alat kelengkapan sistem bekalan air domestik (autosaved)
DESCRIPTION
kerja-kerja paipTRANSCRIPT
SPL 3002
ALAT KELENGKAPAN SISTEM BEKALAN AIR DOMESTIK
A. PILI AIR /WATER TAP
Pili merupakan sebuah alat yang sangat penting di dalam sistem bekalan air domestik.Bahagian ini terletak di bahagian hujung paip.
Pili berfungsi mengawal pengaliran keluar air dari batang paip.
Terdapat pili yang diperbuat daripada plastik,pili besi bersadur kromium dan pili Loyang bersadur kromium
Saiz pili yang lazim digunakan ialah 13mm dan 20mm mengikut diameter alur masuk.
Pelbagai jenis pili
* Bahagian-bahagian pada sebuah pili air
Jenis-jenis pili ditentukan berdasarkan:
1
SPL 3002
a) bentuk pilib) kedudukan alur masuk
1. JENIS-JENIS PILI AIR
Pili berbibir Pili bertiang
1.1 Pili berbibir
Mempunyai alur air keluar masuk secara mendatar. Biasa digunakan di sinki dapur,bilik mandi dan bahagian lain di
rumah.
2
SPL 3002
1.2 Pili Bertiang
Mempunyai alur air keluat secara menegak. Pili ini dipasang di lubang khas sama ada di tab mandi atau besen
cuci.
3
SPL 3002
B. SINKI/SINK
Dikenali juga sebagai besen untuk mencuci. Berbentuk seperti sebuah mangkuk yang digunakan untuk mencuci
pinggan-mangkuk,mencuci tangan dan lain-lain. Pada sebuah sinki biasanya terdapat sebatang paip yang boleh
mengeluarkan air untuk tujuan pembersihan. Sinki juga dilengkapi sebuah salur paip buangan yang boleh
mengalirkan air yang telah digunakan terus ke dalam longkang dan sebagainya.
Terdapat pelbagai bahan dalam penghasilan sinki diantaranya ialah:
- Stainless Steel - Enamel- Cast Iron- Composite - Acrylic - Fireclay- handcrafted
sinki Stainless steel
4
SPL 3002
sinki Enamel
sinki cast iron
sinki Composite
sinki Acrylic
5
SPL 3002
* sinki Fireclay
C. PERANGKAP SINKI
Perangkap adalah bahagian pada sinki yang digunakan untuk menyekat serangga,bau busuk dan gas masuk ke dalam rumah melalui salur paip buangan.
Perangkap diperbuat daripada polivinilklorida(PVC) atau besi galvani Terdapat beberapa jenis perangkap yang biasa digunakan seperti: i- Perangkap S
ii- Perangkap Piii- Perangkap botol
Kawasan kedap air ialah had kawasan yang mengandungi air. Kedap air berfungsi untuk menghalang serangga,gas dan udara yang
berbau busuk masuk ke dalam rumah.
6
SPL 3002
Penyelenggaraan perangkap
i) Perangkap tidak boleh berfungsi untuk mengalir keluar air dari sinki akibat daripada ia tersumbat oleh sisa-sisa makanan.
ii) Perangkap yang tersumbat boleh dibersihkan dengan mengunakan pelocok dan mengeluarkan endapan melalui plag buangan.
\
Membersihkan perangkap dengan pelocok
7
SPL 3002
Pelocok
Langkah-langkah membersihkan perangkap
- Tuangkan air di sinki sehingga penuh- Letakkan diagfragma pelocok betul-betul di atas bukaan salir.- Tekan pelocok perlahan-lahan dan tarik secara tiba-tiba
sehingga air dapat mengalir keluar.- Sekiranya perangkap masih tersumbat selepas menggunakan
pelocok,maka endapan boleh dikeluarkan melaui plag buangan atau mangkuk endapan.
D. SHOWER/PANCUR AIR
8
SPL 3002
Merupakan sebuah kelengkapan yang khususnya digunakan di bilik mandi.
Alat ini berfungsi dengan cara memancutkan air terus ke atas badan seseorang.
Terdapat pelbagai bentuk shower di pasaran.
E. TANGKI PEMANAS AIR
9
SPL 3002
Tangki pemanas air digunakan untuk menyediakan air panas dalam
kuantiti yang banyak.
Biasanya tangki pemanas ini disediakan di hotel-hotel bagi
menyediakan air panas ke bilik-bilik penginapan. Penggunaan tangki
pemanas air ke bilik-bilik penginapan hotel lebih menjimatkan
berbanding dengan penggunaan Alat Pemanas Terus (segera).
Biasanya air panas tersebut akan disalurkan melalui pili sinki dan pili
di bath tub.
Langkah keselamatan semasa menggunakan pemanas air
10
SPL 3002
1. Suis untuk air panas mesti diletakkan di luar bilik. Tujuannya
adalah supaya suis sentiasa berada dalam keadaan kering dan
pengguna tidak menggunakan suis dalam keadaan tangan basah
yang boleh menyebabkan kejutan elektrik.
2. Bagi membuat pendawaian elektrik, gunakan suis dua kutub.
3. Biasanya punca air panas diletakkan label merah yang
melambangkan bahaya. Tujuannya supaya pengguna sentiasa
berhati-hati.
F. PEMANAS AIR(JENIS TERUS)
1. Fungsi
- Alat ini merupakan alat yang sangat mudah digunakan terutama untuk
menyediakan air panas dengan segera.
- Harganya sangat kompetitif bergantung kepada jenama yang hendak
digunakan.
- Semua ahli keluarga boleh menggunakannya.
- Dapat menghilangkan ketakutan kesejukan terutama kepada kanak-kanak
yang mandi pada waktu pagi atau hari hujan.
2. Bahagian-bahagian Utama Pemanas air
11
SPL 3002
3. Kebaikan
- Sangat mudah dipasang dan digunakan di dalam bilik air.
- Kadar suhu air boleh dikawal dengan hanya melaras set kadaran
suhu.
- Dapat mengurangkan kesejukan terutama bagi yang mengalami
demam.
4. Keburukan
- Memerlukan tekanan yang kuat.
- Boleh menyebabkan litar pintas sekiranya air disiram ke
bahagian badan pemanas air.
- Air akan menjadi terlalu panas sekiranya berlaku kerosakan
pada kawalan suhu.
CONTOH-CONTOH ALAT PEMANAS AIR TERUS DI PASARAN
12
SPL 3002
13
SPL 3002
G. ALAT PENAPIS AIR
1. Penapis air merupakan sebuah alat yang digunakan untuk menapis air
yang keluar daripada pili air.
2. Alat penapis air berfungsi untuk menapis pepejal asing,meneutralkan
kadar klorin didalam air paip dan memperbaiki nilai Ph air supaya lebih
beralkali.
3. Penggunaan alat penapis air dipercayai dapat mengurangkan risiko
terhadap penyakit-penyakit tertentu seperti kelemahan sistem imunisasi
badan.
4. Walaupun kita menerima bekalan air paip yang terawat,namun risiko air
tercemar semasa melalui proses penghantaran ke rumah tetap ada.
5. Penapis air yang ingin dibeli perlu mendapat sijil halal daripada pihak
berkuasa untuk menjamin kesucian air yang bakal digunakan.
ALAT PENAPIS AIR YANG BIASA DIPASANG PADA PILI
DAPUR
14
SPL 3002
SISTEM PENAPIS AIR YANG DIPASANG PADA PAIP UTAMA
RUMAH
Boleh menapis air yang digunakan di seluruh bahagian rumah.
Harga yang lebih mahal berbanding penapis air pada paip dapur.
KATRIJ PENAPIS AIR
15
SPL 3002
Bahagian yang sangat penting di dalam sistem penapis air.
Perlu ditukar dalam tempoh yang ditetapkan agar air yang ditapis
terjamin kebersihannya.
CARA KATRIJ PENAPIS AIR BERFUNGSI
Peringkat pembersihan
16
SPL 3002
Penapis air yang sudah kotor dan perlu dibersihkan
Artikel tentang kepentingan penapis air
17
SPL 3002
Sijil Pengiktirafan/Sijil Halal
H. TANGKI SIMBAH
Tangki simbah merupakan sebuah alat yang digunakan untuk
menyimpan air kemudian menyimbah keluar melalui paip simbah
untuk membersihkan mangkuk tandas.Tangki simbah boleh
menyimpan sehingga 9 liter air.
18
SPL 3002
Terdapat tiga jenis tangki simbah iaitu:
a) Tangki simbah aras tinggi
- Digunakan bersama mangkuk tandas jenis cangkung
- Dipasang pada jarak 2 meter dari aras lantai
b) Tangki simbah aras rendah
- Digunakan bersama mangkuk tandas jenis duduk.
- Diperbuat daripada tembikar atau PVC dan terletak tinggi
Sedikit dari mangkuk tandas.
c) Tangki simbah automatik
- Menyimbah air pada bekas urinal secara automatik mengikut masa
tertentu.
- Kebiasaannya dilihat di dalam tandas lelaki.
Tangki simbah Tangki simbah aras tinggi
aras rendah
BAHAGIAN UTAMA TANGKI SIMBAH
19
SPL 3002
20