alat berfikir -teknik sadiah
DESCRIPTION
Alat Berfikir -Teknik SADIAH. Alat berfikir ini sesuai digunakan untuk murid-murid dalam membina ayat berdasarkan gambar / bahan rangsangan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.TRANSCRIPT
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIAFAKULTI PENDIDIKAN
SARJANA PENDIDIKAN (PSIKOLOGI PENDIDIKAN)
SEMESTER 2 SESI 2015/2016
SUBJEK : GGGB6413 PSIKOLOGI KEMAHIRAN BERFIKIR
TUGASAN INDIVIDU: ALAT BERFIKIR (TEKNIK SAIDAH)
UNTUK PERHATIAN :PROF. DR. SAEMAH BINTI RAHMAN
DISEDIAKAN OLEH :
KUMA BUKOH (GP03229 )
DEFINISI ALAT BERFIKIR
•Menurut Som dan Mohd Dahalan (1998), alat berfikir
merupakan instrumen yang dapat membantu kita
menggunakan minda dengan lebih sistematik dan
berkesan.
PERNYATAAN MASALAH
• Ayat yang dibina oleh murid yang menduduki Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR) tidak mengikut penggunaan tatabahasa yang
betul serta tidak gramatis.
• Pengolahan ayat yang tidak menarik dengan pemilihan kosa kata yang
tidak bersesuaian dengan grafik (Lembaga Peperiksaan Malaysia –
LPM 2008)
APAKAH TEKNIK SADIAH?• Membimbing murid dalam membina ayat yang lengkap berdasarkan grafik
• Boleh diaplikasikan kepada murid-murid darjah satu sehingga darjah enam.
• Teknik SADIAH merujuk kepada akronim sebagaimana di bawah ini, iaitu:
S : Siapa ( menamakan pelaku atau watak yang dilihat dalam gambar)
A : Aktiviti (apa yang sedang dilakukan oleh pelaku atau watak )
DI : Dimana (tempat aktiviti berlangsung)
A : Alatan yang diguna pakai oleh pelaku atau watak
H : Huraian (pelengkap ayat bagi aktiviti yang sedang dilakukan dan merupakan ayat tersirat. Tidak terdapat dalam gambar dan murid perlu kreatif memikirkan kesesuaiannya dengan ayat yang dibina)
AYAT YANG BOLEH DIBINA DENGAN TEKNIK SADIAH
• Terdapat tujuh variasi atau bentuk ayat yang boleh dibina
1. SADI (SIAPA, AKTIVITI, DIMANA)
2. SADIA (SIAPA, AKTIVITI, DIMANA, ALATAN)
3. SADIH (SIAPA, AKTIVITI, DIMANA, HURAIAN)
4. SADIAH (SIAPA, AKTIVITI, DIMANA, ALATAN, HURAIAN)
5. SAA (SIAPA, AKTIVITI, ALATAN)
6. SAAH (SIAPA, AKTIVITI, ALATAN, HURAIAN)
7. SAH (SIAPA, ALATAN, HURAIAN)
VARIASI AYAT MENGGUNAKAN TEKNIK SAIDAHSIAPA (S) AKTIVITI (A) DIMANA
(DI)ALATAN (A) HURAIAN (H) JENIS AYAT
Evelyn memancing ikan
di sungai SADI
Evelyn memancing ikan
di sungai menggunakan sebatang joran
SADIA
Evelyn memancing ikan
di sungai pada waktu petang SADIH
Evelyn memancing ikan
di sungai menggunakan sebatang joran
yang baharu dibeli SADIAH
Evelyn memancing ikan
menggunakan sebatang joran
SAA
Evelyn memancing ikan
menggunakan sebatang joran
yang baharu dibeli SAAH
Evelyn memancing ikan
untuk mengisi masa lapang
SAH
APLIKASI ALAT BERFIKIR - TEKNIK SADIAH
Soalan : Bina lima ayat berdasarkan gambar rajah di bawah
APLIKASI ALAT BERFIKIR - TEKNIK SADIAH
SIAPA (S) AKTIVITI (A) DIMANA (DI) ALATAN (A) HURAIAN (H) JENIS AYAT
Aminah sedang menyapu lantai
di dalam kelas Menggunakan sebatang penyapu
SADIA
Aiman sedang memadam papan hitam
Menggunakan pemadam papan hitam
sambil bernyanyi riang
SAA
Wong sedang menyusun meja dan kerusi
agar lebih kemas dan tersusun
SAH
Daniel sedang mengelap tingkap
di dalam kelas menggunakan kain lap sambil berbual dengan Kevin
SADIAH
Kevin membawa bakul sampah
yang baharu dibeli SAH
APLIKASI ALAT BERFIKIR - TEKNIK SADIAH
Ayat lengkap:
1. Aminah sedang menyapu lantai di dalam kelas menggunakan sebatang penyapu.
2. Aiman sedang memadam papan hitam menggunakan pemadam papan hitam
sambil bernyanyi riang.
3. Wong sedang menyusun meja dan kerusi agar lebih kemas dan tersusun.
4. Daniel sedang mengelap tingkap di dalam kelas menggunakan kain lap sambil
berbual dengan Kevin.
5. Kevin sedang membawa bakul sampah yang baharu dibeli.
KELEBIHAN TEKNIK SAIDAH
• Ayat yang dibina tidak kelihatan stereotaip antara satu ayat
dengan ayat yang lain.
• Ayat yang dibina beransur maju daripada mudah hinggalah
kepada ayat yang lebih kompleks.
•Murid tahun satu daripada pelbagai tahap sama ada aras
lemah, sederhana dan cemerlang boleh mengaplikasikan
teknik ini untuk membina ayat dengan cepat dan efektif.
KESIMPULAN
•Diharapkan pembangunan alat berfikir ini dapat
memberikan manfaat dan nilai tambah kepada warga
pendidik. Guru-guru dapat memantapkan amalan
pedagogi untuk merangsang minda murid bagi
membina ayat yang tepat berdasarkan grafik.
RUJUKAN
• A.Rahman Haron, Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, Nik Mohd Rahimi Nik Yusof, Sharifah Nor Puteh & Jamaludin Badusah. (2012). Membina ayat berdasarkan grafik dengan Teknik ‘SALAK’. Kertas kerja Seminar Antarabangsa Pedagogy of Malay, Indonesian and Other Language (PMIOL) 2012. Anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Malaysia dan Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung, 14-15 Jun.
• Azizul Rahman Abdul Rahman. (2010). Guru kreatif pelajar aktif dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Strategi pengajaran Guru Cemerlang. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
• Bajuri Babu. (2010). Strategi pengajaran dan pembelajaran berkualiti: Pendidikan Seni Visual mampu melahirkan insan kreatif. Strategi pengajaran Guru Cemerlang. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
• Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Soalan lazim Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). http://www.moe.gov.my/index.php?id=17&act=faq&rid=146 (4 Mac 2012)
• Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2005). Bahasa Melayu UPSR (SK): Format pentaksiran mulai 2005.Shah Alam: Penerbitan Malindo Sdn. Bhd.
• Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2008). Kupasan mutu jawapan UPSR. http://www.moe.gov.my/lp/files/kmj/2008/UPSR/BAHASA%20MELAYU%20SK_UPSR_2008.pdf (4 Mac 2012)
• Som Nor dan Mohd Dahlan Mohd Ramli (1998). ”Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif(KBKK). Petaling Jaya : Pearson Education.
• Tee, Tze Kiong, Jailani Bin Md Yunos, Baharom Bin Mohamad, Widad Bt. Othman dan Yee, Mei Heong (2009a). Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Menerusi Peta Minda Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi 2009 (PKPST 2009). m.s. 114-121.