amalan berkhatan
TRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN
Bagi melaksanakan tugasan yang diberikan saya telah memilih tema sosial dan budaya.
Tajuk kajian ialah amalan berkhatan dalam kalangan masyarakat melayu di Kampung
Serengkam, Maran, Pahang. Adat adalah aneka kelaziman dalam sesebuah negeri berdasarkan
kepada keadaan dan situasi sesuatu masyarakat itu. Ringkasnya, adat adalah peraturan hidup
sehari-hari. Ia merupakan gagasan kebudayaan yang terdiri daripada nilai-nilai kebudayaan,
norma, kebiasaan, kelembagaan dan hukum adat yang lazim dilakukan di sesuatu daerah. Secara
umumnya, kelaziman atau kebiasaan sesuatu perkara yang dilakukan itu telah bersebati dalam
kehidupan sesuatu masyarakat dari suatu negara, kebudayaan, waktu atau agama yang sama.
Adat dapat diteruskan dengan adanya informasi yang disampaikan dari generasi ke generasi, baik
secara bertulis ataupun lisan.
Adat resam atau adat istiadat yang diterima oleh sesuatu bangsa merupakan cetusan
peraturan dan panduan di mana ia adalah satu garis penentu sesuatu hukum yang dilaksanakan
oleh masyarakat tersebut. Sesebuah masyarakat menjalani kehidupan berdasarkan amalan nenek
moyang mereka sebagai menyempurnakan atau melaksanakannya sebagai satu peraturan.
Peraturan ini menjadi amalan dan kebiasaan, menjadi sifat dan tabiat manusia semulajadi di
mana lama-kelamaan telah menjadi satu kemestian yang diikuti secara turun-temurun bagi
mengekalkan tradisi sesuatu kaum itu.
Dipetik dari laman sesawang http://www.heritage.gov.my/index.php/warisan-tidak-
ketara/adat-a-budaya/pengenalan adat asalnya perkataan adat ini adalah dari bahasa Arab yang
bermaksud kebiasaan. Istilah adat itu sendiri memberi pengertian yang agak meluas dan dalam
situasi yang tidak begitu terbatas. Boleh dikatakan setiap suku bangsa mempunyai adat dengan
pengertian masing-masing. Justeru, bagi memahami maksud adat sesuatu suku bangsa itu kita
harus menggunakan atau memahami budaya dan falsafah hidup mereka.
Ramai sarjana juga telah membuat pelbagai penafsiran bagi istilah adat. Setiap
masyarakat yang mengamalkan adat resam adalah masyarakat yang hidup bertatacara. Ini
memperlihat kehidupan mereka berlandaskan norma-norma kehidupan positif yang perlu
dipatuhi. Adat resam, adat istiadat dalam setiap suku bangsa itu semestinya terdapat perbezaan
1
dan berlainan dari cara perlaksanaan dan pemakaiannya. Namun, apa juga penafsiran dan
perbezaan adat dalam sesebuah masyarakat itu, tujuannya adalah serupa, iaitu untuk membentuk
suatu masyarakat yang maju, dinamik dan progresif kerana adat dapat mencerminkan jiwa suatu
masyarakat atau bangsa dan merupakan suatu keperibadian dari suatu masyarakat atau bangsa.
Menurut kamus dewan edisi ketiga ,sosial bermaksud segala yang berkaitan dengan
masyarakat atau perihal masyarakat manakala budaya bermaksud tamadun atau peradaban dalam
kamus dewan edisi ketiga. Selain itu, menurut kamus dewan edisi ketiga, adat pula bermaksud
peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun. Resam pula ialah adat kebiasaan menurut kamus
dewan edisi ketiga.
Kajian ini dilakukan di kampung Serengkam yang terletak kira-kira 18 km daripada
Bandar Maran dan boleh diikuti dengan dua jalan alternatif yang disediakan oleh pihak berkuasa
tempatan iaitu jalan kampung yang diselenggara oleh Syarikat Roadcare Sdn. Bhd dibawah
seliaan JKR Maran. Perjalanan ke kampung Serengkam boleh dicapai melalui dua jalan iaitu
Jalan Bak-Bak sejauh 18 km manakala jika melalui jalan Lubuk Paku pula sejauh 22 km.
Kedua-dua jalan ini melalui perkampungan tradisional dan jika melalui Jalan Bak-bak
akan menjengah penempatan orang asli iaitu Kampung Merbau. Kampung Serengkam terdiri
daripada masyarakat Melayu dan majoriti penduduknya bekerja sendiri dan berniaga. Agama
yang diamalkan di kampung tersebut ialah agama Islam. Bancian terhadap penduduk kampung
Serengkam dianggar berjumlah 120 orang daripada sumber
www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/population/04Jadual_PBT_negeri/
PBT_Pahang.pdf .
Seperti di kampung lain Kampung Serengkam juga mengamalkan amalan berkhatan bagi
budak lelaki yang sudah dikira cukup umur. Menurut kamus dewan edisi ketiga berkhatan
bermaksud bersunat atau potong kulup . Amalan ini dilakukan kepada kanak-kanak berumur
antara lima hingga 12 tahun dan amat digalakkan ketika mereka berumur 10 tahun bagi
menghindar sifat malu dan mereka perlu bersih dari najis sebelum mengerjakan solat lima waktu.
2
Amalan berkhatan mempunyai banyak kebaikan, sains membuktikan amalan berkhatan
ini mempunyai banyak faedah kesihatan berdasarkan kajian yang dijalankan. Antara hasil kajian
yang nyata mendapati kadar kanser zakar adalah jauh lebih rendah dalam komuniti yang
mengamalkan berkhatan seperti umat Islam .
Kajian terbaru menunjukkan kadar penyakit kelamin adalah rendah dalam kalangan lelaki
yang berkhatan. Kajian ini mendapati jangkitan penyakit sifilis adalah lebih rendah dalam
kalangan lelaki yang berkhatan.
Kajian Cochrane Meta Analysis di Afrika pada 2007 jelas menunjukkan berkhatan boleh
mengurangkan risiko jangkitan HIV dalam kalangan lelaki yang aktif seksual dari 38 peratus
hingga 66 peratus dalam tempoh 24 bulan.
Rasional kajian adalah untuk megenal pasti amalan berkhatan dalam kalangan
masyarakat Melayu di Kampung Serengkam. Rasional kajian seterusnya, untuk mengkaji
kelebihan amalan berkhatan dalam kalangan masyarakat Melayu di Kampung. Sebelum upacara
berkhatan dijalankan, beberapa acara sampingan diadakan terlebih dahulu mengikut adat resam
masyarakat Kampung Serengkam. Sehari sebelum masa ditetapkan untuk berkhatan, kanak-
kanak tersebut terlebih dahulu dimandikan, kemudian mereka akan memakai pakaian baru dan
diarak seperti pengantin serta disandingkan sesama mereka.
Selepas itu jika ada majlis berkhatam Al-Quran mereka akan duduk bersila dan membaca
Al-Quran dengan tertib sambil diperhatikan oleh seorang guru Al-Quran dan para jemputan yang
lain.Setelah selesai upacara tersebut, bunga-bunga telur akan diedarkan kepada para jemputan.
Guru yang menganjar Al-Quran tersebut akan diberikan hadiah satu persalinan pakaian. Kanak-
kanak tersebut akan bangun mencium tangan guru mereka. Selepas itu, para jemputan akan
menikmati hidangan yang disediakan oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut.
3
2.0 OBJEKTIF
Objektif kajian ini adalah :
2.1 Mengenal pasti amalan berkhatan dalam kalangan masyarakat Melayu di Kampung
Serengkam
2.2 Mengkaji kelebihan amalan berkhatan dalam kalangan masyarakat Melayu di Kampung
Serengkam
4
3.0 LOKASI KAJIAN
3.1 Peta Negeri Pahang
Peta 1 : Negeri PahangSumber : http://www.mdmaran.gov.my/latar-belakang
Lokasi kajian saya adalah di Kampung Serengkam yang terletak di negeri Pahang. Negeri
Pahang merupakan negeri yang terbesar di semenanjung Malaysia. Pahang terdiri daripada 11
daerah iaitu Bentong Bera, Cameron Highlands , Jerantut, Kuantan ,Lipis, Maran, Pekan, Raub,
Rompin dan Temerloh.
5
3.2 Peta Daerah Maran
Peta 2 : Peta MaranSumber : http://jpbd.pahang.gov.my/terbitan/profildaerah.pdf
Daerah Maran merupakan daerah yang penting di dalam pembangunan Wilayah Pantai
Timur memandangkan ia dikenal pasti sebagai Konurbasi Pertumbuhan Wilayah Pantai Timur
di dalam Rancangan Fizikal Negara. Bagi hierarki pula, Bandar Maran merupakan pusat
petempatan kecil bagi peringkat tempatan. Daerah Maran dibahagikan kepada 4 mukim iaitu
Luit, Chenor, Bukit Segumpal dan Kertau. Keluasan daerah ini ialah 191666 hektar.
6
3.3 Kampung Serengkam
Peta 3 : Kampung SerengkamSumber : Kajian Lapangan
Kampung Serengkam terletak kira-kira 18 km daripada Bandar Maran dan boleh diikuti
dengan dua jalan alternatif yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan iaitu jalan kampung
yang diselenggara oleh Syarikat Roadcare Sdn. Bhd dibawah seliaan JKR Maran. Perjalanan ke
kampung Serengkam boleh dicapai melalui dua jalan iaitu Jalan Bak-Bak sejauh 18 km
manakala jika melalui jalan Lubuk Paku pula sejauh 22 km.
7
4.0 METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan berkhatan dalam kalangan masyarakat Melayu
di Kampung Seregkam dan mengkaji kelebihan amalan berkhatan dalam kalangan masyarakat
Melayu di Kampung Serengkam. Pelbagai kaedah yang digunakan dalam mengkaji tajuk ini.
4.1 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Tinjauan adalah pendekatan deskriptif
yang digunakan dengan meluas dalam bidang penyelidikan bagi mengumpul data dan maklumat
(Sabita, 2006). Menurut Maria (1996), tinjauan adalah satu sistem mengumpaul data untuk
menghurai,membandingkan atau menjelaskan pengetahuan, sikap dan amalan serta tingkah laku.
4.2 Sampel Kajian
Pemilihan sampel untuk kajian dilakukan secara rawak mudah yang melibatkan 30 orang
penduduk di Kampung Serengkam. Bilangan sampel bersesuaian dengan kajian kuantitatif yang
memerlukan bilangan sampel yang besar untuk mewakili populasi yang dikaji.
4.3 Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan instrument borang soal selidik dan temu bual.
4.3.1 Soal Selidik
Menurut Samuel (1980), penggunaan soal selidik dapat meliputi sampel yang besar dengan kos
yang sederhana dan juga dapat memberikan persampelan yang lebih tepat. Instrumen ini hanya
memerlukan peralatan kertas dan pensil yang lebih ekonomi dan menjimatkan masa untuk
mengumpul data. Kebaikan utama menggunakan borang soal selidik ialah jika disediakan dengan
baik, ia boleh menghasilkan item-item yang konsisten dan boleh dipercayai. Instrument soal
selidik yang dibina menggunakan prinsip KISS ( Keep it short and simple) iaitu mengemukakan
soalan yang ringkas dan mudah difahami. Menurut Merican, 2010 borang soal selidik ini
mengandungi 3 bahagian Bahagia 1 berkisar kepada latar belakang responden seperti jantina,
umur, kaum atau tingkatan. Bahagian 2 mengandungi 12 soalan yang berkaitan dengan amalan
8
berkhatan manakala bahagian 3 pula mengandungi 10 soalan yang berkaitan dengan kebaikan
berkhatan. Soalan dalam borang soal selidik merupakan soalan tertutup dengan menggunakan
skala Likert 4 poin.
4.3.2 Temu Bual
Pengkaji menyediakan 12 soalan yang berkaitan dengan amalan berkhatan dan 10 soalan
berkaitan dengan kebaikan berkhatan untuk mendapatkan maklumat daripada responden.
4.4 Cara Pengumpulan Data
Data dan maklumat untuk kajian ini dikumpul menggunakan pelbagai cara seperti dokumentasi,
soal selidik dan temu bual.
4.4.1 Dokumentasi
Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang sudah diterbitkan seperti
jurnal, tesis, akhbar dan sumber daripada internet bagi mendapatkan maklumat berkenanan
amalan berkhatan.
4.4.2 Kepustakaan
Pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan bagi mendapatkan maklumat dan data. Pengkaji
mendapatkan bahan rujukan daripada :
i. Perpustakaan Awam Maran
ii. Perpustakaan SMK Maran
9
4.4.3 Soal Selidik
Borang soal selidik diberikan kepada 30 orang responden yang sudi bekerjasama. Responden
akan diberi masa untuk menjawab semua soalan dalam soal selidik dan borang soal selidik akan
dikutip semula.
Rajah 4.1.1 carta alir proses mendapatkan maklumat kajian
4.4.4 Temu Bual
Kaedah temu bual berstruktur digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang amalan dan
kebaikan berkhatan . Pengkaji telah menemu bual dua orang penduduk Kampung Serengkam.
Setiap sesi temu bual mengambil masa lebih kurang lapan minit.
10
Menulis dapatan ,perbincangan dan merumus kajian
4.5 Cara Analisis Data
Pada peringkat akhir kajian ini, dapatan kajian telah dianalisis secara deskriptif untuk
menganalisis data daripada soal selidik. Kajian ini bersifat kuantitatif kerana semua data yang
diperolehi dikumpul melalui borang selidik. Kajian ini berbentuk tinjauan yang dijalankan
terhadap 30 penduduk di
Kampung Serengkam dengan menggunakan kaedah soal selidik. Soalan kebanyakkannya di
rangka berdasarkan penyataan 4 skala Likert, iaitu :
1. Tidak setuju2. Kurang Setuju3. Setuju4. Sangat setuju
Likert ( 1932 ) mencadangkan kaedah penyelidikan yang lebih mudah. Analisis item
dilakukan berdasarkan maklum balas yang diberikan. Borang soal selidik yang diberikan
kepada responden. Penilaian sampel adalah menggunakan kaedah persampelan secara rawak.
Persampelan rawak adalah bermaksud penilaian berdasarkan kepada individu. Responden
kajian terdiri dariada 30 orang penduduk kampung di Serengkam. Secara
umumnya, data daripada borang soal selidik yang telah dianalisis. Data yang dipunggut
melalui soal selidik dianalisis dengan mengamalkan persampelan secara rawak. Soal selidik
menggunakan skala Likert dengan menggunakan penentuan peratusan (%) atau skor asal
berdasarkan bilangan responden.
Kesimpulan
Borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 30 orang responden iaitu penduduk kampung
telah dianalisis bagi mendapatkan hasil dapatan kajian. Statistik persampelan secara rawak
digunakan bagi menjawab setiap persoalan dalam kajian ini. Walaupun kaedah kajian ini
berbentuk tinjauan dan pemerhatian di sebuah kampung, namun hasil dapatan ini diharap dapat
membantu membangunkan amalan berkhatan kaedah kampung. Kaedah soal selidik yang
digunakan ini adalah lebih mudah untuk mendapatkan maklumat daripada penduduk kerana
aspek-aspek berkaitan telah dikodkan dengan menggunakan Skala Likert.
11
5.0 Dapatan Kajian
Kajian ini merupakan dua objektif bahagian ini akan mengemukakan data empirikel bagi
memenuhi kedua-dua objektif kajian
5.1 Demografi Kajian
5.2 5.1.1 Umur
Jadual 1 menunjukkan Responden Berdasarkan Umur
Umur Jumlah Peratusan ( % )
15-20 tahun 14 46.6%
21-25 tahun 5 16.6%
26-30 tahun 2 6.6%
31-35 tahun 4 13.3%
36-40 tahun 1 3.3%
41-45 tahun 4 13.3%
Jumlah 30 100.0%
Responden Berdasarkan Umur
15-2021-2526-3031-3536-4041-45
Graf 5.1.1: Umur respondenSumber : Kajian lapangan 2015
12
Graf 5.1.1 menunjukkan responden yang dipilih secara rawak berdasarkan umur. Hasil kajian
mendapati bahawa, seramai 14 orang bersamaan 46.6% responden berumur 15-20 tahun diikuti 5
responden yang berumur 21-25 tahun iaitu bersamaan 16.6%. Manakala, responden berumur 26-
30 tahun hanya seramai 2 orang iaitu bersamaan 6.6%. Responden yang berumur 31-35 tahun
adalah seramai 4 orang bersamaan 13.3%. Selain itu, responden yang berumur 36-40 tahun
hanya seorang iaitu 3.3% manakala responden yang berumur umur 41-45 tahun seramai 4 orang
bersamaan 13.3% dalam kajian ini.
5.2 : Mengenal pasti amalan berkhatan dalam masyarakat Melayu di Kampung Serengkam.
Jadual 1 menunjukan reaksi penduduk Kampung Serengkam tentang kaedah berkhatan
Bil
.
Item Soalan Ya Tidak
Bil. % Bil. %
1. Saya berjumpa dengan doktor untuk khidmat berkhatan 22 73.3 8 26.6
2. Saya berjumpa dengan mudim kampung untuk khidmat berkhatan
8 26.6 22 73.3
Reaksi Penduduk Kampung Serengkam Tentang Kaedah Berkhatan
Khidmat doktor
Khidmat Tok Mudim
0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100
yatidak
Graf 5.2.1
13
Sumber : Kajian lapangan 2015
Berdasarkan graf 5.2.1, seramai 22 orang atau bersamaan 73.3% responden telah bersetuju
dengan penyataan menggunakan khidmat doktor. Hanya 10 orang atau bersamaan 33.3%
responden tidak bersetuju dengan penyataan tersebut.
Bagi penyataan khidmat berkhatan dengan Tok Mudim, seramai 10 orang atau bersamaan 33.3%
responden yang bersetuju, manakala 22 orang atau bersamaan 73.3% responden mengemukakan
jawapan tidak bersetuju kepada penyataan ini.
Kesimpulannya, ramai penduduk kampung Serengkam memilih menggunakan khidmat doktor
untuk berkhatan kerana prosesnya yang mudah. Komplikasi dari prosedur berkhatan yang biasa
adalah pendarahan dan jangkitan kuman. Menurut Doktor Norman dalam penulisan beliau dalam
laman sesawang http://doknorm.blogspot.com/2012/11/berkhatan-mencegah-penyakit.html
adalah wajar berkhatan dengan doktor di klinik supaya risiko terpotong kepala zakar juga boleh
berlaku jika pengkhatan tidak berhati-hati dan menggunakan kaedah memotong terus atau
‘guilletine’ dengan pisau bedah atau kaedah yang diamalkan oleh ‘tok mudim’ seperti zaman
dahulu.
Jadual 2 menunjukkan reaksi penduduk Kampung Serengkam tentang amalan berkhatan dalam
aspek kepercayaan.
Bil.
Item Soalan Ya Tidak
Bil. % Bil. %
1. Upacara berkhatan bagi kanak-kanak lelaki lebih meriah berbanding upacara berkhatan untuk kanak-kanak perempuan.
24 80.0 6 20.0
2. Menurut kepercayaan orang Melayu, jika kanak-kanak tidak berkhatan maka kuranglah kemuliaan kanak-kanak itu.
19 63.3 11 36.6
14
Reaksi Penduduk Kampung Serengkam Tentang Amalan Berkhatan Dalam Aspek Kepercayaan
Upacara berkhatan kanak-kanak lelaki lebih meriah berbanding perempuan
0
10
20
30
40
50
60
70
80
ya
tidak
yatidak
Graf 5.2.2Sumber : Kajian lapangan 2015
Berdasarkan graf 5.2.3, seramai 24 orang atau bersamaan 80% responden telah bersetuju bahawa
upacara berkhatan untuk kanak-kanak lelaki lebih meriah berbanding kanak-kanak perempuan.
Hanya 6 orang atau bersamaan 20% responden tidak bersetuju dengan penyataan tersebut.
Bagi penyataan jika kanak-kanak itu tidak berkhatan maka kuranglah kemuliaannya, seramai 19
orang atau bersamaan 63.3% responden yang bersetuju, manakala hanya 11 orang atau
bersamaan 36.6% responden mengemukakan jawapan tidak bersetuju kepada penyataan ini.
Kesimpulannya, seorang Islam, anak-anak lelaki dan perempuan akan dikhatankan apabila sudah
cukup umur. Lazimnya anak perempuan akan dikhatankan ketika berumur lima tahun sementara
anak lelaki pula dikhatankan ketika berumur 12 dan 15 tahun. Selepas berkhatan mereka akan
dianggap sebagai orang Islam yang sebenarnya. Majlis berkhatan kanak-kanak lelaki lebih
meriah berbanding upacara berkhatan bagi kanak-kanak perempuan. Upacara berkhatan biasanya
diakhiri dengan satu jamuan di masjid atau di rumah kanak- kanak tersebut.
15
Jadual 3 menunjukkan reaksi penduduk Kampung Serengkam tentang amalan berkhatan
dalam aspek kos.
Bil. Item Soalan Ya Tidak
Bil. % Bil. %
1. Bayaran tertentu dikenakan untuk khidmat berkhatan di klinik dan mudim kampung
30 100.0 0 0
Sumber : Kajian lapangan 2015
Berdasarkan jadual 3,semua responden iaitu 30 orang bersamaan 100% bersetuju bahawa
bayaran dikenakan untk khidmat berkhatan sama ada di klinik atau dengan tok mudim.
Menurut Tok Mudim iaitu Mahat bin Wazir, bayaran berkhatan adalah berdasarkan kepada kos
semasa.Sebanyak RM50 dikenakan untuk bayaran berkhatan dengan Tok Mudim manakala
sebanyak RM150 dikenakan untuk bayaran berkhatan di klinik. Bayaran ini merangkumi ubat
dan upah kepada kanak-kanak yang berkhatan.
Jadual 4 menunjukkan reaksi penduduk Kampung Serengkam tentang amalan
berkhatan dalam aspek adat.
Bil
.
Item Soalan Ya Tidak
Bil. % Bil. %
1. Upacara berkhatam Al-Quran dijalankan sehari sebelum berkhatan.
24 80.
0
6 20.0
2. Berkhatan merupakan amalan sunnah. 19 63.
3
11 36.6
3 Mengamalkan mandi bunga selepas berkhatan 5 16.
6
25 83.3
4 Amalan berkhatan dilakukan ketika kanak-kanak berumur 24 80. 6 20.0
16
antara 5 sehingga 12 tahun 0
Reaksi Penduduk Kampung Serengkam Tentang Amalan Berkhatan Dalam Aspek Adat
020406080
yatidak
Graf 5.2.3
Sumber : Kajian lapangan 2015
Berdasarkan graf 5.2.4, seramai 24 orang atau bersamaan 80% responden telah bersetuju dengan
penyataan upacara berkhatam al-Quran dijalankan sehari sebelum berkhatan. Manakala hanya 6
orang atau bersamaan 20% responden tidak bersetuju dengan penyataan tersebut.
Bagi penyataan berkhatan merupakan amalan sunnah, seramai 19 orang atau bersamaan 63.3%
responden yang bersetuju, manakala hanya 11 orang atau bersamaan 36.6% responden tidak
bersetuju kepada penyataan ini.
Penyataan mandi bunga diamalkan selepas berkhatan, seramai 5 orang atau bersamaan 16.6%
responden yang bersetuju, manakala 25 orang atau bersamaan 83.3% responden tidak bersetuju
kepada penyataan ini. Namun begitu amalan mandi bunga ini tidak diamalkan lagi oleh
17
masyarakat sekarang dan ada pendapat mengatakan mandi bunga ini adalah untuk memberi
kesegaran sahaja.
Seramai 24 orang atau bersamaan 80% yang bersetuju untuk penyataan amalan berkhatan
dilakukan ketika kanak-kanak yang berumur 5-12 tahun, manakala hanya 6 orang iaitu
bersamaan 20% responden tidak bersetuju.
Jadual 5:Reaksi penduduk Kampung Serengkam tentang kelebihan amalan berkhatan
Bil
.
Item Soalan Ya Tidak
Bil. % Bil. %
1. Amalan berkhatan memberi banyak kebaikan dari segi rohani dan jasmani kepada diri saya
28 93.3 2 6.6
2. Berkhatan dapat meningkatkan keupayaan seksual 22 73.3 8 26.6
Reaksi Penduduk Kampung Serengkam Tentang Kelebihan Amalan Berkhatan
Kebaikan rohani dan jasmani Meningkatkan keupayaan seksual0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
yatidak
Graf 5.2.4
Sumber : Kajian lapangan 2015
18
Berdasarkan graf 5.2.4, seramai 28 orang atau bersamaan 93.3% responden bersetuju dengan
penyataan bahawa amalan berkhatan memberi kebaikan dari segi rohani dan jasmani. Hanya 2
orang atau bersamaan 6.6% responden tidak bersetuju dengan penyataan tersebut.
Bagi penyataan amalan berkhatan dapat meningkatkan keupayaan seksual, seramai 22 orang atau
bersamaan 73.3% responden yang bersetuju, manakala hanya 8 orang atau bersamaan 26.6%
responden mengemukakan jawapan tidak bersetuju kepada penyataan ini.
Menurut Dr. Edgar J. Schoen seorang profesor Perubatan Kanak-Kanak di Universiti California
di San Francisco melaporkan tentang satu kajian dalam jurnalnya iaitu American Journal Of
Diseases In Children, vol 141: 128. February 1987 , mendapati lelaki yang berkhatan lebih sihat
berbanding lelaki yang tidak berkhatan.
Jadual 5.3.1 menunjukkan kelebihan berkhatan dalam aspek kebersihan
BIL Penyataan TS % KS % S % SS %
1 Bayi yang berkhatan mempunyai 10 kali lebih rendah kadar risiko jangkitan kuman salur kencing daripada kanak-kanak
1 3.3 0 0.0 16 53.3 13 43.3
2 Berkhatan juga mampu mengurangkan risiko penyakit kanser terutama kanser zakar
0 0.0 0 0.0 17 56.6 13 43.3
3 Berkhatan dilakukan sewaktu berumur lebih kurang satu tahun kerana kadar risiko dan komplikasi prosedur lebih rendah
3 10.0 13 43.3 11 36.6 3 10.0
4 Khatan dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh yang menjauhkan dari infeksi
2 6.6 4 13.3 15 50.0 9 30.0
19
Kelebihan Amalan Berkhatan Dalam Kalangan Masyarakat Melayu Di Kampung Serengkam
0
20
40
60
80
100
120
sangat setujusetujukurang setujutidak setuju
Rajah 5.3.1
Sumber : Kajian lapangan 2015
Berdasarkan rajah 5.3.1 menunjukkan kelebihan berkhatan dalam aspek kebersihan daripada
masyarakat setempat. Seramai 13 orang atau 43.3% responden sangat setuju bahawa bayi yang
berkhatan mempunyai 10 kali lebih rendah kadar risiko jangkitan kuman salur kencing daripada
kanak-kanak dan hanya dan seramai 16 orang atau 53.3% responden hanya setuju dengan
penyataan ini. Manakala tiada responden untuk kurang setuju tetapi seorang atau 3.3% sahaja
responden berpendapat tidak bersetuju bagi pernyataan ini. Kajian telah membuktikan bahawa
bayi yang berkhatan mempunyai 10 kali lebih rendah kadar risiko jangkitan kuman salur kencing
berbanding mereka yang tidak berkhatan. Jangkitan kuman salur kencing pada kanak-kanak kecil
adalah serius kerana tanpa rawatan ia akan merosakkan fungsi buah pinggang dan
mengakibatkan kuman tersebar ke seluruh tisu badan.
20
Seterusnya bagi pernyataan berkhatan mampu mengurangkan risiko penyakit kanser terutama
kanser zakar. Seramai 13 orang atau 43.3% respondan sangat setuju dan seramai 17 orang atau
56.6% responden setuju dengan penyataan ini. Manakala tiada responden untuk kurang setuju
dan tidak setuju. Pada 28 Mac 2007, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan
kenyataan penting berkenaan kaedah pencegahan kuman HIV. Kajian saintifik telah
membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa lelaki berkhatan mengurangkan kadar
perpindahan kuman virus HIV kepada wanita atau isteri.
Bagi pernyataan berkhatan dilakukan sewaktu kanak-kanak berumur lebih kurang satu tahun
kerana kadar risiko dan komplikasi prosedur lebih rendah. Seramai 3 orang atau 10% responden
sangat setuju dan seramai 11 orang atau 36.6% responden hanya setuju dengan penyataan ini.
Manakala seramai 13 orang atau 43.3% menyatakan kurang setuju dan hanya 3 orang atau 10%
menyatakan tidak setuju. Menurut Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM),
Profesor Dr. Abdul Latiff Mohamed, berkhatan lebih awal adalah lebih baik. Kecanggihan teknik
berkhatan juga menjadi salah satu faktor yang meyakinkan ibu bapa untuk mengkhatankan anak
mereka pada usia awal. Katanya, teknik-teknik yang ditawarkan kini dapat mengurangkan
kesakitan, sekali gus tidak meninggalkan kesan trauma ke atas kanak-kanak itu dan
mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangkan komplikasi tertentu.
Untuk pernyataan berkhatan dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh yang menjauhkan dari
infeksi. Seramai 9 orang atau 30% responden sangat setuju dan seramai 15 orang atau 50%
responden hanya setuju dengan penyataan ini. Manakala seramai 4 orang atau 33.3%
menyatakan kurang setuju dan hanya 2 orang atau 6.6% menyatakan tidak setuju.
Kajian Cochrane meta analysis yang dijalankan di Afrika pada tahun 2007 juga menunjukkan
berkhatan boleh menurunkan risiko jangkitan kanser zakar dalam kalangan lelaki yang aktif
seksual diantara 38% hingga 66% dalam tempoh 24 bulan. Kesimpulan dari kajian ini
mencadangkan lelaki digalakkan untuk berkhatan untuk mengurangkan penularan kanser zakar
di negeri Sub Sahara Afrika. WHO mencadangkan salah satu dari program mencegah kenser
tersebut ialah dengan menggalakkan amalan berkhatan.
21
Jadual 5.3.2 menunjukkan kelebihan berkhatan dalam aspek agama
BIL Penyataan TS % KS % S % SS %
1 Mendatangkan kebersihan diri untuk beribadah
0 0.0 0 0.0 11 36.6 19 63.3
2 Sebagai ikrar patuh kepada arahan Allah dan tunduk di bawah hukum dan kekuasaan-Nya
0 0.0 0 0.0 13 43.3 17 56.6
3 Berkhatan lebih menjamin kesempurnaan solat
0 0.0 2 6.6 8 26.6 20 66.6
Kelebihan Amalan Berkhatan Dalam Kalangan Masyarakat Serengkam Dalam Aspek Agama
0
20
40
60
80
100
120
sangat setujusetujukurang setujutidak setuju
Graf 5.3.2
Sumber : Kajian lapangan 2015
Berdasarkan graf 5.3.2 menunjukkan kelebihan berkhatan dalam aspek agama daripada
masyarakat setempat. Seramai 19 orang atau 63.3% responden sangat setuju dan seramai 11
orang atau 36.6% responden hanya setuju dengan penyataan kebersihan diri untuk beribadah
manakala tiada responden menyatakan kurang bersetuju dan tidak setuju. Kebanyakkan ulama
berpendapat khatan itu perlu dilakukan sebelum anak itu baligh. Ini adalah kerana berkait dengan
22
kebersihan seperti ibadah solat misalnya. Untuk melaksanakan solat adalah penting untuk kita
memastikan pakaian tempat solat serta tubuh badan kita bersih dan suci dari segala hadas
termasuk hadas kecil jadi dengan berkhatan lebih menjamin kesempurnaan solat.
Seterusnya bagi pernyataan berkhatan adalah sebagai ikrar patuh kepada perintah Allah. Seramai
17 orang atau 56.6% respondan sangat setuju dan seramai 13 orang atau 43.3% respondan hanya
setuju dengan penyataan ini manakala tiada responden untuk kurang setuju dan tidak setuju.
Khatan merupakan anjuran Rasulullah kepada umatnya sebagaimana disebutkan di dalam hadis
yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra “Barang siapa memeluk agama Islam hendaklah dia
berkhatan walaupun sudah dewasa”
Untuk pernyataan berkhatan dapat menjamin kesempurnaan solat. Seramai 20 orang atau 66.6%
responden sangat setuju dan seramai 8 orang atau 26.6% respondan hanya setuju dengan
penyataan ini. Manakala seramai 2 orang atau 6.6% menyatakan kurang setuju dan tiada
responden menyatakan tidak setuju. Kebanyakkan ulama berpendapat berkhatan itu perlu
dilakukan sebelum anak itu baligh. Ini adalah kerana berkait dengan kebersihan seperti ibadah
solat misalnya. Untuk melaksanakan solat adalah penting untuk kita memastikan pakaian tempat
solat serta tubuh badan kita bersih dan suci dari segala hadas termasuk hadas kecil jadi dengan
berkhatan lebih menjamin kesempurnaan solat.
Hikmah berkhatan dari sudut agama adalah ia merupakan salah satu tuntutan syariat Islam dan
menjadi satu amalan para Nabi terdahulu. Sesungguhnya Nabi S.A.W telah mengkhatankan
Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua.” (Riwayat Imam al-Baihaqi dan al-
Hakim)
23
Jadual 5.3.3 menunjukkan kelebihan berkhatan dalam aspek kesihatan
BIL Penyataan TS % KS % S % SS %
1 Menjauhkan tabiat kencing malam 6 20.0 9 30.0 7 23.3 8 26.6
2 Berkhatan merupakan salah satu pilihan untuk mengeluarkan darah kotor dari badan selain dari aktiviti berbekam
0 0.0 7 23.3 12 40.0 11 36.6
Kelebihan Amalan Berkhatan Dalam Masyarakat Serengkam Dalam Aspek Kesihatan
menjauhkan tabiat kencing malam
Berkhatan merupakan salah satu pilihan untuk mengeluarkan darah kotor dari badan selain dari
aktiviti berbekam
0 5 10 15 20 25 30 35 40
sangat setujusetujukurang setujutidak sejutu
Graf 5.3.3
Sumber : Kajian lapangan 2015
Berdasarkan graf 5.3.3 menunjukkan kelebihan berkhatan dalam aspek agama daripada
masyarakat setempat. Seramai 8 orang atau 26.6% responden sangat setuju dan seramai 7 orang
atau 23.3% responden hanya setuju dengan penyataan berkhatan menjauhkan tabiat kencing
malam. Manakala seramai 9 orang atau 30% menyatakan kurang bersetuju dan diikuti seramai 6
orang iaitu 20% menyatakan tidak setuju. Pakar Nefrologi Pediatrik, Hospital Universiti
Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof Madya Dr Kanaheswari Yoganathan, berkata kajian
24
membuktikan kanak-kanak kencing malam mungkin berdepan masalah psikologi seperti tahap
keyakinan dan jati diri yang rendah. Oleh itu, beliau menyarankan supaya kanak-kanak
berkhatan bagi merawat tabiat ini.
Untuk pernyataan berkhatan merupakan salah satu pilihan untuk mengeluarkan darah kotor dari
badan selain dari aktiviti berbekam. Seramai 11 orang atau 36.6% responden sangat setuju dan
seramai 12 orang atau 40% responden hanya setuju dengan penyataan ini. Manakala seramai 7
orang atau 23.3% menyatakan kurang setuju dan tiada responden menyatakan tidak setuju.
Sesungguhnya pada setiap yang dilakukan oleh Rasulullah itu terkandung seribu kebaikan
disebaliknya. Ini adalah kerana setiap yang keluar daripada Rasulullah adalah daripada Allah
samada daripada kata-katanya, perlakuannya dan iktikadnya.
25
6.0 Rumusan dan Kesimpulan
Kajian ini ialah melibatkan 30 orang responden pelbagai kumpulan umur. Data mentah
yang telah diperolehi daripada kajian ini telah dianalisis. Analisis kajian ini dilakukan secara
diskriptif dengan mengambil kekerapan dan peratusan. Tajuk yang telah dibuat ialah “Amalan
Berkhatan dalam Kalangan Masyarakat Melayu di Kampung Serengkam”. Kajian ini bertujuan
bagi mengenal pasti amalan berkhatan dalam masyarakat Kampung Serengkam yang terletak
dalam daerah Maran. Jarak Kampung Serengkam adalah sejauh 18 kilometer daripada bandar
Maran. Kajian ini telah mengemukakan data bagi memenuhi objektif kajian. Antara kaedah
kajian yang digunakan bagi kajian ini ialah kaedah soal selidik, temu bual dan rujukan
Kampung Serengkam telah dipilih sebagai lokasi kajian.Seterusnya, bahagian ini akan
menerangkan hasil dapatan kajian. Objektif pertama kajian saya tercapai iaitu mengenal pasti
amalan berkhatan dalam kalangan masyarakat Melayu Kampung Serengkam. Objektif kedua
kajian saya tercapai iaitu mengkaji kelebihan amalan berkhatan dalam masyarakat Melayu di
Kampung Serengkam.
Dapatan kajian dari objektif pertama menunjukkan reaksi penduduk Kampung
Serengkam tentang amalan berkhatan. Penduduk kampung menyatakan bahawa amalan
berkhatan banyak memberi kebaikan dari segi rohani dan jasmani. Selain itu, penduduk
Kampung Serengkam lebih cenderung menggunakan kaedah tradisional daripada moden.
Upacara berkhatan bagi kanak-kanak lelaki lebih meriah berbanding upacara berkhatan kanak-
kanak perempuan. Menurut kepercayaan masyarakat Serengkam, jika kanak-kanak itu tidak
berkhatan maka kuranglah kemuliaan kanak-kanak itu.
Seterusnya ialah metodologi kajian yang telah digunakan ialah kaedah tinjauan yang
melibatkan 30 orang penduduk Kampung Serengkam. Intrumen yang telah di gunakan ialah
kaedah soal selidik. Borang soal selidik tersebut mempunyai 3 bahagian iaitu bahagian 1
merangkumi demografi responden, bahagian 2 mengandungi 12 soalan yang berkaitan tetang
amalan berkhatan di Kampung Serengkam manakala bahagian 3 mempunyai 10 soalan berkaitan
dengan kelebihan amalan berkhatan. Jenis dokumentasi yang telah digunakan ialah sumber
daripada internet seperti ensiklopedia bebas. Maklumat tersebut ialah berkaitan dengan kelebihan
berkhatan.
26
Dapatan kajian dari objektif kedua pula menerangkan kelebihan-kelebihan amalan
berkhatan kepada masyarakat. Berkhatan dapat menjauhkan tabiat kencing malam terhadap
kanak-kanak. Selain itu, berkhatan juga mendatangkan kebersihan untuk beribadah. Penyakit
kanser zakar dapat dicegah melalui amalan berkhatan. Setiap umat Islam wajib berkhatan
sebagai ikrar patuh kepada arahan Allah. Pada masa yang sama, berkhatan dapat meningkatkan
sistem kekebalan tubuh kanak-kanak yang mengelakkan daripada terkena infeksi. Penduduk
Kampung Serengkam juga menyatakan bayi yang berkhatan mempunyai 10 kali lebih rendah
kadar risiko jangkitan kuman pada salur kencing.
Kesimpulan dari kajian ini, didapati amalan tradisional masih dikekalkan sehingga kini.
Kaedah tradisional ini dapat mengeratkan hubungan penduduk kampung. Namun bagi ibu bapa
yang berkerjaya, kaedah moden menjadi pilihan kerana menjimatkan masa. Melalui kajian ini
juga, pelbagai kelebihan dikenal pasti. Ia bukan sahaja menjadi amalan sunnah Rasulullah tetapi
terbukti kelebihan dari sudut saintifik kesihatan dan kebersihan menjadi pilihan bukan sahaja
kepada orang Islam tetapi kaum lain juga.
27
Rujukan
Rasulullah is my Doctor, 2013. KL: PTS ISLAMIKA.SDN.BHD
Kamus Dewan , 2002, Edisi Ketiga. KL : Dewan Bahasa dan Pustaka
1000 Cures For Over 200 Ailments, 2007, Singapore: Reader Digest
Dr. Norman Mohd Norawi. “Berkhatan Besar Manfaat” dlm. Harian Metro, 6 Mac 2015
Dr. Norman Mohd Norawi. “Berkhatan Baik” dlm. Berita Harian, 29 Oktober 2006
Dr. Halim Nawawi, “Hujung Minggu” dlm. Utusan, 18 Februari 2010
http://doknorm.blogspot.com/2012/11/berkhatan-mencegah-penyakit.html
http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=28910
http://www.hmetro.com.my/node/15981
28
Lampiran 1
Borang Soal Selidik
1 . Demografi Kajian
Bahagian ini adalah untuk mendapatkan maklumat daripada responden
Arahan : Sila tandakan (/)
Umur
15-20 tahun
21-25 tahun
26-30 tahun
31-35 tahun
36-40 tahun
41-45 tahun
29
Sila tandakan (/) pada kotak yang disediakan
2. Mengenal pasti amalan berkhatan dalam kalangan masyarakat Melayu di Kampung
Serengkam
Soalan ya tidak
Amalan berkhatan memberi banyak kebaikan dari segi rohani dan jasmani kepada diri saya
Upacara berkhatam al-Quran dijalankan sehari sebelum berkhatan
Berkhatan dapat meningkatkan keupayaan seksual
Berkhatan merupakan amalan sunnah
Saya menggunakan khidmat doktor untuk berkhatan
Saya menggunakan khidmat tok mudim untuk berkhatan
Saya mengamalkan mandi bunga selepas berkhatan
Bayaran tertentu dikenakan untuk khidmat berkhatan di klinik dan di kampung
Amalan berkhatan dilakukan ketika kanak-kanak berumur antara lima hingga 12 tahun
Upacara berkhatan bagi kanak-kanak lelaki lebih meriah berbanding upacara berkhatan untuk kanak-kanak perempuan
Menurut kepercayaan dan adat orang Melayu, jika kanak-kanak tidak berkhatan maka kuranglah kemuliaan kanak-kanak itu
30
Sila tandakan (/) pada kotak yang disediakan
3. Mengkaji kelebihan amalan berkhatan dalam kalangan masyarakat Melayu di Kampung
Serengkam menggunakan Skala Likert
Kelebihan berkhatan 1
Tidak setuju
2
Kurang Setuju
3
Setuju
4
Sangat Setuju
Menjauhkan tabiat kencing malam
Mendatangkan kebersihan diri
Untuk membezakan orang Islam dengan penganut agama lain
Sebagai ikrar patuh kepada arahan Allah dan tunduk di bawah hukum dan kekuasaan-Nya
Bayi yang berkhatan mempunyai 10 kali lebih rendah kadar risiko jangkitan kuman salur kencing daripada kanak-kanak
Berkhatan juga mampu mengurangkan risiko penyakit kanser terutama kanser zakar
Berkhatan dilakukan sewaktu berumur lebih kurang satu tahun kerana kadar risiko dan komplikasi prosedur lebih rendah
Berkhatan merupakan salah satu pilihan untuk mengeluarkan darah kotor dari badan selain dari aktiviti berbekam
Khatan dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh yang menjauhkan dari infeksi
31
Berkhatan lebih menjamin kesempurnaan solat
Lampiran 2
Majlis perarakan peserta khatan menggunakan lori sekeliling kampung sebelum upacara mandi
berkhatan bermula
Kanak-kanak yang terlibat dalam upacara berkhatan didukung oleh ayah mereka ke tempat
berkhatan
32
Upacara mandi sebelum khatan kepada kanak-kanak
Alatan yang digunakan oleh Tok Mudim untuk majlis berkhatan
33
Upacara berkhatan yang dilakukan oleh Tok Mudim menggunakan kaedah tradisional
Kanak-kanak dikhatan oleh doktor dengan kaedah moden
34
Jamuan makan diadakan selepas upacara berkhatan selesai
Kanak-kanak diberikan kain pelikat dan digantung untuk mengelakkan bahagian yang dikhatan
daripada tersentuh
35