acf422 fasa1 induksi rp js
TRANSCRIPT
RANCANGAN PENGAJARAN
Peringkat/ Jumlah
Pelajar
Menengah 3 (Ekspres)
12 orang pelajar ( 3 HA) ( 6 MA) ( 3 LA)
Fasa/Masa Fasa 1 / 45 minit (1 Masa)
Tajuk Induksi Drama Jalan Sempit
Kemahiran (Berfikir)
Soalan & Penyoalan Bertumpu dan Bercapah: dilakukan ketika perbincangan.
1. Mengingat & memahami: menilai pemahaman pelajar tentang teks yang baru dibaca.
2. Mengaplikasi: menggunakan konsep yang dipelajari sebelum ini untuk menggarap nilai dan
pemikiran dalam teks Jalan Sempit .
3. Menilai: menghakimi sesuatu langkah-langkah yang diambil ketika aktiviti utama.
Objektif Pelajaran
1. Memperkenalkan teks Jalan Sempit karya Amelia Hasim kepada para pelajar.
2. Menilai dan mengukuhkan pemahaman pelajar tentang teks yang baru dibaca.
3. Mengenal pasti komponen sastera iaitu plot dan pemikiran.
Pengetahuan Sedia Ada
(Dimiliki/Dikuasai)
1. Telah membaca dan memahami teks Jalan Sempit.
2. Pernah melakukan aktiviti berkumpulan.
Penilaian 1. Formatif tidak formal yang dijalankan adalah seperti berikut:
guru menyediakan aktiviti yang mencabar kreativiti serta menguji minda mengikut tahap
perkembangan pelajar dari segi pemahaman teks Jalan Sempit.
guru turut mengaplikasikan kemahiran kesusasteraan yang telah diajarkan, seperti aspek
pemikiran, watak dan plot.
2. Penilaian pemahaman teks Jalan Sempit dengan
penggunaan konsep permainan Jalan Sesak, dan
lembaran kerja
3. Penilaian kemahiran mencungkil nilai dengan
penayangan sedutan video Youtube
Bahan Pengajaran
1. Slaid PowerPoint
2. Lembaran kerja
3. Video Youtube
a. http://www.youtube.com/watch?v=ZCQ-qySiN1s&feature=related
b. http://www.youtube.com/watch?v=PPCdykxra-k
c. http://www.youtube.com/watch?v=n3z69U4Njik
4. 13 keping tanda pangkah
Andaian Guru
Para pelajar mempunyai kumpulan yang telah ditetapkan guru. Ketiga-tiga kumpulan
mempunyai sama rata bilangan pelajar berkebolehan tinggi, sedang dan rendah (1 HA, 2 MA, 1
LA).
Guru perlu meminta dan menyediakan peralatan ICT seperti komputer riba di dalam kelas
sebelum mulanya pengajaran.
Jika alat teknologi gagal dihidupkan, guru boleh meminta beberapa pelajar membaca dan
melakonkan berdasarkan skrip yang telah sedia dicetak bagi setiap pelajar.
Langkah Jangka masa Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar Catatan
Set
Induksi
5 minit Pengenalan kepada teks drama Jalan
Sempit. Guru menerangkan objektif
pengajaran yang ingin dicapai di akhir
pengajaran.
Pelajar memberi perhatian
dan menanyakan soalan
jika terdapat sebarang
kemusykilan.
Bahan
Pengajaran:
Slaid PowerPoint
1
Aktiviti:
Permainan
Jalan Sesak
15 minit Guru memperkenalkan permainan
Jalan Sesak kepada para pelajar.
Sebelum guru memulakan permainan
tersebut, guru akan memberi arahan
seperti berikut:
1. Para pelajar dipecahkan kepada
dua kumpulan. 6 pelajar setiap
kumpulan.
2. Para pelajar akan berdiri di atas
tanda pangkah yang disusun
dalam satu baris. Terdapat 13
tanda pangkah yang tertera di atas
lantai. Di antara kedua-dua
kumpulan, terdapat 1 tanda
pangkah yang digunakan sebagai
pemisah antara kedua-dua
kumpulan. Dari itu, di permulaan
dan akhir permainan ini, 1
Para pelajar akan
menyertai aktiviti yang
diberi dan
menyumbangkan idea
untuk mencari jalan keluar
masalah yang diberi.
Bahan
Pengajaran:
Slaid PowerPoint
13 keping tanda
pangkah
Unsur
Kepelbagaian
Kecerdasan:
1. Spatial,
2. Kinestetik,
3. Interpersonal,
4. Intrapersonal,
5. Linguistik
Taksonomi
Bloom:
1. Mengingat
kumpulan (6 pelajar) akan berdiri
di sebelah depan, dan 1 kumpulan
lagi di sebelah belakang, tanda
pemisah tersebut.
3. Tujuan permainan ini adalah di
akhir permainan ini, kedua-dua
kumpulan akan bertukar tempat
berdiri; iaitu Kumpulan A akan
mencari jalan untuk berdiri di
tempat Kumpulan B pula akan
mencari jalan untuk berdiri di
tempat Kumplan A, dengan hanya
memijak tanda pangkah yang tidak
berpenghuni.
4. Masa yang diambil tidak terbatas.
5. Di akhir permainan ini, setiap
kumpulan perlu merasionalkan
sebab musabab keputusan
dengan menyatakan nilai-nilai
yang dapat diperolehi daripada
keputusan mereka. Guru akan
bertanya kepada para pelajar, apa
yang telah mereka pelajari melalui
permainan ini.
2. Memahami
3. Mengaplikasi
4. Menilai
Unsur Arif
Budiman:
Para pelajar perlu
menggunakan
daya pemikiran
kritis dan strategi
dan bersepadu
sebagai satu
kumpulan untuk
mencari
penyelesaian
masalah.
2
Pengenalan
Kepada
Teks Jalan
Sempit
10 minit Guru akan memperkenalkan
drama Jalan Sempit secara verbal
Guru meminta respons pelajar
mengenai teks tersebut.
Guru menayangkan slaid
PowerPoint untuk menunjukkan
beberapa gambar yang
menceritakan sinopsis jalan cerita
teks drama Jalan Sempit. Guru
akan mengaitkan perbincangan
selepas permainan Jalan Sesak
dengan teks Jalan Sempit. Ini
dilakukan dengan mengaitkan
persamaan permainan tersebut
dengan teks, seperti
o Unsur masalah atau isu utama
bagi teks dan permainan
tersebut ialah keterbatasan
tempat, atau ruang yang
sempit
o Isu-isu yang diketengahkan di
dalam teks berkaitan dengan
dua golongan manusia yang
ingin menggunakan jalan
Pelajar perlu kaitkan
gambar untuk
mengingat dan
menceritakan synopsis
cerita.
Pelajar perlu mengisi
bahagian A dalam
lembaran kerja yang
diberi.
Bahan
Pengajaran:
Slaid PowerPoint
Lembaran Kerja
Unsur
Kepelbagaian
Kecerdasan:
1. Spatial
2. Linguistik
3. Interpersonal
Taksonomi
Bloom:
1. Mengingat
2. Memahami
sempit tersebut tetapi terdapat
konflik luaran.
3
Penayangan
Video
10 minit Guru akan menayangkan
beberapa sedutan video yang
memaparkan beberapa masalah
atau isu yang berkaitan dengan
jalan cerita drama Jalan Sempit.
Setelah penayangan setiap
sedutan video, guru akan
mengutarakan beberapa soalan
kepada para pelajar, seperti
- Apakah yang terjadi dalam klip
video ini?
- Apakah isu yang
diketengahkan di dalam video?
Setelah penayangan semua video,
guru akan mengaitkan isu-isu
dalam video-video tersebut
dengan isu-isu yang terjadi di
dalam drama Jalan Sempit. Ini
dilakukan sebagai pengenalan
kepada tema dan persoalan dalam
drama tersebut.
Pelajar akan menonton
beberapa sedutan
video.
Pelajar akan
mengutarakan isu/
masalah yang telah
terjadi di dalam setiap
video tersebut.
Para pelajar perlu
mengisi bahagian B di
dalam lembaran kerja.
Bahan
Pengajaran:
Slaid PowerPoint
Lembaran Kerja
Video Youtube
Unsur
Kepelbagaian
Kecerdasan:
1. Spatial
2. Linguistik
3. Intrapersonal
4. Interpersonal
Taksonomi
Bloom:
1. Memahami
2. Mengaplikasi
3. Menilai
Penutup 5 minit Guru akan bertanya kepada para Para pelajar akan Penutup (pelajar)
pelajar apa yang telah mereka
pelajari.
Guru menekankan kepentingan
nilai bekerjasama dan
perbincangan secara tenang dan
beramai-ramai untuk mencari jalan
penyelesaian yang adil bagi apa-
apa masalah yang dihadapi dalam
hidup.
memberitahu guru apa
yang mereka telah
pelajari, terutama sekali
nilai-nilai yang telah
digarap.
Renungan
Guru
Hambatan:
Para pelajar tidak dapat mencari penyelesaian bagi permainan Jalan Sesak atas masalah komunikasi
antara ahli kumpulan atau kekurangan idea.
Untuk mengatasi masalah ini, guru akan memberi panduan sekiranya para pelajar benar-benar
dalam kerunsingan.
Fasa Aktiviti Kaedah Aspek MI Taksonomi CCE
1 –
Induksi
Permainan Jalan
SesakPermainan Nilai
1. Spatial,
2. Kinestetik,
1. Mengingat
2. Memahami
Seorang yang
berkeyakinan
3. Interpersonal,
4. Intrapersonal,
5. Linguistik
3. Mengaplikasi
4. Menilai Pelajar yang
bermotivasi dan
berdikarI
Rakyat yang
prihatin
Penyumbang aktif
Pengenalan Kepada
Teks Jalan SempitPerbincangan
1. Sinopsis
2. Plot
3. Watak
1. Spatial
2. Linguistik
3. Interpersonal
1. Mengingat
2. Memahami
Penayangan
Sedutan VideoPerbincangan
1. Nilai
2. Pemikiran
1. Spatial
2. Linguistik
3. Intrapersonal
4. Interpersonal
1. Memahami
2. Mengaplikasi
3. Menilai
Slaid Pengajaran Fasa 1 Induksi
Video-video Pengajaran
a. http://www.youtube.com/watch?v=ZCQ-qySiN1s&feature=related
b. http://www.youtube.com/watch?v=PPCdykxra-k
c. http://www.youtube.com/watch?v=n3z69U4Njik
Masalah:
Masalah:
Masalah:
Sekolah MenengahSastera Melayu Menengah 3
Lembaran Kerja Teks ‘Jalan Sempit’
Nama: _______________ Tarikh: _____________Kelas: _______________
Bahagian A: Isikan ruang kosong dengan jawapan yang sesuai.
24
25
Masalah:
Bahagian B: Tonton video-video yang ditayang dan jawap soalan berikut.
Klip VideoApakah yang terjadi
dalam klip video ini?
Apakah isu-isu yang
diketengahkan di dalam
video?
Klip Video 1
Klip Video 2
Klip Video 3
26
Analisis Penilaian Fasa 1
Fasa pertama ini merupakan induksi kepada teks drama Jalan Sempit. Secara
sepintas lalu, fasa ini mengandungi:
1. aktiviti permainan Jalan Sesak,
2. pengisian lembaran kerja berdasarkan slaid pembentangan, dan
3. perbincangan mengenai video.
Secara keseluruhan, jenis penilaian yang digunakan bagi langkah ini berbentuk
formatif yang dilakukan secara informal. Memandangkan pelajaran ini merupakan
pelajaran induksi bagi teks drama ini, jenis penilaian sedemikian sudah mencukupi.
Lebih-lebih lagi, ini berpadanan dengan jenis aktiviti dan pelajaran yang lebih kepada
tahap-tahap rendah dalam Taksonomi Bloom. Penilaian yang dilakukan ialah dalam
bentuk pemerhatian, lisan dan penulisan.
Melalui aktiviti permainan Jalan Sesak, penilaian yang dilakukan berdasarkan
perbincangan pasca permainan dan pemerhatian guru ketika permainan itu dijalankan.
Melalui perbincangan setelah tamat permainan, guru mengajak para pelajar untuk
membuat penilaian kendiri ketika permainan itu sedang berlangsung, dengan
mengajukan soalan-soalan berangsang seperti berikut:
bagaimana anda mencapai tujuan permainan?
bagaimana anda menyelesaikan masalah perbezaan pendapat rakan-rakan
sekumpulan?
27
bagaimana anda menyelesaikan masalah perbezaan pendapat & keputusan
dengan kumpulan lain?
apakah yang telah anda pelajari melalui permainan ini?
Melalui perbincangan dan pemerhatian yang dijalankan guru bagi aktiviti
tersebut, guru dapat mengukur kebolehan para pelajar untuk mengemukakan isu-isu
yang dihadapi dengan masalah ruang yang sempit. Guru dapat menggunakan isu-isu
tersebut dan kaitkan dengan isu-isu yang terdapat dalam teks Jalan Sempit. Ini dapat
mengukuhkan pemahaman pelajar mengenai teks dan membolehkan mereka
mengupas pemikiran dan nilai yang ingin disampaikan melalui teks tersebut. Aktiviti ini
meningkatkan apresiasi pelajar terhadap karya tersebut serta nilai-nilai yang ingin
disampaikan, di samping mengukuhkan pemahaman. Lembaran kerja yang diedarkan
juga dapat mengukuhkan pemahaman dan membolehkan pelajar untuk mengingati
jalan cerita dengan lebih baik.
Penayangan sedutan video bertujuan untuk melatih para pelajar menggarap isu
atau nilai negatif yang ingin disampaikan. Nilai-nilai tersebut berkaitan dengan teks
Jalan Sempit dan dari itu boleh dianggap sebagai tahap pengenalan kepada aspek
pemikiran teks tersebut.
Sepertimana yang difahamkan, penilaian formatif merupakan penilaian
berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga bertujuan untuk
mengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk memperbaiki kelemahannya dengan
serta merta. Objektif penilaian yang dilakukan ialah untuk menilai pemahaman para
pelajar mengenai teks Jalan Sempit, dari yang tertera mahupun yang terselindung.
28
Selain itu, ia juga untuk mereka memahami dan memetik maklumat yang relevan untuk
menyokong hujah mereka. Mereka harus membuat intepretasi dan menyatakan
respons peribadi terhadap aktiviti yang dijalankan, iaitu untuk permainan Jalan Sesak
dan ketika perbincangan mengenai sedutan video yang ditayangkan.
Unsur kepelbagaian kecerdasan yang terlibat ialah spatial, kinestetik,
interpersonal, intrapersonal, dan linguistik. Berdasarkan Taksonomi Bloom, kemahiran
berfikir yang dilatih melalui pelajaran ini ialah kemahiran mengingat, memahami,
mengaplikasi dan menilai. Dari itu, meskipun pelajaran ini hanya pada tahap induksi,
hampir kesemua unsur kepelbagaian kecerdasan digunakan untuk melatih kemahiran
kognitif, afektif dan psikomotor para pelajar. Ini selari dengan Hasil yang Diingini melalui
Pendidikan (DOE). Antara hasil yang diingini dalam setiap pelajar setelah tamat tahap
sekolah menengah yang berkaitan dengan aktiviti ini ialah:
1. mempunyai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan dan menunjuk empati
kepada orang lain,
2. dapat menghargai perbezaan pendapat dan berkomunikasi secara efektif, dan
akhir sekali, dan
3. dapat meletakkan kepercayaan ke tanahair dan memahami apa yang penting
bagi Singapura.
29
30