aktiviti dan permainan ( servis)
DESCRIPTION
permainanTRANSCRIPT
Objektif
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah untuk melatih murid-murid membuat servis
dalam pelbagai jenis teknik. Servis merupakan teknik asas bagi permainan pingpong.
Oleh itu, aktiviti pengukuhan membuat servis amat diperlukan bagi murid-murid yang
baru mendekati permainan pingpong ini. Aktiviti yang dibentuk bukan sahaja dapat
melatih kemahiran murid sahaja, malah ia dapat memberi suatu panduan kepada bakal
guru untuk mengajar anak muridnya apabila mereka menamati pelajaran nanti.
A. Kemahiran membuat servis
• Letakkan bola di atas tapak tangan.
• Tangan yang memegang raket perlu berada di atas paras meja dan melepasi garisan hujung meja.
• Lambungkan bola sekurang-kurangnya 16 cm dan ke atas.
• Memukul bola dengan raket dari belakang bola ke hadapan.
• Bola mesti menyentuh bahagian meja di bahagian pemain yang melakukan servis dan ke arah bahagian meja pihak lawan.
B. Kedudukan berdiri dan bersedia (stance)
• Jarakkan kaki dan berdiri mengkangkang lebih luas daripada bahu.
• Kaki kiri bertapak di depan sedikit dari kaki kanan (pemain tangankanan).
• Kaki kanan bertapak di depan sedikit dari kaki kiri (pemain tangankidal.)
• Lutut bengkok sedikit dan “torso” congdong ke hadapan supaya pusatgraviti rendah bertujuan kawalan imbangan.
Aktiviti Gambar rajahSet 1 Aktiviti1: Servis forehand dilantaiFokus : Servis forehand
Langkah-langkah :a. Murid berpasangan.b. Murid melambung dan melakukan servis
forehand.c. Rakan sebaya akan menyambut bola
dengan tangannya.d. Rakan akan melambung dan melakukan
servis forehand kepada murid.e. Selepas itu, ulang perbuatan servis
forehand.
Aktiviti 2: Servis backhand di lantaiFokus : Servis backhand
Langkah-langkah :a. Murid berpasangan.b. Murid melambung dan melakukan servis
backhand.c. Rakan sebaya akan menyambut bola
dengan tangannya.d. Rakan akan melambung dan melakukan
servis forehand kepada murid.e. Selepas itu, ulang perbuatan servis
backhand.
Permainan : Servis ke bakulFokus : Servis Forehand/Backhand
Langkah-langkah :a. Bahagikan murid kepada 5 orang dalam
satu kumpulan.b. Letakkan sebuah bakul/kotak kecil 2
meter dari tempat permulaan.c. Murid melakukan servis memukul bola ke
dalam bakul.d. Setiap murid memukul bola bergilir-gilir.e. Peruntukan masa 2 minit. Ulangi
beberapa pusingan.f. Kemenangan ditentukan berdasarkan
jumlah bola yang dapat dimasukkan ke dalam bakul/ kotak.
Aktiviti Gambar rajahSet 2Aktiviti 1: Lambung dan sambut bola ping pongFokus: Melambung bola
Langkah-langkah :a. Berdiri dalam keadaan yang sesuai.b. Letakkan bola di atas tapak tangan.c. Lambungkan bola ping pong dengan tahap
ketinggian yang sesuai (sekurang-kurangnya 16 cm ke atas)
Aktiviti 2: Melontar ke arah sasaranFokus: Melakukan Pra servis tanpa menggunakan raket
Langkah-langkah :a. Pelatih diberi 5 biji bola ping pong.b. Kertas bersaiz A4 terletak di bahagian
meja ping pong tertentu.c. Bola perlu menyentuh bahagian meja di
bahagian pelatih yang melakukan servis dan ke arah bahagian meja pihak
lawan dan sentuh pada kertas A4.
Permainan: Servis Fokus: Melakukan servis forehand dan backhand dengan menggunakan raket
Langkah-langkah :a. Pelatih diberi 10 biji bola ping pong.b. 5 peluang untuk servis forehand dan 5
peluang untuk servis backhand.c. Service yang dilakukan harus sentuh pada
kertas A4.d. Setiap sentuhan dikirakan 1 markah.
Aktiviti Gambar rajah
Set 3:
Aktiviti 1: Melantun bolaFokus: Servis
Langkah-langkah :a. Berdiri dalam keadaan sedia.b. Tangan pegang bola.c. Melantun bola ke atas.d. Menyambut bola dengan tangan.e. Mengulangi dari langkah pertama
Aktiviti 2: Membuka servisFokus: Buka servis
Langkah-langkah :a. Berdiri dalam keadaan sedia.b. Sebelah tangan memegang papan ping
pong dan sebelah tangan lain memegang bola.
c. Melantun bola ke atas.d. Membuka servis dengan forehand.
Permainan: Melepasi halanganFokus: Buka servis
Langkah-langkah :a. Berdiri dalam keadaan sedia.b. Sebelah tangan memegang papan ping
pong dan sebelah tangan lain memegang bola.
c. Melantun bola ke atas.d. Membuka servis dengan forehand.e. Bola harus elak daripada terkena
halangan yang terletak di atas meja pingpong.
Aktiviti Gambar rajah
Set 4:
Aktiviti 1: Backhand membuka servisFokus: Bola tidak boleh tinggi daripada garisan.
Langkah-langkah :a. Berdiri di sebelah kanan dalam keadaan
sedia.b. Melantun bola.c. Menggunakan backhand membuat servis.
Aktiviti 2: Forehand membuka servisFokus: Bola tidak boleh tinggi daripada garisan.
Langkah-langkah :a. Berdiri di sebelah kiri dalam keadaan sedia.b. Melantun bola.c. Menggunakan forehand membuat servis.
Permainan: Menjatuhi ke dalam sasaranFokus: Ketepatan membuat servis
Langkah-langkah :a. Berdiri dalam keadaan sedia.b. Melantun bola.c. Menggunakan forehand atau backhand
membuat servis.d. Bola yang terjatuh ke dalam sasaran akan
mendapat mata.
Aktiviti Gambar rajahSet 5Aktiviti 1: Servis Sasaran KananFokus: Berkebolehan melakukan kemahiran servis Forehand.
Langkah-langkah:a. Sediakan sekeping A4 kertas di atas
penjuru kanan meja ping pong.b. Murid-murid berdiri di garisan belakang
meja untuk melakukan 10 kali servis Forehand.
c. Setiap servis perlu melepasi jaring dan kena pada A4 kertas.
Aktiviti 2:Servis Sasaran KiriFokus: Berkebolehan melakukan kemahiran servis Backhand.
Langkah-langkah:a. Sediakan sekeping A4 kertas di atas
penjuru kiri meja ping pong.b. Murid-murid berdiri di garisan belakang
meja untuk melakukan 10 kali servis Backhand.
c. Setiap servis perlu melepasi jaring dan kena pada SA4 kertas.
PermainanNama: BowlingFokus: Servis Forehand dan Backhand
Langkah-langkah:a. Sediakan 6 botol vitagen atau cawan
styrofoam di atas penjuru kanan meja ping pong.
b. 5 orang dalam satu kumpulan.c. Setiap murid melakukan 5 kali servis
Forehand ke botol vitagen.d. Setiap murid melakukan servis bergilir-gilir.e. Ulang aktiviti dengan melakukan 5 kali
servis Backhand.f. Kemenangan ditentukan berdasarkan
jumlah botol vitagen yang berjaya jatuh.
Kedudukan botol vitagen.
Rujukan
1. Cheng Hoo Siang, Chee Shin Lian, Soo Yuan Hun, Lee Su Hao, dan Hew Tet Chow.
2011. Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah Sukan
Ping Pong Sekolah Rendah. Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Cheng Hoo Siang, Chee Shin Lian, Soo Yuan Hun, Lee Su Hao, dan Hew Tet Chow.
2011. Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah Sukan
Ping Pong Sekolah Menengah. Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
3. Asas Permainan Sukan Ping Pong.
http://www.i sukan.upm.edu.my/pingpong%281%29.pdf