abstrak - cikgu salsabila tang | seni itu indah · web viewmenurut ahmad mahdzan ayob...
TRANSCRIPT
KAJIAN KRAFTANGAN – ALAT MUZIK TRADISIONAL MASYARAKAT
CINA ‘SHENG’
BAB I
PENDAHULUAN
1.1. Pengenalan
1.1.1. Bab ini telah menerangkan secara ringkas tentang seni kraftangan
tradisional. Kraftangan adalah salah satu peninggalan yang diwarisi dari
satu generasi ke satu generasi yang lain. Setiap bangsa dan masyarakat
diseluruh dunia mempunyai budaya kraftangan yang diperturunkan kepada
generasi baru.
Kraftangan berasal dari bahasa Jerman, kraft, yang membawa erti
kekuatan, keteguhan dan kecekapan. John Harvery menegaskan bahawa
kekuatan ini juga terletak pada keahlian, kecekapan dan ungkapan seperti
‘pengetahuan ialah kuasa . Menurut Paul J. Smith dalam bukunya “Craft
Today’ Poetry of the physical”, mensifatkan kraf tangan, secara mistiknya
mewakili kesatuan antara spiritual dan pancaindera seorang insan. Ini
mengukuhkan lagi elemen kemanusian dalam kehidupan harian dan
pengalaman yang dilahirkan melalui kraf tangan disamping melahirkan
kraf tangan individu.1
1 Paul J. Smith(1995)Craft Today’Poetry of Physical’ m.s 11
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
1
Malaysia juga mempunyai sejarah kraftangan yang lama walaupun tidak
mempunyai rentetan yang jelas namun beberapa penemuan yang boleh
dikaitkan kepada budaya penemuan kraftangan tradisional yang boleh
dibanggakan. Contohnya, pada tahun 1954 satu ekspidisi yang diketuai
oleh Dr. G. de. G. Sieveking dari Muzium Kebangsaan Persekutuan telah
menemui beberapa peninggalan kraf orang zaman Neolitik di bukit kapur
Perlis dan Kelantan. Objek yang ditemui termasuk pisau batu , barangan
tembikar berkaki serta serpihan yang jarang ditemui dirantau ini.
(Beamish, 19:54.) Penemuan ini telah membuka mata masyarakat dunia
terhadap kesenian dan kraftangan tradisional tempatan.
Menurut William Hunt (1952:20) dalam bukunya “An Introduetion to The
Malayan Aboriginese” mengatakan bahawa budaya kraf dan seni di
Malaysia dibawa oleh pendatang keturunan Melayu dari Gugusan
Kepulauan Melayu, serta pendatang asing dari rantanu Asia dengan
asimilasi budaya pribumi. Pendapat ini disokong oleh penemuan ahli
anthropologi Gustay Schenk (66:61) yang mengatakan bahawa sebahagian
kepulauan Indonesia misalnya merupakan tanah besar yang bersambung
dengan Austrlia dan Malaya menjadi jambatan diantara dua benua. Oleh
itu tidak hairanlah barang kraftangan agak serupa. Menurut Dato Sulaiman
Osman (20: 1994) sebagai negara berbilang kaum, kraftangan tradisi juga
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
2
turut dipengaruhi oleh budaya kaum pendatang yang kaya bentuknya serta
bercampur gaul dengan budaya purba mereka.2
1.2. Latar Belakang Kajian
1.2.1. Masyarakat Cina merupakan kaum yang kedua terbesar di negara ini.
Peratusan masyarakat cina adalah sebanyak 35 peratus daripada jumlah
penduduk negara yang seramai 19.66 juta orang. Pada mulanya
kedatangan masyarakat Cina ke Tanah Melayu hanya sekadar untuk
mencari rezeki. Mereka akan pulang ke negara China setelah dapat
mengumpul wang yang banyak. Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan,
secara automatik masyarakat Cina telah menjadi warga negara Malaysia
dengan sistem jus soli.3
Seni kraf masyarakat Cina terutamanya seni tembikar mempunyai sejarah
yang amat membanggakan. Alat-alat muzik tradisional juga merupakan
satu khazana bagi seni kraf dalam masyarakat Cina. Namun, seni muzik
juga tidak kurang pentingnya. Muzik klasik masyarakat Cina bermula di
istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama yang
dipercayai bermula pada tahun 2697 S. M. Maharaja Huang Ti telah
menghantar orang untuk mencari paip buluh yang boleh mengeluarkan
bunyi sama seperti bunyi burung phoenix dengan tujuan mendapatkan
muzik berharmoni dengan alam semesta. Sekarang masyarakat Cina kaya
2 Sumber dari Pensyarah DS 11, USM En. Baharudin Bin Mohd. Arus dalam penulisannya yang bertajuk ‘ Kraftangan Tradisi Satu Transfomasi’.3 Jasman Ahmad & Rosnah Ramli, (1997). Masyarakat Cina. KL.: Associated Educational Distributors.hal 1-3
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
3
dengan pelbagai alat-alat muzik. Alat-alat muzik hua yue tuan4
diklasifikasi kepada 4 bahagian : (a) alat bertali yang digesek, (b) alat
bertali yang dipetik, (c) alat tiup dan (d) alat genderang.
Muzik harus berharmoni dengan alam sekitar dan ini dibincang dalam buku
Li Ji, bab Yue Ji yang menjelaskan bahawa muzik adalah hasil harmoni
langit dan bumi. Konfusius berpedapat yang sama, bahawa muzik teragung
adalah muzik yang harmoni dengan alam, dan melalui harmoni ini dapat
memulihkan keadaan dunia fizikal. Beliau meletakkan muzik pada
kedudukan yang tinggi yang dapat membantu membentuk manusia menjadi
teratur dan bermoral. Muzik dapat mempamerkan sifat manusia melalui
enam jenis emosi iaitu kesedihan, kepuasan, kegembiraan, kemarahan,
ketaatan dan kecintaan. Melalui muzik, seseorang tidak mampu untuk
terus berpura-pura dan menipu.5
1.3. Pernyataan Masalah
1.3.1. Adalah menjadi fakta yang diterima ramai bahawa kesenian tradisional
yang mampu mengekalkan ketahanannya hingga ke zaman moden ini,
sudah mulai menderita kehilangan daya tahannya sejak awal abad ini. Alat
muzik tradisional masyarakat Cina – Sheng. Selain dapat menghasilkan
bunyi yang harmoni, ia juga merupakan satu barang kraf yang bernilai.
Bukan sahaja dari segi rupabentuknya tetapi juga falsafah, simbolik yang
4 Di negara China, orkestra moden dipanggil Minzu Yue Tuan membawa maksud orkestra nasional tetapi di Malaysia, ianya dipanggil hua yue tuan atau orkestra orang Cina.5 Lun Yu
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
4
dibawa bersamanya. Barang kraf ini kian makin dilupai oleh masyarakat
Cina.
1.4. Tujuan Kajian
1.4.1. Tujuan am kajian ini untuk memperkenalkan alat-alat muzik tradisional
masyarakat Cina kepada masyarakat majmuk di Malaysia khususnya
generasi baru masyarakat Cina kerana alat muzik ini semakin dilupai.
Tujuan khusus kajian ini ialah membentangkan sejarah perkembangan alat
muzik tradisional – Sheng dan mengkaji secara mendalam dari segi
falsafah dan simbolik yang terdapat pada alat tersebut.
1.5. Kepentingan Kajian
1.5.1. Kajian ini merupakan satu usaha memperkenalkan alat-alat muzik6
tradisional Cina secara umum yang terdapat di Malaysia. Kajian ini
penting kerana alat-alat muzik ini bukan sahaja mengeluarkan bunyi yang
merdu tetapi merupakan objek-objek seni yang harus dihargai. Penerokaan
ini juga akan memberi berbagai maklumat dan pengetahuan mengenai satu
aspek kebudayaan dan falsafah kaum Cina di Malaysia. Adalah
diharapkan bahawa kajian rintis ini akan menimbulkan minat dalam
penyelidikan yang lebih mendalam mengenai seni kraf dalam alat muzik
tradisional.
6 Alat-alat muzik Tradisional Cina telah dibawa ke Malaysia pada penghujung abad ke-19 dan awal ke-20 apabila orang Cina berhijrah ke Malaysia. Tetapi pada dekad 60-an, alat-alat baru yang telah diubahsuai diimport dari China untuk kegunaan Hua Yue Tuan.
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
5
1.6. Batasan Kajian
1.6.1. Menurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha
teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang
dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya sudah
dikenalpasti’ (1992:3)7 Oleh itu beberapa kaedah telah ditentukan untuk
mengumpul maklumat dan berusaha mencapai objektif penyelidikan.
Kajian ini hanya tumpu pada falsafah dan simbolik yang berkaitan dengan
alat muzik Sheng. Kaedah dapatan juga terhad kepada temubual bersama
peminat muzik tradisional, membuat lawatan ke Sekolah Menengah Pay
Fong di Bandaraya Bersejarah - Melaka, mengumpul maklumat dan
sumber kajian dari beberapa buah perpustakaan (Perpustakaan UPSI,
Perpustakaan USM, Perpustakaan Awam Negeri Melaka dan Perpustakaan
Cawangan Merlimau) serta melayar laman web.
Hasil dapatan telah dikemukakan dengan memperkenalkan jenis-jenis alat
muzik tradisional masyarakat Cina, sejarah perkembangan alat muzik
Sheng, Falsafah dan simbolisme yang tersurat dan tersirat.
1.7. Definisi Istilah
1.7.1. Kraf
7 Amir Hasan Dawi. (1999). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Perak.: Quantum Books. hal 94.
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
6
Menurut Kamus Dewan Bahasa (1998) Edisi 3, perkataan kraf membawa
maksud ‘perusahaan ( kerja, seni ) yang memerlukan kemahiran
terutamanya menggunakan tangan’, manakala kraftangan pula membawa
makna ‘perusahaan ( kerja, seni ) yang memerlukan daya cipta dan
kemahiran menggunakan tangan’.8
Menurut UNCTAD yang dikeluarkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu
melalui United Nation Conference on Trade and Commerce perkataan
kraf tangan didefinisi seperti berikut ( Handicraft is a manual skilled-
intensive product with or without use of tool, simple instruments or
implement operated indirectly by the craftmen).Ini memberikan satu
penghayatan tinggi terhadap keistimewaan kemahiran serta ketinggian
mutu seni yang membabitkan pandai tukang.
Seterusnya kraf tangan juga boleh bermaksud sebagai : … the creation of
original object through an artist disciplined manipulation of materials.
Collingwood pula memberi definisi yang lebih komprehensif berbunyi
seperti berikut: ( Craft always involves a distinction between mean and
end, planning and execution, raw material and artifacts, between form
and matter, every craft has a hierarchical character).
Menurut beliau, kraftangan berbeza dari seni visual kerana ia berkait rapat
diantara proses yang menentukan matlamat tukang dan juga diantara
8 Kamus Dewan Edisi Ketiga. 1998, Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur. hal 711
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
7
perancangan dan tindakan atau pembuatan, bahan dan produk, jisim dan
bentuk, disamping itu setiap kraftangan mempunyai keutamaan dari aspek
produk kraf yang digunakan bagi menghasilkan kraftangan yang baru.
beliau merumuskan bahawa pandai tukang telah menjangkakan apakah
jenis produk yang ingin dihasilkan sebelum mereka memulakan proses
pembuatannya.9
Menurut Ensikopedia Malaysiana, Jilid 7 ‘kraftangan’ merupakan seni
pertukangan tangan yang merangkumi beberapa jenis iaitu seni
pertukangan kayu, pertukangan perak, pertukangan besi, pertukangan
tembaga, seni tembikar dan beberapa jenis yang lain lagi termasuk barang-
barang yang diperbuat daripada bahan-bahan tempatan seperti buluh,
rotan, resam, tempurung kelapa dan sebagainya.10
Menurut Siti Zainun Ismail dalam bukunya Rekabentuk Kraftangan
Melayu Tradisi, Bab 1 mengatakan ‘Kraftangan’ dimaksudkan sebagai
hasil seni berperanan untuk kegunaan.11
1.7.2. Tradisi
Menurut Kamus Dewan (1998) Edisi 3. Perkataan ‘tradisi’ membawa
makna sesuatu kebiasaan (Adat, kepercayaan dll) yang kekal turun
9 Sumber dari Pensyarah DS 11, USM En. Baharudin Bin Mohd. Arus dalam penulisannya yang bertajuk ‘ Kraftangan Tradisi Satu Transfomasi’.
10 Ensikopedia Malaysiana. Jilid 7. (1996). K.L : Anzagain Sdn. Bhd. hal. 252-254.11 Siti Zainun Ismail. (1986). Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Kuala Lumpur.: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 4
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
8
temurun, sesuatu yang sudah menjadi amalan yang sudah sebati dengan
sesuatu masyarakat ( golongan, kumpulan dsb).12
Menurut Ensikopedia Malaysiana, Jilid 13 pula menyarankan bahawa
‘tradisi’ bermaksud adat sosial yang diperuntukkan daripada satu generasi
ke satu generasi yang lain melalui proses sosialisasi. Tradisi juga
menentukan nilai dan moral masyarakat tersebut, iaitu peraturan-peraturan
yang betul dan yang salah, dipuji dan disanjung, dikeji dan dibenci oleh
masyarakat.
Konsep tradisi juga meliputi worldview atau pandangan dunia yang
meliputi kepercayaan mengenai persoalan hidup dan mata, kejadian alam
dan makhluknya.
Konsep tradisi ini berkait rapat dengan sistem kepercayaan, nilai dan cara
berfikir sesuatu masyarakat. Orang Melayu misalnya mempunyai tradisi
agama, nilai, ekonomi dan politik yang tersendiri.
Kebanyakan cara dan gaya hidup mereka masih lagi mengikut tradisi.
Orang Melayu walaupun sudah biasa makan nasi dengan sudu akan lebih
selesa apabila makan menggunakan tangan. Mereka lebih senang hidup
berkelompok dan bermasyarakat daripada hidup bersendirian.13
12 Kamus Dewan (1998) Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 146913 Ensiklopedia Malaysiana, Jilid 13 (1996). K.L.: Anzagain Sdn. Bhd. hal. 147
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
9
1.7.3. Muzik
Menurut Kamus Dewan (1998) Edisi 3 : 914. Muzik membawa makna
‘Gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan
menyenangkan’
1.7.4. Masyarakat
Menurut Kamus Dewan (1998) Edisi 3 : 865. Perkataan masyarakat
membawa maksud ‘Kumpulan manusia yang hidup bersama di satu
tempat dengan aturan dan cara tertentu.’
Menurut Ensiklopedia Malaysiana Jilid 8, mencatatkan bahawa perkataan
‘Masyarakat’ merupakan satu konsep yang masih kurang jelas maknanya
di dalam antropologi. Bagi Beattie (1964) masyarakat adalah satu konsep
yang abstrak, bukan sesuatu yang jitu atau yang dapat dilihat. Konsep
masyarakat sama dengan sistem sosial dan struktur sosial.14 (Maklumat
lanjut sila rujuk lampiran 1)
1.7.5. China
14 Ensiklopedia Malaysiana, Jilid 8 (1996). K.L.: Anzagain Sdn. Bhd. hal. 268
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
10
Menurut Ensiklopedia Malaysiana Jilid 8, menerangkan bahawa perkataan
‘China’ ialah negara terbesar di timur Benua Asia. keluasannya 9,572,678
km persegi. Orang Cina menyebut negaranya , Chung-kuo yang bererti’
Negara Pusat’ kerana mereka menggangap negaranya pusat geografi dunia
dan pusat peradaban.15
1.7.6. Sheng
Menurut Glosari Seni Muzik, Dewan Bahasa dan Pustaka (1996 : 157),
Sheng merupakan organ mulut yang ditiup diperbuat daripada buluh.
15 Ensiklopedia Malaysiana, Jilid 8 (1996). K.L.: Anzagain Sdn. Bhd. hal. 278-279
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
11
BAB II
TINJAUAN LITERATUR
2.1. Pengenalan
2.1.1. Bab ini memberi penekanan kepada tinjauan kajian lalu yang telah dibuat
oleh beberapa orang penyelidik di dalam dan di luar negara. Aspek ini
penting sebagai rujukan asas untuk mengumpul dan menambah maklumat
tentang kajian ini.
2.1.2. Henry Doktorski telah mengadakan satu kajian ke atas ‘Asian Free-Reed
Instruments’, dalam kajian ini telah mencatatkan perkembangan alat
muzik Sheng secara terperinci namum tidak dapat sebarang maklumat
tentang cara menghasilkan alat tersebut. (Sumber dari
http://www.trfn.org//free-reed/history/sheng.html)
2.1.3. Tony Beamish dalam kajiannya “The Art of Malaysia,” secara sinis
menggambarkan bahawa seni kraf tangan di Malaysia pada mulanya
dibuat oleh orang asli dengan menggunakan buluh sebagai bahan. Merujuk
kepada kajian Iskandar Carey bekas pengarah Hal ewal orang asli Malaya
mengesahkan bahawa orang asli sebagai mesyarakat peribumi di Tanah
Melayu terkenal dengan "Budaya Buluh” mereka. Menurutnya lagi: “From
this remarkble plant they fashion not only their tools,weapon dweling and
rafits but also domestic utensils, cooking and drinking pot and
ornament”.16
16 sedang cari
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
12
2.1.4. Kajian ke atas jenis-jenis buluh telah dijalankan oleh Mohd. Nor Ismail
dan Mohd Arifin Muda yang dipaparkan melalui Bulan Melayu ms. 5
telah menerangkan buluh (famili Gramineae), adalah sejenis tumbuhan
yang batangnya keras, berongga dan beruas, terdapat di kawasan panas
dan lembab. Buluh digunakan hampir di seluruh Asia Tenggara. Terdapat
beberapa jenis buluh yang biasa digunakan antaranya Buluh Kasap
(Bambusa Vulgaris Schrad), Buluh Perindu (Bumbusa Magica Ridl),
buluh Semilang (Gigantochioa Levis Merr), buluh Lemang
(Schizostachyum Zollingeri Stend), buluh Padi (Schizostachyum
Aciculave Gamble) dan buluh Betung (Dendro Calamus Asper Baker).
(Maklumat tambahan – sila rujuk lampiran 2)
Dalam masyarakat Cina, buluh Cina (Bambusa glaucescens sieb) biasa
ditanam di halaman rumah sebagai pagar. Buluh ini kecil batangnya tetapi
rimbun. Untuk mendapatkan bentuk pertumbuhan yang rimbun, buluh ini
hendaklah kerap dicantas. Dalam perubatan tradisional Melayu, pucuk
rebung ini digunakan untuk mengugurkan kandungan: pucuk rebung
dicampurkan dengan seratus biji lada putih, kemudian direndam di dalam
air panas dan airnya diminum selama tiga pagi.
2.1.5. RARE LUCK IT IS INDEED
TO BE BORN IN HUMAN FORM.
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
13
AS SUPPLE BAMBOO GROWS.
STRAIGHT IS THE ROAD
THAT ALL SHOULD FOLLOW.
Begitulah mukadima yang digunakan oleh Maggle Oster dalam kajian
beliau tentang sifat buluh. Buluh dikatakan mempunyai 1400 kegunaan.
Menurut beliau buluh mempunyai sifat yang fleksibel, ia boleh bengkuk
ke tahap yang maksimum tetapi tidak patah. Kelenturan ini merupakan
satu keistimewaan bagi tumbuhan ini. Orang Jepun memanggil buluh
sebagai ‘take’. Terdapat lebih daripada 100 genus dan lebih 1000 spesis
buluh. Buluh berbunga apabila mencapai umur 30 tahun. Walaupun
mengalami cuaca atau iklim yang berlainan, buluh yang sama spesis akan
berbunga pada masa yang serentak. Sesetengah masyarakat percaya
semasa buluh berbunga, sesuatu bencana atau keburukan akan berlaku.
Sifat buluh yang jelas ialah pada batangnya yang keras dan tegak,
panjangnya boleh mencapai daripada 45cm hingga 30m. Diameter batang
buluh tetap sama walaupun mencapai ketinggian yang maksimum. Batang
buluh biasanya berwarna hijau, kuning dan coklat. Batang bulah
bersegmen dan mempunyai buku dan ruas. Fungsi ‘buku’ ialah memberi
kekuatan kepada buluh. Batang buluh terdiri daripada fiber sellulosa dan
mengandungi lignin dan silika.17
2.1.6. Dalam kertas kerja Zubir Ali, Timbalan Pengarah Pusat Kebudayaan, UM
yang bertajuk Alat Muzik Tradisional Melayu Dalam Perspektif Islam
17 Maggle Oster. (1995). Bamboo Baskets. USA. : Viking Studio Book. Hal.37 - 46
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
14
telah menyatakan bahawa dalam masyarakat Melayu muzik diamalkan
untuk perbagai keperluan, namun ia perlu disesuaikan dengan Islam yang
menjadi agama rasmi orang Melayu. Pada dasarnya tidak terdapat
larangan agama terhadap muzik kerana pada zaman baginda Rasulullah
s.a.w muzik digunakan untuk menyalurkan rasa gembira dan kesedihan
manusia, tetapi wujud larangan terhadap alat tiupan buluh seperti seruling
kerana terselindung di sebaliknya unsur yang boleh menaikan semangat
pendengar. Menurut catatan beliau alat tiupan merupakan alat sensitif
kerana ia mempengaruhi psikologi pemain dan pendengar. Bila kita
mendengar tiupan seruling yang mengandungi ‘rasa’, bulu roma kita
menegak dan suatu nikmat dalaman terasa di dalam diri. Ungkapan
“seruling syaitan” selalu digunakan untuk pengharaman alat muzik tiupan
ini.
Rasulullah bersabda:
“Aku diutus untuk mrnghancurkan seruling-seluling”
(Hadis riwayat Ibnu Ghailan al-Bazzaz dari Ali bin Abi Talib.)
Tetapi An-Nablusi berpendapat haramnya seni hiburan muzik dan
nyanyian itu tidak pada ‘ainnya tetapi kemaksiatan yang menumpanginya.
An-Nablusi juga menegaskan bahawa hukum muzik adalah halal samada
menyaksikannya mendengarnya atau belajar tentangnya jika bersih
daripada unsur-unsur yang bertentangan dengan agama.
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
15
Maka kesimpulannya alat tiupan seperti seruling tidaklah terlarang
pengunaannya untuk hiburan yang mendatangkan kebaikan dan
menyanjung kebenaran.18
2.1.7. Sekumpulan penyelidik iaitu Laliman Ahmad, Saroya Mansor, Ayob
Ibrahim, Zahana Bidin, Mohd. Anis, Md. Nor, Sharif Kailani, Mohd. Nasir
Hashim dan Alexander Anak Wong telah menjalankan kajian ke atas
Engkerurai (sejenis alat muzik tradisional masyarakat Iban, sarawak).
Dalam kajian ini telah menerangkan fungsi dan cara membuat alat
tersebut. Didapati rupabentuk Engkerurai ini sama seperti Sheng pada
zaman Dinasti Chao (Sheng mula-mula wujud). Selain daripada
persamaan penggunaan bahan untuk menghasilkan alat muzik, pandai
tukang juga menyusun buluh dalam bentuk bulatan cuma bilangan buluh
dan panjang pendek setiap buluh tidak sama.19
2.2. Rumusan
2.2.1. Kajian lalu mengenai alat muzik tradisional Cina – Sheng amatlah terhad,
tinjauan kajian terperinci mungkin boleh diperolehi sekiranya dapat
mengunjungi ke Negeri China. Maklumat yang terdapat dari internet
biasanya lebih kepada kajian jenis-jenis alat muzik tradisional masyarakat
Cina secara umum. Namun begitu, kajian lalu yang berkait dengan buluh
telah banyak dikaji oleh penyelidik-penyelidik yang terkemuka.18 Zubir Ali.. (2000). Alat Muzik Tradisional ; Daya dan Bunyi.Kuala Lumpur.: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. hal 112 - 11319 Alexander Anak Wong & Soraya Mansor, ( 1995 ). Engkerrurai: Alat Muzik Masyarakat Iban, Sarawak. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. hal. 1 - 3
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
16
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
17
3.1. Pengenalan
3.1.1. Secara khususnya, bab ini mencakupi langkah-langkah yang perlu
dilakukan oleh penyelidik tentang kaedah kajian yang dipilih. Kaedah
penyelidikan pendidikan merujuk kepada bagaimana kita mendapatkan
maklumat bagi mencapai sesuatu matlamat penyelidikan pendidikan. Kita
menggunakan cara yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat
yang berguna dengan kos yang minimum.
3.1.2. Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang dijalankan dalam bentuk
tinjauan. Penyelidikan ini telah menggunakan beberapa kaedah yang
bersesuaian untuk mengumpul maklumat yang terperinci.
3.1.3. Penyelidik telah menggunakan tiga kaedah kajian iaitu penyelidik sejarah,
temu bual dan lawatan dengan bertujuan untuk mencapai objektif kajian.
3.1.4. Penyelidik pendidikan ini telah dijalankan sepanjang 2 semester iaitu
bermula dari bulan Jun 2001 hingga Feb 2002.
3. 2. Rekabentuk Kajian
3.2.1. Penyelidikan sejarah
Kajian ini telah menggunakan kaedah penyelidikan sejarah untuk
memberi kefahaman tentang asal usul alat muzik tradisional masyarakat
Cina - Sheng yang berkait rapat dengan seni kraf tangan. Maklumat
dikumpul melalui tinjauan kajian lepas dari beberapa buah perpustakaan
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
18
dan bahan dari internet. Bukti dan fakta secara sistematik dan objektif
dititik berat dalam kaedah ini.
3.2.2. Kaedah temu bual
Beberapa orang yang arif tentang alat muzik tradisional masyarakat Cina
telah ditemu bual untuk mendapatkan pandangan serta maklumat yang
bernas.
3.2.3. Kaedah lawatan
Penelidik telah melawat ke beberapa lokasi seperti muzium, sekolah dan
galeri kraf tangan untuk mendapatkan maklumat mengenai alat muzik
tradisional Cina.
BAB IV
DAPATAN
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
19
4.1. Pengenalan
4.1.1. Bab ini memperihalkan data-data yang telah diproses untuk membuat
penerangan tentang alat muzik tradisional masyarakat Cina secara umum
dan penerangan terperinci tentang alat muzik tradisional masyarakat Cina
– Sheng secara khusus.
4.1.2. Muzik merupakan salah satu aspek kesenian yang paling penting dalam
Tamadun China. Konfusius menyatakan bahawa muzik adalah penting,
walaupun tidak menyatakan prinsip-prinsipnya seperti asal usulnya dan
hubungannya dengan kehidupan manusia. ‘Now music is the expression of
joy. This is something which human feelings make unavoidable. For man
cannot be without joy. And when there is joy, it must be expressed in
sound and given embodiment through movement and repose.20
Asal usul muzik Cina boleh dikesan sejak Zaman Klasik lagi. Kira-kira
3000 tahun yang lalu iaitu semasa orang Eropah cuba mencari ketenangan
dalam hidup, di Cina telah bermulanya teori muzik dan peralatan canggih
muzik. Buku pertama mengenai teori muzik Cina muncul pada abad 4 S.M
iaitu Kuan Tzu atau Book of Master Kuan.21 Semasa kemunculan Dinasti
Han, Maharaja Han Wu Ti (140- 87 s.m) telah menubuhkan Imperial
Ofice of Music yang bertindak mengumpul dan mengedit lagu-lagu rakyat.
Ia juga bertindak sebagai badan yang membuat lagu untuk tentera,
20 Fun Yu-Lan, A Short of Chinese Philosophy, The Free Press, New York, 1966, hal 341-221 Fredic M. Kaplan, Jilian M. Sobin dan Stephen Andros (eds), Encyclopedia of China Today, The Macmilan Press Ltd, London and Basingstoke, 1979, hal.264
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
20
mengadaptasi gaya musuh asing dari budaya yang berjiran dengannya dan
mengumpul lagu-lagu tempatan.22
Sementara itu dengan adanya hubungan perdagangan dengan Asia
Tengah, muzik-muzik asing mula datang ke Cina seperti pipa (Kecapi)
dan Hu Ching (sejenis violin), Dengan adanya pengaruh dari kebudayaan
asing maka pengubah lagu dapat membaiki lagu mereka dan memajukan
muzik Cina. Semasa pemerintah Maharaja Hsuan Tsung (713-55) daripada
Dinasti Tang, pihak istana menganjurkan Pear Garden Academy yang
dapat menghasilkan ramai ahli muzik, dan ini telah membantu
menegakkan asas bagi muzik Cina.
Pada zaman imperial terdapat dua jenis muzik iaitu muzik rakyat dan
muzik golongan atasan. Muzik rakyat wujud dengan sendirinya apabila
golongan petani ingin hiburan secara beramai-ramai. Salah satu suasana
yang mewujudkan muzik rakyat ialah semasa menanam padi atau menuai
padi. Semasa zaman Dinasti Tang, muzik rakyat dinaugani oleh
pemerintah. Manakala muzik golongan atasan dicipta oleh golongan
cerdik pandai dan kadangkala diambil dari muzik rakyat.
Di peringkat muzik atasan ini terdapatnya muzik istiadat atau ya-yuah. Ia
merupakan muzik kepunyaan golongan elit. Ia banyak dipengaruhi oleh
konfesius, yang mana muzik menunjukkan dan menajamkan pendidikan
22 Ibid., hal. 264
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
21
moral dan pencapaian semangat dalam masyarakat. Muzik ini lenyap
selepas tahun 1911.23
Pada abab ke 20, muzik barat mula mendapat tempat dalam budaya Cina.
Namun demikian muzik barat pernah diperkenalkan oleh kumpulan Jesuit
pada lewat abad ke-16 tetapi tidak memberi kesan yang
memberangsangkan. Manakala pada abad ke-19 hingga ke-20 dengan
adanya hubungan yang lebih rapat dengan Barat, orang cina mula
menerima dan menikmati muzik Barat.
4.2. Sejarah alat muzik masyarakat Cina
4.2.1. Alat muzik masyarakat Cina wujud pada abad 551 s.m., Dinasti Zhou
( 1111-222 S.M ) (Rujuk lampiran 3). Beberapa abad dahulu sebelum
muzik Eropah wujud, alat instrument yang sofiticated berserta dengan
teori muzik telah wujud di negara Cina. Muzik yang dimainkan adalah
dalam bentuk ritual untuk orang-orang atasan, ahli falsafah, orang-orang
keagamaan.
Aktiviti muzik yang agak terhad kepada masyarakat Cina di Malaysia
yang paling penting adalah Opera Cina dan Orkestra Cina atau Hua Yue
Tua. Alat muzik biasanya di import dari negeri china, tetapi skor muzik
sering diubah oleh pemuzik tempatan. Terdapat juga komposer tempatan
yang mencipta lagu klasik yang original, walaupun skor dan gubahan dari
23 Ibid., hal. 264
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
22
negeri Cina juga sering digunakan. Kebanyakan aktiviti muzik Cina
berlaku di bawah naungan tempatan berhala, pelbagai persatuan kaum
Cina dan sekolah Rendah dan Menengah Jenis Jenis Kebangsaan Cina.
Menurut pendapat dari jurulatih Sekolah Menengah Pay Fong, Orkestra
Cina Moden / Hua Yue Tuan muncul di kalangan masyarakat Cina di
Malaysia hanya pada dekad 60-an, akibat beberapa ahli muzik tempatan
yang telah melanjutkan pelajaran mereka ke Hong Kong dan juga
kepopularan muzik orkestra Cina moden melalui rekod-rekod yang
terdapat di Malaysia. Kini, ia wujud di seluruh Malaysia terutamanya di
bandar-bandar besar di mana terdapat ramai bilangan kaum Cina seperti
Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh, Alor Star, Melaka, Johor Bahru dan
Kuching. Saiz Hua Yue Tuan adalah berbeza dari 12 hingga 50 orang ahli
atau lebih. Umur pemain muzik antara 14 – 35 tahun. Dalam setahun , hua
Yue Tuan ini menyampaiakan sekurang-kurangnya satu persembahan.
Selaian daripada menghiburkan pendengar-pendengar yang datang,
persembahan ini selalu digunakan untuk mengutip wang dan derma bagi
persatuan masing-masing atau kebajikan masyarakat secara umum.( Foto)
Susunan orkestra lebih besar daripada ensemble wilayah, mengikut format
duduk okestra barat, dan menggunakan konduktor dan skor muzik. Seperti
dalam orkestra barat, pemain alat bertali yang digesek dalam okestra Cina
ditempatkan di sebelah kiri konduktor sedangkan pemain alat bertali bes di
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
23
sebelah kanan. Alat tiup pula ditempatkan di hadapan konduktor dan alat
gendang di belakang pentas. (Rujuk lampiran 4)
Lagu Cina biasanya digubah mengikut skel pentatonik. Sistem notasi yang
biasa digunakan di Malaysia adalah sistem notasi nombor. Di bawah
sistem ini digit 1 hingga 7 digunakan untuk mewakili not ‘do re mi fa so
la ti’. Oktaf bawah ditandakan dengan satu titik yang ditulis di bawah
digit dan oktaf atas ditandakan dengan satu titik di atas pula. Tanda nada
selalunya disebutkan di bahagian permulaan skor sebagai C, D dan
seterunya melambangkan not ‘ do atau ‘ l ‘ bersamaan dengan C besar
atau c besar dan seterunya. Not rehat (rest) pula ditandakan pula dengan
digit “O” .
Dari segi rentak pula, sesuatu digit jika ditulis begitu sahaja
melambangkan satu krocet. Kuaver ditandakan dengan satu garis
horizontal yang ditulis di bawah digit manakala semi kuaver pula
dilambangkan oleh dua garis horizontal. Not bertitik pula dilambangkan
secara menggunakan sebuah titik selepas digit berkenaan . contoh :
bandingan transkrip notasi konvensional .
4.3. Alat – alat muzik tradisional Cina
4.3.1. Alat-alat muzik tradisional muzik Cina datang dari empat kumpulan alat
muzik yang utama: alat tali berpetik, alat tali bergesek, alat tiup kayu dan
alat perkussi. Muzik Cina tidak menggunakan bras .
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
24
4.3.2. Alat Tali Berpetik
Pipa
Sejenis lute. Pada asalnya digunakan sebagai muzik solo tetapi kini
merupakan alat tali berpetik yang digunakan dalam bilangan yang paling
banyak dalam okestra Cina disebabkan bunyinya yang agak lembut.
Kualiti tonnya adalah menyerupai gitar klasik barat- Sepanyol. Sejarah
pipa telah merentasi lebih dari 2000 tahun iaitu bermula dari dinasti Han
hingga ke dinasti Tang. Rekabentuk pipa mempunyai leher yang pendek
dan bahagian bawah dibuat daripada kayu. terdapat 19 hingga 26 batang
buluh kecil di bahagian leher yang dipanggil ‘xiang’. Xiang boleh
diperbuat daripada kayu, jed dan gading gajah. Ianya mempunyai 4 tali
yang ditalakan kepada not A, D, E dan A. pipa dimainkan dengan
meletaknya di atas riba secara menengak. Biasanya pemain akan memakai
jaring pasu untuk membolehkan pemain muzik bebas memetik dengan
pelbagai teknik dalam persembahan. Liu Yue Qin pula merupakan pipa
kecil dengan talaan G , D, G dan D.
Yue Qin
Merupakan gitar Cina. Dua alat lain yang serupa tetapi berbeza sedikit dari
segi dimensi adalah Da Ruan dan Chong Ruan Ruan juga dikenali sebagai
gitar bulan. Ia terdiri daripada berbagai saiz dan pitch yang berbeza Ia
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
25
terdiri dari 4 tali dan fret. Kotak bunyi dibuat daripada kayu. Satu jenis
alat muzik yang sama dalam golongan Qin ialah Guqin. Guqin adalah satu
alat tradisional Cina yang paling disanjung dan dianggap suci oleh
masyarakat Cina. Serpihan alat muzik ini telah dijumpai dalam kubur lama
(500 – 200 S.M) . Di bahagian atas Guqin diperbuat daripada papan kayu
pine, bahagian bawah guqin pula diperbuat daripada kayu keras seperti
catalpa. Terdapat 13 titik kecil yang dipanggil ‘hui’ berfungsi sebagai
tanda kedudukan not muzik. Guqin mempunyai tujuh tali pemetik yang
berlainan ketebalan. Ia mampu menghasilkan bunyi alam yang harmoni.
Qin yang ada pada zaman sekarang berasal daripada Dinasti Tang (618 –
907 M).
Zheng
Zheng ialah alat muzik tradisional Cina yang lama. Buluh digunakan
untuk membuat alat instrument kecil yang ada pada Zheng ini. Zheng
amat popular pada Zaman Neferi-Negeri Berperang dan Dinasti Qin (221-
206 S.M). Zheng mempunyai permukaan yang lengkuk, panjang dan
berbentuk trapezium. Sebanyak 13 – 21 tali sutera digunakan untuk
menghasilkan bunyi yang harmoni. Pemain muzik memakai 3 – 4 jari pasu
untuk memetik tali Zheng untuk mendapatkan kesan bunyi yang baik.
Yang Qin
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
26
Alat muzik ini wujud pada zaman Dinasti Ming (1368-1644 M). Ia boleh
didapati dalam berbagai saiz. Dua batang buluh kecil bersaiz seperti
chopstick digunakan untuk memukul alat muzik ini. Alat ini dapat
menghasilkan bunyi yang lembut pada nada yang tinggi dan bunyi yang
kuat serta padat pada nada rendah. Alat ini mempunyai 5 nada bunyi dan
dikatakan alat muzik baru mengikut berbanding dengan alat-alat muzik
tradisional Cina yang lain. Yang Qing merupakan satu-satunya alat
perkussi berpitch yang digunakan . Ianya seperti Dulcimer atau Simbalom
barat dan dimainkan menggunakan pemukul khas. Ia dimainkan secara
solo. Dalam okestra Cina dua buah Yang Qin digunakan . Ditempatkan
ditengah okestra.
4.3.3. Alat Tali bergesek
Er Hu
Violin Cina pada asalnya merupakan alat muzik solo. Er Hu yang pertama
wujud pada 1104 dalam Dinasti Song Er hu memainkan peranan yang
serupa dengan violin dengan okestra barat tetapi kualiti tonnya jauh lebih
lembut dan manis (mellow) daripada violin barat. Er Hu berbadan kecil
tetapi berleher panjang. Ianya mempunyai dua tali sahaja yang dimainkan
menggunakan bow. Pan Hu dan Gao Hu adalah serupa dengan Er Hu
tetapi ditalakan pada pitch lebih tinggi. Alat yang lain dalam famili alat ini
termasuk Zhong Hu, Ge Hu dan Bei Ba Ge Hu (Rujuk lampiran 5) yang
boleh dibandingkan dengan biola, cello dan double bass barat. Di
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
27
Malaysia Gao Hu dan Bai Be Gao Hu biasanya digantikan dengan cello
dan double bass. Ini disebabkan alat Cina yang asal yang badannya
diperbuat daripada kulit ular tidak tahan kelembapan udara dinegara kita.
Kulit ular tersebut selalunya mengembang akibat meresap wap air di udara
dan menjadikan talaan alat itu tidak tepat. Bagi alat yang lebih kecil
masalah ini tidak wujud.
Gendang Cina
Terdiri daripada gendang bass yang besar dan set gendang kecil, yang
boleh sampai 13 buah dari yang kecil kepada yang besar. Gendang bass
mempunyai ton rendah yang kuat. Set gendang yang biasanya dipasang
pada pemegang gendang, dua per dua, ditalakan mengikut pitch menurun.
Tonnya bergema dan kuat. Alat perkussi jenis idiofon yang digunakan
pula termasuk simbal Cina yang berpasangan dan jauh dengan bunyi lebih
pendek dan tajam dari pasangan simbal barat. Dau set simbal Cina biasnya
digunakan , kecil dan besar. Simbal besar mempunyai bibir simbal yang
terlipat ke atas. Selain daripada simbal, tam-tam (gong tidak berbonggol)
memainkan peranan penting dalam okestra cina. Ia mungkin digunakan
secara berasingan atau dalam set 13 buah tam-tam berlainan saiz yang
dipasang pada pemegang khas. Blok kayu berbentuk kepala ikan dan blok
kayu berbentuk T, digelar tik tok juga biasa digunakan. Tambarin
kadangkala digunakan juga. Alat perkussi tidak berpitch ini biasnaya
memainkan peranan meninggikan kesedaran rentak lagu yang dimainkan
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
28
dan tidak biasanya memainkan corak yang terlalu kompleks atau
independen.
4.3.4. Alat Tiup kayu
Di
Di atau flut Cina merupakan kumpulan alat tiup kayu yang paling besar.
Ianya merupakan flut melintang yang diperbuat daripada tiub buluh yang
ditebuk lubang. Terdapat dua saiz dalam alat tiup kayu ini iaitu pendek
dan sederhana panjang. Bunyinya nyaring dan tinggi, Alat tiup kayu lain
yang penting adalah sonar, sejenis alat yang menyerupai oboe barat,
dengan bunyi yang lebih tajam dan nyaring. Sonar juga berbeza daripada
obei barat kerana ia mempunyai “loceng” seperti trompet pada
penghujung dari mana bunyinya keluar. Dua saiz sonar juga digunakan
iaitu alto dan soprano.
Sheng
Sheng wujud pada abad 551 s.m Dinasti Zhou (1111- 222 s.m). Orang
Cina percaya bahawa Sheng dicipta oleh seorang dewa maharaja wanita
mitos yang dipanggil Nyn-Kwa24 pada 3000 tahun dahulu. Beberapa abad
dahulu, sebelum muzik Eropah wujud , alat instrument yang sophiscated
berserta dengan teori muzik telah wujud di negeri Cina, muzik-muzik
yang dimainkan adalah dalam bentuk ritual untuk orang-orang atasan, ahli
24 Anak perempuan ketiga Tuhan Langgit dalam cerita mitos. Nyn – Kwa terkenal kerana telah menyelamatkan langgit yang bocor dan membina manusia di bumi ini dengan menggunakan picitan tanah.
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
29
falsafah dan ketua keagamaan. Sheng dicipta apabila alat-alat instrument
yang sophiscated melanda pada dunia muzik ketika itu . Menurut catatan
dalam ‘oracle bones’ pada zaman Yin (abad 11-12 s.m) nama Sheng pada
masa itu ialah Ho dicatat juga dalam buku Shih Ching Book of Orders25
mengakui bahawa ia digunakan oleh orang biasa. Confucius (551-479 s.m)
dipercayai pernah bermain alat instrument ini
Sheng terdiri daripada satu ruang angin yang diperbuat daripada logam
dengan pemipitnya yang pendek dan 17 paip atau tiub buluh yang
dimasukkan ke dalam ruang angin ini sebagai satu bulatan . Setiap tiub
buluh ditambahkan dengan tiub tembaga untuk mengeluarkan gema.
Setiap tiup dipasangkan dengan satu pelidah bebas atau rid bebas. Diatas
setiap pelidah bebas terdapat sebuah lubang jari yang harus ditutup supaya
berbunyi. Bunyi dikeluarkan apabila pemain26 menutup lubang jari dan
meniup atau menyedut angin melalui pemipit. Bunyi alat ini serupa organ.
Oleh kerana not yang sama boleh dibunyikan bila paip ditiup atau disedut,
alat ini boleh bermain melodi atau kod yang dipanjangkan .
4.4. Perkembangan alat muzik Sheng
4.4.1. Evolusi akkordian telah bermula beribu tahun dahulu pada zaman pra
sejarah lagi. Kemungkinan akkordian yang paling tua dibuat daripada 25 Shih Ching (Book of Order) merupakan antologi puisi yang mengandungio 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan nyanyian rakyat yang disusun sezaman dengan konfusius. Puisi ini sering digunakan dalam pertemuan rasmi dimana raja dan diplomat menyanyikan puisi sebagai pembayang bagi keadaan sebenar atau menyatakan maksud sebenar.26 Tan Sooi Beng, 1997 Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, rakayat dan simkritik. Ms 379
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
30
buluh halus yang dipanggil ‘ naw’. Alat ini masih dimainkan oleh kaum
yang tinggal di kawasan pergunungan di selatan Cina dan di utara Asia
Tenggara. Alat ini mempunyai lima paip yang disusun dalam keadaan
membulat dan sekumpulan Bahagian hujung terbuka kelihatan rata dan
bahagian bawah ialah ruang udara (wind chamber) yang membolehkan
pemain menghasilkan bunyi dengan secara perlahan menutup hujung paip
tersebut dengan tangan kanan. Teknik bermain alat muzik ini agak sukar,
ianya menghasilkan bunyi kuat. Alat ini dimainkan secara tradisional,
dimana ia dimainkan oleh pasangan yang belum kahwin
The lutes are struck, the organ blows
Till all its tongues in movement heave
The drums loud sound, the organ swells
Their flutes the dancers wave
Sheng bermakna ‘suara yang luhur (mulia)’. Sheng dan Yu, memainkan
peranan yang signifikan dalam istana. Sheng adalah alat muzik yang
istimewa dan mustahak dalam upacara adat istiadat istana. Alat ini juga
dimainkan untuk mengiringi lagu-lagu rakyat. Ia dimainkan secara solo
dan di ‘opera genre’ seperti k’un-ch’u. Nama alat muzik Sheng ini sama
dengan sebutan perkataan Cina (Sheng) yang memberi makna timbul.
Oleh itu alat muzik ini membayangkan atau mengkaitkan dengan tuah dan
harapan yang baik. Lukisan lakaran dari ‘ bas relief’ yang bertajuk; A
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
31
hundred kinds of games dari Dinasti Han Barat (Kurun ketiga sebelum
masehi) telah dipamerkan di Shantung. Lakaran ini Lakaran ini jelas
menggambarkan dua orang juggler, seorang penari dan 17 ahli muzik yang
bermain berbagai alat muzik termasuk Sheng.
Okestra yang dianggotai oleh kaum wanita kadang-kala dipanggil untuk
menghadiri upacara tertentu di istana. Pada zaman dinasti Tang, anggota
okestra datang dari seluruh pelosok Asia.
Sheng terdiri daripada empat bahagian; bahagian dasar (wind chamber),
mouth-piece (bahagian tiub), the pipes (paip) dan the reeds (sekumpulan
buluh). Pada asalnya Sheng berbentuk labu sebagai ruang angin. Pada
mulanya, dasar Sheng diperbuat daripada kayu yang telah dikilat dengan
laker (lacquered wood), kini dasar Sheng diperbuat daripada logam. Sheng
mempunyai 13-24 paip buluh (17 adalah piawaian norma). Sebuah
mensiang diletak di bahagian bawah alat muzik tersebut. Sheng terdiri
daripada satu ruang angin yang diperbuat daripada logam aloi kuprum
dengan pemipit yang pendek. Buluh yang dimasukkan ke dalam ruang
angin ini disusun secara sistematik dalam satu bulatan. Setiap tiub buluh
ditambahkan dengan tiup tembaga untuk megeluarkan gema. Setiap tiub
dipasang dengan satu pelidah bebas atau rid bebas. Sheng dicipta dengan
meniru bentuk burung Phoenix (feng-huang). Panjang paip tidak
mempunyai ‘picth’ dan bentuknya mempunyai hiasan yang ringkas.
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
32
Sheng adalah salah satu alat muzik tradisional yang boleh menghasilkan
lebih dari satu “not” pada satu masa. Biasanya ia dimain secara solo,
sebagai pelengkap atau sebagai alat muzik iringan. Melodi yang
dimainkan menggunakan chord lima atau empat bagi menambah bunyi.
Muzik tradisional kebanyakannya dipelajar dengan kaedah hafalan. Bila
ada keperluan, nota muzik ditulis dalam bentuk ‘Gongche’. Malangnya
tidak ramai yang boleh membaca ‘Gongche’ masa kini mahupun pemain
Sheng yang profesional. Kini pemain Sheng dilatih untuk membaca ‘nota’
yang moden, dan juga tablature yang menggunakan nombor das simbol
lain untuk menunjukkan ‘pitch’ dan irama.
Jin-Diao berdasarkan kepada bahan muzikal dari teater wilayar Shanxi,
termasuk juga ciri-ciri teknikal seperti li-yin (glissando) dan tu-yin
(tonguing). Pada pertengahan abad ke 20, Sheng diubahsuaibaikan.
Bilangan paipnya ditambah menjadi 36 – 51 dan Sheng dimodifikan
menjadi alti sheng, bass aheng dan keybord sheng. Juga terdapat kromatik
sheng yang membolehkan pemuzik memodulahkan berbagai kekunci,
begitu juga boleh memainkan chord yang susah dan passages yang
poliponik. Bass sheng dikenali sebagai ‘BaoSheng’ (Rujuk lampiran 6),
besar dan berat dan perlu diletakkan atas riba atau lantai semasa
meniupnya. Bunyinya rendah dan ‘mellow’. Ia boleh menghasilkan chord
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
33
yang berbeza. Tiub besi mengantikan buluh, buluh yang besar akan
menghasilkan pic yang rendah.
Apabila alat muzik sheng ditiup, kondensasi udara yang dihembus keluar
menyebabkan gangguan intonasi dan kadang-kadang boleh menyebabkan
bunyi tidak kedengaran. Keadaan ini boleh diatasi jika alat ini dipanaskan
pada suhu melebihi bilik sebelum ia digunakan. Oleh itu pemain sheng
akan memanaskan dulu alat pada api arang sebelum dan semasa
pertunjukkan. Pada zaman sekarang ini dilakukan dengan menuang
secawan air panas ke dasar sheng, dalam ruang yang direka khas untuk
mengatasi masalah tadi.
Menurut penjual alat muzik tradisional Cina di Muar, Johor, En Liu
mengatakan bahawa sheng biasanya diperbuat dari jenis buluh Zi Zhu dan
harga pasaran antara RM390 hingga RM 500 sebuah. Menurut beliau
generasi sekarang banyak yang tidak tahu mengenai alat tersebut. Cara
untuk meniup sheng juga terhad kepada pakar atau peminat muzik
tradisional masyarakat Cina. Ini merupakan satu gejala yang amat
menyedihkan kerana dikuatiri ‘geng’ atau asal usul masyarakat Cina akan
dilupai atau diasimilasi oleh budaya lain.
4.5. Rumusan
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
34
4.5.1. Lawatan ke Sekolah Menengah Pei Fong telah membolehkan penyelidikan
ini bertambah sempurna kerana dengan adanya bantuan dari Cikgu Chu,
cara menggunakan alat muzik tradisional – Sheng diterangkan dan
demonstrasi telah diadakan oleh murid dari sekolah tersebut. Menurut adik
Tan belajar meniup alat muzik Sheng ini tidaklah susah sangat tetapi perlu
tekun, menghayati dan sentiasa berlatih. Alat muzik ini perlu disayangi
dan disimpan dengan baik untuk menjaga kualiti bunyinya.
Alat muzik Sheng merupakan salah satu kraf tradisional yang penuh
dengan keunikan tersendiri. Ia berkait rapat dengan burung mitos ‘Feng
Huang’. Feng Huang adalah lambang kemewahan dan kejayaan, motif ini
telah dicipta dan digunakan pada zaman neolitik. Ini dapat dibuktikan
dalam arca relief yang terdapat di Shangdong.
Menurut Low Tong Sheng dalam buku beliau yang berjudul Zhong Guo
Yue Qi Tu Jian telah menerangkan secara terperinci. Sejarah
perkembangan Sheng telah berlaku perubahan yang perlu mengikut zaman
tersebut dan perubahan itu telah membolehkan alat muzik ini
mengeluarkan bunyi yang lebih merdu dan pelbagai.27 (Rujuk lampiran 6)
27 Low Tong Sheng. (1992). Zhong Guo Yue Qi Tu Jian. Sang Tong.: Zhong Guo Yi Shu Yian Jiu Yuan. hal 154 - 163
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
35
BAB V
KESIMPULAN
5.1. Pengenalan
5.1.1. Melalui penyelidikan dibeberapa buah pusat sumber, didapati alat muzik
tradisional ini juga mempunyai kesamaan dengan alat muzik tradisional
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
36
Diraja Jepun yang bernama ‘Sho’28 (Rujuk lampiran 7). Di Laos, alat
muzik yang bernama ‘khene’ (Rujuk lampiran 8) juga dikatakan
mempunyai rupa bentuk dan fungsi yang sama dengan alat muzik
tradisional Cina – Sheng.
Di Eropah, alat muzik tradisional barat terdapat alat muzik – Tain Kim
(Rujuk lampiran 9). Dimainkan dengan meniup atau menyedut. Alat
muzik klasik yang serupa dengan Sheng di Negeri China dan Sho di
Negeri Jepun.29
Bagaimana di tanah air kita – Malaysia ? Berdasarkan bahan maklumat
yang dikumpul, didapati di negeri Sabah alat yang seakan rupa dengan
Sheng ini dipanggil Sompoton atau nama lain ‘Buluh Sumbiling’.
Sompoton ialah sejenis alat muzik yang diperbuat daripada batang buluh
yang kecil dan juga buah kundur. Buah kundur yang telah dikosongkan
isinya dan dikeringkan, dilubangkan pula pada satu bahagiannya dan
dimasukkan lapan potong buluh yang disusun dalam 2 baris. Bahagian
kundur yang meruncing merupakan tempat si pemain meniup
sompotan.seperti Sheng, alat ini dikatakan mengeluarkan bunyi ynag
lembut dan harmoni. Sompotan biasa dimain oleh suku kaum Dusun dan
Kadazan.
28 Henry Doktorski (2000). Asian Free- Reed, Inc. Part Two : The Japanese Sho29 Frank L. Harrison and Joan Rimmer, (1964). Antique Musical Isstruments and Their Players. New Yprk. hal.138
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
37
Begitu juga di negeri Sarawak, alat muzik tradisional masyarakat Iban –
Engkerurai merupakan sejenis alat muzik yang dikategorikan sebagai
aerofon kerana bunyi nadanya dihasilkan melalui tiupan mulut. Dari segi
lagu atau repertoir, ia banyak meniru bunyi dan aksi dari alam semulajadi.
Engkerurai tidak pernah dipersembahkan dengan alat muzik lain. Ia
bersifat berseorangan ataupun solo. Engkerurai diperbuat daripada labu
yang dikenali sebagai tangkong (kotak suara) dan 7 batang buluh
(temiang). Kemerduan bunyi ditentukan oleh saiz lelidah atau ruding30.
Apakah yang menyebabkan persamaan antara alat-alat muzik tersebut ?
Adakah antara alat-alat tersebut saling mempengaruhi antara satu sama
lain ? atau alat-alat ini memang datang dari tanah besar China melalui
aktiviti perdagangang atau mungkin juga manusia pada hakikatnya
memang mempunyai naluri yang sama sehingga mencipta alat muzik yang
seakan sama rupanya. Menurut pandangan dari jurulatih persatuan hua yue
tuan, Sekolah Menengah Pei Fong, Melaka memang ada kemungkinan
alat-alat muzik di Malaysia telah menerima asimilasi dari negara lain
kerana keunikan Malaysia sendiri yang terdiri daripada berbilang kaum
dan kerajaan mengamalkan perdagangan secara bebas.
5.2. Perbincangan
5.2.1. Aspek Falsafah
30 Sumber maklumat dari sekumpulan penyelidik iaitu Laliman Ahmad, Soraya Mansor, Anis Md. Nor, Sharif Kailani, Mohd Nasir Hashim dan Alexander Anak Wong.
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
38
Perkataan falsafah dalam bahasa Inggeris ialah philosophy yang berasal
dari dua perkataan Yunani, philien (yang bermakna mencintai) dan sophia
(yang bermakna kearifan, atau kebijaksanaan). Perkembangan falsafah
telah mula dipupuk sejak 2500 dahulu.31
Dalam masyarakat Cina, falsafah kehidupan berkait rapa dengan alam
sekitar dan kepercayaan turun temurun. Masyarakat primitif Cina
mengakui adanya satu kuasa atau semangat dalam setiap benda yang
berkait rapat dengan alam semula jadi. Mereka mengagumi dan
menghargai serta takut akan kuasa-kuasa yang mereka tidak faham. Oleh
itu mereka menyembah dan mengadakan upacara tertentu kepada langgit,
bulan, bumi dan patung-patung. Kepercayaan mengenai kuasa atau
semangat alam sekitar ini tetap dipegang oleh masyarakat Cina sehingga
sekarang seperti kepercayaan Dewi Kuan Yin. 32 Buddha dalam konteks
masyarakat Cina diwakili oleh Dewi Kuan Yin yang telah diangkat ke
langit kerana kebaikan, kesetiaan dan kemurnian hatinya. Untuk
membolehkan manusia sampai ke langit, burung mitos ‘Feng Huang’ telah
direka dan dipercayai ia adalah agen utusan dari Dewi Kuan Yin dan boleh
membawa manusia terus terbang ke syurga sekiranya manusia mempunyai
moral yang tinggi.
31 A.W. Munk, A Synoptic Philosophy of education, Nashville: Abingdon Press, 1965, m.s. 45. (sumber dari SyarifahAlwiah Alsagoff. (1984). Falsafah Pendidikan . Kuala Lumpur: Heinemann Asia. m.s. 1) 32 Ann Wan Seng, Kepercayaan Orang Cina, Penerbit Fajar Bakti . Shah Alam, 1996, hal.2 . Dewi yang dipercayai bersifat mulia dan sentiasa menolong mnusia dalam kesusahan sekiranya sifat menusia itu baik dan bermoral
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
39
Tamadun Cina mempercayai alam semester ini diperintah oleh tian33.
Secara umumnya tian dirujuk kepada langit. Ia lebih merujuk kepada satu
ketinggian iaitu syurga. Semasa Dinasti Zhou, tian dirujuk kepada
makhluk unggul yang mempunyai kuasa, menguasai perjalanaan hidup
dan menentukan nasib dengan adanya mandat dari syurga yang beliau
perolehi. Dalam hal ini raja-raja Zhou dan raja-raja seterusnya cuba untuk
mengaitkan diri mereka dengan konsep tian seperti anak syurga dan
mandat dari syurga. Justeru itu, alat muzik Sheng ini muncul pada Dinasti
Zhou dan bunyi alat muzik yang harmoni ini dipercayai akan
membolehkan seseorang raja lebih bersifat mulia dan disukai tian.
Falsafah masyarakat Cina berkait rapat dengan ajaran Konfucius. Ajaran
konfucius diasaskan oleh Kung Fu Tze yang lahir pada 551 s.m. cerita
kelahiran Kung Fu Tze agak menarik dan luar biasa. Mengikut kisah dan
legendanya kira-kira 2500 tahun yang lalu, terdapat sepasang suami isteri
yang sangat keinginan seorang anak lelaki. Shuh Liang Heih (bapa Kung
Fu Tze) mempunyai sembilan anak perempuan, walaupun begitu hidupnya
tidak bahagia kerana tidak mempunyai anak lelaki untuk menyambung
zuriat. Masyarakat Cina adalah masyarakat patrilinear, oleh itu Shuh
Liang Heih memohon dan berdoa kepada roh-roh dan Dewa Langit supaya
dikurniakan seorang anak lelaki. Doanya diperkenankan, Dewa Langit
telah hantar utusan bersama burung ‘Feng Huang’ ke kediaman Shuh dan 33 Lok Chong Hoe, Tamadun China: Falsafah, Pandangan Hidup dan Aspek-aspek Kesenian, Pusat Pembangunan dan Pendidikan Komuniti, Kuala Lumpur, Sekretariat Falsafah dan Sains Islam, Pulau Pinang, 1998, hal.3. Tian dipandang sebagai pemerintah alam semester - Maharaja Tertinggi dalam Empayar Tian dan prinsip moral.
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
40
isterinya bermimpi akan mendapat seorang anak lelaki (Rujuk lampiran
10). Akhirnya, Kung Fu Tze dilahirkan ketika umurnya mencapai 70
tahun. Ibunya memainkan peranan penting dalam membesarkan beliau.34
Kung Fu Tze dipercayai juga gemar bermain alat muzik Sheng ini. Beliau
menyatakan muzik adalah penting dan ia berkait rapat dalam kehidupan
manusia dengan kuasa yang ada pada alam semula jadi.
Melalui alat muzik Sheng ini telah wujudnya satu peribahasa yang berkait
dengan falsafah masyarakat Cina. Peribahasa ini ialah lan yu chong shu.
Mengikut bahasa klasik masyarakat Cina :
Penerangan /terjemahan:
Zaman Neferi-Negeri Berperang/ Zhan Guo, 475-221 S.M, Maharaja Qi
Xian Wang amat minat mendengar dan menghayati muzik yang ditiup
oleh alat Yu (Sheng). Maharaja minat mendengar alat muzik ini
dipersembahkan secara kumpulan besar seramai 300 pemain muzik. Sifat
ini telah memberi kesempatan kepada seorang pemain muzik yang tidak
pandai dalam tiupan Sheng ini. Namanya Nan Kuo Chu Shi. Beliau
berpura-pura pandai main semasa persembahan diadakan agar dapat
faedah / keistimewaan yang dibiayai oleh maharaja. Tidak lama kemudian,
34 Ian P. McGreal (eds), Great Thinkers of The Eastern World, Harper Collins Publishers, new York, 1995, hal.3
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
41
Maharaja Xian mangkat dan anaknya Ming Wang naik tahta. Malangnya
Maharaja Ming tidak gemar dengar secara berkumpulan, beliau meminta
pemain muzik mengadakan persembahan secara perseorangan. Setelah
mengetahui berita itu, Nan Kuo Chu Shi pun melarikan diri ke negara lain.
(gambarajah cerita – Rujuk lampiran 11)
Peribahasa ini telah menasihat orang ramai jangan bersifat menipu. Dalam
menangani liku-liku kehidupan perlu ada ilmu pengetahuan dan kemahiran
yang luas dan nyata. Sebaliknya akan mengalami kegagalan. Orang yang
bersifat mulia dan mempunyai kebolehan yang nyata tidak menakut segala
ujian yang ditimpa kerana mereka sentiasa dalam keadaan bersiap sedia.
Konfucius berkata:
Manusia yang tidak bercakap benar dan tidak mengetahui bagaimana
hendak bercakap benar ibarat kereta lembu besar yang rodanya tidak
berikat dengan pengunci kayu penggalang dan kereta kuda kecil yang
rodanya tidak berikat dengan penyelak kayu pengalang; jadi
bagaimanakah ia boleh bergerak?35
Pepatah Arab juga menasihat manusia agar ‘Tinggalkanlah bohong
meskipun pada mulanya dipandang bohong itu memberi manfaat diri
sendiri. Pada hakikatnya dia memberi bahaya. Berlaku benarlah
35 Obaidellah Haji Mohamad. (1994). Lun Yu Pembicaraan Confucius.Kuala Lumpur. : DBP. hal. 13
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
42
meskipun pada mulanya dipandang benar itu memberi bahaya kerana
pada hakikatnya, itulah akan memberi manfaat padamu.’
Begitu juga dalam pantun Melayu telah berkata :
Sikap senohong,
Gelama ikan duri;
Bercakap bohong,
Lama-lama mencuri.
Orang yang suka bercakap bohong, dipercayai akan buat kejahatan lain.
Ajaran - ajaran konfucius yang dicatat oleh anak muridnya dalam
Analects36 berkait rapat dengan ajaran moral. Konfucius percaya bahawa
moral manusia membantu pemerintah yang baik dan sifat baik merupakan
satu harta paling penting yang harus dimiliki oleh setiap insan. Dalam
konsep Jen atau perikemanusiaan, seseorang dianggap mempunyai
perikemanusiaan yang tinggi apabila melakukan kebajikan dan kebaikkan
terhadap sesama manusia. Jen dapat menghapuskan kejahatan dan
menimbulkan penghormatan sesama manusia.
Konfucius berkata:
Orang yang tidak berperikemanusiaan tidak boleh tinggal lama dalam
keadaan yang miskin. Orang yang berperikemanusiaan boleh hidup aman
(dia boleh berasa aman dengan menjalankan kerja yang
36 Hilda Hookham, A Short History of China,St. Martin’s Press, Inc., Ontario, 1972, hal.48-9.
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
43
berperikemanusiaan, dan tidak berasa aman sekiranya melakukan kerja
yang tidak berperikemanusiaan). Orang yang bijak bersikap
perikemanusiaan. (Dia menyedari bahawa perikemanusiaan
mendatangkan faedah kepadanya; oleh sebab itu dia mengajarkan pekerti
perikemanusiaan.)37
Dalam konteks ini Nan Guo Chu Shi dikatakan seorang insan yang tidak
mempunyai sifat Jen kerana sifatnya yang suka menipu orang. Untuk
mencapai kesempurnaan peribadi dan akhlak seseorang harus memiliki
Jen. Jen mewakili sifat-sifat yang baik dan positif di dalam kendiri
seseorang. Jen dapat membangkitkan semangat rajin bekerja, giat berusaha
dan bukannya duduk menunggu rezeki tanpa sebarang usaha seperti Nan
Guo Chu Shi.
Konfucius berkata:
‘Terdapat pelbagai jenis manusia. Oleh sebab itu terdapat pelbagai jenis
kesalahan yang dilakukan oleh manusia. Jenis kesalahan yang
bagaimanakah yang menyebabkan orang melakukan kesalahan? Dengan
meneliti kesalahan yang telah dilakukan oleh seseorang, kita boleh
mengetahui siapa orang itu.’38
37 Obaidellah Haji Mohamad. (1994). Lun Yu Pembicaraan Confucius.Kuala Lumpur. : DBP. hal. 23
38 Obaidellah Haji Mohamad. (1994). Lun Yu Pembicaraan Confucius.Kuala Lumpur. : DBP. hal. 25
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
44
Salah satu aspek penting ajaran Konfucius ialah jalan tengah yang dirujuk
sebagai kesederhanaan. Sebaik-baik jalan yang ditempuhi oleh manusia
ialah jalan pertengahan. Ini bermakna seseorang itu jangan keterlaluan
dalam melakukan sesuatu. Konsep ini mempunyai persamaan dengan
ajaran agama-agama yang lain seperti Islam dan Buddha. Kesederhanaan
membolehkan seseorang dalam ketenangan dan dapat membuat
pertimbangan yang rasional serta tidak mudah didorong oleh emosinya.
Dalam konteks ini, sekiranya Nan Guo Chu Shi seorang yang pegang
teguh terhadap konsep kesederhanaan, beliau tidak akan tamak pada
kemewangan yang diberi oleh maharaja dan akhirnya dipengaruhi oleh
emosinya sehingga sanggup melakukan perkara yang jahat – menipu.
Konfucius berkata:
‘Semua orang mahu menjadi kaya, menjadi pegawai tinggi. Namun cara
yang betul tidak digunakan untuk mendapatkannya. Orang yang budiman
tidak menerima cara ini.
Kemiskinan dan kehinaan dibenci oleh setiap orang. Namun cara yang
betul tidak digunakan untuk menghapuskannya. Orang yang budiman
tidak melarikan diri daripada persoalan ini. Apabila orang yang budiman
mengetepikan budi perikemanusiaan, bagaimanakah kejayaan hendak
dicapai? Orang budiman tidak pernah mengetepikan pekerja yang
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
45
berperikemanusiaan, justeru itu sekalipun sibuk dan berada dalam
kesusahan, sikap ini terus diamalkan.’39
Selain daripada itu, dalam peribahasa ini jelas menyentuh tentang sifat
manusia. Golongan legalisme berpendapat bahawa semula jadi manusia
itu memang jahat.40 Oleh itu satu tindakan undang-undang dan pemerintah
keras sahaja dapat mengawal manusia. Ini kerana perasaan tamak manusia
itu akan melawan pemerintah. (seperti Nan Guo Chu Shi) Keadaan ini
berbeza dengan ajaran Konfusius yang berpendapat bahawa pendidikan
merupakan asas penting dalam pembinaan seseorang menusia itu.
Manakala anak murid Konfusius iaitu Mencius menambah bahawa
manusia mempunyai sifat semula jadi yang akan membina dan membaiki
personaliti yang bermoral. Bagi Mencius manusia dilahir mempunyai sifat
yang baik. Namun demikian berlaku pula perubahan sikap ini kerana
keadaan sekeliling yang mempengaruhi keadaan manusia itu.41 Tidak
dapat dinafikan Nan Guo Chu Shi mempunyai sifat yang jahat, ia harus
dibaiki dengan pendidikan agar dapat meningkatkan kualiti manusia.
Di sini, penyelidik ingin menyentuh sedikit tentang sifat manusia yang
mulia seperti Cikgu Chu. Beliau berpegang teguh terhadap ajaran
Konfusius dimana mempercayai sifat manusia pada asalnya adalah baik.
39 Obaidellah Haji Mohamad. (1994). Lun Yu Pembicaraan Confucius.Kuala Lumpur. : DBP. hal. 2440 Charles Patrick Fitzgerald. (1961). China: A Short Cultural History. London.: Cresset Press. hal 10041 Michael Dillon. (1998). China: A Cultural and Historical Dictionary. Surrey.: Curzon. hal 149
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
46
Cikgu Chu sanggup meminjamkan buku yang beliau beli dari negara
China tanpa sebarang cagaran. Kata-kata dan kepercayaan beliau terhadap
penyelidik amat dihargai dan disanjung. Inilah yang dikatakan orang seni
yang menghayati nilai murni manusia, menghargai muzik, menghargai
kraf dan ingin tradisi ini berterusan.
Konsep Ying dan Yang memerihalkan pertentangan antara dua unsur
yang berlawanan bagi membentuk keserasian. Daripada keserasian, maka
keadaan yang harmoni dan aman dapat diwujudkan. Alat muzik
tradisional masyarakat Cina - sheng ini dibentuk berdasarkan bentuk
burung pheonix, oleh itu untuk mendapatkan keserasian ia dihias dengan
motif naga. (Rujuk lampiran 12). Pertentangan adalah sesuatu yang positif
dan ia perlu untuk mengekalkan keseimbangan yang sedia wujud di alam
ini.
5.2.2. Aspek simbolik
Simbol mempunyai pengetian yang meluas. Simbol memberi sesuatu
makna tanpa terasing dengan imej yang dihasilkan. Bahasa simbol wujud
apabila kedua pihak gagal untuk berkomunikasi secara global. Biasanya
simbol yang dihasilkan adalah sesuatu yang lumrah, universal dan mudah
difahami.
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
47
Simbol berasal dari perkataan Greek ‘Symbolon’ atau ‘tanda’ iaitu sesuatu
imej atau lukisan yang dipilih untuk mewakili objek, idea, kualiti dan
proses. Menurut Kamus Dewan Edisi 3 (1998), perkataan simbol
membawa makna “ sesuatu yang mewakili sesuatu yang lain, lambang
dan tanda”.
Simbol mempunyai perhubungan yang erat dengan manusia dan
kebudayaannya. Justeru itu, manusia digelar sebagai makluk bersimbol.
Menurut Budiono Herusatoto ( 1985: 10), simbolik ini merupakan ciri
khas manusia, yang jelas berbezakannya dengan haiwan.
Begitu juga Ernst Cassirer berpendapat bahawa manusia sebagai animal
symbolicum atau haiwan yang bersimbol. Ia menerangkan bahawa
manusia tidak pernah melihat, menemui, dan mengenali dunia secara
langsung, tetapi mengenalinya secara simbol.
Menurut pendapat Alex Preminger dan rakannya melalui tulisan ilmia
mereka iaitu Princeton Encyclopaedia of Peotry and Poetic (1965: 833)
yang mengatakan bahawa: The woed ‘symbol’ derives from the Gr. Verb,
‘symballein’meaning ‘to put together’, and related noun ‘symbolon’,
meaning ‘mark’, ‘token’ or ‘sign’ in the sense of the halfcoin carried away
by each of the two parties of an agreement as a pledge…’ berdasarkan
kenyataan di atas, jelas menunjukkan bahawa perkataan simbol adalah
berasal dari perkataan Inggeris iaitu symbol. (Sumber dari penulisan ilmia
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
48
Muhammad Afendi Yahya yang berjudul Simbolisme Dalam Seni Bina
Rumah Melayu Kelantan)
Manakala Jacob Korq di dalam bukunya, an Introduction to Peotry (1959 :
14) menyatakan bahawa: A symbol usually has no physical characteristics
at all to justify its abstract meaning. Oleh itu, secar ringkas, simbol adalah
suatu tanda, ciri atau lambang yang mempunyai makna abstrak, yang cuba
memberitahu sesuatu hal atau idea kepada seseorang.
Dalam apresiasi seni simbol sering dipaparkan untuk menyampaikan
ikonnya secara padat. Erwin Panofsky menggunakan istilah ikon bagi
menyampaikan mesej keagamaan di zaman Renaissance. Simbol juga
sesuai ditarifkan sebagai ‘significance form’ dalam sesebuah karya seni.
Kesimpulan yang dibuat oleh Durkheim dan Whitehead (1927), Needham
(1979 : 3) bahawa simbolisme adalah penting kerana : ia bertujuan untuk
menandakan sesuatu yang penting dari segi sosial dan mendorong manusia
untuk mematuhi atau mengikuti dan mengenali nilai-nilai yang mereka
patut hidup bersamanya. Simbol burung phoenix melambangkan
‘kebaikan’, ia dikatakan boleh terbang terus ke syurga uang sentiasa
menjadi impian manusia biasa. Untuk dapat hidup abadi di syurga,
manusia sentiasa diingati berkelakuan baik.
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
49
Simbol disampaikan melalui objek atau imej, tidak kira sama ada dua
dimensi mahupun tiga dimensi. Tanpa kita sedari penggunaan simbol tidak
terasing dalam kehidupan seharian. Simbol membawa sesuatu mesej
tertentu. Penggunaan simbol diperlukan untuk menyampaikan makna yang
tersirat dari tersurat. Simbol terhasil untuk meringkaskan sesuatu yang
panjang secara ringkas, padat dan penuh makna. Simbol boleh dihasilkan
dalam bentuk dua atau tiga dimensi. Contohnya seorang pengarca
menggunakan bentuk untuk menyampaikan makna yang tersirat. Pengukir
Arca Siva Nataraja cuba menyampaikan maklumat beberapa aspek yang
terkandung dalam agama Hindu. seorang pengukir kayu cuba
menggambarkan cerminan budaya dalam seni ukirannya dan seorang
pelukis pula, cuba menggambarkan simbol secara visual. Begitu juga
kepada seseorang pandai tukang alat muzik tradisional. Simbolnya terhasil
kerana ada komunikasi dengan alam dan simbol itu mempunyai makna
tersendiri.
Ragamhias dan motif dalam kraf Cina membawa makna yang mudah
difahami bagi sesiapa yang biasa dengan kebudayaaan Cina. Kebanyakkan
elemen-elemen hiasan adalah mudah. Ia wujud berdasarkan sejarah dan
sebahagian daripada cerita dongeng Cina. Terdapat juga simbol-simbol
yang komplek simbol artistik warisan kemewahan dan berbagai-bagai
simbol artistik adalah bentuk yang istemewa dalam seni kraf Cina. Pada
zaman neolitik tembikar Cina selalunya dihias dengan rekabentuk yang
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
50
simple iaitu dengan hanya beberapa garisan atau geometri yang berulang-
ulang untuk membentuk corak. Contohnya simbol ikan dan binatang.
Empat ribu tahun dahulu corak pertama karakter-karakter Cina yang
dipahat ditulang dan cengkerang kura-kura adalah bertujuan sebagai
petanda untuk menerang sesuatu objek atau idea. Tamadun Cina bermula
di sepanjang lembah sungai Kuning. Kawasan ini dikenali sebagai Yang
Sau. Ia selalu dilanda banjir dan kemarau, oleh itu memang tidak dapat
dinafikan bahawa petani-petani Cina amat peka terhadap fenomena alam
seperti hujan guruh dan awan. Terdapat banyak rekaan awal yang
memaparkana objek alam sekeliling. Lei- Wen atau coraka guruh pertama
kali dapat dilihat pada zaman neolitik Maksud yang dibawa oleh setiap
bentuk geometri telah diketahui tetapi ada sebahagian besar telah hilang
ditelan zaman. Tekstil dan tembikar merupakan kraf pertama di negara
Cina. Khazanah artistik ini akhirnya digunakan pada semua bentuk kraf.
Rekaan baru dan simbol bertambah banyak oleh tukang pandai kraf pada
zaman Dinasti Han.
Kraf masa kini dipengaruhi oleh budaya Asia Tenggara dan Agama
Buddha serta seni motif dari India. Reka bentuk baru diubah oleh orang
Cina mengikut pandangan dan nilai estetika mereka. Kepercayaan agama
Cina yang kompleks dan rekaan cerita-cerita atau teori-teori tentang alam
semulajadi digabungkan dan dipaparkan dalam bentuk simbolik. Lebih
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
51
daripada 2000 tahun dahulu motif dan simbol boleh dilihat dimana-mana
sahaja, ia diulang-ulang di dalam seni dan kraf dan dikongsi bersama oleh
maharaja dan rakyat biasa Contohnya reka bentuk naga pada jubah
maharaja adalah lambang kebesaran maharaja. Ia juga ditepa dibekas
tembaga, dilukis pada porselin dan jed. Simbol seperti naga sudah muncul
pada awal perkembangan seni Cina dan terus muncul hingga sekarang.
Terdapat perbezaan daripada segi reka bentuknya, ini menunjukkan
adanya daya kreativiti, inovasi dan ‘refinement’ yang berlaku dalam
sempadan batas tradisional.
Melalui motif dan bentuk kita dapat menentukan zaman ianya dibuat.
Simbol-simbol seni kraf Cina membawa makna yang tersurat dan tersirat.
Contohnya pada zaman Ming dan Ching, reka bentuk kelawar merah yang
terdapat di porselin membawa makna tuah yang melimpah-limpah,
manakala ikan emas melambangkan kekayaan seseorang atau harapan
kepada kemewahan. Warisan literatur dan sejarah telah membekalkan
banyak cerita dan simbol yang dapat dilihat dalam seni kraf.
Simbol-simbol seperti panglima perang terkenal, ahli penyajak telah dapat
tempat yang tinggi dimasyarakat Cina. Masyarakat Cina mempercayai
simbol-simbol tersebut dapat mempengaruhi kehidupan mereka ke arah
keamanan dan kegembiraan. Dalam cerits rakyat seperti ‘ Herd boy and
the weaving maid meet on the boder of milky way’ terdapat motif burung
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
52
murai yang membentuk jambatan melambangkan rumah tangga bahagia.
Pasangan burung membawa reben melambangkan ikatan perkahwinan.
Konfucius berkata:
‘Motif (tujuan) terletak pada jalan (dao), bukti terletak pada moral (te),
bergantung pada perikemanusiaan (ren) serta berhibur dalam enam acara
seni yang lain , iaitu adat, muzik, memanah, memandu kereta, menulis
tentang sejarah dan kira-kira.’42
Jarang sekali corak atau simbol yang direka berfungsi sebagai hiasan
dalam seni kraf Cina, selalunya simbol atau corak tersebut membawa tema
atau mesej yang tersirat.
Contoh-contoh simbol yang biasa dijumpai dalam seni kraf Cina:
5.2.3. Motif flora
a. Plum Blossom
Pokok plum berbunga dari dahan yang kelihatan seolah-olah mati, lima
kelopak bunga mewakili kehidupan baru di hujung musim sejuk. Plum
blossom merupakan keindahan dalam musim sejuk. Ia seolah-olah
mempunyai kuasa yang menakjubkan kerana berbunga di atas dahan yang
kelihatan seolah-olah mati. Mesej yang hendak disampaikan ialah manusia
seharusnya tabah dan cekal dalam mengharungi segala lumrah kehidupan.
42 Obaidellah Haji Mohamad. (1994). Lun Yu Pembicaraan Confucius.Kuala Lumpur. : DBP. hal. 50
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
53
Kehidupan baru dan kegembiraan akan tercapai sekiranya manusia
mempunyai sifat seperti bunga plum.
b. Pokok Pine
Melambangkan ketabahan, kesabaran dan umur yang berpanjangan. Pokok
pine yang tua dan berbonggol tumbuh subur ditepi tebing gunung yang
tinggi melambangkan seseorang yang mempunyai cita-cita yang mulia dan
istemewa. Walaupun ianya ditiup angin dan ribut ( politik, rasuah). Pokok
pine tetap kekal di situ bertahun-tahun. Oleh itu ia melambangkan
kehidupan yang sejati walaupun masalah menghadapi bencana alam.
c. Tiga sahabat musim sejuk
Plum, pine dan buluh dikenali sebagai tiga sahabat musim sejuk. Motif ini
melambangkan keriangan dan kepentingan persahabatan dalam kehidupan.
Pasu porselin yang bermotif ‘tiga sahabat ini’ dihadiahkan kepada
seseorang sebagai lambang persahabatan yang berkekalan.
d. Delima
Buah delima yang mempunyai banyak biji melambangkan kesuburan dan
kemewahan. Dalam perkataan Cina ‘seed’ (biji) juga bermaksud anak
lelaki, pleh itu buah dlima melambangkan harapan untuk mendapat
banyak anak lelaki. Biasanya sarung bantal yang disulam dengan motif
buah delima yang disulam dengan motif delima dihadiahkan kepada
pasangan pengantin baru.
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
54
e. Pokok Willow
Pokok ini dikaitkan dengan kecantikan wanita kerana daunnya yang
panjang dan tirus. Kadang-kadang dikhususkan kepada ‘singsong’
(penyanyi wanita) atau pelacur. Pokok ini juga melambangkan
persahabatan dan batang willow dihadiahkan kepada pengambara semasa
hendak bertolak ke destinasi baru. Daunnya dipercayai mempunyai kuasa
menyucikan (dewi Kuan Yin menggunakan setangkai dahan willow untuk
menyelamatkan manusia yang hidup dalam kesusahan) digunakan untuk
upacara membersihkan kubur semasa perayaan Ching Ming. Kayu pokok
willow dipercayai digunakan untuk berinteraksi dengan alam roh. Motif
willow ini terdapat di tembikar biru putih pada abad ke 18. Reka bentuk
motif ini berdasarkan kepada cerita pasangan kekasih yang menghadapi
banyak rintangan untuk berkahwain.
5.2.4. Motif binatang
Motif binatang dilarang dalam kesenian Islam. Larangan ini terkandung di
dalam Hadith yang mengatakan bahawa seseorang pengukir patung akan
diperintahkan oleh Allah untuk memberi nyawa kepada patung ciptaannya
itu. Jika beliau tidak berdaya berbuat demikian, beliau akan dicampakkan
ke dalam api neraka.43 Islam melarang penggunaan perlambangan manusia
dalam hasil ciptaan seni kerana dikhuatiri manusia akan terdorong kepada
perbuatan yang syirik dan kufur. Namun tetapi motif binatang dalam
43 Al- Bukhari, Kitab al-Buyuq, Bab40; T.W. Arnold 1932.
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
55
masyarakat Cina amat penting dalam membawa simbolik yang unik,
biasanya ia melambangkan status dan memberi petunjuk astronomi. Motif
binatang dapat dilihat dalam sculpture jed, jubah rasmi pegawai, hiasan
tanglong, seni sulaman dan seni keratan kertas. Contoh-contoh motif
binatang adalah seperti berikut:
a. Long (Naga)
Tidak dapat dinafikan naga adalah lambang yang selalu digunakan dan
amat mustahak dalam perlambangan kebudayaan Cina. Orang Cina
percaya naga adalah binatang yang mempunyai kuasa transformasi dan
boleh menurunkan hujan. Naga muncul secara berpasangan berlingkar di
dalam awan atau berenang di dalam ombak. Naga bertanding untuk
mendapatkan ‘disc’ (simbol matahari) Naga adalah simbol kekuatan
maharaja. Ada sembilan jenis naga yang dikenali. Simbol sembilan jenis
naga diukir di Beijing ‘Forbidden City’ . Motif naga berlingkar biasanya
terdapat pada seni kraf tradisional Cina. Ia melambangkan ‘anak syurga’ -
‘son of heaven’ dan tanah besar Cina.
b. Lu (Rusa)
Rusa melambangkan harmoni atau lu, juga bermaksud pangkat yang tinggi
adalah lambang kekayaan dan kejayaan
c. Yu (Ikan)
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
56
Melambangkan kekayaan. Yu sama bunyi dengan yu (berlebihan).
Masyarakat Cina biasanya mendoakan rezeki yang berlebihan semasa
menyambut Perayaan Tahun Baru Cina dan ia juga dihadiah dalam bentuk
lukisan kepada sahabat yang berjaya dalam perniagaan agar mereka murah
rezeki.
d. Feng Huang (Phoenix)
Sebagai simbol Maharani. Menurut cerita mitos Feng Huang adalah
burung yang boleh terang terus ke syurga. Ia juga melambangkan
pencapaian yang tinggi. Biasanya ia dilukis bersama dengan Naga untuk
melambangkan perkahwinan yang bahagia. Bulu Feng Huang yang
berwarna-warni melambangkan kecantikan, kemewahan dan baik hati. Ini
menyebabkan ia biasa dibayangkan sebagai burung Cenderawasih
(terdapat dalam cerita dongeng Sastera Melayu) dan burung Merak.
(Rujuk lampiran 13)
Motif yang biasa digunakan untuk menghiasi badan alat muzik Sheng ini
ialah motif flora dan geometri yang berulang-ulang, ini sama seperti
penggunaan motif berjalar yang berterusan dan rentetan bulatan yang
diulang-ulang dalam seni Islam. Ia diibaratkan sebagai rentetan zikir dan
bulatan melambangkan syurga atau alam baqa’44. Critchlow (1983) pula
mengatakan bahawa bulatan adalah simbol kosmos yang utama, satu
keseluruhan dan perpaduan (wholeness and unity). Begitu juga dalam
44 Bridgwater and Kurtz 1963: 421
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
57
masyarakat Cina, motif yang berulang-ulang diibaratkan sebagai banyak,
sekiranya motif yang digunakan ialah bunga balsom, simboliknya ‘banyak
bahagia’, ‘banyak berani’.
Menurut Law Tong Sheng, didapati alat muzik sheng Dinasti Tang telah
dihiasi dengan motif naga yang dikatakan binatang yang membawa
kebahagian dan mempunyai kuasa mistik dalam kepercayaan budaya Cina.
5.3. Simbolik dalam penggunaan warna
5.3.1. Warna membawa banyak maksud yang simbolik, kadang-kadang
maksudnya melangkaui nilai-nilai estetika. Penggunaan setengah warna
terus menjadi kelaziman dan sesuatu yang mesti pada ahli tukang pandai
kraf. Contoh simbolik dalam warna :
a. Qing (warna hijau)
Hijau ialah warna alam semula jadi. Dalam masyarakat timur ia dikaitkan
dengan tumbuhan yang sedang membesar membawa simbolik kesegaran
dan berharapan.
b. Hong (warna merah)
Merah adalah warna semasa tumbuhan sedang berbunga dan hidup subur.
Ia melambangkan kemeriahan dan kegembiraan Ia juga melambangkan
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
58
wanita atau gadis yang cantik.Merah terang(Cinnabar atau Dan)
disamakan dengan ketakjupan dan kehidupan yang abadi.
c. Huang (warna kuning)
Warna Dataran Rata di uutara Cina. Berkait rapat dengan asal usul
kebudayaan cina Han. Melambangkan tanda terima kasih dan hormat
kepada tanah. Kuning juga dikaitkan dengan maharaja.
d. Bai (warna putih)
Warna alam spiritual upacara kematian dan pengkebumian masyarakat
Cina. Dalam agama Buddha warna putih melambangkan kesucian dan
berkait rapat dengan bunga teratai.
e. Hei (warna hitam)
Warna hitam melambangkan sesuatu yang misteri. Hitam ialah warna
yang tidak aktif melambangkan ketakutan dan perbuatan yang jahat.
5.4. Simbolik dalam alat muzik - Sheng
5.4.1. Nama alat muzik ‘sheng’ ini mempunyai sebutan yang sama dengan
perkataan Cina ‘sheng’ ( ) yang memberi makna ‘naik keatas’.Simbolik
yang dibawa oleh alat muzik Sheng boleh dilihat dari segi bahan yang
digunakan. Buluh, adalah bahan utama untuk menghasilkan alat muzik ini
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
59
dan buluh adalah tumbuhan yang mempunyai batang yang panjang dan
tumbuh dengan mudah terutama selepas musim hujan.. selain daripada
dapat menghasilkan bunyi yang harmoni, ia melambangkan ketahanan dan
kekuatan. Buluh juga melambangkan daya pegas dan kesepduan kerana ia
akan melentur bila ditiup angin tetapi kembali tegak apabila angin reda.
Manusia diharap mempunyai sifat buluh yang dikatakan elegan (berilmu
tinggi dan mulia). Hanya tukang pandai yang profesional dapat
memaparkan maksud yang tersirat disebalik kraf kerana kesukaran bentuk
buluh tesebut.
5.5. Simbolik dalam rekabentuk alat muzik - Sheng
5.5.1. Menurut Siti Zainon Ismail, kraftangan bersifat anonymous. Kita tidak
mengenali siapa perekabentuk asalnya. Hal ini terjadi kerana tradisi kita
ketika itu memang tradisi lisan, tidak ada yang mencatat, merakam apa
lagi membukukannya. Rekabentuk Sheng dikatakan merujuk kepada
bentuk burung mitos ‘Feng Huang’. Burung ini terkenal kerana bulunya
yang berwarna-warni. Bulunya tumbuh panjang dan biasanya dari ekor
ataupun jambul (di bahagian tengah Sheng terdapat buluh yang panjang).
Bulu-bulu unjuran ini kelihatan seperti utas-utas dawai yang melengkuk.
Selain daripada berfungsi sebagai alat penghibur, kraf ini dikatakan begitu
unik dan penuh dengan nilai estetik. Menurut pengkaji tradisi Jepun,
Kageo muraoka mencatat dalam bukunya, the Basic Attribute of Folk
Craft is Utility, The Objects Practical Value (1976 : 103) bahawa dalam
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
60
proses perkembangan kraftangan, kedua – dua unsur, fungsi dan estetik,
adalah penting.
Dalam masyarakat Cina, motif ‘fenghuang’ boleh didapati semasa
perkahwinan. Adat-adat masyarakatCina mempercayai motif naga dan
fenghuang harus ditampal di dinding apabila majlis perkahwinan
dilansungkan. (Rujuk lampiran 14). Motif ini juga terdapat sebagai
perhiasan barangan si mati. Ia ditampal di atas keranda agar si mati naik
ke syurga untuk menebus dosa. Selain daripada itu motif ini sering
didapati pada jubah pakaian maharaja dan jubah pengantin baru . (Rujuk
lampiran 15). Seperti yang diberitahu oleh Lois Lamya al- Faruqi (1982),
salah satu ciri-ciri kesenian Islam ialah pengulangan. Dalam masyarakat
Cina hiasan secara berulang juga terdapat pada atas hiasan Sheng ini.
Motif yang berulang-ulang sebagai rentetan zikir.
5.6. Kesimpulan
Sekiranya segala usaha yang dicadangkan dapat dijalankan, nyawa kraftangan
tradisi akan menjelma dalam bentuk yang lebih dinamik melalui trasformasi yang
sesuai. Jelasnya apa pun perubahan yang berlaku sensibiliti serta hati budi tradisi
itu tidak akan dilenyapkan hanya dengan hasrat kita untuk meletakkannya ke
persada globalisasi. Seperti kata Dato Sulaiman Osman bekas Pengarah
Perbadanan Kraftangan Malaysia: “ Sensibiliti tentang kebudayaan Malaysia
adalah berdasarkan kepada kekuatan ciri-ciri keasliannya”. Menurut Paul J. Smith
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
61
pula dalam membicarakan keutuhan kraftangan tradisi melalui transformasi
berbunyi: “While tied to its rich historical roots of function, craft today is
distinguished by the sophiscated level of its aesthetics, which evolves in the
process of making and the artists’ spiritual involvement with the material enables
the contemporary craftsmen to transcend traditional form and techniques
creating works of genuinely new significance.”
Harapan agar kraf tangan tradisi akan berkembang subur dan mengalami
perubahan mengikut zaman kini serta menggetarkan alam sekeliling tetapi intipati
serta semangat kraf tangan tetap kukuh berakar tunjangkan nilai serta estetik yang
tidak lapuk dek hujan dan lekang dek panas hingga sepanjang zaman.
Dalam bidang seni, seni kraftangan dan tradisional Melayu mahupun bangsa lain
adalah di antara kandungan yang disenaraikan dalam kurikulum kebangsaan
selain daripada lukisan dan catan. Kandungan kurikulum seni memberi penegasan
untuk identiti dan rupa diri kebangsaan dalam struktur dan filosofinya. Bukan
sahaja seni tetapi mata pelajaran lain seperti sejarah, geografi, kesusasteraan telah
direncanakan untuk memberi tumpuan kepada kandungan tempatan. Tujuannya
ialah untuk mengembangkan perpaduan kebangsaan dalam masyarakat berbilang
kaum dan kebudayaan di Malaysia di samping menekankan aspek aksiologi
keilmuannya kepada generasi muda, sistem pendidikan adalah untuk menerapkan
nilai-nilai petriotisme di samping menghargai tradisional dan budaya sendiri.
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
62
‘Saya bukan manusia yang dilahirkan lalu mempunyai ilmu pengetahuan.
Namun saya adalah menusia yang menggemari warisan budaya lama serta
berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.’
(Konfucius : Lun Yu)
5.7. Cadangan
Demi untuk menghidupkan budaya kraf tangan- alat muzik Sheng ini, penyesuain
atau perubahan mengikut kehidupan moden harus dipertimbangkan mungkin
bukan dengan bentuk dan kegunaan asalnya tetapi satu pembaharuan dalam
pelbagai aspek tanpa menghilangkan jatidirinya. Contohnya alat muzik Sheng
zaman moden ini telah mengalami perubahan ketara dari segi penggunaan bahan
dan teknik membuatnya tetapi falsafah dan simboliknya yang terkandung
dalamnya tetap tidak berubah. Dari 17 paip buluh ditambahkan sehingga 36 paip (
campuran buluh dan logam) merupakan satu keperluan dalam bentuk yang baru
yang boleh mengembalikan kehidupannya dengan fungsi yang baru. Dari kajian
yang telah buat, didapati barang kraf mempunyai nilai yang amat tinggi dan
seharusnya dikekalkan.
Disebabkan unsur ‘ Perwarisan turun temurun’ akan peraturan akhlak dan kaedah
teknikal mencari keperluan asas kepada kewujudan kesenian tradisional . kita
perlu mencari cara bagaimana ianya boleh di garapakan dengan citarasa zaman
kini. Di bawah ini, penyelidik telah memetik beberapa cadangan dari pakar seni
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
63
Pensyarah DS 11, USM En. Baharudin Bin Mohd. Arus dalam kertas kerjanya
yang bertajuk “Kraftangan Tradisi Satu Transfomasi” :
5.7.1. Guru seni harus berilmu pengetahuan tinggi dalam bidang pendidikan
seni. Memahai kurikulum pendidikan seni dan seterusnya hubungan
matlamat dan objektif pendidikan seni visual dengan Falsafah Pendidikan
Negara. Mendidik pelajar bukan setakat kemahiran (psikomotor) dan ilmu
pengetahuan (kognitif), tetapi juga aspek efektif yang membolehkan
pelajar menghargai nilai-nilai, falsafah dan simbolik yang dibawa oleh
barangan kraf.
5.7.2. Untuk mempertingkatkan kraf tangan tradisi, perkara utama yang harus
dipertimbangkan ialah memberi pendidikan kepada tukang pandai dimana
kebanyakan mereka tidak mempunyai pengetahuan dengan meluas dalam
pendidikan seni visual secara akademik. Pendidikan yang formal
menekankan kepada teknologi pembuatan, sejarah serta falsafah
diutamakan di institusi latihan seperti yang berlaku di Bauhaus, di negara
Jerman pada 1930 .
5.7.3. Menggalakan budaya berkarya seni secara bebas dari peringkat tadika
hingga ke Institut Pengajian Tinggi.
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
64
5.7.4. Kurangkan elemen yang membentang kreativiti seperti dikalangan pelajar
dab perekabentuk dan pelukis dari elemen politik, budaya negetif dan
badan penapis. Pandai tukang serta aktivis kraftangan perlu melihat secara
ilmiah peranan pergerakan senilukis melahirkan rekabentuk yang avan
garde seperti rekabentuk Italy diilhamkan oleh arcawan organic seperti
Han Arp, Calder dan Joan Miro pada tahun 1950an.
5.7.5. Menggalakkan strategi kemahiran KBKK (Kemahiran Berfikir secara
Kreatif dan Kritis). Pelajar bukan sahaja melukis atau berkarya tetapi
menggalakan mereka membuat refleksi dan sentiasa memperbaiki diri.
5.7.6. Pihak kerajaan harus memperkenalkan atau mengadakan promosi yang
lebih melalui siaran televisyen dan radio, menjemput pandai tukang
tempatan atau luar negeri untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran
tentang seseuatu barangan kraf.
5.7.7. Menggalakkan pandai tukang membuat penyelidikan makmal serta R&D.
tanpa penyelidikan makmal maka tidak lahir penemuan baru dan
kehilangan identiti sesuatu barang kraf akan wujud.
5.7.8. Pendidikan Seni mesti diberikan sama taraf dengan mata pelajaran lain
seperti sains dan bahasa. Tidak ada jalan rentas untuk mendidik pencipta
atau pereka bentuk yang kreatif William Morris, Lazly Moholy Nagy dan
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
65
Aero Seranen. Tanpa pendidikan seni yang mantap seseorang pelajar tidak
akan berupaya untuk menjadi seniman yang kreatif dan dedikasi terhadap
seninya. Proses pengajaran dan pembelajaran seni visual secara insentif
amat penting untuk mendidik pelajar berkemahiran dan inovatif.
5.7.9. Memperbanyakkan lagi Intitut Pengajaran Tinggi Awam menawarkan
banyak kursus berhubung dengan kraftangan, bahan budaya dan reka
bentuk kraftangan atau teknologi rekabentuk. Kursus ini menekankan
kepada penggarapan sains dan teknologi dalam mereka bentuk kraftangan
berinovatif. Contohnya Bauhaus di Jerman dan Royal School of Art telah
berjaya meletakkan kraftangan dari seni gunaan kepada seni murni tinggi
'‘High Art'’atau '‘Craft Art”.
5.7.10. Satu badan NGO atau pihak kerajaan seperti Perbadanan Kraftangan
Negara dan Kementerian Pelancungan mengenalpasti pandai tukang serta
individu yang membuat kraftangan secara kecilan yang berpotensi untuk
dipertingkatkan. Badan ini juga membuat promosi yang bersungguhan
untuk kraftangan keperingkat antarabangsa. Pihak swasta pula harus
menyalurkan bantuan kewangan serta peralatan kepada pandai tukang
yang dikenalpasti tanpa mengira bahantara yang diusahakan.
5.7.11. Jabatan Muzium dan Galeri menubuhkan galeri disetiap bandar seluruh
negara bagi menempatkan produk kraftangan tempatan yang disamping
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
66
menjalankan bengkel dan promosi untuk masyarakat serta pelancung.
Kaedah ini dapat memberi pendedahan kepada masyarakat umum sambil
menanamkan kesedaran.
RUJUKAN
1996. Ensikopedia Malaysiana, Jilid 3, 7, 8, 13. Kuala Lumpur: Anzagain Sdn. Bhd. (Syarikat Kumpulan EBIZA)
1996. Glosari Seni Muzik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal.15
1998. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2000. Kumpulan Esei Pilihan: Pendidikan Seni dan Muzik. Perak: Fakulti Sains Sosial dan Kesenian.
Ann Wan Seng. 1996. Kepercayaan Orang Cina. Selangor: Farja Bakti.
Anthony Baines. 1992. The Oxford Companion to Musical Instruments. Oxford New York.
Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Suffian Mansor, Zulkanain Abd. Rahman. 2000. Titas 2:Siri Sejarah Fajar Bakti. Selangor. : Fajar Bakti.
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
67
Baharudin Bin Mohd. Arus. 2000. Kraftangan tradisi satu transformasi. Dalam Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur.
Cheu Hock-Tong. 2000. Confucianism in Chinese Culture. Selangor: Pelanduk Publications.
Dr. Othman Mohd. Yatim. 1989. Warisan Kesenian Dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Frank Ll. Harrison and Joan Rimmer. 1964. Antique Musical Isstruments and Their Players. New York.
Hassan, Fauzura & Ismail. 2000. 5000 Alam Mutiara Kata. Selangor: Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd.
Ismail Bin Hj. Ibrahim. 2000 Simbolisme Dalam Rekaan Corak Tradisi Murut. Dalam Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur.
Karen Foster. 1992. Making Music. UK: Merlion Arts Library Pub. Ltd.Law Tong Sheng. 1992. Zhong Guo Yue Qi Tu Jian. Negeri China: Kementerian
Pendidikan Sang Tong.
Maggle Oster. 1995. Bamboo baskets. USA: Viking Studio Book.
Mary Tregear. 1997. Chinese Art. London: Thames and Hudson Ltd.
Mohd. Nor Ismail & Mohd Arifin Muda. Buluh Dalam masyarakat Melayu Tradisional. Muzium Negeri Terengganu.
Muhammad Afandi Yahya. 1995. Simbolisme dalam Seni Bina Rumah Melayu Kelantan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Obaidellah Haji Mohamad. 1994. Lun Yu Pembicaraan Confucius. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Patricia Matusky, Tan Sooi Beng. 1997. Muzik Malaysia: tradisi Klasik, rakyat dan sinkretik. Pulau Pinang: The Asian centre.
Robert Dearling. 1996. The Illustrated Encyclopedia of Musical Instruments. London: Carlton Books Limited.
S. H. Nasr. 1989. Falsafah Kesusasteraan dan Seni Halus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Zainon Ismail. 1986. Rekabeentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
68
Siti Zainon Ismail. 1989. Percikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tan Sooi Beng. 1999. Penghantar Muzik Malaysia Buku: Patricia Matusky The Asia – Centre. hal. 184-185
Tan Sooi Beng. Alat Orkestra Cina Moden Malaysia: Satu Pengenalan. Masakini.
Valery M. Garrett. 1996. Antiques Arts & Crafts in Hong Kong. Singapore: Times Editions Pte Ltd.
Wen Hua Kui Bao: Cheng Yu Gu Shi Da Bai Ke. Kuala Lumpur. : Agent’s Digest.
William P. Malm. 1996. Music Cultures Of The Pacific The Near East and Asia. New Jersey: Prentice Hall, Upper Saddle River.
Zakaria Adnam. 1984. Seni Lukis Satu Penghantar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Zubir Ali. 2000. Alat Muzik Tradisional Melayu Dalam Perspektif Islam. Dalam Alat Muzik Tradisional: Daya dan Bunyi. Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
http://members.tripodasia.com.my/hida/MUZIK_CHIN11
http://www.music.upm.edu.my/~minni/mzk3000/china
http://www.shef.ac.uk/uni/academic/I-M/mus/staff/js/AdInstr.html
http://www.paulnoll.com/mus-xiao.html
http://www.trfn.org/free-reed/history/sheng.html
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
69