abstrak - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/peranan-tarekat... · dengan...
TRANSCRIPT
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam
Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
19
PERANAN TAREKAT TASAWUFDALAM
PEMBANGUNAN UMMAH RAHMATAN LIL ‘ALAMIN1
Mohd Hamidi Ismail (Ph.D)2
Ahmad Najaa Mokhtar (Ph.D)3
Muhammad Khairi Mahyuddin (Ph.D)4
Abstrak
Tiada yang mampu menyangkal bahawa
bangun dan berdirinya umat Islamadalah
dengan berpegang teguhdengan manhaj
yang dibawa oleh Islam. Manhajnya yang
mengimbangi di antara duniawi dan
ukhrawi membekalkan kesejahteraan
kepada insaniyyah (insani/antropologi)
dan ruhaniyyah (ruhani/psikologi)
manusia,adalah hakikat sebenar
pembangunan bagi umat Islam. Meskipun
secara kasarnya, keseimbangan tersebut
tampak setara, namun secara halus, Islam
lebih mementingkan kesejahteraan ukhrawi
berbanding duniawi. Ia menepati apa
yangtermaktub dalam fitrah kejadian
1 Dibentangkan dalam Zikir Perdana Sedunia 2016 anjuran
Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA),
pada 21 Mei 2016, bertempat di Masjid Putra Presint 1,
Putrajaya. 2 Pensyarah Kanan Program Akidah dan Agama, Fakulti
Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam
Malaysia. Nilai, Negeri Sembilan. 3 Pensyarah Kanan Pogram Akidah dan Agama, Fakulti
Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam
Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan. 4 Timbalan Dekan (Pembangunan Pelajar dan Pengurusan
Prestasi) Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti
Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan.
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam
Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
20
manusia sebagai ‘abidun (hamba Allah
SWT), yang mana kehambaan kepadaNya
tidak terhenti di dunia ini sahaja bahkan ia
berlanjutanhingga ke akhirat. Lebih
daripada itu, ia bertepatan dengan anjuran
ihsan (ihsan), yang memerlukan hamba
menghampiri rabb (tuhan) lebih daripada
dia mengenal dirinya sendiri, dan ini tidak
akan berlaku melainkan dengan
meletakkan tujuan akhirat di hadapan
segala-galanya. Oleh yang demikian,
dalam Islam, aturan-aturannya lebih
banyak serta rinci menumpukan kepada
pembangunan jiwa ruhani manusia,
membersih hati dan mendidik akhlak
mereka berbanding aturan-aturan fekah,
muamalah, ekonomi dan sebagainya.Di sisi
ulama’, aturan-aturan jiwa ruhani ini
dinamakan sebagai tazkiyah al-nafs atau
al-‘ilm al-akhlaq, atau masyhur dikenali
dengan Ilmu Tasawuf.Untuk
melihatperincian apa yang perkatakan ini
dengan lebih jelas, makalah yang
disediakan ini akan membincangkannya
secara komprehensifdengan memberi
tumpuan kepada fungsi tarekat kesufian
(al-tariqah al-sufiyyah), sebagai aturan
atau metode pembangunan umat Islam
menjadi ummah yang membawa
kerahmatan buat sekalian alam.
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam
Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
21
Kata kunci: tarekat, ruhani, sufi, pembangunan
insan, rahmatan lil ‘alamin.
Pendahuluan
Risalah al-Nubuwwah (kenabian) Nabi Muhammad SAW
merupakan risalah universal. Universalisasi risalah ini
bukandilihat pada sudut seruan dakwahnya – kerana
kelompok al-mad‘u (yang diserukan)adalah terhad, tertumpu
kepada bangsa jin dan manusia – bahkan ia dilihat pada
sudut kerahmatan yang berlingkardi sekeliling risalah al-
nubuwwah Rasulullah SAW tersebut, yang menyeluruh dan
meratai ke atas sekalian makhluk Allah SWT, sama ada yang
zahir mahupun yang batin, yang tidak terkecuali satupun
sama ada yang berunsur jamadat (ketulan), nabatat
(tumbuhan), hayawanat (haiwan) mahupun ruhaniyyat (ruh).
Ini telah dinyatakan secara jelas dalam surah al-Anbiya’
(21:107):
Terjemahan: Dan tidaklah Kami
utuskan kamu (wahai Muhammad)
melainkan sebagai rahmat bagi
sekalian alam.
Ungkapan dengan maksud “sekalian alam” pada ayat
tersebut sememangnya dengan memberi maksud yang
mutlak. Iatidakhanya terbatas kepada makhluk-makhluk
Allah SWT yang patuh dan beriman sahaja, bahkan
merangkumi mereka yang ingkar dan kufur, namun mereka
tidak menerima dan memanfaatkan kerahmatan tersebut ke
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam
Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
22
atas diri mereka, menjadikan diri mereka orang-orang yang
rugi.5
Secara dasarnya, kerahmatan risalah al-Nubuwwah
yang dimaksudkan tidak lain melainkan ia adalah
kerahmatan yang tersemat pada keluhuran akhlak zahir dan
batin Rasulullah SAW. Baginda telah diperakui sendiri oleh
Allah SWT dengan ketinggian akhlak sebagaimana
firmanNya dalam surah al-Qalam (68:4):
Terjemahan: Dan sesungguhnya bagi diri engkau
akhlak yang sangat hebat.
Dengan pekerti (akhlak zahir) dan hati (akhlak batin) yang
mulia inilah, Baginda SAWmenjadi saluran mengangkat
manusia menjadi insan yang bertamadun. Ia semestinya
demikian, kerana dengan pekerti dan hati sebegini sahaja
manusia dapat mengaktifkanjiwa manusiawi pada diri
mereka, dan kemudianberupaya membangunkan kehidupan
fizikal mereka. Menegaskan perkara ini, Ibn al-Qayyim
mengatakan:
لوال النبوات مل يكن ىف العامل علم نافع البتة وال عمل صاحل وال صالح ىف معيشة وال قوام
والسباع مللكة ولكان الناس مبنزلة هبائمالعادية والكالب الضارية اليت يعدو بعضها
.على بعض
5 Shihab al-Din al-Sayyid Mahmud al-Alusi al-Baghdadi,
Ruh al-Ma‘ani fi tafsir al-Qur’an al-‘Azim wa al-Sab‘ al-
Mathani, ed. Al-Sayyid Mahmud Shukri al-Alusi al-
Baghdadi (Beirut: Idarah al-tiba‘ah al-miriyyah wa dar
ihya’ al-turath al-‘arabi), 7: 104.
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam
Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
23
Terjemahan: Kalaulah tanpa
kenabian, tidak akan wujud sama
sekali di alam ini ilmu yang berguna,
tiadalah amalan salih [untuk
diamalkan] dan tiadalah kebaikan
dalam kehidupan [untuk dihasilkan],
tiadalah tunjang-tunjang kehidupan
bermasyarakat dan adalah martabat
manusia seperti haiwan ternakan dan
pemangsa yang liar, seperti anjing-
anjing ganas, yang saling menerkam
di antara satu dengan yang lain.6
Justeru, maksud ‘rahmatan lil ‘alamin’ (kerahmatan
sekalian alam) pada risalah al-Nubuwwah berpaksi pada
kemurniaan pekerti dan hati Rasulullah SAW. Baginda
kongsikan kerahmatantersebut dengan umatnya, apabila
merekahayati dan mengamalkannya, kerahmatan risalah al-
Nubuwwahtersebut tidak lagihanya terhimpun pada diri
Baginda, malah hidup dan berkesinambungan ke seluruh
alam. Dengan ini, benarlah firman Allah SWT di atas “Dan
tidaklah Kami utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan
sebagai rahmat bagi sekalian alam”.
Dalam Islam, penghayatan terhadap kemurniaan
pekerti dan hati Rasulullah SAW diterapkan secara khusus
dalam Ilmu Tasawuf. Ia menjadi wadah utamabagi umat
Islam merujuk dan mengenal keperibadian Rasulullah SAW,
malah lebih daripada itu, Ilmu Tasawufmenjadi teras kepada
ilmu-ilmu Islam yang lain. Ini adalah kerana Ilmu Tasawuf
menggarap dan memaksimakan segala pemahaman dan
pengamalan yang diperolehi daripada ilmu-ilmu tersebut.
Hal ini berpandukan kepada polarasi Ilmu Tasawuf itu
sendiri yang mengajarkan manusia tentang ihsan,
sekaligusmembuktikan bahawa Ilmu Tasawuf terpatri dalam
6 Ibid., 105.
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam
Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
24
pemahaman dan pengamalan para alim ulama’ pelbagai
bidang ilmu. Mereka berbuat demikian kerana mereka amat
sedar, tanpa Ilmu Tasawuf, pincanglah ilmu-ilmu Islam dan
rosaklah pemahaman dan amalan umatnya.Maka tidak hairan
apabila Imam Malik RH mengungkapkan:
ومن تفقه ˛من تصوف ومل يتفقه فقد تزندقومن مجع بينهما فقد ˛ومل يتصوق فقد تفسق
.حتققMenafsirkan ungkapan Imam Malik ini, Shaykh Zaruq
mengatakan, sesiapa yang bertasawuf tetapi
tidakmemfaqihkan dirinya iaitutidak mendalamihikmah dan
hukum-hakam apa yang diamalkannya, maka dia telah
melakukan kezindiqkan. Sesiapa yang mendalami hikmah
dan hukum-hakam pula, tetapi tidak bertasawuf iaitu
menghadapkan amalannya dengan ikhlas kepada Allah SWT,
maka dia telah melakukan kefasiqkan. Hasilnya, sesiapa
yang menghimpunkan kedua-duanya yaknibertasawuf
danfaqih, maka dia telah mencapai kebenaran dalam
beramal.7
Melihat keistimewaan Ilmu Tasawuf dari sudut ini, ia
menjadi penanda aras kepada kualiti pembangunan umat
Islam. Apa yang pasti, dengan penghayatan IlmuTasawuf,
umat Islam dapat mencapai pemahaman yang sebenartentang
ajaran Islam sertapengamalannya dalam kehidupan.
Sebaliknya, tanpa penghayatan tersebut, umat Islam
menghampiri keliaran dan terjun ke lembah kebinasaan yang
menghalang segala makna kesejahteraan, termasuklah
kesejahteraan ‘ammah (umum) yang dikongsi bersama
dengan manusia lain di dunia ini. Bagaimanakah analogi
ini digambarkan, makalah ini akan membincangkannya
7 Lihat lebih lanjut dalam Ahmad bin Ahmad al-Birnisi,
Qawa‘id al-Tasawwuf, ed. Taha al-DusuqiHibishi
(Kaherah: Maktabah al-Iman, 2013), 20.
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam
Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
25
dengan memberi tumpuan kepada metodologi Ilmu Tasawuf
dalam menyelaras akhlak manusia, selari dengan manifestasi
kerahmatan risalah al-Nubuwwah Rasulullah SAW;
“rahmatan lil ‘alamin”.
Tarekat Kesufian dan Pembangunan Insan
Tiga perkara pokok akan dibahaskan dalam tajuk ini ialah;
konsep tarekat kesufian, nilai insaniah pada manusia dan
bagaimana nilai tersebut dibangunkan oleh tarekat kesufian.
Secara leksikalnya, al-tariqah (tarekat) ditakrifkan
sebagai al-sirah (perjalanan), al-madhhab (persepsi) dan al-
hal (keadaan).8 Manakala secara terminologinya pula, dalam
Islamperkataan al-tariqah lazim dikaitkan dengan kesufian
(al-sufiyyah).Maka dengan ini boleh disimpulkan bahawa
istilahal-tariqah al-sufiyyah bermaksud perjalanan atau cara
khusus para salik mendapatkan jalan pintas dan singkat
dalam pendakian maqam-maqam.9
‘Jalan pintas’ pada takrif ini tidak pula bermaksud al-
sunuh (bermudah-mudah), tetapi di sisi para sufi ia
bermaksudtahsilal-lub (menghasilkan intipati) dalam faham
dan amal. Begitu juga dengan maksud ‘singkat pendakian’,
iaitu dengan maksud kesungguhan keluar daripada darjat-
darjat yang hina lagi jauh daripada Allah SWT kepada yang
paling mulia lagi hampir kepadaNya.10
Motif daripada tarekat kesufian sebagaimana
dijelaskan daripada takrifnya ini tidak banyak berbeza
dengan motif ilmu-ilmu Islam yang lain seperti akidah,
fekah, sirah dan lain-lain, semuanya turut memacu umat
8 Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab, 10:221, entri “taraq”. 9 Al-Jurjani, al-Ta‘rifat, 141. 10 ‘Abd al-Halim Mahmud, al-Tasawwuf al-Islami:
sakhsiyyat wa nusus ma‘a kitab al-Munqidh min al-dalal,
ed. Muni‘‘Abd al-Halim Mahmud (Ajuzah: Maktabah al-
Iman, 2004), 296.
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam
Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
26
Islam kepada menghampiri Allah SWT. Namun tarekat
kesufian mempunyai keistimewaan tersendiri apabila ia
mementingkan penghayatan dan pengamalan, sebaliknya
ilmu-ilmu lain mementingkan pengetahuan dan pemahaman.
Oleh sebab itu, ahli tarekat kesufian disebutkan sebagai
arbab al-ahwal (pentarbiyah hal-ehwal diri) dan bukan
ashab al-aqwal (pengungkap kata).11
Kenyataan ini boleh jadi mengejutkan orang-orang
yang keliru. Hakikatnya amat jelas, mengetahuinya
seseorang itu tidak semestinya menjadikannya menghayati,
begitu juga memahami, tidak semestinya menjadikannya
beramal. Betapa ramai manusia yang mempelajari ilmu-ilmu
Islam, ada yangberupaya mencapai tahap alim, pakar,
mujaddid dalam bidang mereka, tetapi adakalanya mereka
tidak dipercayai dan diperakui kerana ketiadaan amanah,
benar dan thabat (kemas berpendirian) – daripada sifat-sifat
para sufi – pada diri mereka. Berbeza pula dengan ulama’-
ulama’ yang menghayati dan mengamalkan tarekat kesufian,
mereka bukan sahaja diakui alim, pakar, mujaddid, tetapi
juga diakui warak, zuhud, amanah, benar dan lain-lain lagi
daripada sifat para sufi. Tidakkah dengan sifat-sifat ini
ulama’-ulama’ tersebut dijulang dan diperakui?
Seharusnya difahami di sini, apabila disebutkan tarekat
kesufian, iabukan semata-mata bermaksud wirid-wirid
(awrad) atau hal-ehwal suluk (ahwal al-suluk), ataupun
kumpulan zikir tertentu, semuanya ini merupakan mazahir
(penzahiran) bagi ahli sufi.12
Tetapi yang dimaksudkan
dengan tarekat kesufian di sini ialah cara atau usaha
11 Ibid. 12 Tidak dinafikan kepentingan perkara-perkara ini bagi
mereka yang menjalani kehidupan sufi. Bahkan ia seiring
dengan mujahadah nafsiyyah dalam mendidik dan
mentarbiyah diri seseorang salik. Namun dari sudut
keutamaan dan keperluan yang menyeluruh, perkara-
perkara ini tidak mendatangkan faedah atau faedahnya
kecil jika tidak dimulakan dengan penyucian dan
pembersihan hati daripada segala sifat mazmumah.
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam
Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
27
menyisih kejelekkan sifat-sifat keji daripadapekerti dan
hati,seterusnya mengisi pada kedua-duanya dengan
kemurnian sifat-sifat yang diredhai Allah SWT.Cara atau
usaha ini masyhur dalam arena kesufian dikenali sebagai
konsepal-takhalli (penyisihan) dan al-tahalli (pengisian).13
Sebilangan besar ulama’-ulama’ Islam mengetengahkan
konsep ini dalam pertuturan dan perilaku mereka, dan para
imam mazhab tiada seorang pun yang terkecuali.
Imam AbuHanifah RHsebagaimana dicatatkan oleh al-
Dhahabi sebagai seorang yang terhimpun padanya kefaqihan,
kewarakkan dan pemurah. Beliau seorang ahli ibadah yang
hebat, sehingga diriwayatkan bahawa telah mengkhatamkan
7 ribu kali bacaan al-Qur’an pada tempat beliau
disemadikan, kerana gerunkan sengsara azab kubur. Imam
Malik RH pula, antara ungkapannya“sesungguhnya al-mara’
(berbalah-balah) dan al-jidal (berbahas-bahas) pada urusan
ilmu, menyebabkan cahayanya keluar daripada hati”,
membuktikan Imam Malik memiliki adab yang tinggi dalam
menuntut ilmu. Begitu juga dengan Imam al-Shafi‘i RH,
antara ungkapannya yang senada Imam Malik “bahawa
perkara-perkara yang boleh menjadikan hati seseorang itu
bercahaya adalah dengan berkhalwat, sedikit makan,
menjauhi kebodohan dan orang-orang yang bodoh dan
sesetengah ulama’ yang tidak memiliki keinsafan dan adab”.
Tidak ketinggalan juga Imam Ahmad Hanbal RH yang
disifatkan Imam al-Shafi‘i sebagai individu yang terhimpun
padanya lapan keistimewaan; imam pada hadis, pada fekah,
pada ilmu bahasa, pada al-Qur’an, pada kefakiran, pada
kezuhudan, pada kewarakkan dan pada sunnah.14
13 Muhammad Amin al-Kurdi, Tanwir al-qulub fi
mu‘amalah ‘allam al-ghuyub, ed. Muhammad ‘Ali Idilbi
(Mesir: Dar al-Turath al-Islami, 1993), 461. 14 Muhammad FawqiHajjaj, Mawaqif min al-Tasawwuf al-
Islami: dirasah tahliliyyah li tafsir zahirah al-ingkar ‘ala
al-sufiyyah (Kaherah: Dar al-Taba‘ah al-
Muhammadiyyah, 1984), 16-27.
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam
Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
28
Kesemua misal ciri kesufian para ilmuwan ini merujuk
kepada satu perkara sahaja iaitu kesungguhan mereka
menyisih keburukan daripada hatimereka dan mengisinya
pula dengan kebaikan.Apa yang dilakukanoleh merekaini
adalah berlandaskan anjuran al-Qur’an dalam surah al-Rum
(30:30):
Terjemahan: Maka hadapkanlah
wajah kamu kepada agama yang
lurus, Allah telah fitrahkan agama
tersebut ke atas manusia, tiada
perubahan pada ciptaan Allah,
demikianlah agama yang berdiri akan
tetapi ramai manusia tidak
mengetahuinya.
Para ilmuwan tersebut memahamibahawa Islam
sebagai agama fitrah adalah agama kebaikan (hanif),ia
mengajar manusia bagaimana untuk menjadi baik sebelum
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam
Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
29
mereka dihukumkan baik atau buruk.Atau kata lainnya,
Islam telah memperkenalkan sifat hamba kepada manusia
sebelum mengajarkan mereka bagaimana
tanggungjawabnyamenjadi hamba.15
Dengan ini segera
difahami, Islam telah mengiktiraf nilai insaniah pada
manusia sebelum mereka mengenal baik atau buruk
perbuatan mereka, dan perakuan tersebut tersedia ada dalam
tarekat kesufian secara terperinci.
Maqamat al-taqarrub (maqam-maqam mendekatkan
diri kepada Allah SWT) yang dibicarakan dalam tarekat
kesufian itulah perakuannya terhadap insaniah
manusia.Melalui maqamat inilah insaniah manusia di angkat,
walaupun mereka bernoda dengan dosa. Mereka diseru
menempuh maqam al-tawbah (taubat) untuk melayakkan diri
merekaberpindah ke maqam-maqam taqarrub yang lain.
Maqam-maqam tersebut ialah; al-khawf (takut) yang
diikutikemudiannyamaqam al-raja’ (harap),kemudian
maqam al-salihin (orang-orang salih),kemudian maqam al-
muridin (orang-orang yang memerlukan),kemudian maqam
al-muti‘in (orang-orang yang taat),kemudian maqam al-
muhibbin (orang-orang yang bercinta), kemudian maqam al-
mushtaqin (orang-orang yang rindu),kemudian maqam al-
awliya’ (wali-wali) dan barulah maqam al-
muqarrabin(orang-orang yang hampir).16
Setiap maqam ini
mempunyai kelebihan yang berbeza di antara satu dengan
yang lain, akan tetapi semuanya menjadikan insaniah
manusia istimewa. Mencapai setiap maqam ini
sememangnya sukar, meskipunbegitu, tiada erti sia-sia dapat
disifatkan kepada pendakinya jika dia gagal melepasi
maqam-maqam yang berbeza, kerana semuanya adalah jalan
menuju Allah SWT, segala yang bertakluk denganNya
adalah baik dan indah.
15 Al-Alusi, Ruh, 21: 40. 16 ‘Abd al-Halim Mahmud, al-Tasawwuf, 146-147.
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam
Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
30
Perakuan tarekat kesufian terhadap insaniah manusia
adalah dengan tujuan utamanya membangunkan insaniah
manusiawi ke tahapnya yang tertinggi, dan yang tertinggi itu
dalam wacana kesufian ialahal-sidq (benar) atau
ikhlas.Melihat daripada pandangan Abu Sa‘id al-Kharraz
RH, beliau memilihal-sidqsebagaisuatu rangkuman bagi
makna kesemuamahmudat (sifat-sifat terpuji). Ini bermakna,
apabila para sufi membicarakan tentang sifat-sifat,
contohnyaseperti ikhlas, sabar, tawakal dan sebagainya,
mereka membicarakan tentang hakikat sifat-sifat tersebut,
bukan hanya tasawur dan pemahaman umumnya sahaja.17
Apa yang ingin dicapai oleh tarekat kesufian daripada
pembangunan insaniah manusia ialah menghampiri
kesempurnaan fitrah manusiawi sebagaimana Allah SWT
tetapkan. Jika iman itulah fitrahnya, maka kamil al-iman
(sempurna keimanan) adalah hasilnya. Iaitu kembali kepada
panduan wahyu Allah SWT yang termaktub di dalam al-
Qur’an dan al-Sunnah Rasulullah SAW.
Insan dan Pembangunan Masyarakat
Di bawah tajuk ini pula, perbahasan akan melihat dua
perkara pokok; pertama, mafhum insan di sisi tarekat
kesufian dan kedua, sumbangan insan dalam
membangunkanmasyarakat.
Insan yang dimaksudkan di sini ialah insan yang
memiliki kekuatan insaniah sebagaimana yang terangkum di
dalam ayat surah al-Tin (95:4):
17 Ibid.,151.
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam
Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
31
Terjemahan: Sesungguhnya Kami
telah jadikan manusia dalam sebaik-
baik bentuk.
Insan sebegini dari kaca mata tarekat kesufian adalah
manusia yang paling memuncak kehidupan ibadahnya,
membangunkan peribadinya di atas prinsip al-sam‘ wa al-
ta‘ah (mendengardan taat), al-idh‘an (akur) kepada nasihat
para penasihat (ahlillah). Merekalah insan yang berperibadi
membentuk manusia lain dengan corak tarbiyyah dan latihan
yang menepati tuntutan agama terhadap ruhani dan jasadi
manusia.18
Al-Kalabadhimenamakan insan yang mempunyai
ciri-ciri di atas sebagai rijal al-sufiyyah (tokoh-tokoh sufi).
Antara yang beliau himpunkan sebagai rijal al-
sufiyyahtersebut ialah ‘Ali bin AbiTalib, al-Hasan dan al-
Husayn bin ‘Ali, ‘Ali bin al-Husayn Zayn al-‘Abidin,
Muhammad bin ‘Ali al-Baqir, Ja‘far bin Muhammmad al-
Sadiq, Uways al-Qarni, al-Hasan bin Abi al-Hasan al-Basri,
AbuHazim Salamah bin Dinar al-Madini, Ibrahim bin
Adham, al-Fudayl bin ‘Iyad, Dawud al-Ta’i, Sufyan bin
Sa‘id al-Thawri, Dhu al-Nun bin Ibrahim al-Masri dan ramai
lagi.19
Mereka ini adalah insan-insan yang telah berjaya
membongkar rahsia-rahsia hikmah kehambaan dan
peribadatan kepada Allah SWT. Mereka adalah ikutan para
pencinta (muhibbin) dan perindu (mustashqin) kepada cinta
dan rindu Allah SWT.
Sifat cinta dan rindu kepada Allah SWT secara
hakikatnya adalah sifat fitrah yang telah ada di dalam hati
manusia, khususnya mereka yang beriman kepada Allah
SWT. Berpandukan kenyataan ini, boleh dikatakan bahawa
18 ‘Abd al-Qadir ‘Isa, Haqa’iq ‘an al-Tasawwuf (Kaherah: Dar al-
Muqattam, 2005), 52. 19 Muhammad bin Ishaq bin al-Bukhari al-Kalabadhi, Kitab
al-ta‘rif li madhhab ahl al-Tasawwuf, ed. Arthur John
Obery (cet. ke-2, Kaherah: Maktabah al-Khanji, 1994),
11.
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam
Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
32
orang-orang yang beriman (al-mu’minun)itusebenarnya
adalahorang-orang yang cinta dan rindukan Allah SWT,
cuma setengah daripada mereka tidak menyedari perkara
tersebut. Untuk menyedarinya semula, mereka perlu kembali
kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Dengan pasti, mereka akan
temui bahawa Allah SWT dan RasulNya sentiasa
mengingatkan perkara tersebut. ContohnyaAllah SWT
berfirman dalam surah Ali ‘Imran (3: 31):
Terjemahan: Katakanlah (wahai
Muhammad), andainya kalian
cintakan Allah maka ikutilah aku,
nescaya Allah menyintai kalian dan
Dia mengampunkan kalian bagi
dosa-dosa kalian. Dan Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.
Dalam surah yang sama (3: 76), Allah SWT berfirman:
Terjemahan: Bahkan sesiapa yang
memenuhi janjinya dan bertaqwa,
maka sesungguhnya Allah menyintai
orang-orang yang bertaqwa.
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam
Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
33
Dalam hadis Rasulullah SAW pula, Baginda bersabda:
ثالث من كن فيه وجد حالوة اإلميان من كان اهلل ورسوله أحب اليه مما سوامها ومن
...أحب عبدا ال حيبه أال اهلل
Terjemahan: tiga perkara yang
sesiapa dapatinya akan menemui
kemanisan iman: sesiapa yang
menjadikan Allah dan rasulNya
dicintai, lebih daripada segala-
galanya; sesiapa yang menyintai
hamba, tidak dicintainya melainkan
kerana Allah....20
Apabila akur dengan keterangan wahyu tentang cinta
dan rindu kepada Allah SWT, orang-orang yang beriman
secara tidak langsung telah bersedia untuk dibangunkan dari
sudut kehambaan dan peribadatannya.Namun dalam masa
yang sama, mereka tidak berupaya untuk membangunkan
diri mereka dengan sendiri, lantas mereka perlukan pangajar
yang berkemahiran dan berpengalaman. Dalam dunia
kesufian, pengajar tersebut dinamakan murabbi.Menurut
20 Al-Bukhari, hadis nombor 16 dalam bab halawah al-iman.
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam
Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
34
‘Abbad al-Nafzi, setiap orang yang memerlukan
pentarbiyahan, yang menyedari hijab basirah (mata hati)nya
tebal, maka mereka memerlukan shaykh murabbiuntuk
menghilangkan hijab tersebut, dan dapat memperlihatkan
kelemahan dan kekurangan diri mereka.21
Dengan ini,
murabbi inilah insan yang membangunkan masyarakat,
meningkatkan nilai insaniah mereka dengan menghampiri
Allah SWT. Justeru, apabila ditanyakan, siapakah
masyarakat yang dibangunkan tersebut, maka jawabnya,
merekalah setiap orang yang beriman kepada Allah SWT.
Iman danMasyarakat Yang Membangun.
Perkara pokok yang akan dibincangkan di bawah tajuk ini
terbahagi kepada dua; pertama, konsep asas iman; dan
kedua, kepentingan iman kepada masyarakat yang
membangun.
Iman secara istilah bermaksud membenarkan Rasulullah
SAW dengan apa yang Baginda sampaikan daripada Allah
SWT. Dan wajib membenarkan ini mencapai tahap yakin,
taat, patuh dan menyerah diri kepada Allah SWT.22
Daripada
takrif ini, iman boleh disimpulkan mengandungi tiga perkara
penting; pertama, membenarkan (al-tasdiq) Rasulullah
SAW; kedua, apa yang disampaikan oleh Rasulullah adalah
bahagian wahyu yang disyaratkan untuk disampaikan kepada
umat; ketiga, pembenaran (al-tasdiq) wajib melepasi tahap
keraguan.
Dalam perspektif tarekat kesufian, al-tasdiq
(membenarkan) Rasulullah SAW sebagaimana terkandung
dalam takrif iman di atas bukan hanya dari aspek perintah
dan larangan Baginda yang disifatkan sebagai al-syar‘i
21 Al-Harith bin Asad al-Muhasibi al-Basri, Risalah al-
Mustarshidin, ed. ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah (cet. Ke-
9, Kaherah: Dar al-Salam, 1999), 72. 22 Muhammad Rabi‘ Muhammad Jawhari, ‘Aqidatuna (cet. ke-10,
t.tp, t.p, 2005) 37.
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam
Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
35
(syarak), malah ia bersifat al-ittiba‘ (mengikuti). Maka
apabila dicamtumkan di antara al-tasdiq dan al-ittiba‘,
kesepaduan daripada kedua-duanya menghasilkandengan apa
yang dinamakan dengan haqq al-ittiba‘ (mengikuti Nabi
SAW dengan sebenar-benar ikutan). Memperincikan
maksudhaqq al-ittiba‘ini, Shaykh ‘Abd al-Qadir al-Jaylani
RH menyatakan:
فاقبلوا منهم ما يأمركم به القوم أبدال األنبياء فإهنم يأمرونكم بأمر اهلل عّز وجل ورسوله
يعطون ˛وينهون بنهيهما، ينطقونفينطقونفيأخذون ال يتحركون حركة بطباعهم
ال يشاركون احلق عّز وجل يف دينه ˛ونفوسهمبأهويتهم اتبعوا الرسول صلي اهلل عليه وسلم
:يف أقواله وأفعاله مسعوا قول اهلل عّز وجل
Terjemahan: Para abdal (disifatkan
pengganti para nabi) maka terimalah
apa yang mereka perintahkan kamu,
sesungguhnya mereka menyuruh
kamu dengan apa yang Allah ‘azz wa
jall perintahkan, begitu juga
[perintah] rasulNya, dan mereka
(abdal) menegah apa yang ditegah
oleh kedua-duanya (Allah SWT dan
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam
Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
36
rasulNya), apa yang mereka (Allah
SWT dan rasulNya) katakan maka
itulah yang dikatakan mereka (abdal),
apa yang mereka (Allah SWT dan
rasulNya) berikan maka itulah yang
diambil oleh mereka (abdal), tidak
bergerak [walau] satu pergerakan
mengikut keperluan tabiat dan nafsu
mereka, tidak menyekutui Yang
Maha Benar ‘azz wa jall pada urusan
agamaNya dengan keinginan mereka,
ikutilah [mereka itu akan] Rasulullah
SAW pada ucapannya dan
perbuatannya, dengarlah firman
Allah ‘azz wa jall:
Apa yang dibawakan bagi kamu oleh
Rasul maka ambillah ia dan apa yang
ditegahkan ke atas kamu maka
tegahkanlah ia.23
Para sufi sebagaimana dinyatakan oleh Shaykh ‘Abd al-
Qadir RHmembenar dan mengikuti Rasulullah SAW bukan
sahaja pada urusan agama, bahkan pada ucapan, gerakan dan
keinginan Baginda. Ia bersifat ablagh al-ta‘zim (setinggi-
tinggi penghormatan) sehinggakan sifat patuhnya mereka
kepada Rasulullah SAW sahajaboleh digambarkan dapat
membawa mereka bertemu dengan Allah SWT. KataShaykh
‘Abd al-Qadir RH:
اتبعوا الرسول صلى اهلل عليه وسلم حىت قربوا منه فقرهبم اىل احلق ˛محلهم اىل املرسل
23 ‘Abd al-Qadir al-Jilani al-Hasani, al-Fath al-Rabbani wa
al-Fayd al-Ruhmani, ed. Yusuf bin Mahmud al-Haj
Ahmad (Damsyiq: Maktabah al-‘Ilm al-Hadith, 2000),
196.
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam
Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
37
أخرج هلم األلقاب واخللع واإلمارة ˛عّز وجل ...على اخللق
Terjemahan: Ikutilah [mereka itu
akan] Rasulullah SAW sehingga
dibawa mereka kepada yang
mengutuskan, dekatilah [mereka itu
akan] Baginda, nescaya didekatkan
mereka kepada Yang Maha Benar
‘azz wa jall, mereka keluarkan
[daripada diri mereka] gelaran-
gelaran, bertelanjangan serta
bergantung kepada makhluk.24
Di siniamat jelas kefahaman tarekat kesufian
terhadap iman adalah pada tahapnya yang tertinggi, iaitu
haqq al-ittiba‘ al-Rasul (sebenar-benar mengikuti Rasulullah
SAW). Ia bukan hanya pada mengikuti suruhan atau
larangan Baginda, tetapi mengikuti diri dan ruhani Baginda.
Justeru, tidak hairan mengapa para sufi amat mementingkan
penyucian pekerti dan hati kerana mereka sangat inginkan
pekerti dan hati mereka sesuci pekerti dan hati Rasulullah
SAW. Dan oleh sebab mereka bukan rasul atau nabi, maka
para sufi memerlukan masa dan kekuatan yang lebih, di
sampingal-fayd (limpahan kurnia Allah SWT) dalam
membantu mereka mengislahdiri mereka. Hal inilah yang
membuatkan sesetengah orang tersalah menganggap para
sufi terlalu sibuk dengan dunia kesufian, sehingga didakwa
bahawa mereka telah meninggalkan kehidupan dunia,
menyendiri dan jauh daripada masyarakat.
Walau bagaimanapun, hakikat menyatakan sebaliknya.
Pengislahan diri yang dilakukan oleh para sufi adalah kunci
kepada iman. Asasnya sahaja pada awal-awal lagi
24 Ibid., 196.
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam
Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
38
memerlukan seseorang yang beriman mengislah dirinya, ini
jelas sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
منه الناس على أال أخربكم باملؤمن؟ من أ .أمواهلم وأنفسهم
Terjemahan: Apakah kalian mahu
aku jelaskan tentang orang yang
beriman? [Dialah] orang yang
mengamankan manusia di atas harta
mereka dan diri mereka.
Dalam riwayat lain, dinyatakan bahawa orang yang
beriman itu ialah orang yang mengamankan manusia
daripada kejahatan dirinya. Menurut Shaykh ‘Abd al-Fattah
Abu Ghuddah, kesemua makna hadis tentang orang yang
beriman ini sama, iaitu kembali menyelamatkan manusia
daripada sifat-sifat tercela yang ada pada seseorang yang
beriman itu.25
Ia pastinya bermaksud pengislahan hati,
kerana tidak akan berlaku pengamanan terhadap harta atau
diri,jika tanpa kemurniaan pada hatimanusia.
Pada tarekat kesufian, manusia yang murni hati
mereka, inilah manusia yang disifatkan membangun. Mereka
merencana dan menghasilkan kebaikan tanpa dimandulkan
oleh kebutuhan nikmat-nikmat duniawi.Menurut Dr. Abu al-
Wafa’ al-Ghanimi, orang-orang sebegini hatinya, mereka
hanya mencari kebaikan kerana hakikat kebaikan, demi
memantapkan iman mereka kepada Allah SWT. Mereka
tidak memaksa atau terpaksa mencari, kerana wahyu sendiri
tidak memfardhukan ke atas mereka, tetapi mereka
lakukannya kerana tabi’i dan fitrah. Memetik kata-kata Dr.
Muhammad Husayn Mikal yang bermaksud:
25 Lihat al-Muhasibi, Risalah, 77, 78.
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam
Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
39
“Kezuhudan Rasulullah SAW atau
ketidakmahuan Baginda terhadap
dunia, bukanlah dengan tujuan
menyempitkan nikmatnya, dan ia
juga bukan kerana fardhu ain, kerana
Allah SWT menyuruh: Makanlah apa
yang baik-baik daripada yang Kami
rezekikan. Manakala dalam athar:
Berkerjalah untuk dunia mu
seumpama kamu hidup selama-
lamanya, dan beramallah untuk
akhirat mu seumpama kamu mati
esok. Akan tetapi Rasulullah ingin
menjadi misal yang terutamabagi
manusia, bagaimana untuk mereka
jalani kehidupan dengan penuh
kekuatan, yang mana kekuatan itu
tidak akan tergoyah dengan sebarang
kelemahan, dan lagi, mereka tidak
akan sesekali bersedia untuk tunduk
kepada kebendaan, harta, kekuasaan
dan apa sahaja yang boleh menjadi
tujuan selain daripada Allah SWT”.26
Hasil yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW
sememangnya berbekas dan berlaku. Para Sahabat RA,
tabi’in dan mereka selepas daripada mereka, yang mengikuti
Rasulullah SAW dalam pemurniaan hati mereka, adalah
umat madani (membangun), bukan sahaja kerohanian
mereka, malah ilmu, peradaban, ekonomi dan segala hal
berkaitan dengan kehidupan mereka.
Kesimpulan
26 Abu al-Wafa’ al-Ghanimi al-Taftazani, Madkhal ila al-Tasawwuf
al-Islami (Kaherah: Dar al-Thaqafah, t.t), 43, 44.
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam
Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
40
Kerahmatan keseluruh alam yang menjadi visi pengutusan
Rasulullah SAW sememangnya benar dan berlaku dalam
kehidupan manusia di dunia ini. Risalah kenabian Baginda
bukan hanya tertumpu kepada dakwah lisan atau perbuatan,
malah juga dakwah hati. Bahkan dakwah hati inilah yang
menjadi keutamaan Rasulullah SAW kerana bermula
daripadanya terbit dakwah lisan dan perbuatan, seterusnya
tersebarnya kesejahteraan di alam ini.
Para sufi yang terdiri daripada ulama’ dan aulia’ telah
menyediakan diri mereka di atas dakwah hati ini. Mereka
boleh diibaratkan sebagai perantara yang menghubungkan
semua manusia dengan Rasulullah SAW, kerana semua
manusia mempunyai hati dan berupaya mengisinya dengan
kebaikan sebagaimana Rasulullah SAW lakukan dan
anjurkan. Justeru, di atas dasar ini, sepatutnya orang-orang
yang mengaku beriman kepada Allah SWT dan rasulNya,
mendekatkan diri mereka dengan para sufi dan Ilmu
Tasawuf, sebagai langkah mendekatkan diri mereka kepada
Allah SWT. Semoga makalah ini dapat memberikan
pencerahan kepada sesiapa yang mencari kebenaran
mengenainya serta manfaat bagi kami di dunia dan di
akhirat. Wallahua’lam.
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam
Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
41
RUJUKAN
‘Abd al-Halim Mahmud, al-Tasawwuf al-Islami:
sakhsiyyat wa nusus ma‘a kitab al-
Munqidh min al-dalal, ed. Muni‘‘Abd al-
Halim Mahmud. Ajuzah: Maktabah al-
Iman, 2004.
‘Abd al-Qadir ‘Isa, Haqa’iq ‘an al-Tasawwuf .
Kaherah: Dar al-Muqattam, 2005.
Abu al-Wafa’ al-Ghanimi al-Taftazani, Madkhal
ila al-Tasawwuf al-Islami. Kaherah: Dar
al-Thaqafah, t.t.
Al-Alusi, Shihab al-Din al-Sayyid Mahmud al-
Alusi al-Baghdadi, Ruh al-Ma‘ani fi tafsir
al-Qur’an al-‘Azim wa al-Sab‘ al-Mathani,
ed. Al-Sayyid Mahmud Shukri al-Alusi al-
Baghdadi. Beirut: Idarah al-tiba‘ah al-
miriyyah wa dar ihya’ al-turath al-‘arabi.
Al-Bukhari, Abi‘Abd Allah Muhammad bin
Isma‘il, Sahih al-Bukhari, ed. Muhammad
Fu’ad ‘Abd al-Baqi. Kaherah: Dar al-
Hadis, 2011.
Al-Fasi, Ahmad bin Ahmad al-Birnisi, Qawa‘id
al-Tasawwuf, ed. Taha al-
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam
Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
42
DusuqiHibishiKaherah: Maktabah al-Iman,
2013.
Al-Jilani, ‘Abd al-Qadir al-Jilani al-Hasani, al-
Fath al-Rabbani wa al-Fayd al-Ruhmani,
ed. Yusuf bin Mahmud al-Haj Ahmad.
Damsyiq: Maktabah al-‘Ilm al-Hadith,
2000.
Al-Jurjani, al-Sayyid al-Sharif Abi al-Hasan ‘Ali
bin Muhammad bin ‘Ali al-Husayni, al-
Ta‘rifat, ed. Muhammad Bashil ‘Uyun al-
Sud. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah,
2009.
Al-Muhasibi, al-Harith bin Asad al-Muhasibi al-
Basri, Risalah al-Mustarshidin, ed. ‘Abd
al-Fattah Abu Ghuddah. cet. Ke-9,
Kaherah: Dar al-Salam, 1999.
Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab, ed. Yasir Sulayman
Abu Shadi, Majdi Fathi al-Sayyid.
Kaherah: al-Maktabah al-Tawfiqiyyah.
Muhammad Amin al-Kurdi, Tanwir al-qulub fi
mu‘amalah ‘allam al-ghuyub, ed.
Muhammad ‘Ali Idilbi. Mesir: Dar al-
Turath al-Islami, 1993.
Muhammad FawqiHajjaj, Mawaqif min al-
Tasawwuf al-Islami: dirasah tahliliyyah li
tafsir zahirah al-ingkar ‘ala al-Sufiyyah.
Kaherah: Dar al-Taba‘ah al-
Muhammadiyyah, 1984.
Muhammad bin Ishaq bin al-Bukhari al-
Kalabadhi, Kitab al-ta‘rif li madhhab ahl
al-Tasawwuf, ed. Arthur John Obry. cet.
ke-2, Kaherah: Maktabah al-Khanji, 1994.
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam
Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
43
Muhammad Rabi‘ Muhammad Jawhari, ‘Aqidatuna.
cet. ke-10, t.tp, t.p, 2005.