abstrak - ppusmkst.files.wordpress.com · islam, bukan islam, dan kedua-duanya. tempahan yang...
TRANSCRIPT
1
ABSTRAK
Kajian ini menggunakan metod kualitatif. Kualitatif bermaksud lebih tertumpu kepada
kualiti dan lebih bersifat deskriptif iaitu menghuraikan makna terhadap perkara yang dikaji. Ia
memerlukan penakkulan yang mendalam terhadap kajian. Bagi tujuan tersebut, kami telah
menggunakan kaedah borang kaji selidik yang diedarkan kepada 45 orang respondan
merangkumi lelaki dan perempuan sebagai sampel kajian yang terdiri daripada penduduk melayu
kampung Solok Gaung, Ayer Molek, Melaka. Mereka juga terdiri daripada pelbagai peringkat
umur iaitu berumur 16 hingga 45 tahun dan ke atas.
Hasil daripada kajian ini, kami telah mendapati sebanyak 36 peratus orang lelaki dan 49
peratus orang perempuan mengetahui mengenai jualan tempah. Manakala sebanyak 7 peratus
bagi lelaki dan 4 peratus bagi perempuan tidak mengetahui mengenai jualan tempah ini. Selain
itu, kami telah mendapati bahawa ada dikalangan mereka yang membuat tempahan kepada orang
islam, bukan islam, dan kedua-duanya. Tempahan yang dibuat oleh respondan kepada orang
islam sebanyak 83%, bagi respondan yang berurusan dengan orang bukan islam pula ialah
sebanyak 4%, dan bagi yang membuat tempahan kepada orang islam serta bukan islam ialah
sebanyak 4% juga. Tambahan pula, kebanyakan responden tidak mengetahui hukum jual tempah
iaitu sebanyak 27% bagi kaum lelaki dan 38% bagi kaum perempuan.
Secara konklusinya, masyarakat Islam sering melakukan jualan tempah serta
kebanyakannya tidak mengetahui tentang hukum jual beli menurut islam dan kebiasaannnya
mereka melakukannya dengan orang islam.
2
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim, bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia-Nya dan inayah -
Nya dapat kami siapkan tugasan yang diberi oleh guru kami. Kami juga merakamkan jutaan
terima kasih kepada guru kami yang telah memberikan segala tunjuk ajar dalam menyiapkan
tugasan ini iaitu En.Mohd Nizam Bin Mokhtar dan Puan Salwani Binti Daud. Tidak lupa juga
kami tujukan khas kepada kedua ibu bapa kami yang telah memberikan kebenaran keluar ,
rakan- rakan seperjuangan, dan juga responden di Kg.Solok Gaung, Ayer Molek, Melaka yang
turut memberikan kerjasama untuk melengkapkan tugasan ini. Kami juga berterima kasih kepada
pihak sekolah yang telah memberi kepercayaan dan komitmen yang tinggi kepada kami untuk
melakukan kajian ini.
Kami juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam
tugasan kami ini, segala kekurangan harap dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah
dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan kami sendiri.
Sekian,
Terima kasih.
3
PENGENALAN
Secara keseluruhannya, terdapat beberapa jenis jual beli yang dilakukan di kalangan masyarakat
melayu. Antaranya ialah jual beli tempah yang sering dilakukan dalam masyarakat melayu
walaupun mereka sendiri tidak mengetahui hukum sebenarnya.
Maksud jual beli salam atau tempah menurut buku pengantar Fiqh yang dikarang oleh Ustaz Abd.
Latif Muda dan Dr. Rosmawati Ali:
Jual beli salam atau tempah ialah menjual barangan yang belum ada dihadapan, tetapi
dinyatakan sifat, kadar dan jenisnya. Menurut pengertian istilah syarak yang lebih luas ialah jual
beli yang dilakukan terhadap sesuatu barangan yang belum wujud pada waktu akad dilakukan
,tetapi ia sudah ditentukan jenis, kadar harga dan sifatnya. Dalam keadaan lain juga, jual salam
juga dikenali juga dengan jual beli secara tempahan.
Tempahan sesuatu barang seperti menempah sepasang baju, sebuah rumah, sebuah katil, dan
sebagainya. Ia merupakan satu prinsip kontrak jual beli yang diterima pakai sejak zaman
Rasulullah S.A.W dan para sahabat Baginda sehinggalah kini.
Institut al-Qayyim dalam laman webnya al-qayim.net melalui artikelnya yang bertajuk Bai' al-Salam
jual beli tempah ialah, Al-Salam dari sudut bahasa (اللغة) ialah al-Salaf (السلف) yang bermaksud (التقديم) iaitu
pendahuluan atau mendahulukan. Di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’e,
Bai’ al-Salam didefinasikan sebagai : Menjual sesuatu yang dinyatakan sifat-sifatnya dalam tanggungan
dengan lafaz al-Salam atau al-Salaf. Di dalam al-Fiqh ‘ala Mazahib al-‘Arba’ah menyatakan al-Salam
ialah bahasa penduduk Hijaz, manakala al-Salaf ialah bahasa penduduk Iraq.
Sayyid Saabiq di dalam bukunya Fiqh al-Sunnah menyebut al-Salam dinamakan juga sebagai al-
Salaf. Ianya penjualan sesuatu dengan dinyatakan sifat-sifatnya dalam tanggungan dengan
bayaran segera. Di bahagian nota kakinya disebut, (al-Salam yang dinamakan juga al-Salaf)
diambil dari perkataan al-Taslif (التسليف) iaitu al-Taqdiim (التقديم - Pendahuluan) kerana harganya
didahulukan kepada penjual.
Di dalam buku Fiqh dan Perundangan Islam, Bai’ al-Salam didefinasikan sebagai menjual
sesuatu yang bertangguh dengan yang segera, ataupun menjual suatu yang disifatkan dalam
4
tanggungan, iaitu dengan mendahulukan harga dan menangguhkan barangan untuk ke suatu
tempoh. Dengan perkataan lain, ia menyerahkan tukaran yang ada untuk tukaran yang ditetapkan
sifatnya dalam tanggungan sehingga ke suatu tempoh.
Ulama mazhab Syafie dan Hanbali mendefinasikannya sebagai satu akad ke atas suatu perkara
yang disifatkan dalam tanggungan serta bertangguh dengan harganya diterima di dalam majlis
‘akad berkenaan. Ulama Maliki pula mendefinasikan sebagai “jualan yang didahulukan harga
dan ditangguhkan barangan ke suatu tempoh.”
Para fuqaha’ (الفقھاء) menamakan juga Bai’ al-Salam ini sebagai al-Mahaawiij (المحاويج – Barang-
barang yang diperlukan), kerana ia adalah jualan sesuatu yang tidak ada (غائب) di dalam majlis
jual-beli, dimana kedua-dua pihak yang melakukan jual beli memerlukan antara satu sama lain.
Pemilik wang ( ب رأس المالصاح ) memerlukan barang jualan, manakala pemilik barang ( صاحب
memerlukan wang. Maka ini termasuk dalam maslahat keperluan. Pembeli disebut sebagai (السلعة
al-Muslim (المسلم) atau pemilik al-Salam (رب السلم) iaitu yang menyerahkan bayaran, dan penjual
disebut sebagai al-Muslam ‘Alai (الُمسلُم عليه), dan barang yang dijual disebut sebagai al-Muslam
fiih (المسلم فيه), dan harganya disebut sebagai Ra’su Maal al-Salam (رأس مال السلم).
Maka Bai’ al-Salam atau al-Salaf adalah jual beli secara tempahan, dimana pembeli menempah
barang dan melunaskan harganya. Manakala penjual menerima bayaran dan barangan yang
ditempah akan diserahkan kepada pembeli dalam suatu tempoh tertentu.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Kami mendapati kefahaman masyarakat di Kampung solok Gaung mengenai jual beli tempah
menurut Al-istihsan dapat dilihat melalui aktiviti ilmiah yang sering diamalkan seperti ceramah
agama , kelas mengaji, usrah dan lain-lain lagi. Kami juga mendapati kebanyakan penduduk
disitu sering melakukan jual beli tempah dalam kehidupan seharian . Ini menunjukkan penduduk
mengetahui kaedah jual beli secara tempahan.
PENYATAAN MASALAH
Jualan secara tempah sering dilakukan dalam masyarakat pada hari ini. Namun begitu ramai
tidak mengetahui hukum sebenar jualan tempah berdasarkan rukun islam. Hal ini disebabkan
mereka kurang pendidikan tentang teknik jualan berasaskan islam. Selain itu, mereka juga
5
kurang berminat meningkatkan ilmu berkaitan dengan muamalat dalam kehidupan seharian serta
kurang pendedahan tentang agama terutamanya dalam pendidikan usul fiqh.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilakukan untuk mengetahui penerimaan jual beli tempah menurut al-istihsan dalam
kalangan masyarakat melayu di kampung Solok Gaung Ayer Molek, Melaka. Kajian ini juga
sebagai usaha dalam meningkatkan pemahaman tentang jual beli tempah berdasarkan al-Istihsan
(sesuatu yang baik) dalam masyarakat melayu Solok Gaung
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini untuk melahirkan masyarakat yang mengetahui hal-hal yang berkaitan tentang Usul
Feqah secara tafsili. Dengan terhasilnya kajian ini dapat menyebarkan fahaman tentang jual beli
tempah berdasarkan konsep Al-Istihsan dengan lebih terperinci. Seterusnya diharapkan dapat
membantu masyarakat dalam memahami konsep jual beli dengan lebih mendalam.
SKOP KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan disebuah kampung yang melibatkan 45 orang responden di Kampung
Solok Gaung, Ayer Molek, Melaka untuk mengetahui penerimaan Jual Beli Salam secara
tempahan menurut Al-Istihsan dalam kalangan masyarakat kampung itu. Kajian ini juga sebagai
usaha dalam meningkatkan pemahaman tentang Jual Beli Salam secara tempahan menurut Al-
Istihsan.
KAJIAN LITERATURE
Daripada laman web usulfiqh1.blogspot.com, dalam entrinya yang bertajuk Al-Istihsan, Al-
Istihsan dari sudut bahasa ialah menganggap sesuatu itu baik atau sesuatu yang disukai oleh
seseorang serta cenderung ke arahnya sekalipun dipandang buruk ( tidak disukai ) oleh orang
6
lain. (Hassan Ahmad 1998:300). Al-Istihsan dari segi istilah juga dapat dibahagi kepada
beberapa pandangan mengikut mazhab.
1) Menurut Mazhab Hanafi terdapat dua pengertian (Hassan Ahmad 1998:299) iaitu :
a) Qiyas yang tersembunyi illahnya kerana sukar untuk memahaminya dan berlaku di dalam
keadaan berlawanan dengan qiyas yang jelas illahnya kerana bersegeranya dan cepat untuk
memahaminya pada peringkat permulaan.
b) Dikecualikan masalah juz’iyyah daripada konsep menyeluruh atau kaedah umum kerana
ada dalil khusus yang mengkehendaki pengecualian itu sama ada dalil khusus itu terdiri daripada
nas, darurah, urf, maslahah atau lainnya.
2) Menurut Mazhab Maliki al-istihsan ialah :
Cenderung untuk meninggalkan sesuatu dalil dan membolehkan dalil itu menyalahinya kerana
ada dalil lain yang bertentangan sebahagian daripada kehendak asal sesuatu hukum. Iaitu
berpaling di dalam menghukum sesuatu masalah daripada masalah-masalah yang sebanding
dengannya kerana ada dalil yang khusus terdiri dari Al-Quran atau Sunnah.(Hassan Ahmad
1998:303)
Rumusannya, al-istihsan ialah beralih daripada hukum yang diistinbatkan melalui qiyas jaliyy
kepada hukum yang dikeluarkan melalui qiyas khafiyy atau pengecualian satu-satu masalah
juz’iyyah daripada kaedah yang berbentuk kulliyy kerana terdapat dalil lain yang lebih disenangi
oleh seseorang mujtahid untuk berbuat demikian.
Contohnya ialah pada masalah seseorang yang masuk bilik air dengan menjelaskan bayaran yang
tertentu tetapi air dan masa tidak ditentukan kadarnya dan bayaran yang dikenakan adalah sama.
Kaedah asalnya menyatakan tidak harus kerana tidak diketahui kadar air yang digunakan dan
masa yang diperuntukkan untuk berada di dalam bilik air tersebut. Ia akan merosakkan aqad.
Namun demikian, ulama mujtahid menggunakan kaedah al-istihsan dengan urf iaitu dengan
melihat kepada sudah menjadi kebiasaan. ( Hasan bin Ahmad 2002 : 306)
7
Menurut buku pengantar Usul Fiqh karya Ustaz Abd Latif Muda dan isterinya Dr.
Rosmawati Ali, al-Istihsan dari segi bahasa ialah sesuatu dalil yang bertentangan dengan al-
Qiyas al-Jaliy dan menganggap sesuatu itu baik.
Menurut pengertian istilah , istihsan bermaksud sesuatu perkara yang diingini oleh seseorang dalam
sesuatu perkara walaupun ia tidak disukai orang lain. Iaitu sesuatu perkara yang dikira baik yang
lahir hasil dari pemikiran ulamak mujtahid dalam perkara yang bertentangan dengan hukum al-
qiyas terang . Walaupun begitu ia juga mempunyai sandaran yang berupa al-Quran atau hadis,
ijmak atau al-qiyas yang tidak jelas atau disebabkan keadaan yang memerlukannya.
Menurut istilah ulamak usul fiqh pula, istihsan ialah menukarkan pengambilan al-qiyas yang
nyata kepada yang tidak nyata ataupun menukarkan sesuatu hukum kulliy iaiti umum kepada
hukum yanag pengecualian iaitu istithna’ atau juga dari dalil kulliy kepada hukum takhsis ekoran
terdapat dalil yang menyebabkan mujtahit memindahkannya.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan metod kualitatif iaitu menggunakan kaedah borang kaji selidik yang
diedarkan kepada 45 orang respondan merangkumi lelaki dan perempuan sebagai sampel kajian
yang terdiri daripada penduduk melayu kampung Solok Gaung, Ayer Molek, Melaka. Mereka
juga terdiri daripada pelbagai peringkat umur iaitu berumur 16 hingga 45 tahun dan ke atas.
Borang kaji selidik terbahagi daripada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.
Bahagian A menerangkan tentang latar belakang responden yang mengandungi umur, jantina dan
sektor pekerjaan. Bahagian B pula mengandungi sebanyak tujuh soalan. Soalan pertama
mengenai pengetahuan responden tentang jualan tempah. Soalan kedua pula berkaitan tentang
aktiviti responden samada pernah melakukan jualan tempah ataupun tidak manakala soalan
ketiga pula mengenai kekerapan responden melakukan jualan tempah. Soalan keempat pula
berkaitan tentang pihak yang berurusan dengan responden samada beragama islam, bukan islam
ataupun kedua-duanya. Manakala soalan kelima menerangkan tempoh masa yang diambil oleh
peniaga untuk menyiapkan tempahan reponden. Soalan keenam mengkaji tentang kepuasan
8
responden terhadap barang yang telah ditempah. Tentang hukum jualan tempah pula, kami
nyatakan dalam soalan yang ketujuh.
DAPATAN KAJIAN
Bahagian A :
Bahagian ini mengenai latar belakang responden. Ia merangkumi jantina,umur dan juga
pekerjaan.
Jadual Menunjukkan Bilangan Respoden Mengikut Jantina
Jantina Bilangan Responden
(orang)
Peratus
Lelaki 20 44.4
Perempuan 25 55.6
Jadual di atas menunjukkan seramai 45 orang bilangan responden mengikut jantina yang
mana secara keseluruhannya kami telah mengedarkan sebanyak 45 borang kaji selidik
kepada penduduk kampung solok gaung yang terdiri daripada 20 orang responden lelaki dan
selebihnya terdiri daripada kaum perempuan.
9
Jadual menunjukkan bilangan responden mengikut umur
Umur Bilangan responden
(orang)
Peratus (%)
16-25 15 33
26-35 12 27
36-45 5 11
46 dan ke atas 13 29
Jadual di atas menunjukkan bilangan responden mengikut kategori umur. Kami telah
mengedarkan borang kaji selidik kepada 45 orang responden yang mana seramai 15 orang
responden terdiri daripada lingkungan umur 16-25 tahun, 12 orang responden terdiri daripada
lingkungan umur 26-35 tahun, 5 orang responden terdiri daripada lingkungan umur 36-45 tahun
dan seramai 13 orang responden terdiri daripada lingkungan umur 46 tahun dan ke atas.
10
Jadual Menunjukkan Bilangan Responden Mengikut Sektor Pekerjaan
Jantina
Sektor
Lelaki Peratus(%) Perempuan Peratus(%)
Swasta 4 9 1 2
Kerajaan 9 20 5 11
Sendiri 7 16 10 22
Tidak bekerja - - 5 11
Pelajar - - 4 9
Jumlah 20 45 25 55
Jadual menunjukkan seramai 45 orang responden yang terlibat mengikut sektor pekerjaan. Hasil
daripada kajian ini, kami telah mendapati seramai 5 orang responden yang terdiri daripada 4 orang
lelaki dan seorang perempuan bekerja dalam sektor swasta manakala bagi sektor kerajaan, seramai
14 orang responden yang terlibat yang mana terdiri daripada 9 orang responden lelaki dan 5 orang
bagi responden perempuan. Selain itu, kami juga mendapati terdapat responden kami yang bekerja
sendiri iaitu seramai 17 orang yang terdiri daripada 7 orang lelaki dan selebihnya terdiri daripada
responden perempuan. Semasa menjalankan kajian ini, kami juga telah mendapati ada di kalangan
responden kami yang tidak bekerja iaitu seramai 5 orang yang kesemuanya terdiri daripada
responden perempuan. Tambahan pula, responden kami juga terdiri daripada kalangan pelajar yang
kesemuanya ialah responden perempuan yang mana jumlahnya ialah seramai 4 orang .
11
Bahagian B:
Bahagian ini merangkumi pelbagai jenis soalan. Antaranya adalah mengenai kefahaman
responden mengenai hukum jualan tempah dalam erti kata sebenar yakni mengikut hukum islam.
Selain itu, ia juga merangkumi mengenai soalan-soalan berkaitan dengan tempoh masa yang
diambil oleh seorang penerima tempahan untuk menyiapkan barangan yang ditempah oleh
pelanggan mereka. Pada bahagian ini juga, merupakan intipati serta hasil kajian kepada
penyelidikan kami.
Soalan 1 : Adakah Anda Mengetahui Tentang Jualan Tempah?
Hasil daripada kajian ini, kami mendapati seramai 20 orang responden lelaki yang mana seramau
16 orang daripada mereka mengatakan bahawa mereka mengetahui tentang jualan tempah dan
selebihnyatidak mengetahuinya. Bagi responden perempuan pula, kami telah mendapati seramai
22 daripada 25 orang responden perempuan yang mengetahui tentang jualan tempah ini.
Respon
Jantina
Ya Peratus (%) Tidak Peratus (%)
Lelaki 16 36 3 7
Perempuan 22 49 2 4
Jumlah 38 85 5 11
12
Soalan 2 : Adakah Anda Pernah Membuat Jualan Tempah?
Hasil daripada soalan ke-2 ini, kami mendapati seramai 13 orang daripada 20 orang responden
lelaki yang mengatakan bahawa mereka pernah membuat jualan tempah. Bagi responden
perempuan pula seramai 3 daripada 25 orang responden yang mengatakan bahawa mereka tidak
pernah membuat jualan tempah dan selebihnya sebaliknya.
Respon
Jantina
Ya Peratus(%) Tidak Peratus(%)
Lelaki 13 29 7 16
Perempuan 22 49 3 7
Jumlah 35 78 10 23
13
Soalan 3 : Adakah Anda Selalu Melakukan Jualan Tempah?
Soalan ketiga kami merujuk kepada kekerapan responden kami melakukan jualan tempah. Hasil
daripada kajian ini, kami telah mendapati seramai 8 daripada 20 orang responden lelaki kerap
melakukan jualan tempah manakala selebihnya tdak. Bagi responden perempuan pula
majoritinya kerap melakukan jualan tempah iaitu terdiri daripda 24 orang.
Respon
Jantina
Ya Peratus(%) Tidak Peratus(%)
Lelaki 8 18 12 27
Perempuan 24 53 10 22
Jumlah 32 71 22 49
14
Soalan 4 : Dengan siapakah anda berurusan dalam jualan tempah ini?
Bagi soalan ke-4 merujuk kepada responden dengan pihak peniaga tempahan. Responden
berkecenderungan melakukan urusan jual tempah dengan peniaga yang beragama islam iaitu
terdiri daripada 16 orang responden lelaki dan 21 orang responden perempuan. Manakala urusan
mereka dengan peniaga yang bukan islam hanya seorang bagi kedua-dua jantina. Selain itu,
hanya 2 orang responden yang melakukan urus niaga dengan peniaga yang beragama islam dan
bukan islam.
Jantina
Agama
Lelaki Peratus(%) Perempuan Peratus (%)
Islam 16 36 21 47
Bukan Islam 1 2 1 2
Kedua-
duanya
0 0 2 4
Jumlah 17 38 24 53
15
Soalan 5 : Berapa Lamakah Masa Yang Diambil Oleh Peniaga Jual Tempah Untuk
Menyiapkan Barangan Tempahan Anda?
Soalan ke-5 merujuk kepada jangka masa yang diambil oleh peniaga yang menjalankan jualan
tempah bagi menyiapkan tempahan responden. Hasil daripada kajian ini, kami mendapati
seramai 3 orang responden lelaki dan 6 orang responden perempuan yang mendapat barang
tempahan mereka selepas 3 hari. Selain itu, seramai 11 orang yang terdiri daripada 3 orang
responden lelaki dan 8 orang responden perempuan yang mendapatkan tempahan mereka selepas
seminggu. Seramai 16 orang responden yang terdiri daripada 8 orang responden lelaki dan 8
orang responden perempuan yang menerima barang tempahan mereka lebih daripada seminggu.
Jantina
Tempoh masa
Lelaki Peratus (%) Perempuan Peratus (%)
3 Hari 3 7 6 13
Seminggu 3 7 8 18
Lebih
seminggu
8 18 8 18
Jumlah 14 31 22 49
16
Soalan 6 : Adakah Anda Berpuas Hati Dengan Hasil Jualan Yang Anda Tempah?
Jadual di atas menunjukkan reaksi sama ada responden berpuas hati dengan hasil yang di tempah
ataupun tidak. Seramai 12 orang responden lelaki yang berpuas hati dengan hasil tempahan yang
dibuat. Namun demikian, seramai 3 responden lelaki berpendapat sebaliknya. Bagi responden
perempuan pula, seramai 21 daripada 25 orang responden yang berpuas hati dengan hasil yang
diperolehi daripada tempahan yang dibuat.
Respon
Jantina
Ya Peratus(%) Tidak Peratus(%)
Lelaki 12 27 3 7
Perempuan 21 47 1 2
Jumlah 33 74 4 9
17
Soalan 7 : Adakah Anda Tahu Hukum Jualan Tempah?
Jadual ini merujuk kepada reaksi responden kami mengenai pengetahuan mereka tentang
hukum jualan tempah berdasarkan konsep al-istihsan. Seramai 8 daripada 20 orang
responden lelaki kami yang mengetahui tentang hukum jualan tempah. Bagi reponden
perempuan pula, seramai 17 daripada 25 orang yang tidak mengetahui tentang hukum
jualan tempah.
Jantina
Respon
Lelaki Peratus (%) Perempuan Peratus (%)
Ya 8 18 8 18
Tidak 12 27 17 38
Jumlah 20 45 25 56
18
RUMUSAN DAN CADANGAN
Secara konklusinya, masyarakat Islam sering melakukan jualan tempah serta kebanyakannya
tidak mengetahui tentang hukum jual beli menurut islam dan kebiasaannnya mereka
melakukannya dengan orang islam.
Kami mencadangkan supaya mewujudkan kursus motivasi secara percuma kepada
golongan belia dan kanak-kanak bagi memberikan fahaman dengan lebih jelas tentang hukum-
hukum yang terdapat dalam islam terutamanya jual beli salam atau tempah. Selain itu, pihak
kerajan negeri atau persekutuan haruslah mewujudkan perpustakaan yang mengandungi pelbagai
jenis buku agama agama terutamanya buku yang berkaitan usul fiqh. Tambahan lagi, ketua-ketua
kampung perlu mewujudkan kelas-kelas usrah yang mengajar tentang pendidikan usul fiqh
khasnya jual beli tempah.
RUJUKAN
a. Buku
Ustaz Abd. Latif Muda dan Dr. Rosmawati Ali (2010). Pengantar Usul Fiqh. Kuala
Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Ustaz Abd. Latif Muda dan Dr. Rosmawati Ali (1997). Pengantar Fiqh. Kuala Lumpur :
Pustaka Salam Sdn. Bhd.
b. Internet atau Laman Web
http://usulfiqh1.blogspot.com
al-qayyim.net