38137968 tugasan bmm 3101 semester 1 pismp
Post on 04-Jul-2015
1.208 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
1.0 Pengenalan
Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia.
Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk
menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran,
pengetahuan, mendapatkan informasi, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami
orang lain dan sebagainya (Raminah Hj. Sabran, 1993). Pembelajaran bahasa secara
formalnya berlaku di sekolah. Oleh itu, guru-guru bahasa Melayu perlu memainkan
peranan yang utama bagi memastikan murid-murid di sekolah dapat mempelajari
bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya. Kepentingan terhadap penguasaan bahasa
lebih ketara dalam bidang pendidikan kerana bahasa menjadi medium utama dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara
guru dengan murid. Hal ini jelas dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia
(Melayu) sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Banyak aktiviti dan kemahiran
yang menekankan aspek-aspek kemahiran bahasa dalam sukatan pelajaran. Perkara
ini diberi tumpuan utama bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran bahasa Melayu
iaitu membolehkan murid-murid mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Sharbi Ali, 2005) dengan
jelas menyenaraikan matlamat dan objektif mata pelajaran Bahasa Melayu. Matlamat
yang hendak dicapai dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan
murid yang berketerampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai
dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMSR) [Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM), 2001] telah menjelaskan objektif pengajaran bahasa Melayu adalah untuk
membolehkan kanak-kanak bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan
menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan. Oleh itu,
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah menyediakan dokumen sebagai garis
panduan kurikulum untuk semua sekolah dibawah KPM. Tugasan ini akan dimuatkan
dengan perkara-perkara penting yang terdapat dalam sukatan pelajaran BMSR.
Kerja Kursus Projek 1
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
2.0 Sukatan Pelajaran
Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan
insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi
intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara. Pada peringkat ini, Bahasa
Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai
pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu
pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Oleh itu, huraian sukatan pembelajaran telah digubal bertujuan untuk memberi panduan
dan membantu para guru dalam melaksanakan pembelajaran yang berkesan.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai
kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1
hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan
(mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek
morfologi dan sintaksis bahasa Melayu.
2.1 Huraian Sukatan Pelajaran
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini mengandungi
perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di
dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam
kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh
bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat
persekolahan murid.
Dalam huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu mengandungi tiga lajur iaitu
lajur hasil pembelajaran dan kemahiran, lajur huraian hasil pembelajaran dan lajur
cadangan aktiviti. Lajur hasil pembelajaran menyenaraikan hasil pembelajaran dan
kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid Tahun Satu hingga Tahun Enam. Lajur
Kerja Kursus Projek 2
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
huraian hasil pembelajaran memperincikan kemahiran berbahasa kepada tiga aras
pembelajaran iaitu aras 1 bagi tahap pencapaian minimum yang perlu dikuasai murid.
Setelah menguasai aras 1 murid akan mempelajari aras yang seterusnya yang lebih
mencabar iaitu ,aras 2 dan aras 3. Lajur cadangan aktiviti menyediakan contoh aktiviti
dan nota pengajaran dan pembelajaran sebagai panduan kepada guru.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan
(SJK) Cina (C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan
dan kemampuan murid di SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi
huraian, senarai kemahiran berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan
jumlah perbendaharaan kata yang dicadangkan.
Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak
seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati
ada di antara cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-
guru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan
murid. Para guru juga, boleh menggunakan Huraian Sukatan Pelajaran untuk
merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut penggal, mingguan, dan harian di
dalam bilik darjah.
Kerja Kursus Projek 3
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
2.1.1 Hasil Pembelajaran
Kerja Kursus Projek 4
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
2.1.2 Huraian Hasil Pembelajaran
Huraian Hasil Pembelajaran dalam lajur kedua menyatakan secara jelas
aras kemahiran yang perlu dicapai oleh murid mengikut tahap keupayaan dan
kemajuan mereka sama ada pada Aras 1, Aras 2, atau Aras 3. Aras 1 ialah aras
paling asas yang harus dicapai oleh semua murid. Kandungan kurikulum bagi
aras ini adalah yang paling minimum yang harus dikuasai oleh semua murid.
Aras 2 ialah aras bagi murid yang berpencapaian sederhana manakala Aras 3
ialah aras paling tinggi bagi murid yang berpencapaian cemerlang.
Pemeringkatan berdasarkan aras ini sejajar dengan pembelajaran masteri dan
membolehkan murid yang cemerlang terus maju tanpa mengabaikan murid yang
berpencapaian rendah.
Apabila murid berupaya mencapai Aras 1, maka mereka boleh
meneruskan pembelajaran ke Aras 2 dan seterusnya ke Aras 3. Sekiranya
seseorang murid masih tidak berupaya mencapai Aras 1, maka guru hendaklah
melatih dan membimbing murid tersebut sehingga mereka menguasai aras
tersebut sepenuhnya. Dalam hal ini, penilaian terhadap pencapaian murid bagi
setiap aras perlu dilaksanakan untuk mengenal pasti sama ada murid perlu
dibimbing lagi atau boleh beralih ke pelajaran seterusnya.
2.1.3 Cadangan Aktiviti
Cadangan Aktiviti / Nota dalam lajur ketiga mengandungi cadangan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran serta bahan bantu belajar di bilik darjah.
Cadangan tersebut disesuaikan dengan Huraian Hasil Pembelajaran serta
mengambil kira elemen yang terkandung dalam pengisian kurikulum, contohnya
kemahiran meramal dan membuat pilihan menggunakan kajian masa depan atau
mengaplikasikan jenis kecerdasan pelbagai yang unik bagi seseorang murid.
Semua cadangan ini hanyalah sebagai panduan untuk guru. Guru boleh
Kerja Kursus Projek 5
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
mengubah suai atau memilih teknik atau aktiviti lain yang sesuai dengan
kebolehan murid.
3.0 Kemahiran Bahasa
Kemahiran bahasa merupakan isu yang penting dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah sejak dahulu lagi. Siti Hajar (2008:111) berpendapat bahawa
terdapat sebilangan murid yang masih tidak menguasai kemahiran bahasa. Beliau juga
mengatakan bahawa satu faktor menyebabkan kelemahan tersebut berlaku adalah
kerana pelajar tidak mendapat peluang mendirikan asas berbahasa yang kukuh
sewaktu di sekolah. Bebanan tugas guru yang sangat banyak di sekolah mungkin juga
memberikan kesan dan mempengaruhi prestasi berbahasa murid. Masalah kurangnya
mengusai bahasa dalam kalangan murid ini haruslah diatasi sebaiknya dengan cara
yang betul. Oleh itu, setiap murid akan diajarkan beberapa jenis kemahiran bahasa
dalam aktiviti pembelajaran mereka.
Kerja Kursus Projek 6
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
Kerja Kursus Projek 7
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
3.1 Jenis Kemahiran Bahasa
3.1.1 Kemahiran Lisan
Kemahiran lisan merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh
setiap orang. Menurut Siti Hajar (2008:112), kemahiran lisan perlu dikuasai
terlebih dahulu sebelum mereka menguasai kemahiran bahasa yang lain. Pada
kebiasaannya, kanak-kanak yang dapat menguasai kemahiran lisan dengan baik
akan dapat menguasai kemahiran yang lain juga. Kemahiran lisan meliputi dua
aspek iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Untuk menguasai kemahiran
lisan, murid perlu dilatih untuk menggunakannya secara kerap dan mengajarkan
secara terancang. Bagi mereka yang tidak menguasai kemahiran lisan dengan
baik akan mendatangkan masalah kepada dirinya, iaitu dia tidak dapat
memahami pertuturan orang lain dan bertindak balas terhadapnya.
3.1.1.1 Kemahiran Mendengar
Keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami, dan
menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan
serta dapat memberikan maklum balas. Mendengar bukan merupakan
satu mata pelajaran khas seperti pelajaran membaca dan menulis. Namun
demikian, mendengar memainkan peranan penting dalam pembelajaran di
sekolah. Kemahiran mendengar yang lemah boleh mengakibatkan salah
faham dan impak negatif yang lain.
3.1.1.2 Kemahiran Bertutur
Kerja Kursus Projek 8
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
Bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi bahasa yang
bermakna. Keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin
hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea
yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara
sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan tatabahasa yang sesuai
dan betul.
3.1.2 Kemahiran Membaca
Keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan
kelancaran yang betul. Penekanan diberi pada aspek pemahaman dan
penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan
pelbagai teknik membaca. Murid berupaya menghayati teks yang dibaca.
3.1.3 Kemahiran Menulis
Keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea
melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca
dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid digalakkan
menggugunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan
berunsurkan pengetahuan dan penulisan maginatif.
3.2 Aplikasi dalam Aktiviti Pengajaran
Kemahiran bahasa merupakan perkara penting yang perlu dikuasai oleh
setiap murid. Ketika aktiviti pengajaran dilakukan, setiap murid perlu digalakkan
untuk melibatkan diri secara aktif sama ada mendengar, bertutur, membaca
mahu pun menulis. Siti Hajar (2008:178) mengatakan, dalam satu sesi
pengajaran, guru perlu menetapkan sasaran kemahiran yang menjadi fokus
utama. Kemudian, guru perlu menetapkan tajuk yang berkaitan dengannya.
Kerja Kursus Projek 9
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
Dalam tugasan ini, penulis telah merancang satu aktiviti pengajaran bagi
mengaplikasikan kemahiran bahasa untuk setiap murid. Aktiviti menulis sajak
ringkas merupakan salah satu aplikasi kemahiran menulis yang telah dijadikan
fokus utama penulis kepada murid Tahun 6 tersebut. Tujuannya adalah untuk
membolehkan murid meluahkan perasaan selepas melihat beberapa bahan
rangsangan mengenai keamanan. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998:267)
tujuan aktiviti menulis adalah membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan
perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan. Selain itu, guru juga dapat
menambah minat murid dalam bidang penulisan. Oleh itu, aktiviti yang penulis
rencanakan adalah bertujuan ekspresif iaitu penulisan bertujuan menyampaikan
idea, hujah dan perasaan. Hasil penulisan ekspresif memang biasanya didapati
dalam sajak dan pelbagai jenis penulisan kreatif yang lain.
Selain itu, aktiviti yang telah dirancang ini mengandungi unsur
penggabungjalinan kemahiran bahasa. Gabung jalin yang dimaksudkan adalah
melalui kemahiran menulis dan membaca. Selepas murid menghasilkan sajak,
mereka dikehendaki mendeklamasikan sajak dengan sebutan dan intonasi yang
betul. Berpandukan aktiviti itu, murid dapat melahirkan rasa minat akan bidang
penulisan dan mungkin ada yang bercita-cita untuk menjadi seperti sasterawan
negara, A. Samad Said yang juga telah dipertontonkan video deklamasinya
ketika set induksi.
4.0 Kemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran Bernilai Tambah merupakan aspek yang sangat utama dalam
menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Kemahiran bernilai tambah
merujuk ‘dunia sebenar’ seseorang pelajar. Kemahiran ini yang merangkumi kemahiran
berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar,
kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan
pembelajaran kontekstual.
Kerja Kursus Projek 10
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
Pengisian Kurikulum
Kerja Kursus Projek 11
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
4.1 Komponen kemahiran bernilai tambah
Kerja Kursus Projek 12
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
perlu diajarkan kepada murid supaya mereka boleh
menggunakan computer untuk tujuan komunikasi
seperti menghantar mel elektronik, menggunakan
aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan
harian, dan mengakses maklumat yang terdapat
dalam internet.
KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI
Kemahiran belajar cara belajar perlu di ajarkan
kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik
pembelajaran yang berkesan. Penguasaan terhadap
kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan
pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi
dunia yang sering berubah dan mengamalkan
pembelajaran seumur hidup.
KEMAHIRAN BELAJAR CARA BELAJAR
Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui
aktiviti dan soalan yang memerlukan pemikiran
kritis dan kreatis dalam aktiviti mendengar,
bertutur,membaca dan menulis. Kemahiran berfikir
samaada dari segi mengkonsepsikan idea,
menyelesaikan masalah atau membuat keputusan
adalah penting dalam kehidupan harian dan
kerjaya murid pada masa akan datang.
KEMAHIRAN BERFIKIR
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
Kerja Kursus Projek 13
Kajian masa depan adalah satu pendekatan
pembelajaran bagi membolehkan murid
menyedari isu atau permasalahan masa lampau,
masa kini, dan masa depan. Ini bermakna, murid
dapat membuat sesuatu ramalan serta
mengendalikan perubahan supaya murid dapat
manfaat yang maksimum.
KAJIAN MASA DEPAN
Kecerdasan pelbagai merangkumi linguistic, logic
matematik, muzik, kinestatik, ruang,
interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Oleh
itu, guru perlu mengembangkan potensi
kecerdasan murid dengan gaya pembelajaran
yang sesuai dengan minat dan kecenderungan
mereka kerana setiap individu mempunyai
kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.
Pembelajaran konstuktivisme dalam
pembelajaran dapat melahirkan murid yang boleh
membina pemahaman dan pengetahuan baru
mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman yang sedia ada. Pembelajaran ini
menjadikan murid lebih yakin, faham dan lebih
seronok untuk terus belajar sepanjang hayat.
KECERDASAN PELBAGAI
PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
Kerja Kursus Projek 14
Pembelajaran konstektual adalah kaedah
pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan
pengalaman harian individu, masyarakat dalam alam
pekerjaan. Pembelajaran konstektual disampaikan
dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit
yang melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran
berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan
pengetahuan baru secara bermakna, dan menghayati
kerelevana pembelajaran dengan kehidupan mereka.
PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
4.2 Aplikasi dalam aktiviti pembelajaran
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) merupakan aspek penting dalam penyerapan
ketika pelaksanaan aktiviti pembelajaran. Dalam aktiviti yang dirancang oleh penulis,
terdapat beberapa KBT seperti kemahiran berfikir telah diserapkan. Murid-murid akan
membuat kaitan dan perhubungan selepas melihat beberapa bahan rangsangan.
Maksudnya, murid akan menghasilkan sajak ringkas setelah mendapat idea daripada
gambar yang diberi. Selain itu, beberapa aspek kemahiran belajar cara belajar dapat
diterapkan oleh guru kepada murid. Antaranya ialah kemahiran membaca termasuk
membaca bagi tujuan menyampaikan idea dan meluahkan perasaan. Pembacaan atau
deklamasi sajak nukilan murid Tahun 6 tersebut akan memberi penekanan terhadap
cara bacaan yang menekankan sebutan dan intonasi yang tepat dan berkesan.
Sementara itu, kemahiran mengingat dan menghafal juga turut ditekankan. Murid
digalakkan menghafal kosa kata sastera yang indah supaya dapat diserapkan dalam
penulisan sajak mereka. Murid juga perlu menguasai kemahiran mendengar khusunya
dalam mendengar lontaran bait-bait puisi sasterawan negara, A. Samad Said.
Seterusnya, unsur kajian masa depan juga ada diselitkan dalam aktiviti menulis
sajak tersebut. Murid dikehendaki memikirkan permasalahan yang berlaku pada masa
lampau, masa kini dan masa hadapan yang berkait rapat dengan tajuk pelajaran iaitu
‘Keamanan’. Sudah tentunya, murid dapat berfikir dengan baik dan mencetuskan
pelbagai persoalan dalam puisi sajak mereka. Selain itu, unsur kecerdasan pelbagai
dapat dikenalpasti seperti verbal linguistik iaitu murid boleh menggunakan kata-kata
secara berkesan melalui lisan atau tulisan. Seperti mana yang diketahui, hasil penulisan
mereka akan dideklamasikan secara lisan bagi menentukan sejauh mana keberhasilan
penulisan kreatif yang telah dibincang bersama kumpulan. Selain itu, kecerdasan
interpersonal diaplikasikan dalam aktiviti yang membolehkan murid bertindak secara
berpesan terhadap orang lain secara praktikal seperti mempengaruhi orang lain
terhadap isu keamanan. Kecerdasan yang seterusnya ialah kecerdasan intrapersonal
iaitu kebolahan murid memahami diri sendiri terhap pentingnya keamanan di negara
dan dunia. Kesimpulannya, setiap aktiviti pengajaran perlu diterapkan sebanyak
mungkin kemahiran bernilai tambah supaya murid dapat menguasai pelbagai ilmu.
Kerja Kursus Projek 15
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
5.0 Strategi Pembelajaran 5P
Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menekankan konsep
penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Ini selaras
dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
5.1 Konsep 5P
5.1.1 Penggabungjalinan
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat
dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses
pembelajaran. Kemahiran dapat digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang
terdapat dalam hasil pembelajaran atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.
5.1.2 Penyerapan
Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur ilmu, nilai dan kemahiran
bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kajian
masa depan boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan
disiplin dalam pelbagai mata pelajaran.
Terdapat 17 nilai murni yang perlu diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu:
NILAI CONTOH
Baik hati 1. Belas kasihan
2. Bertimbang rasa
3. Murah hati
4. Saling memahami
5. Sedia memaafkan
Berdikari 1. Bertanggungjawab
Kerja Kursus Projek 16
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
2. Tidak berharap atau bergantung kepada
bantuan orang lain
3. Jaya diri
4. Yakin kepada diri sendiri
Berhemah tinggi 1. Kesopanan
2. Mengaku kesalahan sendiri
3. Ramah mesra
Hormat-menghormati 1. Hormat kepada ibu bapa
2. Hormat kepada orang yang lebih tua
3. Taat kepada raja dan Negara
4. Hormat kepadda hak asasi
5. Hormat kepada undang-undang
6. Menghargai maruah diri
Kasih sayang 1. Sayang kepada nyawa
2. Sayang kepada alam sekeliling
3. Cinta kepada Negara
4. Cinta kepada keamanan dan keharmonian
Keadilan 1. Bertindak adil
2. Sentiasa saksama
Kebebasan
1. Kebebasan di sisi undang-undang
2. Kebebasan dalam sistem demokrasi
Keberanian 1. Berani dengan tidak membuta tuli
2. Berani kerana benar
3. Berani mempertahankan kebenaran
4. Berani bertanggungjawab
Kebersihan fizikal 1. Kebersihan diri
Kerja Kursus Projek 17
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
dan mental
2. Kebersihan persekitaran
3. Pertuturan dan kelakuan yang sopan
Kejujuran 1. Bersifat amanah
2. Bercakap benar
3. Sentiasa ikhlas
Kerajinan 1. Cekal
2. Daya usaha
3. Dedikasi
4. Gigih
5. Tekun
Kerjasama 1. Persaudaraan
2. Tanggungjawab bersama
3. Gotong-royong
4. Toleransi
5. Kebaikan bersama
6. Perpaduan
Kesederhanaan 1. Sederhana dalam meningkatkan kepentingan
diri dan orang lain
2. Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah
laku
Kesyukuran 1. Berterima kasih
2. Mengenang budi
3. Menghargai
Rasional 1. Boleh membuat pertimbangan
2. Boleh membuat penaakulan
3. Berfikiran logik dan terbuka
Kerja Kursus Projek 18
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
Semangat
bermasyarakat
1. Bermuafakat
2. Kejiranan
3. Peka kepada isu-isu sosial dan masyarakat
Semangat
kewarganegaraan
1. Berbangga menjadi rakyat Malaysia
2. Bersemangat patriotik
3. Berusaha dan produktif
5.1.3 Pengayaan
Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Sekolah
Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan,
bakat, dan minat. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk
digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan seperti
tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang
telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal
daripada jangka masa yang ditentukan.
5.1.4 Pemulihan
Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai
kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan.
Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat
permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat
daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini adalah
mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.
Kerja Kursus Projek 19
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
5.1.5 Penilaian
Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran. Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan
maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif
pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian
berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas
seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan, dan
setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti
pengayaan yang sesuai bagi murid.
5.2 Aplikasi 5P dalam Aktiviti Pengajaran
Strategi pengajaran 5P sangat penting dalam merancang aktiviti untuk murid.
Penulis ada menerapkan unsur penggabungjalinan ketika merancang langkah aktiviti di
kelas tersebut. Kemahiran bahasa yang digabung jalin adalah di antara kemahiran
menulis dan membaca. Murid dikehendaki membaca dan mendeklamasikan sajak yang
mereka hasilkan dengan sebutan dan intonasi yang betul. Berdasarkan aktiviti tersebut,
guru mungkin dapat mengenal pasti objektif pembelajaran pada hari tersebut.
Selain gabung jalin kemahiran bahasa, terdapat penggabungjalinan kemahiran
bahasa dengan kemahiran daripada subjek lain. Kemahiran yang dimaksudkan ialah
kemahiran daripada subjek muzik. Ketika murid mendeklamasikan sajak, guru akan
memasangkan muzik instrumental agar sajak yang dideklamasikan murid lebih
memberi kesan kepada isi kelas tersebut. Murid akan mengawal intonasi mereka selari
dengan muzik yang dimainkan bagi menggambarkan tekanan suprasegmental ketika
melafazkan bait-bait yang mereka hasilkan. Kemahiran mengawal nada dalam subjek
muzik tersebut dilihat mampu menambah rangsangan kepada murid dan menjadikan
mereka lebih bersemangat dalam menghasilkan sajak yang lebih puitis dan dramatis.
Kerja Kursus Projek 20
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
Selain strategi penggabungjalinan, dalam aktiviti yang dirancang juga terdapat
unsur penyerapan. Penyerapan yang dimaksudkan ialah penyerapan nilai dan ilmu
selain penyerapan kemahiran bernilai tambah yang telah diterangkan penulis pada
bahagian aplikasi KBT dalam aktiviti pengajaran sebelum ini. Bagi penyerapan nilai,
terdapat beberapa nilai yang dapat dilihat dengan jelas. Misalnya ialah nilai keberanian,
rasional, semangat bermasyarakat dan patriotisme. Tajuk yang dipelajari ialah
‘Keamanan’. Ini bermakna penyerapan nilai patriotisme, rasional dan semangat
bermasyarakat dapat diterjemahkan selain tindakan berani murid menghasilkan sajak
dan melontarkan idea dan bait-bait indah menunjukkan keberanian mereka.
Di samping itu, aktiviti yang dirancang oleh penulis turut memuatkan unsur
pengayaan. Setelah murid diajar kosa kata sastera hasil edaran sajak karya Usman
Awang, murid diberi aktiviti pengayaan iaitu menulis sajak secara berkumpulan.
Langkah tertib proses pembelajaran tersebut menampakkan unsur pengayaan aktiviti
dalam usaha menambah kecekapan kemahiran menulis setiap murid.
Akhir sekali, guru membuat penilaian sejauh mana objektif pengajaran tersebut
dapat dicapai. Aktiviti deklamasi sajak membolehkan guru mengenal pasti sejauh mana
pembelajaran penulisan sajak tersebut berkesan. Jika terdapat kumpulan yang gagal
menulis sajak dengan puitis atau sajak mereka tidak mengandungi kosa kata yang
indah, maka guru dapat membuat penilaian supaya kumpulan tersebut perlu diberi
latihan pemulihan agar objektif pengajaran tercapai.
Kerja Kursus Projek 21
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
6.0 Langkah-langkah aktiviti pengajaran
Tajuk : Sajak ‘Keamanan’
Tahun: Enam
Objektif :
Murid dapat menghasilkan sajak yang puitis.
Menyampaikan puisi yang dihasilkan dengan intonasi yang berkesan serta diksi
yang tepat dan puitis.
Hasil Pembelajaran
Fokus utama :
10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang
mudah, menarik dan bermakna.
Aras 3(i)
Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib dan kemas dangan
menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik.
Fokus sampingan :
5.2 Membaca kuat teks dan prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 2 (i)
Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Kemahiran Bahasa :
Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis.
Sistem Bahasa :
Kosa kata, ungkapan.
Kerja Kursus Projek 22
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
Pengisian Kurikulum :
i. Ilmu – Sastera, Muzik dan Sosial (Sejarah, Sivik)
ii. Nilai – Keberanian, Rasional, Semangat bermasyarakat, Kerjasama, Patriotisme.
iii. KBT – Kemahiran Berfikir, Kajian Masa Depan, Kecerdasan Pelbagai.
Alat Bantu Mengajar :
LCD dan papan gulung, kertas majung, rakaman video sajak, komputer riba, gambar
(bercetak) peperangan, kertas bercetak (glosari istilah sastera), contoh teks sajak
(Usman Awang), muzik instrumental.
Langkah-Langkah Pengajaran
Set Induksi (5 minit)
Murid diminta menonton video deklamasi sajak oleh sasterawan negara,
A. Samad Said. Murid dikehendaki untuk mengenal pasti jenis puisi yang mereka
tonton. Jawapan murid dikaitkan dengan tajuk pelajaran iaitu sajak ‘Keamanan’.
Contoh Interaksi Sosial Guru-Murid.
Guru : Adakah kamu semua kenal dengan lelaki ini?
Murid 1 : Kenal, cikgu. Namanya A. Samad Said.
Guru : Bagus Faizal. Kamu tahu jenis puisi yang dibacakan itu?
Murid 1 : Tidak, cikgu.
Murid 2 : Cikgu, saya tahu. Dia membaca sajak.
Guru : Pandai Amira. Kamu tahu cara untuk menulis sajak?
Murid 2 : Tidak, cikgu.
Guru : Baiklah, cikgu akan ajar kamu tentang sajak hari ini.
Kerja Kursus Projek 23
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
Alat Bantu Mengajar
i. Tayangan video sasterawan bersajak
ii. Komputer riba dan LCD
Langkah 1 (20 minit)
Guru mengedarkan sajak ‘Kambing Hitam’ (Lampian 1-A) karya Usman
Awang. Murid turut diberi kertas bercetak yang mengandungi glosari istilah
sastera (Lampiran 1-B) dan diminta membacanya bersama-sama contoh teks
sajak karya Usman Awang. Murid-murid diminta menyenaraikan sekurang-
kurangnya dua patah perkataan yang dianggap puitis dan indah. Guru
menjelaskan maksud perkataan tersebut di samping menjelaskan gaya bahasa
lain untuk membantu murid menghasilkan sajak yang indah. Murid perlu menulis
setiap maksud yang diterangkan oleh guru di dalam helaian glosari. Guru
menyuruh murid menghasilkan satu ayat mudah dengan menggunakan
perkataan atau istilah sastera yang dibincangkan.
Contoh ayat yang dihasilkan murid.
Istilah sastera yang dipetik daripada sajak.
i. Komentar- Penyajak itu membaca komentar dengan bersemangat.
ii. Perkauman- Masalah perkauman itu semakin melarat.
iii. Muhibah- Semangat muhibah amat penting bagi sesebuah negara.
iv. Makmur- Negara aman dan makmur jika rakyat bersatu padu.
Alat Bantu Mengajar
i. Kertas bercetak (glosari istilah sastera).
ii. Teks sajak Usman Awang bertajuk ‘Kambing Hitam’.
Kerja Kursus Projek 24
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
Nilai
i. Rasional
- Murid boleh membuat pertimbangan dan penaakulan setelah membaca
contoh teks sajak ‘Kambing Hitam’. Murid akan cuba untuk memahami mesej
yang terkandung dalam sajak. Setelah guru mengedarkan glosari istilah
sastera, murid dapat menaakul makna perkataan yang tidak difahami sekali
gus cuba untuk mengingatnya. Nilai rasional juga wujud apabila murid cuba
untuk mencipta ayat yang ringkas dengan menggunakan istilah yang baharu
sebagai latihan pengukuhan terhadap diksi dalam sajak.
ii. Berdikari
- Apabila murid diberikan tugasan, mereka akan berusaha untuk
melakukannya tanpa bantuan sesiapa. Mereka juga akan bertambah yakin
dengan diri sendiri dalam menjawab soalan yang diberikan. Helaian istilah
glosari berperanan sebagai panduan bagi mereka dalam mencipta dan
memahami sajak. Selebihnya, atas kehendak dan usaha mereka sendiri.
iii. Kasih sayang
- Nilai ini dapat diterapkan ketika murid membaca sajak Usman Awang
yang bertajuk ‘Kambing Hitam’. Sajak tersebut jelas menyentuh hati dan
sanubari pembaca khususnya kepada mereka yang hidup pada tarikh
keramat 13 Mei 1969. Melalui aktiviti pembacaan secara senyap sajak
berikut, murid dapat melahirkan rasa kasih dan sayang mereka terhadap
negara. Selain itu, akan wujud rasa cinta kepada kedamaian dan keamanan
dalam hidup mereka kerana gambaran peristiwa berdarah dalam sajak
tersebut membuatkan rasa mual dan benci mereka kepada peperangan.
iv. Semangat bermasyarakat
- Rasa peka terhadap isu-isu semasa dalam masyarakat jelas dapat
disuaikan dengan tajuk pengajaran iaitu ‘Keamanan’. Melalui pembacaan
murid terhadap sajak tersebut, murid dapat memahami isu-isu lampau dalam
masyarakat dan secara langsung telah membawa diri mereka ke dunia
perpecahan dan perbalahan kaum itu. Dari situ, murid akan sedar bahawa
Kerja Kursus Projek 25
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
mereka perlu berjaga-jaga dan tidak hanya membiarkan diri membatu
melihat dunia kabut.
v. Patriotisme
- Sajak tersebut juga dapat melahirkan rasa patriotik murid kepada tanah
air yang tercinta. Mereka mungkin akan menghargai perjuangan pemimpin
lampau yang berusaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara aman
dan harmonis.
Ilmu
i. Sejarah
- Penyerapan ilmu pengetahuan lain dalam langkah pengajaran yang
pertama ini amat jelas dilihat kerana sajak yang digunakan mengimbau
sejarah lama dan perisitiwa lampau. Sejarah telah membuktikan bahawa
negara ini suatu masa dahulu pernah dikejutkan dengan peristiwa hitam
perbalahan kaum yang memaksa segenap ruang dan lubang ditutup semata-
mata mengelakkan diri daripada ancaman pelbagai jenis penagih darah.
ii. Sastera
- Ilmu sastera adalah ilmu sampingan lain yang terkandung dalam
pengajaran ini. Murid dapat memahami genre puisi yang diajarkan selain
cuba untuk mendalami sesebuah sajak. Dengan adanya aktiviti pengajaran
seperti ini, mungkin ada murid yang berminat dalam penulisan bahan
sastera.
Kerja Kursus Projek 26
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
Langkah 2 (20 minit)
Murid diminta untuk membentuk lima kumpulan kecil. Guru mengedarkan
beberapa gambar bercetak perihal peperangan (Lampiran 2-A) kepada setiap
kumpulan sebagai rujukan murid menghasilkan sajak bertemakan ‘keamanan’.
Murid dikehendaki menghasilkan sekurang-kurangnya satu ayat sajak yang
bertemakan ‘keamanan’. Setiap kumpulan hendaklah menggunakan istilah
sastera yang dirasakan sesuai yang boleh diambil daripada glosari (Lampian 1-
B). Murid diberikan kertas majung dan pen ‘marker’ untuk menulis sajak yang
dibincangkan bersama. Guru meninjau pekembangan setiap kumpulan dan
memberi bantuan sekiranya murid lari daripada tajuk ataupun sajak yang
dihasilkan tidak menepati syarat.
Contoh sajak.
Senapang merata-rata dihunus
Teriakan si anak menutupi bunyi senjata
Darah menumpah ke bumi sendiri
Tiada lagi kuasa
Tiada lagi kudrat
Yang tinggal hanya pusara.
Alat bantu mengajar.
i. Edaran bercetak (glosari dan gambar peperangan)
ii. Kertas majung dan pen.
Kerja Kursus Projek 27
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
Nilai
i. Berani
- Apabila murid ditugaskan untuk menghasilkan sajak secara berkumpulan,
mereka perlu menunjukkan sikap berani bagi mengeluarkan idea-idea
yang bernas dan diksi yang indah. Meskipun terdapat ramai anggota
kumpulan, bagi murid yang berani, ia sepatutnya tidak malu untuk
menegakkan kebenaran dalam melontarkan cadangan. Murid akan bijak
menilai baik buruk suatu hasil sajak itu dan sepatutnya menegah
kesalahan yang ada di samping membetulkannya. Jadi, sikap berani
bertanggungjawab dalam kumpulan akan wujud.
ii. Kerjasama
- Sikap toleransi dan memikirkan kebaikan bersama dapat disemai melalui
aktiviti ini. Murid dapat bekerja dalam suatu budaya kerja yang positif dan
dipahat rasa persaudaraan bersama. Konsep memahami dan difahami
dapat diaplikasikan supaya tidak timbul persengketaan dalam
menghasilkan sebuah sajak yang terbaik.
iii. Rasional
- Murid dapat berfikir secara rasional dalam menghasilkan bait-bait yang
bertemakan ‘Keamanan’. Berpandukan gambar yang telah diberikan
kepada setiap kumpulan, mereka akan lebih jelas dengan apa yang
dimaksudkan dengan tema tersebut. Untuk itu, mereka perlu berfikir
secara logik bagi menunjukkan rasa benci terhadap persengketaan dan
rasa cinta kepada keamanan.
iv. Kerajinan
- Sudah pasti murid akan menunjukkan sikap rajin mereka dalam
melakukan kerja berkumpulan. Tambahan pula, penghasilan sajak
sememangnya memerlukan daya usaha yang lebih khususnya dalam
memikirkan bait-bait yang sesuai dan berpaut pada tema yang disediakan.
Sikap dedikasi murid sangat diperlukan untuk mendapatkan produk yang
berkualiti dan segar supaya dapat bersaing sengit dengan kumpulan yang
lain.
Kerja Kursus Projek 28
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
Ilmu
i. Sastera
- Ilmu sastera sudah pasti terselit semasa pelaksanaan aktiviti berkumpulan
ini. Murid belajar cara menghasilkan penulisan kreatif iaitu sajak dengan
mengguanakan istilah sastera yang indah dan puitis. Selain itu, guru juga
dapat mengajarkan sedikit sebanyak bentuk sajak yang bebas supaya
murid akan mengenal jenis-jenis sajak yang biasa dikarang oleh
pengkarya di negara ini. Ilmu sastera juga membabitkan pengenalan
murid terhadap unsur-unsur gaya bahasa. Guru tidak seharusnya
menekankan aspek ini, tetapi boleh diterapkan secara ringkas sebagai
pengenalan kepada murid Tahun 6 kerana mereka bakal belajar perkara
yang sama di sekolah menengah nanti.
Langkah 3 (10 minit)
Wakil-wakil setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil
perbincangan sajak. Guru membimbing murid cara mendeklamasikan sajak
dengan berkesan. Setiap wakil kumpulan perlu mendeklamasikan sajak yang
dicipta dengan penuh penghayatan. Murid mendeklamasikan sajak sambil
diiringi muzik instrumental dan gambar (slide) perperangan daripada pancaran
LCD.
Alat bantu mengajar
i. Muzik instrumental
ii. Gambar perperangan (slide)
iii. Pancaran LCD dan Papan Gulung.
iv. Komputer riba
Kerja Kursus Projek 29
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
Nilai
i. Berani
- Keberanian murid terserlah apabila mereka berani untuk
mendeklamasikan sajak di hadapan rakan-rakan sekelas. Selain itu, murid-
murid juga akan melontarkan emosi mereka semasa melafazkan bait-bait
indah bekenaan dengan tema ‘Keamanan’. Mereka menjadi semakin berani
untuk menegakkan kebenaran dan berasa berhak untuk mendapatkan
layanan yang seyogia di bumi Malaysia.
ii. Kasih sayang
- Kasih sayang mereka terhadap negara terserlah apabila mereka
menghayati sajak yang dikarang. Murid akan meluahkan rasa cinta mereka
kepada negara dan memastikan keamanan serta keharmonian terjamin
biarpun hidup dalam berbilang bangsa.
iii. Patriotisme
- Patriotisme bermaksud semangat cinta akan negara dan sanggup
melakukan apa sahaja demi negara. Semasa melakukan aktiviti ini, setiap
murid yang mendeklamasikan sajak akan bersungguh-sungguh meluahkan
rasa cinta mereka dengan menemplak kebebalan sesetengah pihak yang
cuba memusnahkan keamanan negara.
Ilmu
i. Muzik
- Ilmu pengetahuan lain yang diserap ketika melakukan aktiviti ini ialah ilmu
muzik. Semasa mendeklamasikan sajak, guru akan memainkan muzik
instrumental seiringan dengan lontaran bait-bait sajak. Melalui aktiviti ini,
murid dapat menerapkan ilmu muzik supaya persembahan mereka
bertambah menarik. Misalnya, ketika lagu tersebut berada di tempo yang
perlahan, murid-murid perlu menyesuaikannya dengan nada yang perlahan
begitu juga sebaliknya. Oleh itu, secara tidak langsung persembahan
deklamasi mereka akan menjadi lebih bertenaga.
Kerja Kursus Projek 30
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
ii. Sastera
- Seperti mana yang diketahui, aktiviti deklamasi sajak sememangnya
memerlukan bakat dalam bidang sastera supaya pendeklamasi dapat
menghayati bait-bait indah yang puitis dan dramatis. Untuk itu, langkah
pengajaran yang direncanakan sedikit sebanyak memerlukan murid
mendalami ilmu sastera.
iii. Sosial
- Subjek pengetahuan sosial seperti sejarah dan sivik turut terkandung
dalam aktiviti ini. Penyerapan ilmu sosial membolehkan murid mengetahui
isu masyarakat dan sejarah silam yang berlaku di Malaysia. Melalui subjek
sivik yang dipelajari, murid dapat melontarkan idea dan pendapat mengenai
pesekitaran masyarakat lebih-lebih lagi dalam mengekalkan keamanan
sejagat.
Penutup (5 minit)
Guru merumuskan pengajaran sajak yang dihasilkan. Guru bertanyakan
murid tentang apa yang mereka faham berkenaan sajak. Guru mengimbas
kembali cara-cara menulis sajak. Murid membuat sumbang saran tentang
keindahan sajak dengan bimbingan guru. Guru memberi tugasan tambahan
sebagai aktiviti pengukuhan dan penilaian.
Nilai
i. Rasional
ii. Keberanian
Ilmu
i. Sastera
Kerja Kursus Projek 31
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
7.0 Penutup
Secara konklusinya, tugasan ini, telah menjelaskan mengenai Huraian Sukatan
Pelajaran dan Aras Pembelajaran mengikut tahap. Di samping itu, hasil tugasan ini juga
telah menganalisis dan menjelaskan beberapa hasil pembelajaran kemahiran-
kemahiran bahasa seperti kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca
dan kemahiran menulis. Selain itu, hasil tugasan ini juga telah menganalisis dan
mengaplikasi Pengisian Kurikulum dalam langkah-langkah pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan aras pembelajaran kemahiran. Untuk itu, pelbagai kaedah
pengajaran telah dirangka bagi memenuhi kehendak Sukatan Pelajaran yang
mementingkan penyerapan nilai murni serta beberapa cabang kemahiran lain.
Puisi sebenarnya tidak dapat dipisahkan daripada pelajaran bahasa. Sama ada
secara langsung atau tidak, puisi terpaksa diperkenalkan kepada kanak-kanak sejak
dari darjah permulaan lagi. Kamarudin Hj. Husin (1998:160) mengatakan bahawa
pengajaran puisi mempunyai beberapa faedah dan tujuan antaranya ialah untuk
memberikan hiburan dan menyukakan hati murid-murid. Selain itu, puisi juga dapat
melatih kanak-kanak menikmati irama, keindahan bahasa dan bunyi bahasa. Namun,
apa yang dapat disimpulkan melalui aktiviti tersebut, murid dapat belajar cara penulisan
sajak dan mendapat pengetahuan yang meluas dalam bidang sastera.
Secara keseluruhannya dengan melakukan tugasan ini, secara tidak langsung
telah membimbing guru pelatih untuk memahami dengan lebih mendalam lagi
mengenai Huraian Sukatan Pelajaran. Ini adalah satu peluang kepada guru pelatih
untuk membiasakan diri dengan alam kehidupan seorang guru yang sebenar. Guru
sepatutnya menjadikan Sukatan Pelajaran sebagai dokumen rujukan dalam
menghasilkan rancangan pengajaran yang menepati aras pengetahuan murid.
Kerja Kursus Projek 32
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
8.0 Refleksi
8.1 Muhammad Aminul Khalil Bin Zaini
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana penulis berjaya menyiapkan tugasan ini
dengan sempurna. Biarpun pada awalnya menjangkakan bahawa tugasan ini
sukar, tetapi akhirnya dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan.
Sebenarnya, di awal mendapat tugasan ini, penulis tidak terbayang sedikit pun
apa yang perlu dilakukan. Tetapi dengan dorongan Cik Hamidah Bt Abdul
Hamid, gambaran itu menjadi jelas sedikit dan membuatkan penulis tidak sabar-
sabar untuk memulakan tugasan.
Penulis telah mencari bahan di pelbagai tempat dan sumber. Biarpun
hanya sedikit sahaja isi yang ditemui, namun tetap bersyukur kerana sekurang-
kurangnya penulis tidak melepaskan tanggungjawab begitu sahaja. Tugasan ini
banyak mendisiplinkan diri khususnya ketika berada di penghujung tarikh
serahan tugasan.
Selain itu, penulis dapati kerjasama yang terjalin bersama rakan bagi
menjayakan tugasan ini merupakan nadi utama terhadap kejayaan semua.
Rakan-rakan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dan idea-idea yang bernas
dalam memantapkan isi-isi kerja kursus ini.
Sementara itu, secara jujurnya penulis sangat bersyukur kerana
mendapat tugasan ini. Hal ini disebabkan penulis dapat menambah pengetahuan
tentang sukatan pelajaran kerana sebelum ini hanya memahami apa yang di ajar
secara umum. Dengan adanya tugasan seperti ini, ilmu menegenai kemahiran
bahasa serta kandungan yang terdapat dalam sukatan pelajaran dapat
dipraktikkan semasa menjadi guru kelak. Tanpa pengetahuan mengenai semua
ini, mungkin rancangan pengajaran harian sukar untuk dihasilkan.
Akhir sekali, ucapan ribuan terima kasih dihamparkan kepada sesiapa
sahaja yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini.
Kerja Kursus Projek 33
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
8.2 Muhammad Syazmi Aizudin Bin Yusoff
Pada 12 Februari 2010 yang lalu, pensyarah Bahasa Melayu 1 saya, Cik
Hamidah Binti Abd. Hamid telah memberikan tugasan iaitu berkaitan dengan
Huraian Sukatan Pelajaran dan Aras Pembelajaran kemahiran bahasa.
Dari segi kesukaran untuk menyiapkan tugasan ini, secara terus terang
saya katakan bahawa agak bermasalah untuk menyiapkan tugasan ini kerana
pada suatu tahap saya berasakan tertekan untuk menyiapkan tugsan ini. Namun,
disebabkan bantuan yang telah diberikan oleh rakan sekumpulan saya iaitu
Muhammad Aminul Khalil dan Muhammad Amir Al-Hafiz serta rakan-rakan yang
lain, kami semua kembali bersemangat untuk menyiapkan tugasan ini.
Alhamdulillah, saya berjaya menyempurnakan tugasan pada kali ini.
Namun disebalik kesukaran tersebut saya mendapat banyak manfaat yang
tidak ternilai harganya. Dengan melakukan tugasan ini, saya dapat
meningkatkan kemahiran belajar kami sama ada membaca,mencatat
nota,merujuk dan sebagainya. Saya juga lebih mahir dalam proses untuk
mencari dan menambah maklumat yang diperoleh.
Kesimpulannya,tugasan ini menyedarkan saya bahawa sebagai seorang
guru pelatih yang masih menuntut, saya perlulah mengetahui dengan lebih
mendalam mengenai Huraian Sukatan Pelajaran dan Aras Pembelajaran
kemahiran bahasa. Melalui pemahaman ini juga, guru dapat mengajar dengan
lebih berkesan. Akhir sekali, saya berharap semoga kerja kursus ini dapat
memberi manfaat kepada diri saya sendiri serta orang lain.
Sekian, Wassalam.
Kerja Kursus Projek 34
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
8.3 Muhammad Amir Al-Hafiz Bin Zulkifli
Assalamualaikum w.b.t...
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya, hidayah-Nya
serta inayah-Nya, dapat saya menyempurnakan tugasan kerja kursus pendek ini
pada masa yang telah ditetapkan. Kerja kursus ini telah diberikan oleh pensyarah
pembimbing bagi membuat rujukan, pemerhatian dan mengumpul maklumat.
Tarikh mula bagi kerja kursus projek ini ialah pada 12 Februari 2010 yang lalu.
Saya memulakan tugasan bersama rakan seperjuangan saya iaitu Muhammad
Aminul Khalil bin Zaini dan Muhammad Syazmi Aizuddin bin Yusoff.
Kami mula mengumpulkan seberapa maklumat untuk mengkaji tentang
soalan yang diberikan. Kami mencari maklumat-maklumat berkenaan di Pusat
Sumber Datuk Lokman Musa IPGM Kampus Bahasa Melayu. Kami juga melayari
internet bagi menambah maklumat tentang tugasan ini.
Antara halangan yang terpaksa kami tempuhi sepanjang melakukan
tugasan kerja kursus ini ialah kami juga perlu menyiapkan banyak tugasan mata
pelajaran lain. Jadi, kami menguruskan masa dengan sebaik-baiknya untuk
menyiapkan tugasan ini.
Selain itu, saya dapati kerjasama yang terjalin bersama rakan bagi
menjayakan tugasan ini merupakan nadi utama terhadap kejayaan semua.
Rakan-rakan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dan idea-idea yang bernas
dalam memantapkan isi-isi kerja kursus ini.
Akhir kata, saya berharap agar semua pihak khususnya pihak pensyarah
berpuas hati dengan hasil kerja kursus pendek yang telah kami hasilkan ini.
Kerja Kursus Projek 35
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
9.0 Rujukan
9.1Sumber buku
Dahlia Janan, Husna Faredza Mohamed Redzwan, Khairul Azam Bahari,
Muhd Ra’in Shaari & Zulkifli Osman. (2004). Mengajar dan Belajar
Bahasa Melayu ‘Tafsiran Sukatan Pelajaran Baharu’. Perak: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP]. (1994). Kamus Dewan (Edisi Ketiga).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Abd Aziz. (1998). Siri Pendidikan
Perguruan Pengajian Melayu 4 Kesusasteraan dan Pengajaran.
Selangor Darul Ehsan: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Kamarudin Hj. Husin. (1998). Siri Pendidikan Perguruan Pedagogi Bahasa
Perkaedahan. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2009). Siri Pengajian Profesional, Murid dan Alam
Belajar. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2009). Siri Pengajian Profesional, Pedagogi. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Raminah Hj. Sabran. (1993). Kecekapan Berkomunikasi dalam Bahasa
Malaysia.Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu II.
Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn Bhd.
9.2Sumber internet
Sharbi Ali. (2005). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Diperoleh 1 Mac 2010. daripada www.ppk.kpm.my:
http://www.ppk.kpm.my/sphsp/muka22.htm
Kerja Kursus Projek 36
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR
10.0 Lampiran
JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN
Kerja Kursus Projek 37
BIL PERKARA TARIKH
1 Menerima tugasan dan sedikit penerangan daripada Cik Hamidah Bt Abdul Hamid.
12
Februari
2010
2 Mula mencari rakan pasangan dan mengagihkan tugasan.
19Februari
2010
3 Mula mencari buku-buku rujukan tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dan buku-buku lain yang berkaitan di Perpustakaan Negara.
26
Februari
2010
4 Mula menjalankan kerja menaip dan membuat sedikit perbincangan dengan rakan-rakan yang mengetahui tentang tugasan ini.
2
Mac
2010
5 Tugasan siap dan hanya memerlukan sedikit penambahan sahaja.
28
Mac
2010
6 Tugasan diserahkan.
29
Mac
2010
top related