act 2131vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/act2131_1551419361.pdf · berjudul ‘managerial...
TRANSCRIPT
ACT 2131
PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
NOMBOR UNIT MODUL (UNIT 1-9/9)
EDISI KE-2
MODUL PENDIDIKAN JARAK JAUH PROGRAM BACELOR PENTADBIRAN PERNIAGAAN
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
2
PPL, UPM
ACT 2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
SEMESTER SATU 2010/2011
NARIMAH HASHIM
TELEFON BIMBIT: 013 - 3691250
Emel: [email protected]
Jun 2010
Unit Modul dan Bahan Kendiri
Pusat Pendidikan Luar
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
UPM SERDANG 43400
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
3
PPL, UPM
Kandungan
Muka Surat
Prakata 4
Rangka kursus 8
Buku teks dan rujukan 11
Penilaian kursus 12
Maklumat mengenai tugasan 13
Maklumat mengenai peperiksaan 15
Nota daripada penulis Modul 17
Panduan pembelajaran: 19
Topik 1: Pengenalan 19
Topik 2: Istilah dan konsep kos 31
Topik 3: Sistem pengekosan 43
Topik 4: Perhubungan kos-volum-untung 68
Topik 5: Belanjawan perancangan untung dan sistem kawalan 94
Topik 6: Kos piawai 104
Topik 7: Perakaunan tanggungjawab 116
Topik 8: Pusat tanggungjawab 126
Topik 9: Harga pindahan 137
Topik 10: Pengekosan relevan 149
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
4
PPL, UPM
Prakata
Assalam mu alaikum wrt, Selamat sejahtera dan Selamat membaca!
Modul ini meliputi bidang pengajian ‘Perakaunan Kos dan Pengurusan’ selaras dengan
kursus ACT2131 yang ditawarkan dalam program ijazah sepenuh masa di Fakulti
Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Modul ini telah
direkabentuk khusus untuk anda yang mengikuti ijazah Bacelor Pentadbiran Perniagaan
bagi Program Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ) di UPM. Namun demikian,
dijangka modul ini juga dapat membantu sesiapa yang berminat untuk memahami bidang
pengajian Perakaunan Kos dan Pengurusan, tidak kira sama ada anda seorang pelajar atau
tenaga pengajar, mahu pun dalam program PJJ, program francais UPM-IPTS atau
program BBA eksekutif sekali pun. Yang penting modul dituju khas untuk sesiapa yang
terpaksa belajar sendiri dan dijangka jika anda berpandukan modul ini, anda akan lebih
yakin dan bersedia untuk menempuhi sebarang penilaian yang akan diberikan dalam
kursus ACT2131.
Untuk pencapaian pembelajaran yang lebih cekap dan berkesan, anda dinasihatkan untuk
menggunakan modul ini bersama buku teks yang telah dikenalpasti ia itu buku yang
berjudul ‘Managerial Accounting’ oleh Garrison, Noreen dan Brewer. Dinasihatkan agar
anda jangan membeli buku teks terpakai kerana pada masa ini edisi ketiga belas telah ada
dalam pasaran. Modul ini direkabentuk agar keselarasan dan ketekalan wujud antara
topik penting dalam silibus ACT2131 dengan topik yang dibincangkan dalam buku teks
tersebut. Sebarang contoh latihan dsbnya yang digunakan untuk penerangan yang lebih
lanjut mengenai sesuatu topik juga diambil daripada buku teks ini. Jika buku teks yang
dicadangkan ditukar pada masa-masa hadapan, yang penting anda rujuk dalam buku
baharu itu adalah di mana bab yang mengandungi topik-topik penting yang anda perlu
tahu untuk kursus ini.
Kursus ACT2131 merupakan peringkat kedua dalam bidang pengajian perakaunan untuk
pelajar ijazah yang bukan dalam jurusan perakaunan. Maka diandaikan bahawa anda
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
5
PPL, UPM
yang mendaftar untuk ACT2131 ini telah memperolehi sedikit sebanyak ilmu asas dalam
bidang pengajian perakaunan. Terutama sekali, jika anda telah lulus kursus ACT2112 ia
itu Perakaunan Pengenalan di UPM, atau apa jua kursus yang dianggapkan setara, maka
anda dianggap telah cukup bersedia untuk menaiktarafkan kefahaman anda mengenai
bidang pengajian perakaunan. Maka dinasihatkan agar prinsip dan konsep asas
perakaunan yang dipelajari dalam ACT2112 tidak dilupakan sama sekali.
Untuk peringatan, anda seharusnya sudah tahu bahawa ada dua bidang utama dalam
pengajian perakaunan ia itu ‘Perakaunan Kewangan’ dan ‘Perakaunan Pengurusan’. Jika
lulus kursus ACT2112, anda dijangka telah didedahkan kepada bidang pengajian yang
disebut sebagai ‘Perakaunan Kewangan’. Dengan mengikuti kursus ACT2131 anda akan
didedahkan pula kepada bidang pengajian yang disebut sebagai ‘Perakaunan
Pengurusan’. Bagi mahasiswa yang bukan dalam aliran pengajian perakaunan mahu pun
seorang manusia biasa, mengikuti kedua-dua kursus ini dengan jayanya, boleh dikatakan
mencukupi kerana anda sudah melengkapi diri sepenuhnya dengan ilmu perakaunan yang
asas dan yang penting.
Untuk makluman semua, kursus ACT2131 ini ditawarkan kepada pelajar peringkat ijazah
dan pelajar peringkat diploma. Lazimnya jika pelajar peringkat diploma mengambil
kursus ini, mereka akan diberi pengecualian apabila mereka mengikuti program ijazah
kelak, dan sekali gus dapat mengurangkan tempoh pengajian atau pun mengurangkan
jumlah kredit yang perlu diambil. Dengan sedemikian, pendekatan pengajaran,
pembelajaran dan penilaian kursus ini tidak akan ada perbezaan samada anda mengikuti
program ijazah atau pun diploma. Bahkan ia sepatutnya menjadi motivasi kepada pelajar
program BBA, PJJ untuk berusaha mendapat pencapaian markah yang lebih tinggi
berbanding. Yang penting bagi anda yang mengikuti kursus ACT2131 ini adalah untuk
cuba memahami konsep dan prinsip perakaunan pengurusan yang penting dilaksanakan
dalam sesebuah organisasi dan bagaimana konsep dan prinsip ini diaplikasikan untuk
penyelesaian masalah seharian dalam perniagaan.
Sebagai peringatan kepada bakal pensyarah pula, penting ditekankan di sini bahawa
ACT2131 bertujuan menyediakan pelajar untuk menjadi pengguna maklumat perakaunan
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
6
PPL, UPM
seumur hidup, maka penekanan kursus ini sepatutnya lebih kepada interpretasi dan
kegunaan maklumat dan bukan kepada teknik penyediaan maklumat semata-mata.
Modul ACT 2131 direkabentuk untuk pembelajaran yang meliputi 14 minggu selaras
dengan tempoh sesuatu semester di UPM. Modul ini juga merupakan edisi kedua
semenjak mula diterbitkan untuk kegunaan pelajar program PJJ ia itu pada semester
November 2001/2002. Terbitan edisi kedua Modul ini amat bertepatan dengan masanya
kerana banyak perubahan telah dilaksanakan terhadap kurikulum program dan silibus
kursus di UPM dan Modul asal telah beberapa lama tidak lagi mencerminkan struktur
silibus dan pengajaran semasa ACT2131 untuk program sepenuh masa di UPM. Lebih
lagi, buku teks yang disyorkan dalam Modul asal untuk kegunaan bersama kursus ini agar
pembelajaran ACT2131 menjadi lebih mantap adalah edisi lama dan sudah usang.
Buku yang berjudul Managerial Accounting oleh Garrison, Noreen dan Brewer dianggap
amat sesuai digunakan sebagai buku teks untuk ACT2131 bukan sahaja bahan latihan dan
kes yang diberikan berterusan akur dengan cadangan AACSB, malahan tiga belas
daripada 16 bab (sebanyak 81.25 peratus) yang terdapat dalam buku ini selaras dengan
topik penting yang terdapat dalam rangka kursus ACT2131. Maka berbaloi jika anda
memperolehi buku ini sebagai bahan rujukan utama. Tepat pada masanya Modul ini
diperbaharuikan, edisi ketiga belas ia itu edisi terkini baharu sahaja terdapat dalam
pasaran tempatan, maka boleh dikatakan ilmu pengetahuan anda mengenai perakaunan
pengurusan adalah terkini juga. Maka pengeluaran Modul ACT2131 edisi kedua ini telah
mengambilkira akan perubahan terbaharu dan semasa yang diperlukan dalam sistem
pengajaran dan pembelajaran semasa di UPM.
Seperti Modul asal, pada akhir setiap topik, objektif pembelajaran akan dicatat. Tujuan
utama objektif pembelajaran ini adalah untuk membantu secara khususnya pelajar
program BBA, PJJ mengenai perkara yang dijangka paling minimum anda perlu tahu dan
perlu beri penekanan sebelum anda boleh dikatakan bersedia untuk menghadapi sebarang
penilaian. Untuk menjadi pelajar global sebenarnya anda perlu tahu akan semua objektif
pembelajaran yang disenaraikan pada awal setiap bab dalam buku teks yang disyorkan.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
7
PPL, UPM
Sebagai tambahan, Modul ACT2131 edisi kedua ini juga telah menyediakan pada akhir
setiap topik, beberapa contoh soalan yang pernah diberi dalam penilaian kursus ini pada
masa yang lampau. Contoh jawapan kepada soalan itu disertakan juga agar anda dapat
mengetahui tahap menjawap dan kualiti jawapan yang boleh diteladani. Perlu diingatkan
bahawa jawapan yang diberikan kepada soalan ini hanyalah sabagai panduan sahaja
bukan sebagai skema jawapan yang muktamad!
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
8
PPL, UPM
Rangka Kursus
Nama kursus : PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
(Cost and Management Accounting)
KOD KURSUS : ACT 2131
KREDIT : 3 (3+0)
JUMLAH JAM BELAJAR PELAJAR : 120 jam per semester
PRASYARAT : ACT 2112
HASIL PEMBELAJARAN : Pelajar dapat:
1. Menunjukkan konsep dan teknik pengekosan yang boleh
diaplikasikan dalam perancangan, pengawalan, penilaian
prestasi dan pembuatan keputusan (C3, CTPS).
2. Menerangkan etika akauntan pengurusan dalam
pengurusan perniagaan (A3, EM).
3. Mempamerkan kemahiran komunikasi serta boleh
berkerjasama melaksanakan tugasan dalam masa yang
ditentukan (P4, TS).
SINOPSIS : Kursus ini memberi penekanan terhadap aspek perancangan,
kawalan, penilaian prestasi dan pembuatan keputusan dengan
menggunakan maklumat perakaunan. Perbincangan meliputi
teknik dan konsep pengekosan keluaran, perhubungan kos-
volum-untung, belanjawan, pengekosan piawai, perakaunan
tanggungjawab, pengekosan relevan dan harga pindahan.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
9
PPL, UPM
(This course focuses on the use of accounting information for
planning, control, performance evaluation and decision-making.
The discussions include concepts and techniques of product
costing, cost-volume-profit relationships, budgeting, standard
costing, responsibility accounting, relevant cost and transfer
pricing.)
KANDUNGAN KULIAH :
Jam Pembelajaran
Bersemuka
1. Pengenalan 6
- Proses pengurusan dalam perniagaan
Objektif perakaunan pengurusan
Perbezaan antara Perakaunan Kewangan dengan
Perakaunan Pengurusan
Peranan dan etika akauntan pengurusan
2. Istilah & konsep kos 3
Kos boleh ubah dan kos tetap
Kos penggerak
Kos langsung dan kos tak langsung
Kos boleh kawal dan kos tak boleh kawal
Kos pengilangan, kos produk dan kos tempoh
3. Sistem pengekosan 6
Pengekosan kerja
Pengekosan proses
Pengekosan berasaskan aktiviti
4. Perhubungan kos-volum-untung 3
- Kepentingan analisis kos-volum-untung
Analisis titik pulang modal
Struktur kos dan leveraj kendalian
Kelemahan kos-volum-untung
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
10
PPL, UPM
5. Belanjawan perancangan untung dan sistem kawalan 6
Tujuan sistem belanjawan
Langkah dalam proses pembelanjawan
Aspek gelagat manusia dalam proses pembelanjawan
Belanjawan fleksibel
6. Kos piawai 3
Takrif kos piawai dan kebaikan kos piawai
Jenis piawai
Analisis varians
7. Perakaunan tanggungjawab 3
Pelaporan segmen
Jenis pusat tanggungjawab
Ciri sistem perakaunan tanggungjawab
8. Pusat Tanggungjawab 3
Implikasi gelagat – penilaian prestasi pusat
tanggungjawab
Pulangan terhadap pelaburan dan pendapatan lebihan
Kad skor imbangan
9. Harga Pindahan 3
Konsep harga pindahan
Pendekatan bagi harga pindahan
Penentuan harga pindahan
10. Pengekosan relevan 6
Konsep kos relevan
Membuat keputusan dengan kos relevan dan
kaedah caruman
Membuat keputusan untuk keluaran bersama dan
keluaran sampingan
Jumlah 42
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
11
PPL, UPM
-
BUKU TEKS : Garrison, R.H., Noreen, E.W. & Brewer, P.C. (2010).
Managerial Accounting. 13th
Ed. New York: McGraw-Hill
Irwin.
RUJUKAN : 1. Bamber, L.S., Braun, K.W. & Harrison, W.T. (2008).
Managerial accounting. Pearson International Edition.
New Jersey: Pearson Education, Inc.
2. Drury, C. (2008). Management & cost accounting. 7th
Ed.
Italy: South-Western Cengage Learning.
3. Weygandt, J.J., Kieso, D.E. & Kimmel, P.D. (2008).
Managerial accounting. 4th.
Ed. International Student
Version. Asia: John Wiley & Sons (Asia) Pte. Ltd.
4. Raibon, C.A. & Kinney, M.R. (2009). Cost accounting –
Foundations and evolutions. 7th Ed. USA: South-Western
Cengage Learning.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
12
PPL, UPM
Penilaian Kursus
Pecahan penilaian untuk kursus ini yang disarankan sesuai untuk digunakan bagi program
BBA PJJ dan program francais UPM-IPTS juga adalah seperti berikut:
Peratus
Tugasan 20
Peperiksaan pertengahan semester* 30
Peperiksaan akhir** 50
Jumlah 100 %
* Bagi peperiksaan pertengahan semester, Topik 1 - 4 dicadangkan sesuai untuk
diuji.
** Bagi peperiksaan akhir semester, Topik 5 -10 sesuai untuk diuji.
Nota:
Untuk makluman anda Topik 1-4 dalam rangka kursus merangkumi Bab 1-7 dalam buku
teks, dan Topik 7-10 dalam rangka kursus merangkumi Bab 8-13 dalam buku teks.
Dengan itu, digalakkan semua pelajar yang ingin berjaya dengan baiknya dalam kursus
ini agar membeli buku teks tersebut sebagai buku rujukan.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
13
PPL, UPM
Maklumat Mengenai Tugasan
Mengikut arahan umum yang diterima daripada Pusat Pendidikan Luar, UPM (Rujuk
Borang PPL3/TUG1), pensyarah ACT 2131 program PJJ perlu memberi perhatian agar
tugasan pelajar tidak boleh melebihi 3 tugasan setiap semester dan tarikh akhir
penghantaran tugasan adalah dua minggu sebelum tarikh peperiksaan akhir. Saya
nasihatkan agar pensyarah ACT2131 akur dengan arahan ini dan pelajar mesti berusaha
dengan gigihnya untuk menyiapkan tugasan yang diberi dan menghantar tugasan
mengikut sasaran tarikh yang ditentukan oleh pensyarah anda. Oleh kerana markah untuk
tugasan adalah 20 peratus, maka tidak merugikan jika pelajar cuba menyiapkan tugasan
yang diberikan dengan sebaik mungkin. Pelajar jangan pandang remeh tentang tugasan
yang perlu disiapkan kerana 20 peratus dijangka tinggi sumbangannya kepada penilaian
keseluruhan untuk kursus ini. Juga, memandangkan ia merupakan tugasan di rumah
bermakna anda mempunyai sumber rujukan seluas satu dunia sebagai bantuan untuk
menyiapkan tugasan ini, serta mendapat markah yang lumayan. Bentuk, jenis atau
jangkaan tugasan juga telah diberikan oleh pensyarah pada perjumpaan pertama dan
bersemuka dengan pensyarah ACT2131 di kampus UPM, dan pada awal semester lagi
sasaran tarikh penghantaran telah ditentukan. Maka tiada alasan boleh diterima (terutama
sekali ’tiada masa’), jika anda tidak menyiapkan tugasan, tidak menghantarkan tugasan
pada tarikh sasaran atau tidak mendapat markah yang tinggi untuk tugasan.
Struktur tugasan kursus ACT2131 untuk program sepenuh masa di kampus UPM berbeza
dengan tugasan untuk program PJJ dan program francais UPM-IPTS. Untuk program
sepenuh masa, tugasan adalah dalam bentuk laporan dan perbentangan PBL (Problem-
based learning) dan dalam setiap semester pada puratanya ada 5 set PBL yang perlu
diuruskan oleh pelajar. Bagi program francais UPM-IPTS, pelajar diberikan purata 5 set
tugasan dalam satu semester juga. Berbezanya tugasan untuk program francais bukan
sahaja terhadap tugasan yang mengandungi latihan atau soalan kuantitatif yang perlu
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
14
PPL, UPM
diselesaikan tetapi tugasan itu memerlukan mereka untuk membincangkan konsep dan
prinsip yang terlibat dengan latihan atau soalan yang perlu diselesaikan itu. Pelajar
program francais UPM-IPTS pula dikehendaki membentangkan (sekali sahaja) tugasan
yang diberikan dan penilaian untuk pembentangan dibuat oleh rakan sejawat, dan tugasan
yang lain pula dihantar juga dalam bentuk laporan untuk dinilaikan oleh pensyarah yang
berkenaan.
Anda pelajar program BBA, PJJ amat bertuah sekali. Anda hanya diberi dua tugasan
sahaja dalam satu semester. Anda juga tidak perlu membentangkan tugasan tersebut
kerana objektif penggunaan teknik pembelajaran berpusatkan pelajar dan penyerapan
kemahiran insaniah dalam kurikulum dan silibus kursus ACT2131 tidak lagi kritikal bagi
anda, kerana pasti anda sudah mempunyai pekerjaan atau pun sudah mempunyai
pengalaman bekerja dalam dunia benar. Penyiapan tugasan dengan sempurna dan
bermutu mengikut sasaran tarikh hanya menentukan samada kemahiran insaniah itu
terserlah atau terpendam dalam diri anda. Jika masih terpendam, maka tidak terlambat
jika anda menyedari akannya dengan cepat.
Bentuk tugasan yang sesuai diberikan kepada pelajar program PJJ, hendaklah berbentuk
kualitatif dan berbentuk kuantitatif. Perbincangan teori dan penggunaan teknik untuk
penyelesaian masalah perlu digabungkan dalam tugasan yang diberi. Tugasan pertama
boleh merangkumi beberapa topik yang akan diliputi dalam peperiksaan pertengahan
semester dan tugasan kedua merangkumi beberapa topik yang akan diliputi dalam
peperiksaan akhir semester. Malahan pensyarah digalakkan menggunakan soalan dalam
buku teks sebagai soalan tugasan untuk pelajar. Sasaran tarikh penghantaran tugasan
pertama elok pada tarikh mendudukki peperiksaan pertengahan semester tetapi
penghantaran tugasan kedua hendaklah akur dengan dasar Pusat Pembelajaran Luar, ia itu
dua minggu sebelum tarikh peperiksaan akhir anda. Pelajar harus sedar bahawa tugasan
ACT2131 lazimnya diberi untuk pelajar menjadi lebih bersedia dan lebih yakin untuk
menghadapi peperiksaan. Jika anda memberi alasan untuk menghantar tugasan selepas
mendudukki peperiksaan pertengahan semester atau selepas peperiksaan akhir, kerana
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
15
PPL, UPM
masa yang ada anda perlu berikan untuk mengulangkaji, maka strategi begini hanya akan
merugikan anda jua. Jika anda pelajar yang bijak, cuba ambil iktibar daripada nasihat ini!.
Maklumat Mengenai Peperiksaan
Semua kertas soalan peperiksaan untuk kursus ACT2131 untuk semua program tidak kira
program PJJ, program francais UPM-IPTS, program eksekutif atau program pengajian
sepenuh masa di kampus UPM hendaklah menggunakan format yang sama. Format untuk
kertas soalan peperiksaan seharusnya mengandungi lima (5) soalan dan setiap soalan itu
akan mempunyai pecahan soalan kecil. Setiap soalan diberi 20 markah sama rata untuk
menjadikan setiap kertas soalan peperiksaan berjumlah 100 markah. Format begini
berbanding dengan format dahulu yang mengandungi empat (4) soalan dan setiap soalan
dengan pecahan diberi 25 markah, didapati lebih sesuai untuk pelajar di UPM untuk lulus
dengan lebih mudah. Boleh menjawab dua soalan dengan sempurna sudah pasti markah
lulus 40 peratus sudah ada dalam tangan anda.
Anda dikehendaki menjawap semua soalan yang dikemukakan dalam kertas soalan
peperiksaan tanpa pilihan, dalam tempoh masa 3 jam. Anda dinasihatkan untuk mencuba
semua soalan dalam tempoh yang diberikan itu. Anda juga tidak dibenarkan menjawab
soalan peperiksaan dengan menggunakan pensel.
Kertas soalan peperiksaan ACT2131 pada kebiasaannya mengandungi campuran soalan
subjektif dengan soalan pengiraan dalam anggaran nisbah 50:50; 45:55 atau 40:60.
Jangan anda menjangkakan jika anda bagus dalam pengiraan, anda akan mendapat
markah yang tinggi untuk peperiksaan ACT 2131 tanpa membaca dan memahami akan
teori dan konsep yang bersandarkan kepada setiap pengiraan itu. Sekurang-kurangnya,
soalan dalam peperiksaan ACT2131 akan memerlukan anda memberi pendapat atau
membuat keputusan mengenai pengiraan yang telah dibuat. Tanpa membaca dan
memahami konsep dan teori tersebut maka anda akan menghadapi masalah dalam
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
16
PPL, UPM
menjawap soalan sebegini dan sekaligus gagal untuk memperoleh markah yang lebih
baik.
Kelazimannya, soalan peperiksaan diberi dalam bentuk kes atau cerita yang mengandungi
data dan maklumat yang diperlukan dan juga maklumat yang tidak diperlukan. Sebagai
bakal pengurus yang berpotensi, anda mesti pandai memilih atau menyisih data dan
maklumat yang dikehendaki, untuk memberi jawapan yang terbaik dan memenuhi
keperluan setiap soalan. Sekian.
TERIMA KASIH DAN SELAMAT MENEMPUH SEMESTER BAHARU!
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
17
PPL, UPM
Nota daripada Penulis Modul
Dalam kerjaya anda sebagai seorang pengurus nanti, anda akan dikehendaki untuk
membuat perancangan, pengawalan, penilaian prestasi pegawai dan pekerja di bawah
tanggungjawab anda, dan membuat pelbagai keputusan yang akan menentukan
kecekapan dan keberkesanan anda sebagai seorang pengurus. Ilmu mengenai Perakaunan
Kos dan Pengurusan dijangka akan dapat menyumbang terhadap kejayaan anda dalam
melaksanakan fungsi-fungsi ini.
Modul ini distrukturkan agar dapat memoptimumkan pembelajaran anda terhadap setiap
topik dalam ACT2131 yang perlu didedahkan kepada anda. Saya cadangkan anda
membaca sekali lalu setiap bab yang berkaitan dalam buku teks mengenai topik yang
diberi. Kemudian baca sekali lagi bab tersebut dengan membuat nota kecil untuk dirujuk
dan difahami. Akhir sekali, cuba menjawab soalan yang dikemukakan pada akhir setiap
bab dalam teks tersebut, dan membuat penyelesaian kepada latihan pengiraan yang diberi
bersama pada akhir setiap bab. Pilih soalan pengiraan yang mudah dan langsung dahulu,
agar anda mendapat latihan dan seterusnya membolehkan anda mengaplikasikan konsep
atau teknik yang ingin disampaikan kepada latihan yang lebih kompleks.
Penilaian prestasi dalam sistem pengajian bersemester terutama di UPM, adalah secara
progresif. Ini bermakna anda akan dinilai berperingkat-peringkat. Dengan itu anda juga
dikehendaki mengulangkaji setiap topik satu demi satu mengikut urutan dan
berperingkat-peringkat. Pelajar yang cuba menguasai semua topik yang akan diuji sehari
atau semalam sebelum penilaian dilakukan sudah pasti akan cuba menghafal daripada
cuba memahami konsep dan teori dalam konteks yang ingin disampaikan kepada anda.
Pelajar begini bukan sahaja susah untuk memahami keperluan soalan yang mencabar
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
18
PPL, UPM
bahkan soalan yang mudah juga tidak dapat di atasi. Janganlah anda menjadi seperti
pelajar begini! Cubalah mengulangkaji secara beransur-ansur juga demi pencapaian
markah keseluruhan yang terbaik bagi anda pada akhir kursus ini kelak!
Walau pun tajuk yang akan diuji nampak berbeza dan merangkumi bab tertentu dalam
buku teks yang dicadangkan itu, dan bab yang telah diuji tidak akan diulangi, tetapi
konsep dan prinsip Perakaunan Kos dan Pengurusan asas yang diperolehi pada awal
kursus ini mesti difahami dengan terperinci dan mendalam, kerana aplikasinya adalah
menyeluruh dan diperlukan bagi semua topik berikutannya yang akan didedahkan dalam
kursus ini sepanjang satu semester. Bahkan beberapa konsep dan prinsip asas yang
relevan itu akan ditokoktambah dan dipermurnikan untuk memenuhi tujuan pihak
pengurus yang berbeza-beza.
Tiada satu soalan yang susah jika anda sudah bersedia dan telah melengkapkan diri
secara berterusan kerana pembelajaran secara begini sahaja yang dapat menjaminkan
kejayaan anda dalam kursus ini!
SELAMAT MAJU JAYA
Yang benar
NHashim
(NARIMAH HASHIM)
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
19
PPL, UPM
Panduan Pembelajaran
Topik 1: Pengenalan
Pendahuluan
Perakaunan Kos dan Pengurusan memberi penumpuan terhadap konsep dan kaedah
perakaunan yang dapat membantu tugas anda sebagai seorang pengurus dengan mana-
mana organisasi kelak. Tujuan bidang pengajian ini adalah untuk menunjukkan jenis
maklumat yang dikehendaki, teknik memperolehi maklumat tersebut dan cara maklumat
ini digunakan oleh pengurus dalam melaksanakan aktiviti seharian mereka seperti
perancangan, pengawalan, penilaian prestasi dan pembuatan keputusan.
Dalam kursus asas Perakaunan Kewangan pada kebiasannya, anda akan didedahkan
kepada sistem merekod, melapor, menganalisis dan menginterpretasikan maklumat
kewangan untuk kegunaan dalam perniagaan jenis peruncitan dan pemborongan. Fokus
Perakaunan Kewangan adalah untuk menyediakan maklumat mengenai sesebuah entiti
perniagaan agar membantu pemilik atau pemegang sahamnya dan pemiutang untuk
membuat keputusan pelaburan dan pinjaman. Bagi kursus Perakaunan Kos dan
Pengurusan, anda didedahkan pula kepada perniagaan pembuatan barangan, atau syarikat
perkilangan; kerana usaha pengurusan lebih mencabar dalam perniagaan jenis ini, dan
banyak daripada konsep dan kaedah Perakaunan Kos dan Pengurusan dapat
diperkenalkan dengan merujuk kepada perniagaan jenis ini. Fokus Perakaunan Kos dan
Pengurusan adalah untuk menyediakan maklumat bagi pihak pengurusan dalaman supaya
mereka dapat mengendalikan organisasi mereka dengan lebih cekap dan berkesan.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
20
PPL, UPM
Perlu diingatkan di sini agar anda tidak salah faham. Jika penekanan kursus diberi kepada
syarikat perkilangan tidak bermakna apa yang dibincangkan dalam kursus Perakaunan
Kos dan Pengurusan hanya sesuai untuk perniagaan pembuatan barangan sahaja. Jauh
sekali! Semua yang diperbincangkan dalam kursus ini boleh diaplikasikan juga kepada
perniagaan atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan. Jika terdapat amalan
perakaunan pengurusan yang ketara berbeza di antara syarikat pembuatan barangan
dengan syarikat yang menawarkan perkhidmatan, perbezaan itu akan disorotkan.
Dalam Topik ‘Pengenalan’, anda akan didedahkan kepada perubahan yang berlaku dan
isu baharu yang terdapat dalam dunia perniagaan yang dijangka boleh memberi kesan
secara langsung kepada sektor perkilangan dan sistem maklumat perakaunan pengurusan.
Antaranya adalah kesan globalisasi, strategi yang boleh diterimapakai agar barangan atau
perkhidmatan yang dijual nampak terserlah daripada pesaing, perspektif organisasi dan
pemencaran dalam organisasi perniagaan dan beberapa teknik penting seperti Lean
Thinking Model, Theory of Constraints dan Six Sigma; yang merupakan pendekatan
terkini dalam usaha pengurus untuk melaksanakan penambaikan yang berterusan. Bagi
pendapat saya, semua ini penting untuk didedahkan kepada bakal pengurus tetapi tidak
merupakan topik penting untuk diuji dalam peperiksaan ACT2131. Lagi pun topik yang
sama akan dibincangkan lagi dengan panjang lebar dalam kursus lain, memandangkan
anda adalah pelajar jurusan BBA. Tetapi terpulanglah kepada pensyarah yang berkenaan.
Bagi saya, banyak topik lain dalam ‘Pengenalan’ yang lebih penting patut diuji untuk
menilai kefahaman anda mengenai Perakaunan Kos dan Pengurusan.
Antaranya adalah peranan pihak pengurusan dan tujuan maklumat Perakaunan
Pengurusan diperlukan (Rujuk m.s. 31 hingga 33 dalam buku teks yang disyorkan).
Graduan yang mempunyai ijazah perlu mengetahui akan tanggungjawab atau fungsi
seorang pengurus kerana program ijazah BBA menyediakan anda untuk memainkan
peranan ini. Lagi pun kursus ACT2131 ini diberi nama Perakaunan Kos dan Pengurusan,
maka anda seharusnya tahu sedikit sebanyak akan konsep atau ilmu Pengurusan yang
diperlukan dan perkaitannya dengan konsep dan ilmu Perakaunan.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
21
PPL, UPM
Mengikut Garrison, Noreen dan Brewer, pengurus di mana-mana juga pun akan
melaksanakan tiga aktiviti utama ia itu merancang, mengarah dan mendorong, serta
mengawal. Sebagai pelajar ACT2131, bukan sahaja anda boleh memberi penerangan
mengenai aktiviti itu tetapi anda juga boleh mempamerkan atau mengaplikasikannya
dalam konteks kerja anda kelak.
Takrif merancang, menilai prestasi dan mengawal
Merancang melibatkan pembentukan strategi, pemilihan tindakan yang akan diambil dan
penentuan cara untuk melaksanakan tindakan itu. Takrif ini lebih sesuai untuk apa yang
disebutkan sebagai perancangan strategik. Bagi ACT2131, takrif perancangan yang
sepatutnya anda gunakan adalah; penentuan objektif yang ingin dicapai, mengenalpasti
alternatif dan pemilihan alternatif yang terbaik untuk pencapaian objektif itu. Takrif ini
dikatakan lebih sesuai kerana kursus ini bertujuan untuk membantu pihak pengurus
mengendalikan organsisi mereka dalam tempoh masa jangka pendik ia itu kurang
daripada dua belas bulan. Perancangan begini disebut sebagai perancangan operasi. Ini di
antara sebabnya teknik perakaunan seperti belanjawan modal dikeluarkan daripada
silibus ACT2131 kerana tindakan dan keputusan pengurus mengenai belanjawan modal
akan menjangkaui tempoh masa lebih daripada satu tahun. Lagi pun, penetapan strategi
kelazimannya adalah tanggungjawab pihak atasan dan ini boleh dikatakan terkeluar
daripada silibus ACT2131.
Aktiviti mengarah dan mendorong melibatkan pengerahan orang untuk melaksanakan
tindakan yang telah dirancangkan dan untuk mengendalikan operasi rutin. Aktiviti pihak
pengurusan ini lebih sesuai ditukarkan kepada aktiviti penilaian prestasi bagi kursus
ACT2131 kerana ukuran prestasi, hasilan daripada aktiviti mengarah dan mendorong itu
lebih mudah direkod untuk tujuan membuat keputusan dan tindakan susulan oleh pihak
pengurus.
Mengikut kelaziman, pengurus membuat sesuatu kerja melalui orang lain ia itu staf atau
pekerja bawahan. Dalam sesebuah organisasi, staf atau pekerja bawahan diberi tugas atau
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
22
PPL, UPM
tanggungjawab, tetapi mereka di peringkat atasan diberi kuasa atau autoriti. Dengan itu
satu fungsi penting bagi pengurus adalah untuk mengukur pencapaian pekerja
bawahannya atau mengukur prestasi unit/divisyen agar mereka boleh diberi insentif and
ganjaran yang bersesuaian dengan usaha mereka terhadap pencapaian visi, misi dan
objektif organisasi. Kaedah penilaian prestasi boleh menggunakan ukuran berbentuk
kewangan dan bukan kewangan. Ini adalah takrif penilaian prestasi.
Takrif mengawal adalah aktiviti yang mempastikan rancangan sebenarnya telah
dilaksanakan. Ini melibatkan perbandingan dibuat antara rancangan dengan pelaksanaan
sebenarnya. Pada masa yang sama, pengurus mesti peka dengan maklumbalas kerana ini
akan menentukan samada tindakan pembetulan perlu diambil atau tidak.
Ketiga-tiga kerja pengurus di atas memerlukan pengurus itu setiap masa membuat
keputusan. Dengan itu Perakaunan Pengurusan memainkan peranan dengan menyediakan
maklumat untuk mereka (disebut sebagai orang dalaman sesebuah organisasi) agar
mereka dapat menjalankan kerja merancang, mengawal, menilai prestasi dan membuat
keputusan dengan cekap dan berkesan.
Perbandingan antara Perakaunan Kewangan dengan
Perakaunan Pengurusan
Aspek sama penting dalam tajuk ‘Pengenalan’ adalah perbezaan antara bidang pengajian
Perakaunan Kewangan dengan bidang pengajian Perakaunan Pengurusan. Perkara utama
yang membezakan kedua-dua bidang ini adalah pengguna maklumat. Perakaunan secara
asasnya menyediakan maklumat kewangan kepada orang yang berminat dengan sesebuah
organisasi atau kepada pihak yang mempunyai kepentingan dalam sesebuah organisasi.
Bagi Perakaunan Kewangan, maklumat disediakan untuk pihak luar sesebuah organisasi
seperti pemegang saham, pemiutang dan agensi pemantauan dan kawal selia.
Kelazimannya mereka memerlukan maklumat untuk membuat keputusan kewangan.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
23
PPL, UPM
Contohnya pemegang saham memerlukan maklumat untuk menilai pelaburan mereka,
samada untuk terus memegang saham, menambahkan bilangan saham atau pun menjual
saham yang dimilikki. Pemiutang memerlukan maklumat untuk menilai keupayaan
sesebuah organisasi untuk menjelaskan obligasi kewangan yang diterima. Bagi agensi
pemantauan seperti Bursa Malaysia, ia mempastikan bahawa syarikat yang tersenarai
mematuhi segala undang-undang yang dikenakan ke atas mereka agar kepentingan
pelaburan orang awam terjaga.
Bagi Perakaunan Pengurusan, maklumat disediakan untuk pihak di dalam organisasi. Jika
pihak dalaman ini dianggap sebagai pekerja maka anggapan itu adalah salah, kerana
bukan semua pekerja di dalam sesebuah organisasi diberi kuasa ini. Lebih tepat jika
disebut sahaja pihak dalaman itu adalah pihak pengurusan. Pada kelazimannya mereka
memerlukan maklumat untuk merancang, mengawal, menilai prestasi dan membuat
keputusan.
Ada banyak perkara lain yang boleh membezakan kedua-dua bidang perakaunan ini
(Rujuk Exhibit 2-2 di m.s. 34 dalam buku teks) seperti orientasi maklumat, ciri
maklumat, focus pelaporan dan keperluan perundangan. Jika anda diminta untuk
memberi perbandingan antara Perakaunan Kewangan dengan Perakaunan Pengurusan,
jawapan seperti - Perakaunan Kewangan adalah mandatori dan Perakaunan Pengurusan
tidak, maka jawapan sebegini tidak digalakkan sama sekali. Jawapan yang dikehendaki
adalah seperti berikut:
Maklumat dan pelaporan yang disediakan dalam Perakaunan Kewangan mesti
patuh kepada GAAP dan semua peraturan dan perundangan yang berkaitan
dengan sesebuah perniagaan. Contohnya penyata kewangan tahunan syarikat
perlu diaudit dan difailkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Bermakna ketidakpatuhan boleh didakwa di mahkamah, didenda dsbnya.
Maklumat dan pelaporan yang disediakan dalam Perakaunan Pengurusan tidak
mandatori kerana tiada pihak berkuasa atau peraturan yang perlu dipatuhi,
malahan perniagaan boleh berbuat sesuka hati mereka kerana maklumat dan
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
24
PPL, UPM
pelaporan adalah opsyenal. Yang penting maklumat dan pelaporan yang
disediakan itu berguna kepada pihak pengurusan!
Peranan dan etika akauntan pengurusan
Peranan dan etika akauntan pengurusan merupakan perkara ketiga pentingnya yang perlu
diuji dalam tajuk ‘Pengenalan’. Memandangkan banyak jenayah kolar putih masih
berlaku berleluasa pada masa ini mahu pun di dalam atau di luar negeri, maka pelajar
yang mengambil apa jua kursus perakaunan perlu didedahkan berterusan kepada
pengetahuan dan amalan yang dianggap beretika. Kepentingan etika dalam dunia
perniagaan tidak boleh dinafikan dan analogi yang diberikan dalam buku teks amat tepat
sekali ia itu:
Gelagat beretika adalah minyak pelincir yang mengerakkan sesebuah ekonomi
untuk terus beroperasi. Tanpa minyak ini, sesebuah ekonomi akan beroperasi dengan
kurang cekap - di mana kurang barangan dan perkhidmatan akan diadakan untuk
pengguna, mutu akan jatuh dan harga akan naik.
Maka untuk kepentingan semua, perniagaan seharusnya dikendalikan dalam keadaan
beretika yang membina serta mengekalkan amanah dan keyakinan kepada semua pihak
yang terlibat. Walau pun konteks etika dan amalan etika dalam ACT2131 memberi
penekanan kepada kod perlakuan etika akauntan pengurusan yang dinyatakan dalam
Statement of Ethical Professional Practice, Institute of Managment Accountants (IMA),
USA, tetapi aplikasinya adalah lebih meluas. Pelajar BBA seharusnya sedar dan
menghayati akan piawai etika yang tinggi yang dipertanggungjawabkan kepada pihak
akauntan pengurusan agar objektif organisasi yang dikendalikan kelak tidak bercanggah
dengan objektif akauntan pengurusan anda. Terdapat 4 piawai etika ia itu kompetensi,
kerahsiaan, integriti dan kredibiliti; yang perlu dipatuhi dan menjadi panduan kepada
perlakuan etika yang ingin dicapai. Bagi ahli yang melanggar piawai ini, tindakan tertib
boleh dikenakan terhadap mereka.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
25
PPL, UPM
Mengikut amalan kelaziman, soalan peperiksaan mengenai etika selalunya dalam bentuk
kes dan pelajar dikehendaki untuk mengenalpasti isu etika yang terlibat, menjelaskan
piawai etika yang tidak dipatuhi dengan terperinci, boleh mengenalpasti pihak yang
berkepentingan serta boleh menyatakan apakah kepentingan masing-masing dalam isu
etika yang dibentangkan itu. Adakalanya, pelajar dikehendaki menerangkan tindakan
yang boleh diambil untuk menangani atau menyelesaikan isu etika yang terlibat.
Jawapan yang dicari adalah:
Perlu mengikuti dasar yang sedia terbentuk atau sediada dalam organisasi
masing-masing bagi penyelesaian konflik berkaitan dengan etika.
Jika, dasar sebegitu tidak wujud dalam sesebuah organisasi, barulah anda pertimbangkan
tindakan yang dicadangkan oleh IMA ia itu :
1) Bincangkan dahulu isu itu dengan penyelia terdekat kecuali penyelia berkenaan
yang terlibat. Jika demikian, bawa kes ini kepada peringkat pengurusan yang lebih tinggi
dan lebih tinggi sehingga kes in mendapat penyelesaian yang memuaskan. Jika penyelia
terdekat itu merupakan Ketua Pegawai Eksekutif atau setara, maka pihak berkuasa untuk
mengadu yang lebih sesuai adalah kumpulan seperti Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa
Eksekutif, Lembaga Pengarah, Lembaga Amanah atau pemilik. Pengaduan kepada
peringkat yang lebih tinggi daripada penyelia terdekat hendaklah dibuat dengan
pengetahuan penyelia berkenaan dengan andaian beliau tidak terlibat. Perlu ditekankan
di sini bahawa penyampaian masaalah sedemikian kepada pihak berkuasa atau individu
yang tidak berkerja atau terlibat dengan organisasi anda dijangka tidak sesuai, kecuali
anda percayai telah berlaku pencabulan undang-undang.
2) Jelaskan isu etika yang berkenaan dengan memulakan perbincangan secara sulit
dengan Kaunselor Etika IMA atau penasihat yang tidak berat sebelah untuk
mendapatkan pandangan mereka mengenai sebarang tindakan yang boleh diambil.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
26
PPL, UPM
3) Berunding dengan peguam mengenaihak dan tanggungjawab perundangan
yang berkaitan dengan konflik etika ini.
Tajuk Tadbir Urus Korporat merupakan tajuk baharu di dalam buku teks. Pengetahuan
terhadap Tadbir Urus Korporat dan Tanggungjawab Sosial juga penting dimaklumkan
kepada pelajar, termasuk tujuan the Sarbanes-Oxley Act of 2002 digubalkan dan topik
mengenai Pengurusan Risiko Enterprais serta langkah untuk mendapatkan kelayakan
Certified Management Accountant (CMA). Topik ini mesti didedahkan kepada para
pelajar BBA untuk memberi mereka pendidikan yang menyeluruh tetapi tidak perlu
untuk dimasukkan dalam peperiksaan, namun demikian terpulanglah kepada pensyarah
yang berkenaan.
Objektif pembelajaran
Selepas mengulangkaji tajuk ‘Pengenalan’, paling minimum anda seharus boleh:
Menerangkan fungsi utama pihak pengurus dalam sesebuah organisasi.
Membandingkan bidang pengajian Perakaunan Kewangan dengan bidang
pengajian Perakaunan Pengurusan.
Menjelaskan 4 piawai etika akauntan pengurusan dan tindakan yang boleh
diambil untuk menyelesaikan konflik etika.
SOALAN LATIHAN
Contoh Soalan 1
Apakah perbezaan antara fungsi perancangan dengan fungsi kawalan seorang pengurus?
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
27
PPL, UPM
Cadangan Jawapan Soalan 1
Fungsi perancangan seorang pengurus melibatkan penetapan objektik, mengenalpasti
alternatif dan memilih alternatif yang terbaik yang boleh membantu terhadap pencapaian
objektif organsasi.
Fungsi kawalan pula melibat pihak pengurus mempastikan pelaksanaan dibuat megikut
apa yang telah dirancangkan. Jika berlaku perbezaan antara pelaksanaan dengan
perancangan, kepekaan kepada maklumbalas akan menentukan tindakan pembetulan
dilaksanakan.
Contoh Soalan 2
Cik Reema telah diberitahu bahawa beliau akan dinaikkan pangkat kepada Pembantu
Pengurus Kilang pada tahun hadapan. Beliau merasakan gembira tetapi resah terutama
sekali kerana beliau hanya tahu sedikit mengenai perakaunan. Beliau pernah mengambil
kursus Perakaunan Kewangan semasa mengikuti program diplomanya beberapa tahun
dahulu. Cik Reema menjangkakan ilmu mengenai Perakaunan Pengurusan adalah lebih
relevan kepada tugas baharunya itu.
Anda dikehendaki untuk menerangkan empat (4) perbezaan yang ketara antara
Perakaunan Kewangan dengan Perakaunan Pengurusan.
Cadangan Jawapan Soalan 2
Empat perbezaan antara Perakaunan Kewangan dengan Perakaunan Pengurusan boleh
dilihat daripada perkara yang berikut:
1) Pengguna maklumat
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
28
PPL, UPM
Perakaunan Kewangan bertujuan menyediakan maklumat yang berguna untuk pihak luar
organisasi seperti pelabur dan pemuitang agar membolehkan mereka membuat keputusan
mengenai kedudukan kewangan dan prestasi sesebuah organisasi. Perakaunan
Pengurusan bertujuan menyediakan maklumat untuk pengguna dalaman, khususnya
pihak pengurusan agar membantu mereka menjalankan tanggungjawab dan pengendalian
operasi harian organisasi dengan lebih cekap dan berkesan.
2) Ciri maklumat
Maklumat Perakaunan Kewangan adalah maklumat yang bersejarah, lebih cenderung
kepada yang bentuk kuantitatif; boleh diukur dengan wang ringgit serta boleh diuji
kesahihannya. Maklumat Perakaunan Pengurusan adalah maklumat semasa atau ramalan,
mengambilkira aspek kuantitatif dan kualitatif, kewangan dan bukan kewangan serta
relevan, dan tepat pada masa ianya diperlukan.
3) Tumpuan pelaporan maklumat
Perakaunan Kewangan menyediakan maklumat ringkasan mengenai entiti perniagaan
secara menyeluruh untuk pengguna umum. Perakaunan Pengurusan menyediakan
maklumat untuk pengguna khusus, lebih terperinci dan spesifik mengikut bahagian,
keluaran, jabatan, daerah penjual atau barangan dsbnya.
4) Kepatuhan terhadap perundangan
Pelaporan maklumat Perakaunan Kewangan tertakluk dengan GAAP, piawai badan
iktisas, peraturan dan perundangan setempat dan sebagainya. Ini adalah mandatori.
Maklumat Perakaunan Pengurusan tidak tertakluk dengan GAAP, mempunyai kebebasan
format dan kualiti maklumat yang ingin disampaikan. Penyediaan maklumat tidak
mandatori dan tiada kekangan kecuali kos berbanding dengan faedah yang diperolehi.
Contoh Soalan 3
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
29
PPL, UPM
Andaikan anda pengurus syarikat Waja Industries. Encik Izuan adalah wakil jualan bagi
firma Chu Suppliers, yang merupakan salah satu daripada pembekal utama Syarikat Waja
Industries. Encik Izuan telah menjemput anda untuk menghadiri pertandingan lumba
kereta F1 di Litar Antarabangsa Sepang. Anda telah menerima pelawaan Encik Izuan
dengan senang hati kerana anda sememangnya adalah peminat lumba kereta laju. Di litar
perlumbaan, Encik Izuan tidak berhenti bercakap mengenai pembaharuan kontrak
pembekal Waja Industries. Kontrak dengan pembekal akan dikaji semula dan akan
dibincangkan dalam mesyuarat syarikat pada akhir bulan.
Ini adalah kali pertama Encik Izuan dipertanggungjawabkan untuk mengemukakan
tawaran harga bagi pihak firmanya. Oleh kerana persaingan antara pembekal
sememangnya sengit, beliau merayu agar anda meneliti semula tawaran yang telah
disediakannya untuk mempastikan bahawa sebutharga dan terma tawaran firmanya
memenuhi keperluan semasa syarikat Waja Industries. Beliau juga mengetahui bahawa
anda mempunyai pengetahuan mengenai semua kos syarikat yang terlibat dalam kontrak
dengan pembekal. Beliau asyik mendesak agar anda memberitahunya samada tawaran
harga firmanya menepati sasaran atau perlu diubahsuai. Encik Izuan berjanji jika
firmanya menang semula kontrak dengan Waja Industries, beliau akan memberi anda
tiket bermusim percuma untuk pertandingan lumba kereta antarabangsa untuk masa-masa
yang akan datang.
Anda dikehendaki:
(i) Mengikut pendapat anda, apakah isu etika yang mungkin terlibat dalam
situasi di atas?
(ii) Mana antara piawai etika Akauntan Pengurusan yang tidak akan dipatuhi?
Bincangkan setiap satu.
(iii) Nyatakan sekurang-kurangnya tiga pemegang berkepentingan dalam
situasi di atas dan terangkan mengapa anda jangka mereka merupakan
pemegang berkepentingan.
Cadangan Jawapan Soalan 3
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
30
PPL, UPM
(i) Satu isu etika dijangka berlaku jika:
Anda menurut semua permintaan yang dikemukakan oleh Encik Izuan seperti meneliti
semula tawaran yang telah disediakannya agar dapat mempastikan bahawa sebut harga
dan terma tawaran firmanya memenuhi keperluan semasa syarikat Waja Industries; dan
anda akan cuba memberitahunya samada tawaran harga firmanya menepati sasaran atau
perlu diubahsuai.
(ii) Dua piawai etika Akauntan Pengurusan yang mungkin terlibat adalah:
Kerahsiaan
Anda mempunyai tanggungjawab untuk menjauhi diri daripada menggunakan atau
seakan nampak menggunakan maklumat rahsia yang diperoleh dalam pekerjaan anda
dengan Waja Industries, untuk tujuan tidak beretika atau menerima faedah yang
menyalahi undang-undang.
Integriti
Jika anda bersetuju untuk berbuat seperti permintaan Encik Izuan dan menerima tiket
bermusim percuma untuk pertandingan lumba kereta antarabangsa; ini jelas menunjukkan
bahawa anda tidak berjaya untuk mengelakkan diri daripada perilaku yang akan
menjejaskan anda daripada menjalankan tugas dengan beretika atau pun anda kelihatan
tidak berjaya menahan diri daripada penglibatan dalam aktiviti yang akan mencemarkan nama
baik profesyen anda.
(iii) Tiga orang pemegang berkepentingan adalah:
Encik Izuan – yang ingin menunjukkan prestasi yang tinggi kepada firmanya.
Kemungkinan Jjka kontrak firmanya disambungsemula oleh Wajaa Industries, beliau
akan dipertimbangkan untuk jawatan yang labih tinggi atau mendapat bonus yang lebih
banyak.
Anda sebagai Pengurus, syarikat Waja Industries – jika anda mengkajis emula kontrak
yang disiapkan oleh Encik Izuan anda akan mendapat tiket bermusim percuma untuk
menyaksi pertandingan lumba kereta FI di litar Sepang.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
31
PPL, UPM
Firma pembekal lain – telah teraniaya kerana peluang untuk bersaing bebas tidak lagi
wujud tanpa pengetahuan mereka.
Topik 2: Istilah dan Konsep Kos
Pendahuluan
Tajuk ini bertujuan untuk memperkenalkan anda kepada pelbagai kefahaman mengenai
kos yang digunakan dalam kursus ini. Pada peringkat awal ini, amat penting anda
memahami dengan jelas dan terperinci akan setiap konsep, tema dan kategori kos yang
didedahkan kepada anda. Rasionalnya adalah keperluan pihak pengurusan yang berbeza,
akan memerlukan penggunaan konsep dan tema kos yang berbeza juga. Dan kos itu pula
akan dikategorikan atau diberikan tema baharu jika tujuan asal keperluan pihak
pengurusan bertukar, walau pun amaun dan elemen kos yang terlibat adalah sama. Apa
bila pembelajaran anda mengenai perakaunan pengurusan semakin mendalam, konsep,
tema dan kategori kos ini kadang kala tidak lagi dijelaskan kerana dijangkakan anda
sudah mengerti akan jenis kos yang terlibat dan boleh mengukurnya dengan tepat. Maka
tanggapan bahawa kos berbeza untuk tujuan berbeza ini merupakan aspek yang kritikal
kepada pembelajaran mengenai Perakaunan Pengurusan.
Bagi kursus ACT2131, anda akan didedahkan kepada alam perniagaan pembuatan.
Mengikut kelaziman, kos organisasi pembuatan dibahagikan kepada kos perkilangan
dengan kos bukan perkilangan. Takrif kos pembuatan atau kos pengilangan adalah semua
kos yang terlibat dalam proses menukarkan bahan mentah kepada barang siap; dan kos
pembuatan ini dikategorikan kepada tiga elemen kos ia itu (1) kos bahan langsung, (2)
kos buruh langsung dan (3) kos overhed perkilangan. Takrif ketiga-tiga kategori kos
pembuatan adalah seperti berikut:
Kos bahan langsung
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
32
PPL, UPM
Semua kos bahan yang menjadi bahan mentah utama bagi sesuatu barangsiap dan kos
bahan mentah itu boleh dikesan dengan senang kepada barangsiap itu. Contohnya bagi
kilang pemasangan kereta siap, kos radio, pemain DVD, penghawa dingin dan kos empat
buah tayar merupakan antara kos bahan langsung untuk membuat sebuah kereta. .
Untuk makluman anda, ada juga kos bahan mentah lain seperti skru, nat dan cat yang
juga diperlukan untuk membuat sebuah kereta tetapi tidak berbaloi untuk mengesankan
kos bahan seperti ini. Bagi bahan seperti skru dan nat, kosnya boleh dikatakan terlalu
tidak signifikan berbanding kso sebuah kereta siap, dan proses untuk mengesankan kos
kepada sesebuah kereta, adalah terlalu remeh dan rumit. Kos bahan seperti ini
dikategorikan sebagai kos bahan tak langsung.
Kos buruh langsung
Semua kos upah pekerja atau buruh di kilang yang menukarkan secara langsung bahan
mentah kepada barang siap. Atau kos upah pekerja atau buruh kilang yang boleh dikesan
dengan mudah kepada barangsiap.
Kos pekerja atau buruh kilang yang tidak mudah dikesan secara langsung kepada mana-
mana barangsiap dikategorikan sebagai kos buruh tak langsung seperti upah dan gaji
pekerja sekuriti di kilang, pekerja penyelenggaran kilang dan Pengurus Kilang.
Kos overhed perkilangan
Merangkumi semua kos yang berlaku di kilang kecuali kos bahan langsung dan kos
buruh langsung. Kos bahan tak langsung dan kos buruh tak langsung dimasukkan ke
dalam kategori kos overhed perkilangan. Maka kos overhed perkilangan mengandungi
kos seperti sewa kilang, insuran kilang, utiliti kilang, susutnilai alatan dan mesin di kilang
dsbnya. Pada umumnya, kos overhed perkilangan merangkumi semua kos yang
diperlukan untuk mengoperasikan sebuah kilang atau pun semua kos pengendalian yang
terlibat di premis/tempat di mana proses pembuatan dilakukan.
Kos bukan perkilangan
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
33
PPL, UPM
Tetapi semua kos lain yang dibelanjakan untuk pengendalian aktiviti perniagaan di luar
kilang atau di luar premis pembuatan seperti di ibu pejabat, atau pun di bahagian
pentadbiran dan penjualan, dikategorikan sebagai kos bukan perkilangan. Kos buakn
perkilangan dibahagikan kepada dua kumpulan utama ia itu (1) kos jualan dan (2) kos
pentadbiran.
Kos jualan
Melibatkan semua kos untuk proses mengisikan pesanan pelanggan dan untuk
mempastikan barangan sampai kepada pelanggan. Contoh kos jualan adalah kos
pengiklanan, sewa gudang penyimpanan inventori barangsiap, kos penyerahan, komisen
jurujual, upah dan gaji pekerja jualan dan pemasaran.
Kos pentadbiran
Melibatkan semua kos yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran am sesebuah
organisasi secara keseluruhannya; selain daripada kos yang berkaitan dengan proses
jualan dan pembuatan. Contoh kos pentadbiran adalah ganjaran pegawai eksekutif, kos
pekeranian dan kesetiausahaan, susutnilai alatan dan mesin pejabat.
Konsep dan tema kos lain yang kerap digunakan juga untuk membezakan antara kos
perkilangan dengan kos bukan perkilangan adalah kos produk dengan kos tempoh. Walau
pun kandungan kos produk sama dengan kos pengilangan, takrif kos produk mempunyai
pengertian yang berlainan. Kos produk adalah semua kos yang terlibat untuk
memperolehi atau membuat produk tersebut. Dengan lain perkataan, semua kos yang
boleh dikesan scara langsung dan tidak langsung kepada kepada satu unit produk yang
dibeli atau yang dibuat. Kos produt ini tidak akan menjadi belanja selagi produk tersebut
tidak dijual. Selagi produk itu berada dalam simpanan atau stor syarikat, kos produk itu
disebutkan juga sebagai kos boleh diinventorikan (inventoriable costs). Kos produk ini
akan menjadi belanja hasil dalam tempoh masa ianya dijual. Takrif kos yang tepat
digunakan apabila ia menjadi belanja hasil adalah ‘kos barang dijual’ untuk barangan
yang dijual dan ‘kos jualan’ untuk perkhidmatan yang ditawarkan
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
34
PPL, UPM
Kos tempoh adalah semua kos yang tidak diambilkira dalam pengiraan kos produk.
Dengan itu, semua kos jualan dan pemasaran; dan kos pentadbiran akan dikategorikan
sebagai kos tempoh. Kos ini dihapus terus sebagai belanja hasil dalam tempoh masa
ianya berlaku. Kos tempoh ini boleh juga disebut sebagai kos tak boleh diinventorikan
(non-inventoriable costs). Maka tiada satu daripada kos tempoh ini boleh dikesan kepada
produk atau boleh timbul sebagai sebahagian daripada nilai inventori yang akan
dilaporkan dalam Kunci Kira-kira.
Dalam kilang, kadangkala konsep kos prima dan kos pertukaran lazim digunakan. Lebih
tepat kerap digunakan dalam kilang intensif modal daripada kilang intensif buruh. Dalam
kilang intensif modal, kos buruh langsung tidak lagi signifikan kerana kebanyakan
daripada proses perkilangan telah diambil aleh oleh mesin atau telah diautomasikan.
Maka kos buruh kilang adalah terlalu kecil berbanding, kerana buruh dalam kilang
intensif modal hanya diperlukan untuk menghidupkan mesin dan mematikan mesin; atau
mempastikan mesin sentiasa beroperasi dengan lancar dalam sesuatu pusingan
pengeluaran. Takrif kos prima dan kos pertukaran adalah seperti berikut. Kos prima
adalah jumlah kos bahan langsung dengan kos buruh langsung; mana kala kos pertukaran
adalah jumlah kos buruh langsung dengan jumlah kos overhed perkilangan. Untuk
makluman dan rujukan anda, Exhibit 2-3 dalam buku teks menunjukkan ringkasan
semua kos yang penting dalam organisasi pembuatan.
Dalam topik 2, anda juga perlu didedahkan secara ringkas kepada kos yang berbeza untuk
tujuan berbeza yang lain, walau pun kos itu akan dibincangkan dengan lebih terperinci
dalam topik yang berikutan. Bagi tujuan meramalkan gelagat kos, pengkelasan kos
kepada kos berubah dan kos tetap diperkenalkan. Gelagat kos merujuk kepada reaksi kos
terhadap perubahan tahap aktiviti sesebuah organisasi. Mengetahui akan gelagat kos
amatlah penting untuk tujuan aktiviti perancangan.
Bagi tujuan mengkaitkan kos kepada produk, pengkelasan kos yang sesuai adalah kos
langsung berbanding dengan kos tak langsung. Bagi membantu pihak pengurusan
membuat keputusan jangka pendik, konsep kebezaan kos dan hasil (differential cost and
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
35
PPL, UPM
revenue) menjadi penting. Dalam situasi membuat keputusan, anda juga perlu tahu
mengenai konsep kos tenggelam atau kos luput berbanding dengan kos lepas agar anda
mudah mengenalpasti akan kos berkenaan dan mengetahui bahawa kos lepas perlu
diambilkira dalam aktiviti pembuatan keputusan tetapi kos luput tidak. Untuk makluman
dan rujukan anda, Exhibit 2-9 dalam buku teks boleh membantu terhadap konsep dan
pengkelasan kos yang penting.
Pengkelasan Kos dalam Penyata Kewangan
Satu aspek lagi yang anda perlu tahu dalam Topik 2, adalah implikasi kos dalam penyata
kewangan perniagaan pembuatan dengan penyata kewangan perniagaan pembarangan
dan peruncitan.
Kunci Kira-Kira
Dalam Kunci Kira-kira atau Penyata Kedudukan Kewangan perniagaan peruncitan atau
pembarangan, hanya ada satu jenis inventori sahaja yang akan tersenarai di bawah Aset
Semasa ia itu Inventori Barangsiap. Inventori Barang Siap ini mempamerkan nilai
inventori barangan yang dibeli daripada pembekal untuk tujuan dijual semula kepada
pelanggan perniagaan tersebut. Barangan yang dibeli untuk dijual semula itu tidak
semestinya merupakan barangan yang sempurna/barang siap; asalkan bahan atau
barangan itu dibeli dengan tujuan untuk dijual semula, nama inventori itu dianggap
sesuai.
Sebagai perbandingan, dalam Kunci Kira-kira perniagaan pembuatan, ada tiga jenis
inventori yang akan disenaraikan ia itu Inventori Barang siap, Inventori Kerja-dalam-
Proses dan Inventori Bahan Mentah. Bahan mentah adalah bahan yang akan digunakan
dalam proses pembuatan produk. Kerja-dalam-Proses adalah barangan yang sebahagian
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
36
PPL, UPM
siap dan perlu diproseskan lagi sebelum boleh dijual kepada pelanggan. Barang siap
merupakan produk yang telah siap diproses tetapi belum dijual kepada pelanggan.
Dalam penyata pendapatan pula, perbezaan yang nyata wujud dalam pengiraan kos
barang dijual amsing-masing. Bagi perniagaan pembarangan dan peruncitan, Kos Barang
Dijual (KBDJ) dikira mengikut formula berikut:
Inventori Awal Barang siap + Kos Belian – Inventori Akhir Barang siap
Bagi perniagaan pembuatan, Kos barang Dijual dikira mengikut formula berikut:
Inventori Awal Barang siap + Kos Barang Dikilang – Inventori Akhir Barang siap
Perniagaan pembuatan tidak perlu membeli barangan jualan daripada pembekal luar,
kerana barangan jualan dibuat sendiri. Maka penting bagi perniagaan pembuatan untuk
tahu akan kos barangan yang dibuat sendiri. Untuk tujuan ini, perniagaan pembuatan
perlu menyediakan satu penyata tambahan yang disebut sebagai Jadual/Penyata Kos
Barang Dikilang (KBDK). Jadual/Penyata KBDK ini merupakan dokumen penting untuk
mendapatkan kos produk seunit untuk tujuan penilaian Inventori Akhir Barangsiap dan
seterusnya untuk pengiraan KBDJ dan perekodan untung atau rugi dalam Penyata
Pendapatan.
Penyata Kos Barang Dikilang
Jika anda buat bertenang, penyediaan penyata ini tidaklah menakutkan langsung.
Pengiraan kos barang dikilang secara logiknya mesti mengandungi ketiga-tiga kategori
kos yang telah dibincangkan di atas untuk mendapatkan kos produk atau kos perkilangan.
Sebagai peringatan kepada anda, setiap dokumen perakaunan mahu pun sebarang penyata
kewangan mesti mempunyai tajuk yang sempurna, bermakna mengandungi nama
perniagaan yang berkenaan, nama penyata yang disediakan dan tarikh atau tempoh
laporan.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
37
PPL, UPM
Tiga kategori kos yang ingin dipamerkan adalah kos bahan langsung, kos buruh langsung
dan kos overhed perkilangan. Perlu berhati-hati apabila merekodkan kos bahan langsung
dalam Penyata KBDK. Yang diperlukan adalah kos bahan langsung yang digunakan
dalam proses pengeluaran BUKAN kos bahan langsung yang dibeli. Dan formula untuk
mendapatkan kos bahan langsung yang digunakan dalam proses pengeluaran adalah
seperti berikut:
Inventori awal bahan mentah + Belian bahan mentah – Inventori akhir bahan mentah
Bagi kos buruh langsung pada kebiasaannya, anda tidak akan ada masalah untuk
mendapatkannya kerana semua buruh kilang akan klik masuk dan klik keluar apabila
melaporkan diri untuk membuat sesuatu barangan dalam kilang. Maka kos buruh
langsung adalah sama dengan jumlah jam berkerja buruh darab dengan kadar buruh yang
dijanjikan mengikut kontrak. Bagi kos overhed perkilangan, anda perlu juga berwaspada.
Petik semua belanja yang berlaku dikilang SAHAJA, senaraikan satu persatu dan ambil
jumlahnya dengan tepat.
Format Penyata KBDK yang boleh dicontohi adalah seperti berikut:
Leena Industries (Nama perniagaan)
Jadual Kos Barang Dikilang (Nama penyata)
Untuk tahun berakhir 30 Jun 2010 (Tempoh laporan)
Kos bahan digunakan RM Inventori bahan mentah awal RM 88,000
Belian bahan langsung 141,900
Bahan langsung sedia ada untuk diguna 229,900
Inventori bahan mentah akhir 43,560
Kos Bahan langsung digunakan dalam pengeluaran 186,340
+ Kos buruh langsung 150,000
+ Overhed perkilangan
Buruh tak langsung RM 16,500
Bahan tak langsung 12,000
Susutnilai alatan & mesin kilang 76,000
Sewa kilang 105,000
Insuran kilang 20,000
Utiliti kilang 8,200 237,700
Jumlah kerja-dalam-proses 574,040
+ Inventori kerja-dalam-proses awal 46,200
Jumlah kos perkilangan 620,240
- Inventori kerja-dalam-proses akhir 71,500
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
38
PPL, UPM
Kos barang dikilang RM 548,740
Dengan maklumat KBDK sebanyak RM 548,740 yang diperolehi daripada penyata di
atas, dan andaikan dalam tempoh setahun itu, kilang mengeluarkan 438,992 unit produk
maka kos produk seunit boleh dikira seperti berikut:
Jumlah kos barang dikilang = RM 548,740 = RM 1.25 seunit produk
Bilang unit yang dikeluarkan 438,992
Dengan maklumat kos produk seunit adalah RM1.25 anda boleh mendapatkan nilai
inventori barang siap pada ahkir tempoh setahun.
Andaikan bahawa sebanyak 38,096 produk Leena Industries tidak habis dijual pada akhit
tahun, maka nilai inventori akhir adalah:
RM 1.25 x 38,096 unit = RM 47,620
Penyata Pendapatan
Dengan maklumat di atas, baharulah anda boleh menyediakan Penyata Pendapatan akhir
tahun untuk perniagaan pembuatan seperti berikut:
Leena Industries (Nama perniagaan)
Penyata Pendapatan (Nama penyata)
Untuk tahun berakhir 30 Jun 2010 (Tempoh laporan)
RM
Jualan RM 1,000,500
Tolak kos barang dijual
Inventori awal barang siap RM 51,040
+ Kos barang dikilang 548,740
Kos barang siap sedia ada untuk dijual 599,780
- Inventori akhir barang siap 47,620
Kos barang dijual 552,160
Untung kasar 448,340
Tolak belanja operasi
Belanja jualan & pemasaran RM 50,000
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
39
PPL, UPM
Belanja pentadbiran & am 84,500 134,500
Untung operasi bersih RM 313,840
Objektif pembelajaran
Paling minimum anda dapat:
Membincangkan konsep, tema dan pengkelasan kos yang pelbagai dalam tajuk
ini.
Menghitung setiap kos yang dikehendaki
Menyediakan Jadual/Penyata Kos Barang dikilang dan boleh memperoleh kos
seunit produk.
Menunjukkan perbezaan antara penyata kewangan perniagaan pembuatan dengan
perniagaan pembarangan dan peruncitan.
CONTOH SOALAN
Contoh Soalan 1
Berikan pendapat anda mengenai pernyataan berikut ,
Kos prima + Kos pertukaran = Kos produk
Cadangan Jawapan Soalan 1
Kos prima adalah jumlah kos bahan langsung dengan kos buruh langsung
Kos pertukaran adalah jumlah kos buruh langsung dengan kos overhed perkilangan
Dengan itu, mencampurkan kos prima dengan kos pertukaran tidak sama dengan kos
produk kerana kos buruh langsung telah diambilkira sebanyak dua kali. Maka kos
produk yang diperoleh akan terlebih nyata.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
40
PPL, UPM
Contoh Soalan 2
Pada tahun berakhir 30 Jun 2010, berikut merupakan baki akhir yang dipetik daripada
lejar Syarikat Norleen:
Pembaikan kilang RM 10,000
Utiliti kilang 8,000
Insuran kilang 7,500
Belanja iklan 15,000
Belanja jualan dan pemasaran 21,000
Gaji dan upah 45,000
Bahan tak langsung 5,500
Susutnilai kilang 6,000
Belanja am dan pentadbiran 12,500
Buruh tak langsung 9,000
Inventori bahan mentah:
Julai 1, 2009 15,000
Jun 30, 2010 20,000
Buruh langsung 25,000
Inventori kerja-dalam-proses:
Julai 1, 2009 32,000
Jun 30, 2010 30,000
Belian bahan mentah 48,000
Dikehendaki:
(i) Sediakan satu jadual kos barang dikilang untuk Syarikat Norleen bagi
tahun berakhir 30 Jun 2010.
(ii) Kirakan kos prima Syarikat Norleen.
(iii) Mengapakah anda tidak mengambilkira semua kos di atas untuk pengiraan
kos barang dikilang bagi Syarikat Norleen?
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
41
PPL, UPM
(iv) Andaikan inventori barang siap pada Julai 1 2009 adalah RM 27,500 dan
pada Jun 30 2010 adalah RM 32,300 untuk Syarikat Norleen, berapakah
kos barang dijual bagi syarikat ini?
Cadangan Jawapan Soalan 2
(i) Jadual kos barang dikilang untuk Syarikat Norleen adalah seperti berikut:
Syarikat Norleen
Jadual Kos Barang Dikilang
Untuk tahun berakhir 30 Jun, 2010
RM
Inventori bahan mentah awal RM 15,000
Belian baham mentah 48,000
Bahan mentah sedia ada utk digunakan 63,000
Inventori bahan mentah akhir 20,000
Bahan mentah digunakan dalam pengeluaran 43,000
Buruh langsung 25,000
Overhed perkilangan:
Pembaikan kilang RM 10,000
Utiliti kilang 8,000
Insuran kilang 7,500
Susutnilai kilang 6,000
Bahan tak langsung 5,500
Buruh tak langsung 9,000 46,000
Jumlah kerja-dalam-proses 114,000
+ Inventori kerja-dalam-proses awal 32,000
Jumlah kos perkilangan 146,000
- Inventori kerja-dalam-proses akhir 30,000
Kos barang dikilang RM 116,000
(ii) Kos prima = kos bahan + kos buruh
= RM 43,000 + RM 25,000 = RM 68,000
(ii) Kos lain yang tidak diambilkira dalam pengiraan kos barang dikilang kerana kos itu
bukan merupakan kos perkilangan. Kos lain itu dikategorikan sebagai kos tempoh ia itu
kos yang dibelanjakan oleh sesebuah organisasi dalam satu tempoh masa yang tidak ada
kaitan langsung dengan proses pembuatan keluaran tetapi berkaitan dengan operasi
keseluruhan syarikat itu; dan perlu dihapuskan dalam Penyata Pendapatan bagi tempoh
yang berkenaan.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
42
PPL, UPM
(i) Kos barang dijual Syarikat Norleen = RM 27,500 + RM 116,000 – RM 32,300
= RM 111,200
Contoh Soalan 3
Berikan dua perbezaan dalam penyata kewangan yang disediakan oleh syarikat
pembuatan dengan penyata kewangan yang disediakan oleh syarikat pembarangan.
Cadangan Jawapan Soalan 3
Antara perbezaan antara penyata kewangan syarikat pembuatan dengan syarikat
pembarangan adalah:
1. Pada Kunci Kira-kira
Syarikat Pembuatan Syarikat Pembarangan
Ada 3 jenis inventori ditunjukkan di bawah Ada satu jenis inventori sahaja di
Harta semasa iaitu barang siap, bahan mentah tunjukkan ia itu inventori barang siap
dan kerja-dalam-proses
2. Pada Penyata Pendapatan
Syarikat Pembuatan Syarikat Pembarangan
Pengiraan kos barang dijual KBDJ = Inventori awal barang siap
= Inventori awal barang siap + KBDK + Belian bersih - Inventori akhir
– Inventori akhir barang aiap barang siap
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
43
PPL, UPM
Topik 3: Sistem Pengekosan
Pendahuluan
Sistem pengekosan bertujuan untuk menyediakan data kos untuk membantu pihak
pengurus mendapatkan kos produk seunit. Secara amnya, sistem pengekosan perakaunan
boleh ditakrifkan sebagai teknik yang digunakan untuk mengumpulkan kos,
mengkelaskan kos dan mengkaitkan kos kepada keluaran atau perkhidmatan agar dapat
mengirakan kos produk seunit. Topik sistem pengekosan merangkumi tiga bab dalam
buku teks ia itu Bab 3 Systems design: Job-order costing; Bab 4: Systems design: Process
costing dan Bab 8: Activity-based costing: A tool to aid decision making.
Sistem pengekosan tempahan kerja (Bab 3) dan sistem pengekosan proses (Bab 4)
dikategorikan sebagai sistem pengekosan tradisional. Dengan menggunakan dua kaedah
pengekosan ini sahaja, kos produk seunit yang diperoleh boleh digunakan untuk penilaian
inventori akhir dan sekali gus untuk penyediaan penyata kewangan untuk tujuan
pelaporan luar. Kos produk seunit yang dikira dengan sistem pengekosan berasaskan
aktiviti lebih sesuai digunakan untuk tujuan pengurusan strategik dan sebarang keputusan
yang melibatkan kapasiti atau saiz pengeluaran yang sedia ada. Anda dinasihatkan agar
dapat membezakan antara ketiga-tiga sistem pengekosan ini serta boleh mengirakan kos
produk seunit dengan menggunakan kaedah mana-mana sistem pengekosan yang
diberikan.
Pemilihan penggunaan kaedah pengekosan bergantung kepada proses pengeluaran
sesebuah perniagaan. Jika kilang anda mengeluarkan banyak (bilangan) unit produk yang
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
44
PPL, UPM
seragam (homogen) dalam satu tempoh masa yang panjang dan proses pengeluaran
secara berterusan; sistem pengekosan proses lebih sesuai digunakan untuk mendapatkan
kos seunit produk. Produk dikatakan homogen adalah produk yang susah dibezakan atau
susah diasingkan di antara satu unit yang disiapkan dengan satu unit produk yang lain
kerana satu unit produk yang dikeluarkan kelihatan sama seperti satu unit yang lain;
contoh pengeluaran seliter air minuman kordial dengan seliter air minuman kordial, atau
pun 500gm serbok cucian dengan 500gm serbok cucian yang dikeluarkan. Jika kilang
membuat produk yang berbeza atau pelbagai jenis (heterogen) dan satu unit produk yang
diproses boleh diasingkan dengan mudah dan dikenalpasti antara satu unit dengan unit
keluaran yang lain; contoh membuat perabot kerusi. Satu produk kerusi yang siap boleh
dikenalpasti dan diasingkan daripada daripada satu kerusi yang lain; maka sistem
pengekosan yang sesuai digunakan adalah sistem pengekosan tempahan kerja.
Sistem pengekosan tempahan kerja
Dalam sistem pengekosan tempahan kerja, anda diperkenalkan kepada beberapa
dokumen penting yang akan digunakan dalam kilang. Antaranya adalah materials
requisition form, time ticket dan job cost sheet. Apabila berlaku persetujuan dengan
pelanggan mengenai kuantiti, harga dan tarikh penyerahan, satu pesanan pengeluaran
(production order) akan diisukan. Dengan dokumen tersebut, bahagian pengeluaran akan
mengisikan Borang Permohonan Penggunaan Bahan (materials requisition form). Borang
ini digunakan untuk menetapkan jenis dan kuantiti bahan yang dikeluarkan daripada setor
simpanan dan merekodkan produk yang akan dicajkan dengan kos bahan tersebut. Buruh
di kilang akan menggunakan tiket masa (time tiket) untuk merekodkan waktu yang telah
mereka tumpukan kepada setiap kerja atau tugas di kilang. Apabila buruh kilang tidak
dipetugaskan kepada proses pengeluaran, masa yang ditumpu untuk kerja sampingan,
direkodkan dalam tiket masa itu sebagai jam buruh tak langsung. Dengan itu tiket masa
merupakan dokumen yang memberikan ringkasan mengikut jam bagi aktiviti buruh
seharian di kilang. Helain kos kerja (job cost sheet) adalah dokumen yang disediakan
untuk merekod kos bahan, buruh dan overhed perkilangan yang dicajkan kepada sesuatu
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
45
PPL, UPM
produk, jumlah kos pengeluaran dan pengiraan kos produk seunit ditunjukkan (Rujuk
Exhibit 3-4 dalam buku teks untuk contoh dokumen ini).
Kaedah memperuntukkan overhed perkilangan
Cuba ingat kembali kepada perbincangan yang telah dibuat mengenai kos produk. Untuk
mendapatkan kos produk, ada tiga item kos yang perlu diambilkira ia itu kos bahan
langsung, kos buruh langsung dan kos overhed perkilangan. Kos bahan langsung dan kos
buruh langsung boleh dikaitkan secara mudah dan terus kepada produk yang dibuat,
tetapi kos overhed perkilangan mempunyai masalah kerana:
(1) Overhed perkilangan dikategorikan sebagai kos tak langsung. Ini bermakna kos
overhed amat susah dan kadang kala mustahil untuk dikesankan kepada mana-
mana produk yang dikeluarkan atau mana-mana kerja yang dibuat.
(2) Overhed perkilangan mengandungi pelbagai item yang berbeza daripada gris yang
digunakan dalam mesin kepada gaji tahunan pengurus pengeluaran.
(3) Kos tetap yang terdapat dalam overhed perkilangan akan menjadikan jumlah kos
overhed perkilangan seakan konstan daripada satu tempoh ke satu tempoh walau
pun unit yang dikeluarkan berubah-ubah dengan meluas.
Memandangkan masalah di atas, kaedah peruntukan digunakan untuk overhed
perkilangan. Maka satu asas peruntukan perlu dikenalpasti. Mengikut kebiasaan, asas
peruntukan yang meluas digunakan adalah jam buruh langsung, kos buruh langsung, jam
mesin dan unit produk.
Kadar overhed pratentu
Untuk memperuntukkan overhed perkilangan kepada produk, satu kadar overhed pratentu
dikira pada permulaan sesuatu tempoh pengeluaran seperti berikut:.
Kadar overhed pratentu = Anggaran jumlah kos overhed perkilangan
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
46
PPL, UPM
Anggaran jumlah amaun asas peruntukan yang digunakan
Andaikan anggaran amaun asas peruntukan yang diperlukan untuk menyokong operasi
pengeluaran pada tempoh masa yang akan datang adalah 50,000 jam mesin. Dan
anggaran jumlah kos overhed perkilangan untuk tahap aktiviti yang dirancangkan dalam
tempoh yang sama adalah RM 450,000; maka kadar overhed pratentu dikira seperti
berikut:
RM 450,000 = RM9 sejam mesin
50,000 jam mesin
Untuk mengaplikasikan kadar overhed pratentu agar kos produk seunit boleh dikira juga
mudah. Jika Produk 347 menggunakan 150 jam mesin, maka jumlah overhed yang akan
diperuntukkan kepada Produk 347 adalah RM 1,350. (RM 9 x 150 jam mesin).
Overhed terkurang serap dan overhed terlebih serap
Andaikan jumlah overhed perkilangan yang diperuntukkan dalam satu tempoh
pengeluaran tidak sama dengan jumlah kos overhed perkilangan sebenar yang berlaku
dalam sesuatu tempoh pengeluaran, maka akan timbul pada akhir tempoh pengeluaran itu
masalah yang disebut sebagai overhed terkurang serap atau overhed terlebih serap.
Andaikan jumlah overhed perkilangan yang diperuntukkan adalah RM42,500 tetapi
jumlah kos overhed perkilangan sebenar adalah RM55,500; maka perbezaan sebanyak
RM13,000 (RM55,500 – RM42,500) itu dikatakan overhed terkurang serap. Jika kos
overhed perkilangan yang diperuntukkan dalam tempoh pengeluaran itu adalah
RM63,000 dan kos overhed perkilangan sebenar adalah RM 55,500, perbezaan sebanyak
RM7,500 (RM63,000-RM55,500) itu dikatakan overhed terlebih serap. Amaun overhed
yang terkurang serap atau terlebih serap ini perlu diselaraskan pada akhir sesuatu tempoh
pengeluaran agar akaun di kilang menjadi seimbang.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
47
PPL, UPM
Ada dua kaedah yang boleh digunakan untuk menangani masalah terkurang serap dan
terlebih serap ini. Kaedah pertama disebut sebagai kaedah menghapus terus kepada akaun
Kos Barang Dijual, dan kaedah kedua disebut sebagai kaedah prorata. Kaedah prorata
lebih tepat tetapi proses ini lebih rumit berbanding dengan kaedah pertama. Dengan itu
pemilihan kaedah bergantung kepada Prinsip Kematerialan. Jika amaun terlebih serap itu
kecil atau tidak signifikan, maka kaedah pertama lebih sesuai digunakan. Jika amaun
terkurang serap atau terlebih serap itu besar atau signifikan, maka kaedah kedua lebih
sesuai digunakan.
Kaedah menghapus terus kepada Kos Barang Dijual.
Andaikan RM 13,000 itu amaun overhed terkurang serap maka, catatan penghapusan
terlebih dan terkurang serap ini hendaklah dibuat dalam jurnal am, seperti berikut.
Dt. Akaun Kos Barang Dijual RM 13,000
Kt. Overhed Perkilangan RM13,000
(Menghapus terus overhed terkurang serap RM13,000 kepada KBDJ)
Jika amaun RM13,000 itu terlebih serap, catatan jurnalnya adalah seperti berikut:
Dt. Overhed Perkilangan RM 13,000
Kt. Akaun Kos Barang Dijual RM13,000
(Menghapus terus overhed terlebih serap RM13,000 kepada KBDJ)
Kaedah prorata
Mengikut pendapat saya, menghayati aliran kos dalam sebuah kilang dan kesan setiap
urusniaga dalam lejar kilang penting bagi pelajar ACT2131 kerana ia memberi gambaran
yang menyeluruh terhadap aktiviti yang lazim berlaku dalam sebuah kilang. Maklumat
ini lebih penting untuk pemahaman bukan untuk diuji. Jika anda dapat membayangkan
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
48
PPL, UPM
aliran kos dalam kilang, maka anda pasti tahu bahawa ada tiga akaun dalam lejar di
kilang yang akan melibatkan overhed perkilangan ia itu Akaun Inventori Kerja-dalam-
proses, Akaun Inventori Barang Siap dan Akaun Kos Barang Dijual. Jika amaun overhed
terkurang atau terlebih serap itu besar atau signifikan, maka penghapusan amaun
terkurang serap atau terlebih serap itu hendaklah dibuat dengan pembahagian yang
munasabah terhadap ketiga-tiga akaun tersebut.
Andaikan pada akhir tempoh perakaunan, baki dalam Akaun Inventori Kerja-dalam-
proses, Akaun Inventori Barang Siap dan Akaun Kos Barang Dijual masing-masing
adalah RM42,000, RM56,000 dan RM 102,000; dan amaun RM13,000 adalah overhed
terkurang serap. Pembahagian yang munasabah boleh diperoleh seperti berikut:
Akaun Baki Peratus Amaun Yang Munasabah
Kerja-dalam-proses RM 42,000 21 RM13,000 x 0.21 = RM 2,730
Inventori Barang Siap 56,000 28 RM13,000 x 0.28 = RM 3,640
Kos Barang Dijual 102,000 51 RM13,000 x 0.51 = RM 6,630
Jumlah RM 200,000 100 RM 13,000
Catatan penghapusan dalam jurnal am adalah seperti berikut:
Dt. Inventori Kerja-dalam-proses RM 2,730
Inventori Barang Siap 3,640
Kos Barang Dijual 6,630
Kt. Overhed Perkilangan RM 13,000
(Untuk menghapuskan amaun terkurang serap RM13,000 ke akaun KDP, BS & KBDJ)
Pengekosan biasa
Sehingga tahap ini ada patut tahu akan apa yang dimaksudkan dengan Pengekosan Biasa
(normal costing). Jika sebuah organisasi pembuatan mengamalkan pengekosan biasa, ini
bermakna organisasi tersebut menggunakan overhed perkilangan yang diperuntukkan
untuk mengira kos produk seunit daripada menggunakan kos overhed perkilangan
sebenar. Pada kebiasaannya, dalam organisasi kecil dan sederhana, satu sahaja overhed
pratentu yang digunakan untuk keseluruhan kilang dan ini akan disebut sebagai Kadar
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
49
PPL, UPM
Overhed Kilang (Plantwide overhead rate). Tetapi bagi perniagaan yang besar-besar,
amalan kebiasaan adalah untuk menggunakan Kadar Overhed Pratentu Berbilang
(Multiple predetermined overhead rate), di mana setiap jabatan atau bahagian dalam
kilang akan menggunakan kadar overhed pratentu masing-masing. Jika sesuatu jabatan
itu intensif buruh, besar kemungkinan jabatan tersebut akan menggunakan jam buruh
sebagai asas peruntukan overhed, dan jabatan yang intensif modal akan menggunakan
jam mesin sebagai asas peruntukan overhed.
Sistem pengekosan proses
Sebagai permulaan, apabila sampai ke topik ini, anda sekurang-kurangnya boleh
menerangkan dengan terperinci perbezaan dan persamaan antara sistem pengekosan
tempahan kerja dengan sistem pengekosan proses. Kemudian cuba bayangkan keadaan
dalam sebuah kilang di mana sistem pemprosesannya berterusan dan produknya homogen
seperti sebuah kilang yang membuat kordial. Bayangkan produk akan melalui dua
bahagian pemprosesan ia itu Bahagian Pembersihan dan kedua, Bahagian Pembacuhan
sebelum memasuki Bahagian Ketiga ia itu Bahagian Pembotolan. Oleh kerana produk
bercirikan homogen dalam Bahagian Pembersihan dan Bahagian Pembancuhan, sistem
pengekosan proses sesuai digunakan. Bagi Bahagian Pembotolan, produk yang dihasilkan
akan berciri heterogen, maka sistem pengekosan tempahan kerja lebih sesuai digunakan.
Untuk penggunaan sistem pengekosan proses, beberapa banyak jabatan atau unit
pemprosesan yang perlu dilalui oleh sesuatu produk tidak menjadi masalah, yang penting
adalah dua ciri asas ia itu:
1) Dalam sesuatu jabatan, aktiviti pemprosesan berjalan sama rata ke atas semua
produk yang melalui di situ.
2) Output sesuatu jabatan itu masih homogen.
Mengikut sistem pengekosan ini, kos akan dikesan kepada setiap jabatan bukan kepada
setiap produk. Jumlah kos perkilangan bagi sesuatu jabatan dalam satu tempoh masa akan
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
50
PPL, UPM
dijumlahkan dan dibahagikan dengan bilangan produk yang dihasilkan dalam tempoh
masa yang sama untuk mendapat kos produk seunit bagi setiap jabatan yang dilalui. Yang
menimbulkan masalah dalam sistem pemprosesan begini adalah penentuan bilangan unit
yang dihasilkan atau bilangan output daripada setiap jabatan tersebut. Output daripada
sistem pengekosan proses disebut sebagai EUP (equivalent unit of production) atau Unit
Setara Pengeluaran. Jika salah pengiraan EUP, maka kos produk seunit yang diperoleh
akan menjadi salah atau tidak tepat. Untuk mendapatkan EUP, formula berikut
digunakan:
Unit Setara Pengeluaran = Bilangan unit separa siap x peratus siap
Sistem pengekosan proses boleh menggunakan Kaedah Purata Berwajaran atau Kaedah
Masuk-dahulu-keluar-dahulu (FIFO) untuk mendapatkan EUP. Bagi pelajar bukan aliran
perakaunan memadai anda boleh mengirakan EUP dengan menggunakan Kaedah Purata
Berwajaran. Kaedah Purata Berwajaran mengabungkan bersama unit dan kos dalam
tempoh semasa dengan unit dan kos daripada tempoh sebelumnya. Maka EUP bagi
sesuatu jabatan adalah bilangan unit yang dipindahkan kepada jabatan yang berikutnya
(atau ke inventori barang siap) serta dicampurkan dengan EUP yang terdapat dalam
inventori akhir jabatan itu.
Buku teks anda hanya menunjukkan langkah-langkah bagi mendapatkan kos produk
seunit. Dalam keadaan sebenar di kilang, langkah tersebut akan diringkaskan dalam satu
dokumen penting dalam sistem pengekosan proses yang disebut Laporan Pengeluaran
atau Laporan Kos Pengeluaran. Malangnya contoh ini tidak diberikan dalam buku teks,
wal hal dokumen ini sering dirujuk dalam soalan latihan yang diberi pada akhir bab yang
berkenaan. Hanya satu sahaja rasionalnya yang saya boleh kemukakan di sini, mungkin
kerana format dokumen untuk pihak pengurus berbeza mengikut keperluan organisasi
masing-masing. Namun demikian saya sertakan satu format Laporan Pengeluaran yang
boleh digunakan sebagai contoh kerana soalan peperiksaan kerap menghendaki anda
untuk menyediakan laporan ini. Jika anda boleh menyediakannya laporan ini bermakna
anda boleh mengirakan kos produk seunit dengan menggunakan sistem pengekosan
proses kaedah purata berwajaran.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
51
PPL, UPM
Format Laporan Pengeluaran yang disyorkan mempunyai empat bahagian yang ketara. Ia
itu dua bahagian pertama dikhaskan untuk pengiraan unit fisikal dan dua bahagian yang
berikutnya untuk pengiraan data kos. Dengan menggunakan data yang diberi dalam
Exhibit 4-7 dalam buku teks, Laporan Pengeluaran bagi Shaping & Milling Department,
syarikat Double Diamond Skis, untuk operasi bulan Mei adalah seperti berikut:
Double Diamond Skis
Laporan Pengeluaran (Shaping & Miling Department)
Untuk bulan Mei 20xx
Data fisikal
Unit yang perlu diperakaunkan
Inventori awal 200
Unit dimulakan dalam tempoh 5,000
Jumlah 5,200
Unit yang diperakaunkan EUP
Jumlah Bahan Pertukaran
Unit siap dan dipindah keluar 4,800 4,800 4,800
Inventori akhir 400 (400x 0.4) 160 (400 x0.25) 100
Jumlah 5,200 4,960 4,900
Data kos
Kos yang perlu diperakaunkan
Jumlah Bahan Pertukaran
Inventori awal RM 15,175 RM 9,600 RM 5,575
Kos ditambah dalam tempoh 719,500 368,600 350,900
Jumlah kos 734,675 378,200 356,475
(RM378,200/4960) (RM356,475/4900)
Kos produk seunit RM149.00 = RM76.25 + RM72.75
Kos yang diperakaunkan
Unit siap & dipindah keluar RM 715,200 (4,800 EUP x RM149.00)
Inventori akhir
Bahan RM12,200 (160 EUP x RM76.25)
Pertukaran 7,275 19,475 (100 EUP x RM72.75)
Jumlah kos RM 734,675
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
52
PPL, UPM
Sistem pengekosan berasaskan aktiviti
Kedua sistem pengkosan tempahan kerja dan sistem pengekosan proses dikategorikan
sebagai sistem pengekosan tradisional. Sistem pengekosan tradisional adalah untuk
mengira kos produk seunit bagi tujuan penilaian inventori dan penentuan kos barang
dijual untuk pelaporan kepada pihak luar. Sistem pengekosan berasaskan aktiviti (ABC)
merupakan satu sistem pengekosan baharu, masih untuk mengira kos produk seunit tetapi
untuk tujuan pengurusan overhed dan pembuatan keputusan yang akan melibatkan saiz
atau kapasiti pengeluaran.
Anda perlu tahu akan perbezaan antara sistem pengekosan tradisional dan sistem
pengekosan berasaskan aktiviti ia itu:
(1) Kos pengeluaran dan kos bukan pengeluaran boleh diambil untuk pengiraan kos
produk berasaskan sebab dan akibat (cause and effect basis).
(2) Beberapa kos pengeluaran mungkin tidak dimasukkan dalam pengiraan kos
produk.
(3) Banyak kumpulan (pool) kos overhed digunakan, setiap satu diperuntukkan
kepada produk dan objek kos lain dengan menggunakan ukuran aktiviti tersendiri
masing-masing.
Untuk membantu anda menggunakan sistem pengekosan berasaskan aktiviti bagi tujuan
mengirakan kos produk seunit adalah mudah sahaja. Jika anda masih ingat kos produk
seunit mengandungi 3 item kos ia itu kos bahan langsung, kos buruh langsung dan kos
overhed perkilangan. Bagi sistem pengekosan berasaskan aktiviti, item kos overhed itu
boleh merupakan kos overhed pengilangan dan kos overhed bukan pengilangan. Anda
hanya perlu prihatin akan jenis overhed yang akan diambilkira (Contoh seperti dalam
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
53
PPL, UPM
Jadual 1 di bawah ini) untuk pengiraan kos produk dan kadar ukuran setiap jenis overhed
yang dikenalpasti bagi memperuntukkan kos overhed itu kepada produk.
Jadual 1: Contoh Kos Overhed Yang Diambilkira
Jenis Kos Overhed RM
Upah pemandu & jaga 720,000
Belanja operasi kederaan 280,000
Susutnilai kenderaan 120,000
Upah & gaji jurujual 160,000
Belanja pejabat 30,000
Belanja pentadbiran 320,000
Jumlah RM 1,630,000
ABC menggunakan tema objek kos, tetapi sistem pengekosan tradisional objek kos itu
disebut sebagai produk & perkhidmatan. Buku teks membincangkan pendekatan ABC
mengunakan peruntukan dua peringkat untuk tujuan memperuntukkan kos overhed
kepada objek kos.
Bagi Peruntukan Peringkat-Pertama, sebuah organisasi perlu mendapatkan amaun
overhed untuk setiap kumpulan kos aktiviti (activity cost pool) yang telah dikenalpasti
untuk sesuatu objek kos. Sebagai contoh rujuk Jadual 2 untuk peratus overhed yang akan
diperuntukkan kepada empat Kumpulan Kos Aktiviti yang telah dikenalpasti; ia itu
Perjalanan, Serahan, Khidmat Pelanggan dan Lain. Dan rujuk Jadual 3 untuk
mendapatkan amaun kos overhed sebenar untuk setiap Kumpulan Kos Aktiviti tersebut.
Tidak mungkin pensyarah meminta anda mencari maklumat ini dalam peperiksaan kerana
ia akan mengambil banyak masa. Tetapi sebagai latihan ABC dalam kelas, amat sesuai.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
54
PPL, UPM
Jadual 2: Contoh Peruntukan Overhed Peringkat Pertama
Kumpulan Kos
Aktiviti (%)
Jenis Kos Overhed Perjalanan Serahan Khidmat
Pelanggan
Lain Jumlah
Upah pemandu & jaga 50% 35% 10% 5% 100%
Belanja operasi kederaan 70% 5% 0% 25% 100%
Susutnilai kenderaan 60% 15% 0% 25% 100%
Upah & gaji jurujual 0% 0% 90% 10% 100%
Belanja pejabat 0% 20% 30% 50% 100%
Belanja pentadbiran 0% 5% 60% 35% 100%
Nota: Peratus kos overhed (seperti dalam Jadual 2 di atas) yang hendak diperuntukkan
kepada objek kos akan ditentukan oleh organisasi atau Jawatankuasa ABC yang telah
dilantik untuk tujuan ini.
Jadual 3: Contoh Amaun Overhed Yang Diperoleh untuk Setiap Kumpulan Kos Aktiviti
Kumpulan kos
Aktiviti (RM)
Jenis Kos Overhed Perjalanan Serahan Khidmat
Pelanggan
Lain Jumlah
Upah pemandu & jaga 360,000 252,000 72,000 36,000 720,000
Belanja operasi kederaan 196,000 14,000 0 70,000 280,000
Susutnilai kenderaan 72,000 18,000 0 30,000 120,000
Upah & gaji jurujual 0 0 144,000 16,000 160,000
Belanja pejabat 0 6,000 9,000 15,000 30,000
Belanja pentadbiran 0 16,000 192,000 112,000 320,000
Jumlah kos 628,000 306,000 417,000 279,000 1,630,000
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
55
PPL, UPM
Nota: Setiap amaun dalam ruang Jadual 3 di atas diperoleh dengan mendarabkan jumlah
kos untuk setiap jenis kos overhed dengan peratusan yang terdapat dalam Jadual 2.
Seterusnya, organisasi itu akan menentukan ukuran aktiviti (penggerak kos) yang akan
digunakan untuk setiap Kumpulan Kos Aktiviti yang telah dikenalpasti itu. Ukuran
aktiviti yang dipilih seharusnya menjadi pemacu kos yang hendak diperuntukkan.
Andaikan bagi empat Kumpulan Kos Aktiviti di atas, ukuran aktiviti masing-masing
adalah kilometer perjalanan, jumlah serahan, bilangan pelanggan yang dilayani dan
bilangan pesanan. Dalam tempoh masa yang berkenaan, organisasi atau pun
Jawatankuasa ABC telah mendapatkan maklumat seperti berikut:
Jadual 4: Jumlah Aktiviti dalam Setiap Kumpulan Kos Aktiviti
Kumpulan Kos Aktiviti Jumlah Penggerak Aktiviti
Perjalanan 125,600 kilometer perjalanan
Serahan 50,000 serahan
Khidmat pelanggan 20,000 pelanggan
Lain 12,500 pesanan
Peruntukan Peringkat-Pertama ini diakhiri dengan proses penentuan kadar aktiviti.
Proses penentuan kadar aktiviti untuk setiap Kumpulan Kos Aktiviti adalah seakan sama
dengan pemilihan asas untuk memperuntukkan overhed perkilangan dalam sistem
pengekosan tradisional apabila anda diperlukan untuk mengira kadar overhed pratentu.
Kos overhed yang akan diperuntukkan dalam ABC adalah kos overhed sebenar atau telah
berlaku dalam sesuatu tempoh masa. Wal hal dalam sistem pengekosan tradisional, kos
overhed yang diperuntukkan adalah anggaran overhed yang dijangka akan digunakan
dalam sesuatu tempoh masa. Pada kebiasaannya, dalam peperiksaan, soalan ABC akan
bermula dengan menghendaki pelajar untuk mengira atau mendapatkan kadar aktiviti ini
(Rujuk Jadual 5 di bawah ini).
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
56
PPL, UPM
Jadual 5: Contoh Ukuran Aktiviti dan Pengiraan Kadar Aktiviti
Kumpulan Kos Aktiviti Kos
Overhed
(a)
Jumlah
Aktiviti
(b)
Kadar Aktiviti
(a) ÷ (b)
Perjalanan RM628,000 125,600
kilometer
RM 5 per km
Serahan RM306,000 50,000
serahan
RM6.12 per serahan
Khidmat pelanggan RM417,000 20,000
pelanggan
RM20.85 per pelanggan
Lain RM279,000 12,500
pesanan
RM22.32 per pesanan
Nota: Kadar Aktiviti untuk setiap Kumpulan Kos Aktiviti diperoleh dengan
membahagikan Kos Overhed dengan Jumlah Aktiviti.
Dalam Peruntukan Peringkat-Kedua, kadar aktiviti yang diperoleh di atas akan digunakan
untuk memperuntukkan overhed kepada produk dan perkhidmatan. Andaikan organisasi
yang berkenaan mempunyai maklumat berikut untuk satu produk:
Bahan langsung RM 205,000
Buruh langsung 110,000
Bilangan aktiviti yang berkaitan dengan produk ini dalam tempoh masa adalah:
Jumlah kilometer perjalanan = 150km
Bilangan serahan yang dilakukan = 100 kali
Jumlah pelanggan yang dilayan = 69 orang
Bilangan pesanan yang diterima = 185 pesanan
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
57
PPL, UPM
Untuk mendapatkan kos produk adalah:
Bahan langsung RM 205,000
Buruh langsung 110,000
Overhed
Perjalanan (150 km x RM5) 750
Serahan (100 kali x RM6.12) 612
Khidmat pelanggan (69 orang x RM20.85) 1,438.65
Lain (185 pesanan x RM22.32) 4,129.20 6,929.85
Jumlah kos ABC produk RM 321,929.85
Objektif pembelajaran
Paling minimum anda dapat:
Menunjukkan perbezaan antara sistem pengekosan tempahan kerja dengan sistem
pengekosan proses.
Mengira kadar overhed pratentu dan menerangkan keperluan overhed
diperuntukan
Mengaplikasikan overhed untuk mendapatkan kos produk dalam sistem
pengekosan tempahan kerja.
Menentukan overhed terkurang serap atau terlebih serap dan tahu merawat
overhed terkurang serap atau terlebih serap.
Menyediakan penyata kos barang dikilang dan mengirakan kos barang dijual
untuk perniagaan pembuatan.
Mengirakan unit setara pengeluaran (EUP) dengan menggunakan kaedah purata
berwajaran.
Menyediakan Laporan Pengeluaran untuk menentukan kos produk seunit serta
menyelaraskan kos dalam sistem pengekosan proses kaedah purata berwajaran.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
58
PPL, UPM
Menjelaskan perbezaan antara sistem pengekosan tradisional dengan system
pengekosan ABC.
Mengira kos produk atau objek kos dengan menggunakan sistem pengekosan
berasaskan aktiviti.
Soalan Latihan
Contoh Soalan 1
Syarikat Audio Techno mengeluar dan memasarkan alatan audio untuk pasaran tempatan.
Syarikat ini menggunakan sistem pengekosan kerja dan memperuntukkan kos overhed
perkilangan kepada produk berasaskan jam mesin. Berikut merupakan anggaran yang
digunakan untuk mendapatkan kadar overhed pratentu untuk tahun semasa.
Jam mesin 85,000 jam
Kos overhed perkilangan RM 1,530,000
Dalam tahun tersebut, keadaan ekonomi merosot dengan teruknya menyebabkan
pengeluaran terpaksa dikurangkan dan timbunan inventori berlaku di gudang simpanan
syarikat itu. Rekod kos firma yang berikut menunjukkan kos sebenar dan data operasi
terpilih untuk tahun yang berkenaan:
Jam mesin 60,000 jam
Kos overhed perkilangan RM 1,350,000
Inventori pada akhir tahun
Bahan mentah 400,000
Kerja-dalam-proses 160,000
Barang siap 1,040,000
Kos barang dijual 2,800,000
Dikehendaki:
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
59
PPL, UPM
(i) Kirakan kadar overhed pratentu untuk tahun yang berkenaan bagi syarikat
ini.
(ii) Kirakan overhed terlebih atau terkurang serap untuk tahun yang sama.
Andaikan syarikat ini menutup amaun overhed terlebih serap atau
terkurang serap terus kepada Akaun Kos Barang Dijual. Sediakan catatan
jurnal yang bersesuaian.
(iii) Andaikan syarikat ini peruntukan overhed terlebih serap atau terkurang
serap kepada Akaun Kerja-dalam-proses, Barang Siap dan Kos Barang
Dijual. Kirakan jumlah overhed terlebih atau terkurang serap yang akan
dipindahkan kepada akaun-akaun tersebut.
(iv) Apakah panduan yang digunakan untuk merawat overhed terlebih atau
terkurang serap mengikut kaedah menghapus terus kepada akaun kos
barang dijual atau pun kaedah prorata kepada akaun Kerja-dalam-proses,
Barang Siap dan Kos Barang Dijual?
Contoh Jawapan Soalan 1
( i) Kadar overhed pratentu adalah
= Anggaran overhed perkilangan/Anggaran jam mesin
= RM 1,530,000/85,000 jam-mesin = RM 18 sejam mesin
(ii) Overhed kilang sebenar = RM 1,350,000
Overhed kilang diperuntukan:
(60,000 jam mesin x RM18) = 1,080,000
Overhed perkilangan terkurang serap RM 270,000
(iii) Catatan Jurnal Am:
Kos barang Dijual RM 270,000
Overhed perkilangan RM 270,000
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
60
PPL, UPM
(Untuk menghapus overhed terkurang serap kepada KBDJ)
(iv) Panduan yang digunakan adalah prinsip kematerialan
Jika jumlahnya kecil berbanding, boleh menggunakan kaedah hapus terus kepada akaun
KBDJ tetapi jika jumlahnya signifikan, perlu menggunakan kaedah prorata kepada akaun
KBDJ, Barang Siap, dan Kerja-dalam-proses mengikut amaun yang berpatutan.
Contoh Soalan 2
Kilang Syarikat Deelah mengeluar syampu untuk dijual dalam pasaran tempatan. Di
kilang ini, bahan dicampurkan dalam Jabatan Mengadun dan dimasukkan ke dalam botol
500ml. di Jabatan Pembotolan. Maklumat berikut dipetik daripada rekod Jabatan
Mengadun bagi bulan Jun 2010.
Unit (Liter)
Kerja-dalam-proses pada 1 Jun (Bahan siap 100%,
buruh & overhead siap 75%) 10,000
Unit yang dimulakan dalam bulan Jun 50,000
Kerja-dalam-proses pada 30 Jun (Bahan siap 100%,
buruh dan overhead siap 50%) 8,000
Maklumat berikut merupakan kos yang berkaitan dengan kerja-dalam-proses pada Jun 1
di Jabatan Mengadun dan kos yang ditambah bagi jabatan yang sama dalam bulan Jun
2010: Kos bagi Kos ditambah
Kerja-dalam-proses, 1 Jun dalam bulan Jun
Bahan langsung RM 15,000 RM 90,000
Buruh langsung 20,000 120,000
Overhed pengilangan 17,600 100,000
Jumlah kos RM 52,600 RM 310,000
Dikehendaki:
(i) Sediakan satu laporan pengeluaran Jabatan Mengadun bagi kilang Syarikat
Deelah untuk bulan Jun 2010.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
61
PPL, UPM
(ii) Dalam keadaan pengeluaran bagaimanakah sistem pengekosan proses dan
sistem pengekosan tempahan kerja sesuai digunakan?
(iii) Berikan dua (2) persamaan di antara sistem pengekosan proses dengan sistem
pengekosan tempahan kerja?
Contoh Jawapan Soalan 2
(i) Syarikat Deelah
Laporan Pengeluaran (Jabatan Mengadun)
Bagi bulan berakhir 30 Jun 2010
Unit Fisikal:
Unit yang perlu diperakaunkan:
Inventori KDP awal 10,000
Unit dimulakan 50,000
Jumlah 60,000
Unit yang diperakaunkan: Unit Setara Pengeluaran
Bahan Pertukaran
Unit siap & dipindah keluar 52,000* 52,000 52,000
Inventori KDP akhir 8,000 8,000 4,000 (50%)
Jumlah 60,000 60,000 56,000
Data kos:
Kos yang perlu diperakaunkan:
Inventori KDP awal 52,600 15,000 37,600
Kos semasa ditambah 310,000 90,000 220,000
Jumlah kos 362,600 105,000 257,600
RM105,000/60,000 RM257,600/56,000
Kos produk seunit RM6.35 = RM1.75 + RM 4.60
Kos yang diperakaunkan:
Unit yang siap & dipindahkan RM 330,200 (52,000 EUP x RM 6.35)
Inventori akhir
Bahan RM 14,000 (8,000 EUP x RM 1.75)
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
62
PPL, UPM
Pertukaran 18,400 32,400 (4,000 EUP x RM 4.60)
Jumlah kos RM 362,600
* Unit dalam inventori awal (10,000) + unit dimulakan (50,000) – Inventori akhir
(8,000) = unit siap & dipindah keluar (52,000)
(ii) Pengekosan proses sesuai digunakan dalam keadaan produk yang dikeluarkan
bercirikan homogen dan proses pengeluaran adalah secara berpanjangan dan berterusan.
Pengekosan tempahan kerja adalah sesuai untuk pengeluaran pelbagai jenis produk ( atau
heterogen) dalam satu tempoh masa. Setiap unit produk adalah berbeza dan dapat
diasingkan antara satu dengan yang lain dan memerlukan cara pengekosan yang
berasingan.
(iii) Persamaan di antara pengekosan proses dan pengekosan tempahan kerja adalah:
(1) Kedua-dua sistem mempunyai tujuan asas yang sama ia itu untuk mengagihkan
kos bahan mentah, buruh dan overhed perkilangan kepada produk.
(2) Menjadi satu alatatau mekanisma bagi mengira kos produk seunit.
(3) Kedua-dua sistem menggunakan akaun pengeluaran asas yang sama.
(4) Aliran kos melalui akaun kedua-dua sistem pada asasnya adalah sama.
(Untuk memenuhi keperluan soalan, pilih dua persamaan SAHAJA)
Contoh Soalan 3
Syarikat Putra mengeluarkan tiga jenis produk dan setiap produk dibuat melalui proses
pengeluaran dan penggunaan alatan yang sama. Syarikat Putra bercadang untuk mencari
produk kos dengan menggunakan sistem pengekosan berasaskan aktiviti agar beberapa
keputusan strategik dapat ditentukan. Di bawah adalah maklumat yang berkaitan dengan
ketiga-tiga produk tersebut:
Produk
A
B
C
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
63
PPL, UPM
Unit pengeluaran 120 100 80
RM RM RM
Bahan langsung seunit 30 45 25
Buruh langsung seunit 23 22 15
Jam mesin seunit 4 3 2
Ketiga-tiga produk itu hampir serupa dan bagi setiap satu pusingan pengeluaran 20 unit
produk A, B dan C akan dihasilkan. Proses pengeluaran membuat produk dalam
kelompok 10 unit bagi setiap produk. Pada masa ini, overhed diserap dengan
menggunakan jam mesin dan overhed pengeluaran untuk tempoh yang berkenaan adalah
seperti berikut.
RM
Kos jabatan mesin 9,500
Kos set-up 4,240
Kos penerimaan stor 2,200
Kos kawalan mutu 1,620
Kos pengendalian bahan 2,180
Berikut adalah senarai penggerak kos untuk kos overhed yang diberi di atas.
Kumpulan Kos Aktiviti Pengggerak Aktiviti
Kos jabatan mesin
Kos set-up
Jam mesin
Pusingan pengeluaran
Kos penerimaan stor Pesanan diterima
Kawalan mutu Pusingan pengeluaran
Pengendalian bahan Tempahan diproses
Bahagian Stor menerima 20 pesanan untuk setiap jenis produk, bilangan tempahan yang
diproseskan adalah 30 tempahan dan setiap tempahan adalah untuk satu kelompok
produk yang mengandungi 10 unit setiap produk.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
64
PPL, UPM
Dikehendaki:
(i) Mengirakan kos seunit bagi setiap jenis produk Syarikat Putra jika semua
overhed diserap menggunakan jam mesin.
(ii) Mengirakan kos seunit bagi setiap jenis produk syarikat dengan
menggunakan sistem pengekosan berasaskan aktiviti. (Bulatkan kos
kepada dua titik perpuluhan jika perlu).
(iii) Bandingkan kos seunit bagi setiap jenis keluaran yang anda telah hitung
dalam (i) dan (ii) di atas, dan berikan komen mengenai kos seunit produk
yang diperolehi mengikut kedua-dua sistem pengekosan itu.
(iv) Terangkan satu sebab mengapa kadar overhed sebenar jarang digunakan
dalam pengekosan produk?
Contoh Jawapan Soalan 3
(i) Jumlah jam mesin bagi ketiga jenis produk* =
= (4 jam x 120A) + (3 jam x 100B) + (2 jam x 80C)
= 940 jam mesin
Jumlah kos overhed
Kos jabatan mesin RM 9,500
Kos set-up 4,240
Kos penerimaan stor 2,200
Kos kawalan mutu 1,620
Kos pengendalian bahan 2,180
Jumlah RM 19,740
Kadar overhed pratentu = RM19,740 = RM21.00 per jam mesin
940 jam mesin
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
65
PPL, UPM
Pengiraan kos produk seunit adalah seperti berikut:
A B C
Bahan langsung 30 45 25
Buruh langsung 23 22 15
Overhed diserap (4 x RM 21.00) 84 (3 x RM 21.00) 63 (2 x RM 21.00) 42
Kos produk seunit RM137 RM130 RM82
(ii) Untuk mengirakan kadar aktiviti bagi setiap kumpulan kos overhed:
Kumpulan Kos RM
Jabatan mesin RM 9,500 / 940* JM = 10.11 per jam mesin
Set-up RM4,240 / 15** = 282.67 per pusingan
Penerimaan stor RM2,200 / 60 (20x3) = 36.67 per pesanan
Kawalan mutu RM1,620 / 15** = 108.00 per pusingan
Pengendalian bahan RM2,180 / 30*** = 72.67 per tempahan
Nota:
**Bilangan pusingan pengeluaran:
= (120A 20 unit) + (100B 20 unit) + (80C 20)
= 6 + 5 + 4 = 15 pusingan pengeluaran
ATAU Jumlah output 300unit (120A +100B +80C)/20 unit per pusingan
= 15 pusingan pengeluaran
***Bilangan tempahan diproses = Jumlah output 300 units/10 unit per tempahan
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
66
PPL, UPM
= 30 tempahan diproseskan
Pengiraan kos ABC produk seunit adalah seperti berikut
A B C
Bahan lanhsung (120x30) 3600.00 (100x45) 4500.00 (80x25) 2000.00
Buruh langsung (120x23) 2760.00 (100x22) 2200.00 (80x15)1200.00
Kos jabatan mesin (120x4x10.11) 4852.80 (100x3x10.11) 3033.00 (80x2x10.11) 1617.60
Kos set-up (6x282.67) 1696.02 (5x282.67) 1413.35 (4x282.67) 1130.68
Kos penerimaan
stor
(20x36.67) 733.40 (20x36.67) 733.40 (20x36.67) 733.40
Kos kawalan mutu (6x108) 648.00 (5x108) 540.00 (4x108) 432.00
Kos Pen (12x72.67) 872.04 (10x72.67) 726.70 (8x72.67) 581.36
Jumlak kos ABC
produk (a)
15 162.26 13 146.45 7 695.04
Unit produk (b) 120 100 80
Kos produk seunit
(a) ÷ (b)
126.35 131.46 96.19
(iii) Perbandingan kos seunit produk mengikut sistem pengekosan tradisional
dengan sistem pengekosan ABC:
Kos produk dpd (i)
137.00 130.00 82.00
Kos produk dpd(ii) 126.35 131.46 96.19
Perbezaan kos (10.65) 1.46 14.19
Komen: Produk A telah dikenakan kos yang lebih tinggi sebanyak RM 10.65 dengan
sistem pengekosan tradisional dan Produk B dan C pula dikenakan kos yang rendah
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
67
PPL, UPM
berbanding sebanyak RM 1.46 dan RM14.19 masing-masing. Dipercayai sistem
pengekosan ABC memberi ukuran kos yang lebih tepat dan lebih cekap selaras dengan
penggunaan sumber oleh setiap jenis produk.
(iv) Kadar overhed sebenar jarang digunakan kerana masalah ketepatan masa
(timeliness) dan ketepatan amaun overhed akan timbul. Menunggu hingga akhir tempoh
atau akhir tahun untuk mempastikan ketepatan amaun overhed yang dikenakan, ditolak
kerana keperluan untuk mendapat maklumat yang menepati masa (timeliness).
Maklumat yang menepati masa berasaskan kos overhed sebenar mengakibatkan
masalah juga ia itu ketepatan amaun (accurate amount) kerana yang dikenakan kepada
pengeluaran tidak seragam dan pengeluaran juga tidak seragam (Uniform).
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
68
PPL, UPM
Topik 4: Perhubungan Kos-Volum-Untung
Pendahuluan
Kebolehan untuk mengetahui akan perhubungan antara kos, volum dan untung
merupakan ilmu yang amat berpengaruh bagi bakal pengurus Memahami perhubungan
ini adalah genting kepada fungsi perancangan dan kawalan anda kelak. Fungsi
perancangan akan menggunakan data dan maklumat yang berorientasikan masa hadapan,
maka ketidakpastian pasti akan berlaku dan tidak dapat dielakkan. Fungsi kawalan pula,
memerlukan anda untuk menjajarkan perlaksanaan sebenar dengan rancangan yang telah
dibuat, dan maklumat juga diperlukan untuk tujuan ini. Mengikut kelaziman, maklumat
yang diperlukan itu boleh meramalkan kos produk, harga jualan serta volum pengeluaran
dan jualan yang hendak disasarkan. Perubahan antara komponen maklumat di atas akan
membuat perubahan kepada jangkaan hasil yang diingini. Tetapi sebelum anda boleh
membuat sebarang analisis terhadap perhubungan kos, volum dan untung, anda perlu
tahu dahulu mengenai ‘Gelagat Kos’ dan terakhirnya pula anda perlu tahu mengenai
penyediaan penyata pendapatan mengikut format yang disebut sebagai ‘format caruman’.
Format baharu ini lebih digemari oleh pihak pengurus sesebuah organisasi kerana semua
kos yang dipamerkan dalam penyata pendapatan akan dinyatakan mengikut gelagat
masing-masing.
Gelagat kos
Gelagat kos merujuk kepada perubahan terhadap kos apabila berlaku perubahan terhadap
tahap aktiviti. Dengan keupayaan untuk mengenalpasti akan gelagat setiap kos, anda
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
69
PPL, UPM
boleh membuat keputusan yang dapat menggelakkan daripada sebarang bencana atau
mengurangkan sebarang ketidakpastian yang mungkin berlaku. Ada tiga jenis gelagat kos
yang penting dalam sesuatu organisasi ia itu tetap, berubah dan campuran dan perkadaran
relatif antara setiap jenis kos dalam sesebuah organisasi ini disebut sebagai ‘struktur kos’.
Struktur kos dalam sesebuah organisasi boleh dinyatakan dalam bentuk formula:
y = a + bx
Di mana y = Jumlah kos atau jumlah kos campuran
a = Jumlah kos tetap
b = Kos berubah seunit
x = Tahap aktiviti
Kos berubah
Kos berubah adalah sejumlah kos yang berubah dalam perkadaran yang langsung dengan
perubahan pada tahap aktiviti. Jika tahap aktiviti bertambah dua kali ganda, jumlah kos
akan bertambah dua kali ganda. Jika tahap aktiviti berkurang 10 peratus, jumlah kos juga
akan berkurang 10 peratus. Tetapi kos berubah seunit bergelagat sebaliknya pula. Rujuk
Exhibit 5-1 dalam buku teks. Kos berubah seunit adalah konstan. Tidak semua corak
gelagat kos berubah adalah sama; ada yang bergelagat sebagai perubahan sebenar atau
ada yang bergelagat mengikut corak bertangga.
Kos tetap
Kos tetap adalah sejumlah kos yang sentiasa sama (atau tetap) dalam satu julat aktiviti.
Kos tetap tidak akan berubah sama ada tahap aktiviti turun atau naik. Dengan itu, kos
tetap seunit akan bergelagat semakin kecil atau berkurangan apabila tahap aktiviti
bertambah atau kos tetap seunit akan menjadi semakin besar apabila tahap aktiviti
berkurangan. Untuk tujuan perancangan, kos tetap dibahagikan kepada dua kategori, ia
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
70
PPL, UPM
itu ‘kos tetap terikat’ (committed fixed costs) dan kos tetap budi bicara (discretionary
fixed costs),
Kos tetap terikat mencerminkan pelaburan yang dibuat terhadap kemudahan, peralatan
dan infrastruktur organisasi, yang tidak boleh dikurangkan secara signifikan dalam
tempoh masa yang pendik atau terdekat. Contoh seperti susutnilai mesin dan peralatan,
bangunan, cukai hartanah, upah buruh dan gaji pihak pengurusan. Walau pun operasi
terbantut, kos tetap terikat masih lagi kekal. Jika kos tetap terikat dihapuskan atau
dikurangkan dalam jangka masa pendik, apa bila keadaan pulih seperti sedia kala, kos
untuk mengembalikan semula kepada keadaan sedia kala akan menjadi lebih besar
berbanding dengan sebarang penjimatan kos yang diperoleh dalam jangka masa pendik
itu.
Kos tetap budi bicara timbul apabila pihak pengurus membuat sesuatu keputusan tahunan
untuk mewujudkan kos tetap tersebut. Contoh seperti kos pengiklanan, penyelidikan,
program pembangunan pengurus dan kos penawaran latihan industri untuk pelajar. Ada
dua perbezaan utama antara kedua kategori kos tetap ini. Pertama, horizon perancangan
bagi kos tetap budi bicara adalah jangka pendik ia itu pada kebiasaannya untuk tempoh
setahun. Berbanding dengan kos tetap terikat di mana horizon perancangannya boleh
melebihi beberapa tahun. Kedua, kos tetap budi bicara boleh dikurangkan dalam tempoh
masa pendik tanpa menjejaskan pencapaian matlamat jangka panjang organisasi.
Sementara kos tetap terikat tidak boleh dikurangkan atau dielakkan langsung kerana ini
akan menjejaskan pencapaian jangka panjang sesebuah organsisai. Polar kos masa
hadapan untuk kebanyakan industri pada masa ini, adalah menghala kepada kos tetap
daripada kos berubah.
Andaian gelagat kos
Ada beberapa andaian yang perlu diambilkira dalam bidang pengajian Gelagat Kos dan
di antaranya adalah:
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
71
PPL, UPM
(1) Andaian bahawa semua corak gelagat kos dan hasil adalah konstan jika
berasaskan seunit dan linear dalam sesuatu julat relevan.
(2) Jumlah kos tetap adalah sama dalam sesuatu julat relevan. Ini bermaksud tiada
berlaku pertambahan atau perkurangan kapasiti dalam tempoh masa yang
dipertimbangkan.
(3) Kos campuran boleh diasingkan kepada komponen berubah dan tetap.
(4) Julat relevan yang dimaksudkan adalah julat yang mewakili beberapa tahap
aktiviti di mana andaian gelagat yang dibuat mengenai kos boleh disahkan
secara berpatutan.
(5) Unit jualan dan pengeluaran adalah sama, dan tiada perubahan yang signifikan
berlaku terhadap tahap inventori.
(6) Dalam firma yang mengeluarkan pelbagai produk, campuran jualan
diandaikan konstan supaya marjin caruman purata berwajaran dan peratus
marjin caruman dapat dikirakan.
(7) Produktivi buruh, teknologi pengeluaran dan keadaan pasaran tidak akan
berubah juga.
Kos campuran
Kos campuran adalah kos yang mengandungi komponen berubah dan tetap. Dalam dunia
benar, besar kemungkinan kos campuran yang banyak wujud. Ini tidak bermakna analisis
kos, volum dan untung tidak boleh dibuat. Yang penting, kos campuran yang ingin
digunakan itu boleh diasingkan dahulu kepada komponen berubah dan komponen tetap
masing-masing. Ada tiga cara yang disarankan untuk memisahkan kos campuran kepada
komponen berubah dan tetap, ia itu kaedah Tinggi-rendah (high-low method), kaedah
Graf bersepahan (scatter-graph method) dan kaedah Regresi berganda terkecil (least-
squares regression method). Ketiga-tiga kaedah ini memerlukan data kos campuran dan
rekod aktiviti yang berkaitan dengan beberapa tempoh masa yang lepas untuk digunakan
sebagai asas analisis dan pengiraan. Dalam kursus ini, kaedah Tinggi-rendah akan diberi
keutamaan untuk tujuan mengasingkan kos campuran kepada komponen berubah dan
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
72
PPL, UPM
tetap, tetapi sebagai pelajar anda perlu juga tahu mengenai kebaikan dan keburukan
ketiga-tiga kaedah tersebut.
Kaedah tinggi-rendah
Kebaikan:
(1) Mudah diaplikasikan.
(2) Membenarkan pihak pengurus mendapat tahu dengan cepat akan perhubungan
kos melalui penggunaan dua titik sahaja.
(3) Kaedah yang amat objektif kerana sesiapa pun yang menggunakan set data
yang sama akan memperoleh jawapan (komponen berubah dan tetap) yang
sama.
Keburukan:
(1) Hanya menggunakan dua titik kos sahaja. Secara umumnya, tidak mencukupi
untuk memberi amaun komponen berubah dan tetap yang tepat
(2) Jika tempoh menunjukkan aktiviti yang berlaku terlalu tinggi atau terlalu rendah,
besar kemungkinan kos berubah dan kos tetap yang diperoleh tidak juga tepat.
(3) Jika amaun berubah dan tetap yang diperoleh dalam keadaan seperti di atas
digunakan juga, maka formula kos yang digunakan tidak akan mencerminkan
perhubungan kos yang biasa.
Kaedah plot graf bersepahan
Kebaikan:
(1) Satu kaedah yang cepat dan segera untuk mendapatkan formula kos berbanding
dengan kaedah tinggi rendah.
(2) Diutamakan untuk mengesahkan kewujudan perhubungan linear angkubah kos
yang terlibat.
Keburukan:
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
73
PPL, UPM
(1) Sangat subjektif kerana bergantung kepada orang yang melukiskan garisan yang
menjadi penyambung titik yang terbanyak untuk mendapatkan formula kos itu.
Lain orang akan memberikan lain garisan penyambung titik yang terbanyak, dan
komponen berubah dan tetap yang diperoleh akan berbeza antara mereka.
(2) Memberi anggaran komponen kos yang paling tidak tepat berbanding dengan
kedua kaedah lain itu.
Kaedah regresi berganda terkecil
Kebaikan:
(1) Memberi komponen berubah dan tetap yang paling tepat sekali berbanding
dengan kedua-dua kaedah di atas, kerana ia mengambilkira kesemua titik kos
yang ada.
(2) Dengan adanya perisian komputer yang meluas dalam pasaran dapat
memudahkan lagi penggunaan teknik ini.
Keburukan:
(1) Kaedah yang paling kompleks.
(2) Kemungkinan mengambil masa yang lebih lama untuk mendapatkan formula kos
jika pengiraan dibuat secara manual.
Analisis data kos dengan menggunakan kaedah tinggi rendah
Kaedah tinggi rendah memerlukan jumlah kos yang berlaku pada dua tahap sahaja ia itu
pada tahap aktiviti tertinggi dan pada tahap aktiviti yang terendah sekali bagi tujuan
mengasingkan jumlah kos itu kepada komponen tetap dan komponen berubah. Perbezaan
jumlah kos itu antara tahap tertinggi dan tahap terendah mewakili kos berubah kerana
hanya komponen kos yang berubah sahaja boleh berubah apabila tahap aktiviti berubah.
Langkah pertama, tentukan kos berubah seunit dengan menggunakan formula berikut:
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
74
PPL, UPM
Perubahan Jumlah Kos ÷ Perubahan tahap aktiviti = Kos berubah seunit
Dengan merujuk kepada data dalam Jadual 6 di bawah ini; tahap aktiviti yang tertinggi
sekali adalah pada penggunaan 1,240 jam mesin dalam bulan September; dan tahap
aktiviti terendah sekali adalah pada penggunaan 240 jam mesin yang berlaku dalam bulan
Februari.
Kos letrik pada kedua-dua tahap ini masing-masing adalah RM14,250 dan RM4,250.
Dengan itu, perbezaan kos letrik adalah RM 10,000 (RM 14,250 – RM 4,250), dan
perbezaan dalam penggunaan mesin adalah 1,000 jam mesin (1,240 jam mesin – 240 jam
mesin). Maka kos letrik berubah seunit adalah RM10 sejam mesin (RM 10,000 ÷ 1,000
jam mesin)
Jadual 6: Data mengenai penggunaan jam mesin dan kos letrik syarikat Leena Bobo
dalam setahun
Bulan Jam mesin Kos letrik (RM)
Januari 300 6,000
Februari 240 4,250
Mac 580 7,750
April 860 9,750
Mei 1,040 11,250
Jun 940 11,000
Julai 1,140 14,000
Ogos 900 12,250
September 1,240 14,250
Oktober 740 7,750
November 480 7,000
Disember 380 6,500
Langkah kedua, dapatkan komponen kos tetap dengan menolak jumlah kos berubah
daripada jumlah kos pada tahap aktiviti tertinggi (ia itu 1,240 jam mesin) atau pada tahap
aktiviti terendah (240 jam mesin). Dengan menggunakan formula kos Y = a + bx.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
75
PPL, UPM
Jumlah kos tetap yang diperoleh adalah RM 1,850 (RM 12,450 - RM10 x 1,240 jam
mesin). Anda tidak boleh mendapatkan jumlah kos tetap daripada tahap aktiviti yang lain
(kecuali pada tahap aktiviti tertinggi atau terendah) kerana jumlah kos tetap yang
diperoleh akan berbeza-beza. Maka takrif gelagat bagi kos tetap tidak dapat dipatuhi.
Amaun kos berubah dan kos tetap yang diperoleh daripada analisis kos ini tidak memberi
ukuran yang tepat kerana kaedah tinggi rendah tidak langsung mengendahkan kesemua
tahap aktiviti yang lain.
Analisis kos-volum-untung
Analisis kos-volum-untung (CVP) adalah satu kajian mengenai kesan perubahan kos dan
volum ke atas keuntungan sesebuah organisasi perniagaan. Analisis CVP ini bukan sahaja
penting untuk tujuan perancangan bahkan menjadi satu alat kritikal untuk pihak pengurus
membuat keputusan mengenai harga jualan, campuran jualan dan penggunaan
kemudahan pengeluaran yang maksimum. Asas kepada analisis CVP ini adalah
penggunaan format marjin caruman untuk penyata pendapatan. Walau pun format
tradisional untuk penyata pendapatan menunjukkan untung yang sama, tetapi ia tidak
mengkelaskan kos kepada yang berubah dan yang tetap, dan tidak melaporkan amaun
marjin caruman. Pada masa yang sama, kedua-dua amaun jumlah dan seunit akan
ditunjukkan dalam format caruman tetapi tidak ditunjukkan dalam format tradisional.
Dalam aplikasi analisis CVP ini, tema kos termasuk kesemua kos dan belanja yang
berkaitan dengan pengeluaran dan jualan produk & perkhidmatan organisasi; ia itu yang
dikategorikan sebagai kos pembuatan dan kos jualan dan pentadbiran. Konsep penting
dalam analisis ini yang perlu anda tahu dan boleh mengira amaun yang berkenaan adalah:
Marjin caruman seunit = Harga jualan seunit – Kos berubah seunit.
Nisbah marjin caruman = (Harga jualan seunit – kos berubah seunit) ÷ Harga
jualan seunit
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
76
PPL, UPM
Jika data diberikan dalam amaun jumlah, marjin caruman yang diperoleh juga dalam
amaun jumlah, tetapi nisbah marjin caruman yang diperoleh mesti sama. Konsep marjin
caruman merujuk kepada amaun yang ada selepas ditolak jumlah kos berubah daripada
jumlah hasil untuk menjelaskan semua kos tetap, dan lebihannya akan menyumbang terus
kepada untung syarikat atau untung pemilik.
Titik pulang modal
Titik pulang modal (TPM) adalah titik jualan dalam unit atau RM di mana sesebuah
organisasi perniagaan tidak mendapat sebarang keuntungan dan tidak mengalami
sebarang kerugian. Keadaan ini boleh berlaku kerana jumlah hasil yang dijanakan dalam
sesuatu tempoh masa sama dengan jumlah kos yang dibelanjakan dalam satu tempoh
masa yang sama. Pengetahuan mengenai titik pulang modal adalah sangat berguna untuk
pengurus membuat keputusan mengenai garisan produk yang baharu, perubahan terhadap
harga jualan bagi produk yang sedia ada atau untuk tujuan memasukki pasaran baharu.
Ada tiga teknik yang anda perlu tahu untuk mengirakan TPM:
(1) Kaedah marjin
(2) Kaedah persamaan
(3) Kaedah graf
Kaedah marjin
Kaedah marjin menggunakan formula untuk mendapatkan TPM dalam unit dan RM
jualan seperti berikut:
TPM (unit jualan) = Jumlah kos tetap
Marjin caruman seunit
TPM (RM jualan) = Jumlah kos tetap
Nisbah marjin caruman
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
77
PPL, UPM
Sebagai contoh pengiraan, Jadual 7 di bawah ini dirujuk:
Jadual 7: Penyata Pendapatan Format Caruman
Syarikat Leena Bobo
Penyata Pendapatan
Untuk tahun berakhir 31 Disember 2010
Jumlah Seunit Nisbah
(RM) (RM) (%)
Jualan (10,000 unit) 350,000 35.00 100
Tolak: Kos berubah 157,500 15.75 45
Marjin caruman 192,500 19.25 55
Tolak: Kos tetap 135,000
Untung operasi bersih 57,500
Titik pulang modal dalam unit jualan = Jumlah kos tetap ÷ Marjin caruman seunit
= RM 135,000 ÷ RM19.25 = 7012.98 unit
Jawapan yang betul sepatutnya adalah 7013 unit kerana syarikat hanya boleh menjual
produk seunit yang siap sepenuhnya bukan setakat 0.98 perpuluhan sahaja. Dalam
analisis TPM, semua unit produk mesti dibulatkan ke angka genap yang tertinggi sahaja
walau pun pengiraan TPM menunjukkan 7012.23 unit, jawapan sebenar masih 7013 unit.
Titik pulang modal dalam RM jualan = Jumlah kos tetap ÷ Nisbah marjin caruman
= RM 135,000 ÷ 0.55 = RM 245,254.55
Jika dibulatkan menjadi RM 245,455
Kaedah persamaan
Penyata pendapatan format caruman yang terdapat dalam Jadual 7 di atas boleh juga
dinyatakan dalam bentuk persamaan seperti berikut:
Untung = (Jualan – Kos berubah) – Kos tetap
Angkubah dalam persamaan di atas secara terperinci merujuk kepada perkara berikut:
Untung = Untung operasi bersih
Jualan = Harga jualan seunit (SP) x Kuantiti jualan (Q)
Kos berubah = Kos berubah seunit (VC) x Kuantiti jualan
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
78
PPL, UPM
Kos tetap = Konstan (C)
Dengan mengandaikan syarikat menjual satu jenis produk sahaja, persamaan di atas boleh
diperkemaskan kepada persamaan yang berikut:
Untung = (SP x Q – VC x Q) – C
Pada TPM, untung adalah sifar dan dengan menggunakan data dalam Jadual 7, maka
pengiraan titik pulang modal dengan kaedah persamaan juga mudah seperti berikut:
0 = RM35Q – RM15.75Q – RM 135,000
RM 135,000 = (RM35 –RM15.75)Q
RM 135,000 ÷ RM19.25 = Q
7,013 (dibulatkan) = Q atau TPM (unit jualan)
Kaedah graf
Graf CVP menyorotkan perhubungan kos-volum-untung yang merangkumi beberapa
julat aktiviti seperti dalam Jadual 8 di bawah ini.
Jadual 8: Graf CVP (Petikan daripada Garrison, Noreen & Brewer)
$0
$2,000
$4,000
$6,000
$8,000
$10,000
$12,000
$14,000
$16,000
$18,000
$20,000
0 100 200 300 400 500 600 700
Number of Persons
Tota
l Sale
s
Total
Expenses
Total
Fixed
Expenses
Total Sales
Break-even point:
400 persons or
$14,000 total sales
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
79
PPL, UPM
Merujuk kepada Jadual 8 di atas, paksi ‘X’ menunjukkan setiap tahap aktiviti yang
menggunakan ‘bilangan orang’ yang akan menghadiri sesuatu majlis makan malam dan
tari menari sebagai ukuran aktiviti. Paksi ‘Y’, menunjukkan jumlah hasil yang
berkaitan dengan setiap tahap aktiviti tersebut. TPM berlaku pada persilangan antara
keluk jumlah jualan dengan keluk jumlah kos ia itu pada unit jualan 400 orang atau RM
jualan RM 14,000. Selagi syarikat tidak mencapai TPM selagi itulah syarikat akan
mengalami kerugian (lihat tahap aktiviti di bawah 400 orang) di mana keluk jumlah
belanja lebih tinggi daripada keluk jumlah hasil. Selepas TPM, keluk jumlah jualan
menjadi lebih tinggi daripada keluk jumlah belanja. Syarikat akan menjana keuntungan
hanya selepas melepasi titik ini. Untuk bakal usahawan, jika anda telah mengetahui
terlebih dahulu di mana TPM masing-masing, cuba tingkatkan usaha agar TPM itu
tercapai secepat yang mungkin dalam tempoh beroperasi.
Konsep marjin keselamatan dan leveraj kendalian
Marjin keselamatan (MK) dan leveraj kendalian (LK) adalah dua lagi konsep yang sama
pentingnya dalam topik ini. Kadangkala, anda dikehendaki untuk menerangkan konsep
dan kadangkala juga anda dikehendaki untuk mengirakan amaun yang terlibat. Marjin
keselamatan merupakan berapa banyak amaun jualan boleh jatuh sebelum syarikat
mengalami sebarang kerugian. Lebih besar amaun margin keselamatan sesebuah
syarikat, maka risiko bagi syarikat untuk tidak mencapai TPM atau mengalami kerugian
adalah lebih rendah. Formula marjin keselamatan adalah seperti berikut:
Jumlah RM /unit jualan yang dibelanjawankan (atau jualan sebenar) - Jumlah
RM/unit jualan pada TPM
Marjin keselamatan boleh juga dinyatakan dalam bentuk peratusan seperti berikut:
Marjin keselamatan (RM/unit jualan) ÷ Jumlah RM /unit jualan
Leveraj kendalian adalah ukuran kepekaan pendapatan operasi bersih terhadap peratusan
perubahan dalam jualan. Leveraj kendalian memain peranan sebagai angka pendarab;
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
80
PPL, UPM
jika leveraj kendalian sesebuah syarikat itu tinggi, tambahan peratusan kecil terhadap
jualan akan menghasilkan peratusan tambahan terhadap untung operasi bersih yang lebih
besar dan begitu juga sebaliknya.
Formula leveraj kendalian adalah seperti berikut:
Marjin caruman ÷ Untung operasi bersih
Konsep kos-volum-untung dalam perancangan dan pembuatan
keputusan
Berikut ditunjukkan beberapa aplikasi yang boleh membantu anda memahami akan kesan
perubahan terhadap kos berubah, kos tetap, harga julan dan kuantiti jualan ke atas
keuntungan sesebuah syarikat.
Rujuk Jadual 8. Beberapa data yang perlu dikira dahulu adalah seperti berikut:
TPM = 400 unit jualan atau RM 14,000 RM jualan. Dengan itu, harga jualan
seunit = RM 14,000/400 = RM 35.
Pada TPM, Jumlah hasil = Jumlah kos, maka
Harga jualan seunit x Q = Jumlah Kos Tetap + (Kos berubah seunit x Q)
Hanya kos berubah seunit sahaja tidak diketahui tetapi boleh dikira seperti berikut:
RM 35 x 400 unit jualan = RM 6,000 + Kos berubah seunit x 400 unit jualan
RM 14,000 = RM 6,000 + Kos berubah seunit x 400 unit jualan
Kos berubah seunit = RM 14,000 – RM 6,000/ 400 unit jualan
= RM 20
Aplikasi 1:
Andaikan firma yang terlibat menjangkakan jualan bulanan akan mencapai RM 18,025
dalam tahun beroperasi, tetapi Pengurus Jualan menjangkakan jika belanja pengiklanan
dan promosi bulanan dipertingkatkan kepada RM 2,000; jumlah jualan akan mencapai
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
81
PPL, UPM
RM 25,025 setiap bulan. Patutkah belanjawan bulanan pengiklanan dan promosi itu
ditambah sebanyak yang dicadangkan oleh Pengurus Jualan itu?
Pengiraan yang perlu dibuat adalah seperti berikut:
Jualan semasa Jualan dengan
Tambahan Belanja Iklan &
Promosi
Jualan (515 unit) RM 18,025 RM 25,025 (715 unit)
Kos berubah (515 x RM20) 10,300 14,300 (715unit x RM20)
Marjin caruman 7,725 10,725
Kos tetap 6,000 8,000 (RM6,000 + 2,000)
Untung operasi bersih RM 1,725 RM 2,725
Jika tiada faktor lain yang berubah, maka cadangan Pengurus Jualan itu boleh diterima
kerana untung operasi bersih firma akan meningkat sebanyak bulanan RM 1,000 (RM
2,725 – RM 1,725)
Aplikasi 2:
Masih merujuk kepada data asal dalam Jadual 8: Andaikan firma dijangka dapat menjual
515 unit dalam tempoh beroperasi tetapi keadaan pasaran dijangka berubah dengan
mengakibatkan kos berubah seunit akan bertambah sebanyak RM4. Jika ini berlaku,
Pengurus Kilang mencadangkan agar harja jualan seunit dikurangkan pula kepada RM32,
agar keuntungan asal dapat dikekalkan.
Pengiraan yang perlu dibuat adalah seperti berikut
Jualan (515 unit x RM32) RM 16,480
Tolak Kos berubah (515 x RM24) 12,360
Marjin caruman 4,120
Kos tetap 6,000
Untung bersih operasi RM (1,880)
Cadangan Pengurus Kilang untuk mengurangkan harga jualan kepada RM32 dalam
keadaan pasaran yang telah meningkatkan kos berubah firma seunit kepada RM 24,
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
82
PPL, UPM
keuntungan yang asal tidak akan tercapai seperti ramalan Pengurus Kilang. Sebaliknya,
firma akan mengalami kerugian bulanan sebanyak RM 1,880.
Jika keuntungan asal diingini dalam keadaan seperti di atas, pengiraan berikut boleh
dibuat degnan menggunakan formula ini:
(Harga jualan seunit x Q) – (Kos berubah seunit x Q) – Kos tetap = Untung Operasi
(RM 32 x Q) – (RM24 x Q) – RM 6,000 = RM 1,725
Q (RM32 - 24) = RM 6000 – RM 1,725
Q = RM 4,275 ÷ RM8
= 534.375 unit jualan
Jika cadangan Pengurus Kilang untuk mengurangkan harga jualan firma kepada RM32
seunit diterima, firma mesti menjual sekurang-kurangnya 535 unit sebulan bukan 515
unit; untuk menjanakan untung operasi bersih sebanyak yang asal.
Aplikasi 3:
Masih merujuk kepada data asal dalam Jadual 8. Andaikan Pengurus Besar mengarahkan
agar firma memperoleh untung operasi bersih bulanan sebanyak RM 5,500, berapakah
unit jualan yang perlu dicapai?
Pengiraan adalah seperti berikut:
Oleh kerana firma memerlukan untung operasi bersih bulanan sebanyak RM 5,500; maka
persamaan di bawah ini boleh digunakan:
TPM (unit jualan) = Kos tetap + Untung yang disasarkan ÷ Marjin caruman seunit
Q unit Jualan = RM 6,000 + RM 5,500 ÷ RM15
= RM 11,500 ÷ RM15 = 766.666 unit jualan
Jika untung operasi bersih sebanyak RM 5,500 disasarkan, maka firma perlu menjual
sebanyak 767 unit sebulan.
Campuran jualan dengan analisis TPM
Konsep campuran jualan dengan analisis TPM, mesti diterangkan kepada anda kerana
tenaga pengajar tidak mahu anda beranggapan bahawa semua firma mempunyai satu
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
83
PPL, UPM
produk sahaja. Lebih lagi dalam dunia benar, secara umum hampir kesemua organisasi
perniagaan akan mempunyai beberapa garisan produk dan perkhidmatan. Ini penting
disampaikan kepada para pelajar kerana masih terdapat pelajar yang dikehendaki untuk
membuat Perancangan Perniagaan akan mengira lima TPM jika perniagaan masing-
masing mempunyai lima garisan produk & perkhidmatan. Aplikasi TPM dalam keadaan
begini salah; kerana konsep TPM ini merujuk kepada organisasi secara keseluruhannya
dan anda perlu pengiraan TPM secara lain untuk setiap garisan produk. Sebagai
ringkasan, anda perlu mendapatkan marjin caruman berwajaran bukan marjin caruman
seunit untuk mengirakan TPM dalam keadaan firma yang mempunyai campuran jualan.
Jika TPM keseluruhan untuk organisasi itu telah dikirakan; barulah TPM untuk garisan
produk secara individu diperolehkan.
Format caruman bagi penyata pendapatan
Format caruman bagi penyata pendapatan dibincangkan dengan panjang lebar dalam
topik Pamat sesuiaengekosan Berubah: Satu alat untuk pihak pengurusan. Format
caruman ini menggunakan Pengekosan Berubah dan format tradisional menggunakan
pendekatan Pengekosan Serapan. Pendekatan pengekosan berubah untuk penyediaan
penyata pendapatan dipilih oleh pihak pengurusan kerana mereka berpendapat bahawa
pendekatan ini memberi maklumat yang lebih membantu kepada perlaksanaan tugas
mereka. Mengikut pendekatan ini, hanya kos pengeluaran yang berubah mengikut
perubahan tahap aktiviti syarikat sahaja yang diambilkira untuk menilai inventori dan kos
barang dijual. Kos overhed tetap perkilangan tidak diambilkira dalam penghitungan kos
keluaran mengikut pendekatan ini; tetapi dikategorikan sebagai kos tempoh dalam
jangka masa ianya berlaku. Dalam pendekatan pengekosan serapan, kos overhed tetap
perkilangan masih dikategorikan sebagai kos pembuatan untuk menilai inventori dan kos
barang dijual. Untuk makluman anda, tidak kira sama ada pendekatan serapan atau
pendekatan berubah yang digunakan, kedua-dua pendekatan ini tetap mengenalpasti kos
jualan dan kos pentadbiran sebagai kos tempoh dan harus dihapuskira dalam penyata
pendapatan dalam jangka masa ianya berlaku.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
84
PPL, UPM
Sebagai pelajar ACT2131, anda perlu tahu untuk menyediakan penyata pendapatan
mengikut kedua-dua format dan seterusnya tahu memberi penjelasan jika berlaku
perbezaan antara keuntungan operasi bersih yang dilaporkan.
Objektif pembelajaran
Paling minimum anda dapat:
Menerangkan takrif serta mengirakan amaun setiap gelagat kos
Mengasingkan kos campuran dengan menggunakan kaedah tinggi-rendah dan
mendapat persamaan linear untuk kos yang terlibat
Mengirakan dan menerangkan konsep marjin caruman seunit dan nisbah marjin
caruman
Memberi kesan terhadap untung operasi bersih sesebuah firma jika perubahan
volum, kos atau harga jualan berlaku
Menggunakan kaedah persamaan, kaedah caruman dan kaedah graf untuk
mendapatkan titik pulang modal
Menghitung dan menerangkan konsep margin keselamatan dan leveraj operasi
Menyediakan penyata pendapatan dengan pendekatan pengekosan serapan dan
pengekosan berubah dan tahu untuk membuat penyelarasan jika keuntungan
operasi yang dilaporkan berbeza
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
85
PPL, UPM
Soalan Latihan
Contoh Soalan 1
Cik Leena telah membuka sebuah salon kecantikan di Bandar Baru Bangi hampir sepuluh
tahun. Baru-baru ini Cik Leena telah menyewa ruang bersebelahan kedainya untuk
menawarkan perkhidmatan sauna. Beliau menjangkakan kos utama untuk perkhidmatan
sauna adalah bergelagat tetap, tetapi ada kos lain yang akan meningkat dengan
pertambahan bilangan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan sauna kelak. Data kos
yang dikumpulkan untuk perkhidmatan sauna adalah seperti berikut:
Bulan
Bilangan
pelanggan
perkhidmatan
sauna
Jumlah kos
(RM)
Januari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
700
2,000
3,100
2,500
1,500
2,300
2,150
3,000
1,758
2,140
2,790
2,400
1,800
2,275
2,000
2,640
Anda dihekendaki:
(i) Kirakan kos tetap dan kos berubah untuk perkhidmatan sauna yang
dirancangkan dengan menggunakan kaedah tinggi-rendah.
(ii) Bentukkan satu formula kos bagi perkhidmatan sauna itu.
(iii) Kirakan jumlah kos untuk bulan September jika bilangan pelanggan untuk
perkhidmatan sauna dianggarkan sebanyak 2,500 orang.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
86
PPL, UPM
(iv) Mengapakah kos campuran dianggap sebagai bermasalah apabila anda
dikehendakki untuk memisahkannya kepada komponen yang tetap dan
berubah?
(v) Apakah yang dimaksudkan dengan gelagat kos dan mengapakah analisis mengenai
gelagat kos itu penting kepada pengurusan?
Contoh Jawapan Soalan 1
(i) Januari aktiviti tertinggi 3,100 pelanggan Kos perkhidmatan sauna RM 2,790
Mac aktiviti terendah 700 pelanggan Kos perkhidmatan sauna 1,758
Perubahan 2,400 RM 1,032
Kos berubah seunit = Perbezaan kos ÷ perbezaan aktiviti
= RM 1,032/2,400
= RM 0.43 per pelanggan yang menggunakan khidmat sauna
Pada tahap tertinggi:
Jumlah kos RM $2,790 = Kos tetap + Kos berubah RM 0.43 x 3,100 pelanggan
Kos tetap = RM 2,790 – RM 1,333 = RM 1,457
(ii) Formula kos adalah Y = RM 1,457 + RM0.43x
(iii) Jumlah kos pada bulan September = $1,457 + $0.43 x 2,500 pelanggan
= $1,457 + $1,075 = $2,532
(iv) Kos campuran dianggap sebagai bermasalah kerana apabila perlu dipisahkannya
kepada komponen tetap dan berubah, amaun kos tetap & kos berubah yang diperoleh
dengan apa jua kaedah sama ada tinggi-rendah, plot graf bersepahan atau regresi
berganda terkecil mungkin memberi angka yang berbeza-beza. Dan setiap satu kaedah
itu mempunyai kelemahan dan kekuatannya tersendiri untuk memberi anggaran kos tetap
dan kos berubah yang diperlukan. Juga, untuk tujuan mendapatkan titik pulang modal
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
87
PPL, UPM
dan untuk membuat analisis kos-volum-untung dalam perancangan, kos campuran tidak
dapat digunakan selagi ianya tidak dipisahkan kepada komponen yang tetap dan berubah.
(v) Gelagat kos adalah satu pengajian mengenai perubahan kos dengan responsnya
terhadap perubahan kepada tahap aktiviti yang berlaku dalam sesebuah organisasi.
Gelagat kos penting kepada pengurusan untuk tujuan perancangan.
Contoh Soalan 2
Berikut merupakan maklumat pengeluaran dan jualan untuk setiap unit yang dikeluarkan
oleh Syarikat Jaja Manufacturing:
Bahan langsung RM 14
Buruh langsung 24
Overhed perkilangan berubah 12
Komisen jualan 10% atas harga jualan
Harga jualan RM 100
Kos tetap tahun ini adalah RM 572,000.
Dikehendaki:
(i) Kirakan titik pulang modal dalam unit dan RM jualan bagi Syarikat Jaja
Manufacturing.
(ii) Hitungkan bilangan unit yang mesti dijual jika syarikat mensasarkan
untung sebelum cukai sebanyak RM 36,000? Apakah margin
keselamatan Syarikat Jaja Manufacturing pada tahap jualan ini?
(iii) Mengikut pendapat anda, adakah lebih baik jika syarikat menjual 15,000
unit dengan harga jualan RM100 seunit atau menjual 18,000 unit pada
harga jualan RM92 seunit?
(iv) Jika syarikat tambah RM 28,800 kepada kos pengiklanan tetap, berapakah
RM jualan mesti syarikat ini capai agar dapat memperolehi pendapatan
sebelum cukai sebanyak RM 36,000? Andaikan tiada sebarang perubahan
berlaku kepada harga jualan asal.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
88
PPL, UPM
(v) Apa dia margin caruman? Mengapakah ianya merupakan satu ukuran
perakaunan pengurusan yang penting?
Contoh Jawapan Soalan 2
(i) Marjin caruman seunit = Harga jualan – Jumlah kos berubah seunit
(iaitu Bahan Langsung + Buruh Langsung + Overhed berubah + komisen atas jualan
berubah) = RM 100 – RM (14 +24 +12 +10)
= RM 100 – RM 60 = RM 40
Nisbah marjin caruman = Marjin caruman seunit ÷ harga jualan seunit
= RM 40 ÷ RM 100 = 0.4
TPM (unit jualan) = Kos tetap ÷ MC seunit
= RM 572,000 ÷ RM40 = 14,300 unit jualan
TPM (RM jualan) = Kos tetap ÷ Nisbah marjin caruman
= RM 572,000 ÷ 0.4 = RM 1, 430,000
(ii) Untuk mencapai untung sebelum cukai RM 36,000, andaikan bilangan unit yang
mesti dijual adalah Q
Q = Kos tetap + Sasaran untung ÷ caruman seunit
= RM572,000 + RM36,000 ÷ RM40
= 15,200 units
Marjin keselamatan = Jumlah jualan – Jualan pada TPM
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
89
PPL, UPM
= RM (15,200 x 100) – RM 1,430,000
= RM 1,520,000 – RM 1,430,000
= RM 90,000 or 5.9% (RM 90,000/RM 1,520,000)
(iii) Situasi 1: Jika menjual 15,000unit pada harga jualan RM100 seunit:
Untung operasi = 15,000 unit x RM 100 – (15,000 unit x RM 60) – RM 572,000
= RM 28,000
Situasi 2: Jika menjual 18,000 unit pada harga jualan RM 92 seunit:
Untung operasi = 18,000 unit x RM 92 – (18,000 unit x RM 60) – RM 572,000
= RM 18,400
Keputusan anda seharusnya merangkumi perkara berikut:
Adalah lebih baik menjual sedikit ia itu 15,000 unit pada harga jualan asal RM100
daripada menjual banyak ia itu 18,000 unit pada harga jualan RM92 yang lebih rendah
kerana untung operasi yang dijanakan adalah lebih tinggi sebanyak RM 9,600
(RM28,000 – RM18,400)
(iv) Jika kos pengiklanan tetap ditambah RM28,800, jumlah kos tetap sekarang
menjadi RM600,800 (RM572,000 + RM28,800) dan syarikat mengingini untung sebelum
cukai sebanyak RM36,000; maka syarikat mesti menjual
Q = Kos tetap baharu + sasaran untung operasi ÷ marjin caruman seunit
= RM600,800 + RM36,000 ÷ RM40 = 15,920 unit jualan atau
= RM 1,592,000 jualan
Jika ulasan diperlukan anda boleh menjawab seperti berikut:
Ini bermakna syarikat mesti menjual lebih sedikit sebanyak 720 unit (15,920 unit –
15,200 unit) untuk melepasi TPM sebelum syarikat dapat menjana sebarang keuntungan.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
90
PPL, UPM
(v) Ia merupakan alat pengurusan yang penting kerana ia menunjukkan amaun setelah
hasil ditolak dengan jumlah kos berubah yang dapat membiayai kos tetap dan selebihnya
akan member sumbangan kepada untung operasi syarikat.
Contoh Soalan 3
Pegawai akaun Syarikat Minang Jati, Cik Sheena adalah rekrut baharu dalam syarikat ini.
Beliau telah menyediakan penyata pendapatan bagi bulan Mei 2010 mengikut format
pengekosan serapan seperti berikut:
Syarikat Minang Jati
Penyata Pendapatan
Untuk bulan Mei 2010
Jualan (12,000 unit x RM 28) RM 336,000
Kos barang dijual (12,000 unit x RM15) 180,000
Untung kasar 156,000
Belanja pentadbiran dan jualan 39,000
Untung bersih RM 117,000
Encik Muaz, Pengurus Akaun syarikat itu tidak berpuashati dengan format penyata
pendapatan yang disediakan oleh Cik Sheena. Beliau merasakan format pengekosan
serapan tidak mudah untuk difahami oleh pengurus lain jika ingin dibentangkan dalam
mesyuarat bulanan pihak pengurusan kelak. Cik Sheena telah berusaha untuk
mendapatkan maklumat tambahan seperti berikut:
Inventori awal barangsiap (unit) 0
Inventori akhir barangsiap (unit) 4,000
Kos berubah seunit:
Bahan langsung RM 3.00
Buruh langsung 2.00
Overhed pengilangan berubah 4.00
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
91
PPL, UPM
Jualan dan pentadbiran berubah 2.00
Kos tetap: Overhed perkilangan RM 96,000
Belanja jualan & pentadbiran 15,000
Dikehendaki:
(i) Terangkan dua sebab mengapa penyata pendapatan disediakan mengikut
format pengekosan serapan.
(ii) Terangkan dua kebaikan untuk pihak pengurusan jika penyata pendapatan
disediakan mengikut format pengekosan berubah.
(iii) Hitungkan kos produk seunit mengikut pendekatan pengekosan serapan dan
mengikut pendekatan pengekosan berubah.
(iv) Sediakan penyata pendapatan bulan Mei 2010 bagi Syarikat Minag Jati
mengikut format yang lebih sesuai digunakan untuk pihak pengurnusan
syarikat ini.
(v) Tunjukkan bagaimana perbezaan dalam pendapatan dapat diselaraskan di
antara penyata pendapatan yang disediakan oleh Cik Sheena dengan penyata
pendapatan yang anda sediakan dalam soalan (iv) di atas.
Contoh Jawapan Soalan 3
(i) Antara sebab mengapa penyata pendapatan menggunakan format pengekosan
serapan adalah (Pilih dua sahaja):
1) Untuk tujuan pelaporan luar, mandatori mengunakan format pengkosan
serapan.
2) Besar kemungkinan, pihak auditor tidak akan menerima penyata
kewangan tersebut sebagai benar dan saksama seperti prinsip-prinsip
perakaunan yang diterima umum.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
92
PPL, UPM
3) Pengguna luar seharusnya sedar akan kos penuh untuk membuat dan
menjual produk syarikat.
(ii) Antara kebaikan kepada pihak pengurusan jika penyata pendapatan disediakan
mengikut pengekosan berubah adalah (Pilih dua sahaja)
(1) Data untuk tujuan analisis kos-volum-untung boleh dipetik secara langsung
daripada penyata pendapatan format pengekosan berubah
(2) Keuntungan dalam sesuatu tempoh tidak berubah dengan perubahan inventori
(3) Pengekosan berubah membuat anggaran terhadap keberuntungan produk,
pelanggan dan segmen perniagaan menjadi lebih senang
(4) Pendapatan pengekosan berubah seakan lebih sama dengan aliran tunai bersih
daripada pendapatan pengekosan serapan
(5) Impak kos tetap atas keuntungan lebih jelas dengan format pengekosan
berubah.
(iii) Kos produk mengikut pengekosan serapan:
Bahan langsung RM 3.00
Buruh langsung 2.00
Overhed berubah 4.00
Overhed tetap RM 96,000 ÷ (12,000+4,000) unit 6.00
Jumlah RM 15.00
Kos produk mengikut pengekosan berubah:
Bahan langsung RM 3.00
Buruh langsung 2.00
Overhed berubah 4.00
Jumlah RM 9.00
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
93
PPL, UPM
(iv) Syarikat Minang Jati
Penyata Pendapatan (Pengekosan berubah)
Untuk bulan Mei 2010
Jualan (12,000 unit x RM28) RM 336,000
- Kos barang dijual berubah (12,000 unit x RM9) 108,000
Kos jualan dan pentadbiran berubah (12,000 unit x RM2) 24,000 132,000
Marjin caruman 204000
- Kos tetap:
Kos jualan dan pentadbiran tetap RM 15,000
Kos overhed pengilangan tetap 96,000 111,000
Untung operasi bersih RM 93,000
(v) Penyelarasan perbezaan untung yang dilaporkan antara dua format:
Pendapatan mengikut kaedah pengekosan serapan RM 117,000
Pendapatan mengikut kaedah pengekosan berubah 93,000
Perbezaan RM 24,000
Perubahan unit dalam inventori 4,000 unit
Kos perkilangan tetap seunit x RM6
Perbezaan keuntungan diselaraskan RM 24,000
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
94
PPL, UPM
Topik 5: Belanjawan Perancangan Untung Dan Sistem
Kawalan
Pendahuluan
Belanjawan juga merupakan satu alat yang penting untuk tujuan pihak pengurusan
membuat perancangan. Belanjawan ditakrifkan sebagai satu dokumen bertulis yang
menggariskan perolehan dan penggunaan sumber sesebuah organisasi dalam satu tempoh
masa. Jika belanjawan digunakan untuk perancangan operasi, maka maklumat dalam
belanjawan seharusnya berorientasikan masa hadapan dan seharusnya membentangkan
aktiviti yang akan dilaksanakan dan sumber yang akan diperuntukan untuk mencapai
sesuatu tahap sasaran yang ditetapkan oleh pihak pengurusan. Dengan itu, belanjawan
yang disediakan akan menunjukkan unit keluaran yang akan dijual atau unit
perkhidmatan yang akan ditawarkan dalam satu tempoh tertentu termasuk sumber-
sumber yang diperlukan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Belanjawan digunakan juga untuk tujuan pihak pengurusan membuat kawalan. Kawalan
melibatkan langkah yang diambil oleh pihak pengurusan untuk mempastikan pencapaian
matlamat yang telah ditetapkan dalam perancangan. Perancangan yang baik tanpa
kawalan yang berkesan akan membazirkan masa dan tenaga sahaja. Dalam topik ini,
anda mesti tahu akan kebaikan penyediaan belanjawan, konsep belanjawan paksaan
kendiri (atau belanjawan penyertaan) dan kebaikannya, aspek manusia dengan
belanjawan serta konsep perakaunan tanggungjawab. Konsep perakaunan
tanggungjawab bersandarkan kepada idea asas ia itu seseorang pengurus akan
dipertanggungjawabkan ke atas semua perkara yang beliau mempunyai kawalan yang
signifikan sahaja. Jika tindakan perlaksanaan yang diambil tidak mencapai sasaran,
pengurus yang berkenaan tidak semestinya didenda tetapi beliau seharusnya mengambil
tindakan pembetulan yang boleh mengurangkan jurang perbezaan, jika ada yang tidak
memuaskan.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
95
PPL, UPM
Topik ini akan mendedahkan kepada anda akan konsep belanjawan induk dan isi
kandungannya. Kandungan belanjawan induk dibahagikan kepada dua kumpulan utama
ia itu belanjawan operasi dan belanjawan kewangan. Data daripada belanjawan operasi
diperlukan untuk penyediaan belanjawan kewangan. Belanjawan kewangan terdiri
daripada belanjawan modal, belanjawan tunai dan semua penyata kewangan yang
dibelanjawankan.
Belanjawan operasi mengandungi belanjawan jualan, belanjawan pengeluaran,
belanjawan belian bahan mentah, belanjawan buruh langsung dan belanjawan overhed
perkilangan serta belanjawan inventori akhir dan belanjawan belanja jualan dan
pentadbiran Untuk pelajar ACT2131, biasanya anda hanya akan diuji mengenai
penyediaan enam belanjawan pertama sahaja yang terkandung dalam belanjawan operasi.
Belanjawan statik
Belanjawan statik adalah rancangan operasi pada satu tahap aktiviti sahaja. Pendekatan
begini adalah sesuai untuk tujuan perancangan dan kawalan, tetapi tidak sesuai
digunakan untuk tujuan penilaian prestasi. Jika tahap aktiviti sebenar yang dicapai bagi
sesuatu tempoh berbeza dengan tahap aktiviti yang dirancangkan dalam belanjawan statik
bagi tempoh yang sama, penilaian yang dibuat terhadap individu yang
dipertanggungjawabkan terhadap perbezaan kos itu serta tindakan kawalan kos yang akan
diambil, mungkin tidak tepat atau pun salah.
Belanjawan fleksibel
Ilmu anda mengenai belanjawan tidak akan menjadi sempurna jika anda tidak didedahkan
kepada satu jenis belanjawan lagi yang disebut sebagai belanjawan berubah. Belanjawan
berubah atau lebih dikenali sebagai belanjawan fleksibel, adalah belanjawan yang
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
96
PPL, UPM
mengambilkira perubahan dalam tahap aktiviti yang memberi kesan kepada kos. Dengan
itu belanjawan berubah atau belanjawan fleksibel adalah anggaran hasil dan kos yang
sepatutnya terlibat dengan tahap aktiviti sebenar bagi sesuatu tempoh masa. Maka
belanjawan fleksibel adalah lebih sesuai untuk digunakan sebagai alat bagi pengukuran
prestasi.
Semua belanjawan yang anda kaji dalam belanjawan induk dikategorikan sebagai
belanjawan statik. Belanjawan statik disediakan pada awal tempoh dan belanjawan
begini tidak sesuai digunakan sebagai alat pengurusan untuk mengukur dan menilai
prestasi kerana tahap aktiviti yang sebenar jarang sekali sama dengan tahap aktiviti yang
dirancangkan. Dengan itu kos dan hasil sebenar sememangnya akan berbeza dengan kos
dan hasil yang dirancangkan. Jika pengurus persis dengan membuat penilaian prestasi
dengan membandingkan belanjawan induk dengan perlaksanaan sebenar, anda boleh di
kecam sebagai seorang pengurus yang tidak berlaku adil dan saksama. Jika pelarasan
terhadap tahap aktiviti dalam belanjawan statik tidak dibuat, maka susah untuk anda
mentafsirkan sebarang percanggahan yang berlaku. Mengikut kelaziman, soalan ujian
mengenai topik ini akan memerlukan anda menyediakan belanjawan fleksibel, memberi
komen mengenai kelemahan belanjawan statik sebagai alat pengukuran prestasi atau pun
anda dikehendaki menyediakan Laporan Prestasi Belanjawan Fleksibel.
Laporan prestasi selalunya disediakan oleh organisasi yang tidak mempunyai sebarang
punca hasil daripada luar dan mengikut kebiasaannya disediakan untuk jabatan
pengeluaran. Dalam keadaan sedemikian, laporan prestasi akan disediakan untuk setiap
jabatan termasuk yang tiada membuat sebarang jualan kepada mana-mana pelanggan
maka elemen hasil atau pendapatan operasi tidak ditunjukkan dalam laporan tersebut
kerana pengurus jabatan adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kos sahaja dan
bukan hasil. Maka jabatan sedemikian disebut sebagai pusat kos.
Sebagai asas untuk penyediaan belanjawan fleksibel, data daripada belanjawan induk
digunakan. Langkah untuk menyediakan belanjawan fleksibel adalah:
1) Mengenalpasti indeks aktiviti dan julat relevan bagi setiap aktiviti.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
97
PPL, UPM
2) Mengenalpasti kos berubah dan menentukan kos berubah seunit yang
dibelanjawankan untuk setiap aktiviti.
3) Mengenalpastikan kos tetap, dan menentukan amaun yang dibelanjawankan untuk
setiap kos.
4) Sediakan belanjawan untuk menunjukkan bebrapa tambahan tahap yang dipilih
untuk aktiviti dalam satu julat relevan. Satu contoh belanjawan fleksibel bolrh
anda lihat dalam Contoh Soalan 2 yang diberi pada akhir bahagian ini.
Laporan belanjawan fleksibel
Laporan belanjawan fleksibel adalah satu laporan dalaman yang mengandungi dua
bahagian ia itu (1) data pengeluaran bagi indeks aktiviti yang dipilih seperti burh
langsung, dan (2) data kos yang tetap dan yang berubah. Laporan ini (Lihat Exhibit 10-
6 dalam buku teks) menjadi asas untuk menilai prestasi pengurus dalam dua aspek iatu
kawalan pengeluaran dan kawalan kos. Walau pun soalan yang memerlukan anda
menyediakan laporan belanjawan fleksibel ini dalam peperiksaan jarang berlaku, tetapi
sebagai pelajar ACT2131 anda seharusnya bersedia untuk sebarang kemungkinan diminta
pada masa-masa hadapan.
Objektif pembelajaran
Paling minimum anda boleh:
Menerangkan takrif dan kepentingan belanjawan seerta hubungannya dengan
fungsi perancangan dan kawalan pihak pengurusan
Memberi takrif serta kebaikan dan kelemahan belanjawan paksaan kendiri (self
imposed budget)
Mengenalpasti belanjawan induk serta komponen utamanya
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
98
PPL, UPM
Menyediakan belanjawan jualan, belanjawan pengeluaran, belanjawan belian
bahan mentah, belanjawan buruh langsung dan belanjawan overhed perkilangan.
Menyediakan laporan prestasi belanjawan fleksibel
Contoh Soalan Latihan
Contoh Soalan 1
Toy Ritz Industries membuat mainan kanak-kanak. Anggaran jualan mengenai satu
daripada garisan produknya untuk lima bulan pertama 2011 adalah seperti berikut:
Anggaran Jualan (unit)
Januari 2,000
February 2,400
Mac 1,800
April 1,400
Mei 2,400
Setiap produk memerlukan 5 unit bahan langsung dengan kos bahan langsung RM 20
seunit. Syarikat memerlukan inventori akhir barang siap sama dengan 25 peratus atas
jualan bulan yang berikutnya. Pada awal tahun 2011, dijangka 400 barang siap terdapat
dalam inventori.
Syarikat ini juga memerlukan inventori akhir bahan langsung sama dengan 10 peratus
atas keperluan bahan bulan yang berikutnya. Pada awal tahun 2011, dijangka terdapat
2,400 unit bahan langsung ada dalam inventori.
Dikehendaki:
(i) Sediakan satu belanjawan pengeluaran untuk empat bulan pertama 2011
bagi Toy Ritz Industries.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
99
PPL, UPM
(ii) Sediakan juga satu belanjawan belian bahan langsung untuk tiga bulan
pertama 2011 bagi Toy Ritz Industries.
(iii) Terangkan tiga (3) kebaikan yang akan diperoleh daripada penyediaan
sesuatu belanjawan.
(iv) Beri dua sebab mengapa belanjawan penyertaan boleh dikatakan lebih
berjaya.
Contoh Jawapan Soalan 1
(i) Toy Ritz Industries
Belanjawan Pengeluaran
Untuk empat bulan pertama 2011
Januari Februari Mac April
Anggaran jualan (unit) 2,000 2,400 1,800 1,400
+ Inventori akhir diingini* 600 450 350 600
Jumlah keperluan 2,600 2,850 2,150 2,000
- Inventori awal 400 600 450 350
Unit untuk dibuat 2,200 2,250 1700 1,650
* 0.25 darab dengan anggaran unit jualan bulan yang berikutnya
(ii) Toy Ritz Industries
Belanjawan Belian Bahan Langsung
Untuk tiga bulan pertama 2011
Januari Februari Mac
Unit untuk dibuat 2,200 2,250 1,700
Unit bahan bagi seunit produk x 5 x 5 x 5
Bahan diperlukan utk pengeluaran 11,000 11,250 8,500
+ Inventori akhir yang diingini* 1,125 850 825
Jumlah bahan diperlukan 12,125 12,100 9,325
- Inventori awal 2,400 1,125 850
Unit bahan untuk dibeli 9,725 10,975 8,475
Kos per unit bahan x 20 x 20 x 20
Kos belian bahan langsung RM 194,500 RM 219,500 RM 169,500
* 0.1 darab dengan keperluan bahan mentah untuk bulan berikutnya
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
100
PPL, UPM
(iii) Antara kebaikan belanjawan adalah: (Pilih 3 sahaja)
1) Mengkomunikasikan rancangan pihak pengurusan kepada semua dalam
organisasi.
2) Memaksa pihak pengurusan untuk memikir dan membuat perancangan untuk
masa hadapan. Tanpa keperluan untuk merancang, ramai pengurus akan
sentiasa menghabiskan masa mereka untuk menangani masalah yang timbul
setiap hari.
3) Menjadi alat untuk memperuntukkan sumber kepada bahagian dalam
organisasi yang boleh menggunakannya dengan paling cekap.
4) Proses belanjawan menunjukkan kekangan yang mungkin berlaku.
5) Menyelaraskan aktiviti keseluruhan organisasi dengan menyatupadukan
rancangan kesemua bahagian.
6) Mendefinisikan matlamat dan objektif organisasi yang boleh menjadi aras
tanda bagi penilaian prestasi selanjutnya.
(iv) Belanjawan penyertaan dikatakan lebih berjaya kerana (Pilih 2 sebab sahaja):
1) Individu pada semua tahap dalam organisasi diiktiraf sebagai ahli pasukan di
mana pendapat dan keputusan mereka dihargai oleh pihak pengurusan atasan.
2) Anggaran belanjawan yang disediakan oleh pengurus bawahan lazimnya lebih
tepat dan bolehdipercayai berbanding dengan anggaran yang disediakan oleh
pengurusan atasan kerana mereka tidak dekat dengan operasi harian dan tiada
matlumat terperinci mengenai pasaran.
3) Dorongan menjadi lebih tinggi apa bila individu menyertai sendiri dalam
penetapan matlamat daripada matlamat yang ditetapkan oleh pihak atasan.
Belanjawan paksaan kendiri menjaminkan komitmen daripada semua pihak.
4) Pihak bawahan tidak ada alasan jika matlamat tidak tercapai atau tidak
realistik kerana mereka sendiri yang menetapkan matlamat itu
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
101
PPL, UPM
Contoh Soalan 2
Leena Enterprise adalah sebuah perniagaan tempatan yang mengendalikan sebuah
khidmat cuci kereta automatik di Kuala Lumpur. Tahap aktiviti sebenar dalam bulan Mei
2010 untuk sebuah unit cuci kereta automatic Leena Enterprise adalah 8,900 kereta.
Tetapi pemilik perniagaan ini telah menyediakan belanjawan statik untuk bulan Mei
untuk unit tersebut pada jangkaan tahap aktiviti 8,800 kereta. Kos overhed sebenar yang
dibelanjakan dalam bulan Mei 2010 adalah seperti berikut:
Kos sebenar bagi 8,900 kereta
Kos overhed berubah:
Bekalan mencuci RM 7,080
Letrik 2,460
Penyelenggaran 1,550
Kos overhed tetap:
Upah operator 9,100
Susutnilai 7,000
Sewa 8,000
Belanjawan fleksibel yang telah disediakan bagi Leena Enterprise untuk bulan berakhir
31 Mei 2010 adalah seperti berikut:
Leena Enterprise
Belanjawan Fleksibel
Untuk bulan berakhir 31 Mei, 2010
Persamaan
Kos Aktiviti (kereta)
Kos overhed
(Sebuah
kereta) 8,000 9,000 10,000
K Kos overhed berubah:
B Bekalan mencuci ............................................. 0.80 6,400 7,200 8,000
L Letrik ............................................................... 0.30 2,400 2,700 3,000
P Penyelenggaraan .............................................. 0.20 1,600 1,800 2,000
Ju Jumlah kos overhed berubah ........................ 1.30 10,400 11,700 13,000
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
102
PPL, UPM
Kos overhed tetap:
U Upah operator .................................................. 9,000 9,000 9,000
S Susustnilai ....................................................... 6,000 6,000 6,000
... Sewa.................. .............................................. 8,000 8,000 8,000
Ju Jumlah kos overhed tetap: ............................ 23,000 23,000 23,000
Ju Jumlah kos overhed ............................... 33,400 34,700 36,000
Dikehendaki:
(i) Sediakan satu laporan prestasi belanjawan fleksibel untuk kedua-dua kos
overhed berubah dan tetap unit khidmat cuci kereta KL, Leena Enterprise
bagi bulan Mei 2010.
(ii) Apa dia belanjawan statik?
(iii) Apa dia belanjawan fleksibel?
(iv) Mengapakah belanjawan statik tidak sesuai digunakan untuk tujuan
penilaian prestasi?
Contoh Jawapan Soalan 2
(i) Leena Enterprise
Laporan prestasi Belanjawan Fleksibel (Unit khidmat cuci automatik KL)
Untuk bulan berakhir 31 Mei 2010
Bilangan kereta dibelanjawankan .................. 8,800
Bilangan kereta sebenar ................................. 8,900
Kos overhed
Formula
Kos
(Sebuah
kereta)
Kos sebenar
Untuk 8,900
Kereta
Kos
Belanjawanb
erasaskan
8,900 Kereta Varians
K Kos overhed kereta:
B Bekalan mencuci ....................................... 0.80 7,080 7,120 40 M
L Letrik ......................................................... 0.30 2,460 2,670 210 M
P Penyelenggaraan ....................................... 0.20 1,550 1,780 230 M
Ju Jumlah kos overhed berubah .................... 1.30 11,090 11,570 480 M
K Kos overhed tetap:
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
103
PPL, UPM
U Upah operator .......................................... 9,100 9,000 100 TM
S Susutnilai ................................................. 7,000 6,000 1,000 TM
S Sewa...................... .................................. 8,000 8,000 0
Ju Jumlah kos overhed tetap.......................... 24,100 23,000 1,100 TM
Jumlah kos overhed 35,190 34,570 620 TM
(ii) Belanjawan statik adalah dokumen perancangan perolehan dan penggunaan
sumber pada satu tahap aktiviti yang tidak berubah walaupun aktiviti itu selanjutnya
berubah.
(iii) Belanjawan berubah adalah dokumen perancangan perolehan dan penggunaan
sumber yang boleh diubahsuaikan untuk apa juga tahap aktiviti.
(iv) Belanjawan statik tidak sesuai untuk tujuan penilaian prestasi kerana
kemungkinan besar tahap aktiviti sebenar tidak sama dengan tahap aktiviti yang
dibelanjawankan, dengan itu varians yang diperoleh tidak mengambarkan kecekapan
pengurus yang terlibat dalam penggunaan dan kawalan kos. Dengan itu, keputusan yang
akan diambil terhadap varians yang diperoleh tidak adil & saksama.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
104
PPL, UPM
Topik 6: Kos Piawai
Pendahuluan
Anda telah diperkenalkan kepada belanjawan fleksibel ia itu satu alat pengurusan yang
dapat membantu anda melaksanakan fungsi penilaian prestasi dengan adil dan saksama.
Varians terhasil daripada perbandingan pencapaian pada tahap aktiviti sebenar dengan
belanjawan fleksibel memberi maklumbalas secara langsung mengenai pencapaian
matlamat kewangan organisasiyang telah dirancangkan dalam belanjawan. Jika jabatan
anda merupakan satu pusat kos, maka kejayaan anda mengguna dan mengawal kos perlu
akan dikaji dan nilai. Jika jabatan anda merupakan pusat untung, maka kejayaan anda
untuk mencapai untung yang disasarkan perlu dikaji dan dinilaikan. Dengan itu sebagai
bakal pengurus, keupayaan anda untuk menilai prestasi staf atau jabatan di bawah
tanggungjawab anda merupakan satu fungsi kritikal dan kursus ACT2131 akan
mendedahkan anda lagi kepada beberapa alat pengukuran prestasi agar dapat membantu
anda untuk menjadi seorang yang cekap dan berkesan dalam fungsi ini..
Apakah peranan kos piawai dalam fungsi penilaian prestasi seseorang pengurus? Secara
umumnya, piawai ditakrifkan sebagai aras tanda atau norma untuk pernilaian prestasi.
Dalam Perakaunan Pengurusan, kos piawai adalah kos seunit yang dipratentukan dan
akan digunakan sebagai ukuran prestasi oleh sesebuah organisasi. Mungkin anda
tertanyakan adakah persamaan antara piawai dengan belanjawan? Jawapannya ada,
kerana kedua-duanya merupakan kos yang telah dipratentukan. Perbezaannya terletak
kepada cara anda menyatakan konsep tersebut. Bagi piawai ia adalah kos sumber atau
kos input dalam amaun seunit tetapi bagi belanjawan ia adalah kos sumber atau kaos
input dalam amaun jumlah.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
105
PPL, UPM
Kepentingan piawai
Sistem kos piawai jika diwujudkan dalam sesebuah organisasi akan memberi beberapa
kebaikan. Antaranya adalah:
1) Ia adalah faktor utama bagi pendekatan Pengurusan dengan Berkecuali; di mana
pengurus hanya perlu memberi tumpuan dan masa jika kos melebihi piawai
secara signifikan. Dengan itu pengurus dapat memberi tumpuandan masa kepada
isu lain yang lebih penting.
2) Piawai yang dipandang munasabah oleh pekerja dapat mendorong mereka
mencapai ekonomi dan kecekapan. Ia menjadi tanda aras untuk individu
menilaikan prestasi masing-masing.
3) Kos piawai boleh memudahkan kerja menyimpankira kerana kos piawai boleh
dicajkan secara terus kepada kerja-kerja yang dilaksanakan tanpa menunggu kos
sebenar diketahui.
4) Kos piawai dapat disesuaikan dalam amalan sistem perakaunan tanggungjawab.
Kos piawai membentuk kos yang sepatutnya digunakan, mengenalpastikan
individu yang bertanggungjawab terhadap sesuatu kos dan menentukan sama ada
kos sebenar telah berjaya dikawal.
Masalah berpotensi berkaitan dengan penggunaan kos piawai
Penggunaan kos piawai juga boleh menimbulkan beberapa masalah berpotensi seperti
berikut:
1) Laporan varians kos piawai disediakan setiap bulan tetapi maklumat yang
terkandung di dalamnya diumumkan lambat. Akibatnya, maklumat itu tidak lagi
semasa dan menjadi seakan tidak berguna.
2) Jika pengurus tidak sensitif dan menggunakan laporan varians sebagai penukul,
ini akan menjejaskan moral pekerja. Jika pihak pengurus hanya fokus kepada
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
106
PPL, UPM
varians yang negatif sahaja, pekerja akan cuba menyorokkan varians yang tidak
memuaskan atau mengambil tindakan yang tidak selaras dengan kepentingan
organisasi agar varians nampak memuaskan.
3) Piawai kuantiti buruh dan varians kecekapan buruh berasaskan dua andaian
penting. Pertama, mereka menjangkakan proses pengeluaran ditentukan oleh
kepantasan buruh berkerja. Jika buruh berkerja dengan pantas, output akan
meningkat. Tetapi output dalam kebanyakkan organisasi pembuatan ditentukan
oleh kelajuan mesin yang memproseskan output. Kedua, pengiraan varians
tersebut mengandaikan buruh sebagai kos yang berubah. Buruh kilang boleh juga
menjadi kos tetap. Jika sedemikian, penekanan yang tidak munasabah ke atas
varians kecekapan buruh akan mengwujudkan tekanan kepada buruh di kilang
untuk membina inventori yang berlebihan.
4) Dalam beberapa keadaan, varians yang memuaskan boleh juga dianggap tidak
baik atau lebih teruk daripada varians yang tidak memuaskan. Sebagai contoh,
sebuah restoran makanan segera mempunyai piawai untuk amaun daging yang
sepatutnya digunakan dalam produk burger mereka. Jika varians memuaskan
ditemui bermakna kurang daging telah digunakan dalam burger atau pun daging
yang bermutu rendah telah digunakan. Akibatnya, mutu produk burger dan
kepuasan pelanggan telah terjejas.
5) Jika terlalu memberi penekanan agar piawai tercapai akan menghalang kepada
pencapaian objektif lain yang lebih penting. Digalakkan agar anda menggunakan
ukuran prestasi tambahan yang akan memberi penekanan kepada objektif lain itu.
6) Hanya mencapai piawai tidak mencukupi, penambahbaikan yang berterusan
dengan penggunaan teknik seperti Six Sigma diperlukan untuk sesebuah
organisasi kekal beroperasi dalam sekitaran yang bersaingan.
Penetapan kos piawai
Jika sesebuah syarikat menggunakan kos piawai untuk menilai inventori, ini akan
memudahkan penyediaan pelaporan kewangan. Namun demikian, banyak organisasi
merasakan sistem kos piawai ini terlalu mahal untuk dibina dan diselenggarakan. Lebih
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
107
PPL, UPM
lagi jika kos piawai itu tidak dikaji semula dari masa ke semasa, kerana ia tidak akan
menjadi berguna untuk pihak pengurusan membuat sebarang keputusan mengenai
keluaran dan perkhidmatan. Kos piawai seunit keluaran, atau kos dan kuantiti piawai
seunit input akan ditetapkan oleh pihak pengurusan dengan bantuan pakar seperti
jurutera, akauntan serta pengurus pengeluaran, jualan dan belian. Walau pun rekod yang
menyimpan data harga dan penggunaan input masa lampau boleh membantu dalam
proses penetapan piawai, tetapi anda seharusnya sedar bahawa piawai sepatutnya
direkabentuk untuk menggalakkan kecekapan operasi masa hadapan bukan untuk operasi
masa lampau berulang.
Jenis kos piawai
Kos piawai boleh dibahagikan kepada dua kategori ia itu piawai unggul dan piawai
praktikal. Piawai unggul akan tercapai hanya dalam keadaan sekitaran yang terbaik; di
mana tiada berlaku sebarang kerosakan terhadap mesin kilang atau sebarang gangguan
kepada proses pengeluaran. Piawai unggul memaksa tahap usaha yang hanya dapat
dicapai oleh pekerja yang paling cekap dan berkemahiran; dan mereka berkerja pada
tahap seratus peratus setiap masa. Kebanyakan pengurus merasakan piawai unggul tidak
akan mendorong mana-mana pekerja mau pun mereka yang rajin. Lagi pun varians yang
terhasil daripada piawai unggul susah untuk diinterpretasikan. Pada kebiasaannya akan
menimbulkan varians yang besar dan ini akan menyukarkan amalan pengurusan dengan
berkecuali.
Piawai praktikal adalah piawai yang rapi tetapi tercapai. Ia mengambilkira kerosakan
mesin kilang, masa rehat untuk pekerja, dan boleh dicapai melalui usaha yang cekap
tetapi berpatutan oleh pekerja secara purata. Varians daripada piawai praktikal menjadi
isyarat untuk mendapatkan perhatian pihak pengurus kerana ia merupakan lencongan
daripada keadaan operasi biasa. Piawai praktikal boleh juga digunakan untuk tujuan lain
seperti untuk meramalkan aliran tunai atau untuk merancang inventori.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
108
PPL, UPM
Kos piawai bahan langsung, buruh langsung dan overhed
berubah
Kursus ini hanya memberi tumpuan kepada kos piawai yang berkaitan dengan tiga
elemen kos produk sahaja ia itu kos bahan langsung, kos buruh langsung dan kos overhed
perkilangan berubah. Kos piawai yang berkaitan dengan overhed perkilangan tetap tidak
diberi penekanan kerana ia diluar silibus ACT2131 kerana objektif Perakaunan
Pengurusan adalah untuk menyediakan maklumat yang dapat membantu pihak pengurus
menjalankan tugas mereka dengan cekap dan berkesan dalam jangka masa pendik. Lebih
lagi keputusan dan tindakan mengenai kos tetap akan melibatkan tempoh masa melebihi
setahun dan diluar kawalan pengurus operasional.
Pada umumnya, untuk setiap elemen kos produk di atas, pihak pengurus akan
menetapkan piawai harga dan piawai kuantiti masing-masing dan akan dicatatkan dalam
kad kos piawai seperti dalam Jadual 9. Pengurus akan menyediakan kad kos piawai
untuk setiap garisan produk yang ada, dan maklumat di dalamnya menjadi asas bagi
penentuan varians dan analisis selanjutnya
Jadual 9: Kad kos piawai untuk produk Beta
Elemen kos Kuantiti piawai Harga Piawai Kos Piawai
Bahan langsung
4 kg
RM 3.00
RM 12.00
Buruh langsung
2 jam
10.00
20.00
Overhed perkilangan
2 jam
5.00
10.00
Jumlah seunit produk Beta
RM 42.00
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
109
PPL, UPM
Analisis Varians
Varians adalah perbezaan antara jumlah kos sebenar dengan jumlah kos piawai. Analisis
varians adalah satu kaedah lagi yang boleh digunakan oleh pihak pengurusan untuk
tujuan penilaian prestasi. Bagi tiga elemen dalam pengiraan kos produk yang perlu
diambilkira, piawai untuk setiap elemen kos itu akan diasingkan kepada dua kategori ia
itu piawai kuantiti dan piawai harga. Ini perlu dibuat kerana tanggungjawab mengenai
harga dan tanggungjawab mengenai kuantiti setiap elemen kos input adalah
tanggungjawab pengurus yang berbeza. Sebagai contoh, Pengurus Belian adalah
bertanggungjawab ke atas harga belian bahan langsung tetapi kuantiti bahan langsung
yang digunakan dalam proses pengeluaran adalah tanggungjawab Pengurus Kilang.
Pengasingan sedemikian juga membenarkan laporan prestasi disiapkan tepat pada
masanya kerana tugas Pengurus Belian siap apabila bahan langsung diterima daripada
pihak pembekal dan diserahkan ke kilang untuk digunakan dalam proses pengeluaran.
Dan pada saat itu juga, tanggungjawab Pengurus Kilang baharu bermula. Laporan
prestasi bagi pengurus kilang hanya boleh disediakan setelah proses pembuatan disiapkan
agar kuantiti bahan langsung yang digunakan dalam keluaran akhir dapat ditentukan.
Varians harga akan wujud jika ada perbezaan antara harga sebenar dengan harga piawai
sesuatu input dan nilai varians harga diperoleh dengan mendarabkan perbezaan itu
dengan amaun sebenar yang dibeli. Varians kuantiti adalah perbezaan antara amaun input
yang digunakan dalam proses pengeluaran dengan amaun input yang dibenarkan untuk
digunakan dalam proses pengeluaran dan nilai varians kuantiti diperoleh dengan
mendarabkan perbezaan itu dengan harga piawai input yang berkenaan.
Sebagai nasihat anda dijangka cukup bersedia untuk menghadapi sebarang ujian
mengenai topik ini jika anda boleh membuat pengiraan dan analisis ke atas 9 jenis varians
yang berikut:
1) Varians bahan langsung = Varians harga bahan + Varians kuantiti bahan
2) Varians buruh langsung = Varians kadar buruh + Varians kecekapan buruh
3) Varians overhed perkilangan berubah =
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
110
PPL, UPM
Varians perbelanjaan overhed berubah + Varians kecekapan overhed berubah
Teknik pengiraan varians yang dicadangkan adalah dengan menggunakan formula
dibawah ini.
Varians harga bahan langsung = (HS - HP)QS
Varians kuantiti bahan langsung = (QS - QP)HP
Di mana HS = Harga sebenar bagi seunit bahan langsung
HP = Harga piawai bagi seunit bahan langsung
QS = Kuantit sebenar bagi bahan langsung
QP = Kuantiti piawai adalah kuantiti bahan langsung yang dibenarkan untuk
digunakan bagi membuat bilangan output yang dihasilkan dalam tempoh
Bagi input bahan langsung, QS mungkin menimbulkan sedikit kekeliruan sebab ia boleh
merujuk kepada kuantiti sebenar bahan langsung yang dibeli dalam tempoh; atau kepada
kuantiti sebenar bahan langsung yang digunakan dalam proses pengeluaran. Untuk
makluman anda jika tiada maklumat lain yang diberikan dalam soalan, maka mengikut
teori untuk tujuan mengira varians harga bahan, QS merujuk kepada kuantiti bahan
langsung sebenar yang dibelikan. Untuk pengiraan varians kuantiti bahan, QS merujuk
kepada kuantiti bahan langsung sebenar yang digunakan dalam proses pengeluaran. Jika
QS berbeza maka anda tidak boleh mengira varians bahan langsung seperti ditunjukkan
dalam persamaan (1) di atas, kerana anda seakan mencampurkan oren dengan epal.
Varians bahan langsung hanya akur dengan persamaan (1) di atas jika QS adalah sama ia
itu kuantiti bahan langsung sebenar dibeli dengan kuantiti bahan langsung sebenar
digunakan dalam proses pengeluaran adalah sama!
Pengiraan varians buruh langsung dan varians overhed perkilangan berubah adalah
‘straight forward’ ia itu tiada masalah seperti di bawah ini:
Varians kadar buruh langsung = (KS - KP)JS
Varians kecekapan buruh langsung = (JS - JP)KP
Di mana KS = Kadar sebenar sejam yang dibayar kepada buruh kilang
KP = Kadar piawai sejam yang seharusnya dibayar untuk buruh kilang
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
111
PPL, UPM
JS = Jumlah jam sebenar yang diambil oleh buruh kilang untuk menyiapkan
output
JP = Jumlah jam piawai yang dibenarkan untuk buruh kilang menyiapkan
output
Bagi varians overhed perkilangan pula:
Varians perbelanjaan overhed berubah = (KSOB - KPOB) JS
Varians kecekapan overhed berubah = (JS - JP)KPOB
Di mana KSOB = Kadar sebenar overhed berubah
KPOB = Kadar piawai overhed berubah
JS & JP = sama dengan di atas kerana asas peruntukan overhed yang digunakan
adalah jam buruh
Satu perkara lagi yang penting anda peka apabila menjawap soalan peperiksaan mengenai
varians adalah penyataan samada varians yang anda telah kirakan itu ‘memuaskan’ atau
tidak ‘memuaskan’ atau pun menyatakan varians itu ‘positif’ atau ‘negatif’. Penyataan
memuaskan atau tanda ‘+’ dan tidak memuaskan atau tanda ‘- ’ ini akan menjadi
genting apabila anda diperlukan untuk mengirakan varians bahan langsung, varians buruh
langsung dan varians overhed perkilangan berubah. Contoh jika varians kadar buruh =
RM 810 (Memuaskan) dan varians kecekapan buruh = RM 1,200 (Tak memuaskan); jika
formula Varians buruh langsung = varians kadar buruh + varians kecekapan buruh, maka
varians buruh langsung harus dituliskan semula akan menjadi seperti berikut:
Varians buruh langsung = RM 810 (+) + RM 1,200 (-)
Dan nilai yang sepatutnya untuk varians buruh langsung adalah RM 390 (-) bukan RM
1,080 kerana di sini anda perlu akur dengan logik kira-kira.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
112
PPL, UPM
Objektif pembelajaran
Paling minimum anda dapat:
Menerang takrif piawai dan jenis piawai yang boleh digunakan.
Menjelaskan persamaan dan perbezaan piawai dengan belanjawan
Kebaikan penggunaan kos piawai dan masalah yang mungkin timbul
dengan penggunaan kos piawai sebagai asas membuat kawalan
Mengirakan varians yang terlibat dengan bahan langsung, buruh langsung
dan overhed perkilangan berubah.
Mengenalpasti pengurus yang harus dipertanggungjawabkan ke atas varians
yang berlaku serta mendapatkan penjelasan mengapa varians itu berlaku.
Menyediakan laporan prestasi bagi kos overhed berubah dan tetap dengan
menggunakan pendekatan belanjawan fleksibel.
Soalan Latihan
Soalan Contoh 1
Syarikat Tia Ameera telah membangunkan sistem kos piawai seperti berikut untuk satu
daripada produknya:
Kad Kos Piawai
Bahan langsung: 20 meter pada RM 4 semeter
Butuh langsung: 5 jam pada RM 18 sejam
Overhed berubah: 5 jam pada RM 4 sejam
Dalam bulan April 2010, aktiviti berikut telah berlaku:
Belian bahan langsung: 230,000 meter pada RM 4.20 semeter
Bahan digunakan: 220,000 meter
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
113
PPL, UPM
Unit dibuat: 10,000 unit
Buruh langsung: 51,000 jam pada kadar RM17.70 sejam
Overhed berubah sebenar RM 240,000
Syarikat merekod varians harga bahan pada masa belian.
Dikehendaki:
(i) Bezakan di antara piawai unggul dengan piawai praktikal.
(ii) Kirakan untuk Syarikat Tia Ameera varians berikut:
(a) Varians harga bahan dan varians kuantiti bahan
(b) Varians kadar buruh dan varians kecekapan buruh.
(c) Varians perbelanjaan overhed berubah dan varians kecekapan overhed
berubah.
(iii) Berikan satu kemungkinan sebab mengapa varians kuantiti bahan yang
memuaskan dan varians kadar buruh yang tidak memuaskan secara umum boleh
berlaku.
Contoh Jawapan Soalan 1
(i) Piawai unggul adalah piawai yang hanya boleh dicapai dalam keadaan sekitaran
operasi yang sempurna, mengandaikan kecekapan buruh pada tahap yang paling tertinggi
dan dengan kos yang paling minimum. Piawai ini tidak mengambilkira kelemahan
pekerja dan keadaan sekitaran pengeluaran yang serba kekurangan. Pekerja jika didesak
untuk mencapai piawai yang unggul ini akan merasa tertekan dan menjadikan mereka
berputu asa.
Piawai praktikal adalah piawai yang rapi tetapi boleh dicapai oleh setiap pekerja secara
purata; maka merupakan sasaran yang lebih realistik bagi mereka. Piawai ini
mengambilkira kemungkinan berlakunya kerosakan mesin, gangguan terhadap proses
pengeluaran kelambatan atau apa jua ketidakcekapan yang normal.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
114
PPL, UPM
(ii) Varians harga bahan = (HS – HP)QS = (RM4.20 –RM4) 230,000m
= (RM0.20) 230,000
= RM 46,000 (TM)
Varians kuantiti bahan = (QS – QP)HP
= {230,000 – (10,000unit x 20m)}RM4
= (20,000)RM 4 = RM 80,000 (M)
(ii) Varians kadar buruh = (KS – KP)JS \
= 51,000 (RM17.70 - RM18)
= (RM0.30) 51,000jam = RM 15,300 (M)
Varians kecekapan buruh = (JS – JP)KP
= {51,000 jam – (10,000unit x 5jam = 50,000)} RM18
= RM 18 (RM 1,000) = RM 18,000 (TM)
(iii) Varians perbelanjaan overhed berubah = (KSOB – KPOB)JS
= {RM 240,000÷51,000 – RM4)51,000 jam
= (RM 4.70 – RM4)51,000jam = RM 35,700 (TM)
Varians kecekapan overhed berubah = (JS – JP) KPOB
= (51,000jam – 50,000jam) RM4
= (1,000jam) RM4 = RM 4,000 (TM)
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
115
PPL, UPM
(iii) Antara sebab mengapa varians kuantiti bahan memuaskan boleh berlaku adalah:
(Pilih satu sebab sahaja)
1) Pekerja berkemahiran dan dapat membuat kerja dengan cekap dan tanpa
pembaziran sumber dan masa.
2) Pekerja mendapat latihan yang mencukupi maka kerja boleh disiapkan dengan
sempurna dan kuantiti bahan yang digunakan terjimat
3) Bahan mentah berkualiti dengan itu tidak menimbulkan banyak sisa atau
skrap.
Antara sebab mengapa varians kadar buruh yang tidak memuaskan boleh berlaku adalah
(Pilih satu sebab sahaja):
1) Mengupah buruh yang lebih berkemahiran daripada yang diperlukan , maka
kadar bayaran buruh menjadi lebih tinggi
2) Kekurangan buruh di pasaran menyebabkan kadar buruh lebih tinggi
3) Inflasi menyebabkan pada puratanya kadar buruh menjadi tinggi
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
116
PPL, UPM
Topik 7: Perakaunan Tanggungjawab
Pendahuluan
Perakaunan tanggungjawab adalah satu lagi topik dalam Perakaunan Pengurusan yang
dijangka dapat membantu anda untuk melaksanakan fungsi penilaian prestasi dengan
lebih cekap dan berkesan. Idea asas yang mendasari konsep perakaunan tanggungjawab
ialah seorang pengurus sepatutnya dipertanggungjawabkan hanya ke atas perkara-perkara
setakat mana beliau mempunyai kawalan yang signifikan. Setiap hasil dan kos dalam
sesuatu unit, bahagian atau jabatan adalah tanggungjawab pengurus yang berkenaan dan
beliau akan dipertanggungjawabkan ke atas sebarang pelencongan yang berikutnya
antara matlamat yang dibelanjawankan dengan hasil sebenar. Dengan itu, perakaunan
tanggungjawab dikatakan telah memperibadikan maklumat perakaunan apabila membuat
individu bertanggungjawab terhadap sesuatu kos dan hasil. Dalam lain perkataan
seseorang mesti bertanggungjawab untuk setiap kos dan hasil, jika tiada seorang pun
yang akan bertanggungjawab ke atas kos, lambat laun kos itu menjadi tidak terkawal.
Jika prestasi sebenar tidak menandingi matlamat yang dibelanjawankan, seorang
pengurus tidak semestinya dihukum. Namun begitu, pengurus seharusnya mengambil
inisiatif untuk memperbetulkan sebarang pelencongan yang tidak memuaskan,
seharusnya mengetahui punca pelencongan yang memuaskan dan yang tidak memuaskan,
dan seharusnya bersedia untuk memberi penjelasan mengapa pelencongan itu berlaku
kepada pihak pengurusan yang lebih tinggi. Sesuatu sistem perakaunan tanggungjawab
dikatakan berkesan dalam sesuatu organisasi jika tiada berlaku ‘kehilangan’ yang tidak
dapat dijustifikasikan, tindakan pantas dan bersesuaian diberi jika ada pelencongan
daripada perancangan, dan akan mempelajari daripada maklum balas yang diperoleh
daripada perbandingan matlamat yang dibelanjawankan dengan hasil sebenar.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
117
PPL, UPM
Sistem perakaunan tanggungjawab lebih sesuai digunakan dalam organisasi yang
terpencar (decentralized organization). Dalam organisasi yang terpencar, kuasa untuk
membuat keputusan diserahkan ke semua tahap pengurusan dalam organisasi, bermakna
tidak terhad kepada eksekutif atasan sahaja. Dalam organisasi terpencar yang tinggi,
pengurus di peringkat terbawah juga akan dibenarkan untuk membuat keputusan
sebanyak yang mungkin.
Kebaikan dan keburukan organisasi berpencaran
Untuk bersedia menjawap soalan peperiksaan mengenai topik ini, anda sekurang-
kurangnya tahu beberapa kebaikan amalan pemencaran oleh sesebuah organisasi.
Antaranya:
Kebaikan:
1) Dengan menyerahkan penyelesaian masalah harian kepada pengurus di tahap
bawah, pengurus atasan dapat member tumpuan kepada isu yang lebih besar dan
penting seperti strategi yang menyeluruh
2) Memberi kuasa kepada pengurus di tahap bawah untuk membuat keputusan,
meletakkan autoriti pembuatan keputusan dalam tangan mereka yang sebenarnya
mempunyai matlumat yang terperinci dan semasa mengenai operasi seharian.
3) Dengan menghapuskan lapisan pembuatan keputusan dan pemberian kelulusan,
organisasi dapat memberikan tindakbalas yang lebih cepat kepada pelanggan dan
perubahan dalam sekitaran operasi.
4) Memberi autoriti membuat keputusan kepada pengurus tahap bawah melatih
mereka untuk menyandang jawatan yang lebih tinggi.
5) Memberi kuasa kepada pengurus tahap bawah untuk membuat keputusan dapat
menambahkan dorongan dan kepuasan kerja masing-masing.
Jika anda boleh menjelaskan takrif pemencaran, dan boleh memberi beberapa kebaikan
yang diperoleh jika sesebuah organisasi mengamalkan pemencaran, anda juga sekurang-
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
118
PPL, UPM
kurangnya mesti bersedia untuk menjelaskan beberapa keburukan pemencaran jika
ditanya dalam peperiksaan. Antaranya adalah:
Keburukan:
1) Pengurus tahap bawah akan membuat keputusan tanpa memahami sepenuhnya
akan keadaan organisasi yang menyeluruh.
2) Jika pengurus tahap bawah membuat keputusan mereka sendiri, mungkin
ketiadaan penyelarasan berlaku antara mereka.
3) Pengurus tahap bawah boleh mempunyai objektif yang berselisihan dengan
objektif organisasi yang akan mengakibatkan mereka menjadi lebih berkuasa dan
mendapat lebih kehormatan daripada berusaha untuk meningkatkan keberkesanan
jabatan masing-masing.
Jenis pusat tanggungjawab
Ada tiga jenis pusat tanggungjawab yang boleh dikenalpasti dalam sesebuah organisasi,
ia itu pusat kos, pusat untung dan pusat pelaburan
Pusat kos
Pusat kos adalah bahagian atau jabatan dalam sesebuah organisasi yang mempunyai
kawalan ke atas kos sahaja, dan tidak mempunyai kawalan ke atas hasil atau penggunaan
dana pelaburan. Kebanyakan jabatan yang menjadi pusat kos adalah jabatan yang
menawarkan perkhidmatan seperti perakaunan, kewangan, pentadbiran am, perundangan
dan sumber manusia, dan bahagian pengeluaran juga mengikut kelaziman adalah pusat
kos. pengurus pusat kos sentiasa dijangka akan berusaha untuk meminimumkan kos tanpa
menjejaskan kualiti dan tahap perkhidmatan yang diberikan kepada bahagian lain dalam
sesebuah organisasi. Konsep meminimumkan kos boleh juga memberi tanggapan
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
119
PPL, UPM
bahawa pengurus akan berusaha untuk menjimatkan kos, memastikan tahap penggunaan
kos masih sama atau menggunakan kos dengan lebih berkesan.
Pusat untung
Pengurus pusat untung mempunyai kawalan ke atas kedua-dua kos dan hasil tetapi tiada
kawalan ke atas penggunaan dana pelaburan. Kelazimannya pengurus pusat untung akan
dinilai dengan membandingkan untung sebenar dengan untung yang dibelanjawankan
atau untung yang disasarkan.
Pusat pelaburan
Pengurus pusat pelaburan mempunyai kawalan ke atas kos, hasil dan juga dana
pelaburan. Pengurus pusat pelaburan diberi kawalan ke atas keputusan mengenai aset
yang ada untuk digunakan untuk tujuan pelaburan. Mereka akan dinilai ke atas kedua-
dua aspek, (1) keberuntungan pusat masing-masing dan (2) kadar pulangan yang
diperoleh atas dana yang dilaburkan. Pada kebiasaannya, pengurus pusat pelaburan
mengawal atau mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas keputusan pelaburan yang
berkaitan dengan perkembangan logi dan kemasukan dalam pasaraan baharu.
Pelaporan segmen
Untuk menilai keberkesanan pengurus dalam sesutu organisasi yang mengamalkan
pemencaran, penyediaan pelaporan segmen diperlukan. Segmen ditakrifkan sebagai apa
jua bahagian atau aktiviti sesuatu organisasi di mana maklumat mengenai kos, hasil atau
data untung diperlukan oleh pengurus. Bermakna ketiga-tiga pusat tanggungjawab di
atas atau pun sesuatu daerah jualan, kedai individu, pusat perkhidmatan, logi pembuatan,
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
120
PPL, UPM
jabatan pemasaran, pelanggan dan garisan produk boleh juga dikenalpasti sebagai sesuatu
segmen. Sebuah organisasi yang berpencar boleh dibahagikan kepada beberapa segmen,
tetapi yang penting setiap segmen dalam organisasi itur perlu menyediakan penyata
pendapatan bersegmen untuk tujuan membuat analisis terhadap keberuntungan sesuatu
segmen dan untuk mengukur prestasi pengurus segmen tersebut.
Pelaporan segmen (rujuk Exhibit 12-3 dalam buku teks sebagai contoh) mempunyai dua
ciri (1) dalam bentuk penyediaan penyata pendapatan dan (2) menggunakan format
caruman. Maka penyediaan pelaporan segmen sebenarnya merujuk kepada penyediaan
penyata yang diberi nama ‘penyata pendapatan bersegmen’ Jika dibandingkan penyata
pendapatan format caruman untuk tujuan perancangan seperti yang telah dibincangkan
dahulu dalam topik 4, penyata pendapatan untuk tujuan penilaian prestasi hanya
menunjukkan satu perbezaan sahaja ia itu perbezaan mengenai kos tetap yang dilaporkan.
Kos tetap boleh kawal dan kos tetap umum
Kos tetap yang ditunjukkan dalam penyata pendapatan bersegmen mesti diasingkan
kepada dua kategori (1) kos tetap boleh kawal, dan (2) kos tetap umum. Ini bermakna
selepas jumlah marjin caruman diperoleh, anda perlu tolakkan amaun kos tetap boleh
kawal untuk mendapatkan jumlah marjin segmen. Sila ambil perhatian, dalam penyata
pendapatan bersegmen (rujuk Exhibit 12-3 dalam buku teks) anda jangan lupa untuk
menyertakan ruang ‘Jumlah’ atau ‘ruang data untuk syarikat secara keseluruhannya’
termasuk ruang data untuk segmen-segmen yang terlibat. Maka selepas mengirakan
segmen marjin untuk semua segmen termasuk ruang ‘Jumlah’, anda perlu tolak kos tetap
umum daripada ruang ‘Jumlah’ sahaja, seperti dalam Exhibit 12-3.
Tidak susah untuk anda mengenali kedua-dua kos tetap ini kerana kos tetap boleh kawal
ditakrifkan sebagai kos tetap yang dibelanjakan untuk sesuatu segmen dan kos teetap ini
akan terhapus dengan sendirinya jika segmen itu ditutupkan.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
121
PPL, UPM
Kos tetap umum pula adalah kos tetap yang membantu terhadap operasi lebih daripada
satu segmen, tetapi tidak oleh dikesan kepada mana-mana segmen. Kos tetap umum
masih wujud walau pun sesuatu segmen itu dibubarkan. Besar kemungkinan kos tetap ini
akan diagihkan semula kepada segmen yang sedia ada.
Untuk makluman anda, kos tetap boleh kawal bagi sesuatu segmen boleh menjadi kos
tetap umum kepada segmen yang lain. Dan untuk makluman anda juga, marjin segmen
merupakan ukuran yang terbaik untuk menilai keberuntungan jangka panjang sesebuah
segmen. Jika sesuatu segmen tidak boleh menjelaskan kos tetapnya (jika marjin segmen
negative) maka segmen itu sepatutnya dibubarkan.
Objektif pembelajaran
Paling minimum pelajar dapat:
Menerangkan takrif pemencaran, kebaikan dan keburukan bagi organisasi yang
mengamalkan pemencaran
Menjelaskan takrif perakaunan tanggungjawab dan dapat membezakan antara
pusat kos, pusat untung dan pusat pelaburan
Menyediakan penyata pendapatan bersegmen dengan menggunakan format marjin
caruman
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
122
PPL, UPM
Contoh Soalan Latihan
Contoh Soalan 1
Syarikat Atia mempunyai dua bahagian: Bahagian Balakong dan Bahagian Serdang.
Maklumat yang berkaitan dengan kedua-dua bahagian di atas untuk suku pertama 2010
adalah seperti berikut.
Bahagian Balakong Bahagian Serdang
Unit dikeluarkan dan dijual 20,000 15,000
Harga jualan seunit RM 20.00 RM 25.00
Belanja berubah seunit RM12.00 RM 15.00
Kos tetap langsung RM 100,000 RM 140,000
Belanja tetap yang tidak boleh dikenalpasti secara langsung kepada mana-mana bahagian
tetapi diperlukan untuk operasi syarikat adalah RM 40,000.
Dikehendaki:
(i) Sediakan penyata pendapatan bersegmen untuk Syarikat Atia bagi suku
pertama 2010.
(ii) Terangkan konsep kos tetap boleh kawal dan berikan satu contoh yang
bersesuaian?
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
123
PPL, UPM
Contoh Jawapan Soalan 1
(i) Syarikat Atia
Penyata Pendapatan Bersegmen
Untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2010
Bahagian Balakong Bahagian Serdang Syarikat
Jualan RM 400,000 RM 375,000 RM 775,000
- Kos berubah 249,000 225,000 465,000
Marjin caruman 160,000 150,000 310,000
- Kos tetap boleh kawal 100,000 140,000 240,000
Marjin segmen 60,000 10,000 70,000
- Kos tetap umum 40,000
Untung operasi bersih RM 30,000
(ii) Kos tetap boleh kawal adalah kos tetap yang dibelanjakan untuk sesuatu segmen
dan kos tetap ini akan terhapus jika segmen itu ditutupkan. Contoh kos tetap boleh kawal
adalah gaji pengurus unit komputer. Jika unit komputer ditutup, pengurus unit ini akan
diberhentikan kerja. Maka gaji pengurus itu merupakan
Contoh Soalan 2
Syarikat Didee mempunyai dua Bahagian A dan B. Berikut merupakan data operasi
untuk tahun berakhir 30 Jun 2010 bagi kedua-dua bahagian itu:
Bahagian A Bahagian B
Hasil RM100,000 RM120,000
Kos tetap:
Kos langsung
Kos umum
RM50,000
RM11,000
RM45,000
RM10,000
Kos berubah seunit RM4 RM4
Harga jualan seunit bagi produk bahagian RM10 RM8
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
124
PPL, UPM
Dikehendaki:
(i) Sediakan satu penyata pendapatan bersegmen untuk Syarikat Didee untuk
tahun berakhir 30 Jun 2010.
(ii) Berdasarkan hanya maklumat kewangan yang diberikan, adakah perlu mana-
mana bahagian diberhentikan? Mengapa?
(iii) Bezakan margin sumbangan dengan margin segmen. Terangkan mengapa
kedua-duanya merupakan satu ukuran perakaunan pengurusan yang penting
(iv) Untuk tujuan penilaian prestasi, ukuran berbentuk kewangan adalah lebih
penting daripada ukuran bukan berbentuk kewangan? Adakah anda setuju
dengan pendapatan ini? Bincangkan.
Contoh Jawapan Soalan 2
(i) Syarikat Didee
Penyata Pendapatan Bersegmen
Untuk tahun berakhir 30 Jun 2010
Jumlah Bahagian Bahagian
Syarikat A B
Hasil .................................................................. RM 220,000 RM100,000 RM120,000
Kos berubah ...................................................... 100,000 40,000* 60,000**
Marjin caruman ................................................. 120,000 60,000 60,000
Kos tetap boleh kawal ....................................... 95,000 50,000 45,000
Marjin segmen ................................................. 25,000 RM10,000 RM 15,000
Kos tetap umum ................................................ 21,000
Untung operasi .................................................. RM 4,000
* RM 100,000 ÷ RM10 = 10,000 units; 10,000 $4= $40,000
** RM 120,000 ÷ RM 8 = 15,000 units; 15,000 $4 = $60,000
(ii) Oleh kerana kedua-dua bahagian A dan B menunjukkan marjin segmen yang positif
bermakna marjin segmen itu semencukupi untuk menjelaskan kos tetap umum dan boleh
menyumbang kepada untung syarikat. Dengan itu tiada sesuatu bahagian pun perlu
ditutup. Sesuatu bahagian sepatutnya ditutup jika marjin caruman segmen menjadi
negatif.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
125
PPL, UPM
(iii) Marjin caruman adalah amaun yang lebih selepas kos berubah ditolak daripada hasil
Marjin segmen adalah amaun yang tinggal setelah kos tetap boleh kawal ditolak daripada
marjin caruman.
Marjin caruman adalah alat perancangan yang berguna untuk membuat banyak
keputusan, termasuk membuat keputusan dalam keadaan di mana kos tetap tidak berubah.
Marjin segmen adalah alat pengurusan yan g berguna untuk menilai keberuntungan
keseluruhan sesuatu segmen.
(iv) Untuk pengukuran prestasi yang adil dan saksama, seharusnya kedua-dua bentuk
ukuran kewangan dan bukan kewangan digunakan. Dalam sekitaran masa kini, jika
bentuk kewangan sahaja digunakan ianya tidak dapat menggambarkan pencapaian
seseorang individu atau bahagian dengan baik seperti mengambilkira perspektif pelangga,
proses dalaman organisasi dan keluk pembelajaran individu. Malahan, pengukuran bukan
kewangan kadang kala menjadi lebih penting daripada pengukuran berbentuk kewangan
bagi penilaian prestasi dalam jangka masa pendek.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
126
PPL, UPM
Topik 8: Pusat Tanggungjawab
Pendahuluan
Penilaian ke atas sesuatu pusat tanggungjawab terletak ke atas bahu pengurus yang
berkenaan. Jika anda merupakan pengurus pusat kos, maka penilaian prestasi anda akan
berasaskan kepada kebolehan anda untuk mencapai matlamat yang dibelanjawankan
untuk kesemua perkara di bawah kawalan anda. Pengurus pusat kos akan menyediakan
laporan tanggungjawab bagi pusat kos masing-masing dengan mempamerkan data
mengenai kos sebenar di bawah kawalan anda dengan data daripada belanjawan fleksibel.
Jika anda menjadi pengurus bagi pusat untung, laporan tanggungjawab anda akan
mengandungi matlumat yang terperinci mengenai hasil operasi dan kesemua kos berubah
di bawah kawalan anda untuk pihak pengurus atasan menilaikan prestasi anda. Bagi
pihak pengurus atasan menilai kawalan terhadap kos tetap, anda perlu menunjukkan
perbezaan di antara kos tetap boleh kawal dengan kos tetap umum. Kos tetap umum
adalah di luar kawalan anda dan tidak perlu di tunjukkan dalam laporan tersebut.
Jika anda merupakan pengurus pusat pelaburan, tanggungjjawab anda menjadi lebih luas
daripada pengurus pusat untung kerana anda mempunyai pengaruh yang signifikan ke
atas dana untuk pelaburan. Maka laporan tanggungjawab anda mesti mencerminkan
skop kawalan yang lebih besar kerana semua kos termasuk kos tetap adalah di bawah
pusat tangungjawab pelaburan dan dengan itu menjadi di bawah kawalan anda. Pihak
pengurusan atas mengikut kelaziman akan menggunakan alat pengurusan yang disebut
sebagai pulangan pelaburan (ROI) sebagai ukuran prestasi anda. Ukuran pulangan
pelaburan dijangka dapat menunjukkan sejauh mana pengurus pusat pelaburan telah
menggunakan aset dalam bahagian atau segmen masing-masing dengan cekap dan
berkesan.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
127
PPL, UPM
Pulangan pelaburan
Formula yang biasa digunakan untuk mengirakan pulangan pelaburan adalah:
ROI = Pendapatan operasi bersih ÷ purata aset operasi
Jika ROI yang diperoleh itu tinggi, maka segmen anda dijangka telah menjanakan
keuntungan per RM yang lebih besar berbanding. Amaun pendapatan operasi bersih
yang sesuai digunakan dalam pengiraan ROI adalah ‘pendapatan sebelum bunga dan
cukai’ kerana amaun ini dijangkakan memberi ROI yang lebih tepat untuk menilai
prestasi anda. Aset operasi yang dimaksudkan pula seharusnya mengandungi tunai,
penghutang, inventori, logi dan peralatan atau kesemua aset yang ada untuk tujuan
beroperasi. Untuk mendapatkan nilai ROI yang lebih tepat, aset yang tidak sepatutnya
diambilkira dalam mendapatkan ROI adalah aset seperti tanah yang dipegang untuk
kegunaan masa hadapan, pelaburan dalam syarikat lain dan bangunan yang disewakan
kerana tidak dikategorikan sebagai asset operasi. Tetapi kebanyakan syarikat pula
menggunakan ‘nilai buku aset’, walau pun pendekatan ini mempunyai beberapa
kelemahan.
Bagi pengguna luar yang ingin mengirakan ROI sesebuah organisasi, mereka hanya
mempunyai dua set data aset ia itu nilai aset pada awal jangka masa dengan nilai aset
pada akhir jangka masa yang diperoleh daripada penyata kewangan yang dicetak. Jika
anda diberi dua set nilai aset operasi ataau nilai asset bersih seperti di atas, jangan lupa
untuk mendapatkan nilai purata sebelum digunakan untuk mengira ROI. Bagi pengurus
dalaman, formula ROI di atas tidak beberapa sesuai digunakan untuk tujuan menilai
prestasi pusat tanggungjawab pelaburan kerana ia tidak akan membantu mereka untuk
mengambil sebarang tindakan bagi meningkatkan ROI masing-masing. Formula ROI
berikut lebih sesuai untuk tujuan pihak dalaman dan formula ini lebih dikenali sebagai
formula DuPont kerana syarikat DuPont yang pertama menggunakannya.
ROI = MARJIN x PUSING GANTI
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
128
PPL, UPM
Di mana
Marjin = Pendapatan operasi bersih ÷ Jualan
dan
Pusing ganti = Jualan ÷ Purata aset operasi
Perhatikan bahawa angka jualan di atas boleh dibatalkan apabila marjin didarabkan
dengan pusing ganti sehingga menjadikan pengiraan pulangan pelaburan seperti formula
ROI yang asal. Formula DuPont ini memberi perspektif yang lebih bermakna untuk
tujuan tindakan penambahbaikan. ‘Marjin’ boleh ditingkatkan dengan meningkatkan
jualan dan pengurangan belanja operasi kerana lebih rendah belanja operasi bagi seringgit
jualan, maka lebih tinggi marjin yang diperoleh. Jika anda memberi tumpuan yang lebih
kepada aspek ini dan tidak mempedulikan aspek pusing ganti, maka anda tidaklah begitu
bijak kerana tanggungjawab utama bagi pengurus pusat pelaburan mesti lebih kepada
aktiviti pelaburan.
Mengikut DuPont, ada tiga cara untuk membantu pengurus meningkatkan ROI masing-
masing ia itu (1) meningkatkan jualan, (2) mengurangkan belanja operasi dan (3)
mengurangkan aset operasi. Cara pertama dan kedua adalah langkah yang terbaik dan
dihormati. Tetapi jika anda mengunakan cara ketiga untuk meningkatkan ROI agar
penilaian terhadap diri anda menjadi lebih memberangsangkan, maka tindakan begini
tidak disarankan langsung. Mengurangkan aset operasi akan meningkatkan prestasi anda
dalam jangka masa pendik tetapi dalam jangka masa panjang akan menjejaskan prestasi
organisasi secara keseluruhannya. Pernah dikatakan bahawa kejatuhan keagungan
industri perkilangan Amerika Syarikat pada satu masa dahulu dan keagungan industri
perkilangan berpindah ke negara Asia seperti Japan dan Korea, antara satu sebabnya
adalah kerana ketelampauan tumpuan pihak pengurusan industri perkilangan kepada ROI
sebagai ukuran prestasi sehingga menyebabkan pengurus yang terlibat memilih tindakan
yang tidak ‘waras’ untuk menjaminkan ‘survival’ atau untuk terus hidup dalam jangka
panjang.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
129
PPL, UPM
Ilmu mengenai ROI tidak sempurna jika anda tidak menghayati kelemahan yang ada
dengan penggunaan ROI sebagai ukuran prestasi. Mengikut Garrison, Noreen dan
Brewer ada tiga kritikan yang biasa dilemparkan kepada ukuran ROI:
1) Pengurus tidak peka dengan cara yang digunakan untuk meningkatkan ROI
masing-masing. Dicadangkan lebih sesuai ROI digunakan sebagai sebahagian
daripada satu ukuran baharu ia itu ‘kad skor imbangan’. Kad skor imbangan akan
memberi panduan kepada pengurus agar tindakan yang diambil lebih konsisten
dengan strategi jangka panjang organisasi masing-masing.
2) Pengurus yang mengambil aleh sesebuah segmen secara tidak langsung akan
mewarisi kos tetap yang sedia ada (commited costs) yang di luar kawalan anda.
Kos tetap ini mungkin menjadi relevan apa bila prestasi anda dinilaikan kelak.
3) Ada kemungkinan pengurus yang dinilai berasaskan ROI tidak akan menerima
peluang pelaburan yang akan menguntungkan organisasi secara seluruhan, kerana
ROI yang dijangkakan daripada peluang pelaburan itu adalah lebih rendah
daripada ROI semasa; dan ini jelas akan memberi impak yang negative kepada
penilaian prestasi pengurus itu kelak.
Pendapatan sisa
Pendapatan sisa adalah satu pendekatan yang boleh juga digunakan untuk menilai
prestasi sesuatu pusat pelaburan. Pendapatan sisa ia lah pendapatan operasi bersih yang
dijanakan oleh sesuatu pusat pelaburan yang melebihi pulangan atas aset operasi yang
minimum diperlukan oleh sesebuah organisasi. Formulanya adalah seperti berikut:
Pendapatan sisa = Pendapatan operasi bersih – (Purata aset operasi x kadar
pulangan minimum yang diperlukan)
Kaedah ini sesuai digunakan bersamaan dengan ROI kerana pengurus yang dinilai
berasaskan ROI sahaja akan menolak sebarang projek yang memberi pulangan pelaburan
yang lebih rendah daripada ROI semasa; walau pun kadar pulangan projek berkenaan
adalah lebih tinggi daripada kadar minimum yang dikehendaki oleh organisasi masing-
masing. Oleh kerana organisasi akan mendapat manfaat jika projek yang menguntungkan
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
130
PPL, UPM
melebihi kadar pulangan pelaburan minimum yang diperlukan oleh organisasi berkenaan,
maka penggunaan kaedah pendapatan sisa akan memberi keputusan yang lebih baik
berbanding. Perlu diingatkan di sini bahawa kaedah pendapatan sisa mempunyai satu
kelemahan utama ia itu tidak sesuai digunakan untuk menilai prestasi segmen atau
bahagian yang mempunyai saiz yang berbeza.
Ulasan implikasi gelagat terhadap penilaian prestasi
Implikasi gelagat yang penting diterimapakai untuk penilaian prestasi pusat
tanggungjawab adalah:
1) Pengurus pusat tanggungjawab seharusnya diberi peluang untuk menetapkan
secara langsung matlamat belanjawan dalam bidang kuasa masing-masing. Jika
tidak, motivasi mereka terhadap pencapaian matlamat yang diingini akan terjejas.
2) Penilaian prestasi masing-masing seharusnya berasaskan sepenuhnya ke atas
perkara yang mereka mempunyai kawalan. Jika tidak, pengurus akan
menunjukkan tindak balas yang negatif dan kurang percaya akan kesaksamaan
dan keadilan dasar penilaian organisasi masing-masing.
3) Pengurus atasan seharusnya memberi sokongan sepenuhnya kepada proses
penilaian yang diamalkan dalam organisasi. Jika pengurus atasan sendiri tidak
mengendahkan, kerap menukar atau tidak akur dengan peraturan yang terbentuk,
maka pengurus akan hilang percaya ke atas mereka.
4) Proses penilaian yang diamalkan semestinya membenarkan pengurus untuk
memberikan tindak balas, sekurang-kurangnya diberi peluang untuk membela
diri. Penilaian tanpa maklum balas adalah tidak berkesan dan tidak
berperikemanusiaan.
5) Penilaian seharusnya mengenalpasti prestasi yang baik dan yang buruk.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
131
PPL, UPM
Kad skor imbangan
Pendekatan terbaharu untuk tujuan penilaian prestasi adalah dengan menggunakan ‘kad
skor imbangan’. Keadah ini dikatakan mengandungi ukuran prestasi yang menggabung
(integrated) ukuran kewangan dan ukuran bukan kewangan dalam satu sistem dan
menjalinkan ukuran prestasi yang menyokong strategi sesebuah organisasi. Tidak perlu
membincangkan dengan panjang lebar di sini, kerana kad skor imbangan sesebuah
organisasi adalah unik dan untuk mereka bentuk kad skor imbangan masing-masing
memerlukan sumber manusia, masa dan kos. Dalam tempoh peperiksaan sudah
semestinya sumber masa menjadi satu kekangan. Memadai untuk tujuan pelajar
ACT2131,
anda boleh menjelaskan ciri umum yang patut ada pada sesuatu kad skor imbangan.
Kad skor imbangan mengukur prestasi melalui empat perspektif umum ia itu kewangan,
pelanggan, proses perniagaan dalaman serta pembelajaran dan pertumbuhan. Secara
eingkasnya:
1) Perspektif kewangan merujuk kepada ukuran tradisional ia itu ukuran kewangan
yang biasa digunakan oleh kebanyakan organisasi.
2) Perspektif pelanggan merujuk kepada pandangan pihak yang membeli dan
menggunakan barangan dan perkhidmatan organisasi. Ukuran prestasi
mengambilkira sejauhmana prestasi organisasi berbanding dengan persaingnya
3) Perspektif proses perniagaan dalaman merujuk kepada aspek yang kritikal dalam
rantaian nilai (value chain) sesebuah organisasi yang perlu diambilkira dalam
penilaian termasuk pembangunan produk, pengeluaran, penyerahan dan
perkhidmatan selepas jualan.
4) Perspektif pembelajaran dan pertumbuhan merujuk kepada sejauhmana organisasi
dapat membangunkan dan mengekalkan pekerja masing-masing. Maka ukuran
penilian yang perlu diambilkira termasuk kemahiran pekerja, tahap kepuasan
pekerja dan program latihan yang diberikan atau dianjurkan untuk pekerja.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
132
PPL, UPM
Objektif pembelajaran
Selepas topik ini, paling minimum anda dapat:
Mengira pulangan pelaburan dan tunjukkan kesan perubahan jualan, kos dan aset
operasi ke atas pulangan pelaburan.
Menerangkan dan mengirakan konsep pendapatan sisa.
Memberi kelemahan yang berkaitan dengan ukuran kewangan tradisional.
Menjelaskan dengan terperinci pendekatan kad skor imbangan.
Contoh Soalan Latihan
Contoh Soalan 1
Pengurus Bahagian Pelaburan bagi Syarikat Pelaburan Biru sedang menilai empat
peluang pelaburan yang telah diterima untuk tahun 2010. Pihak pengurusan atasan
syarikat ini hanya memerlukan pulangan tahunan minimum sebanyak 10 peratus. Data
yang terima mengenai peluang pelaburan yang sedang dipertimbangkan itu adalah seperti
berikut:
Projek pelaburan Pendapatan Amaun Pelaburan
1 RM 910,000 RM 6,500,000
2 630,000 7,000,000
3 594,000 5,400,000
4 1,176,000 9,800,000
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
133
PPL, UPM
Dikehendaki:
(i) Kirakan pulangan pelaburan untuk setiap projek tersebut.
(ii) Jika satu sahaja peluang pelaburan yang boleh diberi dana dan bahagian itu
dinilai berasaskan pulangan atas pelaburan, manakah peluang pelaburan yang
patut diterima? Berikan penjelasan.
(iii) Andaikan syarikat ini boleh membiayai semua projek dan ingin mencapai
prestasi yang terbaik mungkin, manakah di antara peluang pelaburan di atas
akan diterima? Berikan penjelasan.
(iv) Pihak pengurusan lebih gemar menggunakan formula DuPont untuk
mengirakan pulangan pelaburan. Berikan formula DuPont tersebut.
(v) Cadangkan tiga cara bagaimana pengurus boleh meningkatan pulangan
pelaburan yang mereka peroleh. Mana di antara cara yang telah
dikenalpastikan itu tidak memberi faedah kepada sesebuah organisasi?
Mengapa?
Contoh Jawapan Soalan 1
(i) Pulangan pelaburan projek 1 = RM 910,000/ RM 6,500,000 = 14%
2 = RM 630,000/ RM 7,000,000 = 9%
3 = RM 594,000/ RM 5,400,000 = 11%
4 = RM 1,176,000/ RM 9,800,000 = 12%
(ii) Peluang pelaburan projek no 1 kerana ia memberi pulangan pelaburan yang
tertinggi sekali sebanyak 14%
(iii) Andaikan syarikat boleh membiayai semua projek dan ingin mencapai prestasi
terbaik mungkin, maka projek 1, 3 dan 4 dipilih kerana ROI masing-masing melebihi
minimum pulangan 10% yang diperlukan oleh pihak pengurusan atas syarikat.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
134
PPL, UPM
(iv) Du Pont formula untuk ROI =
Pendapatan operasi bersih x Jualan
Jualan Purata harta operasi
(v) 3 cara untuk mempertingkatkan pualngan pelaburan adalah:
(1) Tingkatkan jualan
(2) Kurangkan belanja operasi
(3) Kurangkan aset operasi
Cara yang ketiga yang paling tidak berfaedah kepada syarikat kerana mengurangkan aset
operasi adalah strategi jangka pendik tetapi dalam jangka panjang strategi ini mungkin
membahayakan syarikat. Contoh pengurus berkenaan tidak akan melabur dalam
teknologi baru walau pun projek ini boleh mengurangkan kos dan meninggikan mutu
produk pada masa hadapan kerana dalam jangka pendek akan memberi kesan negatif
terhadap ROI semasa.
Contoh Soalan 2
Syarikat Chu Manufacturing telah memberi data berikut mengenai operasi dua
bahagiannya dalam 2009:
Bahagian Kota Raya Bahagian Kota Besar
(RM) (RM)
Jualan 4,000,000 7,000,000
Purata aset operasi 2,000,000 2,000,000
Pendapatan operasi bersih 300,000 420,000
Hartanah, loji dan peralatan 950,000 800,000
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
135
PPL, UPM
Pihak pengurusan syarikat ini telah menurunkan kadar pulangan minimum kepada 10%
untuk semua pelaburan dalam tahun 2009 memandangkan keadaan ekonomi yang
muram.
Dikehendaki:
(i) Kirakan pulangan pelaburan kedua-dua bahagian Syarikat Chu Manufacturing
dalam tahun 2009 dengan menggunakan formula DuPont.
(ii) Mana antara pengurus bahagian yang kelihatan menjalankan tugas dengan
lebih baik? Mengapa?
(iii) Kirakan juga pendapatan lebihan untuk kedua-dua bahagian tersebut.
(iv) Mengapakah pulangan pelaburan kerap dikatakan tidak sesuai digunakan
sebagai ukuran penilaian prestasi bagi pusat pelaburan, dan bagaimana pulak
penggunaan pendapatan lebihan boleh mengatasi masalah ini?
(v) Mengapakah kad skor imbangan dikatakan satu teknik pengukuran prestasi
yang lebih baik daripada pulangan pelaburan dan pendapatan lebihan?
Terangkan apa dia kad skor imbangan itu.
Contoh Jawapan Soalan 2
(i) Bahagian Kota Raya:
Marjin = RM 300,000 ÷ RM 4,000,000 = 7.5%
Pusing ganti = RM 4,000,000 ÷ RM 2,000,000 = 2 kali
ROI = 7.5% x 2 = 15%
Bahagian Kota Besar:
Marjin jualan = RM 420,000 ÷ RM 7,000,000 = 6%
Pusing ganti = RM 7,000,000 ÷ RM 2,000,000 = 3.5 kali
ROI = 6% x 3.5 = 21%i
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
136
PPL, UPM
(ii) Pengurus Bahagian Kota Besar dijangka telah menjalankan tugas beliau dengan
lebih baik. Walau pun marjin yang diperoleh rendah sebanyak 1.5 mata perpuluhan
daripada Bahagian Kota Raya; tetapi pusing ganti beliau adalah jauh lebih tinggi ( ia itu
pusing ganti 3.5 kali berbanding dengan 2 kali bagi Bahagian Kota Raya). Pusing ganti
yang lebih tinggi lebih menonjol daripada marjin yang rendah dan menghasilkan
pulangan pelaburan 21% berbanding dengan hanya 15% bagi Bahagian Kota Raya.
(iii) Bahagian Kota Raya Bahagian Kota Besar
Net income RM 300,000 RM 420,000
(10 % x RM 2,000,000) 200,000 200,000
Residual income RM 100,000 RM 220,000
(iv) If ROI is used to evaluate performance, a manager of an investment center may
reject profitable investment opportunity whose rate of return exceeds the company’s
required rate of return but whose rate of return is less than the investment center’s current
ROI.
The residual income approach overcomes this problem since any project whose
rate of return exceeds the company’s minimum required rate of return will result in an
increase in residual income.
(v) Kad skor imbangan merupakan satu pendekatan yang lebih baik daripada ROI dan
resisdual income untuk pengukuran prestasi kerana ROI dan RI hanya merupakan ukuran
kuantitatif sahaja.
Kad skor imbangan bukan sahaja mengunakan ukuran kuantitatif untuk penilaian
prestasi tetapi mengambilkira aspek lain yang perlu dititikberatkan juga agar penilaian
prestasi menjadi lebih menyeluruh. Antara aspek lain itu adalah pelanggan, proses
perniagaan dalaman, dan learning and growth. Kad skor imbangan ini juga
`menggalakkan penambahbaikan yang berterusan.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
137
PPL, UPM
Topik 9: Harga Pindahan
Pendahuluan
Tajuk harga pindahan dalam buku teks edisi ketiga belas ini masih dibincangkan dalam
Appendix 12A. Untuk makluman semua tajuk ini juga penting dan diharap anda akan
memberi tumpuan yang sama dengan tajuk lain apabila mengulangkaji untuk peperiksaan
akhir kelak.
Dalam sesuatu organisasi yang besar akan terdapat pemindahan barangan atau
perkhidmatan daripada satu bahagian atau segmen kepada bahagian atau segmen yang
lain. Apabila organisasi berkenaan mengamalkan sistem pemencaran, maka bahagian
atau segmen akan dinilai mengikut prestasi masing-masing maka penetapan harga untuk
barangan atau perkhidmatan yang dipindahkan itu menjadi satu isu kerana ia akan
memberi kesan yang langsung kepada keberuntungan sesuatu bahagian atau segmen itu
dan secara tidak langsung kepada keberuntungan organisasi secara keseluruhannya.
Harga jualan digunakan untuk harga barangan atau perkhidmatan yang dijual kepada
pihak luar atau pelanggan sesuatu organisasi. Harga pindahan pula adalah terma yang
digunakan untuk harga yang diletakkan untuk barangan dan perkhidmatan yang
dipindahkan antara segmen dalam sesuatu organisasi. Harga pindahan itu merupakan
hasil bagi segmen yang membuat barangan dan perkhidmatan tetapi merupakan kos
kepada segmen yang membeli barangan atau perkhidmatan tersebut.
Ada tiga pendekatan yang boleh digunakan untuk menetapkan harga pindahan. Antaranya
adalah (1) mengikut perundingan, (2) mengikut kos dan (3) mengikut harga pasaran.
Anda perlu ingat dalam perbincangan mengenai menetapan harga pindahan bahawa
objektif dasar penetapan harga pindahan adalah untuk memberi motivasi kepada
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
138
PPL, UPM
pengurus agar senantiasa membuat keputusan dan mengambil tindakan yang menjamin
kepentingan organisasi secara seluruhannya. Kadang kala keadaan sub-optimum
(suboptimization) boleh berlaku apabila pengurus membuat keputusan atau membuat
tindakan yang tidak selaras dengan kepentingan organisasi mahu pun kepentingan
segmen masing-masing. Setiap pendekatan di atas mempunyai kebaikan masing-masing
dan boleh menimbulkan masalah apabila digunakan sebagai asas penetapan harga
pindahan. Anda perlu mengetahui kebaikan dan kelemahan setiap pendekatan agar
bersedia untuk menghadapi soalan teori yang berkaitan dengan topik ini jika ditanya
kelak.
Harga pindahan terunding
Harga pindahan terunding (negotiated transfer price) dihasilkan daripada perbincangan
antara pihak atau segmen yang membuat dengan pihak atau segmen yang membeli.
Kedua-dua pihak ini akan bertemu untuk membincangkan terma dan syarat yang terlibat
dengan cadangan pemindahan barangan atau perkhidmatan dalam organisasi. Walau apa
jua pun harga pindahan terunding yang dipersetujui, ada dua perkara penting yang pasti
berlaku:
(1) Pihak yang menjual akan bersetuju dengan pemindahan hanya jika ada tambahan
keuntungan daripada pemindahan itu;
(2) Pihak yang membeli akan bersetuju dengan pemindahan itu hanya jika
keuntungan bahagian atau segmennya juga bertambah.
Antara kebaikan cara ini adalah:
(1) Untuk mengekalkan autonomi bahagian atau segmen selaras dengan
semangat pemencaran.
(2) Pengurus bahagian atau segmen lebih berkemungkinan mempunyai maklumat
mengenai potensi kos dan faedah yang berkaitan dengan pemindahan
berkenaan daripada pihak lain dalam organisasi itu.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
139
PPL, UPM
Apa yang jelas mengenai harga pindahan terunding adalah pihak menjual akan
mengalami kerugian atas pemindahan jika harga pindahan yang dipersetujui di bawah
kos bahagian untuk membuat barangan atau perkhidmatan tersebut. Jika ini berlaku
pihak menjual tidak akan bersetuju untuk melakukan pemindahan itu. Jika harga
pindahan terunding terlalu tinggi pula, melebih harga belian semasa; pihak membeli tidak
akan bersetuju untuk menerima pemindahan itu. Maka dalam penetapan harga pindahan
anda perlu ingat bahawa setiap cadangan harga pindahan yang anda berikan perlu ada dua
tahap atau dua had. Tahap pertama adalah tahap terendah (ditentukan oleh pihak yang
membuat atau menjual) dan tahap kedua adalah tahap tertinggi (ditentukan oleh pihak
yang membeli). Tahap atau had ini akan menentukan julat harga pindahan yang boleh
diterima oleh kedua-dua pihak yang terlibat dalam pemindahan kerana keuntungan
kedua-dua bahagian akan menignkat dalam julat harga pindahan ini. Sebagai peringatan,
anda seharusnya boleh mengirakan amaun untung yang bertambah itu jika diminta dalam
soalan peperiksaan kelak.
Harga pindahan pada kos
Meletakkan harga pindahan pada kos, nampak mudah digunakan dan senang difahami
tetapi cara ini juga akan menimbulkan beberapa masalah. Ada organisasi yang
menggunakan kos berubah dan ada yang menggunakan kos penuh (kos serapan) untuk
menetapkan harga pindahan. Jika kos penuh digunakan sebagai asas pemindahan,
keputusan begini tidak baik dan akan membawa kepada keadaan sub-optimum dalam
organisasi. Keadaan sub-optimum akan berlaku jika bahagian yang membuat
mempunyai kapasiti terbiar (idle capacity) dan kos penuh seunit itu lebih tinggi daripada
kos belian seunit semasa bagi pihak yang membeli. Maka merendahkan harga pindahan
daripada kos penuh adalah lebih logik dan menguntungkan semua pihak.
Kedua, pihak yang menjual tidak akan menunjukkan untung bahagian langsung jika
harga pindahan diletakkan pada kos. Ketiga, harga pindahan yang berasaskan kos tidak
merupakan insentif untuk mengawal kos. Jika kos sebenar sesuatu bahagian boleh
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
140
PPL, UPM
dipindahkan kepada sesuatu bahagian yang lain, besar kemungkinan bahagian yang
membuat tidak akan terdorong untuk mengurangkan kos. Jika anda masih ingin
menggunakan asas kos sebagai asas harga pindahan, dicadangkan anda menggunakan kos
piawai.
Harga pindahan pada harga pasaran
Asas harga pasaran dikatakan satu pendekatan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah
harga pindahan. Harga pasaran adalah amaun yang dicajkan ke atas barangan dan
perkhidmatan yang dijual atau ditawarkan dalam apsaran terbuka. Asas ini amat sesuai
jika barangan dan perkhidmatan mempunyai pasaran yang sedia ada; dijual kepada
pelanggan luar dalam bentuk sedia ada dan bahagian yang menjual tiada kapasiti terbiar.
Ini adalah kerana kos sebenar bagi sesuatu pemindahan itu adalah kos lepas bagi hasil
yang hilang atas jualan kepada pihak luar. Sama ada barangan itu dijual kepada pihak
dalam atau kepada pihak luar, bahagian yang menjual dalam organisasi akan mengetahui
kos organisasi sebenar jika pemindahan dalaman dilakukan.
Untuk makluman anda sekalian, jika ketiga-tiga cara di atas dijangka tidak memuaskan,
teori Perakaunan Pengurusan mencadangkan agar anda menggunakan prinsip berikut
untuk meletakkan harga pindahan.
Secara prinsipnya, bagi segmen atau bahagian yang menjual, formula harga pindahan
adalah seperti berikut:
Harga pindahan seunit = Kos berubah seunit + kos lepas seunit
Dan kos lepas seunit dikira :
Jumlah marjin caruman kehilangan atas jualan kepada pihak luar
Unit yang dipindahkan
Harga pindahan yang diperoleh dengan formula di atas merupakan harga pindahan had
terendah. Untuk makluman semua, ada beberapa situasi dalam sesuatu organisasi yang
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
141
PPL, UPM
boleh berlaku di mana anda mungkin diuji akan penggunaan formula di atas; ia itu (1)
dalam keadaan bahagian membuat atau menjual mempunyai kapasiti terbiar; (2) dalam
keadaan bahagian ini tiada kapasiti terbiar atau bahagian ini dikatakan beroperasi pada
kapasiti penuh; dan (3) keadaan bahagian ini hanya mempunyai sedikit sahaja atau
sebahagian sahaja kapasiti yang terbiar. Sila rujuk situasi yang diberi dalam buku teks
dan buat latihan mengenainya agar anda cukup bersedia untuk sebarang kebarangkalian
diperlukan dalam soalan peperiksaan kelak.
Bagi segmen atau bahagian yang membeli, formula harga pindahan adalah seperti
berikut :
Harga pindahan seunit = Kos belian seunit daripada pembekal luar
Harga pindahan yang diletakkan mengikut formula ini oleh bahagian yang membeli akan
menentukan had tertinggi bagi harga pindahan. Sebagai peringatan, anda perlu peka jika
ada beberapa harga pasaran diberikan dalam soalan peperiksaan, had tertinggi tidak lagi
merupakan kos belian seunit daripada pihak luar, tetapi harga pasaran terendah yang
terdapat dalam pasaran menjadi had tertinggi. Ini mengandaikan dalam keadaan semasa,
tidak logik jika ada harga pasaran terendah yang boleh diperoleh, maka panduan untuk
menggunakan kos belian seunit daripada pembekal semasa tidak lagi sesuai digunakan.
Andaikan mengikut prinsip di atas, harga terendah dikira adalah RM10 dan harga
tertinggi adalah RM22, harga pindahan mesti dinyatakan dalam julat sedemikian:
RM10 ≥ Harga Pindahan ≤ RM22
Maka mana-mana harga dalam julat di atas yang diterimapakai untuk harga pindahan
akan menguntungkan semua pihak ia itu bahagian yang menjual, bahagian yang membeli
dan organisasi secara keseluruhannya.
Implikasi gelagat dalam penilaian prestasi
Organisasi yang mengamal prinsip pemencaran akan memberi autonomi kepada pengurus
bahagian untuk menetapkan harga pindahan dan untuk membuat keputusan sama ada
untuk menjualkan barangan dan perkhidmatan masing-masing secara dalaman atau
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
142
PPL, UPM
luaran. Ada kemungkinan pengurus atasan merasa susah untuk menerima prinsip ini
terutama apabila mereka menjangkakan bahawa pengurus bahagian akan membuat
keputusan yang sub-optimum. Jika pengurus atasan masuk campur juga, maka tujuan
pemencaran tidak akan tercapai. Lagi pun, untuk meletakkan harga pindahan yang betul
bagi pengurusan atasan, mereka perlukan maklumat terperinci mengenai jualan dan
belian sesuatu bahagian dengan pasaran luar, kos berubah dan penggunaan kapasiti
masing-masing. Walhal prinsip pemencaran mengandaikan pengurus bahagian
mempunyai lebih maklumat mengenai operasi bahagian masing-masing berbanding
dengan pihak pengurus atasan.
Jika pengurus bahagian kerap membuat keputusan yang menimbulkan keadaan sub-
optimum, maka prestasi bahagian itu akan terjejas dan pampasan dan kenaikan jawatan
pengurus bahagian tersebut akan juga terjejas. Maka sistem penilaian prestasi berasaskan
keuntungan bahagian, ROI dan pendapatan sisa akan menjadi lebih bermakna. Garrison,
Noreen dan Brewer berpendapat jika pengurus atasan hendak membudayakan autonomi
dan mempertanggungjawabkan kebebasan untuk membuat untung, maka pengurus
bahagian semestinya dibenarkan untuk mempunyai kawalan ke atas nasib masing-masing
– sehingga ke tahap membenarkan mereka hak untuk membuat kesilapan. Saya juga
menyokong pendapat mereka.
Objektif pembelajaran
Paling minimum anda dapat:
Menjelaskan apa dia harga pindahan dan prinsip peletakan harga pindahan
Menerangkan ketiga-tiga asas yang boleh digunakan untuk perletakkan harga
pindahan, serta kebaikan dan kelemahan setiap asas jika digunakan
Mengirakan harga pindahan dalam beberapa kemungkinan situasi organisasi
Mentafsirkan kesan gelagat dalam organisasi yang mengamalkan harga pindahan.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
143
PPL, UPM
Contoh Soalan Latihan
Contoh Soalan 1
Kilang Syarikat Bella di Seri Serdang membuat pelbagai saiz bateri untuk penggunaan
tempatan. Sebuah kilang Syarikat Bella lain di Balakong, membuat pelbagai permainan
kanak-kanak yang memerlukan bateri dipasangkan sebelum dipasarkan. Kilang di
Balakong kerap menggunakan bateri bersaiz 3M yang boleh dibeli daripada mana jua
pembekal tempatan dengan harga RM2.30 seunit. Encik Ikhwan, pengurus kilang di
Balakong telah menghubungi Encik Muaz, pengurus kilang di Seri Serdang untuk
membuat tawaran membeli 50,000 unit bateri saiz 3M itu. Kilang di Seri Serdang yang
mengeluarkan bateri, sekarang beroperasi pada kapasiti penuh, mengeluar dan menjual
200,000 unit bateri saiz 3M kepada pelanggan luar pada harga RM 2.30 seunit.
Data operasi tahunan untuk pengeluaran 200,000 unit bateri siaz 3M seamsa adalah
seperti berikut :
Bahan langsung RM 220,000
Buruh langsung 8,000
Overhed kilang berubah 24,000
Overhed kilang tetap 30,000
Belanja jualan berubah 16,000
Belanja jualan tetap 42,000
Dikehendaki:
(i) Apakah harga pindahan maksimum yang boleh Encik Muaz pengurus
Kilang di Seri Serdang letakkan untuk pemindahan 50,000 unit bateri saiz
3M kepada pengurus kilang di Balakong? Mengapa?
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
144
PPL, UPM
(ii) Apakah harga minimum yang boleh Encik Muaz letakkan bagi
pemindahan tersebut? Bincangkan sama ada pemindahan antara kilang
akan berlaku atau tidak.
(iii) Andaikan Encik Muaz menjual kepada pihak dalaman 50,000 unit bateri
saiz 3M, separuh daripada kos jualan berubah seunit dapat dielakkan
kerana komisen jualan tidak diperlukan untuk pemindahan dalaman.
Nyatakan:
(a) Julat harga pindahan yang boleh wujud untuk Syarikat Bella, dan
(b) Apakah faedah terhadap Syarikat Bella keseluruhannya, jika
pemindahan itu berlaku.
(iv) Andaikan Kilang di Seri Serdang mempunyai cukup kapasiti untuk
memenuhi permintaan kilang di Balakong tanpa menjejaskan pelanggan
semasa serta separuh belanja jualan berubah seunit masih boleh dielakkan
jika berlaku pindahan dalaman, apakah harga pindahan minimum yang
boleh diletakkan oleh kilang Balakong? Bincangkan.
Contoh Jawapan Soalan 1
(i) Harga pindahan maksimum yang boleh Encik Muaz letakkan untuk pemindahan
50,000 unit bateri saiz 3M adalah RM 2.30 seunit kerana RM 2.30 seunit merupakan
harga yang Encik Muaz boleh jual kepada pelanggan semasa dan harga seunit yang
Kilang di Balakong beli semasa daripada pembekal luar.
{3.0 markah}
(ii) Harga pindahan minimum mengikut teori adalah
Kos berubah seunit + marjin caruman seunit hilang atas jualan kepada pihak luar
Kos seunit yang dipindahkan
Kos bahan langsung (RM 220,000/200,000 unit) = RM 1.10
Kos buruh langsung (RM 8,000/200,000 unit) 0.04
Kos overhed kilang berubah (RM 24,000/200,000 unit) 0.12
Belanja jualan berubah (RM 16,000/200,000 unit) 0.08
Kos berubah bateri saiz 3M seunit RM 1.34
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
145
PPL, UPM
Harga pindahan = RM 1.34 + (RM2.30 –RM 1.34) X 50,000 unit)
50,000 unit
= RM 1.34 + RM 0.96 = RM 2.30.
Ini bermakna, harga pindahan minimum dan maksimum adalah RM 2.30 seunit. Dengan
itu. Syarikat Bella tidak mempedulikan (indifferent) sama ada pemindahan akan berlaku
antara kilang (secara dalaman) atau tidak (secara luaran) kerana syarikat akan
memperoleh pendapatan yang sama, jika 50,000 unit dijual kepada pelanggan luar atau
kepada pihak dalam.
(iii) Andaikan Kilang di Seri Serdang boleh menjimatkan separuh daripada belanja jualan
berubah jika pemindahan dalaman dilakukan :
Harga pindahan = RM {1.10 + 0.04 + 0.12 + (0.08/2 =0.04)} + RM 0.96
= RM 1.30 + RM 0.96
= RM 2.26
Julat harga pindahan bagi Syarikat Bella RM2.26 ≥ HP ≤ RM2.30
Jika pindahan berlaku antara pihak dalaman Syarikat Bella dapat jimat RM 2,000 (50,000
X RM 0.04) setiap tahun
{4.0 markah}
(iv) Andaikan kilang di Seri serdang mempunyai cukup kapasiti bermakna
Harga pindahan minimum
= Kos berubah RM (1.34 – 0.04) + Margin caruman seunit hilang = ‘0’
= RM 1.30
Maka pemindahan antara kilang boleh berlaku dalam julat berikut, dan harga pindahan
apa pun dalam julat berikut akan menguntungkan semua pihak termasuk syarikat induk
Bella:
RM1.30 ≥ Harga Pindahan ≤ RM2.30
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
146
PPL, UPM
Contoh Soalan 2
Bagi setiap kes di bawah ini andaikan, Bahagian Serdang mempunyai produk yang boleh
dijual kepada pelanggan luar atau kepada Bahagian Seri Kembangan dalam syarikat yang
sama. Bahagian Seri Kembangan memerlukan produk Bahagian Serdang untuk
digunakan dalam proses pengeluarannya. Prestasi pengurus bahagian dinilai berasaskan
keuntungan bahagian masing-masing.
Kes
A B
Bahagian Serdang
Kapasiti (unit) 200,000 200,000
Bilangan unit dijual kepada pelanggan luar 200,000 160,000
Harga jualan seunit kepada pelanggan luar RM 90 RM 75
Kos berubah seunit 70 60
Kos tetap seunit berasaskan kapasiti 13 8
Bahagian Seri Kembangan:
Unit yang diperlukan dalam pengeluaran 40,000 40,000
Harga belian seunit daripada pembekal semasa RM 86 RM 74
Dikehendaki:
(i) Berikan formula harga pindahan terendah yang boleh diterimapakai daripada
sudut pandangan bahagian yang menjual.
(ii) Rujuk data kes A. Andaikan dalam kes ini, RM3 seunit kos jualan berubah
boleh dielakkan jika jualan dalam syarikat dibuat. Jika pengurus bebas untuk
berunding dan membuat keputusan sendiri, mungkinkah pindahan berlaku?
Jika benar, tunjukkan julat harga pindahan di mana pindahan boleh berlaku.
Beri penjelasan.
(iii) Rujuk data kes B. Dalam kes ini tiada penjimatan dalam kos jualan berubah
jika jualan kepada pihak dalaman syarikat dilakukan. Jika pengurus bebas
untuk berunding dan membuat keputusan sendiri, adakah pindahan akan
berlaku? Jika benar, tunjukkan julat harga pindahan yang bagaimanakah
pindahan akan berlaku? Beri penjelasan.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
147
PPL, UPM
Contoh Jawapan Soalan 2
(i) Harga pindahan terendah yang boleh diterimapakai, mengikut perspektif bahagian
yang menjual adalah ditentukan oleh formula berikut:
Harga pindahan seunit =
Kos berubah seunit + Jumlah marjin caruman kehilangan atas jualan kepada pihak luar
Unit dipindahkan
(ii) Jika tiada kapasiti terbiar, 40,000 unit yang dipindahkan daripada Bahagian Serdang
kepada Bahagian Seri Kembangan akan mengakibatkan Bahagian Serdang akan
kehilangan 40,000 unit jualan daripada pelanggan semasa Marjin caruman seunit
daripada pelanggan semasa yang akan hilang adalah RM20 (RM90 – RM70).
Harga pindahan = RM70 – RM 3 + RM 20 x 40,000 unit = RM87
40,000 unit
Bahagian membeli ia itu Bahagian Seri Kembangan boleh membeli produk yang sama
daripada pembekal luar dengan harga belian seunit RM86. Dengan itu, bahagian ini
sudah tentu tidak akan bersetuju jika pemindahan berlaku. Oleh kerana keperluan tahap
harga bahagian menjual dengan bahagian membeli ketidaksesuaian, maka pemindahan
barangan antara bahagian tidak akan belaku.
(iii) Dalam kes B, Bahagian Serdang mempunyai kapasiti yang mencukupi (Kapasiti
semasa = 200,000 unit – Jualan semasa 160,000 unit) untuk memenuhi keperluan
pemintaan Bahagian Seri Kembangan. Maka tiada akan berlaku kehilangan jualan
kepada pelanggan semasa oleh Bahagian Serdang. Harga pindahan terendah yang boleh
diterima adalah:
Harga pindahan = RM 60 + 0 = RM 60
40,000 unit
Bahagian yang membeli ia itu Bahagian Seri Kembangan boelh membeli daripada
pembekal luar dengan kos belian seunit RM74 dan semestinya tidak mahu membayar
lebih untuk produk yang sama. Maka harga pindahan tertinggi dalam kes B adalah
RM74.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
148
PPL, UPM
Dengan itu dalam kes ini, terdapat kesesuaian keperluan antara bahagian membeli dengan
bahagian yang menjual dan julat harga pindahan di mana pemindahan produk boleh
berlaku adalah seperti berikut:
RM60 ≥ Harga Pindahan ≤ RM74
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
149
PPL, UPM
Topik 10: Pengekosan Relevan
Pendahuluan
Pembuatan keputusan adalah satu daripada empat fungsi utama yang ditekankan dalam
kursus Perakaunan Kos dan Pengurusan. Walau pun pengurus membuat keputusan
seharian dan sepanjang masa apabila mereka menjalankan tugas merancang, mengawal
dan menilai prestasi tetapi tugas pembuatan keputusan yang ditekan di sini adalah dalam
situasi tertentu yang kerap dihadapi oleh pihak pengurus dalam operasi seharian mereka.
Setiap keputusan melibatkan pemilihan antara beberapa alternatif. Bagi tujuan kursus ini,
memadai anda rumuskan kepada dua alternatif terbaik. Apa bila anda diperlukan
membuat pemilihan antara alternatif, anda sebenarnya telah membuat keputusan.
Dalam proses pembuatan keputusan, kos dan faedah bagi kedua-dua alternatif berkaitan
perlu dibandingkan. Kos dan faedah yang berbeza antara kedua alternatif itu ditermakan
sebagai kos relevan. Keupayaan untuk membezakan kos relevan dengan kos tak relevan
adalah kritikal bagi pengurus kerana dua sebab. Pertama, data atau kos tak relevan boleh
diabaikan kerana dapat menjimatkan banyak masa dan tenaga pihak pengurus. Kedua,
keputusan yang tidak baik boleh berlaku jika anda mengambilkira kos dan faedah yang
tak relevan dalam alternatif.
Oleh kerana pembuatan keputusan memerlukan maklumat dan untuk menjimatkan
belanja, mengurangkan masa dan tenaga, dua kriteria perlu diberi penekanan selalu
apabila membuat keputusan:
(1) Kos dan hasil masa hadapan yang dijangkakan;
(2) Kos dan hasil itu berbeza di antara alternatif.
Terdapat dua kos yang tidak akan langsung diketengahkan dalam proses pembuatan
keptusan ia itu (1) kos hangus, dan (2) kos masa hadapan yang tidak berbeza antara
alternatif. Untuk makluman anda, terma kos berbeza (differential cost), kos boleh elak
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
150
PPL, UPM
(avoidable cost), kos tambahan (incremental cost) dan kos relevan; kesemua terma ini
boleh digunakan silihganti kerana membawa makna yang agak sama. Satu ungkapan
yang penting anda ingat selalu dalam kursus Perakaunan Pengurusan adalah ‘kos berbeza
untuk tujuan yang berbeza’ kerana terma kos yang digunakan akan berubah mengikut
tujuan yang berubah wal hal angka dan item kos yang diambilkira adalah sama. Contoh
untuk tujuan penyediaan pelaporan kos dikategorikan kepada kos perkilangan dengan kos
bukan perkilangan; di mana kos perkilangan terdiri oleh kos bahan langsung, kos buruh
langsung dan kos overhed perkilangan berubah. Untuk tujuan mendapatkan kos produk
kategori kos dibahagikan kepada kos langsung dengan kos tak langsung; di mana kos
langsung terdiri oleh kos bahan langsung dengan kos buruh langsung dan kos tak
langsung terdiri oleh kos overhed perkilangan.
Ada lima situasi yang kerap berlaku dalam jangka pendik di mana anda selaku pengurus
akan didedahkan agar dapat membantu anda untuk menjalankan fungsi pembuatan
keputusan. Dalam setiap situasi itu, ada satu panduan yang diutarakan dan anda perlu
ingat agar keputusan yang dibuat menjadi lebih cekap dan berkesan. Lima situasi di mana
anda perlu membuat keputusan adalah:
(1) Keputusan untuk menggekalkan atau menggugurkan satu garisan produk atau
satu segmen.
(2) Keputusan untuk terus membuat produk atau membeli daripada pembekal
luar.
(3) Keputusan untuk menerima tempahan khas daripada pihak luar atau menolak
tempahan khas itu.
(4) Keputusan untuk menentukan keutamaan produk yang akan dibuat dalam
keadaan organisasi mempunyai kekangan sumber.
(5) Keputusan untuk menjual produk bersama pada titik pecahan atau membuat
pemprosesan lanjutan ke atas produk selepas titik pecahan.
Sebelum anda mendudukki peperiksaan akhir, eloklah anda membiasakan diri dengan
setiap situasi pembuatan keputusan seperti di atas. Walau pun kaedah pembuatan
keputusan adalah sama, ia itu mengambilkira kos relevan dengan menggunakan analisis
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
151
PPL, UPM
tambahan tetapi setiap situasi tersebut masih memerlukan kelebihan penyelesaian
masalahnya tersendiri.
Secara ringkas, dalam situasi pertama anda perlu kirakan impak ke atas untung organisasi
secara menyeluruh sebelum membuat keputusan untuk meneruskan atau menggugurkana
sesuatu garisan produk atau segmen dalam organisasi tersebut. Juga anda perlu
berwaspada terhadap kos yang diperuntukan kerana ini akan membuat sesuatu garisan
produk atau segmen menunjukkan prestasi yang lebih buruk. Dalam lain perkataan
selepas mengambilkira kos relevan, jika produk margin atau segmen margin itu di dapati
positif, keputusan yang betul adalah untuk mengekalkan garisan produk atau segmen
tersebut; dan jika produk atau segmen marjin itu negatif, maka keputusan sebaliknya
sepatutnya diambil.
Dalam situasi kedua, anda hanya perlu mengambilkira semua kos berubah sahaja dalam
pengiraan samada untuk terus membuat produk atau memberi peluang kepada pihak luar
untuk membekalkannya. Jika kos berubah membuat lebih rendah berbanding dengan
tawaran kos belian daripada pihak luar, maka keputusan hendaklah untuk terus membuat
produk berkenaan. Dalam situasi ini, anda harus juga prihatin terhadap kos lepas kerana
jika ada kos lepas, mungkin keputusan asal yang diambil akan berubah.
Dalam situasi ketiga, anda hanya perlu mengirakan kos berubah seunit untuk membuat
produk dan bandingkan dengan kos seunit yang diberikan oleh tempahan khas. Isu
tempahan khas ini hanya boleh dipertimbangkan jika organisasi anda mempunyai kapasiti
terbiar dan tempahan khas ini merupakan situasi yang jarang berlaku. Ini penting kerana
anda perlu mengutamakan kepentingan pelanggan semasa sebelum menerima sebarang
tempahan khas.
Dalam situasi keempat, apabila organisasi menghadapi keadaan kekangan sumber, maka
yang penting anda kirakan adalah marjin caruman seunit bagi sumber yang kekang untuk
setiap garisan produk yang diberikan. Keutamaan pengeluaran sepatutnya diberikan
kepada produk yang mempunyai marjin caruman seunit sumber yang kekang tertinggi
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
152
PPL, UPM
sekali dan seterusnya. Soalan peperiksaan boleh juga memerlukan anda menentukan unit
yang perlu dikeluarkan untuk setiap garisan produk yang ada.
Dalam situasi kelima, keputusan sama ada produk bersama dijual pada titik perpisahan
atau diproses selanjutnya bergantung kepada keberuntungan yang diperoleh daripada
setiap produk bersama jika pemprosesan selanjutnya dibuat. Semua kos pengeluaran
sebelum titik perpisahan boleh diabaikan kerana ia merupakan kos hangus dan tidak perlu
diambilkira. Secara amnya, selagi hasil tambahan seunit daripada proses selanjutnya
melebihi kos memproses tambahan sunit selepas titik perpisahan bagi sesuatu produk
bersama, maka keputusan hendaklah untuk meneruskan pemprosesan selanjutnya. Jika
kos pemprosesan selanjutnya lebih tinggi daripada hasil tambahan selepas titik
perpisahan, maka produk bersama itu hendaklah dijual pada titik perpisahan.
Apa jua keputusan yang anda buat mengikut prinsip Perakaunan Pengurusan, anda mesti
pertimbangkan juga faktor bukan kuantitatif sebelum membuat sebarang keputusan yang
muktamad dalam situasi di atas.
Objektif pembelajaran
Paling minimum anda dapat:
Menjelaskan konsep kos relevan dalam pembuatan keputusan.
Mengenalpasti kos relevan, kos tak relevan, kos hangus dan kos lepas dalam
proses pembuatan keptuusan.
Menggunakan analisis tambahan untuk membuat keputusan dalam lima situasi-
tertentu yang kerap berlaku kepada sesuatu organisasi dalam jangak pendik..
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
153
PPL, UPM
Contoh Soalan Latihan
Contoh Soalan 1
Lina Manufacturing membuat pelbagai barangan plastik untuk pasaran tempatan. Kilang
membuat sarong tangan plastik di Seri Kembangan beroperasi pada tahap kapasiti penuh
dan overhed kilang berubah dicajkan kepada pengeluaran pada kadar 60% atas kos buruh
langsung. Kos bahan langsung dan kos buruh langsung sepasang sarong tangan adalah
RM0.80 dan RM0.90 masing-masing. Pengeluaran baisa adalah 500,000 pasang sarong
tangan setahun.
Sebuah syarikat pembekal tempatan telah menawar untuk membuat sarong tangan plastik
tersebut pada harga RM2.00 sepasang. Jika Lina Manufacturing menerima tawaran ini,
semua kos overhed berubah pengeluaran akan terhapus tetapi RM 30,000 kos overhed
tetap pengeluaran yang sekarang dicajkan kepada pengeluaran sarong tangan plastik itu
akan diserap kepada keluaran lain.
Dikehendaki:
(i) Dengan menggunakan analisis tambahan, tentukan samada Lina Manufacturing
patut menerima atau menolak tawaran pembekal tersebut. Mengapa ?
(ii) Berikan tiga faktor bukan kewangan yang Lina Manufacturing patut ambilkira
sebelum membuat keputusan yang muktamad.
(iii)Kos hangus dan kos lepas merupakan dua konsep dalam tajuk pembuatan
keputusan.
(a) Berikan takrif ‘kos hangus’ dan ‘kos lepas’.
(b) Maklumat mengenai kos hangus boleh di dapati dalam penyata kewangan dan
rekod perakaunan. Walhal, maklumat mengenai kos lepas diabaikan’. Adakah anda setuju
dengan penyataan ini ? Bincangkan.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
154
PPL, UPM
Contoh Jawapan Soalan 1
(i) Analisis tambahan menunjukkan: Membuat Membeli Tambahan(Kurangan)
Kos membuat Kos membeli Kos berbeza
Bahan langsung (500,000 X 0.80) 400,000 RM 400,000
Buruh langsung (500,000 X 0.9) 450,000 450,000
Overhed pengeluaran berubah
(60% X RM 450,000) 270,000 270,000
Harga belian (500,000 X RM 2) 1,000,000 (1,000,000)
Jumlah kos tahunan RM 1,120,000 1,000,000 RM 120,000
Lina Manufacturing sepatutnya menerima tawaran pembekal tersebut kerana syarikat
dapat jimat kos tahunan sebanyak RM 120,000. {8.0 markah}
(ii) Faktor bukan kewangan yang patut diambilkira: (Pilih 3 faktor sahaja)
Pembekal tersebut dapat menjaminkan mutu keluaran dalam jangka panjang.
Pembekal akan sentiasa menyerahkan keluaran mengikut jadual syarikat Lina.
Pembekal berupaya untuk membekalkan produk mengikut kuantiti yang dipohonkan.
Pembekal tersebut dapat menjaminkan harga keluaran tidak naik untuk beberapa tahun
yang akan datang.
Kebajikan pekerja yang membuat sarong tangan tersebut harus dipertimbangkan juga.
Adakah mereka akan mendapat kerja di tempat lain dengan mudahnya atau mereka akan
menambahkan masalah sosial tempatan?
(iii) (a) Kos hangus adalah kos yang berkaitan dengan peristiwa yang telah berlaku dan
tidak akan menjejaskan apa jua alternatif yang sedang dipertimbangkan untuk membuat
keputusan.
Kos lepas adalah faedah atau kos yang terpaksa dilepaskan kerana membuat keputusan
untuk memilih sesuatu alternatif daripada alternatif yang lain.
(b) Ya, saya bersetuju dengan pernyataan tersebut kerana sistem perakaunan akan
merekod aktiviti atau peristiwa yang telah berlaku sahaja. Rekod perakaunan boleh
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
155
PPL, UPM
dikatakan sebagai rekod bersejarah yang mengandungi maklumat yang berorientasikan
masa lepas, objektif dan boleh disahkan telah berlaku kerana ada dokumen punca.
Dengan itu, maklumat mengenai urusniaga masa lepas atau kos hangus akan di dapati
dalam penyata kewangan dan rekod perakaunan.
Disebaliknya, maklumat mengenai kos lepas akan diabaikan kerana kos lepas adalah
faedah atau kos yang berkaitan dengan alternatif yang tidak terpilih. Oleh kerana
alternatif ini tidak terpilih, maka sistem perakaunan tidak akan merekodkan peristiwa
yang belum berlaku. Masih belum ada ukuran yang objektif terhadap kos begini kerana
ianya belum berlaku dan merupakan satu anggaran atau jangkaan sahaja. Besar
kemungkinan pakar juga akan memberi amaun yang berbeza-beza.
Contoh Soalan 2
Syarikat Sheema mengeluar satu produk yang mempunyai kos seunit seperti berikut pada
jangkaan pengeluaran 60,000 unit:
Bahan langsung RM 8
Buruh langsung 15
Overhed pengilangan berubah 10
Overhed pengilangan tetap 12
Syarikat ini mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan 70,000 unit. Pada kebiasaannya,
produk ini dijual pada RM60 seunit. Seorang pemborong tempatan telah menawar untuk
membeli 5,000 unit produk ini pada harga RM 55 seunit.
Dikehendaki:
(i) Patutkah tempahan khas ini diterima oleh Syarikat Sheema?
(ii) Berikan dua sebab lain yang boleh menyokong keputusan yang dibuat dalam
(i) di atas.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
156
PPL, UPM
(iii) Mengapakah belanja susutnilai alatan dan mesin dikilang tidak
dipertimbangkan dalam membuat keputusan tetapi direkod dan dibentangkan
dalam penyata kewangan?
Contoh Jawapan Soalan 3
(i) Pertambahan hasil jika pesanan khas ini diterima (5,000 X RM55) RM 275,000
Pertambahan kos:
Bahan langsung (5,000 unit x RM8) RM 40,000
Buruh langsung (5,000 unit x RM15) 75,000
Overhed berubah (5,000 unit x RM10) 50,000 65,000
Tambahan kepada keuntungan RM 110,000
Ya, tempahan khas daripada pemborong itu patut diterima kerana akan menambahkan
RM110,000 kepada keuntungan syarikat.
(ii) Faktor lain yang harus dipertimbangkan:
(1) Syarikat ini mempunyai kapasiti yang berlebihan. Kapasiti syarikat adalah
70,000 unit tetapi semasa hanya mengeluarkan 60,000 unit sahaja.
(2) Pemborong ini mungkin merupakan pelanggan masa hadapan yang
berpotensi.
(3) Masa dan tenaga buruh di kilang boleh digunakan dengan lebih efektif.
(iii) Belanja susutnilai mesin dan peralatan di kilang adalah contoh kos hangus. Kos
hangus adalah kos yang terlibat dengan peristiwa atau aktiviti yang telah berlaku.
Perakaunan merekod semua ativiti syarikat yang telah berlaku dan melaporkannya dalam
penyata kewangan. Jika aktiviti itu telah berlaku maka ada punca dokumen untuk
pengesahan kesahihan aktiviti teresebut, tetapi bagi tujuan pembuatan keputusan kos
hangus tidak memberi sebarang kesan kepada keputusan yang akan dibuat kerana ia telah
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
157
PPL, UPM
berlaku. Sama ada keputusan dibuat atau tidak kos hangus masih wujud atau disebut
sebagai kos tak bolehelak, bermakna kos itu tidak relevan.
Contoh Soalan 3
Andaikan kilang Syarikat Sheema mengeluarkan dua jenis produk lain yang dihasilkan
daripada satu proses bersama. Kos proses bersama ini adalah RM85,000 dan maklumat
mengenai kedua-dua produk bersama ini adalah seperti berikut:
Alpha Beta
Jangkaan pengeluaran 2,000 unit 4,000 unit
Harga jualan seunit pada
titik perpisahan RM30 RM16
Tambahan kos pemprosesan
selepas titik perpisahan RM15 RM30
Harga jualan seunit selepas
pemprosesan lanjutan RM40 RM50
Dikehendaki:
(i) Mana antara produk bersama ia itu Alpha atau Beta yang patut dijual pada
titik perpisahan?
(ii) Mana di antara kedua-dua produk tersebut sepatutnya diproses selanjutnya?
(iii) Pada masa ini Syarikat Sheema menjual kedua-dua produk ini pada titik
perpisahan. Jika syarikat membuat keputusan untuk memaksimumkan
keuntungan, berapakah pertambahan kepada untung syarikat?
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
158
PPL, UPM
Contoh Jawapan Soalan 3
(i) Alpha Beta
Hasil tambahan (RM 40 – 30) RM 10 (RM50 -16) RM 34
- Kos proses tambahan 15 30
Faedah bersih RM ( 5) RM 4
Pada titik perpisahan, produk Alpha patut dijual, kerana tidak berbaloi untuk diproses
selanjutnya.
(ii) Produk Beta sepatutnya diproses selanjutnya kerana keuntungan syarikat akan
bertambah sebanyak RM 4 seunit.
(iii) Keuntungan syarikat akan bertambah sebanyak 4,000 unit x RM 4 = RM 16,000.
Contoh Soalan 4
Sheema, ibu tunggal yang berdaya usaha menjual bunga sebagai kerja sampingan. Dia
membuat jualan bunga secara khusus dalam tiga jenis pembungkusan; bakul bunga untuk
semua kemungkinan majlis, jambak bunga untuk majlis teristimewa dan karangan bunga
untuk hari lahir. Jumlah permintaan untuk bunga Sheema, kadangkala melebihi
kemampuan beliau untuk memenuhi semua pesanan. Karangan bunga dibuat mengikut
pesanan. Oleh kerana jaulan bunga merupakan kerja sambilan, Sheema hanya
mempunyai 69 jam sebulan untuk perniagaan ini. Apabila beliau mempunyai
kelapangan, Sheema hanya mampu membuat satu jenis produk pada satu-satu masa.
Maklumat mengenai kos, harga jualan dan permintaan produk yang telah dikumpulkan
dalam beberapa tempoh masa adalah seperti berikut:
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
159
PPL, UPM
Bunga untuk Bakul untuk Bunga untuk
hari jadi semua majlis majlis teristimewa
Purata masa untuk
disediakan (minit) 10 18 80
Harga jualan RM 25 RM 40 RM 100
Kos berubah:
Bahan mentah 5 10 30
Buruh langsung 5 8 15
Overhed berubah 2 4 5
Overhed tetap 3 5 12
Kos tetap (bulanan):
Premis RM 500
Jualan & pentadbiran RM 800
Sheema kerap mempunyai masalah membahagikan masa beliau antara perniagaan
sambilan dengan kerja sepenuh masanya. Beliau ingin cuba untuk memaksimumkan
keuntungan dan anda diperlukan untuk membantu.
Dikehendaki:
(i) Jika permintaan tidak terhad, mana antara ketiga-tiga produk tersebut yang
patut Sheema beri penekanan? Mengapa?
(ii) Berasaskan jawapan anda dalam (i), berapakah unit setiap produk yang dia
akan buat? Berapakah ramalan keuntungan bulanan Sheema dalam musim
raya ini?
(iii) Apa dia kos relevan?
(iv) Apa dia perbezaan di antara kos tambahan, kos lepas dan kos hangus?
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
160
PPL, UPM
Contoh Jawapan Soalan 5
(i) Bunga Bunga untuk Bunga untuk
Hari lahir sebarang majlis majlis tertentu
Jualan RM 25 RM 40 RM 100
Kos berubah:
Bahan langsung 5 10 30
Buruh langsung 5 8 15
Overhed kilang 2 4 5
Jualan berubah 3 15 5 27 12 62
Marjin caruman seunit RM 10 RM13 RM 38
Purata masa untuk disediakan 10 min 18 min 80 min
MC seminit RM1 RM 0.722 RM 0.475
Jika permintaan dan sumber pengeluaran tidak terhad, susunan pengeluaran adalah
peneydiaan bunga untuk majlis khas, bunga untuk sebarang majlis dan akhir sekali bunga
untuk hari lahir. Sheema mengeluarkan produk untuk majlis khas dahulu kerana marjin
caruman seunit produk adalah yang tertinggi sekali ia itu RM38 seunit. Diikuti dengan
pengeluaran bunga untuk sebarang majlis dengan margin caruman seunit kedua tertinggi
sebanyak RM13 seunit dan bunga untuk hari lahir dengan marjin caruman sebanyak
RM10 seunit.
Jika permintaan tidak terhad tetapi perniagaan mempunyai kekangan sumber, maka
keputusan untuk menentukan keutamaan pengeluaran akan berbeza. Maka Sheema
sepatutnya memberi keutamaan pengeluaran kepada penyediaan produk berasaskan
marjin caruman seunit sumber yang kekang kerana masa merupakan sumber yang terhad
untuk kerja separuh masanya. Oleh kerana produk bunga untuk hari lahir mempunyai
margin caruman seunit sumber yang kekang tertinggi sekali ia itu RM1 seminit; dan
permintaan untuk produk ini cukup tinggi untuk memerlukan semua masa lapang beliau
yang ada, maka Sheema sepatutnya menerima tempahan untuk produk hari lahir sahaja
kerana produk ini akan memaksimumkan keuntungan perniagaan separuh masanya.
ACT2131 PERAKAUNAN KOS DAN PENGURUSAN
161
PPL, UPM
(ii) Jumlah masa yang ada bagi Sheema = 69 jam x 60 minit = 4,140 minit
Jika hanya bunga untuk hari lahir disediakan, sebanyak:
= masa yang ada ÷ masa penyediaan produk
= 4,140 minit ÷ 10 minit = 414 unit bunga untuk hari lahir
Maka Sheema perlu membuat 414 unit bunga untuk hari lahir sebulan agar dapat
memaksimumkan keuntungan bagi perniagaannya.
Ramalan keuntungan bulanan perniagaan Sheema adalah seperti berikut:
Jualan (RM25 x 414 unit) RM 10,350
Tolak kos berubah:
Bahan langsung (414unit x RM5) RM 2,070
Buruh langsung (414unit x RM 5) 2,070
Overhed kilang (414 unit x RM 2) 828
Jualan berubah (414 unit x RM 3) 1,242 6,210
Marjin caruman 4,140
Tolak kos tetap:
Premis RM 500
Jualan & pentadbiran 800 1,300
Untung operasi bersih RM 2,840
(iii) Kos relevan adalah kos atau faedah yang berbeza antara dua alternatif dalam
proses pembuatan keputusan.
Kos (atau faedah) tambahan adalah perubahan kos (atau faedah) yang akan
dihasilkan daripada sesuatu cadangan tindakan
Kos lepas adalah kos atau faedah yang dilepaskan atau dikorbankan apabila
sesuatu alternatif ditolak.
Kos hangus adalah kos yang telah dibelanjakan dan akan tetap wujud atau tidak
akan berubah oleh sebarang keputusan masa hadapan.