agama yahudi (dupp)
TRANSCRIPT
-
8/2/2019 Agama Yahudi (DUPP)
1/27
Kertas Ilmiah
AGAMA YAHUDI
MUQADDIMAH
Firman Allah Taala yang bermaksud : "Sesungguhnya kami telah mengambil perjanjiandari bani Israil,dan telah kami utus kepada mereka para rasul.Tetapi setiap datang seorang
rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak diingini oleh hawa nafsu mereka,
(maka)sebahagian dari para rasul itu mereka dustakan dan sebahagian yang lain mereka
bunuh" . (al-Maidah : 70)
Firman Allah Taala yang bermaksud : "Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang
yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya "Ini dari
Allah" , (dengan maksud ) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatanitu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka
sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka akibat dari apa yang mereka kerjakan"
. (al-Baqarah : 79)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Berbicaralah mengenai Bani Israil dengan
seluas-luasnya. Sesiapa yang mendustakan ke atas ku secara sengaja , maka dia telah
menempah tempat tinggal di dalam neraka" .
Bagi mereka yang ingin mengkaji Agama Yahudi, masyarakatnya dan yang berkaitan dengan
permasalahan keagamaan Yahudi, mereka tidak akan temui jawapan yang sempurna dan
terperinci melainkan dengan melalui penghayatan terhadap kitab perjanjian lama. Di dalam
kitab tersebut mengandungi lembaran-lembaran sejarah kelahiran dan perkembangan Bani
Israil. Maka dengan ini si pengkaji dapat memahami keperibadian seseorang yang beragama
Yahudi dalam semua aspek kehidupan keagamaan dan politik.
1 / 27
-
8/2/2019 Agama Yahudi (DUPP)
2/27
Kertas Ilmiah
Golongan sarjana pengajian perbandingan agama yang terdiri dari orang-orang Yahudi dan
selainnya telah bersepakat bahawa kitab perjanjian lama yang berada di tangan kita sekarang
bukannya sebuah kitab yang asal dan tulen seperti yang pernah diturunkan oleh Allah kepada
Nabi Musa a.s. Sepanjang perjalanan sirah Orang-orang Yahudi , mereka begitu berpegang
dengan Taurat dan ajarannya walaupun golongan sarjana Yahudi telah mengiktiraf kepalsuankitab Taurat mereka. Inilah yang menjadi kehairanan kepada diri saya sehingga memaksa saya
mengajak para pembaca berfikir sejenak untuk mencari jawapan di sebalik permasalahan ini.
Saya berpendapat bahawa ia tersirat di sebalik kebanggaan orang-orang Yahudi iaitu mereka
adalah "Bangsa Allah yang terpilih". Manakala bangsa yang lain hanya diciptakan
untuk berkhidmat kepada mereka. Justeru itu, tidaklah hairan jika kita dapati hidup berasingan
merupakan satu tradisi dan kebanggaan bagi mereka. (Sesungguhnya kamu adalah bangsa
yang suci bagi tuhan kamu dan kamu dipilih oleh tuhan untuk menjadi ummat yang khusus dikalangan semua bangsa di muka bumi) Safar pengulangan 7/16.
Jadi, dari sini dapatlah diketahui rahsia yang menjadi pendorong kepada bangsa Yahudi agar
berpegang teguh dengan kitab Taurat atau dengan kata lain kitab Taurat berjaya menghimpun
bangsa Yahudi untuk menghayatinya dan menjadi satu bangsa yang mempunyai keperibadian
yang berbeza dari bangsa lain.
Kajian mengenai ilmu sejarah keagamaan memberi kesan yang amat mendalam dalam
membentuk sesebuah masyarakat. Ini kerana ilmu tersebut merupakan kunci bagi kita
memahami akan pegangan aqidah yang dianuti oleh sesebuah masyarakat.
Melalui kertas kerja yang ringkas dan tak seberapa ini, saya akan cuba memperkatakan
mengenai sejarah kelahiran dan perkembangan Bani Israil, kitab-kitab suci seperti Taurat,
beberapa permasalahan perbandingan mazhab dan aliran yang menjadi anutan dalam agamaYahudi dan penyelewengan serta pendirian Islam terhadap permasalahan ini. Saya berharap
dengan perbincangan ini dapatlah memberi sedikit gambaran agama Yahudi dan
penyelewengan serta tabiat semulajadi orang-orang Yahudi.
Buat akhirnya, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dapat menyiapkan kertas
kerja ini dan tidak lupa juga kepada isteri saya yang banyak membantu saya.
2 / 27
-
8/2/2019 Agama Yahudi (DUPP)
3/27
-
8/2/2019 Agama Yahudi (DUPP)
4/27
Kertas Ilmiah
3. ISRAEL
Israel ialah kalimah Ibrani yang membawa maksud "kamu mengalahkan Tuhan". Iaadalah gelaran yang diberikan oleh Tuhan-tuhan orang-orang Yahudi yang bernama Yahwu
kepada Nabi Yaacub selepas Nabi Yaacub dapat mengalahkan Tuhan di dalam pergaduhan di
antara mereka berdua. Yahwu berkata : "selepas ini, jangan lagi kamu dipanggil dengan
nama Yaacub malah panggillah Israel kerana kamu bersungguh-sungguh dan telah
mengalahkan aku". Safar pembentukan alam 32/28.
SEJARAH KELAHIRAN YAHUDI
Agama Yahudi walaupun ianya salah satu daripada agama langit namun ianya amat berbeza
daripada dua saudaranya Nasrani dan Islam. Ini dapat dilihat daripada hubungan di antara
sejarah dan ajaran agama Yahudi.
1. Agama Yahudi diperingkat awalnya lahir dibumi Palestin dan persekitarannya yang
merangkumi Iraq, Mesir, Jordan, Syria dan Lubnan. Kawasan ini juga dikenali dengan namaAntara dua Sungai, Furat dan Dajlah. Kawasan ini berada di suatu kedudukan yang paling
strategik di mana ia menghubungkan antara tiga benua; Asia, Eropah dan Afrika.
2. Penduduk asal kawasan ini terdiri daripada beberapa kabilah yang datang dari Semenanjung
Arab dan pulau-pulau di persisiran laut Mediterranian.
3. Pada tahun 3000 sebelum masehi, satu kabilah yang bernama Finique telah berhijrah dari
Semenanjung Arab menuju ke Utara kawasan di antara dua sungai dan menetap di sana. Ia
terkenal dengan nama Lubnan. Pekerjaan yang dilakukan oleh orang-orang Finique ialah
nelayan, perniagaan melalui laut dan membina kota-kota besar.
4. Pada tahun 2500 sebelum masehi, sebuah kabilah yang bernama Kan'an juga telah
meningalkan Semenanjung Arab kerana kemarau yang panjang dan menuju ke barat sungai
Jordan serta menetap di persisiran sungai tersebut. Kawasan yang didiami oleh orang-orangKan'an dikenali dengan nama Bumi Kan'an .
4 / 27
-
8/2/2019 Agama Yahudi (DUPP)
5/27
Kertas Ilmiah
5. Sebuah kabilah yang datang daripada kepulauan Creat di lautan Mediterranian yang bergelar
Palestin telah berhijrah ke bumi Kan'an dan menetap di satu kawasan yang bernama Yafa dan
Ghaza. Ini berlaku pada tahun 1200 sebelum masehi. Telah berlaku perkahwinan campur di
antara kabilah Palestin dengan orang-orang Kan'an yang berketurunan Arab dan akhirnya
mereka dikenali dengan orang Palestin dan Tempat tinggal mereka dikenali sebagai TanahPalestin.
6. Adapun orang-orang Aram yang asalnya menetap di bumi Iraq telah meninggalkan tanahair
untuk mencari satu penempatan baru. Akhirnya mereka telah menetap di tanah Syria dan
menjadikan Damsyik sebagai ibu negara mereka dan bekerja sebagai petani dan peniaga. Di
dalam kitab suci Yahudi, orang-orang Aram dikenali sebagai orang Syiria.
7. Di utara Semenanjung Arab, terdapat sebuah negara yang bernama Madyan. Ia adalah
penghubung antara Mesir, bumi Kan'an dan Semenanjung Arab. Pada ketika itu, Madyan
adalah medan peperangan di antara Mesir dan Babylon kerana ia merupakan gurun Sahra'
yang menjadi pintu masuk kepada tanah Palestin dan tanah sekitarnya.
8. Sebuah Kabilah yang bernama Haxsos berketurunan Arab telah menuju ke negara Mesir
disebabkan oleh kemarau yang panjang menimpa mereka dan telah menawan kerajaan Mesirpada ketika itu disebabkan oleh lemahnya tampuk pemerintahan mereka . Mereka telah
memerintah 2098 sebelum masehi hinggalah ke tahun 1587. Di sepanjang pemerintahan
mereka, berlaku beberapa peperangan untuk merampas kembali pemerintahan negara mereka
daripada tangan orang-orang Haxsos. Peperangan tersebut berlaku pada akhir pemerintahan
kerajaan Mesir yang berpusat di Luxor.
9. Di akhir pemerintahan Haxsos, seorang panglima yang bernama Ahmash telah berjaya
menghalau orang-orang Haxsos daripada bumi Mesir dan mengasaskan keluarga yang ke-18kembali memerintah Mesir.
10. Sepanjang tempoh pemerintahan orang-orang Haxsos ke atas negara Mesir, ketika itulah
Bani Israel hidup dengan mendapat keistimewaan daripada kerajaan Haxsos dan mereka telah
ditempatkan di suatu tempat yang terletak di sebelah timur Sungai Nil. Apabila kerajaan Mesir
memerintah kembali negaranya, Bani Israel tidak lagi mengecapi keistimewaan yang pernah
dikecapi suatu masa dahulu dan akhirnya mereka keluar dari negara Mesir dengan diketuai
oleh Nabi Musa a.s.
5 / 27
-
8/2/2019 Agama Yahudi (DUPP)
6/27
Kertas Ilmiah
11. Di antara kabilah yang datang ke kawasan ini (antara dua sungai) ialah kabilah Ibrani
(kalimah Ibrani bermaksud Nabi Ibrahim dan anak-anaknya selain daripada Nabi Ismail a.s dan
keturunannya).
12. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan di Iraq. Bapanya bernama Azar bekerja sebagai pembuat patung
dan menjual kepada penyembah berhala. Melalui hidayat Allah SWT Nabi Ibrahim telah dipilih
untuk membawa risalah Tauhid kepada kaumnya. Malangnya risalah yang dibawa telah
mendapat tentangan yang hebat dari kaumnya sendiri sehinggalah Nabi Ibrahim dibakar
hidup-hidup. Akhirnya Nabi Ibrahim terpaksa berhijrah bersama isterinya Sarah, dua anak
saudaranya Luth dan beberapa teman serta pengikutnya meniggalkan negara Iraq.
13. Dalam perjalanan mencari tempat untuk menyambung kehidupan, mereka telah menuju ke
bumi Syria kemudian meneruskan perjalanan mereka ke bumi Kan'an dan selepas itu ke bumi
Palestin. Di sepanjang perjalanan mereka hanya menternak dan mengembala binatang.
14. Selepas beberapa ketika, Nabi Ibrahim a.s bersama isterinya Sarah telah berhijrah ke Mesir
yang pada ketika itu di bawah pemerintahan Haxsos. Mengikut beberapa riwayat, Maharaja
Mesir tertarik dengan kecantikan Sarah apabila dia ingin menghampiri Sarah tiba-tiba dia
menggigil, maka dia merasa bersalah dan mengembalikan semula Sarah kepada Nabi Ibrahimlalu menghadiahkan pula seorang permaisuri Mesir yang bernama Hajar.
15. Sarah ialah seorang isteri yang mandul maka dia mencadangkan kepada Nabi Ibrahim
supaya mengahwini Hajar. Setelah beberapa lama perkahwinan Ibrahim dan Hajar, mereka
dikurniakan seorang putera yang diberi nama Ismail. Kelahiran Ismail telah menimbulkan rasa
cemburu di hati Sarah lantas dia meminta daripada suaminya agar memisahkan Hajar dan
anaknya daripada mereka berdua.
16. Nabi Ibrahim a.s telah membawa puteranya yang pertama bersama isterinya Hajar menuju
ke suatu tempat yang tidak mempunyai tanaman dan air. Akhirnya tempat tersebut dikenali
sebagai Baitullah.
17. Selepas 14 tahun kelahiran Ismail, isteri Nabi Ibrahim yang pertama iaitu Sarah telah
melahirkan seorang putera yang bernama Ishak. Ishak mempunyai dua orang putera yangbernama Iesu dan Yaacob.
6 / 27
-
8/2/2019 Agama Yahudi (DUPP)
7/27
Kertas Ilmiah
18. Yaacob digelar sebagai Israel dan mempunyai 12 orang anak. Daripada merekalah
datangnya 12 keturunan Bani Israel. Yaacob juga mempunyai empat orang isteri iaitu ;-
i- Laiah; anak sulung kepada bapa saudaranya. Mempunyai enam orang anak iaitu Raubin,
Syam'un, Lawai, Yahouza, Yashaki dan Zabuloun.
ii- Adik kepada Laiah bernama Rahil (isteri yang paling disayangi oleh Yaacob). Mempunyai
dua orang anak iaitu Yusuf dan Bunyamin.
iii- Zalfah; hamba kepada Laiah. Mempunyai dua orang anak iaitu Jadd dan Ashir.
iv- Balhah; hamba kepada Rahil. Mempunyai dua orang anak iaitu Dann dan Naftaley.
BAHASA IBRIAH
19. Sepertimana yang diketahui Nabi Ibrahim telah meninggalkan Kota Babylon bersama
dengan keluarga dan pengikutnya disekitar tahun 1750 sebelum masehi. Bumi yang pertama
dipijak oleh Ibrahim dan pengikutnya ialah tanah Syria tempat tinggal orang-orang Aram.
Kemudian mereka berpindah lagi menuju ke Selatan sehingga mereka menetap di Kan'an. Di
sepanjang perjalanan tersebut sudah semestinya Nabi Ibrahim a.s dan pengikutnya bertemu
dan bergaul dengan pelbagai kaum dan kabilah. Hasil daripada itu, lahirlah di Kalgu Bani Israel
suatu bahasa yang mirip kepada orang-orang Aram yang menyerupai dengan bahasa Arab.
Penggunaan bahasa ini kembali kepada tahun 1200 sebelum masehi kemudian ianya telahluput sebagai bahasa pertuturan dan diganti oleh bahasa Aram pada tahun 200 sebelum
masehi. Selepas daripada itu bahasa Ibrani tidak lagi digunakan melainkan untuk tulisan dan
upacara keagamaan sahaja.
PENGASINGAN BANGSA YAHUDI
20. Jika diperhatikan pada orang-orang Ibrani (Bangsa Yahudi) selepas penghijrahan mereka
7 / 27
-
8/2/2019 Agama Yahudi (DUPP)
8/27
Kertas Ilmiah
daripada tanah Iraq, didapati mereka ini mempunyai satu ciri yang berbeza iaitu suka
mengasingkan diri ke mana mereka pergi dan menetap. Mereka tidak suka bergaul dengan
kabilah lain malah mereka lebih suka hidup sesama mereka di satu tempat yang berasingan di
antara mereka dan kabilah lain. Mereka tidak akan membenarkan sesiapa pun samada di
kalangan mereka sendiri atau orang lain untuk menembusi benteng ini. Sebab-sebabpengasingan ini terbahagi kepada dua perkara :-
i. Perbezaan Aqidah, orang-orang Ibrani beriman dengan ajaran Tauhid yang dibawa oleh Nabi
Ibrahim. Akan tetapi setengah kabilah dan kaum lain menyembah berhala.
ii. Perbezaan Pemikiran, orang-orang Ibrani hidup berpindah randah dan tidak bertamadun.
Berbeza pula dengan kabilah lain yang hidup mene tap, mempunyai ilmu pengetahuan dan
ketamadunan.
21.Tabiat mengasingkan diri dari orang lain telah menjadi satu kebanggaan kepada
orang-orang Ibrani walaupun mereka mempunyai ilmu pengentahuan dan meninggal cara hidup
lama mereka namun tetap mengamalkan tabiat mengasingkan diri dari masyarakat lain. Ini
dapat dilihat di mana-mana tempat yang mereka tinggal.
22. Sikap mengasingkan diri ini telah melahirkan natijah yang negatif terhadap mereka danbangsa lain. Setelah sekian lama sikap ini meresap ke dalam darah daging orang-orang Yahudi
maka timbullah perasaan tidak tenang di dalam jiwa mereka terhadap bangsa lain. Mereka
sentiasa merasa bahawa bangsa lain akan mengkhianati dan menghapuskan mereka. Lantaran
itulah mereka berterusan merancang dan melaksanakan rancangan jahat untuk menghapuskan
bangsa-bangsa lain demi mengembalikan ketenangan jiwa mereka. Daripada perancangan
jahat mereka ialah ajaran Marxis, Darwin, Freemason dan lain-lain.
23. Daripada sikap tersebut juga lahir dalam setiap jiwa orang-orang Yahudi, mereka tidakakan memberi ketaatan kepada mana-mana pemerintahan melainkan pemerintahan Yahudi
sahaja. Mereka sanggup melakukan apa yang tidak terfikir di akal kita demi ketaatannya
kepada bangsa Yahudi.
BANI ISRAEL DI MESIR
24. Pada kurun ke-17 sebelum masehi Mesir diperintah oleh bangsa asing yang bernama
8 / 27
-
8/2/2019 Agama Yahudi (DUPP)
9/27
Kertas Ilmiah
Haxsos sepanjang tempoh 2098-1857 sebelum masehi. Di sepanjang tempoh pemerintahan
Haxsos bangsa Yahudi telah masuk ke Mesir melalui salah seorang anak Nabi Yaacob a.s iaitu
Nabi Yusuf a.s. Kedatangan Bani Israel ke Mesir telah disambut oleh pemerintah Haxsos pada
ketika itu dengan penuh penghormatan.
25. Bani Israel bersama dengan bapa mereka Israel (Yaacob) seramai 70 orang telah mendiami
satu kawasan yang bernama Ghasan terletak di bahagian Timur Mesir. Di sepanjang tempoh
mereka berada di Mesir, mereka hanya melakukan pekerjaan yang senang lagi
menguntungjkan seperti mengembala, membuat perhiasan emas dan perak dan berniaga.
26. Di sepanjang pemerintahan Haxsos ke atas bumi Mesir, Bani Israel mendapat pelbagaikeistimewaan berbanding dengan masyarakat pribumi. Keadaan ini berterusan sehinggalah
panglima yang bernama Ahmash berasal dari keluarga ke-18 kerajaan Mesir berjaya
menghalau orang-orang Haxsos daripada bumi Mesir.
27. Apabila kerajaan Mesir diperintah kembali oleh penduduk asalnya.maka Bani Israel tidak
lagi mendapat keistimewaan sebagaimana terdahulu semasa pemerintahan Haxsos.
Orang-orang Mesir mula mencurigai Bani Israel disebabkan oleh :-
i. keistimewaan yang mereka kecapi di zaman Haxsos telah menim bulkan rasa dengki dan
cemburu dihati orang-orang Mesir.
ii. Selepas kekalahan Haxsos, mereka terpaksa bekerja keras seperti rakyat jelata Mesir dan
tidak mendapat apa yang mereka perolehi di zaman Haxsos
iii sikap mereka yang suka mengasingkan diri dari masyarakat Mesir telah menimbulkan rasa
curiga di kalangan pemerintah. Ini menye babkan mereka bangkit memberontak dan
menimbulkan kacau bilau terhadap kerajaan Mesir.
28. Orang-orang Mesir merasakan sikap masyarakat Yahudi yang suka mengasingkan diri dan
pertambahan bilangan mereka telah menjadi ancaman terhadap keselamatan negara. Maka
mereka merancang untuk menghalang perkara tersebut yang mana pada ketika itu Mesir
diperintah oleh seorang Maharaja dari keturunan Diraja yang ke-19 bernama Ramsis II.
Akhirnya kerajaaan Mesir telah mengeluarkan perintah agar mana-mana anak lelaki yang
dilahirkan di kalangan Bani Israel supaya dibunuh bagi membolehkan perempuan-perempuan
di kalangan mereka mengahwini orang-orang Mesir. Pada ketika itulah lahirnya Nabi Musa a.s.
9 / 27
-
8/2/2019 Agama Yahudi (DUPP)
10/27
Kertas Ilmiah
BANI ISRAEL KELUAR DARI MESIR
29. Setelah berlaku apa yang kita semua ketahui di antara Nabi Musa dan Firaun maka NabiMusa a.s meminta daripada Firaun untuk membawa keluar kaumnya dari bumi Mesir menuju ke
suatu tempat yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka.
30. Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli sejarah, mengenai keluarnya Nabi Musa dan
kaumnya dari bumi Mesir. Setengah riwayat mengatakan bahawa Firaun mempersetujui akan
permintaan Musa dan setengah yang lain mengatakan bahawa Firaun memaksa Musa dan
kaumnya tinggal di bumi Mesir sebagai hamba.
31. Maka Musa dan kaumnya telah menuju ke arah timur. Apabila mereka sampai di persisiran
Teluk Suez mereka dapati di hadapan mereka ialah lautan yang terbentang dan di belakang
mereka, bala tentera Firaun mengejarnya. Maka Nabi Musa pun berdoa kepada Allah lalu
berlaku satu mukjizat yang mengkagumkan. Bani Israel dapat menyeberangi lautan tersebut
dengan selamat dan di waktu yang sama Firaun dan bala tenteranya mati di telan laut.
32. Apabila Musa a.s dan kaumnya telah menjejaki tebing semenanjung Sinai, maka
bermulalah kehidupan baru bagi Bani Israel. Sudah semestinya kehidupan ini berbeza dari
kehidupan yang lama. Di Mesir terdapat pelbagai kemewahan dan kenikmatan berbeza dari
semenanjung Sinai. Kehidupan mereka boleh dikatakan lasak dan mencabar kerana di
sekeliling mereka dipenuhi oleh batu batan yang panas dan terdedah kepada bahang
kepanasan matahari, lebih-lebih lagi sumber air yang jarang di dapati kawasan tersebut .
33. Bani Israel begitu marah dengan kehidupan baru mereka lalu berjumpa dengan Nabi Musaa.s dan meminta daripadanya untuk mengembalikan semula mereka ke Mesir .
34. Nabi Musa a.s telah dipanggil oleh Allah untuk bermunajat kepadaNYA selama 30 hari.
Sepanjang pemergian Nabi Musa a.s untuk bermunajat dan menerima Kitab Taurat, Bani Israil
telah dipimpin oleh saudaranya Nabi Harun a.s .
35. Apabila Nabi Musa a.s terlambat pulang dari bermunajat kepada Allah, Bani Israel mula
10 / 27
-
8/2/2019 Agama Yahudi (DUPP)
11/27
-
8/2/2019 Agama Yahudi (DUPP)
12/27
Kertas Ilmiah
kepada mereka.
40. Bani Israel telah disesatkan oleh Allah di sebuah padang yang luas bernama Tieh selama40 tahun. Sepanjang tempoh tersebut Allah telah mematikan mereka yang ingkar terhadap
suruhan Nabi-NYA dan diwaktu yang sama telah wafatlah Nabi Harun a.s kemudian diikuti oleh
Nabi Musa a.s.
41. Setelah kewafatan Nabi Musa a.s, Bani Israel dipimpin oleh seorang muridnya yang taat
dan berjiwa pahlawan iaitu Yusha' Bin Nun. Dengan kepimpinan Yusha' dan ketabahan Bani
Israel mereka berjaya memasuki tanah Palestin.
BANI ISRAEL DI BUMI PALESTIN
42. Bani Israel telah mendirikan kerajaan mereka di bumi Palestin selama 500 tahun. Di
sepanjang pemerintahan Bani Israel, mereka tidak pernah merasa aman dan damai melainkan
di zaman pemerintahan Nabi Daud a.s dan awal pemerintahan Nabi Sulaiman a.s selama 50
tahun.
43. Sejarah pemerintahan Bani Israel di bumi Palestin telah dibahagikan kepada 3 zaman : -
i. Zaman pemerintahan Qadi (hakim)
ii. Zaman pemerintahan beraja
iii. Zaman perpecahan dan kehancuran
ZAMAN PEMERINTAHAN HAKIM
44. Seperti yang telah disebut di dalam "Safar Al-Qudah" bahawa Zaman
Pemerintahan Hakim selama 4 kurun namun mengikut fakta sejarah ianya hanya 1 kurun
sahaja . Dinamakan Zaman Pemerintahan Hakim kerana yang dipilih di kalangan dua belaspuak Bani Israel mempunyai kuasa tertinggi namun setiap puak mempunyai kebebasan dan
12 / 27
-
8/2/2019 Agama Yahudi (DUPP)
13/27
Kertas Ilmiah
undang-undang tersendiri yang dipimpin oleh ketua mereka yang tertua. Peranan Hakim
hanyalah sekadar menyelesaikan permasalahan yang berlaku di antara puak-puak yang
bertelagah akan tetapi keputusannya tidaklah wajib dipatuhi oleh mereka. Terpulanglah kepada
kepimpinan puak tersebut untuk menerima atau menolak keputusan yang dibuat.
45. Hakim dipilih di kalangan pendita-pendita mereka dan tidak disyaratkan ianya seorang lelaki
malah terdapat juga di kalangan Hakim yang memerintah beberapa orang perempuan.
ZAMAN PEMERINTAHAN BERAJA
46. Pada akhir zaman pemerintahan Hakim, Bani Israel bangkit memberontak di atas kezaliman
yang dilakukan oleh hakim-hakim yang banyak menerima rasuah. Bani Israel telah pergi
berjumpa dengan seorang Nabi di kalangan mereka yang bernama Syamwildan meminta
daripadanya supaya melantik seorang raja bagi menyatukan puak-puak Bani Israel yang
berpecah belah agar dapat mereka berperang di bawah kepimpinannya di bawah
musuh-musuh mereka.
47. Maka Syamwil denagn petunjuk Allah telah melantik Thalut sebagai raja dan panglima
mereka untuk memerangi orang-orang Kan'an.
48. Di dalam satu peperangan yang diketuai oleh Thalut di mana Nabi Daud a.s adalah salah
seorang daripada tentera telah dapat membunuh panglima tentera Kan'an yang bernama Jalut.
Semenjak dari itulah nama Nabi Daud a.s disanjung oleh Bani Israel. Keadaan ini telah
menimbulkan perasaan dendam dan dengki yang membara di dalam hati Thalut menyebabkan
dia bertindak memerangi dan menghalau Nabi Daud a.s.
49. Nabi Daud telah lari menyelamatkan dirinya lalu bergabung dengan orang-orang Kan'an
serta mengambil peluang di atas kelemahan Bani Israel dengan menyerang mereka. Akhirnya
Nabi Daud a.s berjaya menjadi raja yang ke-2 bagi Bani Israel sepertimana yang disebut di
dalam "Safar Syamwil Yang Ke-2".
50. Nabi Daud a.s telah memerintah selama 40 tahun. Pada 7 tahun yang pertama dia
13 / 27
-
8/2/2019 Agama Yahudi (DUPP)
14/27
-
8/2/2019 Agama Yahudi (DUPP)
15/27
-
8/2/2019 Agama Yahudi (DUPP)
16/27
Kertas Ilmiah
59. Kepulangan orang-orang Yahudi ke negara mereka di zaman pemerintahan Parsi tidak
ubah seperti daripada kepulangan beberapa keluarga untuk menziarahi sanak saudara. Mereka
lebih suka hidup di dalam buangan daripada kembali ke Palestin.
60. Mereka yang pulang dan menetap di Palestin telah bekerjasama dengan panglima Iskandar
Al-Makdoni untuk menyerang Palestin dan menentang kerajaan Parsi. Selepas kewafatan
Iskandar, Palestin diperintah oleh kerajaan Rom. Di sepanjang pemerintahan tersebut, Bani
Israel bangkit memberontak pemerintah mereka sehinggalah pada tahun 70 masehi kerajaan
Rom telah menghukum mereka dengan memusnahkan kediaman mereka dan menghalau
mereka keluar dari Palestin.
61. Pada zaman pemerintahan kerajaan Rom ke atas Palestin, lahirlah seruan yang dibawa
oleh Nabi Isa a.s untuk mengajak Bani Israel ke jalan yang benar akan tetapi seruan tersebut
ditolak oleh mereka.
62. Pada tahun 135 masehi sekali lagi Bani Israel bangkit memberontak menentang kerajaan
Rom. Di dalam pemberontakan tersebut, kerajaan Rom telah membunuh sesiapa sahaja yang
mereka temui dari kalangan Bani Israel. Mereka yang terselamat dari penghapusan etnik
kerajaan Rom telah lari ke serata dunia dan bumi Palestin telah sunyi daripada Bani Israel.
63. Ketika Saidina Umar r.a. membuka Baitul Maqdis pada tahun 636 m, tidak seorang pun
yang berketurunan Yahudi berada di kota suci itu. Di antara syarat penyerahan kota suci ke
tangan orang islam ialah tidak dibenarkan seorang pun orang Yahudi mendiami kota suci ini.
KITAB SUCI ORANG YAHUDI
64. Dikalangan orang-orang Yahudi terdapat dua kitab suci iaitu:-
a . Perjanjian lama.
b . Talmut.
16 / 27
-
8/2/2019 Agama Yahudi (DUPP)
17/27
Kertas Ilmiah
65. Melihat kepada pendapat yang terkuat, kitab perjanjian lama adalah lebih utama dari kitab
Talmut walaupun ada dikalangan sarjana pengajian ilmu ketuhanan mengatakan bahawa kitab
Talmut lebih utama dari kitab perjanjian lama. Namun, saya lebih cenderung kepada pendapat
yang pertama dan akan membicarakan mengenai kitab perjanjian lama sahaja dengan
menyentuh pengamalan terhadap kitab Talmut
66. Kitab Talmut ialah tulisan tulisan riwayat-riwayat yang dinukilkan daripada pendita-pendita
Yahudi dari generasi ke generasi. Talmut bolehlah dianggap sebagai pentafsilan kepada ajaran
yang terdapat di dalam kitab perjanjian lama.
67. Kitab perjanjian lama merupakan kitab suci di kalangan orang-orang Yahudi dan Kristian.Namun, terdapat perbezaan diantara mazhab Katolik dan Prosteston dalam mengiktiraf
beberapa Safar dalam kitab perjanjian lama.
68. Mazhab Katolik mengiktiraf sebanyak 46 Safar termasuklah 5 Safar Musa yang dinamakan
dengan Taurat. Manakala Prosteston pula, hanya mengiktiraf 39 Safar sahaja termasuk Safar
Musa (Taurat).
69. Kitab suci perjanjian lama merupakan ajaran, syariat, akhlak, bacaan, doa dan sejarah
perjalanan Bani Israel. Ia terbahagi kepada Safar-safar yang boleh diertikan sebagai
surah-surah di dalam Al-Quran. Selain itu, ia juga terbahagi kepada Al-Ashah. Beberapa Ashah
pada setiap Safar adalah sama pengertian dengan hizib di dalam surah-surah Al-Quran.
70. Kitab perjanjian lama terbahagi kepada 4 bahagian utama :-
a . Kitab Musa atau Safar 5 ( Pantateuch ).
b . Safar-safar sejarah.
c . Safar-safar doa dan syair.
d . Safar kenabian.
Saya akan membicarakan secara ringkas mengenai Safar Musa atau Taurat manakala bakinyaakan disebut pengenalannya sahaja. Ini kerana Safar Musa atau Taurat merupakan kesimpulan
17 / 27
-
8/2/2019 Agama Yahudi (DUPP)
18/27
Kertas Ilmiah
ajaran yang dibawa dalam agama Yahudi.
SAFAR MUSA
71. Safar Musa dikenali sebagai Safar 5 atau Taurat. Ia adalah sebahagian dari kitab perjanjian
lama dan mengandungi 5 Safar iaitu:-
a . Safar ciptaan alam.
b . Safar penghijrahan.c . Safar pengulangan.
d . Safar Kaum Lawai.
e . Safar Bilangan.
72. "Safar ciptaan alam" diberi nama sempena sejarah penciptaan alam, Adam dan
Hawa yang diturunkan ke bumi bersama anak-anaknya setelah memakan pohon yang dilarang.
Ia juga menceritakan tentang Nabi Nuh a.s. dengan peristiwa taufan, Nabi Ibrahim serta
keturunannya Ishak dan Yaakub, Nabi Yaakub dan anak-anaknya, Nabi Yusuf dankehidupannya di Mesir dan berakhir dengan kisah kematian Nabi Yusuf a.s.
73. "Safar penghijrahan" pula mengisahkan tentang keadaan Bani Israel selepas
kewafatan Nabi Yusuf dan kezaliman raja Mesir terhadap mereka. Ia juga mengandungi cerita
mengenai kelahiran Nabi Musa a.s., mukjizat yang Allah berikan kepadanya, kisahnya yang
membawa Bani Israel keluar dari Mesir dan berjaya menyeberangi lautan sehinggalah mereka
sampai ke timur Jordan. Safar ini juga menceritakan tentang 10 wasiat yang diwahyukan oleh
Allah kepada Nabi Musa sebagai ajaran dan larangan kepada Bani Israel.
74. "Safar kaum Lawi" dinisbahkan kepada puak Levi yang mana ia adalah salah
satu dari 12 puak Bani Israel. Hasil dari keturunannya, lahir Nabi Musa dan Nabi Harun a.s.
Safar ini merupakan safar yang menceritakan tentang syariat dan perundangan yang perlu
dipatuhi oleh orang-orang Yahudi dalam kehidupan seharian mereka.
75. "Safar bilangan" pula bersempena dengan peristiwa Nabi Musa yang membilang
18 / 27
-
8/2/2019 Agama Yahudi (DUPP)
19/27
Kertas Ilmiah
pemuda-pemuda yang berumur dalam lingkungan 20 tahun ke atas selepas mereka terselamat
dari Firaun - Mesir iaitu seramai 603550 orang kecuali pemuda dari puak
Levi.
76. "Safar Ulangan" pula ialah safar yang mengulangi dan menyempurnakan
hukum-hakam dan syarat yang terdapat dalam safar Levi.
SAFAR SEJARAH
77. Safar Sejarah mengandungi 16 safar iaitu:-
a. Safar Yasyu'. (Seorang panglima perang yang telah berjaya membawa Bani Israel masuk ke
kota Palestin.)
b. Safar Hakim. (Mereka ialah para hakim yang memerintah Bani Israel ketika awal mereka
berada di bumi Palestin.)
c. Safar Raja I.
d. Safar Raja II.e. Safar Raja III.
f. Safar Raja IV.
g. Safar Hari-hari I.
h. Safar Hari-hari II.
i. Safar Raaus. (Nenek kepada Nabi Daud dari sebelah ayahnya.)
j. Safar Azra.
k. Safar Nahmia.
l. Safar Tubia.
m. Safar Astir. (Seorang panglima Israel yang telah berkahwin dengan raja Parsi dan telah
menyelamatkan bangsa Israel.)n . Safar Yahoudid.
o . Safar Mukabi I.
p . Safar Mukabi II.
SAFAR DOA DAN SYAIR.
78. Safar ini mengandungi 6 safar yang bermula dengan:-
19 / 27
-
8/2/2019 Agama Yahudi (DUPP)
20/27
Kertas Ilmiah
a . Safar Ayub. d . Safar Himpunan.
b . Safar Mazanir. e . Safar Lagu.
c . Safar Pujangga. f . Safar Kesedihan Armia.
SAFAR KENABIAN.
79. Safar kenabian terdiri dari:-
a. Ashaia. h. Amus. o. Hiji.
b. Armia. i. Oubdia. p. Zakaria.
c. Barukh. j. Yunan. q. Malakhi.
d. Hazkial. k. Mikha. r. Safar Hikmah.
e. Dania. l. Nahum. s.Yasyu'Sirakh.
f. Husya'. m. Hebkuk.
g. Yuail. n. Sofnia.
80. Kitab perjanjian lama merupakan himpunan cerita-cerita dongeng,kata-kata
hikmah,pesanan dan syariat.Uslub penulisannya berbeza diantara satu safar dengan safar
yang lain.Kadang-kadang ia ditulis dalam bentuk syair ataupun biasa dengan membawa roh
yang menggambarkan penderitaan dan kesedihan.Ia juga kadang-kadang ditulis dalam bentuk
yang ganas dan tidak bertamadun.
BEBERAPA PERSOALAN PERBANDINGAN.
81.a. Ketuhanan seperti yang terdapat dalam kitab perjanjian lama.
b. Sifat-sifat tuhan dalam kitab perjanjian lama.
c. Sifat-sifat para nabi dalam kitab perjanjian lama.
d. Hari Kiamat.
82. Sesungguhnya semua agama yang diturunkan oleh Allah menyeru kepadamentauhidkannya. "Sesungguhnya telah kami utuskan untuk semua ummah para utusan
20 / 27
-
8/2/2019 Agama Yahudi (DUPP)
21/27
Kertas Ilmiah
bagi mengajak mereka menyembah Allah dan menjauhkan diri daripada Thoghut". (Surah
al-Nahl : 26).
83. Begitulah peranan para rasul dan nabi dalam mentauhidkan Allah. Nabi Musa adalah nabi
yang pertama diutuskan oleh Allah untuk umat Israel. Beliau mengajak umat Israel menyembah
Allah dan mengesakan-Nya. Ini jelas terdapat dalam Al-Quran juga At-Taurat walaupun telah
diselewengkan seperti yang disebut di dalam wasiat 10 yang berbunyi:- "Jangan ada di
kalangan kamu tuhan yang lain di hadapanku. Jangan kamu mengambil patung yang diukir
atau sesuatu gambar dan apa-apa yang ada di langit di atas dan di bawah, di dalam air dan di
bawah bumi. Janganlah sekali-kali kamu sujud kepada tuhan selain dariKu dan menyembah
mereka." -Safar penghijrahan Ishah ke-20, ayat 3.
84. Kitab perjanjian lama telah menceritakan kepada kita bahawa Bani Israel tidak berpegang
kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa. Contohnya seperti kisah lembu Samiri, mereka
tetap menyembahnya dan mengingkari Allah walaupun Nabi Musa masih hidup. Begitu juga
selepas kewafatan Yusya' bin Nuh, sekali lagi mereka mengsyirikkan Allah. Mereka telah
menyembah apa yang disembah oleh tuhan orang-orang Asyur yang bernama Ba'lim. Salah
seorang raja Bani Israel yang bernama Yusijia telah membersihkan tempat ibadat mereka dari
ribuan berhala dan patung yang disembah dengan menghancur dan membakarnya. Sekaligus
menghalau para pendita yang mengajak Bani Israel menyembah berhala. Di awal perpecahan
kerajaan Israel Yarbaam, raja kerajaan Israel telah membuat sebuah patung yang berupa anaklembu dari emas tulen sebagai sembahan dan tempat penyembelihan bagi orang-orang Yahudi
untuk mengelakkan mereka dari pergi ke Our Shalim, ibu negara kerajaan Yahuza yang
dipimpin oleh Yarbaam.
85. Apabila kita membaca kitab perjanjian lama, kita akan dapati Bani Israel telah beberapa kali
mengsyirikkan tuhan mereka dengan menyembah pelbagai patung sama ada ia dari kaum di
sekeliling mereka atau yang dibuat oleh mereka sendiri.
86. Sifat-sifat tuhan yang terdapat di dalam kitab perjanjian lama merupakan gambaran kepada
kecenderungan Bani Israel dan keperibadian mereka. Jadi, bukanlah suatu perkara yang pelik
jika tuhan yang digambarkan oleh kitab perjanjian lama bersifat ganas, penipu, perompak dan
tidak bermaruah. Seolah-olah mereka menggambarkan bahawa tuhan mereka adalah ketua
kepada kumpulan penyamun.
87. Seperti yang disebut di dalam "safar pembentukan alam" bahawa tuhan telah
21 / 27
-
8/2/2019 Agama Yahudi (DUPP)
22/27
-
8/2/2019 Agama Yahudi (DUPP)
23/27
Kertas Ilmiah
93. Apabila kita perhatikan di dalam Al-Quran, Allah telah menegaskan bahawa Nabi Musa
telah membawa satu risalah yang mengajak ummahnya menyembah Allah yang Maha Esa,
mendirikan solat serta beriman dan yakin akan kedatangan hari kiamat (surah Taha). Berbeza
dengan apa yang digambarkan oleh kitab perjanjian lama yang mana tidak didapati satu
kalimah pun yang menceritakan tentang hari kiamat dan apa-apa yang berlaku di dalamnyaseperti balasan baik dan buruk. Kitab perjanjian lama hanya menyatakan bahawa balasan
terhadap amalan yang di lakukan oleh seseorang hanyalah di dunia semata-mata. Sesiapa
yang berbuat baik akan mendapat kehidupan yang bahagia di dunia dan sesiapa yang engkar
serta kufur juga akan terus menerima penyiksaan di dunia ini.
MAZHAB DAN FIRQAH DI DALAM AGAMA YAHUDI.
94. Agama Yahudi sepertimana agama lain mempunyai pelbagai fahaman dan mazhab, di
mana setiap mazhab mendakwa bahawa mereka adalah yang terbaik berbanding dengan yang
lain.
95. Perkara utama yang menjadi perbezaan di antara mazhab-mazhab tersebut ialah
pengiktirafan mereka terhadap kitab Talmud dan kepercayaan terhadap kebangkitan selepas
kematian.
96. Di antara mazhab utama dalam agama Yahudi ialah :-
a. Farasiyun (Rabbaniyun) d. Hadasiyun
b. Soduqiyun e. Samiriyun
c. katabah f. Qurraayun.
97. Golongan Farasiyun lahir selepas kejatuhan kerajaan Bani Israel di Palestin yang
disebabkan oleh serangan orang-orang Babylon, golongan ini menyeru Bani Israel agar kembali
berpegang kepada aqidah mereka yang asal sebelum kejatuhan kerajaan mereka. Mereka
berkeyakinan bahawa hanya dengan kembali kepada ajaran yang sebenar sahaja yang mampu
untuk mengembalikan kegemilangan mereka.
23 / 27
-
8/2/2019 Agama Yahudi (DUPP)
24/27
Kertas Ilmiah
98. Mereka beriman dengan hari akhirat dan kebangkitan selepas kematian. Pada pandangan
mereka balasan baik hanyalah terhadap orang-orang yang soleh dan ia akan berlaku di atas
muka bumi ini. Adapun orang-orang yang jahat dan derhaka, mereka akan mati.
99. Mereka juga beriman bahawa di samping kitab Taurat, terdapat sebuah kitab yang bernama
Talmut yang mana ia juga adalah kitab suci. Para pendita mereka yang bergelar Hakamah
adalah maksum iaitu terpelihara dari segala kesilapan dan kedosaan. Aqidah ini begitu menebal
di dalam jiwa orang-orang Yahudi sehinggakan jika seorang Hakamat berkata kepada
seseorang bahawa tangan kirinya adalah tangan kanannya, orang itu haruslah membenarkan
kata-kata Hakamat tersebut dari dirinya sendiri.
100. Sebenarnya golangan "Farasiun" adalah sebuah gerakan politik yang
berasaskan agama dan bertujuan untuk mengembalikan negara Israel. Mereka kadang-kadang
menggunakan keganasan dan kekerasan untuk mencapai matlamat mereka. Cogankata yang
mereka gunakan ialah "matlamat menghalalkan cara".
101. Golongan "Assodiqiun" pula mengingkari balasan dan hari kebangkitan.
Mereka beriman bahawa balasan baik dan buruk hanyalah di dunia ini sahaja.
102. Mereka tidak mengiktiraf akan kesucian kitab Talmut kerana hanya kitab Taurat sahaja
yang menjadi panduan hidup mereka. Golongan ini terdiri daripada orang-orang bangs.a.w.an
yang menghormati undang-undang negara dan agama yang lain selagi tidak bercanggah
dengan ajaran Taurat.
103. "Hasadiun" pula bererti mereka yang menjadikan kezuhudan sebagai carahidup mereka. Golongan ini lahir pada zaman pemerintahan kerajaan Mokabi di sekitar tahun
173-175 sebelum masihi. Mereka amat berbeza jika dibandingkan dengan golongan yang lain
dari segi ibadah dan adat resam. Orang-orang Hasadiun mengharamkan segala bentuk
penyembelihan dan korban. Dari segi syariat pula, mereka menolak fahaman pembezaan etnik
di antara Yahudi dan bukan Yahudi. Mereka menyeru kepada kaum Yahudi agar hidup secara
aman dan damai bersama kaum yang lain. Mereka mengharamkan perniagaan dan penipuan
serta mengajak kepada kehidupan yang zuhud dan menjauhkan diri dari perempuan. Ini
berbeza dengan ajaran yang dibawa oleh agama Yahudi yang mana perkahwinan merupakan
kewajipan agama.
24 / 27
-
8/2/2019 Agama Yahudi (DUPP)
25/27
Kertas Ilmiah
104. Golongan "Qurraun" merupakan pengikut kepada Anan bin Daud iaitu salah
seorang dari ulamak di kalangan orang Yahudi yang hidup di Baghdad pada zaman
pemerintahan Abu Jaafar Al-Mansur. Mereka hanya mengiktiraf kitab Taurat sebagai kitab suci
dan menggunakan ijtihad dalam meletakkan beberapa perundangan dalam agama Yahudi.
105. Golongan "Katabah" pada asalnya merupakan penyalin atau tukang tulis kitab
suci kepada sesiapa yang menghendakinya.
PENYELEWENGAN TAURAT DAN PENDIRIAN ISLAM TERHADAPNYA.
106. Di dalam beberapa ayat Al-Quran ada menyatakan bahawa Allah SWT telah menurunkan
beberapa buah kitab kepada para nabinya. Di antara kitab-kitab tersebut ialah Taurat, Injil,
Zabur, Suhuf Ibrahim dan Musa. Apabila kita perhatikan kepada ayat-ayat Al-Quran yang
menceritakan mengenai kitab-kitab tersebut, ia boleh disimpulkan kepada dua bahagian yang
utama:-
i. Sebahagian dari kitab-kitab tersebut masih kekal dengan keaslianya sebagaimana iaditurunkan.
ii.Sebahagian yang lain pula telah diubah dan sebahagian yang lain pula telah hilang atau
disembunyikan.
Dalam perbicaraan ini kita akan menjadikan Al-Quran sebagai pengukur kepada kebenaran,
keaslian dan kesohehan isi kitab-kitab tersebut.Firman Allah (Telah kami turunkan kepada mu
wahai Muhammad Al-Quran dengan kebenaran yang akan membenarkan dengan apa yang
terdapat di tangan kamu dari kitab-kitab yang terdahulu) Al-Maidah : 48.
107. Contoh yang pertama adalah sama seperti yang disebut di dalam Safar pembentukan
alam iaitu mengenai tempoh penciptaan langit dan bumi selama 6 hari. Begitu juga umur Nabi
Nuh a.s iaitu selama 950 tahun.
108. Contoh yang kedua pula sama seperti yang terdapat di dalam Safar pembentukan alamyang menceritakan bahawa Allah telah beristirehat dari kepenatan mencipta langit dan bumi
25 / 27
-
8/2/2019 Agama Yahudi (DUPP)
26/27
Kertas Ilmiah
pada hari yang ketujuh iaitu hari sabtu. Mengikut sejarah, kitab Taurat yang diturunkan kepada
Nabi Musa yang mana ia diletakkan di dalam sebuah peti telah hilang dari tangan orang-orang
Yahudi beberapa kurun. Apabila peti tersebut telah dapat diambil kembali oleh Thalut dari
tangan orang-orang Kan'an kemudian dibuka, didapati beberapa helai tulisan sahaja yang
mengandungi 10 wasiat. Ini bertepatan seperti yang ditegaskan di dalam Al-Quran (Dan iaadalah saki-baki dari apa yang telah ditinggalkan oleh Nabi Musa dan Nabi Harun.)
109. Kesimpulan dari beberapa dalil dan pengakuan yang dibuat oleh para sarjana bahawa
kitab Taurat telah diubah, disembunyikan dan kadang-kadang sengaja dilupakan
kandungannya yang asal. Secara keseluruhannya, kitab Taurat bukan lagi sebuah kitab yang
asli seperti yang telah diturunkan kepada Nabi musa.
110. Pendirian Islam terhadap apa yang terdapat di dalam kitab Taurat, secara kesimpulannya
terbahagi kepada tiga jenis:-
i. Menepati dengan apa yang terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah.
Perkara seperti ini diterima kerana ia bertepatan dengan Al- Quran dan Hadis.
ii. Ia bercanggah dengan apa yang terdapat di dalam Al- Quran dan As-Sunnah. Sudah
semestinya ia ditolak dan wajib bagi kita untuk mendustakannya.iii. Ia tidak disebut di dalam Al-Quran dan juga As-Sunnah tetapi tidak bercanggah dengan
kedua-duanya. Contohnya seperti nama orang atau tempat.
Perkara seperti ini kita tidak boleh menolak dan membenarkannya. Ia hanya sekadar
penghuraian bukannya suatu hujah bagi kita. Ini berpandukan kepada sebuah hadis yang telah
dikeluarkan oleh Bukhari di dalam kitab At-Tauhid yang berbunyi: " Jangan kamu
membenarkan apa-apa yang diriwayatkan oleh ahli kitab dan jangan pula kamu
mendustakannya tetapi berkatalah kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepadakami".
PENUTUP
Disepanjang perbincangan kita terhadap agama Yahudi dapatlah kita membuat kesimpulan
bahawa kitab Taurat walaupun ianya telah diubah dan diselewengkan namun ia mampumembentuk bangsa Yahudi daripada sebuah bangsa yang lemah dan hina menjadi bangsa
26 / 27
-
8/2/2019 Agama Yahudi (DUPP)
27/27
Kertas Ilmiah
yang paling berkuasa. Rahsia kejayaan bangsa Yahudi perlulah dijadikan satu pengiktibaran
kembali syariat yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w..
AHMAD FAISAL ABDUL HAMID
Kaherah, Mesir
RUJUKAN:1.Al-Qur'anul Karim dan terjemahannya.
2. Kitab perjanjian lama.
3. Yahudi.Profesor Ahmad Shalabi.
4. Pengantar pengajian agama.Doktor Safwat Hamid.
5. Kajian mengenai kitab Taurat.Doktor Aminah Mohd. Nasir.