abstrak

8
PENYELESAIAN MASALAH BERBENTUK CERITA YANG MELIBATKAN OPERASI BERCAMPUR TAMBAH DAN TOLAK MELALUI KAEDAH SISTEM ‘BUCK’ oleh Tamil Selvi A/P Rajoo Penyelia Anuar Mohd Len ABSTRAK Kajian ini berfokus kepada murid Tahun 4 yang mengalami masalah kegagalan menulis ayat matematik dengan betul untuk menyelesaikan masalah berbentuk cerita yang melibatkan operasi bercampur tambah dan tolak. Masalah ini berpunca daripada kegagalan murid utuk mentransformasikan masalah yang telah diberi. Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian , temubual dan analisis data untuk mengumpul data manakala proses menganalisis data dibuat dengan menganalisis kandungan latihan pra dan latihan pasca yang telah dijalankan. Keempat-empat peserta kajian dapat menggunakan Kaedah BUCK ini dengan betul semasa menyelesaikan masalah berbentuk cerita yang melibatkan operasi tambah dan tolak. Penggunaan Kaedah BUCK telah banyak membantu saya dalam menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran saya. Kata kunci: operasi bercampur tambah dan tolak, mentransformasi masalah,, menulis ayat matematik i

Upload: palani-kumar

Post on 24-Dec-2015

216 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

123

TRANSCRIPT

Page 1: Abstrak

PENYELESAIAN MASALAH BERBENTUK CERITA YANG MELIBATKAN OPERASI BERCAMPUR TAMBAH DAN TOLAK MELALUI KAEDAH SISTEM

‘BUCK’

olehTamil Selvi A/P Rajoo

PenyeliaAnuar Mohd Len

ABSTRAK

Kajian ini berfokus kepada murid Tahun 4 yang mengalami masalah kegagalan menulis ayat matematik dengan betul untuk menyelesaikan masalah berbentuk cerita yang melibatkan operasi bercampur tambah dan tolak. Masalah ini berpunca daripada kegagalan murid utuk mentransformasikan masalah yang telah diberi. Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian , temubual dan analisis data untuk mengumpul data manakala proses menganalisis data dibuat dengan menganalisis kandungan latihan pra dan latihan pasca yang telah dijalankan. Keempat-empat peserta kajian dapat menggunakan Kaedah BUCK ini dengan betul semasa menyelesaikan masalah berbentuk cerita yang melibatkan operasi tambah dan tolak. Penggunaan Kaedah BUCK telah banyak membantu saya dalam menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran saya.

Kata kunci: operasi bercampur tambah dan tolak, mentransformasi masalah,, menulis ayat matematik

i

Page 2: Abstrak

PROBLEM SOLVING IN THE FORM OF A STORY INVOLVING MIXED OPERATIONS ADD AND SUBTRACT THROUGH OUTSOURCING ' BUCK '

by

Tamil Selvi A/P Rajoo

SupervisorAnuar Mohd Len

ABSTRACT

This study is focused to students 4 Year who suffer from the problem of failure to write mathematics correctly to solve the problem of a story involving mixed operations add and subtract. This problem stems from the failure of pupils that transform the problem is given. I've been using methods of observation, interviews and analysis of data to collect data while the process of analyzing data made by analyzing the contents of the training pre and post training which has been carried out. All four participants could study using this Method correctly during BUCK problem solving in the form of a story involving the operations of add and subtract. The use of The BUCK has helped me in improving my teaching and learning practices.

Keywords: Add and subtract mixed operations, transforming the problem, write mathematics sentence

ii

Page 3: Abstrak

Pengesahan Penyelia

“ Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini

dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi

skop dan kualiti untuk tujuan penganugarahan

Ijazah Sarjana Muda Perguruan

.................................................................................................... ”

Tandatangan : ............................................................................................

Nama Penyelia :.............................................................................................

Tarikh : .............................................................................................

iii

Page 4: Abstrak

Pengakuan

“ Saya akui laporan ini adalh hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ......................................................................

Nama Penulis : ......................................................................

Tarikh : ......................................................................

iv

Page 5: Abstrak

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Tuhan, kerana dengan keizinanNya saya

dapat menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Sepanjang

menjalankan kajian ini Tuhan juga telah memberikan kesihatan yang baik. Ini membantu

saya menjalankan kajian ini dengan baik.

Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya yang

dihormati iaitu En.Anuar Mohd Len kerana beliau telah banyak memberi galakan,

bimbingan dan tunjuk ajar yang betul dalam usaha menyempurnakan tugasan ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar SJK

Tamil Ladang Sialang iaitu En.S.Kannaan kerana memberi kebenaran untuk menjalankan

kajian ini. Selain itu, saya juga merakamkan terima kasih kepada guru kelas Tahun 4 iaitu

Pn.Umah yang sentiasa mengambil berat tentang anak muridnya serta sentiasa memberi

maklumat tentang sampel saya dan sentiasa mengutip perkembangan sampel itu. Ini juga

mendorong saya untuk membantu sampel ini. Saya juga terhutang budi kepada En.V.Gopal

iaitu ketua panitia matapelajaran Matematik yang selalu memberi bantuan dan dorongan

dalam menyelesaikan tugasan ini.

Kemudian, saya juga merakam ribuan terima kasih kepada murid-murid Tahun 4

serta sampel kajian saya sebanyak empat orang yang sentiasa meluangkan masa untuk

memberi pandangan dan menerima nasihat yang bernas berhubung dengan kajian ini.

Mereka sering meluangkan masa untuk saya dalam menyiapkan tugasan ini. Mereka juga

sering mengucapkan terima kasih kepada saya atas bimbingan seperti ini.

Tambahan pula, saya juga ingin merakamkan terima kasih yang tidak terhingga

kepada IPGKPM , Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sialang, Bahau dan semua

pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung untuk menyiapkan tugasan

inidengan sempurna.

Saya amat berharap bahawa tugasan saya ini akan memberi manfaat kepada semua

pihak terutamanya murid yang mengadapi masalah dalam penyelesaian masalah. Saya

v

Page 6: Abstrak

menyusun sepuluh jari dan meminta maaf atas kesilapan saya yang sengaja atau pun tidak

sengaja.

vi