2da14a208039129d09… · 4.3 analisis persoalan kajian 1...
Post on 09-Feb-2021
8 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TERHADAP KONSEP EKOSISTEM DALAM
SUBJEK BIOLOGI TINGKATAN EMPAT BERINTEGRASIKAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER.
HASLINDA BINTI ABU HASSAN
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains
Serta Pendidikan (Biologi)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
OKTOBER 2003
-
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Biologi)”.
Tandatangan : …………………………………………………..
Nama Penyelia : PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN
Tarikh : …………………………………………………..
-
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : …………………………………………
Nama Penulis : HASLINDA BINTI ABU HASSAN
Tarikh : ………………………………………...
-
iii
DEDIKASI
Teristimewa buat ayahanda dan bonda,
Abu Hassan Hj.Bakri & Rogayah Tahir
Dikau segalanya bagiku
Akan ku kenang jasa budimu
Akan ku abadikan kasih sayangmu
Buat Kekanda-kekanda, adinda
serta anak-anak saudara ku yang amat dikasihi,
terima kasih atas segala sokongan kalian
dan buat yang disayangi
Mohd Firdaus Bin Hj.Mohd Zali
Dikaulah penyeri hidupku, penawar resahku
Kejayaan ini milik kita bersama
Teman-teman seperjuangan
Kalian adalah semangatku
Terima kasih segalanya
Ya Rahman Ya Rahim
Maha Pemurah Maha Penyayang
Ku Bersyukur kehadrat mu, Ya Allah
-
iv
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek sarjana
muda, Proffesor Madya Aziz bin Nordin atas bimbingan dan dorongan yang diberi
sepanjang tempoh penyelidikan projek sarjana muda ini.
Ribuan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor
yang telah memberi keizinan untuk menjalankan penyelidikan ini.
Kerjasama daripada pihak sekolah yang terlibat bagi pihak pengetua-pengetua,
guru-guru, pelajar-pelajar dan rakan-rakan seperjuangan amatlah dihargai.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.
-
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana penguasaan pelajar terhadap
konsep. Ekosistem dalam subjek Biologi ingkatan empat berintegrasikan
Pembelajaran Berbantukan Komputer. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik
yang merangkumi maklumat latar belakang pelajar, soalan ujian dan soal selidik
persepsi pelajar. Kajian dijalankan di dua buah sekolah luar bandar daerah Batu Pahat,
Johor. Kesemua maklumat yang diperoleh dikumpul dan dianalisis menggunakan
perisian SPSS (Statistical Package for Social Science). Hasil kajian mendapati
penguasaan pelajar selepas menggunakan perisian dalam proses pembelajaran
menunjukan peningkatan yang baik berbanding sebelumnya. Antara cadangan yang
dikemukakan ialah para guru Biologi seharusnya memanfaatkan kemudahan
pembelajaran seperti komputer dan perisian pembelajaran yang telah dibekalkan oleh
pihak Kementerian Pendidikan bagi menarik minat dan meningkatkan kefahaman
konsep pelajar. Kajian ini diharap dapat dijadikan bahan rujukan bagi merangsang
lebih banyak perisian yang lebih berkualiti dihasilkan. Ia bukan sekadar
menyeronokkan, tetapi dapat meningkatkan kefahaman pelajar mengenai sesuatu
konsep dengan lebih baik dan berkesan.
-
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to study the comprehensive understanding of
science concept (Ecosystem) in Biology among the form four pure science students
using Computer Assisted Instruction (CAI). The research was conducted at two
secondary schools in Batu Pahat, Johore. The instruments used included students’
background, test based on the topic Ecosystem in Biology Form Four's syllabus and
student’s perception questionnaire. Data were analyzed using the Statistical Package
for Social Science (SPSS). The results showed that the comprehensive understanding
of science concept (Ecosystem) was increased after using the software greater than
before. From the findings, it is suggested that Biology’s teachers have to maximize
the application of computer assisted instruction into their class to interest student’s
enthusiasm and increased the student’s science concepts using all the amenity that had
been received from the authorities. Hopefully this research will used as references to
excite the production of better quality software. It just not enjoyable but can
improved the student’s science concept.
-
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Halaman Judul i
Halaman Pengakuan ii
Halaman Dedikasi iii
Halaman Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Halaman Kandungan vii
Senarai Jadual xi
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Objektif Kajian 7
-
viii
1.6 Skop Kajian 7
1.7 Kepentingan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Konsep 9
1.8.2 Mata pelajaran Biologi 9
1.8.3 KBKK 10
1.8.4 PBK 10
1.8.5 Ekosistem 10
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Apa itu PBK? 11
2.3 PBK Biologi 13
2.4 Pendapat Umum Tentang 15
Pembelajaran Berbantukan Komputer
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 19
3.2 Reka bentuk Kajian 20
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 20
3.4 Instrumen Kajian 21
3.5 Kaedah Pemungutan Data 23
-
ix
3.6 Penganalisaan Data 24
3.7 Jangkamasa Kajian 24
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 25
4.2 Analisis Latar Belakang Pelajar 26
4.3 Analisis Persoalan Kajian 1 28
4.4 Analisis Persoalan Kajian 2 31
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN
DAN CADANGAN
5.1 Ringkasan Kajian 35
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian
5.2.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar 36
5.2.2 Persoalan Kajian 1 38
5.2.3 Persoalan Kajian 2 43
5.3 Kesimpulan Kajian 45
5.4 Cadangan Kajian 46
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 48
-
x
RUJUKAN 49
LAMPIRAN A - Jadual Kerja Penyelidikan
LAMPIRAN B - Soal selidik/ Soalan Ujian
LAMPIRAN C - Skema Markah Ujian
LAMPIRAN D - Surat Kebenaran Bahagian EPRD
Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri
Surat Perakuan Diri Fakulti Pendidikan
-
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Era perkembangan teknologi masa kini banyak mempengaruhi setiap bidang
kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu
daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap
perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu
yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan
penyayang dengan menggunakan teknologi terkini (KPM,1997). Atas alasan inilah
pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat mewujudkan satu sistem
pendidikan yang lebih bermutu berintegrasikan komputer dan teknologi bagi
menghasilkan masyarakat saintifik dan progresif iaitu masyarakat yang mempunyai
daya saing yang tinggi dan memandang jauh kehadapan serta menyumbang kepada
tamadun sains dan teknologi masa depan (Normanida, 2000). Lantaran itulah, inisiatif
awal telah diambil dengan mewujudkan Sekolah Bestari yang telah dirangkumkan
dalam Projek Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor). Sekolah ini
merupakan inisiatif awal untuk menerapkan pendidikan berbantukan komputer yang
-
2
dilengkapi sistem multimedia yang lengkap untuk pengajaran dan pembelajaran
(P&P).
Multimedia pada umumnya adalah teknologi maklumat terkini yang
membenarkan integrasi dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi
(Baharuddin & Mohd,1995). Multimedia berasaskan komputer menjadikan proses
pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokan dan menarik disamping membantu
pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah (Brown & Bush,1992).
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) pula ialah
aturcara komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk
membantu seseorang pelajar (Jamaludin,1989). Mikrokomputer digunakan untuk
menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada program yang dibentuk
oleh penulis perisian. Pelajar pula akan berinteraksi dengan program komputer atau
perisian melalui terminal (Nik Azis,1989). Dalam pengajaran berbantukan komputer
(CAI), komputer boleh dianggap sebagai tutor atau guru. Dalam proses pengajaran
sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai pengajar (instructor), penerang
(explaner) dan pemudahcara (facilitator). Semua peranan ini boleh diambil alih oleh
komputer dalam CAI (Abd.Rahman, 1995). Pengajaran berbantukan komputer
melibatkan sistem tutorial, permainan dan simulasi disamping aktiviti latih
tubi(PPK,1993; Jamaludin,1989).
Menyentuh mengenai penggunaan komputer dalam pendidikan, sistem ini
sebenarnya telah lama diaplikasikan dalam sistem pendidikan luar negara. Kepesatan
bidang teknologi maklumat dan kecanggihan komputer dekad ini membawa sejumlah
besar pelajar diluar negara kepada satu suasana pembelajaran yang jauh lebih
berkesan dan menyeronokan. Mengikut beberapa kajian, pembelajaran berbantukan
-
3
komputer yang dirancang dan dilaksanakan dengan teliti dan berkesan mampu
mempertingkatkan pengetahuan dan mengubah sikap pelajar (Papert,1980).
Perubahan yang sedang melanda dalam dunia pendidikan kini tentunya akan
merubah kandungan dan rekabentuk kurikulum setiap matapelajaran
(Jamaludin,1989 ; Nik Azis,1989). Pelajar-pelajar dan guru-guru di negara kita
seharusnya disediakan dengan kemahiran yang cukup untuk mengharungi dunia
pendidikan yang lebih mencabar ini. Namun, sejauhmana pengaplikasian PBK ini
berkesan terhadap penguasaan konsep/teori dalam pembelajaran sains di negara kita
masih lagi kabur. Jika satu masa dahulu, teknik pengajaran yang pelbagai dan alat
bantu mengajar (ABM) yang canggih sebagai pemudahcara amatlah ditekankan
dalam proses P&P, kini kualiti sesebuah perisian memainkan peranan yang penting
untuk membawa pelajar kepada suasana pembelajaran yang menyeronokan dan
berkesan.Charlene M.Czerrniak dan rakan-rakan menyatakan, untuk memastikan
kecintaan pelajar kepada subjek sains, guru-guru telah disarankan untuk menyediakan
pelbagai alat dan bahan untuk pelajar memberikan pelajar lebih pengalaman didalam
pengetahuan sains dan bahan ini termasuklah bahan-bahan multimedia. Oleh itu,
semua pihak baik Kementerian Pendidikan dan guru-guru haruslah berganding bahu
bagi melahirkan pelajar yang mampu menguasai pelajaran semaksimum mungkin
dalam kegairahan kita mengikut arus kemajuan teknologi maklumat dan komputer
abad ini.
1.2 Latarbelakang Belakang Masalah
Menurut Poh (1996), Pendidikan sains yang berkesan bukan setakat
menyalurkan fakta-fakta sains yang membolehkan pelajar – pelajar menyatakan
-
4
semula fakta sains dalam peperiksaan. Sains sebenarnya adalah satu bidang
pengetahuan yang melibatkan kehidupan dan alam yang dikaji secara bersistem
dengan cara saintifik. Bidang pengetahuan ini meliputi kefahaman tentang sains itu
sendiri, kajian tentang manusia, alam dan interaksi manusia dengan alam.
Kebanyakan huraian dan penjelasan tentang pengetahuan sains ini dinyatakan dalam
bentuk konsep.
Sungguhpun konsep digunakan untuk menghuraikan fakta sains, namun
keupayaan seseorang pelajar untuk menguasai suatu konsep bukanlah mudah.
Menurut Poh Swee Leong (1996), konsep adalah satu idea yang abstrak. Penguasaan
kukuh sesuatu konsep sains memerlukan keupayaan penaakulan secara logikal dari
pelajar. Kebolehan pelajar untuk menaakul dan mendefinisi konsep serta menyusun
konsep dalam struktur kognitif dapat membantu pelajar mengekalkan ingatan
terhadap konsep itu bagi suatu jangka masa yang lebih panjang.
Lantaran itu, teknik pengajaran dan alat bantu mengajar perlulah disesuaikan
untuk memastikan penyampaian konsep dapat dilaksanakan dengan berkesan. Namun
begitu, pengaplikasian komputer sebagai alat bantu mengajar dekad ini, banyak
menimbulkan tanda tanya dikalangan para pendidik mahupun ibu bapa terhadap
kemampuan alat tersebut menggantikan lebih dari separuh tugas yang selama ini
diletakan dibahu guru-guru. Menurut ahli psikologi kognitif, pembelajaran yang
berkesan memerlukan pelajar memberikan perhatian kepada stimuli dan
menggunakan pengetahuan sedia ada untuk memahami maklumat baru dan
mengintegrasinya dalam struktur pengetahuan pelajar. Teori Gagne(1978) juga
menekankan pembelajaran bermakna. Gagne mencadangkan bahawa apa yang dikod
dalam ingatan bergantung kepada pemprosesan maklumat yang dikemukakan. Secara
keseluruhannya kita dapat lihat bahawa pemahaman konsep/teori sains yang kukuh
dapat dihasilkan melalui PBK dengan melibatkan pelbagai strategi pengajaran dalam
perisian yang digunakan termasuklah analisis idea utama, imegeri mental, pemetaan
-
5
konsep dan “paraphrasing” (Charlene M.Czerniak, 1999). Melalui strategi-strategi
yang disebutkan tadi, pengguna PBK (pelajar-pelajar) mampu untuk memproses
data/maklumat sains dengan lebih berkesan, mengukuhkan ingatan dan daya
imeginasi melalui grafik yang disediakan dan mampu mengaplikasikan pengetahuan
yang diperolehi walaupun berdepan dengan konsep /teori sains yang abstrak. Strategi
yang diaplikasikan pada PBK ini dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajar.
Kajian-kajian yang dijalankan oleh Schmid & Telaro (1990) telah mengesahkan
keberkesanannya dalam matapelajaran Biologi di sekolah tinggi.
Namun di Malaysia, pembangunan perisian dan penilaian perisian pendidikan
masih diserahkan kepada pihak swasta atau peniaga yang tidak terlatih dalam teknik
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Para pendidik dikatakan tidak perlu membuang
masa untuk mencipta atau membangunkan perisian. Oleh sebab itu, banyak perisian
yang berada di pasaran kini tidak menepati kehendak kurikulum kebangsaan, tidak
sesuai dengan budaya dan pemikiran tempatan, tidak menepati pedagogi suatu
disiplin, dan tidak sesuai dengan citarasa pendidik (Supyan Husin,1996). Bagi
perisian yang sedia ada, kebanyakannya lebih bercorak latih tubi yang tidak
melibatkan pelajar dalam pemprosesan maklumat secara aktif. Menurut ahli Psikologi
seperti Asubel, pembelajaran adalah satu proses yang aktif dan melibatkan
pemprosesan maklumat dan mengintegrasikan maklumat baru dengan pengetahuan
sedia ada pelajar. Ini adalah penting terutamanya dalam matapelajaran yang
memerlukan banyak pemprosesan maklumat yang dikemukakan dalam bentuk teks
ekspositori seperti Biologi.
Pembelajaran Biologi khususnya memerlukan pelajar memahami konsep dan
teori, mengingat setiap satu tindakbalas yang berlaku dengan tepat dan
mengaplikasikannya dalam kehidupan sebenar. Setiap proses ini memerlukan teknik
pengajaran yang sesuai agar objektif pengajaran Biologi tercapai. Keberkesanan
mengintegrasi strategi kognitif dalam PBK untuk memproses maklumat yang
-
6
dikemukakan masih belum mendapat perhatian yang sewajarnya. Untuk menjayakan
rancangan memperkenalkan penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran,
satu usaha yang bersungguh-sungguh untuk menghasilkan perisian kursus yang
menepati sukatan perlu dijalankan ( Fisher,1990). Lantaran itu, kajian ini bakal
menyingkap tahap penguasaan konsep /teori pelajar dalam salah satu topik Biologi
Tingkatan 4 menggunakan PBK yang dihasilkan oleh seorang graduan Pendidikan
Biologi ,Universiti Teknologi Malaysia .
1.3 Pernyataan Masalah
Pengaplikasian komputer dalam pendidikan di negara kita banyak
menimbulkan kontroversi dikalangan para pendidik mahupun ibu bapa terhadap tahap
keberkesanannya.Walaupun setakat ini pengaplikasian secara menyeluruh diseluruh
sekolah rendah dan menengah di negara kita masih belum dilaksanakan, kegusaran
ibu bapa tampak jelas apatahlagi komputer hanya banyak digunakan dikalangan anak-
anak mereka tika ini untuk bermain dan berhibur melalui layar internet dan perisian
“Computer game” yang banyak dijual dipasaran. Adakah penggunaan PBK hanya
akan mewujudkan suatu suasana pembelajaran yang menarik dan menyeronokan
tetapi tidak berkesan dari sudut penguasaan konsepnya?. Mungkinkah proses
pembelajaran tradisi jauh lebih baik berbanding pembelajaran menggunakan PBK
ini?. Oleh itu, kajian ini cuba menyingkap tahap penguasaan pelajar terhadap konsep
Ekosistem dalam matapelajaran Biologi Tingkatan 4 berintegrasikan Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PBK).
-
7
1.4 Persoalan Kajian
Dua persoalan yang diberi tumpuan dalam kajian ini dianalisis dan seterusnya
dibincangkan adalah seperti berikut:
i. Sejauhmanakah keberkesanan penggunaan komputer dalam proses
pembelajaran Biologi terhadap kefahaman konsep sains pelajar?
ii. Apakah persepsi pelajar terhadap pengaplikasian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dalam mata pelajaran Biologi?
1.5 Objektif Kajian
Ojektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan pelajar
terhadap konsep Ekosistem dalam matapelajaran Biologi Tingkatan 4 berintegrasikan
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK). Selain itu, ia juga bertujuan untuk
menganalisis persepsi pelajar terhadap pengaplikasian PBK dalam proses Pengajaran
dan Pembelajaran (P&P) bagi subjek Biologi di sekolah.
1.6 Skop Kajian
Kajian ini akan melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 4 yang mengambil subjek
Biologi dalam aliran sains tulen di dua buah sekolah di Batu Pahat ,Johor. Sebagai
-
8
pengguna PBK, pelajar boleh memberikan pendapat dan makluman balik untuk
kegunaan penganalisaan melalui ujian dan dan soal selidik yang akan dijalankan
sebelum dan selepas proses pembelajaran menggunakan perisian dilaksanakan.
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijangkakan dapat menghasilkan satu statistik dan penganalisaan
baru mengenai tahap penguasaan pelajar terhadap konsep Ekosistem dalam
matapelajaran Biologi Tingkatan 4 berintegrasikan Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PBK).
Maklumat yang diperolehi, diharap:
(i.) Dapat membantu pihak yang berkaitan termasuklah Kementerian Pendidikan
sebagai salah satu sumber rujukan bagi menghasilkan perisian pendidikan
yang berkualiti.
(ii.) Dapat membantu guru-guru yang menyediakan perisian secara persendirian
agar perisian yang bakal dihasilkan menarik dan berkesan tanpa sebarang
kekeliruan dan salah konsep terhadap pelajaran yang ingin disampaikan
kepada pelajar-pelajar.
top related