al-qanatir vol 3 no 1

Upload: wmfazrul

Post on 06-Jul-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Al-Qanatir Vol 3 No 1

    1/74

  • 8/18/2019 Al-Qanatir Vol 3 No 1

    2/74

     AL-QANATIR INTERNATIONAL JOURNAL OF ISLAMIC STUDIES

    Vol. 3 No. 1 … 2016 

    © Copyright. Usuli Faqih Research Centre (UFRC)

    No part of this ejournal may be reproduced, stored in a retrieval system ortransmitted in any form or by any means, electronic, mechanical, photocopying,recording or otherwise, without prior written consent of the publisher.

    Publisher:

    26, Jalan Warisan Indah 8/2,Kota Warisan, 43900,Selangor Darul Ehsan.

    H/P: 019 - 644 0815

    E-mel: [email protected] Web: www.usulifaqihrc.com

    eISSN:

    2289-9944

  • 8/18/2019 Al-Qanatir Vol 3 No 1

    3/74

     Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies. Vol. 3. No. 1 (2016)eISSN: 2289-9944 

    iwww.al-qanatir.com 

    Editorial Board

    Chief Editor

     Assoc. Prof. Dr. Irwan Mohd SubriUniversiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia 

    Editors

    Dr. Hamza Abd al-KarimUnited Arab Emirates University (UAEU), UAE  

     Assoc. Prof. Dr. Arieff Salleh RosmanUniversiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia

    Dr. Hasanah Abd KhafidzUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia

     Assoc. Prof. Dr. Azman Ab RahmanUniversiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia

    Dr. Muhamad Faisal AshaariUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia

    Dr. Hishomudin AhmadUniversiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia

    Advisory Board

    Prof. Dr. Hassan Mohammad AlmarzouqiUnited Arab Emirates University (UAEU), UAE  

    Prof. Dr. Adel M. Abdulaziz AlgerianiUniversiti Islam Malaysia (UIM), Malaysia 

    Prof. Dr. Muhammad al-DushUnited Arab Emirates University (UAEU), UAE

    Prof. Dr. Tawfiq Muhammad Said Ramadan al-ButiyyDamascus University, Syria

     Assoc. Prof. Dr. Adnan Mohamed YusoffUniversiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia 

  • 8/18/2019 Al-Qanatir Vol 3 No 1

    4/74

     Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies. Vol. 3. No. 1 (2016)eISSN: 2289-9944 

    iiwww.al-qanatir.com 

    About The Journal

     Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies (eISSN: 2289-9944) is a refereed e-journalpublished by Usuli Faqih Research Centre. It is published three times a year, in April, Augustand December. The main objective of the publication is to create a platform to publish originalarticles, researches results, case studies and book reviews related to the field of Islamicstudies.

    The editorial board welcomes original contributions of the author (in Bahasa Melayu [Malay],English or Arabic) which never published or under consideration for publication in any otherpublication.

    Contributions can be submitted in any of the following forms:(a) Articles (not exceeding 30 pages)(b) Book Review (not exceeding 10 pages)

    Scope

      Shariah.  Usuluddin.   Al-Quran.  Sunnah/Hadis.  Dakwah.   Arabic Language.  Islamic Civilization.  Islamic Thought.

    Indexing 

     Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies has been indexed in Google Scholar andDirectory of Research Journals Indexing (DRJI).

    To submit article:

    Please go to the website:

    http://al-qanatir.com/  or email to: [email protected] 

    Mailing Address 

     Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies(Usuli Faqih Research Centre)26, Jalan Warisan Indah 8/2,Kota Warisan,43900 Sepang,Selangor Darul Ehsan,Malaysia.

    Principal Contact 

     Assoc. Prof. Dr. Irwan Mohd SubriChief EditorEmail: [email protected] 

    http://usulifaqihrc.com/http://usulifaqihrc.com/http://usulifaqihrc.com/http://al-qanatir.com/http://al-qanatir.com/mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]://al-qanatir.com/http://usulifaqihrc.com/

  • 8/18/2019 Al-Qanatir Vol 3 No 1

    5/74

     Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies. Vol. 3. No. 1 (2016)eISSN: 2289-9944 

    1 www.al-qanatir.com 

    PENGGUNAAN LAMAN WEB i -MAJRURAT  SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJARTATABAHASA ARAB

    i-MAJRURAT  WEBSITE USAGE AS ARABIC GRAMMAR TEACHING AID

    Mohammad Najib Jaffar 

    i

     & Aiman Sha’ariii

     i (Corresponding author ), Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia.

    [email protected] Pembantu Penyelidik, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia.

    [email protected]

     __________________________________________________________________________

    AbstrakObjektif kajian ini adalah untuk mengetahui kesan penggunaan web i-Majrurat sebagai alatbantu mengajar tatabahasa Arab. Selain itu, ia bertujuan untuk mengetahui tahap pemahaman pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia tentang pembelajaran tatabahasa Arab melalui laman web i-Majrurat. Kajian ini telah dijalankan

    terhadap 150 pelajar tahun dua program Sarjana Muda Bahasa Arab & Komunikasi di FPBU,USIM. Hasil kajian menunjukkan betapa pentingnya laman web i-Majrurat kepada pelajarsebagai alat bantu mengajar tatabahasa Arab untuk mereka. Diharapkan agar dapatan kajianini dapat memberi implikasi praktikal terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab diuniversiti melalui laman web i-Majrurat .

    Kata kunci: i-Majrurat, tatabahasa Arab, laman web, alat bantu mengajar. __________________________________________________________________________ 

    AbstractThe purposes of this study were to know the effectiveness of using i-Majrurat website as ArabicGrammar teaching aid. Besides, this study was to identify the level of understanding ArabicGrammar among students of Faculty of Major Languages Studies at Universiti Sains IslamMalaysia by using i-Majrurat website. This study had been carried out among 150 of secondyear students of Arabic Language and Communication program degree. The result shown thesignificance of i-Majrurat website as Arabic Grammar teaching aid. Hopefully the results of thisstudy may affect the practical implication of teaching and learning Arabic For ReligiousPurposes at USIM in specific and Malaysia Institutions of Higher Learning in general.

    Keywords: i-Majrurat, arabic grammar, website, teaching aid.  __________________________________________________________________________

    PENDAHULUAN

    Penguasaan bahasa Arab merupakan asas pemahaman dan penghayatan al-Quran. Ini amatpenting kerana penghayatan al-Quran salah satu cara untuk memartabatkan diri seseorangdan ummahnya. Selain itu, penguasaan bahasa Arab juga dapat meningkatkan pencapaiandalam pendidikan agama Islam khususnya dalam Tilawah al-Quran. Oleh itu adalah menjaditanggungjawab institusi pendidikan untuk memberi didikan kepada pelajar-pelajar untukmewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan sejajar dengan matlamat FalsafahPendidikan Negara (FPN).

    Menyedari hakikat inilah, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telahmemperkenalkan mata pelajaran bahasa Arab untuk sekolah rendah di mana ianya termasukdalam komponen program J-QAF. Perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasikini telah melahirkan satu cabaran baru dalam dunia pengajaran dan pembelajaran bahasa

     Arab. Usaha-usaha patut dijalankan agar ia turut memanfaatkan revolusi teknologi tersebutyang sedang berlaku dengan pesat agar pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab ini tetap

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]

  • 8/18/2019 Al-Qanatir Vol 3 No 1

    6/74

     Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies. Vol. 3. No. 1 (2016)eISSN: 2289-9944 

    2 www.al-qanatir.com 

    menarik perhatian umum dan menjadi semakin meluas sebagaimana bahasa-bahasa lain didunia.

    Teori Pembelajaran Melalui Laman Web Pembelajaran melalui laman web ialah pembelajaran secara elektronik atau dikenali sebagaie-Pembelajaran. Ia merupakan kombinasi antara elemen pendidikan dan teknologi elektronik.Kaedah ini membolehkan individu mengikuti sesi pembelajaran secara lebih terbuka danbebas berdasarkan keinginan dan keupayaan sendiri tanpa perlu mengikuti jadual ataumenghadiri kelas yang ditetapkan.

    Pembelajaran elektronik sebegini memerlukan kepada penyediaan kelengkapan danperalatan tertentu seperti komputer, talian telefon, internet dan sebagainya. e-Pembelajaranmemerlukan rangkaian komputer (computer networking ). Sistem rangkaian komputer inimenjadikan suasana pembelajaran lebih kreatif, menarik serta mudah kerana para penggunamampu berkongsi maklumat yang terkandung dalam rangkaian tersebut. Pembelajaran dalambentuk begini juga mampu menggabungkan media penyampaian dalam pelbagai formatmeliputi teks, audio, grafik, animasi dan penggunaan video dengan aplikasi teknologi terkiniuntuk menghasilkan sesuatu pengajaran. Rangkaian antara peralatan-peralatan tersebut dan

    alat telekomunikasi membolehkan pengguna yang berada pada kedudukan taburan geografiyang pelbagai mampu berkongsi manfaat.Menurut Bullen M (2001), penggunaan laman web (www) mula diperkenalkan sejak

    lebih lima belas tahun yang lalu, tetapi penggunaan alat telekomunikasi dalam pembelajaranbermula sejak kira-kira sembilan tahun yang lalu. Menurut Dodge (1996), setiap individumempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Kajian yang dijalankan oleh P.J Philips diUniversiti Texas pada tahun 1950 berhubung dengan perkaitan antara ingatan dan carasesuatu maklumat disampaikan. Dapatan tersebut menunjukkan bahawa penggunaanteknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting dan bermanfaat kerana iadapat menggalakkan aktiviti yang pelbagai untuk memastikan keberkesanan proses tersebutsecara maksimum.

     Antara teori yang mendasari pembelajaran melalui laman web ialah teori Dick dan

    Carey (Rapidah, 2002). Mengikut teori ini proses pengajaran bermula daripada pengetahuansubjek terus kepada objektif, diikuti oleh struktur pelajaran, penaksiran dan kemudian maklumbalas penilaian. Kesemua perancangan pengajaran ini membolehkan proses pengajaranmenjadi lebih efektif dan sesuai dengan objek pendidikan terkini. Teori ini berasaskanpendekatan sistematik yang melibatkan pembinaan strategi pengajaran serta membina danmemilih bahan pengajaran yang bersesuaian.

    Bruner pula telah memperkenalkan 4 model pedagoginya seperti berikut:i. Kanak-kanak adalah pelajar yang suka mencontohi.ii. Kanak-kanak belajar melalui pendedahan didaktik.iii. Kanak-kanak sebagai pemikir.iv. Kanak-kanak adalah berpengetahuan.

    Keempat-empat model ini bersesuaian dengan penggunaan ICT atau laman websebagai bahan pembelajaran mereka (Rapidah, 2002).

    Kesimpulannya, kerangka teori-teori yang dinyatakan di atas menunjukkan bahawateknologi moden seperti laman web yang mampu melibatkan pelajar secara lebih meluas danberkesan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran amat perlu diaplikasikan dalampembelajaran bahasa Arab bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaranbahasa ini.

    PERMASALAHAN KAJIANTatabahasa Arab ialah asas untuk mewujudkan Bahasa Arab yang indah dan mudah difahamiketika menggunakannya. Dengan ini, ia akan dapat membentuk dan mewujudkan gaya danlaras bahasa yang tersendiri kepada Bahasa Arab. Untuk itu, setiap tatabahasa itu mestilahtepat, lengkap dan mudah difahami serta dapat menggambarkan kebolehan dalaman penutur jati. Tatabahasa Arab sebenarnya sebagai rujukan kepada peraturan atau hukum Bahasa

  • 8/18/2019 Al-Qanatir Vol 3 No 1

    7/74

     Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies. Vol. 3. No. 1 (2016)eISSN: 2289-9944 

    3 www.al-qanatir.com 

     Arab. Dengan adanya tatabahasa Arab akan menentukan Bahasa Arab itu dapat berfungsidengan baik, berkesan, atau sebaliknya.

    Dalam tatabahasa Arab terdapat empat pembahagian iaitu yang dinamakan marfuc at ,mansubat , majrurat  dan majzumat . Kesemua pembahagian ini mempunyai keterangan yangpanjang dan berbeza. Oleh yang demikian, pengkaji hanya memilih satu daripadapembahagian-pembahagian tatabahasa Arab tersebut iaitu pembahagian majrurat   sebagaibahan kajian. Secara mudahnya majrurat   ialah perkataan yang dibaca dengan baris bawahpada huruf terakhirnya disebabkan beberapa faktor. Dalam kajian yang dibuat, pengkaji cubamenggabungkan dua elemen iaitu ilmu bahasa Arab dan teknologi masa kini untukmemudahkan para pelajar mengmbil manafaat yang lebih darinya. Hasilnya tertubuhlah lamanweb yang dinamakan i-Majrurat.

    Penubuhan laman web i-Majrurat ini adalah disebabkan beberapa faktor antaranya:

    a. Buku Rujukan Yang Digunakan Tidak Sesuai Dengan PelajarPenyelidik melihat kebanyakan pelajar gagal dalam memahami bahasa arab dengansempurna disebabkan kurangnya penekanan kepada tatabahasa Arab itu sendiri lebih-lebihlagi dalam majrurat  walaupun mereka telah belajar bertahun-tahun perkara-perkara tersebut

    melalui buku-buku rujukan dan penjelasan daripada guru-guru mereka. Tambahan pula bahanrujukan yang mereka guna hanya menerangkan tatabahasa Arab itu melalui tulisan danketerangan semata-mata sahaja dan mereka tidak mengetahui bahan bacaan yang sesuaiuntuk mereka rujuk kerana terdapat banyak buku-buku tatabahasa Arab yang berbeza-bezatahapnya. 

    b. Tanggapan Bahasa Arab Itu RumitLaman web i-Majrurat sebenarnya ditubuhkan untuk menarik minat pelajar mempelajaribahasa Arab. Mempelajari bahasa Arab melalui laman web ini akan membuka minda pelajarbahawa mempelajari bahasa Arab itu sangat mudah dan menarik. Ini kerana, sebelum ini kitadiajar bahawa untuk dapatkan ilmu mesti dengan membaca buku. Tanggapan ini kurang tepatkerana dizaman teknologi sekarang, bahan bacaan bukan sahaja buku tetapi lebih daripada

    itu seperti pdf, facebook, laman web dan lain-lain lagi.Kesemua ini ialah bacaan yang boleh memberikan kita ilmu dan untuk

    menggunakannya perlu diakses melalui capaian internet. Dengan adanya teknologi ini, kitaperlu mengambil peluang untuk meluaskan sistem pembelajaran bahasa Arab kepadamasyarakat. Tambahan pula, pengguaannya tidak terhad kepada golongan tertentu.

    c. Isi Kandungan Perisian Sesetengah Laman Web Kurang SesuaiKebanyakkan laman web yang ada sekarang menjelaskan sesuatu secara mendalam danmenggunakan perkataan yang susah dan tingi. Bagi pelajar yang masih diperingkat awal,laman web tersebut tidak sesuai dan mungkin tidak mendatangkan manfaat langsung kepadameraka. Hal ini disebabkan isi kandungan tersebut khusus untuk mereka yang sudahmemahami tatabahasa yang pada peringkat awal.

    Seseorang pelajar perlu mengetahui tahap kebolehan yang ada padanya untukmeningkatkan penguasaan bahasa Arab. Disebabkan demikian, dibina laman web i-Majruratyang berbeza dengan laman web-laman web lain dari segi penyampaian bahan. Ia sesuaiuntuk semua peringkat samaada yang belum pandai bahasa Arab dan atau yang sudah pandaiBahasa Arab.

    Perbezaan Web i-Majrurat Dengan Web-Web LainTerdapat perbezaan antara laman web i-Majrurat dengan laman web-laman web lainantaranya:

    a. Isu Kandungan PerisianMajrurat  ini sebenarnya hanya menfokuskan kepada sesebuah perkataan yang dibaca denganbaris bawah. Keterangan tentangnya dalam laman web ini diterangkan dalam bentuk yangmudah seperti menggunakan audio, paparan dan gambar rajah disamping video, permainan

  • 8/18/2019 Al-Qanatir Vol 3 No 1

    8/74

     Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies. Vol. 3. No. 1 (2016)eISSN: 2289-9944 

    4 www.al-qanatir.com 

    bahasa Arab dan latihan sebagai tambahan. Ia amat sesuai kepada orang awam lebih-lebihlagi pelajar jurusan bahasa Arab dan agama kerana ia bersifat ilmiah, pembelajaran secarakendiri dan keterangan yang terdapat didalamnya mudah difahami.

    Sebagai contoh, terdapat video yang menjelaskan beberapa faktor yang menyebabkansesebuah perkataan itu dibaca secara majrur  atau baris bawah. Dalam laman web ini jugaterdapat latihan bahasa Arab dalam bentuk permainan yang perlu dijawab oleh pelajar. Jadi,penyelidik melihat keperluan adanya suatu pembelajaran yang mampu menarik pelajarmempelajari bahasa arab dalam keadaan seronok.

    b. Isi Yang Kurang Penting DimasukkanLaman web i-Majrurat ini, berbeza dengan sesetengah laman web bahasa Arab yang lainkerana sesetengah laman web tersebut menghuraikan kesemua pembahagian tatabahasa Arab sehingga menyebabkan terdapat isi-isi yang kurang penting dimasukkan ke dalamnya.Ini akan menyebabkan pelajar akan disibukkan dengan isi-isi yang kurang penting dan fikiranpelajar akan jadi celaru dengan isi-isi yang banyak. i-Majrurat hanya memaparkan isi-isi yangpenting yang dapat membantu para pelajar memahami tatabahasa Arab pada peringkat asas.Tambahan pula isi-isi keterangan majrurat  dipelbagaikan dalam pelbagai bentuk yang mudah

    dIfahami.Di samping itu, sesetengah laman web hanya menfokuskan tatabahasa Arab dari segidefinisi, huraian dan contoh dalam bentuk tulisan sahaja tanpa ada grafik atau video. Merekamenganggap dengan adanya definisi, huraian dan contoh kemudian akan dihafal oleh pelajarakan memberikan kefahaman yang mendalam tentang tatabahasa Arab. Perlu diketahuibahawa hafalan tidak semestinya akan memberikan kefahaman kepada sesorang keranahafalan akan hilang bila-bila masa tetapi kefahaman akan kekal sampai bila-bila. Antara carayang diaplikasikan oleh i-Majrurat untuk memberikan kefahaman kepada para pelajar ialahdengan menyediakan gambar rajah. Sebagai contohnya, terdapat gambar rajah yangmenerangkan pembahagian-pembahagian kecil majrurat .

    OBJEKTIF KAJIAN

    Pembelajaran bahasa Arab melalui laman web i-Majrurat merupakan satu prosespembelajaran yang perlu diterapkan dalam konteks masyarakat Malaysia berdasarkanobjektif-objektif berikut:

    Kepentingan Pembahagian Majrurat  Berbanding Pembahagian Yang LainPenggunaan majrurat   dalam bahasa Arab amat banyak walaupun pembahagiannya lebihsedikit daripada marfuc at  dan mansubat . Tetapi bila ditelilti kita dapati bahawa dalam membinaayat, kita akan menggunakan majrurat  walaupun ia bukan kompenen jumlah. Ini menunjukkanmajrurat   sama dengan pembahagian icrab yang lain. Jadi, tidak salah kalau pengkajimengatakan majrurat  mesti dipelajari terlebih dahulu berbanding pembahagian icrab yang lain.

    Buktinya setiap kali kita membaca mana-mana surah kita akan mulakan denganbacaan basmalah. 5 perkataan yang terdapat dalam basmalah kesemuanya berkait dengan

    majrurat   iaitu dibaca dengan baris bawah. Tambahan pula, kita sering mengulang-ulangbacaan basmalah sama ada dalam solat atau di luar solat. Alangkah baiknya kita mengetahuitatabahasa perkataan yang kita sebut. Di sana banyak lagi contoh-contoh perkataan yangdibaca dengan majrur .

    Pengunaan Laman Web i-Majrurat Membantu Memahami Tatabahasa Arab Yang LainDalam laman web i-Majrurat ini, kita dapati bahawa ia bukan sahaja menerangkan apa itumajrurat  sebaliknya, ia cuba mengajar kita lebih daripada satu perkara. Dengan mempelajaritatabahasa Arab melalui laman web ini, kita akan didedahkan dengan apa itu majrurat , carauntuk dipraktikkan dalam ayat bahasa Arab dan menjelaskan juga tatabahasa Arab yang lainseperti marfuc at , mansubat  dan majzumat  melalui perisian yang terdapat dalam laman webtersebut seperti terdapatnya video kartun yang bercakap dalam bahasa Arab.

    Dengan ini, kita bukan hanya akan memahami majrurat  sahaja tetapi kita juga akanmemahami keseluruhan pembahagian-pembahagian tatabahasa Arab. Video bahasa sangat

  • 8/18/2019 Al-Qanatir Vol 3 No 1

    9/74

     Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies. Vol. 3. No. 1 (2016)eISSN: 2289-9944 

    5 www.al-qanatir.com 

    membantu kita dalam mempertingkatkan penguasaan bahasa Arab seseorang pelajar melauisebutan yang dituturkan.

    Mengetahui Majrurat Secara Lebih TerperinciPelajar perlu menghafal serta memahami semua pembahagian yang terdapat didalamTatabahasa Arab. Ini kerana untuk mempraktikkan tataahasa dalam bahasa Arab, pelajarperlu mengingat pengertian, pembahagian-pembahagian kecil, kaedah-kaedah danketerangan-keterangannya. Ini akan membantu pelajar lebih memahami teks Arab berbandingmereka yang tidak menghafal.

    Sebagai contoh, dalam majrurat  terdapat 10 huruf jarr  yang menyebabkan perkataanselepasnya dibaca secara majrur . Setiap huruf jarr  atau kata adjektif mempunyai makna yangbebeza dan setiap satu huruf  jarr   mempunyai beberapa makna dan keterangan tertentu.Pelajar yang memahami perkara-perkara tersebut secara terperinci akan lebih memahami teksyang dibaca berbanding pelajar yang tidak mengetahui hal tersebut. Sedikit kesilapan yangberlaku dalam bahasa Arab walaupun satu akan mengundang kepada kesilapan dalammemahami teks tersebut.

    METODOLOGI KAJIANKajian ini merupakan satu kajian kes mengenai penggunaan laman web i-Majrurat berasaskanlaman web sebagai alat bantu mengajar. Kajian ini akan membincangkan beberapa perkaramengenai rekabentuk kajian, responden kajian, alat kajian, tatacara pengumpulan data dantatacara penganalisaan data. 

    Kajian ini adalah berbentuk satu kajian eksperimen. Bentuk kajian ini dipilih keranapengkaji mudah mengumpulkan maklumat serta dapat menumpukan lebih perhatian terhadapkajian yang dilakukan. Dengan menggunakan laman web dalam pengajaran tatabahasa Arabsebagai alat bantu mengajar ke atas 150 orang pelajar sebagai responden kajian, pengkajiakan melihat sejauh mana kefahaman pelajar tentang laman web i-Majrurat. Soalan ujiandiberikan untuk mendapatkan pencapaian prestasi pelajar dalam tajuk ini. Seramai 150 orangpelajar Sarjana Muda Bahasa Arab tahun dua, Fakulti Pengajian Bahasa Utama terlibat dalam

    kajian ini.Sampel kajian adalah terdiri daripada 150 orang pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab

    tahun dua Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM. Kesemua sampel yang dipilih telahmempunyai pengetahuan sedia ada yang baik dalam penguasaan bahasa Arab. Pemilihanpelajar tahun dua kerana mereka telah belajar mata pelajaran Nahu Gunaan semasa semester3. Jadi, mereka sudah mempunyai serba sedikit tentang majrurat .

    Satu instrumen kajian akan digunakan dalam kajian ini. Ia merupakan satu set soalanyang mengandungi 20 soalan mengenai tajuk yang dikaji. Soalan ujian ini akan memberikanmaklumat mengenai keputusan markah dan gred pelajar. Keputusan ini akan digunakan untukmelihat prestasi pencapaian pelajar di peringkat awal. Jantina pelajar akan diambil kira untukmelihat sama ada ianya mempengaruhi kebolehan pelajar memberikan jawapan. Satu set soalselidik yang mengandungai 20 soalan juga telah untuk mendapatkan hasil berkenaan

    pengajaran dan pembelajaran i-Majrurat berasaskan laman web. Soal selidik ini digunakanuntuk menilai pendapat serta pandangan pelajar mengenai pengajaran dan pembelajaran.

    Pengumpulan data telah dijalankan oleh penyelidik terhadap mereka di Dewan KuliahUtama Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia. Maklumatmengenai kajian soal selidik ini yang didapati daripada setiap pelajar adalah bertujuan untukmelihat peratus keupayaan pelajar mengenai majrurat . Maklumat ini juga berguna untukmencari hubungan antara pemahaman pengajaran berasaskan laman web dengan prestasipelajar.

    Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui pengedaran borang kaji selidikuntuk mengkaji sejauh mana pelajar yang betul-betul memahami pembelajaran berasaskanlaman web boleh meningkatkan prestasi mereka dalam mata pelajaran tatabahasa bahasa Arab terutamanya dalam pembahagian majrurat .

  • 8/18/2019 Al-Qanatir Vol 3 No 1

    10/74

     Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies. Vol. 3. No. 1 (2016)eISSN: 2289-9944 

    6 www.al-qanatir.com 

    DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 

    Dalam topik ini, penyelidik akan membentangkan dapatan soal selidik yang diedarkan kepada150 orang pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab Dan Komunikasi di USIM yang terdiri daripadapelajar tahun dua untuk mengenalpasti apakah keperluan dan kehendak mereka dalammempelajari bahasa Arab melalui laman web i-Majrurat . Dapatan soal selidik tersebut adalahseperti berikut:

    Jadual 1: Memahami tatabahasa Arab dengan lebih mendalam melalui laman web i-Majrurat

    Frekuensi Peratus

    Sangat Tidak SetujuTidak Setuju

    --

    --

    SetujuSangat Setuju

    47103

    31.368.7

    Jumlah 150 100

    Jadual di atas menunjukkan tahap pemahaman tatabahasa Arab melalui laman web i-

    Majrurat  dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab Dan Komunikasi. Jumlahresponden yang sangat bersetuju adalah sebanyak 68.7% dan sebanyak 31.3% jumlahresponden yang bersetuju. Dapat disimpulkan bahawa pembelajaran bahasa Arab melaluilaman web i-Majrurat merupakan wasilah untuk memahami tatabahasa Arab.

    Jadual 2: Penggunaan laman web i-Majrurat mampu membantu pelajar menguasaibahasa Arab

    Frekuensi Peratus

    Sangat Tidak SetujuTidak Setuju

    --

    --

    Setuju

    Sangat Setuju

    42

    108

    28

    72Jumlah 150 100

    Jadual di atas menunjukkan 28% responden bersetuju dengan pengunaan laman webi-Majrurat  mampu membantu pelajar menguasai bahasa Arab. Manakala sebanyak 72%responden sangat bersetuju dengan penggunaan laman web tersebut dapat membantu pelajarmenguasai bahasa Arab.

    Jadual 3: Menjadi lebih komited untuk belajar tatabahasa Arab melalui laman web i-Majrurat

    Frekuensi Peratus

    Sangat Tidak Setuju

    Tidak Setuju

    -

    2

    -

    1.3SetujuSangat Setuju

    6880

    45.353.4

    Jumlah 150 100

    Jadual di atas menunjukkan bahawa majoriti responden bersetuju dengan adanyalaman web i-Majrurat akan menjadikan pelajar lebih komited untuk belajar tatabahasa Arab dimana sebanyak 53.4% responden sangat bersetuju dan 45.3% responden bersetuju dengantujuan tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat 1.3% responden tidak bersetuju denganalasan tersebut. Kemungkinan mereka merasakan dengan adanya laman web i-Majrurat tidaksemestinya menjadikan seseorang pelajar itu lebih komited untuk belajar tatabahasa Arab.

  • 8/18/2019 Al-Qanatir Vol 3 No 1

    11/74

     Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies. Vol. 3. No. 1 (2016)eISSN: 2289-9944 

    7 www.al-qanatir.com 

    Jadual 4: Memahami salah satu bahagian utama tatabahasa Arab iaitu al-Majrurat  melalui laman web i-Majrurat dengan lebih mendalam 

    Frekuensi Peratus

    Sangat Tidak SetujuTidak Setuju

    113

    0.78.7

    SetujuSangat Setuju 8947 59.331.3

    Jumlah 150 100

    Jadual di atas menunjukkan 59.3% responden bersetuju dan 31.3% responden lagisangat bersetuju dengan keperluan mereka melayari laman web i-Majrurat adalah untukmemahami salah satu utama bahagian tatabahasa Arab iaitu al-Majrurat dengan lebihmendalam. Walaubagaimanapun, terdapat 8.7% responden tidak bersetuju manakala 0.7%responden lagi sangat tidak bersetuju dengan tujuan tersebut. Dapat disimpulkan bahawadengan kewujudan laman web i-Majrurat ia akan memberikan kefahaman pelajar tentangsalah satu bahagian utama tatabahasa Arab iaitu al-Majrurat dengan lebih mendalam.

    Jadual 5: Menjadi pelajar bahasa yang mahir teknologi pembelajaran melaluipenerapan laman web i-Majrurat

    Frekuensi Peratus

    Sangat Tidak SetujuTidak Setuju

    -7

    -4.7

    SetujuSangat Setuju

    9548

    63.332

    Jumlah 150 100

    Jadual di atas menunjukkan responden yang bersetuju dengan penerapan laman webi-Majrurat tersebut dapat menjadikan pelajar bahasa yang mahir teknologi pembelajaran

    adalah sebanyak 63.3% manakala sebanyak 32% responden sangat bersetuju dengankenyataan tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat 4.7% responden tidak bersetuju denganalasan tersebut berkemungkinan disebabkan tidak mempunyai kecenderungan dan minatdalam aplikasi teknologi pembelajaran.

    Jadual 6: Penguasaan tajuk al-Majrurat  sebahagian daripada kejayaan pelajar bahasaArab

    Frekuensi Peratus

    Sangat Tidak SetujuTidak Setuju

    -3

    -2

    SetujuSangat Setuju

    5592

    36.761.3

    Jumlah 150 100

    Jadual di atas menunjukkan sebanyak 61.3% responden sangat bersetuju denganpenguasaan tajuk al-majrurat  sebahagian daripada kejayaan pelajar bahasa Arab manakalasebanyak 36.7% responden bersetuju dengan tujuan tersebut. Walaubagaimanapun, terdapat2% responden tidak bersetuju dengan alasan tersebut.

    Jadual 7: Mengetahui contoh-contoh ayat Al-Quran dan Hadis yang mengandungi al - Majrurat  melalui laman web i-Majrurat

    Frekuensi Peratus

    Sangat Tidak Setuju

    Tidak Setuju

    -

    1

    -

    0.7Setuju 47 31.3

  • 8/18/2019 Al-Qanatir Vol 3 No 1

    12/74

     Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies. Vol. 3. No. 1 (2016)eISSN: 2289-9944 

    8 www.al-qanatir.com 

    Sangat Setuju 102 68

    Jumlah 150 100

    Jadual di atas menunjukkan sebanyak 68% responden sangat bersetuju dengankenyataan bahawa pelajar akan mengetahui contoh-contoh ayat al-Quran dan hadis yang

    mengandungi al-majrurat   melalui laman web i-Majrurat. Jumlah responden yang bersetujudengan tujuan tersebut adalah sebanyak 31.3% manakala jumlah responden yang tidakbersetuju dengan alasan tersebut adalah sebanyak 0.7%. Dapat disimpulkan bahawa denganadanya i-Majrurat pelajar dapat mengetahui contoh-contoh ayat al-Quran dan hadis selaridengan integrasi ilmu naqli dan aqli.

    PENUTUPKonklusinya, penggunaan laman web i-Majrurat boleh dijadikan sebagai alat bantu mengajartatabahasa Arab. Antara dapatan kajian yang diperolehi hasil pengedaran borang kaji selidikdalam kalangan pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab Dan Komunikasi di USIM ialah majoritipelajar bersetuju bahawa mereka dapat memahami tatabahasa Arab dengan lebih mendalammelalui laman web i-Majrurat.

    Selain itu, dengan pembelajaran melalui i-Majrurat, pelajar akan terbiasa denganteknologi pembelajaran kerana ia diakses melalui rangkaian internet. Dengan itu, ia bolehdiakses pada bila-bila masa tanpa mengira waktu. Oleh yang demikian, diharapkan agarlaman web-laman web berkaitan dengan tatabahasa Arab dapat diperbanyakkan selarasdengan perkembangan teknologi semasa.

    BIBLIOGRAFI Asni. 2002. Kertas kerja ‘Pembelajaran Elektronik (E-Learning) Satu Pertukaran Paradigma:

    Internet Dalam Pengajaran dan Pembelajaran’ pada Persidangan KebangsaanMengenai Pendidikan ICT 2000, Kuala Terengganu.

    Bullen, M. 2001. E-Learning And The Internalization of Education. Malaysian Journal ofEducational Technology, 1 (1).

    Dodge, B. 1996. Active Learning On The Web (K-12 Version). [on-line]. Available:http://edweb.sdu.adu/people_bdodge/active/ActiveLearni9ngk-12.html (2015,  August10, 0925am)

    Rapidah Hamzah. 2002. Kesan Pembelajaran Berasaskan Laman Web TerhadapMiskonsepsi Pelajar Tentang Konsep Pembahagian Sel. Kertas Projek , 37-43. FakultiPendidikan, Universiti Malaya.

     Active Learning On The Web (K-12 Version.http://edweb.sdu.adu/people_bdodge/active/ActiveLearni9ngk-12.html (2015, April 10,0925am)

    Sains. http://www.sains.com.my/web/jit/j01-4/epembelajaran.html (diakses pada 28 Januari

    2016)Ebelajar. http://www.geocities.com/ebelajar2002/bahan.html (diakses pada 28 Disember2015).

    http://edweb.sdu.adu/people_bdodge/active/ActiveLearni9ngk-12.html%20(2015http://edweb.sdu.adu/people_bdodge/active/ActiveLearni9ngk-12.html%20%20(2015http://www.sains.com.my/web/jit/j01-4/epembelajaran.htmlhttp://www.geocities.com/ebelajar2002/bahan.htmlhttp://www.geocities.com/ebelajar2002/bahan.htmlhttp://www.sains.com.my/web/jit/j01-4/epembelajaran.htmlhttp://edweb.sdu.adu/people_bdodge/active/ActiveLearni9ngk-12.html%20%20(2015http://edweb.sdu.adu/people_bdodge/active/ActiveLearni9ngk-12.html%20(2015

  • 8/18/2019 Al-Qanatir Vol 3 No 1

    13/74

     Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies. Vol. 3. No. 1 (2016)

    eISSN: 2289-9944

    9

    www.al-qanatir.com

    PERBANDINGAN DEFINISI SASTERA ISLAMI MENURUT PANDANGANSARJANA DUNIA ARAB DAN ALAM MELAYU

    COMPARISON OF VIEWS ON THE ISLAMIC LITERATURE DEFINITION BETWEENARABIC AND MALAY SCHOLARS

    Mohd Adi Amzar Muhammad Nawawii, Zulkarnain Mohamedii & PabiyahToklubok@Hajimamingiii 

    i (Corresponding author ).Calon Doktor Falsafah, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti PengajianIslam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). [email protected]

    ii Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti KebangsaanMalaysia (UKM). [email protected]

    iii Pensyarah Kanan, Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia(UPM). [email protected]

    AbstrakKepelbagaian dan kerencaman idea mahupun pendapat terhadap sesuatu isu dan perkaramerupakan sesuatu yang menarik apatah lagi melibatkan dua kebudayaan yang berbeza.Hal yang sama juga tidak terkecuali melibatkan sastera Islami dalam menghadapi fenomenaini rentetan daripada perkembangan pesat idea ini yang pada awalnya dicetuskan olehsarjana terkenal dunia Arab iaitu Abu Hasan c  Ali al-Nadwiyy sehingga memberi kesankepada kebudayaan luar antaranya alam Melayu. Bermula dengan detik itu telahmenyaksikan percambahan para pengkaji dan cendekiawan khususnya dari dunia Arab danalam Melayu yang berkecimpung dalam lapangan sastera Islami sehingga memberikansumbangan yang cukup signifikan ke arah pembinaan asas-asas penting termasuklahberkaitan dengan pendefinisian. Oleh yang demikian, objektif utama kajian ini inginmelakukan perbandingan terhadap pendefinisian sastera Islami antara sarjana dunia Arab

    dan alam Melayu. Reka bentuk kajian ini secara asasnya ialah analisis kandungan sertamenggunakan metode analisis dokumen dan perbandingan sebagai wahana untukmenganalisis pandangan sarjana dunia Arab dan Melayu berkaitan dengan definisi sasteraIslami. Hasil akhir kajian ini telah memperlihatkan bahawa kebanyakan pandangan yangdilontarkan oleh sarjana dunia Arab amat mementingkan aspek struktural dalam pembinaandefinisi mereka berbanding sarjana alam Melayu yang lebih menggambarkan secara umumdan tersirat. Walaupun demikian, matlamat akhir yang diletakkan oleh para sarjana darikedua-dua kebudayaan yang berbeza ini tetap menuju kepada arah yang sama iaitumengajak manusia beriman kepada Allah SWT.

    Kata kunci: Sastera Islami, Perbandingan, Dunia Arab, Alam Melayu. 

    AbstractThe diversity and composition of ideas or opinions on certain issues and matters are particularly interesting especially when this involves two distinct cultures. There is noexception to the Islamic literature in facing this phenomenon due to the rapid development ofthe idea that was initiated by the renowned Arabic scholar namely Abu Hasan c  Ali al-Nadwiyyin the early stage, thus giving an impression to the external culture including the Malays.Starting from that moment, it has witnessed the uprising number of researchers and scholarsespecially those from the Arab and the Malay worlds, specialising in the Islamic literaturefield thus providing significant contributions towards the construction of the important principles, including those related to the definition of Islamic literature. Hence, the mainobjective of this study is to compare the definition of Islamic literature between Arabic and

    Malay scholars. The basic design of this study consists of content analysis, and the utilisationof document analysis and comparison methods as a means of analysing the opinions from

  • 8/18/2019 Al-Qanatir Vol 3 No 1

    14/74

     Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies. Vol. 3. No. 1 (2016)

    eISSN: 2289-9944

    10

    www.al-qanatir.com

    the Arabic and Malay scholars with regards to the definition of Islamic literature. The finalresults of this study indicate that most of the views expressed by the Arabic scholars are trulyconcerned with the structural aspect in the construction of the definition as compared to theMalay scholars. Malay scholars are prone to expressing the definition in a much general andimplicit manner. However, the ultimate goal laid by the scholars of these two distinct cultures

    is similar, which is preaching people to believe in Allah SWT.

    Keywords: Islamic Literature, Comparative, Arab World, Malay World. 

    PENDAHULUANMenurut Rosni Samah (2015), idea kesusasteraan Islami pada era moden khususnya didunia Arab telah dicetuskan oleh Abu Hasan Ali Al-Nadwi yang lebih awal melaungkangagasan sastera Islami menerusi satu esei yang ditulis beliau berkenaan sastera Islamisemasa dipilih sebagai salah satu ahli anggota Majmac al-Lughat al-c Arabiyyah di Damascus,Syria pada tahun 1956. Rentetan dengan itu, idea sastera Islami telah diteruskan olehSayyid Qutb melalui bukunya Fi Tarikh Fikrah wa al-Minhaj  seterusnya legasi tersebut telah

    disambung oleh adik beliau iaitu iaitu Muhammad Qutb dalam buku Manhaj al-Fan al-Islamiyy .Lanjutan pada era terkemudian ini, ramai penggiat dan cendekiawan Arab yang turut

    berkecimpung secara aktif dalam penulisan lapangan sastera Islami antaranya Najib Kilaniyymelalui karya beliau  Afaq al-Adab al-Islamiyy ,c Abd al-Basit Badr (Muqaddimah Linazariyyatal-Adab al-Islamiyy ), cImad al-Din Khalil (Madkhal Ila Nazariyyat al-Adab al-Islamiyy ), AhmadMuhammad c Aliyy (al-Adab al-Islamiyy Darurah), c Ali Subhiyy (al-Adab al-Islamiyy Bayna al-Nazariyyat wa al-Tatbiq), Mustafa cUlyan (Nahw Manhaj Islamiyy fi al-Shi c r wa Naqdihi ),Sacad Abu al-Rida (al-Nas al-Adabiyy Li al-Atfal Ru’yah Islamiyyah), Husin c Ali Muhammad( Al-Qur ’an wa Nazariyyat al -Fan), Mahmud Hasan Zaini (Dirasah fi Adab al-Dac wat al-Islamiyyah), Muhammad c Abd al-Rahman al-Rabic  (Min Adab al-Shuc ub al-Islamiyyah) danSayyid Sayyid c Abd al-Raziq (Manhaj al-Islamiyy fi al-Naqd al-Adabiyy ) (al-Mahs, 2000).

    Refleksi daripada keterlibatan mereka dalam lapangan sastera Islami antaranya sepertidisebutkan di atas telah menyumbang ke arah keutuhan idea, falsafah dan kritikan sasteraIslami yang lebih konkrit dan bermutu.

    Beralih kepada alam Melayu, kemunculan sastera Islami mula dikesan seiringdengan penyebaran Islam ke alam ini sekitar pada abad ke-13 masihi. Fakta inidiperkukuhkan dengan kenyataan Ismail Hamid dalam bukunya yang bertajuk “ Arabic andIslamic Literary Tradition” yang menyatakan bahawa:

    “The advent of Islam to the Malay World in the thirteenth century may haveaccompanied by this tradition that led to the creation of the Malay Islamic hikayatsabout the Prophet Muhammad. Like the tradition of reading the stories about theProphet Muhammad during his birthday as practiced in the Near Fast, the same practice was also adopted in many parts of the Malay Archipelago. Indeed, this

    customary practice lasted until quite recently and now it is neglected after theintroduction of our modern mass media” (Ismail Hamid, 1982) 

    Berdasarkan petikan di atas, Ismail Hamid menjelaskan bahawa kemunculan genresastera Islami yang terawal di alam Melayu adalah mengenai hikayat Nabi Muhammad.Hikayat ini bukan sekadar semata-mata sebagai cerita biasa ataupun dongengan namun iasebenarnya merupakan langkah para pendakwah ketika itu untuk menyebarkan Islam yangmasih baru bertapak di alam Melayu dan menerangkan kepada golongan yang barumemeluk Islam tentang ajaran Islam dan ketokohan Nabi Muhammad SAW. Antara ceritahikayat yang terawal membicarakan mengenai baginda Nabi adalah Hikayat Nur Muhamad ,Hikayat Khatim al Nabi , Hikayat Tatkala Bulan Belah Dua, Hikayat Mu’jizat RasulullahMemanggil Bulan, Hikayat Nabi Bercukur  dan lain-lain lagi (Ismail Hamid, 1982).

  • 8/18/2019 Al-Qanatir Vol 3 No 1

    15/74

     Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies. Vol. 3. No. 1 (2016)

    eISSN: 2289-9944

    11

    www.al-qanatir.com

    Kesemua hikayat yang dinyatakan adalah bercirikan Islam kerana memerihalkanNabi sebagai subjek dalam hikayat yang dikarang sekaligus menggambarkan kesusasteraanIslami sudah mula bertapak secara tidak langsung seiring dengan penyebaran Islam di alamMelayu. Keadaan ini juga hampir menyerupai tema yang diguna pakai oleh para penyair Arab pada zaman permulaan Islam yang banyak memuji Nabi dan merintih atas kewafatan

    baginda dalam kebanyakan syair karangan mereka (Macaliqiyy, 2004).Selepas itu, perkembangan sastera Islami di alam Melayu telah memperlihatkan

    kemajuan positif khususnya pada akhir abad ke-16 hingga 17 Masihi menerusi HamzahFansuri melalui karya-karya beliau yang berbentuk mistik dan tasawuf (Nurazmi Kuntum,1991). Namun pada akhir abad ke-19, perkembangan sastera Islami yang berbentuk falsafahdan tasawuf telah mengalami zaman kemunduran kerana wujud pertembungan antara duabudaya berbeza iaitu masyarakat Melayu dan penjajah Barat yang menyaksikan ramaipelajar Melayu yang berpendidikan Inggeris sudah mula mempelajari karangan dan tulisanyang dicedok dari Barat (Nurazmi Kuntum, 1991). Ini mengakibatkan sastera Islamikehilangan pengaruh yang besar di kalangan masyarakat Melayu akibat berlakunyapertembungan budaya dan idea yang dibawa oleh penjajah Barat yang mula menguasaialam Melayu ketika era tersebut.

    Walaupun demikian, usaha-usaha untuk mengembalikan semula kerelevenansastera Islami mula dikesan dengan kemunculan novel pertama di alam Melayu sekitartahun 20-an yang dihasilkan oleh Syed Syeikh Al-Hadi iaitu Hikayat Faridah Hanum. Novelini walaupun pada realitinya tidak menzahirkan konsep sastera Islami secara langsung,namun sangat sarat dengan nilai-nilai Islam yang ditonjolkan secara tersirat (Mana Sikana,1983). Idea mengenai sastera Islami kemudiannya diteruskan dengan saranan yangdikemukakan oleh Prof Naquib Al-Attas pada tahun 1972. Nurazmi Kuntum (1991)menyatakan ini berikutan dengan saranan Prof. Naquib Al-Attas ketika syarahanpengukuhan jawatan beliau sebagai professor di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 24Januari 1972 telah menegaskan bahawa ciri-ciri moden dalam sastera Melayu dimulakanoleh Islam. Ini menunjukkan kredibiliti Islam telah diakui oleh sarjana Melayu khususnya

    mengenai pengaruh Islam dalam persuratan dan kesusasteraan Melayu.Bertitik tolak daripada itu telah menyaksikan perkembangan sastera Islami semakinmendapat tempat dan menjadi fokus perbincangan di kalangan tokoh dan cendekiawanMelayu Islam ketika itu seperti Profesor Muhammad Kamal Hassan, Dr. Ismail Ibrahim, Drs.Lutfi Abas, Shahnon Ahmad, Dr. Ismail Hamid, Muhammad Uthman El Muhammady, Shafie Abu Bakar, Drs Sidi Ghazalba, Hashim Musa dan ramai lagi. Perbincangan mereka ketika itulebih menjurus kepada pembinaan dan pemurnian konsep sastera Islami yang lebih jelasdan mapan agar mudah dihadam serta dicerna oleh khalayak masyarakat di sekeliling.Fenomena polemik antara Shahnon Ahmad dan Kassim Ahmad berkaitan dengan sasteraIslami juga pernah menghangatkan seketika suasana lapangan kesusasteraan ketika itunamun refleksi daripada polemik tersebut telah banyak menyumbang dan mengukuhkan lagikematangan idea-idea berkenaan sastera Islami secara tidak langsung (Adli Yaacob, 2007).

    Perbincangan seterusnya akan melihat dengan lebih lanjut mengenai definisisastera Islami itu sendiri melalui kaca mata sarjana dan cendekiawan dalam bidangkesusasteraan Islami di dunia Arab dan alam Melayu. Penelitian ini perlu dilakukan bagimengenal pasti persamaan mahupun perbezaan yang wujud dalam kerangka pemikiran parasarjana yang terlibat dalam memberikan takrifan dan pengertian yang signifikan terhadapsastera Islami. Hasil yang bakal diperolehi kelak mampu untuk memperlihatkankepelbagaian dan kerencaman pemikiran sekaligus menonjolkan keistimewaan sasteraIslami sebagai satu disiplin ilmu yang merentas zaman dan tempat.

    DEFINISI SASTERA ISLAMI MENURUT SARJANA DUNIA ARABPada bahagian ini, definisi sastera Islami akan disoroti dan diperjelaskan menerusipandangan dan buah fikiran yang telah dicernakan oleh tokoh-tokoh sarjana dan

    cendekiawan sastera Islami khususnya daripada dunia Arab. Kebanyakan mereka

  • 8/18/2019 Al-Qanatir Vol 3 No 1

    16/74

     Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies. Vol. 3. No. 1 (2016)

    eISSN: 2289-9944

    12

    www.al-qanatir.com

    merupakan sarjana dan cendekiawan yang telah bergelumang sekian lama dalam bidang inidan banyak menghasilkan karya mahupun penulisan ilmiah yang berkaitan sastera Islamisecara khusus mahupun sastera secara amnya. Antaranya ialah Sayyid Qutb, MuhammadQutb, Muhammad al-Rabic  al-Hasaniyy al-Nadwiyy, Najib al-Kilaniyy, cImad al-Din Khalil,c Abd al-Hamid Buzwaynah, Muhammad Hasan Burayghish, c Abd al-Rahman Ra’fat al-

    Basha, c Abd al-Quddus Abu Salih, Sacad Abu Rida dan yang terakhir c Aliyy c Aliyy Subh.Kesemua mereka merupakan sarjana dan cendekiawan yang banyak menyumbang secaralangsung terhadap pembinaan konsep, teori mahupun gagasan sastera Islami sehinggamampu menjadi salah satu aliran kesusasteraan moden yang penting buat masa kini. Usahayang murni dan tulus ini tidak lain dan tidak bukan pastinya bermula dengan kejuhudan dankesungguhan Sayyid Qutb dalam memperkenalkan istilah sastera Islami dalam lingkungandunia Arab secara khususnya.

    Melalui karya beliau yang bertajuk Fi al-Tarikh Fikrah wa Minhaj , Sayyid Qutb telahmenukilkan definisi sastera Islami sebagai:

    ا  ث يذا  وه    ا بدا سو صش    أو ر       أو م

    شأا

     ا

     

     إا

     

     اس

     إ

     

     شكو

     

    Maksudnya, “Sastera Islami itu bukan sahaja membicarakan mengenai Islam semata-mataatau sesuatu tempoh dalam sejarah ataupun berkenaan dengan seseorang individu, bahkanmerupakan suatu ungkapan yang terbit daripada jiwa yang dipenuhi dengan gelojak perasaan keislaman” (Qutb, 1983).

    Selain itu, Muhammad Qutb dalam karyanya Manhaj al-Fan al-Islamiyy  jugamemberikan definisi sastera Islami atau seni Islam sebagai:

      ا ا  ان اد.   اد  زاو ار ا ذا     ا اذي  رة إ

    ام ن واة وا خل رواة وان

    Maksudnya, “Seni Islam itu adalah lukisan gambaran kewujudan mengikut tasawur Islamdan juga satu ungkapan menarik tentang kejadian, kehidupan dan manusia berpandukantasawur Islam yang betul terhadap ketiga-tiga elemen tersebut iaitu kejadian, kehidupan danmanusia” (Qutb 1983).

    Beliau juga memperincikan bahawa seni Islam itu merupakan kombinasi ataugabungan yang utuh antara ‘al-jamal ’ dan ‘al-haqq’ di mana ‘al-jamal ’ itu merupakan hakikatsebenar yang mewarnai sesuatu kejadian itu manakala ‘al-haqq’ adalah kemuncak ‘al-jamal ’.Kedua-dua ciri ini akan bertemu di puncak yang menempatkan segala hakikat dankebenaran tentang kejadian dan kewujudan (Qutb, 1983).

    Najib al-Kilaniyy, seorang tokoh dan pemikir sastera Islami terkemuka daripada dunia

     Arab juga turut memberikan definisi sastera Islami dalam karya terkenal beliau iaitu al-Islamiyyah wa al-Madhahib al-Adabiyyah. Definisi beliau boleh dilihat seperti:

    وة و  أن ا   بدا تار أ مويذا ا روقا 

    رأو أ مأ اا كو د يذاواو او قا 

    Maksudnya, “Kita tidak membantah bahawa sastera itu adalah kritikan dan anduh kepadakehidupan, namun perlu berilitizam dan berpaksikan kepada tasawur Islam yang jelas yangdipandu oleh cahaya Ilahi yang akan menerangi dan memandu ke jalan yang benar bersamamata pena, gagasan, perwatakan kerja kita yang seterusnya akan memimpin kepadakebenaran, kebaikan dan keindahan” (al-Kilaniyy, 1987).

    Berdasarkan kepada definisi sastera Islami yang diberikan oleh beliau, Najib al-Kilaniyy sekali-kali tidak menghalang dan mempersetujui kegiatan bersastera namun perlu

  • 8/18/2019 Al-Qanatir Vol 3 No 1

    17/74

     Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies. Vol. 3. No. 1 (2016)

    eISSN: 2289-9944

    13

    www.al-qanatir.com

    diimbangi tujuan dan matlamat sastera itu untuk berbakti kepada agama Allah SWTmenerusi kegiatan dakwah dalam penulisan menerusi mata pena, bukan sekadar bersasterauntuk memenuhi hawa nafsu dan akal manusia yang pendek. Beliau juga adamemperjelaskan dengan terperinci mengenai definisi dan takrifan sastera Islami dalam karyabeliau iaitu Madkhal Ila al-Adab al-Islamiyy  dengan menampilkan tujuh ciri yang membentuk

    definisi tersebut dengan sempurna. Tujuh ciri tersebut ialah sastera Islami merupakan suatuungkapan berseni, indah dan meninggalkan kesan mendalam kepada jiwa khalayak. Juga,bersumberkan kefahaman Islam yang syumul dan berinspirasikan unsur kejadian, kehidupanserta insan yang selaras dengan asas pegangan akidah muslim. Di samping itu juga, iamampu mencetuskan rasa keseronokan dan mempunyai elemen kebaikan serta manfaatselain dapat menggerakkan suara hati dan mental sebagai pemangkin dalam membuatkeputusan dan pendirian berdasarkan apa yang dilakukan (al-Kilaniyy, 1992).

    Selain itu, cImad al-Din Khalil, seorang sarjana dan pengkritik sastera Islamiterkenal di dunia Arab juga ada memberikan definisi beliau tersendiri mengenai sasteraIslami iaitu:

    ا بدا    غ ز را   ؤ ج 

    Maksudnya, “Definisi sastera Islami yang mungkin boleh diberikan secara ringkas dan tepatiaitu suatu ungkapan kata-kata yang indah dan meninggalkan kesan mendalam yang bertitiktolak dengan tasawur Islam terhadap sesuatu kewujudan atau kejadian” (Khalil 1987:69).

    Definisi yang diberikan oleh beliau merupakan definisi yang agak ringkas namunmeliputi segala aspek yang diperlukan oleh unsur-unsur sastera antaranya ungkapan kata-kata yang berkaitan dengan unsur kewujudan atau kejadian seperti alam, manusia dan lain-lain. Definisi sastera yang sedia ada hanya ditambah dengan penghayatan atau penggunaantasawur Islam dalam berkarya agar kelihatan selari dan menepati nature sastera Islami yangdikehendaki.

    Di samping itu, seorang tokoh sastera Islami dari Syria iaitu Muhammad Hasan

    Burayghish juga menukilkan definisi sastera Islami menerusi karyanya, al-Adab al-IslamiyyUsuluhu wa Simatuhu. Definisi yang diberikan beliau berbunyi:

       ا د ا ا اا را لخ  ةا

    Maksudnya, “Suatu ungkapan yang berseni dan indah yang diungkapkan oleh sasterawanIslam mengenai pengalaman kehidupannya dalam garisan tasawur Islam”  (Burayghish,1996).

    Menerusi definisi ini, Muhammad Hasan Burayghish menetapkan syarat bahawasesuatu karya yang berteraskan sastera Islami mestilah ditulis oleh penulis, pengkaryaataupun sasterawan yang beragama Islam. Jika dilihat sepintas lalu, definisi yang diberikanoleh beliau agak ketat berbanding definisi sastera Islami yang dikeluarkan oleh sarjana lain

    yang kebanyakannya hanya mensyaratkan bahawa karya sastera Islami itu hanya perlumengikut tasawur atau gambaran Islam yang benar dan tepat. Walaupun demikian, syaratsasterawan Islam itu dikenakan kemungkinan menjurus kepada pemeliharaan roh dan kualitisesuatu karya sastera Islami tersebut yang pada dasarnya berbalik kepada pegangan dankepercayaan yang dianuti oleh seseorang sasterawan itu.

    Selain itu, seorang tokoh sastera Islami dari Syria iaitu c Abd al-Quddus Abu Salih juga mendefinisikan sastera Islami sebagai:

    وا  ر ن بدأ ا بدا نأ

    Maksudnya, “Sastera Islami itu adalah sastera yang mempunyai kualiti dan tahap yangtertinggi ” (al-Daym, 2002).

  • 8/18/2019 Al-Qanatir Vol 3 No 1

    18/74

     Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies. Vol. 3. No. 1 (2016)

    eISSN: 2289-9944

    14

    www.al-qanatir.com

    Menurut beliau, pengertian kualiti dan tahap tertinggi itu merujuk kepada sejauhmana pengaplikasian dan penghayatan seseorang sasterawan itu terhadap kefahaman dangambaran Islam yang sebenar dan tepat meliputi unsur kejadian, kehidupan dan insan (al-Daym, 2002). Seorang lagi tokoh sastera Islami yang cukup terkenal di seantero dunia Arabyang berasal dari Syria iaitu c Abd al-Rahman Ra’fat al-Basha juga tidak ketinggalan

    memberikan definisi sastera Islami dalam buku beliau yang cukup masyhur iaitu NahwMazhab Islamiyy fi al-Adab wa al-Naqd . Beliau mendefinisikan sastera Islami sebagai:

       ار ا  ا ا ادف  و اة وان وان  وان اد ا

     و و ق

    Maksudnya, “Suatu ungkapan yang berseni dan bermatlamat mengenai kehidupan, kejadiandan insan daripada suara hati pengkarya yang berpandukan tasawur Islam kepada Penciptadan sekalian makhluk-Nya” (al-Basha, 1998).

    Seterusnya, Sacad Abu Rida, seorang sarjana sastera Islami dari bumi Mesir turutmemberikan pandangan dan pendapat yang tersendiri berkaitan definisi sastera Islami

    namun memberikan sedikit komentar dan kritikan terhadap definisi tersebut. Menurut beliau,kebanyakan definisi sastera Islami hanya menggariskan keperluan untuk beriltizam dengantasawur Islam terhadap unsur kejadian, kehidupan mahupun insan, namun gagal untukmemperincikan tentang arah yang perlu dilaksanakan. Beliau mengemukakan kritikantersebut dan penambahan kepada definisi yang sedia ada seperti berikut:

        نأ ى نك ةا  هدو  ط  إو و  نأون 

       ا ه   ئدو ما   ض 

    Maksudnya, “Sesungguhnya apa yang dituntut dan diperlukan daripada seorang manusiadalam hakikat kewujudannya dalam kehidupan ialah apakah urusan dan dengan siapa diaberurusan di samping kemampuan untuk menyesuaikan diri dalam suasana kehidupan

    kemudian mampu untuk membina pendirian tersendiri yang diekspresikan dalam bentukungkapan yang indah, selaras dengan konteks nilai dan prinsip Islam” (al-Rida, 1996).

    Muhammad al-Rabic al-Hasaniyy al-Nadwiyy, seorang tokoh sastera Islami dari bumiLucknow, India juga banyak mengkaji dan mengulas mengenai isu sastera Islamiterutamanya dalam karya beliau yang bertajuk al-Adab al-Islamiyy wa Silatuhu bi al-Hayat .Dalam karya tersebut, beliau ada menyebut mengenai definisi sastera Islami iaitu:

     , قئا و نا  قئا  و ةاو نا  ا ت ى ا بدا نإ

    ا اذ  م بدأ م واو د  حا 

    Maksudnya, “Sastera Islami itu memerhatikan segenap aspek dalam unsur alam dankehidupan serta membezakan kesempurnaan atau sebaliknya bagi sifat kemanusiaan bagiseorang manusia. Definisi ini merujuk kepada komitednya sastera Islami tersebut di manakomited itu tertumpu kepada yang memberikan kebaikan dan manfaat, tidak sekali-kalicenderung kepada kejumudan dan bertaqlid tanpa asas dan pegangan yang kukuh”  (al-Nadwiyy, 2005).

    Definisi yang dikemukakan oleh al-Nadwiyy ini menitik beratkan perincian dansumbangan sastera Islami dalam menghasilkan karya yang bermanfaat kepada khalayak.Beliau juga ada memberikan ciri-ciri yang wujud pada sesebuah sastera bukan Islami yangantara lainnya tidak mementingkan persoalan iltizam atau komited dalam berkarya disamping tidak mengambil berat dan mencampur adukkan unsur kebaikan dan kemaksiatan

    (al-Nadwiyy, 2005). Punca berlakunya sedemikian kerana terlalu mengikut kehendak hawanafsu yang tidak dibimbing dan dipandu ke arah kebaikan dan kebenaran. Berbeza dengan

  • 8/18/2019 Al-Qanatir Vol 3 No 1

    19/74

     Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies. Vol. 3. No. 1 (2016)

    eISSN: 2289-9944

    15

    www.al-qanatir.com

    sastera Islami, nilai kesempurnaan yang wujud pada kefahaman sastera tersebut haruslahbertitik tolak daripada elemen pemanfaatan dan pembangunan jati diri yang mampudiberikan oleh penulis atau pengkarya terhadap khalayak menerusi karya yang dihasilkanoleh mereka.

    Sarjana sastera Islami dunia Arab lain yang turut mengemukakan definisi dan

    takrifan sastera Islami adalah seperti c Abd al-Hamid Buzwaynah dan c Aliyy c Aliyy Subh. c Abdal-Hamid Buzwaynah seperti contoh memberikan pendefinisian sastera Islami dalamkaryanya Nazariyyat al-Adab fi Dhawq al-Islam seperti:

    اد   ر ا بدا نإ –  نا ة  – ج ا م 

    اا ا ا 

    Maksudnya, “Sesungguhnya sastera Islami itu memberikan gambaran keseluruhan kepadakita mengenai hakikat kewujudan seperti yang dialami dalam kehidupan seseorang manusiadalam bentuk ungkapan yang indah, terang, menjadi nadi kepada kehidupan serta selarasdan bersesuaian dengan tasawur Islam yang sebenar ” (Buzwaynah, 1990).

    Manakala, c Aliyy c Aliyy Subh pula memberikan definisi sastera Islami seperti:

         ا  ا طااو ناا   ا را  ا ئو  

    واع   ا

    Maksudnya, “Suatu pengalaman perasaan yang bersumberkan hati nurani dan pemikiranyang dipenuhi dengan nilai-nilai keislaman untuk tujuan pembinaan yang sempurna denganmenggunakan cara atau teknik yang mampu mempengaruhi dan memberikan kesan” (Subh,1987).

    Menurut beliau, teknik atau cara yang digunakan untuk menarik minat khalayaksekaligus mampu mempengaruhi dan memberikan kesan kepada mereka adalah menerusi

    penggunaan lafaz-lafaz yang fasih dan memenuhi piawaian bahasa yang terkini. Selain itu,penggunaan gaya bahasa yang fasih juga perlu dititik beratkan, serta memberi perhatiankepada susunan ayat yang sistematik dan teratur di samping menggambarkan sesuatudengan menggabungkan unsur imaginasi dan akal secara bersama. Juga, mengutamakankeselarasan dan kesinambungan irama yang mampu menusuk hati seperti penggunaanirama yang rapi pada gubahan puisi serta kesinambungan peristiwa yang dinukilkan dalamcerita pendek atau novel (Subh, 1987).

    Kesemua ini merupakan perincian kepada teknik atau cara yang dicadangkan olehsarjana sastera Islami c Aliyy c Aliyy Subh bagi menarik dan mempengaruhi khalayak tentangkeistimewaan karya sastera Islami sekaligus mampu menandingi kehebatan karya-karya lainyang tidak bermetodologikan Islam.

    DEFINISI SASTERA ISLAMI MENURUT SARJANA ALAM MELAYUMerujuk kepada perkembangan sastera Islami di alam Melayu khususnya di bumi Malaysiapada era moden, menurut Mana Sikana (1983), Syed Syeikh Al-Hadi merupakan peloporyang terawal dalam memperkenalkan idea sastera Islami yang diterjemahkan melalui karyabeliau yang berbentuk novel iaitu Hikayat Faridah Hanum. Berkenaan dengan novel ini, iamerupakan novel pertama yang ditulis di alam Melayu sekitar tahun 1926. Menurut ManaSikana (1983), novel ini banyak mengandungi dan sarat dengan nilai-nilai Islam dan elemenkeagamaan yang mampu untuk memberikan pengajaran kepada khalayak pembaca.

    Rentetan dengan itu, muncul sarjana Melayu antaranya Yusof Zaki Yaacob yang jugamerupakan seorang ilmuwan Islam dan penulis yang cukup tersohor di negeri Kelantankhususnya dan Malaysia amnya dalam membicarakan definisi sastera Islami dengan lebih

    terperinci. Menurut Yusof Zaki Yaacob, beliau berpendapat bahawa sastera Islami adalahsastera yang mengandungi unsur dakwah (Shafie Abu Bakar, 1980).

  • 8/18/2019 Al-Qanatir Vol 3 No 1

    20/74

     Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies. Vol. 3. No. 1 (2016)

    eISSN: 2289-9944

    16

    www.al-qanatir.com

    Takrifan yang diberikan oleh beliau pada dasarnya terlalu umum dan agak sukaruntuk memahami matlamat sebenar yang diperjuangkan oleh beliau menerusi definisi yangdikemukakan itu. Ini kerana skop dakwah juga terlalu besar dan mempunyai banyak kriteriadan ciri-ciri yang mirip kepada dakwah tetapi pada hakikatnya merupakan ideologi yangbertentangan dengan Islam.

    Definisi sastera Islami yang seterusnya selepas era Yusof Zaki Yaacob telahdihangatkan kembali oleh sasterawan terkenal di Malaysia iaitu Shahnon Ahmad melaluipenerbitan karyanya iaitu Kesusasteraan dan Etika Islam. Melalui buku ini, beliau telahmemperkenalkan buat pertama kali gagasan dan idea beliau mengenai sastera Islami secaralangsung dan terperinci. Juga, beliau telah membahaskan konsep dan definisi sastera Islamidengan menyimpulkan bahawa sastera Islami adalah sastera kerana Allah SWT, berhikmahkepada manusia sejagat (Shahnon Ahmad, 1981; 1980).

    Melalui pendefinisian yang diberikan oleh Shahnon Ahmad ini, beliau telah menitikberatkan dua aspek atau ciri yang memayungi sesebuah karya sastera Islami itu untukdilabelkan sebagai sastera Islami yang sebenar. Pertama, seseorang yang ingin berkaryamestilah memusatkan gerak kerja sepenuhnya semata-mata ingin mencari keredhaandaripada Allah SWT dan tidak mengharapkan ganjaran atau laba daripada manusia. Kedua,apabila seseorang pengkarya itu melakukan aktiviti pengkaryaan semata-mata kerana AllahSWT dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang habuan dunia, secara sendirinya hikmahatau kesan pengkaryaan itu akan mempengaruhi jiwa dan memberikan kesan mendalamkepada khalayak.

    Secara tidak langsung, khalayak telah memperolehi manfaat dan kebaikan hasildaripada aktiviti pengkaryaan yang dilakukan oleh pengkarya yang ikhlas “bersastera kerana Allah SWT” (Shahnon Ahmad, 1981). Definisi yang dikemukakan oleh Shahnon Ahmad inisecara umumnya tampak ringkas dan sedikit kabur, namun di sebalik falsafah pendefinisiantersebut tersirat seribu pemaknaan dan hikmah yang mampu untuk disingkap dan diterokaidengan seluasnya.

    Walau bagaimanapun, rentetan daripada pencerahan definisi sastera Islami yang

    diberikan oleh Shahnon Ahmad, telah wujud sedikit reaksi daripada Kassim Ahmad yang juga merupakan seorang penulis dan ahli politik sosialis di Malaysia. Kassim Ahmadmendakwa bahawa definisi yang dikemukakan oleh Shahnon agak kabur dan tidak jelasserta bermaksud umum.

    Berikutan dengan itu, telah berlaku siri-siri pendebatan yang hangat antara beliaudan Shahnon yang berkisar mengenai definisi dan fundamental sastera Islami yang akhirnyatelah mewujudkan satu polemik baru dalam dunia kesusasteraan Melayu selepas polemikpertama yang membabitkan Syed Muhammad Naquib al-Attas dengan Ismail Hussienberkenaan modenisme dalam kesusasteraan Melayu. Siri-siri pendebatan itu telah disiarkanoleh Majalah Dewan Sastera  terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka sekitar tahun 1983 danakhirnya telah dibukukan secara rasmi pada tahun 1987.

    Merujuk kepada sanggahan Kassim Ahmad terhadap definisi sastera Islami yang

    diutarakan oleh Shahnon Ahmad, beliau juga mempunyai definisi tersendiri terhadap sasteraIslami dan mendakwa definisi yang dikemukakan beliau lebih bersifat objektif dan berfokusberbanding Shahnon. Beliau telah berpendapat bahawa sastera Islami itu ialahkesusasteraan yang dihasilkan oleh manusia mengikut estetika Islam untuk manusia(Kassim Ahmad, 1987). Terdapat dua ciri penting yang membentuk pendefinisian Kassim Ahmad iaitu yang pertama dihasilkan oleh sesiapa sahaja walaupun seseorang itu bukanberakidahkan tauhid. Kedua, karya yang dihasilkan itu mestilah selaras dan berpandukankepada estetika Islam.

    Walaupun demikian, definisi yang dikemukakan oleh beliau telah disanggah olehShahnon Ahmad dengan mendakwa definisi tersebut membawa tafsiran dan interpretasiyang mengelirukan. Pertama, Shahnon Ahmad membantah keterbukaan Kassim Ahmaddalam memberikan kelonggaran kepada sesiapa sahaja untuk menulis karya berteraskan

    sastera Islami. Beliau menjelaskan bahawa sastera Islami adalah merupakan sastera yang

  • 8/18/2019 Al-Qanatir Vol 3 No 1

    21/74

     Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies. Vol. 3. No. 1 (2016)

    eISSN: 2289-9944

    17

    www.al-qanatir.com

    berasaskan tauhid kepada Allah SWT dan bukan sastera sebarangan. Adalah sesuatu yangmustahil dan pelik sastera yang berpaksikan akidah yang benar ditulis oleh mereka yangtidak mengakui dan beriman kepada Allah SWT yang satu. Beliau juga menjelaskan lagibahawa sastera Islami merupakan ibadah dan amalan yang akan dibawa sebagai bekalanmenuju kepada Allah SWT kelak.

    Dalam hal ini, jika sastera itu ditulis oleh orang yang tidak berpaksikan akidah yangsahih walaupun mengikut estetika Islam, amalannya itu merupakan sesuatu yang sia-sia dantidak diterima oleh Allah SWT kerana asas pegangan yang tidak mengakui keesaan-Nya.Kedua, Shahnon Ahmad mendakwa istilah ‘estetika Islam’ yang diperjuangkan oleh Kassim Ahmad juga tidak menepati konsep worldview   Islam yang sebenar. Beliau menjelaskanbahawa estetika Islam yang difahami oleh Kassim Ahmad hanyalah bersandarkan kepadanilai keindahan universal yang dipautkan atas nama Islam.

    Nilai keindahan tersebut pada hakikatnya menjangkaui garisan sempadan yangditetapkan oleh syariat Islam dan tidak berfungsi dalam menyatakan takrifan sebenarkeindahan yang dikehendaki Islam. Menurut Shahnon Ahmad, istilah sebenar yang patutdigunakan Kassim ialah ‘pandangan hidup Islam’ dan bukan ‘estetika Islam’. Padahakikatnya, ‘estetika’ hanyalah merupakan satu juzuk atau sebahagian kecil daripada‘pandangan hidup Islam’ yang sebenarnya lebih tepat untuk digunakan dalammenggambarkan kesyumulan Islam dalam segenap aspek dan perkara (Shahnon Ahmad,1987).

    Secara keseluruhannya, definisi sastera Islami yang dikemukakan oleh dua orangtokoh ini mempunyai kelebihan dan kekurangan yang seharusnya perlu untuk dilihat dandinilai kembali secara adil dan ilmiah serta tidak dipengaruhi oleh sentimen emosi. Walaubagaimanapun, polemik sastera Islami yang telah dicetuskan oleh mereka berduamerupakan satu perdebatan ilmiah yang menarik sekaligus telah membuka mata parapengkaji dan sarjana khususnya dalam arena kesusasteraan Melayu untuk kembalimenyumbang tenaga dan kepakaran dalam memperkasakan sastera Islami di alam Melayukhususnya di Malaysia.

    Sarjana lain yang turut berkongsi pandangan dan buah fikiran mengenai definisisastera Islami antara lainnya seperti Mohd Kamal Hassan, Ismail Ibrahim, MuhammadUthman El-Muhammady, Mana Sikana dan juga S. Othman Kelantan. Kebanyakan merekaini merupakan ahli akademik dan juga merupakan penulis dan pengkarya yangberkecimpung secara langsung dalam arena kesusasteraan Islami. Mohd Kamal Hassan(1977) sebagai contoh dalam melontarkan idea beliau mengenai sastera Islami telahberpendapat bahawa ia merupakan satu jenis literature engagee yang mendukung nilai-nilaiIslam dan visinya tentang realiti dan berusaha mengubah masyarakat ke arah penghayatannilai-nilai dan pandangan hidup itu.

    Melihat kepada definisi yang diberikan oleh beliau, ternyata wujud satu pencerahanterhadap definisi itu sendiri dan mempunyai matlamat objektif yang ingin dicapai. Fungsisastera Islami menurut beliau haruslah bertindak sebagai pemangkin dan agen perubahan

    besar kepada masyarakat dalam mengolah unsur realiti kepada bentuk yang mudahdifahami melalui karya sastera bersandarkan nilai Islam yang sebenar. Tugas seseorangpenulis atau pengkarya juga haruslah bertitik tolak daripada kefahaman falsafah kewujudaninsan yang diciptakan oleh Allah SWT dan keperluan untuk mengabdikan diri kepada-Nyadengan seikhlas mungkin (Mohd Kamal Hassan, 1977).

    Ismail Ibrahim pula memberikan definisi sastera Islami yang agak ringkas namunmempunyai maksud dan pengertian yang cukup mendalam. Beliau menjelaskan bahawasastera Islami itu merupakan hasil tulisan yang berasaskan tauhid (Ismail Ibrahim, 1977).Berdasarkan definisi ini, dapat disimpulkan beberapa perkara iaitu pertama karya sasteraIslami itu mestilah ditulis oleh penulis muslim yang berakarkan akidah yang sahih. Inibermakna sesebuah karya yang ditulis oleh penulis yang menganut agama selain Islam tidakmendapat tempat dalam sastera Islami walaupun karyanya itu mengandungi elemen dan

    nilai-nilai yang selari dengan Islam. Kedua, sesebuah karya yang ditulis berasaskan tauhid

  • 8/18/2019 Al-Qanatir Vol 3 No 1

    22/74

     Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies. Vol. 3. No. 1 (2016)

    eISSN: 2289-9944

    18

    www.al-qanatir.com

    kepada Allah SWT pasti akan memahami hakikat kewujudan sebenar manusia itu dijadikan-Nya di muka bumi ini. Oleh yang demikian, ini akan mendorong seseorang penulis itumenghasilkan karya yang bermanfaat dan mengandungi unsur kebaikan demi memenuhimatlamat sebagai seorang dac i  yang bekerja di jalan Allah SWT (Ismail Ibrahim, 1977).

    Muhammad Uthman El-Muhammady, seorang tokoh pemikir Islam di Malaysia turut

    memberikan definisi sastera Islami menerusi karangan utama beliau, Memahami Islam,Insan, Ilmu dan Kebudayaan. Beliau menyifatkan sastera Islami atau istilah yang digunakandalam buku tersebut sebagai persajakan Islam sebagai sastera tradisional yang memiliki ciri-ciri seni suci atau sacred art   (El-Muhammady, 1977). Seni suci yang dimaksudkan dalamdefinisi tersebut ialah kandungan utama yang membentuk sastera itu adalah bersumberkansecara langsung daripada Allah SWT dan sampai kepada manusia dalam bentuk kefahamanIslam melalui utusan-Nya, Nabi Muhammad SAW. Dalam erti kata lain juga, sastera ataupersajakan Islam itu adalah bersifat keislaman secara keseluruhannya daripada aspekluaran mahupun dalaman (El-Muhammady, 1977).

    Definisi yang dikemukakan oleh Muhammad Uthman El-Muhammady ini sekaligusmembuktikan sastera Islami itu sebagai sesuatu sastera yang tulen, bersih daripada unsur-unsur luar yang merosakkan dan paling penting bersumberkan wahyu Allah SWT. Ini secaratidak langsung telah menaikkan nilai prestij sastera Islami itu untuk lebih dikenali seterusnyadipraktikkan dalam penulisan atau pengkaryaan.

    Seterusnya, S. Othman Kelantan dalam bukunya yang bertajuk  Arah PemikiranSastera Malaysia  ada juga menukilkan definisi sastera Islami iaitu satu bentukkesusasteraan dalam media bahasa khususnya yang bertulis yang menggambarkan cita-citakeislaman sebagai visi, menerapkan pengajaran al-Quran, al-Hadith dan sunah RasulullahSAW, yang menjalankan kemurnian cita-cita dan pengajaran Islam sebagai hasil interpretasidaripada Al-Qur’an dan Al-Hadith (S. Othman Kelantan, 1987).

    Jika diteliti semula, definisi sastera Islami yang dikemukakan oleh beliau agak ketatdan mempunyai syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Secara asasnya, beliau meletakkanpengajaran Al-Qur’an dan Al-Hadith sebagai elemen yang perlu dipatuhi dalam merangka

    karya berbentuk sastera Islami, walhal sebenarnya asas sastera Islami itu lebih bersifat luasdan terbuka sesuai dengan pandangan hidup Islam yang bersifat syumul. Tanpa menafikankedua-dua sumber utama Islam itu adalah penting dalam kandungan sesuatu karya sasteraIslami, corak dan sumber pengkaryaan itu masih boleh diperolehi melalui pemerhatiankepada unsur kejadian di bumi ini seperti alam, manusia dan segala makhluk ciptaan-Nyaasalkan berbalik semula kepada niat asal untuk menghayati dan mengakui kebesaran-Nya.

    Yang terakhir, Mana Sikana yang merupakan seorang ahli akademik, pengkaji dan juga penulis yang terkenal di Malaysia dalam lapangan kesusasteraan Islami turutmemberikan definisi dan takrifan sastera Islami. Beliau menjelaskan definisi sastera Islamidalam karyanya yang bertajuk Sastera Islam Di Malaysia  sebagai sebuah sasteramasyarakat yang ingin membawa masyarakatnya ke arah keislaman (Mana Sikana, 1983).

    Definisi yang diberikan oleh Mana Sikana kelihatan agak ringkas dan berbentuk

    umum namun secara fundamentalnya mempunyai cakupan yang cukup luas. Pertama,sebagai sebuah karya sastera Islami, sasaran khalayak tidak lain hanya kepada masyarakatkeseluruhannya sama ada yang muslim ataupun tidak. Kedua, tujuan sastera Islami yangtelah dijelaskan oleh Mana Sikana adalah untuk membawa masyarakat ke arah keislamanyang sebenar. Ini secara langsung membuktikan sastera Islami adalah sastera dakwah yangberfungsi memberikan kefahaman Islam yang syumul kepada masyarakat umumnya. Iabukan sekadar memberikan ungkapan yang indah dan berseni untuk hiburan halwa telingasemata-mata, bahkan matlamatnya menjangkaui lebih luas daripada itu untuk menyebarkanIslam melalui wahana sastera.

    Oleh demikian, secara tidak langsung, penulis atau pengkarya sastera Islamimengikut definisi Mana Sikana itu semestinya adalah seorang muslim dan berakidah tauhid.Sesuatu yang agak mustahil juga jika wujud penulis bukan Islam yang berniat menulis karya

    sastera Islami untuk berdakwah kepada orang lain sedangkan asas pegangan akidahnya

  • 8/18/2019 Al-Qanatir Vol 3 No 1

    23/74

     Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies. Vol. 3. No. 1 (2016)

    eISSN: 2289-9944

    19

    www.al-qanatir.com

    adalah mensyirikkan Allah SWT. Jika wujud sekalipun karya yang ditulis itu selari dengankefahaman Islam, ia hanya sekadar kebetulan kerana nilai dan fundamental Islam adalahbersifat universal dan merentasi pelbagai agama dan kepercayaan yang wujud di muka bumiini.

    PERBINCANGAN DAPATAN KAJIANSecara keseluruhannya, definisi sastera Islami yang dikemukakan oleh para sarjana dunia Arab banyak meletakkan dan mengutamakan kepentingan gambaran yang diciptakan oleh Allah SWT di muka bumi ini seperti gambaran alam, manusia ataupun insan dan jugakehidupan. Definisi sastera Islami mengenai unsur alam dan lain-lain ini boleh disorotimenerusi pandangan yang diberikan oleh Muhammad Qutb, Najib al-Kilaniyy, cImad al-DinKhalil, c Abd al-Quddus Abu Salih, c Abd al-Rahman Ra’fat al-Basha, Sacad Abu Rida,Muhammad al-Rabic al-Hasaniyy al-Nadwiyy dan juga c Abd al-Hamid Buzwaynah.

    Pengungkapan mengenai unsur alam dan lain-lain pada hakikatnya merupakan satupendekatan yang ingin diterapkan oleh kebanyakan sarjana dunia Arab dalam pembinaandefinisi sastera Islami. Ini kerana penggambaran alam merupakan sifat universal yangterpenting dan perlu ditonjolkan dalam sesebuah karya sastera Islami. Ini secara tidaklangsung selaras dan sekata dengan sifat atau nature sastera Islami itu sendiri yang bersifatc alamiyyah dan shumuliyyah.

    Hakikatnya, definisi yang telah diberikan oleh para sarjana dunia Arab walaupunmasih boleh diperbaiki, dikritik dan dilakukan penambah baikan, namun secarakeseluruhannya telah merangkumi dan menepati arah dan matlamat yang ingin dituju olehsastera Islami. Tanpa mengenepikan elemen seni dan indah dalam mengutarakan sesuatuungkapan serta sasaran objek yang meliputi unsur-unsur yang wujud seperti kejadian alam,manusia dan kehidupan, faktor keselarasan dengan tasawur dan pandangan Islam yangsebenar juga tidak dipinggirkan sama sekali dalam pembinaan definisi sastera Islami. Faktorini sebenarnya yang bertindak sebagai pemisah dalam membezakan sastera Islami dengansastera bukan Islami. Juga, menjadi kekuatan dan nadi utama dalam menonjolkan

    kehebatan dan keunikan sastera Islami sebagai sebuah sastera alternatif masa kini.Beralih kepada pandangan sarjana alam Melayu pula, secara umumnya keseluruhandefinisi sastera Islami yang telah direncanakan oleh sebahagian sarjana dan tokohkesusasteraan di alam Melayu khususnya di Malaysia telah memperlihatkan kerencamandan kepelbagaian definisi yang dibina oleh mereka. Secara khususnya, kebanyakan definisiyang dilontarkan oleh sarjana alam Melayu adalah bersifat ringkas namun padat danmempunyai pengertian serta cakupan yang luas. Kebanyakan mereka lebih gemarmemberikan definisi yang pendek dan tidak meleret-leret. Ini boleh ditinjau menerusi definisiYusof Zaki Yaacob dan Mana Sikana yang menyimpulkan bahawa sastera Islami adalahsastera untuk berdakwah kepada masyarakat.

    Selain itu, definisi yang dikemukakan oleh Ismail Ibrahim, Muhammad Uthman El-Muhammady dan Shahnon Ahmad pula cenderung dalam menyatakan bahawa sastera

    Islami itu sewajibnya ditulis oleh penulis yang berakidahkan tauhid kepada Allah SWT. Inidapat dilihat secara terus menerusi ungkapan-ungkapan yang digunakan oleh mereka dalammemberikan definisi sastera Islami seperti contoh ungkapan “berasaskan tauhid” oleh IsmailIbrahim, “sastera kerana Allah SWT” oleh Shahnon  Ahmad, dan “seni suci” oleh MuhammadUthman El-Muhammady. Ungkapan-ungkapan tersebut secara langsung memberikanpemaknaan dan isyarat bahawa tugas penulis dan pengkarya itu terletak di bahu penulismuslim dan menjadi kewajipan kepada mereka untuk menyebarkan risalah Islam kepadakhalayak menerusi medium kesusasteraan.

    Ini sama sekali berbeza dengan pendirian Kassim Ahmad yang lebih bersifat terbukadan liberal dalam memberikan definisi sastera Islami. Beliau mendakwa sastera Islami bolehditulis oleh sesiapa sahaja tanpa mengira agama dan kepercayaan yang dianuti asalkanbertepatan dan selari dengan estetika Islam. Kenyataan Kassim Ahmad ini secara

    objektifnya tidak menepati semangat sastera Islami itu sendiri. Ini kerana sastera Islami

  • 8/18/2019 Al-Qanatir Vol 3 No 1

    24/74

     Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies. Vol. 3. No. 1 (2016)

    eISSN: 2289-9944

    20

    www.al-qanatir.com

    secara tunjangnya adalah bersumberkan al-Quran dan seharusnya menjadi tanggung jawabkepada orang Islam amnya dan penulis muslim khususnya untuk memelihara keaslian dankesuciannya daripada dinodai oleh mereka yang tidak bertanggung jawab (MustaffaSuhaimi, 1977). Kesimpulannya, definisi yang dilontarkan oleh Kassim Ahmad selayaknyaditolak bagi memelihara kesucian sastera Islami itu dan Islam secara keseluruhannya.

    Seterusnya, melihat kepada keseluruhan definisi sastera Islami yang diberikan olehpara sarjana dan ilmuwan dunia Arab dan alam Melayu, terdapat empat kesimpulan pentingyang dapat dirumuskan.

    Pertama, kebanyakan definisi yang dilontarkan oleh sarjana dunia Arab lebihmementingkan pemerian ungkapan “berseni dan indah” dalam pembinaan definisi sasteraIslami mereka. Ini sama sekali berbeza dengan pendekatan pembinaan definisi oleh sarjanaalam Melayu yang lebih menitik beratkan pemerian definisi yang ringkas dan padat namunmempunyai maksud dan pengertian yang tersirat.

    Kedua, kebanyakan definisi yang diberikan oleh sarjana dunia Arab banyakmeletakkan gambaran objek seperti alam, manusia, kehidupan dan lain-lain sedangkanberdasarkan definisi yang diberikan oleh sarjana alam Melayu, amat sedikit pemerihalanmengenai objek dan kebanyakkannya adalah disandarkan kepada umum.

    Ketiga, definisi sastera Islami yang dikemukakan oleh kebanyakan sarjana dan tokohdunia Arab meletakkan syarat asas untuk diterima sebagai karya sastera Islami antaranyamestilah selari dengan worldview   dan syariat Islam. Ini sama sekali berbeza denganpendekatan pemerian definisi oleh sarjana alam Melayu yang lebih gemar merumuskansyarat-syarat tersebut dalam satu ungkapan yang ringkas dan padat.

    Keempat, walaupun mempunyai kepelbagaian takrifan dalam mengungkapkandefinisi sebenar sastera Islami, ini tidak menjarakkan tujuan dan matlamat akhir kesemuamereka yang bertungkus lumus memberikan idea untuk pengukuhan definisi tersebut. Padahakikatnya, kesemua mereka bersatu hati dalam menyuarakan matlamat akhir sastera Islamisemata-mata untuk kemuliaan al-din al-Islamiyy   dan untuk meninggikan kalimah tauhidmelalui medium kesusasteraan. Hakikatnya, perbezaan yang wujud hanyalah berkisar

    kepada aspek luaran seperti struktur perkataan dan kombinasi ayat namun secaradalamannya matlamat dan tujuan akhir tetap menuju kepada garisan penamat yang sama.

    PENUTUPSecara keseluruhannya, kepelbagaian definisi sastera Islami yang dikemukakan oleh parasarjana dunia Arab mahupun alam Melayu tidak menghalang kepada satu pengintegrasianidea dan pemikiran untuk membawa aliran ini kepada satu peringkat yang tertinggi dandihormati. Meskipun wujud bermacam pengertian dan maksud mengenai sastera Islami,namun secara realitinya kesemua mereka masih berpegang dan bersandarkan kepadaprinsip tauhid serta berpaksikan kepada fundamental akidah, syariat dan akhlak tanpa ragu.Kepelbagaian yang wujud meskipun mungkin dilihat tidak enak pada satu sudut, tapihakikatnya ia saling lengkap-melengkapi bagi menuju kepada satu kesempurnaan yang

    hakiki.

  • 8/18/2019 Al-Qanatir Vol 3 No 1

    25/74

     Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies. Vol. 3. No. 1 (2016)

    eISSN: 2289-9944

    21

    www.al-qanatir.com

    BIBLIOGRAFIal-Basha, c Abd al-Rahman Ra’fat. 1998. Nahw Madhhab Islamiyy Fi al-Adab Wa al-Naqd .

    Cyprus: Dar al-Adab al-Islamiyy. Burayghish, Muhammad Hasan. 1996.  Al-Adab al-Islamiyy Usuluhu Wa Simatuhu. Beirut:

    Mu’assasat al-Risalah.

    Buzwaynah, c Abd al-Hamid. 1990. Nazariyyat al-Adab Fi Dhawq al-Islam. Amman: Dar al-  Bashir.

    al-Daym, Sabir c Abd. 2002. Al-Adab al-Islamiyy Bayn al-Nazariyyat Wa al-Tatbiq. t.tp: Dar al-  Shuruq.

    el-Muhammady, Uthman. 1977. Memahami Islam, Insan, Ilmu Dan Kebud ayaan. Kelantan:  Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.

    Ismail Hamid. 1982.  Arabic and Islamic Literary Tradition. Kuala Lumpur: Utusan  Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    Ismail Ibrahim. 1977. Tulisan Yang Berasaskan Tauhid . Dewan Sastera Ogos.Kassim Ahmad. 1987. Menuju Sebuah Teori Sastera Islam: Jawapan Kepada Shahnon

      Ahmad. Dlm. Kassim Ahmad & Shahnon Ahmad (pnyt). Polemik Sastera Islam, hlm.  17-27. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Khalil, cImad al-Din. 1987. Madkhal Ila Nazariyyat al-Adab al-Islamiyy . Beirut: Mu’assasat al-  Risalah.

    al-Kilaniyy, Najib. 1987.  Al-Islamiyyah Wa al-Madhahib al-Adabiyyah. Beirut: Mu’assasat al-  Risalah.

    al-Kilaniyy, Najib. 1992. Madkhal Ila al-Adab al-Islamiyy . Beirut: Dar Ibn Hazm.Macaliqiyy, Munzir. 2004. Dirasah Naqdiyyah Fi al-Adab al-Islamiyy . Lubnan: Mu’assasah al-

      Hadithah Li al-Kitab.al-Mahs, c Abd al-Jawad Muhammad. 2000.  Al-Adab al-Islamiyy Bayn al-Asalah Wa al-

      Muc asirah. Iskandariyyah: Dar al-Misriyyah.Mana Sikana. 1983. Sastera Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana (M) Sdn.

      Bhd.

    Mohd Kamal Hassan. 1977. Sastera Islam Satu Jenis Litterature Engagee. Dewan Sastera  Ogos.Mustaffa Suhaimi. 1977. Sastera Islam. Dewan Sastera Ogos.al-Nadwiyy, Muhammad al-Ra’bi al-Hasaniyy. 2005.  Al-Adab al-Islamiyy Wa Silatuhu Bi al-

    Hayah. Dimasyq: Dar Ibn Kathir.Nurazmi Kuntum. 1991. Teori Dan Pemikiran Sastera Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur:

      Dewan Bahasa dan Pustaka.Qutb, Muhammad. 1983. Manhaj al-Fan al-Islamiyy . Beirut: Dar al-Shuruq.Qutb, Sayyid. 1983. Fi al-Tarikh Fikrah Wa Minhaj . Beirut: Dar al-Shuruq.al-Rida, Sacad Abu. 1996. Fi Jamaliyyat al-Adab al-Islamiyy al-Namuzaj Wa al-Nazariyyat .

      t.tp: al-Majmucat al-Muttahidah.Rosni Samah. 2015. Pemikiran Sastera Islam Dalam Perkembangan Sastera Arab Moden.

      Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu. Vol.3. Bangi: Institut Alam dan  Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia.

    S. Othman Kelantan. 1987.  Arah Pemikiran Sastera Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti  Kebangsaan Malaysia.

    Shafie Abu Bakar. 1980. Sastera Melayu Dan Islam. Dlm. Gabungan Penulis Islam Malaysia  (GAPIM) (pnyt). Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Islam. Kuala Lumpur: GAPIM.

    Shahnon Ahmad. 1980. Sastera Melayu Dan Islam. Dlm. Gabungan Penulis Islam Malaysia  (GAPIM) (pnyt). Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Islam. Kuala Lumpur: GAPIM.

    Shahnon Ahmad. 1981. Kesusasteraan Dan Etika Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti  Sdn. Bhd.

    Shahnon Ahmad. 1987. Sastera Islam Berteraskan Pandangan Hidup Islam. Dlm. Kassim  Ahmad & Shahnon Ahmad (pnyt). Polemik Sastera Islam. Kuala Lumpur: Dewan

      Bahasa dan Pustaka.

  • 8/18/2019 Al-Qanatir Vol 3 No 1

    26/74

     Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies. Vol. 3. No. 1 (2016)

    eISSN: 2289-9944

    22

    www.al-qanatir.com

    Subh, c Ali c Ali. 1987. Al-Adab al-Islami Bayn al-Nazariyyat Wa al-Tatbiq. t.tp: t.pt.

  • 8/18/2019 Al-Qanatir Vol 3 No 1

    27/74

     Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies. Vol. 3. No. 1 (2016)eISSN: 2289-9944 

    23www.al-qanatir.com 

    “…AND NARRATE FROM THE CHILDREN OF ISRAEL AND THERE IS NO HARM…”:MAKING SENSE OF THE USE OF ISRĀ’ĪLIYYĀT  IN MUSLIM SCHOLARSHIPi 

    Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razalii, Ahmad Yunus Mohd Noor ii & Jaffary Awangiii 

    i (Corresponding author ). Akidah and Religion Studies Program, Faculty of Leadership and Management,

    Universiti Sains Islam Malaysia. [email protected] Department of Theology and Philosophy, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    [email protected] Department of Theology and Philosophy, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia.

     [email protected]

     ___________________________________________________________________

    AbstractIslam has a relationship with the other Abrahamic faiths, namely Judaism and Christianity,through the concept of Wi ḥdah al-Dī n. This concept affects Islam in many ways. Not only itaffects in the principal matters of faith, such as the belief in the other prophets, but it alsoaffects belief in the previous sacred revelations, such as the Tawr āh, Zabūr and Inj ī l. From this

    belief in the previous sacred revelations, some Muslims resort to the Isrā’īliyyāt  to understandIslam. Nevertheless, to use sources from other religions to understand Islam, specifically inthis case of Isrā’īliyyāt , seems confusing and perplexing. Chronologically, polemic on the useof Isrā’īliyyāt   had begun since the age of the Prophet Muhammad. This issue is not onlyrestricted to the Muslim circle, but it also prompts questions from the Jews and the Christiansas to why Muslims would source the Torah and the Bible to understand Islam. This paperhighlights issues related to the use of Isrā’īliyyāt   in Muslim scholarship by exposing some positions in the Islamic rulings and the shar ī c ah justifications for these positions. These positions in the Islamic rulings and its sharī c ah justifications are extracted through the use oftextual analysis methodology. It is suggested that from understanding these justifications thatone can make sense of the use of Isrā’īliyyāt  in Muslim Scholarship. It is also suggested thatfrom this principal understanding of the use of Isrā’īliyyāt   in Muslim scholarship, the Biblical

    interpretation in the Islamic contexts should be developed and discussed by the present andfuture scholars of Muslim-Christian studies. 

    Keywords: Isrā’īliyyāt , Wi ḥdah al-Dī n, Children of Israel, Muslim Scholarship and ComparativeStudy of Religions. ___________________________________________________________________

    INTRODUCTIONIslam has a relationship with the other Abrahamic faiths, namely Judaism and Christianity,through the concept of wi ḥdah al-dīn or unity of religion. In Islam, the concept of wi ḥdah al-dīn is described in the al-Quran, al-Sunnah and the words of prominent Muslim scholars (Sūrahal-Aḥqāf  46: verse 9, al-Nisa’ 4: verse 163-165, al-Shūrā 42: verse 15, al-Bukhāriyy, 1998,

    Hadith no. 6442 & Hadith no. 3534; Ibn Kathīr , 2002, Vol. 2; al-Nadwiyy, 1974; c Abd Al-Razzāq Raḥī m, 2001 and Al-Zuḥayliyy, 1422H, vol. 3).

    This concept affects Islam in many ways, including in the principal matters of faith suchas the belief in the other prophets and the belief in the previous sacred revelations, such asthe Tawr āh, Zabūr  and Inj ī l . From this belief in the previous sacred revelations, some Muslimsresort to the Isrā’īliyyāt  to understand Islam. Nevertheless, to use sources from other religionsto understand Islam, specifically in this case of Isrā’īliyyāt , seems confusing and perplexing. Itis questionable as how can Islam, as an established religion which is affiliated by the secondlargest population of the world, sources out another religion to understand itself? In similarway, can Judaism or Christianity be understood through the lenses of Islam?

    i  This paper was originally presented at the International Conference on Biblical Interpretation in the Islamic

    Contexts, organized by The Centre for Muslim-Christian Studies, Oxford, on 1 – 3 September 2015 at St. Stephen’sHouse, Oxford, UK. The authors would like to acknowledge with many thanks to the Department of Public Service,Malaysia and Ministry of Higher Education, Malaysia for sponsoring this research.

  • 8/18/2019 Al-Qanatir Vol 3 No 1

    28/74

     Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies. Vol. 3. No. 1 (2016)eISSN: 2289-9944 

    24www.al-qanatir.com 

    Chronologically, polemics on the use of Isrā’īliyyāt  had begun since the age of theProphet Muhammad (peace be upon him), where diverse stands were taken, shown andtaught by the Prophet (peace be upon him) to his companions (may Allah be satisfied withthem). Furthermore, this issue is not only restricted to the Muslim circle, but it also promptsquestions from the Jews and the Christians as to why Muslims would source the Torah andthe Bible to understand Islam, whether as borrowing (Geiger, 1898; Zwemer, 1900, & 1907,Goldziher, 1971 & Noldeke et. al. 2013), intertextual ex