action research

13

Upload: norhamisah90

Post on 28-Jan-2016

49 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Action research

TRANSCRIPT

Page 1: Action Research
Page 2: Action Research

Sejarah Penyelidikan Tindakan• Diperkenalkan oleh Kurt Lewin pada tahun 1946• Mendapat perhatian rakan-rakan sekerja seperti

Stephen Corey, Kenneth Benne dan Hilda Taba (Teachers College, University of Columbia) bagi menjalankan penyelidikan pendidikan mengenai penggubalan kurikulum dan peningkatan profesionalisme perguruan.

• Idea ini berkembang luas sehingga akhir tahun 1950an.

• Pada tahun-tahun 1970an, penyelidikan tindakan mula mendapat perhatian antarabangsa.

Page 3: Action Research

• Menurut Stenhouse, penglibatan aktif guru dalam proses penyelidikan adalah suatu faktor penting yang boleh membawa kepada pembaharuan kurikulum.

• Di UK, idea penyelidikan tindakan timbul semula melalui usaha Lawrence Stenhouse (1975) yang memperkenalkan konsep guru sebagai penyelidik dan melihat penyelidikan tindakan sebagai satu elemen penting dalam perkembangan kurikulum.

Page 4: Action Research

• Contoh PT: Ford Teaching Project (John Elliott, 1974-76), menyiasat penggunaan kaedah pengajaran pembelajaran inkuiri.

• Elliott seterusnya mengasaskan Classroom Research Network (CARN) untuk menyokong Pensyarah-Pensyarah yang terlibat dalam Ford Teaching Project.

• Konsep PT kemudian mula meresap ke dalam sistem pendidikan Malaysia.

• Salah satu cara untuk meningkatkan profesionalisme perPensyarahan ialah dengan menjalankan penyelidikan tindakan terhadap amalan-amalan pengajaran pembelajaran

Page 5: Action Research

Definisi Kajian Tindakan

• Adalah satu penyelidikan ke atas amalan oleh pengamal individu ataupun berkumpulan.

• Pengamal boleh terdiri daripada seorang guru, pentadbir, seorang kauselor atau individu yang terlibat dalam bidang Pengajaran dan pembelajaran.

Page 6: Action Research

Definisi lain…

• Stenhouse (1975) berkata penyelidikan tindakan bukan sahaja menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran tetapi kepada teori pendidikan dan pengajaran yang boleh diakses oleh guru-guru lain.

• Action Research in education is study conducted by colleagues in a school setting of the results of their activities to improve instruction.Carl Glickman (1992)

• Action Research is a fancy way of saying let’s study what’s happening at our school and decide how to make it a better place.Emily Calhoun (1994)

Page 7: Action Research

Konsep Penyelidikan Kajian• Kemmis dan McTaggart (1988). Telah menggariskan

beberapa konsep penting dalam PK. Iaitu : 1. Kajian tindakan adalah suatu pendekatan bagi menambah

baik atau membaiki pendidikan dengan cara melakukan perubahan dan mempelajarinya akibat daripada perubahan tersebut.

2. Kajian tindakan dilakukan secara kolaboratif iaitu melibatkan mereka yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tindakan dan bagi memperbaiki suatu amalan pendidikan.

3. Kajian tindakan melibatkan penggunaan jurnal peribadi iaitu kita merekod perkembangan dan refleksi kita tentang proses pembelajaran.

Page 8: Action Research

Tujuan Penyelidikan Tindakan

• Menangani para guru untuk mengatasi cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran.

• Mengenal pasti teknik atau kaedah bagi mempertingkatkan lagi pembelajaran.

• Mengukuhkan asas pengetahuan profesional guru.• Menyelesaikan masalah profesional tanpa bantuan luar.• Membesankan guru daripada kongkongan amalan-amalan

rutin.• Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha kolaborasi

dan secara tidak langsung boleh menmbah baik prestasi dan kepuasan kerja

Page 9: Action Research

Ciri-ciri penyelidikan dalam pendidikan

• Dapat menambah baik kerja sendiri.• Menghubungkaitkan refleksi dengan tindakan• Mengumpul data dan memberi keupayaan kepada

penyelidik untuk menyelesaikan masalah sendiri melalui penyelidikan.

• Mempunyai komitmen untuk meningkatkan kefahaman praktis untuk menambah baik amalan pendidikan

• Membolehkan guru mengalami pembelajaran progresif secara berterusan dalam satu gelungan

Page 10: Action Research

Menurut Grundy dan Kemmis (1981)

• Tiga pra syarat:

1. membuat kajian ke atas satu amalan sosial yang dilihat sebagai satu tindakan strategik yang boleh diperbaiki.

2. mengikut satu kitaran pusingan yang terdiri daripada urutan aktiviti merancang, bertindak, memerhati dan merefleks

3. Dilaksanakan oleh orang yang bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti tersebut dan beransur-ansur melibatkan subjek-subjek kajian tanpa hilang kawalan ke atas proses penyelidikan

Page 11: Action Research

Kepentingan Penyelidikan Tindakan

• Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan untuk mencapai objektif pembelajaran.

• Meningkatkan lagi penggunaan bahan dan dapat membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif.

• Membolehkan guru merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan.

Page 12: Action Research

Model Penyelidikan Tindakan

• Penyelidikan merupakan tindakan adalah suatu proses yang melibatkan guru sebagai penyelidik dalam bilik darjahnya sendiri.

• Model 1 : Ebbutt (1985)• Model 2 : Mcniff (1988)• Model 3 : Kemmis and McTaggart (1988)• Model 4 : Somekh (1989)• Model 5 : Projek Palm (1990)• Model 6 : Mckernan (1994)

Page 13: Action Research

Langkah –langkah PT

• Mengenalpasti reka bentuk kajian• Mengenal pasti masalah• Mencari rujukan bagi menyelesaikan masalah• Mengenalpasti maklumat yang diperlukan• Mengumpul data• Menganalisis data• Mewujudkan pelan tindakan• Melaksanakan tindakan dan refleks.