al mawaiz al badiah 1 - 20

31

Upload: abu-harith

Post on 25-Jun-2015

99 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

Karangan Maulana As Syeikh Abdur Rauf Fanshuri Acheh

TRANSCRIPT

Page 1: Al Mawaiz Al Badiah 1 - 20

Segala pengajaran yang

indah-indah

Page 2: Al Mawaiz Al Badiah 1 - 20

Hai segala anak Adam lelaki dan perempuan! Percayakan oleh kamu akan segala pengajaran ini jangan engkau syak akan dia kerana segala pengajaran ini setengahnya aku ambil daripada perkataan Allah Ta’ala dan setengahnya aku ambil daripada perkataan Rasulullah S.A.W

(Dan setengahnya) aku ambil daripada perkataan sahabat Radiyallahu ‘anhum, (dan setengahnya) aku ambil daripada perkataan auliya’ Allah Radiyallahu ‘anhum (dan setengahnya) aku ambil daripada perkataan hukama’ dan ulama’ yang amilin rahimahullah ‘alaihim.

(Hai anak Adam), taruhkan pada sisi kau jangan kamu beri jauh akan dia dan tilik akan kamu kepadanya sehari sekali atau seJumaat sekali atau sebulan sekali, jangan kamu takhirkan daripadanya mudah-mudahan jadi lembut hati kamu.

(Hai anak Adam), jika kamu percaya akan pengajaran ini serta diamal akan dia, maka kamulah hamba pilihan dan jika kamu mungkar akan dia dan tiada kamu amalkan akan dia, maka kamulah makhluk Allah yang kerugian dan jikalau ada kamu hafaz seribu kitab sekalipun.

(Dan barangsiapa) berkehendak kemenangan di dalam dunia dan akhirat, maka hendaklah menaruh akan kitab ini serta melazimkan menilik ke dalamnya kerana adalah di dalam kitab ini bebarapa pengajaran..

Karangan Maulana As Syeikh Abdur Rauf Fanshuri Acheh

Page 3: Al Mawaiz Al Badiah 1 - 20

Pengajaran Yang Pertama

Berkata Allah S.W.T: Tercengang Aku bagi barangsiapa yang yakin ia akan mati, maka betapa suka ia.(Dan) tercengang Aku barangsiapa yang yakin ia akan hisab (yakni) kira-kira pada hari kiamat, maka betapa menghimpunkan ia akan harta.(Dan) tercengang Aku bagi barangsiapa yang yakin ia akan kubur, maka betapa tertawa-tawa ia dan `ajaiblah Aku, yakni hairanlah Aku bagi barangsiapa yang yakin ia akan akhirat, maka betapa bersenang-senang di dalam dunia.(Dan) tercengang Aku bagi barangsiapa yang yakin ia akan fana dunia dan hilangnya betapa ia mengambil ketetapan ia di dalam dunia.(Dan) tercengang Aku bagi orang yang `alim ia dengan lidahnya dan jahil dengan hatinya.Dan tercenganglah Aku bagi orang yang bimbang ia dengan keaiban manusia padahal lupa ia akan keaiban dirinya.Dan tercenganglah Aku bagi barang yang bersuci ia dengan air pada zahir jua padahal ia tiada menyuci akan hatinya.

Dan tercenganglah Aku bagi orang yang mengetahui ia akan bahawasanya Allah Taala itu Amat Melihat kepadanya, maka betapa ia derhaka akan dia.

Dan tercenganglah Aku bagi orang yang mengetahui ia akan bahawasanya dirinya itu lagi akan mati padahal seorang dirinya dan masuk kubur ia padahal seorang dirinya, maka betapa berjinak-jinak ia dengan segala manusia tiada Tuhan melainkan Allah padahal sebenarnya bermula Muhammad itu hambaKu dan RasulKu.

Page 4: Al Mawaiz Al Badiah 1 - 20

Pengajaran Yang Kedua

Berkata Allah SWT: Aku naik saksi bagi diriKu bahawa tiada Tuhan melainkan Aku jua. padahal EsaKu tiada sekutu bagiKu dan bahawasanya Muhammad itu hambaKu dan RasulKu, dan barangsiapa tiada redha ia akan segala hukumKu dan tiada sabar ia atas segala bala'Ku dan tiada syukur ia akan segala ni'matKu dan tiada memadai ia dengan pemberianKu, maka keluarkan oleh kamu daripada bumiKu dan langitKu, maka tuntut oleh kamu akan Tuhan yang lain daripada Aku.

Dan barangsiapa pagi-pagi ia padahal ia dukacita akan dunia, maka seolah-olah ia marah akan Daku. Dan barangsiapa mengadu-ngadu ia akan kesakitan, maka sungguhnya mengadu-ngadu ia akan Daku.

Dan barangsiapa masuk kepada orang kaya atau bertemu ia dengan dia, maka merendah ia akan dirinya baginya kerana kayanya nescaya hilanglah dua sulus (satu pertiga) agamanya.

Dan barangsiapa menampar ia akan mukanya atau kepalanya kerana kematian, maka seolah-olah ia mengambil ia akan lembing membunuh ia akan Daku dengan dia.

Dan barangsiapa memecah ia akan kayu atas kubur mayat, maka seolah-olah meruntuh ia akan pintu Ka'bahKu dengan tangannya.

Dan barangsiapa berkemeh (kencing) pada barang mana pintu yang masuk ia padanya nescaya memasuk ia akan dia oleh Allah Ta'ala ke dalam neraka jahannam.

Dan barangsiapa tiada ada ia bertambah pada agamanya, yakni tiada bertambah takutnya akan Allah Ta'ala, maka iaitu di dalam kekurangan.

Page 5: Al Mawaiz Al Badiah 1 - 20

Dan barangsiapa ada ia di dalam kekurangan, maka mati itu terlebih baik baginya dan barangsiapa mengamal ia akan ilmu yang telah mengetahui ia nescaya memberi akan dia oleh Allah swt akan ilmu yang tiada mengetahui ia, dan barangsiapa panjang angan-angannya nescaya tiada hasil dengan dia amalnya.

Pengajaran Yang Ketiga

Berkata Allah Tabaraka wa Ta'ala: Hai anak Adam, padakan oleh kamu dengan yang sedikit supaya kayalah engkau dan tinggalkan olehmu dengki supaya senanglah hatimu dan jauhkan olehmu akan segala yang haram supaya ikhlaskan akan agama.

Dan barangsiapa meninggal ia akan mengumpat-umpat akan seseorang nescaya zahirlah kasih baginya.

Dan barangsiapa menjauhkan dirinya daripada segala manusia nescaya sejahteralah ia daripada fitnah mereka itu.

Dan barangsiapa sedikit perkataannya nescaya sempurnalah aqalnya.

Dan barangsiapa redha ia dengan barang yang sedikit, maka sungguh percaya ia akan Allah Ta'ala.

(Hai anak Adam), engkau dengan barang yang engkau ketahui tiada engkau amalkan, maka betapa engkau menuntut akan ilmu yang belum engkau ketahui.

Hai anak Adam, engkau kerjakan di dalam dunia seolah-olah engkau tiada mati selama-lamanya dan engkau himpunkan akan harta seolah-olah engkau kekal selama-lamanya.

Hai dunia, dinding olehmu akan daku daripada orang yang loba (tamak) akan dikau dan daripada orang yang mengkehendak kelebihan daripadamu dan jadikan olehmu akan dirimu manis pada mata segala orang yang menilik kepadamu dan segala orang yang gemar kepadamu.

Page 6: Al Mawaiz Al Badiah 1 - 20

Pengajaran Yang Keempat

Berkata Allah Ta’ala: Hai anak Adam, barangsiapa berpagi-pagi padahal dukacita ia akan dunia nescaya tiadalah bertambah daripada Allah Ta'ala melainkan jauh dan tiada bertambah di dalam dunia melainkan penyakit dan tiada bertambah di dalam akhirat melainkan murka dan melazim oleh Allah Ta'ala akan hatinya dukacita yang tiada berkeputusan daripadanya selama-lamanya dan melazim oleh Allah Ta'ala akan hatinya bimbang yang tiada selesai daripadanya selama-lamanya dan akan papa yang tiada merasai kaya selamanya.

(Hai anak Adam), pada tiap-tiap hari kurang ia daripada umurmu dan engkau tiada tahu dan datang akan dikau pada tiap-tiap hari rezekimu padahal engkau tiada memuji akan Daku, maka tiada engkau padakan dengan yang sedikit dan tiada kenyang engkau dengan yang banyak.

(Hai anak Adam), tiada jua pada tiap-tiap hari melainkan datang akan dikau rezekimu daripada pihakKu dan tiada daripada tiap-tiap malam melainkan mendatang akan Daku oleh malaikat daripada pihakmu dengan amal yang keji dan engkau makan akan rezekiKu padahal engkau derhaka akan Daku dan engkau minta daripada Aku, maka Aku perkenankan bagimu.

(Bermula) kebajikanKu kepadamu turun la dan kejahatanmu kepadaKu naik ia, maka sebaik-baik Tuhan dan sebaik-baik yang menolong bagimu Aku dan sejahat-jahat hamba itu engkau bagiKu dan engkau pinta daripadaKu, maka beri akan dikau dan Aku tutup atasmu akan suatu kejahatan kemudian daripada suatu kejahatan dan satu aib kemudian daripada satu aib.

Bermula Aku itu malu Aku daripadamu dan engkau itu tiada malu daripadaKu dan engkau lupa akan Daku dan engkau ingatkan akan yang lain daripadaKu dan engkau takut akan manusia dan tiada engkau takutkan akan Daku dan engkau takut daripada marah manusia dan tiada

Page 7: Al Mawaiz Al Badiah 1 - 20

engkau takutkan akan murkaKu.

Pengajaran Yang Kelima

Berkata Allah Ta'ala: (Hai anak Adam), jangan ada engkau setengah daripada orang yang taksir (menangguh) ia akan taubat dan panjang angan-angan dan harap ia akan kebajikan akhirat dengan ketiadaan amal engkau.

Kata seperti kata orang yang soleh: Dan engkau perbuat seperti perbuatan munafiq jika aku beri akan dikau tiada engkau padakan dan jika tiada aku beri akan dikau tiada engkau sabar. Dan engkau suruhkan akan orang dengan berbuat kebajikan padahal engkau tiada engkau perbuat akan dia. Dan engkau tegahkan akan orang yang lain daripada berbuat kejahatan padahal tiada engkau tegahkan aku akan dirimu daripadanya. Dan engkau kasih akan segala orang yang soleh padahal engkau tiada daripada mereka itu, yakni tiada engkau keriakan seperti amal mereka itu. Dan engkau bencikan akan segala orang munafiq padahal engkau daripada mereka itu. Engkau kata akan barang yang tiada engkau perbuat dan perbuat barang yang tiada aku suruhkan. Dan engkau tuntut kesempurnaan dan tiada engkau menyempurnakan.

(Hai anak Adam), tiada daripada tiap-tiap hari yang datang melainkan bermula bumi itu berkata ia akan dikau dengan katanya berkata ia bagi mu.

(Hai anak Adam), engkau berjalan atas belakangku dan tempat kembalimu kepada perutku jua dan tertawa-tawa engkau atas belakangku dan engkau menangis di dalamperutku dan engkau memakan akan tiap-tiap yang keinginanmu atas belakangku dan memakan akan dikau oleh ulat di dalam perutku.

(Hai anak Adam), Akulah rumah yang liar tempat orang yang duduk di dalamnya dan Akulah tempat menanyai Mungkar wa

Page 8: Al Mawaiz Al Badiah 1 - 20

(dan) Nakir dan Akulah tempat seorang dan Akulah tempat yang amat kelam dan Akulah tempat berdagang dan Akulah tempat kesunyian daripada segala kerabat dan segala sahabat, maka ramaikan olehmu akan Daku dengan mengerjakan segala amal yang soleh dan jangan engkau lupai akan Daku.

Pengajaran Yang Keenam

Berkata Allah Subhanahu wa Ta'ala: (Hai anak Adam), tiada Aku jadikan akan kamu supaya banyak Aku dengan kamu daripada sedikit dan tiada Aku jadikan akan kamu supaya bertaulan Aku dengan kamu daripada safarKu dan liarKu dan tiada supaya minta tolong Aku dengan kamu atas pekerjaan yang lemah Aku daripadanya dan tiada kerana mengambil manfaat Aku daripadamu dan tiada kerana menolak mudharat dengan kamu dan tetapi Aku jadikan akan kamu supaya jadi kamu mengenal akan Daku dan kamu menyembah akan Daku dan kamu perbuat segala suruhKu dan kamu tinggal akan tegahKu pada seumur hidup kamu dan syukurkan akan ni'matKu akan sebagai syukur yang banyak dan kerana kamu ucap tasbih akan Daku pada pagi-pagi dan petang-petang.

(Hai anak Adam), jikalau bahawasanya awal kamu dan akhir kamu manusia kamu dan jin kamu dan orang yang mati kamu dan orang yang hidup kamu dan yang kecil kamu dan yang besar kamu dan yang muda kamu dan yang tua kamu dan yang merdeka kamu dan segala hamba kamu jika muafakat dan berhimpun mereka itu semuanya atas berbuat taat akan Daku nescaya tiada menambah oleh yang demikian itu pada KebesaranKu dan KerajaanKu akan seberat zarrah jua pun dan barangsiapa bersungguh ia berbuat taat akan Daku, maka hanyasanya bersungguh ia mengasih ia faedah bagi dirinya dan bahawasanya awal ka m u d a n a k h i r k a m u d a n h i d u p k a m u d a n m a t i k a m u dan kecil kamu dan besar kamu dan merdeka kamu dan segala hamba kamu dan manusia kamu dan jin kamu jika muafakat dan berhimpun mereka itu atas berbuat maksiat akan Daku nescaya tiada mengurang ia daripada demikian itu daripada KebesaranKu seberat zarrah jua pun.

(Dan) barangsiapa bersungguh-sungguh ia atas berbuat maksiat

Page 9: Al Mawaiz Al Badiah 1 - 20

akan Daku hanya bersungguh-sungguh ia atas berbuat mudharat ia bagi dirinya jua bahawasanya Allah Ta'ala Amat Kaya daripada sekalian alam.

(Hai anak Adam), seumpama kamu sakitkan akan Daku, Aku sakitkan akan kamu, yakni seumpama kamu derhakakan akan Daku, Aku seksakan akan kamu seperti engkau perbuat akan Daku, Aku perbuat akan dikau.

Pengajaran Yang Ketujuh

Berkata Allah Subhanahu wa Ta'ala: "Hai hambaKu, bermula dinar dan dirham bahawasanya Aku jadikan keduanya bagi kamu supaya kamu makan dengan keduanya akan rezekiKu dan kamu pakaikan dengan keduanya segala kainKu dan supaya kamu ucap tasbih akan Daku dan kamu ucap takdis (mensucikan) akan Daku, kemudian kamu ambilkan akan kitabKu, maka kamu jadikan akan dia ke belakang kamu dan kamu ambilkan akan dinar dan dirham, maka kamu jadikan akan keduanya itu ke atas kepala kamu dan kamu tinggikan dengan dia akan segala rumah kamu dan kamu rendahkan akan rumahKu dan kamu hiaskan segala rumah kamu dan kamu runtuhkan akan rumahKu dan kamu jinak akan rumah kamu dan kamu liarkan akan rumahKu, maka bukanlah kamu itu orang yang baik dan pilihan dan bukanlah kamu itu orang yang merdeka, tetapi kamu itu dinamai hamba dunia dan orang yang menghimpunkan hartanya di dalam dunia.

Bermula umpama kamu itu seperti umpama kubur yang dilaburkan dengan kapur dilihat pada zahirnya baik dan bathinya jahat seperti demikianlah kamu berbaik akan diri kamu akan manusia dan kamu berkasih-kasihan kepada manusia dengan segala lidah kamu yang manis dan segala perbuatan kamu dan jauhkan diri kamu daripada Aku dengan segala hati kamu yang keras dan segala kelakuan kamu yang khabis (keji).

(Hai anak Adam), ikhlaskan olehmu akan ilmu dan jangan engkau pinta daripada Aku maka bahawasanya Aku beri akan dikau terlebih banyak dan terlebih balk daripada orang yang menuntut akan dia oleh orang yang meminta.

Page 10: Al Mawaiz Al Badiah 1 - 20

Pengajaran Yang Kelapan

Berkata Allah Subhanahu wa Ta'ala: (Hai anak Adam), tiada Aku jadikan akan kamu itu sia-sia dan tiada Aku jadikan akan kamu itu bertempat dan tiada Aku lalai daripada barang yang kamu perbuat dan bahawasanya Aku bagi kamu itu yang mengetahui dan tiada bagi kamu peroleh akan barang yang daripada Aku melainkan dengan kamu sabar atas barang yang kamu bencikan pada menuntut keredhaanKu.

Bermuda sabar bagi kamu atas berbuat taat akan Daku itu terlebih mudah bagi kamu daripada sabar atas berbuat maksiat akan Daku.

Bermuda meninggalkan dosa itu terlebih mudah bagi kamu daripada kamu rasai azab akhirat.

Bermula azab dunia itu terlebih mudah daripada azab akhirat.

(Hai anak Adam) semua hanya kamu sesat melainkan barangsiapa yang Aku tunjuk akan dia dan sekalian kamu itu binasa melainkan barangsiapa yang Aku lepaskan akan dia dan sekalian kamu itu jahat melainkan barangsiapa yang Aku peliharakan dia, maka taubat oleh kamu akan Daku, nescaya Aku kasih akan kamu dan jangan kamu binasakan akan segala rahsia kamu daripada barangsiapa yang tiada bersembunyi rahsia kamu.

Page 11: Al Mawaiz Al Badiah 1 - 20

Pengajaran Yang Kesembilan

Berkata Allah Ta'ala: (Hai anak Adam), jangan engkau laknatkan akan segala makhluk, maka kembalilah laknat itu atas kamu, yakni jangan kamu katakan si fulan laknat Allah atau binatang ini laknat Allah, yakni jauh daripada rahmat Allah.

(Hai anak Adam), berdirilah tujuh petala langit di dalam hawa', yakni dalam lapang dan kosong dengan tiada tiang, dengan nama yang satu daripada segala namaKu dan tiada betul hati kamu yang satu dengan seribu pengajaran daripada kitabKu.

Hai segala manusia, seperti tiada lembut batu di dalam air demikianlah tiada memberi balas pengajaran pada hati kamu yang keras.

Hai anak Adam, betapa kamu naik saksi bahawasanya kamu hamba Allah kemudian kamu derhaka akan Dia dan betapa kamu dakwa akan bahawasanya mati itu sebenarnya padahal kamu benci akan dia dan kamu katakan dengan segala lidah kamu akan barang yang di dalam hati kamu sangka akan yang demikian itu kecil padahal la pada Allah Ta'ala itu amat besar.

Page 12: Al Mawaiz Al Badiah 1 - 20

Pengajaran Yang Kesepuluh

Berkata Allah Ta'ala: (Hai) segala manusia, telah datang akan kamu dalil yang amat nyata.

Hai segala manusia, te lah datang akan kamu pengajaran daripada Tuhan kamu dan ubat bagi penyakit yang di dalam hati kamu, maka tiada kamu berbuat baik melainkan bagi barangsiapa yang buat baik kepada kamu dan tiada kamu berhutang melainkan bagi orang yang memperhutang ia akan kamu dan tiada kamu berkata melainkan dengan orang yang berkata ia dengan kamu dan tiada kamu beri makan melainkan bagi orang yang memberi makan ia akan kamu dan tiada kamu permulia melainkan bagi orang yang mulia ia akan kamu.

(Maka) tiada bagi seorang itu kelebihan hanyasanya yang kelebihan itu orang mu'min yang kamil (sempurna) mempercayai mereka itu akan Allah Ta'ala dan akan RasulNya, iaitu orang yang mengasih mereka itu akan orang yang berbuat jahat kepada mereka itu dan berhubung mereka itu akan orang yang memotong ia akan mereka itu dan memberi mereka itu akan orang yang tiada memberi ia akan mereka itu dan menyentosa mereka itu akan orang yang menakut ia akan mereka itu dan berkata mereka itu dengan orang yang tiada berkata ia dengan mereka itu dan memulia mereka itu akan orang yang menghina ia akan mereka itu dan bahawasanya Aku atas kamu itu yang amat menghukumkan dengan barang perbuatan kamu.

Page 13: Al Mawaiz Al Badiah 1 - 20

Pengajaran Yang Kesebelas

Berkata Allah Ta'ala: Hai segala manusia, hanyasanya dunia itu kampung bagi orang yang tiada kampung baginya dan harta bagi orang yang tiada harta baginya, dan baginya menghimpunkan oleh orang yang tiada akal baginya dan dengan dia beroleh kesukaan oleh orang yang tiada yakin baginya dan atasnya loba oleh orang yang tiada tawakkal baginya clan menuntut akan segala keinginannya oleh orang yang tiada ma'rifah baginya.

(Maka) barangsiapa berkehendak ia akan ni'mat yang hilang dan hidup yang putus maka sanya menganiayai akan dirinya dan derhaka ia akan Tuhannya dan lupa ia akan akhiratnya dan memperdaya akan dia oleh dunianya.

(Dan) tinggalkan olehmu hai segala manusia akan dosa yang zahir dan dosa yang batin bahawasanya segala mereka itu yang mengerjakan dosa itu lagi akan dibalas akan mereka itu dengan barang yang telah ada mereka itu mengerjakan dia.

(Hai anak Adam), pohonkan olehmu daripada Aku dan berniaga olehmu dengan Daku dan jual-beli olehmu dengan Daku dan pinta sempurna olehmu daripada Aku, maka loba kamu padaKu barang yang tiada pernah melihat oleh mata dan dada pernah mendengar oleh telinga dan tiada terbicara atas hati manusia dan tiada habis perbendaharaanKu dan tiada kurang pun dan Akulah yang banyak Pemberi lagi yang Amat Murah lagi hakim yang Maha Besar lagi yang Menerima Taubat daripada hambaNya lagi yang Amat Mengasih.

Page 14: Al Mawaiz Al Badiah 1 - 20

Pengajaran Yang Ke-12

Berkata Allah Ta'ala: Hai anak Adam, ingatkan oleh kamu akan segala ni'matKu yang telah Aku beri ni'mat atas kamu dan sempurnakan oleh kamu akan janjiKu yang Aku suruhkan kepada kamu supaya Aku sempurnakan akan janji kamu dan kepadaKu jua kembali kamu dan seperti tiada engkau tahu jalan melainkan dengan dalil yang menunjuk demikianlah tiada jalan kepada syurga melainkan dengan amal dan seperti tiada kamu himpunkan harta melainkan dengan lelah dan payah.

Demikianlah tiada kamu masuk ke dalam syurga melainkan dengan sabar atas ibadat akan Daku, maka hampir olehmu akan dirimu kepadaKu dengan mengerjakan segala sunat dan tuntutkan olehmu akan keredhaanKu dengan redha segala miskin dan gemarkan olehmu kepada rahmatKu dengan kamu duduk serta segala ulama, maka bahawasanya rahmatKu itu tiada menceraikan mereka itu sekejap mata jua pun.

(Hai anak Adam), dengar olehmu barang yang Aku kata dengan sebenarnya bahawasanya barangsiapa takabbur ia atas segala orang yang miskin nescaya Aku himpunkan akan dia pada hari kiamat atas rupa semut yang kecil. Dan barangsiapa merendahkan diri bagi orang yang alim nescaya Aku angkatkan akan dia di dalam dunia dan di dalam akhirat. Dan barangsiapa mendatang ia bagi membukakan satu `aib bagi orang Islam nescaya membukakan oleh Allah Ta'ala akan `aibnya tujuh puluh kali 'aib.

Dan barangsiapa menhina ia akan orang papa maka sungguhnya menzahir ia akan Daku dengan berperang. Dan barangsiapa percaya ia akan

Page 15: Al Mawaiz Al Badiah 1 - 20

Daku nescaya berjabat tangan akan dia oleh malaikat di dalam dunia pada batin dan di dalam akhirat itu pada zahir.

Pengajaran Yang Ke-13

Berkata Allah Ta'ala: (Hai anak Adam), beberapa daripada pelita sanya memadam akan dia oleh angin.

Dan beberapa orang yang `abid sanya membinasakan akan dia oleh ujub. Dan beberapa daripada orang yang kaya sanya membinasakan akan dia oleh kayanya.

Dan beberapa daripada orang yang papa sanya membinasakan akan dia oleh papanya.

Dan beberapa daripada orang yang sihat sanya membinasakan akan dia oleh `afiat.

Dan beberapa daripada orang yang `alim sanya membinasakan akan dia oleh ilmunya jika jikalau tiada orang tua yang rukuk dan orang yang khusyu' dan kanakkanak yang menyusu dan binatang yang berlata-lata nescaya Aku jadikan langit yang di atas kamu itu besi tiada turun daripadanya hujan dan Aku jadikan bumi itu soffan - soffan tiada suatu pun tumbuh-tumbuhan atasnya dan Aku jadikan tanah itu akan abu dan tiadalah Aku turun atas kamu daripada langit akan setitik hujan pun tiadalah Aku tumbuhkan bagi kamu pada bumi itu akan suatu biji jua pun dan Aku tuangkan atas kamu itu akan azab.

Page 16: Al Mawaiz Al Badiah 1 - 20

Pengajaran Yang Ke-14

Berkata Allah Ta'ala: (Hai anak Adam), ikut olehmu akan Daku, yakni berbuat taat oleh kamu akan Daku dengan sekadar hajat kamu kepada syurgaKu dan berbuat maksiat oleh kamu akan Daku dengan sekadar kuasa kamu sabar atas nerakaKu. Dan jangan kamu tilik kepada ajal kamu yang kemudian dan kepada rezeki kamu yang hadir sekarang, dan jangan kamu tilik kepada dosa kamu yang tersembunyi.

Bermula sesuatu itu binasa melainkan Dzat Allah Ta'ala baginya jua segala hukum dan kepadaNya jua kamu kembali.

Pengajaran Yang Ke-15

Berkata Allah Ta'ala: Bermula agama kamu dan daging kamu dan darah kamu itu, jika baik agama kamu nescaya baiklah amal kamu dan daging kamu dan darah kamu; maka jika binasa agama kamu nescaya binasalah amal kamu dan daging kamu dan darah kamu dan jangan ada kamu seperti sumbu pelita yang menerang nur akan dirinya dan menerang ia segala akan manusia.

(Hai anak Adam), keluarkan olehmu akan mengasih dunia daripada hatimu, maka bahawasanya Aku tiada Aku himpunkan akan kasih akan Daku dan kasih akan dunia pada hati yang satu selama-lamanya. Dan pelahankan olehmu akan dirimu pada menghimpunkan rezekimu, maka bahawasanya rezeki itu sudah terbahagi dan loba itu ditegahkan dan kikir itu yang dicelakan dan ni'mat dunia itu tiada kekal dan menghabis-habis pada menuntut rezeki itu celaka dan ajal itu berhad yang

Page 17: Al Mawaiz Al Badiah 1 - 20

diketahui dan yang sebenar itu yang diketahui.

Bermuda sebaik-baik ilmu hikmah itu takut akan Allah Ta'ala, dan sebaik-baik kaya itu memadakan dengan yang sedikit, dan sebaik-baik bekal itu takut akan Allah Ta'ala, dan sebaik-baik barang yang dikurniai pada hati itu yakin akan Tuhan, dan sebaik-baik barang yang diberi akan kamu itu afiat pada badan dan iman dan amal.

(Dan) sejahat-jahat perkataan kamu itu dusta, dan sejahat-jahat nasihat itu namimah, yakni mengadu-ngadukab, yakni lalat merah, dan tiada Tuhanmu itu menganiayai akan segala hambaNya.

Pengajaran Yang Ke-16

Berkata Allah Ta'ala: Hai segala mereka itu yang membawa iman akan Allah Ta'ala. Mengapa kamu kata barang yang tiada kamu kerjakan, dan kerana apa kamu suruhkan padahal kamu tiada kamu kerjakan, dan kerana apa kamu himpunkan akan barang yang tiada kamu makan akan dia, dan kerana apa kamu tegahkan daripada suatu yang tiada kamu tegahkan diri kamu itu daripadanya, dan beberapa daripada taubat sehari kemudian sehari dan kamu lambatkan setahun kemudian setahun kerana apa tiada kamu bicarakan. Adakah kamu terpelihara daripada mati atau adakah kamu lepas daripada neraka atau adakah sudah kamu tahqiqkan akan kemenangan dengan syurga atau adakah antara kamu dan antara Tuhan itu janji.

Akan tetapi mendustakan akan kamu oleh nikmat dan membinasakan akan kamu oleh orang dan mendayakan akan kamu daripada dunia ini oleh panjang angan-angan, maka tiada kamu beroleh sihat dan sejahtera. Dan takutkan olehmu akan diri kamu daripada panjang angan-angan, maka bahawasanya ajal kamu itu maklum lagi berhad. Dan segala rahsia kamu semua hanya itu lagi akan terbuka, dan segala tirai kamu itu pun dibinasakan, maka takut olehmu akan Allah Ta'ala, hai yang mempunyai bicara, mudah-mudahan kamu beroleh kemenangan dan dahulukan olehmu, yakni belanjakan oleh kamu kepada yang memberi manfaat bagi diri kamu pada akhirat akan barang yang ada daripada tanganmu.

(Hai anak Adam), bahawasanya engkau didatangkan serta ilmu jua jika baik ilmumu baiklah datangmu kepada Tuhanmu. Dan jika jahat ilmumu nescaya jahatlah datangmu kepada Tuhanmu. Dan pada tiap-tiap hari itu kuranglah umurmu hari daripada yang engkau keluar daripada perut ibumu dan daripada sehari kepada sehari bertambahlah hampirmu kepada kuburmu

Page 18: Al Mawaiz Al Badiah 1 - 20

hingga masuklah engkau kepadanya.

(Hai anak Adam), bermula umpama kamu di dalam dunia ini seumpama lalat ketika jatuh ia ke dalam manisan, lalai ia di dalamnya seolah-olah kekal ia di sana. Demikianlah engkau di dalam dunia ini, maka janganlah ada kamu seperti pelita yang menawan ia akan dirinya dan menerang ia bagi lainnya.

Pengajaran Yang Ke-17

Berkata Allah Ta'ala: (Hai anak Adam), perbuat olehmu akan barang yang Aku suruhkan akan kamu. Dan jauh olehmu daripada barang yang Aku tegahkan akan kamu daripadanya nescaya Aku jadikan akan kamu hidup yang tiada merasai mati selama-lamanya. Dan Aku itu hidup yang tiada merasai mati selama-lamanya. Apabila Aku kata bagi suatu itu ‘kun’ ertinya jadilah engkau, maka jadilah ia.

(Hai anak Adam), apabila adalah katamu itu baik dan ilmumu itu jahat, maka engkau penghulu munafiq, dan apabila adalah zahirmu itu baik dan batinmu itu jahat. maka engkau daripada segala orang yang binasa lagi menipu mereka itu akan Allah Ta'ala padahal Allah Ta'ala itu menipu akan mereka itu, maka tiada menipu mereka itu melainkan diri mereka itu jua padahal mereka itu tiada. tahu.

(Hai anak Adam), tiada kamu masuk syurga melainkan orang yang merendahkan diri kerana membesarkan akan Daku. Dan serta siang dan malam itu ingat la akan Daku: dan menegah ia akan nafsunya daripada segala keinginan nya kerana membesar akan Daku, maka Aku pulangkan akan orang yang dagang. dan Aku sentosakan akan orang yang fakir dan Aku muliakan akan anak vatim, dan adalah Aku bagi anak yatim itu seperti bapa yang penyayang, Dan adalah Aku bagi perempuan yang bujang itu seperti, suaminya yang penyayang.

Maka barangsiapa adalah segala perkara itu sifatnya nescaya adalah Aku

Page 19: Al Mawaiz Al Badiah 1 - 20

itu yang mengasih baginya apabila meminta ia daripada Aku suatu nescaya Aku beri akan dia, dan Akulah yang Memberi lagi yang Amat Murah.

Pengajaran Yang Ke-18

Berkata Allah Ta'ala: (Hai anak Adam), kepada beberapa perkara yang engkau mengadu-ngadu akan Daku pada t iada seorang yang seumpama Aku yang engkau dakwakan, dan manakala engkau pinta daripada Aku dan Aku perkenankan daripadamu.

Demikian itu dan beberapa engkau mungkar akan nikmatKu padahal tiada Aku tegahkan dan manakala engkau kufurkan akan Daku padahal Aku tiada Aku aniayai bagi segala hamba dan manakala engkau ringan-ringan akan kitabKu pada tiada Aku beratkan akan dikau barang yang tiada kuasa engkau dan kepada beberapa masa yang engkau benci akan Daku padahal tiada aku benci akan dikau dan kepada beberapa masa engkau mungkar akan Daku padahal tiada bagimu Tuhan yang lain daripada Aku, maka apabila sakit engkau, maka bahawasanya Aku tabib yang menyembuhkan akan Dikau.

Bermula sembuhmu itu daripada Aku tiada daripada yang lain daripada Aku, maka sungguhnya engkau mengadu-ngadukan akan Daku dan amarah engkau akan hukumKu. Dan apabila Aku turunkan hujan dari langit atasmu dengan turun yang sempurna., maka kamu kata dihujankan dengan bintang anu, maka sanya kufurlah kamu akan Daku. Dan percayalah kamu akan bintang yang tiada percaya kamu akan Daku.

Bahawa Aku jua menurunkan rahmat atasmu kadar yang ditaqdirkan sukatan lagi dibilangkan lagi ditimbang lagi dibahagikan dan apabila mendapat oleh seorang kamu darurat lebih atas tiga hari

Page 20: Al Mawaiz Al Badiah 1 - 20

nescaya berkata akan seorang manusia padahal tiada Aku rasakan akan kebajikan, maka sanya mungkar ia akan ni'matKu.

Dan barangsiapa menegah ia akan zakat daripada hartanya, maka sanya meringan-ringan iia akan kitabKu.

Dan apabila mengetahui telah masuk waktu sembahyang padahal tiada bersegera ia akan sembahyang, maka sanya lalai ia akan Daku.

Pengajaran Yang Ke-19

Berkata Allah Ta'ala: (Hai anak Adam), sabar olehmu dan rendahkan olehmu akan dirimu, nescaya Aku tinggikan akan dikau, dan syukur olehmu akan ni'matKu, nescaya Aku tambah bagimu. Dan minta ampun olehmu daripada Aku nescaya Aku ampun bagimu dan apabila engkau minta daripada Aku nescaya Aku perkenankan bagimu dan taubat olehmu kepadaKu nescaya Aku terima akan taubatmu dan pohon olehmu kepadaKu nescaya Aku berikan akan dikau dan beri sedekah olehmu daripada Aku nescaya Aku beri berkat bagimu pada rezekimu dan ,sebutkan olehmu akan kasihmu nescaya Aku tambah akan umurmu dan tuntut o lehmu dar ipada Aku akan sembahyangmu nescaya Aku lanjutkan akan sihatmu.

Bermula sejahtera itu di dalam seorang, bermula ikhlas itu di dalam warak dan gemar itu di dalam taubat dan kaya itu di dalam memadakan dengan yang sedikit.

(Hai anak Adam), betapa engkau tamak akan ibadat serta penuh perutmu dengan makanan dan betapa tamak pada mengasih akan Allah Ta'ala serta engkau kasih akan harta dan betapa engkau tamak pada terang hatimu serta banyak engkau tidur dan betapa engkau tamak pada takut akan Allah Ta'ala serta engkau takut akan papamu dan betapa engkau tamak akan warak serta loba akan dunia dan betapa engkau tamak akan

Page 21: Al Mawaiz Al Badiah 1 - 20

keredhaan Allah Ta’ala dengan tiada engkau kasih akan segala orang yang miskin

dan lagi betapa engkau tamak akan keredhaan Allah Ta’ala serta kikirmu dan bertapa engkau tamak akan ilmu serta engkau kasih dunia dan kasih akan puji dan betapa engkau tamak akan bahagia serta sedikit ilmu mu dan betapa engkau tamak akan negeri yang baqa' (akhirat) serta engkau tamak kepada negeri yang fana (dunia) dan betapa engkau tamak akan kebajikan padahal engkau berbuat jahat dan betapa engkau tamak akan sejahtera daripada seksa padahal engkau yang dimurkai oleh Allah Ta'ala dan betapa engkau tamak akan sembuh padahal engkau yang sakit.

Pengajaran Yang Ke-20

Berkata Allah Ta'ala: (Hai) segala manusia, tiada jenis kehidupan serta tadbir, yakni perintah dan bicara dan tiada wara' seperti menahan diri daripada menyakiti suatu jikalau binatang sekalipun.

Dan tiada bicara yang terlebih tinggi daripada baik adab, yakni sopan serta Allah Ta'ala.

Dan tiada syafa'at seperti taubat.

Dan tiada ibadat seperti ilmu.

Dan tiada sembahyang seperti takut akan Allah Ta'ala.

Dan tiada kemenangan seperti sabar.

Dan tiada bahagia seperti taufiq, yakni menolong oleh Allah Ta'ala akan hambaNya atas berbuat taat.

Dan tiada pakaian yang terlebih indah daripada akal.

Dan tiada taulan yang terlebih jinak daripada ilmu

Page 22: Al Mawaiz Al Badiah 1 - 20