5. terminal
Post on 06-Dec-2014
1.633 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Institut Kemahiran MARAJasin, Melaka
INFORMATION SHEET
PROGRAMME : A14 - SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
SESSION : SEMESTER : 2
CODE/COURSE :TAB 2042 / BASIC AUTOMOTIVE ELECTRICAL AND ELECTRONIC
SHEET NO : A14/M03/IS03
LECTURER : MD HAFIZI BIN MOHAMAD WEEK : 5
TOPIC : M03 CIRCUIT AND TERMINALS
SUB-TOPIC :
03.01 WIRE HARNESS03.02 COLOR CODING03.03 TERMINALS AND SOCKET03.04 RELAYS, SWITCHERS AND SOLENOIDS03.05 EARTH03.06 POWER WINDOW
LEARNING OUTCOME :
Pelajar-pelajar mesti boleh :
1. Nyatakan kaedah memasang terminal pada wayar2. Nyatakan jenis-jenis terminal3. Nyatakan kegunaan terminal4. Jelaskan tentang soket
TAJUK : TERMINAL WAYAR AUTOMOTIF
TUJUAN
Litar elektrik amat penting dalam sistem elektrikal kenderaan. Ia membolehkan komponen-komponen elektrik kenderaan berfungsi dengan sempurna. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk membuat penyambungan dalam pendawaian elektrik kenderaan. Setiap sambungan mestilah sempurna dan berkesan. Kertas penerangan ini akan menerangkan maksud tersebut.
PENERANGAN
1
PEMASANGAN TERMINAL
Pemilihan terminal adalah penting kerana jenis terminal yang dipilih mesti padan dengan tiang sambungan atau cabang gelangsar masuk unit kerja. Terminal gelang penuh mungkin paling sesuai terutamanya di dalam penggunaan arus tinggi kerana terminal tidak akan terlucut jika nat sambungan longgar. Terminal mesti dipasang dengan rapi (tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat) dan mempunyai ruang yang cukup untuk nat penahan menekan masuk terminal. Terminal mesti cukup tebal untuk mengelakkannya patah akibat dari pergerakkan dawai. Terminal juga mesti sesuai dengan wayar yang hendak disambungkan kepadanya. Teras dan penebatan wayar mesti tidak terlalu ketat dan tidak longgar apabila dimasukkan ke dalam barrel atau sayap terminal. Penyediaan dawai sama pentingnya dengan pemilihan terminal. Hujung dawai yang rosak perlu dipotong dahulu dan penebatannya dilucutkan sepanjang lebih kurang panjang barrel terminal atau kawasan sayap berlipat. Untuk melucutkan penebat dawai, pisau atau pelayar pemotong boleh digunakan tetapi sebaik-baiknya gunakanlah alat pemotong atau perlucutan khusus
KAEDAH MEMASANG TERMINAL
Kaedah yang digunakan untuk melekatkan atau menyambung terminal dengan teras dawai boleh diketahui melalui dua kumpulan terminal yang digunakan di dalam litar elektrik automotif iaitu :
1. Terminal disambungkan dengan cara mematerikannya ke teras dawai wayar. 2. Terminal telah direka bentuk untuk dikepilkan ke teras dawai wayar.
Setiap kumpulan terminal mempunyai bentuk hujung yang sama yang dikepilkan ke unit kerja.
JENIS-JENIS TERMINAL
1. Terminal Mata (Ring)Terminal mata membolehkan dawai disambungkan ke sebarang komponen yang mempunyai tiang dan nat terminal. Contohnya seperti penebat yang disambungkan ke alternator dan motor penghidup.
Jenis pateri Jenis Keriting
Gambarajah 3.1 Terminal Mata (Ring)
2
2. Terminal Sambung cepat atau tertekan Terminal sambung cepat membolehkan dawai disambungkan tanpa ditanggalkan tanpa menggunakan spana. Terminal ini sesuai untuk komponen-komponen yang dilengkapi dengan tab seperti geganti (relay) suis dan gegelung pencucuhan (ignition switch).
Jenis Pateri Jenis Keriting
Gambarajah 3.2 Terminal sambungan tekan
3. Terminal BeralurTerminal beralur membolehkan wayar disambungkan ke sebarang komponen yang mempunyai tiang terminal, sesendal dan nat. Unit-unit alatan dan penghantar (penderia) merupakan jenis-jenis komponen yang sesuai dengan terminal ini.
Gambarajah 3.3 Terminal Beralur
4. Terminal PeluruTerminal peluru kebanyakkannya digunakan untuk menyambungkan dua utas wayar. Terminal peluru berbilang kutub boleh dibentuk di dalam penyambung gumpalan bergetah untuk memastikan kekutuban yang betul.
Jantan Betina
Gandingan
Gambarajah 3.4 Terminal Peluru
3
5. Terminal BateriTerminal bateri boleh sama ada dipateri, dikeriting atau dikapit ke kabel bateri. Walaupun kaedah yang digunakan akan menyebabkan susut voltan yang berlebihan dan unit-unit kerja tidak akan mengendali dengan betul. Sebagai Contoh, motor penghidup tidak dapat mengengkol enjin dengan laju yang cukup dan enjin tidak akan dapat dihidupkan.
Terminal Positif Bateri
Terminal Negatif
Gambarajah 3.5 Terminal Bateri
4
KabelTerminalBolt Pengapit
Kabel
TerminalTiang Bateri
Bolt Pengapit
Jenis terminal yang biasa digunakan
Gambarajah 3.6 Jenis-jenis terminal yang biasa digunakan
Jenis terminal untuk kabel bateri
Gambarajah 3.7 Jenis-jenis terminal untuk bateri kenderaan
5
A - Male slide.
B - Bullet or snap-in.
C - Female snap-on.
D - Butt connector (must be crimped).
E - Three-way connector.
F - Female slide.
G - Bullet.
H - Female insulated slide.
I - Lug.
J - Ring.
K - Hook.
L - Spade.
M - Roll.
N - Flag.
O - Female bullet connector
A-Solenoid-to-starter cable.
B-Battery ground cable.
C-Engine ground strap.
D-Battery-to-solenoid cable.
E-Closed barrel terminal.
F-Open-split barrel terminal.
G-Closed barrel terminal.
SOCKET (PENYAMBUNG)
Pelbagai jenis penyambung terminal dan junction blocks digunakan dalam kenderaan.
Penyambung adalah ‘test point’ yang terbaik kerana litar boleh dibuka tanpa memerlukan wayar
diperbaiki selepas diuji. Kebanyakkan masalah elektrik yang dikenalpasti ialah longgar, wayar
bergulung atau penghubung tidak lengkap. Masalah ini termasuklah pin penghubung yang bengkok
atau hilang.
Jenis-jenis Penyambung
6
Contoh penggunaan penyambung dalam litar
7
KESIMPULAN
EXERCISE
Soalan 1 hingga 5 adalah bebentuk jawapan pendek..Jawab semua soalan
1. Nyatakan 2 kaedah yang digunakan untuk memasang terminal pada wayar?
a) _________________________________________ b) _________________________________________
2. Nyatakan 5 jenis terminal yang anda tahu.
a) __________________________________________________ b) __________________________________________________ c) __________________________________________________ d) __________________________________________________ e) __________________________________________________
3 . Terminal bateri terbahagi kepada 2 iaitu a) _________________________________________________ b) _________________________________________________ 4. Terminal bateri boleh sama ada ___________, ____________ atau _________ ke kabel bateri.
5.Satu kumpulan disambungkan dengan cara ___________ ke teras dawai sementara kumpulan yang satu lagi telah direka bentuk untuk ____________ ke teras dawai.
REFERENCE
1. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Information Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran Otomobil Nasional Berhad.
2. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Work Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran Otomobil Nasional Berhad.
3. Tom Denton, Automobile Electrical & Electronic Systems4. DTAF IKM Jasin, Information Sheet Auto-Electric5. Toyota Service Training 1989, Fundamentals of Electricity, Vol 14(Step 2), Toyota Motor
Corporation.6. V.A.W. Hillier1986, Fundamentals of Automotive Electronics, Croydon College: Stanley Thornes
Ltd. System7. Automotif Electrical/electronic System8. James E.Duffy 1998, Auto Electricity and Electronics Technology : The Goodheart-Willcox Company, Inc.
8
top related