3.docx · web viewbermasalah pendengaran dan penglihatan sama seperti dengan murid biasa iaitu...
Post on 02-Apr-2018
260 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
KULIAH 3: MENGENAL PASTI DAN PENEMPATAN MURID BERKEPERLUAN KHAS
Hasil PembelajaranPelajar dapat:
1. Menerangkan cara mengidentifikasi murid berkeperluan khas 2. Mengenal pasti jenis dan ciri murid khas
Latihan 3.11. Huraikan maksud kanak-kanak luar biasa dalam konteks pendidikan.2. Apakah perbezaan antara kanak-kanak luar biasa dengan kanak-kanak kurang
upaya?3. Mengapa kanak-kanak bekerpuan khas dilabel atau dikategorikan mengikut
ketidakupayaan mereka? Bincangkan kebaikan dan keburukan melabel atau mengkategori kanak-kanak berkeperluan khas.
MAKSUD ‘KEPERLUAN KHAS’Dalam konteks ini, keperluan khas merujuk kepada keperluan kanak-kanak iaitu atas satu sebab atau yang lain memerlukan bantuan khas, sokongan, dan rangsangan. Kanak-kanak yang dirujuk di sini boleh dirujuk kepada kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lambat dalam satu atau lebih daripada sebab berikut:
▫ Kerencatan akal▫ Kecacatan fizikal▫ Kekurangan penglihatan▫ Kekurangan pendengaran▫ Gangguan pertuturan▫ Kesukaran dalam perkembangan sosial dan emosi
Sebahagian daripada kanak-kanak ini mungkin memerlukan bantuan khas untuk sepanjang hayat mereka, sementara yang lain mungkin memerlukan bantuan untuk suatu jangka masa tertentu.
KONSEP KANAK-KANAK LUAR BIASA (EXCEPTIONAL CHILDREN) • Kanak-kanak dianggap luar biasa apabila program pendidikan perlu di ubahsuai
untuk memenuhi keperluannya. Oleh itu kanak-kanak luar biasa bukan merujuk kepada mereka yang tidak dapat menguasai pembelajaran tetapi juga mereka yang mempunyai kepintaran dan bakat yang luar biasa.
• Kanak-kanak luar biasa daripada sudut pendidikan lebih sesuai dianggap sebagai kanak-kanak berkeperluan khas (KKBK *) atau kanak-kanak istimewa.
2
Kirk dan rakan-rakan (1993): • Kanak-Kanak luar biasa secara umum lebih sesuai dirujuk sebagai kanak-kanak
berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa iaitu kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak biasa dari segi:
▫ Ciri-ciri mental▫ Keupayaan deria ▫ Keupayaan komunikasi ▫ Perkembangan tingkah laku dan emosi atau ▫ Ciri-ciri fizikal/saraf/otot
• Perbezaan ini menyebabkan mereka memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas supaya ia dapat berkembang sehingga mencapai tahap kebolehan yang maksimum.
Konsep luar biasa dalam konteks pendidikan:• Kanak-kanak hanya dianggap luar biasa apabila program pendidikan perlu diubah
untuk memenuhi keperluannya.
• Oleh yang demikian, kanak-kanak luar biasa bukan hanya merujuk kepada mereka yang tidak dapat menguasai pembelajaran tetapi juga mereka yang mempunyai kepintaran dan bakat yang luar biasa.
• Dalam pendidikan, kanak-kanak dikategorikan sebagai kanak-kanak luar biasa berdasarkan ciri-ciri tertentu bagi tujuan pengajaran yang meliputi:
perbezaan intelek perbezaan komunikasi perbezaan deria perbezaan tingkah laku perbezaan fizikal kecacatan pelbagai dan serius
Kanak-kanak berkeperluan khas mengikut Akta Pendidikan 1996:• Murid-murid berkeperluan khas bererti murid-murid yang mempunyai kecacatan
penglihatan, atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran. Kategori Kanak-Kanak Luar Biasa: Secara umumnya Kanak-kanak luar biasa boleh
dikategorikan seperti berikut:• Rencat akal• Masalah Pembelajaran• Masalah tingkah laku• Masalah komunikasi• Masalah pendengaran• Masalah penglihatan• Kecacatan fizikal dan kesihatan• Kecacatan yang serius dan pelbagai • Pintar cerdas dan pelbagai
3
Taburan Skor IQ
(1) Kanak-Kanak Berbeza Keupayaan Mental
(a) Kanak-kanak defisit kognitif i Kanak-kanak rencat akal
• Dari kumpulan terendah dalam skala kecerdasan (DK=70, 2.14% dpd populasi) ii Kanak-kanak ‘Down Syndrom’
• Ciri DS: kelainan dari segi fizikal, intelek, dan personaliti iii Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (Learning Disabilities)
• Kanak-kanak yang mengalami masalah pemprosesan maklumat dan mempunyai keupayaan intelek yang rendah.
Jenis Kanak-kanak Luar Biasa
Perbezaan keupayaan mental
Autisme
CacatFizikal
Cacat Deria
MasalahKomunikasi
MasalahTingkah Laku
Masalah
Tumpuan
& Hiperaktif
PintarCerda
s
Kreatif&
Berbakat
DefisitKognit
if
Cerebral
Palsy
Epilepsi
Spastik
Cacat
Anggota
Buta
atau
Rabun
Pekak
Masalah
Pertuturan
Masalah
Bahasa
GangguanEmosi
Agresif
Disruptive
ADD
ADHD
4
(b) Kanak-kanak pintar cerdas• Dari kumpulan tertinggi dalam skala kecerdasan (DK>130, 2.14% dpd populasi)
(c) Kanak-kanak kreatif (Menghasilkan idea yang luar biasa dalam penyelesaian masalah dan berdaya cipta) dan berbakat khas (Mempunyai kebolehan luar biasa dalam bidang sukan, kraftangan, muzik, seni, drama, kepimpinan, dll)
(2) Kanak-kanak Autistik
• Mereka yang mengalami gangguan perkembangan yang luas kerana mempunyai keperluan dalam banyak aspek spt: tingkah laku, sosial, akademik, aktiviti fizikal.
• Masalah utama: interaksi & komunikasi
(3) Kanak-kanak Cacat Deria
(a) Cacat Penglihatan• buta (20/200) atau rabun (20/70)
(b) Cacat Pendengaran• tidak dapat mendengar langsung atau kurang pendengaran
(4) Kanak-kanak Cacat Fizikal/Anggota• Contoh: cerebral palsy boleh mengakibatkan masalah koordinasi anggota atau
masalah pergerakan-motor.• Epilepsi: mengalami sawan, tidak sedarkan diri dan hilangan kawalan motor.• Spastik:
Cedera otak dan tidak berupaya menggerakkan anggota-anggotanya. Otot menjadikan pergerakan tidak harmoni. Pergerakan lambat dan tersekat-sekat.
Biasanya kanak-kanak ini disertai rencatan akal, kerosakan penglihatan, pendengaran, pertuturan dan/atau masalah-masalah motor.
• Cacat anggota (Haring & McCormick, 1990):
5
(5) Kanak-Kanak Bermasalah Komunikasi• Masalah pertuturan dan bahasa: pertuturan yang jauh menyimpang daripada
pertuturan biasa atau kod bahasa seperti tidak boleh menyebut atau memahami perkataan.
• Masalah utama: gangguan artikulasi dan kesukaran dalam menghasilkan bunyi. Masalah lain ialah masalah suara dan kelancaran pertuturan seperti ‘gagap’ (stuttering).
• Masalah komunikasi pula meliputi masalah reseptif (memahami apa yang dituturkan oleh orang lain) atau ekspresif (melahirkan apa yang ingin diperkatakan kepada orang lain), atau kedua-dua sekali menyebabkan individu tersebut tidak boleh berkomunikasi langsung dengan orang lain.
(6) Kanak-Kanak Bermasalah Tingkah Laku (Behavioral Disorder)• Merangkumi ketidakupayaan yang luas. Yang paling serius ialah gangguan emosi
seperti tingkah laku psikotik dan childhood schizophrenia.
• Ciri-ciri: suka langgar peraturan, suka mengganggu, dan ada yang agresif, tarik diri dan murung, dianggap tingkah laku yang tidak sesuai di sekolah. Mereka mempunyai kecerdasan yang normal tetapi menunjukkan pencapaian kemahiran akademik yang rendah walaupun ada yang menunjukkan pencapaian yang memuaskan.
(7) Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)• American Psychiatric Association (1987) menyifatkan ADHD bercirikan
perkembangan yang kurang sesuai daripada segi darjah tumpuan, impulsiveness, dan hyperactivity.
• Pelajar ADHD mengalami masalah dalam pencapaian akademik di samping masalah
tingkah laku.
• Walaupun ADHD tidak tergolong sebagai ketidakupayaan daripada segi undang-undang, tetapi pelajar ini dianggap kurang upaya disebabkan oleh ketidakupayaan yang lain. Lagi pun, Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (1991) memerintahkan pelajar-pelajar ini diberi perkhidmatan pendidikan khas.
Latihan 3.21. Jelaskan kaedah mengenal pasti kanak-kanak berkeperluan.2. Bincangkan komponen penting dalam pendidikan kanak-kanak keperluan khas.3. Mengapakah Rancangan Pendidikan Individu (RPI) perlu diwujudkan dalam
pelakasanaan pendidikan khas? Apakah masalah yang timbul dalam penyediaan RPI?
4. Apakah peranan guru pendidikan khas dalam program Pendidikan Khas?
6
KAEDAH MENGENAL PASTI KANAK-KANAK LUAR BIASA
Prosedur Pelaksanaan Proses Penilaian
Langkah 1 – Penapisan (Screening)• Prosedur menguji/memeriksa sekumpulan pelajar sebagai usaha mengenal pasti
mereka yang mempunyai risiko yang tinggi; mereka yang dikenal pasti dirujuk untuk pemeriksaan dan pengukuran yang lebih bersungguh dan intensif.
• Guru, orang yang pertama melakukan penapisan dengan menggunakan pemerhatian di bilik darjah dan standardized group assessment tool (con: senarai semak, borang berkadar/’rating’, alat pengukuran yang piawai, pemerhatian dlm bilik darjah) untuk mengesan pelajar berisiko tinggi
Langkah 2 – Pencalonan (Referral)
• Individu atau pasukan (di sekolah) menerima pencalonan untuk melaksanakan Penilaian Pendidikan Khas. Tugas pertama ialah menulis kepada ibu bapa supaya mereka memberi kebenaran dan menerima penerangan tentang proses tersebut.
• Selepas itu pasukan ini akan membentuk Pelan Penilaian Individu untuk mengenal pasti aspek-aspek yang memerlukan perhatian khas dalam prosedur ujian.
Langkah 3 – Penilaian• Ujian saringan-untuk tujuan mengklasifikasi, penempatan, dan penentuan program
khas
• Memberi penilaian yang bersesuaian kepada pelajar dengan menggunakan penilaian formal dan informal untuk mengidentifikasi corak pembelajaran pelajar(perhatian: tidak menggunakan satu alat ukur secara Khusus untuk menentukan tahap kefungsian aspek-aspek tertentu.).
Penilaian
Profil Perkemban
ganUjian Rujukan NormalTemu BualPemerhatianPenilaian Informal
Perbezaan InterindividuPerbezaan Intraindividu
Kecenderungan AkademikPencapaian AkademikPerkembangan BahasaPerkembangan Psikososial
Usia/usia mentalTinggi & BeratKoordinasi motorKeupayaan mentalKematangan socialPerkembangan bahasaKemahiran 3M mengejaMobilitiDaya penglihatanDaya pendengaranHubungan interpersonal
7
Langkah 4 – Kelayakan• Lepas proses penilaian (analisis dan penafsiran skor ujian) disempurnakan, pasukan
ini harus mengadakan perjumpaan untuk menentukan kelayakan pelajar untuk menerima Pendidikan Khas.
Langkah 5 – melaksanakan ujian diagnostik dan Membentuk Program Pendidikan Individu /RPI (IEP)
PENEMPATAN MURID BERKEPERLUAN KHAS• Memberi penempatan pendidikan yang sesuai kepada murid dengan keperluan khas
Prinsip Penempatan: • Penempatan dibuat berdasarkan prinsip ‘least restrictive environment’ iaitu
persekitaran yang paling tidak ‘menghadkan’.• Seboleh yang mungkin, seseorang murid harus ditempatkan belajar bersama-sama
murid biasa.
Amalan Penempatan: • Penempatan akan dibuat berdasarkan tahap keterukan masalah murid• Biasanya ibu bapa harus member persetujuan bagi penempatan yang dicadangkan
Jenis-jenis Penempatan
1. Kelas biasa• Situasi ideal
- Murid ditempatkan mengikut darjah/gred sendiri- Bantuan dan pemantauan diberikan oleh guru khas- Akomodasi dan modifikasi yang sesuai diberikan kepada murid
• Amalana) Model Konsultansi i. Konsultasi pakar - Guru khas memberi nasihat kepada guru biasa tentang pengurusan dan
pengajaran murid khas
ii. Konsultasi kolaborasi- guru dan pakar-pakar dalam bidang lain bekerjasama untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid
b) Team/ Cooperative Teaching- Guru khas dan guru biasa berkongsi mengajar kelas yang ada murid khas
c) Teacher assistance teams- Sekumpulan guru bekerjasama untuk membantu murid yang ditempatkan di kelas biasa
8
2. Bilik Resos • Juga dikenali sebagi program ‘pull out’• Perlaksanaan:
murid di kelas biasa di tarik keluar dari kelas untuk menerima pengajaran akademik (secara individu atau kumpulan)
Perkhidmatan khas seperti latihan bahasa dan pertuturan, latihan orientasi dan mobiliti atau terapi fizikal
3. Kelas khas• Juga dikenali sebagai self-contained class• Perlaksanaan:
murid ditempatkan dalam kelas bersama-sama murid lain yang juga dari kategori yang sama (program integrasi)
Kadangkala mereka menghabiskan sedikit masa di kelas biasa untuk menerima pengajaran tertentu (inklusif separa)
4. Sekolah Khas• Semua murid yang belajar di sekolah khas terdiri daripada mereka yang mengalami
kecacatan (contoh: masalah penglihatan dan pendengaran)• Biasanya murid terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan yang teruk• Perlaksanaan:
sekolah harian murid belajar di sekolah khas murid balik selepas waktu persekolahan
Sekolah berasrama murid belajar di sekolah khas selepas waktu persekolahan murid balik ke asrama
5. Pengajaran berdasarkan rumah/hospital guru pendidikan khas pergi ke rumah murid atau ke hospital untuk mengajar
murid Biasanya perkhidmatan sedemikian adalah buat sementara sehingga murid
sedia pulang ke sekolah
6. Pemulihan dalam Komuniti Perkhimatan pendidikan disediakan di kawasan tempat tinggal murid.
9
PROSES PENDAFTARAN KANAK-KANAK KE PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Program PK KPM dilaksanakan melalui :
i. Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.
ii. Program pendidikan khas intergrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Ia diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran secara pengasingan dan separa inklusif.
Tempoh Belajar • Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun• Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah Lima ) 5)
tahun• Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana
peringkat iaitu sama ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.
Kurikulum Program Pendidikan Khas• Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah pendidikan khas dan Program
Pendidikan Khas Intergrasi ialah kurikulum kebangsaan dan kurikulum alternative. • Kurikulum kebangsaan adalah kurikulum yang diikuti oleh murid normal bagi
program mas. pendengaran & mas. Penglihatan.• Kurikulum alternatif diikuti oleh murid bermasalah pembelajaran.• Murid Pendidikan khas menjalankan aktiviti kokurikulum seperti murid biasa
10
Kurikulum kebangsaan• Kurikulum mengikut matapelajaran seperti kelas biasa spt matematik tahun 2,
Bahasa melayu tahun 5, sejarah tingkatan 3 dll.• Kurikulum boleh diperolehi di PPK, Dewan Bahasa & Pustaka dan kadangkala di
pasaran tempatan.• Sehubungan itu, penilaian pencapaian akademik murid
bermasalah pendengaran dan penglihatan sama seperti dengan murid biasa iaitu UPSR, PMR, SPM dibawah pengendalian Lembaga Peperiksaan. Format dan bentuk soalan adalah sama seperti yang diduduki oleh murid biasa. Hanya berbeza dari segi tambahan masa sahaja.
Kurikulum Alternatif • Hanya digunapakai oleh murid-murid bermasalah pembelajaran yang mengikuti
program integrasi di kelas khas.• Kurikulum ini digunapakai bagi sekolah rendah dan menengah. • Ini adalah kerana terdapat murid yang perlu mengikuti kurikulum ini bermula dari
sekolah rendah dan bersambung apabila dia telah ke sekolah menengah.• Guru tidak boleh terlalu bergantung kepada kurikulum alternatif sahaja, sebaliknya
kurikulum kebangsaan juga perlu dijadikan rujukan bergantung kepada kesesuaian dan pencapaian setiap murid.
• Kurikulum ini terdiri daripada 3 bidang komponen iaitu a. Bidang akademik berfungsi
Komponen Matematik Komponen Bahasa Melayu Komponen Bahasa Inggeris
b. Bidang Pengurusan Kehidupan Komponen Pengurusan diri Komponen Kemahiran manipulatif Komponen Pengurusan tingkahlaku Komponen Kemahiran hidup (masakan, jahitan, pertukangan,
perkebunan, pemeliharaan haiwan, asas mendobi)
c. Bidang sosial, riadah dan kreativiti Komponen Pendidikan Jasmani Komponen Pendidikan Seni Komponen Pendidikan muzik, gerakan badan dan drama Komponen sains, sosial dan alam sekitar
• Penilaian pencapaian akademik murid bermasalah pembelajaran hanya dilakukan di peringkat sekolah sahaja. Guru-guru matapelajaran bertanggungjawab membuat penilaian ke atas mereka.
• Namun begitu, murid bermasalah pembelajaran yang telah mengikuti kelas inklusif layak menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM sama seperti murid biasa tanpa perbezaan dari segi format dan bentuk soalan serta masa.
11
IMPLIKASI PENDIDIKAN KHAS
Pengajaran kanak-kanak berkeperluan khas • bertujuan memberi perkhidmatan-perkhidmatan yang tidak diberi di sekolah biasa
dan bilik darjah biasa • berbeza dengan pengajaran kanak-kanak biasa kerana mengambil kira perbezaan
inter dan intra individu
Empat komponen penting dalam pengajaran kanak-kanak khas1. Persekitaran- melibatkan kemudahan dan kos- contoh: bilik resos, guru khas/resos, peralatan khas dan peralatan pembelajaran
2. Kurikulum - Perlu diubahsuai mengikut keperluan khas pelajar- Aspek-aspek: (a) kandungan (b) kemahiran (c) bahan/ teknologi
3. Kaedah Pengajaran- Pengajaran Individu- Analisis Tugasan- Pengurusan Kontingen- Modifikasi Tingkah Laku- Pembelajaran Kooperatif- Aplikasi Komputer
4. Penilaian - satu proses yang sistematik dalam mengumpul maklumat yang relevan dengan pendidikan
- jenis penilaian - Penilaian Sumatif - Penilaian Formatif
Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
• RPI merupakan satu perjanjian bertulis antara ibu bapa dengan pihak sekolah tentang keperluan-keperluan murid dan cara bagaimana keperluan ini dapat dipenuhi.
• Berdasarkan RPI yang telah dibentuk dan dipersetujui, murid berkeperluan khas berhak menerima perkhidmatan-perkhidmatan yang dinyatakan dalam RPI tersebut.
• Matlamat dan objektif RPI dirangka berdasarkan prestasi sedia ada murid.
• Dengan adanya RPI, pencapaian murid dapat dilihat dengan jelas dari semasa ke semasa.
12
• RPI bertindak sebagai penilaian yang berterusan bagi murid itu dalam mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.
• juga merupakan satu dokumen yang mengandungi pelbagai maklumat tentang kanak-kanak berkeperluan khas yang dapat membantu proses pengajaran pembelajaran mereka.
• menerangkan objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran serta sumber-sumber yg. diperlukan utk mencapai objektif-objektif tersebut.
• disediakan oleh guru khas, ahli profesional, ibu bapa & ahli badan sukarela.
• Ringkasnya, RPI membekalkan satu keterangan yg. ringkas, tepat dan terperinci tentang program pendidikan terkini bagi pelajar istimewa.
5 unsur yg. penting penting dlm RPI :
• keterangan tentang peringkat pencapaian pendidikan dlm kemahiran-kemahiran spt: bantuan-kendiri, membaca, mengira, perkembangan bahasa, motor kasar, motor halus, sosio-emosi, perkembangan fizikal dan kesihatan.
• Keterangan tentang maklumat tahunan termasuk objektif pengajaran jangka pendek.
• Keterangan tentang perkhidmatan pendidikan & bahan pengajaran tertentu yg akan diperuntukkan.
• Tarikh-tarikh yg. dianggarkan bagi permulaan & jangka masa bagi perkhidmatan berkenaan.
• Kriteria & prosedur penilaian yg. sesuai utk sekurang-kurang sekali setahun bagi menentukan sama ada objektif pendidikan telah tercapai.
• Perkara lain adalah spt: biodata dan masalah pelajar, tahap pencapaian tahunan, keterangan tentang sumber & pengubahsuaian alternatif pendidikan, senarai ahli prof. yg. terlibat serta tugasan & tanggungjawab mereka, akuan persetujuan & tanda tangan ibu bapa/penjaga.
• RPI perlu dibentuk oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai disiplin yang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Di antaranya adalah:
Ahli fisioterapi Ahli terapi cara kerja Ahli terapi pertuturan Kaunselor Doktor perubatan Guru Ibu bapa
13
Aliran Pembentukan RPI
PERANAN PENYELARAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS1. Melaksanakan segala program dan aktiviti yang diarahkan oleh JPN dan JPK2. Melaksanakan program khas bagi guru besar sekolah3. mewujudkan perhubungan yang baik dengan ibu bapa4. Membahagikan tugas program kepada guru5. Mewujudkan sistem-sistem berkesan mengendalikan perkara-perkara yang wajib6. menjalankan latihan perkembangan staf bagi cikgu di sekolah7. Mewujudkan suasana persekitaran yang menggalakkan pembelajaran8. Mewujudkan perhubungan yang baik dengan guru besar dan guru biasa9. Melaksanakan dan memantau pendidikan inklusif yang dijalankan10. memastikan peralatan dan keperluan fizikal mencukupi11. Mengembangkan program khas.
PERANAN GURU PENDIDIKAN KHAS1. Melaksanakan P & P Pendidikan Khas 2. Melaksanakan aktiviti kokurikulum bagi murid khas 3. Mewujudkan suasana kelas yang menggalakkanpengajaran dan pembelajaran 4. Mengurus tingkah laku murid khas 5. Menjalankan pelbagai penaksiran 6. Membantu penyelaras dalam usaha menjayakan program khas 7. Menjadi “Advocate” bagi hak murid khas.8. Membantu murid berkeperluan khas bergaul dengan murid-murid biasa dari segi
sosial dan emosi 9. Mencari kelemahan dan kekuatan murid-murid dan menjalankan pengajaran
14
10. Membuat alat-alat bahan bantu mengajar untuk pengajaran yang lebih berkesan dan menarik
11. Berhubung dengan agensi-agensi bantuan 12. Membantu murid mencapai perkembangan yang optimum13. Merancang IEP (RPI) untuk murid-murid bekeperluan khas mengikut keupayaan
murid tersebut 14. Merancang aktiviti untuk murid-murid berkeperluan khas berasaskan keperluan
individu dan ujian diagnostik 15. Merancang penilaian berkala tentang pencapaian murid berdasarkan keputusan
untuk perubahan atau kutipan data16. melaksanakan sistem modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tingkah laku yang
dikehendaki atau melupuskan yang tidak diingini
top related